Bahagian Kelima Bagi Tambahan

146. Page

Bahagian Kelima bagi Tambahan


Ya, sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu para nabi yang merupakan orang-orang yang paling mulia bagi manusia menurut nas hadith secara sepakat mengkhabarkan tentang kewujudan akhirat dan perpindahan manusia ke sana dan Pencipta alam semesta ini akan mendatangkan hari akhirat yang dijanjikan-Nya dengan pasti secara ijma’ dan mutawatir serta sebahagiannya bersandar kepada kesaksian dan sebahagiannya kepada haqqal yaqin (keyakinan yang paling benar). Seratus dua puluh empat juta para wali Allah yang membenarkan khabar yang telah disampaikan oleh para rasul melalui kasyaf dan penyaksian secara ‘ilmal yaqin mengakui kewujudan akhirat itu. 


Sesungguhnya semua nama as-Sani‘ul Hakim alam semesta ini memberi petunjuk kepada akhirat melalui tajalli-tajalli yang telah diperlihatkan oleh nama-nama itu di dunia ini. Ini kerana mereka secara jelas mewajarkan kewujudan sebuah alam yang kekal dan baqa’. 


Sesungguhnya qudrat azali yang tidak terbatas yang menghidupkan jasad kaku pohon-pohon mati yang tidak terkira dan terhitung yang berdiri di atas muka bumi dalam musim bunga setiap tahun dengan perintah كن فيكون lalu menjadikannya tajalli kepada بعث بعد الموت, menghidup dan membangkitkan semula tiga 

147. Page

ratus ribu jenis daripada pelbagai kelompok tumbuhan dan binatang sebagai ratusan ribu contoh bagi Hasyir dan Nasyir.


Manakala hikmah abadi yang tidak terkira dan tidak pernah membazir yang menguruskan sara hidup semua makhluk yang mempunyai roh yang berhajat kepada rezeki dengan penuh kasih sayang secara luar biasa dan menunjukkan jenis-jenis perhiasan dan kecantikannya yang tidak terkira dan terhitung dalam tempoh yang singkat pada setiap musim bunga, serta rahmat yang kekal dan inayah (pertolongan) yang berterusan secara jelas memestikan kewujudan akhirat.


Sesungguhnya cinta pada kebaqaan, rindu pada keabadian dan bercita-cita pada kesarmadian yang begitu hebat, kukuh dan berterusan dalam diri manusia yang merupakan buah paling sempurna bagi alam semesta, ciptaan yang paling disukai oleh al-Khaliq alam semesta dan yang paling banyak berhubung kait dengan maujudat alam semesta ini mengisbatkan secara sangat pasti bahawa selepas alam fana ini terdapat sebuah alam yang baqa’ dan sebuah Darul Akhirat dan Darus Sa‘adah melalui petunjuk dan tanda-tandanya yang jelas.


Maka sesungguhnya ini semua menjadikan kita menerima kewujudan akhirat secara yakin sebagaimana kita menerima kewujudan dunia.[29]


[29] Ya, betapa mudahnya mengkhabarkan suatu perkara yang nyata dan betapa sulitnya mengingkari dan menafikannya dapat dilihat di dalam perumpamaan berikut: Jika seseorang berkata: “di atas muka bumi terdapat sebuah kebun menakjubkan yang buah-buahnya bagaikan bekas-bekas susu. Jika seseorang berkata; Mana ada! Maka orang yang membuktikan boleh mengisbatkan dakwaannya dengan hanya perlu menunjukkan tempatnya atau sesetengah buahnya dengan senang. Orang yang mengingkarinya pula untuk membuktikan penafiannya, hanya boleh membuktikannya dengan melihat dan menunjukkan seluruh dunia.


Sama seperti itu juga ketika pengakuan dua orang saksi yang benar kepada kewujudan syurga adalah mencukupi (tanpa melihat kepada ratusan ribu titisan, buah-buahan dan kesan-kesannya yang telah diperlihatkan oleh mereka yang mengkhabarkan tentang syurga), namun orang yang mengingkarinya pula hanya boleh membuktikan pengingkaran dan memperlihatkan ketiadaan syurga selepas menjelajah dan mengkaji alam yang tiada penghujung dan masa abadi yang tiada sempadan. Maka wahai saudara-saudari yang tua! Fahamilah betapa kuatnya keimanan kepada akhirat.

148. Page

Sesungguhnya salah satu pengajaran paling penting yang diberikan oleh al-Quran kepada kita ialah keimanan dengan akhirat. Keimanan itu juga adalah sangat kuat.


Sesungguhnya dalam keimanan itu terdapat harapan dan ketenangan yang jika seratus ribu masa tua datang kepada seseorang, ketenangan yang lahir daripada keimanan itu adalah mencukupi.

Maka, dengan berkata اَلْحَمْدُلِلّٰهِ عَلىَ كَمَالِ اَلاْيمَانْ, kita orang tua perlu merasa gembira dengan masa tua kita.