Kilauan Ketujuh Belas

290. Page

Kilauan Ketujuh Belas

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

 

Terdiri daripada Tujuh belas nota yang telah datang dari Zuhrah.

 

Muqaddimah: 

 

Suatu masa dengan inayah Ilahi, aku pernah mencatatkan satu hikmah fikriyyah dan sebuah perjalanan hati dalam makrifah Ilahiyyah dan sebahagian kilauan Tauhid yang terzahir dalam satu peningkatan rohani dalam bentuk nota-nota berbahasa Arab pada risalah-risalah seperti Zuhrah, Syu’lah, Habbah, Syammah, Zarrah dan Qatrah.

 

 Risalah-risalah ini telah ditulis dalam bentuk untuk memperlihatkan hanya satu petunjuk bagi satu hakikat yang panjang dan menunjukkan hanya satu sinaran bagi satu nur yang terang  yang tiap-tiap satunya sebagai satu peringatan bagi diriku sendiri sahaja dan pemanfaatan bagi orang lain sangat terbatas.

 

 Lebih lebih lagi, majoriti saudara-saudaraku yang paling istimewa dan khusus tidak pernah belajar bahasa Arab. Maka di atas desakan dan rintihan mereka, aku terpaksa menulis nota dan Kilauan itu sebahagiannya dengan penerangan dan sebahagiannya dengan makna yang ringkas dalam bahasa Turki. 

 



291. Page

 Nota-nota dan risalah-risalah berbahasa Arab ini merupakan hakikat-hakikat yang telah dilihat oleh Said Baru daripada hakikat ilmu terawal pada tahap sejenis syuhud lalu makna-maknanya telah ditulis tanpa perubahan. Kerana itu sebahagian ayat-ayatnya turut disebutkan di sini walaupun telah disebutkan dalam Kalimah-kalimah yang lain. Sebahagiannya pula tidak dijelaskan walaupun sangat mujmal(ringkas). Ini supaya kelatifan aslinya tidak hilang.

 

Nota Pertama daripada Nota-nota Zuhrah. 

 

Aku pernah berkata kepada nafsuku sendiri..

 

Wahai Said yang lalai! Ketahuilah bahawa menambat hatimu kepada sesuatu yang tidak akan mendampingimu setelah kefanaan alam dan akan berpisah darimu seiring kemusnahan dunia ini adalah tidak layak bagimu. Khususnya yang menambat hatimu kepada perkara-perkara yang akan meninggalkan lalu berpaling daripadamu seiring dengan berlalunya masamu lebih-lebih lagi yang tidak bersahabat denganmu dalam perjalanan barzakh, terutamanya yang tidak mengiringmu sehingga ke pintu kubur, terutamanya yang berpisah daripadamu dalam tempoh dua tahun dengan satu perpisahan abadi lalu mengalungkan dosa-dosanya ke lehermu,  terutamanya yang meninggalkanmu walaupun ia merugikanmu pada waktu menuai hasil adalah tidak menguntungkan pada akal untuk dirimu.



292. Page

Sekiranya engkau mempunyai akal, maka tinggalkanlah perkara-perkara yang dihenyak di dalam perubahan-perubahan ukhrawi dan peralihan-peralihan barzakh serta perubahan-perubahan duniawi lalu rosak dan tidak mampu menjadi sahabatmu dalam perjalanan abadi, janganlah memberi keutamaan kepadanya dan janganlah bersedih daripada kelenyapan itu semua.

 

Engkau perhatikanlah kepada mahiyyahmu kerana di dalam latifah-latifahmu  terdapat latifah yang tidak akan redha kepada yang selain daripada kebadian dan Dzat yang Abadi. Ia tidak akan menghadap kepada yang lain daripada-Nya dan tidak akan merendah diri kepada yang selain-Nya. Sekiranya engkau memberikan seluruh dunia kepadanya, tidak akan dapat menenteramkan keperluan fitri. Perkara itu pula merupakan sultan kepada deria-deria rasa dan latifah-latifahmu. Taatlah kepada sultanmu itu yang taat kepada perintah al-Fatir al-Hakim lalu terselamat!

 

Nota Kedua: Dalam sebuah mimpi yang berhakikat aku nampak bahawa aku telah berkata kepada manusia:

 



293. Page

Wahai manusia! Salah satu daripada dustur-dustur al-Quran ialah jangan menganggap mana-mana perkara yang lebih besar daripada Dzat al-Haq Subhanahu wa Ta’ala di tahap akan menyembahnya. Malah janganlah menganggap dirimu lebih besar daripada apa jua perkara di tahap kamu boleh menyebabkan kamu berasa sombong. Ini kerana sebagaimana makhluk adalah setara pada tahap kejauhan daripada sifat sebagai sembahan, pada nisbah kemakhlukan juga mereka adalah sama.

 

Nota Ketiga: Wahai Said yang lalai! Ketahuilah bahawa engkau melihat dunia yang sangat sementara ini sebagai tidak akan mati dan kekal kerana satu perasaan yang salah. Oleh sebab engkau melihat dunia dan sekitarmu sebagai tetap tidak berubah dan berterusan pada satu tahap, sehingga engkau menganggap dirimu yang fana itu juga sebagai tetap menurut pandangan itu, maka engkau hanya gerun daripada hakikat bahawa kiamat akan meletus. Kononnya engkau akan hidup sehingga detik meletusnya kiamat maka engkau hanya takut daripada meletusnya kiamat.



294. Page

Letakkanlah akalmu di kepalamu. Engkau dan dunia khususmu juga adalah terdedah kepada serangan kelenyapan dan kefanaan yang berterusan. Perasaanmu yang keliru dan kesilapanmu ini menyerupai perumpamaan berikut:

 

Sekiranya seseorang memegang cermin di tangannya menghadap ke arah sebuah rumah atau sebuah bandar atau sebuah taman, maka sebuah rumah, sebuah bandar dan sebuah taman misali akan tampak pada cermin itu. Sekiranya berlaku satu pergerakan kecil dan perubahan kecil pada cermin itu, maka akan berlaku kehuru-haraan dan ketidaktentuan pada rumah dan taman itu. Kekekalan rumah atau bandar atau taman sebenar yang di luar tidak memberikan faedah kepadamu.

 

Ini kerana rumah dan bandar  dan taman yang menjadi milikmu di dalam cermin di tanganmu adalah hanya menerusi ukuran dan neraca yang diberikan oleh cermin itu kepadamu. Kehidupan dan umurmu ialah sebuah cermin. Tiang, cermin dan pusat duniamu ialah umurmu dan kehidupanmu. Oleh sebab kematian rumahmu, tamanmu dan bandarmu itu adalah mungkin dan keruntuhannya merupakan kebarangkalian pada setiap minit, maka ia berada dalam satu keadaan bila-bila masa sahaja ia boleh runtuh di atas kepalamudan kiamatmu akan meletus. Memandangkan demikianlah keadaannya, maka janganlah engkau mengangkat bebanan yang tidak dapat ditanggung dan dipikul oleh itu semua ke atas kehidupan dan duniamu!

 



295. Page

Nota Keempat: Wahai Said! Ketahuilah bahawa kebanyakan adat al-Fatir al-Hakim ialah mengembalikan semula benda-benda yang penting dan bernilai dalam keadaan yang sama. Yakni, Dia menyegarkan semula banyak benda dengan yang seumpamanya ketika pergantian musim dan Dia mengembalikan semula benda-benda yang penting dan bernilai itu dengan yang sama sepertinya dalam perubahan kurun. Pada keseluruhan hasyir harian, tahunan dan kurunan, kaedah adatullah ini dapat dilihat secara tersusun.

 

Justeru, berdasarkan kaedah yang tetap ini kami berkata:

Memandangkan buah paling sempurna bagi pohon penciptaan menurut kesepakatan ilmu sains dan penyaksian ilmu pengetahuan ialah manusia dan yang paling penting di kalangan makhluk ialah manusia, dan yang paling bernilai di kalangan benda yang wujud juga ialah manusia, dan satu sosok manusia adalah ibarat sejenis semua haiwan lain, maka sudah tentu dapat dihukum dengan satu keyakinan yang pasti bahawa pada hari kebangkitan dan pengumpulan (yaum al-hasyri wa an-nasyri) nanti, setiap seorang daripada manusia akan dikembalikan semula dengan yang sama tubuhnya, namanya dan rupa parasnya.

 



296. Page

Nota Kelima: Dalam nota ini, oleh sebab ilmu sains dan peradaban Eropah telah mengambil tempat dalam pemikiran Said Lama pada suatu tahap, maka apabila Said Baru mengembara melalui pergerakan pemikiran, ia mendadapati ilmu sains dan peradaban  Eropah berubah menjadi penyakit-penyakit hati lalu menjadi punca kepada lebih banyak kesulitan dalam pengembaraan hati itu, maka mahu tidak mahu, semasa dia menggoncang mindanya untuk membuang falsafah yang tercemar dan peradaban yang hina daripada mindanya, untuk mendiamkan kehendak-kehendak nafsu yang menjadi saksi bagi pihak Eropah di dalam rohnya sendiri, maka dia terpaksa melakukan dialog berikut yang sangat ringkas pada satu sudut dan panjang pada sudut yang lain dengan peribadi maknawi Eropah.

 

Jangan disalahfahami, Eropah terbahagi kepada dua: Aku tidak berbicara kepada Eropah pertama yang menuruti hasil seni bermanfaat kepada kehidupan bermasyarakat manusia serta ilmu sains yang berkhidmat kepada keadilan dan kebenaran menerusi limpahan yang diperoleh daripada agama Isawi yang sebenar (Kristian).

 

Bahkan aku berbicara kepada Eropah kedua yang telah rosak yang mendorong manusia kepada kemaksiatan dan kesesatan kerana menyangka keburukan peradaban sebagai perkara yang baik akibat kegelapan falsafah alam semula jadi.

 



297. Page

Ia seperti berikut: Dalam perjalanan rohani pada masa itu, aku telah berkata kepada peribadi maknawi Eropah yang yang memegang di tangannya falsafah yang memudaratkan dan peradaban yang memudaratkan dan mungkar, dan enggan untuk mengambil kebaikan peradaban dan ilmu-ilmu sains yang berguna.

 

Ketahuilah bahawa Eropah kedua! Engkau memegang satu falsafah yang sakit dan sesat dengan tangan kananmu dan satu peradaban yang mungkar dan memudaratkan dengan tangan kirimu lalu mendakwa bahawa kebahagiaan manusia adalah melalui keduanya. Moga-moga dua tangan ini patah dan dua hadiahmu yang kotor itu memakan dan akan memakan kepalamu. Wahai kekufuran dan roh bedebah yang menyebarluaskan kekufuran! Agaknya adakah mungkin tubuh seseorang yang ditimpa musibah dan jatuh ke dalam azab angkara musibah-musibah dahsyat di dalam rohnya, dalam sanubarinya dan dalam akalnya mencapai kebahagiaan apabila berada di dalam satu perhiasan dan kemewahan yang memperdaya yang sangat jelas? Apakah bolehkah dikatakan kepadanya sebagai seorang yang bahagia?



298. Page

Adakah engkau tidak nampak bahawa apabila seseorang itu berputus asa daripada satu perkara yang kecil, berputus harap daripada satu cita-cita yang samar dan berpatang arang daripada satu urusan yang tidak penting, maka khayalan-khayalan manis menyakitkannya, keadaan-keadaan menawan mengazabnya, dunia menjadi sempit dan menjadi penjara kepadanya .

 

Sedangkan dengan ketidakberuntunganmu, maka kebahagiaan manakah yang engkau mampu janjikan kepada  seorang manusia buntu yang memakan serangan kesesatan dalam penjuru paling dalam bagi hati dan dasar terbawah bagi rohnya, serta semua cita-citanya terputus dari segi kesesatan dan semua kesakitannya berpunca daripadanya? Agaknya bolehkah dikatakan kepada orang yang tubuhnya berada di dalam sebuah syurga yang akan lenyap dan palsu, manakala hati serta rohnya menanggung azab di dalam jahannam sebagai seorang yang bahagia?



299. Page

Justeru, seperti ini engkau telah mengeluarkan manusia buntu dan engkau membiarkannya menanggung suatu azab bagaikan neraka di dalam sebuah syurga palsu. Wahai nafsu amarah manusia! Renunglah perumpamaan berikut dan ketahuilah ke mana ia membawa manusia.

 

Contohnya di hadapan kita ada dua jalan. Kita melalui satu daripadanya. Kita nampak bahawa pada tiap-tiap permulaan langkah terdapat seorang manusia lemah yang kebuntuan. Para penzalim menyerang mereka, mereka merampas harta dan barang-barang mereka, meruntuhkan pondok-pondok kecil mereka dan terkadang melukai mereka. Sehingga suatu tahap di mana langit turut menangis melihat keadaan mereka yang memilukan. Ke mana sahaja engkau memandang keadaan semuanya hampir seperti ini.

 

Oleh sebab suara-suara yang didengari di jalan itu ialah keriuhan para penzalim dan tangisan para mazlum(yang dizalimi) maka suasana seperti tempat ratapan umum telah menyelubungi jalan itu. Oleh sebab manusia merasai kesakitan daripada kesakitan orang lain dari sudut keinsanannya, maka ia menanggung satu kesakitan yang tiada batasan.



300. Page

Sedangkan oleh sebab tidak mampu menanggung kesakitan setahap ini, maka orang yang pergi di jalan itu terpaksa melalui satu daripada dua perkara. Sama ada dia perlu berilitizam dengan ketakutan yang tiada sempadan setelah membebaskan diri daripada kemanusiaan dan akan membawa satu hati yang bukan sahaja ia sejahtera, malah kebinasaan semua benda juga tidak memberi kesan kepadanya. Ataupun sama ada ia perlu  menyahfungsikan tuntutan hati dan akal.

 

Wahai Eropah kedua yang telah rosak dalam kemungkaran dan kesesatan dan telah menjauh daripada agama Nabi Isa! Engkau telah menghadiahkan keadaan seperti jahannam ini kepada roh manusia menerusi cendekiawan butamu yang hanya memiliki satu mata seperti Dajjal! Kemudian engkau telah faham bahawa itu merupakan satu penyakit yang tiada ubatnya yang menghumban manusia dari a’la ‘illiyyin ke asafal safilin. Menurunkannya ke tahapyang paling malang di kalangan haiwan. Satu-satunya ubat yang engkau temui untuk melawan penyakit ini ialah hiburan mempesonamu dan hawa nafsu, serta fantai-fantasimu yang melalaikan yang berfungsi sebagai pelumpuh perasaan buat sementara waktu. Moga-moga ubatmu ini memakan dan akan memakan kepalamu! Justeru jalan yang engkau buka dan hadiahkan kepada manusia menyerupai perumpamaan ini.

