Bahagian Keempat Bagi Tambahan

139. Page

Bahagian Keempat bagi Tambahan

 

 قَالَ مَنْ يُحْيِى الْعِظَامَ وَهِىَ رَمِيمٌ

قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِى اَنْشَاَهَا اَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Yakni, manusia berkata: “Siapakah yang akan menghidupkan tulang-tulang yang telah reput?” Katakanlah: “Sesiapa yang membina dan menghidupkannya pada permulaan, dialah yang akan menghidupkannya semula.”


Seperti yang telah digambarkan dalam perumpamaan ketiga bagi Hakikat Kesembilan dalam Kalimah Kesepuluh: Pada suatu hari, di hadapan mata kita, seseorang telah membentuk semula sepasukan tentera yang besar. Kemudian jika seseorang berkata: Orang itu mampu mengumpul batalion tentera yang anggota-anggotanya telah bersurai untuk berehat dengan satu bunyi semboyan. Dia boleh memasukkan mereka ke bawah peraturan perbarisan. Wahai manusia, jika engkau berkata: “Aku tidak percaya”, maka engkau tentu faham bahawa itu adalah penafian yang sangat tidak waras.


Sama seperti itu, Dzat al-Qadir dan al-‘Alim mengikat dan menempatkan zarah dan perasaan halus bagi jasad-jasad seumpama batalion bagi semua binatang dan makhluk-makhluk lain yang memiliki kehidupan seperti tentera dengan peraturan yang sempurna dan neraca hikmah dengan perintah كن فيكون dan mewujudkan

140. Page

ratusan ribu jenis dan kumpulan benda hidup umpama pasukan tentera di atas muka bumi daripada tiada dan buat kali kedua, pada setiap kurun hatta pada setiap musim bunga.


Maka bolehkah dipersoalkan tentang bagaimanakah Dia boleh mengumpul zarah-zarah asas dan bahagian-bahagian asal yang mengenali satu sama lain dengan kemasukan ke bawah satu peraturan tubuh yang seumpama batalion melalui satu bunyi iaitu semboyan sangkakala Israfil dalam bentuk istib‘ad (melihat jauh daripada akal)? Jika dikatakan begitu, ia adalah satu kegilaan yang bodoh.


Kadang-kadang al-Quran menyebut tentang perbuatan yang ajaib bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala di dunia sebagai persiapan untuk menjadikan hati menerima perbuatan-Nya yang luar biasa di akhirat dan dalam bentuk persediaan untuk mempersiapkan akal kepada pembenarannya. Ataupun al-Quran menyebut tentang perbuatan ajaib bagi Allah yang berkait dengan masa depan dan ukhrawi dalam bentuk yang meyakinkan kita kepada mereka dengan bandingan yang banyak bagi apa yang kita saksikan. Sebagai contoh:

اَوَ لَمْ يَرَ الْاِنْسَانُ اَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَاِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ sehingga ke akhir surah.


Justeru, untuk mengisbatkan Hasyir, dalam perbahasan ini, pada masalah Hasyir, al-Quranul Hakim mengisbatkannya dengan tujuh atau lapan bentuk secara berlainan.


Mula-mula, ia mengarahkan perhatian manusia kepada penciptaan pertama. Ia berkata: “Kalian melihat penciptaan kalian yang bermula daripada ‘nutfah’ kepada ‘‘alaqah’, daripada ‘‘alaqah’ kepada ‘mudghah’, daripada ‘mudghah’ sehingga kepada penciptaan manusia,

141. Page

maka bagaimanakah kalian boleh mengingkari penciptaan kali kedua? Ia adalah sama dengannya bahkan lebih mudah.”


Malah melalui kalimah اَلَّذِى جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْاَخْضَرِ نَارًا, Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan kurniaan agung yang telah diberikan oleh-Nya kepada manusia lalu berkata: “Dzat yang memberikan nikmat begini kepada kalian tidak akan membiarkan kalian tanpa tujuan. Kalian tidak akan memasuki kubur lalu berbaring tanpa dibangunkan kembali.”


Malah Dia berkata secara tidak langsung: “Kalian selalu melihat penghidupan dan penghijauan semula pohon-pohon yang telah mati. Namun oleh sebab kalian tidak dapat membandingkan kehidupan tulang-tulang sepertimana batang kayu, maka kalian melihatnya jauh daripada akal.”


Malah, adakah Pencipta langit dan bumi tidak berupaya untuk menghidupkan dan mematikan manusia yang merupakan buah bagi langit dan bumi? Adakah Pengurus pohon yang besar tidak mementingkan buah pohon itu lalu menjadikannya milik orang lain? Adakah kalian menyangka bahawa Dia menjadikan pohon penciptaan yang bersama semua bahagiannya telah diadun dengan hikmah sebagai sia-sia dan tiada maknanya dengan mengabaikan semua natijah bagi pohon tersebut?


Dia berkata: “Dzat yang akan menghidupkan kalian di Hari Hasyir nanti ialah Dzat yang seluruh alam semesta adalah ibarat askar yang patuh kepada-Nya. Mereka tunduk di hadapan perintah كن فيكون dengan penuh ketaatan.


Bagi-Nya mencipta sebuah musim bunga adalah semudah mencipta sekuntum bunga. Dia ialah Dzat yang bagi qudrat-Nya,

142. Page

mewujudkan semua binatang adalah semudah mewujudkan seekor lalat. Sesungguhnya qudrat bagi Dzat yang sebegitu tidak akan tercabar dengan pelemahan melalui soalan seperti مَنْ يُحْيِ الْعِظَامَ.


