Bahagian Pertama Bagi Tambahan

104. Page

Susulan dan Tambahan Penting Untuk

Kalimah Kesepuluh


Bahagian Pertama bagi Tambahan


بِسْـــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ *


فَسُبْحَانَ اللّٰهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَعَشِيَّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ *

يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذٰلِكَ تُخْرَجُونَ *

وَ مِنْ آيَاتِهِ اَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ اِذَا اَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ *


وَ مِنْ آيَاتِهِ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا اِلَيْهَا وَ جَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَ رَحْمَةً اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ *


وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلاَفُ اَلْسِنَتِكُمْ وَ اَلْوَانِكُمْ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ *


وَ مِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِالَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَابْتِغَاءُوكُمْ مِنْ فَضْلِهِ اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ *


وَ مِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَ طَمَعًا وَ يُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِى بِهِ


105. Page

الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ فِى ذٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ *


وَمِنْ آيَاتِهِ اَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْاَرْضُ بِاَمْرِهِ ثُمَّ اِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِنَ الْاَرْضِ اِذَا اَنْتُمْ تَخْرُجُونَ *


وَ لَهُ مَنْ فِى السَّمٰوَاتِ وَ الْاَرْضِ كُلٌ لَهُ قَانِتُونَ *


وَ هُوَ الَّذِى يَبْدَءُو الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَ هُوَ اَهْوَنُ عَلَيْهِ وَلَهُ الْمَثَلُ الْاَعْلَى فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ *


Nuktah terbesar dan hujah utama bagi ayat-ayat agung samawi yang menunjukkan kutub keimanan dan dalil-dalil agung yang qudsi yang membuktikan Hasyir akan diterangkan dalam Sinaran Kesembilan ini. 


Ini adalah ‘inayah Rabbani yang halus bahawa: Tiga puluh tahun sebelum ini, Said Lama, pada penghujung mukadimah tafsir yang ditulisnya yang bernama Muhakamat, beliau telah berkata: “Maksud Kedua: Dua ayat dalam al-Quran yang mengisyaratkan Hasyir akan ditafsir dan diterangkan.” Kemudian, setelah berkata” بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ” beliau berhenti lalu tidak dapat meneruskannya lagi. 


Syukur dan pujian kepada al-Khaliqur Rahim-ku sebanyak dalil-dalil dan tanda-tanda Hasyir. Ini kerana, Dia telah menganugerahkan taufiq selepas tiga puluh tahun. Ya, sembilan atau sepuluh tahun sebelum ini Dia telah mengurniakan dua kalimah iaitu Kalimah Kesepuluh dan Kalimah Kedua Puluh Sembilan yang memiliki hujah-hujah dan tafsiran-tafsiran yang terang dan sangat kuat bagi firman Ilahi:


فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شي قَدِيرٌ


yang merupakan ayat pertama daripada dua ayat di atas. Ia telah membisukan para pengingkarnya. 

 

106. Page

Malah, selepas sembilan dan sepuluh tahun daripada (penulisan) dua kubu keimanan Hasyir yang kukuh dan tidak boleh diserang, Dia telah menganugerahkan tafsiran ayat-ayat terbesar yang telah disebutkan pada permulaan yang merupakan ayat kedua melalui risalah ini. Justeru, Sinaran Kesembilan ini; terdiri daripada sembilan maqam yang tinggi dan satu mukadimah yang penting yang diisyaratkan melalui ayat-ayatnya yang telah disebutkan.         

 

Mukadimah ini ialah dua noktah yang terdiri daripada penerangan satu-satunya natijah menyeluruh daripada faedah-faedah rohani dan natijah-natijah kehidupan yang sangat banyak bagi keimanan terhadap Hasyir secara ringkas serta penzahiran bahawa keimanan kepada Hasyir ini adalah sangat penting dan perlu kepada kehidupan manusia terutamanya kepada kehidupan bermasyarakat. Ia turut memperlihatkan satu-satunya hujah menyeluruh daripada hujah-hujah akidah yang sangat banyak bagi keimanan kepada Hasyir ini dengan ringkas dan menyatakan bahawa akidah Hasyir itu adalah sangat jelas dan tiada keraguan.


Noktah Pertama: Sebagai satu ukuran, kami hanya akan memberi empat contoh daripada ratusan dalil Akidah Akhirat yang menjadi asas utama dalam kehidupan bermasyarakat dan peribadi insan dan dasar-dasar bagi kebahagiaan dan kesempurnaan.


