NAVIGATION
135. Page
Satu soalan yang berkaitan dengan Hasyir: firman Allah اِنْ كَانَتْ اِلاَّ صَيْحَةً وَاحِدَةً dan وَمَا اَمْرُ السَّاعَةِ اِلاَّ كَلَمْحِ الْبَصَرِ yang berulang-ulang dalam al-Quran menunjukkan bahawa Hasyir yang agung berlaku dalam satu detik secara sekelip mata. Akal yang sempit pula inginkan satu contoh yang boleh disaksikan supaya ia boleh menerima masalah yang terlalu luar biasa dan tiada bandingan ini dengan kefahaman yang yakin.
Jawapan: Dalam persoalan Hasyir terdapat kepulangan roh ke tubuh penghidupan tubuh dan pembinaannya. Maka ia adalah tiga perkara.
Perkara Pertama: Perumpamaan bagi kedatangan roh kepada tubuh ialah perhimpunan semula anggota-anggota pasukan tentera yang sangat tersusun ketika mereka telah bersurai untuk berehat melalui satu bunyi semboyan yang lantang. Ya, sepertimana sangkakala Israfil yang merupakan semboyannya adalah lebih hebat daripada semboyan tentera, roh-roh yang mendengar ucapan اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ yang datang dari sisi keazalian dan menjawab dengan قَالُوا بَلَى semasa di sisi keabadian dan di alam zarah, semestinya adalah ribuan kali lebih patuh, tersusun dan taat berbanding anggota-anggota tentera. Menerusi dalil-dalil yang pasti, Kalimah Ketiga Puluh telah
136. Page
mengisbatkan bahawa bukan roh sahaja, bahkan seluruh zarah juga adalah pasukan tentera as-Subhan dan askar-askar-Nya yang taat.
Perkara Kedua: Contoh kepada penghidupan semula tubuh badan adalah sebagaimana menghidupkan dan menyalakan seratus ribu lampu elektrik dari sebuah pusat pencawang pada malam perayaan dan di sebuah bandar yang besar bagaikan sekelip mata secara tiba-tiba adalah mungkin, maka memberikan cahaya kepada seratus juta lampu di atas muka bumi daripada satu pusat juga adalah begitu.
Memandangkan makhluk Allah yang seperti elektrik, petugas dan pemberi cahaya di rumah tamu-Nya memperoleh keadaan ini menerusi panduan pendidikan dan penyusunan yang diperoleh daripada al-Khaliq-nya, maka dalam lingkungan undang-undang hikmah Ilahi yang tersusun yang digambarkan oleh ribuan petugas nurani-Nya yang seperti elektrik, sudah tentu Hasyir yang agung juga boleh terjadi dalam sekelip mata.
Perkara Ketiga: Contoh bagi pembinaan tubuh badan secara tiba-tiba: (Perhatikanlah kepada) Penumbuhan semua dedaun bagi segala pokok yang seribu kali lebih banyak daripada jumlah bangsa manusia secara sempurna dan tiba-tiba sama seperti musim bunga sebelumnya dalam tempoh beberapa hari dalam musim bunga; pewujudan semua bunga, buah dan daun bagi semua pokok seperti hasil musim bunga yang lepas secepat kilat; pembangkitan, pengembangan dan penghidupan tunas-tunas kecil, benih-benih dan akar-akar yang tidak terbatas dan merupakan permulaan musim bunga itu secara serentak bersama-sama; penzahiran dan penyebaran keadaan “al-ba’su ba’dal maut” (kebangkitan selepas mati) pada jenazah-jenazah semua pokok seperti mayat berdiri yang terdiri
137. Page
daripada tulang-tulang dengan satu perintah secara tiba-tiba; penghidupan kelompok-kelompok haiwan kecil yang tidak terkira secara sangat berseni; lebih-lebih lagi hasyir atau kebangkitan kabilah-kabilah lalat yang mengingatkan kita tentang wudhuk dan kebersihan dengan sentiasa membersihkan muka, mata dan sayapnya serta membelai wajah kita di hadapan mata kita, terutamanya bilangan gerombolan ahli kabilahnya yang dihantar dalam satu tahun adalah lebih banyak daripada golongan bani Adam yang datang semenjak zaman Nabi Adam; pembinaan, penghidupan dan kebangkitan mereka bersama dengan kumpulan kabilah yang lain dalam tempoh beberapa hari pada setiap musim bunga.
Sudah tentu semua ini bukanlah satu perumpamaan bahkan ribuan perumpamaan tentang pembinaan jasad manusia di Hari Qiamat.
Ya, oleh sebab dunia ialah negara hikmah dan akhirat negara qudrat, maka pewujudan benda-benda di dunia secara berperingkat-peringkat dan masa demi masa telah menjadi kewajipan bagi hikmah Rabbaniyyah. Ini kerana banyak nama seperti al-Hakim, al-Murattib, al-Mudabbir dan al-Murabbi adalah diperlukan di dunia.
Manakala di akhirat, untuk menzahirkan lebih banyak qudrat dan rahmat berbanding dengan hikmah, maka benda-benda dibuat dalam satu detik secara tiba-tiba tanpa berhajat kepada bahan, tempoh, masa dan penantian.
Al-Quran Mu’jizul Bayan menyatakan bahawa وَمَا اَمْرُ السَّاعَةِ اِلاَّ كَلَمْحِ الْبَصَرِ اَوْ هُوَ اَقْرَبُ sebagai isyarat kepada urusan-urusan yang dilakukan dalam sehari dan setahun di sini, dibina di akhirat dalam satu detik dan sekelip mata.
138. Page
Sekiranya engkau ingin memahami kedatangan Hasyir seperti kedatangan musim bunga yang akan datang secara pasti, sila pandang dan lihat dengan teliti kepada Kalimah Kesepuluh dan Kedua Puluh Sembilan yang berkaitan dengan Hasyir.
Jika engkau tidak mempercayainya seperti kedatangan musim bunga, marilah cucuk jarimu ke dalam mataku.
Perkara Keempat: (Ini merupakan tambahan): Perumpamaan bagi kematian dunia dan kejadian qiamat pula ialah: Dengan perintah Allah, rumah kita ini akan musnah dalam satu detik apabila sebuah komet atau sebutir bintang berekor menghentam bumi dan rumah pertamuan kita. Ia adalah seperti keruntuhan sebuah istana yang dibina dalam masa sepuluh tahun dalam tempoh satu minit.
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS