NAVIGATION
5. Page
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Syukur dan pujian sebanyak bilangan zarah alam semesta kepada Rabb yang menurunkan al-Quranul Karim yang berkhitab (memberi mesej) kepada segenap lapisan manusia pada setiap kurun dengan hakikat-hakikatnya yang kekal sehingga kiamat. Selawat dan salam sebanyak huruf yang ditulis oleh pena dan dibahasakan dengan kata-kata kepada kebanggaan seluruh alam (g) yang memberi khabar gembira bahawa: “Sesungguhnya dalam setiap seratus tahun, Allah akan mengutuskan seseorang yang memperbaharui agama-Nya kepada umat ini” dan memberi pujian nubuwwah kepada ulama-ulama tersebut dengan bersabda bahawa: “Ulama-ulama umat ini adalah seperti para rasul Bani Israil."
Al-Quran adalah ‘Kalamullah’, ia adalah khazanah yang tidak akan habis dan luak. Oleh sebab Firman Ilahi datang daripada keazalian, ia akan menuju keabadian. Pada setiap kurun, bertepatan dengan asas-asas yang sama, ribuan tafsir
6. Page
yang bermatlamatkan pengistifadahan insan dan mengandungi perincian yang lebih indah daripada satu sama lain ditulis dengan perbahasan tentang kehalusan-kehalusan al-Quran yang memberikan ketenangan kepada akal. Dengan limpahan dan ilham daripada al-Quran, para alim yang muhaqqiq dan mudaqqiq menulis tentang pedoman yang sesuai bagi setiap kurun dan merawat penyakit-penyakit generasi mereka dengan penawar-penawar yang mereka pungut daripada farmasi Kalam Ilahi yang tiada bandingan.
Dengan kemunculan fitnah dahsyat pada akhir zaman dan kesannya yang dikhabarkan melalui hadis-hadis dalam seratus tahun yang kita hidup ini, kemanusiaan diheret kepada bencana dan kehancuran maknawi dalam bentuk yang belum pernah kita lihat dalam sejarahnya.
Badiuzzaman Said Nursi, seorang tokoh ulama’ yang berjuang menghadapi keruntuhan iman telah berjaya menyelamatkan jutaan masyarakat Turki pada zamannya dengan karyanya Risalah An-Nur. Beliau memberitahu melalui khutbah di Syam pada tahun 1910 bahawa jalan keluar kita ialah: “Penawar bagi abad yang sakit, bangsa yang berpenyakit dan anggota yang lumpuh ialah menuruti al-Quran. Penawar bagi benua besar yang malang, negara hebat yang tidak bertuah dan kaum mulia yang tidak bertuan ialah kesatuan Islam.” (Maktubat 2)
Sekilas Tentang Risalah An-Nur
Di kala persepsi materialistik Barat tersebar di seluruh Dunia Islam pada abad kedua puluh, kehancuran politik, ekonomi dan kebudayaan yang mendalam terlihat di kalangan masyarakat orang
7. Page
Islam. Keraguan dan persengketaan muncul di kalangan orang Islam seiring kesetiaan mereka pada Islam kian melonggar. Manusia menjauh dari Al-Qur’an dan Sunnah, akhlak Islamiah merosot dan ateisme tersebar.
Badiuzzaman Said Nursi mengarang Koleksi Risalah An-Nur adalah untuk meneutralisasikan kesan negatif peradaban Barat dalam Dunia Islam, untuk mendiamkan ateis yang mengkritik agama secara agresif, untuk memperbaharui kesetiaan orang Islam terhadap Al Quran dan Sunnah, dan untuk membangkitkan kehidupan beragama manusia.
Risalah An-Nur adalah koleksi atau himpunan 130 risalah yang terhimpun di empat buku utama iaitu Al-Kalimat (Kalimah-Kalimah), Al-Maktubat (Surat-Surat), Al-Lama’at (Kilauan) dan As-Syua’at (Sinaran). Al-Kalimah (Surat-Surat) mengandungi 33 risalah, Al-Maktubat mengandungi 33 risalah, Al-Lama’at (Kilauan) mengandungi 33 risalah dan As-Syua’at (Sinaran) pula mengandungi 15 risalah. Maktub (Surat) ke-28 mengandungi 8 risalah, manakala Maktub (Surat) ke-29 mengandungi 9 risalah. Maka, jumlah semuanya adalah 130 risalah, di mana sebahagian daripada risalah tersebut adalah pendek, mungkin hanya 2 atau 3 muka surat, sedangkan sebahagian yang lain mempunyai 80-90 muka surat.
Selain daripada buku yang disebut di atas, terdapat juga 2 buku utama yang lain yang ditulis asalnya dalam bahasa arab pada era ‘Said Lama’ iaitu Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz dan Al-Mathnawi al-Nuriyyah. Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz adalah tafsir surah Al-Fatihah dan 31 ayat pertama dari surah Al-Baqarah. Mathnawi al-Nuriyyah pula dikenali sebagai ‘anak pokok’ kepada koleksi Risalah An-Nur, kerana ia umpama indeks kepada semua
8. Page
topik yang ada dalam koleksi Risalah An-Nur. Kedua-dua buku ini juga dimasukkan ke dalam himpunan atau koleksi Risalah An-Nur.
