Masalah Penting yang Tiba-tiba Diperingatkan

71. Page

Masalah Penting yang

Tiba-tiba Diperingatkan

Difahami daripada riwayat hadith Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa golongan perempuan dan fitnah mereka memainkan peranan yang paling dahsyat dalam fitnah akhir zaman. Ya, sebagaimana dicatatkan dalam sejarah dan pada zaman dahulu bahawa sebuah pasukan tentera yang terdiri daripada kalangan wanita bersenjata yang bernama “Wanita Amazon” telah melancarkan serangan-serangan yang luar biasa.


Sama seperti itu juga pada zaman ini, dalam peperangan oleh kesesatan golongan zindik terhadap Islam, melalui perancangan nafsu amarah, kelompok paling dahsyat yang diserahkan kepada kawalan syaitan ialah golongan wanita yang betisnya terdedah dan perempuan separuh bogel yang menggoda dan menyerang golongan beriman dengan betis terdedah mereka yang seolah-olah pisau-pisau yang tajam. Melalui usaha menutup jalan pernikahan dan meluaskan jalan pelacuran mereka menawan nafsu ramai orang secara serentak lalu mencederakan hati dan roh mereka dengan dosa-dosa besar. Bahkan mereka membunuh sebahagian daripada hati-hati itu. Sebagai balasan yang setimpal kerana menunjukkan keinginan nafsu kepada yang bukan mahram selama beberapa tahun, betis-betis yang berpisau itu akan menjadi kayu api neraka lalu betis-betis itulah yang paling awal akan dibakar. Oleh sebab wanita sebegitu telah menghilangkan kepercayaan dan kesetiaan di dunia, maka dia tidak akan lagi menemui si suami yang sepadan yang sangat diingininya secara

72. Page

lumrah dan dihajatinya secara fitrah. Jika ditemui sekalipun, suami itu akan menjadi musibah kepada diri mereka. Hatta difahami daripada riwayat hadith bahawa sebagai natijah kepada keadaan ini, akibat hilangnya minat dan tiadanya pemeliharaan terhadap ikatan pernikahan pada akhir zaman itu, di sesetengah tempat, para wanita akan menjadi tidak penting, terbiar dan tidak bernilai sehingga seorang lelaki boleh menguasai empat puluh orang wanita.


Memandangkan inilah hakikat; memandangkan semua yang cantik sukakan kecantikannya serta sedaya upaya mahu memeliharanya dan tidak pernah menghendaki kecantikan itu rosak; dan memandangkan kecantikan adalah suatu nikmat, maka jika nikmat itu disyukuri ia akan sentiasa bertambah secara maknawi. Sebaliknya jika tidak disyukuri ia akan berubah dan menjadi hodoh.


Sudah tentu jika akalnya ada, dia akan sedaya upaya menghindarkan diri daripada mengunakan keindahan dan kecantikannya sebagai wasilah untuk meraih dosa serta penyebab keberdosaan orang lain, menjadikannya hodoh dan beracun serta mengubah nikmat itu menjadi punca keazaban dengan mengkufurinya.


Untuk mengekalkan kecantikan fana yang selama lima atau sepuluh tahun itu, dia akan mensyukuri nikmat dengan menggunakannya mengikut cara yang disyariatkan. Jika tidak, dia akan terdedah kepada perkara yang tidak disukainya dalam tempoh yang lama pada masa tua dan akan menangis bagaikan tiada harapan. Betis-betis yang mendapat dan memperolehkan banyak dosa itu akan kelihatan seperti ular

73. Page

di dalam kuburnya dan dia akan menanggung azab kerana anggota-anggota cantiknya yang telah menjadi hodoh itu terbakar di neraka.


Jika kecantikan itu diindahkan dengan hiasan adab-adab al-Quran dalam lingkungan tarbiah Islam, sesungguhnya telah termaktub di dalam hadith secara qat’i bahawa kecantikan yang fana itu akan berkekalan secara maknawi dan akan diberikan semula kepadanya dalam bentuk yang lebih menawan dan lebih gemilang berbanding dengan kecantikan para bidadari di syurga. Jika orang yang cantik itu memiliki akal walaupun sebesar zarah, dia tidak akan melepaskan natijah yang baik, gemilang dan abadi ini daripada genggamannya.