NAVIGATION
230. Page
Kilauan Keempat Belas
بِاسْمِه۪ سُبْحَانَهُ
(Kilauan ini terdiri daripada dua maqam.)
Maqam Pertamanya ialah jawapan bagi dua soalan.
Saudaraku yang mulia dan setia Refet Bey!
Jawapan bagi soalan tuan yang berkaitan dengan Tsaur wal Hut ada dalam beberapa risalah. Jawapan menurut soalan-soalan jenis itu telah diterangkan menerusi Dua belas kaedah penting dalam Dahan Ketiga Kalimah Kedua puluh empat yang dikenali dengan nama Dua belas usul.
Kaedah-kaedah itu merupakan serba satu kayu ukur bagi takwilan-takwilan berlainan yang berkaitan dengan hadis-hadis Nabi dan merupakan asas-asas penting untuk menolak waham-waham yang menyerang hadis-hadis itu.
231. Page
Namun sayang sekali, buat masa ini terdapat beberapa keadaan yang menghalang kesibukanku dengan masalah-masalah ilmiyyah selain daripada lintasan-lintasan fikiran. Kerana itu, aku tidak dapat memberikan jawapan menurut soalan kalian. Sekiranya ada lintasan hati, maka tidak dapat tidak, aku menjadi sibuk. Sebahagian soalan, oleh sebab ia bertawafuq dengan lintasan hati, maka jawapan dapat diberikan dan kalian janganlah berkecil hati. Kerana itu, aku tidak dapat memberikan jawapan yang benar-benar setimpal untuk tiap-tiap soalan kalian.
Mari, aku berikan satu jawapan yang pendek untuk soalan kalian yang kali ini. Dalam soalan kalian yang kali ini, kalian katakan bahawa para ustaz mengatakan bahawa Bumi ini berdiri di atas lembu jantan dan ikan. Sedangkan bumi ini, ilmu geografi melihatnya tergantung berlegar seperti bintang. Mana ada lembu jantan ataupun ikan?
Jawapan: Terdapat satu riwayat sahih yang disandarkan kepada Sayidina Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhu bahawa para sahabat telah bertanya kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Dunia di atas apa?” Baginda menjawab: [عَلَى الثَّوْرِ وَالْحُوتِ]
232. Page
Dalam satu riwayat, baginda telah bersabda: [عَلَى الثَّوْرِ] dan dalam satu riwayat lain baginda telah bersabda: [عَلَى الْحُوتِ]. Sebahagian Ahli Hadis telah mengklasifikasikan Hadis ini sebagai saduran daripada Israiliyyat dan kisah-kisah berunsur khurafat yang diperturunkan sejak sekian lama. Lebih-lebih lagi sebahagian ilmuwan bani Israil yang telah masuk Islam, mereka telah menyelitkan kisah-kisah tentang Tsaur dan Hut yang mereka temui di dalam kitab-kitab terdahulu ke dalam hadis lalu mereka telah mengubah makna hadis ke dalam satu bentuk yang sangat pelik. Buat masa ini, akan diterangkan tiga asas dan tiga wajah secara sangat mujmal berkenaan dengan soalan kalian ini.
Asas Pertama: Setelah sebahagian Ulama Bani Israil memeluk Islam, maka maklumat-maklumat lama pada mereka juga telah menjadi Islam bersama-sama mereka. Dan maklumat-maklumat itu telah menjadi harta milik Islam. Sedangkan pada maklumat-maklumat lama mereka itu terdapat kesalahan. Kesalahan-kesalahan itu tentunya milik mereka, bukannnya milik Islam.
Asas Kedua: Apabila Tasybih dan Tamsil berpindah daripada golongan khawas kepada golongan awam, yakni apabila ia jatuh daripada tangan ilmu ke tangan kejahilan, maka seiring peredaran zaman, ia diterima sebagai hakikat.
233. Page
Sebagai contoh: Semasa aku kecil, telah berlaku gerhana Bulan.
Lalu akau bertanya kepada ibuku: Mengapakah terjadi begitu?
Ibuku menjawab: Ular telah menelannya.
Aku berkata: Tetapi ia masih kelihatan.
Ibuku menjawab: Ular-ular di angkasa seperti kaca, ia lutsinar dan memperlihatkan apa yang di dalamnya.
Aku selalu teringatkan kenangan waktu kecil ini. Aku selalu berkata: Bagaimanakah Khurafat yang tidak berasas seperti ini boleh berlegar-legar di lidah insan-insan mulia seperti ibuku? Demikianlah yang aku selalu fikirkan.
Sehinggalah ketika di mana aku mengkaji ilmu Falak. Aku dapati bahawa mereka yang berkata sebegitu seperti ibuku telah menerima satu tasybih sebagai hakikat. Ini kerana lingkungan gergasi yang dinamakan mintakul buruj (gugusan bintang)/ orbit yang merupakan paksi jajaran matahari, apabila orbit bulan yang mengandungi manazil qamariyyah melintasi di atas satu sama lain, dua lingkungan itu, setiap satunya memberi bentuk dua busur panah. Maka dengan satu tasybih yang halus, ilmuwan ilmu falak menamakan dua busur panah itu tinninain yang membawa maksud dua ekor ular gergasi.
234. Page
Justeru, pada titik-titik terputus dua lingkungan itu, mereka menamakan ra’s atau kepala kepada satu hujungnya dan zanab atau ekor kepada hujung yang satu lagi. Lalu apabila bulan sampai kepada Ra’s dan Matahari sampai kepada zanab, maka menurut Istilah ilmuawan falak, berlakulah haylulah al-ardh (terlindungnya bumi). Yakni, bebola bumi berada di tengah-tengah di antara keduanya, maka waktu itu bulan akan gerhana. Melalui tamsilan yang terdahulu, keadaan ini dinamakan bulan telah masuk ke dalam mulut dua ekor ular besar.
