Kilauan Kesebelas

118. Page

Kilauan Kesebelas

Mirqat as-Sunnah dan Penawar Penyakit Bid’ah

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

لَقَدْ جَائَكُمْ رَسُولٌ مِنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ الٓخره

 

Maqam Pertama ayat di atas ialah Manhaj as-Sunnah dan Maqam Keduanya ialah Mirqat as-Sunnah (Peringkat Sunnah).

Di sini akan diterangkan secara ringkas tentang sebelas noktah daripada ratusan noktah bagi dua ayat agung: 

(فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ اللّٰهُ لَااِلٰهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ)

(اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ]. 

Nuktah Pertama: Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

 [مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ اُمَّتِى فَلَهُ اَجْرُ مِاَةِ شَهِيدٍ] 

Yakni, “Sesiapa yang berpegang teguh dengan Sunnahku di waktu kerosakan umatku, maka dia boleh memperoleh pahala seratus orang syahid.”



119. Page

Ya, mengikuti Sunnah yang luhur adalah sangat berharga secara mutlak. Malah mengikuti sunnah yang luhur terutamanya pada zaman bid’ah berleluasa adalah lebih tinggi nilainya. Memelihara satu adab kecil bagi Sunnah yang luhur terutamanya pada zaman kerosakan umat, menjadikan pengamalnya merasai satu ketaqwaan yang penting dan keimanan yang teguh. Mengikuti Sunnah yang luhur secara langsung mengingatkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ingatan yang datang daripada peringatan itu boleh berubah menjadi ingatan kepada hadrat Ilahi. Hatta dalam muamalah yang paling kecil, hatta ketika memelihara Sunnah yang luhur dalam adab-adab makan, minum dan tidur. Maka muamalah yang biasa dan amalan fitrah itu menjadi satu ibadah yang berpahala dan satu tindakan yang mengikut syarak.

Kerana melalui tindakannya yang biasa itu, dia memikirkan bahawa dia mengikuti Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan membayangkan bahawa ia merupakan satu adab syariat dan terlintas di hatinya bahawa  bagindalah menjadi pemilik syariat. Dari sana, hatinya menghadap kepada al-Haq Subhanahu wa Taala yang merupakan Pensyariat sebenar lalu memperoleh sejenis ketenangan dan ibadah.

Justeru, daripada rahsia ini, orang yang menjadikan perbuatan mengikut sunnah sebagai adat kebiasaan kepada dirinya sendiri, maka ia mengubah adatnya kepada ibadah dan boleh menjadikan seluruh umurnya berbuah dan mendatangkan pahala.



120. Page

Nuktah Kedua: Imam Rabbani Ahmad Faruqi berkata: Ketika aku melintasi tingkatan maratib (peringkat-peringkat) dalam perjalanan rohani, aku mendapati bahawa di kalangan tingkatan para wali yang paling bersinar, paling hebat, paling latif dan paling selamat adalah mereka yang menjadikan ittiba’ as-sunnah sebagai asas tarekat. Bahkan para wali awam dalam tingkatan ini adalah kelihatan lebih hebat berbanding dengan wali-wali khusus tingkatan yang lain. Ya, Mujaddid alaf kedua, Imam Rabbani menyatakan perkara yang benar. Orang yang menjadikan Sunnah yang luhur sebagai asas akan mendapat maqam mahbubiyyah di bawah naungan Habibullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Nuktah Ketiga: Said yang fakir ini, sewaktu berusaha keluar daripada Said Lama, akal dan hatiku yang berada di dalam satu badai maknawi yang sangat dahsyat lantaran tiada pedoman dan keangkuhan nafsu ammarah berbolak-balik di antara hakikat-hakikat. Kedua-duanya tergoncang di dalam turun dan naik yang terkadang dari kejora ke bumi dan terkadang dari bumi ke kejora. Justeru, pada masa itu aku menyaksikan bahawa masalah-masalah Sunnah yang luhur, hatta tiap-tiap adabnya yang kecil adalah bagaikan kompas arah kiblat yang memperlihatkan jalur pergerakan dalam kapal yang berlayar dan masing-masing bagaikan suis-suis lampu di atas jalan bermudarat dan gelita yang tiada batasan.



121. Page

Malah dalam perjalanan rohani itu, sewaktu aku melihat diriku dalam keadaan dibebankan dengan bebanan yang sangat berat di bawah banyak tekanan, setiap kali aku mengikut perkara-perkara Sunnah yang luhur yang menyentuh keadaan itu, aku merasai suatu keringanan bagaikan ia mengangkat semua rasa beratku. Dengan satu penyerahan, aku terselamat daripada keraguan, rasa was-was dan kerisauan-kerisauan seperti “benarkah tindakan seperti ini?”, “adakah ia memberi kebaikan?” Setiap kali aku menarik tanganku (daripada berpaut dengan sunnah) maka aku dapati bahawa tekanan adalah sangat banyak dan terdapat banyak jalan yang tidak diketahui ke manakah arahnya. Bebanan berat sementara aku sangat lemah. Pandanganku juga terbatas dan jalan pula gelap. Maka setiap kali aku berpaut pada Sunnah, maka aku merasakan suatu keadaan seolah-olah jalan bercahaya, dan kelihatan sebagai jalan yang selamat, bebanan menjadi ringan dan tekanan sudah diangkat. Maka pada masa itu, aku mengakui secara penyaksian terhadap pandangan Imam Rabbani.

122. Page

Kilauan Kesebelas

Mirqat as-Sunnah dan Penawar Penyakit Bid’ah

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

لَقَدْ جَائَكُمْ رَسُولٌ مِنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ الٓخره

 

Maqam Pertama ayat di atas ialah Manhaj as-Sunnah dan Maqam Keduanya ialah Mirqat as-Sunnah (Peringkat Sunnah).

Di sini akan diterangkan secara ringkas tentang sebelas noktah daripada ratusan noktah bagi dua ayat agung: 

(فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ اللّٰهُ لَااِلٰهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ)

(اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ]. 

Nuktah Pertama: Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

 [مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ اُمَّتِى فَلَهُ اَجْرُ مِاَةِ شَهِيدٍ]

123. Page

Yakni, “Sesiapa yang berpegang teguh dengan Sunnahku di waktu kerosakan umatku, maka dia boleh memperoleh pahala seratus orang syahid.”

