Tambahan Pertama Mukjizat Ahmadiyyah

48. Page

TAMBAHAN PERTAMA

MUKJIZAT AHMADIYYAH


Kalimah Kesembilan Belas tentang Kerasulan

Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.


بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحٖيمِ

Kilauan Keempat Belas ini mengandungi Empat Belas Lelehan.


Lelehan Pertama:

Terdapat tiga Pentakrif menyeluruh yang besar yang mengenalkan Rabb kita kepada kita.


Pertama: Kitab alam semesta ini yang telah kita dengar sepintas lalu tentang penyaksiannya daripada pengajaran ketiga belas daripada Risalah an-Nur melalui tiga belas kilauan.


Kedua: Khatimul Anbia’ Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan ayat teragung kitab besar ini.


Ketiga: Al-Quran al-Karim yang agung marta­batnya.

Sekarang, kita perlu mengenali dan mendengar kepada Khatimul Anbia’ (penutup sekalian Nabi) Sollallahu Alaihi wa Sallam yang merupakan dalil kedua yang boleh bertutur itu. Ya, pandanglah kepada peribadi maknawi dalil itu. Muka bumi adalah sebuah masjid. Makkah adalah Mihrab dan Madinah adalah mimbar. 


49. Page

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan dalil yang jelas itu adalah imam kepada semua ahli iman, khatib kepada seluruh manusia, ketua sekalian nabi, penghulu semua wali, pengendali halaqah zikir yang terdiri daripada seluruh nabi dan wali, pohon nurani yang semua nabi adalah akar hidupnya, semua wali adalah buah-buah ranumnya kerana setiap satu nabi yang bersandar kepada mukjizat-mukjizat mereka dan sekalian wali yang bergantung kepada karomah mereka membenarkan dan memperakukan dakwah baginda. Ini kerana Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu mela­fazkan dan mendakwa bahawa

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهِ. Semua kanan dan kiri, yakni para penzikir nurani yang berbaris di sebelah masa lalu dan masa depan berkata صَدَقْتَ وَبِالْحَقِّ نَطَقْتَ secara maknawi dengan mengula­ngi kalimah yang sama dan berhimpun padanya. Waham manakah yang mampu untuk campur ta­ngan terhadap dakwaan yang dikuatkan oleh perakuan-perakuan yang tidak terhitung sebegini?

Lelehan Kedua:

Sebagaimana dalil tauhid yang nurani itu diperkuat dengan ijma’ dan tawatur bagi dua sayap (masa lalu dan masa hadapan), begitu juga sebagaimana ratusan isyarat kitab-kitab samawi seperti Taurat dan Injil[3], ribuan tanda irhasat, isyarat-isyarat masyhur para hatifin (jin-jin yang mengkhabarkan perkara ghaib), penyaksian tawatur oleh para kahin (tukang tilik), petunjuk ribuan mukjizat seperti peristiwa bulan terbelah dan melalui kebenaran syariatnya me­nguatkan dan membenarkan baginda, akhlak mahmudah yang amat sempurna pada diri baginda, budi pekerti yang bernilai


3 Huseyin al-Jisri telah mengeluarkan seratus empat belas isyarat daripada kitab-kitab samawı itu dalam risalah Hamidiyahnya. Jika sebanyak ini ditemui selepas tahrif (pemesongan), sudah tentu sebelum itu terdapat lebih banyak tasrihat (penjelasan)




50. Page

tinggi pada kecantikan yang tidak berpenghujung dalam tugasnya, ketaqwaan, ‘ubudiyyah, kesungguhan dan keteguhan luar biasa baginda yang memperlihatkan amanahnya yang sempurna, kekuatan imannya, keyakinannya yang bersangatan dan ketsiqahannya (kebolehpercayaan)yang tidak berpenghujung memperlihatkan dengan terang seperti matahari bahawa baginda adalah paling benar dalam dakwahnya.


Lelehan Ketiga:

Jika kamu mahu, mari kita pergi ke ‘Asr as-Sa‘adah (kurun kebahagiaan) dan Semenanjung Arab. Walaupun secara imaginasi, mari kita melihat Rasul Mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam melaksanakan tugas dan menziarahi baginda. Justeru perhatikanlah, kita melihat seseorang yang istimewa dengan budi pekerti yang baik dan paras rupa yang indah, di tangannya terdapat kitab yang bermukjizat dan pada lidahnya khitab (ucapan) yang mengetahui hakikat sedang menyampaikan khutbah azali kepada semua Bani Adam bahkan kepada jin, insan dan malaikat bahkan semua maujudat. Dengan cara merungkai dan menghuraikan misteri ajaib yang merupakan rahsia penciptaan alam lalu membuka dan mendedahkan misteri terselindung yang merupakan rahsia alam semesta, baginda memberi jawapan yang sangat maakul dan memuaskan kepada tiga soalan besar yang susah dan dahsyat yang ditanyakan oleh semua maujudat dan menjadikan semua akal sibuk dalam kehairanan iaitu: Siapakah kamu? Dari manakah kamu datang? Ke manakah tujuanmu?



Lelehan Keempat:

Lihatlah! Baginda menyebarkan cahaya kebe­naran yang jika kamu memandang alam semesta dengan pandangan yang selain

51. Page

daripada daerah hakikat petunjuknya yang nurani itu, sudah tentu kamu akan melihat bentuk alam semesta ibarat dewan ratapan umum dan maujudat sebagai orang asing bahkan musuh kepada satu sama lain. Benda-benda kaku ibarat jenazah-jenazah yang dahsyat dan semua benda hidup bagaikan anak-anak yatim yang menangis akibat tamparan kelenyapan dan perpisahan.


Sekarang lihat! Dengan nur yang disebarkan oleh baginda, dewan ratapan umum itu telah berubah menjadi dewan zikir dalam kelazatan dan juzbah. Maujudat yang asing dan musuh itu masing-masing telah bertukar menjadi sahabat dan saudara. Benda-benda kaku yang mati dan bisu itu masing-masing telah menjadi petugas yang mesra dan khadam yang patuh. Anak-anak yatim yang menangis, mengadu dan tiada sesiapa itu masing-masing telah menjadi ‘dzakir’ (yang berzikir) di dalam tasbih atau ‘syakir’ (yang bersyukur) kerana perlepasan tugas.


Lelehan Kelima:

Dengan nur itu juga, semua pergerakan, kepelbagaian, penggantian dan perubahan di alam semesta keluar daripada ketiadaan makna, kesia-siaan dan keadaan seperti permainan ‘tasaduf’ (kebetulan) lalu masing-masing naik ke martabat maktubat Rabbani, lembaran ayat-ayat kejadian, cerminan Asma’ Ilahi dan alam juga naik ke martabat sebuah kitab hikmah as-Samad. Apabila diterangi dengan nur itu kedaifan dan kelemahan serta kefakiran dan keperluannya yang tidak berkesudahan yang menjatuhkan insan ke tahap yang lebih rendah daripada semua binatang, akal yang menjadikan insan lebih malang daripada semua haiwan dan merupakan alat pembawa kesedihan, kesakitan dan kebimbangan itu menaikkan insan ke atas semua binatang dan makhluk. Maka dengan kelemahan, kefakiran,

52. Page

akal dan rayuan yang telah disinari itu, insan menjadi sultan yang menawan. Menerusi tangisan, dia menjadi khalifah muka bumi yang manja. Maknanya, jika tiada nur itu, alam semesta, insan hatta semua benda juga akan jatuh sia-sia. Ya, semestinya dzat sebegini diperlukan di alam semesta yang unggul sebegini. Jika tidak, alam semesta dan cakerawala tidak perlu ada.


Lelehan Keenam:

Justeru, oleh sebab dzat itu adalah pemberitahu dan pemberi khabar gembira tentang kebahagiaan abadi, pendedah dan pemaklum tentang rahmat yang tiada penghujung, juruhebah dan penonton keindahan kekuasaan rububiyyah, pembongkar dan penunjuk khazanah Asma’ Ilahi, jika kamu memandang begini yakni melalu sudut ‘ubudiyyah baginda, kamu akan melihatnya sebagai contoh mahabbah, tamsilan rahmat, kemuliaan keinsanan dan buah pohon penciptaan yang paling nurani. Jika kamu memandang seperti berikut pula yakni melalui sudut kerasulannya, kamu akan melihat dalil kebenaran, lampu hakikat, mentari hidayah dan wasilah kebahagiaan. Justeru lihatlah, sebagaimana nurnya telah menakluk dari timur ke barat seperti kilat yang menyilaukan mata serta separuh dunia dan satu perlima manusia menerima hadiah hidayahnya lalu menjadikannya tempat jiwa berlindung,maka apakah yang terjadi kepada nafsu dan syaitan kita sehingga tidak menerima “لآَ إِلٰهِ إِلاَّ اللّٰهُ”

 yang merupakan asas seluruh dakwah baginda dengan semua martabatnya?


Lelehan Ketujuh:

Justeru lihatlah! Betapa cepatnya baginda mencabut dan mengangkat adat, akhlak mazmumah yang ganas bagi kaum-kaum 

53. Page

berlainan yang ganas, taksub dengan adat mereka serta keras kepala yang ganas secara sekaligus di semenanjung yang luas itu lalu melengkapkan mereka dengan semua akhlak mahmudah dan menjadikan mereka mu’allim kepada seluruh dunia dan ustaz kepada masyarakat yang bertamadun. Lihat, ia bukanlah pemaksaan yang zahir bahkan ia membuka dan menundukkan akal, roh, hati dan nafsu. Baginda telah menjadi kekasih kepada hati, muallim kepada akal, murabbi kepada nafsu dan sultan kepada roh.


