Kilauan Kesembilan

75. Page

Kilauan Kesembilan

 

Tidak semua orang perlu membaca risalah ini. Tidak semua orang dapat melihat kesilapan-kesilapan kecil bagi fahaman Wahdatul Wujud malah mereka juga tidak berhajat kepadanya.

 

باسمه وان من شيئ الايسبّح بحمده السّلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته

 

   Saudara-saudaraku yang mulia, benar, ikhlas dan suci niat!

Sebab aku tidak menulis surat yang berasingan kepada saudara kita Abdul Majid ialah kerana aku melihat bahawa surat-surat yang aku telah tulis kepada kalian adalah mencukupi. Sedangkan Abdul Majid ialah saudara dan pelajarku yang amat bernilai selepas Hulusi.

Setiap subuh dan petang, bersama-sama dengan Hulusi, kadang-kadang lebih awal, dia sedia dengan namanya dalam doaku. Mula-mula Sabri kemudian Haqqi Efendi beristifadah daripada surat-surat yang aku tulis kepada kalian. Aku juga tidak menulis surat yang berasingan kepada mereka. Al-Haq Subhanahu wa Taala telah menjadikan kamu sebagai seorang saudara besar yang Mubarak. Sebagai gantianku, kamu berhubunglah dengan Abdul Majid, jangan biarkan dia risau. Selepas Hulusi, aku memikirkannya. Tetapi dia tidak menunaikan sifat pelajarnya dengan sebenarnya. Kerana itu aku tidak berhubung dengannya secara langsung.

 


 



76. Page

Saudaraku, Soalan Pertama Kalian

 

Terdapat satu soalan yang sulit berkaitan kewujudan tandatangan [السّيّد محمّد] daripada salah seorang moyang kalian. Saudaraku, bukanlah kemampuanklu untuk meberi jawapan secara ilmiyyah, tahqiqi dan kasyaf kepada soalan ini. Tetapi aku selalu berkata kepada sahabat-sahabatku: Hulusi pada masa sekarang tidak menyerupai sama ada orang Turki ataupun orang Kurdi. Pada perkara ini, aku Nampak satu keistimewaan lain.  Sahabat-sahabatku juga membenarkan aku.

 

Melalui rahsia “Kemampuan seseorang bukanlah syarat untuk mendapatkan

kurnia ilahi 

دَادِحَقْ رَا  قَابِلِيَّتْ شَرْطْ ن۪يسْتْ


  terdapat penzahiran asal-usul pada Hulusi. Satu keadilan yang benar…

Malah kamu ketahuilah secara qat’i bahawa Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam mempunyai dua keluarga. Pertamanya: Keluarga dari segi nasab keturunan.  Keduanya: Keluarga pada noktah risalah peribadi maknawi nuraninya. Di samping kamu secara qat’i terlibat dalam keluarga kedua ini, aku juga mempunyai qanaah tanpa dalil pada keluarga pertama bahawa tandatangan datuk kamu bukanlah tidak bersebab.



77. Page

Saudaraku yang mulia, kesimpulan bagi soalanmu yang kedua: Muhyiddin al’Arabi telah berkata: Sifat makhluk roh adalah daripada peningkatannya. Melalui soalan itu, kamu telah memaksa seorang si buntu yang lemah sepertiku menentang seorang keluarbiasaan hakikat dan cendekiawan ilmu rahsia yang hebat seperti Muhyiddin al’Arabi. Tetapi memandangkan aku akan masuk ke dalam perbahasan yang bersandarkan kepada nas-nas al-Quran, maka walaupun aku menjadi seperti seekor lalat, aku tetap boleh terbang lebih tinggi daripada helang itu. Mungkin Muhyiddin tidak pernah menipu, tetapi dia mungkin tertipu. Beliau ialah seorang hadi (mendapat  petunjuk) tetapi dia tidak dapat menjadi muhdi(memberi petunjuk) dalam setiap kitabnya. Apa yang beliau lihat  adalah benar, tetapi ia bukanlah hakikat (kebenaran). Hakikat itu yang merupakan paksi soalan kalian telah dijelaskan dalam perbahasan tentang Roh Kalimah Kedua Puluh Sembilan.

