Kilauan Keempat

33. Page

Kilauan Keempat

Manhaj as-Sunnah

Kilauan ini dilihat sesuai untuk (dinamakan) sebagai “Manhaj as-Sunnah”.

Walaupun masalah berkenaan dengan “Imamah” merupakan masalah furu' (cabang), namun oleh sebab ia diberikan perhatian yang berlebihan, maka ia dikira sebagai sebahagian daripada masalah-masalah keimanan. Lalu dari sudut ia menjadi masalah yang diberi tumpuan dalam ilmu kalam dan usuluddin, maka  oleh sebab ia turut berkaitan dengan khidmat asasi kami iaitu berkhidmat kepada al-Quran dan keimanan maka ia turut dibahaskan secara ringkas.

 

         بسم الله الرحمن الرحيم

( لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ الله لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ)

 

(قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى)

          

         Kami akan mengisyaratkan kepada satu atau dua hakikat daripada hakikat-hakikat yang agung bagi ayat yang agung ini menerusi dua maqam.



34. Page

Maqam Pertama terdiri daripada empat nuktah:

        

Nuktah Pertama: Nuktah ini mengungkapkan tentang kesempurnaan belas dan rahmat Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada umatnya.

Ya, terdapat dalam riwayat-riwayat yang sahih bahawa sebagaimana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam akan menzahirkan rasa kasih dan belas baginda terhadap umatnya dengan berkata, “ummati, ummati” (umatku, umatku) ketika setiap orang hatta para nabi ‘Alaihimus Salam berkata, “nafsi, nafsi” (diriku, diriku) kerana kedahsyatan Padang Mahsyar, demikianlah juga, melalui pengakuan ahli kasyaf, ketika baginda dilahirkan, ibunda Nabi mendengar baginda menyebut "ummati, ummati" di dalam bisikannya.

Malah sebagaimana semua sirah kehidupan dan akhlak mulia yang baginda sebarkan menzahirkan kesempurnaan belas dan kasihannya. Kerana syafaqahnya yang sempurna, baginda menzahirkan sifat syafaqahnya yang tiada batasan dengan menunjukkan betapa baginda mengambil berat dengan semua kebahagiaan umatnya. Oleh itu, baginda meminta selawat yang tidak terbatas dari ummatnya. 

Justeru kiaskanlah betapa perbuatan tidak memelihara sunnah mulia sang pedoman yang pengasih dan penyayang setahap ini merupakan sikap tidak mengenang budi dan tidak berhati perut.



35. Page

Nuktah Kedua: Di dalam tugas kenabian yang menyeluruh dan  umum, Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam menzahirkan syafaqah yang agung terhadap sebahagian individu yang khusus dan  tertentu. Walaupun pemberian syafaqah yang agung kepada individu-individu khusus yang tertentu itu secara zahirnya tidak sesuai dengan kepentingan luar biasa bagi tugas kenabian, namun oleh sebab individu-individu itu pada hakikatnya merupakan pangkal dan wakil bagi satu rantaian yang mampu menjadi paksi tugas kenabian yang umum, maka baginda memberi perhatian yang luar biasa kepada wakil-wakil mereka atas nama rantaian agung itu.

         Sebagai contoh, apa yang Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam zahirkan berupa syafaqah dan perhatian yang besar terhadap Sayyidina Hasan dan Husain semasa kecil bukanlah lahir daripada  syafaqah semula jadi dan rasa kekerabatan semata-mata, bahkan dari sudut bahawa setiap seorang daripada kedua-duanya merupakan pangkal benang nurani bagi tugas kenabian dan sumber, wakil dan faharasat bagi warisan kenabian dan jemaah yang amat penting.



36. Page

Ya, menerusi kucupan Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Sayyidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu setelah mendakapnya kerana rasa kasih yang sempurna, (memberi makna bahawa) baginda mengucup kepala Sayyidina Hasan bagi pihak ramai individu seperti Sayyidina Imam Mahdi yang merupakan pewaris kenabian dan pembawa syariat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam seperti al-Ghaus al-A'zam Syeikh al-Jailani yang datang daripada keturunan diberkati lagiyang nurani ,yang berkesinambungan daripada Sayyidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu. (Kucupan itu juga menandakan bahawa) baginda nampak melalui pandangan kenabian akan khidmat suci yang akan dilaksanakan oleh mereka pada masa hadapan, maka baginda memuji dan menghargainya. Justeru,Maka sebagai satu galakan, baginda mengucup kepala Sayyidina Hasan.

