NAVIGATION
260. Page
Kilauan Kelima Belas
Oleh sebab risalah ini merupakan bahagian pertama bagi Risalah Faharasat yang meliputi Himpunan Kalimah, Maktubat dan sehingga Kilauan Keempat belas yang memperlihatkan tajuk-tajuk bagi semua juzuk Risalah an-Nur menerusi satu ifadah yang menarik, lalu ia disatukan dengan Sinaran ke Sepuluh yang merupakan bahagian yang tersisa daripada Risalah Faharasat, dan disiarkan dalam bentuk satu himpunan maka ia tidak disertakan di sini.
Kilauan Keenam Belas
بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Wahai saudara-saudaraku Ustaz Sabri, Hafiz Ali, Mas’ud, Re’fet, Bekir Bey, Rusydu, para Lutfu, Hafiz Ahmad, Syaikh Mustafa dan yang lain-lain yang mulia dan setia. Aku telah merasakan satu lintasan dalam hatiku berkenaan penerangan dalam satu bentuk yang ringkas kepada kalian tentang Empat Masalah kecil yang dimaklumi yang telah menjadi pokok persoalan yang mengujakan.
261. Page
Soalan Pertama: Sesetengah orang seperti Caprazzade Abdullah Efendi dari kalangan saudara-saudara kita telah mengkhabarkan riwayat daripada ahli kasyaf bahawa pada Bulan Ramadhan yang lepas ini akan berlaku satu khabar gembira dan kemenangan untuk Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun perkara itu tidak berlaku. Mengapakah para wali dan ahli kasyaf yang sebegini mengkhabarkan perkara yang berlawanan dengan waqi’? Demikianlah mereka telah bertanya kepadaku.
Aku juga menjawab dari sudut Sunuhat,dan ringkasan jawapan yang telah aku berikan adalah seperti berikut:
Dalam Hadis yang mulia, adalah warid bahawa kadang-kadang bala diturunkan. Ketika ia datang, muncul di hadapannya sedekah, lalu ia berpusing ke belakang. Rahsia hadis ini memperlihatkan bahawa apa-apa yang telah ditakdirkan tidak akan berlaku disebabkan sesetengah keadaan. Ini bermakna perkara-perkara yang telah ditakdirkan yang diketahui oleh ahli kasyaf adalah tidak mutlak bahkan terikat dengan sebahagian syarat dan keadaan dan sesuatu peristiwa itu juga tidak berlaku lantaran sesuatu syarat dan keadaan itu tidak ada. Tetapi peristiwa itu telah dicartatkan sebagai perkara yang telah diatakdirkan padaLAuh al-Mahwu wal Isbat yang ibarat sejenis buku catatat Lauh keaszalian seperti ajal yang tergantung.
262. Page
Adalah amat jarang jkekasyafan dapat naik sehingga ke Lauh keazalian. Kebanyakannya tidak dapat naik ke sana. Justeru,berdasarkan kepada rahsia ini dan berdasarkan kepada istikhraj-istikhraj (dapatan) pada Ramadahan al-Mubarak yang lepas dan dalam Raya Qurban ini dan pada waktu-waktu yang lain ataupun perkhabaran-perkhabaran yang diberikan dari jenis perkara-perkara kasyaf, oleh sebab ia tidak bertemu dengan syarat0syarat yang I atergantung dengannya, maka perkara-perkara itu tidak berlaku dan tidak mendustakan mereka yang mengkhabarkan tentangnya. Ini kerana ia telah ditakdirkan tetapi oleh sebab syaratnya belum dating, maka ia pun tidak berlaku.
Ya, doa-doa ikhlas yang dipanjatkan dengan banyak oleh ahli sunnah wa jamaah untuk menghapuskan perkara-perkara bid’ah dalam bulan Ramadhan al-Mubarak merupakan satu syarat dan satu sebab yang penting. Saying sekali, oleh sebab perkara-perkara bid’ah telah masuk ke dalam masjid-masjid pada Bulan Ramadhan al-Mubarak, maka ia telah menjadi penghalan kepada terkabulnya doa maka pertolongan tidak sampai. Sebagaimana menurut rahsia hadis yang terdahulu: Sedekah menolak bala, doa ikhlas orang ramai juga menarik/mengundang faraj/ pertolongan umum. Oleh sebab daya tarikan tidak muncul, maka kemenangan tidak diberikan.
263. Page
Soalan Kedua: Dalam tempoh dua bulan ini, di hadapan situasi politik yang mendebarkan, ketika aku perlu campur tangan yang akan memberikan jalan keluar dengan satu kebarangkalian yang kuat kepadaku dan kepada ramai saudaraku yang ada kaitan denganku, aku langsung tidak memberikan keutamaan kepada keadaan itu bahkan sebaliknya aku berada dalam satu fikiran yang menguntungkan ahli dunia yang menekanku. Sesetengah individu ternama berada dalam rasa terkedu dalam kehairanan. Mereka telah berkata: Apakah pendapat kamu terhadap politik yang dipilih oleh manusia-manusia di atas yang ahli bid’ah dan sebahagiannya munafik yang menyeksamu sehingga kamu tidak mengusik mereka? Ringkasan daripad ajawapan yang aku berikan adalah seperti berikut:
Bahaya utama umat Islam di zaman ini ialah kerosakan hati dan kecalaran iman angkara kesesatan yang berpunca daripada ilmu sains dan falsafah. Satu-satunya penawar bagi masalah ini ialah Nur dan memperlihatkan nur supaya hati-hati itu dibaiki dan dan keimanan diselamatkan. Sekiranya ia digerakkan dengan cemeti politik dan ditewaskan maka para kuffar itu akan turn ke tahap munafik. Kemunafikan adalah lebih teruk daripada kekufuran.
