Kilauan Kedua Puluh Tiga

461. Page

Kilauan Kedua Puluh Tiga

 

Sebenarnya Kilauan ini ialah Nota Keenam Belas dalam Kilauan Ketujuh Belas. Tetapi kerana kepentingannya, ia telah menjadi Kilauan Kedua Puluh Tiga. Ia membunuh fikiran kufur yang datang daripada falsafah alam semula jadi dalam bentuk tidak boleh dihidupkan lagi. Ia menghuru-harakan batu asas kekufuran.

 

Peringatan: Dalam nota ini, melalui sembilan kemustahilan yang mengandungi tidak kurang daripada sembilan puluh kemustahilan telah diterangkan bahawa wajah sebenar yang dilalui oleh bahagian para pendokong falsafah alam semula jadi yang mungkir adalah sangat jauh daripada akal, sangat jelik dan sangat mengarut. Oleh kerana kemustahilan itu telah diterangkan secara tidak lengkap dalam risalah-risalah lain, di sini dengan cara yang amat ringkas, sesetengah anak tangga telah dilangkaui. Kerana itu, tiba-tiba terlintas di kepala bagaimanakah para ahli falsafah yang bijak boleh menerima khurafat yang jelas dan terang sebegini dan pergi di jalan itu. Ya, mereka tidak nampak wajah sebenar jalan mereka. Oleh sebab itulah hakikat jalan mereka dan keperluan dan kehendaknya, maka ia telah ditulis.

 




462. Page

Saya bersedia untuk menjelaskan dan mengisbatkan secara terperinci kepada mereka yang ragu dengan dalil-dalil yang sangat jelas dan muktamad bahawa intisari mazhab mereka[1] yang jelik, jijik, tidak logik yang diterangkan di puncak setiap kemustahilan itu adalah keperluan dan kewajaran yang tidak dapat dielakkan bagi jalan mereka.

 

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم

قَالَتْ رُسُلُهُمْ اَفِى اللّٰهِ شَكٌ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ

 

Dengan menyatakan bahawa tidak boleh ada sebarang keraguan tentang Allah Subhanahu wa Taala dan sepatutnya tiada, melalui kaedah istifham inkari, ayat al-Quran di atas menunjukkan bahawa kewujudan dan keesaan Allah adalah di tahap yang sangat jelas. Sebelum menerangkan rahsia tersebut terdapat satu peringatan.

 

Peringatan: Pada tahun seribu tiga ratus tiga puluh lapan iaitu dua belas tahun sebelum ini, saya telah pergi ke Ankara.

 

Saya nampak bahawa satu pemikiran zindik yang sangat dahsyat telah berusaha dengan penuh muslihat untuk memasuki, merosakkan dan meracuni pemikiran ahli iman yang berseronok dengan kemenangan tentera Islam ke atas Yunani.

 

 

 


[1] Risalah ini ditulis adalah kerana al-Quran telah diserang dengan cara merendahkan hakikat-hakikat iman dalam bentuk yang sangat melampau dan jelik perkara yang tidak tercapai oleh akal yang rosak dikatakan sebagai khurafat dan keadaan tidak beragama dikaitkan dengan sifat semula jadi alam semula jadi. Serangan itu pula telah melahirkan pada hati satu kemarahan yang dahsyat sehingga ia menyebabkan mereka yang mulhid dan para penganut mazhab batil yang memalingkan wajah daripada kebenaran mendapat pukulan dan tamparan yang kuat dan keras itu walaupun sebenarnya cara Risalah an-Nur adalah penuh kemurnian, kesopanan dan kata-kata yang lembut.




463. Page

Saya berkata, Oh! Naga ini akan mengganggu rukun-rukun iman. Maka, pada waktu itu saya mendapatkan bantuan daripada ayat al-Quran di atas kerana ia memahamkan tentang kewujudan dan keesaan pada tahap yang sangat jelas lalu saya telah menulis satu dalil yang kuat yang diambil daripada al-Quranul Hakim yang boleh menceraikan kepala kezindikan dalam risalah saya yang berbahasa Arab. Saya telah mempercetakkannya di kilang percetakan Yeni Gun di Ankara. Tetapi sayangnya, disebabkan mereka yang tahu berbahasa Arab adalah sedikit dan mereka yang mempedulikannya juga hanyalah segelintir dan ditambah dengan keadaan risalah itu yang sangat ringkas dan pendek, dalil yang kukuh itu tidak dapat menunjukkan kesannya. Apa yang dikesalkan, di sudut yang lain, pemikiran tiada agama itu telah berkembang dan mendapat kekuatan. Maka, mahu tidak mahu saya perlu menerangkan dalil itu dalam bahasa Turki. Oleh kerana sesetengah cebisan dalil itu telah diterangkan dengan sempurna dalam sesetengah risalah, di sini ia akan ditulis secara ringkas. Banyak dalil yang telah dibahagikan dalam risalah-risalah lain bersatu dengan dalil-dalil ini secara tidak lengkap. Setiap satunya seperti sebahagian daripada risalah ini.

 

Mukadimah

 

Wahai insan! Ketahuilah dengan yakin bahawa terdapat ungkapan-ungkapan dahsyat yang keluar daripada mulut insan dan berbau ketidakberagamaan. Tanpa disedari ahli iman menggunakannya. Kami akan menerangkan tiga patah perkataan yang penting seperti berikut:

 

Pertama: “اَوْجَدَتْهُ الْاَسْبَابُ” iaitu sebab-sebablah yang mewujudkan benda ini.

Kedua: “تَشَكَّلَ بِنَفْسِهِ” iaitu ia terbentuk, terjadi dan muncul dengan sendiri.

Ketiga: “اِقْتَضَتْهُ الطَّبِيعَةُ” iaitu ia adalah semula jadi. Alam semula jadi memerlukan lalu mewujudkannya.


464. Page

Ya, memandangkan maujudat ada, ia tidak dapat diingkari. Malahan setiap maujud muncul dengan penuh kesenian dan hikmah. Memandangkan ia bukanlah qadim maka adalah baharu. Kemungkinannya wahai mulhid! Kamu akan berkata maujud ini contohnya haiwan ini sama ada sebab-sebab alam yang menjadikannya, yakni apabila sebab-sebab berhimpun maujud itu menemui kewujudan... ataupun ia terjadi secara sendiri... ataupun sebagai kehendak alam semula jadi, dengan kesan alam semula jadi datang ke wujud ataupun ia dijadikan dengan qudrat al-Qadir Zuljalal. Memandangkan secara akal tiada jalan selain empat jalan ini. Sekiranya tiga jalan yang pertama bahawa ia adalah mustahil, batil, jauh dari akal dan tidak dapat diterima dapat diisbatkan secara muktamad, secara terpaksa dan secara jelas bahawa jalan keesaan yang merupakan jalan keempat akan menjadi sabit tanpa syak dan keraguan.

 

Ungkapan Pertama: Pembentukan benda dan kewujudan makhluk melalui perhimpunan sebab-sebab alam. Daripada kemustahilannya yang banyak saya hanya akan menerangkan tiga sahaja.