Malah (sebagai bukti), baginda memberi perhatian dan rasa kasih yang luar biasa terhadap Sayyidina Husain ialah baginda mengucup leher Sayyidina Husain atas nama agama Islam dan tugas kerasulan serta dan menunjukkan rasa kasih dan perhatian yang sempurna padanya atas nama individu-individu nurani yang menyerupai Sayyidina Imam Mahdi yang sangat ramai seperti para Imam yang mulia dan para pewaris Nabi yang hakiki seperti Imam Zainal Abidin Radhiyallahu ‘Anhu  dan Imam Jaafar as-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu yang datang daripada rantaian nurani Sayyidina Husain Radhiyallahu ‘Anhu.



37. Page

Ya, melalui hati Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang dapat melihat perkara ghaib, pandangan nuraninya yang dapat menatap Padang Mahsyar yang berada di sebelah keabadian di dunia lagi sejak Asr as-Saadah, dan dapat melihat syurga daripada bumi, melihat para malaikat di langit dari bumi, nampak peristiwa-peristiwa sejak daripada zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam yang terselindung di dalam kegelapan-kegelapan masa lalu, hatta dikurniakan dapat menatap ZDzat Dzul Jalal, serta hatinya yang melihat masa depan, itu tentunya telah nampak para Aqtab (wali yang besar), para Imam, para pewaris dan para Mahdi yang berkesinambungan di belakang Sayyidina Hasan dan Husain Radhiyallahu ‘Anhuma lalu mengucup kepala mereka berdua.

         Ya, sesungguhnya pada kucupan Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas kepala Sayyidiana Hasan Radhiyallahu ‘Anhu terdapat bahagian yang agung bagi Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Rahimahullah.



38. Page

Nuktah Ketiga: Makna ayat Al-Quran  (إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى)  menurut satu pendapat: Sesungguhnya Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak pernah meminta upah sebagai bayaran pelaksanaan tugas kerasulan baginda. Baginda hanya mahukan mawaddah (kasih mesra) yakni mahabbah (rasa cinta) terhadap Ahlul Bait baginda.

         Jika dikatakan: kelihatannya diraikan manfaat yang timbul daripada kerabat keturunan sesuai dengan makna ini, sedangkan tugas kerasulan berdiri di atas dekatnya hamba kepada Allah dan bukan di atasnya dekatnya kerabat keturunan yang berlandaskanberdiri di atas rahsia ayat berikut: (إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ الله أَتْقَاكُمْ).

          Jawapan: Sesungguhnya menerusi pandangannya yang dapat melihat alam ghaib, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam nampak bahawa keluarganya akan menjadi ibarat sebatang pohon nurani dalam dunia Islam. Malah insan-insan mulia yang akan menjalankan tugas pedoman dan bimbingan dalam pengajaran kesempurnaan kemanusiaan pada setiap lapisan dunia Islam secara majoritinya akan lahir daripada Ahlul Bait.



39. Page

Doa oleh umat Islam untuk keluarga Nabi dalam tasyahud adalah seperti berikut:

اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ...إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Baginda tahu bahawa doa itu akan makbul. Yakni, sebagaimana para mursyid nurani dalam uUmat Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam majoritinya adalah para nabi dari kalangan ahli keluarga Nabi Ibrahim ’Alaihis Salam dan keturunannya, demikianlah juga Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam melihat bahawa dalam uUmat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, mursyid nurani di dalam tugas-tugas agama Islam yang agung dan dalam sebahagian besar tarekiqat dan suluk-suluknya ialah para wali qutub dari kalangan ahli keluarga baginda yang bagaikan para nabi bagi Bani Israel. Kerana itulah, Rasululah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam diperintahkan untuk berkata: (قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى), lalu meminta umatnya agar mencintai ahli keluarganya.

