NAVIGATION
174. Page
Hikmah Isti’adzah
Berkaitan dengan rahsia اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّج۪يمِ
*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
وَقُلْ رَبِّ اَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ * وَاَعُوذُ بِكَ رَبِّ اَنْ يَحْضُرُونِ *
“Dan Katakanlah, ‘Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada-Mu, Ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku.” (Al-Mukminun [23]: 97-98)
Rahsia isti’adzah (permohonan perlindungan) daripada (gangguan) syaitan ini akan ditulis melalui tiga belas isyarat. Oleh sebab sebahagian daripada isyarat itu telah dijelaskan dan diisbatkan secara terpisah dalam sebahagian risalah, seperti Kalimah Kedua puluh Enam maka di sini ia akan dibahaskan secara mujmal(ringkas).
Isyarat Pertama
Soalan: Meskipun syaitan tidak ada campur tangan sudut penciptaan di alam semesta, malah walaupun Al-Haq Subhanahu wa Ta’ala berpihak kepada para pendokong kebenaran dengan rahmat dan inayah-Nya, malah keindahan dan kecantikan, kebenaran dan hakikat, yang menawan wujud sebagai penyokong dan pendorong kepada para pendokong kebenaran, manakala kehodohan-kehodohan kesesatan yang menjijikkan menyebabkan golongan sesat dibenci, maka apakah hikmahnya banyak kali hizbus Syaitan mengalahkan golongan yang benar? Apakah rahsia permohonan perlindungan kepada Allah oleh golongan yang benar daripada kejahatan syaitan pada setiap masa?
175. Page
Jawapan: Hikmah dan rahsianya adalah seperti berikut:
Sesungguhnya kebanyakan besar kejahatan dan kesesatan adalah bersifat negatif, destruktif (memusnah), tiada, dan merosak. Manakala kebanyakan besar hidayah dan kebaikan adalah bersifat positif, konstruktif (membina), memakmurkan, dan memperbaiki. Adalah maklum pada semua orang bahawa bangunan yang dibina oleh dua puluh orang dalam masa dua puluh hari boleh diruntuhkan oleh seorang dalam masa satu hari.
Ya, kehidupan manusia yang kewujudannya akan berterusan dengan kewujudan anggota-anggota asas dan syarat-syarat kehidupannya, walaupun adalah terkhusus/tergantung kepada qudrat al-Khaliq Dzul Jalal, namun apabila seseorang yang zalim memotong satu anggota manusia, maka ia menyebabkan manusia itu memperoleh kematian yang bersifat tiada jika dinisbahkan kepada kehidupan. Kerana itulah ungkapan [اَلتَّخْر۪يبُ اَسْهَلٌ] “menghancurkan itu lebih mudah” telah menjadi bidalan perumpamaan.
Justeru, kerana rahsia inilah kadangkala golongan sesat dengan kekuatan sangat lemah pada hakikatnya dapat mengalahkan para pendokong kebenaran yang sangat kuat. Namun para pendokong kebenaran mempunyai sebuah kubu yang kukuh dan apabila mereka berlindung di dalamnya maka para musuh dahsyat itu tidak akan dapat mendekati dantidak akan dapat mengganggu mereka. Menurut rahsia [وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ] kemudaratan itu diganti dengan satu pahala dan satu manfaat yang abadi. Adapun kubu yang kukuh dan perisai yang kebal itu ialah Syariat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan Sunnah Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam.
176. Page
Isyarat Kedua:
Soalan: Penciptaan syaitan yang merupakan kejahatan yang sejati, gangguan mereka ke atas orang-orang yang beriman dan kemasukan ramai manusia ke dalam kekufuran lalu masuk ke neraka angkara mereka, tampak dahsyat dan buruk. Menghairankan, bagaimanakah rahmat dan keindahan al-Jamil ‘ala al-itlaq, ar-Rahim al-Mutlaq dan ar-Rahman bil-Haq mengizinkan terjadinya keburukan yang tiada batasan dan musibah yang dahsyat ini? Mengapakah Dia membenarkannya?
Ramai orang telah mengajukan permasalahan ini, dan terlintas dalam fikiran ramai orang.
Jawapan: Sesungguhnya terdapat banyak tujuan baik yang kulli dan kesempurnaan insan dalam pewujudan syaitan walaupun bersamanya ada keburukan yang juz’i.
Ya, sebanyak mana terdapatnya fasa dan peringkat bagi sebiji benih sehingga ia menjadi pohon yang besar, maka kesediaan pada perihal keinsanan juga mempunyai peringkat yang lebih banyak berbanding dengannya. Bahkan ia mempunyai peringkat daripada zarah sehingga matahari.
177. Page
Demikianlah juga menerusi mujahadah melawan nafsu dan syaitan, kerana sepuluh insan kamil yang memuliakan dan menerangi bangsa manusia bagaikan bintang, manfaat, kemuliaan dan nilai yang datang kepada bangsa manusia itu tentunya menjatuhkan nilai kerugian yang akan diberikan kepada bangsa manusia oleh kekufuran golongan sesat yang rendah pada tahap akan dikira sebagai serangga perosak itu kepada sia-sia lalu tidak dipandang mata, maka rahmat, hikmah dan keadilan Ilahi mengizinkan kewujudan syaitan lalu membuka ruang kepada gangguan mereka.
Wahai ahli iman! Baju zirah(baju besi) kalian untuk menghadapi musuh kalian yang dahsyat ini ialah ketaqwaan yang ditempa di apar (bengkel) al-Quran. Perisai kalian aialah Sunnah luhur Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Senjata kalian ialah isti’adzah, istighfar dan iltija’ (berlindung) pada penjagaan Ilahi.
178. Page
Isyarat Ketiga:
Soalan: Aduan-aduan besar yang terdapat dalam al-Qur’an al-Hakim, tumpuannya yang banyak dan ancamannya yang keras terhadap golongan yang sesat, menurut zahir akal (seolah-olah) tidak sesuai dengan balaghah al-Quran al-Hakim yang adil,munasabah dan dengan keseimbangan serta kelurusan pada uslubnya. Seolah-olah al-Quran al-Hakim mengerahkan pasukan-pasukan tentera melawan seorang lelaki lemah. Kerana satu tindakan yang kecil, Al-Qur’an mengancam golongan sesat bagaikan mereka telah melakukan ribuan jenayah. Walaupun mereka muflis dan tidak memiliki sebarang bahagian dalam kerajaan Ilahi, Al-Quran meletakkan mereka dalam keadaan seolah-olah telah menjadi sekutu yang melampau lalu mengadu tentang mereka. Apakah rahsia dan hikmah perkara ini?
Jawapan: Rahsia dan hikmahnya seperti berikut:
Oleh sebab para syaitan dan mereka yang mengikutnya memilih jalan kesesatan, maka, dengan satu tindakan yang kecil, mereka mampu melakukan banyak kemusnahan. Dan mereka menceroboh hak banyak makhluk. Dengan satu perbuatan yang sedikit, mereka memberikan kerugian yang banyak.
179. Page
Ia seperti seseorang yang bertugas dalam kapal dagang yang besar milik seorang raja. Akibat satu tindakan bahkan dengan meninggalkan satu tugas yang kecil, oleh sebab dia menjadi penyebab kepada kebinasaan dan kemusnahan buah usaha dan natijah kerja semua petugas yang terkait dengan kapal itu, maka pemilik agung kapal itu membuat pengaduan yang besar ke atas penderhaka itu atas nama semua rakyatnya yang terbabit dengan kapal itu lalu mengancam penderhaka itu dengan keras dan bukan kerana perbuatannya yang kecil tetapi dengan mengambil kira natijah-natijah besar. Akibat natijah tindakannya itu maka Tuhan itu memberikan hukuman hukuman bukan atas dzat-Nya yang agung itu tetapi atas nama hak-hak rakyatnya.
Demikianlah juga Sultan keazalian dan keabadian juga, oleh sebab golongan sesat yang berada dalam bahtera bebola bumi bersama dengan mereka yang mendapat hidayah dan merupakan hizbus Syaitan telah menceroboh hak makhluk yang sangat banyak melalui kesalahan-kesalahan mereka yang secara zahirnya adalah juz’I dan menjadi sebab kepada kebatalan natijah-natijah tinggi bagi tugas-tugas maujudat, maka pengaduan-pengaduan besar ke atas mereka dan ancaman-ancaman dahsyat ke atas mereka serta tumpuan-tumpuan penting terhadap pemusnahan oleh mereka merupakan hikmah yang murni dalam ilmu balaghah dan sangat munasabah dan tepat serta bertepatan dengan kehendak keadaan maka ia adalah takrif dan asas balaghah itu sendiri serta bebas daripada sikap berlebihan yang merupakan pembaziran kata-kata.
180. Page
Adalah dimaklumi bahawa sesiapa yang tidak berlindung di dalam sebuah kubu yang sangat kukuh ketika berhadapan dengan musuh-musuh dahsyat yang melakukan banyak kemusnahan akan sangat menderita. Justeru wahai orang-orang beriman! Kubu besisamawi itu ialah al-Quran. Masuklah ke dalamnya dan selamatkan diri!
Isyarat Keempat:
Para ahli Tahqiq dan ahli kasyaf telah sepakat bahawa “ketiadaan” (‘adam) merupakan keburukan yang murni, dan “keberadaan” (wujud) merupakan kebaikan yang murni.
Ya, berdasarkan kebanyakan mutlak kebaikan, kebajikan, dan kesempurnaan bersandar kepada kewujudan. Ia merujuk kepadanya. Walaupun secara zahir kelihatan negatif dan bersifat tiada, namun asasnya adalah bersifat tetap dan wujud.
Manakala asas semua keburukan seperti kesesatan, kejahatan, musibah, maksiat dan bala bencana adalah ketiadaan dan penafian. Keburukan dan kejahatan pada mereka muncul daripada ketiadaan. Walaupun mereka kelihatan positif dan bersifat wujud pada bentuk luaran, namun asas mereka ialah ketiadaan dan penafian.
