NAVIGATION
687. Page
Surat Kedua Puluh Satu.
Tambahan bagi Kilauan Kedua Puluh Enam.
Kerana kesesuaian maqamnya, maka ia telah diambil ke sini.
وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه
بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ اَحَدُهُمَا اَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا اُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا]
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا رَبُّكُمْ اَعْلَمُ بِمَا فِى
[نُفُوسِكُمْ اِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَاِنَّهُ كَانَ لِلْاَوَّابِينَ غَفُورًا
Wahai si lalai yang di rumahnya ada ibu atau ayahnya yang sudah tua atau keluarganya atau seorang yang tidak boleh bekerja dan lemah ataupun seseorang yang cacat dari kalangan saudara imannya! Perhatikan dan renungilah ayat suci di atas. Sebagaimana dalam satu ayat ia menarik rasa kasih kepada kedua ibubapa dalam bentuk lima peringkat yang berbeza-beza. Ya, hakikat yang paling tinggi di dunia ialah rasa kasih ibu dan bapa terhadap anak-anaknya. Hak-hak yang paling tinggi juga ialah hak-hak mereka untuk dihormati sebagai balasan kepada rasa kasih mereka. Ini kerana, mereka mengorbankan kehidupan mereka dengan penuh kelazatan demi kehidupan anak-anak mereka. Oleh begitu, satu tugas yang fardhu ke atas setiap anak yang keinsanannya belum jatuh dan belum berubah kepada binatang buas juga ialah menghormati dengan ikhlas, berkhidmat dengan bersungguh-sungguh, mendapatkan keredhaan dan menyenangkan hati-hati teman-teman yang mulia, benar dan sanggup berkorban itu.
688. Page
Bapa dan ibu saudara sebelah bapa adalah ibarat bapa. Ibu dan bapa saudara sebelah ibu adalah iabarat ibu. Justeru, ketahui dan sedarlah bahawa berasa terbeban dengan kewujudan orang-orang tua yang mulia itu lalu mengharapkan kematian mereka adalah satu sifat tidak berhati perut dan kerendahan yang sangat hina! Ya, fahamilah bahawa mengharapkan kelenyapan hidup bagi seseorang yang mengorbankan kehidupannya untuk kehidupan kamu adalah satu kezaliman dan sifat tidak berhati perut yang sangat jelik!
Wahai insan yang ditimpa dengan masalah sara hidup! Ketahuilah bahawa tiang keberkatan, wasilah rahmat dan penolak musibah di rumahmu ialah orang tua dan keluargamu yang buta di rumahmu yang kamu rasa terbeban dengannya itu. Janganlah sesekali berkata: “Rezekiku sempit dan aku tidak boleh menguruskannya.” Ini kerana sekiranya tiada keberkatan yang datang disebabkan oleh mereka, sudah tentu kesempitan hidupmu akan bertambah-tambah. Dengarlah dan percayailah hakikat daripadaku ini. Aku mengetahui banyak dalil-dalil yang qat’i berkenaan dengan perkara ini. Aku juga boleh menjadikan engkau turut percaya. Tetapi, untuk tidak memanjangkannya maka aku ringkaskan. Perhatikanlah kepada kata-kataku yang seterusnya. Aku bersumpah bahawa hakikat ini adalah sangat qat’i hatta nafsu dan syaitan yang ada padaku juga telah menyerah terhadap perkara ini. Sewajarnya satu hakikat yang mematahkan kedegilan nafsuku dan mendiamkan syaitan yang ada padaku memberikan rasa qana’ah kepadamu.
689. Page
Ya, melalui penyaksian Alam semesta, semasa al-Khaliq Dzul Jalali wal Ikram yang ar-Rahman, ar-Rahim, al-Latif dan al-Karim menghantar anak-anak ke dunia, Dia juga menghantar rezeki-rezeki yang di belakang mereka dalam bentuk yang latif lalu sebagaimana Dia mengalirkannya ke dalam mulut mereka melalui saluran paip buah susu ibu, maka Dia juga menghantar rezeki-rezeki mereka yang telah tua yang ibarat kanak-kanak dan lebih layak kepada belas kasihan dan berhajat kepada rasa kasih berbanding kanak-kanak dalam bentuk yang penuh keberkatan. Dia tidak akan memikulkan tugas menyara kehidupan mereka kepada orang-orang yang tamak dan bakhil.
[وَكَاَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اَللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِيَّاكُمْ * اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ] sehingga akhir ayat. Hakikat yang telah diifadahkan oleh ayat, berteriak melalui lisanul hal semua jenis makhluk benda hidup lalu menyampaikan hakikat penuh kepemurahan itu. Hatta bukan sahaja saudara-mara, bahkan rezeki-rezeki sesetengah makhluk seperti kucing yang diberikan sebagai teman manusia dan rezekinya dihantar dalam rezeki manusia juga datang dalam bentuk yang penuh keberkatan. Satu contoh yang menguatkan perkara ini dan yang aku lihat sendiri adalah seperti berikut: Teman-temanku yang rapat mengetahui bahawa dua tiga tahun sebelum ini, ada satu agihan khusus separuh roti untukku dan roti kampung itu adalah kecil dan tidak mencukupi untukku. Kemudian empat ekor kucing datang bertamu ke tempatku.[11] Namun agihan yang sama itu telah menjadi cukup untukku dan untuk kucing-kucing itu. Kerap kali juga ia menjadi lebih.
690. Page
Justeru keadaan ini telah berulangkali terjadi sehingga tahap aku beristifadah daripada keberkatan kucing-kucing itu. Ia telah memberikan qana’ah kepadaku dan aku mengumumkan perkara itu dalam bentuk yang qat’i bahawa haiwan-haiwan itu bukanlah bebanan kepadaku, malah bukanlah kucing-kucing itu terhutang budi kepadaku bahkan akulah yang terhutang budi kepada haiwan-haiwan itu.
Wahai manusia! Memandangkan haiwan yang nampak liar apabila datang ke rumah manusia ia menjadi sebab kepada keberkatan, oleh itu manusia yang merupakan mahluk yang paling dimuliakan dan ahli iman yang merupakan insan yang paling sempurna dan orang-orang tua yang lemah dan lumpuh merupakan yang paling layak kepada penghormatan dan belas kasihan bagi orang yang beriman dan saudara-mara merupakan yang paling layak kepada rasa kasih, cinta dan bakti di kalangan orang-orang tua, dan di kalangan saudara-mara juga, para ibu bapa yang merupakan teman yang paling hakiki dan kekasih yang paling benar, jika mereka berada di sebuah rumah dalam keadaan tua, maka kiaskanlah betapa mereka menjadi wasilah keberkatan dan perantara rahmat dan menjadi sebab menolak musibah yang sangat hebat melalui rahsia [لَوْلاَ الشُّيُوخُ الرُّكَّعُ لَصُبَّ عَلَيْكُمُ الْعذَابِ صَبًا] yakni, sekiranya tiada tiada orang-orang tua kalian yang telah membongkok nescaya bala akan mencurah ke atas kepala kalian seperti banjir.
691. Page
Justeru, wahai insan! Fikirlah baik-baik! Sekiranya engkau tidak mati, engkau akan menjadi tua. Melalui rahsia [اَلْجَزَاءُ مِنْ جِنْسِ الْعَمَلِ], sekiranya engkau tidak menghormati kedua ibu bapamu, anak-anakmu juga tidak akan berbakti kepadamu. Sekiranya engkau mencintai akhiratmu, maka satu harta yang penting untukmu iaitu berbaktilah kepada mereka berdua dan perolehlah keredhaan mereka. Sekiranya engkau mencintai dunia, tetaplah menyenangkan hati mereka supaya kehidupanmu dilalui dalam ketenangan dan dalam rezekimu ada keberkatan disebabkan oleh mereka. Jika tidak, dengan berasa terbeban dengan mereka dan mengharapkan kematian mereka dan dengan melukakan hati mereka yang lembut dan mudah tersentuh, engkau menjadi tempat zahir kepada ayat [خَسِرَ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةِ].
Sekiranya engkau mahukan rahmat ar-Rahman, berasa belaslah kepada titipan ar-Rahman itu dan amanah di rumahmu. Ada seseorang yang bernama Mustafa Cavush dari kalangan saudara akhiratku. Aku selalu nampak kejayaannya dalam agama dan dunianya. Aku tidak tahu sebabnya. Kemudian aku telah faham bahawa sebab kejayaan itu ialah beliau telah memahami hak-hak bapa dan ibu beliau yang sudah tua dan beliau telah menjaga hak-hak itu secara sempurna dan disebabkan mereka beliau mendapat kerehatan dan rahmat. Insya-Allah beliau juga telah membaikkan akhiratnya. Sesiapa yang mahu beruntung perlu menyerupai beliau.
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مَنْ قَالَ [اَلْجَنَّةُ تَحْتَ اَقْدَامِ الْاُمَّهَاتِ]
وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِينَ
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكيمُ