Kilauan Pertama

17. Page

Kilauan Pertama


Sesungguhnya munajat Nabi Yunus bin Matta (selawat dan salam dicurahkan ke atas Nabi kita Yunus) merupakan salah satu daripada munajat-munajat yang paling agung. Munajat ini juga merupakan wasilah pengabulan doa yang paling penting.


Ringkasan kisah yang masyhur mengenai Nabi Yunus adalah seperti berikut: Baginda dicampakkan ke laut. Seekor ikan yang besar menelannya. Dalam keadaan laut bergelora, malam tidak tenteram dan gelap serta harapan terputus dari segenap arah itu, munajat baginda; لاَ إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ secara pantas menjadi perantara keselamatan baginda.


Sesungguhnya rahsia agung bagi munajat ini adalah seperti berikut: Dalam keadaan itu, segala sebab (keselamatan) terputus secara keseluruhannya. Kerana dalam keadaan seperti itu, baginda memerlukan suatu kuasa di mana ikan, laut, malam malah ruang angkasa sekalipun akan mendengar daripadanya. Kerana malam, laut dan ikan nun bergabung untuk menentangnya. Justeru, hanya Zat yang mampu menundukkan ketiga-tiganya secara sekaligus di bawah perintah-Nya sahajalah yang dapat membawa Nabi Yunus ke pantai yang selamat. Kalaulah semua makhluk

18. Page

menjadi khadam baginda sekali pun, nescaya semua itu tetap tidak memberi faedah walaupun satu sen. Maknanya sebab-sebab tidak boleh memberi kesan.


Oleh sebab Nabi Yunus memahami secara ainul yakin bahawa tiada tempat berlindung kecuali kepada al-Musabbib al-asbab (penyebab bagi segala asbab iaitu Allah), serta oleh sebab rahsia keesaan tersingkap dalam cahaya tauhid, maka munajat itu membuatkan malam, laut dan ikan secara serentak tunduk (kepada Baginda).


Melalui cahaya tauhid itu, ia mengubah perut ikan Nun besar itu menjadi kapal selam. Ia mengubah laut yang padanya terdapat ombak-ombak dahsyat seperti gunung-ganang yang bergegar menjadi padang pasir yang aman tenteram, taman untuk persiaran dan tempat mengambil angin. Melalui cahaya tauhid itu juga, munajat itu menyapu awan (hitam) dari wajah langit dan menjadikan bulan sebagai lampu di atasnya.


Makhluk-makhluk menakutkan yang mengancam dan menghimpitnya dari segenap arah itu memperlihatkan wajah persahabatan dari setiap sudut. Sehinggalah baginda berlabuh di pantai yang selamat. Sesungguhnya baginda menyaksikan Lutuf Rabbani (kesantunan Ilahi) itu di bawah pohon labu.


Demikianlah kita, sesungguhnya kita berada dalam keadaan yang seratus kali ganda lebih menakutkan berbanding dengan keadaan pertama Nabi Yunus. Malam kita ialah masa hadapan. Malah, melalui pandangan kelalaian, masa hadapan kita adalah seratus kali ganda lebih gelap dan lebih dahsyat daripada malam Nabi Yunus. Laut kita ialah bumi kita yang berputar-putar dalam kebingungan. Di dalam setiap ombak laut ini terdapat

19. Page

ribuan jenazah. Ia adalah seribu kali ganda lebih menakutkan daripada laut Nabi Yunus.


Manakala hawa nafsu kita ialah ikan Nun kita. Ia berusaha menekan lalu membinasakan kehidupan abadi kita. Ikan Nun ini adalah seribu kali ganda lebih bermudarat daripada ikan Nabi Yunus. Kerana ikan besar (yang menelan) Nabi Yunus hanya membinasakan kehidupan yang selama seratus tahun. Manakala ikan besar kita berusaha untuk memusnahkan kehidupan kita yang selama ratusan juta tahun.


Memandangkan beginilah keadaan sebenar kita, maka kita juga sepatutnya mencontohi Nabi Yunus dengan cara memalingkan wajah kita daripada segala asbab lalu berlindung secara langsung kepada Rabb kita yang merupakan al-Musabbib al-Asbab dengan melafazkan لاَ إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.


Kita juga perlu memahami secara ainul yakin bahawa hanya Zat yang mana masa hadapan kita di bawah perintah-Nya, dunia di bawah pemerintahan-Nya dan jiwa kita di bawah pengurusan-Nya sahajalah yang boleh menghalang bahaya-bahaya masa hadapan, dunia dan hawa nafsu yang bersama-sama menentang kita kerana kelalaian dan kesesatan kita.