 Dalil Pertama:  Hanya dengan memikirkan syurga, kanak-kanak yang merupakan golongan yang bilangannya adalah hampir separuh daripada jumlah keseluruhan manusia boleh bertahan untuk menghadapi kematian yang kelihatan dahsyat dan menyedihkan kepada mereka. Mereka juga boleh menemui kekuatan maknawi dalam tubuh mereka yang sangat daif dan rapuh. Walaupun mereka di dalam keadaan roh yang amat lemah dan cepat menangis 

107. Page

disebabkan semua benda, namun, dengan syurga, mereka menemui suatu harapan lalu dapat menikmati hidup dengan gembira. Contohnya, dengan memikirkan syurga, seorang kanak-kanak akan berkata: “Adikku atau sahabatku telah mati. Dia telah menjadi burung syurga. Dia boleh bersiar-siar di syurga dan dia hidup lebih baik daripada kita. Jika tidak, kematian kanak-kanak sepertinya atau orang-orang dewasa di sekelilingnya yang setiap masa dilihat oleh pandangan gelisah mereka yang kebuntuan dan lemah itu akan menggugat daya bertahan dan kekuatan maknawi mereka serta menyebabkan semua perasaan mereka, roh, hati, akal bersama dengan mata mereka juga menangis. Maka sama ada kekuatannya akan hilang ataupun menjadi haiwan malang yang gila.  


Dalil Kedua: Sesungguhnya dengan kehidupan akhirat sahajalah orang-orang tua yang merupakan separuh jumlah manusia boleh bertahan menghadapi kubur yang berada berhampiran dengan mereka. Mereka boleh menemui hiburan untuk menghadapi penamat kehidupan yang amat berkait dengan mereka dan penutupan dunia mereka yang indah pada masa terdekat. Hanya dengan harapan kehidupan abadi, mereka boleh menghadapi rasa putus asa yang menyakitkan dan dahsyat yang muncul daripada kematian dan kelenyapan pada roh dan jiwa mereka yang amat mudah tersentuh seperti kanak-kanak. Jika tidak, insan-insan mulia yang berhak kepada belas kasihan dan para bapa serta ibu yang gelisah dan sangat perlu kepada kerehatan hati dan ketenangan itu akan merasai kegalauan rohani dan kegelisahan jiwa yang sangat hebat sehingga dunia ini akan menjadi penjara yang gelap serta kehidupan juga akan menjadi azab yang kejam kepada mereka. 

108. Page

Dalil Ketiga: Sesungguhnya hanya fikrah neraka yang boleh menahan perasaan yang sangat membara dan hawa nafsu serta kehendak yang melampau bagi para pemuda dan belia yang menjadi asas dalam kehidupan bermasyarakat manusia, daripada pencerobohan, kezaliman dan pemusnahan. Malah fikrah itu memastikan bahawa kehidupan masyarakat berterusan dengan aman damai. Jika tidak, sekiranya tiada kebimbangan neraka, menurut kaedah الحكم للغالب (kekuasaan itu bagi yang menang) di belakang hawa nafsu mereka, para belia yang mabuk itu akan mengubah dunia menjadi neraka kepada insan-insan yang daif dan lemah yang buntu dan menukar kemanusiaan yang mulia kepada kebinatangan yang hina.


Dalil Keempat: Markas yang paling syumul dan paksi yang paling penting, syurga, tempat berlindung dan kubu untuk kebahagiaan duniawi bagi manusia dalam kehidupan duniawinya ialah hidup berkeluarga. Rumah setiap orang ialah dunia kecilnya. Kehidupan serta kebahagiaan bagi rumah dan kehidupan keluarga itu pula menjadi nyata dengan rasa hormat yang sangat utuh, sejati dan penuh kesetiaan serta melalui kasih-sayang yang hakiki, penuh rasa kasih dan penuh pengorbanan.


Rasa hormat yang hakiki dan kasih-sayang yang sejati ini pula terhasil menerusi persahabatan yang abadi, perdampingan yang berpanjangan, kebersamaan yang sarmadi dan dengan memiliki fikrah dan akidah hubungan kebapaan, keanakan, persaudaraan dan persahabatan antara sama lain dalam satu masa yang tidak terbatas dan satu kehidupan yang tiada sempadan.


Contohnya seseorang berkata: “Isteriku ini ialah teman yang kekal di alam yang abadi dan dalam kehidupan yang berpanjangan. 

109. Page

Tidak mengapa jika sekarang ini dia tua dan kurang cantik kerana dia memiliki kecantikan abadi dan kecantikan itu pasti datang. Dengan berkata “aku akan sentiasa melakukan pengorbanan dan memberi kasih sayang demi kenangan persahabatan yang kekal...” lalu dia akan menerima isterinya yang tua itu dengan cinta, belas dan kasih sayang seperti bidadari yang jelita. Jika tidak, selepas kemesraan yang palsu sesingkat satu atau dua jam; persahabatan yang berhadapan dengan perpisahan dan penceraian yang abadi pasti boleh memberikan kasih sayang yang majazi dan rasa hormat yang pura-pura, belas kasihan seperti haiwan yang sangat palsu, sementara dan tiada asas dan semua kepentingan dan perasaan lain yang berkuasa akan mengalahkan rasa hormat dan kasih sayang itu seperti yang berlaku di kalangan haiwan lalu mengubah syurga dunia itu kepada neraka.