Ya, mengikuti Sunnah yang luhur adalah sangat berharga secara mutlak. Malah mengikuti sunnah yang luhur terutamanya pada zaman bid’ah berleluasa adalah lebih tinggi nilainya. Memelihara satu adab kecil bagi Sunnah yang luhur terutamanya pada zaman kerosakan umat, menjadikan pengamalnya merasai satu ketaqwaan yang penting dan keimanan yang teguh. Mengikuti Sunnah yang luhur secara langsung mengingatkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ingatan yang datang daripada peringatan itu boleh berubah menjadi ingatan kepada hadrat Ilahi. Hatta dalam muamalah yang paling kecil, hatta ketika memelihara Sunnah yang luhur dalam adab-adab makan, minum dan tidur. Maka muamalah yang biasa dan amalan fitrah itu menjadi satu ibadah yang berpahala dan satu tindakan yang mengikut syarak.



124. Page

Kerana melalui tindakannya yang biasa itu, dia memikirkan bahawa dia mengikuti Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan membayangkan bahawa ia merupakan satu adab syariat dan terlintas di hatinya bahawa  bagindalah menjadi pemilik syariat. Dari sana, hatinya menghadap kepada al-Haq Subhanahu wa Taala yang merupakan Pensyariat sebenar lalu memperoleh sejenis ketenangan dan ibadah.

Justeru, daripada rahsia ini, orang yang menjadikan perbuatan mengikut sunnah sebagai adat kebiasaan kepada dirinya sendiri, maka ia mengubah adatnya kepada ibadah dan boleh menjadikan seluruh umurnya berbuah dan mendatangkan pahala.

Nuktah Kedua: Imam Rabbani Ahmad Faruqi berkata: Ketika aku melintasi tingkatan maratib (peringkat-peringkat) dalam perjalanan rohani, aku mendapati bahawa di kalangan tingkatan para wali yang paling bersinar, paling hebat, paling latif dan paling selamat adalah mereka yang menjadikan ittiba’ as-sunnah sebagai asas tarekat. Bahkan para wali awam dalam tingkatan ini adalah kelihatan lebih hebat berbanding dengan wali-wali khusus tingkatan yang lain. Ya, Mujaddid alaf kedua, Imam Rabbani menyatakan perkara yang benar. Orang yang menjadikan Sunnah yang luhur sebagai asas akan mendapat maqam mahbubiyyah di bawah naungan Habibullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.



125. Page

Nuktah Ketiga: Said yang fakir ini, sewaktu berusaha keluar daripada Said Lama, akal dan hatiku yang berada di dalam satu badai maknawi yang sangat dahsyat lantaran tiada pedoman dan keangkuhan nafsu ammarah berbolak-balik di antara hakikat-hakikat. Kedua-duanya tergoncang di dalam turun dan naik yang terkadang dari kejora ke bumi dan terkadang dari bumi ke kejora. Justeru, pada masa itu aku menyaksikan bahawa masalah-masalah Sunnah yang luhur, hatta tiap-tiap adabnya yang kecil adalah bagaikan kompas arah kiblat yang memperlihatkan jalur pergerakan dalam kapal yang berlayar dan masing-masing bagaikan suis-suis lampu di atas jalan bermudarat dan gelita yang tiada batasan.

Malah dalam perjalanan rohani itu, sewaktu aku melihat diriku dalam keadaan dibebankan dengan bebanan yang sangat berat di bawah banyak tekanan, setiap kali aku mengikut perkara-perkara Sunnah yang luhur yang menyentuh keadaan itu, aku merasai suatu keringanan bagaikan ia mengangkat semua rasa beratku. Dengan satu penyerahan, aku terselamat daripada keraguan, rasa was-was dan kerisauan-kerisauan seperti “benarkah tindakan seperti ini?”, “adakah ia memberi kebaikan?” Setiap kali aku menarik tanganku (daripada berpaut dengan sunnah) maka aku dapati bahawa tekanan adalah sangat banyak dan terdapat banyak jalan yang tidak diketahui ke manakah arahnya. Bebanan berat sementara aku sangat lemah. Pandanganku juga terbatas dan jalan pula gelap. Maka setiap kali aku berpaut pada Sunnah, maka aku merasakan suatu keadaan seolah-olah jalan bercahaya, dan kelihatan sebagai jalan yang selamat, bebanan menjadi ringan dan tekanan sudah diangkat. Maka pada masa itu, aku mengakui secara penyaksian terhadap pandangan Imam Rabbani. 



126. Page

Nuktah Keempat: Suatu masa, dalam satu keadaan rohani yang datang daripada rabitatul maut (mengingati mati), pembenaran akan dakwaan (اَلْمَوْتُ حَقٌّ) dan daripada kelenyapan serta kefanaan alam, aku mendapati diriku berada di sebuah alam yang ajaib. Aku perhatikan bahawa aku adalah sekujur jenazah. Aku berada di depan tiga jenazah yang besar. 

Jenazah Pertama: Aku bagaikan sebatang batu nisan di depan jenazah maknawi berbentuk mahluk-makhluk bernyawa yang masuk ke dalam pusara masa lalu yang berkaitan dengan kehidupanku.

Jenazah Kedua: Aku bagaikan satu noktah yang terpadam dengan cepat dan seekor semut yang tidak lama akan mati yang berada di permukaan kurun ini yang merupakan batu nisan di perkuburan bebola bumi, di depan jenazah agung semua jenis makhluk hidup yang berkaitan dengan kehidupan bangsa manusia yang ditanam ke pusara masa lalu.

Jenazah Ketiga: Oleh sebab kematian alam semesta ini pada hari kiamat adalah kejadian yang benar, maka pada pandanganku, ia bagaikan sudah berlaku. Di samping aku melihat diriku sendiri di dalam keadaan ketakutan daripada keadaan sakarat jenazah besar itu dan aku terkedu serta kehairanan dengan kematiannya, kematianku yang pasti berlaku pada masa hadapan juga kelihatan bagaikan sudah berlaku pada masa itu. Maka dengan rahsia [فَاِنْ تَوَلَّوْا] hingga akhir ayat, semua maujudat, semua kekasih berpaling ke belakang seiring dengan kematianku lalu meninggalkanku. Mereka membiarkanku sendirian. Rohku dibawa ke masa hadapan di sebelah keabadian yang berupa sebuah lautan yang tiada tepian. 



127. Page

Mahu tidak mahu, aku dicampak ke dalam lautan itu. Justeru, dalam keadaan yang sangat aneh dan sangat menyedihkan itu, dengan bantuan yang datang daripada keimanan dan al-Quran, ayat [فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ اللّٰهُ لَااِلٰهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ] datang membantuku dan berubah menjadi sebuah bahtera yang sangat aman dan selamat. Dengan penuh keamanan dan kegembiraan, rohku masuk ke dalam ayat itu. Ya, aku fahami bahawa selain daripada makna sarih (makna yang jelas) ayat itu, satu makna isyarinya (makna yang tersembunyi) menghiburkanku lalu aku mendapat ketenangan dan ia menganugerahkan sakinah kepadaku.

