NAVIGATION
35. Page
Tambahan Kepada Surat yang
Khusus kepada Para Pemudi Nur.
Petikan daripada Surat yang
Telah Dikirim kepada Kalian
Aku telah memikirkan tentang ketabahan para wanita tua yang mengikut Risalah an-Nur di bandar ini dan ketidakgoyahan mereka seperti yang lain. Tiba-tiba aku teringat akan hadith berikut: عَلَيْكُمْ بِدِينِ الْعَجَائِزِ.
Yakni, oleh sebab para wanita tua di akhir zaman adalah daif, sensitif dan pengasih secara fitrah, maka sebagaimana mereka berhajat kepada ketenangan dan cahaya yang ada di dalam agama melebihi semua orang, sesungguhnya dari sudut kasih-sayang dalam fitrah mereka, mereka juga memerlukan cahaya ketenangan, keprihatinan, belas dan rahmat serta noktah persandaran dan noktah pertolongan penuh kasih-sayang yang tidak terkira yang ada dalam agama melebihi semua orang. Ketabahan yang sempurna adalah kehendak fitrah mereka. Oleh sebab itu, Risalah an-Nur yang meletakkan hajat itu betul-betul di tempatnya diminati oleh jiwa mereka dan tersemat di hati mereka melebihi segalanya.
Said Nursi
36. Page
Isyarat yang Amat Singkat kepada
Hakikat yang Amat Penting
Melalui sesetengah hadith as-syarif terdapat isyarat bahawa pada akhir zaman, hakikat-hakikat iman akan berkembang pesat di kalangan wanita. Maka mereka akan lebih terpelihara daripada bahaya-bahaya kesesatan zaman itu. Dalam satu hadith, baginda bersabda: عَلَيْكُمْ بِدِينِ الْعَجَائِزِ yakni, pada akhir zaman, contohilah agama para wanita tua. Ini bermakna kejujuran dan keikhlasan yang lahir daripada sifat pengasih pada para wanita yang merupakan pahlawan kasih-sayang itu menjadi wasilah untuk menyelamatkan diri daripada bahaya-bahaya kesesatan zaman itu yang penuh kepura-puraan dan dapat memelihara agama Islam.
Dalam hadith yang lain baginda bersabda: اَبِى الْبَنَاتِ مَرْزُوقٌ yakni keberkatan turun pada rezeki bapa yang memiliki anak perempuan. Ini bermakna di akhir zaman anak-anak perempuan akan menjadi ramai. Di samping diberkati, rezeki mereka juga menjadi berkat. Sebelum ini, aku tidak mengetahui rahsia bagi hadith-hadith seperti ini. Syukur kepada Allah Ta‘ala kerana akhirnya aku telah memahami rahsia itu serba sedikit. Kami akan memberi satu isyarat secara amat ringkas:
Oleh sebab anak-anak kecil dalam bangsa manusia tidak boleh menguasai diri sendiri dengan pantas seperti haiwan-haiwan yang lain dan oleh sebab mereka berhajat kepada perlindungan yang ada kasih-sayang yang bukan dua atau tiga bulan seperti haiwan bahkan selama sepuluh tahun bahkan lebih banyak dalam kehidupan, maka kerana rahsia ini, kasih-sayang terhadap anak-anak pada manusia yang berbeza dengan jenis haiwan, perlu berterusan sebagai sifat yang fitrah.