Kilauan Ketujuh

56. Page

Kilauan Ketujuh

Berkenaan tujuh jenis perkhabaran ghaib bagi ayat di penghujung surah al-Fath.

 

[بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

لَقَدْ صَدَقَ اللّٰهُ رَسُولَهُ الرُّءْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ اِنْ شَاءَ اللّٰهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُسَكُمْ وَ مُقَصِّرِينَ لَاتَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا هُوَ الَّذِى اَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَ كَفَى بِاللّٰهِ شَهِيدًا مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانًا سِيمَاهُمْ ف۪ى وُجُوهِهِمْ مِنْ اَثَرِ السُّجُودِ ذٰلِكَ مَثَلُهُمْ ف۪ى التَّوْرَيةِ وَ مَثَلُهُمْ ف۪ى الْاِنْجِيلِ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْئَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللّٰهُ الَّذ۪ينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَ اَجْرًا عَظِيمًا]


 


 

Tiga ayat surah al-Fath ini mempunyai banyak wajah kemukjizatan. Wajah perkhabaran ghaib daripada wajah-wajah menyeluruh kemukjizatan al-Quran al-mu’jiz al-bayan dalam tiga ayat ini dilihat melalui tujuh atau lapan wajah.

 

Pertama: ayat [لَقَدْ صَدَقَ اللّٰهُ رَسُولَهُ الرُّءْيَا] hingga akhir, mengkhabarkan fathul Makkah dengan qat’i sebelum ia berlaku. Dua tahun selepas itu ia telah berlaku dalam bentuk yang telah dikhabarkan.



57. Page

Kedua: Ayat [فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا] mengifadahkan bahawa walaupun Peristiwa Sulh al-Hudaibiyyah secara zahirnya dilihat tidak menguntungkan Islam dan orang Quraisy dilihat telah menang, namun dari segi maknawi, ia mengkhabarkan bahawa Perjanjian al-Hudaibiyyah akan menjadi satu penaklukan besar berbentuk maknawi dan ia akan menjadi anak kunci kepada penaklukan-penaklukan yang lain.

 

Pada hakikatnya menerusi Sulh al-Hudaibiyyah, pedang fizikal/maddi diletakkan sementara waktu di dalam sarungnya, tetapi pedang berlian begemerlapan al-Quran al-Hakim telah dihunus dan ia telah menakluk banyak hati dan akal. Bersempena perjanjian damai, mereka telah bergaul dengan satu sama lain lalu keindahan agama Islam dan nur al-Quran telah melaksanakan hukumnya dengan cara mengoyakkan tabir kedegilan dan taksub perkauman.

 

Sebagai contoh: Individu-individu yang tidak menerima kekalahan seperti Khalid ibnul Walid yang merupakan genius peperangan dan Amru ibnul As yang merupakan genius politik, pedang al-Quran yang memperlihatkan tajallinya menerusi Sulh al-Hudaibiyyah telah mengalahkan mereka lalu mereka datang ke Madinah al-Munawwarah dengan penuh kepatuhan dan setelah ketundukan penyerahan diri kepada Islam, Sayidina Khalid telah menjadi Saifullah (pedang Allah) dan menjadi sebilah pedang bagi penaklukan-penaklukan Islam.

 


 



58. Page

Satu soalan yang penting: Apakah hikmah kekalahan Para Sahabat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang merupakan kebanggaan Alam dan kekasih Rabbul ‘Alamin kepada kaum musyrikin pada akhir perang Uhud dan permulaan perang Hunain?

