NAVIGATION
85. Page
RISALAH ALAM
Kilauan Kedua Puluh Tiga
Sebenarnya Kilauan ini ialah Nota Keenam Belas dalam Kilauan Ketujuh Belas. Tetapi kerana kepentingannya, ia telah menjadi Kilauan Kedua Puluh Tiga. Ia membunuh fikiran kufur yang datang daripada falsafah alam semula jadi dalam bentuk yang tidak boleh dihidupkan lagi. Ia menghuru-harakan batu asas kekufuran.
Peringatan: Dalam nota ini, melalui sembilan kemustahilan yang mengandungi tidak kurang daripada sembilan puluh kemustahilan telah diterangkan bahawa wajah sebenar (jalan) yang dilalui oleh bahagian para pendokong falsafah alam semula jadi yang mungkir adalah sangat jauh daripada akal, sangat jelik dan sangat mengarut. Oleh sebab kemustahilan itu telah diterangkan secara tidak lengkap dalam risalah-risalah lain, di sini dengan cara yang amat ringkas, sesetengah anak tangga telah dilangkaui.
Kerana itu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran bagaimanakah para ahli falsafah yang bijak boleh menerima khurafat yang jelas dan terang sebegini lalu pergi di jalan itu. Ya, mereka tidak nampak wajah sebenar jalan mereka. Malah oleh sebab itulah hakikat jalan mereka dan keperluan dan kehendaknya, maka aku bersedia untuk menjelaskan dan mengisbatkan secara terperinci kepada mereka yang ragu dengan dalil-dalil yang sangat jelas dan muktamad
86. Page
bahawa intisari mazhab mereka[19] yang jelik, jijik, tidak logik yang diterangkan di puncak setiap kemustahilan itu telah termaktub dan ia adalah keperluan dan kewajaran yang tidak dapat dielakkan bagi jalan mereka.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِى اللّٰهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضِ
Dengan menyatakan bahawa tidak boleh ada dan sepatutnya tiadasebarang keraguan tentang Al-HaqSubhanahu wa Taala, melalui kaedah istifham inkari, ayat al-Quran di atas menunjukkan bahawa kewujudan dan keesaan Allah adalah di tahap yang sangat jelas.
Satu peringatan sebelum menerangkan rahsia tersebut:
Peringatan: Pada tahun seribu tiga ratus tiga puluh lapan (1338h/1922m) iaitu dua belas tahun sebelum ini, aku telah pergi ke Ankara.
Aku nampak bahawa di celah-celah pemikiran yang kuat bagi ahli iman yang sedang berseronok dengan kemenangan tentera Islam ke atas Yunani, satu pemikiran zindiq yang sangat dahsyat sedang berusaha dengan penuh muslihat untuk memasuki, merosakkan dan meracuninya.
Aku berkata: Alangkah bahayanya! Naga ini akan mengganggu rukun-rukun iman. Maka, pada waktu itu aku mendapatkan
[1] Risalah ini ditulis adalah kerana al-Quran telah diserang dengan cara merendahkan hakikat-hakikat iman dalam bentuk yang sangat melampau dan jelik perkara yang tidak tercapai oleh akal yang rosak dikatakan sebagai khurafat dan keadaan tidak beragama dikaitkan dengan sifat semula jadi alam semula jadi. Serangan itu pula telah melahirkan pada hati satu kemarahan yang dahsyat sehingga ia menyebabkan mereka yang mulhid dan para penganut mazhab batil yang memalingkan wajah daripada kebenaran mendapat pukulan dan tamparan yang kuat dan keras itu walaupun sebenarnya cara Risalah an-Nur adalah penuh kemurnian, kesopanan dan kata-kata yang lembut.
87. Page
bantuan daripada ayat al-Quran di atas kerana ia memahamkan tentang kewujudan dan keesaan Allah pada tahap yang sangat jelas lalu aku telah menulis satu burhan yang kuat yang diambil daripada al-Quran al-Hakim yang boleh menghancurkan kepala kezindiqan dalam risalahku yang berbahasa Arab.
Aku telah mencetakkannya di kilang percetakan Yeni Gun di Ankara. Tetapi sayangnya, disebabkan mereka yang tahu berbahasa Arab adalah sedikit dan mereka yang mempedulikannya juga hanyalah segelintir dan ditambah dengan keadaan risalah itu yang sangat ringkas dan pendek, maka dalil yang kukuh itu tidak dapat menunjukkan kesannya.
Apa yang dikesalkan, bukan sahaja pemikiran tiada agama itu telah berkembang malah ia telah mendapat kekuatan. Maka, mahu tidak mahu aku perlu menerangkan sedikit sebanyak tentang dalil itu dalam bahasa Turki.
Oleh sebab sesetengah cebisan daripada dalil itu telah diterangkan dengan sempurna dalam sesetengah risalah, di sini ia akan ditulis secara ringkas. Pelbagai dalil yang telah dibahagikan dalam risalah-risalah lain sebahagiannya bersatu dengan dalil-dalil ini. Setiap satunya bagaikan satu juzuk daripada risalah ini.
Mukadimah
Wahai insan! Ketahuilah dengan yakin bahawa terdapat ungkapan-ungkapan dahsyat yang keluar daripada mulut manusia dan daripadanya keluar bau kekufuran dan ilhad. Tanpa disedari, ahli iman menggunakannya. Kami akan menerangkan tiga ungkapan yang utama seperti berikut:
Pertama: “أَوْجَدَتْهُ الْأَسْبَابُ” iaitu sebab-sebablah yang mewujudkan benda ini.
88. Page
Kedua: “تَشَكَّلَ بِنَفْسِهِ” iaitu ia terbentuk, terjadi dan muncul dengan sendirinya.
Ketiga: “اِقْتَضَتْهُ الطَّبِيعَةُ” iaitu ia adalah semula jadi. Alam memerlukan lalu mewujudkannya.
Ya, memandangkan maujudat ada, ia tidak dapat diingkari. Malahan setiap maujud muncul dengan penuh kesenian dan hikmah. Malah memandangkan ia bukanlah qadim (sedia ada) maka ia adalah baharu.
Kemungkinannya wahai mulhid! Engkau akan mengatakan maujud ini contohnya haiwan ini sama ada:
“Sebab-sebab alam yang menjadikannya, yakni apabila sebab-sebab berhimpun maka maujud itu pun wujud”, ataupun “ia terjadi sendiri”, ataupun“sebagai kehendak alam, ia wujud melalui pengaruh alam ” ataupun “ia dijadikan dengan qudrat al-Qadir Dzul Jalal.”
Memandangkan menurut akal, tiada jalan selain empat jalan ini. Oleh sebab itu, sekiranya tiga jalan yang pertama adalah mustahil, sangat batil, jauh dari akal dan tidak dapat diterima dapat diisbatkan secara muktamad, maka tidak dapat tidak dan secara jelas, sesungguhnya tanpa syak dan keraguan, jalan keesaan yang merupakan jalan keempat adalah kukuh.