 

Kemustahilan Pertama: Sebuah farmasi dalamnya dipenuhi dengan bahan-bahan yang sangat berlainan. Terdapat ratusan balang kaca. Daripada ubat-ubat itu, satu adunan yang hidup telah diminta dan dimestikan supaya penawar yang bernyawa dan hebat diperbuat daripada itu semua. 

465. Page

Kita sampai ke farmasi itu dan telah melihat banyak bekas adunan yang memiliki hidup dan penawar bernyawa itu. Kita telah meneliti tiap-tiap adunan tersebut. Kita nampak bahawa bahan-bahan telah diambil daripada setiap balang-balang kaca itu, satu dua gram daripada ini, tiga empat gram daripada yang satu lagi serta enam tujuh gram daripada yang lainnya dalam perkiraan yang berbeza dengan sukatan yang tertentu dan begitulah seterusnya.

 

Sekiranya daripada salah satunya telah diambil kurang atau lebih satu gram, adunan itu tidak akan hidup dan kehilangan khasiatnya sebagai penawar. Kita juga telah meneliti penawar yang bernyawa itu. Daripada setiap balang satu bahan dengan sukatan yang tertentu telah diambil sehingga sekiranya kadarnya kurang atau lebih sezarah ia akan kehilangan khasiatnya.

 

Seperti mana bahan-bahan telah diambil dengan sukatan yang tertentu daripada setiap satu balang - balang-balang itu lebih daripada lima puluh - ia juga telah diambil dalam kadar yang berbeza-beza.

 

Agaknya adakah sebarang kemungkinan dan kebarangkalian pada mana-mana sudut supaya kadar-kadar berlainan yang diambil daripada kaca-kaca itu, akibat balang-balang kaca itu bergolek kerana pertembungan yang pelik atau tiupan angin yang kuat, hanya kadar yang diambil daripada setiap satunya mengalir sebanyak kadar itu, pergi bersama-sama, berhimpun lalu membentuk adunan itu? 

466. Page

Agaknya adakah perkara yang lebih khurafat dan batil daripada ini? Sekiranya keldai bertambah berkali ganda kekeldaiaannya kemudian menjadi insan akan berkata aku tidak akan menerima pemikiran ini lalu akan melarikan diri.

 

Justeru, seperti contoh tadi, sudah tentu setiap yang bernyawa adalah adunan yang hidup dan setiap tumbuhan adalah seperti penawar yang bernyawa yang dijadikan daripada banyak bahan yang berbeza, daripada banyak bahan yang berlainan dan diambil daripada bahan-bahan dengan sukatan yang sangat teliti. Sekiranya ia disandarkan kepada sebab-sebab dan bahan-bahan dan jika dikatakan sebab yang telah menjadikan ia adalah seratus tahap jauh daripada akal, mustahil dan batil sama seperti kewujudan adunan di farmasi itu kerana tergoleknya balang-balang kaca.

 

Kesimpulan: Dalam farmasi besar alam ini, bahan-bahan hidup yang diambil dengan neraca qadha’ dan qadar hanya boleh wujud melalui hikmah yang tiada sempadan, ilmu yang tiada batasan dan iradah yang meliputi segalanya. Si malang yang mengatakan bahawa ia adalah kerja unsur-unsur, alam  dan sebab-sebab yang buta, bisu, tiada sempadan dan mengalir seperti banjir dan yang berkata bahawa penawar menakjubkan itu muncul terjadi secara sendiri kerana tergoleknya balang-balang kaca adalah tukang karut yang gila dan lebih bodoh daripada seorang bodoh yang mabuk. Ya, kekufuran adalah kemengarutan yang penuh kebodohan, penuh kemabukan dan gila.


467. Page

Kemustahilan Kedua: Sekiranya semua perkara tidak diserahklan kepada al-Qadir Zuljalal yang al-Wahidul Ahad bahkan jika disandarakan kepada sebab-sebab, maka sepatutnya akan terdapat campurtangan anasir dan sebab-sebab alam yang sangat banyak dalam kewujudan setiap benda hidup.

 

Walhal, perhimpunan sebab-sebab yang berlainan, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain dengan susunan yang sempurna, dengan sukatan yang sangat teliti dan dengan kesepakatan yang sempurna pada wujud makhluk yang kecil seperti lalat adalah kemustahilan yang sangat zahir sehingga apa saja yang ada akal sebesar sayap lalat akan berkata “ini adalah mustahil dan tidak boleh berlaku!”

 

Ya, tubuh lalat yang amat kecil mempunyai kaitan dengan kebanyakan unsur dan sebab alam semesta bahkan adalah intisarinya. Sekiranya ia tidak diberikan kepada qudrat azali, sebab-sebab maddi itu sendiri perlu berada di sisi wujudnya itu. Bahkan perlu memasuki tubuhnya yang sangat kecil itu. Bahkan unsur dan sebab itu harus masuk ke dalam sel pada mata lalat yang merupakan contoh kecil tubuhnya. Ini kerana, jika sebab adalah maddi, ia perlu berada di sisi dan di dalam musabbab.

468. Page

Dalam keadaan itu, maka perlu diterima bahawa rukun-rukun dan unsur-unsur alam berada secara maddi dan bekerja seperti tukang di dalam sel kecil yang tidak  termuat oleh dua jari lalat yang seperti hujung jarum itu. Justeru, golongan skeptis yang paling bodoh juga malu dengan jalan yang seperti ini.

 

Kemustahilan Ketiga: Melalui kaedah yang telah ditetapkan iaitu “اَلْوَاحِدُ لَايَصْدُرُ اِلاَّ عَنِِ الْوَاحِدِ”,   sekiranya ada kesatuan bagi satu maujud sudah tentu ia terhasil daripada yang satu dan tangan yang satu.

 

Terutamanya jika maujud itu memiliki penyusunan yang sangat sempurna, sukatan yang sangat teliti dan kehidupan yang syumul, walaupun secara jelas ia menunjukkan bahawa ia tidak muncul daripada tangan-tangan yang banyak yang menjadi punca perselisihan dan kecelaruan bahkan muncul daripada satu tangan yang sangat berkuasa dan berhikmah, menyandarkan maujud yang seimbang tersusun dan satu kepada mereka tangan-tangan serabut sebab-sebab alam semula jadi yang buta dan bisu dalam kejumudan, jahil, melampau, tiada akal dan dalam keserabutan yang tiada batasan walhal dengan perhimpunan dan percampuran pada jalan-jalan kemungkinan yang tidak terkira menambahkan kebutaan dan kebisuaan sebab-sebab itu adalah jauh daripada akal seperti menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. 