Justeru satu daripada ratusan natijah keimanan Hasyir adalah berkait dengan kehidupan bermasyarakat insan. Sekiranya natijah-natijah lain turut dikiaskan kepada empat dalil yang telah disebutkan daripada ratusan sudut dan faedah-faedah bagi satu natijah ini, akan difahami bahawa perlakuan dan kewujudan hakikat Hasyir; adalah sepasti darjat hakikat yang tinggi dan hajat yang syumul bagi keinsanan. Bahkan ia adalah lebih jelas dan memberitahu lebih banyak kebenarannya (hakikat Hasyir) berbanding dalil dan penyaksian kewujudan keperluan dalam perut insan kepada kebenaran kewujudan makanan. Sekiranya natijah-natijah hakikat Hasyir ini keluar daripada kemanusiaan; ia akan membuktikan bahawa fitrah manusia yang sangat penting, tinggi dan bernyawa akan jatuh menjadi seperti bangkai yang jijik dan ibarat sarang mikrob. Moga-moga berdengunglah telinga para sosiologis, politikus

110. Page

dan moralis yang sangat berkait dengan pengurusan, akhlak dan kemasyarakatan manusia! Biarkan mereka datang! Tetapi dengan apakah mereka dapat mengisi kelompangan ini dan dengan apakah mereka dapat mengubati luka-luka yang parah ini?


Noktah Kedua: Noktah ini secara yang sangat ringkas akan menerangkan satu bukti daripada bukti-bukti hakikat Hasyir yang tidak terbatas yang muncul daripada ringkasan syahadah yang datang daripada semua rukun iman. Ia adalah seperti berikut: 


Semua mukjizat, dalil kenabian, dan semua bukti kebenaran Baginda yang mengisyaratkan kepada risalah Saidina Muhamad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara bersama menjadi saksi lalu membuktikan kewujudan hakikat Hasyir. Ini kerana selepas wahdaniyyah, semua dakwaan baginda dalam kehidupannya bertumpu kepada Hasyir


Semua mukjizat dan hujah baginda yang membenarkan semua nabi dan menjadikan semua orang membenarkan mereka, menjadi saksi kepada hakikat yang sama. Malah syahadah وَبِكُتُبِهِ yang meningkatkan darjat syahadah yang datang selepas kalimahوَبِرُسُلِهِ  ke tahap yang nyata juga menjadi saksi kepada hakikat yang sama. 


Mula-mula semua mukjizat, hujah dan hakikat yang mengisbatkan kebenaran al-Quran Mu’jizul Bayan, menjadi saksi kepada kebenaran dan kenyataan hakikat Hasyir dan mengisbatkannya. Ini kerana, hampir satu pertiga al-Quran ialah Hasyir dan pada kebanyakan permulaan surah-surah pendek ialah ayat-ayat Hasyir yang sangat kuat. Melalui ribuan ayatnya, al-Quran memberitahu, membuktikan dan menunjukkan hakikat yang sama secara terang-terangan dan secara tidak langsung.


111. Page

Contoh: Di samping menunjukkan bahawa hakikat Hasyir adalah hakikat yang sangat penting dan wajib bagi alam dengan penuh kepastian pada permulaan tiga atau empat puluh surah seperti:


اِذَا الشَمْسُ كُوِّرَتْ *

يَا اَيُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْئٌ عَظِيمِ *

اِذَا زُلْزِلَتِ الْاَرْضُ زِلْزَالَهَا * اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ * اِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ *

عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * هَلْ اَتَيكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ


Ayat-ayatnya yang lain juga menerangkan pelbagai dalil bagi hakikat itu lalu melahirkan keyakinan kepada para pembacanya.


Agaknya, mungkinkah aqidah Hasyir ini menjadi sesuatu yang tidak berasas seperti mengingkari kewujudan matahari bahkan seperti mengakui ketiadaan alam? Tidakkah ia mustahil dan batil seratus kali ganda? Sedangkan ia muncul seperti matahari. Melalui ribuan penyaksian dan dakwaan-dakwaan yang serupa di dalam sebuah kitab yang satu isyarat bagi satu ayatnya menghasilkan hakikat ilmiah dan ‘alamiah yang bermacam-macam dalam ilmu-ilmu Islam yang ada di hadapan mata kita.


Agaknya mungkinkah dari mana-mana sudut untuk mendustakan ribuan kata-kata, janji-janji

dan ancaman-ancaman Raja yang sangat tegas dan mulia? Mungkinkah ia adalah tidak benar? Sedangkan, kadang-kadang satu pasukan tentera sanggup bergerak dan berperang semata-mata supaya satu titah Raja tidak didustai!