Jalan Pertama:
Pembentukan benda dan kewujudan makhluk melalui perhimpunan sebab-sebab alam. Daripada kemustahilannya yang banyak aku hanya akan menyebut tiga sahaja.
Kemustahilan Pertama: Sebuah farmasi dipenuhi dengan bahan-bahan yang sangat berlainan di dalamnya. Terdapat ratusan balang kaca.
89. Page
Daripada ubat-ubat itu, satu adunan yang hidup telah diminta dan penawar yang bernyawa dan hebat perlu diperbuat daripada itu semua.
Kita sampai di farmasi itu dan telah melihat banyak bekas bagi adunan yang hidup dan penawar bernyawa itu. Kita meneliti tiap-tiap adunan tersebut. Kita nampak bahawa bahan-bahan (ramuan) telah diambil daripada setiap balang kaca itu. Satu atau dua gram daripada yang ini, tiga atau empat gram daripada yang satu lagi serta enam atau tujuh gram daripada yang lainnya dalam perkiraan yang berbeza, dengan sukatan yang tertentu dan begitulah seterusnya.
Sekiranya daripada salah satunya telah diambil kurang atau lebih satu gram, adunan itu tidak akan hidup dan kehilangan khasiatnya sebagai penawar. Malah kita juga telah meneliti penawar yang bernyawa itu bahawa sekiranya satu bahan daripada setiap balang telah diambil dengan sukatan yang tertentu namun kadarnya kurang atau lebih satu zarah, maka ia akan kehilangan khasiatnya.
Walaupun balang-balang itu lebih daripada lima puluh, seperti mana bahan-bahannya telah diambil daripada setiap balang dengan timbangan yang tertentu, kadar yang di ambil juga adalah berbeza-beza.
Agaknya adakah sebarang kemungkinan dan kebarangkalian pada mana-mana sudut supaya kadar-kadar berlainan yang diambil daripada bekas-bekas kaca itu berpunca daripada bergoleknya balang-balang kaca itu kerana pertembungan yang pelik atau tiupan angin yang kuat, lalu kadar yang diambil daripada setiapnya sahaja yang mengalir, bersama-sama pergi, berhimpun lalu membentuk adunan itu?
90. Page
Agaknya adakah perkara yang lebih khurafat, mustahil dan batil daripada ini? Sekiranya keldai bertambah sifat keldainya berkali-kali ganda, kemudian ia menjadi manusia, nescaya ia juga akan berkata: “Aku tidak akan menerima pemikiran ini sampai bila-bila!” lalu ia akan melarikan diri.
Justeru, seperti contoh tadi, sudah tentu setiap yang bernyawa adalah adunan yang hidup dan setiap tumbuhan adalah seperti penawar bernyawa yang dijadikan daripada bahan-bahan yang berbeza, berlainan dan diambil dengan sukatan yang sangat teliti daripada banyak bahan.
Sekiranya ia disandarkan kepada sebab-sebab dan unsur-unsur dan jika dikatakan asbab yang telah menjadikannya, maka ia adalah seratus tahap jauh daripada akal, mustahil dan batil sama seperti kewujudan adunan kerana tergoleknya balang-balang kaca di farmasi itu.
Kesimpulan: Dalam farmasi besar alam ini, bahan-bahan hidup yang diambil dengan neraca qadha’ dan qadar al-Hakim al-azali hanya boleh wujud melalui hikmah yang tiada sempadan, ilmu yang tiada batasan dan iradah yang meliputi segalanya.
Si malang yang mengatakan bahawa ia adalah kerja unsur-unsur, alam dan sebab-sebab yang buta, bisu, tiada sempadan dan mengalir seperti banjir itu adalah lebih bodoh daripada seorang bodoh, seorang pengarut yang gila dan mabuk yang berkata bahawa penawar menakjubkan itu muncul dan terjadi sendiri-sendiri kerana tergoleknya balang-balang kaca. Ya, kekufuran adalah kemengarutan yang penuh kebodohan, penuh kemabukan dan seperti orang gila.
91. Page
Kemustahilan Kedua: Sekiranya semua perkara tidak diserahkan kepada al-Qadir Dzul Jalal yang al-Wahid al-Ahad bahkan jika disandarkan kepada sebab-sebab, maka sepatutnya akan terdapat campurtangan anasir dan sebab-sebab alam yang sangat banyak dalam kewujudan setiap benda hidup.
Walhal, perhimpunan sebab-sebab yang berlainan, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain dengan susunan yang sempurna, dengan sukatan yang sangat teliti dan dengan kesepakatan yang sempurna pada wujud makhluk yang kecil seperti lalat adalah kemustahilan yang sangat zahir sehingga apa saja yang ada kesedaran sebesar sayap lalat akan berkata “ini adalah mustahil dan tidak boleh berlaku!”
Ya, tubuh lalat yang amat kecil mempunyai kaitan dengan kebanyakan unsur dan sebab alam semesta bahkan adalah intisarinya.
Sekiranya ia tidak diberikan kepada qudrat azali, nescaya sebab-sebab maddi itu sendiri perlu berada di sisi tubuhnya itu. Bahkan perlu memasuki tubuhnya yang sangat kecil itu. Bahkan unsur dan sebab itu mesti masuk ke dalam sel kecil pada mata lalat yang merupakan contoh kecil tubuhnya.
Ini kerana, jika sebab adalah maddi, ia perlu berada di sisi dan di dalam musabbab.
Dalam keadaan itu, maka perlu diterima bahawa rukun-rukun dan unsur-unsur alam berada secara maddi dan bekerja seperti tukang di dalam sel kecil yang tidak termuat oleh dua jari bagi dua ekor lalat yang seperti hujung jarum itu. Justeru, golongan skeptis yang paling bodoh juga malu dengan jalan (pemikiran) yang seperti ini.
92. Page
Kemustahilan Ketiga: Melalui kaedah yang telah ditetapkan iaitu “اَلْوَاحِدُ لَايَصْدُرُ إِلاَّ عَنِِ الْوَاحِدِ”, sekiranya ada unsur kesatuan bagi satu maujud, sudah tentu ia terhasil daripada sesuatu yang satu dan tangan yang satu.
Lebih-lebih lagi sekiranya maujud itu memiliki penyusunan yang sangat sempurna, sukatan yang sangat teliti dan kehidupan yang syumul.
Sesungguhnya menyandarkan maujud yang seimbang, tersusun dan satu itu kepada tangan-tangan serabut bagi sebab-sebab alam yang buta dan bisu dalam keserabutan yang tiada batasan, jumud (tiada perasaan), jahil, melampau dan tiada kesedaran adalah jauh daripada akal seperti menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. Ini kerana kebutaan dan kebisuan sebab-sebab itu akan bertambah melalui perhimpunan dan percampuran pada jalan-jalan kemungkinan yang tidak terkira. Sedangkan secara jelas telah ditunjukkan bahawa ia tidak muncul daripada tangan-tangan yang banyak yang menjadi punca perselisihan dan kecelaruan bahkan muncul daripada hanya satu tangan yang sangat berkuasa dan berhikmah.