469. Page

Mari, dengan tidak memandang kepada kemustahilan ini, kesan-kesan sebab-sebab maddiyah tentunya berlaku melalui pergaulan dan sentuhan. Sedangkan sentuhan sebab-sebab alam semula jadi itu adalah melalui zahir maujudat yang bernyawa. Walhal kita melihat bahawa batin benda bernyawa itu yang tidak dapat dicapai dan disentuh oleh tangan sebab-sebab maddi adalah sepuluh kali ganda lebih tersusun, lebih halus dan lebih sempurna dari segi keseniannya berbanding zahirnya. Walaupun benda-benda bernyawa dan haiwan-haiwan amat kecil yang tidak dapat dimuati oleh tangan-tangan dan alat-alat sebab-sebab maddi dari mana-mana sudut bahkan tidak dapat disentuh zahirnya secara sempurna adalah lebih ajaib dari segi kesenian dan dalam bentuk yang unggul dari segi penciptaan berbanding makhluk-makhluk yang paling besar, menyandarkannya kepada sebab-sebab yang jumud, jahil, kasar, jauh, besar, berlawanan antara satu sama lain, bisu dan buta itu hanya boleh berlaku dengan menjadi seratus kali ganda buta dan seribu kali ganda bisu.

 

Ungkapan Kedua: Tasyakkala Binafsihi. Iaitu, maujudat menjadikan dirinya sendiri. Justeru, ayat ini juga mempunyai kemustahilan yang banyak. Ia adalah batil dan mustahil dari banyak sudut. Untuk contoh kami akan menerangkan tiga daripada kemustahilan-kemustahilannya.


470. Page

Kemustahilan Pertama: Wahai si ingkar yang keras kepala! Sifat keakuanmu telah sangat membodohkanmu sehingga kamu memutuskan untuk menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. Ini kerana kamu adalah maujud. Kamu juga bukanlah benda yang biasa, kaku dan tidak berubah. Bahkan kamu adalah seperti mesin yang sangat tersusun yang sentiasa diperbaharui dan seperti istana luar biasa yang sentiasa berubah. Zarah-zarah pada tubuhmu bekerja setiap waktu. Kewujudanmu adalah berhubung dengan alam semesta terutamanya dengan kaitan rezeki dan dari sudut kebaqaan jenis. Terdapat jual belinya. Zarah-zarah yang bekerja di tubuhmu berwaspada untuk tidak merosakkan kaitan dan tidak memutuskan hubungan itu. Maka mereka melangkah secara berhati-hati begitu. Seolah-olah mereka memandang seluruh alam semesta. Mereka melihat kaitanmu pada alam semesta lalu mereka bertindak berdasarkannya. Melalui deria zahir dan batinmu kamu boleh beristifadah berdasarkan keadaan luar biasa zarah-zarah itu. Sekiranya kamu tidak menerima bahawa zarah-zarah pada tubuhmu itu adalah para petugas kecil al-Qadirul Azali yang bergerak menurut kanun-Nya ataupun satu bala tentera-Nya, ataupun mata-mata pena taqdir-Nya, setiap zarah adalah mata pena, noktah-noktah pena qudrat dan setiap zarah adalah noktah, maka pada masa itu untuk setiap zarah yang bekerja di tubuhmu memerlukan sepasang mata yang dapat melihat setiap sudut tubuhmu hatta seluruh alam yang berkait denganmu dan perlu memberikan akal seratus bijak pandai yang akan mengetahui dan mengenali masa lalu dan masa depanmu, zuriat dan keturunanmu serta sumber-sumber anasirmu (unsur-unsur kejadianmu) serta punca-punca rezekimu. Memberikan ilmu dan kefahaman sebanyak seribu Plato kepada satu zarah bagi orang yang tiada akal walau sebesar zarah dalam masalah masalah sebegini seperti kamu adalah seribu tahap kemengarutan yang gila. 


471. Page

Kemustahilah Kedua: Tubuhmu menyerupai sebuah istana hebat yang memiliki seribu kubah yang batuan pada setiap kubahnya saling berganding bahu telah tergantung tanpa tiang. Bahkan tubuhmu adalah seribu kali lebih ajaib daripada istana sebegini. Ini kerana istana tubuh itu sentiasa diperbaharui dengan penuh tersusun. Tanpa melihat kepada roh, hati dan latifah-latifah maknawi yang sangat menakjubkan, hanya setiap anggota pada tubuhmu adalah ibarat satu tempat tinggal yang berkubah. Seperti batu-batu di kubah itu zarah-zarah berganding bahu dengan penuh keseimbangan dan tersusun lalu memperlihatkan binaan yang hebat, kesenian yang luar biasa dan satu persatu mukjizat qudrat yang menakjubkan seperti mata dan lidah. Sekiranya zarah-zarah ini tidak menjadi petugas yang patuh kepada arahan pakar yang mencipta alam ini, pada masa itu, setiap zarah di samping menjadi hakim mutlak kepada semua zarah pada tubuh itu, juga mahkumul mutlak kepada setiap satunya, serta umpama setiap satunya serta berlawanan pada noktah hakimiyyah, menjadi sumber dan punca bagi kebanyakan sifat yang hanya terkhusus kepada al-Wajibul Wujud dan dalam keadaan yang sangat muqayyad dan sangat mutlak, maka menyandarkan ciptaan yang berseni yang satu yang sangat tersusun yang boleh berlaku melalui kesan al-Wahidul Ahad dengan rahsia keesaan kepada zarah yang tidak terkira itu, sesiapa yang memiliki perasaan sebesar zarah akan menyedari bahawa ini adalah satu kemustahilan yang sangat zahir bahkan adalah seratus kemustahilan.

 


472. Page

Kemustahilah Ketiga: Sekiranya tubuhmu bukanlah apa yang ditulis dengan pena al-Qadirul Azali yang al-Wahidul Ahad dan benda yang dinisbahkan kepada alam semula jadi dan sebab-sebab serta benda yang dicetak olehnya, pada waktu itu bermula daripada sel-sel badan pada tubuh kamu, perlu terdapat acuan-acuan alam semula jadi sebanyak ribuan dakwat seperti bulatan di dalam satu sama lain. Ini kerana, sebagai contoh jika kitab di tangan kita ini adalah benda yang ditulis, sebatang pena boleh menulis semuanya setelah bersandar kepada ilmu penulisnya. Jika ia tidak ditulis dan tidak diserahkan kepada pena penulis itu dan dikatakan ia terjadi sendiri atau diserahkan kepada alam semula jadi, pada waktu itu seperti kitab yang dicetak maka untuk setiap hurufnya memerlukan sebatang pena besi supaya boleh dicetak. Sebagaimana terdapat huruf-huruf besi sebanyak bilangan huruf di kilang percetakan, kemudian huruf-huruf pada kitab itu muncul, pada waktu itu sebagai gantian kepada sebatang pena, perlu ada pena sebanyak bilangan huruf. Bahkan di dalam huruf-huruf itu sepertimana yang kadang-kadang berlaku, jika satu muka surat telah ditulis dengan khat yang halus dengan pena yang kecil di dalam satu huruf yang besar, ribuan pena diperlukan untuk satu huruf. Bahkan dengan memasuki ke dalam satu sama lain dengan keadaan yang tersusun, lalu jika mengambil bentuk seperti tubuh kamu, pada waktu itu untuk setiap ruangan dan setiap juzuk diperlukan acuan-acuan sebanyak dakwat. 