Agaknya walaupun hanya satu titah bagi Sultan maknawi yang agung yang menguasai, mendidik dan menguruskan roh, akal, hati dan nafsu yang tidak terhitung dalam lingkungan kebenaran dan

112. Page

hakikat tanpa henti selama tiga belas abad adalah cukup untuk mengisbatkan satu hakikat seperti ini, maka tidakkah azab neraka menjadi perlu untuk seorang yang sangat jahil dan bodoh yang tidak mengenali hakikat itu? Tidakkah ia merupakan sebenar-benar keadilan? Sedangkan Sultan itu telah memperlihatkan dan membuktikan hakikat Hasyir ini melalui ribuan keterangan.

 

Malah semua suhuf dan kitab samawi yang menguasai satu zaman dan era masing-masing juga turut menerima hakikat Hasyir yang telah diterangkan dan dibuktikan oleh al-Quran melaluiperincian, penerangan dan pengulangan menurut kurun dan zamannya. Walaupun suhuf dan kitabkitab itu menerangkannya tanpa perincian, secara berselindung dan ringkas namun dakwaan dan pembuktian yang kuat olehnya memperakui dakwaan al-Quran dengan ribuan tandatangan.

 

Bersesuaian dengan perbahasan ini, satu hujah Hasyir yang menyebutkan penyaksian semua rukun lain khususnya rukun beriman kepada para Rasul dan kitab kepada rukun اٖيماَنِ بِلْيَوْمِ الْٰخِرِ (beriman kepada Akhirat) pada penghujung Risalah Munajat dalam bentuk munajat yang sangat kuat, ringkas dan menghapuskan semua prasangka masuk ke sini mengikut keadaan asalnya.

 

Berikut ialah apa yang diungkapkan dalam munajat: “Wahai Rabbur Rahim-ku! Melalui ajaran Rasul Mulia-Mu dan ajaran al-Quranul Hakim-Mu aku telah faham bahawa pertamanya al-Quran dan Rasul Mulia-Mu, semua kitab suci dan para Rasul secara ijma’ dan sepakat sentiasa mengakui, menunjukkan dan memberi isyarat bahawa tajalli nama-nama Jalali dan Jamali yang contoh-contohnya dilihat di dunia ini dan di setiap sudut akan berterusan dalam keadaan yang lebih terang buat selama-lamanya.

 

113. Page

Segala kurniaan yang tajalli dan contoh-contohnya disaksikan di alam fana ini akan berterusan dan kekal dalam keadaan yang lebih gemilang di negara kebahagiaan. Para perindu yang melihat contoh-contoh tersebut dengan kenikmatan lalu mendampinginya dengan kasih sayang dalam kehidupan dunia yang singkat ini akan terus mendampingi dan menyertainya di alam abadi.”


Pertama-tamanya Rasul mulia dan al-Quranul Hakim-Mu, semua Rasul yang merupakan pemilik roh-roh nurani, semua wali yang merupakan qutub hati-hati yang bercahaya dan semua Siddiqin yang merupakan sumber bagi akal-akal bercahaya yang tajam telah memberi khabar gembira tentang kebahagiaan abadi kepada semua manusia. Iaitu dengan bersandarkan kepada ratusan mukjizat mereka yang jelas dan ayat-ayatnya yang pasti dan bersandarkan kepada ribuan janji dan ancaman-Mu yang kerap kali Engkau ulangi dalam semua suhuf samawi dan kitab-kitab suci. Khabar gembira mereka juga bergantung kepada sifat-sifat Qudsi-Mu yang mewajarkan akhirat seperti qudrat, rahmat, ‘inayah, hikmah, jalal dan jamal, urusan-urusan-Mu, keagungan sifat jalal-Mu dan kerajaan rububiyah-Mu serta berdasarkan kepada penemuan-penemuan dan penyaksian mereka yang memberitahu tentang jejakjejak dan tanda-tanda akhirat yang tiada batasan dan menurut iktikad serta keimanan mereka yang mencapai tahap ‘ilmal yaqin dan ‘ainal yaqin.


Mereka turut mengkhabarkan tentang adanya neraka untuk golongan sesat dan syurga untuk golongan yang mendapat hidayah. Mereka beriman dengan yakin dan mengakuinya.


