NAVIGATION
570. Page
Kilauan Kedua Puluh Enam
Dua puluh enam harapan dan cahaya serta hiburan untuk mereka yang telah tua.
Peringatan: Sebab aku menulis dilema maknawiku di tahap sangat memilukan dan akan mempengaruhi kalian pada permulaan tiap-tiap harapan adalah untuk memperlihatkan pengaruh luar biasa bagi ubat yang datang daripada al-Quran al-Hakim. Kilauan ini yang merujuk kepada mereka yang telah tua tidak dapat memelihara uslub penyampaian yang baik kerana tiga atau empat sudut:
Pertama: Oleh sebab ia berkaitan dengan perjalanan kehidupanku dan telah ditulis dalam keadaan pergi secara khayalan ke masa-masa itu, maka penyampaian tidak dapat memelihara susunannya
.
Kedua: Oleh sebab Kilauan ini telah ditulis ketika aku merasa sangat penat selepas solat Subuh, malah terpaksa menulisnya dengan cepat, maka berlaku kecelaruan dalam penyampaian.
571. Page
Ketiga: Tiada seseorang yang sentiasa menulis di sisiku dan para penulis yang ada di sampingku juga mempunyai empat atau lima tugas Risalah an-Nur yang lain maka, oleh sebab kami kekurangan waktu untuk semakan maka ia agak tidak tersusun.
Keempat: Oleh sebab kami berdua sangat letih setelah mengarang lalu tidak memikirkan maknanya dengan teliti dan berpada dengan semakan yang sangat cetek, maka sudah pasti akan ditemui kekurangan dan kesilapan pada cara penyampaian.
Mudah-mudahan warga tua yang tinggi pekertinya memandang kekurangan kami dengan pandangan tolak ansur dan kemaafan dan mudah-mudahan apabila warga tua yang mulia menadahkan tangan mereka ke hadrat Ilahi yang pastinya tidak akan dibiarkan kosong apabila ia dibalikkan, mereka turut memasukkan kami ke dalam doa mereka.
Said Nursi
572. Page
كٓهٰيٰعٓصٓ * ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا * اِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًا *
* قَالَ رَبِّ اِنّىِ وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّى وَاشْتَعَلَ الرَّاْسُ شَيْبًا وَلَمْ اَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًا
Kilauan ini terdiri daripada dua puluh enam harapan.
Harapan Pertama
Wahai saudara-saudari tua terhormat yang telah sampai kepada umur kesempurnaan! Aku juga tua seperti kalian. Dengan hasrat untuk berkongsi tentang harapan-harapan yang kadang-kadang aku temui dalam usia tua dan untuk turut melibatkan kalian dengan cahaya hiburan di dalam harapan-harapan itu, aku akan menulis beberapa perkara yang terlintas dalam kepalaku. Sudah tentu cahaya-cahaya yang aku lihat dan pintu-pintu harapan yang aku temui itu telah dilihat dan telah dibuka menurut kemampuanku yang kurang dan bercelaru.
Insya-Allah kemampuan kalian yang suci dan ikhlas akan mencerahkan cahaya yang aku lihat dan akan lebih menguatkan lagi harapan yang aku temui. Justeru sumber, punca dan mata air harapan-harapan dan cahaya-cahaya yang akan datang itu ialah keimanan.
573. Page
Harapan Kedua
Semasa aku memasuki usia tua, suatu hari pada musim luruh, pada waktu asar, aku telah memerhatikan dunia dari atas sebuah gunung yang tinggi. Tiba-tiba, suatu keadaan yang amat memilukan dan hiba serta gelap pada satu sudut telah datang kepadaku. Aku nampak bahawa diriku telah tua, siang hari juga telah tua dan tahun juga telah tua dan dunia juga sudah tua. Oleh sebab masa berpisah dari dunia dan mereka yang aku cintai dalam ketuaan-ketuaan (perkara-perkara yang tua) ini semakin mendekat, maka sesungguhnya usia tua amat memeranjatkanku.
Tiba-tiba rahmat Ilahi telah tersingkap lalu telah mengubah kesedihan dan perpisahan yang memilukan itu kepada harapan yang kuat dan cahaya hiburan yang terang.
Ya, wahai warga tua sepertiku! Rahmat al-Khaliq ar-Rahim kita yang memperkenalkan diri-Nya melalui sifat ar-Rahman ar-Rahim-Nya di seratus tempat di dalam al-Quran al-Hakim; sentiasa menghantar rahmat-Nya untuk membantu makhluk-makhluk bernyawa yang meminta belas di atas muka bumi; memenuhkan musim bunga dengan nikmat dan hadiah yang tidak terkira setiap tahun dari alam ghaib lalu memberikannya kepada kita semua yang berhajat kepada rezeki dan yang memperlihatkan lebih banyak tajalli rahmat-Nya berdasarkan kepada tahap kedaifan dan kelemahan ialah harapan yang paling besar dan cahaya yang paling terang di dalam ketuaan kita. Meraih rahmat ini adalah dengan cara mentaati-Nya menerusi persandaran kepada ar-Rahman itu dengan keimanan dan dengan melaksanakan kefarduan.
574. Page
Harapan Ketiga
Suatu masa, ketika aku tersedar pada subuh masa tua dari lena malam usia muda, aku telah memerhatikan diri sendiri. Tubuhku seolah-olah berlari turun dari suatu cerun ke arah kubur.
Seperti yang dimadahkan oleh Niyazi al-Misri:
“Satu demi satu batu binaan umurku jatuh ke tanah dari hari ke sehari...
Si lalai yang jiwanya tidur, runtuh binaannya tiada dia sedari...”
Aku juga nampak bahawa tubuh yang merupakan rumah bagi rohku juga sedang runtuh dengan jatuhnya seketul batunya setiap hari. Maka cita-cita serta harapan yang mengikat kuat diriku dengan dunia mula terungkai. Aku telah merasai bahawa waktu untuk berpisah daripada sahabat dan mereka yang aku cintai yang terlalu ramai telah hampir. Aku telah mencari ubat bagi luka maknawi yang sangat dalam dan kelihatan tiada penawar itu namun aku tidak dapat menjumpainya. Sekali lagi aku bermadah seperti Niyazi al-Misri:
“Hati kebaqaannya, al-Haq kefanaannya,
berkehendak (keduanya) atas tubuhku,
Aku jatuh dalam penyakit yang tiada penawar,
Aduhai! Luqman pun tidak tahu.[1]”
575. Page
Harapan Keempat
Suatu masa oleh sebab aku telah memasuki usia tua, kesihatan tubuhku yang meneruskan kelalaian juga telah rosak. Usia tua bersama penyakit telah menyerangku secara serentak. Dengan memukul kepalaku secara bertubi-tubi, dua perkara itu telah menghilangkan rasa mengantukku. Hubungan-hubungan yang mengikatku dengan dunia seperti anak isteri dan harta juga tiada. Aku nampak bahawa buah-buah modal usiaku yang telah disia-siakan dengan kebebalan masa muda semuanya adalah dosa dan kesalahan. Lantas aku merintih seperti Niyazi al-Misri dan berkata:
“Aku tidak berdagang, sia-sia sudah modal umurku,
Ku datang ke jalan, semua kafilah berlalu, tiada aku tahu,
Aku menangis, merintih, jatuh ke lorong kosong dan sepi,
Mata basah, hati terbakar, akal hairan tiada aku tahu..
Pada masa itu aku terasing. Aku merasai satu kesedihan bagaikan putus harapan, suatu kekecewaan penuh penyesalan dan suatu kerinduan mengharap bantuan. Tiba-tiba, al-Quran Mu’jiz al-Bayan datang membantu. Ia telah membuka pintu pengharapan yang sangat kuat kepadaku dan memberi cahaya ketenangan yang begitu hakiki sehingga ia boleh melenyapkan hatta keputusasaan yang seratus kali ganda melebihi keadaanku itu dan boleh menyuraikan kegelapan-kegelapan itu.
576. Page
Ya, wahai warga tua lelaki dan perempuan dihormati yang hubungannya dengan dunia mula terputus dan tali-tali yang mengikatnya dengan dunia mula terungkai seperti diriku! Adakah mungkin as-Sani’ Dzul Jalal yang menciptakan dunia ini sebagai sebuah bandar dan istana yang paling sempurna dan paling tersusun tidak bercakap dan bertemu dengan para tetamu dan kekasih-Nya yang paling penting di bandar dan istana itu? Memandangkan Dia telah menjadikan istana ini dengan ilmu dan menyusun serta menghiasnya dengan iradah dan ikhtiyar-Nya, sudah tentu sebagaimana yang membuat itu tahu, maka yang tahu itu bercakap. Memandangkan Dia telah menjadikan istana dan bandar ini sebagai rumah pertamuan dan pusat perdagangan yang baik untuk kita, maka sudah tentu akan ada buku tulis atau kitab-Nya yang akan memperlihatkan hubungan-Nya dengan kita dan apakah kehendak-Nya daripada kita.
Justeru, kitab yang paling sempurna antara kitab-kitab suci itu ialah al-Quran Mu’jiz al-Bayan yang merupakan mukjizat dengan empat puluh wajah, dalam setiap minit, paling kurang kitab suci ini berlegar pada seratus juta lidah, menyebarkan cahaya, dalam setiap hurufnya, paling sedikit terdapat sepuluh pahala dan kebajikan dan kadang-kadang sepuluh ribu dan kadang-kadang dengan rahsia Lailatul Qadar pada satu hurufnya terdapat tiga puluh ribu kebajikan, memberikan buah syurga dan cahaya barzakh, Tiada satu pun kitab yang boleh menyainginya dan sesiapa pun tidak akan dapat menunjukkan pesaingnya (yang berada) pada kedudukan ini di alam semesta ini.
577. Page
Memandangkan al-Quran yang di tangan kita ini adalah kalam dan firman yang datang dari noktah Rububiyyah mutlak al-Khaliq Dzul Jalal langit dan bumi, dari sudut keagungan Uluhiyyah dan dari sisi keluasan rahmat. Ia juga adalah satu sumber rahmat-Nya. Maka berpegang teguhlah dengannya. Di dalamnya terdapat penawar bagi setiap penyakit, cahaya bagi setiap kegelapan dan harapan bagi setiap keputusasaan. Justeru kunci khazanah abadi ini ialah keimanan, penyerahan, mendengar al-Quran, menerima dan membacanya.
Harapan Kelima
Suatu masa, pada permulaan usia tua, aku telah berhasrat untuk beruzlah. Rohku mencari suatu kerehatan dengan cara tinggal bersendirian di Bukit Yusya’ yang berada di tebing Selat Bosphorus Istanbul. Suatu hari ketika berada di bukit yang tinggi itu, aku memandang kepada lingkaran ufuk dan kawasan sekeliling. Melalui peringatan usia tua, aku nampak suatu papan tanda kelenyapan dan perpisahan yang sangat sedih dan menghibakan. Aku telah melayangkan pandangan (bermula) dari kedudukan tinggi pada dahan keempat puluh lima yang merupakan tahun keempat puluh lima bagi pohon usia, sehingga ke peringkat-peringkat bawah kehidupan. Aku nampak bahawa terdapat jenazah yang tidak terkira (yang terdiri daripada) insan-insan yang aku cintai, yang ada hubungan denganku dan aku kenali dalam setiap tahun pada setiap dahannya. Dalam kepiluan maknawi yang sangat menghibakan yang datang daripada perpisahan dan pemisahan itu, sambil memikirkan sahabat-sahabat yang terpisah, aku telah menangis dan merintih seperti Fudhuli al-Baghdadi dengan berkata:
578. Page
“Apabila saja aku mengenang pertemuan, aku menangis;
Aku meraung selagi nafas masih ada di dalam tubuhku yang kontang...”
Aku mencari pintu ketenangan, cahaya dan harapan. Tiba-tiba nur keimanan kepada akhirat sampai memberi bantuan. Ia telah memberikan satu nur yang langsung tidak akan padam dan harapan yang tidak akan putus.
Ya, wahai saudara-saudari yang tua sepertiku! Memandangkan akhirat ada dan memandangkan ia adalah baqa’, memandangkan ia lebih indah daripada dunia dan memandangkan Dzat yang menjadikan kita adalah al-Hakim dan ar-Rahim, maka kita sepatutnya tidak mengadu dan bersedih dengan usia tua. Sebaliknya kita patut berasa gembira dengan usia tua dari sudut ia adalah satu alamat bagi kemasukan (kita) ke dalam umur kesempurnaan dalam ibadah melalui keimanan dan pemergian (kita) ke alam rahmat untuk berehat melalui perlepasan daripada tugas kehidupan.
Ya, melalui nas hadith: Seratus dua puluh empat ribu para Nabi yang merupakan peribadi-peribadi manusia yang paling istimewa secara sepakat telah mengkhabarkan tentang kewujudan akhirat, tentang manusia akan dibawa ke sana dan tentang al-Khaliq alam semesta ini akan mendatangkan akhirat yang telah dijanjikan-Nya dengan pasti melalui ijma’ dan khabar mutawatir serta sebahagiannya bersandarkan kepada penyaksian dan sebahagiannya kepada haqqal yaqin.
579. Page
Seperti itu juga penyaksian kepada kewujudan akhirat oleh seratus dua puluh empat juta orang para wali yang membenarkan khabar yang diberitahu oleh para Nabi secara ‘ilmal yaqin melalui kasyaf dan penyaksian dan melalui jilwah-jilwah yang telah diperlihatkan oleh semua nama as-Sani’ al-Hakim alam semesta ini di dunia ini. Semuanya secara jelas telah mewajarkan sebuah alam baqa’ tersebut.
Qudrat azali yang tidak terbatas dan hikmah abadi yang tidak terhitung dan tiada pembaziran yang menghidupkan jenazah pohon-pohon mati yang tidak terkira (jumlahnya) yang berdiri di atas muka bumi dengan perintah كُنْ فَيَكُونُ dan menzahirkan بَعْثُ بَعْدَ الْمَوْت setiap tahun pada musim bunga, menghidupkan semula dan membiakkan tiga ratus ribu jenis daripada kelompok tumbuhan dan daripada bangsa binatang sebagai ratusan ribu contoh Hari Kebangkitan dan Penyebaran (buku amalan) juga mewajarkan kewujudan akhirat secara jelas.
Begitulah juga rahmat yang baqa’ dan ‘inayah yang berterusan yang menyara semua makhluk bernyawa yang berhajat kepada rezeki dengan penuh kasih-sayang dalam bentuk yang sangat menakjubkan serta memperlihatkan jenis-jenis perhiasan dan kecantikan yang tidak terkira dan terhitung dalam masa yang singkat di setiap musim bunga.
580. Page
Malah isyarat dan petunjuk secara jelas oleh cinta kebaqaan, rindu keabadian dan cita kesarmadian yang bersangatan yang tidak mungkin goyah dan berterusan pada insan yang merupakan buah paling sempurna bagi alam ini, ciptaan paling disayangi oleh al-Khaliq alam dan paling banyak berhubung kait dengan maujudat alam juga secara begitu qat‘i mengisbatkan bahawa selepas alam fana ini terdapat sebuah alam baqa’, darul akhirat dan negara kebahagiaan. Maka kesemuanya mewajarkan penerimaan kewujudan akhirat secara jelas seperti penerimaan kewujudan dunia.[2]
Memandangkan pengajaran paling penting yang diberikan oleh al-Quran al-Hakim kepada kita ialah keimanan dengan akhirat dan keimanan itu juga adalah kuat seperti itu dan pada iman itu terdapat harapan dan ketenangan yang sekiranya seratus ribu ketuaan datang kepada seseorang, ketenangan yang datang daripada keimanan ini dapat menghadapinya, maka kita yang tua ini perlu mengucapkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى كَمَالِ الْاِيمَانِ lalu berasa gembira dengan ketuaan kita.
581. Page
Harapan Keenam
Suatu masa, dalam (peristiwa) penahananku yang menyakitkan, kerana melarikan diri daripada manusia, aku telah bersendirian di puncak Gunung Cam di tanah tinggi Barla. Dalam keseorangan aku mencari-cari cahaya. Suatu malam, aku berada di dalam sebuah bilik kecil yang tidak beratap di atas sebatang pohon Pain yang ada di puncak yang tinggi itu. Usia tua telah memperingatkanku tentang tiga atau empat keterasingan di dalam satu sama lain.
Sebagaimana yang diterangkan dalam ‘Surat Keenam’: Malam itu hanya bunyi dan suara sedih yang datang daripada desiran dan elusan pepohon yang sunyi, sepi dan sendiri amat menyentuh rasa hiba, ketuaan dan keterasinganku. Usia tua telah memperingatkanku bahawa sebagaimana siang telah bertukar menjadi kubur yang hitam ini dan dunia telah memakai kafan hitamnya, begitulah juga ia berkata kepada telinga hatiku: “Siang umurmu juga akan bertukar kepada malam, siang dunia juga kepada malam barzakh dan musim panas kehidupan juga akan bertukar kepada malam musim sejuk kematian.”
582. Page
Lalu nafsuku terpaksa berkata:
“Ya, ketuaan mengkhabarkanku bahawa sebagaimana aku terasing dari kampung halaman, malah oleh sebab aku turut terpisah daripada mereka yang aku cintai yang telah menemui kelenyapan dalam tempoh lima puluh tahun umur ini dan oleh sebab aku menangis di belakang mereka, maka keterasingan ini adalah lebih sedih dan menyakitkan berbanding dengan duduk berjauhan daripada kampung halaman itu. Aku menghampiri suatu keterasingan yang lebih sedih dan menyakitkan berbanding dengan keterasingan yang sedih dalam kesunyian malam di puncak gunung. Ini kerana ketuaan memberitahuku bahawa waktu untuk berpisah daripada keseluruhan dunia secara sekali gus telah hampir. Maka aku telah mencari suatu harapan dan cahaya di celah-celah keterasingan dalam keterasingan dan kesedihan dalam kesedihan ini. Tiba-tiba al-imanubillah hadir membantuku. Ia telah memberi suatu ketenangan yang sekiranya kesepian berganda yang aku alami ini bertambah seribu kali ganda, nescaya ketenangan itu tetap akan mencukupi.
Ya, wahai warga tua lelaki dan perempuan! Memandangkan al-Khaliq kita yang ar-Rahim ada, maka tidak akan ada keterasingan untuk kita. Memandangkan Dia ada maka semuanya ada untuk kita. Memandangkan Dia ada, maka para malaikat-Nya juga ada. Oleh itu, (maknanya) dunia ini tidak kosong.
583. Page
Ya, dalil-dalil dan para saksi yang menyaksikan kewujudan-Nya sebanyak bilangan maujudat alam semesta ini dan sebanyak bilangan huruf kitab alam yang besar ini dan memperlihatkan rahmat-Nya sebanyak peralatan, makanan dan nikmat makhluk bernyawa yang merupakan sumber kasih-sayang, rahmat dan ‘inayah memperlihatkan kepada kita pintu al-Khaliq, as-Sani’ dan al-Hami kita yang merupakan ar-Rahim, al-Karim, al-Anis dan al-Wadud. Sesungguhnya pemberi syafaat yang paling makbul di pintu itu ialah kelemahan dan kedaifan. Waktu yang paling sempurna bagi kelemahan dan kedaifan pula ialah masa tua. Maka kita sepatutnya tidak merasa benci dengan masa tua yang merupakan pemberi syafaat yang makbul di pintu yang sebegitu, bahkan perlu mencintainya.
Harapan Ketujuh
Suatu ketika pada awal usia tuaku, ketika ketawa ‘Said Lama’ bertukar menjadi tangisan ‘Said Baru’, kerana menyangka bahawa aku adalah ‘Said Lama’, ahli dunia di Ankara telah menjemputku ke sana. Maka aku pun pergi.
Di penghujung musim luruh itu, aku telah naik ke puncak kubu Ankara yang jauh lebih tua, lebih lama dan lebih usang daripadaku. Bagiku, kubu itu kelihatan seperti peristiwa bersejarah yang telah membatu.
584. Page
Oleh sebab aku merasai suatu keadaan roh yang paling gelap dalam empat atau lima jenis kegelapan[3] masa tua yang meliputiku di dalam satu sama lain di Ankara, maka aku telah mencari cahaya, hiburan dan harapan.
Ketika memandang ke kanan iaitu masa silam yang telah berlalu dan mencari hiburan padanya, ia kelihatan seperti sebuah perkuburan terbesar bagi ayahku, moyangku dan bangsa manusia. Sebagai gantian hiburan ia memberi ketakutan.
Ketika aku memandang mencari penawar ke sebelah kiri yang merupakan masa hadapan, aku nampak bahawa ia kelihatan seperti sebuah kubur yang besar dan gelap bagiku, bagi mereka yang sepertiku dan bagi generasi mendatang. Sebagai gantian ketenangan, ia memberi kengerian.
Kerana terkejut dari kanan dan kiri, maka aku memerhatikan hari yang sedang aku lalui. Pada pandanganku yang lalai dan lapuk, hari itu kelihatan seperti sebuah keranda yang mengusung jenazah tubuhku yang dalam keadaan separuh mati dan kesakitan seperti orang yang disembelih.
Seterusnya apabila berputus asa daripada sudut ini juga, maka aku mendongakkan kepalaku lalu memerhatikan puncak pohon usiaku. Aku nampak bahawa pohon itu memiliki hanya sebiji buah dan ia pula tidak lain dan tidak bukan ialah jenazahku. Ia tergantung di dahan pohon itu dan memandang kepadaku.
585. Page
Apabila dari sudut itu pun aku ketakutan, maka aku menundukkan kepalaku ke bawah dan memerhatikan bahagian bawah dan akar pohon usia itu. Aku nampak bahawa tanah di bawahnya itu adalah dalam bentuk yang telah bercampur aduk di antara tanah tulang-temulangku dengan tanah permulaan kejadianku. Ia dipijak-pijak di bawah tapak kaki. Ia juga bukanlah penawar malahan telah menambah kegelisahan kepada kegelisahanku.
Kemudian aku terpaksa menoleh ke belakangku. Aku nampak bahawa dunia yang tidak tetap dan fana, bergolek pergi di lembah kesia-siaan dan dalam gelap ketiadaan. Ketika mencari penawar untuk kegelisahanku, ia menambah racun.
Oleh sebab dari sudut itu pun aku tidak nampak kebaikan, maka aku telah memerhatikan bahagian hadapanku. Aku menghantar pandanganku jauh ke hadapan. Aku nampak bahawa pintu kubur kelihatan terbuka betul-betul di atas jalanku. Ia telah mengangakan mulutnya dan memandang kepadaku. Di belakangnya kelihatan jalan menuju keabadian yang sangat jauh serta kafilah-kafilah yang melalui jalan itu.