 

Ya, roh dari segi perihalnya merupakan satu undang-undang perintah. Tetapi ia adalah satu undang-undang bernyawa yang telah dipakaikan wujud luaran dan ia adalah satu undang-undang yang memiliki wujud luaran. Muhyiddin ibnu Arabi hanya memikirkan pada noktah perihalnya semata-mata. Menurut aliran Wahdatul wujud, ia melihat kewujudan sesuatu perkara sebagai khayalan.  Oleh sebab tokoh ini mempunyai satu aliran yang penting melalui kekasyafan dan musyahadahnya yang luar biasa dan memilih satu maslak yang tersendiri, maka mahu tidak mahu, menerusi takwilan-takwilannya yang lemah, dalam bentuk yang susah, beliau menyesuaikan sebahagian ayat dengan aliran dan kefahamnnya, maka beliau mencederakan kesarihan ayat-ayat tersebut.



78. Page

 

Dalam risalah-risalah yang lain telah diterangkan tentang jalan lurus al-Quran dan manhaj utuh Ahli Sunnah wal Jamaah. Tokoh yang suci itu mempunyai maqam yang khusus untuk dirinya dan tergolong dari kalangan al-Maqbulin (mereka yang diterima amalannya). Tetapi beliau telah menginjak batasan  dalam kasyfiyyat beliau yang tiada neraca dan telah berselisih dengan jumhur ulama’ muhaqqiqin dalam banyak perkara. Justeru kerana rahsia inilah, walaupun beliau merupakan seorang wali qutub yang sangat tinggi dan luar biasa dan seorang paksi yang unggul, namun tariqat yang khusus dengan dirinya adalah sangat pendek dan terbatas bagaikan Sadruddin al-Konawi serta pengsitifadahan daripada karya-karyanya juga amat jarang berlaku. Hatta ramai muhaqqiqin yang suci tidak memperlihatkan keghairahan untuk mentelaah karya-karyanya yang bernilai itu hatta sebahagian mereka menegahnya.

 

Memperlihatkan perbezaan asasi dan sumber rujukan di antara aliran Muhyiddin ibnu Arabi dengan aliran ahli tahqiq memerlukan penelitian yang lama serta pandangan yang sangat tinggi dan luas. Ya, perbezaan adalah sangat halus dan dalam serta sumber adalah sangat tinggi dan luas sehingga Muhyiddin ibnu Arabi tidak dihukum kerana kesalahannya dan kekal sebagai pandangan yang makbul.



79. Page

Jika tidak, sekiranya perbezaan dan sumber itu dilihat dari segi keilmuan, pemikiran atau kekasyafan, maka ia akan menjadi satu kemerosotan yang besar dan kesalahan yang berat.  Memandangkan perbezaan adalah sedalam itu, melalui satu tamsilan, kami akan berusaha memperlihatkan kesalahan Imam Muhyiddin dalam perkara tersebut. Ia seperti berikut:

 

Andai kata sebuah matahari kelihatan dalam satu cermin. Maka cermin itu ialah tempat serta mausuf (peminjam sifat) matahari. Jika tidak pada satu sudut, matahari berada di dalam cermin itu dan pada satu sudut yang lain ia menghias cermin itu lalu menjadi satu cat dan sifat yang bersinar bagi cermin itu. Sekiranya cermin itu ialah cermin kamera, ia memerangkap misalan matahari ke dalam kertas dalam bentuk yang tetap. Dalam keadaan itu, matahari yang kelihatan pada cermin, perihalnya yang kelihatan pada kertas gambar, pada sudut sifatnya menghiasi cermin, ia merupakan satu matahari yang lain. Ia bukan matahari bahkan satu bentuk kemasukan tajalli(manifestasi) matahari ke dalam satu wujud yang berlainan. Walaupun wujud matahari yang kelihatan di dalam cermin pula ialah bukan kewujudan yang sama bagi matahari yang kelihatan di luar, namun oleh sebab hubungannya dan mengisyaratkan kepadanya, maka ia telah dianggap sebagai kewujudan yang sama.



80. Page

Justeru, berdasarkan kepada perumpamaan ini, mengatakan tiada apa-apa di dalam cermin itu melainkan matahari hakiki boleh dikatakan dari sudut bahawa yang dikehendaki ialah wujud luaran matahari. Sebaliknya, jika dikatakan pantulan terbentang yang bagaikan telah menjadi sifat cermin dan gambaran yang berpindah ke dalam kertas gambar itu ialah matahari maka ia adalah kesalahan. Menyatakan bahawa tiada apa-apa di dalamnya melainkan matahari sendiri merupakan satu kesilapan. Ini kerana, di sana terdapat pantulan yang terang pada permukaan cermin dan terdapat gambar yang terbentuk di dalamnya. Ini semua juga mempunyai kewujudan masing-masing yang berlainan. Walaupun secara zahirnya wujud-wujud itu adalah daripada tajalli matahari, tetapi ia semua bukanlah matahari. 

