Bahagian Kedua Bagi Tambahan

124. Page

Bahagian Kedua bagi Tambahan

Maqam ini ialah maqam pertama daripada sembilan maqam tentang sembilan peringkat bukti-bukti Hasyir yang telah dinyatakan secara bermukjizat dalam ayat berikut yang sebelum ini telah disebutkan pada permulaan:

 

 Maqam Pertama

 

فَسُبْحَانَ اللّٰهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَعَشِيَّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ *

 يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذٰلِكَ تُخْرَجُونَ *

 

Bukti yang jelas dan hujah yang muktamad tentang firman Allah mengenai Hasyir yang terdapat dalam ayat di atas akan dihuraikan di maqam ini. Insya-Allah.[28]


Telah diterangkan dalam ‘Keistimewaan Kedua Puluh Empat bagi Kehidupan’ bahawa kehidupan memandang kepada enam rukun iman dan mengisbatkannya. Ia memberi banyak isyarat kepada perlakuannya. Ya, memandangkan natijah, intipati dan hikmah


[28] Maqam itu belum ditulis lagi. Oleh kerana persoalan kehidupan berkait dengan Hasyir, maka ia dimasukkan ke sini. Tetapi isyaratnya kepada rukun beriman kepada taqdir di penghujung kehidupan adalah sangat halus dan dalam. Tidak semua orang memahaminya. Memandangkan saudara-saudara telah menulisnya, saya tidak mengusiknya supaya ia kekal begitu.

125. Page

penciptaan yang paling penting bagi alam semesta ini ialah kehidupan, sudah tentu hakikat yang tinggi itu tidak hanya terbatas kepada kehidupan duniawi yang fana, amat pendek, kurang dan menyakitkan ini.


Bahkan, tujuan dan natijah pohon kehidupan yang keagungan fitrahnya difahami dengan dua puluh sembilan keistimewaan kehidupan dan buah yang layak kepada keagungan pohon itu ialah kehidupan abadi dan kehidupan akhirat dan kehidupan di negara kebahagiaan yang bernyawa bersama dengan batu, pokok dan tanahnya.


Jika tidak, sepatutnya bagi makhluk yang berakal khususnya bagi manusia, pohon kehidupan yang dilengkapi peralatan penting yang tidak terkira ini tidak berbuah, tiada faedah dan tidak benar. Maka manusia yang merupakan makhluk paling penting, paling tinggi dan paling utama bagi alam semesta dan makhluk bernyawa ini yang berdasarkan modal dan kelengkapan - sebagai contoh - adalah lebih tinggi dua puluh tahap berbanding burung pipit, dalam sudut kebahagiaan kehidupan akan jatuh dua puluh tahap lebih rendah daripada burung pipit lalu menjadi si buntu yang paling malang dan paling hina.


Malah, akal yang merupakan nikmat yang paling berharga juga akan berterusan menyakiti hati manusia dengan memikirkan kesedihan masa silam dan ketakutan masa hadapan lantas menjadi bala paling teruk kerana mencampurkan satu kelazatan dengan sembilan kesakitan. Ini pula adalah batil seratus kali ganda. Maknanya, kehidupan duniawi ini mengisbatkan rukun beriman kepada akhirat dengan pasti dan ia menunjukkan lebih daripada tiga ratus ribu contoh Hasyir pada setiap musim bunga di hadapan mata kita. 


126. Page

Agaknya mungkinkah sama sekali bahawa al-Mutasarrif al-Qadir yang menyediakan semua keperluan dan peralatan yang diperlukan dan sesuai dengan kehidupanmu pada tubuh badan, taman dan tanah airmu dengan hikmah, ‘inayah dan rahmat dan menyampaikannya pada waktu yang sesuai, hatta mengetahui dan mendengar doa meminta rezeki yang khusus dan terperinci yang dibuat oleh perutmu dengan keinginan baqa’ dan hidup, menunjukan penerimaan doa tersebut melalui makanan-makanan lazat yang tidak terkira dan menggembirakan perut tersebut tidak mengetahui dan melihatmu dan tidak menyediakan sebab-sebab yang diperlukan untuk kehidupan abadi yang merupakan tujuan paling besar bagi bangsa manusia?