586. Page
Namun, tiada sesuatu pun di tanganku yang boleh menjadi tempat persandaran dan senjata pertahanan yang dapat digunakan untuk menghadapi kedahsyatan-kedahsyatan yang datang daripada enam sudut ini selain daripada juzuk ikhtiari (pilihan) yang kecil. Oleh sebab juzuk ikhtiari yang merupakan satu-satunya senjata manusia untuk menghadapi musuh yang tidak terkira dan perkara-perkara bahaya yang tidak terhitung itu adalah kurang, terbatas, lemah dan tidak boleh mewujudkan, maka tiada apa-apa pun akan datang daripada tangannya selain usaha (al-kasb). Bukan sahaja ia tidak boleh pergi ke masa lalu untuk menghentikan kesedihan-kesedihan yang datang daripadanya kepadaku malah ia tidak boleh menyelinap ke masa hadapan untuk menghalang ketakutan yang datang daripadanya. Maka aku menyedari bahawa ia tidak memberi manfaat kepada cita-cita masa hadapan dan kesakitan masa laluku.
Semasa aku meronta-ronta dalam kedahsyatan, ketakutan, kegelapan dan keputusasaan yang datang daripada enam arah itu, tiba-tiba cahaya-cahaya keimanan yang bersinar di langit al-Quran Mu'jiz al-Bayan telah sampai memberi bantuan. Cahaya itu telah menerangi enam arah tersebut sehingga jika ketakutan dan kegelapan yang aku lihat itu bertambah seratus kali ganda, nescaya cahaya itu adalah masih mencukupi dan memadai untuknya. Cahaya-cahaya itu telah mengubah satu demi satu kedahsyatan itu kepada hiburan dan satu demi satu kesunyian itu kepada kemesraan.
587. Page
Keadaan itu adalah seperti berikut:
Keimanan telah mengoyak gambaran perkuburan terbesar bagi masa lalu yang menakutkan itu lalu memperlihatkan secara ‘ainal yaqin (keyakinan melalui mata) dan haqqal yaqin (keyakinan sebenar) bahawa masa lalu ialah majlis munawwar (bercahaya) yang penuh mesra dan tempat berhimpun bagi para kekasih.
Keimanan juga telah memperlihatkan secara ‘ilmal yaqin (keyakinan melalui ilmu) bahawa masa depan yang dilihat dalam bentuk pusara terbesar melalui pandangan ghaflah (kelalaian) itu ialah majlis jamuan ar-Rahman di istana-istana kebahagian yang indah.
Keimanan juga telah memecahkan masa sekarang yang kelihatan seperti keranda dan bentuk kekerandaan hari sekarang itu kepada pandangan ghaflah lalu secara jelas memperlihatkan hari itu sebagai kedai perdagangan ukhrawi dan sebuah Rumah Tamu ar-Rahman yang gilang-gemilang.
Keimanan juga telah memperlihatkan secara ‘ilmal yaqin (keyakinan melalui ilmu) bahawa satu-satunya buah di puncak pohon usia yang kelihatan seperti jenazah apabila dilihat dengan pandangan ghaflah itu sebenarnya bukanlah jenazah bahkan rohku yang menjadi penerima dan calon kepada kehidupan dan kebahagiaan abadi yang telah keluar dari sarangnya yang telah usang untuk bersiar-siar dari bintang ke bintang.
588. Page
Malah keimanan telah memperlihatkan melalui rahsianya bahawa tulang-temulang dengan tanah permulaan kejadianku itu bukanlah tulang-temulang yang tidak penting dan telah hancur di bawah tapak kaki bahkan tanah itu ialah pintu rahmat dan tirai dewan syurga.
Keimanan juga telah memperlihatkan melalui rahsia al-Quran bahawa dunia yang bergolek dalam kesia-siaan dan dalam gelap ketiadaan di belakangku apabila dilihat melalui pandangan ghaflah itu ialah sebahagian tulisan-tulisan as-Samad dan mukasurat-mukasurat ukiran as-Subhan yang telah tamat tugasnya, telah mengifadahkan maknanya dan telah meninggalkan natijah-natijahnya pada kewujudan sebagai ganti kepada dirinya. Keimanan telah memberitahu tentang apakah perihal dunia secara ‘ilmal yaqin.
Dengan cahaya al-Quran, keimanan memperlihatkan bahawa kubur di hadapan yang sedang membuka matanya dan memandang kepadaku serta jalan di belakang kubur yang menuju keabadian kubur itu bukanlah pintu perigi bahkan pintu alam cahaya.
Oleh sebab keimanan memperlihatkan dengan cara yang benar-benar meyakinkan bahawa jalan itu pula bukanlah jalan yang menuju ketiadaan dan kesia-siaan bahkan menuju kewujudan, negara cahaya dan kebahagian abadi, maka ia menjadi penawar dan ubat sapu kepada kegelisahan-kegelisahanku.
589. Page
Malah, keimanan memberi wasikah (surat sokongan) kepada tangan juzuk ikhtiari itu untuk ia bersandar kepada kuasa yang tidak berpenghujung dan berlindung kepada rahmat yang tidak bersempadan menghadapi musuh dan kegelapan yang tiada batasan itu sebagai gantian kepada juzuk ikhtiari juz’i yang memiliki usaha (al-kasb) yang sangat kecil di tangannya itu. Bahkan keimanan itu sendiri yang menjadi wasikah di tangan juzuk ikhtiari itu. Sedangkan juzuk ikhtiari yang merupakan senjata insan itu pada hakikatnya adalah lemah, terbatas dan kurang. Namun, sebagaimana seorang askar dapat melakukan kerja-kerja yang ribuan kali ganda di luar keupayaannya apabila mengunakan kekuatannya yang juz’i itu atas nama kerajaan, maka demikianlah juga sekiranya juzuk ikhtiari yang kecil itu digunakan di jalan al-Haq Subhanahu wa Taala dan atas nama-Nya dengan rahsia keimanan, ia juga boleh memperoleh syurga seluas lima ratus tahun.
Keimanan turut mengambil tali kendali juzuk ikhtiari yang tidak boleh menguasai masa lalu dan masa depan itu daripada tangan tubuhku lalu menyerahkannya kepada hati dan roh. Oleh sebab lingkungan kehidupan hati dan roh pula tidak hanya terkhusus kepada masa sekarang seperti tubuh serta oleh sebab ia termasuk dalam daerah kehidupan yang sangat lama daripada masa lalu dan masa depan, maka juzuk ikhtiari itu keluar daripada juz’iyyah lalu mencapai kulliyyah.
590. Page
Sepertimana juzuk ikhtiari itu boleh masuk ke lembah-lembah masa lalu yang paling dalam dengan kekuatan iman dan menghalang gelap-gelap kesedihan; dengan cahaya keimanan, ia mampu mendaki gunung-ganang masa depan yang paling jauh dan menghilangkan segala ketakutan.
Justeru, wahai orang-orang tua lelaki dan perempuan yang telah mengalami kesulitan-kesulitan masa tua sepertiku! Alhamdulillah! Memandangkan kita adalah ahli iman, memandangkan dalam keimanan terdapat khazanah atau dafinah yang sangat bercahaya, lazat, indah dan menarik serta memandangkan masa tua semakin membawa kita kepada kandungan dafinah itu, maka kita sepatutnya beribu-ribu kali mensyukuri masa tua yang mempunyai keimanan, bukan menyesalinya.
Harapan Kelapan
Pada masa warna putih yang menjadi tanda ketuaan mula mewarnai rambut di kepalaku, kehuru-haraan perang dunia dan ketidaktentuan penawananku serta suatu keadaan mencari kehormatan yang penting ketika aku datang ke Istanbul buat kesekian kalinya yang semakin menyenyakkan tidur lena masa mudaku, hatta dari sudut bermula daripada khalifah, syaikhul Islam, ketua panglima sehingga kepada murid-murid madrasah memperlihatkan suatu perhatian dan tolehan yang baik yang amat melebihi kemampuanku, maka keadaan rohani yang diberikan oleh kemabukan masa muda dan keadaan itu telah menebalkan lena itu hingga ke suatu tahap seolah-olah aku telah melihat dunia sebagai kekal dan diriku sendiri juga telah berpaut pada dunia dalam suatu keadaan yang menghairankan bagaikan tidak akan mati.
591. Page
Justeru pada masa itu, dalam bulan Ramadhan, aku telah pergi ke Masjid mulia Beyazid di Istanbul untuk mendengar para huffaz yang ikhlas.
Aku dapati, melalui khitab samawinya yang tinggi, al-Quran mu’jiz al-Bayan mengumumkan firman [كُلُّ نَفْسٍ ذَٓائِقَةُ الْمَوْتِ] yang memberi khabar kefanaan manusia dan kematian makhluk bernyawa dalam bentuk yang tegas menerusi lidah para huffaz. Ia masuk ke telingaku lalu mengambil tempat jauh di lubuk hatiku dan telah menghancurkan lena kelalaian yang amat nyenyak itu dan peringkat-peringkat kemabukan. Aku keluar dari masjid. Sejenis ribut dan api yang berasap masih hidup dalam kepalaku selama beberapa hari lantaran kedunguan lena lama itu yang menghuni kepalaku sejak sekian lama dahulu. Aku melihat diriku bagaikan sebuah kapal yang kompasnya telah bercelaru. Apabila aku melihat rambutku di cermin, helaian rambutku yang maik memutih berkata kepadaku: “Berwaspadalah!”
Justeru, menerusi peringatan rambutku yang putih itu, keadaan menjadi jelas. Aku nampak bahawa masa muda yang amat aku percayai dan terpesona dengan kelazatannya mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Kehidupan duniawi yang amat aku kasihi mula malap. Dunia yang amat berkait denganku dan seolah-olah aku terlalu mencintainya mengucapkan “semoga bertuah!” lalu memperingatkan bahawa aku akan meninggalkan rumah pertamuan ini. Dirinya juga mengucapkan “semoga dilindungi Allah” bersedia untuk pergi. Melalui isyarat dalam kulliyyah ayat [كُلُّ نَفْسٍ ذَٓائِقَةُ الْمَوْتِ] al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan, terbukalah makna pada hati bahawa bangsa manusia adalah satu jiwa dan ia akan mati untuk dibangkitkan semula. Bebola bumi juga adalah satu jiwa. İa juga akan mati untuk memasuki suatu bentuk keabadian. Dunia juga adalah satu jiwa dan ia juga akan mati untuk menjadi akhirat.
592. Page
Justeru, aku memandang kepada kedudukanku yang di dalam keadaan ini. Aku nampak bahawa masa muda yang menjadi paksi kelazatan sedang berlalu pergi dan masa tua yang menjadi tempat tumbuh kesedihan sedang datang menggantikannya. Kehidupan yang sangat terang dan bercahaya itu sedang berlalu pergi dan kematian dahsyat yang gelap secara zahir bersedia datang menggantikan tempatnya. Dunia yang sangat menawan dan disangka abadi dan menjadi kekasih mereka yang lalai itu dengan pantas sedang bergabung dengan kelenyapan. Maka untuk memperdaya diriku sendiri dan kembali menyumbat kepalaku dalam kelalaian, aku memandang kepada kelazatan kedudukan dalam masyarakat yang aku dapati amat melebihi kemampuanku, namun tiada sebarang faedahnya. Perhatian, tolehan dan hiburan itu semua hanya mampu sampai ke pintu kubur yang makin menghampiriku dan terpadam di sana.
Aku nampak bahawa kedudukan dan kehormatan yang menjadi satu matlamat khayalan mereka yang memuja kemasyhuran di sebalik tirainya yang menawan adalah dalam bentuk riya’ yang berat, sikap bangga diri yang dingin dan kedunguan yang sementara. Lalu aku fahami bahawa perkara-perkara yang memperdayaku sehingga kini ini tidak mampu memberikan sebarang hiburan dan padanya tiada apa jua cahaya. Sekali lagi, di saat aku hampir terjaga, aku sekali lagi mula mendengar (bacaan) para Huffaz di Masjid Beyazid untuk mendengar ajaran samawi al-Quran.
593. Page
Waktu itu aku telah mendengar khabar-khabar gembira melalui firman-firman qudsi yang dari jenis ayat [وَ بَشِّرِ الَّذ۪ينَ آمَنُوا]
hingga akhir. Bahkan aku telah mencari hiburan, harapan dan nur di dalam noktah-noktah yang telah aku ambil daripada kedahsyatan, kesunyian dan keputusasaan bukannya mencari hiburan dari luar menerusi limpahan yang aku dapatkan daripada al-Quran. Seratus ribu syukur kepada Allah Subhanahu wa Taala kerana aku telah menemui penawar di dalam penyakit itu sendiri, menemui cahaya di dalam kegelapan itu sendiri dan menemui hiburan di dalam kesunyian itu sendiri. Aku telah memandang kepada wajah kematian yang disangkakan sebagai yang paling menakutkan semua orang dan yang paling menyeramkan dan melalui nur al-Quran aku nampak bahawa cakaran kematian pada zahirnya adalah gelap, hitam dan jelik, namun bagi orang mukmin, wajah aslinya adalah bercahaya dan indah.
Kami telah mengisbatkan hakikat ini secara qat’i dalam banyak risalah. Terutamanya sebagaimana telah kami terangkan dalam banyak risalah seperti Kalimah Kelapan dan Surat Kedua puluh, sesungguhnya kematian bukan penghapusan, bukan perpisahan bahkan satu mukadimah dan permulaan kehidupan abadi, tamatnya tugas daripada bebanan tugas kehidupan, satu perlepasan dan satu penukaran tempat. Serta pertemuan semula dengan kafilah para kekasih yang telah berpindah ke alam barzakh. Demikianlah melalui hakikat-hakikat yang seperti ini, aku telah nampak wajah indah yang hakiki bagi kematian. Maka aku telah memandang kepada wajah kematian dari satu sudut bukannya dengan rasa takut bahkan dengan penuh kerinduan. Lalu aku telah memahami satu rahsia rabithah al-maut yang penting menurut ahli tariqat.
594. Page
Kemudian, aku memandang kepada masa mudaku yang menyebabkan semua orang menangis lantaran kelenyapannya, menyebabkan semua orang terpesona dan rindu kepadanya dan berlalu dalam dosa dan kelalaian, maka aku nampak suatu wajah yang sangat hodoh, mabuk dan bingung di dalam pakaian dan sarungnya yang berhias itu. Sekiranya aku tidak mengetahui perihalnya, sebagai ganti ia akan memabukkanku lalu menyebabkan aku ketawa selama beberapa tahun, nescaya ia akan menyebabkan aku menangis walaupun aku tinggal di dunia selama seratus tahun. Ia adalah seperti mana seseorang yang sebegitu menangis sambil berkata: [لَيْتَ الشَّبَابَ يَعُودُ يَوْمًا فَاْخُبِرَهُ بِمَا فَعَلَ الْمَشِيبُ] Yakni, kalaulah masa mudaku kembali semula pada suatu hari, nescaya aku akan mengadu memberitahu kepadanya betapa usia tua mengundang begitu banyak keadaan yang menyedihkan ke atasku.
Ya, orang-orang tua seperti orang ini yang tidak mengetahui perihal masa muda sedang menangis dengan rasa sedih dan pilu kerana memikirkan masa muda mereka. Sedangkan masa muda berada pada orang-orang mukmin yang merupakan ahli hati dan golongan tenang yang akalnya di kepalanya dan hatinya pada tempatnya, sekiranya usia muda itu dibelanjakan untuk ibadat, kebajikan dan perdagangan ukhrawi, maka ia merupakan satu wasilah perdagangan yang paling kukuh dan perantara kebajikan yang paling indah dan menawan. Malah, usia muda itu merupakan satu nikmat ilahi yang bernilai dan lazat kepada mereka yang mengetahui tugas beragamanya lalu tidak menyalahgunakannya.
595. Page
Sekiranya ia tiada sifat istiqamah, iffah dan taqwa, maka terdapat banyak perkara bahaya. Akibat kedegilannya dia menjejaskan kebahagiaan abadi dan kehidupan ukhrawinya, bahkan dia turut menghuru-harakan kehidupan duniawinya. Bahkan sebagai gantian kepada kelazatan kenikmatan masa muda yang selama satu atau dua tahun, dia akan merasai kehibaan dan kesedihan banyak tahun pada masa tua.
Memandangkan masa muda menjadi bermudarat sebegini pada ramai orang, maka kita orang-orang tua perlu bersyukur kepada Allah kerana kita telah terselamat daripada mara bahaya masa muda. Seperti setiap benda, kelazatan-kelazatan masa muda juga akan berlalu pergi. Sekiranya ia dibelanjakan pada ibadah dan kebajikan, maka buah-buah masa muda itu akan kekal di tempatnya lalu menjadi wasilah kepada pemerolehan sebuah masa muda yang kekal dalam kehidupan abadi.
Kemudian aku memandang kepada dunia yang ramai orang cinta dan ketagih dengannya. Melalui nur al-Quran, aku nampak bahawa terdapat tiga dunia menyeluruh dalam satu sama lain.
596. Page
Pertama: Dunia yang memandang kepada nama-nama Ilahi dan merupakan cerminnya.
Kedua: Dunia yang memandang kepada Akhirat dan merupakan ladangnya.
Ketiga: Memandang kepada ahli dunia dan menjadi tempat bermain mereka yang lalai.
Malah di dunia ini, setiap orang memiliki sebuah dunia besarnya sendiri. Seolah-olah dunia sebanyak bilangan manusia telah memasuki satu sama lain. Tetapi tiang bagi dunia istimewanya ini ialah nyawanya sendiri. Bila saja tubuhnya patah, maka dunianya runtuh di atasnya dan meletuslah kiamatnya. Oleh sebab mereka yang lalai tidak tahu bahawa dunia dirinya akan cepat runtuh sebegini, maka mereka menganggapnya seperti dunia yang umum lalu memujanya.
Aku juga memilik sebuah dunia istimewaku sendiri yang cepat runtuh dan rosak seperti dunia mereka yang lain. Lalu aku memikirkan apakah faedah yang ada pada dunia istimewaku ini untuk umurku yang amat singkat ini. Melalui nur al-Quran, aku nampak bahawa dunia ini adalah dalam perihal sebuah tempat perdagangan yang sementara, sebuah rumah pertamuan yang penuh dan kosang setiap hari, sebuah pasar yang yang didirikan di atas jalan untuk jual beli mereka yang melaluinya, sebuah buku catatan an-Naqqaasy al-Azali yang ditulis dan dipadam dengan hikmah yang sentiasa diperbaharui, sepucuk surat-Nya yang bersadur pada setiap musim bunga dan sebuah qasidah tersusun-Nya pada setiap Musim Panas yang memperbaharui tajalli nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal itu, memperlihatkan cermin-cerminnya, sebuah tapak semaian akhirat, sebuah taman bunga rahmat Ilahi serta sebuah makmal khusus yang sementara untuk papan-papan kenyataan yang akan dipamerkan di alam baqa’ yang bukan sahaja untuk diriku malah untuk setiap orang.
597. Page
Aku melafazkan seratus ribu syukur kepada al-Khaliq Dzul Jalal yang menjadikan dunia ini dalam bentuk ini. Aku telah faham bahawa walaupun rasa cinta telah diberikan kepada bangsa manusia terhadap wajah indah sebenar dunia yang memandang kepada akhirat dan nama-nama Ilahi, namun oleh sebab manusia telah menyalahgunakannya dengan menghabiskan rasa cinta itu terhadap wajah dunia yang fana, hodoh, bermudarat dan melalaikan, maka mereka menjadi penzahir makna hadis mulia [حُبُّ الدُّنْيَا رَاْسُ كُلِّ خَطِٓيئَةٍ].
Justeru, wahai orang-orang tua lelaki dan wanita! Aku telah nampak hakikat ini melalui nur al-Quran al-Hakim, melalui peringatan masa tua dan kerana keimanan juga telah membuka mataku dan aku telah mengisbatkannya dalam banyak risalah dengan burhan-burhan yang qat’i.(bukti-bukti yang nyata). Aku telah nampak suatu hiburan yang hakiki, suatu harapan yang kuat dan suatu cahaya yang terang untuk diriku. Aku berasa gembira dengan masa tuaku dan aku senang hati dengan perginya masa muda. Maka kalian juga janganlah menangis dan hendaklah kalian bersyukur. Memandangkan ada keimanan dan beginilah hakikat, biarlah mereka yang lalai menangis dan mereka yang sesat menangis.
598. Page
Harapan Kesembilan:
Akibat ditawan semasa perang dunia pertama, aku ditempatkan di wilayah Kosturma yang sangat jauh terletak di Timur Laut Rusia. Di sana terdapat sebuah Masjid kecil bangsa Tatar di pesisir sungai Volga yang terkenal. Ketika itu, aku berasa rimas berada di celah-celah para pegawai yang turut menjadi tahanan yang juga merupakan sahabat-sahabatku. Aku telah menyuarakan hasratku untuk tinggal bersendirian, namun aku tidak dibenarkan bersiar-siar di luar tanpa keizinan. Menerusi jaminan penduduk tempatan berbangsa Tatar, aku telah dibawa ke sebuah masjid kecil di tepi sungai Volga itu. Aku tinggal bersendirian di masjid itu. Waktu itu musim bunga hampir tiba. Maka kerapkali aku berjaga pada malam hari yang amat panjang di benua utara itu. Pada malam-malam yang gelap dan dalam keterasingan yang kelam itu. Deruan pilu sungai Volga, renyai hiba sang hujan dan hembusan sayu sang bayu membuatku terjaga sementara daripada lena kelalaian yang dalam. Sebenarnya, aku belum menyedari bahawa aku diriku telah tua, tetapi sesiapa sahaja yang menyaksikan perang dunia adalah tua. Bagaikan menerima maksud hadis [يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا], hari-hari itu sangat sulit sehingga menyebabkan kanak-kanak menjadi tua. Oleh sebab itu, walaupun aku berusia empat puluh tahun, aku mendapati diriku berada dalam keadaan seperti seorang tua berusia lapan puluh tahun. Dalam malam gelap yang panjang, keterasingan yang pilu dan keadaan yang menyedihkan seperti itu, muncullah rasa putus asa daripada kehidupan dan tanah air. Aku telah memandang kepada kelemahan dan sifat sebatang karaku, lalu harapanku terputus. Ketika dalam keadaan seperti itu, bantuan daripada al-Quran al-Hakim datang. Lidahku melafazkan [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ]. Hatiku menangis mengucapkan [غَرِيبَمْ بِى كَسَمْ ضَعِيفَمْ نَاتُوَانَمْ اَلْاَمَانْ گُويَمْ عَفُوْ جُويَمْ مَدَدْ خَواهَمْ زِدَرْگَاهَتْ اِلٰهِى]. Rohku juga memikirkan teman-teman lama di tanahairku lalu aku mengkhayalkan kematianku di tanah asing itu. Seperti Niyazi al-Misri aku berkata:
599. Page
“Aku melalui kesedihan-kesedihan dunia, aku membuka sayap menuju ketiadaan, dengan penuh kerinduan, aku terbang sambil berteriak, wahai teman! Wahai teman!”