 



301. Page

Jalan Kedua: Iaitu jalan yang telah dihadiahkan kepada manusia oleh al-Quran al-Hakim melalui petunjuknya. Ia seperti berikut: Kita nampak bahawa di setiap persinggahan di jalan itu, di setiap tempatnya, di setiap bandarnya terdapat askar yang jujur bagi seorang Sultan yang adil berlegar-legar di setiap sudut.  Kadang-kadang melalui perintah Sultan itu, sebahagian askar itu diberikan perlepasan. Mereka mengambil senjata, kuda dan peralatan kerajaan mereka dan memberikan keizinan bercuti kepada mereka. Walaupun secara zahirnya Askar-askar yang diberikan perlepasan itu bersedih kerana kuda yang telah mesra dengan mereka dan senjata mereka telah dipulangkan semula. Tetapi pada noktah hakikat, mereka menjadi gembira dengan perlepasan dan mereka sangat seronok untuk menziarahi Sultan, bertemu dengannya dan pulang ke pusat pemerintahan kesultanan itu.

 

Kadang-kadang para pegawai yang telah dilepaskan berjumpa dengan askar yang masih baharu. Askar itu tidak mengenali mereka. Mereka berkata: Serahkan senjata-senjatamu! Askar itu berkata: Aku askar sang Sultan, aku berkhidmat untuk baginda dan akan pergi ke sisinya. Siapakah kalian? Sekiranya kalian datang dengan keizinan dan kerdhaan daripada baginda, maka selamat datang, sampaikan arahan kalian. Jika tidak, sila berundur, jauhkan diri kalian daripadaku. Sekiranya aku hanya tinggal seorang dan kalian ribuan orang sekalipun, aku akan bertarung dengan kalian. Bukan untuk diriku sendiri, ini kerana diriku bukanlah milikku tetapi milik Sultanku. Bahkan diri dan senjata padaku ini ialah amanah daripada Pemilikku. Aku tidak akan menundukkan kepalaku kepada kalian demi memelihara amanah-Nya, melindungi kehormatan Sultanku dan menjaga kemuliaan Baginda.



302. Page

Justeru hal ini merupakan salah satu hal daripada ribuan hal yang merupakan sumber kegembiraan dan kebahagiaan di jalan yang kedua. Engkau kiaskanlah semua keadaan yang lain. Dalam semua perjalanan di jalan kedua itu terdapat suatu himpunan dan gerakan tentera yang diiringi kegembiraan dan kemeriahan bernama kelahiran, serta kelihatan satu perlepasan askar diiringi kegembiraan dan bunyi-bunyian yang bernama kematian, maka kerana itulahal-Quran al-Hakim memnghadiahkan jalan ini kepada manusia. Sesiapa sahaja yang menerima sepenuhnya hadiah ini, maka dia akan melalui jalan kedua ini yang menuju kebahagiandunia akhirat. Dia tidak akan berasa sedih daripada perkara yang telah berlalu dan tidak akan gentar daripada perkara yang mendatang.

 

 Wahai Eropah kedua yang rosak! Satu bahagian daripada dasar tidak berdasarmu yang telah reput ialah perkara berikut: Engkau mengatakan bahawa tiap-tiap benda hidup daripada Malaikat paling besar sehingga kepada ikan paling kecil, memiliki diri sendiri, dan bekerja untuk dirinya sendiri dan bertungkus-lumus untuk kelazatannya sendiri. Tujuan keazaman, matlamat dan sasarannya ialah hidup dan meneruskan kelangsungannya.

 



303. Page

Menerusi dustur kerjasama daripada dustur-dustur kepemurahan al-Khaliq al-Karim yang dijunjung dengan penuh ketaatan di seluruh tiang alam semesta, engkau menyangka tajalli-tajalli penuh kasih sayang dan kemuliaan bagi undang-undang umum itu yang muncul daripada kesegeraan tumbuhan membantu haiwan dan kesegeraan haiwan membantu insan sebagai satu peperangan. Maka, engkau memutuskan secara penuh kebodohan bahawa kehidupan ialah satu pertembungan(pergaduhan).

 

Agaknya bagaimanakah zarah-zarah makanan untuk memberi makan kepada sel-sel tubuh dengan penuh kesungguhan boleh menjadi satu persaingan? Bagaimanakah ia menjadi pertembungan? Bahkan bantuan dan usaha itu  merupakan satu taawun dengan perintah Rabb yang Maha Karim.

 

Malah satu asasmu yang reput: engkau mengatakan tiap-tiap benda adalah pemilik kepada dirinya sendiri. Dalil qat’I bahawa tiada satu perkara pun merupakan pemilik kepada dirinya sendiri ialah perkara berikut: yang paling mulia di kalangan asbab dan yang paling luas berkehendak pada noktah pilihan ialah Manusia.

 



304. Page

Sedangkan daripada seratus juzuk(bahagian) tiap-tiap perbuatan pilihan yang zahir seperti berfikir, bercakap, makan dan minum hanyalah satu juzuk(bahagian) diragukan yang diberikan kepada tangan pilihan insan dan yang masuk ke dalam daerah keupayaannya. Bagaimanakah  makhluk yang tidak memiliki walaupun satu juzuk daripada seratus juzuk perbuatan yang paling zahir sebegini boleh dikatakan sebagai pemilik kepada dirinya sendiri? Sekiranya manusia yang paling mulia dan paling luas pilihannya sebegini tangannya terikat daripada urusan-urusan sebenar setahap ini, maka yang mengatakan semua haiwan dan benda-benada tidak bernyawa adalah pemilik kepada dirinya sendiri, maka ia membuktikan bahawa dia adalah lebih haiwan daripada haiwan, lebih tidak bernyawa daripada  benda-benda tidak bernyawa dan tidak mempunyai kesedaran.

 

Wahai Eropah kedua yang rosak! Yang menghumbanmu ke dalam kesalahan ini dan menjerumuskanmu ke dalam petaka ini ialah bijak pandaimu yang bermata satu. Kehebatanmu ialah kebijaksanaanmu yang malang. Melalui bijak pandai itu, engkau telah melupakan al-Khaliq setiap sesuatu dan Tuhanmu. Engkau telah bersandar pada hukum alam yang samar.



305. Page

Engkau telah menyerahkan karya-karya al-Khaliq kepada asbab. Engkau telah membahagi-bahagikan harta al-Khaliq itu kepada para taghut yang merupakan sembahan yang batil. Pada noktah ini dan pada pandangan bijak pandaimu itu, setiap benda hidup dan setiap manusia perlu berdiri menghadapi musuh yang tidak terkira dan bertungkus-lumus memperoleh hajatnya yang tidak berkesudahan secara bersendirian.

 

Dengan satu kemampuan yang sebesar zarah, satu pilihan yang sehalus benang, satu perasaan yang seperti kilauan yang sementara, satu kehidupan yang cepat terpadam seperti pelita, satu  usia yang akan segera berlalu seperti satu minit, dia terpaksa bertahan menghadapi musuh dan hajat yang tiada sempadan itu. Sedangkan modal benda hidup yang kebuntuan itu tidak akan mencukupi walaupun satu daripada ribuan perkara yang diingininya. Apabila dia ditimpa musibah, maka dia tidak akan menanti bantuan selain daripada asbab yang tuli dan buta. Dia menjadi penzahir makna ayat [وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ اِلاَّ ف۪ى ضَلاَلٍ] (Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka).

 

Justeru, bijak padaimu yang kegelapan itu telah mengubah siang bangsa manusia kepada malam. Untuk memanaskan malam yang menyusahkan, zalim dan gelita itu,  engkau hanya menerangi malam itu dengan lampu-lampu yang palsu dan sementara. Lampu-lampu itu tidak tersenyum gembira di hadapan wajah manusia. Bahkan cahaya-cahaya itu tertawa girang bagaikan mengejek dekah tawa penuh kebodohan oleh manusia di dalam keadaan mereka yang amat menyedihkan.



306. Page

Malah, pada pandangan pelajar-pelajarmu, tiap-tiap benda hidup terdedah kepada serangan para penzalim dan merupakan para penerima musibah yang amat menyedihkan. Dunia ialah sebuah dewan ratapan umum. Bunyi-bunyian di dalam dunia ialah suara-suara ratapan akibat kematian dan kesakitan.

 

Malah pelajar yang betul-betul belajar daripadamu akan menjadi seorang Firaun yang sempurna. Namun seorang Firaun hina yang menyembah kepada satu benda yang paling cepat hilang dan menganggap setiap benda yang dilihatnya bermanfaat sebagai Tuhan untuk dirinya. Malah seorang pemberontak menyedihkan yang menerima puncak kerendahan demi satu kelazatan. Dia memperlihatkan kerendahan di tahap sanggup mengucup kaki syaitan demi satu manfaat yang sangat sementara. Malah dia juga seorang yang kuat mendesak tetapi oleh sebab dia tidak menemui noktah persandaran pada hatinya maka dia ialah seorang pendesak yang mementingkan diri sendiri pada dirinya sendiri.

 

Malah tujuan semangat pelajar itu ialah menenteramkan kehendak hawa nafsu dan mencari manfafat diri sendiri di bawah tabir patriotisme, dan sikap rela berkorban dan berusaha untuk meredakan kehalobaan dan sikap bangga dirinya, dan tidak menyukai apa jua yang serius selain daripada dirinya sendiri. Dia ialah seekor syaitan penuh muslihat yang mengorbankan segala-galanya demi dirinya.



307. Page

 

Jalan Kedua: Iaitu jalan yang telah dihadiahkan kepada manusia oleh al-Quran al-Hakim melalui petunjuknya. Ia seperti berikut: Kita nampak bahawa di setiap persinggahan di jalan itu, di setiap tempatnya, di setiap bandarnya terdapat askar yang jujur bagi seorang Sultan yang adil berlegar-legar di setiap sudut.  Kadang-kadang melalui perintah Sultan itu, sebahagian askar itu diberikan perlepasan. Mereka mengambil senjata, kuda dan peralatan kerajaan mereka dan memberikan keizinan bercuti kepada mereka. Walaupun secara zahirnya Askar-askar yang diberikan perlepasan itu bersedih kerana kuda yang telah mesra dengan mereka dan senjata mereka telah dipulangkan semula. Tetapi pada noktah hakikat, mereka menjadi gembira dengan perlepasan dan mereka sangat seronok untuk menziarahi Sultan, bertemu dengannya dan pulang ke pusat pemerintahan kesultanan itu.

 

Kadang-kadang para pegawai yang telah dilepaskan berjumpa dengan askar yang masih baharu. Askar itu tidak mengenali mereka. Mereka berkata: Serahkan senjata-senjatamu! Askar itu berkata: Aku askar sang Sultan, aku berkhidmat untuk baginda dan akan pergi ke sisinya. Siapakah kalian? Sekiranya kalian datang dengan keizinan dan kerdhaan daripada baginda, maka selamat datang, sampaikan arahan kalian. Jika tidak, sila berundur, jauhkan diri kalian daripadaku.


308. Page

Sekiranya aku hanya tinggal seorang dan kalian ribuan orang sekalipun, aku akan bertarung dengan kalian. Bukan untuk diriku sendiri, ini kerana diriku bukanlah milikku tetapi milik Sultanku. Bahkan diri dan senjata padaku ini ialah amanah daripada Pemilikku. Aku tidak akan menundukkan kepalaku kepada kalian demi memelihara amanah-Nya, melindungi kehormatan Sultanku dan menjaga kemuliaan Baginda.

 

Justeru hal ini merupakan salah satu hal daripada ribuan hal yang merupakan sumber kegembiraan dan kebahagiaan di jalan yang kedua. Engkau kiaskanlah semua keadaan yang lain. Dalam semua perjalanan di jalan kedua itu terdapat suatu himpunan dan gerakan tentera yang diiringi kegembiraan dan kemeriahan bernama kelahiran, serta kelihatan satu perlepasan askar diiringi kegembiraan dan bunyi-bunyian yang bernama kematian, maka kerana itulahal-Quran al-Hakim memnghadiahkan jalan ini kepada manusia. Sesiapa sahaja yang menerima sepenuhnya hadiah ini, maka dia akan melalui jalan kedua ini yang menuju kebahagiandunia akhirat. Dia tidak akan berasa sedih daripada perkara yang telah berlalu dan tidak akan gentar daripada perkara yang mendatang.



309. Page

 Wahai Eropah kedua yang rosak! Satu bahagian daripada dasar tidak berdasarmu yang telah reput ialah perkara berikut: Engkau mengatakan bahawa tiap-tiap benda hidup daripada Malaikat paling besar sehingga kepada ikan paling kecil, memiliki diri sendiri, dan bekerja untuk dirinya sendiri dan bertungkus-lumus untuk kelazatannya sendiri. Tujuan keazaman, matlamat dan sasarannya ialah hidup dan meneruskan kelangsungannya.

 

Menerusi dustur kerjasama daripada dustur-dustur kepemurahan al-Khaliq al-Karim yang dijunjung dengan penuh ketaatan di seluruh tiang alam semesta, engkau menyangka tajalli-tajalli penuh kasih sayang dan kemuliaan bagi undang-undang umum itu yang muncul daripada kesegeraan tumbuhan membantu haiwan dan kesegeraan haiwan membantu insan sebagai satu peperangan. Maka, engkau memutuskan secara penuh kebodohan bahawa kehidupan ialah satu pertembungan(pergaduhan).

 

Agaknya bagaimanakah zarah-zarah makanan untuk memberi makan kepada sel-sel tubuh dengan penuh kesungguhan boleh menjadi satu persaingan? Bagaimanakah ia menjadi pertembungan? Bahkan bantuan dan usaha itu  merupakan satu taawun dengan perintah Rabb yang Maha Karim.



310. Page

Malah satu asasmu yang reput: engkau mengatakan tiap-tiap benda adalah pemilik kepada dirinya sendiri. Dalil qat’I bahawa tiada satu perkara pun merupakan pemilik kepada dirinya sendiri ialah perkara berikut: yang paling mulia di kalangan asbab dan yang paling luas berkehendak pada noktah pilihan ialah Manusia.

 

Sedangkan daripada seratus juzuk(bahagian) tiap-tiap perbuatan pilihan yang zahir seperti berfikir, bercakap, makan dan minum hanyalah satu juzuk(bahagian) diragukan yang diberikan kepada tangan pilihan insan dan yang masuk ke dalam daerah keupayaannya. Bagaimanakah  makhluk yang tidak memiliki walaupun satu juzuk daripada seratus juzuk perbuatan yang paling zahir sebegini boleh dikatakan sebagai pemilik kepada dirinya sendiri? Sekiranya manusia yang paling mulia dan paling luas pilihannya sebegini tangannya terikat daripada urusan-urusan sebenar setahap ini, maka yang mengatakan semua haiwan dan benda-benada tidak bernyawa adalah pemilik kepada dirinya sendiri, maka ia membuktikan bahawa dia adalah lebih haiwan daripada haiwan, lebih tidak bernyawa daripada  benda-benda tidak bernyawa dan tidak mempunyai kesedaran.