Lelehan Kelapan:

Kamu mengetahui bahawa hanya pemerintah yang besar dengan himmah yang tinggi sahaja boleh mengangkat adat kebiasaan yang kecil seperti tabiat merokok pada kaum yang kecil bilangannya buat selama-lamanya.


Sedangkan cuba kamu perhatikan! Baginda telah menghapuskan adat-adat kebiasaan yang besar dan banyak bagi kaum-kaum besar yang keras kepala dan taksub melalui kekuatan zahir yang kecil dan semangat yang sedikit dalam masa yang singkat lalu sebagai gantiannya baginda meletakkan dan me­ngukuhkan secara tetap dengan akhlak-akhlak yang tinggi sehingga ia menjadi sebati dengan darah dan urat mereka. Banyak lagi urusan luar biasa seperti ini yang dilakukan oleh baginda. Justeru, kami menunjukkan Semenanjung Arab ke mata mereka yang tidak nampak ‘Asrus Sa‘adah itu. Ayuh suruhlah mereka mengambil ratusan ahli falsafah dan pergilah ke sana dan bekerjalah selama seratus tahun. Agaknya adakah mereka boleh melakukan satu perseratus perkara yang telah dilakukan selama setahun oleh dzat itu berdasarkan masa itu?


Lelehan Kesembilan:

Kamu juga mengetahui bahawa dalam perbicaraan yang ada perdebatan, seseorang yang kecil, de­ngan kedudukan yang kecil, dalam jemaah yang kecil dan dalam masalah yang kecil


54. Page

dalam jemaah yang kecil dan dalam masalah yang kecil tidak akan dapat menyatakan suatu penipuan yang kecil tetapi memalukan tanpa berselindung, tanpa rasa takut dan tanpa memperlihatkan keresahan dan kerisauan yang di tahap tidak menghidukan helahnya kepada musuh-musuhnya.


Sekarang lihatlah kepada zat ini; sebagai petugas yang sangat besar, dalam tugas yang amat besar, dengan pangkat yang amat besar, dalam keadaan amat berhajat kepada kepercayaan yang besar, dalam jemaah yang sangat besar, dalam perseteruan yang amat besar, dalam masalah yang sangat besar, dalam dakwah yang sangat besar, adakah wujud sebarang percanggahan dalam kata-kata yang baginda nyatakan dengan kebebasan yang sangat tinggi, tanpa ketakutan, tanpa keraguan, tanpa berselindung, tanpa kerisauan, dengan kemurnian yang sejati, dengan kesungguhan yang besar, serta dalam bentuk yang boleh menimbulkan kemarahan para seterunya secara lantang dan luhur.Adakah mungkin ia bercampur dengan sebarang muslihat? Tidak sama sekali!


“إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْىٌ يُوحٰى” Ya, kebenaran tidak pernah menipu. Sesiapa yang melihat hakikat tidak pernah tertipu. Jalan baginda yang benar adalah bebas daripada muslihat. Apakah yang khayalan mampu lakukan kepada mata baginda yang melihat kebenaran supaya ia (khayalan) kelihatan seperti hakikat dan menipu mata itu?


Lelehan Kesepuluh:

Lihatlah, baginda memperlihatkan hakikat-hakikat dan membuktikan masalah-masalah yang sangat mengujakan, sangat menarik, sangat perlu dan sangat dahsyat. Kamu mengetahui bahawa yang paling banyak menggerakkan manusia ialah rasa ingin tahu. Hatta jika dikatakan kepadamu: 

55. Page

“Jika kamu memberikan separuh umurmu dan separuh hartamu, seseorang dari bulan dan Musytari akan datang. Dia akan menceritakan kepadamu tentang apa yang ada dan tiada dan keadaan di bulan dan Musytari. Dia juga akan memberitahu secara benar tentang masa depanmu dan secara benar tentang apa yang berlaku kepadamu.”


Maka, jika kamu mempunyai rasa ingin tahu, kamu akan memberinya. Padahal, dzat itu menceritakan tentang khabar-khabar Sultan yang sangat hebat yang di negara-Nya bulan adalah seperti lalat yang berlegar di sekeliling kipas. Kipas yang merupakan Bumi itu pula berputar di sekeliling sebuah lampu. Dan lampu yang merupakan Matahari itu pula adalah satu lampu dalam ribuan lampu di sebuah rumah tamu daripada ribuan tempat tinggal Sultan itu. Dia membicarakan tentang alam yang ajaib sebegitu secara hakiki dan memberi khabar tentang perubahan yang sekiranya ribuan bebola Bumi menjadi bom dan meletup, ia tidak akan menakjubkan setahap itu. Lihat! Dengarlah ” إِذَا السَّمَءُ انْفَطَرَتْ” “إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ” “اَلْقَارِعَةُ “ pada lidah baginda. Baginda memberikan khabar dengan benar tentang masa hadapan yang jika dibandingkan kepadanya, masa depan duniawi itu (hanyalah) ibarat setitis air fatamorgana. Baginda memberi khabar dengan bersungguh-sungguh tentang kebahagiaan yang sangat hebat sehingga jika dibandingkan kepadanya, semua kebahagiaan duniawi adalah (hanya) seperti nisbah satu panahan kilat yang cepat lenyap dinisbahkan dengan mentari yang sarmadi.