181. Page
Malah adalah sabit dari segi musyahadah(penyaksian) bahawa kewujudan sesuatu seperti binaan menjadi kukuh dengan kewujudan semua bahagiannya. Sedangkan keruntuhan, ketiadaan dan kerobohannya terhasil akibat ketiadaan satu tiangnya sahaja. Malah kewujudan, dalam apa jua keadaan mahukan satu ‘illah yang wujud. Ia bersandar kepada satu sebab yang terbukti kebenarannya.
Adapun ketiadaan bersandar kepada benda-benda yang bersifat tiada. Sesuatu yang bersifat tiada menjadi ‘illah kepada sesuatu yang tiada. Justeru berdasarkan kepada dua kaedah ini, walaupun syaitan, jin dan manusia melakukan kesan-kesan penuh kemusnahan, jenis-jenis kekufuran, kesesatan, kejahatan dan kebinasaan yang menakutkan di alam semesta, namun sebagaimana mereka tidak mempunyai campur tangan ke dalam pewujudan dan penciptaan walaupun sebesar zarah, maka tidak mungkin ada saham penyertaan mereka dalam kerajaan Ilahi.
182. Page
Mereka tidak melakukan kerja-kerja itu dengan kemampuan dan kuasa mereka, bahkan dalam banyak kerja mereka, ia bukanlah kemampuan dan perbuatan bahkan peninggalan dan kenyahfungsian. Mereka melakukan kejahatan dengan tidak membenarkan orang melakukan kebaikan. Yakni, mereka menjadi kejahatan. Ini kerana,kebinasaan dan kejahatan adalah dari jenis pemusnahan, maka illahnya tidak perlu menjadi kemampuan yang wujud dan pewujudan yang merupakan pelaku. Bahkan kerana ketiadaan sesuatu perkara atau kerana kerosakan satu syarat, maka ia menjadi kemusnahan yang besar. Justeru, oleh sebab rahsia ini tidak tersingkap kepada para penganut Majusi, maka mereka telah beriktikad dengan pencipta kebaikan bernama Yazdan dan pencipta keburukan bernama Ehriman. Sedangkan dewa kejahatan sangkaan yang dipanggil Ehriman itu ialah syaitan yang dimaklumi yang menjadi sebab kepada banyak kejahatan melalui juzuk ikhtiarinya dan usaha yang tidak mewujudkan.
Justeru wahai orang-orang beriman! Senjata ampuh kalian yang terpenting untuk menghadapi pemusnahan-pemusnahan dahsyat oleh syaitan ini serta peralatan baik pulih kalian ialah istighfar. Dengan melafazkan [اَعُوذُ بِاللّٰهِ], ia adalah berlindung kepada Al-Haq Subhanahu wa Taala. Kubu kalian ialah Sunnah yang luhur.
183. Page
Isyarat Kelima:
Suatu masa, kekalahan orang-orang beriman di hadapan tipu daya hizbus syaitan yang buruksedangkan terdapat asbab hidayah dan istiqamah sebanyak ini walaupun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi terlalu banyak bimbingan, amaran, peringatan, ancaman dan galakan kepada manusia dengan memperlihatkan kepada mereka ganjaran yang agung seperti syurga dan balasan yang dahsyat seperti neraka dalam kitab-kitab Samawi sering membuatku berfikir.
Agaknya, ketika ada iman, bagaimanakah manusia boleh tidak memberi keutamaan kepada ancaman-anacaman Allah yang keras setahap itu. Bagaimanakah iman tidak luntur? Bagaimanaenurut rahsia [اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا] mereka hanyut dengan tipu daya syaitan yang sangat lemah lalu menderhakai Allah?
Bahkan, sebahagian saudaraku, meskipun telah mendengar ratusan kelas pengajian hakikat daripadaku dan membenarkannya dalam hati, malah sangat bersangka sangat baik kepadaku dan mempunyai hubungan denganku, namun dia telah hanyut dengan pujian yang rendah penuh kepuraan daripada seseorang yang rosak dan mati hatinya lalu demi memenangkan orang itu dia mengambil kedudukan yang menentangku.
184. Page
Lalu aku berkata: فسبحان اللّٰه. Aku mengumpat si buntu itu dengan berkata: “Bagaimana mungkin manusia boleh jatuh nilainya setahap ini? Betapa palsunya manusia ini!” lalu aku terjerumus dalam dosa ghibah (mengumpat).
Kemudian tersingkaplah hakikat-hakikat yang terkandung dalam isyarat-isyarat terdahulu dan bercahayalah banyak sudut yang gelap. Maka dengan cahaya itu لِلّٰهِ الْحَمْدْ, aku telah faham bahawa galakan dan dorongan yang banyak oleh al-Quran yang tinggi darjatnya adalah tepat pada tempatnya, hanyutnya orang beriman dengan tipu daya syaitan bukanlah berpunca daripada ketiadaan atau kelemahan iman mereka, mereka tidak menjadi kufur dengan melakukan dosa-dosa besar, salahnya pandangan mazhab Muktazilah dan sebahagian mazhab Khawarij yang menyatakan bahawa orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir atau berada di antara dua tempat. erbuatan sahabatku yang kebuntuan itu mengorbankan seratus pengajaran hakikat demi mendapat perhatian seorang yang hina itu tidaklah begitu rendah dan begitu hina sedahsyat yang aku fikirkan.
Lalu aku telah bersyukur kepada Allah Ta’ala dan aku telah terselamat daripada dilema ini. Ini kerana sepertimana yang kami telah katakan sebelum ini, syaitan mencampak manusia ke dalam bahaya-bahaya yang utama menggunakan satu perkara kecil yang bersifat meniadakan.
Malah nafsu yang ada pada manusia sentiasa mendengarkan syaitan. Daya syahwat dan daya kemarahan pada manusia adalah ibarat dua alat penerima dan penghantar bagi tipu daya dan pujukan syaitan.
185. Page
Justeru, kerana inilah maka dua nama Allah Taala seperti al-Ghafur dan Ar-Rahim memberi tumpuan kepada golongan beriman dengan tajalli terbesar. Ia memperlihatkan bahawa kurniaan yang paling penting oleh al-Quran kepada para nabi ialah maghfirah dan menyeru mereka supaya beristighfar. Menerusi pengulangan kalimah suci بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ pada setiap permulaan surah dan arahan menyebutnya pada kerja-kerja yang mulia memperlihatkan bahawa rahmat luas-Nya yang meliputi alam semesta merupakan sebuah tempat berlindung dan kubu pertahanan serta dengan perintah فَاسْتَعِذْ Dia menjadikan kalimah اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ sebagai perisai.
Isyarat Keenam:
Salah satu tipu daya yang paling berbahaya oleh syaitan adalah dia mengelirukan di antara perbuatan mengkhayalkan kekufuran dengan membenarkan kekufuran kepada sebahagian insan yang sensitif dan berhati suci. Ia memperlihatkan perbuatan menggambarkan kesesatan sebagai membenarkan kesesatan. Ia memunculkan lintasan-lintasan yang sangat jijik kepada khayalannya ketika dia memikirkan insan-insan yang mulia serta perkara-perkara yang suci. Ia memperlihatkan perkara yang bersifat imkan az-dzati(kemungkinan dalam dzatnya) dalam bentuk imkan al’aqli (kemungkinan aqli) lalu menimbulkan sejenis kesangsian yang menafikan keyakinan dalam keimanannya.
186. Page
Ketika itu, si buntu yang sensitif itu menyangka bahawa dia telah terjerumus ke dalam kesesatan dan kekufuran lalu menganggap keyakinan yang ada dalam imannya telah lenyap lalu dia terhumban ke dalam putus asa lantas dengan rasa putus asa itu, dia menjadi olokan syaitan. Syaitan akan selalu memanipulasi rasa putus asanya, titik lemahnya dan kekeliruannya itu, lalu dia sama ada akan menjadi tidak waras atau berpatah arang lalu terjerumus dalam kesesatan.
Sebagaimana kami telah jelaskan betapa tidak berasasnya perihal tipu daya syaitan ini dalam sesetengah risalah, di sini juga kami akan menjelaskannya secara mujmal. Ia seperti berikut:
Sepertimana bayangan ular di dalam cermin tidak akan mematuk dan gambar api tidak akan membakar dan refleksi benda yang kotor tidak akan mencemar, demikianlah juga bayangan kekufuran dan kesyirikan, serta bayang-bayang kesesatan dan pengkhayalan kata-kata yang keji di dalam cermin khayalan dan fikiran tidak akan merosakkan aqidah, tidak akan mengubah keimanan dan tidak akan meruntuhkan adab yang terpuji. Ini kerana, adalah satu kaedah yang masyhur bahawa sebagaimana mengkhayalkan makian bukanlah makian, mengkhayalakan kekufuran juga bukanlah kekufuran dan menggambarkan kesesatan juga bukanlah kesesatan.
187. Page
Adapun masalah kesangsian dalam keimanannya dan kemungkinan-kemungkinan yang datang daripada imkan az-Dzati tidak menafikan keyakinan itu dan ia tidak merosakkan keyakinan itu. Merupakan satu kaedah yang tetap dalam ilmu usuludddin iaitu [اِنَّ الْاِمْكَانَ اَلذَّاتِى لَايُنَافِى الْيَقِينِ الْعِلْمِى]
Sebagai contoh: Kita meyakini bahawa air tasik Barla masih di tempatnya. Sedangkan adalah mungkin untuk tasik itu pada masa ini telah kering dan kekeringannya termasuk dalam mumkinat (perkara yang mungkin berlaku). Memandangkan imkan az-Dzati ini tidak muncul daripada sebarang petunjuk, maka ia tidak mungkin boleh menjadi imkan az-Dzihni lalu memunculkan kesangsian. Ini kerana, adalah satu kaedah yang tetap dalam ilmu Usuluddin [لاَ عِبْرَةَ لِلْاِحْتِمَالِ الْغَيْرَ النَّاشِى عَنْ دَلِيلِ] yang bermakna: Suatu kemungkinan dzati yang tidak berpunca daripada suatu petunjuk tidak boleh menjadi satu imkan az-dzihni yang memberikan keraguan dan memiliki kepentingan.