 Mungkinkah Dia tidak menerima doa kebaqaan manusia yang merupakan perkara yang paling besar, penting, sesuai dan umum, dengan membina kehidupan akhirat dan dengan mewujudkan syurga?


Mungkinkah Dia tidak mendengar doa yang umum dan amat kuat yang menggemakan segenap muka bumi dan langit (yang dilakukan) oleh manusia yang merupakan makhluk terpenting alam semesta, bahkan raja dan natijah muka bumi lalu tidak mementingkannya sepertimana Dia mementingkan dan menggembirakan perut yang kecil?


Mungkinkah Dia menjadikan manusia mengingkari kesempurnaan hikmah dan rahmat-Nya yang melimpah? Tidak, seratus ribu kali tidak!


Malah, adakah dapat diterima sama sekali bahawa Dia mendengar suara yang sangat halus bagi suatu hidupan yang paling kecil, mendengar masalahnya, memberi penawar, menerima rayuannya dan memeliharanya dengan kesempurnaan perhatian dan pengutamaan,

127. Page

menjadikan hidupan itu berkhidmat dengan tekun kepada-Nya dan menjadikan makhluk-makhluk-Nya yang besar berkhidmat kepadanya namun kemudian Dia tidak mendengar suara yang lantang seperti guruh bagi suatu kehidupan yang paling besar, berharga, kekal dan manja? Tidak mempedulikan doa kebaqaan, kemanjaan dan rayuannya yang sangat penting?


Seolah-olah Dia menyedia dan menguruskan seorang tentera dengan kesempurnaan perhatian tetapi langsung tidak memandang pasukan tentera yang taat dan hebat. Dia melihat zarah tetapi tidak melihat matahari. Dia mendengar bunyi nyamuk tetapi tidak mendengar bunyi guruh. Tidak, seratus ribu kali tidak!


Malah adakah akal boleh menerima daripada mana-mana sudut bahawa Dzat al-Qadirul Hakim yang sangat penyayang, pengasih, pembelas dan sangat menyukai hasil seni-Nya sendiri dan mencintakan diri-Nya dan lebih mencintai mereka yang mencintai-Nya, akan menghapuskan kehidupan dan roh yang merupakan inti dan permata kehidupan yang paling banyak mencintai diri-Nya, yang menarik serta dicintai dan yang secara fitrah memuja as-Sani’ dengan kematian abadi; lalu menyebabkan pencinta dan kekasih-Nya yang tercinta itu merajuk, sakit hati daripada diri-Nya sendiri buat selama-lamanya dan mengingkari dan menyebabkan yang lain mengingkari rahsia rahmat-Nya serta cahaya kasih-Nya dengan menyakitinya dengan parah? Tidak, seratus ribu kali tidak!


Keindahan mutlak yang menghiasi alam semesta ini dengan tajallinya dan rahmat mutlak yang menggembirakan semua makhluk, tentunya adalah tersangat bersih dan suci daripada kejelikan yang tidak berpenghujung dan keburukan mutlak serta daripada kezaliman mutlak dan kekejaman sebegini.

128. Page

Natijah: Memandangkan terdapat kehidupan di dunia, sudah tentu mereka yang memahami rahsia kehidupan dan tidak menyalahgunakan kehidupan daripada kalangan manusia, akan mendapat kehidupan abadi di negara baqa’ dan syurga yang abadi. Amanna (Kami percaya).


Malah sinaran benda-benda yang berkilau yang terdapat di muka bumi akibat pantulan matahari dan kerlipan buih-buih kecil di permukaan laut hasil kilauan cahaya, tugas menjadi cerminan kepada buih-buih dan mentari-mentari khayalan yang datang selepas mereka dengan jelas menunjukkan bahawa kilauan-kilauan itu adalah pemantulan matahari yang tinggi. Itu semua mengingatkan tentang kewujudan matahari dengan pelbagai bahasa dan mengisyaratkan kepadanya dengan jari-jari cahayanya.