Lelehan Kesebelas:

Di sebalik tabir zahir alam semesta ini yang menakjubkan dan mempunyai rahsia sebegini sudah tentu dan semestinya keajaiban-keajaiban begini menanti kita. Malah seseorang yang boleh memberi

56. Page

khabar tentang keajaiban begini, dzat yang hebat dan luar biasa bermukjizat sebegini adalah perlu. Kelihatan juga daripada gerak jalan dzat ini bahawa baginda telah melihat, sedang melihat dan menceritakan apa yang baginda lihat. Baginda juga mengajar kita dengan sangat kukuh tentang apakah yang diingini oleh Tuhan langit dan bumi yang menyara kita de­ngan nikmat-nikmat-Nya dan apakah perkara yang menyebabkan Dia redha. Ketika perlu meninggalkan semua perkara dan berlari serta memberi perhatian kepada dzat yang mengajar tentang hakikat-hakikat yang lebih banyk menimbulkan rasa ingin tahu dan penting seperti semua ini adalah perlu, (maka) apakah yang berlaku kepada ramai insan yang menjadi tuli dan buta bahkan menjadi gila, sehingga mereka tidak melihat kebenaran ini, tidak mendengar hakikat dan memahaminya?


Lelehan Kedua Belas:

Sebagaimana baginda menjadi dalil bertutur dan dalil yang benar yang hak pada tahap kebenaran keesaan al-Khaliq maujudat, baginda juga adalah dalil muktamad dan dalil yang nyata tentang Hari Kebangkitan dan kebahagiaan abadi. Bahkan, sebagaimana zat itu melalui hidayahnya adalah sebab kecapaian kebahagiaan abadi dan wasilah kesampaiannya, demikianlah juga, melalui doa dan rayuannya, baginda adalah sebab kewujudan kebahagiaan abadi itu dan wasilah pewujudannya. Berdasarkan kemunasabahan maqam, kami mengulangi rahsia berikut yang telah ada dalam perbahasan Hari Kebangkitan .


Maka lihatlah! Baginda berdoa dalam satu solat yang teragung sehingga seolah-olah semenanjung ini, bahkan bumi, menunaikan solat dan merayu dengan solat baginda yang agung. Lihatlah, baginda merayu dalam jemaah yang terbesar sebegitu sehingga

57. Page

seolah-olah kesemua insan nurani dan kamil da­ripada anak-anak Adam daripada zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam sehingga masa kita sekarang, bahkan sehingga kiamat mencontohi baginda dengan patuh dan mengaminkan doa baginda.


Serta lihatlah, baginda berdoa untuk satu hajat yang umum seperti kebaqaan’ sehinggakan, bukan sahaja penduduk dunia, bahkan penghuni langit, bahkan semua makhluk menyertai rayuan baginda lalu berkata: “Oh, benar! Wahai Tuhan kami! Berilah, perkenankanlah doa baginda. Kami juga mahukannya.”


Malah baginda merayu dengan penuh rasa fakir, rasa sedih, raca cinta, rasa rindu dan tadharru’ (rasa rendah diri) sehingga menyebabkan seluruh alam semesta menangis, menyertai doa baginda.


Lihatlah juga, baginda berdoa untuk satu maksud dan tujuan yang tinggi sehingga baginda mengeluarkan insan dan alam bahkan seluruh makhluk daripada Asfala Safilin, kejatuhan, ketiadaan nilai dan ketiadaan faedah kepada A’la ‘Illiyyin yakni kepada kebernilaian, kebaqaan dan tugas mulia.


Serta lihatlah, baginda meminta dan merayu de­ngan esakan yang penuh dengan permohonan bantuan yang begitu tinggi dan dengan rayuan yang penuh dengan permohonan rahmat yang begitu manis sehingga seolah-olah baginda mendengarkannya kepada semua maujudat, langit dan ‘Arasy lalu membawa mereka kepada keterujaan lalu menyebabkan mereka melafazkan: “Amin, Allahumma Amin” kepada doa baginda.


Lihatlah juga, baginda meminta hajatnya daripada al-Qadir yang as-Sami’ dan al-Karim, daripada al-‘Alim yang al-Basir dan ar-Rahim

58. Page

yang satu kerana Dia sentiasa melihat, mendengar, memperkenan dan mengasihi suatu kehendak yang paling tersembunyi dan rayuan yang paling terselindung bagi satu makhluk bernyawa yang paling tersembunyi dengan penyaksian. Ini kerana, Dia sentiasa memberikan apa yang dimintanya walaupun melalui lisanul hal. Dia sentiasa memberi dalam bentuk yang begitu penuh dengan sifat al-Hakim, al-Basir dan penuh sifat ar-Rahim sehingga tidak akan meninggalkan keraguan kerana tarbiah dan tadbir itu adalah terkhusus kepada as-Sami’ dan al-Basir dan kepada al-Karim dan ar-Rahim yang hebat sebegitu.