Justeru, apabila tasybih yang tinggi dan ilmiah ini masuk ke dalam lidah masyarakat awam, maka melalui peredaran zaman ia telah difahami sebagai seekor ular gergasi yang akan menelan bulan.
Justeru, dua malaikat besar yang bernama Tsaur dan Hut (ikan) melalui satu tasybih yang suci dan satu tanda yang penuh bermakna dinamakan dengan Tsaur(lembu jantan) dan Hut. Apabila (hakikat ini) berpindah daripada lidah Nubuwwah yang suci dan tinggi ke lidah masyarakat awam, maka tasybih itu telah berubah menjadi hakikat. Seolah-olah dua malaikat itu telah berupa seekor lembu jantan dan dan seekor ikan yang besar.
235. Page
Asas Ketiga: Sebagaimana Al-Quran mempunyai ayat-ayat Mutasyabihatnya dan mengajarkan masalah-masalah yang sangat mendalam kepada masyarakat awam menerusi tamsilan-tamsilan dan tasybih-tasybih, demikianlah Hadis juga mempunyai hadis-hadis mustasyabihatnya dan menerangkan hakikat-hakikatnya yang sangat mendalam menerusi tasybih-tasybih yang mesra.
Sebagai contoh: sebagaimana yang kami telah terangkan dalam satu atau dua risalah, suatu masa, ketika para sahabat sedang berada di sisi Nabi Muhammad, telah didengari satu bunyi bising yang sangat berdentum. Lalu baginda telah bersabda: “Bunyi bising ini ialah bunyi dentuman seketul batu yang telah bergolek selama tujuh puluh tahun lalu pada detik ini ia baru jatuh terhempas ke dasar neraka Jahannam.” Beberapa minit selepas seseorang telah datang. Dia berkata: “Seorang munafik yang berusia tujuh puluh tahun telah mati!” Dia telah mengumumkan hakikat tamsilan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu dengan sangat mendalam. Buat masa ini, sebagai jawapan kepada soalanmu, akan diterangkan tiga wajah.
Wajah Pertama: Sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala telah menetapkan empat malaikat yang nama salah satunya malaikat yang dinamakan Hamalah al-Arsy wa as-Samawat ialah Nasir dan nama yang satu lagi ialah Tsaur untuk menjaga bumi dan langit kesultanan Rububiyyah-Nya, Dia juga telah menugaskan dua malaikat kepada Bebola Bumi yang merupakan saudara kecil bagi langit dan sahabat bagi planet-planet lain sebagai penyelia dan pembawanya.
236. Page
Nama salah seorang malaikat itu ialah Tsaur dan yang satu lagi ialah Hut. Dan rahsia Allah Taala memberikan dua nama itu adalah seperti berikut: Bumi ini terbahagi kepada dua bahagian. Satunya ialah air dan satu lagi ialah tanah. Yang memeriahkan bahagian air ialah ikan. Pertanian yang Yang memeriahkan bahagian tanah dan merupakan paksi kehidupan ialah melalui lembu jantan dan di atas bahu lembu jantan.
Oleh sebab dua malaikat yang diwakilkan kepada bebola bumi merupakan pengawal dan penyelia maka sudah tentu perlu mempunyai sudut-sudut yang bersesuaian dengan kelompok ikan dan kelompok lembu jantan. Bahkan وَالْعِلْمُ عِنْدَ اللّٰهِ terdapat tamsilan rupa dua malaikat itu di alam malakut dan alam missal dalam bentuk lembu jantan dan ikan. Justeru sebagai isyarat kepada munasabah ini dan penyeliaan itu, dan sebagai petunjuk kepada dua jenis makhluk penting bebola bumi itu, maka lidah al-Mu’jiz al-bayan Sang Nabi telah menyebut [اَلْاَرْضُ عَلَى الثَّوْرِ وَالْحُوتِ], sesungguhnya baginda telah mengifadahkan satu hakikat yang mengandungi masalah-masalah yang sangat mendalam dan meluas seluas satu lembaran melalui satu ayat yang sangat indah dan ringkas.
237. Page
Wajah Kedua: Contohnya, bila ditanya: Negara dan kesultanan ini berdiri di atas perkara apa? Pada jawapannya dikatakan: (عَلَي السَّيْفِ وَالْقَلَمِ) . Yakni ia bersandar pada keberanian dan kekuatan pedang para tentera dan keberkesanan dan keadilan pena para petugasnya.
Demikianlah juga, memandangkan bebola bumi ialah tempat tinggal bagi makhluk hidup dan pengawal makhluk hidup juga ialah manusia dan memandangkan paksi sara hidup bagi bahagian besar bahagian penetap di tepi pantai ialah ikan dan paksi sara hidup bahagian yang buakan penduduk pantai adalah melalui pertanian yang berada di bahu lembu jantan dan paksi perniagaannya yang penting juga ialah ikan, maka sudah tentu sebagaimana Negara berdiri di atas pedang dan pena, bebola bumi juga boleh dikatakan berdiri di atas lembu jantan dan ikan. Ini kerana apabila lembu jantan tidak bekerja dan jika ikan tiba-tiba tidak melahirkan jutaan telur, maka waktu itu manusia tidak akan dapat hidup. Kehidupan akan merosot. Malah al-Khaliq al-Hakim juga akan memusnahkan bumi.
Justeru, melalui jawapan Rasul Termulia Soollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang sangat bermukjizat dan sangat tinggi dan sangat berhikmah, baginda menyebut: اَلْاَرْضُ عَلَى الثَّوْرِ وَالْحُوتِ. Malah baginda telah mengajarkan tentang satu hakikat luas yang menyatakan betapa kehidupan bangsa manusia adalah sangat berkait dengan kehidupan jenis haiwan melalui dua perkataan.