Demikianlah rohku mencari teman-temannya.
Walau bagaimanapun, dalam tengah malam keterasingan yang sedih, hiba, pilu dan panjang itu, kedaifan dan kelemahanku di hadrat Ilahi telah menjadi pemberi syafaat dan wasilah yang sangat besar sehingga sampai sekarang aku masih hairan denganya. Ini kerana, beberapa hari selepas itu, dalam keadaan di luar kebiasaan, aku telah melarikan diri seorang diri melalui satu jarak yang memakan setahun perjalanan jika berjalan kaki, walaupun aku tidak pandai berbahasa Rusia. Aku terselamat secara luar biasa lantaran bantuan Ilahi yang berpunca daripada kedaifan dan kelemahanku. Hinggakan aku sampai ke Istanbul melalui Warsaw dan Austria. Terselamat dengan mudah seperti ini adalah sangat luar biasa. Aku telah menamatkan perjalanan pelarian yang panjang itu dengan kesenangan dan kemudahan yang tidak diperoleh orang-orang yang paling berani dan paling bijak berhelah yang mengetahui bahasa Rusia.
Tetapi alasan untuk aku mengambil keputusan tersebut ialah keadaan malam di masjid di tepi sungai Volga yang telah disebutkan sebelum ini lalu aku telah berkata: “Aku akan menghabiskan sisa usiaku di gua-gua. Aku tidak akan mencampuri lagi urusan hidup bermasyarakat manusia. Memandangkan aku akan masuk kubur seorang diri pada akhirnya, bermula saat ini, aku akan memilih untuk hidup seorang diri demi membiasakan diri dengan keseorangan.
600. Page
Tetapi, malang sekali, sahabat-sahabat yang serius dan ramai di Istanbul dan kehidupan duniawi Istanbul yang amat mempesona terutamanya perkara-perkara yang tiada natijah seperti kehormatan dan kemuliaan yang amat memberi tumpuan kepadaku telah menyebabkan aku terlupa akan keputusanku itu buat sementara waktu. Seolah-olah, malam keterasingan di masjid di tepi sungai Volga itu ialah kawasan hitam yang bercahaya pada mata kehidupanku dan siang gilang-gemilang di Istanbul ialah kawasan putih tanpa cahaya bagi mata kehidupan itu, maka ia tidak dapat melihat masa hadapan lalu kembali terpejam sehinggalah mataku terbuka semula dua tahun selepas itu melalui kitab Futuh al-Ghaib Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
Justeru, wahai orang-orang tua lelaki dan perempuan! Ketahuilah kalian bahawa kedaifan dan kelemahan pada masa tua itu ialah wasilah untuk mengundang rahmat dan inayah Ilahi. Seperti mana yang telah aku saksikan pada diriku sendiri, tajalli rahmat di atas muka bumi juga memperlihatkan hakikat ini dalam suatu bentuk yang sangat jelas. Ini kerana, yang paling lemah dan daif di kalangan haiwan ialah anak-anak kecilnya. Sedangkan penerima tajalli rahmat yang paling menawan dan indah juga ialah mereka.
601. Page
Tajalli rahmat pada kelemahan seekor anak burung dalam sebuah sarang di atas pokok memperkerjakan ibunya sebagai anggota tentera yang paling taat. Ibunya berkeliling lalu membawa pulang rezekinya. Sebaik sahaja anak-anak burung itu melupakan kelemahannya kerana sayap-sayapnya semakin kuat, maka ibunya akan menyuruhnya mencari rezeki sendiri dan tidak akan mengikut lagi arahannya. Justeru, sebagaimana rahsia rahmat ini berlaku pada anak-anak burung, ia turut berlaku pada orang-orang tua yang ibarat anak-anak kecil dari sudut kedaifan dan kelemahan.
Aku mempunyai banyak pengalaman yang boleh melahirkan keyakinan bahawa sebagaimana rezeki anak-anak kecil dihantar dan dialirkan daripada rahmat menerusi pili-pili air kantung-kantung susu dalam bentuk yang luar biasa lantaran kelemahan mereka, demikianlah rezeki orang-orang tua beriman yang memperoleh sejenis kemaksuman juga dihantar dalam sejenis keberkatan. Malah petikan berikut yang merupakan satu potongan daripada hadis as-Syarif[4] [وَلَوْلاَ الشُّيُوخُ الرَّكَّعُ لَصُبَّ عَلَيْكُمُ الْبَلآَءُ صَبَّٓا]
yang bermaksud: Sekiranya tiada orang tua kalian yang telah bongkok, nescaya bencana dan musibah akan menimpa kalian seperti air banjir yang menyatakan bahawa tiang keberkatan dalam sesebuah rumah ialah orang-orang tua yang ada di rumah itu serta orang-orang tua lelaki dan perempuan yang sudah bongkok yang tidak lagi berdosa yang memelihara sesebuah rumah itu daripada bala mengisbatkan hakikat ini.
602. Page
Justeru, memandangkan kedaifan dan kelemahan pada usia tua menjadi wasilah untuk mengundang rahmat Ilahi setahap ini dan memandangkan al-Quran al-Hakim menyeru anak-anak agar menghormati dan mengasihi ibu bapa yang telah tua dalam bentuk yang sangat bermukjizat dalam lima sudut melalui ayatnya: ,[اِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ اَحَدُهُمَٓا اَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَٓا اُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا] [وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا] memandangkan agama Islam memerintahkan penganutnya menghormati dan merahmati mereka yang telah tua, memandangkan fitrah insan menuntut agar menghormati dan merahmati mereka yang tua, maka sudah tentu kita –mereka yang tua- mendapat rahmat dan penghormatan yang datang daripada inayah Ilahi dan keprihatinan sesama insan yang berbentuk maknawi, berterusan dan penting dan mengecap kelazatan-kelazatan rohani yang lahir daripada rahmat dan penghormatan berbanding satu kelazatan maddi yang sementara menerusi selera masa muda.
Oleh yang demikian, kita tidak patut menggantikan masa tua kita ini dengan seratus masa muda. Ya, aku sendiri memberi jaminan kepada kalian bahawa sekiranya mereka memulangkan kembali sepuluh tahun masa muda Said Lama kepadaku, aku tidak akan menyerahkan satu tahun masa tua Said Baru yang sekarang ini. Aku redha dengan masa tuaku dan kalian juga sepatutnya turut meredhainya.
603. Page
Harapan Kesepuluh:
Suatu masa, setelah kembali daripada menjadi tawanan, kelalaian kembali menguasai untuk dua ke tiga tahun di Istanbul. Suasana Politik telah mengalihkan pandanganku daripada diriku lalu memencarkannya kepada ufuk sekeliling. Suatu hari, aku duduk di suatu tempat tinggi di perkuburan Sultan Ayub di Istanbul yang menghadap ke arah lembah. Aku memandang ke arah ufuk di sekeliling Istanbul. Namun aku lihat, tiba-tiba dunia khususku di ambang kematian. Malah pada sesetengah sudut, keadaan khayalan seolah-olah nyawaku sedang dicabut menerpa kepadaku. Lantas aku berkata: Mungkinkah tulisan-tulisan pada batu-batu nisan di perkuburan ini yang mengundang khayalan sebegini kepadaku? Aku tidak lagi memandang kepada yang jauh bahkan memandang pada perkuburan itu. Terlintas dalam hatiku: Di dalam perkuburan yang di sekelilingmu itu terdapat seratus Istanbul. Ini kerana Istanbul telah dikosongkan seratus kali ke sini. Engkau tidak akan terlepas dan terkecuali daripada penguasaan al-Hakim al-Qadir yang mengosongkan seluruh rakyat Istanbul ke sini, pastinya engkau juga akan pergi.
Aku pun keluar dari kawasan perkuburan itu lalu masuk buat sekian kalinya seperti sebelum-sebelum ini ke sebuah kamar kecil di dalam balai di Masjid Sultan Ayub. Aku memikirkan bahawa aku adalah musafir dari tiga sudut. Sebagaimana aku adalah musafir di penginapan kecil ini, aku juga adalah musafir di Istanbul dan juga musafir di dunia ini.
604. Page
Musafir sewajarnya memikirkan jalannya. Sebagaimana aku akan keluar dari kamar ini, suatu hari nanti pun aku akan keluar dari Istanbul. Pada suatu hari yang lain pula, aku juga akan keluar dari dunia ini. Maka, dalam keadaan ini, suatu kesedihan dan kerisauan yang amat pilu dan menghibakan runtuh ke atas hati dan kepalaku. Ini kerana, aku tidak hanya kehilangan satu atau dua orang sahabat, malahan sebagaimana aku akan meninggalkan ribuan sahabat yang aku kasihi di Istanbul, aku juga akan berpisah dengan Istanbul yang amat aku cintai. Sambil aku memikirkan bahawa sebagaimana aku akan berpisah dengan ratusan ribu sahabatku di dunia, aku juga akan meninggalkan dunia indah yang amat kucintai dan terpesona dengannya itu, aku kembali menuju ke kawasan tinggi di perkuburan itu. Oleh sebab aku kadang-kadang pernah pergi ke panggung wayang , maka pada detik itu aku melihat insan-insan dalam Istanbul adalah ibarat mayat yang sedang berjalan bersiar-siar persis yang dipaparkan pada layar panggung ketika seseorang pada masa ini mengimbau bayangan mereka yang telah pergi masih bersiar-siar pada masa dahulu di hadapan matanya. Khayalanku berkata: Memandangkan sebahagian mereka yang menghuni perkuburan ini kelihatan bersiar-siar seperti pada layar panggung, maka, lihatlah mereka yang pasti akan masuk ke sini pada masa hadapan bagaikan mereka telah masuk ke dalamnya. Mereka juga adalah jenazah yang sedang bersiar-siar.
605. Page
Tiba-tiba, menerusi nur al-Quran al-Hakim dan irsyad Hazrat Ghauth al-A’zam Syeikh al-Jailani, keadaan yang menyedihkan itu telah berubah menjadi satu keadaan yang gembira, senag hati dan ceria. Ia seperti berikut: berhadapan dengan keadaan yang sedih itu, nur yang datang dari al-Quran telah memberi peringatan seperti berikut:
Engkau pernah mempunyai seorang dua sahabat pegawai tentera semasa engkau terasing di Kosturma yang terletak di Timur Laut Rusia. Engkau tahu bahawa dua orang sahabatmu ini pasti pergi ke Istanbul. Ketika engkau di sana, sekiranya seseorang berkata kepadamu: Adakah engkau akan pergi ke Istanbul dan ataupun adakah engkau akan tinggal di sini? Maka sudah tentu engkau mempunyai akal walau sebesar zarah, pastinya engkau akan menerima pemergiannya ke Istanbul dengan gembira dan senang hati. Ini kerana, daripada seribu satu kekasihmu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan kekasihmu berada di Istanbul. Di sini tinggal seorang dua lagi dan mereka juga akan pergi ke Istanbul. Maka, bagimu, pergi ke Istanbul bukanlah perpisahan yang menyedih dan memeritkan. Apatah lagi jika engkau telah sampai, maka tidakkah engkau rasa gembira? Engkau telah terselamat daripada malam-malam yang sangat panjang dan musim-musim sejuk yang beribut di negara musuh itu. Engkau telah sampai ke Istanbul yang indah bagaikan syurga dunia ini.
606. Page
Sama seperti itu juga, sembilan puluh sembilan peratus daripada mereka yang engkau sayangi sejak engkau kecil hingga ke usia ini telah berpindah ke perkuburan yang memberikan kedahsyatan kepadamu. Hanya tinggal seorang dua lagi sahabatmu di dunia ini. Mereka juga akan ke sana. Kematianmu di dunia ini bukanlah perpisahan bahkan pertemuan semula. Pertemuan semula dengan para kekasih itu. Terlintas bahawa mereka iaitu roh-roh yang kekal itu meninggalkan sarang-sarang mereka yang telah usang di bawah tanah lalu sebahagiannya bersiar-siar di bintang-bintang dan sebahagiannya di lapisan-lapisan alam barzakh.
Ya, al-Quran dan iman telah mengisbatkan hakikat ini pada tahap yang qat’i sehingga mereka yang belum benar-benar menjadi tida hati nurani dan jiwa ataupun kesesatan belum melemaskan hatinya, maka dia perlu beriman bagaikan mampu melihatnya. Ini kerana as-Sani’ al-Karim dan ar-Rahim yang menghias dunia ini dengan pelbagai jenis kelatifan dan ihsannya yang tidak terhitung sebegini lalu memperlihatkan rububiyyah-Nya yang penuh ikram dan syafaqah serta memelihara perkara-perkara yang (seolah-olah langsung) tidak penting seperti biji-biji benih tentunya tidak akan menghapuskan, melenyapkan dan menghilangkan manusia yang merupakan makhluk paling sempurna, paling lengkap, paling penting dan paling dicintai di kalangan masnu’at-Nya dengan cara yang kejam dan tanpa perhitungan sebegini seperti yang kelihatan secara luaran dengan jelas.
607. Page
Bahkan al-Khaliq ar-Rahim mencampakkan makhluk yang dicintai-Nya itu ke bawah tanah yang merupakan sebuah pintu rahmat buat sementara waktu supaya ia bertunas dalam kehidupan yang lain, sepertimana seorang petani menaburkan benih-benih pada tanah.[5]
Justeru, setelah menerima peringatan dari al-Quran ini, perkuburan itu menjadi lebih mesra berbanding dengan Istanbul. Khalwah dan ‘uzlah menjadi lebih menawan kepadaku berbanding dengan perbualan dan pergaulan. Maka aku pun menempatkan diriku di sebuah khalwah di Sariyer yang terletak di tepi Selat Bosphorus. Sebagaimana al-Ghauth al-A’zam menjadi ustaz, tabib dan mursyid kepadaku menerusi kitab Futuh al-Ghaibnya, Imam Rabbani juga ibarat seorang teman mesra, seorang pengasih dan seorang guru menerusi kitab al-Maktubatnya. Waktu itu, aku menjadi sangat gembira kerana telah memasuki usia tua, menghindarkan diri daripada kelazatan kemodenan dan meloloskan diri daripada kehidupan bermasyarakat. Aku telah bersyukur kepada Allah.
Justeru, wahai insan-insan mulia yang telah memasuki usia tua dan banyak mengingati mati menerusi peringatan masa tua sepertiku! Kita sepatutnya melihat masa tua, kematian dan penyakit sebagai menawan menerusi cahaya pengajaran iman yang telah diberikan al-Quran. Bahkan kita sepatutnya mencintainya pada satu sudut. Memandangkan pada kita terdapat satu nikmat yang sangat tidak terhitung nilainya seperti keimanan, maka masa tua adalah menawan, penyakit juga menawan. Malah kematian juga adalah menawan. Sekiranya terdapat perkara yang tidak menawan, maka (tidak lain tidak bukan), itu ialah dosa, kemaksiatan, bida’ah dan kesesatan.
608. Page
Harapan Kesebelas:
Setelah pulang dari menjadi tawanan, aku menetap bersama almarhum adik kandungku Abdur Rahman di sebuah rumah agam di puncak Camlica yang terletak di Istanbul. Kehidupanku ketika itu boleh dikira sebagai sebuah kehidupan yang paling membahagiakan kepada mereka yang seperti kita pada sudut kehidupan duniawi. Ini kerana, aku telah melepaskan diri daripada menjadi tawanan dan menjawat tugas tertinggi menyebarkan ilmu yang sepadan dengan aliran ilmuku di Dar al-Hikmah. Keistimewaan dan kemuliaan yang menghadap kepadaku adalah amat melebihi kelayakanku. Apatah lagi aku tinggal di Camlica yang merupakan tempat terindah dari segi kedudukan di Istanbul. Setiap yang aku miliki adalah sempurna. Malah aku bersama-sama yang bukan sahaja seorang murid, malah seorang pengkhidmat, penulis malah anak maknawiku yang sangat bijak dan rela berkorban seperti almarhum adik kandungku Abdur Rahman.
Namun, ketika aku menganggap diriku adalah orang yang paling bahagia berbanding dengan orang lain, aku memandang kepada cermin. Aku ternampak helai-helai putih pada rambut dan janggutku. Tiba-tiba, kesedaran rohani ketika di masjid di Kosturma semasa menjadi tawanan dahulu bermula semula.
609. Page
Sebagai kesan daripadanya, aku mula mencermati keadaan-keadaan dan sebab-sebab yang aku terikat dengannya sepenuh hati dan ku sangkakannya sebagai asas kebahagiaan duniawi. Apa jua yang aku cermati, aku perhatikan bahawa ia adalah reput, tidak bernilai/ tidak wajar diberi perhatian dan memperdaya. Pada ketika itu juga aku diuji dengan ketidaksetiaan yang tidak disangka-sangka dan pengkhianatan yang tidak pernah terlintas pada akal oleh seorang sahabatku yang aku anggap sebagai sahabat yang paling setia. Lantas muncullah suatu rasa ngeri daripada kehidupan duniawi. Aku berkata di dalam hati kepada diriku: Mungkinkah aku telah benar-benar terpedaya? Aku nampak bahawa terlalu ramai manusia yang memandang dengan iri kepada keadaan kami yang pada noktah hakikat sepatutnya dikasihani. Adakah semua manusia ini telah menjadi gila ataupun akukah yang telah menjadi gila sehingga aku melihat manusia-manusia yang menyembah dunia ini sebagai gila?
Walau bagaimanapun, dari sudut peringatan keras yang telah diberikan oleh usia tua, aku nampak akan kefanaan benda-benda fana yang pada mulanya aku amat terpaut dengannya. Aku juga telah memandang kepada diriku lalu aku nampak bahawa ia terlalu lemah.
610. Page
Waktu itu, rohku yang mahukan kebaqaan dan terpesona dengan perkara-perakra yang fana lantaran sangkaan keabadian berteriak dengan sepenuh hati: Memandangkan jasadku adalah fana, maka apakah kebaikan yang aku nantikan daripada benda-benda yang lemah ini? Memandangkan aku lemah, maka apakah yang aku nantikan daripada benda-benda yang lemah ini? Apa yang aku perlukan ialah satu Dzat yang al-Baqi as-Sarmadi serta al-Qadir al-Azali yang akan mengurniakan jalan penyelesaian kepada dilemaku. Demikianlah aku mula mencari.
Ketika itu, aku telah mengulangkaji ilmu yang telah aku pelajari sejak sekian lama. Aku mula mencari suatu kelegaan dan suatu harapan. Namun malang sekali, sehingga waktu itu, aku telah memenuhkan ilmu falsafah bersama-sama dengan ilmu Islam ke dalam rahangku. Aku telah menanggapi ilmu falsafah itu secara sangat salah dengan menganggapnya sebagai sumber kesempurnaan dan paksi pencerahan. Sedangkan permasalahan-permasalah falsafah itu telah mengotorkan rohku dengan sangat banyak dan telah menjadi penghalang kepada peningkatan maknawiku. Tiba-tiba, dengan rahmat dan kepemurahan Allah Taala, hikmah suci di dalam al-Quran al-Hakim telah datang membantu. Sebagaimana telah diterangkan dalam banyak risalah, hikmah suci itu telah membasuh dan membersihkan noda pada permasalahan-permasalahan falsafah itu.
611. Page
Kesimpulannya: Kegelapan roh yang berpunca daripada ilmu-ilmu hikmah (falsafah) telah melemaskan rohku ke dalam alam semesta. Ke sudut manapun aku memandang, aku akan mencari nur pada sudut itu namun aku tidak dapat menemui nur pada permasalahan itu. Aku tidak dapat bernafas sehinggalah Tauhid yang datang daripada al-Quran al-Hakim dan diajarkan melalui ayat لَااِلٰهَ اِلاَّ اللّٰهُ, muncul sebagai suatu Nur yang amat terang menyuraikan kegelapan-kegelapan itu lalu aku dapat bernafas dengan tenang. Tetapi, nafsu dan syaitan menyerang akal dan hati dengan bersandarkan kepada ajaran yang mereka pelajari daripada golongan sesat dan ahli falsafah.
Perdebatan diri sendiri ini dalam serangan tersebut alhamdulillah berakhir dengan kemenangan pihak hati. Sebahagian perdebatan itu telah ditulis dalam banyak risalah. Berpada dengan risalah-risalah itu, untuk memperlihatkan hanya satu daripada seribu kemenangan hati, aku akan menerangkan di sini hanya satu burhan daripada ribuan burhan yang ada. Ini supaya sebahagian orang tua yang telah menyebabkan rohnya kotor, hatinya berpenyakit dan nafsunya tidak terkendali pada masa muda akibat sebahagian kesesatan dan sebahagian perkara tidak berfaedah di bawah nama falsafah barat dan ilmu-ilmu moden melakukan pembersihan pada rohnya dan terselamat daripada kejahatan syaitan dan nafsu yang mengancam aqidah.
612. Page
Ia seperti berikut: Diriku yang mewakili ilmu-ilmu falsafah telah berkata: Sebab-sebab di alam semesta ini secara fitrahnya memiliki campur tangan pada maujudat ini. Setiap perkara memandang kepada suatu sebab. Ia perlu meminta buah daripada pokok dan biji benih daripada tanah. Maka apakah maknanya meminta daripada Allah dan merayu kepada-Nya tentang perkara yang paling juzi dan paling kecil? Waktu itu, rahsia Tauhid melalui nur al-Quran telah tersingkap dalam bentuk yang akan datang. Hatiku berkata kepada diriku yang berfalsafah itu: Perkara yang paling juzi dan paling kecil, seperti perkara yang paling besar adalah datang secara langsung daripada qudrat al-Khaliq seluruh alam semesta ini dan muncul daripada khazanah-Nya.
Tidak mungkin berlaku dalam bentuk selainnya. Adapun sebab-sebab adalah sehelai tirai. Ini kerana, makhluk-makhluk yang kita sangka sebagai paling tidak penting dan paling kecil kadangkala menjadi lebih besar dari segi seni dan penciptaan berbanding dengan makhluk yang paling besar. Walaupun lalat tidak dapat mengatasi ayam dari segi seni, namun ia juga tidak terkebelakang. Oleh itu, besar kecil tidak akan dibezakan. Sama ada keseluruhannya akan dibahagi-bahagikan kepada sebab-sebab maddi ataupun keseluruhannya diberikan kepada satu Dzat secara sekaligus. Sebagaimana yang pertama adalah mustahil, yang kedua pula adalah wajib dan dharuri.