Minda dan khayalan manusia menyerupai tamsilan cermin ini. Ia seperti berikut: Maklumat-maklumat yang ada pada cermin fikiran manusia juga mempunyai dua aspek. Melalui satu aspek, ia adalah ilmu. Melalui satu aspek lagi ia adalah perkara yang dimaklumi. Sekiranya kita menjadikan minda sebagai sarung kepada perkara yang dimaklumi itu, maka waktu itu, perkara maklum itu menjadi suatu perkara maklum yang diwujudkan oleh minda. Kewujudannya ialah suatu perkara yang berlainan. Sekiranya kita menjadikan minda itu sebagai mausuf melalui penghasilan perkara itu, maka perkara itu menjadi sifat kepada minda dan perkara itu ketika itu menjadi ilmu dan mempunyai satu wujud luaran.



81. Page

Justeru, berdasarkan kepada dua tamsilan ini, alam semesta ialah sebuah cermin.  Perihal setiap maujud juga ialah sebuah cermin.  Mereka terdedah kepada Qudrat Azali dan pewujudan oleh Ilahi. Setiap maujud merupakan sejenis cermin bagi satu nama Mentari Azali dari satu sudut lalu memperlihatkan ukirannya. Mereka yang mengikut aliran Imam Muhyiddin hanya menyingkap pada sudut kecerminan dan kesarungan serta menafikan wujud misali pada cermin serta refleksi dan tempat refleksi tanpa memikirkan martabat yang lain lalu telah melakukan kesilapan dengan berkata [لاَمَوْجُودَاِلاَّهُو]. Mereka telah terjerumus ke tahap mengingkari kaedah asasi [حَقَائِقُ الْاَشْيَاءِ ثَابِتَةٌ].

 

 

Adapun ahli hakikat, mereka telah nampak melalui rahsia pewarisan kenabian dan melalui ifadah-ifadah qat’I al-Quran bahawa qudrat dan iradah Ilahi pada cermin maujudat serta ukiran-ukiran yang mendapat kewujudan ialah hasil karya-Nya. Ia adalah [هَمَه اَزْاُوسْتْ] bukan [هَمَه اُوسْتْ]. Semua perkara mempunyai suatu wujud dan wujud itu adalah sabit pada satu tahap.

Walaupun secara zahirnya wujud itu adalah lemah ibarat perkara yang wahmi dan khayali jika dibandingkan dengan wujud yang wajib, tetapi ia adalah ada melalui pewujudan, iradah dan qudrat  al-Qadir al-Azali. Sebagaimana matahari di dalam cermin dalam tamsilan mempunyai satu wujud misali selain daripada wujud luaran yang hakiki , refleksi berhias terbentangnya yang mewarnai cermin juga  mempunyai satu wujud luaran yang mengikut keadaan dan berasingan. Malah gambar matahari yang terukir pada kertas gambar kamera yang ada di belakang cermin juga mempunyai wujud berasingan dan mengikut keadaan, malah adalah sabit dan wujud pada suatu tahap.



82. Page

Demikianlah juga ukiran-ukiran masnu’at yang muncul melalui tajalli-tajalli yang terhasil daripada iradah, pilihan dan qudrat nama-nama qudsi Ilahi pada cermin alam semesta dan pada cermin-cermin perihal sesuatu perkara mempunyai suatu wujud baharu lain yang berlainan dengan Wajib Al-Wujud. Telah diberikan ketetapan Melalui qudrat Azali pada wujud itu. Tetapi sekiranya hubungan diputuskan maka semua perkara akan menjadi fana secara tiba-tiba. Setiap detik dan setiap perkara adalah berhajat kepada pengekalan oleh al-Khaliqnya. Walaupun secara zahirnya [حَقَائِقُ الْاَشْيَاءِ ثَابِتَةٌ], namun ia adalah sabit menerusi pengisbatan dan tasbitnya.

 

Justeru, sebagaimana kata-kata Muhyiddin bahawa roh bukanlah makhluk bahkan satu hakikat yang telah datang daripada alam perintah dan sifat iradah sangat bertentangan dengan banyak zahir nas, berdasarkan pembuktian yang telah disebutkan, sesungguhnya beliau telah terkeliru, terpedaya dan tidak melihat wujud-wujud yang lemah. Perkara-perkara yang menerima banyak nama seperti al-Khallaq dan ar-Razzaq daripada Asmaul Husna  tidak boleh menjadi perkara yang wahmi dan khayali. Memandangkan nama-nama itu mempunyai hakikat, maka sudah tentu perkara-perkara yang menerimanya juga memiliki hakikat luaran sendiri.