Mari, dengan tidak memandang kepada kemustahilan ini, kesan daripada sebab-sebab maddiyah tentunya berlaku melalui pergaulan dan sentuhan. Sedangkan sentuhan sebab-sebab alam semula jadi itu adalah melalui zahir maujudat yang bernyawa.
Walhal kita melihat bahawa batin benda bernyawa itu yang tidak dapat dicapai dan disentuh oleh tangan sebab-sebab maddi adalah sepuluh kali ganda lebih tersusun, lebih halus dan lebih sempurna dari segi keseniannya berbanding zahirnya.
93. Page
Walaupun benda-benda bernyawa dan haiwan-haiwan amat kecil yang tidak dapat dimuati oleh tangan-tangan dan peralatan sebab-sebab maddi dari mana-mana sudut bahkan tidak dapat disentuh zahirnya secara sempurna adalah lebih ajaib dari segi kesenian dan dalam bentuk yang unggul dari segi penciptaan berbanding makhluk-makhluk yang paling besar, menyandarkannya kepada sebab-sebab yang jumud, jahil, kasar, jauh, besar, berlawanan antara satu sama lain, bisu dan buta itu hanya boleh berlaku dengan menjadi seratus kali ganda buta dan seribu kali ganda bisu.
Ungkapan Kedua:
Tasyakkala Binafsihi. Iaitu, maujudat menjadikan dirinya sendiri. Justeru, ayat ini juga mempunyai kemustahilan yang banyak. Ia adalah batil dan mustahil dari banyak sudut. Sebagai contoh kami akan menerangkan tiga daripada kemustahilan-kemustahilannya.
Kemustahilan Pertama: Wahai si ingkar yang keras kepala! Sifat keakuan dalam dirimu telah sangat membodohkanmu sehingga engkau memutuskan untuk menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. Ini kerana engkau adalah maujud. Engkau juga bukanlah benda yang biasa, kaku dan tidak berubah. Bahkan engkau adalah seperti jentera yang sangat tersusun yang sentiasa diperbaharui dan seperti istana luar biasa yang sentiasa berubah.
Zarah-zarah pada tubuhmu bekerja setiap waktu. Kewujudanmu adalah berhubung dengan alam semesta terutamanya dengan rezeki dan dari sudut kelangsungan jenis. Terdapat jual belinya. Zarah-zarah yang bekerja di tubuhmu berwaspada untuk tidak merosakkan kaitan dan tidak memutuskan hubungan itu. Maka mereka melangkah secara begitu berhati-hati. Seolah-olah mereka
94. Page
memandang seluruh alam semesta. Mereka melihat kaitanmu pada alam semesta lalu mereka bertindak berdasarkannya.
Melalui deria zahir dan batinmu, engkau boleh beristifadah berdasarkan keadaan luar biasa zarah-zarah itu. Sekiranya engkau tidak menerima bahawa zarah-zarah pada tubuhmu itu adalah para petugas kecil al-Qadir al-Azali yang bergerak menurut kanun-Nya ataupun satu bala tentera-Nya, ataupun mata-mata pena taqdir-Nya, yakni setiap zarah adalah mata pena dan ataupun noktah-noktah pena qudrat yakni setiap zarah adalah noktah, maka pada masa itu setiap zarah yang bekerja di tubuhmu memerlukan sepasang mata iaitu mata yang bukan sahaja dapat melihat setiap sudut tubuhmu bahkan seluruh alam yang berkait denganmu dan akal seratus bijak pandai yang akan mengetahui dan mengenali masa lalu dan masa depanmu, zuriat dan asal-usulmu serta sumber-sumber unsur kejadianmu serta punca-punca rezekimu perlu diberikan kepada zarah-zarah itu.
Sesungguhnya perbuatan memberikan ilmu dan kefahaman sebanyak seribu Plato kepada satu zarah bagi orang yang tiada akal walau sebesar zarah seperti kamu dalam masalah-masalah sebegini adalah seribu tahap kemengarutan yang gila.
Kemustahilan Kedua: Tubuhmu menyerupai sebuah istana hebat yang memiliki seribu kubah dan batu yang saling berganding bahu dan tergantung tanpa tiang pada setiap kubahnya. Bahkan tubuhmu adalah seribu kali lebih ajaib daripada istana sebegini.
Ini kerana istana tubuh itu sentiasa diperbaharui dengan penuh tersusun. Tanpa melihat kepada roh, hati dan latifah-latifah maknawi yang sangat menakjubkan, setiap anggota pada tubuhmu itu juga adalah ibarat tempat tinggal yang berkubah. Seperti batu-batu di kubah itu,
95. Page
zarah-zarah tubuhmu berganding bahu dengan penuh keseimbangan dan tersusun lalu memperlihatkan binaan yang hebat, kesenian yang luar biasa dan satu persatu mukjizat qudrat yang menakjubkan seperti mata dan lidah.
Sekiranya zarah-zarah ini tidak menjadi petugas yang patuh kepada arahan pakar yang mencipta alam ini, pada masa itu, di samping setiap zarah menjadi hakim al-mutlaq (penguasa yang mutlak) kepada semua zarah pada tubuh itu, zarah-zarah itu juga merupakan mahkum al-mutlaq (hamba yang mutlak) kepada setiap satunya, sama seperti setiap satunya, berlawanan pada noktah penguasaan, menjadi sumber dan punca bagi kebanyakan sifat yang hanya terkhusus kepada al-Wajib al-Wujud dan dalam keadaan yang sangat muqayyad (terikat)dan sangat mutlaq (bebas).
Maka sesiapa yang memiliki kesedaran sebesar zarah akan menyedari bahawa menyandarkan satu ciptaan berseni yang sangat tersusun yang boleh berlaku melalui kesan al-Wahid al-Ahad dengan rahsia keesaan kepada zarah yang tidak terkira itu adalah satu kemustahilan yang sangat zahir bahkan adalah seratus kemustahilan.
Kemustahilah Ketiga: Sekiranya tubuhmu bukanlah apa yang ditulis dengan pena al-Qadir al-Azali yang al-Wahid al-Ahad tetapi benda yang dinisbahkan kepada alam dan sebab-sebab serta ia menjadi benda yang dicetak, maka pada waktu itu, bermula daripada sel-sel badan pada tubuhmu, perlu terdapat acuan-acuan alam sebanyak ribuan benda-benda yang dijadikan seperti bulatan di dalam satu sama lain. Ini kerana, sebagai contoh, jika kitab di tangan kita ini adalah benda yang ditulis, maka sebatang pena menulis semuanya dengan bersandarkan kepada ilmu penulisnya.