 

Jawapan: Oleh sebab terdapat ramai individu seperti Sayidina Khalid di kalangan musyrikin yang akan berhadapan pada masa hadapan dengan sahabat-sahabat besar yang berada dalam saf para sahabat di zaman itu, maka pada sudut pandang masa hadapan mereka yang ternama dan terhormat, demi untuk tidak meruntuhkan kemuliaan mereka, hikmah Ilahi telah menganugerahkan (kemenangan) pada masa lalu kepada mereka sebagai satu ganjaran pendahuluan bagi kebaikan masa hadapan mereka, maka kemuliaan mereka langsung tidak diruntuhkan. Ini bermakna, para sahabat pada masa itu telah tewas kepada pada sahabat di masa hadapan. Ini supaya para sahabat masa hadapan itu masuk ke dalam Islam bukan dengan takutkan kilauan pedang bahkan akibat rindukan kemilau kebenaran dan kewibawaan fitrah itu tidak menerima kehinaan.

 



59. Page

Ketiga: Melalui ungkapan [لاَ تَخَافُونَ], ayat ini mengkhabarkan bahawa kalian akan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah dengan penuh ketenangan. Walaupun ketika itu, kebanyakan kaum-kaum badawi  di semenanjung Arab  memusuhi Islam dan sebahagian besar mereka yang di sekitar Makkah dan Kabilah Quraisy  juga memusuhi Islam, namun melalui perkhabarannya bahawa dalam masa yang hampir, kalian akan bertawaf di Ka’bah tanpa sebarang rasa takut, al-Quran mengkhabarkan bahawa Semenanjung Arab akan tunduk patuh kepada Islam, seluruh kabilah Quraisy akan menganut Islam dan  keamanan sempurna akan terlaksana. Lalu ia telah terjadi persis dengan apa yang telah dikhabarkan.

 

Keempat: Ayat [هُوَ الَّذِى اَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ] mengkhabarkan dengan penuh Qat’i  bahawa agama yang dibawa oleh Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam akan mengalahkan semua agama lain. Sedangkan agama-agama di zaman itu seperti Nasrani, Yahudi dan Majusi yang mempunyai seratus juta penganut menjadi agama rasmi bagi Negara-negara besar yang mempunyai ratusan juta pengikut seperti kerajaan Rom, China dan Parsi. Ayat ini mengkhabarkan bahawa agama yang dibawa oleh Muhammad al-‘arabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang dalam keadaan yang tidak benar-benar mampu mengalahkan kabilah kecilnya sendiri itu akan mengalahkan semua agama lain dan akan menang ke atas semua Negara. Masa hadapan telah membenarkan perkhabaran ghaib itu melalui terhunusnya pedang Islam dari Laut Pasifik hingga Lautan Atlantik.

 



60. Page

 

Kelima: Ayat [مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا] hingga akhir. Permulaan ayat ini mengkhabarkan sifat-sifat unggul serta pekerti-pekerti tinggi yang menjadi sebab mengapa para sahabat menjadi insan yang paling istimewa di kalangan manusia selepas para nabi, menerusi maknanya yang sarih jelas, dengan mengifadahkan sifat-sifat yang istimewa dan khusus secara berasingan yang dilakukan oleh tingkatan para sahabat di masa hadapan, menerusi makna isyarinya pula, menurut ahli Tahqiq, ayat ini mengisyaratkan kepada tertib susunan khilafah Khulafa’ Ar-Rasyidin lalu mengkhabarkan sifat-sifat khusus yang menjadi paksi keistimewaan yang paling masyhur bagi setiap seorang daripada mereka.

 

 

Sebagaimana menerusi frasa [وَالَّذ۪ينَ مَعَهُ] al-Quran memperlihatkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang masyhur dan istimewa dengan kebersamaan yang khusus dan persahabatan yang khas dan yang paling awal meninggal dunia lalu sekali lagi dikurniakan kebersamaan dengan baginda, menerusi frasa [اَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ] al-Quran memperlihatkan Sayidina Umar Radhiyallahu ‘Anhu   yang akan menggentarkan negara-negara bebola bumi di masa hadapan melalui penaklukan-penaklukannya dan akan memperlihatkan ketegasan seperti guruh terhadap orang zalim melalui keadilannya.