83. Page

Soalan Ketiga Kalian: Kalian mahukan satu pengajian yang akan menjadi anak kunci kepada ilmu Al-Jifri.

 

Jawapan: menurut kehendak dan kewaspadaan kami sendiri, kami tidak memberikan khidmat tersebut. Ia mengatasi pilihan kami. Satu pilihan yang lebih baik menguasai kami. Oleh sebab Ilmu al-jifri merupakan satu kesibukan yang mengujakan dan menyeronokkan, maka ia menyebabkan tugas hakiki tergendala. Hatta sudah beberapa kali, sebahagian rahsia dibuka menggunakan anak kunci itu terhadap rahsia-rahsia al-Quran, ketika aku menghadapnya dengan penuh minat dan keasyikan, ia tertutup.

 

Padanya aku menemui dua hikmah:

 

Pertamanya: Terdapat kebarangkalian untuk melakukan perkara yang menyalahi adab terhadap larangan لاَيَعْلَمُ الْغَيْبُ اِلاَّاللّٰهُ.

Keduanya: khidmat memberikan ajaran tentang hakikat-hakikat asasi keimanan dan al-Quran kepada umat menerusi burhan-burhan yang qat’I mempunyai keistimewaan dan nilai yang seratus tahap lebih atas berbanding dengan ilmu-ilmu rahsia seperti ilmu al-Jifri.

 

Hujah-hujah qat’i dan dalil-dalil muhkam dalam tugas suci ini tidak membuka ruang kepada penyalahgunaan. Tetapi terdapat kemungkinan pada ilmu-ilmu tersembunyi yang tidak terikat dengan kaedah-kaedah yang muhkam seperti ilmu al-jifri masuk ke dalam penyalahgunaan lalu dimanfaatkan oleh para penipu. Sememangnya bila sahaja dilihat keperluan kepada khidmat bagi kebenaran, diberikan satu tahap menurut keperluan.



84. Page

Sesungguhnya yang paling mudah bahkan yang paling murni bahkan yang paling indah di antara anak-anak kunci ilmu al-Jifri ialah cahaya-cahaya tawafuq yang datang daripada nama al-Badi’ dan memperlihatkan  tajallinya dalam Lafaz Jalalah di dalam al-Quran serta yang memperhias kesan-kesan yang telah kami sebarkan.

 

Ia telah diperlihatkan satu tahap pada beberapa tempat dalam karomah al-Ghausiyyah. Kesimpulannya, sekiranya tawafuq memperlihatkan sesuatu dalam beberapa sudut, merupakan satu isyarat pada tahap dilalah. Kadang-kadang hanya satu tawafuq, berubah menjadi ibarat dilalah menerusi sebahagian qarinah. Walau apapun, buat masa ini, cukuplah sekadar ini. Sekiranya ada keperluan yang bersangatan, ia akan diberitahu kepada kalian.

 

Soalan Keempat kalian: Yakni, bukan soalan kalian, tetapi soalan Omar Efendi bahawa ada seorang doktor yang malang menyatakan bahawa Nabi Isa ‘Alaihissalam mempunyai bapa menerusi satu takwilan yang gila  dan kononnya satu ayat menjadi saksi kepadanya. Orang yang kebuntuan itu pernah berusaha mencipta satu jenis tulisan menggunakan huruf-huruf yang terputus pada suatu masa. Malah dia telah berusaha dengan gigih. Waktu itu aku telah faham bahawa orang itu telah merasakan bahawa daripada gerak-geri golongan zindiq, mereka akan mencari jalan untuk menghapuskan huruf-huruf Islam. Orang itu telah berusaha sia-sia kononnya dia akan berkhidmat menghadapi arus banjir yang deras itu. Aku menyangka bahawa sekarang, dalam masalah ini dan di antara masalah kedua, di tetap merasakan serangan dahsyat terhadap asas-asas Islam oleh golongan zindiq maka kerana itu dia mahu membuka jalan perdamaian menerusi takwilan-takwilan tidak bermakna yang seperti itu.



85. Page

Ketika terdapat kepastian bahawa Nabi Isa ‘Alaihissalam tidak berbapa menerusi nas-nas qat’I seperti [اِنَّ مَثَلَ ع۪يسٰى عِنْدَاللّٰهِ كَمَثَلِ اٰدَمَ], dengan menganggap percanggahan satu undang-undang dalam proses pembiakan adalah tidak mungkin, maka kata-kata mereka yang mencari jalan untuk mengubah hakikat yang kukuh dan berasas ini menerusi takwilan-takwilan yang mengarut, malah ia juga tidak penting.