“Wahai al-Qadirul Hakim! Wahai ar-Rahmanur Rahim! Wahai as-Sadiqul Wa’ dil Karim! Wahai al-Qahhar Dzul Jalal yang memiliki kemuliaan, keagungan dan ketinggian! Engkau adalah beratus

114. Page

ribu kali ganda muqaddas serta suci dan tinggi tanpa batasan daripada perbuatan mendustai dan menipu para kekasih-Mu yang benar seramai ini, janji-janji serta sifat-sifat dan urusan-urusan-Mu sebanyak ini; mendustai dan tidak melakukan apa yang benarbenar diperlukan oleh kerajaan rububiyyah-Mu; menolak dan tidak mendengar doa-doa dan dakwaan tidak berkesudahan yang berkait dengan akhirat oleh para hamba makbul-Mu yang tidak terhitung yang dicintai-Mu dan mereka juga mencintakan diri mereka kepada-Mu dengan mengakui dan mentaati-Mu; juga daripada memperakui pengingkaran Hasyir oleh golongan sesat dan golongan kufur yang menghina keagungan kebesaran-Mu, merendahkan kemuliaan ketinggian-Mu, mencemuh kehormatan uluhiyyah-Mu dan meremehkan belas rububiyyah-Mu.


Kami mensucikan keadilan dan keindahan-Mu yang tidak berpenghujung dan rahmat-Mu yang tidak terbatas itu daripada satu kezaliman dan keburukan yang tidak berkesudahan begini dengan penyucian yang tidak terbatas.


Dan kami beriman dengan sepenuh daya kami secara haqqal yaqin, ‘ainal yaqin dan ‘ilmal yaqin bahawa penyaksian ratusan ribu utusan-Mu yang benar itu dan para anbiya’, asfiya’dan auliya’ yang merupakan para juruhebah sebenar kerajaan-Mu itu kepada khazanah-khazanah rahmat ukhrawi-Mu, perbendaharaan-perbendaharaan ihsanat-Mu di alam baqa’ dan tajalli-tajalli yang luar biasa indah bagi nama-nama indah-Mu yang muncul dengan sempurna di negara kebahagiaan adalah kebenaran dan hakikat. Isyarat-isyarat mereka adalah betul dan tepat. Khabar-khabar gembira mereka adalah benar dan kenyataan.


Dengan mengimani bahawa hakikat terbesar Hasyir ini adalah sinaran paling besar bagi nama al-Haq-Mu yang merupakan tempat

115. Page

rujuk, mentari dan pelindung bagi semua hakikat, lalu dengan perintah-Mu, mereka mendidik hamba-hamba-Mu dalam lingkungan kebenaran dan mengajarkannya sebagai hakikat sebenar.


Ya Rabb! Demi kebenaran dan kehormatan ajaran dan didikan mereka ini, kurniakanlah iman yang paling sempurna dan husnul khatimah kepada kami dan kepada murid-murid Risalah An-Nur. Jadikanlah kami orang yang mendapat syafaat mereka! Amin...


Malah, semua dalil dan hujah yang mengisbatkan kebenaran al-Quran, bahkan semua kitab samawi, semua mukjizat dan bukti yang mengisbatkan kenabian Habibullah bahkan semua anbiya’ turut mengisyaratkan kepada kewujudan akhirat yang merupakan dakwaan mereka yang paling besar. Begitulah juga kebanyakan dalil dan hujah yang menjadi saksi kepada kewujudan Wajibul Wujud dan keesaan-Nya turut menjadi saksi kepada kewujudan dan pembukaan negara kebahagiaan dan alam baqa’ yang menjadi tempat berlaku dan terzahirnya rububiyyah dan uluhiyyah yang paling besar.


Ini kerana, ia adalah seperti mana yang akan diterangkan dan dibuktikan dalam bahagianbahagian yang akan datang. Sesungguhnya kewujudan Dzat al-Wajibul Wujud, semua sifat-Nya, kebanyakan nama serta sifat-sifat-Nya seperti rububiyyah, uluhiyyah, rahmat, ‘inayah, hikmah dan keadilan serta urusan-urusan-Nya akan menjadikan akhirat sebagai keperluan, menghendaki alam baqa’ sebagai kewajiban serta mengingini Hasyir dan Nasyir (kebangkitan dan pengumpulan) untuk ganjaran dan balasan sebagai kemestian.


Ya, memandangkan Allah yang azali dan abadi itu ada, sudah tentu akhirat yang menjadi pusat kerajaan uluhiyyah-Nya yang

116. Page

sarmadi juga sudah pasti ada. Memandangkan ada dan kelihatan satu rububiyyah mutlak yang sangat hebat, berhikmah dan pengasih pada alam dan makhluk-makhluk bernyawa ini, sudah tentu akan terdapat sebuah negara kebahagiaan abadi yang menyelamatkan kehebatan rububiyyah itu daripada kejatuhan, kebijaksanaan-Nya daripada kesia-siaan dan sifat kasih-Nya daripada kekejaman dan negara itu pasti akan dimasuki.