Ya, sebagaimana makna sarih ayat berkata kepada Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Sekiranya golongan sesat berpaling ke belakang lalu menghindari syariat dan sunnahmu dan tidak mendengarkan al-Quran, janganlah engkau bimbang! Hendaklah kamu berkata: Allah adalah cukup bagiku. Aku bertawakkal kepada-Nya. Dia akan menghantar mereka yang mengikutinya menggantikan kalian. Takhta kesultanan-Nya meliputi setiap sesuatu. Tiada penderhaka dapat melarikan diri daripada sempadan-Nya dan tiada yang meminta bantuan terbiar tanpa bantuan!”



128. Page

Demikianlah juga menerusi makna isyarinya ayat ini berkata: “Wahai manusia dan wahai ketua dan mursyid bangsa manusia! Sekiranya seluruh maujudat meninggalkanmu lalu pergi kepada ketiadaan di jalan kefanaan, sekiranya makhluk-makhluk yang bernyawa memisahkan diri daripadamu lalu berlari di atas jalan kematian, sekiranya manusia meninggalkanmu lalu masuk ke dalam pusara, sekiranya mereka yang lalai dan sesat tidak mendengarkanmu lalu terjerumus ke dalam kegelapan, maka janganlah engkau bimbang! Katakanlah: Allah adalah cukup bagiku. Memandangkan Dia ada, maka semua ada. Dalam keadaan itu, mereka yang pergi, tidak pergi kepada ketiadaan. Mereka pergi ke Negara-Nya yang lain. Dan sebagai gantian kepada mereka, Pemilik Arasy yang Agung itu akan menghantar pasukan tentera dan askar-Nya yang lain yang tidak terhitung banyaknya.

Mereka yang masuk ke dalam pusara tidak binasa. Mereka pergi ke sebuah alam lain. Sebagai gantian mereka, Dia akan menghantar para petugas yang lain dan sebagai ganti kepada mereka yang terjerumus dalam kesesatan, Dia boleh menghantar para hamba-Nya yang taat yang akan menyusuri jalan kebenaran.”



129. Page

Ia berkata: “Memandangkan begitu, Dia adalah ganti kepada setiap perkara. Semua perkara tidak boleh menjadi ganti kepada satu tawajuh-Nya.

Justeru, dengan perantaraan makna isyari ini, tiga jenazah dahsyat yang menakutkanku berubah menjadi bentuk yang lain. Yakni, ia adalah satu perjalanan, satu permusafiran, satu perlepasan dan penugasan di dalam bentuk persiaran yang memberi hikmah, putaran yang memberi iktibar dan sebuah perjalanan yang mempunyai tugasan di bawah pentadbiran dan rububiyyah serta di dalam hikmah dan rahmat Dzat Dzul Jalal yang al-Hakim, ar-Rahim, al-‘Adil dan al-Qadir, maka begitulah alam semesta ini tergoncang datang dan pergi seperti ini.

Nuktah Kelima: Ayat agung [قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ] mengumumkan betapa mengikut sunnah adalah sangat penting dan perlu dalam bentuk yang sangat pasti. Ya, di antara qias-qias ilmu mantiq, ayat suci ini merupakan satu qias yang paling kuat dan pasti (qat’i) bagi qias istisnai (pengecualian). Ia seperti berikut: Menurut ilmu mantiq, sebagai contoh bagi qias istisnai dikatakan seperti berikut: “Sekiranya matahari terbit, maka akan berlaku siang.” Untuk kesimpulan yang musbat (positif) dikatakan: “matahari telah terbit.” Oleh itu ia menyimpulkan bahawa, “sekarang ialah waktu siang.” Untuk kesimpulan yang manfi (negatif), dikatakan: “sekarang bukan siang.” Oleh itu ia menyimpulkan bahawa “matahari belum terbit.” Menurut ilmu mantiq, dua natijah musbat dan manfi ini adalah qat’i. Sama seperti itu juga: Ayat suci ini berkata:



130. Page

Sekiranya ada rasa cinta kalian kepada Allah, maka kalian wajib mengikuti Habibullah. Sekiranya baginda tidak diikuti, maka kesimpulannya tiada rasa cinta kalian kepada Allah. Sekiranya ada rasa cinta kepada Allah, maka ia menatijahkan ittiba’ (pengikutan) Sunnah luhur Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ya, yang beriman kepada Allah Taala pastinya akan mentaati-Nya. Di antara jalan-jalan ketaatan yang paling maqbul, paling lurus dan yang paling singkat, tiada kesangsian lagi ialah jalan yang diperlihatkan dan diikuti oleh Habibullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Ya, sesungguhnya Dzat al-Karim Dzul Jamal yang memenuhkan alam semesta ini dengan pemberian nikmat sebanyak ini secara pasti dan jelas meminta ke atas yang mempunyai kesedaran untuk bersyukur terhadap nikmat-nikmat itu. Malah, sudah pasti dan secara jelas Dzat al-Karim Dzul Jalal itu yang menghias alam semesta ini dengan mukjizat ciptaan berseni-Nya yang setahap ini akan mencipta seorang mukhatab, penterjemah kepada Dzat-Nya dan seorang penyampai dan imam kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan makhluk yang mempunyai kesedaran. Malah, sudah pasti dan secara jelas Dzat al-Jamil Dzul Kamal itu yang menganugerahkan alam semesta ini dengan tajalli keindahan dan kesempurnaan-Nya yang tidak terbatas dan tidak terhitung akan memberikan pastinya satu keadaan ubudiyyah yang paling sempurna kepada individu yang menjadi miqyas (kayu ukur), paksi paling lengkap dan sempurna bagi keindahan, kesempurnaan, nama-nama dan hasil seni yang dicintai-Nya dan mahu dizahirkan-Nya. Serta Dia akan menjadikan keadaan baginda sebagai teladan ketaatan kepada semua yang lain lalu mendorong semua yang lain supaya mengikutinya. Ini supaya keadaan yang baik itu turut kelihatan pada yang lain juga. 