Justeru, si buntu yang menjadi mangsa tipu daya syaitan ini menyangkakan bahawa dia kehilangan keyakinannya kepada hakikat-hakikat keimanan akibat kemungkinan-kemungkinan bersifat dzati seperti ini.
188. Page
Sebagai contoh: terlintas dalam fikirannya banyak imkan az-dzati dari sudut kemanusiaan Sayidina Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, namun ia tidak memberikan kemudaratan kepada kekentalan dan keyakinan imannya. Namun dia menyangka bahawa ia telah memberikan kemudaratan lalu jatuh ke dalam kemudaratan.
Malah, kadang-kadang syaitan membisikkan kepada lummah(tempat bisikan) hati dengan mengatakan kata-kata yang teruk tentang Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka orang itu menyangka lalu berkata: “Hatiku telah rosak, kerana itulah ia mengatakan perkara sebegini,” lalu dia menggigil. Sedangkan kegigilan dan ketakutannya menandakan ketiadaan redhanya terhadap perkara itu dan membuktikan bahawa ia tidak datang daripada hatinya, bahkan datang daripada lummah syaitaniyyah ataupun ia diperingatkan dan dikhayalkan oleh syaitan.
Malah di antara latifah-latifah insan terdapat dua latifah yang tidak dapat aku kenalpasti yang tidak pernah dengar kepada ikhtiyar dan iradah (pilihan dan kehendak), bahkan keduanya juga tidak akan bertanggungjawab. Kadang-kadang latifah-latifah itu menguasai dan tidak mendengar akan kebenaran lalu masuk ke dalam perkara-perkara yang salah. Waktu itu, syaitan akan membisikkan kepada orang itu: ‘Potensi dan persediaanmu tidak sesuai dengan kebenaran dan keimanan, kerana itulah engkau masuk ke dalam perkara-perkara batil seperti ini tanpa kemahuanmu. Maknanya taqdirmu telah menghukummu agar jatuh ke dalam kesengsaraan.’ Maka si buntu itu terjerumus ke dalam putus asa lalu pergi menuju kebinasaan.
189. Page
Justeru, kubu perlindungan orang beriman untuk menghadapi tipu-daya syaitan yang disebutkan pada permulaan ialah hakikat-hakikat keimanan dan ayat Muhakamat (hukum-hukum tetap) al-Quran. Manakala kubu perlindungan dalam menghadapi tipu daya syaitan yang terakhir adalah melalui istiadzah serta tidak mempedulikannya.. Ini kerana, apabila keutamaan diberikan maka ia akan menarik perhatian lalu membesar dan membengkak. Penawar dan balsam orang beriman untuk luka-luka maknawi sebegini ialah Sunnah yang luhur.
Isyarat Ketujuh:
Soalan: Oleh sebab Para imam Mu’tazilah meyakini bahawa menciptakan keburukan ialah suatu keburukan, maka mereka tidak menyandarkan penciptaan kekufuran dan kesesatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kononnya mereka mensucikan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kenyataan ini.. Namun mereka pergi di dalam kesesatan dengan menyatakan bahawa manusia ialah pencipta perbuatan-perbuatannya sendiri. Malah mereka menyatakan bahawa iman seorang mukmin yang melakukan dosa besar adalah tidak sah. Ini kerana beriman kepada Allah Ta’ala dan mengakui neraka, adalah tidak akan selari dengan perlakuan dosa yang sebegitu. Ini kerana jika orang yang memelihara dirinya daripada semua yang bertentangan dengan undang-undang kerana takutkan penjara yang sangat kecil di dunia melakukan dosa-dosa besar yang seolah-olah tidak mengendahkan azab neraka yang abadi dan kemurkaan al-Khaliq, maka sudah tentu perkara ini menandakan bahawa dia tidak beriman.
190. Page
Jawapan: Jawapan untuk bahagian pertama soalan adalah seperti berikut:
Sebagaimana telah dijelaskan dalam Risalah Taqdir, mencipta kejahatan bukanlah kejahatan, bahkan melakukan kejahatan itulah kejahatan. Ini kerana, penciptaan dan pewujudan memandang kepada natijah yang umum. Oleh sebab kewujudan sesuatu yang jahat merupakan permulaan untuk banyak perkara baik, maka pewujudan kejahatan itu menjadi baik menurut natijahnya dan ia dikira sebagai baik.
Sebagai contoh: Api mempunyai ratusan natijah yang baik. Namun dengan menganggap api adalah jahat kepada diri mereka sendiri, manusia tidak boleh mengatakan pewujudan api adalah jahat. Demikianlah juga pewujudan syaitan. Di samping memiliki banyak natijahnya yang berhikmah seperti peningkatan darjat manusia, mereka yang tewas kepada para syaitan kerana buruknya pilihan dan salahnya tindakan mereka tidak boleh mengatakan bahawa penciptaan syaitan adalah jahat. Bahkan dia yang melakukan kejahatan kepada dirinya sendiri.
191. Page
Ya, adapun usaha, oleh sebab ia merupakan sentuhan yang kecil lalu menjadi penerima satu natijah jahat yang khusus, maka usaha itu menjadi jahat. Tetapi oleh sebab pewujudan memandang kepada natijah yang umum, maka pewujudan kejahatan bukanlah kejahatan bahkan kebaikan. Justeru, oleh sebab Mu’tazilah tidak memahami rahsia ini, maka mereka tidak menyandarkan pewujudan kejahatan kepada Allah Ta’ala kerana menyatakan bahawa penciptaan kejahatan ialah kejahatan dan pewujudan keburukan adalah keburukan lalu mereka terjerumus ke dalam kesesatan. Mereka telah mentakwilkan [وَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ] yang merupakan salah satu rukun iman.
Jawapan bagi bahagian kedua dari soalan: “Bagaimanakah seseorang yang melakukan dosa besar boleh tetap beriman?” adalah seperti berikut:
Pertama: Dalam isyarat-isyarat terdahulu, kesalahan mereka telah difahami dalam gambaran yang jelas maka tiada lagi keperluan untuk mengulanginya.
Kedua: Sebagaimana diri manusia mengutamakan satu dirham kelazatan yang segera dan sedia ada di hadapan mata ke atas satu pikul kelazatan yang ditangguhkan dan ghaib, demikianlah juga, dia akan lebih takut daripada satu tamparan yang segera berbanding dengan azab seribu tahun di masa hadapan.
192. Page
Malah sekiranya perasaan pada insan menguasai maka ia tidak akan mendengar pertimbangan akal. Hawa nafsu dan wahamnya akan membuat keputusan lalu dia mengutamakan satu kelazatan segera yang paling sedikit dan tidak penting ke atas satu ganjaran yang sangat besar di masa akan datang. Dia akan lebih takut daripada kesulitan yang kecil dan segera berbanding dengan satu azab besar yang ditangguhkan di masa hadapan.
Ini kerana sangkaan, hawa nafsu dan perasaan tidak nampak masa hadapan bahkan mengingkarinya. Apatah lagi jika nafsu turut menolong, maka hati dan akal yang merupakan tempat iman akan berdiam dan menjadi kalah. Justeru, melakukan dosa besar dalam keadaan sebegini bukanlah berpunca daripada tiadanya keimanan bahkan disebabkan oleh kekalahan akal dan hati akibat dominasi perasaan, hawa nafsu dan sangkaan.
Malah sebagaimana yang difahami daripada isyarat-isyarat terdahulu, oleh sebab keburukan dan jalan hawa nafsu merupakan pemusnahan, maka ia adalah amat mudah. Syaitan jin dan manusia pantas mendorong manusia ke jalan itu.
193. Page
Satu keadaan yang amat menghairankan, menurut nas hadis, oleh sebab nur alam baqa’ yang sebesar sayap lalat adalah abadi, walaupun kelazatan yang diambil seorang manusia daripada seluruh dunia sepanjang umurnya adalah setara dengan nikmat, maka sebahagian insan yang buntu mengutamakan satu kelazatan dunia fana yang sebesar sayap lalat ini ke atas kelazatan-kelazatan alam baqa’ yang lebih bernilai daripada seluruh dunia fananya, lalu pergi di belakang syaitan.
Justeru, kerana rahsia inilah maka al-Quran al-Hakim mencegah orang beriman daripada dosa menerusi pengulangan, desakan, ancaman dan galakan yang sangat banyak lalu mendorongnya kepada kebaikan.
Suatu masa, bimbingan-bimbingan berterusan yang berulangkali ini memberikan fikiran berikut kepadaku: peringatan dan amaran yang berterusan sebanyak ini menunjukkan bahawa insan-insan beriman adalah tidak teguh dan tidak benar. Mereka memperlihatkan satu keadaan yang tidak cocok dengan kemuliaan manusia. Ini kerana, ketika satu perintah yang diterima oleh seorang petugas daripada ketuanya adalah cukup untuk ditaati, namun sekiranya perintah yang sama diulang-ulang sepuluh kali, maka petugas itu pasti berkecil hati. Dia akan berkata: Kamu menuduh aku dan aku bukan pengkhianat!
194. Page
Sedangkan al-Quran al-Hakim berulang kali memberi perintah yang penuh desakan kepada orang-orang mukmin yang ikhlas. Ketika fikiran ini mengusutkan mindaku, terdapat dua tiga orang sahabat sejatiku. Waktu itu aku sering pemberi peringatan dan amaran kepada mereka supaya mereka tidak hanyut dengan tipu daya syaitan jin dan manusia. Mereka tidak pernah berkecil hati dan berkata: “Engkau menuduh aku!” tetapi aku berkata di dalam hati: Aku telah mengecilkan hati mereka menerusi peringatan-peringatanku yang berterusan ini, aku menuduh mereka sebagai tidak setia dan tidak tabah.