Memandangkan segala pemberian nikmat, ihsan, kebaikan, kepemurahan, ‘inayah dan rahmat yang tidak terhitung dan dilihat dengan mata ini menunjukkan kepada akal-akal yang belum terpadam dan hati-hati yang belum mati bahawa Dzat ar-Rahmanur Rahim wujud di sebalik tabir ghaib, sudah tentu akan ada dan berlaku kehidupan baqa’ di sebuah alam baqa’ yang menyelamatkan pemberian nikmat daripada penghinaan, menyelamatkan kurniaan daripada tipu daya, menyelamatkan ‘inayah daripada permusuhan, menyelamatkan rahmat daripada azab, menyelamatkan kebaikan dan kepemurahan daripada pengkhianatan serta menjadikan ihsan itu ihsan (betul-betul ihsan) dan nikmat itu nikmat.


Memandangkan di hadapan mata kita, sebatang pena qudrat yang menulis seratus ribu kitab tanpa kesilapan di halaman sempit muka bumi pada musim bunga sedang menulis tanpa penat; memandangkan Pemilik pena itu telah bersumpah dan berjanji seratus ribu kali bahawa “Aku akan menulis sebuah kitab yang cantik dan abadi di sebuah tempat yang luas dan lebih senang berbanding kitab musim bunga yang ditulis di tempat sempit yang bercampur aduk dalam satu sama lain ini dan akan membacakannya kepada kalian,” Dia bicarakan tentang kitab itu dalam semua firman-Nya. Sudah tentu dan semestinya asal kitab itu telah ditulis, nota-nota

117. Page

kakinya melalui Hasyir dan Nasyir akan ditulis juga dan buku amalan semua orang akan dicatatkan di dalamnya.


Memandangkan bumi ini dari segi mempunyai makhluk yang banyak dan dari segi menjadi sebagai tempat tinggal, tempat tumbuh, kilang, tempat pameran dan tempat perhimpunan bagi seratus ribu jenis aneka benda hidup dan bernyawa yang sentiasa bertukar lalu menjadi hati, markas, intisari, natijah dan sebab penciptaan bagi alam ini maka bumi ini mempunyai kepentingan yang amat tinggi sehingga disamakan dengan langit yang luas di sebalik kekerdilannya dan dalam firman-firman samawi sentiasa disebutkan ...رَبُّ السَّمٰوَاتِ وَ الْرَْضِ


Memandangkan ada bani Adam yang menguasai semua penjuru bumi yang dalam keadaan tersebut, menguruskan kebanyakan makhluknya, menguasai kebanyakan benda-benda hidup dunia lalu mengumpulkannya di sekelilingnya, mengatur, mempamer dan menghias kebanyakan ciptaan berseni dengan kejuruteraan keinginannya dan mengikut undang-undang keperluan sendiri secara sangat cantik dan mengumpulkan lalu menghias jenis-jenisnya yang sangat antik di suatu tempat seperti suatu senarai sehingga mendapat kepentingan dan penghargaan yang amat besar dengan cara menarik perhatian, pujian bukan sahaja oleh insan dan jin bahkan penduduk langit dan pandangan baik Pemilik alam semesta serta bersama kemuliaan ini menunjukkan bahawa dia adalah hikmah penciptaan, natijah yang besar, buah yang berharga dan khalifah alam semesta ini melalui ilmu-ilmu dan keseniannya, kerana telah mempamer dan mengatur hasil-hasil seni as-Sani’ alam ini yang bermukjizat dari segi dunia dengan sangat baik, tetapi ditinggalkan di dunia ini, ditangguhkan azabnya dan dilambatkan kerana tugasnya

118. Page

ini lalu mendapat keberhasilan bersama dengan keingkaran dan kekufurannya...


Memandangkan al-Mutasarrif yang sangat gagah, bijaksana dan pengasih menjadikan bumi yang besar sebagai sebuah gudang bagi setiap jenis sumber galian yang diperlukan bangsa manusia itu, gedung bagi setiap jenis makanan dan sebuah kedai bagi setiap jenis harta yang disukai bangsa manusia yang mana semua ini mengatasi segala kekuatan dan pilihannya walaupun bani Adam yang dalam keadaan ini adalah sangat daif dan lemah dari segi tabiat dan penciptaannya dan bersama dengan kelemahan dan kefakirannya yang bersangatan mempunyai keperluan dan kesakitan yang tidak berkesudahan adalah wujud serta melihat dan memelihara bangsa manusia seperti ini dan memberikan apa yang dia ingini...


Memandangkan Rabb dalam hakikat ini mengasihi manusia dan menyebabkan manusia mengasihi-Nya, bersifat baqa’ serta memiliki alam-alam-Nya yang kekal, dan melakukan setiap kerja dengan keadilan dan membuat semua benda dengan bijaksana...


Memandangkan kehebatan kerajaan dan kesarmadian penguasaan al-Hakimul Azali itu tidak akan muat dalam kehidupan duniawi yang pendek, dalam umur manusia yang sangat singkat di muka bumi yang sementara dan fana ini...