131. Page

Kesimpulan: Mahabbatullah memastikan dan menatijahkan ittiba’ Sunnah yang luhur. Alangkah bahagianya sesiapa yang banyak habuannya daripada mengikuti Sunnah yang luhur. Celakalah sesiapa yang tidak menghargai Sunnah yang luhur lalu masuk ke dalam perkara-perkara bid’ah.

Nuktah Keenam: Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: 

[كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ ف۪ى النَّارِ]

Yakni, tindakan tidak menyukai asas-asas syariat yang terang dan Sunnah yang luhur, serta pengubahan dengan perbuatan yang baharu setelah menjadi lengkap dan mencapai kesempurnaannya, dengan rahsia ayat: [اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ], ataupun mewujudkan perkara-perkara bid’ah yang menimbulkan rasa bahawa ia tidak lengkap -hasya wa kalla- merupakan kesesatan dan neraka. 



132. Page

Sunnah yang luhur mempunyai martabat-martabatnya. Satu bahagiannya adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan. Bahagian itu diterangkan melalui perincian-perincian syariat yang terang. Perkara-perkara itu dinamakan Muhkamat yang tidak boleh ditukar ganti dari mana-mana sudut.

Satu bahagiannya lagi ialah dari jenis nafilah (sunat). Bahagian nafilah pula terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagiannya ialah sunnah-sunnah luhur yang merujuk kepada ibadah. Itu semua juga sudah dijelaskan dalam kitab-kitab syariat. Mengubahnya adalah bid’ah.

Bahagian yang satu lagi dinamakan adab-adab yang disebutkan dalam kitab-kitab Sirah yang mulia. Menyalahi adab-adab itu tidak dinamakan bid’ah. Namun, ia dikira sebagai suatu pertentangan dengan adab-adab kenabian dan dikira tidak beristifadah daripada cahayanya dan adab sebenar itu. Bahagian ini pula mengikut kepada tindak-tanduk Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang dimaklumi secara mutawatir dari segi uruf, adat dan muamalah yang fitri.



133. Page

Sebagai contoh: terdapat banyak Sunnah luhur yang memperlihatkan adab-adab bercakap, menerangkan tatacara adab-adab dalam keadaan seperti makan, minum dan berbaring serta yang berkaitan dengan pergaulan. Sunnah-sunnah dalam kategori ini dinamakan adab. Tetapi orang yang mengikut adab-adab itu mengubah adat kebiasaannya berubah menjadi ibadah dan mendapat satu limpahan maknawi yang penting daripada adab-adab itu. Pemeliharaan satu adab yang paling kecil mengingatkan kepada Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan memberikan cahaya kecil kepada hati.

Di antara sunnah luhur yang paling penting ialah sunnah-sunnah yang bergantung dengan syiar-syiar yang merupakan tanda-tanda keislaman. Syiar-syiar adalah seolah-olah satu ubudiyyah yang merujuk kepada jemaah dari jenis hak-hak umum. Sebagaimana seluruh jemaah mendapat manfaat melalui pengamalan seorang individu, maka meninggalkannya juga semua jemaah akan dipertanggungjawabkan. Perasaan riya’ tidak akan boleh memasuki syiar-syiar dari jenis ini dan ia perlu dibuat terang-terangan. Walau ia dari jenis nafilah sekalipun, ia adalah lebih utama berbanding dengan fardhu-fardhu peribadi. 



134. Page

Nuktah Ketujuh: Sunnah yang luhur ialah adab itu sendiri. Tiada satu pun daripada masalahnya yang tidak terdapat padanya satu cahaya dan satu adab di sebaliknya! Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: [اَدَّبَنِى رَبِّى فَاَحْسَنَ تَاْدِيبِى]Tuhanku menganugerahkan adab kepadaku dan memperadabkanku dalam bentuk yang baik.” Ya, sesiapa yang mengkaji dan menyelidiki Sirah Nabawi dan mengetahui Sunnah yang luhur, pasti akan faham bahawa Al-Haq Subhanahu wa Taala menghimpunkan jenis-jenis adab dalam diri kekasih-Nya Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Sesiapa yang meninggalkan sunnah luhur baginda akan meninggalkan adab. Dia akan menjadi pembenaran kepada kaedah [بِى اَدَبْ مَحْرُومِ بَاشَدْ اَزْ لُطْفِ رَبِّ] dan terjerumus ke dalam kebiadaban yang merugikan.

Soalan: Bagaimanakah mahu beradab kepada al-‘Allam al-Ghuyub yang mengetahui dan Nampak segala sesuatu dan tiada satu perkara pun yang dapat disembunyikan daripada-Nya? Kerana, salah satu jenis adab ialah menutup aurat dan melindungi perkara yang menimbulkan kebencian. Tidak mungkin untuk melindungi daripada al-‘Allam al-Ghuyub!



135. Page

Jawapan: Pertama: Sebagaimana as-Sani’ Dzul Jalal mahu memperlihatkan hasil seni-Nya indah dengan penuh keutamaan dan mengambil perkara-perkara yang dibenci di sebalik tabir dan menarik perhatian kepada nikmat-nikmat-Nya dari sudut Dia menghias nikmat-nikmat itu, demikianlah juga Dia mahu memperlihatkan makhluk-makhluk dan hamba-hamba-Nya indah kepada semua makhluk yang berkesedaran. Ketampakan mereka dalam keadaan-keadaan yang hodoh merupakan sejenis pengingkaran dan pertentangan adab kepada nama-nama-Nya seperti al-Jamil, al-Muzayyin, al-Latif dan al-Hakim. Justeru, adab dalam sunnah yang luhur memakai satu keadaan adab murni di dalam batas-batas nama as-Sani’ Dzul Jalal itu.

Kedua: Sebagaimana seorang doktor boleh melihat seorang anggota paling sulit bagi seorang yang bukan mahram dari sudut perubatan dan boleh diperlihatkan kepadanya ketika darurat. Ia tidak boleh dikatakan bertentangan dengan adab. Tetapi doktor itu tidak boleh memandang para bukan mahram itu melalui sifat kelelakiannya ataupun atas nama penceramah ataupun ustaz.  Adab juga tidak membenarkan wanita ajnabi untuk membuka (aurat) kepadanya. Memperlihatkan kepadanya pada aspek itu tidak sesuai dengan adab.



136. Page

Demikianlah juga as-Sani’ Dzul Jalal mempunyai banyak nama. Setiap nama mempunyai tajalli yang berbeza. Sebagai contoh: Sebagaimana nama al-Ghaffar (Maha Pengampun) mewajarkan kewujudan dosa dan nama as-Sattar (Maha Menutupi) mewajarkan kewujudan kekurangan, nama al-Jamil juga tidak mahu melihat kehodohan. Nama-nama jamaliyyah dan kamaliyyah seperti al-Latif, al-Hakim dan ar-Rahim mewajarkan maujudat berada di dalam bentuk yang baik dan keadaan yang sebaik mungkin.

