NAVIGATION
25. Page
HUJAH KEIMANAN
YANG KESEPULUH
Daripada Himpunan Tongkat Nabi Musa
Maqam Pertama Surat Kedua Puluh
“بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحٖيمِ”
لٰا إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لٰاشَرٖيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ”
“وَهُوَ حَىٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Ayat tauhid di atas yang mempunyai amat banyak fadhilat sekiranya diulang-ulang selepas solat Subuh dan Maghrib dan dalam satu riwayat yang sahih mengandungi martabat Isim al-A’zam ini mempunyai sebelas kalimah.
Dalam tiap-tiap kalimahnya terdapat satu khabar gembira dan satu martabat tauhid Rububiyyah. Pada noktah Isim al-A’zam pula, terdapat satu keagungan wahdah dan satu kesempurnaan wahdaniyyah.
Penjelasan bagi hakikat-hakikat yang agung dan tinggi ini telah diserahkan kepada risalah-risalah lain, maka buat masa ini, atas satu perjanjian, kami akan membuat faharasat untuknya melalui dua maqam dan satu mukadimah dalam bentuk kesimpulan yang ringkas.
26. Page
Mukadimah
Wahai manusia! Ketahuilah dengan yakin bahawa tujuan penciptaan yang paling tinggi dan natijah fitrah yang paling agung ialah al-imanu billah (beriman kepada Allah).
Martabat keinsanan yang paling tinggi dan maqam kemanusiaan yang paling besar ialah makrifatullah (mengenali Allah) dalam beriman kepada Allah.
Kebahagiaan jin dan manusia yang paling gemilang dan nikmatnya yang paling manis ialah mahabbatullah (cinta kepada Allah) dalam makrifatullah itu.
Kegembiraan yang paling khalis (murni) untuk roh manusia dan keseronokan yang paling safi untuk hati manusia ialah kelazatan rohani dalam mahabbatullah itu.
Ya, semua kebahagiaan yang hakiki, kegembiraan yang khalis, nikmat yang menawan dan kelazatan yang murni tidak lain dan tidak bukan adalah dalam makrifatullah dan mahabbatullah.
Semua itu tidak boleh wujud tanpa kedua-duanya. Sesiapa yang mengenali dan mencintai Allah akan mendapat kebahagiaan, nikmat, cahaya-cahaya dan rahsia-rahsia yang tiada hadnya sama ada dengan keupayaan atau perbuatan.
Sesiapa yang tidak benar-benar mengenali dan mencintai-Nya akan ditimpa dengan penderitaan, kesakitan dan waham tidak berpenghujung secara maknawi atau maddi.
Ya, apa faedahnya jika seorang manusia yang lemah dan miskin menjadi sultan seluruh dunia di dunia yang sengsara, dalam bangsa manusia yang tiada tujuan, dalam kehidupan yang sia-sia dan dalam keadaan yang tiada pemilik dan pelindung ini?
27. Page
Justeru, jika manusia tidak mengenal Tuannya dan tidak menemui Pemiliknya dalam bangsa manusia yang tiada tujuan dan di dunia fana yang sengsara ini, maka semua orang memahami bahawa dia adalah si buntu yang sangat keliru.
Jika dia menemui Tuannya dan mengenali Pemiliknya, pada waktu itu dia akan berlindung kepada rahmat-Nya dan bersandar kepada qudrat-Nya. Dunia yang menakutkan itu akan bertukar menjadi tempat persiaran dan pusat perdagangan.
Maqam Pertama
Dalam setiap sebelas kalimah bagi ungkapan tauhid ini terdapat satu khabar gembira. Pada khabar gembira itu terdapat satu penawar dan pada setiap penawar terdapat satu kelazatan maknawi.
Kalimah Pertama: “لٰا إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ”.