Memandangkan kezaliman dan penderhakaan mereka yang sangat besar yang menafikan dan menyalahi peraturan alam semesta, keadilan, keseimbangan dan keindahannya dan pengkhianatan, keingkaran dan kekufuran mereka di dunia ini terhadap Pemberi nikmat dan yang memeliharanya dengan kasih sayang yang berlaku dalam bangsa manusia kekal tanpa balasan, lalu si zalim

119. Page

yang kejam, meneruskan hidupnya dengan ketenangan manakala orang yang dizalimi menempuh kehidupannya dalam kepayahan sedangkan fitrah keadilan mutlak yang dapat dilihat kesan-kesannya di seluruh alam sangat menentang, tidak dapat menerima dan tidak membenarkan persamaan antara kematian orang-orang zalim yang kejam dengan orang-orang dizalimi dan yang putus harapan dengan cara tidak akan dibangkitan lagi...


Memandangkan sebagaimana Pemilik alam semesta telah memilih bumi daripada alam semesta dan bangsa manusia daripada bumi dan telah memberikannya kedudukan dan keutamaan yang sangat besar; malah Dia telah memilih para anbiya‘, auliya‘ dan asfiya’ daripada bangsa manusia juga merupakan insan-insan sebenar yang bertepatan dengan maqasid (tujuan-tujuan) rububiyyah-Nya dan mencintakan diri mereka sendiri kepada-Nya dengan keimanan dan penyerahan lalu dengan menjadikan mereka teman rapat dan mukhatab kepada-Nya, maka Dia mengurniakan mereka dengan mukjizat dan kejayaan dan mengazab musuh-musuh mereka dengan tamparan-tamparan samawi; Dia memilih Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam daripada pendamping-pendamping- Nya yang bernilai dan dikasihi ini juga yang merupakan imam dan kebanggaan mereka lalu Dia menerangi separuh bebola bumi dan seperlima bangsa manusia yang penting dengan cahayanya dalam abad-abad yang panjang. seolah-olahnya alam ini dicipta untuknya; maka semua tujuan-Nya terzahir melalui baginda, agama dan al-Qurannya; walaupun baginda berhak dan layak untuk mengambil bayaran-bayaran perkhidmatan yang tidak terbatas dalam masa yang tidak terbatas yang sangat bernilai dan sehingga tahap boleh hidup jutaan tahun itu, namun baginda telah diberikan satu umur

120. Page

yang amat pendek sekadar enam puluh tiga tahun dalam kesusahan dan mujahadah yang amat banyak...


Agaknya adakah terdapat apa-apa kemungkinan, kebarangkalian dan kebolehan dari mana-mana sudut sehingga baginda tidak dibangkitkan bersama-sama dengan semua insan sepertinya dan sahabatsahabatnya dan sekarang pula tidak bernyawa dan hidup secara roh? Mungkinkah mereka dihapuskan dengan penghapusan abadi? Tidak, seratus ribu kali Tidak dan mustahil!


Ya, seluruh alam semesta dan hakikat alam, mendakwa kebangkitannya dan meminta kehidupannya daripada Pemilik alam semesta.


Tiga puluh tiga ijma’ agung yang setiap satunya sekuat sebuah gunung dalam Ayatul Kubra yang merupakan Sinaran Ketujuh telah mengisbatkan bahawa alam semesta ini telah lahir daripada satu tangan dan ia adalah milik Dzat yang esa dan mereka telah menunjukkan wahdah dan keesaan-Nya yang menjadi punca kesempurnaan Ilahiyyah dengan jelas, Melalui wahdah dan keesaan, seluruh alam semesta menjadi tentera-tentera yang taat dan petugas-petugas yang patuh bagi Dzat al-Wahid itu.


Melalui kedatangan akhirat, terselamat dan sucilah kesempurnaan-Nya daripada kejatuhan, keadilan mutlak-Nya daripada kekejaman mutlak yang tercela, hikmah umum-Nya daripada kesia-siaan yang penuh kekejian, rahmat luas-Nya daripada penyeksaan yang penuh tipu daya dan kemuliaan qudrat-Nya daripada kelemahan yang penuh kehinaan.