Dalam banyak riwayat (hadith) yang berulang-ulang yang mengukuhkan hakikat ini, baginda bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا: كِتَابَ الله وَعِتْرَتِي أَهْلَ بَيْتِي

Wahai manusia sesungguhnya aku meninggalkan di antara kalian selagimana jika kalian mengambil dengannya maka kalian tidak akan sesat buat selamanya iaitu kitab Allah dan ahli keluargaku.



40. Page

Hal ini demikian kerana, pihak yang menjadi sumber dan pemelihara sunnah yang luhur serta dipertanggungjawabkan untuk beriltizam dengannya dari setiap sudut ialah ahli keluarga baginda. Justeru, berdasarkan rahsia ini, maka kewajipan mengikut aAl-Quran dan as-Sunnah diberitahu menerusi hakikat hadisth ini.

Ini bermakna, makna yang dikehendaki daripada Ahlul Bait dari sudut tugas menyampaikan risalah ialah sSunnah yang luhur. Maka, sebagaimana sesiapa yang tidak menuruti sunnah yang luhur bukanlah daripada keturunan baginda, dia juga tidak boleh menjadi  pencinta yang hakiki kepada Ahlul Bait.

         Malah rahsia keinginan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengumpulkan umatnya di sekitar ahli keluarga baginda ialah sesungguhnya baginda mengetahui dengan izin Iilahi bahawa dengan peredaran zaman, keturunan baginda akan bertambah banyak dan baginda juga mengetahui bahawa kaum muslimin akan  terjerumus dalam kelemahan. Justeru dalam keadaan itu diperlukan satu jemaah yang sangat kuat dan ramai  yang saling berganding bahu supaya ia menjadi paksi dan pusat peningkatan maknawi dunia Islam. Demikianlah yang difikirkan baginda dengan izin Ilahi maka menghendaki supaya umat baginda berkumpul di sekitar Ahlul Bait baginda.



41. Page

Ya, walaupun individu-individu Ahlul Bait, tidak lebih maju berbanding dengan yang lain dalam perkara yang berkaitan dengan i'tiqad dan keimanan, namun pada sudut penyerahan, iltizam dan kesetiaan, mereka amat terkehadapan.

Ini kerana mereka setia kepada Islam secara fitrah, keturunan dan tabii. Walaupun kesetiaan secara tabii itu lemah, atau tidak beruntung atau batil sekalipun, ia tetap tidak akan ditinggalkan.

Maka, apatah lagi kepada seseorang yang merasai betapa berasas dan fitrinya satu kesetiaan kepada satu hakikat yang sangat kuat, sangat benar, sangat mulia dianuti oleh semua moyangnya dan mereka mendapat  kemuliaan dengannya malah mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka, adakah dia akan meninggalkan kesetiaannya? Oleh itu, dari sudut iltizam yang utuh dan keislaman yang fitri inilah Ahlul Bait menganggap satu petanda paling kecil yang menguntungkan agama Islam sebagai satu bukti yang amat kukuh. Kerana ia merupakan kesetiaan yang berbentuk fitrah. Manakala (kesetiaan) yang selainnya akan beriltizam setelah memiliki satu bukti yang kukuh.



42. Page

Nuktah Keempat: Kerana bersesuaian dengan Nuktah Ketiga, kami memberi isyarat secara ringkas kepada satu permasalahan yang menjadi punca pertikaian di antara Syiah dan Ahli Sunah wal Jamaah, hatta diperbesarkan pada di tahap ia memasuki kitab-kitab aqidah dan asas-asas keimanan mereka.

Permasalahan  itu ialah, Ahli Sunnah wal Jamaah berkata, "Sesungguhnya Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu adalah khalifah keempat daripada khulafa’ arl-rasyidin yang empat. Oleh sebab Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu merupakan orang yang paling afdal dan paling berhak dengan khilafah di antara mereka maka beliau menjadi khalifah yang pertama".

Manakala Syiah pula berkata, "Sesungguhnya (khilafah) adalah hak Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Beliau telah dizalimi. Beliau ialah orang yang paling afdal di antara mereka semua".