613. Page
Ini kerana, jika semuanya diserahkan kepada satu Dzat yakni jika diberikan kepada al-Qadir al-Azali, dan memandangkan ilmu-Nya yang merealisasikan kewujudan semua maujudat menerusi penyusunan dan hikmah-Nya merangkumi setiap perkara, memandangkan kadar setiap perkara ditentukan menurut ilmu-Nya, memandangkan ciptaan-ciptaan yang sangat berseni wujud dan lahir setiap masa daripada tiada dengan penuh kesenangan dapat dilihat dengan jelas dan memandangkan al-Qadir al-‘Alim itu mampu menwujudkan apa jua perkara menerusi [اَمْرِكُنْ فَيَكُونَ] semudah menyalakan mancis, maka sebagaimana kami telah terangkan dalam banyak risalah terutamanya telah diisbatkan dalam Surat kedua puluh dan di penghujung Kilauan Kedua puluh Tiga, melalui dalil-dalil kukuh yang tidak terkira, al-Qadir al-‘Alim itu mempunyai satu qudrat yang tiada batasan, maka sudah tentu kemudahan dan kesenangan luar biasa yang dilihat dengan jelas itu datang daripada keterangkuman ilmu dan keagungan qudrat itu.
Sebagai contoh: Sekiranya satu bahan kimia yang khusus untuk memperlihatkan tulisan disapukan kepada sebuah buku yang ditulis dengan dakwat kimia yang tidak kelihatan pada mata maka buku besar itu tiba-tiba memperlihatkan kewujudannya kepada setiap mata dan menyebabkan dirinya boleh dibaca. Sama seperti itu, dalam ilmu yang meluas al-Qadir al-Azali itu, gambaran khusus setiap perkara ditentukan dengan satu kadar yang telah ditentukan. Menerusi [اَمْرِكُنْ فَيَكُونَ], al-Qadir al-Mutlaq itu, menerusi qudrat-Nya yang tiada batasan dan iradah-Nya yang telus menyapu kekuatan-Nya yang merupakan satu tajalli qudrat dengan penuh kesenangan dan kemudahan kepada mahiyyah ilmu itu sebagaimana bahan kimia yang disapu kepada tulisan.
614. Page
Sekiranya semua perkara tidak diberikan kepada al-Qadir al-Azali dan al’Alim kulli Syai’ itu secara sekaligus, waktu itu, di samping perlu mengumpulkan kewujudan satu benda yang paling kecil seperti lalat melalui satu neraca khusus daripada majoriti spesis di dunia, zarah-zarah yang bekerja pada tubuh lalat yang kecil itu perlu mengetahui rahsia penciptaan dan kesempurnaan seni lalat itu dengan semua perinciannya. Ini kerana, secara jelas dan melalui kesepakatan semua pemikir, sebab-sebab tabii dan sebab-sebab maddi tidak akan boleh mewujudkan sesuatu daripada tiada. Oleh itu, sekalipun mereka mewujudkan, maka ia pasti menghimpun. Memandangkan ia akan menghimpun, maka akan terdapat contoh daripada kebanyakan unsur dan jenis pada apa jua makluk bernyawa. Seolah-olah, makhluk bernyawa itu adalah ibarat kesimpulan bagi alam semesta. Sudah tentu, dalam keadaan sebegitu adalah perlu untuk menapis sesuatu benda hidup daripada muka bumi dengan satu penapis halus sebagaimana menapis satu benih daripada seluruh pohon yang rendang lalu perlu mengukur dan menghimpunkannya dengan satu neraca yang paling sensitif.
615. Page
Memandangkan sebab-sebab tabii adalah jahil dan jumud, ia tidak mempunyai akal untuk merencanakan satu plan, satu senarai, satu model dan program serta mencairkan zarah-zarah yang datang daripada acuan maknawi lalu menuangkannya menurutnya. Ini supaya ia tidak berterabur dan tidak merosakkan aturannya. Sedangkan untuk bentuk dan kerangka setiap benda menjadi pelbagai jenis yang tidak terkira, di dalam bentuk-bentuk dan kadar-kadar yang tidak terkira dan terhitung, menghentikan zarah unsur-unsur yang mengalir seperti banjir dalam satu bentuk dan kadar sebagai satu ketulan tanpa mencerai beraikannya di atas satu sama lain secara teratur tanpa kadar dan acuan dan memberikan kewujudan yang teratur kepada makhluk bernyawa adalah kelihatan sangat jauh daripada kemungkinan, kebarangkalian dan akal fikiran. Maka sudah tentu sesiapa yang tiada kebutaan pada hatinya, dia akan nampak. Ya, berdasarkan kepada hakikat ini, dengan rahsia ayat agung berikut: Sekiranya semua sebab maddi berhimpun, dan sekiranya sebab-sebab itu mempunyai kemampuan memilih, mereka tidak akan dapat menghimpunkan tubuh seekor lalat dan peralatan bagi tubuh itu menggunakan neraca khusus mereka.
616. Page
Sekiranya mereka mampu menghimpunkannya sekalipun, mereka tidak akan dapat menghentikan tubuh itu pada kadar yang telah ditentukan baginya. Sekiranya mereka mampu menghentikannya sekalipun, mereka tidak akan dapat memfungsikan zarah-zarah yang datang bekerja pada tubuh yang sentiasa diperbaharui itu secara teratur. Oleh itu, secara jelas sebab-sebab adalah tidak mampu menjadi pemilik kepada perkara-perkara ini. Ini bermakna, pemilik sebenar ialah Dzat yang lain.
Ya, melalui rahsia ayat [مَا خَلْقُكُمْ وَلاَ بَعْثُكُمْ اِلاَّ كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ] maujudat ini mempunyai pemilik hakiki yang dapat menghidupkan makhluk bernyawa di seluruh muka bumi semudah menghidupkan seekor lalat. Dia mampu mewujudkan satu musim bunga semudah sekuntum bunga. Ini kerana Dia tidak berhajat kepada pengumpulan. Oleh sebab Dia adalah pemilik [اَمْرِكُنْ فَيَكُونَ], oleh sebab Dia mewujudkan sifat, keadaan dan bentuk yang tidak terhitung selain daripada bahan unsur maujudat musim bunga pada setiap musim bunga daripada tiada, oleh sebab Dia telah menentukan plan, model, faharasat dan program setiap benda dalam ilmu-Nya dan oleh sebab setiap zarah bergerak dalam daerah ilmu dan qudrat-Nya, maka Dia mampu mewujudkan setiap benda dengan penuh kesenangan bagaikan menyalakan mancis. Bahkan tiada sesuatu pun yang, melencong pergerakannya walau sebesar zarah.
617. Page
Sebagaimana planet-planet adalah bagaikan tenteranya yang taat, zarah juga adalah ibarat pasukan tentera-Nya yang tersusun. Memandangkan makhluk-makhluk itu bergerak berdasarkan Qudrat Azali itu dan bekerja menurut dustur Ilmu Azali itu dan bekerja menurut dustur ilmu azali itu, maka karya-karya itu wujud menurut qudrat itu. Jika tidak, dengan memandang kepada peribadi kecil makhluk-makhluk kecil yang seolah-olah tidak penting itu, karya-karya itu dipandang kecil. Dengan kekuatan yang bersandar kepada qudrat itu, seekor nyamuk mampu membunuh Namrud. Semut mampu meruntuhkan istana Firaun. Benih pohon Pain yang sekecil zarah memikul sebatang pohon Pain yang sebesar gunung di bahunya. Sebagaimana kami telah mengisbatkan hakikat ini dalam banyak risalah, dalam risalah yang lain juga ditunjukkan bahawa dengan bersandar kepada maharaja melalui dokumen ketenteraannya, seorang askar bawahan memperoleh wewenang tindakan seperti menahan seorang raja yang sebenarnya seratus ribu kali ganda melebihi kekuatannya sendiri. Maka demikianlah setiap perkara, melalui persandaran kepada qudrat azali itu mereka mampu menzahirkan mukjizat kesenian yang mengatasi seratus ribu kali (kemampuan) sebab-sebab tabii.
618. Page
Hasilnya: Kewujudan setiap perkara yang pada tahap tertinggi malah berseni dan mudah memperlihatkan bahawa mereka ialah hasil karya satu Dzat al-Qadir al-Azali yang memiliki ilmu yang merangkumi segalanya. Jika tidak, dalam seratus ribu kemustahilan, ia bukan datang kepada kewujudan bahkan keluar dari daerah kemungkinan lalu akan masuk ke daerah sesuatu yang tidak masuk akal dan akan keluar dari bentuk kemungkinan lalu akan masuk ke dalam perihal kemustahilan dan tidak ada sesuatu pun akan wujud bahkan juga kedatangannya ke daerah kewujudan akan menjadi mustahil.
Justeru, menerusi satu burhan yang sangat halus, sangat kuat, sangat mendalam dan sangat jelas ini, nafsuku yang merupakan seorang murid sementara syaitan dan seorang wakil golongan sesat dan ahli falsafah telah terdiam. Alhamdulillah, ia telah benar-benar beriman dan dia berkata: Ya, aku memerlukan satu al-Khaliq dan Rabb yang akan tahu lintasan hatiku yang paling halus dan rayuanku yang paling tersembunyi dan sebagaimana Dia mendatangkan keperluan rohku yang paling rahsia, maka demi memberikan kepadaku kebahagiaan abadi, Dia akan menggantikan dunia yang besar dengan akhirat dan akan mengangkat dunia ini lalu membina akhirat di tempatnya.
619. Page
Malah sebagaimana Dia memasangkan matahari sebagai mata pada wajah langit, Dia juga memiliki satu qudrat yang akan menempatkan sebutir zarah pada anak mataku. Jika tidak sesuatu yang tidak dapat mencipta lalat, tidak akan mampu campur ke dalam lintasan hatiku. İa tidak akan dapat mendengar rayuan rohku. Yang tidak mencipta langit tidak akan dapat memberi kebahagiaan abadi kepadaku.
Oleh itu, Rabbku ialah yang mampu mengislah lintasan hatiku, mampu menukar dunia dengan akhirat seperti Dia mengisi ruang udara dan mengosongkannya dengan awan dalam satu masa lalu mampu menciptakan syurga, membuka pintunya kepadaku dan berkata mari masuk ke dalamnya. Justeru, wahai saudara-saudara tuaku yang membelanjakan sebahagian usianya kepada falsafah dan ilmu asing yang tiada cahaya lantaran bernasib malang sepertiku!
Fahamilah kalian bagaimana satu rukun iman yang sangat kuat dan sangat mempunyai hakikat dan tidak akan goyah, tidak akan calar dan tidak akan berubah dari mana-mana sudut daripada firman Qudsi [لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ] yang sentiasa dizikirkan pada lisan al-Quran menyuraikan semua kegelapan maknawi dan merawat luka-luka maknawi.
620. Page
Aku tidak akan menitipkan pengembaraan yang panjang ini ke dalam pintu-pintu harapan masa tuaku seolah-olah ia tidak berlaku lantaran ketuaanku. Hatta aku tidak pernah mahu bahkan aku menghindarinya kerana ia mungkin membosankan. Tetapi aku boleh mengatakan bahawa ia telah ditulis untukku. Walau bagaimanapun, aku kembali kepada pokok perbahasan.
Bersekali dengan permulaan memutihnya rambut dan janggutku dan lantaran ketidaksetiaan seseorang yang tidak setia, telah datang kepadaku satu kebencian yang berpunca daripada keenakan kehidupan duniawi Istanbul yang bergemerlapan, berhias dan manis hanya pada zahir itu. Menggantikan kelazatan yang mempesona, jiwa telah mencari kelazatan maknawi. Pada ketuaan yang kelihatan dingin, berat dan tidak menawan pada pandangan mereka yang lalai ini, jiwa mahukan satu hiburan dan satu nur. Alhamdulillah, seratus ribu syukur kepada Allah Ta’ala kerana sebagai ganti kepada semua kelazatan duniawi yang palsu, pahit dan tiada kesudahan yang baik itu, aku menemui kelazatan iman yang hakiki, berterusan dan manis dalam [لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ] dan pada nur Tauhid.
621. Page
Malah, melalui nur tauhid itu, aku melihat masa tua yang kelihatan dingin dan berat pada pandangan mereka yang lalai sebagai sangat ringan, panas dan bercahaya.
Wahai orang tua lelaki dan perempuan! Memandangkan pada kalian terdapat iman dan memandangkan terdapat solat dan doa yang menyinari dan meningkatkan iman, maka kalian boleh memandang masa tua kalian sebagai masa muda yang abadi. Ini kerana dengannya kalian mampu memperoleh satu usia muda yang abadi.
Adapun usia tua yang benar-benar dingin, berat, jelik, gelap dan menyakitkan ialah usia tua mereka yang sesat. Bahkan usia muda mereka pun begitu. Mereka sepatutnya menangis dan sepatutnya meyebut alangkah menyesalnya dan alangkah ruginya. Adapun kalian, wahai warga tua mulia yang beriman! Kalian sepatutnya melafazkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ lalu bersyukur dengan penuh kegembiraan.
622. Page
Harapan Kedua Belas:
Suatu masa, ketika aku dalam keadaan yang sangat sengsara dalam kesakitan, ketuaan dan keterasingan, dihalang daripada bergaul dan bertanya khabar dengan orang kampung di sebuah kampung, bersendirian tanpa sesiapa dek penahanan yang penuh seksaan di bawah nama hukuman buang negeri ke ceruk Barla yang terletak dalam Isparta, Allah Ta’ala telah mengurniakan kepadaku satu nur yang berkaitan dengan hikmah-hikmah tersirat dan rahsia-rahsia al-Quran al-Hakim yang menjadi sumber hiburan. Dengannya, aku cuba melupakan keadaanku yang pahit, perit dan sedih itu. Aku telah berjaya melupakan tanah air, para kekasih dan teman-teman rapatku. Namun aku tidak dapat melupakan seseorang yang amat aku rindui. Dia bukan sahaja adik kandungku, malah anak maknawiku, malah muridku yang paling rela berkorban serta sahabatku yang paling berani. Dia ialah Almarhum Abdur Rahman.
Dia telah berpisah dariku enam atau tujuh tahun yang lalu. Bukan sahaja dia tahu loaksiku untuk dia bergegas membantu dan memberikan kelegaan malah aku juga tidak tahu keadaannya untuk aku bertanya khabar dan berkongsi cerita dengannya.
623. Page
Dalam usiaku yang tua ini, aku memerlukan seseorang yang sanggup berkorban dan setia sepertinya. Kemudian, tiba-tiba seseorang telah mengutus surat kepadaku. Aku membuka surat itu dan dapati bahawa ia adalah sepucuk surat yang betul-betul menyamai cara Abdur Rahman. Sebahagian surat itu telah disisipkan dengan satu cara boleh memperlihatkan tiga karomah yang zahir di antara buah-buah fikiran Surat Kedua Puluh Tujuh. Surat itu telah menyebabkan aku kerap menangis dan sekarang juga ia menyebabkan aku menangis. Melalui surat itu, Almarhum Abdur Rahman bersungguh-sungguh menyatakan bahawa dia benci dengan kelazatan-kelazatan dunia dan tujuan utamanya ialah mengikutku lalu sebagaimana aku menjaganya ketika kecil dia juga mahu berkhidmat kepadaku kala usia tuaku. Malah dia mahu membantuku dalam penyebaran rahsia-rahsia al-Quran yang merupakan tugas hakikiku di dunia menerusi kemampuan pidatonya. Hatta dia menulis mengatakan dalam suratnya: “Kirimkanlah tiga puluh risalah kepadaku. Aku akan mengarahkan setiap satunya disalin sebanyak dua hingga ke tiga puluh naskhah”.
624. Page
Surat itu telah memberikanku satu harapan yang kuat untuk menghadapi dunia. Oleh sebab aku menganggap aku telah menemui seorang murid yang memiliki kepintaran pada tahap seorang genius, kejujuran dan hubungan yang jauh melebihi anak kandung yang akan berkhidmat kepadaku, maka aku telah melupakan tahanan yang penuh seksaan, keseorangan, keterasingan dan ketuaan itu. Sebelum menghantar surat itu, satu naskhah Kalimah Kesepuluh yang berkaitan dengan iman kepada akhirat yang aku cetak telah sampai ke tangannya. Seolah-olah risalah itu adalah satu penawar kepadanya sehingga risalah itu telah merawat semua luka maknawi yang menimpanya dalam tempoh enam ke tujuh tahun.
Dia telah menulis surat itu seolah-olah dia menantikan ajalnya dengan satu keimanan yang sangat kukuh dan terang. Ketika aku membayangkan akan menjalani semula sebuah kehidupan duniawi yang penuh kegembiraan melalui perantaraan Abdur Rahman, malang sekali, dalam satu atau dua bulan selepas itu aku tiba-tiba mendapat berita kematiannya.
625. Page
Khabar duka ini amat menggugatku sehingga tahap aku terkesan dengannya selama lima tahun. Peristiwa itu memberikanku satu rasa hiba dan kesedihan di tahap jauh mengatasi keperitan tahanan penuh seksaan, keseorangan dan keterasingan, usia tua dan penyakitku pada waktu itu. Aku pernah mengatakan bahawa separuh kehidupan khusus duniaku telah mati bersama dengan kematian almarhumah ibuku. Aku melihat bahawa melalui kematian Abdur Rahman pula, separuh lagi duniaku yang berbaki turut mati. Hubunganku dengan dunia telah putus seputus-putusnya. İni kerana, sekiranya dia masih hidup di dunia, dia bukan sahaja menjadi sumber yang kuat bagi tugas ukhrawiku di dunia dam dia akan menjadi seorang pengganti terbaik yang benar-benar menggantikan aku selepasku, malah dia pasti akan menjadi seorang sahabat sumber ketenangan yang paling sanggup berkorban di dunia ini. Malah, dia juga akan menjadi muridku dan seorang mukhatab yang paling pandai serta pemilik dan pemelihara yang paling amanah bagi juzuk-juzuk Risalah an-Nur.
Ya, dari sudut keinsanan, kehilangan yang sebegini kepada insan-insan yang sepertiku adalah amat perit dan amat membakar.
626. Page
Sebenarnya, walaupun aku telah berusaha menanggungnya secara zahir, namun terdapat suatu keributan di dalam rohku. Sekiranya hiburan yang datang sekali sekala daripada nur al-Quran tidak menenangkan, nescaya aku tidak akan mampu bertahan. Dahulu, aku sering bersiar-siar pergi bersendirian ke lereng-lereng bukit dan gunung di pelusuk Barla. Dalam hambatan kesedihan itu, aku duduk di tempat-tempat yang sunyi. Setiap kali paparan-paparan kehidupan penuh kebahagiaan yang telah aku lalui bersama dengan murid-muridku yang setia seperti Abdur Rahman pada masa lalu terlintas dalam khayalanku, maka deruan kesedihan yang disebabkan oleh usia tua dan keterasingan itu telah meranapkan daya bertahanku. Tiba-tiba, rahsia ayat suci [كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُونَ] telah tersingkap. Rahsia itu menyebabkan aku melafazkan [يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي * يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي] dan dengannya aku dianugerahkan kelegaan hakiki. Ya, di lereng yang sunyi itu, dalam keadaan yang sedih itu, melalui rahsia ayat suci ini, sebagimana telah diisyaratkan dalam Risalah Mirqat as-Sunnah, aku mendapati diriku berada di hujung tiga kubur jenazah.
627. Page
Jenazah Pertama: Aku melihat diriku sebagai sebatang batu nisan di atas kubur para Said yang sehingga usia lima puluh tahun ini telah mati lima puluh lima kali dan telah disemadikan dalam (tanah) usia kehidupanku.
Jenazah Kedua: Aku melihat mereka yang sepertiku dan sejenis denganku sejak zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam telah mati lalu disemadikan dalam pusara masa lalu dan nampak diriku dalam bentuk sejenis makhluk bernyawa yang kecil seperti semut yang bersiar-siar di atas wajah kurun ini yang ibarat batu nisan di atas kepala jenazah besar itu.
Jenazah Ketiga: Seperti semua manusia, setiap tahun, dengan kematian sebuah dunia mengalir di atas wajah dunia, menurut rahsia ayat tadi, hakikat bahawa dunia besar ini akan mati menjelma di hadapan khayalanku. Justeru ayat suci berikut yang akan menerangi semua makna dahsyat ini yang datang daripada kesedihan dek kematian Abdur Rahman dan akan memberikan hiburan hakiki dan nur yang tidak akan padam datang membantuku dengan makna isyarinya. [فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ اللّٰهُ لَٓااِلٰهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ] Justeru ayat agung ini memberitahu:
628. Page
Memandangkan Allah Ta’ala ada, maka Dia adalah gantian kepada segalanya. Memandangkan Dia adalah baqa’, maka Dia adalah mencukupi. Satu tajalli inayah-Nya adalah muat untuk seluruh dunia. Satu tajalli nur-Nya mampu memberikan kehidupan maknawi kepada tiga jenazah besar yang telah disebutkan tadi. Ia memperlihatkan bahawa jenazah-jenazah itu bukanlah jenazah bahkan jenazah-jenazah itu telah menyelesaikan tugasannya dan telah pergi ke alam-alam yang lain. Oleh sebab penerangan bagi rahsia ini telah dinyatakan dalam Kilauan Ketiga, maka, dengan berpada kepadanya. Di sini aku hanya akan berkata: [كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ] sehingga akhir. [يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي] * [يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي] yang memaparkan maksud ayat ini telah menyelamatkanku sebanyak dua kali daripada keadaan yang sangat perit dan sedih itu.
Kali Pertama: Aku melafazkan [يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي] maka di dalam luka-luka maknawi yang tidak terkira yang berpunca daripada kelenyapan para kekasih tidak terkira yang mempunyai hubungan denganku seperti dunia dan Abdur Rahman yang ada di dunia, serta kerana terurainya ikatan-ikatan itu, bermulalah suatu rawatan dari jenis satu operasi pembedahan.
629. Page
Kali Kedua: Aku melafazkan [يَا بَاق۪ٓي اَنْتَ الْبَاق۪ي] maka ia telah menjadi bukan sahaja ubat sapu malah penawar kepada semua luka maknawi yang tidak terkira itu.
Yakni, Engkau adalah kekal. Biarlah yang pergi itu pergi. Engkau adalah memadai. Memandangkan engkau adalah kekal, satu tajalli rahmat-Mu yang boleh menggantikan setiap benda yang lenyap adalah mencukupi. Memandangkan Engkau ada, maka setiap benda adalah ada untuk insan yang menyedari sandarannya melalui keimanannya kepada kewujudan-Mu dan bertindak dengan rahsia keislaman menurut persandaran itu. Dengan memikirkan bahawa kefanaan dan kelenyapan, kematian dan ketiadaan adalah satu tabir dan satu penyegaran semula dan ibarat bersiar-siar di tempat-tempat kediaman yang berbeza, maka keadaan roh yang dibakar kerinduan, dirundung perpisahan, pilu, perit, gelap dan dahsyat itu berubah kepada keadaan yang secara keseluruhannya adalah gembira, ceria, lazat, bercahaya, menawan dan mesra. Lidah dan hatiku, bahkan seluruh zarah tubuhku melafazkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ melalui lisanul halnya.