238. Page
Wajah Ketiga: Menurut pandangan ilmu astronomi yang lama, matahari itu bergerak. Setiap tiga puluh darjah matahari dinamakan satu buruj. Sekiranya dilakarkan di antara bintang-bintang di buruj-buruj itu garisan-garisan andaian yang akan mengikat satu sama lain, lalu ketika terhasil satu keadaan, maka sebahagiannya memperlihatkan rupa Leo yakni singa, ada yang berupa Libra yakni neraca, ada yang berupa Taurus yakni lembu jantan, ada yang berupa Pises yakni ikan. Berdasarkan kesesuaian itu, maka nama-nama itu telah diberikan kepada buruj-buruj itu.
Pada pandangan astronomi zaman ini pula, matahari tidak bergerak. Maka buruj-buruj itu telah menjadi kosong, tidak berfungsi dan tiada kerja. Sebagai ganti matahari, bumi yang berlegar. Oleh itu buruj-buruj yang kosong dan tiada kerja itu dan sebagai ganti kepada bulatan-bulatan yang tidak berfungsi di atas, ia perlu membentuk bulatan-bulatan itu dalam ukuran kecil pada putaran tahunan bebola bumi. Buruj-buruj langit yang di dalam keadaan itu akan muncul di putaran tahunan bumi.
Dalam keadaan itu pada setiap bulan, bebola bumi berada di bawah bayang-bayang dan tamsilan salah satu buruj langit. Seolah-olah putaran tahunan bumi menjadi satu cermin yang buruj-buruj langit menjelma padanya.
239. Page
Justeru, menurut wajah ini, Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, sebagaimana yang kami telah sebutkan sebelum ini telah sekali bersabda [عَلَى الثَّوْرِ] dan pada kali yang lain [عَلَى الْحُوتِ]. Ya, dalam bentuk yang cocok dengan lidah kenabian yang merupakan al-Mu’jiz al-Bayan, baginda satu kali menyatakan [عَلَى الثَّوْرِ] sebagai isyarat kepada satu hakikat yang sangat mendalam dan hanya akan difahami setelah beberapa kurun. Ini kerana, bebola bumi pada waktu soalan itu ditanya berada dalam tamsilan Buruj Tsaur. Sebulan selepas itu, apabila baginda ditanya lagi maka baginda menyebut [عَلَى الْحُوتِ]. Ini kerana bebola bumi waktu itu berada pada bayang-bayang Buruj Hut.
Justeru sebagai isyarat kepada satu hakikat tinggi yang hanya akan difahami pada masa hadapan dan sebagai petunjuk kepada pergerakan dan perjalanan bebola bumi dalam tugasnya dan sebagai petanda kepada hakikat bahawa buruj-buruj langit adalah tidak berfungsi dan tidak berjalan menurut sudut matahari dan buruj-buruj yang benar-benar berfungsi adalah pada putaran tahunan bebola bumi dan yang menlaksanakn tugas serta beredar pada buruj-buruj itu ialah Bumi, maka baginda telah menyebutkan [عَلَى الثَّوْرِ وَالْحُوتِ].
240. Page
[وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِالصَّوَابِ] Dalam sesetengah kitab-kitab rujukan Islam, cerita-cerita yang ajaib dan di luar kemampuan akal tentang Tsaur dan Hut telah dianggap sebagai sama ada Israiliyyat ataupun kisah tamsilan ataupun takwilan sebahagian ahli Hadis dan dianggap sebagai Hadis oleh sesetengah pihak yang tidak cermat lalu disandarkan kepada Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
رَبَّنَا لَاتُؤَاخِذْنَا اِنْ نَسِينَا اَوْ اَخْطَاْنَا * سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Soalan Kedua: Tentang perkataan Aali Aabaa’.
Saudaraku, di sini akan diceritakan hanya satu hikmah daripada banyak hikmah bagi soalan kalian berkenaan Aali dan Aabaa’ yang dibiarkan tanpa jawapan. Ia seperti berikut: Terdapat rahsia dan hikmah yang banyak bagi perbuatan Rasulullah menyelimutkan selendang mulia yang dipakai Baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke atas Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Sayidatina Fatimah Radhiyallahu ‘Anha, Sayidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu dan Sayidina Husin Radhiyallahu ‘Anhu dan mendoakan mereka melalui ayat [لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا] dalam bentuk ini.
241. Page
Kami tidak akan membicarak tentang rahsia-rahsianya. Cuma, berikuit ialah satu hikmah yang berkaitan dengan tugas kerasulan:
Melalui pandangan nubuwwah baginda yang boleh menembusi kegahiban dan mampu melihat masa hadapan, baginda Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah Nampak bahawa akan berlaku fitnah yang amat besar di kalangan para Sahabat dan Tabi’in dan akan tertumpahnya darah Muslimin. Baginda telah menyaksikan bahawa di kalangan peribadi-peribadi yang paling istimewa ialah tiga peribadi yang berada di bawah selendang baginda. Dengan menyucikan dan membebaskan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu pada pandangan umat, dengan mengucapkan takziah dan menghiburkan Sayidina Husin Radhiyallahu ‘Anhu dan dengan mengucapkan selamat / memberikan keberkatan dan perdamaian dan dengan mengangkat satu fitnah yang besar, maka untuk mengumumkan kemulian dan faedah besarnya kepada umat dan untuk mengumumkan bahawa zuriat Sayidatina Fatimah Radhiyallahu ‘Anha akan menjadi suci dan mulia dan akan layak kepada gelaran tinggi Ahlul Bait, maka baginda telah menyelimuti selendang itu yang membicarakan gelaran Aali Abaa’ yang lima bersama dirinya kepada empat peribadi itu.