96. Page
Jika ia tidak ditulis dan tidak diserahkan kepada pena penulis itu dan dikatakan ia terjadi sendiri atau diserahkan kepada alam, maka pada waktu itu, seperti kitab yang dicetak, sebatang pena besi diperlukan untuk setiap hurufnya supaya ia boleh dicetak. Ini sepertimana terdapat huruf-huruf besi sebanyak bilangan huruf di kilang percetakan, kemudian huruf-huruf pada kitab itu muncul, pada waktu itu sebagai gantian kepada sebatang pena, perlu ada pena sebanyak bilangan huruf.
Bahkan di dalam huruf-huruf itu sepertimana yang kadang-kadang berlaku, jika satu muka surat telah ditulis dengan khat yang halus dengan pena yang kecil di dalam satu huruf yang besar, ribuan pena diperlukan untuk satu huruf.
Bahkan dengan cara masuk ke dalam satu sama lain dengan cara yang tersusun, lalu jika huruf-huruf itu berbentuk seperti tubuhmu, pada waktu itu diperlukan acuan-acuan sebanyak benda yang dijadikan untuk setiap ruangan dan setiap juzuk.
Mari, sekiranya kamu menyatakan cara ini yang berada di dalam seratus kemustahilan adalah mungkin sekalipun, namun untuk membuat huruf-huruf besi berseni yang tersusun, acuan-acuan yang sempurna dan pena-pena ini, jika tidak diberikan kepada sebatang pena sekalipun, untuk pembuatan pena-pena, acuan-acuan dan huruf-huruf besi itu, tetap diperlukan pena, acuan dan huruf sebanyak bilangan itu semua.
Ini kerana, itu semua juga telah dijadikan dan mempunyai kesenian yang tersusun dan begitulah ia akan pergi selagi berkesinambungan.
Justeru, fahamilah juga olehmu! Ini adalah fikiran yang di dalamnya terdapat kemustahilan dan khurafat sebanyak bilangan zarahmu.
97. Page
Wahai pengingkar Allah yang keras kepala! Malulah dan berundurlah daripada kesesatan ini!
Ungkapan Ketiga:
Iqtadhothu at-tabi’ah yakni alam yang mewajarkannya dan alam semula jadi yang membuatnya. Justeru dakwaan ini mempunyai kemustahilan yang banyak. Sebagai contoh, kami akan menyebut tiga daripadanya.
Kemustahilan Pertama: Sekiranya kesenian pewujudan yang dilakukan dengan melihat dan berhikmah yang kelihatan pada maujudat terutamanya pada benda yang bernyawa tidak diberikan kepada pena taqdir dan qudrat bagi Syams al-Azali (Mentari Azali yakni Allah), bahkan jika keduanya disandarkan kepada hukum alam dan kekuatan yang buta, bisu dan tiada fikiran maka sepatutnya alam menyediakan jentera dan kilang-kilang percetakan maknawi yang tidak terkira pada semua benda untuk kewujudan. Ataupun ia perlu menetapkan qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan menguruskan alam semesta dalam setiap benda.
Ini kerana, sebagaimana tajalli matahari dan pantulannya kelihatan pada cebisan-cebisan kaca di muka bumi dan pada titisan-titisan air, jika matahari-matahari kecil yang misali dan memantul itu tidak disandarkan kepada satu-satunya matahari di langit, maka perlu menerima kewujudan luaran matahari yang tabii dan fitrah serta memiliki sifat-sifat matahari yang zahirnya kecil tetapi sangat dalam maknanya pada cebisan-cebisan kaca sebesar zarah yang tidak dapat dimasuki oleh kepala mancis, sepertimana perlu menerima matahari-matahari alam yang sebanyak zarah-zarah kaca.
Sama seperti perumpamaan ini, jika maujudat dan benda hidup seperti contoh ini tidak diberikan secara langsung kepada tajalli
98. Page
nama Syams al-Azali (Allah), maka perlu diterima bahawa kekuatan alam yang membawa kuasa dan kehendak yang tidak terbatas dan ilmu dan kebijaksanaan yang tiada penghujung pada setiap maujud terutamanya pada setiap benda hidup adalah seolah-olah satu tuhan di dalamnya.
Cara fikir sebegini pula adalah fikiran yang paling batil dan paling khurafat bagi kemustahilan-kemustahilan di alam semesta. Insan yang memberikan kesenian al-Khaliq al-Kainat - yang menghadap kepada lalat - kepada alam yang sekadar sangkaan, tidak penting dan tiada kesedaran tentunya menunjukkan bahawa dia adalah seratus kali ganda lebih haiwan daripada haiwan dan lebih tiada kesedaran.
Kemustahilan Kedua: Sekiranya maujudat yang sangat tersusun dan seimbang, berseni dan berhikmah tidak diberikan kepada Dzat yang sangat Qadir dan Hakim yang tiada batasan, bahkan jika disandarkan kepada alam, adalah perlu bahawa alam menyediakan jentera dan kilang percetakan sebanyak seluruh kilang percetakan dan kilang Eropah pada setiap cebisan tanah supaya cebisan tanah itu boleh menjadi penyebab kepada pertumbuhan dan pembentukan bunga dan buah yang tidak terkira yang tanah itu merupakan tempat tumbuh dan makmalnya.
Ini kerana, keupayaan membentuk dan melukis rupa dan bentuk semua bunga yang amat berbeza daripada satu sama lain yang benih-benihnya ditaburkan dengan giliran ke dalam sekepal tanah yang menjalankan tugas pasu untuk bunga-bungaan memang jelas kelihatan.
Sekiranya ia tidak diberikan kepada al-Qadir Dzul Jalal, pada waktu itu, sekiranya tidak terdapat satu jentera maknawi, berbeza
99. Page
dan tabii untuk setiap bunga pada sepasu tanah itu, hal ini tidak akan wujud. Ini kerana bahan-bahan benih adalah sama seperti nutfah (mani) dan telur. Yakni, ia terdiri daripada campuran seperti adunan yang tidak tersusun dan tiada bentuk bagi hidrogen, oksigen, karbon dan nitrogen.
Di samping itu, oleh kerana udara, air, kepanasan dan cahaya juga yang setiap satunya biasa dan tiada perasaan dan boleh melalui semua benda seperti banjir, kemunculan pembentukan bunga yang tidak terkira daripada tanah dengan cara yang berbeza-beza, sangat tersusun dan berseni itu, secara jelas dan tuntas mewajarkan bahawa pada tanah yang ada di dalam pasu itu terdapat kilang percetakan dan kilang maknawi dalam saiz kecil yang seluas Eropah. Ini supaya ia boleh menenun kain-kain bernyawa sebanyak ini dan ribuan tekstil yang berbeza coraknya.
Justeru, kiaskanlah betapa fikiran kufur para pendokong falsafah alam semulajadi telah terpesong daripada lingkungan kewarasan.
Lihatlah juga betapa orang-orang mabuk yang bodoh dalam bentuk manusia - yang mengatakan kami berilmu dan bijak - yang menyangka bahawa “alam yang menjadikan” adalah amat jauh dari akal dan sains. Lihatlah juga (betapa salahnya) khurafat yang tidak mustahil dan tidak mungkin dari mana-mana sudut yang mereka jadikan jalan kepada diri sendiri. Kemudian gelakkan dan ludahilah mereka!