Nama-nama jamaliyyah dan kamaliyyah itu pula mahu melihat keindahannya pada pandangan para malaikat, rohaniyyin, jin dan manusia dengan (memberikan) keadaan yang baik bagi maujudat dan adab-adab baik mereka. Justeru, adab-adab dalam Sunnah yang luhur merupakan isyarat, dustur dan contoh bagi adab-adab yang tinggi ini.



137. Page

Nuktah Kelapan: Setelah memperlihatkan kesempurnaan syafaqah dan puncak belas Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam terhadap umat baginda,  ayat [لَقَدْ جَائَكُمْ رَسُولٌ] yang sebelum ayat [فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ اللّٰهُ] pada permulaan sehingga akhir melalui frasa [فَاِنْ تَوَلَّوْا] berkata: “Wahai manusia! Dan wahai Umat Islam! Ketahuilah betapa tidak berhati perut dan tidak masuk akalnya perbuatan mengingkari syafaqah yang jelas bagi seorang insan yang membimbing kalian dengan syafaqahnya yang tiada batasan, menggunakan seluruh tenaganya untuk manfaat kalian, menyapu balsam dan merawat luka-luka maknawi kalian dengan hukum-hukum dan sunnah luhurnya dengan kesempurnaan syafaqahnya, namun kalian memalingkan wajah kalian daripada sunnah baginda dan hukum-hukum yang disampaikannya sehinggakan mengingkari kasih sayangnya yang dapat dilihat dengan mata itu.

Wahai rasul yang paling syafaqah dan nabi yang paling pengasih! Sekiranya mereka tidak menyedari syafaqahmu yang agung dan belas kasihmu yang besar ini kerana ketidaksiumanan mereka lalu berpaling daripadamu dan tidak mendengarkanmu, maka janganlah engkau risau!



138. Page

Dzat Dzul Jalal yang tentera langit dan bumi di bawah perintah-Nya dan menguasai kesultanan Rububiyyah di bawah singgahsana agung menyeluruh-Nya adalah cukup bagimu. Dia akan menghimpunkan kelompok-kelompok yang benar-benar taat di sekitarmu dan menyuruh mereka mendengarkanmu. Dia akan menyebabkan mereka menerima hukum-hukummu.

Ya, tiada satu pun permasalahan dalam syariat Muhammad dan Sunnah Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang tidak mempunyai banyak hikmah. Aku yang fakir ini, dengan semua kekurangan dan bersama kelemahanku mendakwa perkara ini dan sedia untuk membuktikan dakwaan ini. Malah tujuh puluh ke lapan puluh karya Risalah an-Nur dan permasalahan-permasalahan Sunnah Ahmadiyyah dan Syariat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang ditulis sehingga kini menjadi tujuh puluh ke lapan puluh saksi yang benar betapa ia adalah sangat berhikmah dan benar (mempunyai hakikat).



139. Page

Sekiranya ada kemampuan untuk ditulis berkenaan dengan tajuk ini, bukan tujuh puluh, bahkan tujuh ribu risalah juga tidak akan mampu menghabiskan hikmah-hikmah itu.

Malah aku sendiri pada diriku secara musyahadah serta dzauq, bahkan aku mempunyai ribuan pengalaman, maka kau mengumumkan bahawa  aku meyakini bahawa permasalahan-permasalahan syariat dan dustur-dustur sunnah yang luhur, setiap satunya adalah penawar yang sangat bermanfaat bagi penyakit-penyakit rohani, akal dan hati terutamanya bagi penyakit-penyakit kemasyarakatan. Malah aku mengumumkan aku sendiri merasai dan juga membuatkan yang lain turut merasainya di dalam risalah-risalah secara musyahadah dan juga membuatkan yang lain turut merasainya di dalam risalah-risalah bahawa permasalahan-permasalahan falsafah dan hikmah selainnya tidak akan dapat mengambil tempatnya. Mereka yang meragui dakwaanku ini hendaklah merujuk dan melihat pada juzuk-juzuk Risalah an-Nur. Justeru, hendaklah dikiaskan betapa berusaha mengikut sunnah yang luhur bagi individu yang sebegini semampu mungkin itu adalah amat menguntungkan dan amat membahagiakan untuk kehidupan abadi dan amat bermanfaat untuk kehidupan duniawi.



140. Page

Nuktah Kesembilan: Mengikuti setiap jenis Sunnah yang luhur secara sempurna dan praktikal hanyalah menjadi mudah kepada golongan akhas al-khawas. Walaupun tidak benar-benar secara praktikal sekalipun, mengingininya dengan niat, tujuan, menyokong dan beriltizam boleh dilakukan oleh semua orang. Sememangnya terdapat paksaan untuk mengikut bahagian-bahagian yang fardhu dan wajib. Walaupun meninggalkan sunnah luhur yang dari jenis mustahab dalam ubudiyyah tidak merupakan dosa sekalipun, namun terdapat kehilangan baginya pahala yang besar. Dalam mengubahnya pula terdapat kesalahan yang besar. Sunnah-sunnah luhur dalam adat-adat dan muamalah-muamalah pula, selagi mana mengikut sunnah, maka adat itu berubah menjadi ibadah. Sekiranya tidak diikuti, tiada balasannya. Tetapi istifadahnya daripada cahaya adab-adab kehidupan Habibullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam berkurang.

Melakukan perkara-perkara baharu dalam hukum-hukum ubudiyyah adalah bid’ah. Adapun perkara-perkara bid’ah, oleh sebab ia bertentangan dengan rahsia ayat [اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ], maka ia ditolak. Tetapi, sekiranya ia adalah dari jenis wirid, zikir dan aliran dalam tarekat dan dengan syarat asal usulnya diambil daripada Kitab dan Sunnah, di samping ia adalah berbeza-beza, dengan syarat tidak bercanggah dengan usul yang tetap dan asas-asas sunnah yang luhur, maka itu semua bukanlah bid’ah. Tetapi satu kelompok ahli ilmu memasukkan satu bahagian daripada itu semua ke dalam bid’ah namun menamakannya bid’ah hasanah.



