NAVIGATION
15. Page
بِْمِ اللِّٰه الرَّحْٰمنِ الرَّحٖيم
وَبِه نَسْتَعٖينُ
اَلحَْمدُ لِِّٰله رَبِّ العَالَمٖينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمَُ
عَلَ سَيِّدِنَ مََُّحمدٍ وَعَلَ اٰلِهِ وَصَْبِهِ أَجَْعٖين
Wahai saudara! Engkau telah meminta beberapa nasihat daripadaku. Oleh sebab engkau adalah seorang askar, maka dengarlah lapan cerita pendek melalui kias ibarat ketenteraan beserta beberapa hakikat bersama nafsuku. Ini kerana aku melihat nafsuku lebih berhajat kepada nasihat berbanding dengan semua orang lain.
Pada suatu masa dahulu, aku pernah berkata kepada nafsuku secara sedikit panjang lebar mengenai lapan kalimah yang telah aku manfaatkan daripada lapan ayat al-Quran. Sekarang aku akan berkata kepada nafsuku secara ringkas dan dengan bahasa awam. Sesiapa yang mahu marilah dengar bersama-sama.
16. Page
***
17. Page
KALIMAH PERTAMA
Bismillah بِْسمِ الّٰلِه ialah permulaan setiap kebaikan. Pada permulaan ini, kami juga bermula de ngannya. Ketahuilah wahai nafsuku! Sebagaimana kalimah yang diberkati ini menjadi syiar Islam, ia juga merupakan wirid lidah semua maujudat melalui lisanul hal (bahasa yang difahami melalui keadaan) mereka. Jika engkau ingin memahami betapa بِْسمِ الّٰلِه itu merupakan suatu kekuatan yang sangat besar dan tidak akan luak dan suatu keberkatan yang sangat banyak dan tidak akan habis, maka renungi dan dengarilah hikayat perumpamaan yang ringkas ini:
Orang yang mengembara di padang-padang pasir Arab perlu menggunakan nama ketua kabilah dan bernaung di bawah perlindungannya. Ini supaya dia terselamat daripada kejahatan para penjahat lalu dapat mencapai hajatnya. Jika tidak, dia akan menderita menghadapi musuh dan segala keperluannya yang tiada batasan secara bersendirian.
Demikianlah, untuk pengembaraan yang sebegini, dua orang keluar berjalan ke padang pasir. Seorang daripada mereka bersifat tawadhuk manakala seorang lagi bersifat sombong.
Si tawadhuk itu telah mengambil nama seorang ketua, sedangkan si sombong tidak mengambilnya. Yang mengambilnya, mengembara dengan selamat di semua tempat. Jika terserempak
18. Page
dengan penyamun, dia berkata, “Aku mengembara dengan nama si ketua iaitu fulan”. Maka penyamun itu terhalang dan tidak dapat mengganggunya. Sekiranya pengembara itu memasuki sesebuah khemah atas nama itu, dia dihormati. Manakala seorang lagi yang sombong menghadapi bala yang amat dahsyat sepanjang perjalanan sehingga tidak boleh ditakrifkan. Dia sentiasa menggigil dan seringkali mengemis. Bukan sahaja dipandang rendah, dia turut menjadi hina.
Justeru, wahai nafsuku yang sombong! Engkaulah pengembara itu. Dunia ini pula sebuah padang pasir. Kelemahan dan kefakiranmu tiada sempadan. Musuh dan hajatmu tiada akhiran.
Oleh yang demikian, ambillah nama al-Malik (Pemilik) yang abadi dan al-Hakim (Penguasa) yang azali bagi padang pasir ini agar engkau terselamat daripada perbuatan mengemis daripada seluruh alam semesta dan menggigil di hadapan tiap-tiap kejadian. Ya, kalimah ini ialah khazanah yang begitu berkat kerana kelemahan dan kefakiranmu yang tiada akhiran itu mengikat engkau kepada rahmat dan qudrat yang tiada akhiran lalu menjadikan kelemahan dan kefakiran itu sebagai pemberi syafaat yang paling makbul di sisi al-Qadir dan ar-Rahim.
Ya, orang yang bertindak dengan kalimah ini menyerupai orang yang seperti berikut: Dia mendaftarkan diri kepada tugas ketenteraan lalu bertindak atas nama negara. Dia tidak akan takut daripada sesiapa pun. Dengan berkata atas nama undang-undang dan negara, dia melaksanakan setiap urusan dan mampu bertahan menghadapi setiap perkara.
Pada permulaan, kami telah berkata: “Semua maujudat melafazkan بِْسمِ الّٰلِه melalui lisanul hal.” Benarkah begitu?
19. Page
Ya, jika engkau melihat seseorang telah datang, lalu dia mengarahkan semua penduduk bandar menuju ke satu tempat secara paksa dan mengerahkan mereka dalam kerja-kerja secara paksa, maka engkau secara yakin memahami bahawa orang itu tidak bertindak atas nama dan kekuatannya sendiri. Bahkan dia merupakan seorang askar yang bertin dak atas nama negara dan bersandar kepada kekuatan seorang Sultan.
Seperti itu juga, setiap sesuatu bergerak atas nama Allah sehinggakan benih dan biji-bijian yang umpama zarah kecil, membawa pohon-pohon yang besar dan memikul bebananbebanan bak gunung di atas kepala mereka. Ini bermakna, tiaptiap pokok melafazkan بِْسمِ الّٰلِه. Pokok-pokok itu memenuhkan tangan-tangannya dengan buah-buahan khazanah rahmat dan mempersembahkannya kepada kita bagaikan para penjual. Setiap kebun melafazkan بِْسمِ الّٰلِ. Ia menjadi sebuah kawah daripada dapur qudrat, kerana bermacam-macam makanan lazat yang amat berlainan dimasak bersama di dalamnya.
Setiap haiwan yang diberkati seperti lembu, unta, biri-biri dan kambing melafazkan بِْسمِ الّٰلِ. Haiwan-haiwan ini menjadi mata air susu daripada limpahan rahmat dan menghidangkan bahan makanan yang paling latif dan paling bersih seperti air kehidupan atas nama ar-Razzaq (yang Maha Memberi Rezeki) kepada kita. Tiap-tiap akar dan urat bagi tumbuh-tumbuhan, pokok dan rumput-rampai yang lembut bak sutera melafazkan بِْسمِ الّٰلِ. Ia melubangi dan menembusi batuan dan tanah yang keras. Dengan berkata, “atas nama Allah” dan “atas nama ar-Rahman”, setiap sesuatu ditundukkan kepadanya.
20. Page
Ya! Menjalarnya akar dengan penuh kemudahan di dalam batu dan tanah yang keras dan terhasilnya buah di bawah tanah sama seperti bercabangnya ranting-ranting pokok dan penghasilan buahbuahannya di udara, serta kekalnya kelembapan dedaun yang lembut dan hijau selama berbulan-bulan walaupun terdedah kepada kepanasan yang amat terik, menampar mulut para pendukung falsafah alam semulajadi dengan kuat dan menusuk jarinya ke mata mereka (yang mudah-mudahan buta) sambil berkata:
“Kekerasan dan kepanasan yang paling kamu percayai juga bergerak di bawah perintah, hatta akar-akar halus selembut sutera itu yang masing-masing seperti tongkat Nabi Musa ‘Alaihis Salam membelah batuan dengan menuruti perintah اِضْرِبْ بِعَصَاكَ الحَجَرَ. Dedaun nipis dan lembut seperti kertas pembalut rokok itu yang masing-masing seperti anggota tubuh Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam membaca ayat يٰنَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلاَمًا menghadapi bahang kepanasan yang membakar.
Memandangkan semua benda melafazkan بسم اللّٰهِ secara maknawi lalu mendatangkan dan memberi nikmat-nikmat Allah kepada kita atas nama Allah, maka kita juga semestinya melafazkan بسم اللّٰهِ. Kita hendaklah memberi atas nama Allah dan mengambil juga atas nama Allah. Oleh itu, kita sepatutnya tidak mengambil (sesuatu) daripada insan-insan lalai yang memberi bukan atas nama Allah.
Soalan: Kita membayar suatu harga kepada mereka yang menjual. Agaknya, apakah harga yang dii ngini oleh Allah yang merupakan Pemilik Harta yang Sebenar?
Jawapan: Ya, harga yang diingini oleh Pemberi Nikmat Hakiki daripada kita sebagai balasan kepada nikmat-nikmat dan harta-harta bernilai itu ialah tiga perkara:
21. Page
Satunya zikir, satunya syukur dan satunya fikir.Bismillah (بسم اللّٰهِ) pada permulaan ialah zikir. Alhamdulillah (اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ) pada penghujung ialah syu kur. Manakala memikirkan dan menyedari bahawa nikmat-nikmat yang merupakan keluarbiasaan penciptaan yang berharga itu merupakan mukjizat kekuasaan dan hadiah rahmat al-Ahad as-Samad pada pertengahan ialah fikir.
Setahap mana perbuatan mencium kaki seorang miskin yang telah membawakan kepadamu suatu hadiah yang bernilai daripada seorang raja tetapi tidak mengenali pemberi hadiah itu merupakan suatu kebodohan, maka memuji pemberi-pemberi nikmat yang hanya pada zahir dan mencintai mereka tetapi melupakan alMun‘im al-Haqiqi (Pemberi Nikmat yang Hakiki) ialah kebodohan yang seribu kali ganda lebih teruk berbanding dengan (kebodohan) sebelumnya.
Wahai nafsu! Jika engkau tidak mahu menjadi bodoh seperti ini, berilah atas nama Allah, ambillah atas nama Allah, mulakanlah atas nama Allah dan berusahalah atas nama Allah.
Wassalam.