NAVIGATION
77. Page
Surat Ketujuh
Dipetik daripada Buku Himpunan Surat-surat
بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ
وَإِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهٖ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ
Wahai saudara-saudaraku yang mulia! Kalian telah mengatakan dua perkara kepada Syamli Hafiz (Hafiz Taufik) untuk diberitahu kepadaku.
Pertama: Kalian mengatakan bahawa seperti para munafik zaman dahulu, golongan sesat zaman baru ini turut menjadikan perkahwinan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan Saidatina Zainab Radhiyallahu ‘Anha sebagai dasar kritikan. Mereka menganggap bahawa perkahwinan itu adalah kerana nafsu dan syahwat.
Jawapan: Tidak, seratus ribu kali tidak! Tangan-tangan keraguan yang rendah begitu tidak akan dapat sampai ke maqam yang tinggi itu.
Ya, dengan kesepakatan kawan dan lawan, poligami dan perkahwinan Rasulullah yang berqana‘ah dan berpada dengan seorang wanita yang sudah lanjut usia seperti Saidatina Khadijah al-Kubra Radhiyallahu ‘Anha sewaktu kehangatan naluri sedang membara dan tatkala hawa nafsu marak menyala iaitu dalam jangka masa umur lima belas ke empat puluh tahun dengan penuh bermaruah dan kemaksuman yang sempurna serta selepas berumur empat puluh tahun yakni sewaktu kehangatan naluri berhenti dan ketika hawa nafsu
78. Page
sudah tenang secara tuntas, secara jelas merupakan satu hujah yang mengisbatkan kepada orang yang memiliki keinsafan walau sebesar zarah bahawa poligami dan pernikahan itu bukanlah kerana nafsu bahkan bersandarkan kepada hikmah-hikmah penting yang lain.
Salah satu daripada hikmah-hikmah itu ialah: Sebagaimana kata-kata Rasulullah adalah sumber agama dan syariat, perbuatan, keadaan, sikap dan pergerakan baginda juga adalah tempat rujukan hukum-hakam. Sebagaimana para sahabat menjadi pemelihara sisi luaran kehidupan baginda, maka para pembawa dan periwayat rahsia-rahsia agama dan hukum-hukum agama yang muncul daripada keadaan-keadaan tersembunyi baginda dalam lingkungan yang khusus pula ialah Azwaj at-Tahirah (Isteri-isteri yang suci) baginda. Sesungguhnya mereka telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab tersebut. Bahkan hampir separuh daripada rahsia-rahsia dan hukum-hakam agama datang daripada mereka. Maknanya untuk tugasan agung ini mewajarkan kewujudan ramai Azwaj at-Tahirah yang datang daripada latar belakang yang berlainan.
Sekarang, mari kita lihat kepada pernikahan Saidatina Zainab Radhiyallahu ‘Anha:
Mengenai ayat مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلٰكِنْ رَسُولَ اللّٰهِ وَ خَاتَمَ النَّبِيِّينَ yang merupakan salah satu contoh Sinaran Ketiga, Nyalaan (Syu’lah) Pertama Kalimah Kedua Puluh Lima, telah ditulis seperti berikut: Berdasarkan peringkat masyarakat, melalui wajahnya yang pelbagai, habuan kefahaman setiap peringkat terhadap satu ayat adalah seperti berikut:
79. Page
Berdasarkan pengakuannya melalui riwayat yang sahih, Saidina Zaid Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan pembantu atau dipanggil dengan gelaran ‘anakku’ oleh Rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menceraikan isterinya yang mulia kerana mendapati bahawa beliau secara maknawi tidak sekufu dengan isterinya. Yakni, Saidina Zaid melalui firasatnya telah merasai bahawa Saidatina Zainab telah dicipta dengan akhlak yang luhur dalam tahap yang berbeza dan memiliki fitrah yang melayakkannya menjadi isteri kepada seorang Nabi. Lalu oleh sebab beliau mendapati bahawa secara fitrah dirinya tidak sesuai untuk menjadi suami kepada Saidatina Zainab Radhiyallahu ‘Anha dan telah menjadi punca kepada ketidakserasian maknawi, maka beliau telah menceraikannya. Maka atas perintah Allah, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengambil Saidatina Zainab Radhiyallahu ‘Anha sebagai isteri baginda. Maknanya, menerusi isyarat lafaz زَوَّجْنَاكَهَا dan melalui petunjuk bahawa pernikahan itu adalah akad samawi yang di luar (lingkungan) adat dan ‘uruf (adat kebiasaan masyarakat setempat) serta mengatasi muamalah-muamalah yang zahir, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menunjukkan kepatuhan kepada perintah samawi itu dan terpaksa melaksanakannya kerana hukum taqdir (kehendak Allah) semata-mata. Bukannya atas keinginan nafsu.
