Mengapa Membujang?

38. Page

Mengapa Membujang?

بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ

وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهٖ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ ابدًا دائمًا

Jawapan kepada soalan yang ditanya melalui akhbar-akhbar di tempat-tempat penting di negeri yang lain: “Mengapa kamu tetap membujang dan menyalahi Sunnah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam?”


Mula-mula: Kami telah membacakan surat kalian kepada Ustaz kami yang sangat uzur. Ustaz kami pula telah berkata: “Sekiranya tidak uzur, aku akan menulis jawapan yang terperinci kepada saudara-saudaraku yang sangat bernilai, teliti dan diberkati ini. Tetapi oleh sebab keadaanku yang teruk ini tidak mengizinkan, kalian boleh menulis beberapa noktah yang sangat ringkas kepada saudara-saudaraku yang diberkati dan sejati itu dan kepada teman-temanku di dalam khidmat al-Quran itu.”


Noktah Pertama: Pada zaman yang berhajat kepada mereka yang benar-benar sanggup berkorban untuk mengorbankan segala miliknya di hadapan serangan kezindikan yang sangat dahsyat sejak empat puluh tahun, demi kebenaran al-Quran al-Hakim, aku telah memutuskan untuk mengorbankan bukan sahaja kebahagiaan duniawiku bahkan sekiranya perlu, kebahagiaan akhiratku juga. Bukan sahaja mengahwini

39. Page

isteri-isteri dunia yang sementara yang merupakan satu sunnah bahkan sekiranya aku diberikan sepuluh bidadari di dunia ini pun aku terpaksa meninggalkan mereka supaya aku boleh berkhidmat untuk hakikat al-Quran dengan keikhlasan yang hakiki.


Ini kerana pihak-pihak tidak beragama (atheis) yang dahsyat ini melakukan serangan-serangan dan muslihat-muslihat yang sangat dahsyat sehingga untuk menghadapi mereka ini, kita perlu melakukan pengorbanan yang sangat besar dan tidak menjadikan usaha-usaha agama sebagai alat kepada apa jua perkara melainkan demi keredhaan Allah semata-mata.


Demi urusan sara hidup anak isteri, sesetengah ulama yang kebuntuan dan insan-insan bertakwa telah memberikan fatwa yang menghalalkan perkara bid‘ah ataupun mereka kelihatan menyokongnya. Terutamanya ketika berhadapan dengan serangan-serangan dahsyat seperti pengharaman ajaran agama dan larangan laungan Azan. Oleh sebab itu, di hadapan keperluan kepada pengorbanan, ketabahan dan keteguhan terbesar dan supaya tidak berhajat daripada apa jua, maka aku meninggalkan adat perkahwinan yang merupakan satu sunnah supaya aku tidak masuk ke dalam banyak perkara yang haram dan supaya aku boleh melaksanakan banyak perkara yang wajib dan fardu. Seratus dosa tidak patut dilakukan kerana satu sunnah. Ini kerana sesetengah guru yang melaksanakan satu sunnah dalam tempoh empat puluh tahun mengetahui bahawa mereka terpaksa melakukan sepuluh dosa besar dan perkara haram serta meninggalkan sebahagian sunnah dan fardu.

40. Page

Noktah Kedua: Perintah-perintah seperti dalam ayat فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ dan di dalam hadith تَنَاكَحُوا تَكَاثَرُوا bukanlah perintah yang berbentuk berterusan dan wajib. Bahkan merupakan perintah-perintah yang berbentuk istihbab (galakan) dan sunat. Bahkan bergantung kepada syarat-syarat. Bukan juga untuk semua orang dan setiap masa. Begitu juga لاَ رُهْبَانِيَّةَ فِى الْاِسْلاَمِ tiada kerahiban di dalam Islam. Bukanlah bermakna membujang adalah ditolak, salah dan haram seperti (yang diamalkan) para rahib. Bahkan untuk berkhidmat kepada kehidupan bermasyarakat berdasarkan rahsia hadith خَيْرُ النَّاسِ مَنْ يَنْفَعُ النَّاسَ ia adalah pengutamaan kepada adat Islam yang berbentuk kemasyarakatan. Jika tidak, ribuan ahli hakikat dari kalangan Salafussoleh telah beruzlah di dalam gua buat sementara waktu. Mereka telah membebaskan diri daripada perhiasan-perhiasan dunia yang fana dan telah menjauhkan diri daripadanya supaya mereka dapat berbakti sepenuhnya untuk kehidupan abadi mereka.