Sudah tentu dan tanpa keraguan, dengan pewajaran hakikat-hakikat lapan ‘memandangkan’ daripada ratusan nuktah al-Imanu

121. Page

Billah ini, Qiamat akan berlaku, Hasyir dan Nasyir akan terjadi, negara balasan dan ganjaran akan dibuka. Supaya kepentingan dan kedudukan dunia yang telah disebutkan sebagai markas serta keutamaan dan nilai insan yang dapat dibuktikan; keadilan, hikmah, rahmat dan kerajaan al-Mutasarriful Hakim yang merupakan al-Khaliq dan Rabb dunia dan manusia yang disebutkan boleh dikukuhkan; para pendamping dan perindu sebenar Rabb al-Baqi yang telah disebutkan itu terselamat daripada penghapusan abadi; tokoh terbesar dan paling bernilai di kalangan para pendamping-Nya itu mendapat ganjaran bagi khidmat-khidmat sucinya yang menyebabkan seluruh alam gembira dan terhutang budi; dan supaya bersih, suci dan bebaslah kesempurnaan-Nya daripada kekurangan dan kecacatan, qudrat-Nya daripada kelemahan, hikmah-Nya daripada kebodohan dan keadilan-Nya daripada kezaliman.


Hasilnya: Memandangkan Allah ada, sudah tentu akhirat juga ada. Malah, tiga rukun iman tersebut menjadi saksi dan menunjukkan kepada Hasyir dengan semua dalil yang mengisbatkan mereka. Begitulah juga وَ بِمَلٰئِكَتِهِ وَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ مِنَ اللّٰهِ تَعَالَى yang merupakan dua rukun iman juga mewajarkan Hasyir lalu menyaksikan dan menunjukkan secara kuat kepada kewujudan alam baqa.


Sebagai contoh: Semua dalil dan penyaksian serta percakapan yang tidak terkira yang mengisbatkan kewujudan malaikat dan tugas-tugas ubudiyyah mereka turut menandakan kewujudan alam roh, alam ghaib, alam baqa’, alam akhirat, negara kebahagiaan yang pada masa depan akan dimeriahkan dengan jin dan manusia serta syurga dan neraka.

Ini kerana para malaikat boleh melihat dan memasuki alam-alam ini dengan izin Allah dan semua malaikat al-Muqarrabin yang

122. Page

berjumpa dengan manusia, seperti Jibril ‘Alaihis Salam, memberitahu tentang kewujudan alam-alam yang disebutkan serta tentang perjalanan mereka di alam-alam tersebut secara sepakat. Sebagaimana kita tahu dengan yakin tentang kewujudan benua Amerika yang belum pernah kita lihat melalui perkhabaran orang yang datang dari sana, maka sepasti itulah kita perlu beriman kepada kewujudan alam baqa, alam Akhirat dan syurga serta neraka melalui perkhabaran malaikat yang ibarat seratus tawatur dan begitulah kita beriman.


Malah semua dalil yang mengisbatkan rukun beriman dengan qadha’ dan qadar dalam Risalah Taqdir yang merupakan Kalimah Kedua Puluh Enam secara tidak langsung mengisyaratkan Hasyir, penyebaran suhuf amalan dan penimbangan amalan di Mizanul Akbar (neraca terbesar).


Ini kerana mencatat taqdir bagi setiap benda pada papan catatan, nizam dan neraca di hadapan mata kita, menulis perjalanan hidup setiap yang memiliki kehidupan pada daya ingatan, dalam benih-benih mereka dan pada papan-papan catatan dan mencatit serta menyalin buku-buku catatan amalan bagi setiap yang bernyawa terutamanya manusia pada lauh-lauh yang terpelihara; sudah tentu satu taqdir yang luas, satu perkiraan yang sangat bijaksana, satu catatan yang sangat teliti dan satu tulisan yang sangat memelihara sebegitu pastinya hanya boleh berlaku untuk ganjaran dan balasan yang berterusan pada penghujung perbicaraan yang menyeluruh di mahkamah tertinggi.


Jika tidak, semua catatan dan pemeliharaan yang luas dan sangat teliti itu, akan menjadi tidak bermakna dan tiada faedah serta berlawanan dengan hikmah dan hakikat.

123. Page

Jika sekiranya Hasyir tidak datang, nescaya semua makna yang pasti bagi kitab alam semesta ini yang ditulis dengan pena taqdir akan rosak, sedangkan perkara ini adalah mustahil dari segenap sudut dan kebarangkalian itu menjadi mustahil sebagaimana mustahilnya mengingkari kewujudan alam ini bahkan menjadi sesuatu yang mengarut.

 

Kesimpulan: Lima rukun iman, melalui semua dalilnya, sentiasa menunjukkan dan mengingini serta menyaksikan dan menuntut kejadian serta kewujudan Hasyir dan Nasyir serta kewujudan dan pembukaan alam akhirat. Ini kerana terdapat tiang-tiang dan bukti-bukti yang besar dan kukuh dan benar-benar sesuai dengan keagungan hakikat Hasyir. Maka hampir satu pertiga al-Quran Mu’jizul Bayan mengandungi Hasyir dan akhirat. Al-Quran menjadikannya sebagai batu asas dan landasan utama kepada semua hakikatnya dan membina semua benda di atasnya.

Mukadimah berakhir di sini.

Said Nursi

TABLE OF CONTENTS