311. Page

Wahai Eropah kedua yang rosak! Yang menghumbanmu ke dalam kesalahan ini dan menjerumuskanmu ke dalam petaka ini ialah bijak pandaimu yang bermata satu. Kehebatanmu ialah kebijaksanaanmu yang malang. Melalui bijak pandai itu, engkau telah melupakan al-Khaliq setiap sesuatu dan Tuhanmu. Engkau telah bersandar pada hukum alam yang samar. Engkau telah menyerahkan karya-karya al-Khaliq kepada asbab. Engkau telah membahagi-bahagikan harta al-Khaliq itu kepada para taghut yang merupakan sembahan yang batil. Pada noktah ini dan pada pandangan bijak pandaimu itu, setiap benda hidup dan setiap manusia perlu berdiri menghadapi musuh yang tidak terkira dan bertungkus-lumus memperoleh hajatnya yang tidak berkesudahan secara bersendirian.

 

Dengan satu kemampuan yang sebesar zarah, satu pilihan yang sehalus benang, satu perasaan yang seperti kilauan yang sementara, satu kehidupan yang cepat terpadam seperti pelita, satu  usia yang akan segera berlalu seperti satu minit, dia terpaksa bertahan menghadapi musuh dan hajat yang tiada sempadan itu. Sedangkan modal benda hidup yang kebuntuan itu tidak akan mencukupi walaupun satu daripada ribuan perkara yang diingininya. Apabila dia ditimpa musibah, maka dia tidak akan menanti bantuan selain daripada asbab yang tuli dan buta. Dia menjadi penzahir makna ayat [وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ اِلاَّ ف۪ى ضَلاَلٍ] (Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka).

 



312. Page

Justeru, bijak padaimu yang kegelapan itu telah mengubah siang bangsa manusia kepada malam. Untuk memanaskan malam yang menyusahkan, zalim dan gelita itu,  engkau hanya menerangi malam itu dengan lampu-lampu yang palsu dan sementara. Lampu-lampu itu tidak tersenyum gembira di hadapan wajah manusia. Bahkan cahaya-cahaya itu tertawa girang bagaikan mengejek dekah tawa penuh kebodohan oleh manusia di dalam keadaan mereka yang amat menyedihkan.

 

Malah, pada pandangan pelajar-pelajarmu, tiap-tiap benda hidup terdedah kepada serangan para penzalim dan merupakan para penerima musibah yang amat menyedihkan. Dunia ialah sebuah dewan ratapan umum. Bunyi-bunyian di dalam dunia ialah suara-suara ratapan akibat kematian dan kesakitan.

 

Malah pelajar yang betul-betul belajar daripadamu akan menjadi seorang Firaun yang sempurna. Namun seorang Firaun hina yang menyembah kepada satu benda yang paling cepat hilang dan menganggap setiap benda yang dilihatnya bermanfaat sebagai Tuhan untuk dirinya.



313. Page

Malah seorang pemberontak menyedihkan yang menerima puncak kerendahan demi satu kelazatan. Dia memperlihatkan kerendahan di tahap sanggup mengucup kaki syaitan demi satu manfaat yang sangat sementara. Malah dia juga seorang yang kuat mendesak tetapi oleh sebab dia tidak menemui noktah persandaran pada hatinya maka dia ialah seorang pendesak yang mementingkan diri sendiri pada dirinya sendiri.

 

Malah tujuan semangat pelajar itu ialah menenteramkan kehendak hawa nafsu dan mencari manfafat diri sendiri di bawah tabir patriotisme, dan sikap rela berkorban dan berusaha untuk meredakan kehalobaan dan sikap bangga dirinya, dan tidak menyukai apa jua yang serius selain daripada dirinya sendiri. Dia ialah seekor syaitan penuh muslihat yang mengorbankan segala-galanya demi dirinya.

 

Manakala murid al-Quran yang ikhlas dan sempurna pula ialah seorang hamba, tetapi seorang hamba yang tidak merendahkan diri kepada kebanyakan makhluk dengan menyembah mereka. Malah seorang hamba mulia yang tidak menjadikan manfaat terbesar dan teragung seperti syurga sebagai matlamat ubudiyyah. Malah dia seorang yang halim (lemah lembut) dan Salim (sejahtera).

 



314. Page

Namun seorang halim tinggi himmahnya yang tidak menghina dan merendah diri  kepada yang selain al-Fatir Dzul Jalal tanpa keizinan dan perintah-Nya. Malah dia juga faqir tetapi seorang fakir mustaghni (berasa cukup) dengan ganjaran yang dikumpulkan untuknya di masa hadapan oleh al-Malik al-Karimnya. Malah dia juga lemah tetapi seorang si lemah yang kuat yang bersandar kepada kekuatan Tuannya yang qudrat-Nya tiada sempadan.

 

Apabila Al-Quran tidak menjadikan syurga abadi sekalipun sebagai matlamat tujuan kepada murid hakikinya, maka adakah ia akan menjadikan dunia fana yang akan lenyap ini sebagai matlamat tujuan kepadanya? Justeru fahamilah betapa berbezanya himmah dua murid antara satu sama lain! Malah engkau juga boleh membandingkan patriotisme dan sikap rela berkorban pada murid-murid falsafah yang sakit dengan murid-murid al-Quran al-Hakim dengan perkara ini. Ia seperti berikut: Murid falsafah melarikan diri daripada saudaranya demi dirinya sendiri dan sanggup membuat dakwaan ke atasnya.

 

Murid al-Quran pula menganggap semua hamba Allah yang soleh di langit dan di bumi sebagai saudaranya dan mendoakan mereka dengan bersungguh-sungguh, merasa bahagia dengan kebahagiaan mereka dan merasakan satu hubungan yang kuat dengan mereka dalam jiwanya. Malah dia menganggap bumi dan Matahari yang sangat besar itu masing-masing sebagai petugas yang patuh, hamba dan makhluk seperti dirinya.

 



315. Page

Malah kiaskanlah juga ketinggian dan kelapangan jiwa dua murid ini dengan perkara berikut: Al-Qurang mengurniakan kelapangan dan ketinggian kepada jiwa muridnya sehingga sebagai ganti sembilan puluh sembilan butir tasbih, ia memberikan zarah sembilan puluh sembilan alam yang memperlihatkan tajalli nama-nama Ilahi sebagai butir-butir tasbih ke tangan murid-muridnya. “Bacalah wirid kalian dengan tasbih ini!” ujarnya.

 

Justeru, lihatlah, dengar dan perhatikan ketika murid-murid al-Quran seperti Syeikh al-Jailani, ar-Rifai dan as-Syazili membaca wirid-wirid mereka! Mereka telah memegang rantaian zarah dan bilangan titisan serta jumlah pernafasan makhluk di tangan mereka. Mereka membaca wirid mereka dengan itu semua. Mereka mengingati al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala dan mensucikan-Nya.  Justeru  perhatikan kepada tarbiah al-Quran Mu’jiz al-bayan. Bagaimana insan kerdil ini yang kepalanya pusing lalu berpinar dek satu kesedihan yang paling rendah, satu kesedihan yang paling kecil dan tewas kepada satu mikrob yang paling kecil menjadi begitu tinggi hasil tarbiah al-Quran. Setahap manakah latifahnya meluas sehingga dia melihat maujudat dunia yang besar adalah pendek untuk menjadi tasbih kepada wiridnya. Walaupun dia melihat syurga adalah sangat sedikit untuk menjadi matlamat zikir dan wiridnya, dia tidak meletakkan dirinya di atas makhluk rendah al-Haq Subhanahuu wa Ta‘ala. Dia menghimpunkan puncak tawadhuk di dalam puncak izzah. Maka engkau boleh mengkiaskan betapa rendah dan hinanya murid-murid falsafah kepada perkara ini.

 



316. Page

Demikianlah, hakikat-hakikat yang dilihat salah oleh bijak pandai satu sumber falsafah sakit Eropah. Petunjuk al-Quran yang memandang dua kebahagiaan dengan dua mata terangnya yang nampak perkara ghaib dan mengisyaratkan kepada dua alam melalui dua tangannya kepada manusia berkata: Wahai manusia! Nafsu dan hartamu yang ada di tanganmu bukanlah milikmu, bahkan merupakan amanah kepadamu. Pemilik amanah  itu ialah satu ar-Rahim al-Karim yang berkuasa ke atas segala sesuatu dan mengetahui semua perkara. Dia mahu membeli pemilikan yang ada di sisimu itu daripadamu. Supaya Dia memeliharanya untukmu dan ia tidak hilang. Pada masa hadapan, Dia akan memberikan satu bayaran yang besar.

 

Engkau adalah seorang askar yang bertugas dan diberi arahan. Bekerjalah dengan nama-Nya dan beramallah atas nama-Nya. Al-Malikmu itu menghantar perkara-perkara yang engkau perlukan sebagai rezeki dan memeliharamu daripada perkara-perkara yang tidak dapat ditanggung olehmu. Matlamat dan natijah kehidupanmu ini ialah menzahirkan nama-nama dan urusan al-Malik itu. Apabila sesuatu musibah menimpamu, maka ucapkanlah: [اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ] (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali)

 



317. Page

Yakni: Wahai musibah, aku sedang berkhidmat kepada Pemilikku!  Sekiranya engkau datang dengan keizinan dan keredaan-Nya maka selamat datang! Ini kerana satu waktu kita pasti akan kembali kepada-Nya dan kita akan pergi ke hadrat-Nya dan kita rindu kepada-Nya. Memandangkan Dia pasti akan memecat kita daripada tanggungjawab kehidupan pada suatu masa. Ayuh wahai musibah! Biarlah perlepasan dan pemecatan itu melalui tanganmu, aku rela. Sekiranya Dia telah memberi arahan dan kehendak kepadamu dalam bentuk menguji kesetiaanku dalam memelihara amanah, tetapi jika tiada keizinan dan keredaan-Nya untukku  menyerah, maka selagi aku berdaya, aku tidak akan menyerahkan amanah al-Malikku kepada yang tidak amanah. Ujarnya lagi.

 

Justeru, sebagai satu contoh daripada ribuan contoh: Perhatikanlah kepada peringkat ajaran-ajaran yang telah diberikan bijak pandai falsafah dan petunjuk al-Quran. Ya, ia pergi dalam bentuk yang telah dijelaskan hakikat keadaan dua pihak sebelum ini.

 

Namun darjat manusia dalam hidayah dan kesesatan adalah berbeza-beza. Darjat-darjat kelalaian adalah berlainan. Setiap orang tidak dapat benar-benar merasai hakikat ini pada setiap martabat. Ini kerana kelalaian menghilangkan rasa.



318. Page

Lebih-lebih lagi kelalaian pada zaman ini menghilangkan rasa di tahap orang-orang bertamadun tidak merasai kesakitan yang menyakitkan ini. Tetapi dengan pertambahan kepekaan ilmu dan peringatan kematian yang memperlihatkan tiga puluh ribu jenazah pada setiap hari, tabir kelalaian itu semakin hancur. Ribuan kebencian dan penyesalan kepada mereka yang menuju kesesatan dan membabi buta meniru lalu mengikut mereka melalui sifat taghut orang-orang asing dan melalui ilmu-ilmu tabii mereka!

 

Wahai anak-anak muda tanah air ini! Janganlah kalian berusaha meniru orang-orang asing! Adakah setelah Eropah melakukan kekejaman dan permusuhan tanpa henti ke atas kalian, menerusi akal manakah kalian mengikut kemungkaran dan fikiran-fikiran batil mereka, dan kalian mempercayai mereka? Tidak! Tidak! Mereka yang meniru Eropah secara bodoh bukannya mengikut mereka, bahkan menyertai barisan mereka tanpa perasaan lalu kalian menghukum mati diri kalian sendiri dan diri saudara-saudara kalian.

 



319. Page

Waspadalah kalian, selagi mana kalian mengikut dengan biadab seperti ini, maka kalian menipu dalam dakwaan patriotisme kalian! Ini kerana pengikutan kalian dalam bentuk ini merupakan peremehan terhadap umat kalian dan penghinaan kepada bangsa kalian! [هَدَينَا اللّٰهُ وَ اِيَّاكُمْ اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمِ] (Semoga Allah berkenan memberikan petunjuk kepada kita semua menuju jalan yang lurus.)

Nota Keenam:  Wahai insan buntu yang risaukan ramainya orang kafir dan kesepakatan mereka dalam mengingkari sebahagian hakikat-hakikat keimanan lalu merosakkan iktiqad mereka!

Ketahuilah bahawa nilai dan kepentingan bukanlah pada kuantiti dan bilangan yang banyak. Ini kerana sekiranya manusia tidak menjadi manusia, dia akan berubah menjadi haiwan yang berwatak syaitan. Semakin manusia meningkat pada haloba kebinatangan seperti sesetengah orang asing dan mereka yang mengikut mereka, maka dia meraih darjat kebinatangan yang lebih dahsyat.

 Engkau melihat bahawa ketika haiwan mempunyai bilangan tidak terkira pada kuantiti dan bilangan, jika dinisbahkan kepadanya manusia adalah amat lemah, namun manusia tetap menjadi raja, khalifah dan penguasa di atas semua jenis haiwan.



320. Page

Justeru, orang-orang kafir yang bermudarat dan para pelaku maksiat yang pergi melalui jalan orang kafir merupakan sejenis makhluk keji dari kalangan haiwan-haiwan al-Haq Subhanahu wa Ta’ala di mana al-Fatir al-Hakim telah mencipta mereka untuk memakmurkan dunia. Untuk memberitahu darjat-darjat nikmat yang diberikan-Nya kepada hamba-hamba mukmin-Nya, Dia telah menjadikan mereka sebagai kayu ukur. Di akhirnya, mereka akan diserahkan kepada neraka yang layak untuk mereka.

 

Justeru, orang kafir dan ahli kesesatan itu tidak mempunyai kekuatan untuk mengingkari dan menafikan satu hakikat keimanan. Ini kerana, menurut rahsia penafian, kesepakatan mereka adalah tidak kuat. Seribu para penafi adalah ibarat seorang penafi. Sebagai contoh: Sekiranya seluruh warga Istanbul mebuat penafian kerana mereka tidak nampak bulan pada permulaan Ramadhan, melalui pengisbatan oleh dua saksi, kesepakatan penafian kumpulan yang ramai itu akan runtuh.



321. Page

Memandangkan mahiyyah kekufuran dan kesesatan ialah penafian, keingkaran, kejahilan, ketiadaan dan kesepakatan, maka golongan kuffar yang ramai adalah tidak penting.  ketetapan dua orang mukmin yang bersandar kepada penyaksian dalam masalah-masalah keimanan yang benara, tetap dan tsabit yang telah diisbatkan akan mengalahkan dan lebih kuat berbanding kesepakatan ahli kesesatan yang tidak terhitung. Rahsia kepada hakikat ini ialah perkara berikut:

 

Walaupun dakwaan para penafi kelihatan seperti satu, namun sebenarnya ia adalah banyak. Ia semua tidak mungkin bersatu sesama sendiri untuk menjadi kuat. Adapun dakwaan para pengisbat adalah bersatu dan mendapat kekuatan daripada satu sama lain. Ini kerana, orang yang tidak nampak hilal Ramadhan di langit berkata: ‘Pada pandanganku, tiada hilal, ia tidak kelihatan padaku’. Yang  lain pula berkata: ‘Pada pandanganku tiada. Yang lain lagi juga mengatakan yang sama.’ Oleh sebab pandangan tiap seorang adalah berbeza-beza dan sebab yang menjadi tabir kepada pandangan juga adalah berbeza-beza, maka dakwaan mereka juga menjadi berbeza-beza. Tidak dapat memberikan kekuatan kepada satu sama lain. Tetapi mereka yang mengisbatkan tidak mengatakan: ‘Pada pandangan dan mataku ada hilal.’ Bahkan mengatakan pada perkara itu sendiri yakni ‘hilal ada dan kelihatan di wajah langit.’ Yang Nampak semuanya menyatakan dakwaan yang sama iaitu ia ada pada perkara itu sendiri.