473. Page

Mari, sekiranya kamu menyatakan cara ini yang berada di dalam seratus kemustahilan adalah mungkin sekalipun untuk membuat huruf-huruf besi berseni yang tersusun, acuan-acuan yang sempurna dan pena-pena ini, jika tidak diberikan kepada sebatang pena juga, untuk pembuatan pena-pena, acuan-acuan dan huruf-huruf besi itu, tetap diperlukan pena, acuan dan huruf sebanyak bilangan itu semua. Ini kerana, itu semua juga telah dijadikan dan mempunyai kesenian yang tersusun dan begitulah ia akan pergi selagi berkesinambungan.

 

Justeru, kamu juga fahamilah! Ini adalah fikiran yang di dalamnya terdapat kemustahilan dan khurafat sebanyak bilangan zarahmu. Wahai si mengingkari Allah yang keras kepala! Malulah kamu juga dan bebaskanlah diri daripada kesesatan ini!

 

Ungkapan Ketiga: Iqtadhothu at-Tabi’ah yakni alam semula jadi yang mewajarkannya dan dia yang buat. Justeru perkara ini mempunyai kemustahilan yang banyak. Sebagi contoh, kami akan menyebut tiga daripadanya.

 

Kemustahilan Pertama: Sekiranya kesenian dan kewujudan yang dilakukan dengan melihat dan berhikmah yang kelihatan pada maujudat terutamanya pada benda yang bernyawa tidak diberikan kepada pena taqdir dan qudrat bagi Syamsul Azali (Mentari Azali yakni Allah), bahkan jika keduanya disandarkan kepada alam semula jadi dan kekuatan yang buta, bisu dan tiada fikiran maka sepatutnya alam semula jadi mengadakan mesin dan kilang-kilang percetakan maknawi yang tidak terkira pada semua benda untuk kewujudan. 

474. Page

Ataupun ia perlu menetapkan qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan menguruskan alam semesta dalam setiap benda. Ini kerana, sebagaimana tajalli matahari dan pantulannya kelihatan pada cebisan-cebisan kaca di muka bumi dan pada titisan-titisan air, jika matahari-matahari kecil yang misali dan memantul itu tidak disandarkan kepada satu-satunya matahari yang satu di langit, maka perlu menerima kewujudan luaran matahari yang alam semula jadi dan fitrah serta memiliki sifat-sifat matahari yang zahirnya kecil tetapi sangat dalam maknanya pada cebisan-cebisan kaca sebesar zarah yang tidak dapat dimasuki oleh kepala mancis, sebagaimana perlu menerima matahari-matahari alam semula jadi yang sebanyak zarah-zarah kaca.

 

Sama seperti perumpamaan ini, jika maujudat dan benda hidup seperti contoh ini tidak diberikan secara langsung kepada tajalli nama Syamsul Azali (Allah), perlu menerima kekuatan alam semula jadi yang membawa kuasa dan kehendak yang tidak terbatas dan ilmu dan kebijaksanaan yang tiada penghujung pada setiap maujud terutamanya pada benda hidup, seolah-olah satu tuhan ada di dalamnya.

 

Cara fikir sebegini pula, adalah fikiran yang paling batil dan paling mengarut bagi kemustahilan-kemustahilan di alam semesta. Insan yan memberikan kesenian al-Khaliqul Kainat -yang diberikan kepada lalat- kepada alam semula jadi yang tidak nyata, tidak penting dan tiada perasaan sudah tentu menunjukkan bahawa dia adalah seratus kali ganda lebih haiwan daripada haiwan dan lebih tidak berakal.


475. Page

Kemustahilah Kedua: Sekiranya maujudat yang sangat tersusun dan seimbang, berseni dan berhikmah tidak diberikan kepada zat yang sangat Qadir dan Hakim yang tiada batasan, bahkan jika disandarkan kepada alam semula jadi, adalah perlu bahawa alam semula jadi menyediakan mesin dan kilang percetakan sebanyak kilang percetakan dan kilang seluruh Eropah pada setiap cebisan tanah supaya cebisan tanah itu boleh menjadi penyebab kepada pertumbuhan dan pembentukan bunga dan buah yang tidak terkira yang tanah itu merupakan tempat tumbuh dan makmalnya.

 

Ini kerana keupayaan membina dan membentuk rupa dan bentuk semua bunga yang amat berbeza daripada satu sama lain yang benih-benihnya ditaburkan dengan giliran ke dalam sekepal tanah yang menjalankan tugas pasu untuk bunga-bungaan memang jelas kelihatan. Sekiranya ia tidak diberikan kepada al-Qadir Zuljalal, pada waktu itu, sekiranya tidak terdapat satu mesin maknawi, berbeza dan tabii untuk setiap bunga pada tanah dalam pasu itu, hal ini tidak akan wujud. Ini kerana bahan-bahan benih adalah sama seperti nutfah dan telur. Yakni, ia terdiri daripada campuran seperti adunan yang tidak tersusun dan tiada bentuk bagi hidrogen, oksigen, karbon dan nitrogen. 


476. Page

Di samping itu, oleh kerana udara, air, kepanasan dan cahaya juga yang setiap satunya biasa dan tiada perasaan dan boleh melalui semua benda seperti banjir, kemunculan pembentukan bunga yang tidak terkira daripada tanah itu dengan cara yang berbeza-beza, sangat tersusun dan berseni, secara jelas dan terpaksa mewajarkan bahawa pada tanah yang ada di dalam pasu itu terdapat kilang percetakan dan kilang maknawi dalam saiz kecil yang seluas Eropah. Supaya ia boleh menenun kain-kain bernyawa sebanyak ini dan ribuan tekstil yang berbeza coraknya.

 

Justeru, kiaskanlah betapa fikiran kufur para pendokong falsafah alam semula jadi telah keluar daripada lingkungan kewarasan. Lihatlah juga betapa orang-orang mabuk yang bodoh dalam bentuk manusia - yang mengatakan kami berilmu dan bijak - yang menyangka bahawa alam semula jadi menjadikan mereka terjerumus ke dalam perkara yang amat jauh dari akal dan sains dan lihatlah juga (betapa salahnya) khurafat yang tidak logik dan tidak mungkin dari mana-mana sudut yang mereka jadikan jalan kepada diri sendiri. Kemudian gelakkan dan ludahilah mereka!

 

Jika kamu berkata: jika maujudat disandarkan kepada alam semula jadi, kemustahilan yang ajaib ini berlaku dan menjadi susah setahap imtina’. Agaknya bila diberikan kepada Zat al-Ahadus Samad, bagaimanakah kepayahan itu hilang? Bagaimanakah imtina’ yang susah itu boleh bertukar kepada kewajipan yang senang?