Justeru, salah satu juzuk daripada seribu juzuk tajalli rahmat itu ialah, aku telah pulang dari lereng bukit yang merupakan tempat aku meluahkan kesedihan dan dari keadaan yang penuh kesedihan itu ke Barla.
630. Page
Aku dapati seorang anak muda bernama Mustafa dari Kuleonu telah datang untuk mendapatkan jawapan daripadaku tentang beberapa permasalahan fardhu ain berkaitan dengan wudhuk dan dan solat.
Waktu itu, walaupun aku tidak menerima tetamu, namun melalui al-hiss qabla al-wuqu’, rohku seolah-olah telah membaca keikhlasan pada roh pemuda itu dan khidmat amat bernilai yang akan dilakukannya pada masa hadapan.[6] Aku tidak menyuruhnya pulang lalu menerima kehadirannya.[7] Kemudian telah jelas bahawa dalam khidmat Risalah an-Nur dan sebagai pengganti terbaik selepasku, sebagai ganti Abdur Rahman yang akan benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai seorang pewaris hakiki, Allah Ta’ala telah menghantar Mustafa kepadaku sebagai satu contoh bahawa walaupun Aku telah mengambil seorang Abdur Rahman daripadamu, namun sebagai balasannya Aku akan menganugerahkan tiga puluh Abdur Rahman kepadamu dalam tugas agama itu yang akan menjadi bukan sahaja murid, malah adik kandung, anak maknawi, saudara dan sahabat seperti Mustafa yang engkau lihat ini. Ya, اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ Dia telah menganugerahkan tiga puluh Abdur Rahman.
631. Page
Waktu itu aku berkata: Wahai hatiku yang menangis! Memandangkan engkau telah nampak contoh ini dan dengannya luka-luka maknawimu yang paling dalam telah dirawat, maka perlu engkau perlu yakin bahawa ia akan turut merawat semua luka lain yang menyedihkanmu. Justeru, wahai saudara-saudari yang telah tua yang kehilangan anak-anak ataupun kaum kerabat yang amat dikasihinya dan dipikulkan ke atas kepalanya kesedihan-kesedihan berat yang datang daripada perpisahan bersama dengan beban usia tua yang berat yang telah dipikulkan ke atas pinggangya semasa usia tua sepertiku!
Kalian telah memahami keadaanku bahawa walaupun ia adalah lebih dahsyat berbanding dengan keadaan kalian, namun memandangkan ayat suci seperti ini telah merawat dan menyembuhkannya, maka sudah tentu terdapat ubat-ubat di farmasi suci al-Quran al-Hakim yang akan menyembuhkan semua penyakit kalian. Sekiranya kalian merujuk kepadanya dengan keimanan dan menggunakan ubat-ubat itu dengan ibadat, maka beban-beban berat usia tua dan kesedihan yang ada di atas pinggang dan kepala kalian itu akan menjadi amat ringan. Rahsia mengapa perbahasan ini ditulis panjang ialah kerana aku mahu banyak doa kerahmatan dipanjatkan untuk Almarhum Abdur Rahman.
632. Page
Semoga ianya tidak membosankan kalian. Malah tujuan aku memperlihatkan lukaku yang paling pedih yang mungkin akan lebih menyakitkan kalian dan paling dahsyat yang akan menimbulkan kebencian dan mengerikan kalian dalam bentuk yang amat tidak menarik dan perit ialah kerana aku mahu memperlihatkan sejauh mana penawar suci al-Quran al-Hakim ialah ubat yang sangat luar biasa dan nur yang sangat terang.
Harapan Ketiga Belas:[8]
Dalam harapan ini, aku akan membicarakan tentang satu paparan penting dalam pengembaraan hidupku. Maka tidak dapat tidak, ia akan menjadi agak panjang. Aku mengharapkan kalian tidak bosan dan berkecil hati. Setelah terselamat daripada menjadi tawanan Russia semasa Perang Dunia, khidmat agama yang aku lakukan di Darul Hikmah selama dua ke tiga tahun telah menghentikan aku di sana. Kemudian melalui bimbingan al-Quran al-Hakim dan himmah al-Ghauth al-A’zam serta lantaran kesedaran usia tua, telah datang satu perasaan bosan daripada kehidupan moden di Istanbul dan rasa benci daripada kehidupan bermasyarakat yang gemilang. Kerinduanku kepada kampung halaman telah mendorongku ke tanah kelahiranku.
633. Page
Dengan niat alang-alang aku akan mati, maka biarlah aku mati di tanah kelahiranku, aku telah pulang ke Van. Mula-mula, aku telah pergi menziarahi madrasahku yang dinamakan Horhor di Van. Aku perhatikan bahawa di bawah kekuasaan Rusia tentera Armenia turut membakarnya sepertimana rumah-rumah yang lain di Van dibakar.
Tembok Van yang masyhur adalah dibina daripada seketul batu raksasa yang sebesar gunung. Madrasahku benar-benar di bawahnya dan bercantum dengannya. Khayalan-khayalan tentang para sahabat, saudara dan murid-murid yang mesra denganku bermain-main di hadapan mataku. Sebahagian sahabat-sahabatku yang sanggup berkorban itu telah meraih syahid hakiki. Sebahagian lagi pula telah meninggal dunia sebagai syuhada’ maknawi disebabkan musibah peperangan itu. Aku tidak dapat mengawal diriku daripada menitiskan air mata. Dalam keadaan itu, aku naik ke puncak yang setinggi dua menara di atas madrasah yang menghadap madrasah dan duduk di sana. Secara khayalan, aku kembali ke masa tujuh atau lapan tahun sebelum itu. Oleh sebab daya khayalanku adalah kuat, maka ia telah membawaku bersiar-siar agak lama dalam masa itu. Apatah lagi tiada sesiapa di sekeliling yang mungkin membantutkanku dari khayalan itu dan membawaku pulang dari masa itu.
634. Page
Ini kerana aku hanya bersendirian. Dalam tempoh tujuh ke lapan tahun, sebaik sahaja aku membuka mata, aku nampak perubahan-perubahan sejauh satu kurun. Aku menyaksikan bahawa seluruh isi bandar di sekitar madrasahku yang berada di kaki tembok telah ranap diruntuhkan dari hujung ke hujung. Berbanding dengan apa yang telah aku nampak sebelum ini dengan apa yang aku nampak sekarang ini, seolah-olah telah berlaku setelah dua ratus tahun. Demikianlah aku telah saksikan dengan pandangan yang sedih. Orang-orang yang berada dalam rumah itu kebanyakannya ialah sahabat dan insan-insan yang aku sayangi. Sebahagian besarnya – moga Allah memberi rahmat kepada mereka – telah meninggal dunia dalam keadaan terpinggir dan sengsara dalam keterasingan. Malah, aku nampak, semua rumah orang Islam di Van kecuali kawasan penempatan orang Armenia telah diruntuhkan.
Sesungguhnya hatiku merintih dari lubuk yang paling dalam. İa terlalu menghibakanku sehingga sekiranya aku mempunyai seribu mata, semuanya akan menangis bersama-sama. Aku telah pulang dari keterasingan ke tanah kelahiranku.
635. Page
Aku menyangka aku telah terselamat daripada keterasingan. Alangkah sedihnya! Rupa-rupanya aku melihat keterasingan yang paling dahsyat di tanah kelahiranku. Sepertimana Abdur rahman yang telah disebutkan dalam Harapan Kedua Belas, aku nampak ratusan muridku dan teman-temanku yang sangat dekat dengan rohku juga berada dalam pusara dan tempat-tempat para insan tersayang itu telah menjadi puing runtuhan. Aku terkenang satu petikan kata-kata oleh seseorang yang mulia. Aku sebelum ini tidak benar-benar faham akan maknanya. Lalu di hadapan paparan yang menyedihkan itu, aku telah benar-benar faham maknanya. Kata-kata itu adalah seperti berikut:
[لَوْلاَ مُفَارَقَةُ الْاَحْبَابِ مَا وَجَدَتْ لَهَا الْمَنَايَا اِلَى اَرْوَاحِنَا سُبُلاً]
Yakni, sekiranya tidak berlaku perpisahan dengan para kekasih, maka kematian tidak akan menemui jalan menemui roh-roh kita untuk ia datang dan mengambil kita. Maknanya, yang paling banyak membunuh manusia ialah perpisahan daripada para kekasih. Ya, tiada sesuatu pun yang telah dapat membakar jiwa dan menitiskan airmataku sebanyak keadaan itu. Sekiranya tidak datang bantuan daripada al-Quran dan keimanan, nescaya kepiluan, kedukaan dan kesedihan itu akan memberi kesan seperti menerbangkan rohku.
636. Page
Sejak dahulu di dalam puisi para penyair, mereka telah menangisi puing-puing runtuhan tempat-tempat mereka menemui para kekasih mereka lantaran peredaran masa. Aku juga telah nampak paparan yang paling memilukan bagi perkara ini dengan mataku sendiri. Melalui kesedihan seseorang yang melewati kawasan kediaman para sahabat yang sangat dikasihinya selepas dua ratus tahun, bukan sahaja rohku, malah hatiku juga membantu mataku lalu menangis bersama-sama.
Waktu itu, satu persatu khayalan tentang tempat-tempat yang telah berubah kepada puing-puing runtuhan di hadapan mataku itu sewaktu ia masih berada dalam keadaan sangat makmur, meriah, ceria dan gembira, melalui pengajian dalam satu kehidupan yang paling manis hampir dua puluh tahun, dalam bentuk lembaran-lembaran kehidupan indah yang aku lalui dengan murid-muridku yang berharga itu hidup dan dilihat bagaikan paparan-paparan panggung wayang kemudian mati dan berlalu pergi berlanjutan agak lama di hadapan mataku. Ketika itu aku amat hairan dengan keadaan ahli dunia. Bagaima mereka boleh memperdaya diri mereka sendiri. Ini kerana, keadaan itu secara jelas memperlihatkan bahawa dunia adalah benar-benara fana dan manusia pula di dalamnya hanyalah musafir.
637. Page
Aku telah nampak dengan mataku betapa benarnya kata-kata ahli hakikat tentang dunia adalah sangat kejam, menipu, memberi fitnah dan fana maka janganlah kalian terpedaya dengannya. Malah aku sendiri telah nampak bahawa sebagaimana manusia mempunyai hubungan dengan tubuh dan rumahnya, demikianlah juga dia turut terikat dengan pekan, negara bahkan dunianya.
Ini kerana, ketika aku menangis dengan dua mataku kerana kehibaan masa tua dari segi tubuhku, aku mahu menangis dengan sepuluh mata bukan kerana usia tua madrasahku bahkan kerana kematiannya. Malah aku telah berhajat untuk menangis dengan seratus mata dek keadaan separuh mati tanah kelahiranku yang menawan itu. Terdapat dalam riwayat hadis: Setiap subuh seorang malaikat berteriak [لِدُوا لِلْمَوْتِ وَابْنُوا لِلْخَرَابِ] yakni kalian dilahirkan dan datang ke dunia untuk mati dan kalian membina bangunan untuk runtuh. Sesungguhnya aku nampak hakikat ini dengan telingaku dan dengan mataku. Ya, keadaanku itu benar-benar menitiskan air mataku. Khayalanku selama sepuluh tahun tetap menangis setiap kali sampai kepada keadaan itu.
638. Page
Ya, keruntuhan kediaman-kediaman yang telah hidup selama ribuan tahun di bahagian atas tembok usang itu dan keusangan bandar di bawahnya selama lapan ratus tahun dalam tempoh lapan tahun, kematian madrasahku yang amat hidup dan merupakan tempat berhimpun para kekasih di kaki tembok itu, seketul batu gergasi bagi tembok Van yang besar yang memberi isyarat kepada keagungan maknawi jenazahnya yang memperlihatkan kematian semua madrasah dalam seluruh Daulah Osmaniyyah telah menjadi batu nisannya. Seolah-olah almarhum murid-muridku yang lapan tahun sebelum ini di madrasah itu menagis bersamaku dalam pusara mereka. Bahkan dinding-dinding runtuh pekan itu dan batu-batannya yang telah berserakan menangis bersamaku dan aku nampak itu semua bagaikan sedang menangis.
Waktu itu, aku faham bahawa aku tidak akan dapat bertahan dengan keterasingan di tanah kelahiranku ini. Sama ada aku juga patut masuk ke kubur pergi ke samping mereka ataupun mengasingkan diri di gunung dalam gua lalu perlu menanti ajalku di sana. Demikianlah yang aku fikirkan. Aku berkata: Memandangkan terdapat perpisahan-perpisahan yang tidak dapat ditanggung, menuras kesabaran, sukar dilawan dan membakar seperti ini di dunia, maka sudah tentu kematian diutamakan ke atas kehidupan.
639. Page
Keadaan yang berat bagiu kehidupan ini bukanlah daripada kesulitan-kesulitan yang dapat dihindarkan. Waktu itu, aku telah menjelajahkan pandanganku pada enam sudut yang dinamakan enam dimensi dan aku nampak kegelapan. Kelalaian yang datang daripada keterkesanan yang dahsyat itu telah memperlihatkan dunia kepadaku dalam bentuk yang menakutkan, kosong, sunyi dan membebankan.
Ketika rohku mencari satu noktah persandaran menghadapi bala musibah yang tidak terkira yang mengambil kedudukan sebagai musuh dan ketika mencari-cari satu noktah memohon bantuan yang boleh menenteramkan kehendak-kehendak tidak terhitung yang memanjang kepada keabadian di dalam rohku dan ketika menantikan hiburan untuk menghadapi keruntuhan yang datang daripada perpisahan, dan kesedihan dan kedukaan yang datang daripada kematian, tiba-tiba hakikat ayat [سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا ف۪ى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * لَهُ مُلْكُ السَّمٰوَاتِ وَ الْاَرْضِ يُحْيِى وَ يُمِيتُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ] dari al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan telah bertajalli. Ia telah menyelamatkanku daripada khayalan yang mengandungi kehibaan, perpisahan, kedahsyatan dan kesedihan itu dan telah membuka mataku. Aku perhatikan bahawa buah-buah di atas pohon-pohon buahan memandang kepadaku bagaikan sedang tersenyum.
640. Page
Buah-buah itu berkata: “Perhatikanlah juga kepada kami. Janganlah hanya memandang kepada puing-puing runtuhan!” Hakikat ayat yang mulia ini memberi peringatan seperti berikut:
Mengapakah pemadaman satu surat palsu yang ditulis dengan tangan manusia yang menjadi musafir di muka surat padang pasir Van mengambil bentuk sebuah bandar setelah jatuh ke dalam satu musibah banjir dahsyat yang dinamakan penjajahan Rusia amat menyedihkan kamu setahap ini? Pandanglah kepada al-Malik al-Haqiqi sebenar dan an-Naqqasy al-Azali yang merupakan Pemilik dan Rabb bagi setiap perkara kerana surat-surat pada muka surat Van tetap berterusan ditulis dalam keadaan yang engkau telah lihat pada masa dahulu dengan penuh kegemilangan. Tangisan-tangisanmu yang kononnya kerana tempat-tempat itu telah kosong, musnah dan sunyi berpunca daripada kesilapanmu iaitu lalai daripada al-Malik al-Haqiqinya, tidak menggambarkan manusia sebagai musafir dan menyangka manusia sebagai pemilik. Namun, daripada kesilapan itu dan keadaan yang membakar jiwa itu, satu pintu hakikat telah dibuka. Malah nafsu telah dipersiapkan untuk betul-betul menerima hakikat itu.
641. Page
Ya sebagaimana sepotong besi boleh disumbat ke dalam api supaya ia lembut dan boleh diberikan bentuk yang indah dan memberi manfaat, demikianlah keadaan yang dilitupi kesedihan dan kedudukan yang dahsyat itu telah menjadi api. Ia telah melembutkan nafsuku. Menerusi hakikat ayat yang telah disebutkan tadi, al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan telah memperlihatkan kepadanya limpahan hakikat-hakikat keimanan secara sempurna kepadanya dan menyebabkan nafsu menerimanya.
Ya, Alhamdulillah sebagaimana kami telah mengisbatkan hakikat ayat itu secara qat’i dalam risalah-risalah seperti Surat Kedua puluh bersama dengan limpahan iman, ia telah memberikan satu noktah persandaran yang meningkat menurut tahap kekuatan iman setiap orang kepada roh dan hati, kerana ia telah menganugerahkan satu kekuatan keimanan kepada Allah yang mampu menghadapi musibah-musibah yang menakutkan dan bermudarat yang seratus kali ganda lebih dahsyat berbanding dengan keadaan itu. Malah ia memberi peringatan berikut: setiap perkara adalah ditundukkan kepada perintah al-Malik al-Haqiqi bagi negeri itu yang merupakan al-Khaliqmu dan tali kendali setiap perkara adalah pada ‘tangan-Nya’. Maka kebernaunganmu kepadanya adalah mencukupi.
642. Page
Setelah bersandar kepada al-Khaliq-ku itu dan mengenali-Nya, maka semua perkara yang mengambil rupa sebagai musuh telah menanggalkan rupa permusuhannya. Keadaan-keadaan yang menitiskan airmatku mula menceriakanku. Malah sebagaimana kami telah mengisbatkan dengan burhan-burhan yang qat’i dalam banyak risalah, melalui nur yang datang daripada keimanan kepada hari Akhirat, ia telah memberikan satu noktah bantuan untuk menghadapi kehendak-kehendak yang tidak terkira itu. Iaitu Dia telah memberikan satu noktah bantuan yang mencukupi bukan sahaja untuk menghadapi kehendak dan keterikatanku terhadap para kekasih duniawi yang kecil, sementara dan singkat, bahkan untuk menghadapi kehendak-kehendakku yang panjang tidak terkira untuk selama-lamanya di alam baqa’ dan dalam kebahagiaan abadi. Ini kerana, melalui tajalli rahmat-Nya, setelah memberi makan nikmat-nikmat-Nya yang berseni dan menawan yang tidak terhitung dan terkira di atas hidangan musim bunga pada setiap kali musim bunga yang ibarat sarapan kepada para musafir untuk menggembirakan para musafir-Nya itu selama satu atau dua jam di atas muka bumi ini yang merupakan satu kediaman dunia yang merupakan rumah pertamuan yang sementara ini, maka sesiapa yang bersandar dan mengetahui kebernaungannya melalui keimanan kepada rahmat satu ar-Rahman-Ar-Rahim yang memenuhkan lapan syurga abadi dengan jenis-jenis nikmat-Nya
643. Page
yang tidak terkira dan menyediakan kepada hamba-hamba-Nya untuk tempoh masa yang tiada penghujung di tempat tinggal abadi mereka tentunya akan menemui satu noktah meminta bantuan yang tahap terendahnya ialah memberikan bantuan kepada impian-impian abadi yang tidak terkira dan mengekalkannya.
Malah, dengan hakikat ayat itu, nur yang datang daripada cahaya keimanan telah bertajalli dengan sangat terang sehingga ia telah menerangi enam dimensi yang gelap itu bagaikan siang. Ini kerana, ia telah menerangi keadaan menangis kerana tertinggal di belakang pelajar dan sahabat-sahabatku di madrasahku dan di bandar ini seperti berikut: Alam yang ditujui oleh para kekasih bukanlah gelap. Mereka hanya telah bertukar tempat. Kalian akan bertemu semula. Demikianlah yang hakikat itu peringatkan. Ia telah memahamkan bahawa aku akan menemui mereka yang akan menggantikan tempat dan menyerupai mereka di dunia lalu telah menghentikan tangisanku sepenuhnya.
Ya, Alhamdulillah, Dia bukan sahaja telah menghidupkan madrasah Van yang telah pergi dengan madrasah Isparta, malah Dia telah menghidupkan secara maknawi lebih ramai murid dan para kekasih berbanding dengan para kekasih di sana.
644. Page
Malah Dia telah memberitahu bahawa dunia tidaklah kosong dan sunyi dan bahawa aku telah salah membayangkan sebuah negeri yang telah musnah bahkan dengan kehendak hikmah al-Malik al-Haqiqi, Dia menggantikan paparan rekaan manusia dan memperbaharui semula surat-Nya. Sebagaimana sebaik sahaja sebahagian buah bagi sebatang pokok dipetik maka buah-buah lain datang menggantikan tempatnya, kelenyapan dan perpisahan pada bangsa manusia juga adalah satu pembaharuan dan penyegaran.
Pada noktah keimanan, ia bukanlah satu kesedihan perit yang datang daripada ketiadaan para kekasih bahkan suatu penyegaran yang memberikan suatu rasa terharu yang lazat dek perpisahan yang akan bertemu semula di sebuah tempat indah yang lain. Malah ia telah menyerikan wajah gelap maujudat alam semesta daripada keadaan yang dahsyat itu. Aku juga waktu itu mahu bersyukur untuk keadaan itu, lalu fikiran berbahasa arab berikut terlintas dan ia benar-benar menggambarkan hakikat itu. Aku telah berkata seperti berikut: [اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى نُورِ الْاِيمَانِ الْمُصَوِّرِ مَا يَتَوَهَّمُ اَجَانِبَ اَعْدَائً اَمْوَاتًا مُوَحِّشِينَ اَيْتَامًا بَاكِينَ اَوِدَّٓاءً اِخْوَانًا اَحْيَٓاءً مُونِسِينَ مُرَخَّصِينَ مَسْرُورِينَ ذَاكِرِينَ مُسَبِّحِينَ] Yakni menerusi kelalaian yang datang daripada kesan keadaan yang teruk itu, aku nampak paparan menakutkan yang diperlihatkan menerusi sangkaan kepada diriku yang lalai bahawa
645. Page
sebahagian maujudat alam semesta adalah musuh[9] dan orang asing, sebahagiannya jenazah-jenazah yang nakutkan, satu bahagian yang lain pula bagikan anak-anak yatim yang menangis itu, melalui nur iman, aku nampak secara ainal yaqin bahawa yang kelihatan seperti musuh dan orang asing sebenarnya masing-masing adalah sahabat dan saudara. Jenazah-jenazah yang menakutkan itu pula ialah makhluk-makhluk yang sebahagiannya masih bernyawa dan mesra dan sebahagiannya dilepaskan dari tugas. Manakala yang riuh jeritan anak-anak yatim yang menangis itu ialah desiran zikir dan tasbih. Oleh sebab aku nampak sebegitu menerusi nur keimanan maka aku merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada al-Khaliq Dzul Jalal yang mengurniakanku keimanan yang merupakan sumber bagi nikmat yang tidak terhitung itu. Di dunia ini, dari sudut pandangan bahawa aku mempunyai satu hak untuk membayangkan semua maujudat di dunia besarku yang sekhusus dunia ini dalam tasbihat Ilahi dan menggunakan dengan niatku, bermakna kami bersama-sama melafazkan [اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى نُورِ الْاِيمَانِ] menerusi lisanul hal tiap-tiap maujudat dan dan lisanul hal mereka secara berkelompok.