 

Sebagaimana menerusi frasa [رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ] al-Quran memberi khabar tentang Sayidina Usman Radhiyallahu ‘Anhu yang mengorbankan jiwanya supaya darah tidak ditumpahkan di kalangan umat Islam kerana kesempurnaan sifat belasnya ketika satu fitnah yang besar sedang disiapkan di masa hadapan  lantas menyerahkan dirinya kerana mengutamakan syahadah dalam keadaan dizalimi ketika sedang membaca al-Quran, menerusi frasa [تَرَيهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللّٰهِ وَ رِضْوَانًا] al-Quran mengkhabarkan tentang keadaan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhu yang memilih kesempurnaan zuhud, ibadah, kefakiran dan kesederhanaan walaupun menaiki takhta kesultanan, khilafah dengan kelayakan yang sempurna dan dengan sifat kepahlawanan dan diakui semua orang tentang kekerapan dan banyaknya beliau berada dalam keadaan rukuk dan sujud di masa hadapan dan menegaskan bahawa beliau tidak bertanggungjawab dengan perperangan pada zaman yang penuh fitnah itu dan niat serta keinginannya hanyalah kelebihan dan keredaan daripada Ilahi.



61. Page

Keenam: Frasa [ذٰلِكَ مَثَلُهُمْ ف۪ى التَّوْرَيةِ] merupakan perkhabaran ghaib daripada dua sudut:

 

Sudut Pertama: Ia mengkhabarkan tentang sifat-sifat para sahabat di dalam Kitab Taurat yang merupakan perkara ghaib jika dinisbahkan kepada seseorang yang ummi seperti Sayidina Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ya, sebagaimana yang telah diterangkan dalam Surat Kesembilan Belas, di dalam Taurat terdapat petikan berikut yang berkenaan dengan para sahabat Rasulullah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam: Panji mereka yang suci adalah bersamanya. Yakni, para sahabat baginda ialah mereka yang taat, ahli ibadat, baik dan wali. Ia telah mengifadahkan sifat-sifat mereka melalui ungkapan mereka yang qudsi yakni yang disucikan. Walaupun akibat Taurat telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa yang berbeza maka berlaku banyak penyelewengan, namun Taurat masih membenarkan hukum frasa [مَثَلُهُمْ ف۪ى التَّوْرَيةِ] pada surah al-Fath menerusi banyak ayatnya.

 

Sudut Kedua: Melalui petikan [مَثَلُهُمْ ف۪ى التَّوْرَيةِ] ia mengkhabarkan bahawa para Sahabat dan Tabi’in akan mencapai suatu tahap dalam ibadah sehingga kerohanian dalam roh mereka akan bersinar pada wajah mereka dan akan kelihatan suatu petanda nurani di atas kening mereka daripada jenis cap kewalian yang terhasil daripada banyaknya sujud pada dahi mereka. Ya, masa hadapan akan mengisbatkan perkara ini dalam bentuk yang bersinar dengan jelas, terang da n penuh kepastian.

 

Ya, ramai dan bahkan terlalu ramai individu yang mendirikan seribu rakaat sehari semalam seperti Imam Zainal ‘Abidin, dan menunaikan solat subuh dengan wudhuk solat Isyak selama empat puluh tahaun seperti Tawus al-Yamani telah memperlihatkan rahsia [مَثَلُهُمْ ف۪ى التَّوْرَيةِ].

 



62. Page

 

Ketujuh: Petikan [وَ مَثَلُهُمْ ف۪ى الْاِنْجِيلِ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْاَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ]

merupakan perkhabaran ghaib daripada dua sudut.

 

Sudut Pertama: Perkhabaran tentang perkhabaran Injil berkenaan dengan para Sahabat yang ibarat perkara ghaib jika dinisbahkan kepada an-Nabiyy al-Ummi Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ya, di dalam Injil terdapat ayat-ayat seperti [مَعَهُ قَضِيبٌ مِنْ حَدِيدٍ وَاُمَّتِه۪ كَذٰلِكَ] yang menceritakan tentang sifat-sifat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang akan datang pada akhir zaman.