Kemudian, tiba-tiba hakikat yang telah dijelaskan dan diisbatkan dalam isyarat-isyarat terdahulu tersingkap. Waktu itu, menerusi hakikat itu, aku telah ketahui bahawa desakan-desakan dan pengulangan-pengulangan al-Quran al-Hakim dalam bentuk yang amat sesuai dengan tuntutan keadaan dan kena pada tempat, tidak membazir, berhikmah dan tanpa tuduhan itu adalah hikmah itu sendiri dan balaghah yang sejati. Dan aku telah fahami rahsia mengapa tindakanku itu tidak mengecilkan sahabt-sahabat sejatiku.
195. Page
Justeru, kesimpulan bagi hakikat ini ialah, oleh sebab para syaitan mendorong dari sudut pemusnahan, maka dengan satu perbuatan yang sedikit, mereka melakukan banyak kejahatan. Kerana itu, mereka yang melalui jalan kebenaran dan hidayah amat perlu berwaspada dan berhati-hati dan sangat berhajat kepada peringatan yang berulang-ulang dan bantuan yang banyak. Maka kerana itulah Al-Haq Subhanahu wa Ta’ala memberikan bantuan dan menghulurkan ribuan tangan rahmat-Nya untuk menolong golongan beriman.
Dia tidak menjatuhkan kemuliaan ahli iman bahkan menjaganya. Dia tidak merendahkan nilai insan bahkan Dia memperlihatkan kejahatan syaitan sebagai sesuatu yang besar. Justeru wahai golongan yang benar dan mendapat hidayah! Cara untuk menyelamatkan diri daripada tipu daya syaitan yang telah disebutkan ialah menjadikan mazhab golongan yang benar iaitu Ahli Sunnah wal Jama’ah sebagai tempat berlindung dan masuklah ke dalam kubu hukum-hukum kukuh al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan dan jadikanlah Sunnah yang luhur sebagai pedoman dan temuilah keselamatan!
196. Page
Isyarat Kelapan:
Soalan: Dalam isyarat-isyarat terdahulu, Tuan telah mengisbatkan bahawa oleh sebab jalan kesesatan adalah mudah, memusnah dan melampaui batas, maka ramai yang melalui jalan itu. Sedangkan dalam risalah-risalah yang lain, kami telah mengisbatkan bahawa jalan kekufuran dan kesesatan adalah sangat sulit dan susah, maka sepatutnya tiada seorang pun yang melaluinya dan jalan itu juga tidak sesuai untuk dilalui.alan keimanan dan hidayah adalah sangat mudah dan jelas dan semua orang sepatutnya melaluinya.
Jawapan: Kekufuran dan kesesatan terbahagi kepada dua bahagian. Satunya berbentuk ‘amali (perbuatan) dan far’i (cabang) iaitu mengingkari dan menafikan hukum-hukum keimanan. esesatan dari jenis ini adalah mudah. Ini kerana ia adalah keengganan menerima kebenaran, satu perbuatan meninggalkan, satu ketiadaan dan ketiadaan penerimaan. Justeru, bahagian inilah yang diperlihatkan sebagai mudah (untuk disanggah) dalam risalah-risalah.
Bahagian kedua pula, bukan dari jenis amali dan far’i, bahkan satu hukum yang berkait dengan pemikiran dan iktiqad (kepercayaan). Ia bukan sahaja menafikan keimanan bahkan ia memilih dan membuka jalan yang bertentangan dengan keimanan.
197. Page
Ini pula merupakan penerimaan akan perkara yang batil dan pengisbatan yang berlawanan dengan kebenaran. Bahagian ini bukan sahaja penafian dan pembatalan bahkan bertentangan dengan keimanan. Ia bukanlah ketiadaan penerimaan yang mudahtetapi penerimaan ketiadaan. Mengisbatkan ketiadaan itu adalah dengan menerima ketiadaan. Menurut kaedah [اَلْعَدَمُ لَايُثْبِتُ], pastinya mengisbatkan ketiadaan adalah sukar. Justeru, bahagian kekufuran dan kesesatan yang diperlihatkan sebagai susah dan sulit di tahap imtina’ dalam risalah-risalah lain inilah yang sepatutnya mereka yang mempunyai kesedaran walau sebesar zarah tidak melalui jalan ini. Malah sebagaimana jalan ini diisbatkan secara qat’I ini mempunyai kesakitan yang sangat banyak dan memiliki kegelapan-kegelapan yang melemaskan maka mereka yang mempunyai akal walau sebesar zarah tidak akan mahu melalui jalan ini.
Jika ditanya: mengapakah ramai manusia melalui jalan yang menyakitkan, gelap dan sulit setahap ini?
Jawapan: Mereka mendapati bahawa mereka telah terjerumus di jalan ini, dan tidak dapat keluar daripadanya. Malah oleh sebab deria tumbuhan dan haiwan pada manusia tidak melihat akibat dan tidak dapat memikirkannya dan oleh sebab deria-deria itu mengalahkan latifah-latifah keinsanan pada manusia maka mereka tidak mahu keluar daripada jalan itu dan mereka terhibur dengan satu kelazatan yang segera dan sementara.
198. Page
Soalan: Sekiranya dikatakan: Di dalam kesesatan terdapat satu kesakitan dan ketakutan yang sangat dahsyat sehingga orang kafir bukan sahaja tidak mendapat kenikmatan daripada hidupnya, bahkan sepatutnya dia langsung tidak hidup. Malah dia sepatutnya dilenyek oleh kesakitan itu dan jantungnya meletup kerana ketakutan itu. Ini kerana, walaupun manusia dari sudut kemanusiaannya merindui perkara-perkara yang tidak terbatas dan amat mencintai kehidupan, maka bagaimanakah manusia yang melihat di hadapan matanya kematiannya angkara kekufuran sebagai penghapusan abadi dan perpisahan yang berterusan, melihat kelenyapan maujudat dan kematian para kekasih serta semua insan kesayangannya sebagai hukuman mati dan perpisahan abadi boleh hidup? Bagaimanakah dia dapat mendapat kelazatan daripada kehidupannya?
Jawapan: Dia menipu dirinya sendiri dan meneruskan hidup dengan kata-kata mengarut syaitan. Dia menyangka bahawa dia mendapat kelazatan yang palsu. Kami akan mengisyaratkan perihalnya melalui satu tamsilan yang masyhur: ia seperti berikut:
Telah diceritakan bahawa mereka telah berkata kepada burung unta: “Engkau mempunyai dua sayap, maka terbanglah!” Lalu ia melekapkan kedua sayapnya dan tidak terbang seraya berkata: “Aku unta.” Namun ia telah termasuk ke dalam perangkap pemburu. Supaya pemburu tidak melihatnya, ia telah menyumbat kepalanya ke dalam pasir. Sedangkan ia membiarkan tubuhnya yang besar di luar dan menjadi sasaran kepada pemburu.
199. Page
Kemudian mereka telah berkata kepadanya: memandangkan engkau mengatakan bahawa engkau adalah unta, maka bawalah bebanan! Pada masa itu, ia tidak semena-mena melebarkan sayapnya. Ia berkata: Aku ialah burung! Lalu ia terselamat daripada bebanan berat. Tetapi dia tetap menjadi sasaran kepada serangan para pemburu tanpa pelindung dan makanan.
Sama seperti itu, di hadapan pengumuman-pengumuman samawi al-Quran, orang kafir meninggalkan kekufuran mutlak dan turun ke tahap satu kekufuran yang disyaki. Jika dikatakan kepadanya: Memandangkan engkau melihat kematian dan kelenyapan sebagai penghapusan abadi dan tiang gantung yang akan menggantungmu ada di hadapan mata, maka bagimanakah orang yang melihatnya boleh hidup? Bagaimanakah di akan mendapat kelazatan? Orang itu, melalui satu bahagian yang diambilnya daripada cahaya wajah rahmat al-Quran yang umum dan syumul dia berkata:
Kematian bukanlah hukuman bunuh kerana terdapat kemungkinan kebaqaan. Ataupun seperti burung unta, dia menyumbat kepalanya ke dalam pasir kelalaian supaya ajal tidak melihatnya dan kubur tidak memandangnya dan kelenyapan benda tidak melepaskan anak panah kepadanya.
200. Page
Kesimpulan: Ketika dia melihat seperti burung unta terhadap kematian dan kelenyapan sebagai hukuman bunuh melalui kekufuran yang diragui itu, perkhabaran-perkhabaran pasti oleh al-Quran dan kitab-kitab samawi yang berkaitan dengan keimanan kepada akhirat memberikan kepadanya satu kemungkinan. Maka orang kafir itu berpaut kepada kemungkinan itu dan tidak akan mengambil kesakitan yang dahsyat itu ke atas dirinya.
Waktu itu, jika dikatakan kepadanya: Memandangkan kita akan pergi ke sebuah alam yang baqa’, maka kita perlu menanggung kesusahan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab dalam beragama. Maka orang itu, dari sudut keraguan kekufuran berkata: Mungkin juga ia tiada, dan oleh sebab ia tiada, mengapa pula aku mesti berusaha? Yakni, waktu itu, dia terselamat daripada kesakitan-kesakitan penghapusan abadi dari sudut kemungkinan kebaqaan yang diberikan oleh hukum al-Quran itu dan melalui sudut kemungkinan ketiadaan yang diberikan oleh kekufuran yang diragui, kesusahan tanggungjawab-tanggungjawab beragama menghadap kepadanya perkara ini pula, dia berpaut kepada kemungkinan kekufuran lalu terselamat daripada kesusahan itu.
201. Page
Ini bermakna, dalam noktah pandangan ini, orang kafir menyangka bahawa dalam kehidupan ini, dia mendapatkan kelazatan untuk dirinya sendiri melebihi orang mukmin. Ini kerana, dia terselamat daripada kesusahan tanggungjawab agama melalui kemungkinan kekufuran dan dia juga tidak akan mengambil kesakitan-kesakitan abadi melalui kemungkinan keimanan. Sedangkan hukum kata-kata mengarut syaitan ini adalah sangat dangkal, tidak bermakna dan sementara.