Sama seperti itu juga, melalui tajalli agung nama al-Muhyi bagi Dzat al-Hayyul Qayyum, sinaran benda-benda hidup di atas daratan dan dalam lautan dan ucapan “Ya Hayy” serta persembunyian mereka di sebalik tabir ghaib untuk memberi tempat kepada mereka yang datang sesudah mereka melalui qudrat Ilahi mereka menjadi saksi dan mengisyaratkan kepada kehidupan dan kewajipan kewujudan Dzat al-Hayyul Qayyum yang merupakan pemilik kehidupan yang sarmadi.


Begitulah juga semua dalil yang menjadi saksi kepada ilmu Ilahi yang mana kesannya kelihatan pada penyusunan semua maujudat, semua bukti yang mengisbatkan kuasa yang menguruskan alam semesta, semua hujah yang mengisbatkan iradah dan kehendak yang menjadi penguasa dalam penyusunan dan pengurusan alam semesta, dan semua alamat dan mukjizat yang mengisbatkan risalah-risalah (kerasulan) yang menjadi wasilah kalam Rabbani dan wahyu

129. Page

Ilahi dan sebagainya. Sesungguhnya semua dalil yang menjadi saksi kepada tujuh sifat ilahi, secara sepakat menunjuk, menjadi saksi dan tanda kepada kehidupan Dzat al-Hayyul Qayyum.


Ini kerana sekiranya ada penglihatan pada sesuatu benda, maka tentulah kehidupannya juga ada. Jika ada pendengaran, itu adalah tanda kehidupan. Jika ada percakapan, ia mengisyaratkan kepada kewujudan kehidupan. Jika ada ikhtiar dan iradah, ia memperlihatkan kehidupan.


Begitu juga melalui semua dalil bagi sifat-sifat seperti qudrat mutlak, kehendak yang syumul dan ilmu yang meluas yang kewujudannya adalah pasti dan jelas melalui kesan-kesannya di alam semesta ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kewajipan wujud dzat al-Hayyul Qayyum.


Mereka juga menjadi saksi kepada kehidupan sarmadi-Nya yang menerangi seluruh alam semesta dengan satu bayangan-Nya dan menghidupkan keseluruhan darul akhirat bersekali dengan zarah-zarahnya dengan satu jelmaan-Nya.


Malah, kehidupan turut berkaitan dengan rukun keimanan kepada malaikat dan mengisbatkannya secara tidak langsung. Ini kerana memandangkan tujuan paling penting di alam semesta ini ialah kehidupan dan makhluk-makhluk bernyawa ialah ciptaan yang paling banyak membiak, kerana kebernilaiannya, maka naskhahnya diperbanyak dan makhluk bernyawalah yang memeriahkan rumah pertamuan dunia dengan kafilah-kafilahnya yang datang dan pergi; memandangkan bebola bumi telah penuh dengan jenis-jenis benda hidup 

130. Page

secara berterusan dan dengan diciptakan benda-benda hidup dengan banyak dalam benda-bendanya yang paling remeh dan telah reput juga ia menjadi tempat perhimpunan (mahsyar) haiwan-haiwan kecil; dan memandangkan kefahaman dan akal yang merupakan intisari yang paling murni yang telah ditapis bagi kehidupan dan roh yang merupakan jauhar yang paling halus dan kukuh dijadikan secara sangat banyak di bumi ini, lalu bumi ini seolah-olah dihidupkan dengan kehidupan, akal, kefahaman dan roh serta dimeriahkan begitu, maka sudah tentu, tidak mungkin jirim-jirim langit (planet) yang lebih latif, lebih bercahaya, lebih besar dan lebih penting terbiar mati, tidak bernyawa dan tiada kefahaman. Maknanya, dengan rahsia kehidupan, sudah tentu terdapat pemilik perasaan dan kehidupan serta penghuni-penghuni yang sesuai dengan langit yang akan memeriahkan langit, matahari dan bebintang, yang akan memberikan keadaan hidup dan memperlihatkan natijah penciptaan langit dan menjadi tempat khitabah Subhaniyyah; maka mereka itu ialah para malaikat.