242. Page
Ya, secara zahir, Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu ialah Khalifah yang selayaknya, tetapi oleh sebab darah-darah yang tumpah adalah sangat penting, dan oleh sebab pembebasan dan kesuciannya pada pandangan umat adalah penting dari sudut tugas kerasulan, maka Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah membebaskannya dengan cara itu. Baginda menyeru kelompok Khawarij dan para pendokong melampau Umawiyyah yang mengkritik, menyalahkan dan menyesatkan beliau supaya diam.
Ya, kemelampauan dan penyesatan golongan Khawarij dan para pendokong Umawiyyah terhadap Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan kisah menyayat hati yang sangat tragis Sayidina Husin Radhiyallahu ‘Anhu dengan kemelampauan dan bid’ah kelompok Syiah serta sikap berlepas tangan mereka daripada dua Syeikh amat merugikan Umat Islam.
Justeru sebagaimana Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam menyelamatkan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Sayidina Husin Radhiyallahu ‘Anhu daripada tanggungjawab dan tuduhan dan umatnya daripda berburuk sangka kepada mereka berdua melelui selendang dan doa baginda, baginda mengucapkan tahniah Sayidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu di atas kebaikan beliau kepada Umat pada noktah tugas kerasulan melalui perjanjian damai yang beliau lakukan, dan baginda mengumumkan bahawa zuriat dan keturunan diberkati Sayidatina Fatimah Radhiyallahu ‘Anha mendapat gelaran Ahlul Bait dalam dunia Islam dan keturunan Sayidatina Fatimah Radhiyallahu ‘Anha akan menjadi sangat mulia dari segi zuriat seperti ibu Sayidatina Maryam ‘Alaihas Salam yang mengucapkan [اِنِّى اُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ].
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ الطَّيِّبِينَ الطَّاهِرِينَ الْاَبْرَارِ وَعَلَى اَصْحَابِهِ الْمُجَاهِدِينَ الْمُكْرَمِينَ الْاَخْيَارِ آمِينَ
243. Page
Maqam Kedua Kalimah Keempat Belas
Berkenaan enam rahsia daripada ribuan rahsia
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Peringatan: Satu nur yang terang pada noktah rahmat Basmalah kelihatan kepada akalku yang malap dari jauh. Aku berkeinginan mencatatkannya untuk diriku sendiri dalam bentuk nota-nota dan aku berhasrat memburu dan mengikat dengan berputar di sekitar lingkungan nur itu menerusi rahsia-rahsianya sebanyak dua ketiga puluh rahsia. Tetapi malang sekali buat masa ini aku tidak dapat menjayakan hasratku itu. Maka daripada dua atau tiga puluh rahsia aku turunkan kepada lima atau enam.
Apabila aku berkata “Wahai manusia”, maka aku maksudkan diriku sendiri. Walaupun pengajaran ini adalah khas untuk diriku sendiri, dengan niat ia mungkin menjadi paksi istifadah kepada insan-insan yang lebih jaga jiwanya daripada diriku sendiri, maka aku menyerahkan penulisannya kepada pembetulan oleh saudara-saudaraku yang teliti sebagai Maqam Kedua Kilauan Keempat Belas. Pengajaran ini memandang lebih kepada hati berbanding dengan akal dan lebih memantau kepada dzauq berbanding dengan dalil.
* بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ]
قَالَتْ يَا اَيُّهَا اْلَمَلاُ اِنِّى اُلْقِىَ اِلَىَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ * اِنَّهُ مِنْ سُلَيْمٰنَ وَ اِنَّهُ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ *]
244. Page
Pada maqam ini akan disebutkan beberapa rahsia.
Rahsia Pertama: Si fakir ini melihat satu tajalli بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ sebagai berikut: Terdapat tiga mohor Rububiyyah yang memperlihatkan contoh satu sama lain di dalam satu sama lain pada wajah alam semesta, pada wajah bumi dan pada wajah manusia.
Mohor Pertama: بِسْمِ اللّٰهِ kepada mohor teragung Uluhiyyah yang terzahir daripada taawun(saling membantu), tasanud(saling bersandar), taanuq(saling memuluk) dan tajawub(saling membalas) pada bentuk keseluruhan alam semesta.
Mohor Kedua: بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ memandang kepada mohor teragung Rahmaniyyah yang terzahir daripada tasyabuh(saling menyurpai), tanasub(saling bermunasabah), intizam(peraturan), insijam(keelokan), lutuf(tolehan) dan marhamah pada pentadbiran, pentarbiahan dan pengurusan tumubuh-tumbuhan dan haiwan di atasa wajah bumi.
Mohor Ketiga: بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ memandang kepada mohor tertinggi Rahimiyyah yang terzahir daripada kelembutan ra’fah, kehalusan syafaqah dan pancaran marhamah Ilahi pada wajah perihal menyeluruh manusia. Ini bermakna بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ merupakan satu gelaran suci bagi tiga mohor ahadiyyah yang membentuk satu garisan nurani di atas lembaran muk surat bumi dan merupakan satu tali yang kuat dan satu garisan yang terang. Yakni, di samping diturun dari atas, hujung بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ disandarkan kepada manusia yang merupakan naskhah kecil buah alam semesta dan dunia. Kalimah ini mengikat farasy dan Arasy (langit dan bumi. Ia menjadi satu jalan untuk manusia naik ke langit.
245. Page
Rahsia Kedua: untuk tidak melemaskan akal-akal dalam wahidiyyah yang terzahir dari makhluk yang banyak tidak terkira, maka al-Quran sentiasa memperlihatkan tajalli Ahadiyyah di dalam Wahidiyyah itu.