Justeru, untuk orang-orang kafir juga, al-Quran al-Hakim mempunyai sejenis rahmat yang pada satu tahap menyelamatkan kehidupan duniawi daripada menjadi neraka kepada mereka lalu dengan memberikan satu rasa seronok, mereka hidup dalam keraguan.
Jika tidak mereka pasti menanggung satu azab neraka maknawi yang akan mengingatkan kepada neraka akhirat di dunia ini lagi dan mereka pasti terpaksa membunuh diri.
Justeru wahai ahli iman! Hendaklah kalian masuk ke dalam perlindungan al-Quran yang menyelamatkan kalian daripada penghapusan abadi dan neraka-neraka duniawi dan ukhrawi dengan penuh keimanan dan pergantungan. endaklah kalian masuk ke dalam lingkungan Sunnah yang luhur dengan penuh penyerahan dan pujian lalu selamatlah daripada kesengsaraan dunia dan azab akhirat!
202. Page
Isyarat Kesembilan:
Soalan: Walaupun telah mendapat rahmat dan inayah Ilahi serta bantuan as-Subhan, namun mengapakah golongan yang mendapat hidayah yang merupakan Hizbullah, terutama para nabi dan mereka diketuai oleh Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam nabi kebanggaan semesta alam tewas kepada golongan sesat yang merupakan hizbus syaitan?
Dan mengapakah golongan munafik Madinah Munawwarah berkeras dengan kemunafikan mereka serta enggan menerima hidayah sedangkan mereka hidup berdekatan dan berjiran dengan; kenabian dan kerasulan Khatamul Anbiya’ Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang terang seperti matahari, bimbingan baginda menerusi kemukjizatan al-Qur’an yang berkesan seperti ramuan ulung dan hakikat-hakikat al-Quran yang lebih menarik berbanding dengan daya graviti alam semesta? Apakah hikmahnya?
Jawapan: Untuk merungkai dua soalan yang dahsyat ini, kami perlu menjelaskan dua asas yang mendalam. Ia seperti berikut:
203. Page
Oleh sebab al-Khaliq Dzul Jalal mempunyai dua bahagian nama iaitu Jamali dan Jalali dan oleh sebab nama-nama bersifat jamal dan jalal itu mewajarkan penzahiran hukum-hukumnya melalui tajalli-tajalli yang berbeza, maka al-Khaliq Dzul Jalal mencampurkan perkara-perkara yang bertentangan dengan satu sama lain di alam semesta, lalu menjadikannya berhadapan dengan satu sama lain dan memberikan satu keadaan menyerang dan bertahan kepada satu sama lain, Dia mendatangkan sejenis bentuk perlawanan yang berhikmah dan bermanfaat dan dari situ Dia menjadikan perkara yang berlawanan itu melintasi batasan satu sama lain lalu dengan mendatangkan kelainan dan perubahan, lalu oleh sebab Dia menjadikan alam semesta menuruti undang-undang perubahan dan peralihan serta peningkatan dan penyempurnaan, seterusnya Dia membawakan undang-undang perlawanan itu dalam bentuk yang lebih menakjubkan pada bangsa manusia yang merupakan satu buah lengkap bagi pohon penciptaan itu, Dia telah membuka satu pintu mujahadah yang menjadi paksi bagi semua peningkatan manusia dan Dia telah memberikan beberapa peralatan kepada hizbus Syaitan untuk memberi cabaran keapda Hizbullah.
Justeru, kerana rahsia yang halus inilah maka para Nabi banyak kali tewas kepada golongan sesat. Golongan sesat yang sangat daif dan lemah menjadi menang dan menentang buat sementara ke atas golongan benar yang secara maknawinya adalah sangat kuat.
204. Page
Rahsia dan hikmah bagi penentangan yang menakjubkan ini ialah: Di dalam kesesatan dan kekufuran terdapat ketiadaan dan peninggalan, maka ia adalah mudah dan tidak memerlukan pergerakan (yang banyak). Malah terdapat pemusnahan maka ia amat senang dan mudah. Satu pergerakan yang sedikit adalah mencukupi. Malah terdapat juga pencerobohan di mana amalan yang sedikit memberi kemudaratan kepada yang banyak maka ia memperolehkan mereka satu kedudukan dari sudut memberi ketakutan dan dari sudut kefiraunan. Malah terdapat penenteraman, kenikmatan dan kebebasan bersifat nabati dan haiwani pada manusia yang tidak melihat akibat ditimpa dengan sikap mahukan yang segera di mana ia menyebabkan latifah-latifah keinsanan seperti akal dan hati meninggalkan tugas-tugasnya yang penuh keinsanan dan merisaukan akibat.
Adapun oleh sebab terdapat asas-asas penting seperti bersifat wujud, bersifat tsubut, pemakmuran, pergerakan, istiqamah dalam batasan, memikirkan akibat, ubudiyyah serta peruntuhan kefiraunan dan kebebasan nafsu ammarah di jalan suci ahli hidayah, terutamanya para nabi, dan terutamanya Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan Kekasih Rabbul ‘Alamin, maka para munafiq di zaman itu yang berada di Madinah al-Munawwarah memejamkan mata mereka di hadapan matahari yang terang itu seperti kelawar lalu hanyut dengan daya penolak bersifat syaitan terhadap graviti teragung itu lalu mereka telah kekal di dalam kesesatan.
205. Page
Jika dikatakan: Sesungguhnya Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah kekasih Rabbul ‘Alamin (Tuhan sekalian alam). Malah apa yang di tangan baginda ialah kebenaran dan yang ada pada lidahnya ialah hakikat. Sebahagian pasukan tentera baginda ialah para malaikat. Dengan satu tadahan tangan air, baginda menghilangkan dahaga tenteranya. Dengan empat cupak gandum dan daging seekor anak biri-biri, baginda memberi jamuan yang mempu mengenyangkan seribu orang. Dengan melemparkan segenggam debu ke mata tentera kuffar, dan akibat masuknya segenggam debu ke dalam mata setiap tentera kuffar, baginda menyebabkan mereka lari bertempiaran. Maka bagaimanakah mungkin seorang Panglima Tentera Rabbani yang memiliki seribu mukjizat sebegini boleh tewas pada penghujung perang Uhud dan pada permulaan perang Hunain?
Jawapan: Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah diutus sebagai teladan, imam, dan pedoman kepada umat manusia. Ini supaya umat manusia mempelajari undang-undang kehidupan bermasyarakat dan peribadi daripada baginda dan supaya mereka terbiasa akur dengan undang-undang kehendak dan bertindak sesuai dengan dustur-dustur hikmah al-Hakim Dzul Kamal. Sekiranya Rasul termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sentiasa bersandar kepada perkara-perkara luar biasa dan mukjizat-mukjizat baginda dalam kehidupan bermasyarakat dan peribadi baginda, nescaya baginda tidak akan mampu menjadi imam mutlak dan pedoman terbesar (kepada manusia).
206. Page
Justeru kerana rahsia inilah maka baginda hanya memperlihatkan mukjizat sekali sekala ketika diperlukan untuk menjadikan dakwah diakui dan untuk meranapkan keingkaran para pengingkar. Sebagaimana baginda mentaati perintah-perintah Ilahi melebihi orang lain pada masa-masa yang lain, demikianlah juga baginda telah memelihara dan mematuhi undang-undang ‘Adatullah yang diasaskan melalui hikmah Rabbani dan kehendak as-Subhan melebihi semua orang lain. Baginda juga memakai baju besi saat berhadapan dengan musuh, memberi arahan “Berlindung dalam kubu!”, tercedera dilukai dan menanggung kesusahan. Ini supaya baginda memperlihatkan pemeliharaan kepatuhan baginda akan undang-undang hikmah Ilahi dan syariat fitrah teragung di alam semesta dengan sepenuhnya.
Isyarat Kesepuluh:
Salah satu daripada muslihat utama Iblis ialah menjadikan mereka yang mengikutinya mengingkarinya kewujudannya sendiri. Pada zaman ini, terutamanya oleh sebab mereka yang mindanya bercelaru angkara falsafah-falsafah materialisme memperlihatkan kesangsian dalam masalah yang jelas ini, maka kami akan menyatakan satu atau dua kata-kata terhadap tipu daya syaitan ini. Ia seperti berikut:
207. Page
Sebagaimana terdapat roh-roh keji berjasad dari kalangan manusia yang menjalankan tugas syaitan yang dapat disaksikan, kewujudan roh-roh keji dari kalangan jin juga adalah dalam kepastian yang sama.
Sekiranya mereka memakai tubuh fizikal (maddi), nescaya makhluk jahat ini akan sama seperti manusia. Malah sekiranya syaitan-syaitan manusia yang dalam bentuk manusia ini boleh menanggalkan jasad mereka, nescaya mereka akan menjadi para iblis dari kalangan jin. Hatta berdasarkan kepada kesesuaian yang kuat ini, maka satu mazhab yang batil telah menetapkan bahawa setelah roh-roh keji dalam rupa manusia yang sangat jahat ini mati, mereka akan menjadi syaitan.
Adalah dimaklumi bahawa jika sesuatu yang tinggi nilainya rosak, maka ia akan menjadi lebih rosak berbanding dengan kerosakan benda yang lebih murah nilainya. Sebagai contoh: sekiranya susu dan yogurt rosak, ia masih boleh dimakan. Tetapi, sekiranya mentega rosak, maka ia tidak akan boleh dimakan, kadang-kadang menjadi seperti racun.
Demikianlah juga sekiranya manusia yang merupakan makhluk termulia di kalangan makhluk, bahkan yang paling tinggi nilainya rosak, maka ia akan menjadi lebih rosak berbanding dengan haiwan yang rosak.
208. Page
Mereka akan merasa lazat dan berbangga dengan kejahatan-kejahatan dan akhlak-akhlak keji yang terdapat pada lumpur kesesatan dan mendapat kelazatan daripada kemudaratan seperti serangga-serangga yang mendapat kelazatan menerusi bau benda-benda yang telah membusuk dan seperti ular-ular yang merasa lazat dengan meracun melalui patukan dan jenayah yang terdapat pada kegelapan kezaliman seolah-olah masuk ke dalam perihal syaitan.