Malah rahsia perihal kehidupan berkaitan dengan rukun keimanan kepada para rasul dan membuktikannya secara tidak langsung. Ya, alam semesta telah diciptakan untuk kehidupan dan kehidupan pula adalah jelmaan teragung, ukiran paling sempurna dan kesenian paling indah bagi al-Hayyul Qayyumul Azali. Kehidupan sarmadi pula menunjukkan dirinya dengan pengutusan para rasul dan penurunan kitab-kitab. Ya, sekiranya kitab-kitab dan para rasul tiada, kehidupan azali itu juga tidak akan diketahui.


Melalui percakapan seorang manusia, dapat difahami bahawa dia hidup dan bernyawa. Begitulah juga para rasul dan kitab-kitab yang diturunkan. Merekalah yang akan memperlihatkan kalimah-kalimah dan ucapan-ucapan bagi Dzat yang bercakap, berkata, 

131. Page

mengarah dan melarang dan berucap di sebalik alam ghaib yang berada di bawah tabir alam semesta ini.


Sudah tentu sepertimana kehidupan di alam semesta telah memberi penyaksian yang pasti kepada kewajipan wujudnya al-Hayyul Azali secara pasti dan akan sentiasa mengisbatkannya dengan isyarat, ia juga sentiasa berkait dengan rukun-rukun pengutusan Rasul dan penurunan kitab yang merupakan sinaran, tajalli dan hubungan bagi kehidupan azali itu. Lebih-lebih lagi risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan wahyu al-Quran adalah ibarat roh dan akal bagi kehidupan, maka boleh dikatakan bahawa kebenaran-kebenarannya adalah pasti seperti kewujudan kehidupan.


Ya, kehidupan adalah pati yang telah ditapis daripada alam semesta ini. Kesedaran dan perasaan pula ialah intipati kehidupan yang telah ditapis daripada kehidupan. Manakala akal merupakan intisari perasaan yang telah ditapis daripada kesedaran dan perasaan. Roh juga, ialah intipati yang suci dan murni bagi kehidupan serta dirinya yang tetap dan bebas.


Sama seperti itu, kehidupan maddi dan maknawi Nabi Muhammad juga adalah pati kepada pati yang telah ditapis daripada kehidupan dan roh alam semesta. Risalah Muhammad pula merupakan intisari paling suci yang telah ditapis daripada perasaan, kesedaran dan akal alam semesta.


Bahkan melalui penyaksian kesan-kesannya, kehidupan maddi dan maknawi Nabi Muhammad ialah nyawa bagi kehidupan alam semesta. Manakala risalah Muhammad ialah kesedaran dan nur bagi kesedaran alam semesta. Melalui penyaksian hakikat-hakikat yang hidup, wahyu al-Quran pula ialah roh bagi kehidupan alam semesta dan akal bagi perasaan alam semesta.

132. Page

Ya, ya, ya. Sekiranya nur risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar dan pergi daripada alam semesta, alam semesta akan mati. Sekiranya al-Quran pergi, alam semesta akan menjadi gila dan dunia akan hilang kepala dan akalnya. Bahkan kepalanya yang telah tiada akal akan berlanggar dengan mana-mana planet lantas kiamat akan berlaku.


Kehidupan juga berkait dengan rukun beriman dengan qadha’ dan qadar dan mengisbatkannya secara tidak langsung. Ini kerana kehidupan ialah sinaran bagi alam syahadah dan meliputinya, merupakan natijah dan tujuan bagi kewujudan, cermin yang paling syumul bagi al-Khaliq alam semesta dan contoh serta intisari yang paling sempurna bagi aktiviti-aktiviti Rabbaniyyah. Maka tidak salah untuk menyatakan bahawa ia bagaikan sejenis programnya.