264. Page
Ini bermakna pada zaman yang seperti ini, cemeti tidak akan memulihkan hati. Waktu itu, kekufuran akan masuk ke dalam hati, bersembunyi lalu berubaha kepada kemunafikan. Sama ada Nur atau cemeti, insane yang lemah sepertiku tidak dapat melakukannya. Kerana itu, oleh sebab kau terpaksa memeluk nur itu dengan seluruh upayaku, maka aku sepatutnya tidak memandang kepada cemeti politik walau apapun yang terjadi.
Tetapi tuntutan jihad maddi, tugas itu buat masa ini bukanlah di atas kami. Ya, berdasarkan kepada ahlinya, untuk menarik penghalang terhadap kemelampauan mereka yang kafir dan murtad maka cemeti adalah diperlukan. Tetapi kami hanya memiliki dua tangan. Sekiranya kami mempunyai seratus tangan sekalipun ia hanya cukup-cukup untuk memeluk cahaya. Kami tidak mempunyai tangan untuk memegang cemeti.
Soalan Ketiga:
Semasa campurtangan orang asing kepada pemerintah ini seperti Inggeris dan Itali pada masa ini, walaupun membangkitkan semangat patriotisme Islam yang merupakan noktah persandaran sebenar bagi pemerintah dan sumber bagi kekuatan maknawi sejak lama di tanah air ini akan menjadi pemangkin untuk menghidupkan syiar-syiar Islam pada satu tahap dan membanteras bid’ah, menagapakah engkau amat menentang keras peperangan? Dan engakau telah berdoa dengan jelas supaya permasalahan ini dirungkaikan. Dan engakau telah berpihak yang menguntungkan para pemerintah yang ahli bid’ah dalam satu bentuk yang keras. Bukankah ini secara tidak langsung merupakan perpihakan kepada perkara-perkara bid’ah?
265. Page
Jawapan: Ya, kita mahukan satu jalan keluar, kedamaian, kegembiraan dan kemenangan. Tetapi bukan melalui pedang orang-orang kafir. Biarlah pedang-pedang kafir memakan kepala mereka sendiri. Faedah yang akan datang daripada pedang mereka tiada faedah untuk kita. Sememangnya orang-orang asaing itulah yang menyebabkan para munafik menyerang golongan beriman dan melahirkan para zindiq. Malah bala peperangan juga merupakan satu kemudaratan yang utama terhadap khidmat al-Quran kita. Oleh sebab kebanyakan saudara kita yang paling banyak berkorban dan paling berharga berusia di bawah empat puluh lima tahun, maka akibat peperangan, mereka terpaksa melepaskan khidmat suci al-Quran lalu pergi masuk latihan ketenteraan. Sekiranya akau mempunyai duit, untuk menyelamatkan setiap orang daripada saudara-saudaraku yang berharga ini, dengan sepenuh hati aku aku akan membayar bayaran pampasannya walaupun sebanyak seribu lira. Aku merasai kerugian kita sendiri sebanyak seratus ribu lira apabila ratusan saudara kita yang sebegini melepaskan khidmat al-Quran yang nurani lalu melibas cemeti jihad maddi. Hatta latihan ketenteraan yang dijalani oleh Zekai selam setahun dua ini mungkin telah menghilangkan faedah maknawi sebanyak seribu lira. Walau apa pun, sebagaimana al-Qadir Kulli syai’ boleh menyapu dan membersihkan ruang angkasa yang dipenuhi awan-gemawan dalam masa satu minit lalu memperlihatkan matahari yang bercahaya pada wajah jernih langit, Dia juga akan melenyapkan wan-awan yang gelap dan kejam ini lalu menzahirkanhakikat-hakikat syariat seperti matahari dan memberikannya dengan mudah dan tanpa kekacauan. Kita menanti daripada rahmat-Nya mudaha-mudahan Dia tidak menjualnya kepada kita dengan harga yang mahal. Cukuplah sekiranya Dia menganugerahkan keimanan ke dalam akal dan hati mereka yang di atas. Waktu itu, urusan ini akan menjadi lebih baik dengan sendirinya.
266. Page
Soalan Keempat: Mereka berkata: Memandangkan apa yang di tangan kalian ialah nur dan bukannya cemeti, maka tidak boelh menentang nur dan tidak boleh melarikan diri daripada nur dan tiada kemudaratan daripada perbuatan menzahirkan nur, tetapi mengapakah kalian menasihati supaya berwaspada kepada saudara-saudara kalian? Kenapakah kalian menghalang risalah-risalah yang bercahaya itu diperlihatkan kepada masyarakat?