Kesimpulan:
Pertama: Dalil kewujudan syaitan jin ialah kewujudan syaitan berbentuk manusia.
Kedua: Semua dalil dalam Kalimah Kedua puluh Sembilan yang mengisbatkan kewujudan para makhluk rohani dan para malaikat melalui seratus dalil yang qat’I itu juga mengisbatkan kewujudan para syaitan. Kami menyerahkan sudut ini kepada Kalimah tersebut.
Ketiga: Sebagaimana kewujudan para malaikat yang ibarat para wakil dan penyelia bagi undang-undang di dalam perkara-perkara yang baik di alam semesta adalah sabit menurut kesepakatan agama, kewujudan roh-roh keji dan syaitan yang merupakan para wakil dan penggerak perkara-perkara yang buruk serta paksi bagi undang-undang dalam perkara itu juga adalah qat’I dari segi hikmah dan hakikat. Bahkan kewujudan tabir makhluk yang berkesedaran dalam perkara-perkara yang buruk adalah lebih perlu.
209. Page
Ini kerana, sebagaimana telah dinyatakan pada permulaan Kalimah Kedua puluh dua: oleh sebab tidak semua orang dapat melihat keindahan hakiki bagi setiap sesuatu, maka, untuk tidak menyanggah al-Khaliq Dzul Jalal dari sudut kejahatan dan kekurangan yang dari segi zahir, untuk tidak menyalahkan rahmat-Nya, untuk tidak mengkritik hikmah-Nya dan untuk tidak membuat pengaduan yang batil, maka al-Khaliq Dzul Jalal telah menjadikan satu perantaraan zahir sebagai tabir supaya semua sanggahan, kritikan dan pengaduan pergi kepada tabir-tabir itu dan tidak dihalakan kepada al-Khaliq al-Karim dan al-Hakim al-Mutlaq.
Sebagaimana untuk menyelamatkan malaikat Izrail daripada dibenci oleh hamba-hamab Allah yang meninggal dunia, maka Allah telah menjadikan penyakit-penyakit sebagai tabir. Seperti itu juga, Allah menjadikan Malaikat Izrail sebagai tabir untuk pencabutan nyawa supaya pengaduan-pengaduan tentang keadaan-keadaan yang disangkakan sebagai tiada belas kasihan itu tidak ditalakan kepada Allah Ta’ala. Demikianlah juga dangan keqat’ian yabg lebih banyak, supaya sanggahan-sanggahan dan kritikan-kritikan yang datang daripada kejahatan dan keburukan tidak dihalakan kepada al-Khaliq Dzul Jalal, hikmah Rabbani telah mewajarkan kewujudan syaitan.
210. Page
Keempat: Sebagaimana manusia merupakan sebuah alam kecil, alam ini juga merupakan manusia yang besar. Manusia yang kecil ini merupakan indeks (faharasat) dan ringkasan bagi manusia besar itu. Asal-usul besar bagi contoh-contoh yang ada pada manusia pastinya akan terdapat pada manusia terbesar itu. Sebagai contoh: Kewujudan daya ingatan pada manusia merupakan dalil yang qat’i kepada kewujudan Lauh Mahfuz di alam ini. Demikianlah juga,hakikat semua orang merasai dengan rasa dan keyakinan pada dirinya bahawa satu lidah syaitan yang berbicara dengan bisikan-bisikan satu alat was-was dan deria sangkaan yang dinamakan lummah syaitaniyyah di satu penjuru hati manusia, serta daya sangkaan yang dirosakkan telah menjadi ibarat satu syaitan kecil dan bertindak berlawanan dengan pilihan pemilik mereka dan bertentangan dengan kehendak mereka merupakan satu dalil yang qat’i bagi kewujudan syaitan-syaitan yang besar di alam ini. Oleh sebab lummah syaitaniyyah ini dan daya sangkaan itu merupakan satu telinga dan lidah, maka kedua-duanya memberi isyarat tentang kewujudan satu peribadi jahat luaran yang menghembus kepadanya dan menuturkan perkara ini.
Isyarat Kesebelas:
Al-Quran mengungkapkan kemarahan alam semesta, keberangan unsur-unsur menyeluruh, dan kemeradangan semua maujudat angkara kejahatan golongan sesat dengan penuh kemukjizatan.
211. Page
Yakni, al-Quran memperlihatkan dan mengumumkan serangan langit dan bumi melalui taufan yang menimpa Kaum Nuh, kebencian unsur udara kepada keingkaran Kaum Tsamud dan ‘Ad, kemeradangan unsur air dan laut ke atas Kaum Firaun, kemurkaan unsur tanah ke atas Qarun serta kemarahan dan kemurkaan neraka melalui rahsia [تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ] (Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya) di akhirat terhadap golongan kafir serta kebencian semua maujudat terhadap golongan kafir dan sesat dalam bentuk yang sangat dahsyat dan mengecam golongan sesat dan penderhaka dengan penuh kemukjizatan.
Soalan: Mengapakah amalan-amalan sia-sia oleh manusia yang tidak penting seperti ini dan dosa-dosa peribadi mereka mengundang kemarahan alam semesta?
Jawapan: Sebagaimana telah diisbatkan dalam sebahagian risalah dan dalam isyarat-isyarat terdahulu: Kekufuran dan kesesatan merupakan pencerobohan yang dahsyat dan merupakan satu jenayah yang berkait dengan semua maujudat.
212. Page
Ini kerana salah satu tujuan terbesar penciptaan alam semesta ialah ‘ubudiyyah insaniyyah (pengabdian manusia) serta penerimaan Rububiyyah Ilahi dengan iman dan ketaatan. Sedangkan orang-orang yang kafir dan sesat, oleh sebab mereka menolak tujuan teragung yang merupakan alasan dan tujuan (penciptaan) mujudat serta sebab kekekalan mereka itu menerusi keingkaran di dalam kekufuran, maka, sebagaimana ia merupakan sejenis pencerobohan ke atas hak-hak semua makhluk, mereka juga mengingkari tajalli-tajalli nama Ilahi yang tajalli-tajallinya terzahir pada cermin-cermin semua masnu’at dan meninggikan nilai masnu’at dari sudut menjadi cermin, maka sebagaimana ia merupakan satu tazyif (peremehan) terhadap nama-nama Ilahi, ia juga merupakan satu tahqir(penghinaan) yang besar terhadap masnu’at kerana merendahkan nilai semua masnu’at itu.
Malah, ketika tiap-tiap satu maujudat adalah pada tahap petugas Rabbani yang ditugaskan dengan mulia masing-masing, oleh sebab mereka orang kafir merendahkannya lalu memperlihatkannya pada kedudukan sebagai makhluk yang kaku, fana dan tidak bermakna melalui kekufuran, maka ia merupakan sejenis penghinaan terhadap hak-hak semua makhluk.
213. Page
Justeru, oleh sebab sedikit sebanyak berdasarkan kepada tahap-tahap jenis-jenis kesesatan telah memberikan kemudaratan kepada hikmah Rabbani pada penciptaan alam semesta dan kepada tujuan-tujuan Subhani pada kebaqaan dunia, maka alam semesta menjadi berang, maujudat menjadi marah dan makhluk-makhluk menjadi geram terhadap mereka yang derhaka dan mereka yang sesat.
Wahai manusia buntu yang jirim dan jasadnya kerdil namun jenayah dan kezalimannya besar, keaiban dan dosanya banyak!
Jika engkau mahu menyelamatkan diri daripada kebencian makhluk dan keberangan maujudat, maka jalan untuk selamat ialah memasuki daerah al-Quran al-Hakim dan mengikuti Sunnah luhur Rasul Termulia Solallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan penyampai bagi al-Quran al-Hakim. Masuklah dan ikutilah!
Isyarat Kedua Belas:
Isyarat Kedua Belas ini terdiri dari empat soalan dan jawapan:
214. Page
Soalan pertama: Bagaimanakah suatu azab tanpa batasan dan neraka yang tiada penghujung terhadap dosa-dosa terbatas dalam kehidupan yang terbatas boleh menjadi keadilan?
Jawapan: Di dalam isyarat-isyarat terdahulu, lebih-lebih dalam Isyarat Kesebelas yang sebelum ini, telah difahami secara qat’i bahawa jenayah kekufuran dan kesesatan merupakan satu jenayah yang tiada batasan dan pencerobohan yang tidak terhingga kepada hak-hak makhluk.
Soalan kedua: Telah dinyatakan dalam syariat bahawa neraka ialah balasan amalan tetapi syurga ialah limpahan rahmat Ilahi. Maka apakah rahsia hikmah perkara ini?
Jawapan: Telah jelas daripada isyarat-isyarat terdahulu bahawa sebagaimana manusia menjadi penyebab kepada kemusnahan-kemusnahan dan kejahatan-kejahatan yang dahsyat menerusi juzuk pilihan yang tidak mampu mewujudkan, usaha yang juz’I, perkara yang bersifat tiada ataupun dengan pembentukan satu perkara iktibar dan pemberian kesabitan, oleh sebab hawa dan nafsu manusia sentiasa cenderung kepada kejahatan dan kemudaratan, maka dia menanggung sendiri tanggungjawab perkara-perkara buruk yang terhasil daripada natijah usahanya yang kecil itu. Ini kerana, nafsunya telah mahukannya dan dia menjadi penyebab dengan usahanya sendiri. Dan oleh sebab kejahatan adalah bersifat tiada, maka hamba adalah pelakunya. Allah Taa’la juga telah menciptakannya. Maka sudah tentu dia berhak memikul tanggungjawab jenayah yang tiada batasan itu melalui suatu azab yang tiada penghujung.
