(Sulit): Buat masa ini khusus untuk para pendokong Madrasah Az-Zahra’

31. Page

(Sulit): Buat masa ini khusus untuk

para pendokong Madrasah Az-Zahra’

Tulisan ini adalah khabar gembira yang penting bagi para wanita tua dan peringatan untuk para pemudi yang ingin kekal bujang dan bersendiri.


Dalam Hadith عَلَيْكُمْ بِدِينِ الْعَجَائِزِ menunjukkan bahawa pada akhir zaman, para wanita tua memiliki keimanan yang kukuh. Maka kerana itulah Rasulullah telah bersabda: “Contohilah agama para wanita yang tua”. Ini kerana, salah satu asas daripada empat asas Risalah an-Nur ialah syafaqah (rasa kasih) dan para wanita adalah pahlawan kasih-sayang. Hatta yang paling penakutnya juga bagaikan pahlawan yang sanggup mengorbankan nyawanya demi anaknya.


Pada zaman ini para ibu dan saudari yang berharga itu berhadapan dengan peristiwa yang besar. Telah terlintas dalam hati bahawa aku perlu menjelaskan satu hakikat fitrah yang sulit dan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada sebahagian anak gadis dari kalangan murid-murid Nur yang mahu atau terpaksa hidup membujang. Maka aku pun berkata: “Wahai anak-anak perempuan dan saudari-saudariku! Zaman ini tidak menyerupai zaman dahulu. Oleh sebab pendidikan moden telah masuk ke dalam kehidupan masyarakat kita hampir separuh abad menggantikan Tarbiah Islamiyyah, maka ketika seorang lelaki perlu menjadikan seorang wanita sebagai teman hidup abadi dan sumber kebahagiaan kehidupan duniawi dan untuk memelihara dirinya daripada semua dosa, namun si suami sentiasa menganiaya wanita lemah yang buntu itu dan hanya mencintai dalam keremajaan duniawinya sahaja.

32. Page

Si suami memperosok si isteri kadang-kadang ke dalam sepuluh kesusahan ke atas satu kesenangan yang diberikannya kepada si isteri. Sekiranya mereka tidak sepadan atau secara syarak disebutkan sebagai “tidak sekufu”, maka oleh sebab hak-hak syariat tidak dipelihara, mereka akan sentiasa dalam kesengsaraan. Sekiranya perasaan cemburu turut campur tangan, keadaan menjadi lebih buruk. Justeru ada tiga sebab yang mendorong kepada perkahwinan yang sebegitu.


Sebab Pertama: Untuk kelangsungan zuriat, Hikmah Ilahi telah mengurniakan suatu kecen­derungan dan kerinduan fitrah sebagai bayaran kepada tugas fitrah tersebut. Walhal sekiranya kenikmatan itu memberikan kelazatan selama sepuluh minit kepada lelaki sekalipun, sekiranya halal, dia mungkin menanggung kesusahan hanya selama satu jam.


Tetapi para wanita, demi kenikmatan selama sepuluh minit itu, dia menanggung kesusahan dengan membawa anaknya selama sepuluh bulan di badannya sendiri dan membantu kehidupan anak itu selama sepuluh tahun. Ini bermakna, oleh sebab kecenderungan fitrah selama sepuluh minit itu mendorongnya kepada kesusahan-kesusahan yang panjang sebegini, maka perasaan dan nafsu itu menjadi tidak bernilai. Perasaan dan nafsu sepatutnya tidak membangkitkan keinginannya untuk berkahwin kerana dorongan oleh kedua-duanya.


Sebab Kedua: Secara fitrah, kerana kedaifannya, para wanita berhajat kepada seorang pembantu dari sudut sara hidup. Sesungguhnya memperoleh nafkah hidup melalui usaha sendiri seperti para wanita kampung untuk keperluan ini serta demi bekalan makan minum yang sedikit itu adalah sepuluh kali lebih senang daripada masuk ke bawah penganiayaan si suami sekarang ini yang tidak mendapat

33. Page

tarbiah Islamiyyah dan dari kalangan mereka yang terbiasa dengan kebebalan dan penganiayaan. Membujang juga adalah lebih baik daripada merosakkan ‘ubudiyyah (pengabdian) dan akhlak diri yang merupakan asas kepada kehidupan duniawi dan ukhrawi iaitu dengan menunjukkan sikap penuh kepura-puraan demi mendapatkan keredhaan suami.


Sebagaimana ar-Razzaq al-Haqiqi mengurniakan rezeki kanak-kanak melalui susu, rezeki mereka juga diberikan oleh al-Khaliq al-Karim itu. Maka, mencari suami yang tidak solat dan tidak berakhlak dan melakukan kerja secara riya’ (berpura-pura) lalu masuk ke bawah penganiayaannya demi rezeki itu tentunya tidak menguntungkan murid-murid Nur.


Sebab Ketiga: Dalam fitrah kewanitaan terdapat kecenderungan untuk membelai dan menyayangi anak. (Perasaan ingin menikmati) khidmat si anak di dunia, syafaatnya di akhirat dan bantuan si anak kepada ibunya melalui kebajikan selepas ibunya mati menguatkan kecenderungan fitrahnya itu lalu mendorong (kaum wanita) kepada perkahwinan.



Walhal akibat pendidikan moden yang masuk menggantikan tarbiah Islamiyyah sekarang ini, oleh sebab sebagai gantian kebarangkalian hanya satu atau dua orang daripada sepuluh orang anak kandung yang akan berkhidmat dengan penuh sifat rela berkorban dan mempertuliskan kebajikan yang banyak di dalam buku amalan ibunya melalui doa-doa dan amalan kebajikan mereka yang penuh ikhlas sebagai imbalan kasih-sayang ibu kandungnya dan sekiranya anak itu soleh dia akan memberi syafaat kepada ibunya di akhirat, sedangkan lapan daripada sepuluh orang anak tidak

34. Page

menunjukkan keadaan itu, maka jika tiada keterpaksaan mutlak, sewajarnya golongan daif yang tidak berdaya itu tidak memasuki kehidupan yang berat sebegini hanya kerana kecenderungan fitrah dan kerinduan nafsu ini.


Justeru, berdasarkan hakikat yang telah kami isyaratkan ini, kepada anak-anak gadis di kalangan murid-murid Risalah an-Nur yang mahu kekal bujang, aku menyarankan: “Sebelum menemui seorang suami yang beragama dan berakhlak yang benar-benar sesuai, janganlah mereka menjual diri mereka dengan cara mendedahkan aurat. Sekiranya tidak ditemui, tetaplah membujang seperti sesetengah murid Nur yang rela berkorban sehingga muncul seorang pembeli (suami) yang layak dengannya dan boleh menjadi teman abadi serta baik hati yang telah mendapat pendidikan Islam. Janganlah kebahagiaan abadinya dirosakkan demi keseronokan dunia yang sementara dan janganlah dia lemas dalam kejahatan kemodenan.”[1]

Said Nursi


[1]   Saudari-saudari dan anak-anak gadis perlu membaca Risalah Hijab.