Ringkasan bagi dalil-dalil dakwaan yang mereka datangkan: "Sesungguhnya hadiths-hadiths nabawi yang diriwayatkan tentang Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan keadaannya menjadi rujukan bagi kebanyakan para wali dan tarekat dengan gelarannya sebagai sultan para wali. Begitu juga sifat-sifatnya yang luar biasa dalam bidang ilmu, keberanian dan ibadah, serta hubungan yang kuat antara Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengannya dan keturunan Ahlul Bait yang berketurunan daripadanya menunjukkan bahawa beliau adalah orang yang paling afdal dan khilafah adalah sentiasa haknya, tetapi dirampas daripadanya".



43. Page

Jawapan: Sesungguhnya perakuan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu sendiri secara berulangkali dan  jawatannya sebagai Syeikhul Islam (ketua mufti) selama lebih dua puluh tahun dengan menuruti ketiga-tiga khulafa’ ar-rasyidin sebelumnya, mencacatkan dakwaan-dakwaan syiah.

Malah, siri-siri penaklukan oleh Islam dan peristiwa memerangi musuh pada zaman tiga khulafa’ ar-rasyidin serta kejadian-kejadian yang berlaku pada zaman Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu sekali lagi mencacatkan dakwaan syiah dari sudut khilafah Islamiyyah. Ini bermakna, dakwaan Ahlus sunnah wal jamaah adalah benar.      

Jika dikatakan bahawa syiah terbahagi kepada dua bahagian. Salah satunya adalah Syiah Wilayah dan yang satu lagi adalah Syiah Khilafah. Maka katakanlah bahagian kedua yang bercampur dengan niat yang tidak baik dan politik ini adalah batil, namun pada bahagian yang pertama tiada sebarang niat jahat dan politik. Sedangkan Syiah Wilayah telah menyertai Syiah Khilafah. Yakni sebahagian para wali di dalam tarekat-tarekat sufi berpendapat bahawa Sayidina Ali adalah afdal. Mereka membenarkan dakwaan-dakwaan oleh Syiah Khilafah dari segi politik.



44. Page

Jawapannya: Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu perlu dipandang dari dua sudut. Sudut pertamanya adalah daripada noktah kesempurnaan peribadi dan martabatnya. Sudut keduanya pula adalah daripada noktah keperibadian maknawi Ahlul Bait yang diwakilinya. Keperibadian maknawi Ahlul Bait pula menzahirkan sedikit sebanyak perihal Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

Justeru, menurut noktah pertama, semua ahli hakikat yang diketuai Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu mendahulukan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar Radhiyallahu ‘Anhuma. Mereka melihat bahawa kedudukan mereka berdua adalah lebih tinggi dari segi khidmat Islam dan kedekatan diri kepada Ilahi.

Menurut noktah kedua, iaitu dari sudut Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu merupakan wakil bagi keperibadian maknawi Ahlul Bait, dan dari sudut keperibadian maknawi Ahlul Bait mewakili satu hakikat  (kenabian) Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, maka (Sayidina Ali) adalah tiada bandingan. Justeru,  hadiths-hadiths Nabi yang mengandungi pujian yang luar biasa terhadap Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu merujuk kepada noktah kedua ini. 

Terdapat satu riwayat sahih yang mengukuhkan hakikat ini, di mana Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya keturunan setiap nabi adalah daripadanya dan keturunanku adalah daripada Ali.

         Malah rahsia (mengapa) tersebarnya banyak hadis yang mengandungi pujian ke atas Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu melebihi khalifah-khalifah yang lain adalah seperti berikut:



45. Page

Golongan benar iaitu ahli Sunnah dan Jemaah menyebarkan banyak riwayat tentangnya adalah sebagai balasan kepada serangan dan cercaan yang batil oleh Bani Umayyah dan Khawarij kepadanya.

Manakala oleh sebab khulafa’ ar-rasyidin yang lain tidak banyak terdedah kepada kritikan dan cercaan seperti itu, maka tidak dilihat keperluan untuk menyebarkan hadis tentang mereka.

         Malah oleh sebab Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga melihat dengan penglihatan kenabian bahawa pada masa hadapan, Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu akan ditimpa dengan peristiwa-peristiwa yang menyakitkan dan fitnah-fitnah dalaman lalu untuk menyelamatkan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu daripada sifat putus asa dan umatnya daripada bersangka buruk kepada Sayyidina Ali, maka baginda menghiburkan Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan membimbing umatnya menerusi hadis-hadis yang penting seperti: مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِي مَوْلاَه.