215. Page
Adapun perkara-perkara baik dan kebajikan pula, memandangkan adalah bersifat wujud, maka usaha insan dan juzuk pilihan tidak boleh menjadi alasan yang mewujudkan. Manusia tidak boleh menjadi pelaku hakiki padanya. Nafsu amarahnya juga bukanlah berpihak kepada perkara-perkara yang baik, bahkan rahmat Ilahi yang mengehendaki lalu qudrat Rabbani mewujudkan. Manusia hanya boleh menjadi pemilik melalui keimanan, kehendak dan niat. Dan selepas dia menjadi pemilik, maka perkara-perkara yang baik itu pun menjadi satu kesyukuran kepada nikmat-nikmat Ilahi yang terdahulu yang tidak terhitung seperti nikmat kewujudan dan keimanan yang telah diberikan sebelum ini kepadanya. Dan merujuk kepada nikmat-nikmat sebelum ini.
Adapaun syurga yang akan dianugerahkan kerana merupakan janji Ilahi diberikan dengan limpahan ar-Rahman. Pada zahirnya ia adalah satu ganjaran namun pada hakikat adalah limpahan rahmat. Ini bermakna, sebab kepada perkara yang buruk ialah nafsu maka ia layak kepada balasan hukuman. Manakala di dalam kebajikan, sebab juga adalah daripada al-Haq dan alasannya juga adalah daripada al-Haq. Manusia hanya memilikinya menerusi keimanan. Dia tidak boleh berkata: “Aku mahukan ganjaran-ganjaranku.” Tetapi dia boleh berkata: “Aku menanti limpahan rahmat-Mu.
216. Page
Soalan ketiga: Difahami daripada penjelasan-penjelasan terdahulu, oleh sebab perkara-perkara buruk bertambah melalui penyebaran dan pencerobohan maka satu keburukan sepatutnya ditulis seribu. Manakala perkara-perkara baik, oleh sebab ia bersifat wujud dan secara maddi tidak bertambah dan tidak berlaku dengan pewujudan oleh hamba dan kehendak nafsu, maka ia sepatutnya tidak ditulis sama sekali. Ataupun hanya ditulis satu. Justeru, mengapakah keburukan ditulis satu sedangkan kebaikan ditulis sepuluh, kadang kadang seribu?
Jawapan: Allah Subhanahu wa Ta’ala memperlihatkan kesempurnaan rahmat dan keindahan sifat ar-Rahim-Nya dalam bentuk itu.
Soalan keempat: Kejayaan yang diperoleh golongan sesat dan kekuatan yang mereka tunjukkan serta kemenangan mereka ke atas golongan yang mengikut hidayah memperlihatkan bahawa mereka bersandar kepada satu kekuatan dan satu hakikat. Ini bermakna, sama ada terdapat kelemahan pada para pengikut hidayah atau terdapat hakikat pada golongan yang sesat
217. Page
Jawapan: Hasya! Tidak sama sekali! Sesungguhnya tiada hakikat pada mereka dan tiada kelemahan pada golongan yang benar! Tetapi malang sekali, sebahagian orang awam yang sempit pandangan dan lemah pertimbangan jatuh ke dalam kesangsian lalu menjadi was-was dan muncul kecacatan pada aqidah mereka. Ini kerana mereka berkata: “Sekiranya pada golongan yang benar, benar-benar terdapat kebenaran dan hakikat nescaya sepatutnya tidak terjadi kekalahan dan kehinaan setahap ini. Ini kerana hakikat adalah kuat. Menurut kaedah asas [اَلْحَقُّ يَعْلُو وَلاَ يُعْلَى عَلَيْهِ], kekuatan adalah pada kebenaran. Sekiranya tidak terdapat satu kekuatan dan satu noktah persandaran yang hakiki pada golongan sesat yang mengalahkan golongan yang benar itu, nescaya tidak sepatutnya mereka mendapat kemenangan dan kejayaan setahap ini.
Jawapan: Oleh sebab telah diisbatkan dengan qat’i dalam isyarat-isyarat terdahulu bahawa kekalahan golongan yang benar bukanlah kerana kelemahan dan kebatilan mereka sebagaimana telah diisbatkan secara qat’i dalam isyarat-isyarat itu juga bahawa kemenangan golongan yang sesat bukanlah daripada kekuatan, keupayaan dan kerana mereka telah menemui satu noktah persandaran, maka jawapan kepada soalan ini ialah rangkuman keseluruhan isyarat-isyarat terdahulu itu. Walaubagaimanapun, di sini kami akan memberi isyarat kepada muslihat dan tipu daya mereka dan sebahagian senjata-senjata yang telah digunakan oleh mereka. Ia seperti berikut:
218. Page
Aku sendiri telah berulang kali menyaksikan bahawa sepuluh peratus golongan sesat mengalahkan sembilan puluh peratus golongan yang benar. Aku tertanya-tanya penuh kehairanan dan aku telah amati lalu aku telah faham secara qat’i bahawa kemenangan itu tidak berpunca daripada kekuatan dan kekuasaan, namun datang daripada kefasadan, kehinaan, pemusnahan dan pemanfaatan daripada perselisihan golongan yang benar, campakan perselisihan ke dalam golongan yang benar, pegangan dan suntikan ke atas titik-titik lemah mereka, pembangkitan kehendak hawa nafsu dan tujuan peribadi, pemanipulasian potensi-potensi buruk manusia yang ada yang ibarat galian-galian memudaratkan pada perihalnya, pembelaian sifat kefiraunan nafsu yang penuh kepura-puraan dengan nama kehormatan dan kemuliaan serta daripada rasa takut semua orang yang berpunca daripada pemusnahan tanpa perikemanusiaan oleh golongan yang sesat itu.
Dan melalui perantaraan tipu daya bersifat syaitan yang seumpama itu, mereka menang ke atas golongan yang benar buat sementara waktu.
219. Page
Tetapi menerusi rahsia [وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ] (dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa) dan dustur [اَلْحَقُّ يَعْلُو وَلاَ يُعْلَى عَلَيْهِ] (kebenaran itu tinggi dan tiada yang mengatasinya), kemenangan mereka yang sementara itu, bukan sahaja tidak bermanfaat untuk mereka dari sudut manfaat, malah ia juga merupakan sebab kepada pemerolehan neraka untuk diri mereka sendiri dan syurga untuk golongan yang benar.
Justeru, oleh sebab dalam kesesatan, ketampakan keupayaan mereka yang tidak berupaya dan peraihan kemasyhuran oleh mereka yang tidak penting, maka untuk memperlihatkan kemampuan mereka melalui sesuatu yang kecil, manusia-manusia yang pentingkan diri, memuja kemasyhuran dan penuh kepura-puraan serta untuk mendapat satu kedudukan dari sudut menimbulkan kegerunan dan kemudaratan, mereka memasuki satu keadaan yang berlawanan dengan golongan yang benar. Ini supaya mereka dilihat dan perhatian serta tumpuan ditarik kepada mereka. Supaya pemusnahan-pemusnahan yang bukan berpunca daripada keupayaan dan kuasa, hanya menjadi sebab angkara peninggalan dan ketidakfungsian disandarkan kepada mereka lalu dibicarakan tentang mereka. Sebagaimana seseorang yang gilakan kemasyhuran pernah mencemarkan tempat solat supaya semua orang berbicara tentangnya. Hatta walaupun kisahnya itu dibicarakan dengan kutukan dan laknat sekalipun, namun sifat sukakan kemasyhurannya telah memperlihatkan kemasyhuran yang dilaknati itu sebagai elok maka demikianlah orang itu menjadi bidalan perumpamaan.
220. Page
Wahai insan buntu yang dicipta untuk alam baqa’ dan diuji dengan alam yang fana! Berilah perhatian dan pinjamkan telinga kepada rahsia ayat [فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَ الْاَرْضُ] (Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi )! Renungilah apa yang dikatakannya!
Ayat ini menerusi mafhum sarihnya (makna tersuratnya) berkata: Langit dan bumi yang berkait dengan manusia tidak menangisi kematian mereka yang sesat, yakni, langit dan bumi bergembira dengan kematian mereka ini. Menerusi makna isyarinya (makna tersiratnya), ayat ini berkata: langit dan bumi menangisi kematian mereka yang mendapat hidayah. Langit dan bumi tidak mahu berpisah dengan mereka. Ini kerana, golongan beriman adalah berkait dengan seluruh alam semesta dan lagit dan bumi senang hati dengan mereka.
Oleh sebab golongan beriman mengetahui al-Khaliq alam semesta menerusi keimanan maka mereka menghargai nilai alam semesta lalu menghormati dan mencintainya. Mereka tidak akan pernah menghina atau membawa permusuhan yang tersirat terhadap alam semesta seperti golongan yang sesat.
221. Page
Wahai manusia, fikirlah! Kamu juga akan mati dalam apa jua keadaan. Sekiranya kamu menuruti nafsu dan syaitan, maka jiran-jiranmu, bahkan kaum kerabatmu akan berasa gembira(dengan kematianmu) kerana terselamat daripada kejahatanmu.
Sekiranya kamu melafazkan [اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ] lalu mengikut al-Quran dan Habib ar-Rahman, maka waktu itu langit dan bumi serta semua maujudat (menurut tahap masing-masing) akan berasa sedih kerana berpisah denganmu (menurut tahapmu) lalu menangis secara maknawi. Menerusi tangisan pilu yang menyeluruh dan iringan yang meriah, mereka memberi isyarat bahawa wujudnya sambutan yang baik untukmu menurut tahapmu di alam baqa’ yang dimasukimu menerusi pintu kubur.
Isyarat Ketiga Belas:
Isyarat ini terdiri daripada tiga noktah.
Noktah pertama: Salah satu daripada muslihat terbesar syaitan ialah menipu orang-orang yang sempit dada, pendek akal dan cetek fikirannya dari sudut keagungan hakikat keimanan dengan berkata: “Dikatakan bahawa hanya Tuhan yang satu, memutarkan dan menguruskan seluruh zarah, planet, bintang dan semua makhluk yang lain dengan semua keadaannya dalam pentadbiran rububiah-Nya. Bagaimanakah permasalahan besar yang menghairankan seperti ini boleh dipercayai? Bagaimanakah ia boleh mengambil tempat di dalam hati? Bagaimanakah fikiran boleh menerimanya? Dengannya, syaitan membangkitkan satu rasa keingkaran pada noktah kelemahan insan.