 


477. Page

Jawapan: Sebagaimana walaupun benda-benda bermula daripada kaca sekecil zarah sehingga sebesar permukaan laut memperlihatkan tajalli pantulan matahari, limpahan dan kesannya dengan penuh kesenangan dan tanpa kesusahan melalui matahari-matahari kecil yang misali dalam kemustahilan pertama, namun jika kaitannya dengan matahari diputuskan, pada waktu itu kebolehjadian tubuh zahir matahari kecil yang tabii dan sebenar dengan kesusahan setahap imtina’perlu diterima pada setiap zarah kecil. Begitu juga, jika setiap maujud diberikan secara langsung kepada Zat al-Ahadus Samad, setiap sesuatu yang perlu kepada setiap maujud dapat disampaikan kepadanya melalui kemudahan, kesenangan, penisbahan dan tajalli pada tahap wajib.

 

Jika penisbahan itu diputuskan dan jika penugasan itu kembali kepada keadaan tanpa tujuan dan jika setiap maujud dibiarkan kepada dirinya sendiri dan alam semula jadi, waktu itu perlu mengandaikan dengan seribu kesusahan dan kepayahan setahap imtina’ bahawa alam semula jadi buta di dalamnya yang mewujudkan mesin kewujudan yang sangat hebat yang merupakan intisari kecil bagi makhluk bernyawa dan alam semesta seperti lalat itu adalah pemilik qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan mentadbir. Ini pula bukanlah satu kemustahilan bahkan ribuan kemustahilan.


478. Page

Hasilnya: Sebagaimana kewujudan sekutu dan bandingan Zat Wajibul Wujud adalah tidak logik dan mustahil, begitu jugalah campurtangan yang lain di dalam rububiyyah-Nya dan penciptaan benda juga adalah tidak logik dan mustahil seperti kemustahilan sekutu bagi zat-Nya.

 

Tetapi kesusahan pada kemustahilan kedua pula, sebagaiman telah diisbatkan dalam banyak risalah, sekiranya semua benda diberikan kepada al-Wahidul Ahad, semua benda adalah mudah dan senang seperti satu benda. Sekiranya diberikan kepada sebab-sebab dan alam semula jadi, maka satu benda menjadi susah seperti semua benda telah diisbatkan dengan dalil-dalil yang banyak dan muktamad.

 

Kesimpulan bagi salah satu dalil adalah seperti berikut: Sebagaimana jika seseorang bernaung kepada Sultan dari sudut ketenteraan atau tugasan, dengan kekuatan naungan itu, petugas dan askar tersebut dapat melakukan kerja-kerja yang seratus ribu kali lebih banyak daripada kekuatan dirinya. Atas nama Sultan kadang-kadang dia boleh menahan seorang raja. Ini kerana dia tidak membawa sendiri peralatan dan kekuatan kerja-kerja yang dia laksanakan dan kesan-kesan tindakannya dan dia tidak terpaksa untuk membawanya.

479. Page

Dengan kaitan naungan itu, perbendaharaan Sultan dan tentera di belakangnya yang menjadi noktah sandarannya membawa kekuatan dan kelengkapan itu. Maknanya, kerka-kerja yang dilakukannya boleh menjadi hebat seperti urusan seorang Sultan dan kesan-kesan yang diperlihatkannya menjadi luarbiasa seperti kesan pasukan tentera. Sebagaimana semut meruntuhkan istana firaun dengan tugasan itu. Lalat pula, dengan naungan itu dapat membunuh namrud. Dan dengan naungan itu, benih pohon Pain yang seperti butir gandum boleh menyediakan semua kelengkapan pohon Pain yang besar.[1] Sekiranya naungan itu terputus dan dia dilepaskan daripada tugas itu, dia terpaksa membawa kelengkapan dan kekuatan semua kerja yang akan dilakukannya di pinggang dan tangannya.


[1] Sekiranya ada naungan, benih itu akan mendapat perintah daripada taqdir Ilahi lalu boleh melakukan semua kerja itu. Sekiranya naungan itu terputus, ia mewajarkan lumrah benih itu dengan lebih banyak kelengkapan, keupayaan dan kesenian daripada lumrah pohon pain yang besar. Ini kerana semua anggota pohon pain besar yang merupakan kesan qudrat di gunung itu, perlu terdapat pada pohon maknawi yang merupakan kesan taqdir pada benih itu dengan kelengkapannya. Ini kerana kilang pohon yang besar itu ialah benih itu. Pohon taqdir di dalamnya dapat keluar/muncul dengan qudrat lalu menjadi pohon Pain secara fizikal.




480. Page

Pada waktu itu dia hanya dapat melakukan kerja yang hanya sebanyak kekuatan pada tangannya yang kecil itu dan sebanyak alat pertahanan (senjata, peluru dan bom) di pinggangnya. Sekiranya kerja-kerja yang dapat dilakukannya dengan amat mudah dalam keadaan sebelum ini diminta dalam keadaan ini, sudah tentu dia perlu memikul kekuatan satu bala tentera ke tangannya dan kilang kelengkapan peperangan seorang raja di pinggangnya. Para badut yang menceritakan cerita khurafat dan kisah-kisah dongeng dengan tujuan untuk mentertawakan orang lain juga merasa malu daripada khayalan ini.

 

Hasilnya: Dalam memberi setiap maujud kepada al-Wajibul Wujud terdapat kemudahan setahap wajib. Dalam memberi kepada alam semula jadi pada sudut menjadikan terdapat kesusahan setahap imtina’ dan adalah di luar lingkungan akal.

 

Kemustahilah Ketiga: Merupakan dua contoh yang diterangkan dalam sesetengah risalah yang akan menerangkan kemustahilan ini.

 

Contoh Pertama: Seseorang yang kolot telah memasuki sebuah istana yang telah disempurnakan dan dihiasi dengan unsur-unsur kemodenan dan dibina serta didirikan di sebuah padang pasir yang tandus. Orang itu telah memerhatikan dalamannya. Dia telah nampak ribuan barangan yang tersusun dan berseni. 


481. Page

Kerana kekolotan dan kebodohannya, tanpa melibatkan sesiapa dari luar, dia mula menyiasat dengan mengatakan bahawa salah satu daripada barang-barang di dalam istana itulah yang telah menjadikan istana tersebut berserta kelengkapannya.

 

Akalnya yang kolot itu juga tidak dapat menerima hakikat bahawa apa jua yang diperhatikannya itu dapat melakukan semua itu. Kemudian dia melihat sebuah buku catatan yang di dalamnya tertulis tentang pelan pembinaan, senarai barangan dan undang-undang pengurusannya. Secara zahirnya buku catatan yang tiada tangan, mata dan tukul itu juga, seperti benda-benda lain di dalamnya tidak memiliki sebarang kebolehan untuk membentuk dan menghias istana itu. Tetapi, kerana terpaksa, tidak dapat tidak, dari sudut ia adalah alamat undang-undang keilmuan, oleh kerana dia melihat buku itu ada kaitan dengan keseluruhan istana itu berbanding benda-benda lain, dengan berkata: “Nampaknya, buku catatan inilah yang membentuk, menyusun dan menghias istana ini dan telah membuat, memasang dan menempatkan barang-barang ini” maka dia telah mengubah kekolotannya kepada kemengarutan mereka yang bodoh dan mabuk.

