NAVIGATION
55. Page
Kilauan Kelima
Akan menjadi Risalah yang akan menjelaskan satu hakikat penting bagi ayat melalui lima belas peringkat. Tetapi oleh sebab ia sesuai dengan zikir dan fikir melebihi hakikat dan ilmu, maka ia ditunda buat masa ini. Secara zahirnya, satu risalah yang sangat penting berjudul Tangga Sunah dan Penawar Penyakit Bid’ah pada mulanya telah ditulis dengan nama Kilauan Kelima. Tetapi risalah tersebut, oleh sebab ia terbahagi kepada sebelas nuktah yang penting, maka ia telah masuk ke dalam Kilauan Kesebelas. Lalu Kilauan Kelima tinggal di awang-awangan, tidak ditulis.
Kilauan Keenam
Akan menjadi satu risalah yang akan menejelaskan tentang banyak hakikat penting bagi ayat yang diifadahkan oleh frasa menerusi lima belas ke dua puluh martabat pemikiran. Kilauan ini juga, seperti Kilauan Kelima merupakan martabat-martabat yang aku telah saksikan melalui zikir dan fikir dalam pengerakan rohaniku, maka dari sudut ia menjadi paksi kepada keseronokan maknawi dan hal melebihi ilmu dan hakikat, maka ia tidak berada di dalam Kilauan-kilauan hakikat, bahkan ia telah dilihat sesuai di penghujungnya. Tetapi ia juga tidak lagi ditulis selepas itu.