222. Page
Jawapan: Rahsia yang dapat mendiamkan tipu daya syaitan ini ialah lafaz اَللُّٰهُ اَكْبَرْ. Jawapan hakikinya juga ialah اَللُّٰهُ اَكْبَرْ. Ya, pengulangan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ yang banyak dan berulang dalam syiar-syiar Islam adalah untuk membasmi tipu daya ini. Ini kerana kekuatan yang lemah, kuasa yang daif dan fikiran yang sempit pada insan dapat melihat dan membenarkan hakikat-hakikat besar tanpa sempadan seperti ini melalui nur اَللُّٰهُ اَكْبَرْ dan membawa hakikat-hakikat itu dengan kekuatan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ dan menempatkan hakikat-hakikat itu dalam daerah اَللُّٰهُ اَكْبَرْ lalu berkata kepada hatinya yang terjerumus ke dalam was-was: Sesungguhnya dapat dilihat dengan jelas akan pentadbiran dan pemutaran yang sangat tersusun di alam semesta ini. Dalam perkara ini terdapat dua jalan:
Jalan Pertama: Ia adalah mungkin tetapi sangat hebat dan luar biasa. Memandangkan satu hasil karya dan hasil seni yang luar biasa sebegini hanya boleh terjadi melalui satu jalan yang sangat menghairankan. Adapun jalan itu ialah kewujudannya menerusi Rububiyyah, iradah dan qudrah Dzat al-Ahad as-Somad yang saksi kewujudan-Nya adalah sebanyak jumlah maujudat dan bilangan zarrah.
223. Page
Jalan Kedua: Jalan kesyirikan dan kekufuran yang langsung tidak mempunyai sudut kemungkinan, sulit setahap imtina’ (mustahil) dan tidak maakul(logik) dari mana-mana sudut. Ini kerana, sebagaimana telah diisbatkan secara qat’I dalam Maktub (surat) kedua Puluh dan Kalimah kedua Puluh dua:
(Maka) ketika itu perlu ada satu uluhiyyah yang mutlak, ilmu yang meliputi dan qudarat yang tiada sempadan pada tiap-tiap maujud alam semesta, hatta pada tiap-tipa zarahnya. Ini supaya, ukiran-ukiran hasil seni yang sangat tersusun, teratur dan sempurna dan terhias dengan neraca dan keistimewaan yang sangat teliti yang dilihat secara musyahadah mendapat kewujudan.
Kesimpulan: Jika tiada satu rububiyah yang agung dan megah, yang benar-benar layak dan benar-benar tepat, maka waktu itu manusia perlu menyusuli satu jalan yang tidak logik dan mustahil dari setiap sudut. Syaitan juga tidak pernah mencadangkan supaya masuk ke dalam kemustahilan dan ketidaklogikan melalui perbuatan lari daripada keagungan yang layak dan perlu.
224. Page
Noktah kedua: Salah satu daripada tipu muslihat utama syaitan ialah menyebabkan manusia tidak mengakui kesalahannya. Ini supaya jalan isti’azah dan istighfar tertutup. Malah, ia membangkitkan sifat ananiyyah nafsu manusia supaya nafsu mempertahankan dirinya seperti peguam bela sehingga tahap dia seolah-olah mensucikan dirinya daripada sebarang kekurangan. Ya, satu nafsu yang mendengar kata-kata syaitan tidak akan pernah mahu melihat kekurangannya, jika dia nampak sekalipun, ia akan mentakwilkannya dengan seratus takwilan. Menerusi rahsia [وَ عَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيلَةٍ], oleh sebab ia melihat dirinya dengan pandangan keredaan, maka dia tidak akan nampak keaiban dirinya. Lalu oleh sebab dia tidak nampak keaiban dirinya, maka ia tidak akan mengakui kesalahannya dan tidak akan beristighfar dan tidak akan beristiadzah. Maka dia menjadi olokan syaitan.
Dalam keadaan seorang Rasul yang tinggi pekertinya seperti Sayidina Yusuf ‘Alaihissalam melafazkan [اِنَّ النَّفْسَ لَاَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ اِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّى] ( sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku), maka bagaimanakah nafsu itu boleh dipercayai?
225. Page
Mereka yang mencari kesalahan nafsunya akan nampak kesalahannya. Mereka yang mengakui kesalahannya akan beristighfar. Mereka yang beristighfar akan beristi’adzah. Mereka yang beristi’adzah akan terselamat daripada kejahatan syaitan. Tidak nampak kesalahan sendiri merupakan satu kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan itu sendiri. Tidak mengakui kesalahannya merupakan satu kekurangan yang besar. Jika seseorang itu nampak kesalahannya, maka kesalahan itu tidak akan dikira sebagai kesalahan. Sekiranya seseorang itu mengakui kesalahannya, maka dia layak mendapat kemaafan.
Noktah ketiga: Salah satu daripada tipu daya syaitan yang merosakkan kehidupan bermasyarakat manusia secara sosial adalah:
Melalui satu perbuatan buruk seorang mukmin, ia menutup semua kebaikan mukmin itu. Golongan tidak insaf yang mendengar tipu daya syaitan ini akan memusuhi orang mukmin itu. Sedangkan ketika Allah Ta’ala menimbang amalan-amalan mereka yang mukallaf di padang Mahsyar dengan keadilan yang mutlak, Dia akan memberi hukuman pada sudut kemenangan dan ketewasan perbuatan-perbuatan baik kepada perbuatan-perbuatan yang buruk.
226. Page
Malah oleh sebab kejahatan adalah banyak dan kewujudannya adalah mudah, maka kadang-kadang, kerana satu kebaikan, ia menutup banyak keburukan. Ini bermakna, di dunia ini, segala pergaulan dan amalan hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup keadilan Ilahi itu. Sekiranya kebaikan-kebaikan seseorang itu adalah lebih banyak dari segi kuantiti dan kualiti berbanding dengan perbuatan buruknya, maka orang itu layak kepada rasa kasih dan kehormatan. Bahkan menerusi satu perbuatan baiknya, banyak perbuatan buruknya perlu dilihat dengan pandangan kemaafan.
Sedangkan manusia, angkara sifat zalim dalam fitrahnya dan bisikan syaitan, dia melupakan seratus kebaikan seseorang kerana satu perbuatan buruknya. Lalu dia memusuhi saudara mukminnya dan terjerumus ke dalam dosa.
Sebagaimana sebelah sayap lalat diletakkan di atas sebiji mata, maka ia akan menutup sebuah gunung dan tidak akan memperlihatkannya. Demikianlah juga angkara satu perasaan jahat manusia, menerusi satu kejahatan yang sebesar sayap lalat, dia menutup kebaikannya yang sebesar gunung lalu melupakannya. Dia memusuhi saudara mukminnya dan menjadi agen perosak di dalam masyarakat Islam.
227. Page
Menerusi satu tipu daya lain yang menyerupai tipu daya ini, ia merosakkan kesejahteraan fikiran manusia. Ia merosakkan pertimbangan yang sihat terhadap hakikat-hakikat keimanan dan memusnahkan keistiqamahan fikirannya. Ia seperti berikut:
Dia mahu meruntuhkan hukuman ratusan dalil-dalil bersifat isbat berkenaan satu hakikat keimanan menerusi satu nafsu amarah yang diisyaratkan kepada penafian. Sedangkan, adalah satu kaedah yang tetap, satu pengisbat akan diutamakan ke atas ramai penafi. Hukum seorang yang musbit (dipercayai) dalam sesuatu dakwaan adalah diutamakan ke atas seratus penafian. Perhatikan hakikat di bawah menerusi satu tamsilan. Ia seperti berikut:
Ada sebuah istana yang mempunyai ratusan pintu. Akibat satu pintunya dibuka, maka istana itu dapat dimasuki dan pintu-pintu lain juga akan dibuka. Sekiranya semua pintu terbuka, dan satu atau dua daripadanya tertutup, maka tidak boleh dikatakan bahawa istana itu tidak akan boleh dimasuki.
228. Page
Justeru, hakikat-hakikat keimanan ialah istana itu. Setiap satu dalil merupakan satu anak kunci. Ia mengisbatkan dan membuka pintu. Akibat satu pintunya terus tertutup tidak boleh menjadi sebab kepada palingan dan keingkaran terhadap hakikat-hakikat keimanan.
Adapun syaitan, berdasarkan beberapa sebab, ia memperlihatkan satu pintu yang masih berkunci melalui perantaraan sama ada kelalaian ataupun kejahilan. Lalu dia menyingkirkan semua dalil pengisbat daripada pandangan. Maka syaitan berkata: “Sesungguhnya istana ini tidak boleh dimasuki, bahkan ia bukanlah istana bahkan di dalamnya tiada apa-apa.”
Justeru, wahai manusia buntu yang diuji dengan tipu daya syaitan! Sekiranya kamu mahukan keselamatan kehidupan beragama, kehidupan peribadi dan kehidupan bermasyarakat, dan sekiranya kamu inginkan kesahihan pemikiran, keistiqamahan pandangan dan kesejahteraan hati, maka timbanglah amalan-malan dan lintasan pemikiranmu dengan neraca timbang tara al-Quran dan timbangan Sunnah yang luhur dan sentiasalah jadikan al-Quran dan sunnah yang luhur sebagai pedoman dan ucapkanlah [اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ] dan temuilah Allah Ta’ala ketika kamu mencari perlindungan.
229. Page
Justeru, tiga belas isyarat ini ialah tiga belas anak kunci. Bukalah pintu tembok kukuh dan kubu teguh surah terakhir al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan iaitu surah:
اَسْتَعِيذُ بِاللّٰهِ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم
]قُلْ اَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * اِلهِ النَّاسِ * مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِى يُوَسْوِسُ ف۪ى صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ[
yang merupakan perincian dan sumber اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ kemudian masuklah dan temui keselamatan di sana!
سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَاَعُوذُ بِكَ رَبِّ اَنْ يَحْضُرُونِ