 

Ini kerana, tidak ada sebarang undang-undang yang tidak mempunyai keadaan-keadaan pengecualian dan jarangnya dan tidak terdapat seseorang yang telah keluar daripadanya. Serta tidak ada sebarang kaedah menyeluruh yang tidak dikhususkan dengan individu-individu luar biasa. Tidak mungkin sejak zaman Nabi Adam tidak ada langsung individu yang terkecuali daripada undang-undang dan tidak keluar daripadanya.

 

Mula-mula, undang-undang pembiakan ini, dari segi permulaan telah dicipta sekali dengan permulaan dua ratus ribu jenis haiwan dan telah diberikan keadaan tertinggi. Yakni, bapa-bapa mereka yang mula-mula yang seramai dua ratus ribu itu adalah seolah-olah  para Adam  yang telah menciptakan undang-undang pembiakan. Yakni, bapa tidak datang daripada ibu dan telah diberikan kewujudan di luar undang-undang itu.

 

Malah, jumlah yang tidak terkira bagi bahagian terbesar seratus ribu jenis yang kita mampak dengan mata kita pada wajah-wajah dedaunan dan pada bahan-bahan yang telah mereput di luar undang-undang pembiakan pada setiap musim bunga diciptakan di luar undang-undang itu.



86. Page

Kiaskanlah, agaknya sejauh manakah seseorang yang tidak menerima pengecualian pada permulaannya dan hatta dalam undang-undang yang telah terkoyak dan dilenyek setahap ini pada setiap tahun selama seribu sembilan ratus tahun ke dalam akalnya dan satu akal yang berpegang kepada takwilan yang berlawanan dengan nas-nas al-Quran telah melakukan ketidakwarasan.

Perkara-perkara yang diungkapkan sebagai undang-undang tabii oleh mereka yang malang ialah undang-undang adatullah yang merupakan tajalli menyeluruh perintah Ilahi dan Iradah Rabbaniyyah, maka Allah Subhanahu wa Taala boleh mengubah adat-adat-Nya itu demi suatu hikmah. Ia memperlihatkan bahawa iradah dan pilihan-Nya berkuasa pada setiap benda dan setiap undang-undang. Dia mengizinkan berlakunya perkara yang mencarik adat pada sesetengah individu yang luar biasa. Melalui firman-Nya [اِنَّ مَثَلَ ع۪يسٰى عِنْدَاللّٰهِ كَمَثَلِ اٰدَمَ] Dia memperlihatkan hakikat ini.

 

Soalan kedua Omar Efendi berkenaan doktor itu: Doktor itu melakukan satu tindakan yang amat bodoh dalam perkara itu sehingga perbuatan mendengar atau memberi keutamaan dan menjawab kata-katanya itu adalah satu perbuatan yang amat rendah. Si buntu itu mahu mencari titik tengah di antara kekufuran dan keimanan. Namun hanya menurut soalan Omar Efendi dan bukan kepada perbahasan doktor itu yang tidak penting, aku berkata: Illah pada perkara-perkara yang diperintah dan ditegah oleh syariat ialah perintah dan tegahan Ilahi. Maslahah dan hikmah hanyalah sebagai murajjih. Pada noktah nama al-Hakim ia boleh menjadi sebab kepada taalluq (gantungan) perintah dan tegahan. Sebagai contoh, orang yang bermusafir boleh mengqasarkan solatnya. Pengqasaran solat ini mempunyai illah dan hikmahnya. Illah ialah safar, hikmah ialah masyaqqah.

87. Page

Sekiranya berlaku safar namun tiada masyaqqah, solat tetap boleh diqasarkan, namun sekiranya tiada safar dan dia menghadapi seratus masyaqqah di rumahnya, maka solat tetap tidak boleh diqasarkan. Ini kerana, kewujudan masyaqqah secara banyak dan kadang-kadang terdapat dalam safar adalah cukup untuk menjadi hikmah kepada pengqasaran solat dan juga cukup untuk dia menjadikan safar sebagai illah.