Malah, kelazatan-kelazatan kehidupan yang turun kepada tiada, impian-impian yang berpatah arang lalu mengering, nikmat-nikmat dan kelazatan-kelazatan milik peribadiku yang menyusup kekal di dalam satu daerah yang paling sempit bahkan menjadi lenyap lantaran keadaan menakutkan yang penuh kelalaian itu,
646. Page
sebagaimana kami telah isbatkan dengan qat’i dalam risalah-risalah lain tiba-tiba melalui nur iman, ia telah meluaskan daerah yang sempit yang berada di sekitar hati sehingga ia telah memuatkan alam semesta ke dalamnya lalu mendatangkan darul Dunia dan darul Akhirat dalam bentuk sebagai hidangan nikmat dan jajan rahmat sebagi ganti kepada nikmat-nikmat yang telah kering dan telah hilang kelazatannya di laman Horhor.
Oleh sebab ia telah memperlihatkan tiap-tiap anggota tubuh manusia bukan sepuluh bahkan seratus seperti mata, telinga dan hati dalam bentuk tangan yang sangat panjang memanjang kepada sua hidangan ar-Rahman itu menurut tahap setiap mukmin dalam keadaan cuba mengumpul nikmat-nikmat dari setiap penjuru, maka di samping untuk mengifadahkan hakikat yang tinggi ini dan untuk mensyukuri nikmat yang tidak terhitung itu, waktu itu aku telah berkata seperti berikut:
[اَلْحَمْدُ ِللّٰهِ عَلَى نُورِ الْاِيمَانِ الْمُصَوِّرِ للِدَّارَيْنِ مَمْلُووَتَيْنِ مِنَ النِّعْمَةِ وَ الرَّحْمَةِ لِكُلِّ مُؤْمِنٍ حَقًّا يَسْتَفِيدُ مِنْهُمَا بِحَوَاسِّهِ الْكَثِيرَةِ الْمُنْكَشِفَةِ بِاِذْنِ خَالِقِهِ]
Yakni bermaksud: Sebagai balasan kepada nikmat nur Iman yang menjamin dan memperlihatkan istifadah daripada dua hidangan agung dalam bentuk telah dipenuhkan dengan nikmat dan rahmat dunia Akhirat itu menerusi tangan-tangan semua anggota tubuh orang mukmin hakiki
647. Page
yang telah meningkat dan berkembang melalui nur iman dan Islam, aku sanggup mengucap alhamdulillah dan bersyukur sepenuh dunia dan akhirat dengan apa yang terdaya melalui semua zarah tubuhku kepada al-Khaliq-ku yang telah mengurniakan iman itu. Memandangkan iman mampu membuat kesan yang besar ini di alam ini, maka sudah tentu akan terdapat buah-buahan dan kelebihan-kelebihan di alam baqa’ yang menerusi akal di dunia ini, itu semua tidak dapat dilitupi dan ditakrifkan.
Justeru, wahai orang-orang tua lelaki dan perempuan yang menanggung kesakitan perpisahan dengan para sahabat yang amat ramai lantaran usia tua sepertiku! Aku menjangkakan bahawa aku adalah lebih tua secara maknawi berbanding dengan orang yang paling tua dari kalangan kalian walaupun secara zahirnya dia adalah lebih tua daripadaku. Ini kerana, oleh sebab terdapat rasa kasihan terhadap sesama insan yang lebih dalam fitrahku, maka oleh sebab aku turut merasai kesakitan ribuan saudaraku melebihi kesakitanku sendiri melalui rahsia syafaqah, maka aku adalah tua bagaikan telah hidup ratusan tahun. Sejauh mana kalian menanggung kesakitan perpisahan sekalipun, kalian tetap tidak menghadapi musibah itu sepertiku.
648. Page
Ini kerana, aku tidak mempunyai anak lelaki sendiri untuk aku fikirkan anak lelakiku. Aku merasai rasa kasihan dan syafaqah yang berlebihan yang secara fitrah ada padaku ini serta sutu kehibaan dan keperitan terhadap kesakitan ribuan anak-anak umat Islam hatta haiwan-haiwan yang tidak berdosa melalui rahsia syafaqah itu. Aku juga tidak mempunyai rumah khusus untuk fikiranku hanya terbatas kepadanya. Bahkan pada noktah semangat keislaman, aku mengambil berat dengan negara ini bahkan dengan benua dunia Islam bagaikan rumahku. Maka aku merasa sakit dengan kesakitan saudara seagamaku di dua rumah besar itu dan menjadi sedih dengan perpisahan mereka. Justeru, nur iman adalah mencukupi untukku menghadapi kesedihanku yang datang daripada semua usia ketuaan dan musibah perpisahan. Ia telah mengurniakan satu pengharapan yang tidak akan runtuh, impian yang tidak akan terurai, cahaya yang tidak akan padam dan hiburan yang tidak akan tamat. Sudah tentu iman adalah cukup dan sempurna untuk kalian menghadapi kegelapan, kelalaian, kesedihan dan kesakitan yang datang daripada usia tua. Ketuaan yang paling gelap, tiada cahaya dan hiburan serta perpisahan yang paling sakit dan dahsyat ialah ketuaan dan perpisahan mereka yang sesat dan melakukan kemungkaran. Untuk merasai keimanan yang memberikan harapan, cahaya dan hiburan dan untuk merasai kesan-kesannya adalah dengan mengamalkan sepenuh hati satu sikap penuh kehambaan yang sesuai dengan usia tua dan bertepatan dengan agama Islam.
649. Page
Fikirkanlah makna hadis [خَيْرُ شُبَّانِكُمْ مَنْ تَشَبَّهَ بِكُهُولِكُمْ وَشَرُّ كُهُولِكُمْ مَنْ تَشَبَّهَ بِشُبَّانِكُمْ] au kama qaal. Yakni, orang muda kalian yang paling baik ialah mereka yang menyerupai orang tua dalam kematangan dan dalam menghindari maksiat. Orang tua kalian yang paling teruk ialah mereka yang menyerupai orang muda dalam kemaksiatan dan dalam menyumbat kepada dalam kelalaian.
Wahai saudara dan saudariku yang telah tua! Terdapat dalam hadis yang mulia bahawa seorang lelaki tua beriman yang berusia enam puluh ke tujuh puluh tahun, ketika dia mengangkat tangan berdoa ke hadrat Ilahi, Rahmat Ilahi tidak akan membiarkan tangannya dijatuhkan tanpa balasan. Memandangkan rahmat menghormati kalian seperti ini, maka kalian juga hormatilah penghormatan oleh rahmat ini dengan ubudiyyah kalian.
سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَٓا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Fahrasat Sinaran Keempat.
Kerana menurut kesesuaian maqam, maka ia telah diambil ke sini.
Harapan Keempat Belas:
Khulasah permulaan Ayat Nuriyah Hasbiyah yang merupakan Sinaran Keempat. Ia berkata:
650. Page
Oleh sebab ahli dunia telah menjauhkanku daripada setiap perkara, maka aku terjerumus dalam lima jenis keterasingan. Akibat kelalaian yang datang daripada kesulitan, tanpa memandang kepada nur-nur Risalah an-Nur yang memberikan hiburan dan bantuan, aku memandang secara langsung kepada hatiku dan aku telah mencari rohku. Aku nampak bahawa padaku terdapat asyik kebaqaan, cinta kewujudan yang bersangatan, rindu kehidupan yang besar dan kelemahan yang tidak terbatas dan kefakiran yang tidak berpenghujung sedang berkuasa dalam diriku. Sedangkan satu kefanaan yang dahsyat memadamkan kebaqaan itu. Dalam keadaanku itu, aku telah berkata seperti yang dikatakan oleh seorang penyair yang telah terbakar jiwanya.
“Hati kebaqaannya, al-Haq kefanaannya,
berkehendak (keduanya) atas tubuhku,
Aku jatuh dalam penyakit yang tiada penawar,
Aduhai! Luqman pun tidak tahu.
Dengan penuh putus asa, aku menundukkan kepalaku. Tiba-tiba [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ] datang membantuku. Ia berkata: “Bacalah aku dengan teliti!” Maka aku pun membacanya sehari lima ratus kali. Sebaik sahaja aku membacanya, bukan hanya sekadar ‘ilmal yaqin, bahkan tersingkap kepadaku sembilan martabat Nuriyah Hasbiyah daripada nur-nurnya yang sangat bernilai secara ‘aynal yaqin.
651. Page
Martabat Nuriyah Hasbiyah Pertama:
Asyik Kebaqaan padaku bukanlah untuk kebaqaan padaku bahkan oleh sebab terdapat satu bayangan tajalli nama Dzat Dzul Kamal dan Dzul Jalal yang merupakan Pemilik kesempurnaan mutlak yang sememangnya dikasihi tanpa sebab pada perihalku maka rasa cinta fitrah yang menghadap kepada kewujudan dan kesempurnaan serta kebaqaan al-Kamil al-Mutlaq dalam fitrahku itu telah terpesong jalannya, telah berpaut pada bayangan dan menjadi asyik kepada kebaqaan cermin akibat kelalaian. Lalu [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ] datang dan telah mengangkat tabir itu. Maka aku telah nampak, merasai dan menikmati secara haqqal yaqin bahawa kelazatan dan kebahagiaan kebaqaanku adalah sama dan terdapat dalam pembenaran, keimanan dan keyakinanku kepada kebaqaan al-Baqi Dzul Kamal dan bahawa Dia adalah Rabb dan Tuhanku dalam keadaan yang lebih sempurna. Dalil kepada perkara ini telah dijelaskan dalam Risalah Hasbiyah melalui dua belas desiran dan kesedaran keimanan yang sangat mendalam dan halus yang akan meninggalkan mereka yang mempunyai rasa dalam ketakjuban.
Martabat Nuriyah Hasbiyah Kedua:
Bersama dengan kelemahan yang tiada batasan dalam fitrahku, di dalam ketuaan, keterasingan, keseorangan dan kesendirianku, ketika ahli dunia menyerangku melalui muslihat-muslihat dan perisik-perisik mereka, aku telah berkata di dalam hati: Satu pasukan tentera sedang menyerang seorang manusia yang tangannya terikat, daif dan sakit.
652. Page
Adakah aku tidak mempunyai noktah persandaran? Lalu aku merujuk kepada ayat [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ]. Lalu ayat ini memberitahu kepadaku bahawa melalui surat akuan sandaran keimanan, engkau bersandar kepada satu Dzat Sultan yang al-Qadir secara mutlak yang bukan sahaja memberikan semua peralatan dan kelengkapan pasukan-pasukan tentera tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada empat ratus ribu bangsa pada setiap musim bunga di atas muka bumi dengan susunan yang sempurna, terutamanya kepada manusia, Dia turut meletakkan segala rezeki pasukan tentera agung haiwan yang bukan intipati makanan seperti daging dan gula yang baru ditemui manusia-manusia maju mutakhir ini bahkan seratus tahap lebih sempurna berbanding dengan intipati-intipati moden itu ke dalam intipati-intipati ar-Rahman yang dinamakan benih dan bijian dari setiap jenis makanan lalu membalut juga intipati-intipati itu di dalam sukatan dengan kadar tertentu untuk kematangan dan perkembangannya lalu meletakkannya dalam peti-peti kecil untuk pemeliharaan kemudian membiarkannya. Pewujudan peti-peti kecil itu terjadi dengan sangat cepat, mudah dan banyak di kilang Kaf dan Nun yang terdapat di dalam perintah [كن] sehingga al-Quran berkata: al-Khaliq memberi perintah maka ia muncul ke lapangan. Memandangkan begitu, oleh sebab engkau boleh menemui satu noktah persandaranyang sebegini melalui tiket persandaran keimanan maka engkau boleh bersandar kepada satu kekuatan dan qudrat yang tiada batasan. Maka sebaik sahaja mendapat pengajaran ini daripada ayat ini, dengan merasakan suatu keupayaan iman aku telah menemui satu kekuatan maknawi yang bukan sahaja boleh mencabar musuh-musuhku yang sekarang ini, bahkan mencabar dunia lantas aku melafazkan [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ] melalui rohku.
653. Page
Martabat Nuriyah Hasbiyah Ketiga:
Ketika aku mendapati bahawa hubunganku dengan dunia telah terputus akibat himpitan semua keterasingan, penyakit dan keadaan sebagai mangsa kezaliman itu dan ketika keimanan membisikkan bahawa aku adalah calon kepada satu kebahagiaan yang berterusan di sebuah dunia yang abadi dan sebuah negeri yang kekal, aku telah mengabaikan keluhan yang mengalirkan penyesalan lalu meluahkan kesyukuran yang memaparkan keriangan. Tetapi ketika memikirkan bahawa untuk matlamat khayalan, tujuan roh dan natijah fitrah ini menjadi nyata, maka ia hanya dan hanya boleh berlaku dengan qudrat tidak berpenghujung bagi Dzat al-Qadir al-Mutlaq yang mengetahui dan merakamkan semua gerak dan diam, keadaan dan perbuatan, kata-kata dan tindakan seluruh makhluk, yang menjadikan bangsa manusia yang sangat lemah sebagai teman dan mukhatab diri-Nya dan mengurniakan manusia itu satu kedudukan yang mengatasi semua makhluk dan dengan pemberian inayah dan keutamaan yang tiada penghujung kepada manusia, maka aku telah mahukan satu penjelasan yang memberikan peningkatan iman dan ketenteraman hati pada dua noktah berikut iaitu kegiatan qudrat yang sebegini dan kepentingan insan yang tidak penting pada zahirnya ini.
Sekali lagi aku telah merujuk kepada ayat tersebut. Ia memberi arahan dengan berkata: Perhatikanlah kepada [نَا] yang ada pada [حَسْبُنَا]. Dengarlah kepada siapa yang menuturkan [حَسْبُنَا] melalui lisanul hal dan lisanul qal bersamamu?
654. Page
Tiba-tiba aku melihat burung-burung dan serangga-serangga terbang yang merupakan burung kecil yang tiada batasan, haiwan yang tidak terhitung jumlahnya, tumbuh-tumbuhan yang tiada penghujung dan pokok-pokok yang terlalu banyak juga melafazkan makna [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ] melalui lisanul hal-nya sepertiku dan membawa yang lainnya turut mengalunkannya kerana terdapat wakil yang melengkapi semua syarat kehidupan. Maka aku memahami bahawa ia memperlihatkan wahdah dan ahadiyyah-Nya melalui perlaksanaannya secara bersama dan memiliki keserupaan di dalam satu sama lain dan dengan satu bentuk di dalam keagungan dan kehebatan satu qudrat yang mampu mencipta dan membuat seratus ribu jenis burung, seratus ribu bentuk haiwan, ratusan ribu jenis tumbuhan dan ratusan ribu jenis pohon tanpa kesalahan, kekurangan, kekeliruan, dengan hiasan, dengan perkiraan, susunan dan dalam bentuk berbeza dengan satu sama lain terutamanya pada musim bunga dengan sangat banyak, sangat mudah dan dalam daerah yang sangat luas dan secara besar-besaran daripada telur-telurnya yang menyerupai satu sama lain dan bahannya adalah satu, daripada titisan-titisan yang sama dengan satu sama lain, daripda butir-butir yang persis satu sama lain dan daripada biji benih yang seakan-akan sama dengan satu sama lain dan memberitahu bahawa campur tangan dan penyertaan yang lain dalam satu perbuatan Rububiyyah dan tasarruf sifat al-Khallaq-Nya yang menzahirkan mukjizat yang tidak terhitung sebegini adalah tidak mungkin.
655. Page
Mereka yang mahu memahami identiti personalitiku dan perihal keinsananku seperti seorang mukmin dan ingin menjadi sepertiku hendaklah memerhatikan kepada ana iaitu tafsiran diriku yang terdapat dalam himpunan[نَا] pada [حَسْبُنَا]. Hendaklah mereka memahami apa itu hakikat tubuhku yang kelihatan tidak penting, hina dan faqir adalah seperti tubuh tiap-tiap mukmin lain? Apakah itu kehidupan? Apakah itu keinsanan? Apakah itu agama Islam? Apakah itu iman tahqiqi? Apakah itu makrifatullah? Bagaimankah kasih sayang boleh berlaku? Hendaklah mereka mengambil pengajarannya.
Martabat Nuriyah Hasbiyah Keempat:
Suatu masa, ketika halangan-halangan yang menggoncang tubuhku seperti ketuaan, keterasingan, penyakit dan kekalahan memberikan satu kerisauan yang perit kononnya tubuhku yang amat terkait dan sangat terpesona dengannya bahkan tubuh makhluk pergi kepada ketiadaan kerana berada dalam satu tempoh kelalaian, aku sekali lagi merujuk kepada ayat Hasbiyyah ini. Ia berkata:
Perhatikanlah kepada maknaku dan pandanglah menerusi teropong iman! Maka aku pun perhatikan dan nampak melalui mata keimanan bahawa tubuhku yang sekecil zarah ini ialah satu cermin tubuh yang tidak terkira seperti tubuh setiap mukmin dan satu wasilah untuk memperoleh tubuh-tubuh tidak terkira melalui satu perkembangan yang tiada penghujung dan satu kalimah hikmah yang memberikan buah tubuh yang bernilai, kekal dan banyak.
656. Page
Kehidupannya untuk satu tempoh dari sudut sandarannya. Aku mengetahui secara ‘ilmal yaqin bahawa ia adalah bernilai seperti satu tubuh yang abadi. Ini kerana, melalui kesedaran keimanan, dengan memahami bahawa tubuhku ini ialah karya dan hasil seni al-Wajibul Wujud, aku terselamat daripada waham-waham yang ganas, perpisahan-perpisahan yang tidak terkira dan daripada kesakitan-kesakitan perpisahan lalu mengetahui terdapat satu pertemuan semula yang abadi di dalam perpisahan yang sementara dengan maujudat yang mempunyai hubungan denganku dan dicintaiku melalui ikatan-ikatan ukhuwwah sebanyak af‘al dan nama Ilahi yang berkaitan dengan maujudat terutamanya makhluk-makhluk bernyawa. Justeru, menerusi keimanan dan sandaran dalam keimanan, seperti setiap mukmin, tubuhku ini juga akan memperoleh nur-nur tanpa perpisahan bagi tubuh-tubuh yang tidak terkira. Sekiranya ia sendiri pergi sekalipun, oleh sebab tubuh-tubuh itu tertinggal di belakang, maka ia akan kekal gembira seolah-olah dirinya juga masih tinggal di sana.
Kesimpulan: Kematian bukanlah perpisahan. Ia adalah pertemuan semula, pertukaran tempat dan pemberian satu tangkai buah yang baqa’.
657. Page
Martabat Nuriyah Hasbiyah Kelima:
Sekali lagi, pada suatu masa, kehidupanku tergoncang akibat syarat-syarat yang sangat berat. Ia telah mengalihkan tumpuan pandanganku kepada usia dan kehidupan. Aku nampak bahawa usiaku berlari pergi. Ia semakin menghampiri akhirat. Kehidupanku juga mula terpadam di bawah tekanan-tekanan. Sedangkan tugas-tugas penting kehidupan yang dijelaskan dalam risalah berkenaan nama al-Hayy dan keistimewaan-keistimewaan besarnya dan faedah-faedah berharganya adalah layak kepada kehidupan yang panjang bukannya yang cepat terpadam. Demikianlah aku berfikir dengan penuh rasa sakit. Sekali lagi aku merujuk kepada ayat [حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ] yang menjadi ustazku. Ia berkata: Pandanglah kehidupan menurut al-Hayy al-Qayyum yang memberikan kehidupan kepadamu! Aku pun memandang dan nampak bahawa sekiranya pandangan kehidupanku kepadaku adalah satu, namun pandangannya kepada Dzat al-Hayy al-Qayyum adalah seratus dan sekiranya natijahnya yang menjadi melikku adalah satu, namun yang menjadi milik al-Khaliq-ku adalah seribu. Dalam keadaan itu sedetik kehidupan hidup itu dalam daerah keredhaan Ilahi adalah mencukupi dan ia tidak mahukan suatu masa yang panjang. Hakikat ini diterangkan menerusi empat permasalahan. Oleh itu, sesiapa yang tidak mati ataupun mahu terus hidup, maka hendaklah mereka mencari dan temui perihal kehidupan, hakikatnya dan hak-hak hakikinya dalam empat permasalahan itu lalu teruskanlah kehidupan!
658. Page
Kesimpulannya adalah perkara berikut: Apabila kehidupan memandang kepada Dzat al-Hayy al-Qayyum dan apabila keimanan juga menjadi nyawa dan roh kepad akehidupan, maka ia akan menemui kebaqaan malah akan memberikan buah-buah yang baqa’. Malah ia akan meninggi sehingga dapat mencapai tajalli as-Samad lantas tidak akan diperhatikan lagi kepada pendek dan panjangnya usia.
Hajjaj
Ajal dan sakit
Tugas….
Iman
Risau, havf
Martabat Nuriyah Hasbiyah Keenam:
Ketika usia tua yang mengingatkan perpisahan khususku di dalam peristiwa-peristiwa akhir zaman yang berada dalam detik perpisahan umum dan memberikan khabar tentang kemusnahan dunia, ketika kecintaan mendamba keindahan dan kecantikan dalam fitrahku melalui satu perasaan luarbiasa pada akhir usiaku serta perasaan-perasaan terpesona dengan kesempurnaan telah meningkat, aku nampak bahawa kelenyapan dan kefanaan yang sentiasa menjadi pemusnah, kematian dan ketiadaan yang selalu menjadi pemisah telah membantai dunia dan makhluk-makhluk yang indah ini serta mengahancurlebur lalu merosakkan keindahannya dalam bentuk yang dahsyat dengan satu perasaan dan kesedihan yang luarbiasa. Ketika cinta majazi dalam fitrahku sangat menggelegak dan memberontak terhadap keadaan itu, aku sekali lagi merujuk kepada ayat hasbiyyah ini untuk mencari sumber hiburan. Ia berkata: Bacalah aku dan perhatikanlah maknaku dengan teliti.
659. Page
Maka akupun masuk ke dalam balai cerap ayat [اَللّٰهُ نُورُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ] sehingga akhir yang terdapat dalam surah an-Nur lalu memandang kepada peringkat paling jauh bagi ayat Hasbiyyah ini menerusi teropong keimanan dan kepada rahsia-rahsia terhalusnya menerusi mikroskop kesedaran keimanan dan aku dapati, bahawa cermin-cermin, kaca-kaca, benda-benda yang lutsinar hatta buih-buih memperlihatkan keindahan yang tersembunyi dan bermacam-macam bagi cahaya matahari serta pelbagai kecantikan tujuh warna yang dinamakan al-alwan as-sab’ah serta memperbaharui keindahan dan kecantikan itu semua melalui pembaharuan dan pergerakannya, melalui kemampuan yang berbeza-beza dan menerusi kepecahannya dan menerusi kepecahannya mereka menzahirkan kecantikan-kecantikan terselindung bagi matahari, cahayanya dan tujuh warnanya dengan indah.
