NAVIGATION
36. Page
Isyarat yang Amat Singkat kepada
Hakikat yang Amat Penting
Melalui sesetengah hadith as-syarif terdapat isyarat bahawa pada akhir zaman, hakikat-hakikat iman akan berkembang pesat di kalangan wanita. Maka mereka akan lebih terpelihara daripada bahaya-bahaya kesesatan zaman itu. Dalam satu hadith, baginda bersabda: عَلَيْكُمْ بِدِينِ الْعَجَائِزِ yakni, pada akhir zaman, contohilah agama para wanita tua. Ini bermakna kejujuran dan keikhlasan yang lahir daripada sifat pengasih pada para wanita yang merupakan pahlawan kasih-sayang itu menjadi wasilah untuk menyelamatkan diri daripada bahaya-bahaya kesesatan zaman itu yang penuh kepura-puraan dan dapat memelihara agama Islam.
Dalam hadith yang lain baginda bersabda: اَبِى الْبَنَاتِ مَرْزُوقٌ yakni keberkatan turun pada rezeki bapa yang memiliki anak perempuan. Ini bermakna di akhir zaman anak-anak perempuan akan menjadi ramai. Di samping diberkati, rezeki mereka juga menjadi berkat. Sebelum ini, aku tidak mengetahui rahsia bagi hadith-hadith seperti ini. Syukur kepada Allah Ta‘ala kerana akhirnya aku telah memahami rahsia itu serba sedikit. Kami akan memberi satu isyarat secara amat ringkas:
Oleh sebab anak-anak kecil dalam bangsa manusia tidak boleh menguasai diri sendiri dengan pantas seperti haiwan-haiwan yang lain dan oleh sebab mereka berhajat kepada perlindungan yang ada kasih-sayang yang bukan dua atau tiga bulan seperti haiwan bahkan selama sepuluh tahun bahkan lebih banyak dalam kehidupan, maka kerana rahsia ini, kasih-sayang terhadap anak-anak pada manusia yang berbeza dengan jenis haiwan, perlu berterusan sebagai sifat yang fitrah.
37. Page
Malahan, melalui hikmah untuk memberi bantuan dan perlindungan yang sempurna kepada anak-anak yang tidak berupaya dan ibu-ibu yang daif maka pada lelaki juga, sifat seperti menjaga kemuliaan dan kehormatan telah disematkan dalam fitrahnya.
Dalam sifat kehormatan ini, satu sifat kepahlawanan yang jujur, tiada bayaran, tiada balasan dan sejati telah disertakan. Tetapi oleh sebab sifat itu telah rosak sedikit akibat sesetengah sebab, maka kebanyakan sifat kepahlawanan yang sejati dan suci telah melemah. Namun, sifat pahlawan kasih-sayang yang merupakan sifat fitrah pada para wanita itu tidak rosak. Maka hadith-hadith as-syarif seperti itu mengisyaratkan dan mengkhabarkan secara simbolik bahawa sifat fitrah ini akan menjadi khidmat yang besar di kalangan umat Islam di akhir zaman dan akan menjadi asas dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam daerah keislaman.
Said Nursi