Jika kamu berkata: Jika maujudat disandarkan kepada hukum alam, kemustahilan yang ajaib ini berlaku dan menjadi susah setahap imtina’. Agaknya bila diberikan kepada Dzat al-Ahad as-Samad, bagaimanakah kepayahan itu hilang? Bagaimanakah imtina’ yang susah itu boleh bertukar kepada kewajipan yang senang?
100. Page
Jawapan: Walaupun benda-benda yang bermula daripada kaca sekecil zarah sehingga sebesar permukaan laut memperlihatkan tajalli pantulan matahari, limpahan dan kesannya dengan penuh kesenangan dan tanpa kesusahan melalui matahari-matahari kecil yang misali dalam kemustahilan pertama, namun jika kaitannya dengan matahari diputuskan, pada waktu itu kebolehjadian tubuh zahir matahari kecil yang tabii dan sebenar dengan kesusahan setahap imtina’ perlu diterima pada setiap zarah kecil.
Begitulah juga, jika setiap maujud diberikan secara langsung kepada Dzat al-Ahad as-Samad, setiap sesuatu yang perlu kepada setiap maujud dapat disampaikan kepadanya melalui kemudahan, kesenangan, penisbahan dan tajalli pada tahap wajib.
Jika penisbahan itu diputuskan dan jika penugasan itu kembali kepada keadaan tanpa tujuan dan jika setiap maujud dibiarkan kepada dirinya sendiri dan alam, waktu itu perlu mengandaikan dengan seratus ribu kesusahan dan kepayahan setahap imtina’ bahawa hukum alam yang buta di dalamnya yang mewujudkan jentera kewujudan yang sangat hebat yang merupakan intisari kecil bagi makhluk bernyawa dan alam semesta seperti lalat itu adalah pemilik qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan mentadbir. Ini pula bukanlah satu kemustahilan bahkan ribuan kemustahilan.
Kesimpulannya: Sebagaimana kewujudan sekutu dan bandingan Dzat Wajib al-Wujud adalah tidak mungkin dan mustahil, begitu jugalah campurtangan yang lain di dalam rububiyyah-Nya dan penciptaan benda-benda juga adalah tidak mungkin dan mustahil seperti kemustahilan sekutu bagi dzat-Nya.
Tetapi kesusahan pada kemustahilan kedua pula, sebagaimana telah diisbatkan dalam banyak risalah, sekiranya semua benda
101. Page
diberikan kepada al-Wahid al-Ahad, semua benda adalah mudah dan senang seperti satu benda. Sekiranya diberikan kepada sebab-sebab dan hukum alam, maka satu benda menjadi susah seperti semua benda telah diisbatkan dengan dalil-dalil yang banyak dan muktamad.
Kesimpulan bagi salah satu dalil adalah seperti berikut: Jika seseorang bernaung kepada Sultan dari sudut ketenteraan atau tugasan, dengan kekuatan naungan itu, petugas dan askar tersebut dapat melakukan kerja-kerja yang seratus ribu kali lebih banyak daripada kekuatan dirinya. Atas nama Sultan kadang-kadang dia boleh menahan seorang raja. Ini kerana dia tidak membawa sendiri peralatan dan kekuatan kerja-kerja yang dia laksanakan dan kesan-kesan tindakannya dan dia tidak terpaksa untuk membawanya.
Dengan kaitan naungan itu, perbendaharaan Sultan dan tentera di belakangnya yang menjadi noktah sandarannya membawa kekuatan dan kelengkapan itu. Maknanya, kerja-kerja yang dilakukannya boleh menjadi hebat seperti urusan seorang Sultan dan kesan-kesan yang diperlihatkannya menjadi luarbiasa seperti kesan pasukan tentera.
Sebagaimana semut meruntuhkan istana Firaun dengan tugasan itu. Lalat pula, dengan naungan itu dapat membunuh Namrud. Dengan naungan itu juga, benih pohon Pain yang seperti butir gandum boleh menyediakan semua kelengkapan pohon Pain yang besar.[20]
Sekiranya naungan itu terputus dan ia dilepaskan daripada tugas itu, ia terpaksa membawa kelengkapan dan kekuatan semua kerja yang akan dilakukannya di pinggang dan tangannya. Pada waktu itu
[20] Sekiranya ada naungan, benih itu akan mendapat perintah daripada taqdir Ilahi lalu boleh melakukan semua kerja itu. Sekiranya naungan itu terputus, ia mewajarkan lumrah benih itu dengan lebih banyak kelengkapan, keupayaan dan kesenian daripada lumrah pohon pain yang besar. Ini kerana semua anggota pohon pain besar yang merupakan kesan qudrat di gunung itu, perlu terdapat pada pohon maknawi yang merupakan kesan taqdir pada benih itu dengan kelengkapannya. Ini kerana kilang pohon yang besar itu ialah benih itu. Pohon taqdir di dalamnya dapat muncul dengan qudrat lalu menjadi pohon Pain secara fizikal.
102. Page
ia hanya dapat melakukan kerja yang hanya sebanyak kekuatan pada tangannya yang amat kecil itu dan sebanyak alat pertahanan (senjata, peluru dan bom) di pinggangnya.
Sekiranya kerja-kerja yang dapat dilakukannya dengan amat mudah dalam keadaan sebelum ini diminta daripadanya dalam keadaan ini, sudah tentu ia perlu memikul kekuatan satu bala tentera ke tangannya dan kilang kelengkapan peperangan seorang raja di pinggangnya.
Para badut yang menceritakan cerita khurafat dan kisah-kisah dongeng dengan tujuan untuk mentertawakan orang lain juga merasa malu daripada khayalan ini.
Kesimpulannya: Dalam memberi setiap maujud kepada al-Wajib al-wujud terdapat kemudahan setahap wajib. Dalam memberi pewujudan kepada alam terdapat kesusahan setahap imtina’ dan adalah di luar lingkungan akal.
Kemustahilah Ketiga: Merupakan dua contoh yang diterangkan dalam sesetengah risalah yang akan menerangkan kemustahilan ini.
Contoh Pertama: Seseorang yang kolot telah memasuki sebuah istana yang telah disempurnakan dan dihiasi dengan unsur-unsur kemodenan dan dibina serta didirikan di sebuah padang pasir yang tandus. Orang itu telah memerhatikan dalamannya. Dia telah nampak ribuan barangan yang tersusun dan berseni.
103. Page
Kerana kekolotan dan kebodohannya, tanpa melibatkan sesiapa dari luar, dia mula menyiasat dengan mengatakan bahawa salah satu daripada barang-barang di dalam istana itulah yang telah menjadikan istana tersebut berserta kelengkapannya.
Akalnya yang kolot itu juga tidak dapat menerima hakikat bahawa apa jua yang diperhatikannya itu dapat melakukan semua itu.