 

 

Justeru, berdasarkan kepada kaedah syarak ini, hukum-hukum syarak tidak berubah menurut hikmah tetapi merujuk kepada illah-illah hakikinya. Sebagai contoh, sebagaimana yang dibahaskan oleh doktor itu, selain daripada kemudaratan dan penyakit yang diketahuinya pada daging khinzir, menurut kaedah orang yang memakan daging khinzir akan menjadi khinzir , daging haiwan itu tidak boleh dimakan tanpa mudarat seperti daging haiwan-haiwan ternakan yang lain. Di samping ia mengandungi mudarat yang lebih banyak daripada manfaat yang datang daripada dagingnya, sebagaimana lemak yang kuat pada dagingnya adalah bermudarat dari sudut perubatan kecuali di Negara-negara atas angin yang sangat sejuk, telah dibuktikan bahawa dagingnya dan lemaknya juga adalah sangat bermudarat secara maknawi dan hakikat.  



88. Page

Justeru hikmah-hikmah seperti ini telah menjadi satu hikmah kepada pengharamannya dan taalluq tegahan Ilahi. Hikmah tidak semestinya terdapat pada setiap individu dan setiap masa. Illah tidak akan berubah disebabkan penggantian hikmah itu. Justeru, berdasarkan kaedah ini, semoga difahami betapa orang buntu itu telah bercakap amat jauh daripada roh syariat. Kata-katanya tidak patut dipedulikan atas nama syariat. Al-Khaliq mempunyai banyak haiwan yang dalam rupa para ahli falsafah yang tidak berakal.

 

 

Susulan kepada jawapan bagi soalan tentang Muhyiddin al-Arabi.

 

Soalan: sebagaimana Muhyiddin al-Arabi menganggap permasalahan Wahdatul Wujud sebagai martabat tertinggi, sekelompok para wali yang tinggi yang digelar ahli al-Ashqu juga telah mengikut beliau. Kamu pula menyatakan bahawa masalah ini bukanlah martabat tertinggi, malah bukan hakiki, bahkan pada satu tahap merupakan aliran mereka yang mabuk cinta, tenggelam dan golongan as-Syauq dan al-Ashqu. Jika begitu, perlihatkanlah secara terbatas tentang yang mana satukah martabat tertinggi Tauhid yang diperlihatkan menerusi rahsia pewarisan Nubuwwah dan kesarihan al-Quran?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



89. Page

 

Jawapan: Dengan fikiranku yang cetek ini, seseorang yang bukan apa-apa di kalangan yang bukan apa-apa sepertiku tentunya tidak boleh menghakimi martabat-martabat yang tinggi ini. Seratus peringkat. Ia mengatasi kemampuanku. Cumanya, Aku akan memberitahu satu atau dua nuktah yang datang daripada limpahan al-Quran al-Hakim, mungkin ia memberi faedah dalam permasalahan ini.

 

Nuktah Pertama: Terdapat banyak sebab kepada keterpesongan mereka kepada aliran Wahdatul Wujud. Satu atau dua daripadanya akan dijelaskan secara ringkas.

 

Sebab Pertama: oleh sebab mereka tidak dapat memahami sifat al-Khallaq Martabat Rububiyyah pada tahap tertinggi di dalam minda mereka dan oleh sebab mereka tidak mampu betul-betul menempatkan bahawa tiap sesuatu melalui rahsia Ahadiyyah digenggam dalam genggaman Rububiyyah dan setiap sesuatu mendapat kewujudan menerusi qudrat, pilihan dan iradah al-Khaliq ke dalam hati mereka, maka mereka memaksa diri mereka untuk mengatakan bahawa ‘setiap sesuatu adalah Dia’ ataupun ‘tiada’ ataupun ‘adalah khayalan’ ataupun ‘merupakan penzahiran’ ataupun ‘tajalli-tajallinya’.

 

 



90. Page

Sebab Kedua: Melalui sifat cinta yang langsung tidak mahukan perpisahan, amat jauh melarikan daripada perpisahan, gerun dengan perpisahan, takut dengan kejauhan seperti takutkan neraka, sangat benci daripada kelenyapan, mencintai pertemuan seperti mencintai roh dan nyawa, mengingini kehampiran dengan kerinduan yang tidak berpenghujung seperti syurga, dengan berpaut kepada tajalli kehampiran Ilahi pada setiap sesuatu, mereka telah mengira perpisahan dan kejauhan sebagai tiada apa-apa, lalu menyangka perjumpaan dan pertemuan semula adalah berterusan dengan berkata [لاَمَوْجُودَاِلاَّهُو], dengan kemabukan cinta, dan dengan kewajaran rindu kebaqaan, perjumpaan dan pertemuan semula itu, dengan membayangkan bahawa aliran suci yang sangat nikmat terdapat dalam Wahdatul Wujud, untuk melepaskan diri daripada perpisahan-perpisahan yang dahsyat, mereka telah menjadikan permasalahan Wahdatul wujud itu sebagai tempat berlindung.