Agaknya adakah wujud sebab yang lain selain daripada Pencipta langit dan bumi yang boleh mengetahui lintasan-lintasan hati kita yang paling halus dan paling rahsia, boleh menerangi masa hadapan dengan mencipta akhirat untuk kita dan boleh menyelamatkan kita daripada ratusan ribu ombak dunia yang melemaskan. Hasya! Tidak sama sekali. Sesungguhnya tiada sesuatu pun selain daripada Zat al-Wajib al-Wujud yang dapat

20. Page

membantu dan menjadi penyelamat daripada mana-mana aspek tanpa keizinan dan kehendak-Nya.


Memandangkan beginilah keadaan sebenar, maka sebagaimana di penghujung munajat itu, ikan Nun menjadi kenderaan dan kapal selam, laut menjadi padang pasir yang indah dan malam berubah terang disiram purnama kepada Nabi Yunus. Melalui rahsia munajat ini, kita juga sepatutnya melafazkan: لاَ إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.


Kita perlu menarik pandangan rahmat-Nya kepada masa hadapan kita melalui ungkapan لاَ إِلَهَ إِلا أَنتَ, kepada dunia kita melalui ungkapan سُبْحَانَكَ, dan kepada jiwa kita melalui ungkapan إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. Hal ini demikian supaya masa hadapan kita bersinar dengan cahaya keimanan dan sinaran purnama al-Quran. Hal ini juga supaya kedahsyatan dan kesunyian malam kita itu berubah menjadi kemesraan dan kenyamanan.


Selain itu, supaya dunia dan bebola bumi kita; yang mempunyai ombak-ombak tahun dan kurunnya yang sentiasa ditumpangi jenazah-jenazah yang tidak terkira kerana bergantinya kematian dan kehidupan lalu dicampak ke dalam ketiadaan, juga dapat memasuki hakikat keislaman yang ibarat bahtera maknawi yang dibina di makmal al-Quran al-Hakim. Seterusnya supaya kita dapat berlayar di lautan itu dengan selamat sehingga kita berlabuh di pantai yang selamat lalu menamatkan tugas kehidupan kita.


Demikian juga supaya dengan memperbaharui pemandangan-pemandangan persiaran itu yang bagaikan layar-layar panggung wayang, maka sebagai ganti kepada kesunyian dan kedahsyatan; ribut-ribut dan goncangan-goncangan laut itu memberikan

21. Page

keseronokan lalu membelai pandangan iktibar dan tafakur serta meneranginya. Malah, mudah-mudahan melalui rahsia al-Quran dan tarbiah al-Furqan ini, nafsu kita akan menjadi kenderaan yang tidak akan menunggang kita bahkan ia membolehkan kita menunggangi nafsu kita lalu menjadi satu wasilah yang kuat untuk kita memperoleh kehidupan abadi.


Kesimpulan: Memandangkan manusia dari aspek fitrahnya secara menyeluruh, sebagaimana dia merasa kesakitan apabila menghidap demam, dia juga merasa sakit dengan gempa dan goncangan bumi serta gempa terbesar ketika kiamatnya alam semesta. Malah sebagaimana dia takut kepada virus kecil yang tidak dapat dilihat kecuali dengan mikroskop, dia juga takut dengan meteor yang muncul di antara jirim-jirim yang tinggi (di langit).


Serta sebagaimana dia mencintai rumahnya, dia juga mencintai dunia yang besar. Sebagaimana dia mencintai kebunnya yang kecil, dia juga mencintai syurga abadi yang tiada

sempadan dengan kerinduan yang amat sangat, maka, sudah tentu bagi manusia yang seperti ini, hanya Zat yang seluruh alam semesta ini berada dalam genggaman urusan-Nya, dan segala zarah dan bintang-bintang yang bergerak berada di bawah perintah-Nya sahajalah yang boleh menjadi (Tuhan) yang disembah, Rabb, tempat berlindung, penyelamat dan tujuannya. Maka sudah tentu manusia yang seperti itu perlu sentiasa melafazkan لاَ إِلَهَ إِلا

أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ seperti Nabi Yunus.

22. Page

7(سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَٓا اِلَّأ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ)



















7 Maha suci Engkau (Ya Allah!) Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah, 2:32)