Kecintaan Syiah wilayah yang berlebih-lebihan terhadap Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu, dan pengutamaan Sayyidina Ali oleh mereka dari sudut tarekat tidak menjadikan mereka bersalah pada tahap Syiah Khilafah. Kerana dari sudut tarekat, ahli wilayah memandang para mursyid mereka dengan rasa cinta semata-mata. Memang sifat kecintaan adalah berlebih-lebihan. Ia ingin melihat orang yang dicintainya di kedudukan yang lebih dari kedudukannya. Begitulah ia melihat. 



46. Page

Mereka yang berlebih-lebihan dan keterlaluan dalam kecintaan boleh dimaafkan. Tetapi dengan syarat, pengutamaan yang bertitik tolak daripada kecintaan mereka itu tidak mendorong kepada perbuatan mencela dan memusuhi para khulafa’ ar-rasyidin serta tidak keluar daripada asas-asas Islam.   

Adapun Syiah Khilafah, oleh sebab tujuan-tujuan politik masuk ke dalamnya, maka mereka tidak menyelamatkan diri daripada niat buruk dan perbuatan melampaui batas lalu mereka kehilangan hak untuk dimaafkan.

Sebagai pembenaran kepada ungkapan: لاَ لِحُبِّ عَلِيّ بَلْ لِبُغْضِ عُمَرَ oleh sebab bangsa Iran pernah mendapat luka di tangan Sayyidina Umar Radhiyallahu ‘Anhu, maka sebagaimana mereka memperlihatkan dendam mereka dalam bentuk [حبّ علي] mencintai Ali,  penentangan Amr Ibnu al-As terhadap Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan serangan kejam Umar ibnu Saad terhadap Sayidina Husin Radhiyallahu ‘Anhu, memberikan suatu kebencian dan permusuhan yang keras terhadap nama Umar kepada golongan Syiah. 



47. Page

Syiah Wilayah tidak berhak untuk mengkritik ahli sunnah wal jamaah. Kerana sebagaimana ahli sunnah wal jamaah tidak merendahkan kedudukan Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu, bahkan mereka mencintainya dengan kecintaan yang benar. Tetapi mereka menjauhkan diri daripada kecintaan yang berlebih-lebihan yang menurut hadis ia merupakan suatu yang berbahaya.

Sesungguhnya pujian nabawi menurut hadis-hadis berkenaan kelompok Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu adalah merujuk kepada ahli sunnah. Kerana golongan yang mencintai Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu  dengan kecintaan yang lurus dan benar ialah Ahli Sunnah wal Jamaah yang merupakan golongan yang benar.

Sebagaimana kecintaan yang melampau penganut Nasrani terhadap Nabi Isa ‘Alaihissalam adalah berbahaya, di dalam Hadis yang sahih dijelaskan bahawa kecintaan yang melampau jenis itu terhadap Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu juga adalah berbahaya.

Jika Syiah Wilayah berkata, "Setelah kesempurnaan-kesempurnaan luar biasa bagi Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu diterima, maka mengutamakan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu ke atas Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu adalah tidak dapat diterima."



48. Page

Jawapannya: Ahli Sunnah melihat bahawa, sekiranya kesempurnaan-kesempurnaan peribadi Sayyidina as-Siddiq al-Akbar dan Sayyidina al-Faruq al-A’zam Radhiyallahu ‘Anhuma dengan tugas sebagai pewaris kenabian dan kesempurnaan mereka di zaman khilafah diletakkan bersama-sama dalam satu piring neraca manakala kesempurnaan luar biasa peribadi Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dengan mujahadah khilafahnya yang berpunca daripada kejadian-kejadian dalaman memilukan yang terpaksa ditempuhinya  dan ditimpa sangka buruk di zaman khilafahnya diletakkan bersama-sama di piring lain neraca tersebut, maka sudah tentu piring neraca Sayyidina as-Siddiq ataupun al-Faruq ataupun Dzu an-Nurain Radhiyallahu ‘Anhum adalah lebih berat. Maka Ahli Sunnah mengutamakan mereka.