 

Ini bermakna sumber bagi sebab pertama adalah berpunca daripada akal tidak mampu mencapai sebahagian hakikat-hakikat keimanan yang sangat luas dan sangat tinggi dan tidak mampu meliputinya, dan oleh sebab akal tidak betul-betul meningkat pada noktah keimanan dan sumber bagi sebab kedua adalah berpunca daripada hati yang telah meningkat secara luar biasa pada noktah cinta serta kelapangan dan keluasan yang hebat.

 

Adapun martabat teragung Tauhid, malah sangat tinggi yang telah dilihat oleh golongan Asfiya yang merupakan para wali agung dan ahli Sahwu menerusi kesarihan al-Quran dan pewaris kenabian, malah mengifadahkan martabat teragung sifat Rububiyyah dan al-Khallaq Allah, serta menjelaskan semua nama Ilahi adalah hakiki. Dengan memelihara asas-asas, ia tidak merosakkan keseimbangan hukum-hakam Rububiyyah.



91. Page

Ini kerana mereka berkata: Setiap sesuatu, bersama dengan sifat Ahadiyyah Dzatiyyah al-Haq Subhanahu wa Taala dan sifat munazzahnya dari tempat, menerusi semua urusan-Nya, telah diliputi dan dikhususkan secara langsung dengan ilmu-Nya serta diisbat dan diwujudkan dengan qudrat-Nya. Dia mewujudkan dan mentadbir seluruh alam semesta bagaikan satu maujud. Sebagaimana Dia menguruskan sekuntum bunga dengan senang, Dia juga menciptakan musim bunga yang besar dengan kesenangan yang sama itu.

 

Sesuatu tidak boleh menjadi penghalang kepada sesuatu. Tiada tajazzi pada tawajjuh-Nya. Pada masa yang sama Dia berada di setiap tempat dari segi tasarruf melalui Qudrat dan ilmu-Nya. Dalam tasarruf-Nya tiada pengagihan dan pembahagian.

 

Dalam kalimah ke enam belas dan maqsad kedua Mauqif kedua Kalimah ketiga puluh dua, rahsia ini telah dijelaskan dan diisbatkan secara sempurna. Menurut kaedah  [لاَمَشَاحَةَ ف۪ى التَّمْث۪يلِ] tanpa memandang kepada kekurangan pada tamsilan, aku akan menceritakan satu tamsilan yang amat banyak kekurangan supaya perbezaan antara dua aliran dapat difahami pada satu tahap.



92. Page

 

Sebagai contoh, kita mengandaikan seekor burung merak yang sangat luar biasa, tiada bandingan, sangat besar, sangat  cantik, boleh terbang dari timur ke barat dalam sekelip mata, boleh membuka dan menutup sayapnya yang menjangkau dari utara ke selatan, telah dihiasai dengan seratus ribu ukiran,dan telah disisipkan pada setiap helaian bulu sayapnya seni-seni yang sangat bijaksana.

 

Sekarang, ada dua orang penonton. Mereka mahu terbang melihat martabat tinggi burung ini serta perhiasannya yang luar biasa menggunakan sayap akal dan hati mereka. Salah seorang daripada mereka memandang kepada keadaan serta kerangka burung merak ini serta ukiran-ukiran qudrat yang luar biasa pada setiap helai bulunya dan mencintainya dengan cinta dan kerinduan yang paling dalam. Ia meninggalkan sebahagian tafakur yang terperinci lalu berpaut pada rasa cinta. Tetapi dia nampak bahawa ukiran-ukiran yang menawan itu berubah dan berganti setiap hari. Para kekasih yang dicintai dan dipujanya itu menghilang dan lenyap. Untuk menghiburkan dirinya sendiri, ketika dia perlu mengatakan bahawa ia adalah ukiran seni seorang pengukir yang memiliki wahdah haqiqi dengan Rububiyyah Mutlaq serta sifat Ahadiyyah Dzatiyyah dengan sifat al-Khallaq yang menyeluruh yang tidak dapat memuati akalnya, sebagai ganti iktiqad ini, dia mengatakan bahawa roh pada burung merak itu adalah sangat tinggi sehingga Penciptanya ada di dalamnya ataupun telah menjadi dirinya. Malah roh itu bersatu dengan kewujudan-Nya dan, oleh sebab kewujudan-Nya telah berbaur dengan bentuk luaran, maka kesempurnaan roh itu dan ketinggian kewujudan-Nya memperlihatkan tajalli-tajalli ini sedemikian dan setiap minit ia menzahirkan ukiran yang lain dan kecantikan yang berbeza. Ia bukanlah satu pewujudan melalui pilihan yang sebenar bahkan satu tajalli dan penzahiran.