Padanya terdapat khabar gembira berikut:
Dalam kalimah ini, roh manusia yang diuji dengan hajat yang tidak terkira dan menjadi sasaran serangan musuh yang tidak terhitung akan menemui satu noktah bantuan yang boleh membuka pintu khazanah rahmat yang dapat memastikan semua hajatnya tercapai dan dapat menemui noktah persandaran yang boleh memberitahu dan memperkenalkan al-Ma’bud dan al-Khaliq-nya yang memiliki qudrat mutlak yang boleh mengamankannya daripada kejahatan semua musuhnya dan boleh memperlihatkan tuannya dan menunjukkan siapakah al-Malik-nya. Dengan menunjukkan hal yang sedemikian, kalimah ini akan menyelamatkan hati daripada ketakutan mutlak dan menyelamatkan roh daripada kesedihan yang menyakitkan serta ia menjamin kedamaian abadi dan kegembiraan yang berkekalan.
28. Page
Kalimah Kedua: “وَحْدَهُ”.
Dalam kalimah ini, terdapat khabar gembira yang memiliki penawar dan kebahagiaan. Ia seperti berikut:
Roh manusia dan hati insan yang berkait dengan sebilangan besar makhluk alam semesta dan sampai ke tahap lemas dalam penderitaan dan huru-hara kerana keberkaitan itu menemui tempat berlindung dan sang penyelamat dalam kalimah “وَحْدَهُ”. Lantas kalimah ini menyelamatkannya daripada semua huru-hara dan kesengsaraan itu.
Yakni, secara maknawi, kalimah “وَحْدَهُ” berkata: “Allah adalah Esa. Janganlah memenatkan diri dengan merujuk kepada yang selain-Nya. Janganlah menghina diri dengan merasa terhutang budi kepada mereka. Janganlah mengampu dan tunduk kepada mereka. Janganlah mengekori mereka dan menyusahkan diri. Janganlah takut dan menggigil daripada mereka. Ini kerana Sultan alam semesta adalah Esa. Kunci semua perkara ada di sisi-Nya. Semua tali kendali pada tangan-Nya. Setiap masalah diselesaikan dengan arahan-Nya. Jika kamu menemuinya, ertinya kamu telah menemui setiap kehendakmu. Kamu telah terselamat daripada rasa terhutang budi dan ketakutan yang tidak terkira.”
Kalimah Ketiga: “لآشَرِيكَ لَهُ”
Yakni, sebagaimana Allah tidak mempunyai sekutu pada uluhiyyah dan kekuasaan-Nya maka Allah hanyalah satu dan tidak boleh berbilang-bilang. Begitulah juga Dia tidak mempuyai sekutu dalam rububiyyah, urusan-urusan dan kerja-kerja-Nya yang berkaitan dengan penciptaan.
29. Page
Kadang-kadang berlaku bahawa seorang sultan adalah tunggal dan tiada sekutu dalam pemerintahannya. Tetapi dalam urusan-urusannya (yang lain) orang-orang suruhannya dianggap sebagai sekutu dan mereka menjadi penghalang kepada setiap orang yang ingin menghadap baginda. Orang-orang suruhan itu berkata: “Sila temui kami dahulu”.
Tetapi, sebagaimana Al-Haq Subhanahu wa Ta’ala yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian tidak mempunyai sekutu dalam pemerintahan-Nya, Dia juga tidak berhajat kepada para pembantu dan sekutu di dalam urusan Rububiyyah-Nya. Jika tiada perintah dan iradah-Nya, kuasa dan kekuatan-Nya, maka tiada sebarang perkara pun boleh mencampuri perkara yang lain. Segalanya secara langsung merujuk kepada-Nya.
Oleh sebab Dia tidak mempunyai sekutu dan pembantu, maka “dilarang masuk” atau “kamu tidak boleh masuk untuk mengadap-Nya” tidak akan dikatakan kepada orang yang mahu mengadap-Nya.