Maksud jawapan ringkas kepada solan ini adalah seperti berikut: kepala kebanyakan mereka yang di atas adalah mabuk dan tidak akan boleh membaca. Kalau mereka membaca sekalipun, mereka tidak akan faham. Apabila mereka memberikan makna yang salah maka ia akan mengganggu dakwah. Supaya mereka tidak mengganggu urusan dakwah maka adalah perlu untuk menunjukkan risalah-risalah ini kepada mereka. Malah terdapat manusia-manusia yang tidak berhati perut yang mengingkar cahaya dari sudut niat buruk atau ketamakan atau rasa takut ataupun mereka menutup mata daripada nur. Kerana itu aku menasihat saudara-saudaraku supaya mereka berwaspada dan janganlah mereka memberikan hakikat-hakikat itu ke tangan mereka yang bukan ahlinya. Dan supaya mereka tidak berada di dalam urusan-urusan yang akan membangkitkan prasangka ahli dunia.
267. Page
Khatimah (Penutup):
Hari ini, aku mendapat sepucuk surat daripada Refet Bey. Pernah ketika suatu hari dia berhasrat meninggalkan soalan-soalannya, malah dia menanyakan satu lagi soalan membuatkanku sulit untuk menyuruh soalan itu ditulis. Walau bagaimanapun bersempena dengan soalan tentang janggut mulia baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, akau berkata:
Adalah sabit menurut hadis bahawa jumlah helaian janggut yang gugur daripada baginda Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah terbatas. Kewujudan helaian scui janggut baginda di ribuan tempat walaupun ianya hanya dalam jumlah jang sedikit seperti tiga ke empat puluh helai ataupun lima ke enam puluh helai telah menyebabkan aku sangat banyak berfikir tentangnya pada suatu masa. Waktu itu, terlintas dalam fikiranku bahawa janggut yang mulia bukanlah hanya terdiri daripada helaian-helaian janggut baginda sahaja, bahkan para sahabat yang mulia yang tidak mahu kehilangan apa jua daripada diri baginda telah menyimpan rambut baginda yang bercahaya, mulia dan akan terus hidup itu sebaik sahaja baginda memotong rambutnya. Jumlahnya adalah ribuan. Maka ia mungkin sahaja sama jumlahnya dengan yang ada sekarang ini.
268. Page
Terlintas juga dalam fikiranku waktu itu: Agaknya adakah rambut ini yang terdapat di semua masjid adalah benar-benar rambut baginda Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dari sudut sanad yang sahih maka berziarah kepadanya dapat diterima Allah?
Tiba-tiba terlintas di fikiranku: Menziarahi rambut-rambut itu merupakan satu wasilah. Ia merupakan satu sebab untuk mendatangkan selawat kepada baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Dan merupakan satu alasan untuk menghormati dan mengasihi baginda.
Sebagai wasilah, maka diri sesuatu benda itu tidak boleh diambil kira, malah ia dipandang dari sudut ia menjadi wasilah. Untuk itu sekiranya rambut itu bukanlah janggut mulia sebenar baginda, maka memandangkan ia dianggap secara zahir adalah begitu dan ia menjalankan tugas sebagai wasilah dan menjadi wasilah kepada penghormatan, tawajjuh dan selawat, maka adalah tidak perlu untuk menentukan dan mengkaji diri sesuatu itu menerusi sanad yang pasti. Cuma, cukup sekadar sekiranya tiada dalil qat’i yang menentangnya. Ini kerana pandangan umum dan penerimaan umat boleh berubah menjadi sejenis hujah.
269. Page
Sesetengah ahli taqwa, sekiranya mereka mengkritik sesuatu yang seperti ini sama da dari sudut taqwa atau berwaspada atau azimah, mereka mengkritiknya secara khusus. Sekrianya mereka mengatakannya sebagai bid’ah, maka ia tergolong dalam bid’ah yang hasananh. Ini kerana ia adalah wasilah selawat.
Dalam suranya, Re’fet menyatakan bahawa permasalahan init el;ah menjadi tajuk perdebatan di kalangan para saudara. Maka aku menasihati saudara-saudaraku: janganlah mereka terlibat dengan perdebatan yang menjadi punca kepada perpecahan dan perkelahian. Maka hendakalah mereka membiasakan diri dengan perbahasan yang tiada pertengkaran dalam bentu perkongsian buah fikiran.
بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Saudara-saudaraku yang mulia dan setia dari Senirkent, Tyan Ibrahim, Hafiz Hussin dan Hafiz Rajab! Tiga persoalan yang kalian kirimkan menerusi Hafiz Taufiq telah ditanyakan oleh golongan Mulhid sejak sekian lama.
270. Page
Soalan Pertama: Menurut makna zahir yang diungkapkan ayat: [حَتَّى اِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ ف۪ى عَيْنٍ حَمِئَةٍ] Ia mengatakan bahawa dia (Dzul Qarnain) telah melihat matahari terbenam dalam mata air lumpur.
Soalan Kedua: Di manakah Tembok Dzul Qarnain?
Soalan Ketiga: Berkenaan dengan hakikat bahawa Sayidina Isa ‘Alaihis Salam akan datang dan membunuh Dajjal pada akhir saman.