93. Page

Yang seorang lagi berkata: Ukiran-ukiran yang seimbang dan tersusun serta sangat berseni ini dalam bentuk yang qat’i mewajarkan satu iradah, pilihan, niat dan kehendak. Ia tidak mungkin merupakan satu tajalli tiada iradah dan penzahiran yang tiada pilihan.

 

Ya, perihal merak adalah indah dan tinggi, tetapi perihalnya tidak mungkin menjadi fa’il (pelaku) bahkan munfa’il (yang terkesan daripada perlakuan). Ia tidak mungkin bersatu dengan pelakunya pada mana-mana sudut. Rohnya adalah indah dan tinggi. Tetapi bukan pewujud dan pengurus, bahkan hanyalah penerima dan tempat berlaku.

 

Ini kerana, pada setiap helai bulunya secara jelas kelihatan satu hasil seni dengan satu hikmah yang tidak berpenghujung dan satu ukiran hiasan dengan satu qudrat yang tidak berpenghujung. Hal ini pula tidak mungkin berlaku tanpa iradah dan pilihan. Hasil-hasil seni yang memperlihatkan kesempurnaan hikmah di dalam kesempurnaan qudrat, kesempurnaan Rububiyyah dan marhamah-Nya di dalam kesempurnaan pilihan bukanlah kerja bagi tajalli. Penulis yang menulis buku yang bersadur ini tidak mungkin berada di dalamnya. Ia tidak boleh bersatu dengannya. Bahkan buku itu. mempunyai sentuhan dengan hujung pena tulis penulis itu. Oleh itu, hiasan-hiasan luar biasa bagi merak misali itu merupakan satu surat bersadur bagi merak al-Khaliq.



94. Page

Justeru, sekarang pandanglah kepada merak alam semesta, bacalah surat itu dan ucapkanlah ماشاء اللّٰه , بارك اللّٰه , سبحان اللّٰه  kepada Penulisnya. Sudah tentu sesiapa yang menyangka bahawa surat itu ialah penulis ataupun mengkhayalkan bahawa penulis itu berada dalam suratnya telah menyembunyikan akalnya di belakang tirai cinta dan tidak dapat melihat wajah sebenar kebenaran.

 

 

Sudut terpenting bagi jenis-jenis rasa cinta yang menjadi penyebab kepada aliran Wahdatul Wujud ialah cintakan dunia. Ketika rasa cintakan dunia yang merupakan perkara yang majazi berubah menjadi cinta hakiki, ia berubah menjadi Wahdatul Wujud.

 

Sebagaimana seseorang mencintai seorang kekasih dari kalangan manusia dengan cinta majazi, kemudian seorang pencinta yang tidak dapat menempatkan kelenyapan dan kefanaannya ke dalam hatinya, demi untuk memperoleh suatu kebaqaan menerusi cinta hakiki kepada kekasihnya, dia mengatakan bahawa ia merupakan satu cermin keindahan bagi al-Ma’ud dan al-Mahbub, lalu di dapat menghiburkan dirinya dan berpegang kepada satu hakikat.

 



95. Page

Demikianlah juga orang yang menjadikan dunia yang besar dan alam semesta dengan seluruh kerangka umumnya sebagai mahbub  dengan bentuk umumnya, kemudian ketika rasa cinta yang menakjubkan itu berubah menjadi mahabbah hakiki akibat cemeti-cemeti kelenyapan dan perpisahan yang berterusan, untuk menyelamatkan kekasihnya yang sangat besar itu daripada kelenyapan dan perpisahan, mereka berlindung kepada aliran Wahdatul Wujud.

 

Sekiranya dia memiliki keimanan yang sangat kuat dan tinggi, insan-insan yang seumpama Muhyiddin al-Arabi boleh menjadi satu martabat yang nikmat, nurani dan maqbul. Jika tidak terdapat kemungkinan untuk terjerumus ke dalam kesengsaraan dan penyakit materialistik serta lemas dalam asbab. Adapan Wahdatus Syuhud adalah tidak bermudarat serta merupakan satu aliran yang tinggi pada ahli as-Sahwu.

 

اَللّٰهُمَّ اَرِنَاالْحَقَّ حَقَّنَاوَارْزُقْنَااِتِّبَاعَهُ

سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَااِلَّامَاعَلَّمْتَنَااِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَكي۪مِ