Justeru, bagi roh manusia, kalimah itu memberikan khabar gembira seperti berikut:
“Roh manusia yang memiliki keimanan boleh masuk ke hadrat al-Jamil Dzul Jalal dan al-Qadir Dzul Kamal yang azali dan abadi dan menjadi Pemilik khazanah-khazanah rahmat dan Empunya dafinah (harta tersembunyi) kebahagiaan pada setiap keadaan, pada apa jua kehendak-Nya, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa penghalang, tanpa campur tangan, tanpa tabir, dan tanpa rintangan boleh menyatakan hajatnya. Dia akan menemui rahmat lalu dengan bersandarkan qudrat-Nya, dia dapat memperoleh kedamaiandan kegembiraan yang sempurna.
30. Page
Kalimah Keempat:“لَهُ الْمُلْكُ”
Yakni, secara keseluruhan semua pemilikan adalah milik-Nya. Kamu pula di samping menjadi milik-Nya kamu juga adalah hamba-Nya dan bekerja dalam pemilikan-Nya. Kalimah ini memberi khabar gembira yang berpenawar seperti berikut dan berkata:
“Wahai insan! Janganlah kamu menganggap dirimu adalah pemilik kepada dirimu sendiri. Ini kerana, kamu tidak boleh menguruskan dirimu sendiri. Beban itu adalah berat. Kamu tidak boleh memeliharanya secara bersendirian. Kamu tidak boleh menghindari musibah-musibah dan mendapatkan segala keperluanmu. Oleh itu, janganlah jatuh ke dalam keluh-kesah secara sia-sia dan menanggung azab. Pemilikan adalah kepunyaan yang lain. Al-Malik itu adalah al-Qadir dan ar-Rahim. Bersandarlah kepada qudrat-Nya. Janganlah menyalahkan rahmat-Nya. Buanglah kesedihan dan nikmatilah keseronokan. Lemparlah kesusahan dan temuilah kerehatan.”
Kalimah ini juga menyatakan:
“Alam semesta yang dicintaimu secara maknawi, ada hubungan denganmu, menyebabkan kamu bersedih kerana kesengsaraannya serta kamu tidak boleh memulihkannya ini adalah milik al-Qadir ar-Rahim. Maka serahkanlah pemilikan kepada Empunya-nya. Tinggalkanlah kepada-Nya. Janganlah rasai kepayahannya tetapi nikmatilah kerehatannya. Dia adalah al-Hakim dan ar-Rahim. Dia boleh melakukan dan mengubah apa sahaja menurut kemahuan-Nya dalam pemilikan-Nya. Apabila kamu merasa amat takut, katakanlah seperti yang diucapkan oleh Ibrahim Hakki:
“Mari kita lihat apa yang Tuhan lakukan,
Apa jua yang Dia lakukan Dia lakukannya dengan baik.”
Lihatlah dari jendela; janganlah masuk ke dalamnya.”
31. Page
Kalimah Kelima: “لَهُ الْحَمْدُ”
Yakni, kesyukuran dan pujian, pemujaan dan rasa terhutang budi adalah khusus untuk-Nya dan hanya layak kepada-Nya. Maknanya, semua nikmat adalah milik-Nya dan datang daripada khazanah-Nya. Khazanah-Nya pula adalah berkekalan. Justeru, kalimah ini memberi khabar gembira berikut dan berkata:
“Wahai insan! Janganlah merasai kesakitan daripada kelenyapan nikmat. Ini kerana khazanah rahmat tidak akan luak. Janganlah memikirkan kelenyapan kelazatan dan meraung daripada kesakitan itu. Ini kerana buah nikmat itu adalah buah rahmat yang tidak berpenghujung. Pohonnya adalah baqa. Jika ada buah yang lenyap, akan ada yang menjadi penggantinya. Dalam (mengecap) kelazatan nikmat, memikirkan satu kurniaan rahmat yang seratus kali ganda lebih lazat daripada kelazatan itu (sendiri) dengan kesyukuran dapat meningkatkan kelazatan itu daripada satu kepada seratus tahap.