Kemudian dia melihat sebuah buku catatan yang di dalamnya tertulis tentang pelan pembinaan, senarai barangan dan undang-undang pengurusannya. Secara zahirnya buku catatan yang tiada tangan, mata dan tukul itu juga, seperti benda-benda lain di dalamnya tidak memiliki sebarang kebolehan untuk membentuk dan menghias istana itu. Tetapi, kerana terpaksa, tidak dapat tidak, dari sudut ia adalah tanda undang-undang keilmuan, oleh kerana dia melihat buku itu ada kaitan dengan keseluruhan istana itu berbanding benda-benda lain, dengan berkata: “Nampaknya, buku catatan inilah yang membentuk, menyusun dan menghias istana ini dan telah membuat, memasang dan menempatkan barang-barang ini” maka dia telah mengubah kekolotannya kepada kemengarutan mereka yang bodoh dan mabuk.
Justeru sama seperti contoh ini, seorang manusia kolot yang membawa fahaman alam semula jadi yang pergi dengan pengingkaran uluhiyyah masuk ke istana alam yang sekitarnya penuh dengan hikmah bermukjizat ini yang sangat jauh lebih tersusun, lebih sempurna berbanding dengan istana dalam contoh yang disebutkan.
Tanpa memikirkan bahawa istana alam ini adalah karya seni Dzat Wajib al-Wujud yang di luar daerah imkan (kemungkinan)
104. Page
dan dengan memalingkan wajah daripada-Nya, dia nampak satu himpunan undang-undang adat Ilahi dan satu senarai ciptaan berseni Rabbani yang ibarat papan coretan taqdir Ilahi dan boleh menjadi sebuah buku catatan yang mengganti dan mengubah dalam peraturan urusan qudrat Ilahi dan dinamakan dengan nama hukum alam yang sangat banyak kesalahan dan kesilapan di dalam daerah kemungkinan.
Dia berkata: “Memandangkan benda ini memerlukan sebab dan tiada suatu benda pun yang kelihatan mempunyai kaitan seperti buku catatan ini, -secara zahirnya, akal tidak boleh menerimanya dari mana-mana sudut bahawa buku catatan catatan yang tiada mata, tiada perasaan dan tiada kuasa ini tidak boleh mewujudkan yang merupakan kerja rububiyyah mutlak dan mewajarkan qudrat yang tiada batasan - tetapi, memandangkan aku tidak menerima as-Sani’ al-Qadim, oleh itu yang paling sesuainya ialah aku mengatakan bahawa buku ini telah melakukannya dan boleh melakukannya.”
Kita juga boleh menjawab: “Wahai si bodoh mabuk yang telah bodoh lebih daripada orang yang paling bodoh di kalangan mereka yang bodoh! Keluarkanlah kepalamu daripada kubang falsafah alam semula jadi lalu tolehlah ke belakangmu! Lihatlah as-Sani’ Dzul Jalal yang disaksikan oleh semua maujudat daripada zarah sehingga planet kepada kewujudan-Nya melalui lidah mereka yang berasingan dan diisyaratkan oleh jari mereka. Lihatlah tajalli an-Naqqash al-Azali yang membuat istana itu dan menulis plan istana itu kepada buku itu. Perhatikanlah firman-Nya dan dengarlah al-Quran-Nya. Selamatkanlah diri daripada kekarutan itu.
Contoh Kedua: Seseorang yang sangat kolot memasuki kawasan sebuah kem tentera yang gah. Dia melihat latihan umum dan
105. Page
bersama bagi satu bala tentera yang tersusun dan melihat pergerakan mereka yang tersusun.
Dia menyaksikan satu batalion, satu rejimen dan satu divisyen berdiri, duduk, pergi dengan pergerakan seorang tentera dan menembak dengan arahan tembaknya. Oleh sebab akalnya yang cetek dan kolot tidak memahami bahawa perintah seorang komander adalah berdasarkan peraturan negara dan undang-undang sultan lalu mengingkarinya, dia membayangkan bahawa askar-askar itu terikat dengan tali-tali antara satu sama lain. Dia memikirkan betapa hebatnya tali khayalan itu dan dia ketakjuban.
Kemudian dia pergi. Pada hari Jumaat, dia masuk ke sebuah masjid yang besar seperti Aya Sofya. Dia menyaksikan bahawa Jemaah Islam itu bangun, tunduk, sujud dan duduk dengan suara seseorang.
Oleh kerana dia tidak memahami syariat yang merupakan himpunan undang-undang maknawi dan samawi serta dustur-dustur maknawi yang datang daripada perintah Empunya syariat, dengan membayangkan bahawa jamaah itu terikat dengan tali-tali maddi dan tali-tali ajaib itu mengikat dan menggerakkan mereka, dia beredar keluar dengan fikiran lucu yang boleh mentertawakan binatang-binatang liar yang berupa seperti manusia.
Justeru, sama seperti contoh ini, seorang pengingkar yang membawa fahaman alam semula jadi yang merupakan kekolotan itu sendiri memasuki alam yang merupakan sebuah kem yang hebat bagi tentera Sultan Azali dan Abadi yang tidak terkira banyaknya dan alam semesta yang merupakan sebuah masjid al-Ma’bud al-Azali yang tersusun ini.
106. Page
Dia menggambarkan bahawa undang-undang maknawi bagi peraturan alam semesta yang datang daripada hikmah Sultan Azali itu masing-masing adalah unsur yang maddi. Dia juga mengkhayalkan bahawa hukum-hukum dan dustur-dustur syariat fitrah yang agung bagi al-Ma’bud al-Azali itu yang maknawi hanya mempunyai wujud ilmu itu masing-masing adalah maujud jasmani dan bahan yang maddi. Kemudian sebagai gantian kepada qudrat Ilahi, dia menegakkan undang-undang yang datang daripada ilmu dan kalam dan hanya mempunyai wujud ilmu itu dan menyerahkan urusan pewujudan kepada tangan undang-undang tersebut.
Kemudian dia memakaikan nama hukum alam kepada undang-undang tersebut dan menerima kekuatan yang hanya merupakan tajalli qudrat Rabbani sebagai si berkuasa yang berkuasa dan bebas.
Sesungguhnya setiap perbuatannya sebelum ini adalah kekolotan yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding kekolotan dalam contoh.
Kesimpulannya: Perkara mauhum dan tidak berasas yang dinamakan hukum alam oleh para pendokong falsafah itu, paling tidak dan sekiranya memiliki haqiqah al-kharijiyyah (kewujudan yang datang ke alam syahadah seperti kehidupan) hanya boleh menjadi satu ciptaan seni. Tidak boleh menjadi as-Sani’. Ia adalah ukiran, tidak boleh menjadi an-Naqqash (Maha Pengukir). Ia adalah hukum-hukum. Tidak boleh menjadi al-Hakim (Maha Penghukum). Ia adalah syariat yang fitrah. Tidak boleh menjadi asy-Syari’ (Yang Maha Mensyariatkan). Ia adalah tabir kemuliaan yang dicipta. Tidak boleh menjadi al-Khaliq (Maha Pencipta). Ia adalah fitrah yang dibuat, tidak boleh menjadi Maha Pembuat yang al-Fatir. Ia adalah undang-undang, bukan kuasa. Maka ia tidak boleh
107. Page
menjadi Maha al-Qadir. Ia adalah mistar (pembaris), tidak boleh menjadi masdar (sumber).