141. Page

Imam Rabbani yang merupakan mujaddid alaf kedua berkata:  “dalam perjalanan dan suluk rohani, aku nampak bahawa kalimah-kalimah yang diriwayatkan daripada Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah bercahaya dan bersinar dengan pancaran sunnah yang luhur. Sewaktu aku melihat wirid-wirid dan keadaan-keadaan yang bersinar dan kuat yang tidak diriwayatkan daripada baginda, aku dapati di atasnya tiada cahaya-cahaya itu. Yang paling terang bagi bahagian itu tidak mampu menandingi yang paling malap bagi bahagian sebelumnya. Daripadanya aku memahami bahawa pancaran sunnah yang luhur merupakan satu eliksir. Malah sunnah itu adalah mencukupi untuk mereka yang mahukan cahaya dan tiada lagi keperluan untuk mencari di luarnya.” 

Justeru, kenyataan seorang imam yang merupakan pahlawan hakikat dan syariat sebegini memperlihatkan bahawa Sunnah yang luhur merupakan batu asas kebahagiaan dunia akhirat dan sumber serta punca kesempurnaan.

 

(اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا اِتِّبَاعِ السُّنَّةِ السَّنِيَّةِ آمي۪نَ)

(رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا اَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ) I

 


142. Page

Nuktah Kesepuluh: Dalam ayat [قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ] terdapat keringkasan yang luar biasa. Kerana banyak ayat dihimpunkan ke dalam ayat ini. Ia seperti berikut, ayat ini berkata: “Sekiranya kalian beriman kepada Allah, sudah pasti kalian akan mencintai Allah. Memandangkan kalian mencintai Allah, maka kalian akan bertindak dengan cara yang dicintai-Nya. Dan cara yang dicintai-Nya itu ialah kalian akan menyerupai individu yang dicintai-Nya. Adapun cara menyerupainya ialah mengikutinya. Apabila kalian mengikutinya, maka Allah pasti akan mencintai kalian. Kalian memang mencintai Allah agar Allah juga mencintai kalian.

Justeru, semua ayat-ayat ini, hanyalah satu huraian yang mujmal dan pendek bagi ayat suci tersebut. Ini bermakna tujuan tertinggi paling penting bagi manusia ialah memperoleh mahabbah Allah Subhanahu wa Taala. Nas ayat ini memperlihatkan jalan kehendak tertinggi itu ialah mengikut Habibullah dan meneladani Sunnah Luhur baginda. Sekiranya tiga noktah diisbatkan pada maqam ini, maka hakikat yang disebutkan akan benar-benar terzahir.



143. Page

Noktah Pertama: Manusia diciptakan secara fitrah dengan cinta yang tiada batasan terhadap al-Khaliq alam semesta. Kerana dalam fitrah kemanusiaan terdapat rasa cinta terhadap keindahan, pemujaan terhadap kesempurnaan dan suka kepada ihsan (kebaikan). Berdasarkan tahap keindahan, kesempurnaan dan ihsan, rasa cinta itu bertambah dan boleh pergi ke tahap cinta yang paling dalam. Malah dalam hati kecil manusia yang kecil ini dimuatkan satu rasa cinta yang seluas alam semesta. Ya, dalam daya ingatan yang merupakan peti kecil hati yang sekecil kacang dal, tertulis di dalamnya tulisan sebanyak ribuan kitab yang ibarat sebuah perpustakaan memperlihatkan bahawa hati yang kecil itu boleh dimuatkan alam semesta ke dalamnya dan boleh membawa rasa cinta seluas itu.

Terdapat potensi mahabbah tanpa batasan setahap ini terhadap ihsan, keindahan dan kesempurnaan dalam fitrah kemanusiaan. Serta al-Khaliq alam semesta ini mempunyai keindahan suci tanpa batasan yang terbukti secara jelas melalui karya-karya-Nya yang terzahir di alam semesta. Dia memiliki kesempurnaan suci tanpa batasan yang terbukti secara daruri menerusi ukiran-ukiran hasil seni-Nya yang terzahir pada maujudat ini  dan memiliki ihsan tanpa batasan yang terbukti kewujudannya secara yakin bahkan secara musyahadah menerusi jenis-jenis ihsan dan pemberian nikmat-Nya yang tiada batasan yang terzahir pada semua makhluk bernyawa. Memandangkan begitu, maka sudah tentu ia mewajarkan satu rasa cinta yang tidak terbatas pada manusia yang merupakan makhluk berkesedaran yang paling lengkap, paling berhajat, paling banyak berfikir dan paling banyak merindu.

144. Page

Ya, sebagaimana setiap manusia memiliki fitrah rasa cinta yang tidak terbatas kepada al-Khaliq Dzul Jalal, al-Khaliq itu juga berhak kepada satu sifat sebagai kekasih yang tidak terbatas terhadap  keindahan, kesempurnaan dan ihsan-Nya yang lebih banyak daripada yang lain. Hatta rasa cinta yang beraneka macam dan hubungan yang erat pada insan mukmin terhadap kehidupan, kekekalan, kewujudan, dunia, dirinya sendiri dan kepada maujudat, merupakan lelehan-lelehan fitrah rasa cinta Ilahi itu.

 

Hatta keinginan-keinginan kuat yang bermacam-macam bagi insan ialah perubahan potensi rasa cinta itu dan lelehan-lelehan yang masuk ke dalam bentuk-bentuk yang lain. Adalah dimaklumi bahawa sebagaimana manusia menikmati kelazatan dengan kebahagiaannya sendiri, dia juga mendapat kelazatan dengan kebahagiaan-kebahagiaan insan yang terkait dengannya. Dan sebagaimana dia mencintai orang yang menyelamatkan dirinya daripada bala musibah, dia juga mencintai mereka yang menyelamatkan orang yang dicintainya.



145. Page

Justeru berdasarkan kepada keadaan rohani ini, manusia, sekiranya dia hanya memikirkan perkara ini daripada jenis-jenis ihsan Ilahi yang kembali kepada setiap insan akan berkata: “al-Khaliqku menyelamatkanku daripada ketiadaan yang merupakan kegelapan abadi lalu sebagaimana Dia mengurniakan sebuah dunia yang indah kepadaku, apabila ajalku tiba sekali lagi Dia menyelamatkanku daripada ketiadaan dan kebinasaan yang merupakan penghapusan abadi lalu Dia mengurniakan sebuah alam yang abadi dan sangat gemilang di sebuah alam yang baqa. Dan sebagaimana Dia menganugerahkan kepadaku deria-deria serta anggota-anggota zahir dan batin yang boleh mengambil manfaat daripada semua jenis kelazatan dan keindahan alam itu dan akan menjelajah dan bersiar-siar di alam itu, Dia juga mengurniakan anugerah-anugerah yang tidak terbatas sebegitu kepada semua kerabat dan insan-insan kesayanganku yang amat aku cintai dan rapat denganku dan kurniaa-kurniaan itu turut menjadi milikku dari satu sudut. Kerana aku merasa gembira dan mendapat kelazatan daripada kebahagiaan mereka.