Yakni sebagai contoh: Matahari meliputi benda-benda yang tidak terkira melalui cahayanya. Maka oleh sebab untuk memerhatikan diri matahari pada himpunan cahayanya memerlukan satu tasawwur yang sangat luas dan satu pandangan yang meliputi, maka untuk tidak melupakan diri matahari, ia memperlihatkan diri matahari pada setiap benda yang berkilau menerusi pertaraan pantulan dan setiap benda yang berkilau turut memperlihatkan keistimewaan-keistimewaannya seperti haba bersama-sama dengan tajalli diri Matahari dan cahayanya menurut kemampuannya dan sebagaimana setiap benda yang berkilau memperlihatkan matahari dengan semua sifatnya menurut kemampuannya, setiap bentuknya seperti cahaya dan haba dan tujuh warna pada cahaya juga meliputi semua benda-benda di hadapannya.
Demikianlah juga وَلِلّٰهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى semoga tiada kesalahan dalam tamsilan, sebagaimana terdapat tajalli ahadiyyah dan samadiyyah Ilahi dengan semua namanya pada setiap benda, terutamanya apda benda hidup, terutamnaya pada cermin perihal manusia, dari sudut Wahdah dan Wahidiyyah juga setiap nama-Nya yang berkaitan dengan maujudat meliputi semua maujudat.
246. Page
Justeru supaya akal tidak melemaskan akal dalam wahidiyyah dan supaya hati tidak melupakan Dzat Tersuci maka al-Quran sentiasa memberikan mohor Ahadiyyah pada Wahidiyyah kepada pandangan. Justeru, yang menampakkan tiga simpulan penting bagi mohor itu ialah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ.
Rahsia Ketiga: Secara musyahadah, yang memeriahkan alam semesta yang tidak bertepian ini ialah Rahmat. Secara jelas, yang menerangi maujudat yang gelap ini ialah rahmat. Secara jelas, yang mentarbiah makhluk-makhluk yang bergolek dalam keperluan-keperluan yang tidak terbatas ini ialah rahmat. Secara jelas, yang menjadikan seluruh alam semesta menghadap kepada manusia dan memerhatikan manusia pada setiap sudut dan berlari membantunya ialah rahmat.
Secara musyahadah, yang memenuhkan, menerangi dan memeriahkan angkasaraya yang tidak bertepian dan alam yang kosong dan sunyi ini ialah rahmat.
Secara jelas yang menjadikan manusia yang fana ini sebagai calon menuju keabadian dan sebagai mukhatab dan kekasih kepada satu Dzat yang azali dan abadi ialah rahmat.
247. Page
Wahai manusia! Memandangkan rahmat ialah satu hakikat cinta yang kuat, mempunyai tarikan, menawan dan memberi bantuan seperti ini, maka sebutlah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ. Berpautlah kepada hakikat itu dan selamatkanlah diri daripada kesunyian mutlak dan kepedihan keperluana yang tiada batasan dan hampirilah singgahsana Sultan keazalian dan keabadian dan jadilah mukhatab, jadilah kekasih dan jadilah teman rapat Sultan itu melalui syafaqah, syafaat dan syu’a’aat (sinaran) rahmat itu.
Ya, adalah secara jelas bahawa mengumpulkan jenis-jenis makhluk alam semesta di sekeliling manusia dalam lingkungan hikmah lalu menyuruh makhluk-makhluk itu berlari kepada semua hajatnya dengan susunan dan bantuan yang sempurna adalah berpunca daripada dua keadaan. Sama ada tiap-tiap jenis daripada makhluk alam semesta mengenali insane secara sendiri-sendiri, mentaatinya dan berlari memberi bantuan kepadanya. Ini pula. Sebagaimana ia adalah jauh dari akal seratus darjat, ia turut menatijahkan banyak kemustahilan. Pada sesuatu yang lemah secara mutlak seperti manusia, perlu terdapat qudrat satu Sultan Mutlak yang paling kuat.
Ataupun, di sebalik tabir alam semesta ini berlaku pertolongan ini menerusi ilmu satu al-Qadir al-Mutlaq. Ini bermakna, jenis-jenis makhluk alam semesta bukannya mengenali manusia bahkan merupakan dalil-dalil bagi kenal dan tahunya satu Dzat yang mengetahui, mengenali dan merahmati manusia.
248. Page
Wahai manusia! Letakkanlah akalmu di kepalamu. Adakah mungkin sama sekali Dzat Dzul-Jalal yang menyebabkan semua jenis makhluk menghulurkan tangan bantuan terhadapmu dan menyebabkan mereka malfazkan labbaik menyahut hajat-hajatmu tidak mengetahui dirimu, tidak mengenali dan melihatmu? Memandangkan Dia mengetahuimu dan memberitahu tentang ketahuan-Nya menerusi rahmat-Nya, maka kamu juga ketahuilah tentang-Nya dan beritahulah bahawa kamu mengetahui-Nya dengan rasa hormat. Fahamilah dengan yakin bahawa yang menundukkan alam semesta yang besar ini kepada satu makhluk yang dhaif secara mutlak, lemah secara mutlak dan fakir secara mutlak, fana dan kerdil sepertimu dan yang menghantar bantuan untukmu tentunya ialah hakikat rahmat yang mengandungi hikmah, inayah, ilmu dan dan qudrat.
Sudah tentu rahmat yang sebegini mahukan satu kesyukuran yang menyeluruh dan ikhlas serta rasa hormat yang sejati dan murni daripadamu. Justeru, lafazkanlah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ yang merupakan penterjemah dan petanda bagi kesyukuran yang ihlas dan rasa hormayt yang murni itu. Jadikanlah ia sebagai wasilah untuk sampai kepada kesampaian rahmat itu dan dan jadikanlah ia pemberi syafaat di pintu gerbang ar-Rahman. Ya, kewujudan dan kebenaran rahmat itu adalah zahir seperti matahari.