Bahagian utama yang terakhir yang akhirnya dimasukkan ke dalam koleksi Risalah An-Nur adalah Lahikalar (Lampiran) yang terdiri daripada 3 buku iaitu Lampiran Surat Barla, Lampiran Surat Kastamonu, dan Lampiran Surat Emirdag. Buku-buku ini mengandungi surat-surat antara Badiuzzaman Said Nursi dan pengikutnya dalam menjawab segala persoalan tentang iman dan agama, serta perjalanan Khidmat Al-Quran di pelbagai kampung, desa dan kota di seluruh Turki. Surat-surat ini berkhidmat untuk menasihati, membimbing, mengarah dan menguruskan khidmat dakwah kepada pengikutnya dari jauh. Semua lampiran surat-surat ini dinamakan Maktub (surat) ke-27.
Selain dari buku-buku utama di atas, terdapat juga beberapa buku lain seperti Asa-yi Musa (Tongkat Nabi Musa), Siraju’n-Nur (Lampu Cahaya), Sikke-i Tasdik-i Gaybi (Setem Pengesahan dari Ghaib), Tılsımlar (Misteri-Misteri), dan buku-buku kecil seperti Pedoman Masa Muda, Pedoman Para Wanita dan Penawar Rahmat dan Kasih Sayang. Semua topik buku-buku ini adalah kompilasi risalah yang diambil daripada buku-buku utama yang disebutkan tadi.
Mungkin juga ada yang tertanya kenapa semua buku ini diberikan nama Koleksi Risalah An-Nur. Badiuzzaman Said Nursi menjelaskan ini di As-Syua’at (Sinaran) seperti berikut:
“Sebab kenapa Kalimah ketiga puluh tiga dan Surat ketiga puluh tiga diberi nama Risalah An-nur adalah seperti berikut; sepanjang hidupku aku sudah berjumpa dengan kalimah ‘Nur’ (cahaya) dalam banyak bentuk.
9. Page
Ringkasnya:
1. Kampungku adalah Nurs.
2. Nama arwah ibuku adalah Nuriya.
3. Syeikh Naqshiku adalah Sayyid Nur Muhammad.
4. Syeikh Qadiriku adalah Nuraddin.
5. Salah seorang guru Al-Qur’anku adalah Nuri.
6. Pelajar-pelajarku yang paling berminat denganku adalah mereka yang namanya Nur.
7. Metafora yang terbaik menerangkan dan mencerahkan buku-buku aku adalah Nur (cahaya, matahari, dll).
8. Ayat yang pertama terdetik dalam fikiran dan membuatkan mindaku sibuk adalah ayat, “Allah adalah Nur langit dan bumi.”
9. Nama yang paling berguna dalam menyelesaikan kesukaran yang aku hadapi sewaktu berurusan dengan kebenaran Ilahi adalah nama Nur berbanding dengan nama-nama tercantik Allah yang lain.
10. Panduan khas aku untuk usahaku yang berkesan terhadap Al-Qur’an dan aku membatasi khidmatku kepada (Sayidina Uthman) Zinnurrayn
Oleh itu, saya telah menamakan semua koleksi risalah sebagai Risalah An-Nur.”
10. Page
Tentang Buku Ini
Buku Munajat Nabi Yunus dan Nabi Ayub merupakan himpunan 3 risalah dari buku Al-Lama’at (Kilauan) iaitu kilauan pertama, kilauan kedua dan kilauan ketiga. Himpunan ini adalah inisiatif pihak Penerbitan Hayrat untuk memperbanyakkan risalah-risalah ringkas bagi memudahkan para pembaca. Kilauan pertama hingga Kilauan ketujuh ditulis di Barla pada tahun 1933. Badiuzzaman Said Nursi pada Kilauan pertama menjelaskan secara ringkas kisah Nabi Yunus yang berada dalam tiga kegelapan dalam perut ikan Nun dan bagaimana Nabi Yunus selamat sampai ke pantai dengan munajatnya. Kemudian, Badiuzzaman menjelaskan tiga kegelapan buat kita pada akhir zaman dan bagaimana munajat Nabi Yunus boleh menyelamatkan kita dari kegelapan itu.
Kilauan kedua pula menerangkan hakikat penyakit dan musibah dari kaca mata iman. 5 nuktah rahsia munajat Nabi Ayub dijelaskan dengan bahasa yang indah oleh Badiuzzaman Said Nursi. Manakala kilauan ketiga berkisar tentang munajat يَا بَاقِى اَنْتَ الْبَاقِى dan tafsiran ayat كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ. Kilauan ini mempunyai 3 nuktah yang menerangkan makna hakikat cinta di mana dalam fitrah manusia itu terdapat rasa cinta yang mendalam terhadap kekekalan.