Lelehan Ketiga Belas:

Agaknya, apakah yang sebenar-benarnya diingini oleh kemuliaan bangsa manusia, keunggulan alam dan masa dan kebanggaan alam semesta dengan mengambil semua insan-insan agung Bani Adam ke belakangnya, berdiri di atas bumi dan menadah ta­ngan menghadap ‘Arasy yang tinggi dan berdoa?


Lihat dan dengar! Baginda mengingini kebahagiaan abadi. Inginkan kebaqaan. Inginkan pertemuan. Inginkan syurga. Baginda meminta dengan semua nama-nama suci Ilahi yang memperlihatkan hukum-hukum dan keindahan-keindahannya pada cerminan maujudat. Hatta, sekiranya jika tiada sebab-sebab pewajib bagi tuntutan yang tidak terkira itu seperti rahmat, “inayah, hikmah dan keadilan nescaya satu doa baginda itu akan menjadi sebab kepada pembinaan syurga yang mudah kepada qudrat-Nya seperti mewujudkan musim bunga kita. Ya, sepertimana kerasulan baginda menjadi sebab kepada pembukaan negara ujian ini, seperti itu juga ubudiah baginda turut menjadi sebab kepada pembukaan negara yang satu lagi. Agaknya adakah penyusunan hebat yang disaksikan,


59. Page

kecantikan seni yang tiada kekurangan dan keindahan Rububiyyah yang tiada tandingan dalam rahmat itu yang menyebabkan ahli akal dan tahqiq berkata: “لَيْسَ فِى الْاِمْكَانِ أَبْدَعُ مِمَّا كَانَ”, dapat menerima kehodohan, kekejaman, kecelaruan sebegini? Adakah mungkin Dia mendengar kehendak-kehendak dan suara-suara yang paling kecil dan paling tidak penting lalu menunaikannya tetapi melihat hasrat-hasrat yang paling penting dan paling perlu sebagai tidak penting lalu tidak memberi perhatian, tidak memahami dan tidak melaksanakannya? Tidak sama sekali. Hasya wa Kalla! Seratus ribu kali tidak! Keindahan sebegini tidak akan menerima kehodohan sebegini dan tidak mungkin menjadi hodoh (sebegitu).


Wahai teman-teman khayalanku! Cukuplah buat masa ini. Kita perlu kembali ke belakang. Jika kita tinggal di zaman itu dan di semenanjung itu selama seratus tahun sekalipun, kita tetap tidak akan dapat menghabiskan dan kenyang menatap kesemua satu peratus daripada urusan-urusan luarbiasa dan tugas-tugas ajaib baginda.


Sekarang mari, kita akan melihat tiap-tiap kurun yang akan kita pulang di atasnya satu demi satu. Perhatikanlah bagaimana setiap kurun telah mengembangkan bungaan dengan limpahan yang diambil daripada Mentari Hidayah itu. Ia memberikan jutaan buah-buahan yang bercahaya seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafii, Bayazid al-Bistami, Syah Jailani, Syah Naqsyibandi, Imam al-Ghazali dan Imam Rabbani Rahmatullahi ‘Alaihim. Dengan menangguhkan perincian apa yang kita lihat ke waktu yang lain, kita perlu mengungkapkan selawat yang mengisyaratkan kepada sebahagian mukjizatnya yang pasti kepada pemilik mukjizat dan pembawa hidayah itu.