Jawapan bagi soalan-soalan ini adalah sangat panjang. Melalui satu isyarat yang ringkas kami menjawab:
Oleh sebab ayat-ayat al-Quran adalah menurut uslub bahasa Arab, menurut pandangan zahir dan diifadahkan dalam bentuk yang akan difahami oleh orang ramai maka ia menerangkan banyak kali dalam bentuk tashbih (perumpamaan) dan tamsilan. Justeru maksud ayat تَغْرُبُ ف۪ى عَيْنٍ حَمِئَةٍ ialah Dzul Qarnain telah melihat matahari terbenam di pantai Lautan Atlantik yang kelihatan seperti satu mata air yang panas berlumpur ataupun terbenam di puncak gunung berapi yang berlava, menyala dan berasap.
271. Page
Yakni, ketika berada di pantai Lautan Atlantik, menurut pandangan zahir, Dzul Qarnain telah melihat matahari telah terbenam secara zahir pada sebahagian Lautan Atlantik yang kelihatan kepadanya dari jauh dalam bentuk satu kolam mata air yang besar di sebalik wap yang naik di mana lawasan berlumpur di sekitarnya membahang kerana kepanasan matahari lalu mengeluarkan wap. Ataupun dia telah melihat matahari yang merupakan mata langit berselindung di sebalik puncak yang baru terbuka di atas sebuah gunung berapi yang telah berbaur batu, tanah dan cecair-cecair galiannya lalu menghamburkan asap.
Ya, Al-Quran al-Hakim memberikan banyak pengajaran tentang banyak permasalahan melalui ayat ini yang ifadah balaghahnya penuh mukjizat.
Pertama: Dengan menerangkan bahawa perjalanan Dzul Qarnain ke arah barat yang berkebetulan dengan waktu panas yang sangat terik, ke arah kawasan berpaya dan pada ketika matahari hampir terbenam dan waktu berhamburnya sebuah gynung berapi, auyat ini seolah-olah mengisyaratkan kepada peristiwa-peristiwa yang banyak iktibar seperti beliau telah menguasai benua Afrika sepenuhnya.
272. Page
Adalah dimaklumi bahawa pergerakan matahari yang dilihat adalah secara zahir dan merupakan satu dalil kepada pergerakan tersembunyi bebeola bumi dan memberi khabar tentangnya. Bukannya tentang hakikat terbenamnya matahari.
Malah mata air merupakan satu tasybih (penyerupaan), sebuah laut yang luas kelihatan seperti sebuah kolam yang kecil. Tasybih sebuah laut yang kelihatan di sebalik wap dan kabus yang keluar dan kawasan berpaya kerana kepanasan dengan satu mata air di dalam kawasan berpaya merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan munasabah menurut rahsia balaghah kerana kalimah [عَيْنٍ] dalam bahasa arab adalah bermakna mata air, matahari dan mata itu sendiri.
Ungkapan oleh khitab samawi al-Quran yang datang daripada Arasy teragung dan mengawal jirim-jirim langit bahawa matahari yang patuh yang menjalankan tugas sebagai lampu di rumah pertamuan ar-Rahman berselindung di sebuah mata air Rabbani seperti Laut Atlantik sebagaimana pada pandangan Dzulqarnain dari kejauhan adalah cocok dengan keagungan dan ketinggian al-Quran dan memperlihatkan laut sebagai satu mata air yang panas dan satu mata yang berasap menerusi uslubnya yang penuh kemukjizatan. Sesungguhnya ia kelihatan begitu kepada mata-mata di langit.
273. Page
Kesimpulan: Ungkapan Lautan Atlantik sebagai sebuah mata air yang berlumpur adalah menurut kadar Dzulqarnain melihat lautan yang luas itu seperti sebuah mata air dari jauh.
Adapun pandangan al-Quran, dari sudut ia adalah hampir kepada setiap sesuatu, maka ia tidak pernah memandang menurut padangan Dzulqarnain yang dari jenis berbaur/ kesilapan perasaan. Bahkan oleh sebab ia hadir dengan cara memandang kepada al-Quran dan langit, maka oleh sebab al-Quran melihat bebola Bumi terkadang bagaikan sebuah medan, terkadang sebuah istana, terkadang sebuah buaian dan terkadang seperti sehelai muka surat, maka ungkapannya bahawa Lautan Atlantik yang luas sebagai satu mata air memperlihatkan keagungan dan ketinggiannya.
Soalan Kedua Kalian: Di manakah tembok Dzul Qarnain? Siapakah Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Lama dahulu, aku pernah menulis satu risalah yang berkaitan dengan perkara ini. Para mulhid di waktu itu telah terdiam angkara risalah tersebut. Sekarang ini, bukan sahaja risalah itu tiada di sisiku, malah daya ingatanku juga telah hampir berhenti berfungsi dan ia tidak membantu.
274. Page
Malah pada ‘dahan ketiga’ dalam ‘Kalimah Kedua Puluh Empat’ perkara ini telah dibahaskan secara sepintas lalu. Kerana itukami akan mengisyaratkan hanya kepada dua atau tiga nuktah daripadanya secara ringkas. Ia seperti berikut.