Nota Terjemahan
Terjemahan buku yang berada di tangan pembaca yang mulia adalah hasil tuaian pemikiran, petikan kesungguhan, hasil buah kepenatan yang bukan sedikit, dan mengikut metode terjemahan
11. Page
serta kayu ukur yang tepat, yang bukanlah mudah dan tidak pula senang untuk dihasilkan.
Kepada sesiapa yang sudah biasa membaca Risalah an-Nur pasti akan faham tentang kedalaman falsafah, kekayaan bahasanya dan penggunaan terminologi daripada disiplin ilmu yang pelbagai membuatkan ia bukanlah mudah untuk diterjemahkan. Apatah lagi, penulis juga merupakan seorang ulama’ intelektual berkaliber dan juga menghafal banyak buku Turath Islam dan sains pada zamannya. 90 jilid buku yang dihafalnya dalam masa 3 bulan sahaja terdiri daripada pelbagai bidang ilmu seperti balaghah, nahu, mantik, falsafah, bahasa,
syair, malah termasuk bidang sains seperti matematik, geometri, geografi, astronomi dan kamus bahasa Arab, Parsi dan Turki. Tambahan pula, penulis sangat mahir di dalam bidang ilmu Islam seperti tafsir, hadis, ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.
Maka dalam jawatankuasa Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat terdiri daripada pakar yang menguasai bahasa Turki-Uthmani, Arab dan Melayu. Di samping itu juga, mereka juga adalah dari bidang agama. Proses terjemahan dibantu juga oleh penyunting yang pakar dalam Risalah An-Nur dari Turki.
Terjemahan ini adalah daripada Bahasa Arab diterjemahkan oleh orang-orang Melayu yang mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ada juga penterjemah orang Melayu yang mahir dalam Bahasa Turki. Mereka juga dibantu dan dikuatkan dengan penterjemah dan penyemak dari orang-orang Turki yang mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Setelah diterjemahkan daripada Bahasa Arab, terjemahan tersebut kemudiannya disemak dan dibandingkan menurut buku-buku asal Risalah An-Nur
12. Page
dalam Bahasa Turki. Sedia dimaklumi bahawa kebanyakan karya Badiuzzaman dikarang dalam Bahasa Turki. Ada beberapa buku yang dikarang dalam Bahasa arab juga seperti Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz dan Al-Mathnawi al-Nuriyyah. Buku-buku Risalah An-Nur yang diterjemahkan kepada Bahasa Arab daripada Bahasa Turki oleh Pusat Terjemahan Dan Kajian Ilmu Altınbasak Turki diambil sebagai rujukan ketika penterjemahan kepada Bahasa Melayu.
Selepas satu buku diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia kemudiannya akan disemak di hadapan para pakar dan ustaz yang sampai 10 atau lebih bilangannya. Mereka terdidik sejak puluhan tahun dengan Risalah An-Nur, maka mereka memahaminya dengan sangat baik. Sesungguhnya mereka berkumpul daripada seluruh pelosok bumi Turki untuk menyemak, dan meneliti teks terjemahan tersebut. Para penterjemah membaca terjemahan bahasa Melayu yang mereka bentangkan itu kalimah demi kalimah dan ayat demi ayat. Kemudian mereka menterjemahkan apa yang mereka tulis dengan bahasa Melayu itu ke bahasa Turki secara langsung tanpa bergantung dengan teks asal bagi risalah- risalah tersebut, kemudian para penyemak melihat kepada teks Turki-Uthmani jika makna terjemahan yang mereka nukilkan itu secara langsung daripada bahasa Melayu ke bahasa Turki adalah bertepatan dengan makna yang wujud dalam teks asal dengan setiap perinciannya. Jika bertepatan mereka menerimanya, jika tidak mereka menolaknya kembali kepada mereka agar dibetulkan semula.
Lihatlah sejauh mana para penterjemah begitu penat dan bersungguh-sungguh, dan setinggi mana terjemahan ini sampai kepada ketelitian dan perincian, daripada bahasa Turki atau
13. Page
bahasa Arab kepada bahasa Melayu dan kepada bahasa Turki sekali lagi, dan begitulah pada setiap kalimat dan pada setiap ayat.
Penutup
Semoga buku ini juga memberikan ilmu, semangat, pedoman, dan menjadi penawar kepada sakit-sakit maknawi yang ada kepada pembaca. Semua kebaikan yang ada dalam terjemahan buku ini datang daripada Allah, dan segala kekurangan, kecuaian dan kesalahan adalah datang daripada kami. Semoga Allah memberikan limpahan rahmat kepada penulis Risalah An-Nur, Imam Badiuzzaman Said Nursi, dan kepada semua yang mendedikasi hidupnya untuk menyebarkan risalah-risalah ini.
Penerbitan Hayrat
Jawatankuasa Penterjemahan dan Kajian Ilmiah
Jamadil Akhir 1443 - Januari 2022
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS