Hujah keimanan Yang Keenam

40. Page

HUJAH KEIMANAN

YANG KEENAM


Hujah ini dipetik daripada Risalah Tongkat Nabi Musa ‘Alaihis Salam iaitu

Hakikat Kesembilan dalam Kalimah Kesepuluh

Bab Ihya’ dan Imatah (Menghidup dan mematikan) sebagai tajalli nama al-Hayy al-Qayyum, al-Muhyi dan al-Mumit.


Al-Qadir ar-Rahim, al-‘Alim al-Hakim menghidup­kan sebuah bumi besar yang telah mati dan telah kering. Dia membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis makhluk yang setiap satunya ajaib seperti kebangkitan manusia dan menunjukkan qudrat-Nya dalam penghidupan tersebut. Dia menunjukkan keluasan ilmu-Nya menerusi kerja pembezaan dan pengasingan yang sangat hebat dalam percampuran dan kebauran yang tidak berpenghujung dalam pembangkitan dan penyebaran tersebut. Dia mengalih pandangan semua hamba-Nya kepada kebahagiaan abadi dengan menjanjikan Hari Kebangkitan manusia melalui semua firman samawi-Nya. Dia menyebabkan semua maujudat bekerjasama, berganding bahu, berpimpin ta­ngan lalu menggerakkannya dalam daerah perintah dan kehendak-Nya lalu menunjukkan keagungan rububiyyah-Nya dengan menjadikan mereka saling membantu dan mematuhi satu sama lain.

41. Page

Dia menunjukkan bahawa Dia sangat memberi perhatian kepada manusia dengan menjadikan semua benda berkhidmat kepadanya dengan cara menjadikan manusia sebiji buah pohon alam semesta yang paling syumul, paling rapuh, paling latif, paling manja dan paling banyak merayu dan mengambilnya sebagai mukhatab kepada diri-Nya sendiri.


Maka, mungkinkah sama sekali bahawa Dia tidak mendatangkan Qiamat? Tidak menjadikan atau tidak boleh menjadikan Hari Kebangkitan? Tidak menghidupkan atau tidak boleh menghidupkan manusia? Tidak boleh membuka mahkamah tertinggi? Tidak boleh mencipta syurga dan neraka?


Tidak, sama sekali tidak!


Ya al-Mutasarrif Dzi sha’n bagi alam ini mewujudkan misal-misal, contoh-contoh dan tanda-tanda yang amat banyak bagi Hasyr al-Akbar (kebangkitan terbesar) dan medan qiamat di atas muka bumi yang sempit dan sementara ini pada setiap kurun, pada setiap tahun dan pada setiap hari.


Contoh: Ketika Hari Kebangkitan musim bunga, kita melihat bahawa Dia membangkitkan dan menye­barkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kecil dan besar dalam tempoh lima atau enam hari.


Dia menghidupkan lalu mengembalikan semula akar semua pokok dan rumput dan sebahagian binatang sama dengan sebelumnya dan mewujudkan yang lainnya dalam satu bentuk keserupaan pada peringkat kesamaan.


Walhal, dari segi maddi, benih-benih kecil yang perbezaannya amat sedikit itu telah bercampur aduk namun dihidupkan dalam

42. Page

tempoh enam hari atau enam minggu dengan peraturan dan neraca yang sempurna dalam kecepatan, keluasan dan kesena­ngan yang hebat serta dengan pembezaan dan penge­nalpastian yang sempurna.


Mungkinkah sama-sekali bahawa sesuatu itu boleh menjadi berat kepada Dzat yang melakukan kerja-kerja ini? Adakah mungkin Dia tidak boleh menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan tidak boleh membangkitkan manusia dengan satu laungan? Tidak sama sekali!


Apa pandanganmu? Terdapat seorang penulis yang luar biasa dan dapat menulis semula tiga ratus ribu kitab yang huruf-hurufnya sama ada telah rosak atau telah terpadam, dalam satu muka surat tanpa bercampur aduk, tanpa kesalahan, tanpa kesilapan dan tanpa kekurangan, semuanya bersama-sama dalam satu jam secara sangat cantik. Kemudian seseorang berkata kepadamu bahawa penulis itu mampu menulis semula kitabmu yang ditulisnya yang terjatuh ke dalam air itu daripada ingatannya dalam tempoh satu minit. Maka bolehkah engkau berkata bahawa dia tidak akan dapat melakukannya dan “aku tidak akan percaya”?


Ataupun, engkau telah melihat bahawa untuk menunjukkan kekuasaan dirinya atau untuk iktibar (kepada yang lain) dan keseronokan (dirinya), seorang raja yang luar biasa mengangkat gunung-ga­nang, mengubah negaranya dan menukar laut kepada daratan dengan satu isyarat. Kemudian engkau melihat bahawa seketul batu yang besar telah bergolek ke lembah dan telah menghalang laluan para tetamu yang telah dijemput ke jamuan raja itu tidak boleh melintasinya. Kemudian jika seseorang berkata kepadamu:


43. Page

“Raja itu, akan mengangkat atau menghancurkan batu itu tidak kira sebesar mana pun ia dengan satu isyarat, dan tidak akan membiarkan para tetamunya tersangkut di jalan.” Maka bolehkah engkau menyatakan bahawa dia tidak akan atau tidak boleh me­ngangkatnya?


Ataupun, dalam hanya satu hari seseorang buat pertama kalinya telah membentuk sebuah pasukan tentera yang besar. Jika seseorang berkata:


“Orang itu boleh menghimpunkan batalion-batalion yang askarnya telah berselerak untuk berehat dengan satu bunyi semboyan. Batalion-batalion tersebut akan masuk ke bawah peraturannya. Maka jika engkau berkata: “Aku tidak akan percaya!”, engkau akan memahami betapa gilanya tindakan yang telah engkau lakukan.


Justeru, jika engkau telah memahami tiga perumpamaan itu, lihatlah an-Naqqash al-Azali yang mengubah sahifah putih musim sejuk lalu membuka helaian hijau musim bunga dan musim panas lalu menulis lebih tiga ratus ribu jenis makhluk di atas sahifah muka bumi, dengan pena qudrat dan taqdir-Nya dalam sebaik-baik bentuk di hadapan mata kita. Dia menulis semuanya bersama-sama, di dalam satu sama lain tetapi tidak bercampur aduk dan tidak menjadi penghalang kepada satu sama lain. Walaupun dari segi rupa bentuk antara satu sama lain adalah berlainan, tetapi Dia tidak pernah tersilap dan tersalah tulis.


Ya, al-Hakim al-Hafiz yang meletakkkan dan menjaga program roh bagi sebatang pokok yang paling besar dalam sebiji benih yang paling kecil seperti satu noktah; adakah boleh dipersoalkan bagaimanakah Dia boleh menjaga roh-roh bagi mereka yang telah mati?

44. Page

Serta Dzat al-Qadir yang memutar bebola Bumi seperti seketul batu tarbil (lastik), adakah boleh dipersoalkan bagaimanakah Dia akan mengangkat atau menghancurkan dunia ini yang berada di jalan para tetamu-Nya yang menuju ke Akhirat?


Allah Dzul Jalal telah mendaftarkan lalu daripada tiada, Dia menempatkan pasukan-pasukan tentera bagi semua benda hidup dan zarah pada batalion-batalion tubuh mereka dengan kesempurnaan aturan dengan perintah “كُنْ فَيَكُونُ” dan mewujudkan pasukan-pasukan tentera.


Adakah boleh dipersoalkan tentang bagaimanakah Dia dapat menghimpunkan zarah-zarah asasi dan bahagian-bahagian asli bagi tubuh yang me­ngenali antara satu sama lain dengan masuk ke bawah peraturan tubuh seumpama batalion dengan satu laungan?


Malah engkau melihat dengan matamu bahawa Dia telah membuat ukiran yang sangat banyak untuk menjadi contoh, perumpamaan dan tanda kepada Hari Kebangkitan pada setiap putaran masa dunia, dalam setiap kurunnya, hatta dalam penu­karan siang dan malam hatta dalam pewujudan dan penghilangan awan di ruang udara yang menyerupai Hari Kebangkitan musim bunga ini.


Hatta, sekiranya engkau mengandaikan secara khayalan bahawa diri engkau pada seribu tahun sebelumnya, kemudian engkau membandingkan antara masa lalu dengan masa depan yang merupakan dua sayap bagi masa; engkau akan melihat contoh-contoh Hari Kebangkitan dan perumpamaan-perumpamaan qiamat sebanyak bilangan kurun dan hari.


Kemudian jika engkau melihat Hari Kebangkitan jasmani adalah jauh daripada akal lalu mengingkarinya dengan istib‘ad

45. Page

(perbuatan melihat sesuatu sebagai mustahil) padahal engkau telah menyaksikan begitu banyak contoh dan perumpamaannya, engkau juga akan memahami bahawa itu adalah suatu perkara yang amat gila. Renungilah! Apakah yang dikatakan oleh Firman Agung tentang hakikat yang telah kita bincangkan:


فَانْظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا

إِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ


Kesimpulan: Tiada suatu pun yang menjadi halangan kepada Hari Kebangkitan. Yang melazimkannya pula adalah semua benda.


Ya, sudah tentu Rububiyyah yang hebat dan sarmadi dan Hakimiyyah yang agung dan menyeluruh sebegini bagi Dzat yang mematikan dan menghidupkan dunia besar yang merupakan mahsyar keajaiban seperti seekor haiwan yang biasa ini serta menjadikannya sebagai buaian dan sebuah kapal yang indah kepada manusia dan haiwan; menjadikan matahari sebagai lampu yang memberi cahaya serta memanaskan mereka dalam dewan pertamuan ini dan menjadikan planet-planet sebagai pesawat kepada para malaikat-Nya, tidak dibina dan tidak berdiri di atas urusan-urusan dunia yang sementara, tidak kekal, tidak tetap, tidak penting, berubah-ubah, tidak baqa’, kurang dan tidak sempurna.


Ini bermakna, terdapat sebuah negara lain yang berterusan, tetap, tidak akan lenyap dan hebat yang sesuai dengan-Nya dan terdapat sebuah negara baqa-Nya yang lain. Dia mengerah kita bekerja untuknya dan menjemput kita ke sana.


Semua ashab arwahan-nayyirah (pemilik roh yang bercahaya), semua aqtab qulub al-munawwarah (pemilik hati yang terang benderang) dan semua ar­bab ‘uqul an-nuraniyyah (pemilik akal 

46. Page

yang nurani) yang menyeberang daripada zahir kepada hakikat dan dimuliakan dengan qurbul hudhur-Nya (berada berhampiran dengan-Nya) menyaksikan bahawa Dia akan memindahkan kita ke sana.


Mereka juga memberi khabar secara sepakat bahawa Allah telah menyediakan satu ganjaran serta balasan. Secara berulangkali mereka memberitahu bahawa Dia memberi janji yang sangat hebat dan ancaman yang sangat dahsyat.


Memungkiri wa‘ad adalah kerendahan dan kehinaan. Ia tidak akan boleh menghampiri ketinggian qudus-Nya dengan apa cara sekalipun. Manakala memungkiri wa‘id pula datang sama ada daripada kemaafan ataupun kelemahan.


Sedangkan kekufuran adalah jenayah yang mutlak[2], ia tidak layak kepada kemaafan. Manakala al-Qadir al-Mutlaq, adalah munazzah dan muqaddas daripada kelemahan. Manakala para penyaksi dan pengkhabar; walaupun mereka berbeza dalam maslak, masyrab dan mazhab mereka sendiri, namun pada dasar masalah ini mereka bersatu dengan kesepakatan yang jitu.


Berdasarkan bilangan, mereka berada pada darjat mutawatir. Berdasarkan mutu, mereka berada pada kekuatan Ijma’. Berdasarkan

2 Ya, oleh kerana kekufuran merupakan tahqir (penghinaan) kepada seluruh alam kerana ia telah menjatuhkan nilai maujudat dan menuduhnya dengan tidak bermakna, merupakan tazyif (peremehan) kepada semua nama-nama Ilahi, dan kerana ia merupakan pengingkaran jilwah nama yang berada pada cermin-cermin maujudat serta merupakan takzib (pendustaan) kepada semua makhluk kerana menolak penyaksian maujudat kepada wahdaniyyat, maka ia merosakkan daya fitrah insan sehingga peringkat dia tidak layak untuk menerima kebajikan dan kebaikan. Serta ia adalah kezaliman yang besar kerana ia adalah pencerobohan kepada hak semua makhluk dan semua nama Ilahi. Maka, pemeliharaan hak-hak ini dan ketiadaan kebolehan diri orang kafir kepada kebaikan, mewajarkan ketiadaan kemaafan bagi kekufuran. Ayat “إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ” mengifadahkan makna ini.




47. Page

kedudukan, setiap seorang daripada mereka adalah (ibarat) sebutir bintang bagi bangsa manusia, mata bagi satu golongan dan bangsawan bagi satu bangsa. Berdasarkan kepenti­ngan, mereka adalah ahli ikhtisas dan juga ahli isbat. Sedangkan dalam mana-mana ilmu atau bidang, pemberian khabar oleh dua orang ahli ikhtisas adalah diutamakan ke atas ribuan yang lain, dua pengisbat diutamakan ke atas ribuan para penafi. Contohnya, dua orang yang mengkhabarkan kewujudan anak bulan Ramadhan, mensia-siakan penafian ribuan pengingkar.



Kesimpulan: Tidak akan ada satu pun berita yang lebih benar, dakwaan yang lebih kukuh dan hakikat yang lebih nyata daripada ini di dunia. Maknanya, sudah pasti dunia adalah ladang. Mahsyar pula tempat pengumpulan dan himpunan hasil. Manakala syurga dan neraka, masing-masing adalah gudang.