322. Page

Ini bermakna semua dakwaan para pengisbat adalah satu. Oleh sebab pandangan para penafi adalah berbeza-beza, maka dakwan mereka pun menjadi berbeza-beza. Mereka tidak dapat membuat keputusan pada perkara yang sama. Ini kerana penafian dan pengisbatan tidak dapat dilakukan pada perkara yang sama. Ini kerana ia perlu mencakupi. Seperti satu kaedah usul [وَ الْعَدَمُ الْمُطْلَقُ لَايُثْبِتُ اِلاَّ بِمُشْكِلاَتٍ عَظِيمَةٍ] (Ketiadaan mutlak tidak dapat diisbatkan kecuali dengan kemusykilan-kemusykilan besar) 

Ya,  sekiranya engkau menyatakan bahawa sesuatu itu ada di dunia, maka memperlihatkan perkara itu adalah memadai. Sekiranya engkau mengatakan tiada lalu menafikannya, maka perlu untuk mencari di seluruh dunia lalu memperlihatkan bahawa ia tiada supaya penafian itu dapat diisbatkan. Justeru, berdasarkan kepada rahsia ini, penafian satu hakikat oleh ahli kufur adalah seperti merungkaikan satu masalah, ataupun melalui satu lubang yang sempit, ataupun melompat sebatang parit,sama ada ia seribu atau satu, ia adalah satu. Ini kerana ia tidak dapat menjadi pembantu kepada satu sama lain. Namun oleh sebab para pengisbat memandang kepada hakikat keadaan pada satu perkara yang sama, maka dakwan-dakwaan mereka menjadi satu. Kekuatannya membantu satu sama lain.  Keadaan ini menyerupai perbuatan mengangkat seketul batu besar di mana semakin banyak tangan bergabung, maka semakin mudahlah untuk mengangkat batu itu kerana mendapat kekuatan daripada satu sama lain.

 



323. Page

Nota Ketujuh: Wahai penyembah semangat bedebah yang bersungguh-sungguh menggalakkan umat Islam kearah dunia dan mendorong mereka secara paksa kepada hasil seni dan kemajuan bangsa asing. Berhati-hatilah, jangan sampai simpulan-simpulan yang telah diikat dengan agama oleh sebahagian umat ini terurai! Sekiranya simpulan-simpulan sebahagian mereka di bawah belantan-belantan dalam keadaan bodoh dan membuta tuli sebegini terurai daripada agama, maka waktu itu mereka yang tidak beragama akan memberi mudarat ibarat satu racun membunuh dalam kehidupan bermasyarakat .

 

Ini kerana, disebabkansanubari orang yang murtad benar-benar telah rosak maka si murtad itu menjadi racun kepada kehidupan bermasyarakat. Kerana itulah, menurut ilmu usul, orang yang murtad tidak berhak untuk hidup. Sekiranya dia seorang kafir zimmi atau melakukan perjanjian damai maka dia mempunyai hak untuk hidup. Ini pula merupakan satu dustur bagi usul syariat.



324. Page

Malah menurut Mazhab Hanafi, penyaksian oleh seorang kafir yang ahli zimmah adalah diterima, tetapi, orang fasiq, penyaksiannya tidak diterima. Ini kerana orang fasiq itu ialah pengkhianat. Wahai orang fasiq bedebah! Janganlah melihat kepada ramainya orang fasiq lalu terpedaya dan janganlah berkata pemikiran ramai orang adalah bersamaku. Ini kerana, orang yang fasiq tidak akan mahu dan memang menginginkan kefasikan, bahkan dia telah terjerumus ke dalamnya namun tidak dapat keluar. Tidak ada seorang fasiq pun yang tidak bercita-cita menjadi soleh dan tidak mahu melihat ketua dan pemimpinnya taat beragama. Kecuali orang yang العياذ باللّٰه telah  murtad dan sanubarinya telah reput yang mendapat kelazatan setelah menghamburkan bisanya seperti ular.

 

Wahai kepala yang gila dan hati yang rosak! Adakah engkau menyangka bahawa orang-orang Islam tidak mencintai dunia ataupun telah jatuh fakir kerana mereka tidak memikirkan dunia lalu berhajat kepada peringatan supaya mereka tidak melupakan habuan mereka daripada dunia. Sangkaanmu adalah salah danandaianmu adalah silap. Bahkan kerana sifat haloba telah menebal maka umat Islam telah jatuh menjadi fakir. Ini kerana, sifat haloba pada orang mukmin merupakan sebab kerugian dan kehinaan. Ungkapan  [اَلْحَرِيصُ خَائِبٌ خَاسِرٌ] telah menjadi bidalan perumpamaan.

 



325. Page

Ya, terdapat banyak sebab yang menyeru dan mendorong manusia kepada dunia. Mula-mula dirinya, hawa nafsunya, keperluannya, deria-derianya, perasaan-perasaannya, syaitannya, kemanisan dunia yang palsu, sahabat-sahabatnya yang teruk sepertimu dan banyak lagi para penyerunya. Sedangkan yang menyeru kepada akhirat yang kekal dan kehidupan abadi yang panjang adalah sedikit. Sekiranya padamu terdapat semangat patriotik walau sebesar zarah dan ia bukan penipuan yang mencapai puncaknya kerana himmah yang tinggi, maka perlu membantu sedikit yang menyeru kepada kehidupan abadi. Jika tidak, sekiranya engkau mendiamkan para penyeru yang sedikit itu lalu membantu yang ramai, maka engkau menjadi sahabat syaitan.

 

Adakah engkau menyangka bahawa keadaan fakir bangsa ini berpunca daripada sifat zuhud yang datang daripada agama dan kemalasan yang datang daripada sikap meninggalkan dunia. Tidak, dalam sangkaanmu ini, engkau membuat kesalahan. Agaknya adakah engkau tidak nampak bangsa-bangsa yang masuk ke bawah penguasaan Eropah seperti Majusi dan Brahma di China dan India dan bangsa kulit hitam di Afrika adalah lebih fakir daripada kita. Malah tidakkah engkau nampak bahawa lebihan daripada makanan daruri tidak dibiarkan di tangan umat Islam. Sama ada para penzalim Eropah atau para Munafik Asia mencuri dan merampas menggunakan tipu muslihat mereka.



326. Page

Sekiranya tujuan kalian mendorong ahli iman secara paksa sebegini kepada ketamadunan yang hina untuk memastikan kesejahteraan, keamanan dalam negara ini dan untuk menguruskannya dengan mudah, maka ketahuilah oleh kalian secara muktamad bahawa kalian sedang melakukan kesalahan, kamu mendorong umat Islam ke jalan yang salah.

 

Ini kerana, menguruskan seratus orang fasiq sebegini yang iktiqadnya telah goyah dan akhlaknya telah rosak dan memastikan kesejahteraan di antara mereka adalah lebih sukar daripada menguruskan ribuan orang golongan yang baik. Justeru, berdasarkan kepada asas ini, umat Islam tidak berhajat untuk didorong dan digalakkan kepada  dunia dan sifat haloba.  Kemajuan dan kesejahteraan tidak dapat dipastikan dengan perkara itu. Bahkan mereka berhajat kepada penyusunan masalah-masalah, pengukuhan keamanan di antara mereka dan memudahkan dustur taawun (kerjasama). Keperluan ini pula boleh berlaku dengan perintah-perintah kudus agama dan ketaqwaan seta keutuhan agama.



327. Page

Nota Kelapan: Wahai manusia malas yang tidak tahu kelazatan dan kebahagiaan ada dalam usaha/berusaha dan amal/bekerja! Ketahuilah bahawa kerana kesempurnaan sifat Karimnya, Dia telah memasukkan ganjaran-ganjaran khidmat di dalam khidmat itu sendiri. Dia telah meletakkan bayaran amalan/pekerjaan di dalam amal/pekerjaan itu sendiri. Justeru, kerana rahsia inilah maka maujudat hatta menurut satu sudut pandang jamidat(makhluk yang tidak bernyawa) juga, makhluk-makluk ini menjunjung awamir Rabbaniyyah (perintah-perintah Tuhan) di dalam tugas-tugas khusus yang dinamakan awamir takwiniyyah (urusan-urusan penciptaan) dengan penuh semangat dan dengan sejenis kelazatan. Bermula daripada lebah, lalat, ayam sehingga kepada matahari dan bulan, setiap maujudat melaksanakan tugas mereka dengan penuh kelazatan. Ini bermakna, di dalam khidmat mereka terdapat satu kelazatan maka tanpa memikirkan akibat dan natijahnya kerana tidak berakal, mereka melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

 

Sekiranya engkau berkata: Pada benda hidup kelazatan boleh diterima, tetapi pada benda tidak bernyawa bagaimanakah boleh berlaku semangat dan kelazatan?

 

Jawapan: Benda-benda tidak bernyawa (al-jamidat) mahukan dan mencari satu kemulian, kedudukan, kesempurnaan, keindahan dan ketersusunan bukan untuk diri mereka tetapi atas nama nama-nama Ilahi yang bertajalli pada mereka.

328. Page

Dalam menjunjung tugas fitrah itu, oleh sebab mereka telah berubah menjadi ibarat serba satu pemantul dan cermin kepada nama-nama Nur al-Anwar (cahaya bagi segala cahaya iaitu Allah), maka mereka mampu menerangi dan meningkatkan diri.

 

Sebagai contoh: Sebagaimana setitis air dan satu serpihan kaca sebesar zarah adalah tidak bercahaya dan penting pada dirinya sendiri, tetapi apabila mereka mengalihkan wajah mereka kepada matahari dengan hati mereka yang murni, maka pada waktu itu titis dan serpihan kaca yang tidak penting dan tidak bercahaya itu menjadi sejenis singgahsana matahari lalu turut tersenyum pada wajahmu.

 

Justeru, seperti contoh ini, zarrah dan maujudat, oleh sebab mereka menjadi cermin dari sudut melaksanakan tugas untuk nama-nama Dzat Dzul Jalal yang merupakan Pemilik keindahan mutlak dan kesempurnaan mutlak, seperti titisan dan kaca sebesar zarah itu, mereka naik daripada satu darjat yang sangat rendah  ke satu darjat kezahiran dan kecahayaan yang sangat tinggi.



329. Page

Memandangkan mereka mendapat satu kedudukan yang sangat nurani dan tinggi, maka sekiranya kelazatan adalah mungkin dan boleh diterima, yakni sekiranya mereka mendapat habuan daripada kehidupan umum, maka boleh dikatakan bahawa mereka melaksakanan tugas-tugas itu dengan penuh kelazatan. Satu dalil paling terang bahawa terdapat kelazatan pada tugas ialah engkau perhatikanlah kepada khidmat anggota-angota tubuh dan deria-deria rasamu sendiri. Terdapat kelazatan yang berbeza-beza pada khidmat yang dilaksanakan mereka untuk kebaqaan diri dan kebaqaan jenis setiap satunya. Khidmat itu sendiri berubah menjadi ibarat suatu penikmatan kelazatan untuk mereka. Hatta meninggalkan khidmat pula merupakan sejenis azab kepada mereka.

 

Malah satu dalil yang paling jelas juga ialah keadaan-keadaan dan sifat rela berkorban yang diperlihatkan dalam tugas-tugas haiwan seperti ayam jantan dan ibu ayam yang mempunyai anak-anak kecil. Ayam jantan contohnya, walaupun ia lapar ia mendahulukan ayam-ayam betina ke atas dirinya dan memanggil ayam-ayam itu kepada rezeki yang ditemuinya, ia tidak akan makan bahkan memberi ayam-ayam lain makan. Kelihatan bahawa ia melaksanakan tugas itu dengan suatu semangat, kebanggaan dan kelazatan. Ini bermakna, dalam khidmat itu, ia mendapat kelazatan yang lebih banyak berbanding makan. Malah si ibu ayam yang menjadi penggembala anak-anaknya juga rela mengorbankan nyawanya menerkam anjing demi kehidupan anak-anaknya. Ia rela berlapar sambil mengenyangkan anak-anaknya. Ini bermakna, daripada khidmat itu ia mendapat kelazatan yang sangat banyak sehingga ia mengutamakan kelazatan itu berbanding dengan kepedihan rasa lapar dan kesakitan kematian.



330. Page

Ibu-ibu haiwan berusaha melindungi anak-anaknya dengan penuh kelazatan kerana ada tugas mereka semasa kecil. Apabila anak-anak itu telah besar, maka tugas itu hilang dan kelazatan juga akan hilang. Hatta, kadang-kadang si ibu memukul si anak dan akan memakan makanan yang ada di tangannya. Cuma tugas para ibu dari bangsa manusia sahaja yang berterusan. Ini kerana, pada manusia, sentiasa ada sejenis keadaan kebudak-budakan dari sudut kedaifan dan kelemahan, maka dia sentiasa berhajat kepada belas-kasihan (syafaqah). Justeru, fahamilah yang memandang kepada jantan-jantan haiwan yang melaksanakan tugas gembala seperti ayam jantan dan ibu-ibu seperti ayam betina bahawa haiawan-haiwan ini tidak menjalankan tugas-tugas itu untuk diri mereka sendiri atau atas nama sendiri atau untuk kesempurnaan sendiri. Ini kerana sekiranya diperlukan dalam tugasan mereka rela mengorbankan nyawa mereka. Bahkan mereka melaksanakan tugas itu bagi pihak al-Mun’im al-Karim dan atas nama a-Fatir Dzul Jalal yang menugaskan mereka dengan tugas itu dan memasukkan satu kelazatan di dalam tugas itu dengan rahmat-Nya.

 

Malah satu dalil bahawa terdapat bayaran di dalam khidmat itu sendiri ialah: Tumbuh-tumbuhan dan pokok menjunjung perintah al-Fatir Dzul Jalal melalui satu sikap yang merasakan sejenis keseronokan dan kelazatan.



331. Page

Ini kerana bau-bau harum yang disebarkan mereka dan perhiasan serta percambahan tunas mereka dengan hiasan-hiasan yang akan menarik pandangan para pelanggan dan pengorbanan diri mereka untuk buah-buah mereka sehingga ia membusuk, memperlihatkan kepada para peneliti bahawa terdapat suatu kelazatan dalam menjunjung perintah Ilahi oleh mereka sehingga mereka sanggup membinaskan dan mereputkan diri mereka.