  

Yakni akan datang seorang Rasul yang bukanlah tidak berpedang seperti Sayidina Isa ‘Alaihissalam, bahkan memiliki pedang, akan diperintahkan untuk berjihad dan para sahabatnya juga akan diperintahkan berpedang dan berjihad. Pemilik batang besi itu akan menjadi pemimpin dunia. Ini kerana, pada suatu tempat di dalam Injil dia berkata: “Aku sedang pergi supaya pemimpin dunia datang”. Ini bermakna bahawa difahami daripada dua petikan Injil ini, sesungguhnya para sahabat akan kelihatan sedikit dan lemah pada permulaan tetapi, bagaikan benih, ia akan berkembang biak, tinggi merimbun dan menjadi kuat, maka di kala kaum kuffar mahu melemaskan mereka, mereka akan menyebabkan kaum kuffar menelan semula kebencian mereka ke dalam diri mereka sendiri lalu akan menundukkan bangsa manusia kepada diri mereka dan akan mengisbatkan bahawa baginda Rasul junjungan mulia ialah pemimpin alam semesta.





63. Page

Wajah Kedua: Petikan ini mengkhabarkan bahawa walaupun secara zahirnya para sahabat telah menerima Sulh al-Hudaibiyyah kerana bilangan mereka yang sedikit dan kerana kelemahan mereka, tetapi mahu tidak mahu, dalam masa yang dekat, para sahabat itu akan memperoleh suatu peningkatan, kehebatan dan kekuatan yang dalam masa yang sangat pantas sehingga akan menjadi banyak dalam bentuk yang sangat tinggi, kuat, berbuah (subur) dan berkat berbanding bulir-bulirnya yang rendah, lemah, kurang dan tidak berkat akibat kelalaian bangsa manusia yang disemai di ladang muka bumi di zaman itu dan akan mendapat kekuatan serta akan meninggalkan Negara-negara yang hebat berada di dalam kemarahan yang berpunca daripada rasa cemburu, hasad dan kedengkian. Ya, masa hadapan telah menzahirkan perkhabaran ghaib ini dalam bentuk yang sangat terang.

Dalam perkhabaran itu, terdapat satu lagi petunjuk yang tersembunyi. Ketika memuji para sahabat dengan sifat-sifat yang penting, ia memberi isyarat melalui kalimah [مَغْفِرَةً] walaupun dari segi maqam adalah lebih perlu menjanjikan ganjaran yang paling besar. Ini memberi makna bahawa akan berlaku banyak kesilapan angkara fitnah-fitnah yang berlaku di kalangan para sahabat di masa hadapan.

 



64. Page

Ini kerana, maghfirah (keampunan) memberi isyarat kepada terjadinya kesilapan. Pada pandangan sahabat pada zaman itu, kehendak yang paling penting dan ihsan (kurniaan) yang paling tinggi ialah maghfirah dan ganjaran yang paling besar ialah keampunan tanpa memberi balasan. Sebagaimana perkataan [مَغْفِرَةً] memperlihatkan satu petunjuk yang latif, demikanlah juga perkataan [مَغْفِرَةً] ini adalah bersesuaian dengan ayat [لِيَغْفِرَلَكَ اللّٰهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَاَخَّرَ] pada permulaan surah. Permulaan surah, bukanlah maghfirah daripada dosa-dosa hakiki, ini kerana terdapat ‘ismah (kemaksuman) dan tiada dosa. Bahkan ia merupakan maghfirah dengan satu makna yang layak dengan maqam kenabian dan dengan memberikan khabar gembira maghfirah kepada para sahabat di akhirnya, menambahkan suatu kelatifan lagi kepada isyarat itu.