60. Page

عَلَى مَنْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْفُرْقَانِ الْحَكِيمُ مِنَ الرَّحْمٰنِ الرَّحٖيمِ مِنَ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ۞ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَلْفُ أَلْفِ صَلاَةٍ وَ أَلْفُ أَلْفِ سَلاَمٍ ۞ بِعَدَدِ حَسَنَاتِ أُمَّتِهِ عَلَى مَنْ بَشَّرَ بِرِسَالَتِهِ التَّوْرَيةُ وَ الْإِنْجِيلُ وَ الزَّبُورُ ۞ وَ بَشَّرَ بِنُبُوَّتِهِ الْإِرْهَاصَاتُ وَ هَوَاتِفِ الْجِنِّ وَ أَوْلِيَاءِ الْإِنْسُ وَ كَوَاهِنُ الْبَشَرِ ۞ وَ انْشَقَّ بِإِشَارَتِهِ الْقَمَرُ ۞ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَلْفُ أَلْفِ صَلاَةٍ وَ سَلاَمٍ بِعَدَدِ أَنْفَاسِ أُمَّتِهِ عَلَى مَنْ جَاءَتْ لِدَعْوَتِهِ الشَّجَرُ ۞ وَ نَزَلَ سُرْعَةً بِدُعَاءِهِ الْمَطَرُ وَ أَظَلَّتْهُ الْغَمَامَةُ مِنَ الْحَرُّ وَ شَبَعَ مِنْ صَاعٍ مِنْ طَعَامِهِ مِاٰتٌ مِنَ الْبَشَرِ ۞ وَ نَبَعَ الْمَاءُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ كَالْكَوثَرُ ۞ وَ أَنْطَقَ اللّٰهُ لَهُ الضَّبَّ وَ الظَّبْىَ وَ الْجِذْعَ وَ الذِّرَاعَ وَ الْجَمَلَ وَ الْجَبَلَ وَ الْحَجَرَ وَ الْمَدَرَ ۞ صَاحِبِ الْمِعْرَاجِ وَ مَازَاغَ الْبَصَرُ ۞ سَيِّدِنَا وَ شَفِيعِنَا مُحَمَّدٍ أَلْفُ أَلْفِ صَلاَةٍ وَ سَلاَمٍ ۞ بِعَدَدِ كُلِّ الْحُرُوفِ الْمُتَشَكِّلَةِ فِى الْكَلِمَاتِ الْمُتَمَثِّلَةِ بِإِذْنِ الرَّحْمٰنِ ۞ فِى مَرَايَا تَمَوُّجَاتِ الْهَوَاءِ عِنْدَ قِرَاءَةِ كُلِّ كَلِمَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ ۞ مِنْ كُلِّ قَارِءٍ مِنْ أَوَّلِ النُّزُولِ إِلَى أٓخِرِ الزَّمَانِ ۞ وَ اغْفِرْلَنَا وَ ارْحَمْنَا يَا إِلٰهَنَا بِكُلِّ صَلاَةٍ مِنْهَا آمِين

Aku pernah menerangkan dalil-dalil kenabian Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah kami isyaratkan secara ringkas dalam Maktub Kesembilan Belas dalam risalah berbahasa Turki yang bernama Syu‘a‘at Ma’rifah an-Nabi dan dalam Kalimah ini. Padanya juga wajah-wajah kemukjizatan al-Quran al-Hakim telah disebutkan secara ringkas. Dalam satu risalah berbahasa turki yang bernama Lamaat dan dalam Kalimah Kedua Puluh Lima aku telah menerangkan bahawa al-Quran adalah mukjizat dengan empat puluh wajah secara ringkas dan aku telah mengisyaratkan empat puluh wajah kemukjizatannya. Dalam empat puluh wajah itu, dalam sebuah tafsir berbahasa Arab bernama Isyaratul I’jaz

61. Page

(Isyarat Kemukjizatan) tentang balaghah pada susunannya sahaja, aku telah menulis dalam empat puluh muka surat. Sekiranya kamu berhajat kamu boleh merujuk kepada tiga kitab itu.


Lelehan Keempat Belas:

Al-Quran al-Hakim yang merupakan khazanah mukjizat dan Mukjizat agung, mengisbatkan kenabian Muhammad dan keesaan Ilahi pada tahap yang seqat’i itu sehingga ia tidak meninggalkan hajat kepada dalil yang lain. Kami juga akan mengisyaratkan kepada takrifnya dan satu atau dua kilauan kemukjizatannya yang telah menjadi punca kritikan. Justeru al-Quran al-Hakim yang memperkenalkan Tuhan kita kepada kita adalah terjemahan azali bagi kitab besar alam semesta ini, penterjemah abadi bagi bermacam-macam-macam lidah yang membaca ayat-ayat takwiniyyah (dalil-dalil penciptaan), pentafsir kitab alam ghaib dan alam syahadah ini, pembongkar perbendaharaan maknawi nama-nama Ilahi yang tersembunyi di muka bumi dan langit, kunci hakikat-hakikat terselindung di sebalik baris-baris peristiwa, lidah alam ghaib di alam syahadah, khazanah abadi tolehan ar-Rahman dan khitab-khitab azali as-Subhan yang berada di sebalik tabir alam syahadah ini dan datang dari sudut alam ghaib, mentari, asas dan struktur alam maknawi agama Islam, serta peta suci alam -alam ukhrawi, kata-kata penerang, tafsir penjelas, dalil qat’i, penterjemah yang terang bagi Dzat, Sifat, Asma’ dan Urusan Ilahi, murabbi (pentarbiah) alam keinsanan ini, air dan cahaya bagi agama Islam yang merupakan keinsanan terbesar, hikmah hakiki bangsa manusia, mursyid (pembimbing) dan petunjuk hakiki yang membawa manusia kepada kebahagiaan.