 

Perhatikanlah kepada pohon Kelapa yang membawa kotak-kotak susu di atasnya dan pokok-pokok berbuah seperti Tin, pokok-pokok itu mahukan dan mengambil makanan yang baik seperti susu daripada khazanah rahmat melalui lisan al-hal mereka dan memberinya sebagai makanan kepada buah-buahnya sedangkan mereka sendiri memakan lumpur. Malah pohon delima mengambil suatu minuman yang bersih daripada khazanah rahmat lalu memberi makan kepada buah-buahnya dan ia sendiri berpada dengan air keruh berlumpur. Hatta pada pohon-pohon bijirin juga kelihatan suatu keseronokan yang zahir dalam tugas percambahan tunasnya. Sebagaimana seseorang yang dikurung dalam satu tempat yang sempit mengingini dengan penuh kerinduan untuk keluar ke sebuah taman dan tempat yang luas. Demikianlah juga pada pohon-pohon bijirin, kelihatan suatu keadaan dan kerinduan penuh keseronokan sebegitu dalam tugas percambahan tunas.



332. Page

Justeru, kerana dustur panjang penuh rahsia yang dinamakan sunnatullah dan berlaku di alam semesta inilah maka ramai mereka yang hidup tanpa pekerjaan, dengan kemalasan dan istirahat serta berlunjur di ranjang kerehatan menanggung kesusahan dan masalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang bekerja dan berusaha. Ini kerana mereka yang tiada kerja sentiasa mengadu tentang usia mereka dan mereka mahu supaya umur mereka pantas berlalu dengan hiburan-hiburan. Adapun mereka yang bekerja dan berusaha selalu bersyukur, memuji Allah dan tidak pernah mahu umur mereka berlalu. [اَلْمُسْتَرِيحُ الْعَاطِلُ شَاكٍ مِنْ عُمْرِهِ وَ السَّاعِى الْعَامِلٌ شَاكِرٌ] (Penganggur yang hidup nyaman mengeluhkan usianya, sementara orang yang bekerja sentiasa bersyukur) merupakan satu dustur yang menyeluruh. Malah menerusi rahsia itu maka ungkapan “kerehatan pada kesusahan dan kesusahan adalah pada kerehatan” telah menjadi bidalan perumpamaan.

 

Ya, jika diperhatikan dengan teliti kepada benda-benda tidak bernyawa, kelihatan bahawa apa-apa yang tidak meningkat dengan daya hanya pada sudut persediaan dan kemampuan, ketika ia berubah kepada bentuk dengan perbuatan daripada dengan daya setelah terhampar dengan satu kesungguhan dan kerja yang banyak, kelihatan satu sikap melalui dustur sunah Ilahi yang disebutkan. ikap itu mengisyaratkan bahawa dalam tugas fitrah itu terdapat suatu keseronokan dan dalam masalah itu terdapat suatu kelazatan. Sekiranya benda tidak bernyawa itu mempunyai habuan daripada kehidupan umum maka ia menjadi keseronokan itu sendiri, jika tidak, ia adalah milik benda yang menamsilkan dan menyaingi benda tidak bernyawa itu.



333. Page

Hatta, berdasarkan kepada rahsia ini boleh dikatakan bahawa apabila air yang lembut mendapat  arahan untuk menjadi beku, ia menjunjung perintah itu dengan suatu keseronokan yang bersangatan sehingga ia merekahkan besi dan menghancurkannya. Ini bermakna, melalui lidah kesejukan dan kedinginan di bawah paras sifar, ketika disampaikan arahan Rabbani “Meluaslah!” kepada air yang di dalam bijana besi yang mulutnya tertutup, dengan keseronokan ia menghancurkan bijana, merosakkan besi dan ia sendiri menjadi ais. Demikianlah seterusnya kiaskanlah setiap benda kepada perkara ini kerana semua kerja dan pergerakan di alam semesta daripada putaran matahari-matahari dan perjalanan dan kembaranya sehingga kepada putaran, pusingan dan getaran zarah/atom yang bagaikan maulawi, berlaku di atas undang-undang kuasa Ilahi. Serta muncul daripada perintah penciptaan yang lahir daripada tangan kudrat Ilahi dan mengandungi iradah, perintah dan ilmu Ilahi. Hatta setiap zarah, setiap maujud, setiap benda hidup menyerupai seorang askar yang dalam pasukan tentera dan pada peringkat-peringkat yang berlainan, nisbah dan tugas askar itu adalah berbeza-beza, tiap-tiap zarah dan tiap-tiap benda hidup juga adalah begitu.


Sebagai contoh: Satu zarah kecil pada matamu mempunyai serba satu kaitan pada sel-sel mata dan pada urat-urat wajah dan pada urat-urat saraf tubuh badan yang dinamakan syarayin(urat nadi) dan serba satu tugas dan serba satu faedah menurut tugas itu. Dan demikianlah seterusnya, kiaskanlah setiap benda menurutnya.

334. Page

Berdasarkan perkara ini, setiap benda menjadi saksi kepada kewujudan satu al-Qadir al-Azali dari dua sudut:

 

Pertama: Melalui lidah kelemahan mutlak dalam melaksanakan tugas-tugas yang ribuan tahap melebihi kemampuannya, ia menjadi saksi kepada kewujudan al-Qadir.

 

Kedua: Melalui ketepatan pergerakan terhadap dustur-dustur yang membentuk aturan alam dan undang-undang yang meneruskan keseimbangan maujudat, setiap sesuatu, menjadi saksi kepada al-‘Alim al-Qadir itu.

 

Ini kerana satu benda tidak bernyawa seperti zarah dan seekor haiwan kecil seperti lebah tidak akan mengetahui aturan dan neraca yang merupakan masalah-masalah penting dan halus kitab al-Mubin. Di manakah satu zarah yang tidak bernyawa dan seekor haiwan yang kecil seperti lebah dan di manakah pula membaca masalah-masalah penting dan halus bagi Kitab al-Mubin di tangan Dzat Dzul Jalan yang membuka dan menutup lapisan-lapisan langit seperti lembaran sebuah buku? Sekiranya engkau menjadi gila lalu engkau menyangka bahawa terdapat satu keupayaan dan satu matayang mampu mencapai tahap boleh membaca huruf-huruf halus Kitab al-Mubin itu pada atom maka waktu itu engkau boleh berusaha menolak penyaksian zarah itu.



335. Page

Ya, al-Fatir al-Hakim telah meringkaskan lalu memasukkan dustur-dustur Kitab al-Mubin di dalam satu kelazatan yang khas dan dalam satu keperluan yang khusus dalam satu bentuk yang sangat indah dan dalam cara yang sangat ringkas. Sekiranya setiap sesuatu beramal dengan kelazatan yang khas dan dengan keperluan yang khusus seperti itu maka mereka menjunjung dustur-dustur Kitab al-Mubin tanpa mengetahuinya.

 

Sebagai contoh: ketika nyamuk yang mempunyai belalai lahir ke dunia. Ia keluar daripada sarangnya lalu tanpa henti menyerang wajah manusia dan ia menggigit dengan tongkat panjangnya lalu menghamburkan air kehidupan dan meminumnya. Ia memperlihatkan kemahirannya seperti lari daripada serangan bagaikan pegawai serangan. Agaknya Siapakah yang telah mengajarkan kemahiran ini dan seni perperangan ini serta teknik mengeluarkan cecair ini kepada makhluk kecil, tiada pengalaman dan baru datang ke dunia ini dan dari manakah ia telah mempelajarinya?

 

Aku, yakni Said yang buntu ini mengakui bahawa seandainya aku berada di tempat nyamuk yang mempunyai belalai itu, nescaya aku hanya dapat mempelajari seni ini, seni serang balas peperangan yang hebat ini dan khidmat mengeluarkan cecair ini melalui kelas yang lama dan pengalaman yang sangat bermacam-macam. Justeru, kiaskanlah dengan nyamuk ini juga haiwan-haiwan seperti lebah, labah-labah dan burung kecil yang membina rumahnya seperti sarung kaki. Hatta engkau juga boleh mengkiaskan tumbuh-tumbuhan persis dengan haiwan.



336. Page

Ya, al-Jawwad al-Mutlaq Jalla Jalaluhu telah memberikan satu tiket yang telah ditulis dengan tinta kelazatan dan dakwat keperluan kepada tangan setiap benda hidup. Melaluinya Dia telah meletakkan program bagi perintah-perintah takwini dan faharasat khidmat-khidmatnya. Pandanglah kepada al-Hakim Dzul Jalal itu, bagaimanakah Dia telah menulis kadar yang berkaitan dengan tugasan lebahdaripada dustur Kitab al-Mubin pada satu tiket dan telah meletakkanya ke dalam peti kecil di kepala lebah. Kunci peti kecil itu pula ialah suatu kelazatan khusus kepada lebah yang setia bertugas itu. Dengannya ia membuka peti kecil itu, membaca programnya (perisiannya), memahami perintah lalu bertindak. Ia menzahirkan rahsia ayat  [وَ اَوْحٰى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ] (Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah).

 

Justeru, sekiranya engkau benar-benar membaca Nota Kelapan ini dan benar-benar memahaminya, maka engkau akan memahami satu rahsia ayat  [وَسِعَتْ رَحْمَتُهُ كُلَّ شَيْئٍ] (Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu), satu hakikat ayat  [وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪] (Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya), satu dustur ayat [اِنَّمَا اَمْرُهُ اِذَا اَرَادَ شَيْئًا اَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ] (Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ Maka terjadilah ia dan satu nuktah ayat  [فَسُبْحَانَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْئٍ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُونَ] Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan).



337. Page

Nota Kesembilan: Wahai manusia, ketahuilah bahawa Kenabian dalam bangsa manusia merupakan kesimpulan  dan asas dari segala kebaikan dan kesempurnaan yang ada pada manusia. Din al-Haq (agama yang benar) ialah faharasat kebahagiaan. Keimanan merupakan satu keindahan yang suci dan tersendiri. Memandangkan di alam ini kelihatan satu keindahan yang terang, satu kebaikan yang luas dan tinggi, satu kebenaran yang zahir dan satu kesempurnaan yang tinggi, maka secara jelas bahawa kebenaran dan hakikat adalah di dalam kenabian dan di tangan para nabi. Kesesatan, kejahatan dan kerugian adalah di tangan para penentangnya.

 

Daripada ribuan contoh kebaikan ubudiyyah, perhatikanlah hanya kepada contoh ini: Dari sudut ubudiyyah, Nabi ‘Alaihi as-Solatu wa as-Salam menyatukan hati-hati para muwahhidin dalam solat hari raya, solat Jumaat dan solat berjemaah serta menghimpunkan lidah mereka pada satu kalimah. Dalam satu bentuk di mana manusia ini menyambut keagungan khitab al-Ma’bud al-Azali dengan suara-suara, doa-doa dan zikir-zikir yang terbit daripada hati dan lidah yang tidak terhitung. Suara-suara, zikir-zikir dan doa-doa itu bersandar kepada satu sama lain lalu membantu satu sama lain dan bersepakat lalu memperlihatkan satu ubudiyyah terhadap Uluhiyyah al-Ma’bud al-Azali dalam satu bentuk yang luas seolah-olah bebola Bumi ini sendiri melafazkan zikir itu, membaca doa, mendirikan solat dengan segenap penjurunya dan menjunjung perintah [اَقِيمُوا الصَّلَوةَ] yang turun dengan kemegahan dan keagungan yang tinggi melebihi langit dengan segenap sudutnya.



338. Page

Justeru, menerusi rahsia kesatuan ini, manusia ini yang merupakan makhluk yang lemah, kecil bagaikan zarah di alam semesta menjadi hamba yang dikasihi al-Khaliq al-ardhi wa as-samawat,khalifah dan sultan bumi, ketua haiwan serta natijah dan matlamat penciptaan alam semesta kerana keagungan ubudiyyah.

 

Ya, sebagaimana suara ratusan juta manusia yang melafazkan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ secara serentak selepas kebanyakan solat terutamanya dalam solat-solat sunat hari raya bersatu di alam ghaib, jika di alam syahadah juga suara itu bersatu lalu berhimpun, maka bebola bumi benar-benar menjadi seorang manusia yang besar lalu oleh sebab اَللُّٰهُ اَكْبَرْ yang dilantunkannya melalui gema suara adalah setara dengan kebesarannya, maka lantunan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ secara serentak menerusi kesatuan oleh para muwahhidin itu, maka suara itu berubah menjadi sebuah اَللُّٰهُ اَكْبَرْ yang besar bagi bebola Bumi.

 

Seolah-olah bumi menerima gegaran terbesar dunia Islam menerusi zikir dan tasbih dunia Islam dalam solat-solat hari raya lalu melafazkan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ  dengan segenap penjuru dan pelosoknya, kemudian berniat tulus dengan hati, kiblatnya Kaabah al-Mukarramah lalu melafazkan اَللُّٰهُ اَكْبَرْ  menerusi mulut Makkah dan lidah Arafah, satu kalimah itu terbentuk di udara di dalam mulut-mulut seperti gua semua orang mukmin di seluruh pelosok Bumi. Sebagaimana berlaku satu  pantulan bunyi  menerusi satu kalimah اَللُّٰهُ اَكْبَرْ, zikir dan takbir yang makbul itu turut mengemakan langit lalu bergelombang bergema hingga ke alam-alam barzakh juga.

 



339. Page

Justeru, kita bertahmid, bertakbir dan bertasbih sebanyak bilangan zarah bumi dan bertahmid sebanyak bilangan maujudat ke hadrat Dzat Dzul Jalal yang menjadikan Bumi ini bersujud dan beribadah kepada-Nya dalam keadaan begini, sebagai masjid kepada hamba-hamba-Nya, buaian kepada makhluk-makhluk-Nya dan bertasbih serta bertakbir kepada-Nya lalu menjadikan kita sebagai umat kepada Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang mengajarkan kita jenis ibadat yang sebegini.

 

Nota Kesepuluh: Ketahuilah wahai Said yang lalai dan keliru! Sesungguhnya untuk sampai dan memandang kepada nur makrifah al-Haq Subhanahu wa Ta’ala, untuk melihat jilwah-jilwahnya pada cermin-cermin ayat dan kesaksian, untuk menatapnya melalui teropong-teropong burhan dan dalil mewajarkan supaya janganlah engkau menyaring tiap-tiap satu nur yang datang kepada hatimu dan kelihatan kepada akalmu menerusi jari-jari kritikan, dan janganlah mengkritik menerusi tangan keraguan! Untuk memaut satu nur yang menerangimu, janganlah hulurkan tanganmu, bahkan bebaskanlah diri daripada sebab-sebab kelalaian, hadaplah kepada mereka dan kekal di situ. Ini kerana aku telah menyaksikan bahawa kesaksian dan burhan(bukti) Ma’rifatullah adalah terbahagi kepada tiga jenis.