249. Page
Ini kerana sebagaimana satu ukiran yang berpusat terhasil daripada benang pakan dan susunan dan kedudukan benang-benang, demikianlah juga benang-benag pakan nurani yang dipanjangkan daripada tajalli seribu satu nama Ilahi pada lingkungan terbesar alam semesta menenun satu mohor Rahimiyyah dan ukiran syafaqah dalam satu cap rahmat yang sebegitu pada wajah alam semesta dan mengait satu mohor inayah yang sebegitu dan memperlihatkan dirinya sendiri lebih terang berbanding matahari kepada akal-akal.
Ya, ar-Rahman Dzul Jalal yang menyusun matahri dan bulan, unsur-unsur dan galian, tumbuhan dan haiwan seperti benang pakan bagi satu ukiran teragung menerusi sinaran-sinaran seribu satu nama itu, menjadikannya berkhidmat untuk kehidupan, yang memperlihatkan syafaqah-Nya melalui rasa syafaqah yang sangat menawan dan penuh pengorbanan pada semua ibu tumbuhan dan haiwan, yang menundukkan makhluk-makhluk bernyawa kepada kehidupan manusia, seterusnya yang memperlihatkan satu ukiran teragung yang sangat indah dan menawan bagi Rububiyyah Ilahiyyah dan memperlihatkan kepentingan manusia, menzahirkan rahmat-Nya yang paling terang itu pastinya telah menjadikan rahmat-Nya sebagai satu pemberi syafaat yang diterima kepada makhluk bernyawa dan manusia yang di dalam sifat berhajat secara mutlak sebagai balasan terhadap sifat tidak berhajat secara mutlak-Nya.
250. Page
Wahai manusia! Jika engkau adalah manusia, maka lafazkanlah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ. Temuilah pemberi syafaat itu!
Ya, secara jelas dan bahkan secara musyahadah, yang mentarbiah dan menguruskan dengan hikmah dan inayah melalui kesempurnaan susunan dari masa ke semasa tanpa melupakan walaupun satu daripada kelompok-kelompok tumbuhan dan haiwan yang berlainan dan berbeza-beza sebanyak empat ratus ribu jenis di atas muka bumi, tanpa keliru dan yang meletakkan mohor Ahadiyyah pada wajah bebola bumi ialah rahmat dan sebagaiman kewujudan rahmat itu adalah sepasti kewujudan maujudat di atas muka bumi ini, terdapat juga dalil-dalil pembuktiannya sebanyak bilangan maujudat itu.
Ya, sebagaimana terdapat mohor rahmat dan cap ahadiyyah yang sebegitu di atas muka bumi, pada wajah perihal maknawi juga terdapat cap rahmat yang sebegitu yang tidaklah lebih rendah berbanding dengan cap rahmat di atas muka bumi dan cap teragung rahmat pada wajah alam semesta. Seolah-olah ia mempunyai satu sifat lengkap yang ibarat satu titik pusat pergerakan bagi tajalli seribu satu nama.
251. Page
Wahai manusia! Adakah mungkin sama sekali Dzat yang memberikan kepadamu wajah ini dan meletakkan satu cap rahmat dan mohor ahadiyyah yang sebegini pada wajah itu membiarkanmu terkontang kanting tiada tujuan, tidak mempedulikanmu, tidak memerhatikan pergerakan-pergerakanmu, menjadikan seluruh alam semesta yang menghadap kepadamu sebagai sia-sia dan menjadikan pohon penciptaan sebagai pohon yang rosak dan tidak penting yang rosak buahnya?
Malah Dia tidak akan menyebabkan rahmat-Nya yang tidak menerima sebarang keraguan dari mana-mana sudut dan tiada kecacatan pada mana-mana wajah dan jelas seperti matahari dan hikmah-Nya yang kelihatan seperti cahaya. Hasya! Tidak sama sekali!
Wahai manusia! Ketahuilah bahawa untuk sampai ke singgahsana rahmat itu terdapat satu anak tangga dan anak tangga itu ialah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ. Jika kamu ingin memahami betapa pentingnya anak tangga ini maka perhatikanlah kepada permulaan seratus empat belas surah al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan serta perhatikanlah kepada permulaan semua kitab suci serta perhatikanlah kepada permulaan semua kerja yang mulia. Malah satu hujah paling muktamad kepada keagungan qudrat Basmalah ialah: sangat ramai Mujtahid seperti Imam Syafi’I telah berkata: “Walaupun Basmalah merupakan hanya satu ayat, namun ia diturunkan dalam al-Quran sebanyak seratus empat belas kali.
252. Page
Rahsia Keempat: Tajalli wahidiyyah dalam kathrah yang tidak terbatas adalah tidak mencukupi untuk semua dengan melafazkan khitab اِيَّاكَ نَعْبُدُ. Fikiran menjadi selerak. Dengan melafazkan اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِينُ setelah memerhatikan Dzat Ahadiyyah di sebalik wahdah pada himpunannya, maka adalah perlu terdapatnya satu jantung di tengah-tengah keluasan bebola bumi. Berdasarkan kepada rahsia ini, sebagaimana ia memperlihatkan cap ahadiyyah dalam satu bentuk yang zahir pada perkara-perkara juz’i, ia turut memperlihatkan satu capa ahadiyyah di dalam mohor Rahmaniyyah untuk memperlihatkan cap ahadiyyah pada tiap-tiap jenis dan untuk menyeru Dzat al-Ahad memberi perhatian supaya semua mahkluk melafazkan [اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِينُ] pada setiap martabat tanpa kesulitan lalu menghadap sambil bermunajat secara langsung kepada Dzat al-Aqdas.