 

Justeru sama seperti contoh ini, seorang manusia kolot yang membawa fahaman alam semula jadi yang pergi dengan pengingkaran uluhiyyah masuk ke istana alam ini yang tidak terkira lebih tersusun, lebih sempurna daripada istana dalam contoh yang disebut dan sekitarnya penuh dengan hikmah yang bermukjizat.

482. Page

Tanpa memikirkan bahawa istana alam ini adalah karya seni Zat Wajibul Wujud yang di luar daerah kemungkinan dan dengan memalingkan wajah daripada-Nya dia nampak satu himpunan undang-undang Ilahi dan sebuah senarai ciptaan berseni Rabbani yang ibarat papan coretan taqdir Ilahi dan boleh menjadi sebuah buku catatan yang mengganti dan mengubah dalam peraturan urusan qudrat Ilahi dan dinamakan dengan nama alam semula jadi yang sangat banyak kesalahan dan kesilapan di dalam daerah kemungkinan. Dia berkata: “Memandangkan benda ini memerlukan sebab dan tiada suatu benda pun yang kelihatan mempunyai kaitan seperti buku ini, -secara zahirnya, akal tidak boleh menerimanya dari mana-mana sudut bahawa buku yang tiada mata, tiada perasaan dan tiada kuasa ini tidak boleh mewujudkan yang merupakan kerja rububiyyah mutlak dan mewajarkan qudrat yang tiada batasan. Tetapi,- memandangkan saya tidak menerima as-Sani’ul Qadim, jika begitu yang paling sesuainya ialah saya mengatakan bahawa buku ini telah melakukannya dan boleh melakukannya.”

 

Kita juga boleh menjawab: “Wahai si bodoh mabuk yang telah bodoh lebih daripada orang yang paling bodoh di kalangan mereka yang bodoh! Keluarkanlah kepalamu daripada kubang alam semula jadi.

483. Page

Tolehlah ke belakangmu! Lihatlah as-Sani’ Zuljalal yang disaksikan oleh semua maujudat daripada zarah sehingga planet kepada kewujudan-Nya melalui lidah mereka dan diisyaratkan oleh jari mereka. Lihatlah tajalli an-Naqqashul Azali yang membuat istana itu dan menulis plan istana itu kepada buku itu. Perhatikanlah firman-Nya dan dengarlah al-Quran-Nya. Selamatkanlah diri daripada kekarutan itu.

 

Contoh Kedua: Seseorang yang sangat kolot memasuki suatu kawasan kem tentera yang besar. Dia melihat latihan umum dan bersama bagi satu bala tentera yang tersusun dan melihat pergerakan mereka yang tersusun. Dia menyaksikan satu batalion, satu rejimen dan satu divisyen berdiri, duduk, pergi dengan pergerakan seorang tentera dan menembak dengan arahan tembaknya. Oleh sebab akalnya yang cetek dan kolot tidak memahami dan mengingkari bahawa perintah seorang komander adalah berdasarkan peraturan negara dan undang-undang sultan, dia membayangkan bahawa askar-askar itu terikat dengan tali-tali antara satu sama lain. Dia memikirkan betapa hebatnya tali khayalan itu dan ketakjuban. Kemudian dia pergi. Pada hari Jumaat, dia masuk ke sebuah masjid yang besar seperti Aya Sofya. 

484. Page

Dia menyaksikan bahawa Jemaah Islam itu bangun, tunduk, sujud dan duduk dengan suara seseorang. Oleh kerana dia tidak memahami syariat yang merupakan himpunan undang-undang maknawi dan samawi serta dustur-dustur maknawi yang datang daripada perintah Empunya syariat, dengan membayangkan bahawa jamaah itu terikat dengan tali-tali maddi dan tali-tali ajaib itu mengikat dan menggerakkan mereka, dia keluar pergi dengan fikiran lucu yang boleh mentertawakan binatang-binatang liar yang berupa seperti manusia.

 

Justeru, sama seperti contoh ini, seorang pengingkar yang membawa fahaman alam semula jadi yang merupakan kekolotan itu sendiri memasuki alam ini yang merupakan sebuah kem yang hebat bagi tentera Sultan Azali dan Abadi yang tidak terkira banyaknya dan alam semesta ini yang merupakan sebuah masjid al-Ma’budul Azali yang tersusun.

 

 

Dia menggambarkan bahawa undang-undang maknawi bagi peraturan alam semesta yang datang daripada hikmah Sultan Azali itu masing-masing adalah unsur yang maddi. Dia juga mengkhayalkan bahawa hukum-hukum dan dustur-dustur syariat fitrah yang agung bagi al-Ma’budul Azali itu yang maknawi hanya mempunyai wujud ilmu itu masing-masing adalah maujud jasmani dan bahan yang maddi.

485. Page

Kemudian sebagai gantian kepada qudrat Ilahi, dia mendirikan undang-undang yang datang daripada ilmu dan kalam dan hanya mempunyai wujud ilmu itu dan menyerahkan urusan pewujudan kepada tangan undang-undang tersebut. Kemudian dia memakaikan nama alam semula jadi kepada undang-undang tersebut dan menerima kekuatan yang hanya merupakan tajalli qudrat Rabbani sebagai si berkuasa yang berkuasa dan bebas. Sesungguhnya setiap perbuatannya sebelum ini adalah kekolotan yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding kekolotan dalam contoh.

 

Hasilnya: Perkara tidak nyata dan tidak berasas yang dinamakan alam semula jadi oleh para pendokong falsafah itu, paling tidak dan sekiranya memiliki hakikat luaran hanya boleh menjadi satu ciptaan seni. Tidak boleh menjadi as-Sani’. Ia adalah ukiran, tidak boleh menjadi an-Naqqash (Pengukir). Ia adalah hukum-hukum. Tidak boleh menjadi al-Hakim (Penghukum). Ia adalah syariat yang fitrah. Tidak boleh menjadi asy-Syari’ (Pensyariat). Ia adalah tabir kemuliaan yang dicipta. Tidak boleh menjadi al-Khaliq (Pencipta). Ia adalah fitrah yang dibuat, tidak boleh menjadi pembuat yang al-Fatir. Ia adalah undang-undang, bukan kuasa. Maka ia tidak boleh menjadi al-Qadir. Ia adalah mistar (pembaris), tidak boleh menjadi masdar (sumber).


486. Page

Hasilnya: Memandangkan ada maujudat, memandangkan selain daripada empat jalan kewujudan maujud tidak boleh dikhayalkan melalui jalan pembahagian akal sepertimana disebutkan dalam permulaan Nota Keenam Belas, maka kebatilan tiga daripada empat sudut itu telah diisbatkan dengan muktamad melalui tiga kemustahilan bagi setiap satunya. Sudah tentu, tidak dapat tidak dan dengan jelas, jalan keesaan yang merupakan jalan keempat terbukti dalam bentuk yang muktamad. Jalan keempat itu pula, ayat “اَفِى اللّٰهِ شَكٌ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ” pada permulaan memperlihatkan uluhiyyah Zat al-Wajibul Wujud dan bahawa semua benda secara langsung keluar daripada tangan qudrat-Nya serta langit dan bumi berada dalam genggaman urusan-Nya tanpa syak dan keraguan di tahap yang jelas.       