Memandangkan menurut rahsia [اَلْاِنْسَانُ عَبِيدُ الْاِحْسَانِ], terdapat perasaan memuja kurniaan pada semua orang, maka sudah tentu terhadap kurniaan-kurniaan yang tidak terhitung sebegini, sekiranya aku mempunyai sekeping hati sebesar semesta, maka ia mewajarkan pemenuhan dan aku mahu memenuhkannya dengan rasa cinta terhadap kurniaan-kurniaan itu. Sekiranya aku tidak dapat memberikan cinta itu menerusi perbuatan, maka ia akan berkata, aku memberikannya dalam bentuk dengan potensi, dengan iman, dengan niat, dengan penerimaan, dengan penghargaan, dengan kerinduan, dengan iltizam dan dengan kehendak.



146. Page

Demikianlah, hendaklah rasa cinta yang diperlihatkan manusia terhadap keindahan dan kesempurnaan dikiaskan dengan rasa cinta terhadap kurniaan yang kami isyaratkan secara ringkas sebentar tadi. Adapun orang kafir, dari sudut kekufurannya melakukan satu permusuhan yang tiada batasan. Bahkan dia membawa satu permusuhan yang zalim dan menghina terhadap alam semesta dan seluruh maujudat. 

Noktah Kedua: Mahabbatullah mewajarkan ittiba’ Sunnah Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Kerana, mencintai Allah ialah dengan melakukan apa yang diredhai-Nya. Perkara-perkara yang diredhai-Nya pula, Baginda Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam lah yang menzahirkannya dalam bentuk paling sempurna. Menyerupai baginda Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dari sudut tindak-tanduk dan perbuatan adalah melalui dua sudut:

Pertama: Sudut mencintai Allah Taala dengan cara mentaati perintah-Nya dan bertindak dalam daerah perkara yang diredhai-Nya mewajarkan ittiba’ itu. Kerana baginda Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah imam yang paling sempurna dalam usaha ini.



147. Page

Kedua: Memandangkan baginda Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam merupakan satu wasilah terpenting bagi kurniaan-kurniaan Ilahi yang tidak terhitung terhadap manusia, maka sudah tentu baginda layak kepada satu mahabbah yang tiada batasan atas nama Allah Taala. 

 

Sekiranya insan mampu untuk menyerupai insan yang dicintainya, maka dia mahu menyerupai secara fitrah. Justeru ia secara pasti mewajarkan usaha-usaha mereka yang mencintai Habibullah untuk menyerupai baginda dengan cara mengikuti sunnah luhur baginda.

Noktah Ketiga: Sebagaimana al-Haq Subhanahu wa Taala memiliki kasih sayang yang tidak terbatas, Dia juga memiliki mahabbah yang tidak terbatas. Sebagaimana Dia menyebabkan Dzat-Nya dicintai dalam bentuk yang tidak terkira menerusi keindahan ciptaan di alam semesta dan dengan cara menghiaskan ciptaan-ciptaan itu, maka sudah tentu Dia akan mencintai makhluk-makhluk sedar yang mencintai ciptaan-Nya,  terutamanya Dia mencintai makhluknya yang membalas dengan rasa cinta terhadap keinginan-Nya yang mempercintakan ciptaan-Nya.



148. Page

Betapa penting dan tingginya berusaha menarik pandangan cinta satu zat yang merupakan semua kelatifan, keindahan, kelazatan dan nikmat syurga satu tajalli rahmat-Nya kepada dirinya sendiri dapat difahami dengan jelas. Memandangkan melalui nas kalam-Nya, rasa cinta kepada-Nya hanya diperoleh dengan cara mengikuti Sunnah Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Sudah tentu ia membuktikan bahawa mengikut Sunnah Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah tujuan keinsanan yang paling besar dan tugas kemanusiaan yang paling tinggi. 

Nuktah Kesebelas: Ada tiga persoalan. 

Persoalan Pertama: Sumber Sunnah Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah tiga perkara: iaitu perkataan, perbuatan dan keadaan baginda. Tiga bahagian ini juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Fardhu, Nafilah dan adat hasanah. Dalam bahagian fardhu dan nafilah terdapat paksaan supaya diikuti dan terdapat azab dan balasan jika ditinggalkan. Semua orang dipertanggungjawabkan supaya mengikutinya.

Dalam bahagian nafilah, ahli iman turut dipertanggungjawabkan dengan perkara yang digalakkan. Tetapi jika ditinggalkan tiada azab dan balasan. Jika dilakukan yakni bila dilaksanakan terdapat pahala-pahala yang besar. Mengubah dan menggantikannya adalah bid’ah, kesesatan dan kesalahan yang sangat besar.

149. Page

Adat-adat luhurnya dan tindakan-tindakan yang mustahsan pula, dari segi hikmah dan maslahah, dari sudut kehidupan peribadi, jenis dan masyarakat, meniru dan mengikutnya adalah sangat mustahsan (dianjurkan).  Kerana sebagaimana pada setiap satu gerak-gerinya yang biasa terdapat banyak manfaat kehidupan, dengan mengikut juga, adab-adab dan adat-adat itu berubah menjadi ibarat ibadat.

Ya, memandangkan dengan kesepakatan rakan dan musuh, Baginda Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam memperoleh martabat tertinggi bagi keindahan akhlak. Memandangkan secara sepakat baginda ialah seorang peribadi yang paling masyhur dan paling istimewa di kalangan bangsa manusia, dan memandangkan baginda ialah seorang insan kamil dan mursyid akmal yang paling sempurna menurut isyarat ribuan mukjizat baginda, penyaksian kesempurnaan dunia Islam yang baginda bina dan pengakuan hakikat-hakikat al-Quran al-Hakim yang baginda merupakan penyampai dan penterjemahnya. Memandangkan jutaan ahli kamal mendaki martabat kesempurnaan lalu dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat kerana mengikut baginda, maka sudah tentu sunnah dan tindakan baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah contoh teladan terbaik yang akan diikuti, pedoman yang paling selamat yang akan dituruti dan undang-udang yang paling kukuh untuk dijadikan dustur (prinsip).