340. Page

Bahagian pertama: Bagaikan air, boleh dilihat, dirasai tetapi tidak boleh dipegang dengan jemari. Pada bahagian ini perlu membebaskan diri daripada khayalan-khayalan lalu tenggelam di dalamnya secara keseluruhan. Tidak boleh disiasat dengan jari-jari kritikan bahkan kalau disiasat ia akan lari dan mengalir. Air kehidupan itu tidak mengambil tempat di jarinya.

 

Bahagian Kedua: Seperti udara, boleh dirasai tetapi tidak boleh dilihat dan dipegang. Terhadapnya hadaplah kepada semilir rahmat itu dengan wajah, mulut dan rohmu, berhadapanlah dengannya dan jangan hulurkan tangan kritikan kerana engkau tidak akan dapat memegangnya. Bernafaslah melalui rohmu. Sekiranya engkau memandang dengan keraguan dan menghulurkan tangan melalui kritikan maka ia akan berlalu pergi. Ia tidak akan menjadikan tanganmu sebagai tempat tinggal kerana ia tidak pernah meredhainya.

 



341. Page

Bahagian Ketiga: Bagaikan Nur. Boleh dilihat tetapi bukan sahaja tidak boleh dirasai malah tidak boleh dipegang. Oleh itu berhadapanlah dengannya menerusi mata hatimu, pandangan rohmu dan hadapkanlah matamu ke arahnya dan tunggu, bahkan mungkin ia datang sendiri kepadamu. Ini kerana nur tidak boleh dipegang dengan tangan, tidak boleh diburu dengan jemari bahkan nur itu diburu dengan nur basirah itu. Sekiranya engkau menghulurkan tangan haloba dan maddimu, dan engkau menimbangnya dengan neraca maddi, kalau ia tidak padam sekalipun, ia akan bersembunyi. Ini kerana, nur yang sebegitu, sebagaimana ia tidak redha kepada penjara berbentuk maddi, ia juga tidak boleh diikat dan ia tidak pernah menerima benda yang legap sebagai pemilik dan tuannya.

 

Nota Kesebelas: Dalam ifadah al-Quran al-Mu’jiz al-Bayan terdapat banyak syafaqah dan marhamah. Ini kerana majoriti mukhatabnya ialah golongan awam. Minda mereka adalah biasa/. Oleh sebab pandangan mereka tidak dapat melihat benda-benda yang halus, maka untuk membelai keringkasan pemikiran mereka, maka ayat-ayat yang ditulis di wajah-wajah langi dan bumi berulang-ulang. Huruf-huruf besar itu memudahkan bacaan.



342. Page

Sebagai contoh ayat-ayatnya yang boleh dibaca dan dilihat dengan jelas seperti, penurunan hujan dari langit dan pembangkitan semula tanah memberikan pengajaran tentang penciptaan langit dan bumi. Kadang-kadang ia mengalih pandangan mereka kepada ayat-ayat halus yang ditulis dengan huruf-huruf kecil di dalam huruf-huruf besar itu supaya mereka tidak merasa susah. Malah di dalam uslub al-Quran terdapat kelancaran, kefasihan dan kefitrahan yang menjadikan al-Quran seolah-olah  qiraat pada lembaran-lembaran alam semesta melalui pena qudrat, tilawah susunannya dan ia membaca urusan an-Naqqasy al-Azali dan menuliskan perbuatan-perbuatan-Nya. Sekiranya engkau mahu melihat kelancaran penerangan ini, maka dengan hati yang jaga dan teliti, dengarlah kepada firman-firman seperti surah an-naba’ dan ayat-ayat [قُلِ اللّٰهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ] (Katakanlah, ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan.)

 

Nota Kedua Belas: Wahai sahabat-sahabatku yang mendengar nota-nota ini! Ketahuilah bahawa sebab mengapa kadang-kadang aku melanggar kebiasaan dengan menulis rayuan, doa dan munajat hati kepada Allah yang sepatutnya dirahsiakan ini adalah  kerana Aku mengharapkan rahmat Ilahi. Semoga ketika kematian telah membisukan lidahku, maka kata-kata kitabku yang menggantikan lidahku diperkenankan di sisi-Nya.


343. Page

Ya, dalam umur yang singkat, taubat lidahku dan penyesalannya adalah tidak cukup untuk menjadi kaffarah kepada dosa-dosaku yang tidak terhitung. Maka, lidah kitabku yang ampuh dan lebih kekal menjadi lebih bermanfaat untuk perkara tersebut.

 

Justeru sepuluh tahun sebelum ini.  di penghujung keributan rohani yang tidak tenteram; semasa ketawa ‘Said Lama’ hampir berubah menjadi tangisan ‘Said Baru’; ketika aku terjaga daripada lena kelalaian masa muda melalui subuh masa tua, munajat dan rayuan yang asalnya berbahasa Arab berikut telah ditulis. Terjemahan maknanya adalah seperti berikut:

 

Wahai Rabbur Rahim dan al-Khaliqul Karim-ku! Akibat tersalah memilih, usia dan masa mudaku telah berlalu sia-sia. Yang tinggal di tanganku dari umur dan masa muda yang berbaki ialah dosa-dosa yang menyakitkan, kesakitan yang memberi kehinaan dan rasa was-was yang menatijahkan kesesatan. Aku menghampiri kubur dengan bebanan yang berat, hati yang sakit dan wajahku yang malu ini.



344. Page

Menerusi pengamatan, lama-kelamaan, dengan pantas, tanpa menyimpang ke kanan dan kiri, tanpa pilihan, sama seperti insan-insan tersayang, teman-teman sebaya dan kaum keluargaku yang telah mati, aku juga mendekati pintu kubur. Kubur itu adalah rumah terawal dan pintu pertama yang dibina dan dibuka di atas jalan perpisahan abadi dan selama-lamanya dari negara fana ini.

 

Maka aku memahami dengan keyakinan yang pasti bahawa dunia yang aku terpaut dan terpesona dengannya ini akan musnah, berlalu pergi, fana dan akan mati. Menerusi penyaksian, maujudat di dalamnya juga kafilah demi kafilah akan berlalu pergi selepas satu sama lain lalu menghilang. Sesungguhnya dunia ini adalah sangat kejam dan penipu, terutamanya terhadap mereka yang memiliki nafsu amarah sepertiku. Jika ia memberikan satu kelazatan, ia mengundang dan menimpakan seribu kesakitan. Sekiranya ia menyuap sebiji anggur, ia menghadiahkan seratus penampar.

 

Wahai Rabbur Rahim dan al-Khaliqul Karim-ku! Dengan rahsia كُلُّ آتٍ قَرِيبٌ (

setiap yang akan datang itulah dekat), dari sekarang aku nampak bahawa dalam masa yang terdekat, aku telah memakai kafanku, telah menaiki kerandaku dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabatku. Ketika aku bergerak menuju ke kubur, melalui lisanul hal(bahasa keadaan) jenazahku dan lisanul qal (bahasa pertuturan) rohku, aku berteriak merayu di pintu rahmat-Mu  “ al-Aman, al-Aman! Ya Hannan! Ya Mannan! Selamatkanlah aku daripada rasa malu yang disebabkan oleh dosa-dosaku!...”



345. Page

Akhirnya, aku sampai ke pintu kubur. Bersama dengan kafanku yang dipakaikan di leherku, aku berdiri di pintu kubur memandang jasadku yang terbujur kaku. Aku mendongakkan kepalaku ke pintu rahmat-Mu lalu merintih dan merayu dengan seluruh upayaku “al-Aman, al-Aman! Ya Hannan! Ya Mannan! Bebaskanlah aku daripada beban-beban dosa yang berat!...”

 

Seterusnya aku telah masuk ke dalam kuburku. Aku dibalut kain kafanku. Mereka yang mengiringi telah meninggalkanku. Aku menanti keampunan dan rahmat-Mu. Dengan penyaksian aku melihat bahawa tiada tempat bernaung dan perlindungan selain daripada-Mu. Angkara wajah dosa yang buruk, rupa maksiat yang menakutkan dan kesempitan liang itu, aku merayu kepada-Mu dengan segala upayaku “al-Aman, al-Aman! Ya Hannan! Ya Mannan! Ya Dayyan! Selamatkanlah aku dari bersahabat dengan dosa-dosaku yang buruk. Lapangkanlah tempatku!

 

Ilahi, Engkaulah tempat aku bernaung. Kekasih-Mu yang merupakan  رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (rahmat bagi seluruh alam) adalah wasilahku untuk sampai kepada rahmat-Mu! Aku bukannya mengadu tentang-Mu tetapi mengadu tentang diri dan keadaanku kepada-Mu.”



346. Page

Wahai al-Khaliqul Karim dan Rabbur Rahim-ku! Walaupun makhluk-Mu, ciptaan-Mu dan hamba-Mu yang bernama Said ini adalah berdosa, lemah, lalai, jahil, sakit, hina, jahat, tua, malang dan merupakan hamba yang telah lari daripada tuannya, namun selepas empat puluh tahun, dia menyesal dan mahu pulang ke pintu-Mu.

 

Dia bernaung di bawah rahmat-Mu. Dia mengakui dosa dan kesalahannya yang tidak terkira. Dia telah ditimpa dengan prasangka dan bermacam-macam penyakit. Dia merendah diri dan merayu kepada-Mu. Jika Engkau menerimanya dengan kesempurnaan rahmat-Mu, lalu mengampuni dan merahmatinya, sememangnya itu adalah urusan-Mu. Ini kerana Engkau adalah Arhamur Rahimin. Sekiranya Engkau tidak menerima, ke pintu manakah lagi yang aku harus pergi selain daripada pintu-Mu? Pintu manakah yang ada? Sesungguhnya tiada Rabb selain-Mu untuk ditujui pintu-Nya. Sesungguhnya tiada al-Ma’bud yang benar selain-Mu untuk menjadi tempat aku bernaung.”

 

لٓاَ اِلٰهَ اِلاَّ اَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ آخِرُ الْكَلاَمِ فِى الدُّنْيَا اَوَّلُ الْكَلاَمِ فِى اْلآخِرَةِ وَ فِى الْقَبْرِ اَشْهَدُ اَنْ لٓاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللّٰهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ تَعَالَى عَلَيْهِ وَ سَلَّم



347. Page

Nota Ketiga Belas: Lima masalah yang telah menjadi punca kekeliruan.

 

Masalah Pertama: Ketika mereka yang bekerja dan bermujahadah di atas jalan yang benar perlu memikirkan tugas mereka sendiri sahaja, namun mereka memikirkan dan bertindak dengan mencampuri tugas al-Haq Subhanahu wa Ta’ala lalu jatuh ke dalam kesalahan. Terdapat dalam kitab Risalah Adab ad-Din wa ad-Dunya bahawa: Pada suatu masa, Syaitan telah menyanggah Sayidina Isa ‘Alaihi as-Salam lalu berkata: Memandangkan ajal dan semua benda adalah dengan Taqdir Ilahi, maka engkau terjunlah daripada tempat tinggi ini, tengok, adakah kau akan mati. Nabi Isa ‘Alaihi as-Salam telah menjawab:   Yakni, Allah Taala boleh menguji hamba-Nya dan berkata: Wahai hamba-Ku, jika engkau buat begini Aku akan buat begitu biar Aku lihat bolehkah engkau buat. Demikianlah Dia menguji. Tetapi hamba tidak berhak dan tiada wewenang untuk menguji Allah Ta’ala dan berkata: Wahai Tuhan, jika aku melakukan begini, maka bolehkah Engkau berbuat begitu? Dalam bentuk mengambil sikap seolah-olah menguji Rububiyyah Allah Ta’ala kerana ia merupakan kebiadaban dan menafikan ubudiyyah.



348. Page

Memandangkan inilah hakikat, maka manusia perlu melaksanakan tugasnya sendiri dan tidak patut mencampuri tugas Allah Subhanahu wa Ta’ala. Adalah masyhur bahawa  Suatu masa ketika Jalaluddin Harzamsyah yang merupakan salah seorang pahlawan Islam dan banyak kali mengalahkan tentera Gengiz Khan pergi ke medan perang, para menteri dan pengikutnya telah berkata kepadanya: Engkau pasti menang, Allah akan memenangkan engkau.

Lalu beliau menjawab: Aku ditugaskan supaya bertindak di jalan jihad atas perintah Allah, aku tidak akan mencampuri tugas Allah Ta’ala. Memenangkan atau mengalahkan ialah tugas-Nya. Justeru, panglima itu, berbekalkan kefahamannya tentang rahsia penyerahan ini telah kerap kali menang dalam keadaan yang menakjubkan.

 

Ya, dalam perbuatan-perbuatan yang dilakukan manusia menerusi juzuk ikhtiar di tangannya, dia tidak patut memikirkan natijah yang menjadi milik Allah. Sebagai contoh: Sebahagian daripada saudara kita menambahkan semangat dan menggalakkan masyarakat untuk menyertai (bergabung dengan) Risalah an-Nur. Apabila masyarakat tidak mendengar, kekuatan maknawi saudara yang lemah akan runtuh dan semangat mereka akan malap sedikit.



349. Page

Sedangkan Rasul Termulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan Ustaz mutlak, teladan menyeluruh dan pedoman paling sempurna menjadikan firman Ilahi [وَمَا عَلَى الرَّسُولِ اِلاَّ الْبَلاَغُ] (Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan) sebagai pedoman mutlak kepada diri baginda maka apabila manusia menjauhkan diri dan tidak mendengar, baginda telah menyampaikan (risalah) dengan lebih gigih, bersemangat dan bersungguh-sungguh. Ini kerana melalui  ayat [اِنَّكَ لَاتَهْدِى مَنْ اَحْبَبْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ يَهْدِى مَنْ يَشَاءُ]  (Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi , tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya) baginda telah memahami bahawa, menjadikan manusia mendengar dan memberikan hidayah kepada mereka adalah tugas Allah Subhanahu wa Ta’ala.

 

Justeru, oleh yang demikian, wahai saudara-saudaraku! Janganlah kalian mencampur adukkan dengan membina tindakan-tindakan kalian ke dalam tugas yang bukan milik kalian dan janganlah kalian mengambil sikap menguji al-Khaliq kalian!



350. Page

Masalah Kedua: Ubudiyyah memandang kepada perintah Ilahi dan keredhaan Ilahi. Penyeru ubudiyyah ialah perintah Ilahi dan natijahnya ialah keredhaan Ilahi. Buah dan faedahnya adalah  berbentuk ukhrawi. Tetapi dengan syarat ia tidak menjadi alasan tujuan dan tidak diminta secara sengaja, faedah-faedah duniawi dan buah-buah yang terjadi sendiri dan diberikan tanpa diminta, tidak menafikan ubudiyyah. Bahkan ia berubah menjadi penggalak dan penentu pilihan bagi mereka yang daif. Sekiranya faedah-faedah dan manfaat-manfaat yang menjadi milik dunia atau milik ubudiyyah, dan wirid itu atau zikir itu menjadi alasan atau satu juzuk daripada alasan, maka ia membatalkan sebahagian ubudiyyah itu. Bahkan ia menjadikan wirid yang banyak kelebihannya itu sebagai sia-sia dan tidak akan memberikan natijah.