Justeru, untuk mengifadahkan rahsia agung ini, ketika al-Quran membicarakan tentang langit dan bumi sebagai contoh dalam lingkungan besar alam semesta, al-Quran membicarakan secara tiba-tiba daripada satu lingkungan yang paling kecil dan perkara juz’I yang paling halus supaya ia dapat mempelihatkan mohor ahadiyyah dalam bentuk yang jelas.
253. Page
Sebagai contoh: Dalam perbahasan tentang penciptaan langit dan bumi, ia membuka tajuk pembicaraan tentang penciptaan manusia dan tentang suara manusia dan ketelitian nikmat dan hikmah pada wajah manusia. Ini supaya fikiran tidak berselerak dan jantung tidak lemas dan roh dapat menemui al-Ma’budnya secara langsung. Sebagai contoh: Ayat [وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ] memperlihatkan hakikat yang telah disebutkan dalam satu bentuk yang penuh kemukjizatan.
Ya, pad makhluk yang tidak terhitung dan dalam kathrah yang tiada penghujung terdapat cap-cap wahdah, jenis-jenis dan peringkat-peringkatnya daripada yang paling besar sehingga kepada capa yang paling kecil seperti bulatan-bulatan yang memasuki satu sama lain. Tetapi seberapa banyakpun wahdah itu, ia tetap merupakan satu wahdah di dalam kathrah. Maka tidak dapat benar-benar menyampaikan Khitab hakikinya. Kerana itu perlu terdapat cap Ahadiyyah di sebalik wahdah. Ini supaya ia tidak mendatangkan kathrah kepada fikiran. Supaya ia membuka jalan kepada hati menuju kepada Dzat al-Aqdas secara langsung. Malah untuk mengalih pandangan dan menarik hati-hati kepada cap ahadiyyah itu, maka ia telah meletakkan cap rahmat dan mohor Rahimiyyah yang merupakan satu ukiran yang sangat menarik, satu nur yang sangat cerah, satu kemanisan yang sangat menawan, satu keindahan yang sangat memikat dan satu hakikat yang sagat kuat di atas cap ahadiyyah itu.
254. Page
Ya, kekuatan rahmat itulah yang menarik pandangan makhluk-makhluk yang mempunyai kesedaran lalu menarik kepada dirinya dan membawa kepada cap ahadiyyah. Lalu menyebabkan Dzat Ahadiyyah diperhatikan dan menjadi penerima kepada khitab hakiki pada [اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ] daripadanya. Justeru, dari sudut بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ merupakan faharast al-Fatihah dan intisari mujmal al-quran, maka ia telah menjadi alamat dan penterjemah rahsia agung yang telah disebutkan. Yang mengambil gelaran/alamt ini ke tangannya dapat menjelajah di peringkat-peringkat rahmat. Dan yang menyebabkan penterjemah ini berbicara dapat mempelajari rahsia-rahsia rahmat dan akan nampak cahaya-cahaya rahmat dan syafaqah.
Rahsia Kelima: Telah warid dalam Satu Hadith yang mulia: [اِنَّ اللّٰهَ خَلَقَ الْاِنْسَانَ عَلَى صُورَةِ الرَّحْمٰنِ] Au Kama Qal, Sebahagian ahli tariqat telah menafsirkan Hadis ini dalam bentuk yang tidak sesuai dengan aqidah keimanan.
Sehingga sebahagian ahli ‘asyq telah memandang wajah maknawi manusia melalui pandangan (bahawa ia adalah) sebagai satu rupa ar-Rahman. Oleh sebab telah berlaku ketenggelaman dan kekeliruan dalam kebanyakan rasa mabuk ahli asyq dalam sebahagian besar ahli tariqat, maka mereka adalah dimaafkan pada anggapan mereka yang bertentangan dengan hakikat itu. Tetapi mereka yang waras tidak akan menerima makna-maknanya yang berlawanan dengan asas-asas-aqidah secara fikiran. Jika mereka menerimanya mereka melakukan kesalahan.
255. Page
Ya, sebagaimana tiada sekutu, saingan, lawan dan tandingan bagi dzat al-Aqdas Ilahi yang menguruskan seluruh alam semesta seperti sebuah istana dan sebuah rumah dengan tersusun yang memutar dan memperjalankan bintang-bintang dengan penuh hikmah dan mudah seperti zarah, yang mempergunakan zarah-zarah bagaikan pegawai-pegawai yang tersusun melalui rahsia [لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْئٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ] rupa, bandingan, perumpamaan dan yang serupa dengan-Nya juga tidak mungkin ada. Tetapi melalui rahsia [وَلَهُ الْمَثَلُ الْاَعْلَى ف۪ى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ] adalah dapat diperhatikan kepada urusan-urusan-Nya, Sifat dan Nama-Nama-Nya melaluinya.
Salah satu daripada banyak makna hadis as-syarif yang telah disebutkan adalah seperti berikut: Ia bermaksud bahawa manusia adalah dalam satu rupa yang memperlihatkan nama ar-Rahman secara sempurna. Ya, sebagaimana kami telah terangkan sebelum ini, sebagaimana kelihatan nama ar-Rahman yang terzahir daripada sinaran seribu satu nama pada wajah alam semesta, nama ar-Rahman yang terzahir melalui tajalli-tajalli tidak terkira bagi Rububiyyah Mutlaq Ilahi turut kelihatan pada wajah muka bumi juga dan tajalli paling sempurna nama ar-Rahman itu turut kelihatan pada rupa himpunan manusia sepertimana wajah bumi dalam skala yang kecil dan wajah alam semesta.