Sama seperti itu juga, untuk menjadi cermin dan memperbaharuai tajalli keindahan qudus al-Jamil Dzul Jalal yang merupakan Mentari keazalian dan keabadian dan kecantikan-kecantiak sarmadi Asmaul Husna-Nya yang sangat indah, masnu’at yang indah, makhluk-makhluk yang manis dan maujudat yang indah ini datang dan pergi tanpa henti. Mereka memberitahu bahawa kecantikan dan keindahan yang dilihat pada diri mereka bukanlah milik mereka, bahkan merupakan isyarat-isyarat, tanda-tanda dan tajalli-tajalli satu keindahan yang sarmadi dan qudus yang mahu mempamerkan dirinya serta satu kecantikan tersendiri dan suci yang sentiasa bertajalli.
660. Page
Dalil-dalil yang sangat kukuh bagi hakikat ini telah diterangkan secara terperinci dalam Risalah an-Nur dan di sini tiga burhan daripada burhan-burhan itu telah disebutkan secara sangat ringkas dan dalam bentuk yang sangat maakul. Demikianlah bermulanya penerangan. Setiap orang yang memiliki deria rasa yang sejahtera yang telah membaca risalah ini, di samping kagum dengannya kerana mereka amat mendapat manfaat daripadanya, mereka juga merasakan keperluan untuk berusaha memberi istifadah kepada mereka yang lain. Lebih-lebih lagi telah diterangkan lima noktah pada burhan kedua. Mereka yang akalnya tidak reput dan hatinya tidak rosak pastinya akan menghargai, menyambut baik dan membenarkannya dan akan mengucapkan [مَا شَاءَ اللّٰهُ فَتَبَارَكَ اللّٰهُ]. Dia akan meninggikan tubuhnya yang kelihatan fakir dan hina dan akan menyedari dan mengakui bahawa ia adalah satu mukjizat yang luar biasa.
Harapan Kelima Belas:[10]
Suatu masa, aku telah diarahkan untuk tinggal di Emirdag. Lalu aku telah berasa jemu dan bosan dengan kehidupan akibat seksaan yang mereka berikan kepadaku melalui intipan dan penganiayaan yang amat berat untuk diriku yang seolah-olah di dalam penjara perseorangan kerana tinggal sebatang kara di sebuah rumah lalu aku merasa kesal kerana dikeluarkan dari penjara. Maka aku telah menginginkan sepenuh hatiku agar dimasukkan ke penjara Denizli atau dimasukkan ke kubur.
661. Page
Dengan berkata bahawa penjara dan pusara adalah lebih diutamakan berbanding dengan kehidupan seperti ini, ketika sedang menimbang keputusan di antara ke penjara atau ke pusara, inayah Ilahi telah datang membantu. Dia telah mengurniakan sebuah mesin fotokopi yang baru keluar (di pasaran) kepada tangan murid-murid Madrasah az-Zahraa’ yang sebelum ini pena merekalah mesin fotokopinya. Lantas melalui satu pena daripada himpunan nur yang berharga itu lahirlah lima ratus naskhah daripada setiap himpunan. Permulaan-permulaan kejayaan itu telah menyebabkan aku menyukai hidup yang sulit itu dan menyebabkan aku melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga.
Tidak lama selepas itu, musuh-musuh rahsia Risalah an-Nur tidak dapat menahan rasa tidak senang mereka dengan kejayaan-kejayaan risalah cahaya ini. Maka mereka telah mendesak kerajaan agar mengambil tindakan ke atas kami. Lalu sekali lagi kehidupan menjadi berat untukku. Tiba-tiba inayah Rabbani muncul bertajalli. Demi tuntutan tugas mereka, para pegawai berkaitan yang sangat berhajat kepada Risalah an-Nur ini telah mengkaji risalah-risalah cahaya yang telah disita dengan penuh keterujaan dan perhatian. Namun cahaya-cahaya itu telah menjadikan hati-hati mereka berpihak kepadanya.
662. Page
Mereka tidak mengkritiknya bahkan menghargainya. Maka madrasah-madrasah Nur telah menjadi sangat luas. Ia telah memberikan manfaat yang seratus kali ganda melebihi kerugian kami. Ia telah menurunkan kebimbangan kami kepada kosong. Kemudian, orang-orang munafik yang memusuhi kami secara bersembunyi telah menarik perhatian kerajaan kepada batang tubuhku. Mereka telang mengungkit semula kehidupan politikku pada masa lalu. Mereka telah menyebabkan pihak mahkamah, kementerian pendidikan, pihak polis serta kementerian dalam negeri menjadi sangsi. Lalu kesangsian itu telah meluas dengan pelbagai tohmahan seperti agenda politik kepartian dan pergerakan pemberontakan di sebalik tabir komunis. Mereka telah menekan dan menggendalakan kami. Merek amula menyita risalah-risalah yang sampai ke tangan mereka. Kegiatan-kegiatan murid-murid nur telah menjadi tergendala. Dengan agenda untuk memburukkan keperibadianku, sebahagian pegawai rasmi telah mendatangkan sandaran-sandaran yang tidak akan dipercayai oleh sesiapapun. Mereka telah cuba menyebarkan tuduhan-tuduhan yang amat pelik. Tetapi mereka tidak berjaya meyakinkan sesiapa pun. Kemudian, dengan alasan-alasan yang sangat dangkal, mereka telah menahanku pada hari yang paling sejuk bagi musim sejuk lalu mengurungku dengan hukuman penjara perseorangan di sebuah asrama yang besar dan sangat sejuk dan dua hari tanpa alat pemanas. Sedangkan sebelum ini sekalipun aku menyalakan alat pemanas beberapa kali dalam satu hari di bilik kecilku dan sentiasa ada api pada dapur kayuku aku masih tetap sukar untuk bertahan dek kedaifan dan penyakitku.
663. Page
Maka apatah lagi sekarang ini. Ketika aku meronta-ronta dalam demam malaria lantaran kesejukan dan dalam satu kesulitan dan kebencian yang dahsyat, satu hakikat telah tersingkap dalam hatiku melalui satu inayah Ilahi.
Secara maknawi telah dikatakan: Engkau telah menamakan penjara sebagai Madrasah Yusufiyyah. Malah natijha-natijah seperti kebahagiaan dan keuntungan maknawi yang seribu kali ganda lebih banyak di Denizli berbanding dengan kesulitan kalian, malah istifadah tahanan-tahanan di sana serta kejayaan-kejayaan Nur pada banyak lingkungan telah menyebabkan kalian melafazkan ribuan kesyukuran berbanding keluhan dan telah menjadikan setiap jam pemenjaraan dan kesulitan kalian adalah ibarat sepuluh jam ibadat dan telah menjadikan jam-jam yang fana itu sebagai baqa’. Insya-Allah, istifadah dan penemuan hiburan oleh mereka yang ditimpa musibah dalam Madrasah Yusufiyyah ketiga ini daripada nur-nur itu akan menghangatkan kesejukan dan kesulitanmu yang berat ini lalu mengubahnya kepada kegembiraan. Sekiranya telah diperdaya, mereka yang engkau benci itu menzalimu tanpa sengaja. Mereka tidak layak kepada kebencian. Sekiranya mereka menyakitimu dan menyeksamu dengan sengaja dan dengan niat buruk atas nama kesesatan, maka tidak lama lagi, mereka akan masuk ke dalam penjara persendirian kubur dengan hukuman mati abadi kematian dan mereka akan mendapat kesulitan dan azab yang berkekalan.
664. Page
Sedangkan, akibat kezaliman mereka, engkau memperoleh bukan sahaja pahala, malah nikmat membaqa’kan jam-jam yang fana, kelazatan-kelazatan maknawi, serta kemampuan melaksanakan tugas ilmu dan agama dengan ikhlas. Demikianlah yang telah diperingatkan kepada rohku. Maka aku pun melafazkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ dengan seluruh kekupayaanku. Dengan naluri kemanusiaan, aku berasa kasihan kepada mereka yang zalim itu. Lalu aku telah berdoa: “Ya Allah islahkanlah mereka!”
Dalam peristiwa terbaru ini, sebagaimana aku telah menulis kepada wakil Kementerian Dalam Negara dalam ucapanku, sebagaimana peritiwa ini adalah tidak berlandaskan undang-undang dari sepuluh segi dan sebagaimana mereka yang zalim itu telah mencari alasan-alasan yang seolah-olah merekalah pesalah sebenar, melanggar undang-undang atas nama undang-undang, sehingga mereka yang mendengar akan ketawa dan melalui tuduhan-tuduhan yang akan menitiskan airmata mereka yang menyanjung kebenaran dan rekayasa mereka telah memperlihatkan kepada mereka yang insaf bahawa mereka tidak dapat menemui kemungkinan dari sudut undang-undang dan hak untuk mengganggu Risalah an-Nur dan murid-muridnya lantas mereka melencong kepada kegilaan.
665. Page
Sebagai contoh: Oleh sebab para pegawai yang mengintip kami selama satu bulan tidak dapat menjumpai walau satu pun alasan, maka mereka telah menulis satu laporan palsu. Kononnya pembantu Said telah membeli arak dari sebuah kedai lalu membawanya kepada Said. Namun mereka tidak dapat menemui orang yang sanggup menandatangani laporan palsu itu. Kemudian mereka telah menangkap seseorang yang tidak dikenali dan mabuk. Mereka telah memaksanya menandatangani laporan itu dengan ancaman. Tetapi lelaki itu berkata: Aku bertaubat dengan ketua segala taubat. Siapakah yang sanggup menandatangani penipuan yang pelik ini? Maka mereka terpaksa mengoyak laporan palsu itu.
Contoh kedua: Seseorang yang aku tidak tahu dan sampai sekarang belum aku kenali telah memberikan kudanya kepadaku agar aku dapat bersiar-siar. Dengan niat untuk mengambil angin kerana keadaanku yang kurang sihat, maka aku pun bersiar-siar satu atau dua jam beberapa hari seminggu dalam musim panas. Aku telah berjanji untuk memberikan kitab berharga lima puluh lira kepada pemilik kuda dan pedatinya. Ini supaya aku tidak merosakkan prinsipku dan tida berasa terhutang budi. Maka adakah terdapat apa-apa kebarangkalian mudarat dalam perkara ini? Sedangkan kuda itu milik siapa? Namun disebabkan perkara itu, lebih daripada lima puluh kali, kami ditanya oleh Datuk Bandar, peguam, penguatkuasa undang-undang dan polis. Seolah-olah perkara itu adalah satu peristiwa politik yang besar dan satu kejadian yang mengganggu ketenteraman awam.
666. Page
Hatta, untuk menamatkan soal-siasat yang tiada makna itu, terdapat dua orang yang melindungiku menyatakan bahawa kuda itu miliknya dan pedati itu milik yang seorang lagi. Lalu kedua-duanya turut ditahan bersamaku. Sebagai kiasan kepada contoh ini, kami menjadi penonton kepada banyak permainan kanak-kanak dalam keadaan menangis sambil ketawa dan kami telah fahami bahawa mereka yang mengganggu Risalah an-Nur dan murid-muridnya akan menjadi badut dan bahan ketawa.
Satu perbualan yang latif daripada contoh-contoh itu: Oleh sebab tertulis pada surat penahananku bahawa sebab penahananku ialah kesalahan mengganggu ketenteraman awam, maka sebelum melihat laporan palsu itu lagi, aku telah berkata kepada pendakwa umum: Aku telah mengumpat tentangmu pada malam semalam. Manakala kepada seorang polis yang menyoal siasatku mewakili ketua polis, aku pernah berkata: “Sekiranya aku tidak bernah berkhidmat kepada seribu pendakwa umum dan seribu ketua polis, maka mudah-mudahan Allah melaknatku tiga kali.”
Kemudian tidak lama selepas itu, di kala aku paling berhajat kepada kerehatan, tidak kesejukan dan tidak memikirkan dunia dalam kesejukan ini, telah datang satu rasa kecewa dan marah yang luar biasa kepada mereka yang mendorongku kepada pembatasan, pengasingan, penahanan dan tekanan yang tidak mampu ditanggung olehku dalam keadaan yang merasakan niat dan tujuan yang buruk ini.
667. Page
Lalu satu inayah datang membantu. Secara maknawi diperingatkan kepada hati bahawa pada kezaliman-kezaliman yang dilakukan manusia ke atasmu mempunyai bahagian yang besar daripada Taqdir Ilahi yang merupakan keadilan sebenar dan engkau mempunyai rezeki yang akan engkau makan di dalam penjara ini. Rezekimu itu memanggilmu ke sini. Maka engkau perlu menerimanya dengan kerelaan dan penyerahan. Malah hikmah dan rahmat Rabbani juga mempunyai bahagian yang besar iaitu menerangi dan memberi hiburan kepada mereka yang dipenjarakan di sini dan memperolehkan pahala untuk diri kalian. Terhadap bahagian ini pula perlu bersyukur ribuan kali di dalam kesabaran.
Malah terdapat padanya satu bahagian melalui kesalahan-kesalahan sendiri yang engkau tidak tahu. Terhadap bahagian ini, menerusi istighfar dan taubat, engkau perlu berkata bahawa engkau berhak kepada tamparan ini kepada dirimu. Malah terdapat satu bahagian musuh-musuh rahsiamu kerana mendorongmu kepada kezaliman itu melalui kelalaian sesetengah petugas yang lurus lidah dan banyak kesangsian melalui tipu muslihat mereka.
668. Page
Terhadapnya tamparan-tamparan maknawi dahsyat yang dilepaskan kepada para munafik itu oleh Risalah an-Nur benar-benar telah membalas dendammu terhadap mereka. Tamparan-tamparan itu adalah mencukupi untuk mereka. Bahagian terakhir, tentunya pegawai-pegawai rasmi yang menjadi perantara secara fizikal. Terhadap bahagian ini, memaafkan mereka adalah satu ketinggian pekerti melalui dustur [وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ] kerana mengenangkan istifadah mereka dari sudut keimanan tanpa ragu secara mahu tidak mahu apabila mereka mengkaji nur-nur itu dengan niat untuk mengkritik. Maka aku pun dengan penuh ketenangan dan kesyukuran daripada peringatan yang amat benar ini telah mengambil keputusan untuk kekal di Madrasah Yusufiyyah yang baru ini hatta melakukan satu kesalahan wajib hukum yang tidak memudaratkan ke atas diriku demi membantu mereka yang menentangku.
Malah mereka yang berusia tujuh puliuh lima tahun yang tidak terkait dengan apa-apa di dunia daripada teman-teman mereka yang daripada tujuh puluh hanya lima yang masih tinggal malah tujuh puluh ribu naskhah yang akan menjalankan tugas nur menggantikanku akak kekal abadi dan bebas bersiar-siar. Sebagai ganti kepada satu lidah, kepada seseorang sepertiku yang mempunyai saudara-saudara dan pewaris yang akan melakukan khidmat keimanan dengan ribuan lidah, kubur adalah seratus kali lebih baik berbanding dengan penjara.
669. Page
. Penjara ini juga adalah lebih merehatkan dan berfaedah seratus kali ganda berbanding dengan kebebasan di bawah cengkaman penganiayaan tanpa kebebasan yang di luarnya. Ini kerana sebagai gantian menanggung penganiayaan ratusan pegawai yang berkaitan secara berseorangan, dia terpaksa menanggung penganiayaan ringan berdasarkan maslahat oleh satu atau dua orang seperti ketua warden dan ketua pengawal sahaja bersama-sama dengan ratusan tahanan di dalam penjara. Sebagai balasannya dia akan merasai layanan-layanan dan hiburan-hiburan penuh persaudaraan daripada ramai temannya di penjara. Malah oleh kerana penghormatan syafaqah Islam dan fitrah keinsanan kepada orang-orang tua dalam keadaan ini menukar kesulitan penjara kepada rahmat, maka aku redha dipenjara. Di saat aku hadir ke mahkamah kali ketiga ini, oleh sebab aku penat berdiri kerana lemah, tua dan kurang sihat, maka aku telah duduk di atas bangku di luar pintu mahkamah. Tiba-tiba telah datang seorang hakim. Dia telah marah lalu mengherdik dengan penuh penghinaan mempersoalkan mengapa aku tidak menunggu dalam keadaan berdiri. Aku pun, kerana sudah tua, aku amat berang dengan sikap tidak menghormati ini. Tiba-tiba aku perhatikan, amat ramai orang Islam telah berhimpun di sekitar kami dengan penuh syafaqah, ukhuwwah dan penuh penghormatan dan tidak dapat disuraikan. Tiba-tiba dua hakikat telah diperingatkan.
670. Page
Hakikat Pertama: Dengan meuntuhkan perhatian umum yang aku tidak mahu untuk diriku maka akan ditarik penghalang kepada kejayaan-kejayaan Nur, maka musuh-musuh rahsia bagi aku dan risalah-risalah cahaya telah memperdaya para pegawai rasmi yang lurus lidah lalu dengan fikiran mahu memburukkan peribadi pada pandangan masyarakat, mereka telah mendorong para pegawai itu memperlakukanku penuh penghinaan sebegini. Inayah Ilahi terhadap perkara ini, sebagai balasan kepada khidmat iman oleh risalah-risalah cahaya, sebagai satu anugerah, sebagai ganti kepada penghinaan oleh seorang insan, pandanglah kepada seratus orang ini! Mereka menyambut dan mengiring kalian dengan penuh perhatian dengan cara merasa kasihan dengan penuh rasa syafaqah dengan menghargai khidmat kalian. Hatta pada hari kedua, ketika aku memberi jawapan kepada soalan-soalan pendakwa umum di kandang pesalah, telah berkumpul lebih kurang seribu orang warga di dataran kerajaan yang berhadapan dengan tingkap mahkamah dan mereka dilihat seperti mengifadahkan melalui keadaan mereka seolah berkata: Janganlah kalianbosan dengan perkara-perkara ini. para pegawai polis tidak mempu menyuraikan mereka. Lantas terlintas dalam hatiku bahawa warga-warga ini mahukan satu hiburan yang sempurna, satu nur yang tidak akan dapat dipadamkan, satu keimanan yang kuat dan satu khabar gembira yang menuju kepada kebahagiaan abadi dan mereka mencarinya secara fitrah. Mereka telah mendengar bahwa apa yang mereka cari terdapat dalam Rislaah an-Nur maka mereka menunjukkan satu keprihatinan yang amat melebihi batasanku kepada peribadiku yang tidak penting kerana secebis khidmatku untu keimanan.
671. Page
Hakikat Kedua: Telah diperingatkan bahawa sebagai balasan kepada layanan-layanan buruk penuh penghinaan oleh beberapa orang yang telah terpedaya dengan niat menghina dan meranapkan perhatian umum kepada kami melalui sangkaan menjejaskan keamanan, terdapat tepukan penghargaan yang tidak terkira daripada ahli hakikat dan generasi akan datang.
Ya, berhadapan dengan usaha dahsyat untuk merosakkan keamanan umum oleh para pemberontak di bawah tabit komunisme, Risalah an-Nur dan murid-muridnya menghenti dan mematahkan pemusnahan dahsyat pada setiap penjuru tanah air itu menerusi iman tahqiqi dan mereka terus berusaha untuk memastikan keamanan dan ketenteraman sehingga melalui murid-murid nur yang ramai di setiap penjuru negara dalam tempoh dua puluh tahun ini tiga atau empat mahkamah yang berkaitan dan sepuluh orang penguatkuasa wilayah tidak pernah menjumpai dan merakamkan sebarang kejadian yang berkaitan dengan usaha menggugat kemanan. Pernah sebahagian penguatkuasa tiga wilayah yang insaf telah berkata: Murid-murid Nur adalah penguatkuasa maknawi. Mereka membantu kita dalam memelihara keamanan. Melalui iman tahqiqi, mereka meninggalkan suatu pelarang ke dalam kepala setiap orang yang membaca Risalah an-Nur. Sala satu contoh kepada perkara ini ialah penjara Denizli. Melalui kemasukan Risalah Buah yang ditulis untuk murid-murid Nur dan para tahanan, dalam tempoh tiga atau empat bulan, lebih daripada dua ratus orang tahanan di sana telah memilih untuk menjadi lebih baik iaitu menunjukkan ketaatan dalam beragama yang luarbiasa.
672. Page
Sehingga seseorang yang telah membunuh tiga atau empat orang manusia takut untuk membunuh pepijat yang terdapat pada papan. Dia telah mula menjadi saorang anggota masyarakat yang penyayang, tidak memudaratkan dan memberi manfaat kepada negara. Hatta pegawai-pegawai rasmi memandang keadaan ini dengan hairan dan memberi penghargaan mereka.
Malah, sebelum dijatuhi hukuman sebahagian orang muda telah berkata: Sekiranya murid-murid Nur tinggal dalam penjara, kami akan menghukum diri kami sendiri dan akan merusaha untuk mendapat hukuman. Ini supaya kami belajar daripada mereka dan menjadi seperti mereka. Kami akan mengislah diri kami melalui ajaran mereka.
Justeru, mereka yang menuduh dengan tuduhan menggugat keamanan ke atas murid-murid nur yang seperti ini tentunya telah terpedaya dengan sangat teruk ataupun telah diperdaya atau sengaja atau tanpa sengaja berusaha mengabaikan kerajaan atas nama kehuru-haraan lalu menyeksa kami dengan pelbagai seksaan.
Terhadapa mereka ini kami berkata: Memandangkan kematian tidak dapat dibunuh dan kubur tidak dapat ditutup dan di rumah pertamuan dunia ini para pengembara masuk ke dalam tanah secara berbondong-bondong dengan sangat pantas dan dengan kerisauan lalu menghilang, maka sudah tentu kami akan berpisah daripada satu sama lain dalam masa yang sangat hampir. Kalian akan mendapat hukuman kezaliamn kalian dalam bentuk yang dahsyat.
673. Page
Paling kurang pun kalian akan naik ke tiang gantung yang merupakan penghapusan abadi oleh kematian yang merupakan surat perlepasan untuk orang beriman yang dizalimi. Kenikmatan fana yang telah kalian kecapi di dunia melalui sangkaan keabadian akan berubah menjadi kesakitan-kesakitan yang kekal dan perit.