 

Wahai manusia lemah yang memuja sebab dan terjerumus dalam fahaman falsafah alam semula jadi! Ciri semua benda adalah makhluk seperti semua benda kerana ia berseni dan baharu dijadikan. Malah, seperti setiap musabbab, sebab zahirnya juga adalah hasil seni. Kewujudan semua benda berhajat kepada kelengkapan dan alat yang banyak maka terdapat al-Qadirul Mutlaq yang menjadikan alam semula jadi dan mencipta sebab itu. 

487. Page

Maka, apakah keperluan al-Qadirul Mutlaq itu untuk Dia menyekutukan perantara-perantara yang lemah ke dalam rububiyyah dan urusan pewujudan-Nya. Hasya! Tidak sama sekali. Bahkan dengan mencipta musabbab dan sebab bersama secara langsung, untuk memperlihatkan tajalli nama dan hikmah-Nya, untuk menjadi tempat rujukan kepada kekurangan zahir pada benda-benda, kekejaman dan kecacatan mereka dengan memberikan penyebab dan perbandingan yang zahir melalui satu tertib dan penyusunan, Dia telah menjadikan alam semula jadi sebagai tabir kepada tangan qudrat-Nya dan Dia telah memelihara kemuliaan-Nya dengan cara itu.

 

Agaknya, adakah seorang tukang jam membuat roda-roda jam, kemudian menyusun jam itu dengan reroda dan mengaturnya adalah lebih senang atau adakah membuat satu mesin yang hebat di dalam reroda itu, kemudian memberikan pembuatan jam itu kepada tangan-tangan kaku mesin itu supaya mereka membuat jam itu adalah lebih senang? Bukankah hal ini di luar kemungkinan? Ayuh, katakanlah dan jadilah hakim dengan akalmu yang tidak betul itu!


488. Page

Ataupun seorang penulis telah membawa pena, kertas dan dakwat. Adakah menulis sendiri kitab itu dengan apa yang telah dibawanya adalah lebih mudah? Ataupun dia perlu mencipta mesin tulis yang lebih seni dan lebih sulit berbanding dengan kitab tersebut di dalam kertas, dakwat dan pena yang hanya terkhusus untuk kitab itu. Seterusnya dia berkata: “ayuh tulis!” kepada mesin itu namun tidak boleh masuk campur dalam urusannya. Adakah ini lebih mudah? Bukankah ia seratus kali ganda lebih susah daripada menulis?

 

Jika kamu berkata: Ya, menjadikan mesin yang menulis sebuah buku adalah seratus kali lebih susah daripada buku itu. Tetapi, dari sudut mesin itu menjadi perantaraan untuk menulis banyak naskhah bagi kitab yang sama juga terdapat suatu kemudahan.

 

Jawapan: Dengan setiap masa memperbaharui tajalli nama-nama-Nya yang tidak terhitung untuk memperlihatkan dengan cara yang berbeza-beza, melalui qudrat-Nya yang tidak terkira. An-Naqqashul Azali telah mencipta identiti-identiti dan rupa-rupa yang khusus pada benda-benda dengan cara yang tiada satu pun tulisan Samadani dan tiada satu pun kitab Rabbani dapat menyamai secara sempurna dengan satu sama lain. Walaubagaimanapun, untuk mengifadahkan makna yang berbeza-beza, akan terdapat rupanya yang lain.

489. Page

Jika kamu ada mata, perhatikan dan lihatlah wajah manusia kerana dari zaman Nabi Adam sampai sekarang bahkan selama-lamanya, adalah sabit secara muktamad bahawa pada wajah yang kecil ini, berserta dengan kesepakatan anggota-anggota asas, setiap wajah, dengan dinisbahkan kepada wajah-wajah lain, kepada setiap satunya terdapat satu tanda pembeza terhadap setiap satunya. Kerana ini setiap satu wajah adalah kitab yang berlainan. Cuma, untuk peyusunan seni ia memerlukan set tulisan yang berbeza dan aturan serta tulisan yang berlainan. Untuk membawa dan menempatkan bahan-bahannya serta untuk meletakkan semua benda yang diperlukan untuk tubuh, kesemuanya memerlukan makmal yang berasingan. Mari, sebagai andaian kemustahilan kita menganggap alam semula jadi seperti kilang percetakan. Tetapi aturan dan proses percetakan yang merupakan milik kilang percetakan, yakni selain daripada memasukkan penyusunan yang khusus ke dalam acuan, dalam mewujudkan penyusunan itu, untuk menjadikan dan mendatangkan bahan-bahan dalam tubuh benda hidup daripada seluruh alam melalui neraca yang tertentu dan penyusunan yang khusus dan memberikannya ke tangan kilang percetakan yang seratus kali ganda lebih susah menjadikannya, ia tetap berhajat kepada qudrat dan iradat (kehendak) al-Qadirul Mutlak yang menjadikan kilang percetakan itu. Maknanya kemungkinan dan andaian kewujudan kilang percetakan ini adalah kekarutan yang tiada makna sama sekali.


490. Page

Justeru, seperti contoh jam dan buku tadi; as-Sani’ Zuljalal dan al-Qadiru kulli syai’ telah mencipta sebab-sebab dan turut menjadikan musabbab juga. Dengan hikmah-Nya Dia mengaitkan musabbab kepada sebab-sebab. Dengan iradah-Nya Dia telah menentukan satu tajalli syariat fitrah agung Ilahi yang terdiri daripada undang-undang adatullah yang berkenaan penyusunan pergerakan alam semesta dan telah menentukan sifat benda-benda yang hanya menjadi cerminan dan pantulan kepada tajalli pada benda-benda itu. Dengan qudrat-Nya, Dia telah menjadikan wajah sifat yang menzahirkan wujud jasmaninya. Dia telah menciptakan benda-benda itu di atas watak itu dan telah mengadun satu sama lain. Agaknya, adakah menerima hakikat-hakikat ini yang sangat maakul dan merupakan natijah dalil-dalil yang tidak terkira adalah lebih mudah dan bukankah perlu di tahap wajib ataupun memberikan kelengkapan dan alat-alat tidak terkira yang diperlukan untuk kewujudan setiap benda kepada bahan-bahan yang kalian katakan sebagai sebab dan alam semula jadi yang kaku, tiada akal, diciptakan, dijadikan dengan seni dan ringkas lalu menyuruhnya melakukan sendiri kerja-kerja itu yang penuh dengan hikmah dan ketelitian itukah yang lebih mudah? Bukankah ia di luar kemungkinan yang setahap tidak logik? Maka saya mengubah akalmu yang tidak insaf itu kepada keinsafannya.