Kesimpulannya: Memandangkan ada maujudat, memandangkan selain daripada empat jalan kewujudan maujud tidak boleh dikhayalkan melalui jalan pembahagian akal sepertimana disebutkan dalam permulaan Nota Keenam Belas, maka kebatilan tiga daripada empat sudut itu telah diisbatkan dengan muktamad melalui tiga kemustahilan zahir bagi setiap satunya.
Sudah tentu, dengan keterpaksaan dan dengan jelas, jalan keesaan yang merupakan jalan keempat terbukti dalam bentuk yang muktamad. Jalan keempat itu pula, ayat “أَفِى اللّٰهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضِ” pada permulaan memperlihatkan uluhiyyah Dzat al-Wajib al-Wujud dan bahawa semua benda secara langsung keluar daripada tangan qudrat-Nya serta langit dan bumi berada dalam genggaman urusan-Nya tanpa syak dan keraguan di tahap yang jelas.
Wahai manusia buntu yang memuja sebab dan terjerumus dalam fahaman falsafah alam semula jadi! Memandangkan Tabiat semua benda adalah makhluk seperti semua benda kerana ia berseni dan baharu dijadikan. Malah, seperti setiap musabbab, sebab zahirnya juga adalah hasil seni.
Memandangkan juga kewujudan semua benda berhajat kepada kelengkapan dan alat yang banyak maka terdapat al-Qadir al-Mutlaq yang menjadikan alam dan mencipta sebab itu. Maka, apakah keperluan al-Qadir al-Mutlaq itu untuk Dia menyekutukan perantara-perantara yang lemah ke dalam rububiyyah dan urusan pewujudan-Nya. Hasya!
Bahkan dengan mencipta musabbab dan sebab bersama secara langsung, untuk memperlihatkan tajalli nama-nama-Nya dan
108. Page
hikmah-Nya, untuk menjadi tempat rujukan kepada kekurangan zahir pada benda-benda, kekejaman dan kecacatan mereka dengan memberikan penyebab dan perbandingan yang zahir melalui satu tertib dan penyusunan, Dia telah menjadikan asbab dan alam sebagai tabir kepada tangan qudrat-Nya dan Dia telah memelihara kemuliaan-Nya dengan cara itu.
Agaknya, adakah bagi seorang tukang jam, membuat roda-roda gendeng jam, kemudian menyusun jam itu dengan reroda dan mengaturnya adalah lebih senang atau adakah membuat satu mesin yang hebat di dalam reroda itu, kemudian memberikan pembuatan jam itu kepada tangan-tangan kaku mesin itu supaya tangan-tangan kaku itu membuat jam itu adalah lebih senang? Bukankah hal ini di luar kemungkinan? Ayuh, katakanlah dan jadilah hakim dengan akalmu yang tidak insaf itu!
Ataupun seorang penulis telah membawa pena, kertas dan dakwat. Adakah menulis sendiri kitab itu dengan apa yang telah dibawanya adalah lebih mudah? Ataupun dia hendaklah mencipta mesin tulis yang lebih seni dan lebih sulit berbanding dengan kitab tersebut di dalam kertas, dakwat dan pena yang hanya terkhusus untuk kitab itu. Seterusnya dia berkata: “ayuh tulis!” kepada mesin yang tidak ada kesedaran itu namun tidak boleh masuk campur dalam urusannya. Adakah ini lebih mudah? Bukankah ia seratus kali ganda lebih susah daripada menulis?
Jika kamu berkata: Ya, menjadikan mesin yang menulis sebuah buku adalah seratus kali lebih susah daripada buku itu. Tetapi, dari sudut mesin itu menjadi perantaraan untuk menulis banyak naskhah bagi kitab yang sama juga terdapat hanya suatu kemudahan.
109. Page
Jawapan: Dengan sentiasa memperbaharui tajalli nama-nama-Nya yang tidak terhitung untuk memperlihatkan dengan cara yang berbeza-beza melalui qudrat-Nya yang tidak terkira, an-Naqqash al-Azali telah mencipta identiti-identiti dan rupa-rupa yang khusus pada benda-benda dengan cara yang tiada satu pun tulisan as-Samad dan tiada satu pun kitab Rabbani benar-benar menyerupai satu sama lain.
Walaubagaimanapun, untuk mengifadahkan makna yang berbeza-beza, akan terdapat rupanya yang lain. Jika kamu ada mata, perhatikan dan lihatlah wajah manusia. Ini kerana dari zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam sampai sekarang bahkan selama-lamanya, adalah sabit secara muktamad bahawa pada wajah yang kecil ini, berserta dengan kesepakatan anggota-anggota asas, setiap wajah, dengan dinisbahkan kepada wajah-wajah lain, pada setiap satunya terdapat satu tanda pembeza. Kerana ini tiap-tiap wajah adalah sebuah kitab yang berlainan.
Cuma, untuk peyusunan seni ia memerlukan set tulisan yang berbeza dan aturan serta tulisan yang berlainan. Untuk membawa dan menempatkan bahan-bahannya serta untuk meletakkan semua benda yang diperlukan untuk tubuh, kesemuanya memerlukan makmal yang berasingan.
Mari, sebagai andaian kemustahilan kita memandang alam ini sebagai kilang percetakan. Tetapi aturan dan proses percetakan yang merupakan milik kilang percetakan, yakni selain daripada memasukkan penyusunan yang khusus ke dalam acuan, dalam mewujudkan penyusunan itu, untuk menjadikan dan mendatangkan bahan-bahan dalam tubuh benda hidup daripada seluruh penjuru alam melalui neraca yang tertentu dan penyusunan yang khusus
110. Page
dan memberikannya ke tangan kilang percetakan yang seratus kali ganda lebih susah menjadikannya, ia tetap berhajat kepada qudrat dan iradat (kehendak) al-Qadir al-Mutlaq yang menjadikan kilang percetakan itu. Maknanya kemungkinan dan andaian tentang alam sebagai kilang percetakann ini adalah kekarutan yang tiada makna sama sekali.