Bagi hukum taqdir ini, ia adalah melalui isyarat ayat mulia: لِكَىْ لَا يَكُونُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِى أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ
Supaya ia tidak menjadi keberatan kepada orang Mukmin untuk menikahi isteri-isteri anak angkat mereka...
80. Page
Ayat ini mengandungi satu hukum syarak yang penting, hikmah umum yang utama dan maslahat umum yang syumul, panggilan orang-orang dewasa kepada yang kecil dengan panggilan ‘anakku’ bukanlah haram seperti masalah zihar yakni berkata kepada isteri “engkau seperti ibuku”. Ia tidak mengubah hukum. Pandangan dan ucapan yang bersifat kebapaan oleh para pembesar kepada rakyatnya dan para Rasul kepada umatnya adalah dari segi tugas kerasulan, bukannya dari sudut peribadi keinsanan sehingga mereka tidak boleh mengambil isteri dari kalangan rakyat atau umatnya.
Habuan kefahaman oleh peringkat kedua adalah seperti berikut: Seorang ketua besar memandang rakyatnya dengan kasih-sayang seperti bapa. Sekiranya pemimpin itu adalah raja kerohanian zahir dan batin serta oleh sebab belas kasihannya seratus kali jauh lebih mendalam daripada syafaqah (belas kasih) seorang bapa, maka beliau memandang setiap rakyatnya seperti anaknya sendiri dan memandang mereka dengan pandangan seorang bapa.
Oleh sebab tidak mudah untuk mengubah pandangan kepada bapa sebagai pandangan kepada suami dan pandangan kepada anak perempuan sebagai pandangan kepada isteri, serta oleh sebab perkahwinan Rasulullah dengan anak-anak perempuan orang mukmin adalah tidak sesuai pada pendapat umum, maka dengan tujuan untuk membetulkan tanggapan itu, al-Quran berkata: “Rasulullah mengasihi kalian dan bermuamalah dengan kalian seperti bapa atas nama rahmat Ilahi dan atas nama kerasulan. Maka kalian adalah seperti anak-anak baginda.
81. Page
Tetapi dari segi keperibadian manusia, baginda bukanlah bapa kalian sehingga baginda tidak boleh untuk menikahi seseorang dari kalangan kalian! Sekiranya baginda memanggil kalian ‘anakku’, menurut hukum syarak, kalian tidak akan menjadi anak-anaknya!”
اَلْبَاقِى هُوَ الْبَاقِى
Said Nursi
82. Page
Satu petikan daripada
Risalah bernama Munazarat
Soalan: Sesetengah orang asing menjadikan sesetengah masalah seperti poligami, tawanan perang dan perhambaan sebagai hujah untuk mendatangkan sesetengah keraguan dan syubhat kepada syariat dari sudut pandangan kemodenan.
Jawapan: Sekarang aku akan menyatakan satu kaedah yang ringkas. Aku berfikir untuk menerangkan perinciannya dalam satu risalah yang khusus. Sesungguhnya hukum-hakam Islam terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama: Syariat dibina di atasnya. Ini ialah keindahan hakiki dan kebaikan yang sebenar.
Kedua: Syariat yang menyetarakan atau mu‘addil. Yakni untuk mengeluarkan (suatu hukum) dari satu bentuk yang sangat liar dan kejam dan menyampaikannya kepada keadaan ahwan asy-syar, mu‘addil dan boleh dilaksanakan kepada tabiat manusia dan dapat sampai kepada keindahan hakiki secara sempurna. Syariat yang sebegini telah mengubahnya kepada bentuk yang telah diambil daripada masa dan tempat.
Ini kerana mengangkat satu perkara yang secara umumnya telah sebati dalam tabiat manusia secara tiba-tiba (bermakna) mewajarkan pengubahan satu tabiat manusia secara tiba-tiba.
Oleh sebab itu syariat bukanlah pengasas bagi perhambaan bahkan telah menurunkannya daripada bentuk yang paling ganas lalu menjadikannya sebagai satu bentuk yang boleh membuka jalan dan berpindah menuju kemerdekaan sempurna yang sebegini.
83. Page
Manakala di samping poligami sehingga empat orang adalah bersesuaian dengan tabiat, akal dan hikmah, syariat juga tidak mengangkatnya daripada satu kepada empat bahkan menurunkannya daripada lapan atau sembilan kepada empat. Bahkan syariat telah meletakkan syarat-syarat yang banyak untuk berpoligami supaya dengan menjaganya ia tidak akan membawa kepada apa jua kemudaratan. Walaupun ada sedikit keburukan pada sesetengah sudut, ia adalah ahwan asy-syar. Ahwanasy-syar pula ialah satu keadilan yang nisbi (subjektif).