NAVIGATION
74. Page
Tajuk ini Dipetik daripada Risalah Lama’at,
Kalimah Ketiga Puluh Tiga yang Berbentuk Puisi
Golongan Perempuan telah Keluar dari Sarang (rumah) mereka lalu Menyesatkan Manusia, Maka Mereka Perlu Kembali ke Sarang Mereka[7]
اِذَا تَأَنَّثَ الرِّجَالُ السُّفَهَاءُ بِالْهَوَسَاتِ
اِذًا تَرَجَّلَتْ النِّسَاءُ النَّا شِزَاتُ بِالْوَقَاحَاتِ
“Sekiranya para lelaki bodoh menjadi perempuan kerana hawa nafsu,
Para wanita yang nusyuz pula menjadi lelaki kerana ketiadaan sifat malu.”
Ketamadunan yang hina telah menerbangkan golongan wanita dari sarang mereka,
Merosakkan kehormatan mereka dan menjadikan mereka barang dagangan yang murah
Kerana rahmat, Syariat Islam mengajak mereka pulang ke sarang lama mereka
[7] Ini adalah asas bagi Risalah Hijab. Selepas dua puluh tahun, risalah ini telah menyebabkan mahkamah dan para hakim yang menjadikannya sebagai alasan untuk menghukum penulisnya, telah dihukum dan dimalukan buat selama-lamanya.
75. Page
Kehormatan mereka di sana
Kerehatan mereka di rumah dan dalam hidup berkeluarga
Kesucian, perhiasan mereka
Akhlak mulia, kehebatan mereka,
Kesucian dari dosa, kesantunan dan kecantikan mereka,
Kasih-sayang, kesempurnaan kecantikan mereka,
Anak-anak, hiburan mereka
Menghadapi sebab-sebab kerosakan yang sebanyak ini
Perlu tabah seperti besi, supaya mampu bertahan
Semasa si jelita memasuki majlis para saudara
Bangkitlah perasaan tunjuk-menunjuk dengan persaingan,
Kedengkian dengan sikap pentingkan diri
Perasaan yang tidur, tiba-tiba terjaga
Keterdedahan yang bebas pada golongan wanita
Menjadi sebab kemunculan akhlak buruk yang tiba-tiba pada manusia
Dalam roh-roh manusia bertamadun yang telah tidak keruan itu
Peranan gambar-gambar yang disebut jenazah-jenazah kecil dan mayat-mayat yang tersenyum itu adalah sangat besar
76. Page
Malah kesannya adalah amat menakutkan
Patung-patung dan gambar-gambar yang haram itu
Sama ada kezaliman yang telah membatu
Atau riya’ yang telah berjasad
Atau keinginan yang telah membeku
Atau mantera, menarik roh-roh keji itu.