491. Page

Mereka yang ingkar dan memuja alam semula jadi berkata: Memandangkan kamu menyeru aku kepada keinsafan, maka aku juga berkata dan mengakui bahawa jalan salah yang kami lalui sampai sekarang ini adalah jalan yang mustahil seratus tahap, amat memudaratkan serta terlalu hodoh. Sesiapa ada akal sebesar zarah daripada pembuktian kamu yang lalu akan memahami bahawa menyerahkan pewujudan kepada sebab-sebab dan alam semula jadi adalah tidak logik dan mustahil. Menyerahkan segala-galanya kepada Zat al-Wajibul Wujud secara langsung adalah wajib dan tidak dapat dielak. Maka, aku beriman dengan berkata اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى الْاِيمَانِ

 

Cuma ada satu keraguanku, aku menerima bahawa Allah adalah al-Khaliq. Tetapi apakah kemudaratan yang boleh diberikan oleh campur-tangan bagi sesetengah sebab-sebab yang juzi kepada benda-benda yang tidak penting dan kepada pewujudan serta pemerolehan secebis puja dan puji oleh sebab-sebab itu kepada kesultanan Rububiyyah-Nya? Adakah ia mengurangkan kesultanan-Nya?

 


492. Page

Jawapan: Sebagaimana kami telah mengisbatkan dengan muktamad dalam sesetengah risalah, ciri-ciri kekuasaan ialah menolak campur tangan. Hatta seorang penguasa dan petugas yang paling rendah juga tidak menerima campur tangan puteranya dalam daerah penguasaannya. Hatta dengan tanggapan campur tangan terhadap penguasaannya, hukuman bunuh ke atas anak mereka sendiri yang tidak berdosa oleh sesetengah raja yang bertaqwa walaupun mereka adalah khalifah, menunjukkan bahawa undang-undang menolak campur tangan ini adalah sangat tegas dilaksanakan dalam pemerintahan. Bermula daripada dua ketua dalam satu kawasan sehingga dua raja dalam sebuah negara, undang-undang menegah campur tangan yang diwajarkan oleh kebebasan dalam pemerintahan telah menunjukkan kekuatannya dengan kehuru-haraan yang dahsyat dalam sejarah manusia.

 

Perhatikan dan lihatlah bagaimana satu bayangan bagi pengetuaan dan pemerintahan pada insan-insan yang lemah dan berhajat kepada bantuan menolak campur tangan dan menghalang campur-tangan yang lain serta tidak menerima sekutu dalam pemerintahannya dan berusaha memelihara kebebasannya pada jawatannya dengan ketaksuban yang tiada batasan setahap ini, kemudian sekiranya kamu boleh mengkiaskan, kiaskanlah betapa penolakan campur tangan, halangan penyekutuan dan penjauhan sekutu adalah keperluan yang daruri dan kewajaran yang wajib bagi penguasaan itu pada Zat Zuljalal yang berada pengetuaan mutlak di tahap rububiyyah, pemerintahan mutlak di tahap uluhiyyah, kebebasan mutlak pada tahap keesaan dan kekayaan mutlak pada tahap keupayaan mutlak.


493. Page

Keraguanmu yang kedua: Sesetengah sebab, sekiranya ia menjadi rujukan untuk ubudiyah sesetengah perkara juz’i, apakah kekurangan yang datang kepada ubudiyyah makhluk daripada zarah kepada planet yang menghadap kepada Zat Wajibul Wujud yang al-Ma’budul Mutlak itu?

 

Jawapan: Al-Khaliqul Hakim alam semesta ini telah mencipta alam semesta seperti sebatang pohon, buahnya yang paling sempurna ialah makhluk yang mempunyai akal. Di kalangan yang memiliki akal, Dia telah menjadikan insan sebagai buahnya yang paling lengkap dan telah menjadikan syukur dan ibadat yang merupakan natijah penciptaan, tujuan fitrah dan buah kehidupan insan yang paling penting. Maka adakah al-Hakimul Mutlak, al-Amirul Mustaqil dan al-Wahidul Ahad yang mencipta alam semesta itu untuk mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya menyerahkan insan yang merupakan buah seluruh alam semesta dan menyerahkan syukur dan ibadat yang merupakan buah insan yang paling tinggi kepada tangan-tangan lain?

 

Adakah Dia akan mensia-siakan natijah penciptaan dan buah alam semesta dengan cara yang berlawanan dengan hikmah-Nya secara keseluruhan? Hasya! Tidak sama sekali! Adakah Dia akan meredhai pemberian ibadat makhluk kepada tangan-tangan lain dengan cara yang boleh menyebabkan pengingkaran kepada hikmah dan rububiyah-Nya dan adakah Dia akan izinkan sama sekali? 

494. Page

Malah walaupun Dia memperlihatkan usaha mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya dalam tahap yang tidak terkira dengan perbuatan-Nya, adakah Dia juga akan menyebabkan zat-Nya dilupai dengan menyerahkan kesyukuran dan rasa terhutang budi makhluk-makhluk-Nya yang paling sempurna, kecintaan dan ubudiyyah mereka kepada sebab-sebab yang lain lalu maksud-maksud tinggi-Nya di alam semesta diingkari?

 

Wahai teman yang telah meninggalkan pemujaan alam semula jadi! Ayuh, katakan olehmu!

Dia berkata: اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ bersama dengan terlerainya dua keraguanku ini, kamu telah memperlihatkan dua dalil yang sangat kukuh dan terang tentang keesaan Ilahi dan bahawa Dia adalah al-Ma’bud Bilhaq dan ibadah kepada selain-Nya adalah tidak layak sehingga mengingkari itu semua adalah satu kesombongan seperti mengingkari matahari dan waktu siang.

 

Said Nursi


495. Page


 

 

يَا نُورُ يَا نُورَالنُّورِ يَا مُنَوِّرَالنُّورِ يَا مُصَوِّرَالنُّورِ يَا مُقَدِّرَالنُّورِ يَا مُدَبِّرَالنُّورِ يَا خَالِقَ النُّورِ


Berilah kejayaan yang berterusan kepada hamba-Mu yang menulis himpunan ini dalam khidmat keimanan dan al-Quran. Serta kurniakanlah ribuan pahala Akhirat dan buahan syurga sebagai balasan kepada setiap huruf al-Quran yang telah ditulisnya dalam himpunan ini kepada amal kebajikannya. Selamatkanlah dirinya  dan teman-teman Nurnya daripada kejahatan insan dan jin. Kurniakanlah mereka semua keikhlasan yang sempurna. Ampunkanlah segala kesalahan dan dosa mereka semua. Anugerahkanlah mereka semua kesudahan yang baik (husnul khatimah) di dalam amal-amal kebajikan di dunia. Bahagiakanlah mereka dengan menempatkan mereka di Jannatul Firdaus di Akhirat. Amin. Amin. Amin.


بِحَقِّ وَبِحُرْمَةِ وَسِيْلَةِ خِلْقَتِ عَالَمٍ عَلَيْهِ الصَّلاَةِ وَالسَّلاَمِ وَ بِحَقِّ وَبِحُرْمَةِ اسْمِكَ الْأَعْظَمِ وَفُرْقَانِكَ الأَحْكَمِ