 

Justeru, kami telah membahaskan hanya tujuh wajah daripada banyak wajah perkhabaran ghaib sahaja daripada sepuluh wajah kemukjizatan bagi tiga ayat pada penghujung surah al-Fath. Pada penghujung Kalimah Kedua Puluh Enam yang berkenaan dengan juzuk pilihan dan taqdir, telah diisyaratkan kepada satu kilau kemukjizatan yang penting pada kedudukan huruf-huruf ayat akhir itu dan sebagaimana ayat akhir ini, memandang kepada para sahabat melalui ayat-ayatnya, melalui kaedah-kaedahnya juga memandang kepada keadaan para sahabat. Sebagaimana ia mengifadahkan sifat-sifat para shabat melalui lafaz-lafaznya, melalui huruf-huruf dan jumlah pengulangan huruf-huruf dalam ayat-ayat itu juga mengisyaratkan kepada individu-individu yang tergolong dari tingkatan para sahabat yang masyhur seperti Ashab al-Badar, Ashab al-Uhud, Ashab al-Hunain, Ashab as-Suffah dan Ashab Bai’ah ar-Ridhwan. Ia turut mengifadahkan banyak lagi rahsia menerusi sudut tawafuq yang merupakan sejenis dan anak kunci ilmu jifri dan menerusi kiraan abjad.

 

سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ



65. Page

Satu Pelengkap:

Kami akan mengisyaratkan dua nuktah daripada ribuan nuktah pada penerangan ayat: [وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا], [وَمَنْ يُطِعِ اللّٰهَ وَ الرَّسُولَ فَاُولٰئِكَ مَعَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقاً]

 

Nuktah Pertama: Sebagaimana ayat ini mengifadahkan hakikat-hakikat menerusi mafahim dan makna sarih al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan, menerusi uslub-uslub dan kerangka-kerangkanya ia mengifadahkan banyak makna-makna berbentuk isyarat. Terdapat banyak tingkatan-tingkatan makna bagi setiap ayat. Oleh sebab al-Quran datang daripada ilmu yang luas, maka semua maknanya boleh jadi apa yang dikehendaki. Ia tidak boleh dibataskan kepada satu atau dua makna sahaja seperti kata-kata manusia yang menerusi fikirannya juz’inya dan kehendak peribadinya.

 

Justeru, berdasarkan rahsia ini, maka telah diterangkan hakikat-hakikat yang tidak terkira daripada ahli tafsir ayat al-Quran. Terdapat banyak lagi hakikat-hakikat yang belum dijelaskan oleh para mufassir. Dan terutamanya terdapat banyak ilmu-ilmu penting pada isyarat-isyaratnya selain daripada makna-makna sarihnya pada huruf-hurufnya.

 



66. Page

Nuktah Kedua: Sesungguhnya menerusi ungkapan   ayat mulia berikut [مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا] Di samping mengifadahkan kewujudan Thoifah para Nabi, kafilah para Siddiqin, jemaah para syuhada’ dan asnaf para Solihin di kalangan bangsa manusia yang merupakan ahli Sirat al-Mustaqim dan penerima nikmat Ilahi yang hakiki, selepas memperlihatkan secara jelas secara berasingan tentang kesempurnaan lima golongan ini di dalam dunia Islam, dengan menyebutkan para imam bagi lima golongan ini dan para pemimpin yang mengepalainya mengisyaratkan kepada mereka sebagaimana mengifadahkan tentang mereka, menerusi satu kilau kemukjizatan  dari jenis perkhabaran ghaib, ia menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin Thoifah itu pada masa hadapan melalui satu wajah.