Kemudian, melalui ungkapan فَسُبْحَانَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْئٍ; (al-Quran menjelaskan bahawa) Dialah al-Qadir Dzul Jalal yang di tangan-Nya tali kendali setiap sesuatu dan di sisi-Nya kunci setiap sesuatu. Dia menukar malam dan siang, musim sejuk dan musim panas dengan mudah seperti helaian muka surat sebuah buku, dunia dan akhirat seperti dua tempat tinggal. Dia menutup ini dan membuka itu.


Memandangkan beginilah hakikatnya, sebagai natijah semua dalil: وَ اِلَيْهِ تُرْجَعُونَ iaitu, Dia akan menghidupkan kalian daripada kubur, lalu membawa kalian ke medan Hasyir dan akan menghitung amalan kalian di hadrat keagungan-Nya.


Maka ayat-ayat ini menjadikan akal bersedia untuk menerima Hasyir. Ia juga telah menjadikan hati turut bersedia kerana ia menunjukkan bandingannya dengan perbuatan duniawi.


Malah, kadang-kadang al-Quran menyebutkan perbuatan-perbuatan ukhrawi Allah dengan cara yang sangat hebat supaya ia mengingatkan tentang bandingan duniawi mereka agar tiada lagi ruang untuk istib’ad dan keingkaran. Contohnya: اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ sehingga akhir dan اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ hingga akhir dan اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ.


Justeru dalam surah-surah ini ia menyebut tentang perubahan agung dan urusan rububiyyah semasa Hari Qiamat dan Hasyir dengan cara yang hebat supaya manusia menerima perubahan yang memberikan kedahsyatan kepada hati dan tidak masuk akal itu 

143. Page

dengan senang kerana dia telah melihat bandingan-bandingan mereka di dunia; contohnya di musim luruh dan musim bunga.


Isyarat kepada tafsiran umum bagi tiga surah ini juga mungkin menjadi sangat panjang. Oleh sebab itu kita akan menunjukkan hanya satu kalimah sebagai contoh.


Menerusi kalimah اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ, al-Quran mengifadahkan bahawa semasa Hasyir, amalan semua orang dipamerkan secara tertulis dalam satu muka surat. Oleh sebab perkara ini sendiri sangat menakjubkan, akal tidak boleh memikirkannya. Tetapi, seperti yang diisyaratkan dalam surah ini, seperti mana terdapat bandingan bagi noktah-noktah lain pada Hasyir musim bunga maka bandingan bagi penyebaran suhuf (buku amalan) ini adalah sangat jelas.


Ini kerana bagi setiap pohon yang berbuah dan rumput yang berbunga juga mempunyai amalan, kerja dan tugas. Tumbuh-tumbuhan ini melakukan ubudiyyah menurut cara mereka bertasbih memperlihatkan nama-nama Allah. Justeru semua amalannya ini telah ditulis dalam semua benih dan biji mereka besekali dengan sejarah kehidupan mereka lalu tumbuh di musim bunga dan di suatu tempat yang lain.


Sepertimana tumbuh-tumbuhan itu menyebut tentang amalan induk (ibu) dan asal-usul mereka secara sangat fasih melalui bahasa bentuk dan gambaran yang telah ditunjukkan, setiap mereka menyebarkan lembaran amalan melalui semua dahan, ranting, daun, bunga dan buah-buahan masing-masing.


Justeru, kerana Dialah yang melakukan urusan tersebut di hadapan mata kita secara bijaksana, terpelihara, tersusun, penuh didikan dan lembut, maka Dia berkata: اِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ. Maka kiaskanlah 

144. Page

noktah-noktah lain dengan ini. Jika engkau mempunyai kekuatan istinbatkanlah (keluarkanlah contoh-contoh yang seumpamanya).


Untuk membantu kalian, perkara berikut juga akan kami ceritakan: Demikianlah juga اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ. Sepertimana kalam ini memberi petunjuk kepada contoh yang jelas melalui perkataan takwir iaitu dengan makna membalut dan mengumpulkan, ia turut mengingatkan bandingannya.

 

Pertama: Ya, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membuka tirai ketiadaan, Atsir (simpanan iaitu benda yang memenuhi semesta) dan langit, lalu mengeluarkan sebutir lampu umpama berlian yang menyinari dunia seperti matahari daripada khazanah rahmat-Nya lalu memperlihatkannya kepada dunia. Setelah dunia ditutup, Dia akan membalut berlian itu dengan tirai-tirainya dan akan mengangkatnya.

 

Kedua: Ataupun ia merupakan pegawai yang ditugaskan untuk menyebarkan barang-barang cahayanya dan membalutkan cahaya dan kegelapan secara bersilih ganti ke atas bumi. Setiap senja Allah mengarahkan ia mengumpulkan barang dagangannya dan bersembunyi. Kadang-kadang disebabkan adanya tirai awan ia melakukan jual beli hanya seketika. Kadang-kadang bulan menjadi tirai di hadapan wajahnya lantas menjejaskan sedikit urusannya.


Sudah tentu pada suatu masa, sebaik sahaja petugas itu mengumpulkan barang dagangannya dan buku catatan urusannya ia akan meninggalkan tugasnya. Hatta walaupun tiada sebab pemberhentian tugas, dengan membesarnya dua titik yang ketika ini masih kecil tetapi mula membesar di atas wajahnya, dengan perintah Allah, matahari akan mengambil semula cahaya yang telah dilitupi ke atas muka bumi dengan izin Allah. 

145. Page

Maka Allah akan membalut matahari dan berkata: “Mari, tugasmu di bumi telah tamat. Pergilah ke neraka. Bakarlah mereka yang menyembahmu dan menghina petugas-petugas yang taat sepertimu dengan pengkhianatan (secara tidak benar)”.


Ia membaca firman اِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ di wajahnya dengan wajahnya yang bertitik hitam.