Malah, sebagaimana dibuktikan dalam Kalimah Kedua Belas dan Kalimah Kedua Puluh Empat: Sesungguhnya darjat kenabian adalah jauh lebih tinggi daripada darjah kewalian. Maka satu jelmaan sebesar satu dirham daripada kenabian adalah lebih utama daripada jelmaan dengan kadar satu pikul daripada kewalian.

 



49. Page

Dari sudut pandang ini, kejayaan Sayyidina as-Siddiq al-Akbar dan Sayyidina al-Faruq al-A’zam Radhiyallahu ‘Anhuma di zaman kekhalifahan mereka menjadi dalil kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa bahagian pada noktah pewarisan kenabian dan penetapan hukum hakam risalah dianugerahkan dengan banyak oleh Allah swt.

Oleh sebab kesempurnaan peribadi Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu tidak dapat merendahkan bahagian yang tinggi yang datang daripada  pewarisan kenabian itu daripada hukum, maka beliau menjadi Syeikhul Islam kepada kekhalifahan dua syeikh yang amat dimuliakan ini dan beliau menghormati mereka.

Agaknya bolehkah Ahli haq dan ahli sunnah wal jamaah yang mencintai dan menghormati Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu tidak mencintai dan menghormati Syeikhan yang dicintai dan benar-benar dihormati oleh Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu?

Mari kita jelaskan hakikat ini dengan satu contoh:

Sebagai contoh: Sekiranya diberikan daripada harta warisan milik seorang lelaki yang kaya kepada salah seorang anaknya sebanyak dua puluh kati perak dan empat kati emas. Kepada anaknya yang kedua diberikan sebanyak lima kati perak dan lima kati emas, dan yang ketiga pula diberi tiga kati perak dan lima kati emas. Maka sudah tentu walaupun dua yang terakhir secara zahirnya mendapat lebih sedikit dari segi kuantiti, tetapi mereka mendapat lebih dari segi kualiti. 



50. Page

Justeru,  seperti tamsilan ini sesungguhnya kelebihan yang  sedikit daripada bahagian bagi Syeikhan daripada emas hakikat Aqrabiyah Ilahi (Kehampiran tuhan kepada manusia) yang bertajalli pada pewarisan kenabian dan penetapan hukum-hakam Risalah kenabian, mengalahkan tambahan yang sedikit daripada Qurbiyah Ilahi (Kehampiran manusia kepada tuhan) yang lahir daripada kesempurnaan peribadi dan jauhar kewalian, dan (juga mengalahkan) sebahagian besar kesempurnaan dan kewalian serta qurbiyah.

Maka sepatutnya dalam perbandingan dan perimbangan sudut-sudut ini perlu diambil kira. Jika tidak, sekiranya sudut keberanian, keilmuan dan kewalian individu dibandingkan dengan satu sama lain, maka rupa hakikat akan berubah.

Malah, adalah tidak mungkin untuk membuat perbandingan dari sudut peribadi maknawi bagi Ahlul Bait yang menjelma dalam diri Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan pada noktah hakikat Muhammadiyyah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam  yang dilihat dari sudut pewarisan yang mutlak di dalam peribadi maknawi itu. Kerana di dalam peribadi maknawi itu terdapat rahsia yang agung bagi Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.  

51. Page

Adapun Syiah Khilafah tidak mempunyai apa jua hak terhadap ahli sunnah wal jamaah  kecuali rasa malu. Kerana walaupun mereka mendakwa kecintaan yang luar biasa kepada Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu, namun mereka mengurangkan kedudukannya, malah mazhab mereka mewajarkan bahawa Sayyidina Ali berakhlak dengan akhlak yang keji.

Kerana mereka mengatakan bahawa Sayyidina Ali selalu bersama dengan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Radhiyallahu ‘Anhuma sedangkan kedua-dua khalifah ini tidak berada di pihak yang benar. Beliau melakukan taqiyyah menurut istilah Syiah, yakni beliau takut lalu berpura-pura dengan mereka.