62. Page

Malah ia adalah sebuah kitab hikmah dan sebuah kitab syariat, sebuah kitab doa dan sebuah kitab ‘ubudiyyah, sebuah kitab perintah dakwah, sebuah kitab zikir, sebuah kitab fikir bagi manusia. Serta satu-satunya kitab suci lengkap yang mengandungi banyak buku yang boleh menjadi rujukan kepada semua keperluan maknawi insan. Serta ia adalah kitab samawi yang ibarat sebuah perpustakaan suci yang menunjukkan satu risalah yang sesuai kepada masyrab yang berbeza dan maslak yang berlainan bagi semua wali dan siddiqin, bagi semua ‘arifin dan muhaqqiqin serta sesuai dengan selera masyrab masing-masing dan akan menerangi masyrab itu. Serta sesuai dengan perjalanan setiap maslak dan menggambarkannya.


Perhatikanlah kepada kilauan kemukjizatan pada pengulangan ayat-ayatnya yang dianggap sebagai sebab kekurangan. Oleh sebab al-Quran adalah sebuah kitab zikir, kitab doa dan kitab seruan, pengulangan di dalamnya adalah mustahsan. Bahkan lebih perlu dan lebih balaghah. Bukan seperti sangkaan para pengkritik. Ini kerana, ciri-ciri zikir ialah, penera­ngan melalui pengulangan. Ciri-ciri doa ialah, penetapan melalui kekerapan. Ciri-ciri perintah dan seruan ialah, pengukuhan melalui keacapan. Semua orang tidak mampu untuk membaca semua al-Quran setiap masa. Tetapi kebanyakan mereka mampu untuk membaca satu surah. Kerana itu maqasid al-Quran yang paling penting dimasukkan dalam kebanyakan surah-surah yang panjang lalu setiap surah menjadi ibarat sebuah al-Quran kecil. Maknanya untuk tidak menghalang sesiapa sahaja, maka sesetengah maksud seperti Tauhid, Hari Kebangkitan dan Kisah Nabi Musa ‘Alaihis Salam telah diulang-ulang. Malah seperti keperluan jasmani, hajat-hajat maknawi juga adalah berlainan. Insan berhajat kepada sesetengahnya pada setiap


63. Page

nafas. Seperti hawa (udara) untuk tubuh dan Huwa [4] (Dia yakni Allah) untuk roh. Kepada sesetengahnya setiap jam seperti “بِسْمِ اللّٰهِ” dan begitulah seterusnya. Maknanya, pengulangan ayat lahir daripada keperluan yang berulang. Dengan mengisyaratkan kepada keperluan itu dan membangkitkannya lalu menggalakkannya, ia berulang untuk menggerakkan kerinduan dan selera. Al-Quran juga adalah pengasas. Ia adalah asas-asas satu Din al-Mubin (Agama yang jelas). Ia adalah dasar-dasar alam Islam ini, pengubah kehidupan bermasyarakat manusia dan jawapan kepada soalan-soalan berulang kepada pelbagai peringkat. Untuk menguatkan pengasas, pengulangan adalah diperlukan. Untuk mengukuhkan kekerapan adalah perlu. Untuk menyokong, penetapan, pembuktian dan pengulangan adalah perlu. Ia membahaskan tentang masalah-masalah yang besar dan hakikat-hakikat yang terperinci sehingga untuk menempatkannya di hati semua orang, ia perlu diulang banyak kali dalam bentuk yang berlainan. Bersama ini secara zahirnya ia adalah pengulangan. Tetapi secara makna terdapat banyak makna, banyak faedah dan banyak wajah serta peringkat pada setiap ayat. Ia disebutkan untuk makna, faedah dan maksud yang berlainan pada setiap tempat. Ibham dan ijmal al-Quran pada sesete­ngah masalah-masalah kauniyyah-nya (berkaitan alam) pula adalah kilauan kemukjizatan yang berbentuk bimbingan. Ia tidak akan boleh menjadi punca kritikan dan sebab kekurangan seperti yang dianggap oleh mereka yang mulhid.


Jika kamu berkata: Agaknya mengapakah al-Quran al-Karim tidak membahaskan tentang maujudat seperti yang dilakukan 


4 Penggunaan kalimah Huwa dalam ayat ini adalah untuk menjaga keindahan balaghah. Kalimah hawa dan huwa hampir sama bunyinya tetapi berlainan maksudnya. Untuk lebih mendalami perkara ini, sila rujuk nuktah Huwa dalam Pedoman Masa Muda.


64. Page

oleh falsafah? Mengapa ia menghuraikan sesetengah masalah secara mujmal (ringkas)? Mengapa al-Quran menyebut tentang sesetengahnya secara penuh kemudahan yang zahir yang akan membelai pandangan umum, tidak akan melukakan perasaan orang ramai dan tidak melemahkan serta meletihkan fikiran awam?



