BIODATA IMAM BADIUZZAMAN SAID NURSI-Ulama Khilafah Islamiah

7. Page

BIODATA IMAM BADIUZZAMAN

SAID NURSI


Ulama Khilafah Islamiah



Beliau dilahirkan pada tahun 1877 dan wafat pada

tahun 1960 pada umur mencecah 85 tahun yang

dihabiskan kesemuanya dalam berjihad, menuntut

ilmu, mengajar dan mendidik.


Beliau menghafal seluruh al-Quran dalam tempoh

dua minggu sahaja, dan menghafal 90 jilid daripada

kitab-kitab ilmu Islam dalam pelbagai bidang

dengan kelebihan ingatannya yang amat kuat dan

unggul.


Dengan kecerdasan akalnya yang tajam, beliau

menyempurnakan pengajian yang mengambil masa

lima belas tahun di madrasah persendirian di bawah

kerajaan Uthmaniah. Beliau berjaya mendapatkan

sijil akademik yang menyamai pengajian doktor

falsafah pada masa kini. Ini kesemuanya berjaya

dicapai oleh beliau dalam tempoh umurnya tidak

melebihi 14 tahun.

8. Page

Belum sampai umur beliau 14 tahun, sebutan dan

nama beliau telah masyhur dalam kalangan ulama

Turki. Beliau dikenali dengan kekuatan hujah, ilmu

yang mendalam dan teguh, melebihi setiap orang

yang berdebat dan berhujah dengan beliau.


Beliau menguasai bahasa Arab, Parsi, Turki dan

Kurdi. Penulisan beliau menggunakan bahasa Turki,

namun tiga kitab penting ditulis langsung dengan

bahasa Arab yang tinggi nilai sasteranya.


Beliau turut belajar tentang falsafah barat secara

mendalam dan kritis. Kerap kali beliau menyebut

dalam tulisan beliau perbandingan yang terperinci

dan mendalam antara falsafah barat dengan hikmat

al-Quran serta ketamadunannya.


Beliau mahir dalam banyak bidang ilmu moden

di samping ilmu-ilmu Islam, kerana beliau

yakin bahawa ilmu-ilmu ini amat penting untuk

menyampaikan Islam kepada pemahaman zaman

moden.


Beliau menulis 14 jilid ensiklopedia yang

mengandungi 130 artikel tentang isu-isu penting

berkaitan Islam dengan gaya bahasa moden yang

tersendiri dan menarik.


Beliau menghimpunkan antara keaslian ilmu

dan pemikiran serta keseriusan dan jenaka yang

santai.

9. Page

Beliau menjelaskan dengan terperinci dalam

karyanya penyakit yang paling besar pada abad ini

iaitu kelemahan iman. Untuk mengubati penyakit

ini, beliau cuba menanam rukun dan hakikat

iman terutamanya tauhid, hari kebangkitan dan

kerasulan, dengan mengemukakan dalil-dalil

mantap yang mampu mengalahkan orang kafir yang

paling ingkar dan mendiamkan mereka.


Beliau menolak falsafah ateisme seperti ideologi

kebendaan dan naturalisme dengan hujah-hujah

tuntas dan menggunakan seluruh usaha dan

tumpuan untuk mengangkat keimanan yang kuat

dan teguh dan kesedaran yang berpandukan al-

Quran dan Sunnah yang mulia dalam dunia Islam.


Tulisan beliau semuanya bertitik tolak daripada

al-Quran, dengan ilham dan panduan ayat-ayat

suci dan maknanya. Dengan menjalani kehidupan

dalam kondisi rohani dan jiwa yang suci, beliau

membacakan kepada penulis dan penyalin yang

berada di sisinya segala curahan ilmu yang

dibukakan oleh Allah dengan kadar yang pantas.

Hal ini bukanlah terikat pada masa dan tempat

tertentu. Kitab-kitab yang ditulis beliau berkaitan

dengan tajuk ini ialah tafsiran maknawi bagi

hakikat-hakikat al-Quran.


Kebanyakan tulisan beliau ditulis sama ada di

penjara atau dalam buangan. Tulisan-tulisan tersebut



10. Page

diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa dunia, dan

menerima sambutan yang baik disebabkan rahsia

keikhlasan dan rabbaniah yang terangkum dalam

tulisan tersebut.


Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan

ribu murid.


Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan

ribu murid. Selain itu ramai orang termasuk dari

Eropah memeluk Islam dengan sebab membaca

tulisan beliau. Surat dan kenyataan Vatican telah

menyebut bahawa dalam tempoh enam bulan sahaja

seramai 18,600 orang Barat telah memeluk Islam

disebabkan Risalah al-Nur.


Beliau turut menyertai Perang Dunia Pertama

sebagai ketua bagi angkatan tentera melawan Rusia.

Beliau telah ditawan oleh Rusia selama dua tahun di

kota Kosturma di utara Rusia.


Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan

gerakan Islam di Turki baharu yang diasaskan

setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah selepas

Perang Dunia Pertama. Beliau teguh melawan

kerajaan sekular yang menghapuskan sistem khilafah

Islam, pada ketika sebarang penonjolan keislaman

menuntut pengorbanan yang amat tinggi.


Perjuangan beliau bukan melalui pintu

pertelingkahan politik secara langsung, bahkan


11. Page

beliau mengikut dalam usaha jihadnya panduan

Nabawi dan melalui penyebaran tulisan-tulisan

ilmiah beliau yang membela hakikat Iman dan al-

Quran secara langsung. Pelbagai bentuk kezaliman

dan penyeksaan yang dikenakan ke atas beliau tidak

mampu mendudukkan beliau daripada jihadnya

secara maknawi.


Beliau telah menjalani kehidupannya setelah

berumur 50 tahun (iaitu selama 34 tahun) dalam

keadaan yang tidak dapat dibayangkan dengan

pelbagai bentuk cacian, penghinaan, penyeksaan,

pengawasan, penjara dan buangan. Beliau pernah

diracun 21 kali dengan helah daripada pihak musuh

dan lawan disebabkan beliau cuba menghidupkan

Iman dalam diri umat Islam dan hati mereka.


Beliau tidak terselamat daripada kesukaran dan

penyeksaan sehinggalah ke hembusan nafasnya

yang terakhir, bahkan juga setelah meninggal dunia.

Kubur beliau dibongkar oleh pemerintah negara

setelah tiga bulan dikebumikan, lalu dibawa jasad

beliau ke tempat yang tidak diketahui.


Ramai yang menggolongkan beliau dalam kalangan

ulama, pemikir dan pembaharu zaman tersebut.

Bahkan ada sebahagian mereka menganggap beliau

sebagai mujadid abad ke-20 dan 21.

12. Page

***

13. Page























14. Page