Sebagaimana kelazatan sebiji epal yang diberikan oleh seorang raja pemilik kemuliaan kepadamu mengatasi seratus bahkan seribu kelazatan epal yang lain dan merasakan dan mengurniakan kelazatan kurniaan Sultan, demikianlah juga, melalui kalimah “لَهُ الْحَمْدُ” yakni dengan pujian dan syukur, iaitu dengan merasai pemberian nikmat daripada nikmat, iaitu dengan cara mengenali al-Mun’im dan memikirkan pemberian nikmat oleh-Nya, yakni dengan memikirkan kurniaan rahmat-Nya, tawajjuh kasih-Nya dan pemberian nikmat yang tidak pernah putus oleh-Nya itu akan membuka kepadamu pintu kelazatan maknawi yang seribu kali ganda lebih lazat daripada nikmat itu sendiri.”
32. Page
Kalimah Keenam: “يُحْيِى”
Yakni, Dialah yang memberikan kehidupan. Dialah juga yang meneruskan kehidupan dengan rezeki. Dialah juga yang menyediakan keperluan-keperluan hidup. Tujuan-tujuan kehidupan yang tinggi juga adalah milik-Nya dan natijah-natijahnya yang penting merujuk kepada-Nya. Sembilan puluh sembilan peratus buah kehidupan adalah milik-Nya. Justeru, kalimah ini menyeru, memberi khabar gembira dan berkata kepada manusia yang fana dan lemah sebegitu:
“Wahai insan! Janganlah memikul tanggungjawab kehidupan yang berat di bahumu lalu menyusahkan diri. Janganlah jatuh dalam kesedihan dengan memikirkan kefanaannya. Janganlah mempamerkan kekesalanmu datang ke dunia hanya setelah melihat buah-buah duniawi yang tidak penting. Bahkan, jentera kehidupan di dalam bahtera tubuhmu itu adalah milik al-Hayy al-Qayyum. Dia menanggung segala perbelanjaandan keperluannya. Terdapat tujuan dan natijah yang amat banyak bagi kehidupan itu dan ia adalah milik-Nya. Kamu adalah seorang askar yang bertugas sebagai jurumudi di atas kapal itu. Laksanakanlah tugasmu dengan baik. Ambillah upahnya dan nikmatilah ia. Fikirkanlah betapa berharganya bahtera kehidupan itu, betapa baik faedah-faedah yang diberikannya dan betapa Karim (Pemurah) dan Rahim-nya (Pengasih) pemilik bahtera itu lalu bergembira dan bersyukurlah. Fahamilah juga bahawa apabila kamu melaksanakan tugasmu dengan istiqamah, semua natijah yang diberikan oleh kapal itu akan tercatat ke dalam buku amalanmu. Ia menjamin satu kehidupan yang baqa’ untukmu dan menghidupkanmu selama-lamanya.
33. Page
Kalimah Ketujuh: “وَيُمِيتُ”
Yakni Dialah yang mematikan; iaitu Dia melepaskanmu daripada tugas kehidupan dan menggantikan tempatmu di dunia yang fana dan menggugurkanmu daripada beban tugasan. Iaitu Dia akan membawamu daripada kehidupan yang fana kepada kehidupan yang baqa’. Justeru, kalimah ini menyeru kepada jin dan insan yang fana dan berkata seperti berikut:
“Khabar gembira untuk kalian! Kematian bukanlah hukuman bunuh, bukan kesia-siaan, bukan kefanaan, bukan penghapusan, bukan pemadaman, bukan perpisahan abadi, bukan ketiadaan, bukan kebetulan dan bukan pelenyapan tanpa pelaku. Bahkan, ia merupakan perlepasan dan penggantian tempat oleh Pelaku yang al-Hakim dan ar-Rahim dan penghantaran ke daerah kebahagiaan abadi dan ke negara asal mereka. Ia adalah pintu penghubung ke alam Barzakh yang merupakan tempat perhimpunan sembilan puluh sembilan peratus para kekasih.”