150. Page

Berbahagialah sesiapa yang mendapat besar habuan yang besar dengan mengikuti sunnah. Sekiranya orang yang tidak mengikut sunnah, bermalasan (dalam mengikut sunnah), maka dia mendapat kerugian yang amat besar. Sekiranya dia menganggap sunnah sebagai tidak penting, maka dia melakukan jenayah yang amat besar dan sekiranya dia mengkritik sunnah dengan kritikan yang berbau pendustaan, maka dia melakukan kesesatan yang amat besar. 

Persoalan Kedua: Allah Taala berfirman dalam al-Quran al-Hakim [وَاِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ]. Menurut riwayat yang sahih, sahabat yang mulia seperti Sayidatina Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, apabila mentakrifkan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau mentakrifkan baginda dengan berkata [خُلُقُهُ الْقُرْآنْ]

. Yakni, perumpamaan keindahan akhlak yang diterangkan oleh al-Quran adalah Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda jugalah yang paling awal menjunjung keindahan akhlak itu dan diciptakan di atas keindahan akhlak itu. Justeru, ketika tiap-tiap satu perbuatan, keadaan, kata-kata dan gerak-geri baginda Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam layak untuk menjadi serba satu teladan kepada bangsa manusia. Maka dapat difahami betapa malang dan tidak warasnya golongan lalai dari kalangan umat baginda yang beriman kepadanya namun tidak memberikan keutamaan kepada sunnah-sunnahnya ataupun mereka yang mahu mengubahnya.

151. Page

Persoalan Ketiga: Oleh sebab Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dicipta dalam keadaan yang paling mu’tadil dari segi penciptaan dalam bentuk yang paling sempurna, maka gerak gerinya berada di atas i'tidal dan istiqamah. Sirah mulia baginda memperlihatkan dalam bentuk yang qat’i.

Dalam tiap gerak-gerinya, baginda berada di atas jalan istiqamah dan i’tidal serta menjauhi diri daripada ifrat dan tafrit. Ya, oleh sebab Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam benar-benar menjunjung perintah [فَاسْتَقِمْ كَمَا اُمِرْتَ], maka pada seluruh perbuatan, kata-kata dan keadaan baginda kelihatan sifat Istiqamah dalam bentuk yang qat’i

Sebagai contoh: Sebagaimana quwwah ‘aqliyyah (deria akal) baginda sentiasa bertindak pada noktah hikmah yang merupakan batas tengah dan paksi istiqamah dengan cara membebaskan diri daripada kebodohan dan jarbazah (muslihat) yang merupakan ifrat dan tafrit, iaitu merupakan kemusnahan dan kegelapan bagi quwwah ‘aqliyyah. Quwwah ghadhabiyyahnya (deria menghindari dari kemudharatan) juga bertindak dengan menjadikan keberanian suci yang merupakan paksi istiqamah dan batas tengah bagi quwwah itu dengan cara mensucikan diri daripada kebaculan dan membuta tuli yang merupakan kemusnahan serta ifrat dan tafrit bagi quwwah ghadhabiyyah. Quwwah syahawiyyah (deria keinginan nafsu) baginda juga menjadikan ‘iffah (harga diri) pada tahap maksum sebagai pedoman dengan cara membersihkan diri daripada kemandulan (khumud) dan mengikut nafsu (fujur) yang merupakan kemusnahan serta ifrat dan tafrit bagi quwwah syahawiyyah.



152. Page

Demikianlah, baginda memilih batas istiqamah pada seluruh sunnah luhur baginda, keadaan-keadaan fitrahnya dan hukum-hakam syariatnya dan baginda menjauhkan diri daripada ifrat dan tafrit serta pemborosan dan pembaziran yang merupakan kezaliman dan kegelapan

Hatta dalam percakapan baginda, dalam makan dan minumnya, baginda menjadikan iqtisad (berhemat) lalu secara qat’i baginda menjauhi pembaziran. Ribuan jilid kitab ditulis berkaitan dengan perincian hakikat ini. Menurut rahsia اَلْعَارِفُ تَكْفِيهُ الْاِشَارَةُ, berpada dengan satu titisan daripada laut ini, maka kami ringkaskan. 


اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى جَامِعِ مَكَارِمِ الْاَخْلاَقِ وَ مَظْهَرِ بِسِرِّ : [وَ اِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ] اَلَّذِى قَالَ: (مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ اُمَّتِى فَلَهُ اَجْرُ مِاَةِ شَهِيدٍ)


(وَ قَالُوا الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِى هَدَينَا لِهٰذَا وَ مَاكُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لَااَنْ هَدَينَا اللّٰهُ لَقَدْ جَائَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ)

(سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ)

 



153. Page

Tambahan: Buah Ketiga bagi Dahan Kelima daripada Kalimah Kedua Puluh Empat

Buah Ketiga: Wahai diri! Sekiranya engkau mahukan amalan ukhrawi yang tidak terkira dalam umur yang sedikit dan jika engkau mahu melihat setiap detik umurmu memberi manfaat bagaikan seumur hidupmu dan sekiranya engkau mahu untuk mengubah adatmu menjadi ibadat dan kelalaianmu menjadi ketenangan maka ikutilah Sunnah Rasulullah. Ini kerana, semasa engkau menyesuaikan amalan menurut muamalah syariah, ia memberi sejenis ketenangan dan menjadi sejenis ibadat. Ia memberikan banyak buah-buah ukhrawi.

Sebagai contoh: Engkau membeli satu benda. Ketika engkau melaksanakan ijab kabul syariah (yang dianjurkan), urusan jual belimu yang biasa itu  menjadi seperti satu ibadat. Perlaksanaan hukum syariah itu memberikan satu gambaran rohani. Ia juga dengan memikirkan Allah yang mensyariatkan akan menatijahkan tawajuh  Ilahi (tumpuan Ilahi). Ia juga memberikan suatu ketenangan. Maknanya, dengan melaksanakan Sunnah Rasulullah, umur yang fana ini akan memperolehkan faedah-faedah yang akan menjadi punca kepada satu kehidupan abadi yang akan memberikan akan memberikan buah-buah yang kekal.



154. Page

Dengarlah firman-Nya yang berikut: 

(فَآمِنُوا بِاللّٰهِ وَرَسُولِهِ النَّبِىِّ الْاُمِّىِّ الَّذِى يُومِنُ بِاللّٰهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُون)


Berusahalah menjadi satu penerima yang lengkap kepada limpahan tajalli setiap nama Asmaul Husna yang jilwah-jilwahnya bersebaran di dalam hukum-hakam Syariat dan Sunnah Rasulullah.