NAVIGATION
22. Page
WARKAH KHUSUS UNTUK
SEBAHAGIAN SAUDARAKU
Aku akan memberitahu tentang satu nuktah bagi dua potong hadith as-Syarif kepada saudara-saudaraku yang dalam tiga bulan (Rajab, Sya’ban, Ramadhan) yang merupakan bulan-bulan ibadat ini mengutamakan wirid-wirid yang lain ke atas amalan menulis Risalah an-Nur yang dikira sebagai ibadah dari lima sudut[1].
Pertama: يُوزَنُ مِدَادُ الْعُلَمَاءِ بِدِمَاءِ الشُّهَدَاءِ
Maksudnya: Di Padang Mahsyar, dakwat-dakwat yang telah digunakan oleh para ulama hakikat akan ditimbang setaraf dengan nilai darah para syuhada’, yakni nilainya menjadi sama seperti itu.
مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِى فَلَهُ أَجْرُ مِئَةِ شَهِيدٍ
1 Kami telah meminta penjelasan lima jenis ibadah yang diisyaratkan oleh guru kami dalam warkah yang bernilai ini daripada beliau sendiri. Penjelasan yang kami ambil ialah begini:
1.Mujahadah maknawi menentang golongan yang sesat merupakan mujahadah yang paling penting.
2. Berkhidmat kepada gurunya dalam bentuk bantuan pada sudut menyebarkan
3. Berkhidmat kepada umat Islam melalui sudut keimanan.
4. Memperoleh ilmu melalui pena.
5. Melakukan ibadat tafakkur yang kadangkala satu jamnya dikira sebagai setahun ibadat.
Rusdu, Husrev dan Re’fet
23. Page
Maksudnya: “Sesiapa yang berpegang teguh dengan Sunnah-Ku (Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam) dan hakikat-hakikat al-Quran serta berkhidmat untuknya pada waktu kerosakan umat-Ku (semasa bid‘ah dan kesesatan berleluasa) akan memperoleh seratus pahala syahid.”
Wahai saudara-saudaraku yang telah jemu menulis kerana sifat malas dan wahai saudara-saudaraku yang masih cenderung dengan kesufian! Gabungan kedua-dua hadith ini menunjukkan bahawa pada zaman yang sebegini, sedirham dakwat yang ibarat nur hitam dan air kehidupan yang mengalir daripada pena-pena suci yang diberkati dan berbakti untuk hakikat-hakikat keimanan, rahsia-rahsia syariat dan Sunnah Nabi yang terpuji boleh memberi manfaat seberat seratus dirham darah syuhada kepada kalian pada Yaum al-Mahsyar. Sekiranya begitu berusahalah untuk memperolehnya.
Jika kalian berkata: “Dalam hadith Nabi terdapat ungkapan ulama, walhal sebahagian kami hanyalah penulis.”
Jawapan: Orang yang membaca risalah-risalah dan pengajaran-pengajaran ini dengan kefahaman dan penerimaan selama satu tahun boleh menjadi ulama yang penting dan hakiki bagi masa kini. Jika dia tidak faham sekalipun, memandangkan murid-murid Risalah an-Nur mempunyai keperibadian maknawi, (maka) tidak syak lagi bahawa peribadi maknawi itulah ulama yang penting dan besar bagi masa ini.
Pena-pena kalian pula ialah jari-jemari peribadi maknawi itu. Walaupun pada pandanganku sendiri aku adalah tidak layak, tetapi berdasarkan sangka baik kalian, oleh sebab kalian telah memberikan kedudukan seorang guru kepada si Miskin ini dan
24. Page
kedudukan seorang alim kepadanya dari sudut dijadikan sebagai ikutan, maka secara tidak langsung kalian turut terlibat. Ini kerana aku (sebenarnya) “separuh ‘ummi” (tidak mahir menulis), maka pena-pena kalian dikira sebagai penaku dan kalian layak mendapat pahala yang disebutkan dalam hadith Nabi.”
Said Nursi