NAVIGATION
96. Page
Kilauan Kesepuluh
Kilauan tentang Tamparan Kasih Sayang.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
[يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مَحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ اَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ اَمَدًا بَعِيدًا وَ يُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفْسَهُ وَاللّٰهُ رَؤُفٌ بِالْعِبَادِ]
Kilauan ini menafsirkan ayat di atas dengan cara menerangkan tentang tamparan-tamparan kasih sayang yang diterima oleh sahabat-sahabatku dalam khidmat al-Quran akibat kesilapan dan kesalahan yang menjadi kebiasaan sebagai manusia.
Akan diterangkan satu rantaian karomah khidmat al-Quran dan sejenis karomah al-Ghaus al-A’zam yang menyelia di sekitar khidmat suci dengan keizinan Ilahi, serta membantu dengan himmah dan doanya. Ini supaya mereka yang berada dalam khidmat suci ini meneguhkan kesungguhan mereka.
Karomah khidmat suci ini ada tiga jenis.
97. Page
Jenis Pertama: Sudut menyiagakan khidmat itu dan mendorong para khadamnya kepada khidmat itu.
Jenis Kedua: menyingkirkan semua penghalang dan menghalau kejahatan-kejahatan perkara yang bermudarat lalu menampar mereka. Kejadian-kejadian bagi bahagian kedua ini sangat banyak malah sangat panjang. Dengan menundanya ke masa lain, kita akan membicarakan tentang bahagian ketiga yang paling ringan.
Jenis Ketiga: Ia seperti berikut: Ketika mereka yang berusaha dengan penuh keikhlasan dalam khidmat ditimpa kelesuan. mereka mendapat tamparan yang mempunyai kasih-sayang. Namun apabila mereka tersedar, mereka kembali masuk ke dalam khidmat itu. Kejadian bagi bahagian ini adalah lebih daripada seratus. Cuma, daripada dua puluh peristiwa hanya tiga ke empat belas orang telah mendapat Tamparan Kasih Sayang dan enam atau tujuh orang daripadanya mendapat tamparan kemarahan.
Kisah Pertama: Said yang buntu ini. Ketika aku bosan dengan khidmat dengan mengatakan 'apa keperluannya', lalu aku sibuk dengan kerja-kerja yang khusus dengan diriku, maka ketika itu aku mendapat tamparan. Malah aku yakin bahawa aku mendapat tamparan akibat kecuaianku. Ini kerana, sekiranya mana-mana niatku mendorongku kepada kelalaian, maka aku mendapat tamparan yang bertentangan dengan niatku. Semua sahabat ikhlasku yang lain juga, apabila makin mengamati tamparan-tamparan yang dimakan oleh mereka, maka kami yakin bahawa sekiranya mereka mencuaikan khidmat keimanan untuk apa jua niat pada mereka sepertiku, mereka mendapat tamparan kasih yang bertentangan dengan niat mereka. Maka kami menyimpulkan bahawa peristiwa-peristiwa itu adalah berpunca daripada karomah khidmat al-Quran.
98. Page
Sebagai contoh: Ketika aku, Said yang buntu ini sibuk dengan pengajian hakikat-hakikat al-Quran, kerajaan yang sentiasa curiga pada zaman peristiwa Syeikh Said langsung tidak mengusik malah tidak boleh mengusik aku dari mana-mana sudut. Namun, apabila aku berkata apa aku peduli lantas memikirkan diriku sendiri, aku telah memencilkan diri untuk menyelamatkan akhiratku sendiri ke satu tempat runtuhan seperti gua di Gunung Erek. Waktu itu mereka telah mengambilku tanpa alasan. Lalu aku dibawa ke Burdur. Di sana, ketika aku menjalankan semula khidmat al-Quran, mereka tidak mengusikku sedangku ketika itu, mereka yang dibuang daerah perlu mengikuti rutin yang ketat seperti melaporkan diri pada setiap petang- tetapi aku dan beberapa pelajar khasku terkecuali. Aku langsung tidak pernah pergi melaporkan diri dan tidak mengenali pegawai pemerintah.
99. Page
Datuk bandar tempat itu telah mengadu (tentangku) kepada Fauzi Pasha yang datang ke situ. Fauzi Pasha telah berkata: ‘Jangan kalian mengusik beliau dan hormatilah beliau!’ Perkara yang menyebabkan dia mengucapkan kata-kata tersebut ialah kesucian khidmat al-Quran. Bila sahaja fikiran untuk menyelamatkan diriku dan hanya memikirkan akhiratku menguasai aku, maka datanglah perasaan bosan dalam khidmat al-Quran. Lalu aku mendapat tamparan yang bertentangan dengan niatku. Yakni, aku telah dihantar daripada satu tempat buang daerah ke daerah buangan yang lain yakni ke Isparta. Di Isparta juga aku menjalankan semula khidmat al-Quran. Setelah berlalu dua puluh hari, melalui peringatan daripada sebahagian insan-insan yang pengecut, mereka berkata yang kononnya kerajaan tidak akan senang dengan keadaan ini, maka jika engkau berwaspada sedikit, mungkin akan jadi lebih baik. Maka sekali lagi fikiran untuk memikirkan diri sendiri menjadi kuat Aku berkata: janganlah masyarakat datang berjumpaku. Maka sekali lagi aku dibuang dari daerah itu ke daerah ke Barla yang merupakan daerah buanganku yang ketiga. Di Barla juga, bila mana rasa jemu datang kepadaku lalu lintasan untuk memikirkan hanya diriku sendiri menjadi kuat, maka seseorang dari kalangan ular dan para munafik itu akan menyerangku.
Oleh sebab telah terlintas di kepalaku, maka aku boleh menceritakan lapan puluh kejadian dalam lapan tahun ini. Supaya ianya tidak membosankan, maka aku ringkaskan.
100. Page
Wahai saudara-saudaraku! Aku telah menceritakan tamparan-tamparan kasih yang menimpaku. Kalian juga, sekiranya kalian mengizinkan dan menghalalkan tamparan-tamparan kasih yang menimpa kalian, maka aku akan ceritakan. Janganlah kalian berkecil hati. Sekiranya ada yang berkecil hati, aku tidak akan mendedahkan namanya.
Kisah Kedua: Abdul Majid yang merupakan Adik kandungku serta pelajar terawalku, paling tinggi dan paling banyak berkorban. Abdul Majid mempunyai sebuah rumah yang cantik di bandar Van. Semuanya terurus dan ketika itu beliau seorang guru. Untuk pemergianku ke sempadan yang merupakan sebuah tempat yang lebih laris untuk khidmat al-Quran, (bertentangan dengan kehendakku) beliau tidak bersetuju dan tidak sependapat (kononnya untuk manfaatku menurut ijtihadnya) dengan mereka yang berusaha saya pergi sana. Alasannya, jika aku pergi ke perbatasan, di samping khidmat al-Quran bercampur dengan siyasah dan menjadi tidak murni dan murni serta mereka akan mengeluarkannya dari Van. Lalu dia telah mendapat tamparan kasih yang berlawanan dengan niatnya. Beliau berpisah daripada Van, rumah cantiknya dan negerinya. Beliau terpaksa pergi ke Ergani.