 



67. Page

Ya, sebagaimana frasa [مِنَ النَّبِيِّينَ] memandang kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara jelas, melalui frasa [وَالصِّدِّيقِينَ] ia memandang kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu. Malah sebagaimana ia mengisyaratkan bahawa beliau menjadi yang kedua selepas Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan yang paling awal akan menggantikan tempat baginda, melalui kalimah   ia mengifadahkan Sayidina Umar, Sayidina Usman dan Sayidina Ali Ridhwanullahu ‘Alaihim Ajma’in secara bersamaan. Malah ia mengisyaratkan bahawa ketiga-tiga mereka akan menjadi khalifah Rasulullah selepas Sayidina as-Siddiq dan ketiga-tiganya akan syahid, kelebihan syahadah mereka juga akan ditambahkan kepada kelebihan-kelebihan yang lain dan mengifadahkannya dalam bentuk yang ghaib.

 

Melalui kalimah [وَالصَّالِحِينَ] sambil mengisyaratkan kepada individu-individu yang istimewa seperti Ashab as-Suffah, Badar dan Ridhwan, melalui frasa [وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا] dengan makna sarihnya, dengan dorongan supaya mengikuti mereka dan dengan memperlihatkan betapa mengikuti para Tabiin adalah amat mulia dan indah, menerusi makna isyarinya, sebagai yang kelima bagi khalifah yang empat, ia memperlihatkan Sayidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu untuk memperlihatkan betapa agung nilainya walaupun singkat tempoh khilafahnya yang membenarkan hukum hadis mulia [اِنَّ الْخِلاَفَةَ بَعْدِى ثَلاَثُونَ سَنَةً].



68. Page

Kesimpulan: Sebagaimana ayat terakhir Surah al-Fath memandang kepada khalifah yang empat, ayat ini juga, memandang sebagai pengukuhan kepada kedudukan mereka pada masa hadapan dari jenis perkhabaran ghaib melalui sebahagian bentuk isyarat. Justeru, kilauan kemukjizatan bagi jenis perkhabaran ghaib yang daripada jenis-jenis kemukjizatan Al-Quran adalah sangat banyak dalam ayat-ayat al-Quran sehingga tidak boleh dibataskan. Pembatasan kepada empat puluh ke lima puluh ayat oleh ahli Zahir adalah melalui pandangan zahir. Pada hakikat pula adalah lebih daripada seribu. Kadang-kadang, dalam satu ayat, terdapat perkhabaran ghaib daripada lima wajah.

Penjelasan kedua kepada pelengkap ini: 

 

Seperti ayat akhir Surah al-Fath, ayat berikut [اُولٰئِكَ مَعَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الصِّدِّيقِينَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِينَ وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا] yang mengukuhkan isyarat ghaib penghujung surah al-Fath ini, serta menerangkan siapakah ahli Sirat al-Mustaqim yang dimaksudkan pada ayat [صِرَاطَ الَّذ۪ينَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ] dalam Surah Al-Fatihah, memperlihatkan kafilah para pendamping yang paling nurani, mesra, ramai dan menarik di atas jalan abadul abad yang amat panjang dan mendorong secara bermukjizat akan ahli iman dan mereka yang mempunyai kesedaran dengan kuat supaya segera mengejar dan mendampingi kafilah itu, ia turut mengisyaratkan kepada khalifah yang empat dan Sayidina Hasan yang merupakan khalifah kelima menerusi makna-makna isyari dan ramzi yang selain daripada makna yang dimaksudkan yang dipanggil   dalam ilmu balaghah sebagai [مَعَار۪يضُ الْكَلاَمِ] dan. [مَعَار۪يضُ الْكَلاَمِ]. Ia memberi khabar tentang perkara-perkara ghaib pada beberapa aspek. Ia seperti berikut:

 



69. Page

Sebagaimana ayat ini mengifadahkan bahawa kafilah para nabi, thoifah siddiqin, jemaah syuhada, bangsa solihin dan golongan tabi’in dan Muhsinin ialah yang menerima nikmat-nikmat Ilahi dan merupakan ahli Sirat al-mustaqim di kalangan bangsa manusia melalui makna sarihnya, dalam dunia Islam juga terdapat yang paling sempurna dan paling afdhal bagi thoifah itu dan sebagaimana ia memperlihatkan bahawa dalam dunia Islam juga terdapat yang paling sempurna dan paling afdhal bagi thoifah itu dan thoifah pewaris para Nabi yang berkesinambungan daripada rahsia pewarisan kenabian bagi Nabi Akhir Zaman, kafilah Siddiqin  yang berkesinambungan daripada sumber kebenaran as-Siddiq al-Akbar, Kafilah Syuhada yang terikat dengan martabat Syahadah bagi Khalifah yang tiga, jemaah para Solehin yang terikat dengan rahsia ayat    [وَ الَّذ۪ينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحَاتِ] dan kelas para Tabiin yang pergi mendampingi para sahabat dan  Khulafa’ Ar-Rasyidin yang menjunjung rahsia [اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ] adalah dari jenis perkhabaran ghaib,


 

melalui kalimah [وَالصِّدِّيقِينَ] ia mengkhabarkan tentang Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang akan menggantikan maqam selepas Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, akan menjadi  khalifah baginda dan mendapat kemasyhuran di kalangan umat Islam dan menjadi pemimpin kafilah as-Siddiqin.

 



70. Page

Melalui kalimah [وَالشُّهَدَاءِ] juga ia mengkhabarkan bahawa ketiga-ketiga Khulafa’ Ar-Rasyidin akan menjadi syahid dan selepas Sayidina as-Siddiq, tiga orang syahid akan menjadi khalifah. Ini kerana, perkataan [شُهَدَاءٍ] adalah jamak, dan yang bilangan paling sedikit bagi jamak ialah tiga. Ini bermakna Sayidina Umar, Sayidina Osman dan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhum akan menjadi pemimpin umat Islam serta akan menjadi syahid. Sesungguhnya perkhabaran ghaib itu telah terjadi persis yang dikhabarkan.

 

Serta  melalui frasa [وَالصَّالِحِينَ] di samping mengkhabarkan mereka yang soleh, bertaqwa dan ahli ibadat yang meraih pujian Taurat dalam ketaatan dan ibadat seperti Ahli Suffah akan menjadi ramai di masa hadapan,  melalui frasa  [وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا] di samping memuji perbuatan mengikut para Tabiin yang mendampingi dan mengikut para Sahabat dalam keilmuan dan amalan, juga dengan memperlihatkan bahawa mendampingi empat kafilah itu di jalan keabadian adalah ‘hasan’ dan baik, ia memperlihatkan betapa pentingnya tempoh khilafah Sayidina Hasan Radhiyallahu ‘Anhu yang tempoh khilafahnya yang singkat selama beberapa bulan itu secara zahirnya adalah sedikit tetapi membenarkan perkhabaran ghaib sang Nabi yang penuh kemukjizatan dalam hadis [اِنَّ ابْنِى حَسَنْ هٰذَا سَيِّدٌ سَيُصْلِحُ اللّٰهُ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِمَتَيْنِ], menyumbang kepada perdamaian antara dua pasukan tentera yang besar dan dua jemaah Islam, dan meleraikan pertikaian, maka untuk memperlihatkan seorang khalifah kelima kepada Khalifah yang empat, ia mengisyaratkan nama khalifah kelima pada kalimah [وَ حَسُنَ اُولٰئِكَ رَفِيقًا] melalui makna isyarinya yang dari jenis perkhabaran ghaib menerusi satu rahsia yang dinamakan [مُسْتَتْبَعَاتُ التَّرَاك۪يبْ] dalam ilmu Balaghah.



71. Page

Sesungguhnya terdapat lebih banyak rahsia seperti perkahabaran-perkhabaran Isyari yang telah disebutkan. Oleh sebab ia belum sampai kepada pokok perbincangan kita, maka pintu belum dibuka. Terdapat banyak ayat al-Quran-al-Hakim yang tiap-tiap ayat adalah dari jenis perkhabaran ghaib melalui banyak wajah. Jenis perkhabaran-perkhabaran ghaib al-Quran ini adalah beribu-ribu.

 

Khatimah: Berikut ialah satu nuktah daripada nuktah-nuktah kemukjizatan yang muncul daripada sudut Tawafuq al-Quran al-Hakim: Jumlah perkataan Huwa yang berada selari dengan nama Allah, Rahman, Rahim, Rabb dan Ismul Jalal adalah lebih kurang empat ribu.

 

Jenis kedua Perkiraan Abjad بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ  adalah menurut tertib susunan huruf  Hijaiyyah. Itu juga membawa kepada jumlah lebih kurang empat ribu. Oleh sebab lebihan yang sedikit tidak merosakkan Tawafuq maka lebihan yang sedikit tidak diambil kira. Malah bersama-sama dengan dua huruf wau al-‘atof yang terkandung dalam [الٓمٓ] ia berjumlah dua ratus lapan puluh. Sama juga di samping jumlah Ismul Jalal Allah dalam surah al-Baqarah adalah sebanyak lebih kurang dua ratus lapan puluh, malah bertawafuq dengan bilangan ayatnya juga adalah lebih kurang dua ratus lapan puluh, menerusi perkiraan kedua dalam jenis abjad hijaiyyah ia tetap membawa kepada lebih kurang empat ribu.



72. Page

Itu juga di samping bertawafuq dengan bilangan lima nama yang masyhur yang telah dibicarakan sebelum ini tanpa mengambil kira lebihan بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ,  ia bertawafuq dengan jumlah nama-nama itu. Ini bermakna berdasarkan rahsia Tawafuq,  di samping ialah nama yang mengandungi musammanya, ia juga adalah nama kepada al-Baqarah, nama kepada al-Quran, satu faharasat ringkas kepada keduanya, serta contoh, ringkasan dan benihnya, serta mujmal bagi بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ. Melalui satu perkiraan abjad yang masyhur, di samping بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ sama dengan bilangan nama Rabb, sabdu pada الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ sekiranya huruf [ر] dikira dua [ر], maka waktu itu ia menjadi Sembilan ratus Sembilan puluh lalu di samping ia menjadi paksi kepada terlalu banyak rahsia yang penting, melalui Sembilan belas hurufnya, ia merupakan anak kunci kepada Sembilan belas ribu dunia.

 

Merupakan suatu tawafuq yang latif bagi lafaz Jalal dalam al-Quran al-Mu’jiz al-bayan apabila lapan puluh lafaz Jalal pada bahagian atas baris di akhir muka surat, sebagaimana memandang satu sama lain dengan tawafuq, di bahagian bawahnya juga sama lapan puluh lafaz jalan memandang satu sama lain.



73. Page

Tepat di tengah-tengah baris akhir, lafaz jalal, satu sama lainnya jatuh di atas satu sama lain lalu bergabung seolah-olah ia adalah satu lafaz jalal yang terdiri daripada lima puluh lima lafaz jalal. Pada permulaan baris akhir, jika dikumpulkan melalui satu pemisahan kalimah pendek mempunyai tiga huruf sahaja, dua puluh lima tawafuq kepada lima puluh lima tawafuq yang tepat di tengah, maka ia menjadi lapan puluh tawafuq lalu ia bertawafuq dengan lapan puluh tawafuq pada separuh awal baris itu dan dengan lapan puluh tawafuq pada separuh akhir.

 

Agaknya bolehkah tawafuq-tawafuq yang  latif, zarif, tersusun dan berimbang serta bermukjizat seperti ini menjadi tidak berhikmah? Hasya! Ia tidak mungkin. Bahkan melalui petunjuk tawafuq itu, satu dafinah (harta tersembunyi) yang penting dapat dibuka.

 

رَبَّنَا لَاتُؤَاخِذْنَا اِنْ نَسِينَا اَوْ اَخْطَاْنَا

سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