 

Justeru, mereka yang tidak memahami rahsia ini, contohnya mereka membaca Awrad Bahaiyyah yang mempunyai seratus kelebihan dan faedahnya ataupun Jaushan al-Kabir yang mempunyai seribu kelebihan dengan meniatkan sebahagian faedah-faedah itu sendiri. Mereka tidak Nampak faedah-faedah itu dan tidak akan dapat melihatnya dan mereka juga tidak berhak untuk melihat.



351. Page

Ini kerana, faedah-faedah itu tidak akan dapat menjadi ‘illah (alasan) wirid-wirid itu, dan daripada itu semua, mereka tidak akan diminta secara niat atau dirinya sendiri. Ini kerana itu semua dalam bentuk lebihan menyebabkan wirid-wirid itu tiada permintaan. Jika meniatkan itu semua maka keikhlasan dirosakkan sedikit. Bahkan terkeluar daripada ubudiyyah dan jatuh nilainya.

 

Cuma sampai ke tahap, untuk membaca wirid-wirid yang mempunyai kelebihan sebegini, insan-insan yang daif memerlukan suatu galakan dan suatu murajjih (yang memberi pengutamaan). Sekiranya dia membaca wirid-wirid itu semata-mata kerana redha Ilahi dan akhirat, maka ia tidak memudaratkan. Malahan juga adalah makbul. Justeru, oleh sebab hikmah ini tidak difahami dan oleh sebab ramai daripada mereka yang tidak memahami masalah ini, tidak dapat melihat faedah-faedah yang diriwayatkan daripada para wali agung dan salafussoleh, maka mereka jatuh ke dalam keraguan hatta turut mengingkarinya.

 

Masalah Ketiga: [طُوبَى لِمَنْ عَرَفَ حَدَّهُ وَلَمْ يَتَجَاوَزْ طَوْرَهُ] Yakni, beruntunglah sesiapa yang mengenali dirinya dan mengetahui kemampuannya lalu tidak melampauinya. Sebagaimana terdapat tajalli-tajalli matahari bermula daripada kaca sebesar zarah, setitis air, kolam,laut, bulan sehingga planet-planet, dan masing-masing memantulkan cahaya matahari dan menjadi tamsilannya serta mengetahui kemampuannya.

352. Page

Setitis air mengatakan bahawa  padanya juga tedapat pantulan matahari menurut kemampuannya. Tetapi ia tidak boleh mengatakan bahawa aku juga sebuah cermin seperti laut. Demikianlah juga menurut keperbagaian tajalli asma’ Ilahi, dalam kedudukan para wali juga terdapat peringkat-peringkat tajalli Nama Ilahi bermula daripada hati sehingga Arasy seperti matahari bagi setiap peringkat. Hati juga merupakan sebuah arasy (singgahsana), tetapi ia tidak boleh berkata bahawa ia juga adalah seperti ‘Arasy Ilahi.

 

Justeru, mengetahui kelemahan, kefakiran, kesilapan dan kekurangan yang menjadi asas ubudiyyah dan bersujud di hadapan gerbang rahmat Uluhiyyah menerusi rayuan. Jika tidak, mereka yang pergi dalam bentuk manja dan bangga akan menganggap hatinya yang sebesar zarah adalah setara dengan Arasy yang agung. Dia akan keliru tentang kedudukannya yang seperti setitis air dengan kedudukan para wali yang seperti lautan. Untuk memadankan dirinya dengan maqam-maqam yang tinggi itu dan untuk memelihara dirinya pada maqam itu, dia terjerumus ke dalam kepura-puraan, keterpaksaan, sikap memuji diri yang tidak bermakna dan banyak kesulitan.



353. Page


 : Terdapat dalam hadis yang berbunyi: [هَلَكَ النَّاسُ اِلاَّ الْعَالِمُونَ وَهَلَكَ الْعَالِمُونَ اِلاَّ الْعَامِلُونَ وَهَلَكَ الْعَامِلُونَ اِلاَّ الْمُخْلِصُونَ وَالْمُخْلِصُونَ عَلَى خَطَرٍ عَظِيمٍ] Yakni: Paksi keselamatan dan keterlepasan hanyalah keikhlasan. Memperoleh keikhlasan adalah sangat penting. Satu amalan yang ikhlas sebesar zarah akan diutamakan ke atas berpikul-pikul amalan yang tidak ikhlas. Sebab yang memperolehkan keikhlasan di dalam tindakan-tindakan ialah perlu memikirkan bahawa amalan itu ialah satu perintah Ilahi dan natijahnya ialah keredhaan Ilahi semata-mata. Tidak patut mencampuri urusan Ilahi.

 

Terdapat keikhlasan pada setiap perkara. Hatta sezarah mahabbah dengan keikhlasan diutamakan ke atas berpikul-pikul mahabbah yang berpaksikan urusan rasmi dan bayaran. Justeru seorang tokoh telah mengungkapkan mahabbah yang ikhlas ini sebagai berikut:

[وَ مَا اَنَا بِالْبَاغِى عَلَى الْحُبِّ رِشْوَةً ضَعِيفٍ هُوَ يَبْغِى عَلَيْهِ ثَوَابٌ]

Yakni: Aku tidak mahukan sebarang rasuah, bayaran, balasan dan ganjaran ke atas mahabbah. Ini kerana, mahabbah yang mahukan satu ganjaran dan imbalan sebagai balasannya adalah lemah dan tidak kekal.



354. Page

Hatta mahabbah yang murni telah disematkan di dalam fitrah keinsanan dan sanubari semua ibu.   Justeru, yang menzahirkan makna sebenar mahabbah ini ialah belas kasihan mereka. Menerusi rahsia syafaqah itu, dalil bahawa para ibu tidak mahukan dan tidak menuntut ganjaran dan rasuah di atas mahabbah mereka kepada anak-anak mereka ialah mereka rela mengorbankan nyawa mereka hatta kebahagiaan ukhrawi mereka juga demi anak-anak mereka. Sebagai contoh: Walaupun keseluruhan modal9untuk hidup) si ibu ayam hanyalah nyawanya, namun demi menyelamatkan anaknya daripada mulut anjing, dengan penyaksian Husrev, ia membiarkan kepalanya dibaham.

 

Masalah Keempat: Tidak patut mengambil nikmat-nikmat yang datang melalui tangan asbab zahiriyyah (sebab-sebab luaran) atas nama asbab itu. Sekiranya sebab itu bukanlah pemilik pilihan, contohnya seperti haiwan dan tumbuhan, maka ia memberikan nikmat itu secara langsung atas nama Allah Ta’ala. Memandangkan ia menyebut بِسْمِ اللّٰهِ melalui lisanul halnya kepadamu, maka engkau juga lafazkanlah   بِسْمِ اللّٰهِ dan terimalah ia atas nama Allah. Sekiranya sebab itu adalah pemilik pilihan, maka dia perlu menyebut بِسْمِ اللّٰهِ, kemudian ambillah daripadanya, jika tidak jangan ambil.



355. Page

Ini kerana, salah satu makna isyari lain daripada makna sarih ayat وَلاَ تَاْكُلُو مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللّٰهِ عَلَيْهِ (Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya) ialah seperti berikut: Janganlah kalian memakan sesuatu yang tidak mengingatkan kepada al-Mun’im al-Haqiqi dan tidak diberikan atas nama-Nya!

 

Dalam hal yang demikian, yang memberi perlu menyebut   بِسْمِ اللّٰهِ dan yang menerima juga perlu menyebut بِسْمِ اللّٰهِ. Sekiranya yang memberi tidak menyebut  بِسْمِ اللّٰهِ, tetapi engkau pula perlu mengambilnya maka engkau sebutlah بِسْمِ اللّٰهِ, iaitu dengan melihat tangan rahmat Ilahi di atas kepala yang memberi itu, lalu kucupinya dengan kesyukuran dan ambillah daripadanya. Yakni, daripada nikmat, pandanglah kepada pemberian nikmat dan daripada pemberian nikmat, fikirkanlah al-Mun’im al-Haqiqi. Memikirkannya merupakan suatu kesyukuran. Kemudian sekiranya engkau mahukan perantara zahir itu, maka berdoalah. Ini kerana, nikmat itu dihantar kepadamu melalui tangannya.

 

Perkara yang memperdaya para penyembah sebab-sebab zahir adalah kedatangan dua perkara secara bersamaan ataupun berada secara bersamaan. Ia dinamakan ‘iqtiran’ iaitu masing-masing menyangka bahawa yang satu lagi adalah ‘illah.



356. Page

Malah, oleh sebab ketiadaan setiap sesuatu menjadi ‘illah kepada ketiadaan sesuatu nikmat, maka mereka menyangka bahawa kewujudan sesuatu itu juga merupakan ‘illah kepada kewujudan nikmat itu. Dia memberikan kesyukuran dan rasa terhutang budinya kepada perkara itu, lalu terjatuh dalam kesilapan. Ini kerana kewujudan sesuatu nikmat mewajarkan semua pendahuluan dan sayarat-syarat nikmat itu. Sedangkan ketiadaan nikmat itu berlaku akibat ketiadaan satu syaratnya.

 

Sebagai contoh: Orang yang tidak membuka lubang pintu tali air yang mengairi sebuah kebun menjadi sebab dan ‘illah kekeringan kebun itu dan ketiadaan nikmat itu. Tetapi kewujudan nikmat-nikmat kebun itu di samping bergantung pada kewujudan ratusan syarat selain daripada khidmat orang itu, ia datang melalui qudrat dan iradah Rabbani yang merupakan ‘illah hakiki.  Justeru, fahamilah betapa jelasnya kesilapan pemikiran yang serabut ini dan ketahuilah betapa tersalahnya para penyembah asbab!



357. Page

Ya, iqtiran lain dan ‘illah adalah sesuatu yang lain. Satu nikmat datang kepadamu,  tetapi niat ihsan oleh seorang manusia kepadamu telah menjadi pendamping nikmat itu tetapi tidak menjadi ‘illah.’Illah ialah rahmat Ilahi. Ya, sekiranya orang itu tidak meniatkan untuk berbuat baik, maka nikmat itu tidak akan sampai kepadamu. Maka ia menjadi ‘illah kepada ketiadaan nikmat. Tetapi berdasarkan kaedah yang telah disebutkan, kecenderungan untuk berbuat kebaikan itu tidak akan pernah menjadi ‘illah kepada sesuatu nikmat itu. Ia hanya menjadi satu syarat daripada ratusan syarat.

 

Sebagai contoh: Di kalangan murid-murid Risalah an-Nur, sesetengah tokoh yang menjadi penzahir nikmat Allah Ta’ala seperti Husrav dan Ra’fat telah keliru dengan iqtiran dan ‘illah. Mereka memperlihatkan rasa terhutang budi yang terlebih kepada ustaz mereka. Sedangkan Allah Ta’ala telah menganugerahkan nikmat istifadah yang diberikan kepada mereka dan nikmat ifadah  yang dikurniakan kepada ustaz mereka dalam pengajaran Qurani secara bersamaan dan menjadikannya bergandingan.

 

Mereka berkata: Sekiranya ustaz kami tidak datang ke sini, nescaya kami tidak akan mendapat ajaran ini. Oleh itu, ifadahnya adalah illah kepada istifadah kami.



358. Page

Aku pun menjawab: Wahai saudara-saudaraku! Nikmat yang dikurniakan Allah Ta’ala kepada aku dan kepada kalian juga telah datang bersama-sama dan ‘illah kedua-dua nikmat juga adalah rahmat Ilahi. Aku juga pernah keliru dengan iqtiran dan ‘illah seperti kalian di mana, suatu masa, aku berasa sangat terhutang budi kepada ratusan murid Risalah an-Nur yang berpena emas seperti kalian. Lalu aku pernah berkata: Kalaulah mereka ini tiada, bagaimanalah agaknya orang yang separuh ummi sepertiku akan berkhidmat.

 

Kemudian aku telah faham bahawa selepas Dia menganugerahkan khidmat suci berperantarakan pena kepada kalian, Dia juga telah mengurniakan kejayaan  khidmat ini kepadaku. Dia telah menjadikan kedua-duanya sebagai iqtiran kepada satu sama lain maka keduanya tidak boleh menjadi ‘illah bagi satu sama lain. Maka aku bukannya berterima kasih kepada kalian, bahkan mengucapkan tahniah kepada kalian. Kalian juga, sebagai ganti rasa terhutang budi, doakanlah dan ucaplah tahniah kepadaku. Justeru, dalam Masalah Keempat ini dapat difahami berapa banyaknya tahap kelalaian.



359. Page

Masalah Kelima: Sebagaimana jika harta satu Jemaah diberikan kepada seseorang menjadi kezaliman, ataupun sekiranya harta-harta waqaf milik jemaah diikat kepada seseorang menjadi kezaliman, demikianlah juga memberikan satu natijah yang terhasil daripada usaha anggota  Jemaah itu ataupun satu penghormatan dan kelebihan yang diperoleh menerusi kebaikan ahli jemaah kepada ketua atau ustaz Jemaah itu juga merupakan kezaliman kepada Jemaah dan kepada ustaz atau ketua itu. Ini kerana ia membelai ananiyyah dan mendorong kepada kesombongan. Ketika dirinya adalah pengawal pintu, dia menganggap dirinya adalah raja. Malah dia menzalimi dirinya sendiri. Bahkan dia membuka jalan kepada sejenis syirik khafi. Ya, Jeneral sebuah pasukan tentera tidak boleh mengambil ghanimah (harta rampasan perang), kemenangan dan kemuliaan sebuah pasukan tentera yang menakluk sebuah kubu.

 

Ya, ustaz dan mursyid tidak wajar dianggap sebagai sumber dan punca. Bahkan perlu mengenali mereka sebagai tempat zahir dan tempat pantulan. Sebagai contoh: kepanasan dan cahaya datang kepadamu melalui perantaraan sekeping cermin. Sebagai ganti kepada rasa terhutang budi daripadamu kepada matahari, lalu menganggap cermin sebagai sumber lalu melupakan matahari dan berasa terhutang budi kepada cermin merupakan satu kegilaan. Ya, cermin perlu dipelihara kerana ia  adalah tempat zahir.



360. Page

Justeru, roh dan kalbu seorang mursyid adalah sebuah cermin. Ia menjadi tempat pantulan kepada limpahan yang datang daripada Allah Ta’ala dan menjadi wasilah untuk pemantulan kepada murid-muridnya. Adalah tidak wajar memberikan satu kedudukan pada noktah limpahan yang melebihi sifat sebagai wasilah.

 

Hatta kadang-kadang berlaku bahawa seorang ustaz yang dianggap sebagai sumber bukanlah tempat zahir bukan juga sumber. Bahkan murid itu melihat limpahan yang diperolehnya di jalan yang lain seolah-olah datang daripada cermin rohani ustaznya kerana kesucian ikhlas murid itu, kerana keakraban hubungannya dan kerana dia hanya membataskan pandangan kepada gurunya. Sebagaimana terbuka satu jendela dalam khayalan sesetengah orang terhadap alam misali setelah mengamat-amati sebuah cermin dengan perantaraan ilmu hipnotis lalu dia menyaksikan banyak keanehan dalam cermin  itu. Sedangkan dia bukan melihat pada cermin bahkan melihat kerana satu jendela telah terbuka kepada khayalannya di luar cermin dengan perantaraan perhatian yang teliti kepada cermin. Kerana itulah kadang-kadang seorang murid yang ikhlas bagi seorang syeikh boleh menjadi lebih kamil daripada syeikhnya dan kembali memberi bimbingan kepada syeikhnya dan menjadi syeikh kepada syeikhnya.