Menurut penjelasan oleh ahli Tahqiq, malah menerusi isyarat gelaran Dzulqarnain, oleh sebab terdapat nama-nama yang bermula dengan kalimah Dzu seperti Dzul yazan pada maharaja-maharaja Yaman, maka Dzul Qarnain ini bukanlah Iskandar ar-Rumi. Bahkan salah seorang daripada maharaja Yaman yang ada pernah ada zaman Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dan telah belajar daripada Nabi Khidhir ‘Alaihis salam. Adapun Iskandar ar-Rumi telah lahir lebih kurang tiga ratus tahun sebelum Masihi dan telah belajar daripada Aristotle. Sejarah manusia mengunjur sehingga tiga ribu tahun dalam bentuk yang tersusun.
Pendapat sejarah yang kurang lengkap dan ringkas ini tidak dapat memutuskan peristiwa sejarah sebelum Sayidina Ibrahim ‘Alaihis salam dengan tepat. Maka ia dinukilkan dengan cara yang sama ada bagaikan khurafat ataupun mudah disanggah ataupun sangat ringkas. Sebab mengapa Dzul Qarnain al- Yamani ini masyhur dengan nama Iskandar dalam kitab-kitab tafsir ialah sama ada salah satu namanya ialah Iskandar sama ada Iskandar Agung atau Iskandar Lama. Ataupun oleh sebab peristiwa-peristiwa juzi/khusus yan disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran merupakan petunjuk bagi peristiwa-peristiwa yang kulli/umum.
275. Page
Contohnya seperti kisah Iskandar Agung iaitu Dzul Qarnain membangunkan binaan Tembok Besar China yang masyhur menerusi bimbingannya yang mengingatkan kenabian yang mana tembok itu membentang di antara kaum yang zalim dan bangsa yang mazlum serta akan menjadi penghalang kebejatan mereka yang kejam.
Beberapa penakluk dan maharaja yang gagah seperti Iskandar ar-Rumi, dari sudut maddi dan sebahagian apra nabi dan sesetengah aqtab alam keinsanan maknawi dari sudut maknawi dan bimbingan juga pergi di belakang Dzul Qarnain itu dan mencontohinya lalu mereka telah membina tembok-tembok di tengah-tengah gunung dan membangunkan kubu-kubu di atas puncak-puncak gunung yang merupakan salah satu daripada cara-cara penting untuk menyelamatkan mereka yang dizalimi daripada para penzalim.
Mereka telah membinanya sama ada dengan kekuatan fizikal mereka sendiri ataupun dengan bimbingan dan perancangan mereka. Kemudian mereka telah membuat tembok-tembok di sekeliling Bandar, kubu-kubu di tengah-tengahnya sehingga meriam-meriam bersaiz gergasi (42) yang merupakan ikhtiar terakhir dan bahtera-bahtera yang bagaikan kubu-kubu yang berlayar.
276. Page
Hatta sebagaimana Tembok Besar China yang memegang rekod sebagai tembok termasyhur di atas muka bumi dan merangkumi jarak sejauh beberapa hari dibina untuk menghentikan serangan dan pencerobohan kaum-kaum ganas dan bangsa-bangsa penjarah yang dipanggil Yakjuj Makjuj menurut lisan al-Quran dan menurut ungkapan lain pada lidah sejarah iaitu kaum Manchuria dan Mongolia dan yang beberapa kali menghuru-harakan alam manusia dan muncul dari sebalik gunung ganang Himalaya ke atas bangsa-bangsa dizalimi di India dan China, maka telah dibina satu tembok yang panjang di tengah-tengah dua gunung yang hampir dengan banjaran Himalaya dan menjadi penghalang serangan-serangan yang berterusan yang banyak oleh kaum-kaum ganas, demikianlah juga telah dibina tembok dengan usaha dan bantuan daripada maharaja Iran lama yang seperti Dzul Qarnain di Derbend di pergunungan Kafkas untuk menghentikan serangan kaum Tatar yang suka menjajah dan menjarah.
Terdapat banyak tembok yang seperti ini. Oleh sebab al-Quran al-Hakim berbicara dengan seluruh manusia, maka walaupun secara zahir ia menyebutkan satu peristiwa kecil, namun ia berbicara sambil memperingatkan semua peristiwa yang menyerupai peristiwa kecil itu. Justeru, bertitik tolak daripada sudut pandangan ini maka riwayat-riwayat dan aqwal mufassirin yang berkenaan Tembok dan Yakjuj dan Makjuj adalah berbeza-beza.
277. Page
Malah al-Quran al-Hakim, dari sudut munasabah kalam, ia berpindah daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang jauh (jaraknya). Orang yang tidak memikirkan munasabah ini menyangka bahawa zaman bagi dua peristiwa ini adalah hampir kepada satu sama lain.
Justeru, perkhabaran tentang keruntuhan Tembok dan meletusnya qiamat oleh al-Quran bukanlah dari sudut kedekatan masa, bahkan adalah kerana dua nuktah pada sudut kemunasabah kalam. Yakni sebagaimana tembok tersebut akan runtuh, dunia juga akan runtuh.
Malah sebagaimana gunung-ganang yang merupakan tembok-tembok fitrah ciptaan Allah yang kukuh hanya akan runtuh seiring dengan meletusnya qiamat, demikianlah juga tembok itu, kukuh seperti gunung, hanya ia akan menjadi tanah dan rata dengan kehancuran dunia.
Ia bermakna, walaupun perubahan masa melakukan kemusnahan sekalipun, kebanyak tembok itu akan kekal kukuh. Ya, tembok Besar China yang dikira sebagai salah satu tembok daripada keseluruhan tembok Dzul Qarnain masih teguh berdiri walaupun telah berdiri selama ribuan tahun. Ia dibaca sebagai satu baris panjang yang besar, membatu dan bermakna daripada sejarah silam yang ditulis dengan tangan manusia di atas lembaran muka bumi.
278. Page
Soalan Ketiga Kalian: Berkenaan peristiwa Nabi Isa ‘Alaihis Salam membunuh Dajjal, maka (penjelasan) dalam Maktub Pertama serta Maktub Kelima Belas merupakan satu jawapan yang sangat ringkas dan mencukupi untuk kalian.
[بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ] وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Saudara-saudaraku Ustaz Sabri dan Hafiz Ali yang mulia, benar, rela berkorban dan setia.
Ketika soalan penting kalian berkenaan lima perkara ghaib (al-mughayyabat al-khamsah) dalam ayat di penghujung surah Luqman mahukan satu jawapan yang tuntas, namun malang sekali, keadaan rohku masa ini dan keadaan fizikalku tidak bersedia untuk menulis jawapan itu. Cuma, kami akan mengisyaratkan secara amat ringkas kepada dua noktah yang telah disentuh oleh soalan kalian.
279. Page
Maksud soalan kalian ini memperlihatkan bahawa al-mughayyabat al-khamsah iaitu waktu turunnya hujan dan jantina janin di dalam rahim ibu telah disanggah oleh ahli ilhad dalam bentuk kritikan. Mereka telah berkata: Melalui satu alat di balai-balai cerap (kaji cuaca) waktu turunnya hujan dapat diketahui. Perkara itu, yang selain Allah juga boleh tahu. Malah melalui sinaran-X (X-Ray) boleh diketahui jantina janin di dalam rahim ibu sama ada lelaki atau perempuan. Ini bermakna al-mughayyabat al-khamsah ini boleh diketahui.
Jawapan: Oleh sebab waktu turunnya hujan adalah tidak terikat dengan mana-mana kaedah, maka salah satu rahsia hikmah bagi hakikat bahawa hujan itu terikat secara langsung dengan keinginan khusus Ilahi dan mengikut kehendak khusus pada khazanah rahmat ialah hakikat yang paling penting dan mahiyyah yang paling bernilai di alam semesta ialah kewujudan, kehidupan, nur dan rahmat. Empat perkara ini memandang secara langsung tanpa tabir dan tanpa perantara kepada qudrat Ilahi dan keinginan khusus Ilahi. Sebab-sebab zahir pada semua ciptaan Ilahi yang lain menjadi tabir kepada urusan qudrat.
280. Page
Aturan-aturan, undang-undang dan kaedah-kaedah yang bertentangan menjadi suatu tahap hijab kepada iradah dan keinginan. Tetapi tabir-tabir itu tidak diletakkan pada kewujudan, kehidupan nur dan rahmat.
Rahsia hikmah tabir-tabir itu tidak berlansung/ terpakai pada keempat-empat perkara itu. Memandangkan hakikat paling penting dalam kewujudan ialah kehidupan dan rahmat, maka hujan ialah sumber dan paksi rahmat bahkan mata air rahmat/ rahmat itu sendiri. Maka sudah tentu, perantara-perantara tidak akan menjadi tabir.
Kaedah dan keadaan statik juga tidak akan menutup keinginan khusus Ilahi. Ini supaya semua orang sentiasa terpaksa bersyukur, mengabdikan diri, meminta dan berdoa setiap masa dalam setiap perkara. Sekiranya empat perkara ini berada dalam satu kaedah, nescaya pintu syukur dan harap yang akan disandarakan kepada kaedah itu akan tertutup. Adalah dimaklumi betapa bermanfaatnya matahari ketika ia terbit. Sedangkan oleh sebab ia mengikut satu kaedah yang tersusun, maka doa tidak dipanjatkan supaya ia muncul dan kesyukuran tidak dizahirkan kerana kemunculannya. Oleh sebab ilmu manusia mengetahui bahawa matahari akan terbit pada esaok hari menurut kaedah itu, maka ia tidak dikira daripada perkara yang ghaib.
281. Page
Tetapi, oleh sebab perincian hujan tidak mengikut mana-mana kaedah, maka manusia sentiasa terpaksa berlindung ke hadrat Ilahi menerusi raja’ (harapan) dan doa. Oleh sebab ilmu manusia tidak boleh menentukan waktu hujan turun, maka mereka menerimanya sebagai satu nikmat yang khusus hanya daripada khazanah rahmat lalu mereka benar-benar mensyukurinya.
Justeru, ayat ini memasukkan waktu turun hujan sebagai salah satu daripada al-mughayyabat al-khamsah daripada sudut ini. Menentukan waktu hujan setelah memantau mukadimah-mukadimah hujan menggunakan alat-alat di pejabat-pejabat kaji cuaca bukanlah mengetahui perkara ghaib, bahkan keluar daripada alam ghaib lalu mengetahui dengan cara mengkaji sebahagian mukadimah pada masa mendekati alam syahadah.
Sebagaimana perkara ghaib yang paling tersembunyi dapat diketahui sedikit dengan al-hiss qabla al-wuqu’ semasa ia telah tiba ataupun setelah hamper, namun ia bukanlah mengetahui perkara ghaib. Bahkan ia adalah mengetahui apa yang diwujudkan ataupun muqarrab al-wujud (hampir diwujudkan).
282. Page
Hatta aku sendiri kadang-kadang dapat merasakan hujan akan tiba dua puluh empat jam sebelumnya menerusi satu kepekaan pada anggota tubuhku. Ini bermakna hujan mempunyai mukadimah dan permulaannya. Permulaan-permulaan itu memperlihatkan dirinya dari jenis kebasahan dan memberitahu ketibaan hujan selepasnya. Keadaan ini adalah sama seperti kaedah yakni ia menjadi satu wasilah kepada kesampaian kepada sesuatu perkara yang belum memasuki alam syahadah yang telah keluar daripada ilmu manusia. Tetapi mengetahui waktu turun hujan yang masih belum menginjakkan kaki kea lam syahadah dan belum keluar daripada rahmat khusu menerusi suatu kehendak khusus adalah terkhusus kepada al-‘Allam al-ghuyub.
Berbaki lagi masalah kedua: mengetahui jantina anak di dalam rahim ibu sama ada lelaki atau perempuan melalui Sinar-X (X-ray)tidak menafikan makna ghaib bagi ayat [وَ يَعْلَمُ مَا ف۪ى الْاَرْحَامِ].
Ini kerana kehendak ayat ini bukanlah hanya jantina lelaki atau perempuan janin itu bahkan ialah permulaan-permulaan tentuan kehidupan yang menjadi paksi persiapan khusus anak itu dan keadaan yang akan diperolehnya padasa depan hatta tanda Samadiyyah yang sangat menakjubkan pada wajahnya, maka mengetahui anak itu dalam bentuk yang sebegitu adalah terkhusus pada ilmu al-‘Allam al-Ghuyub.
283. Page
Justeru sekiranya fikiran manusia yang seumpama sinar-x bersatu, maka ia tetap tidak akan dapat membongkar walaupun hanya rupa wajah hakiki anak yang mempunyai tanda pembeza yang tersendiri berbanding dengan seluruh batang tubuh manusia. Apatah lagi untuk kesatuan itu membongkar rupa maknawi pada persediaannya yang seratus kali ganda lebih menakjubkan berbanding dengan rupa wajahnya.
Pada permulaan kami telah menegaskan bahawa kehidupan dan rahmat ialah dua hakikat yang paling penting di alam semesta ini dan maqam yang paling penting juga ialah maqam keduanya. Justeru kerana itu, salah satu rahsia bagi tumpuan keduanya kepada iradah khusus, rahmat khusus dan keinginan khusus dengan seluruh kehalusan dan perincian hakikat kehidupan yang lengkap itu ialah oleh sebab kehidupan merupakan sumber dan paksi kesyukuran, pengabdian dan tasbih dengan semua peralatan dan sudutnya maka kestatikan dan kekaedahan yang merupakan hijab kepada iradah yang khusus dan perantara zahir yang merupakan tabir kepada rahmat yang khusus tidak diletakkan.
Terdapat dua tajalli al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala pada rupa maddi dan maknawi anak-anak yang berada dalam rahim ibu:
284. Page
Pertama: Dia memperlihatkan Wahdah, Ahadiyyah dan Samadiyyah-Nya di mana walaupun anak itu bersamaan dan bertepatan dengan manusia lain dari segi anggota asas dan jenis peralatan keinsanan, namun dia menjadi saksi kepada wahdah al-Khaliq dan as-Sani’. Melalui lidah ini, janin itu berteriak: Sesiapa juga yang memberikanku wajah dan anggota-anggota ini, maka Dialah juga as-Sani’ (Pencipta) semua manusia yang menyerupaiku dari segi semua anggota-anggota asas. Malah Dialah juga as-Sani’ (Pencipta) sekalian makhluk bernyawa.
Justeru, lidah janin yang di dalam rahim ibu ini bukanlah perkara yang ghaib bahkan ia merupakan perkara yang dimaklumi kerana ia adalah menurut kaedah, ittira’ dan jenis dan boleh diketahui. Ia merupakan satu ranting dan satu lidah yang telah masuk daripada alam syhadah ke alam ghaib.
Sudut Kedua: Dia berteriak dan memperlihatkan melalui lidah rupa persediaan khusus dan rupa wajah peribadinya itu bahawa pilihan, iradah, keinginan dan rahmat khusus as-Sani’ tidak tertakluk di bawah mana-mana peraturan.
285. Page
Tetapi lidah ini datang daripada ghaib al-ghaib. Selain daripada ilmu Azali tidak dapat melihatnya sebelum ia wujud dan tidak dapat menguasainya. Dengan terlihatnya salah satu peralatan daripada seribu bagi rupa ini ketika masih di dalam rahim ibu tidak akan diketahui.
Kesimpulan: Pada rupa persediaan dan rupa wajah janin terdapat bukan sahaja dalil wahdaniyyah malah terdapat hujah pilihan dan iradah Ilahi. Sekiranya al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala memberi keizinan, insya Allah akan ditulis beberapa nuktah berkenaan al-Mughayyabat al-khamsah. Buat masa ini, keadaan dan masaku tidak mengizinkan selebihnya maka aku tamatkan.