Sudah tentu rahsia kehidupan mewajarkan makhluk-makhluk alam ghaib iaitu makhluk masa silam dan masa hadapan, makhluk yang telah pergi dan akan datang, berada dalam satu bentuk yang siaga untuk menjunjung susunan, peraturan, makluman, penyaksian, penetapan dan perintah-perintah penciptaan yang ibarat kehidupan maknawi.


Benih asal sebatang pokok dan akarnya serta benih-benihnya pada pucuk dan buah-buahnya juga memiliki sejenis kehidupan yang sama seperti pokok. Bahkan benih-benih itu mengandungi kanun kehidupan yang lebih halus daripada kanun-kanun kehidupan bagi pokok.


Malah sebagaimana benih-benih dan akar-akar musim luruh yang lalu telah ditinggalkan sebelum musim bunga kini, biji-biji dan akar-akar yang akan ditinggalkan oleh musim bunga ini pada 

133. Page

musim-musim bunga akan datang selepas ia berlalu juga membawa jelmaan kehidupan seperti musim bunga ini dan mengikut undang-undang kehidupan. Sama seperti di atas, semua dahan serta ranting pohon alam semesta juga, setiap satunya juga memiliki masa lalu dan masa hadapannya yang tersendiri.


Terdapat satu rantaian yang terbentuk daripada hal dan keadaan yang telah berlalu dan yang akan datang. Hal yang berlainan dan kewujudan yang banyak bagi setiap jenis dan setiap juzuknya pada ilmu Ilahi, membentuk satu rantaian kewujudan ilmu dan kewujudan ilmu juga mengandungi satu jelmaan maknawi bagi kehidupan umum sepertimana kewujudan jasmani sehingga takdir-takdir kehidupan diambil daripada lauh-lauh takdir yang bermakna dan bernyawa itu.


Ya, penuhnya alam arwah yang merupakan sejenis alam ghaib dengan roh-roh yang merupakan punca, bahan, inti dan diri kehidupan, maka sudah tentu jenis lain bagi alam ghaib serta bahagian keduanya yang dikatakan masa lalu dan akan datang juga mengingini dan memerlukan tajalli kehidupan. Malah, penyusunan yang sempurna, keadaan mereka yang bermakna, buah-buah yang bernyawa dan rupa bentuknya pada kewujudan ilmu sesuatu benda, menunjukkan bahawa ia memiliki sejenis kehidupan maknawi.


Ya, jelmaan kehidupan seperti ini yang merupakan sinaran mentari kehidupan azali, sudah tentu tidak boleh menjadi khusus hanya kepada alam syahadah, zaman masakini dan kewujudan luaran ini. Bahkan setiap alam mengandungi jelmaan sinaran itu masing-masing berdasarkan kemampuannya dan alam semesta bersama seluruh alamnya adalah bernyawa dan bersinar dengan jelmaan itu. Jika tidak, sebagaimana yang dilihat melalui pandangan mereka yang

134. Page

sesat, tiap-tiap alam di bawah kehidupan yang sementara dan hanya secara zahir akan menjadi jenazah yang besar dan dahsyat serta alam keruntuhan yang gelap.


Justeru, satu wajah yang luas bagi rukun keimanan kepada qadha’ dan qadar juga difahami dan menjadi kukuh dengan rahsia kehidupan, iaitu sebagaimana kehidupan alam syahadah dan benda-benda yang sedia ada dilihat dengan penyusunan dan natijah-natijahnya.


Begitu juga, bagi makhluk-makhluk yang telah pergi dan akan datang yang dikira daripada alam ghaib juga secara maknawi terdapat kewujudan maknawi yang bernyawa dan ketetapan ilmu yang setiap satunya mempunyai roh sehingga melalui lauh qadha’ dan qadar, kesan kehidupan maknawi itu dapat dilihat dan muncul dengan nama yang telah ditakdirkan.

TABLE OF CONTENTS