Alangkah peliknya! Sesungguhnya melihat seorang individu yang merupakan pahlawan Islam, mendapat gelaran Asadullah (singa Allah), merupakan panglima dan penunjuk jalan mereka yang benar bersifat dengan sifat bacul, memperlihatkan kecintaan penuh kepuraan terhadap individu-individu yang tidak dicintainya, bergaul di bawah perasaan takut selama lebih dua puluh tahun dan sanggup mengikuti mereka yang batil itu bukanlah kecintaan kepada beliau. Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu pastinya berlepas diri daripada kecintaan yang seperti itu. 



52. Page

Justeru, mazhab ahli Haq tidak pernah meremehkan Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu daripada mana-mana sudut dan tidak akan pernah menuduh beliau berakhlak dengan akhlak yang keji. Dan tidak akan pernah menyandarkan kebaculan kepada keberanian yang seperti itu dan mereka berkata: Sekiranya Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu  menganggap bahawa Khulafa’ ar-Rasyidin adalah tidak benar, nescaya beliau tidak akan taat walaupun seminit. Ini bermakna, oleh sebab beliau mendapati mereka adalah benar dan diutamakan maka beliau menyerahkan semangat dan keberaniannya ke jalan kebenaran.

Kesimpulan:

Sesungguhnya sikap berlebih-lebihan dan melampau dalam setiap perkara adalah tidak baik. Manakala istiqamah ialah had pertengahan, maka, ahli sunnah wal jamaah memilihnya. Tetapi malang sekali, sebagaimana sebahagian pemikiran Wahabi dan Khawarij masuk ke bawah tirai Ahli Sunah wal Jaemaah, para pencandu politik dan sebahagian mulhid mengkritik Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu.

53. Page

Mereka berkata: Oleh sebab beliau tidak memahami politik (hasya!), maka beliau tidak dapat memperlihatkan kelayakan untuk menjadi khalifah dan tidak mampu mentadbir. Justeru kerana tuduhan batil mereka ini maka golongan Alawi membenci Ahli Sunnah. Sedangkan, dustur-dustur dan asas-asas mazhab ahli sunnah tidak mewajarkan pemikiran sebegini bahkan mengisbatkan yang sebaliknya.

Ahli Sunnah tidak boleh dihukum akibat pemikiran-pemikiran sebegini yang muncul daripada golongan Khawarij dan mulhid. Bahkan Ahli Sunnah adalah lebih menyokong Sayyidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu  berbanding dengan golongan Alawi. Ahli Sunnah menyatakan kelayakan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu  melalui pujian dalam semua khutbah dan doa mereka.

Terutamanya majoriti para waliyullah dan asfiya (golongan ahli tahkik)  dalam mazhab ahli sunnah wal jemaah menganggap beliau sebagai mursyid dan sultan bagi para wali.

Sepatutnya golongan Syiah meninggalkan golongan Khawarij dan mulhid yang layak mendapat permusuhan bukan sahaja Syiah malah juga ahli Sunnah, lalu tidak mengambil kedudukan yang menentang ahli haq (golongan yang benar). Hatta sebahagian Syiah meninggalkan sunnah kerana benci kepada Ahli Sunnah.

Walau apapun, kami telah menceritakan banyak perkara dalam permasalahan ini. Kerana ia menjadi paksi perbahasan yang banyak di kalangan para ulama.



54. Page

Wahai ahli sunnah wal Jamaah yang merupakan pihak yang benar dan wahai Syiah yang menjadikan  kecintaan kepada Ahlul Bait sebagai jalan! Hentikanlah perbalahan tidak bermakna, tidak berasas, batil dan bermudarat ini dengan segera!

Jika tidak, arus kezindikan masa kini yang menguasai dengan kuat, akan mempergunakan salah seorang daripada kalian ke atas saudara kalian yang lain dan menggunakannya untuk memijaknya. Setelah ia mengalahkan salah seorang daripada kalian, maka arus ini akan turut menghancurkan kalian yang pernah menjadi alat baginya.

Oleh sebab kalian ialah ahli Tauhid, maka ketika terdapat ratusan ikatan suci di antara kalian yang menyuruh kepada ukhuwah dan penyatuan, kalian sepatutnya meninggalkan masalah-masalah kecil yang membawa kepada perpecahan.

Maqam Kedua: Akan berkisar tentang hakikat kedua  bagi ayat:

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: Cukuplah bagiku Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (at-Taubah:129)