اَلْبَاقِى هُوَ الْبَاقِى
Saîd Nursî
286. Page
بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ] وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪]
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Wahai Saudaraku Ra’fat yang mulia,benar dan teruja!
Kamu bertanyakan tentang al-Lataif al-‘Asyarah di dalam suratmu. Oleh sekarang ini bukanlah zaman mengajar tariqat, maka terdapat karya-karya berkenaan al-Lataif al-‘Asyarah oleh para muhaqqiq dalam Tariqat Naqsyibandi. Buat masa ini, tugas kita ialah membongkar rahsia-rahsia al-Quran. Bukannya menakalkan permasalahan-permasalahan yang sedia ada.
Janganlah berkecil hati. Aku tidak dapat memberikan perinciannya. Cuma aku boleh nyatakan sekadar berikut/ seperti ini:
Imam Rabbani mengungkapkan al-Lataif al-‘Asyarah sebagai satu latifah keinsanan yang sesuai dengan unsur itu daripada satu unsur daripada hati, roh, sir, khafi,akhfa dan unsur yang empat pada manusia, lalu telah membahaskan secara mujmal tentang peningkatan-peningkatan dan keadaan satu latifah pada tiap-tiap martabat sayr dan suluk.
287. Page
Aku melihat pada diriku sendiri bahawa terdapat banyak lataif pada mahiyyah lengkap dan persediaan kehidupan manusia. Ia telah mengisytiharkan sepuluh daripadanya. Hatta para hukama’ dan ulma’ Zahiriyyun juga telah menjadikan lataif yang sepuluh itu melalui lima deria zahir dan lima deria batin yang merupakan jendela ataupun contoh bagi sepuluh latifah itu dalam bentuk yang lain sebagai asas kepada hikmah mereka. Hatta sepuluh latifah manusia yang telah dikenali di kalangan orang awam dan khawas adalah sesuai dengan sepuluh latifah ahli Tariqat.
Sekiranya latifah-latifah seperti hati, roh dan kekuatan syahwat seperti sanubari, anggota, perasaan, akal, hawa, kekuatan syahwat kekuatan kemarahan disandarkan kepada lataif, hati, roh, rahsia, maka ia akan memperlihatkan lataif yang sepuluh dalam bentuk yang berbeza. Selain daripada lataif ini, terdapat banyak lagi lataif lain seperti saiqah, syaiqah dan al-hiss qabla al-wuqu’. Sekiranya ditulis hakikat berkenaan permasalahan ini, maka aia akan menjadi panjang, namun oleh sebab masaku juga terbatas, maka aku terpaksa memendekkannya.
288. Page
Soalan kedua kamu yang berkaitan perbahasan makna ismi dan makna harfi, sebagaimana ia telah diterangkan pada permulaan semua kitab nahu dan tatabahasa, di dalam risalah-risalah ilmu hakikat yang bernama Kalimah-kalimah dan Surat-surat terdapat penerangan-penerangan yang memadai melalui perumpamaan-perumpamaan.
Terhadap seseorang yang teliti sepertimu, penerangan yang lebih menjadi lebihan. Apabila kamu memandang kepada cermin, sekiranya kamu memandang cermin untuk melihat kaca, maka kamu akan melihat kaca secara kasat. Ra’fat di dalamnya hanya ikutan, menyentuh pandangan secara tidak langsung. Sekiranya tujuan kamu memandang cermin untuk memerhatikan rupamu yang mubarak, maka kamu akan nampak Re’fet yang menawan. Kamu akan berkata: اَحْسَنُ الْخَالِقِينَ اللّٰهُ فَتَبَارَكَ. Kaca cermin akan menjadi ikutan. Ia menyentuh pandangan secara tidak langsung.
Justeru, kaca cermin dalam gambaran pertama ialah makna ismi. Re’fet menjadi makna harfi. Kaca cermin dalam gambaran kedua ialah makna harfi. Yakni ia tidak dipandang untuk dirinya sendiri, bahkan dipandang demi makna lain dan apa yang di daklamnya ialah pantulan. Pantulan pula ialah makna ismi. Yakni ia termasuk dalam takrifan nama iaitu[دَّلَ عَلَى مَعْنًى ف۪ى نَفْسِهِ] pada satu sudut. Adapun cermin menjadi pembenaran kepada takrifan harf iaitu [دَّلَ عَلَى مَعْنًى ف۪ى غَيْرِهِ].
289. Page
Melalui Pandangan al-Quran, seluruh maujudat alam semesta ialah huruf, mengifadahkan makna yang selainnya menerusi makna harfi. Yakni, maujudat itu memberitahu tentang nama-nama dan sifat-sifat al-Khaliq alam semesta. Kebanyakan falsafah yang tidak mempunyai roh pula memandang dengan makana isim maka mereka melencong ke lumpur falsafah alam semula jadi. Walau bagaimanapun, sekarang ini aku tidak mempunyai masa untuk bercakap banyak. Hatta bahagaian terakhir faharasat yang paling penting dan paling mudah pun aku belum sempat menulisnya.
Saîd Nursî