256. Page
Malah ia juga merupakan isyarat bahawa dalalah-dalalah kepada Dzat al-Wajib al-Wujud yang sebanyak itu oleh para penerima seperti makhluk-makhluk bernyawa dan manusia yang merupakan dalil-dalil dan cermin-cermin Dzat ar-Rahman ar-Rahim adalah sangat qat’I, jelas dan zahir maka boleh dikatakan bahawa sebagaimana cermin cerah yang memantulkan timsal matahari dan biasannya boleh dikatakan kepada kecerahannya dan kejelasan petunjuknya cermin itu adalah matahari, maka sebagai isyarat kepada kejelasan dalalah dan kesempurnaan munasabah bahawa pada manusia terdapat rupa ar-Rahman telah dikatakan dan boleh dikatakan. Dan bahagian yang mu’tadil dari kalangan pendokong falsafah wahdatul wujud telah melafazkan [لاَ مَوْجُودَ اِلاَّ هُوَ] berdasarkan kepada rahsia ini dan sebagai satu gelaran/alamat untuk kejelasan dalalah ini dan kesempurnaan munasabah ini.
اًللّٰهُمَّ يَا رَحْمٰنُ يَا رَحِيمُ بِحَقِّ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ اِرْحَمْنَا كَمَا يَلِيقُ بِرَحِيمِيَّتِكَ وَ فَهِّمْنَا اَسْرَارِ
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ كَمَا يَلِيقُ بِرَحْمَانِيَّتِكَ آمِينَ
257. Page
Rahsia Keenam: Wahai manusia buntu yang bergolej dalam kelemahan yang tiada batasan dan kefakiran yang tiada penghujung!
Fahamilah betapa rahmat merupakan satu wasilah yang sangat bergharga dan pemberi syafaat yang amat makbul menerusi perkara berikut:
Rahmat itu merupakan wasilah kesampaian kepada satu Sultan Dzul Jalal yang beintang-bintang dan zarah berkhidmat bersama dalam pasukan tentera-Nya dengan penuh tersusun dan taat. Dzat Dzul Kalal dan Sultan keazalian dan keabadian itu memilikik sifat tidak berkehendak pada dzat-Nya dan berada di dalam sifat al-Istighna’ Al-Mutlaq. Dia ialah al-Ghaniy /Ala al-Mutlaq yang tidak memerlukan alam semesta dan maujudat pada mana-mana sudut. Alam semesta adalah di bawah singgahsana perintah dan iradah-Nya dan di bawah kehebatan dan keagungan-Nya dalam penuh ketaatan dan dalam penuh kerendahan terhadap sifat Jalal-Nya.
Justeru wahai manusia! Rahmat itu menaikkanmu wahai manusia ke hadrat al-Mustaghni ‘alal Itlaq dan as-Sultan as-Sarmadi itu dan menjadikanmu sahabat karib kepada-Nya dan kamu menjadi mukhatab-Nya dan memberikan satu kedudukan sebagai seorang hamba yang dikasihi.
258. Page
Sebagaimana kamu tidak bolehsampai kepada matahari kerana kamu sangat jauh dari matahari dan kamu langsung tidak dapat menghampirinnya dari mana-mana sudut, tetapi melalui perantaraan cerminmu, cahaya matahari memberikan biasan dan tajalli matahari ke tanganmu. Demikianlah juga kita secara zahirnya amat jauh daripada Dzat al-Aqdas itu dan Mentari keazalian dan keabadian itu dan kita tidaka akan dapat menghampirinya. Tetapi cahaya rahmat-Nya menjadikan-Nya hampir kepada kita.
Justeru wahai manusia! Mereka yang menemui rahmat ini, sesungguhnya dia menemui satu khazanah nur abadi yang tidak akan luak. Cara untuk menemui khazanah itu ialah sunnah Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan perumpamaan, misal dan wakil yang paling terang bagi rahmat dan merrupakan lidah dan juruhebah yang paling fasih bagi rahmat itu dan dinamakan dalam al-Quran dengan gelaran رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (Rahmat sekalian alam) dan mengikut baginda. Adapun wasilah menuju rahmat berjisim yang merupakan رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ialah selawat.
259. Page
Ya, makna selawat ialah rahmat. Adapaun selawat yang merupakan doa kerahmatan kepada rahmat berjisim yang bernyawa itu ialah wasilah untuk sampai kepada رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ itu.
Oleh itu, jadikanlah selawat sebagai wasilah kepada dirimu sendiri untuk sampai kepada itu dan jadikanlah baginda sebagai wasilah untuk sampai kepada rahmat ar-Rahman.
Ucapan selawat yang bermakna rahmat dalam jumlah yang tidak terkira oleh seluruh umat untuk baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ itu mengisbatkan dalam satu bentuk yang amat terang tentang betapa rahmat merupakan satu hadiah Ilahi yang sangat bernilai dan betapa luas lingkungannya.
Kesimpulan: Sebagaimana baginda Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam merupakan berlian dan penjaga pintu yang paling berharga bagi khazanah rahmat, anak kunci pertamanya juga ialah بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ dan anak kuncinya yang paling mudah juga ialah selawat.
اَللّٰهُمَّ بِحَقِّ اَسْرَارِ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى مَنْ اَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ كَمَا يَلِيقُ بِرَحْمَتِكَ
وَ بِحُرْمَتِهِ وَ عَلَى آلِهِ وَ اَصْحَابِهِ اَجْمَعِينَ وَ ارْحَمْنَا رَحْمَةً تُغْنِينَا بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ
مِنْ خَلْقِكَ آمِينَ آمِينَ آمِينَ
سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