Kelapan: “وَهُوَ حَىٌّ لَا يَمُوتُ”
Yakni sesungguhnya Pemilik kecantikan, kesempurnaan dan ihsan yang melebihi kesempurnaan keindahan, dan ihsan yang kelihatan pada maujudat (segala yang dijadikan oleh Allah) seluruh alam semesta dan menjadi wasilah mahabbah dengan tahap tidak terhingga serta al-Ma’bud lam yazal dan al-Mahbub la yazal yang satu tajalli keindahan-Nya adalah cukup untuk menggantikan semua kekasih memiliki kehidupan kekal yang abadi dan azali yang berterusan. Ini kerana Dia adalah suci daripada buruknya kelenyapan dan kefanaan dan bebas daripada rosaknya kekurangan dan kecacatan.
34. Page
Justeru, kalimah ini mengumumkan kepada jin dan manusia dan semua yang memiliki kesedaran dan ahli mahabbah dan cinta:
“Khabar gembira kepada kalian! Ini kerana kalian mempunyai al-Mahbub al-Baqi yang merawat dan menyapu ubat kepada luka-luka perpisahan kalian yang tidak terkira (banyaknya) akibat perpisahan daripada para kekasih kalian. Memandangkan Dia adalah wujud dan baqa’, maka janganlah kalian risau walau apa pun yang terjadi kepada yang lain. Bahkan, kecantikan dan ihsan, kelebihan dan kesempurnaan pada para kekasih yang merupakan sebab mahabbah kalian itu adalah bayangan bagi bayangan yang sangat lemah yang melintasi banyak tabir daripada tajalli keindahan yang baqa’ bagi al-Mahbub al-Baqi itu.
Janganlah kelenyapan mereka menyakitkan hati kalian. Ini kerana itu semua adalah sejenis cerminan. Penukaran cermin-cermin dapat memperbaharu tajalli seri keindahan dan mencantikkannya. Memandangkan Dia ada, maka semua ada.”
Kalimah Kesembilan: “بِيَدِهِ الْخَيْرُ”
Yakni semua kebaikan adalah dalam genggaman-Nya. Setiap kebajikan yang kalian lakukan dicatat dalam buku catatan-Nya. Setiap amalan soleh yang kalian kerjakan tercatat di sisi-Nya.
Justeru kalimah ini menyeru kepada jin dan manusia lalu memberikan khabar gembira dan berkata: “Wahai mereka yang buntu! Apabila kalian berpindah ke pusara, janganlah kalian berkata: Aduhai! Harta kami sudah musnah, usaha kami telah menjadi sia-sia” dan “kita telah berlalu daripada dunia yang cantik dan luas itu dan telah masuk ke dalam tanah yang sempit. Janganlah kalian merintih dan berputus asa. Ini kerana, semua yang kalian miliki
35. Page
dipelihara oleh-Nya. Setiap amalan kalian telah ditulis. Segala bakti khidmat kalian telah dicatat. Dzat Dzul Jalal yang akan memberi ganjaran semua khidmat kalian, yang semua kebajikan di tangan-Nya dan boleh melakukan semua kebajikan itu akan menarik kalian dan memberhentikan kalian di bawah tanah buat sementara waktu. Kemudian Dia akan membawa kalian ke hadrat-Nya.
Alangkah gembiranya kalian kerana telah menyempurnakan khidmat dan tugas kalian! Kesusahan kalian telah tamat dan kalian menuju kerehatan dan kerahmatan. Kepayahan khidmat telah tamat. Kalian dalam perjalanan untuk mengambil upah.