Namun amat menyedihkan sekali, musuh-musuh kami yang terselindung dan munafik ini kadang-kadang meletakkan nama tariqat kepada hakikat agama Islam yang diperoleh dan dipelihara melalui darah dan pedang para syuhada dan pahlawan yang tidak gentar berjuang yang berada pada kedudukan ratusan juta wali bagi bangsa yang taat beragama ini lalu memperlihatkan aliran tariqat yang merupakan satu sinaran bagi matahari itu sebagai matahari itu sendiri lalu mereka memperdayakan sesetengah pegawai kerajaan yang tidak hati-hati lalu dengan menggelarkan murid-murid nur yang berusaha dalam bentuk yang berkesan untuk hakikat-hakikat al-Quran dan keimanan sebagai ahli tariqat dan perkumpulan politik kerana mereka mahu memberikan imej yang buruk kepada kami. Maka kami berkata bukan sahaja kepada mereka bahkan kepada mereka yang mendengarkan musuh kami untuk menentang kami sebagaimana yang telah kami katakan di mahkamah Denizli yang adil:
674. Page
Demi satu hakikat suci yang ratusan juta kepala telah berkorban untuknya, kami juga rela korbankan kepala kami. Sekiranya kalian menjadikan dunia sebagai apai di atas kepala kami, maka kepala-kepala yang berkorban untuk hakikat al-Quran ini tidak akan menyerahkan senjata kepada golongan zindiq dan tidak akan berundur daripada tugas suci mereka insya-Allah! Sesungguhnya aku tidak akan menukar ganti satu tahunku yang penuh kesulitan di masa tua ini yang dihiasi hiburan suci yang datang membantu daripada iman dan al-Quran kepada perkara-perkara berat dan keputusasaan yang datang daripada pengembaraan usia tua ini dengan sepuluh tahun masa mudaku. Daripada peringatan maknawi itu, aku tahu bahawa melalui berubahnya setiap satu jam bagi orang yang mendirikan solat fardhu dan bertaubat terutamanya di dalam penjara kepada sepuluh jam ibadah dan pemerolehan satu usia yang kekal selama sepuluh hari pada sudut pahala oleh tiap-tiap satu hari yang fana walaupun di dalam penyakit dan kezaliman, maka aku mengetahui bahawa ia adalah sumber kesyukuran bagi seseorang yang menanti gilirannya di pintu kubur sepertiku. Lalu aku berkata: Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Rabbku dan aku gembira dengan usia tuaku dan aku redha dengan pemenjaraanku. Ini kerana usia tidak berhenti, ia berlalu dengan pantas. Sekiranya ia berlalu dengan ketenangan dan keseronokan, maka oleh sebab kelenyapan kelazatan menjadi kesakitan, maka ia akan meninggalkan di tempatnya bukan sahaja kesedihan malah rasa tidak bersyukur dan sesetengah dosa angkara kelalaian lalu ia menjadi fana dan berlalu pergi.
675. Page
Sekiranya ia berlalu dengan penjara dan kesulitan, maka oleh sebab lenyapnya kesakitan merupakan satu kelazatan maknawi, maka oleh sebab ia bukan sahaja dikira sebagai sejenis ibadah, pada satu sudut juga ia akan kekal dan akan memperolehkan satu usia yang kekal melalui buah-buahnya yang elok. Ia menjadi kaffarah (penghapus) bagi dosa-diosa silam dan kesalahan-kesalahan yang menjadi sebab pemenjaraan dan membersihkan itu semua. Maka dari noktah pandangan ini, mereka yang mendirikan solat fardhu dari kalangan tahanan hendaklah bersyukur di dalam kesabaran.
Harapan Keenam Belas:
Suatu masa, semasa usia tua, aku pernah menerima hukuman selama setahun di penjara Eskisehir lalu keluar. Kemudian mereka membuangku ke Kastamonu. Di sana, mereka menjadikan aku sebagai tetamu selama dua atau tiga bulan di balai polisnya.
Dapat difahami betapa banyak seseorang yang mengasingkan diri yang rimas hatta untuk mbertemu dengan sahabat-sahabatnya yang paling setia dan seseorang yang tidak boleh menerima perubahan pakaiannya sepertiku menanggung azab di tempat-tempat yang seperti ini. sesungguhnya aku, ketiak aku berada di dalam keputusasaan yang sebegitu, tiba-tiba Inayah Ilahi datang membantu ketuaanku.
676. Page
Penguasa di balai polis itu telah menjadi seperti sahabat setia dengan pegawai-pegawai polis di situ. Sebagaimana mereka tidak pernah memperingatkan untuk meletakkan topi di atas kepalaku, malah, bagaikan para pelayanku, apabila aku mahu, mereka pasti membawaku bersiar-siar di sekitar bandar. Kemudian akau telah masuk ke Madrasah Yusufiyyah yang berhadapan dengan balai polis itu dan kau telah mula menuli risalah-risalah cahaya. Murid-murid pahlawan nur seperti Fayzi, Amin, Sadik, Nazif dan Salahuddin selalu datang ke madrasah itu untuk menyebar dan memperbanyak cahaya-cahaya itu. Mereka telah memperlihatkan muzakarah ilmiah dalam bentuk yang lebih terang berbanding dengan murid-murid lamaku ketika aku masih muda.
Kemudian, mush-musuh tersembunyi kami telah membangkitan prasangka buruk ke atas kami pada sebahagian pegawai dan sebahagian ustaz dan syeikh yang mementingkan diri sendiri. Namun mereka telah menjadi wasilah kepada penahanan kami di penjara Denizli dan pengumpulan murid-murid nur yang datang daripada lima atau enam negeri di Madrasah Yusufiyyah itu. Perincian bagi Harapan Keenam Belas ini ialah surat-surat kecil dan Risalah Mudafaah (hujah pembelaan) di Mahkamah Denizli yang telah aku kirimkan secara rahsia kepada saudara-saudaraku di Penjara Denizli melalui surat-surat yang dihantara dari Kastamonu dan dimasukkan ke dalam Himpunan Al-Malahiq. Risalah itu telah memperlihatkan hakikat Harapan ini adalam bentuk yang terang. Dengan memindahkan perinciannya kepada Al-Malahiq dan kepada Hujah pembelaanku, maka di sini kita akan memberi satu isyarat yang sangat pendek.
677. Page
Di Kastamonu, ketika aku sedang duduk berehat, aku telah menyembunyikan himpunan-himpunan rislaah yang sulit dan penting terutamanya risalah-risalah yang berkaitan dengan Sufyan dan Karomah-karomah risalah cahaya di bawah arang dan kayu api dengan niat supaya selepas kematianku ataupun selepas mereka yang di atas mendengar hakikat lalu setelah akal mereka kembali waras, mereka menyebarkannya, tiba-tibapegawai-pegawai penyiasat dan pembantu pendakwa raya telah meggeledah rumahku. Mereka telah mengeluarkan risalah-risalah yang rahsia dan penting itu dari bawah longgokan kayu api. Malah mereka telah menahanku lalu menghantarku ke penjara Isparta walaupun kesihatanku tidak mengizinkan. Ketika aku merasa sangat sakit kerana amat terkesan dengan dahsyat akibat serangan yang menimpa risalah-risalah cahaya itu, inayah Ilahi telah datang membantu kami.
Pegawai-pegawai kerajaan yang sangat berhajat kepada pembacaan risalah-risalah yang telah disembunyikan itu mula membaca dengan penuh keterujaan dan ketelitian. Lalu pejabat-pejabat rasmi kerajaan, masing-masing telah berubah menjadi seolah-olah sebuah rumah pengajian risalah cahaya. Ketika mereka membaca dengan fikiran untuk mengkritik, mereka mula memberi penghargaan. Hatta tanpa kami ketahui, di Denizli, secara luar biasa, amat ramai orang secara rasmi atau tidak rasmi telah membaca Risalah Ayatul Kubra yang telah dicetak di sebalik tabir lalu ia telah menguatkan iman mereka.
678. Page
Mereka telah menyebabkan kami merasakan bahawa musibah pemenjaraan kami bukanlah apa-apa. Kemudian, mereka telah memindahkan kami dari penjara Isparta ke Penjara Denizli. Atas hukuman penjara berseorangan, mereka telah menyumbatku ke dalam sebuah asrama yang berbau hamis, lembap dan sejuk. Ketika banyak kesakitan yang berpunca daripada ketuaan, penyakit dan kesulitan sahabat-sahabatku yang tidak bersalah yang berpunca dariku serta banyak kesedihan yang datang daripada terhentinya penulisan Risalah dan penyitaannya sedang bergolak di dalam keresahan, tiba-tiba inayah Rabbani datang membantu. Tiba-tiba, ia telah mengubah penjara yang luas itu kepada sebuah rumah pengajian dan telah mengisbatkan bahawa ia adalah sebuah Madrasah Yusufiyyah. Lalu nur-nur mula tersebar melalui pena-pena berlian para pahlawan Madrasah az-Zahra’. Hatta seorang pahlawan nur di bawah keadaan itu telah menulis lebih daripada dua puluh risalah Buah dan Mudafaah (Pembelaan) dalam tempoh tiga ke empat bulan. Maka bermulaha kejayaan yang bukan sahaja di dalam balah di luar. Ia telah mengubah kemudaratan kami di dalam musibah itu kepada manfaat-manfaat yang besar dan masalah-masalah kami kepada kegembiraan. Ia sekali lagi telah memperlihatkan rahsia [عَسَٓى اَنْ تَكْرَهُو اشَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ].
Kemudian akibat kritikan-kritikan keras ke atas kami yang berasaskan kesalahan dan catatan yang bersifat permukaan oleh ahli seorang ilmuwan berserta serangan dahsyat wakil kementerian pendidikan dan penyebaran satu surat pemberitahuan yang menentang kami sehingga ketika telah diusahakan hukuman gantung sampai mati kepada sebahagian kami meneurut sesetengah berita, satu inayah Rabbani telah datang membantu.
679. Page
Mula-mula, ketika menantikan kritikan-kritikan keras para ilmuwan Ankara, laporan-laporan mereka yang penuh penghargaan, hatta walaupun mereka telah menemui lima hingga sepuluh kesilapan pada lima peti Risalah cahaya sebagaimana kami telah mengisbatkan di mahkamah bahawa noktah-noktah yang telah ditunjukkan sebagai kesilapan dan kesalahan adalah hakikat yang sebenar dan perkara-perkara yang mereka nyatakan sebagai silap dan salah adalah kesilapan dan kesalahan mereka sendiri, kami juga telah menujukkan lima hingga sepuluh kesalahan dalam laporan mereka yang sebanyak lima helai (yang telah mereka sediakan). Ketika menantikan arahan-arahan keras yang penuh ancaman sebagai balasan kepada tamparan-tamparan yang kasar dan keras oleh Risalah Buah dan Mudafaah yang telah kami hantar kepada tujuh peringkat dan semua risalah cahaya yang dihantar kepada wakil kementerian Kehakiman, terutamanya risalah-risalah yang sulit, ketiadaan gangguan mereka dalam bentuk perjanjian damai yang sangat penuh kelunakan hatta bagaikan memberikan hiburan seperti surat yang dihantar oleh Perdana Menteri secara qat’i mengisbatkan bahawa hakikat-hakikat Risalah an-Nur telah mengalahkan mereka melalui karomah inayah Ilahi lalu telah menyebabkan mereka membacanya dengan penuh bimbingan dan telah menjadikan pejabat-pejabat yang luas itu sebagai rumah pengajian dan telah menyelamatkan iman ramai orang yang ragu-ragu dan kehairanan dan memberikan kami kedamaian dan faedah maknawi yang seratus kali ganda lebih banyak berbanding dengan masalah-masalah kami.
680. Page
Kemudian, musuh-musuh yang terselindung itu telah meracuniku. Sebagai galang gantiku, wira syahid cahaya, almarhum Hafiz Ali telah pergi ke hospital dan telah berkelana ke alam barzakh menggantikan diriku. Peristiwa ini telah menjadikan kami menangis bagikan berputus asa. Sebelum musibah tersebut, aku telah beberapa kali berteriak melaung di atas gunung Kastamonu: Wahai saudara-saudaraku! Jangnlah kalian melemparkan daging kepada kuda dan rumput kepada singa! Yang bermakna, janganlah kalian memberikan setiap risalah kepada setiap orang. Ini supaya kita tidak diserang. Hafiz Ali Rahmatullahi ‘Alaih yang berada sejauh tujuh hari perjalanan jika berjalan kaki sedang menulis kepadaku seolah-olah dia telah mendengar (teriakan) itu melalui telefon maknawi: Ya Ustazku. Adalah satu karomah Risalah an-Nur kerana ia tidak pernah melemparkan daging kepada kuda dan rumput kepada singa. Bahkan ia melemparkan rumput kepada kuda dan daging kepada singa sehingga ia menyatakan bahawa ia telah memberikan Risalah Ikhlas kepada ustaz yang seperti singa. Tujuh hari selepas itu, kami menerima suratnya. Kami telah membuat perkiraan. Pada masa yang sama, ketika aku berteriak di gunung, rupa-rupanya beliau juga sedang menulis kata-kata menakjubkan itu di dalam suratnya.
Sesungguhnya disebabkan kematian seorang pahlawan maknawi Nur yang sebegini, usaha-usaha menghukum kami melalui tipu daya-tipu daya ke atas kami oleh para munafik yang terselindung dan penyakitku yang berbisa, ketika keresahan bahawa aku terpaksa pergi ke hospital atas arahan rasmi menghimpit kami, tiba-tiba inayah Ilahi datang membantu.
681. Page
Melalui doa-doa yang ikhlas oleh saudara-saudaraku, bahaya yang berpunca daripada racun itu telah berlalu, melalui petunjuk-petunjuk yang kuat bahawa almarhum adalah seorang syahid, kesibukan beliau dengan risalah-risalah cahaya di dalam kuburnya, pemberian jawapan menerusi risalah-risalah cahaya kepada malaikat yang ditugaskan untuk menyoal, khidmat-khidmat dalam bentu yang amat berkesan di sebalik tabir oleh pahlawan Denizli Hasan Fayzi dan sahabat-sahabatnya yang akan bekerja untuk risalah-risalah cahaya dengan cara kerjanya sebagai penggantinya, sokongan supaya kami dikeluarkan daripada penjara oleh musuh-musuh kami dengan alasan bahawa para tahanan telah menjadi baik secara tiba-tiba menerusi risalah-risalah cahaya, pengubahan rumah seksaan yang banyak masalah itu kepada gua-gua Ashabul Kahfi dan Ahli Riyadhah hati pada masa silam oleh murid-murid nur yang seumpama Ashabul Kahfi dan melalui usaha-usaha mereka untuk menulis risalah-risalah cahaya dan menyebarkannya dengan hati yang tenang telah mengisbatkan bahawa inayah Rabbani telah sampai untuk membantu kami
Malah telah terlintas di hatiku: Memandangkan Imam-imam Mujtahid agung seperti Imam al-A’zam Abu Hanifah Radhiyallahu ‘Anhu pernah dipenjara dan seorang Mujahid terulung seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal pernah sering diseksa di penjara dek satu permasalahan al-Quran, dan tanpa mengeluh, mereka terus tsabat dengan penuh kesabaran lalu tidak terjerumus ke dalam permasalahan-permasalahan itu.
682. Page
Malah, walaupun terlalu ramai Imam dan ‘Allamah telah diseksa dengan sangat banyak berbanding dengan kalian, mereka tetap bersyukur dengan penuh kesabaran dan tidak pernah goyah. Maka sudah tentu, walaupun kalian telah memperoleh pahala dan keuntungan yang sangat besar demi beberapa hakikat al-Quran, namun kalian tetap berhutang untuk mengucapkan terima kasih beribu-ribu kali kerana amat sedikit kesulitan yang kalian tanggungi. Ya, aku akan menjelaskan secara ringkas tentang satu tajalli inayah Rabbani di dalam kezaliman manusia.
Ketika aku berumur dua puluh tahun, aku selalu berkata: Aku juga akan mengasingkan diri ke sebuah gunung dan sebuah gua di penghujung usiaku seperti mereka pada masa silam yang meninggalkan dunia dengan cara mengasingkan diri ke gua-gua, lalu aku akan keluar daripada kehidupan bermasyarakat manusia. Malah aku pernah membuat keputusan seperti berikut semasa aku ditawan di kawasan Timur Laut semasa Perang Dunia: Selepas ini aku akan menghabiskan sisa usiaku di dalam gua-gua. Aku akan meloloskan diri daripada kehidupan politik dan kemasyarakatan. Cukuplah dengan apa yang aku campurtangan sebelum ini. ketika kau berkata begitu, secara tiba-tiba, Inayah Rabbani dan keadilan taqdir telah bertajalli.
683. Page
Sebagai rahmat kepada usia tuaku dalam bentuk yang jauh lebih baik daripada keputusan dan kehendakku, maka Dia telah mengubah gua-gua khayalanku itu kepada penjara-penjara dan pengasingan-pengasingan serta rumah-rumah seksaan dalam keseorangan dan kediaman-kediam di dalam kesendirian mutlak. Dia telah menganugerahkan Madrasah-madrasah Yusufiyyah yang jauh mengatasi gua-gua para ahli riyadhah dan pengasingan di atas gunung-ganang dan rumah-rumah pengasingan supaya kami tidak merugikan masa kami. Malah Dia telah menganugerahkan faedah ukhrawi gua dan mengurniakan khidmat untuk hakikat-hakikat keimanan dan al-Quran yang penuh kesungguhan.
Hatta aku telah berazam, setelah pembebasan saudara-saudaraku, aku akan menunjukkan satu kesalahan lalu aku akan kekal di penjara. Biarlah individu sebatang kara seperti Husrau dan Fayzi tinggal di sampingku dan dengan satu alasan, aku akan berada di asrama pengasingan supaya aku tidak berjumpa dengan orang ramai dan aku tidak menghabiskan waktu dengan kepura-puraan dan sikap mementingkan diri. Namun sudah menjadi taqdir Ilahi dan nasib kami, mereka telah menghantar kami ke rumah seksaan yang lain. Dengan rahsia [اَلْخَيْرُ ف۪ى مَا اخْتَارَهُ اللّٰهُ * عَسَى اَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ] sebagai rahmat kepada usia tuaku dan untuk menggandakan lagi usaha kami dalam khidmat keimanan, tugas yang di luar keupayaan kami telah dikurniakan di Madrasah Yusufiyyah ketiga ini.
684. Page
Ya, sebagai rahmat kepada ketuaanku, Inayah Ilahi telah menjadi tiga hikmah dalam pengubahan gua-guaku yang terkhusus untuk masa mudakau yang tidak mempunyai musuh yang kuat dan tersembunyi kepada kediaman-kediaman pengasingan perseorangan penjara dab menjadi tiga faedah yang penting kepada khidmat an-Nur.
Hikmah dan Faedah Pertama: Perhimpunan yang tiada kemudaratan pada zaman ini bagi murid-murid nur hanya berlaku di Madrasah Yusufiyyah. Sedangkan di luar, berjumpa satu sama lain dan berbual menjadi sangat mahal dan meragukan. Hatta untuk berjumpa denganku, sesetengah orang datang membelanjakan empat puluh ke lima puluh lira. Itu pun sama ada mereka dapat berjumpa selama dua puluh minit ataupun terus pulang tanpa sebarang pertemuan. Untuk melihat sesetengah saudaraku dari dekat, aku menerima kesulitan penjara secara sukarela. Ini bermakna, penjara ialah satu nikmat dan satu rahmat untuk kami.
Hikmah dan Faedah Kedua: Khidmat keimanan melalui risalah-risalah cahaya di zaman ini adalah melalui pengumuman di setiap penjuru dan dengan cara menarik pandangan perhatian mereka yang berhajat.
685. Page
Justeru, melalui pemenjaraan kami, pandangan perhatian ditarik kepada risalah-risalah cahaya dan ia menjadi sebagai sejenis pengumuman.orang yang paling keras kepala ataupun orang-orang yang berhajat dapat menemuinya. Dia emnyelamatkan keimanannya dan kedegilannya dipatahkan. Dia terselamat daripada bahaya dan rumah-rumah pengajian cahaya menjadi semakin luas.
Hikmah dan Faedah Ketiga: Di samping murid-murid nur yang masuk ke penjara mendapat pengajaran daripada keadaan dan budi pekerti satu sama lain dan daripada keikhlasan dan sifat sanggup berkormban mereka, mereka tidak pernah mencari manfaat-manfaat duniawi di dalam khidmat risalah-risalah cahaya. Ya, oleh sebab murid-murid nur telah melihat dengan mata kepala mereka akan faedah-faedah maddi dan maknawi, natijah natijah indahnya dan khidmat-khidmat iman yang luas dan ikhlas yang sepuluh kali bahkan seratus kali ganda lebih banyak daripada tiap tiap masalah dan kesulitan melelui banyak petunjuk di Madrasah Yusufiyyah, maka mereka mendapat keikhlasan yang sempurna lalu mereka tidak lagi akan merendahkan diri kepada manfaat-manfaat yang kecil dan khusus.
686. Page
Satu kelatifan rumah-rumah seksaan ini yang terkhusus kepadaku ini mempunyai satu keadaan yang bukan sahaja menyedihkan bahkan memberi kemanisan. Ia seperti berikut: Aku nampak satu keadaan yang sama seperti madrasah lama di negeri kami ketika usia mudaku di Madrasah Yusufiyyah ini. Ini kerana makanan bagi sebahagian murid-murid madrasah adat yang lama di negeri-negeri timur datang dari luar. Kadang-kadang dimasak di dalam madrasah. Ada tiga ke lima sudut lagi yang mempunyai persamaan dengan rumah-rumah seksaan ini. maka aku pun, di dalam kurungan yang lazat, apabila memandang ke sini, aku secara khayalan pergi ke zaman muda yang telah berlalu dan menawan itu lantas buat sementara waktu aku melupakan keadaan-keadaan usia tua.
Sekarang dua noktah telah diperingatkan:
Pertama: Walaupun aku menanggung kesulitanku sendiri yang sepuluh bahkan tiga puluh kali ganda lebih berat daripada tahanan-tahanan yang lain, aku turut menanggung kesakitan saudara-saudaraku yang menanggung kesulitan bersamaku, aku tidak mengeluh. Aku bersyukur di dalam kesabaran. Sudah tentu para tahanan yang berani dan teguh itu sepatutnya tidak kalah dengan orang yang tua dan daif sepertiku.
Noktah Kedua: Memandangkan sebahagian daripada saudar-saudara penjaraku tidak mengeluh walaupun dipenjarakan di sini selama lima atau sepuluh tahun kerana satu keseronokan yang selama satu jam, maka sudah tentu murid-murid nur juga sepatutnya lebih tidak mengeluh daripada kesulitan dipenjara selama satu atau dua bulan bahkan seratus bulan kerana khidmat keimanan demi memperoleh ratusan dan ribuan kelazatan dan kebahagiaan yang abadi dan berkekalan. Mereka sepatutnya tidak kalah dengan tahanan-tahanan yang merupakan saudara baharu mereka.
Said Nursî