NAVIGATION
438. Page
WARKAH KHUSUS UNTUK SEBAHAGIAN SAUDARAKU
S
aya akan memberitahu tentang satu nuktah bagi dua potong hadith as-Syarif kepada saudara-saudara saya yang mengutamakan wirid-wirid yang lain ke atas amalan menulis Risalah an-Nur yang dikira sebagai ibadah dengan lima sudut,[1] dalam tiga bulan (Rajab, Sya’ban, Ramadhan) yang merupakan bulan-bulan ibadat ini.
Pertama: يُوزَنُ مِدَادُ الْعُلَمَاءِ بِدِمَاءِ الشُّهَدَاءِ[2]
Maksudnya: Di Padang Mahsyar, dakwat-dakwat yang telah digunakan oleh para ulama hakikat akan ditimbang setaraf dengan nilai darah para syuhada’, yakni nilainya menjadi sama seperti itu.
Kedua: مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِى فَلَهُ أَجْرُ مِئَةِ شَهِيدٍ[3]
[1] Kami telah meminta penjelasan lima jenis ibadah yang diisyaratkan oleh guru kami dalam warkah yang bernilai ini daripada beliau sendiri. Penjelasan yang kami ambil adalah seperti berikut:
Mujahadah maknawi menentang golongan yang sesat merupakan mujahadah yang paling penting.
Berkhidmat kepada gurunya dalam bentuk bantuan pada sudut menyebarkan hakikat.
Berkhidmat kepada umat Islam melalui sudut keimanan.
Memperoleh ilmu melalui pena.
Melakukan ibadat tafakkur yang kadangkala satu jam dikira sebagai setahun ibadat.
Rusdu, Husrev dan Re’fet
[2] Kanzul ‘Ummal: Jilid 10, muka surat,141
[3] At-Targhib wat Tarhib: Jilid 1, muka surat, 800
439. Page
Maksudnya: “Sesiapa yang berpegang teguh dengan Sunnah-Ku (Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam) dan hakikat-hakikat al-Quran serta berkhidmat untuknya pada waktu kerosakan umat-Ku (semasa bid‘ah dan kesesatan berleluasa) akan memperoleh seratus pahala syahid.”
Wahai saudara-saudaraku yang telah jemu menulis kerana sifat malas dan wahai saudara-saudaraku yang masih cenderung dengan kesufian! Gabungan kedua-dua hadith ini menunjukkan bahawa pada zaman yang sebegini, sedirham dakwat yang ibarat nur hitam dan air kehidupan yang mengalir daripada pena-pena suci yang diberkati dan berbakti untuk hakikat-hakikat keimanan, rahsia-rahsia syariat dan Sunnah Nabi yang terpuji boleh memberi manfaat seberat seratus dirham darah syuhada kepada kalian pada Yaumul Mahsyar. Sekiranya begitu berusahalah untuk memperolehnya.
Jika kalian berkata: “Dalam hadith Nabi terdapat ungkapan ulama, walhal sebahagian kami hanyalah penulis.”
Jawapan: Orang yang membaca risalah-risalah dan pengajaran-pengajaran ini dengan kefahaman dan penerimaan selama satu tahun boleh menjadi ulama yang penting dan hakiki bagi masa kini. Jika dia tidak faham sekalipun, memandangkan murid-murid Risalah an-Nur mempunyai keperibadian maknawi, tidak syak lagi bahawa peribadi maknawi itu ialah ulama yang penting dan besar bagi masa ini.
440. Page
Pena-pena kalian pula ialah jari-jemari peribadi maknawi itu. Walaupun pada pandangan saya sendiri saya adalah tidak layak, tetapi oleh sebab kalian telah memberikan kedudukan seorang guru kepada si Miskin ini berdasarkan sangka baik kalian dan memberi kedudukan seorang alim kepadanya dari sudut pengikutan maka secara tidak langsung kalian turut terlibat. Ini kerana saya separuh ummi dan tidak mahir menulis, maka pena-pena kalian dikira sebagai pena saya dan kalian layak mendapat pahala yang disebut dalam hadith Nabi.”
Said Nursi