Ya, al-Qadir Dzul Jalal inilah yang memelihara biji-biji dan benih-benih yang merupakan muka surat buku amalan musim bunga yang telah berlalu dan merupakan peti-peti kecil tugasan dan yang menjaga dan menyebarkannya pada musim bunga kedua dalam bentuk yang lebih gemilang, bahkan lebih berkat berbanding dengan yang asal. Maka sudah tentu seperti itu jugalah Dia menjaga natijah-natijah kehidupan kalian dan akan memberi ganjaran kepada khidmat kalian dengan lebih banyak.
36. Page
Kalimah Kesepuluh: “وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ”
Yakni, Dia adalah Maha Esa dan Maha Tunggal. Dia berkuasa ke atas semua perkara. Tiada satu pun perkara yang berat pada-Nya. Bagi-Nya, menjadikan sebuah musim bunga adalah semudah mencipta sekuntum bunga. Mencipta syurga adalah semudah menjadikan satu musim bunga. Ciptaan-ciptaan berseni yang tidak terkira yang diciptakan daripada tiada oleh-Nya pada setiap hari, setiap tahun dan setiap kurun menjadi saksi kepada qudrat-Nya yang tidak bersempadan melalui lidah yang tidak terkira.
Justeru, kalimah ini juga memberi khabar gembira dan berkata seperti berikut:
“Wahai manusia, khidmat yang kamu lakukan dan ‘ubudiyyah yang kamu tunaikan tidak akan pergi sia-sia. Sebuah negara ganjaran dan tempat kebahagiaan telah disediakan untukmu. Sebagai gantian kepada duniamu yang fana ini, sebuah syurga yang baqa’ menantimu. Beriman dan yakinlah kepada janji al-Khaliq Dzul Jalal yang kamu sembah dan kenali. Bagi-Nya, memungkiri janji adalah mustahil. Pada qudrat-Nya tiada sebarang kekurangan dari mana-mana sudut. Kelemahan tidak boleh mencampuri kerja-kerja-Nya. Sebagaimana Dia telah mencipta kebunmu yang kecil, Dia juga boleh menjadikan syurga untukmu bahkan telah menjadikannya dan Dia telah berjanji kepadamu. Oleh sebab Dia telah berjanji, maka sudah tentu Dia akan memasukkanmu ke dalamnya.
Memandangkan kita menjadi saksi bahawa Dia membangkitkan dan menyebarkan semula lebih daripada tiga ratus ribu jenis bangsa haiwan dan tumbuhan di muka bumi setiap tahun secara penuh teratur dan tersusun serta dengan cara yang sangat pantas dan
37. Page
senang, sudah tentu al-Qadir Dzul Jalal yang sebegini berkuasa untuk menunaikan janji-Nya.
Memandangkan al-Qadir al-Mutlaq begini turut menjadikan ribuan bentuk contoh Hari Kebangkitan dan syurga pada setiap tahun dan telah menjanjikan kebahagiaan abadi dan memberi khabar gembira tentang syurga melalui semua firman samawi-Nya; malah memandangkan semua urusan dan tindakan-Nya adalah hak dan kebenaran serta dengan benar dan serius; serta memandangkan melalui penyaksian kesan-kesan-Nya, segala kesempurnaan menjadi petunjuk dan saksi kepada kesempurnaan-Nya yang tiada batasan dan tidak ada pada-Nya sebarang kekurangan dan kecacatan dari mana-mana sudut; dan memandangkan perbuatan memungkiri janji dan tidak menunaikan, menipu dan memperdaya adalah sikap yang paling buruk dan merupakan kekurangan dan kecacatan, maka sudah tentu dan semestinya al-Qadir Dzul Jalal, al-Hakim Dzul Kamal dan ar-Rahim Dzul Jamal itu akan menunaikan janji-Nya. Dia akan membuka pintu kebahagiaan abadi dan akan memasukkan kalian - wahai ahli iman - ke dalam syurga yang merupakan tanahair asal bapa kalian Nabi Adam ‘Alaihis Salam .