Justeru, seperti contoh jam dan buku tadi; as-Sani’ Dzul Jalal dan al-Qadiru kulli syai’ telah mencipta sebab-sebab dan turut menjadikan musabbab juga. Dengan hikmah-Nya Dia mengaitkan musabbab kepada sebab-sebab. Dengan iradah-Nya Dia telah menentukan satu tajalli syariat fitrah agung Ilahi yang terdiri daripada undang-undang ‘adatullah yang berkenaan penyusunan pergerakan alam semesta dan telah menentukan sifat benda-benda yang hanya menjadi cerminan dan pantulan kepada tajalli pada benda-benda itu. Dengan qudrat-Nya, Dia telah menjadikan wajah yang menzahirkan wujud kharijiyyah. Dia telah menciptakan benda-benda itu di atas watak itu dan telah mengadun satu sama lain.
Agaknya, adakah menerima hakikat-hakikat ini yang sangat maakul dan merupakan natijah dalil-dalil yang tidak terkira adalah lebih mudah dan perlu di tahap wajib ataupun memberikan kelengkapan dan alat-alat tidak terkira yang diperlukan untuk kewujudan setiap benda kepada bahan-bahan yang kalian katakan sebagai sebab dan hukum alam yang kaku, tiada kesedaran, diciptakan, dijadikan dengan seni dan ringkas lalu menyuruhnya melakukan sendiri kerja-kerja yang dilakukan dengan hikmah dan sambil melihat itukah yang lebih mudah?
Bukankah ia di luar kemungkinan yang setahap mustahil? Maka aku serahkan akalmu yang tidak insaf itu kepada keinsafannya.
111. Page
Mereka yang ingkar dan memuja alam berkata: Memandangkan kamu menyeruku kepada keinsafan, maka aku juga berkata dan mengakui bahawa jalan salah yang kami lalui sampai sekarang ini adalah jalan yang mustahil seratus tahap, malah amat memudaratkan serta terlalu jelik. Sesiapa yang memiliki kesedaran sebesar zarah daripada pembuktian kamu yang lalu akan memahami bahawa menyerahkan pewujudan kepada sebab-sebab dan alam adalah muhal dan mustahil. Menyerahkan segala-galanya kepada Dzat al-Wajib al-Wujud secara langsung adalah wajib dan tidak dapat dielak. Maka, aku beriman dengan berkata اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى الْإِيمَانِ
Cuma ada satu keraguanku, aku menerima bahawa Allah adalah al-Khaliq. Tetapi apakah kemudaratan yang boleh diberikan oleh campur-tangan sesetengah sebab yang juz’i kepada benda-benda yang tidak penting dan kepada pewujudan serta pemerolehan secebis puja dan puji oleh sebab-sebab itu kepada kesultanan Rububiyyah-Nya? Adakah ia mengurangkan kesultanan-Nya?
Jawapan: Sebagaimana kami telah mengisbatkan dengan muktamad dalam sesetengah risalah, ciri-ciri kekuasaan ialah menolak campur tangan. Hatta seorang penguasa dan petugas yang paling rendah juga tidak menerima campur tangan puteranya dalam daerah penguasaannya. Hatta dengan tanggapan campur tangan terhadap penguasaannya, hukuman bunuh ke atas anak mereka sendiri yang tidak berdosa oleh sesetengah raja yang bertaqwa walaupun mereka adalah khalifah, menunjukkan bahawa undang-undang menolak campur tangan ini adalah sangat berasas dilaksanakan dalam pemerintahan. Bermula daripada dua ketua dalam satu kawasan sehingga dua raja dalam sebuah negara, undang-undang menegah campur tangan yang diwajarkan oleh
112. Page
kebebasan dalam pemerintahan telah menunjukkan kekuatannya dengan kehuru-haraan yang ajaib dalam sejarah manusia.
Perhatikan dan lihatlah bagaimana satu bayangan bagi pengetuaan dan pemerintahan pada insan-insan yang lemah dan berhajat kepada bantuan menolak campur tangan dan menghalang campur-tangan yang lain serta tidak menerima sekutu dalam pemerintahannya dan berusaha memelihara kebebasannya pada jawatannya dengan ketaksuban yang tiada batasan setahap ini.
Kemudian sekiranya kamu boleh mengkiaskan, kiaskanlah betapa penolakan campur tangan, halangan penyekutuan dan penjauhan sekutu adalah keperluan yang daruri dan kewajaran yang wajib bagi penguasaan itu pada Dzat Dzul Jalal yang memiliki pengetuaan mutlak di tahap rububiyyah, pemerintahan mutlak di tahap uluhiyyah, kebebasan mutlak pada tahap keesaan dan kekayaan mutlak pada tahap keupayaan mutlak.
Bahagian Keraguanmu yang kedua: Sekiranya sesetengah sebab-sebab menjadi rujukan untuk ‘ubudiyyah sesetengah perkara juz’i, apakah kekurangan yang datang kepada ‘ubudiyyah makhluk daripada zarah kepada planet yang menghadap kepada Dzat Wajib al-Wujud yang al-Ma’bud al-Mutlaq itu?
Jawapan: Al-Khaliq al-Hakim alam semesta ini telah mencipta alam semesta seperti sebatang pohon, buahnya yang paling sempurna ialah makhluk yang mempunyai kesedaran. Di kalangan yang memiliki kesedaran, Dia telah menjadikan insan sebagai buahnya yang paling lengkap dan telah menjadikan syukur dan ibadat yang merupakan natijah penciptaan, tujuan fitrah dan buah kehidupan insan yang paling penting adakah al-Hakim al-Mutlaq,
113. Page
al-Amir al-Mustaqil dan al-Wahid al-Ahad yang mencipta alam semesta itu untuk mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya menyerahkan insan yang merupakan buah seluruh alam semesta dan menyerahkan syukur dan ibadat yang merupakan buah insan yang paling tinggi kepada tangan-tangan lain?
Adakah Dia akan mensia-siakan natijah penciptaan dan buah alam semesta dengan cara yang berlawanan dengan hikmah-Nya secara keseluruhan? Hasya! Tidak sama sekali! Malah Adakah Dia akan meredhai pemberian ibadat makhluk kepada tangan-tangan lain dengan cara yang boleh menyebabkan pengingkaran kepada hikmah dan rububiyah-Nya dan adakah Dia membenarkan sama sekali? Malah walaupun Dia memperlihatkan usaha mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya dalam tahap yang tidak terkira dengan perbuatan-perbuatan-Nya, adakah Dia juga akan menyebabkan zat-Nya dilupai dengan menyerahkan kesyukuran dan rasa terhutang budi makhluk-makhluk-Nya yang paling sempurna, kecintaan dan ‘ubudiyyah mereka kepada sebab-sebab yang lain lalu maksud-maksud tinggi-Nya di alam semesta diingkari?
Wahai teman yang telah meninggalkan pemujaan alam ! Ayuh, katakan olehmu!
Dia berkata: اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ bersama dengan terlerainya dua keraguanku ini, kamu telah memperlihatkan dua dalil yang sangat kukuh dan terang tentang keesaan Ilahi dan bahawa Dia adalah al-Ma’bud Bilhaq dan ibadah kepada selain-Nya adalah tidak layak sehingga mengingkari itu semua adalah satu kesombongan seperti mengingkari matahari dan waktu siang.
Said Nursi