 



361. Page

Nota Keempat Belas: Empat petunjuk kecil berkenaan tauhid

 

Petunjuk Pertama: Wahai manusia yang menyembah asbab! Agaknya sekiranya engkau melihat sebuah istana menakjubkan yang diperbuat daripada permata-permata yang aneh sedang dibina, sebahagian permatanya hanya terdapat di China, satu bahagian yang lain di Andalus, sebahagiannya di Yaman, sebahagian lain tidak akan ditemui melainkan di Siberia. Jika engkau melihat bahawa ketika bangunan istana yang menakjubkan itu dibina, permata-permata berharga itu diambil dengan mudah dalam satu hari dari Timur, Utara, Barat dan Selatan, maka adakah tersisa keraguanmu bahawa jurubina yang membuat istana itu ialah seorang penguasa sakti yang menguasai seluruh bumi.

 

Justeru, setiap seekor haiwan merupakan sebuah istana Ilahi, terutamanya manusia. Dia ialah istana terindah di antara istana-istana itu dan yang paling menakjubkan di kalangan mahligai-mahligai itu. Kerana permata-permata istana yang dinamakan manusia ini sebahagiannya datang dari alam arwah, sebahagiannya dari alam misali dan Lauh Mahfuz, dan sebahagiannya yang lain daripada alam udara, alam nur dan alam unsur, keperluannya mengunjur ke arah kebadian, cita-citanya telah tersebar ke seantero langit dan bumi, ikatan dan hubungannya terpencar ke era dunia akhirat, maka manusia merupakan sebuah mahligai yang menakjubkan dan sebuah istana yang unik.



362. Page

Justeru, wahai manusia yang menyangka dirinya manusia! Memandangkan mahiyyahmu (perihalmu) adalah seperti ini, maka hanya Dzat Dzul Jalal itulah yang boleh menjadi Penciptamu kerana hanya Dia boleh menguruskan Dunia Akhirat seperti masing-masing ibarat sebuah rumah, bumi dan langit masing-masing ibarat sehelai lembaran, keazalian dan keabadian ibarat semalam dan esok. Oleh itu, hanya Dia yang boleh menjadi sembahan, tempat berlindung dan penyelamat manusia kerana Dia menguasai bumi dan langit dan memiliki tali kendali dunia dan akhirat.

 

Petunjuk Kedua: Terdapat sebahagian orang-orang bodoh yang kerana mereka tidak mengenali matahari, apabila dia ternampak matahari di sebuah cermin, maka dia mula mencintai cermin. Dengan satu perasaan yang kuat, dia berusaha memelihara cermin. Ini supaya matahari di dalamnya tidak hilang. Sebaik sahaja si bodoh itu faham, sekiranya dia sedar bahawa matahari tidak mati dengan kematian cermin dan tidak musnah dengan pecahnya cermin, maka dia akan mengalihkan segenap mahabbahnya kepada matahari di langit. Waktu itu dia memahami bahawa matahari yang kelihatan dalam cermin bukanlah mengikut cermin, kebaqaannya bukan bergantung pada cermin bahkan mataharilah yang menjadikan cermin dalam keadaan itu dan membantunya untuk bersinar dan bercahaya. Kebaqaan matahari bukanlah dengan cermin, namun kebaqaan sinaran bernyawa bagi cermin itu, adalah mengikut tajalli matahari.



363. Page

Wahai manusia! Hatimu, identitimu dan mahiyyahmu adalah sejenis cermin. Rasa cintakan kebaqaan yang kuat yang berada dalam fitrah dan hatimu bukanlah untuk cermin itu, bukan juga untuk hati dan mahiyyah itu. Bahkan ia adalah mahabbah terhadap tajalli al-Baqi Dzul Jalal yang tajalli-Nya berada dalam cermin itu menurut persediaan namun telah wajah mahabbah itu telah memalingkan wajahnya daripada wajah kebodohan ke tempat lain. Memandangkan begitu; katakanlah, ‘Yakni memandangkan Engkau ada maka Engkau adalah Baqa’. Katakanlah ‘biarlah kefanaan dan ketiadaan mahu melakukan apa sekalipun kepada kita, namun tiada faedahnya.’

 

Petunjuk Ketiga: Wahai manusia! Keadaan paling pelik yang telah diletakkan oleh al-Fatir al-Hakim-mu ke dalam mahiyyahmu ialah keadaan kadang-kadang engkau tidak dapat memuatkan dirimu dalam dunia. Walaupun engkau mengeluh, mengaduh bagaikan orang yang di cekik lehernya di dalam penjara mahukan sebuah tempat yang lebih luas, namun engkau boleh masuk dan memuatkan diri di dalam satu urusan, satu kenangan dan satu minit yang hanya sebesar zarah. Hati dan fikiranmu yang tidak muat dengan dunia yang besar boleh muat dalam perkara yang sebesar zarah itu. Dengan perasaanmu yang paling kuat, engkau berlegar-legar  dalam perkara yang cuma seminit dan menjadi kenangan sepintas lalu itu.



364. Page

Malah, Dia telah memberikan peralatan-peralatan dan latifah-latifah maknawi yang sebahagiannya sekiranya ia menelan dunia,ia tidak akan kenyang. Yang sebahagiannya pula tidak dapat memuatkan sebutir zarah di dalamnya. Contohnya, walaupun kepala memikul sepikul batu, mata tidak dapat mengangkat walau sehelai bulu, latifah itu juga tidak dapat mengangkat satu beban seberat beberapa helai rambut, yakni ia tidak dapat menanggung satu keadaannya yang datang daripada kelalaian dan kesesatan. Hatta kadang-kadang ia terpadam dan mati.

 

Memandangkan begitu, berwaspadalah, berhati-hatilah memijak, takutlah daripada tenggelam. Janganlah tenggelam dek satu suapan, satu kalimah, satu butir, satu kilauan, satu isyarat dan satu ciuman! Janganlah tenggelamkan latifah-latifah besarmu yang mampu menelan dunia dalam perkara-perkara itu. Ini kerana, terdapat banyak perkara kecil yang mampu menelan banyak perkara besar. Sebagaimana langit bersama bintang-bintangnya masuk ke dalam cermin lalu lemas. Sebagaimana daya ingatanmu yang sebesar biji sawi memasukkan kebanyakan sahifah amalanmu dan sebahagian besar lembaran umurmu ke dalamnya, terdapat banyak perkara juzi yang menelan perkara-perkara yang besar dari satu sudut, dan menyerapnya.



365. Page

Petunjuk Keempat: Wahai manusia yang menyembah dunia! Dunia yang engkau bayangkan sebagai sangat luas ini sebenarnya hanya ibarat sebuah kubur yang sempit. Tetapi, oleh sebab dinding-dinding kediamanmu yang bagaikan kubur sempit itu adalah daripada kaca, maka ia saling memantulkan satu sama lain lalu menjadi seluas saujana mata memandang. Sedang ia sesempit kubur, ia kelihatan seluas bandar. Ini kerana, walaupun dinding kanannya terdiri daripada masa lalu dan dinding kanannya terdiri daripada masa yang akan datang kelihatan tiada dan tidak wujud, namun ia saling memantul di dalam satu sama lain lalu membuka sayap-sayap masa sekarang yang sangat singkat dan sempit.

 

Hakikat berbaur dengan khayalan, engkau menyangka sebuah dunia yang tiada sebagai ada. Sebagaimana satu garisan kelihatan seperti sebuah atap sekiranya digerakkan dengan pantas, maka sebagaimana hakikat kewujudan adalah seperti garis yang nipis, duniamu juga pada hakikatnya adalah sempit. Tetapi dinding-dinding daripada kelalaian, waham dan khayalanmu telah sangat meluas. Di dunia yang sempit itu, sekiranya engkau digerakkan dengan gerakan satu musibah maka engkau akan menyebabkan kepalamu terhantuk dengan dinding yang engkau rasakan sangat jauh itu. Ia akan menyebabkan khayalan dalam kepalamu terbang dan rasa mengantukmu hilang. Waktu itu engkau akan Nampak bahawa duniamu yang luas itu adalah lebih sempit daripada kubur, lebih rapuh daripada jambatan. Masa dan usiamu berlalu lebih pantas daripada kilat dan kehidupanmu mengalir lebih laju daripada sungai.



366. Page

Memandangkan beginilah kehidupan dunia, kehidupan jasmani dan kehidupan haiwani, maka keluarlah daripada sifat kehaiwanan, tinggalkanlah kejasmanian dan masuklah ke dalam darjat-darjat kehidupan hati dan roh. Engkau akan menemui sebuah daerah kehidupan dan sebuah alam bercahaya yang lebih luas daripada dunia yang disangkakan luas olehmu itu. Justeru, anak kunci alam itu ialah membisikkan hatimu dan memfungsikan rohmu dengan kalimah  suci [لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ] yang mengifadahkan Ma’rifatullah dan rahsia-rahsia wahdaniyyah.

 

Nota Kelima Belas: Nota ini terdiri daripada tiga permasalahan.

 

Masalah Pertama: Ayat [فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ]  (Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!, Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!) yang memberi isyarat kepada tajalli paling sempurna bagi nama al-Hafiz.



367. Page

Sekiranya engkau mahukan dalil kepada hakikat al-Quran al-Hakim ini dan sekiranya engkau memandang kepada lembaran-lembaran kitab alam semesta yang ditulis di atas baris-baris Kitab al-Mubin, maka engkau akan dapat melihat tajalli teragung nama al-Hafiz dan bandingan satu hakikat terbesar bagi ayat suci ini dari banyak sudut.

 

Ringkasnya: Ambillah satu genggam benih daripada pokok, bunga dan rumput-rampai yang berlainan.  Tanamlah dan taburkan genggaman itu yang ibarat peti-peti kecil bunga, pokok dan rumput-rampai yang jenis benih-benihnya berlainan dan berlawanan dan kelompoknya berbeza-beza itu ke dalam kegelapan dan ke dalam tanah yang gelap, ringkas dan tidak bernyawa. Kemudian siramlah ia dengan air ringkas yang tiada ukuran, tidak mengenal benda dan akan pergi ke mana sahaja yang engkau halakan. Kemudian datanglah semula pada musim bunga yang merupakan medan kebangkitan tahunan dan perhatikan!



368. Page

Perhatikan kepada masa malaikat guruh yang bagaikan Israfil berteriak kepada hujan yang daripada jenis tiupan sangkakala di musim bunga dan penyampaian khabar gembira dengan tiupan roh kepada biji-biji benih yang ditanam di bawah tanah, maka engkau akan dapati bahawa benih-benih kecil itu yang sangat bercampur baur dan menyerupai satu sama lain menjunjung perintah-perintah takwiniyyah yang datang daripada al-Fatir al-Hakim tanpa kesalahan kerana kesempurnaan junjungan di bawah tajalli nama al-Hafiz. Mereka bergerak dengan satu keseragaman yang kelihatan pada pergerakan mereka itu bersinarnya satu kesedaran, satu pandangan, satu tujuan, satu kehendak, satu ilmu dan satu kesempurnaan hikmah. Ini kerana, engkau melihat bahawa benih-benih yang menyerupai satu sama lain itu, mempunyai keistimewaan berbanding satu sama lain dan dapat diasingkan. Sebagai contoh, benih ini telah menjadi sebatang pohon Tin. Ia telah mula menyebarkan nikmat al-Fatir ar-Rahim di atas kepala kita. Ia menghulurkan dan merenjiskan kepada kita melalui tangan ranting-rantingnya. Demikianlah dua biji benih ini yang menyerupainya pula menerusi bunga yang bernama bunga matahari memberikan bunga-bunga yang bagaikan pansy violet. Bunga-bunga itu berhias untuk kita. Tersenyum ria di hadapan wajah kita dan mencintakan diri mereka kepada kita.

 



369. Page

Di sini pula ada sebahagian benih telah memberikan buah-buah lazat ini, telah bertunas dan menjadi pohon. Dengan rasanya yang sedap dan ranum dan dengan baunya yang harum serta dengan bentuk mereka, mereka membuka selera kita. Mereka mempelawa diri kita menikmati diri mereka dan mereka mengorbankan diri mereka kepada pelanggan mereka. Supaya mereka meningkat daripada martabat kehidupan tumbuhan ke peringkat kehidupan haiwan.

 

Demikianlah seterusnya, engkau kiaskanlah. Benih-benih itu telah bercambah dalam bentuk yang sedemikian sehingga segenggam benih telah menjadi sebuah  kebun yang penuh dengan pohon-pohon yang berlainan dan bunga-bunga yang bermacam-macam. Di dalamnya langsung tiada sebarang kesalahan dan kesilapan. Ia memperlihatkan rahsia ayat فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرٰي مِنْ فُطُورٍ. setiap anak benih memelihara dan memperlihatkan pewarisan yang diberikan kepadanya oleh bapanya dan induknya menerusi tajalli dan ihsan nama al-Hafiz tanpa kekeliruan dan tanpa kekurangan.



370. Page

Justeru Dzat al-Hafiz yang membuat kehebatan pemeliharaan yang tiada sempadan ini merupakan satu isyarat yang qat’I bahawa Dia akan memperlihatkan tajalli teragung sifat hafiziyyah pada hari Qiamat dan Hari Kebangkitan.

 

Ya, tajalli hafiziyyah yang tiada kekurangan dan kesilapan setahap ini dalam keadaan-keadaan yang tidak penting, akan lenyap dan fana ini merupakan satu hujah yang qat’i bahawa perbuatan-perbuatan, kesan-kesan, kata-kata dan kebajikan dan keburukan manusia yang merupakan pemikul amanah teragung dan khalifah bumi yang mempunyai kesan abadi dan kepentingan yang besar dipelihara dengan penuh ketelitian dan kemudian akan diperhitungkan.

 

Adakah manusia ini menyangka bahawa dia akan dibiar tanpa tujuan. Hasya! Tidak sekali-kali. Bahkan manusia akan dibangkitkan menuju keabadian dan merupakan calon kepada kebahagiaan abadi dan kesengsaraan yang berterusan.  Tiap-tiap amalannya yang besar dan kecil, sedikit dan banyak akan diperhitungkan. Sama ada dia akan disantuni atau akan mendapat tamparan.  Sesungguhnya para saksi kepada tajalli teragung bagi sifat hafiziyyah dan  hakikat ayat yang disebutkan adalah tidak terkira dan tidak terhitung. Saksi-saksi yang kami tampilkan dalam masalah  ini hanyalah satu titis daripada lautan dan satu zarah daripada gunung.

 

سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