Sebagai jawapan kami boleh berkata bahawa falsafah telah menyesatkan jalan hakikat. Itulah sebabnya. Daripada pengajaran-pengajaran dan kalimah-kalimah yang lepas sudah tentu kamu faham bahawa al-Quran al-Hakim membicarakan tentang alam semesta ini supaya ia memberitahu tentang Dzat, Sifat dan Asma’ Ilahi. Yakni, dengan menerangkan makna-makna kitab alam semesta ini supaya ia dapat memperkenalkan al-Khaliq-nya. Maknanya, al-Quran memandang maujudat bukan kerana dirinya (maujudat) bahkan kerana Penciptanya. Serta al-Quran berkhitab kepada umum. Sains dan falsafah pula melihat maujudat kerana maujudat. Lebih-lebih lagi ia berkhitab kepada ahli sains. Oleh itu memandangkan al-Quran al-Hakim menjadikan maujudat sebagai dalil dan burhan, dalil pula perlu zahir dan mudah difahami oleh pandangan umum. Memandangkan al-Quran al-Mursyid juga berkhitab kepada segenap lapisan manusia. Lapisan yang paling ramai ialah lapisan masyarakat awam. Sudah tentu irsyad (bimbingan) menghendaki supaya ia dapat memujmalkan perkara yang tidak penting dengan ibham dan dapat mendekatkan perkara yang terperinci de­ngan tamsilan. Untuk tidak menjatuhkan masyarakat awam ke dalam kata-kata yang menipu (adalah dengan cara) tidak mengubah perkara-perkara yang jelas pada pandangan-pandangan zahir mereka dalam bentuk yang tidak perlu bahkan memudaratkan. Contohnya Al-Quran membicarakan matahari sebagai lampu dan pelita yang berputar.

65. Page

Ini kerana ia tidak membicarakan tentang matahari kerana matahari atau perihalnya. Bahkan al-Quran membicarakan tentang matahari kerana ia adalah paksi sejenis penyusunan dan markas susunan. Ia membicarakan tentang penyusunan dan susunan pula kerana itu adalah cerminan makrifah as-Sani’. Ya, al-Quran menyebut “وَالشَّمْسُ تَجْرِى”, matahari berputar. Dengan ungkapan berputar ini, dengan mengingatkan tentang tindak-tanduk qudrat yang tersusun pada putaran Musim Sejuk dan Panas, siang dan malam ia memahamkan tentang keagungan as-Sani’. Justeru, biarlah apa jua hakikat putaran ini, maksud yang dikehendaki tidak akan memberi kesan kepada penyusunan yang ditenun dan disaksikan. Al-Quran juga menyebut: “وَ جَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا”, dengan ungkapan pelita ini, ia memahamkan tentang rahmat dan kurniaan al-Khaliq dengan mengingatkan bahawa alam adalah seperti istana, benda-benda di dalamnya pula adalah perhiasan, makanan dan keperluan yang telah disediakan untuk manusia dan benda hidup, manakala matahari pula ialah lilin yang patuh. Sekarang lihat, apakah yang dikatakan oleh falsafah yang bingung dan becok?


Cuba perhatikan, ia berkata: “Matahari ialah ketulan api besar yang cair. Ia memutarkan planet-planet sekitar yang telah bercerai daripadanya. Kebesaran saiznya adalah seperti ini dan perihalnya adalah seperti itu begitu begini... selain daripada kedahsyatan yang menakutkan dan ketakjuban yang menggerunkan, ia tidak memberi kesempurnaan ilmu kepada roh. Ia tidak membicarakannya seperti perbahasan al-Quran. Sebagai kiasan kepada hal ini, kamu dapat memahami apakah nilai masalah-masalah falsafah yang secara batinnya adalah kosong dan zahirnya adalah bising. Janganlah terpedaya dengan kehebatan luarannya (falsafah) lalu kamu tidak

66. Page

menghormati penerangan al-Quran yang penuh kemukjizatan.


Peringatan!: Terdapat enam titisan pada Lelehan Keempat belas dalam Risalah an-Nur yang berbahasa Arab. Terutamanya terdapat enam nuktah pada Titisan Keempat. Ia menerangkan lima belas daripada empat puluh jenis mukjizat al-Quran al-Hakim. Kita ringkaskan di sini dengan berpada padanya. Jika kamu mahu rujuklah kepadanya. Kamu akan menemui satu khazanah mukjizat.


اَللّٰهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ شِفَاءً لَنَا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَ مُونِسًا لَنَا فِى حَيَاتِنَا وَ بَعْدَ مَمَاتِنَا وَ فِى الدُّنْيَا قَرِينًا وَ فِى الْقَبْرِ مُونِسًا وَ فِى الْقِيَامَةِ شَفِيعًا وَ عَلَى الصِّرَاطِ نُورًا وَ مِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا وَ فِى الْجَنَّةِ رَفِيقًا وَ إِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيلاً وَ إِمَامًا بِفَضْلِكَ وَ جُودِكَ وَ كَرَمِكَ وَ رَحْمَتِكَ يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ وَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمٖينَ آمِينَ



اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى مَنْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْفُرْقَانُ الْحَكِيمُ

وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ أَجْمَعِينَ آمِينَ


Said Nursî