Memandangkan terdapat ramai di kalangan Salafussoleh yang meninggalkan dunia untuk diri dan kesempurnaan abadi yang bersifat peribadi dan khususi, maka sudah tentu meninggalkan dunia yang akan lenyap dan fana untuk kebahagiaan abadi insan-insan yang tidak berdaya yang bukan khususi bahkan secara menyeluruh dan umum; supaya mereka tidak jatuh dalam kesesatan dan menguatkan iman mereka lalu menyelamatkan mereka; untuk berkhidmat sepenuhnya kepada hakikat al-Quran dan keimanan dan untuk bertahan menghadapi golongan tidak beragama yang datang dari luar dan muncul dari dalam adalah tidak menyalahi sunnah bahkan bertepatan dengan hakikatnya. Maka menerusi niat

41. Page

untuk mendapatkan sezarah kesetiaan agung di dalam sifat pengorbanan Saidina as-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu dengan kata-katanya: “Aku rela tubuhku membesar di neraka supaya tiada lagi tempat untuk orang beriman (masuk ke dalamnya)”. Said yang tidak berdaya ini telah memilih untuk membujang dan berpada dengannya sepanjang hidupnya.


Noktah Ketiga: Tidak pernah dikata dan tidak boleh dikatakan kepada murid-murid Nur: “Orang lain berkahwin dan janganlah kalian berkahwin!” Tetapi para pelajar ada beberapa peringkat. Untuk tidak menghilangkan keikhlasan yang hakiki dan untuk membawa pengorbanan sebenar dan kesetiaan yang lebih besar, maka sewajarnya pada zaman ini satu peringkat tidak mengikat sebahagian umurnya yang sementara kepada keperluan dunia sekadar yang termampu.


Sekiranya dia menemui seorang wanita yang boleh menjadi pembantu dalam khidmat al-Quran dan keimanan, maka dia boleh mengambilnya (menikahinya). Perkara itu tidak akan memudaratkan khidmat dakwahnya. Syukur alhamdulillah kerana terdapat ramai murid Nur dari jenis ini. Isteri-isteri mereka tidak ketinggalan jauh di belakang mereka. Bahkan si isteri lebih jauh ke hadapan berbanding suaminya dari sudut kepahlawanan fitrah yang tidak meminta balasan dan keikhlasan hakiki yang datang daripada kasih-sayang para wanita. Sebahagian besar daripada murid-murid Nur yang matang telah berkahwin dan melaksanakan Sunnah ini.


Maka Risalah an-Nur berkata kepada mereka: Mudah-mudahan rumah-rumah kalian menjadi sebuah Madrasah Nur dan Maktab al-Irfan (ilmu) yang kecil supaya sunnah ini dapat didirikan dilaksanakan dengan sempurna. Mudah-mudahan anak-anak yang merupakan buah-buahan bagi 

42. Page

sunnah (perkahwinan) terpuji baginda menjadi pemberi syafaat kepada kalian di akhirat. Mudah-mudahan di dunia juga mereka mendapat pengajaran iman dan menjadi anak yang sebenar kepada kalian. Sebaliknya, jika anak-anak itu hanya diberikan pendidikan moden semata-mata sebagaimana yang berlaku dalam tiga puluh tahun ini, dari satu sudut, anak-anak itu menjadi tidak bermanfaat di dunia dan di akhirat sebagai pendakwa mereka akan bertanya: “Mengapakah kalian tidak menyelamatkan keimanan kami?” lalu menyedihkan ibu bapa mereka adalah bertentangan dengan hikmah Sunnah yang mulia.