Kalimah Kesebelas: “وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ”
Yakni, selepas menjalankan perniagaan mereka, menyelesaikan tugasan dan menyempurnakan khidmat mereka, insan-insan yang dihantar ke dunia yang merupakan negara ujian ini dengan tugas-tugas penting untuk perniagaan dan khidmat, akan kembali semula kepada al-Khaliq Dzul Jalal yang menghantar mereka dan akan berjumpa semula dengan al-Maula Karim mereka.
38. Page
Yakni, selepas menjalankan perniagaan mereka, menyelesaikan tugasan dan menyempurnakan khidmat mereka, insan-insan yang dihantar ke dunia yang merupakan negara ujian ini dengan tugas-tugas penting untuk perniagaan dan khidmat, akan kembali semula kepada al-Khaliq Dzul Jalal yang menghantar mereka dan akan berjumpa semula dengan al-Maula Karim mereka.
Yakni, mereka akan pergi daripada negara yang fana ini lalu akan dimuliakan dengan pertemuan agung (menghadap Allah di hadrat-Nya yang agung) di negara yang baqa’.
Yakni mereka terselamat daripada sebab-sebab kegelisahan dan daripada tabir-tabir kegelapan bagi perantara-perantara lalu dapat berjumpa semula dengan Rabb ar-Rahim mereka di pusat pemerintahan abadi-Nya tanpa tabir.
Semua orang secara langsung akan mengetahui dan menemui siapakah al-Khaliq, al-Ma’bud, Rabb, Sayyid dan al-Malik-nya.
Justeru, kalimah ini memberi khabar gembira mengatasi semua khabar gembira yang lain dan berkata:
“Wahai Insan! Adakah kamu tahu ke manakah kamu sedang menuju dan ke manakah kamu dibawa?
Sebagaimana telah disebutkan di penghujung Kalimah Ketiga Puluh Dua, kamu dalam perjalanan menuju ke daerah rahmat dan martabat hadrat al-Jamil Dzul Jalal yang seribu tahun kehidupan dunia yang gembira tidak akan menyamai kehidupan sesaat di syurga dan seribu tahun kehidupan syurga itu juga tidak akan menyamai sesaat melihat keindahan-Nya.
Kalian sedang menuju ke daerah hadrat al-Ma’bud lam yazal dan al-Mahbub la yazal yang kecantikan dan keindahan-Nya pada kekasih majazi dan pada semua maujudat dunia yang telah kamu ketagihi, gilakan dan rindui adalah sejenis bayangan tajalli keindahan dan kecantikan nama-Nya; semua syurga dengan semua kehalusannya adalah tajalli rahmat-Nya; dan semua kerinduan dan mahabbah serta ketertarikan dan benda-benda yang menarik adalah kilauan mahabbah-Nya.
39. Page
Kalian juga diundang ke syurga yang merupakan tempat pertamuan abadi.
Jika begitu kalian sepatutnya memasuki pintu kubur sambil tertawa bukannya menangis.”
Kalimah ini juga memberi khabar gembira berikut dengan berkata:
“Wahai insan! Janganlah kalian menyangka dan memikirkan bahawa kalian menuju kepada kefanaan, ketiadaan, kesia-siaan, kegelapan, kelupaan, kereputan, kehancuran dan kelemasan dalam perkara yang banyak! Kalian tidak menuju kefanaan bahkan kepada kebaqaan. Bukan kepada ketiadaan bahkan dibawa kepada kewujudan yang berkekalan. Bukan kepada kegelapan bahkan kalian memasuki alam cahaya. Kalian menuju ke pihak as-Sahib dan al-Malik al-Haqiqi dan kembali ke singgahsana Sultan al-Azali. Bukan kepada kelemasan dalam perkara yang banyak bahkan kalian akan bernafas dalam daerah keesaan. Bukan kepada perpisahan bahkan kalian menuju pertemuan.”
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS