Gambaran-Gambaran

20. Page

dipindahkan ke sebuah negara yang lain dan berkekalan. Di sana semua orang akan mendapat sama ada balasan atau ganjaran terhadap apa yang telah mereka lakukan.”


Sekali lagi si bingung yang pengkhianat itu berdegil lalu berkata: “Aku tak percaya! Mungkinkah sama sekali bahawa negara ini dimusnahkan lalu berpindah ke negara lain?”


Atas dasar ini sahabatnya yang amanah telah berkata: “Memandangkan engkau berdegil dan berkeras sehingga ke tahap ini, mari aku tunjukkan kepadamu dua belas gambaran daripada bukti-bukti yang tiada sempadan dan tidak terkira bahawa ada sebuah mahkamah tertinggi, tempat ganjaran dan ihsan serta tempat balasan dan penjara. Sebagaimana setiap hari negara ini dikosongkan dari satu sudut, maka pasti datang suatu hari di mana semuanya akan dikosongkan dan dimusnahkan.


Gambaran Pertama: Mungkinkah sama sekali bahawa dalam sebuah kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang hebat begini, tidak terdapat ganjaran kepada orang-orang taat yang memberikan khidmat yang baik dan balasan kepada mereka yang menderhaka. Di sini bagaikan tiada. Maknanya terdapat sebuah mahkamah tertinggi di tempat yang lain.


Gambaran Kedua: Lihatlah kepada perjalanan dan urusan ini! Sebagaimana rezeki-rezeki yang sempurna dan lengkap diberikan bermula daripada yang paling fakir, paling lemah sehingga kepada semua; pesakit-pesakit yang tiada sesiapa, dijaga dengan sangat baik. Malah terdapat makanan-makanan yang amat mahal dan lazat, bekas-bekas, tanda-tanda yang diperindah, pakaian-pakaian yang

berhias dan jamuan-jamuan yang hebat.

21. Page

Lihat, selain orang-orang yang bingung sepertimu, semua orang sangat mengambil berat dengan tugasnya. Sesiapa pun tidak melampaui hadnya walaupun sebesar zarah. Individu yang paling besar, berkhidmat dengan ketaatan yang paling besar secara tawadhuk di bawah rasa ketakutan dan kekaguman.


Maknanya, pemilik kerajaan ini mempunyai sifat pemurah yang sangat besar dan sifat belas kasihan yang amat luas. Dia juga memiliki keagungan yang sangat besar, kemuliaan dan maruah yang sangat agung. Walhal sifat pemurah pula sentiasa mahu memberi nikmat. Rahmat pula tidak mungkin

berlaku tanpa ihsan. Keagungan pula sentiasa mahu menjaga maruah. Kehormatan dan kemuliaan sentiasa ingin memberi pengajaran kepada mereka yang biadab. Sedangkan apa yang layak dengan rahmat dan kemuliaan itu tidak dilaksanakan di negara ini walaupun satu daripada seribu. Si zalim kekal dalam kesombongannya, manakala yang dizalimi masih dalam kehinaannya lalu berpindah dari sini. Maknanya hal ini ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.


Gambaran Ketiga: Lihat! Segala urusan berjalan dengan hikmah dan aturan yang amat tinggi serta muamalah-muamalah dilakukan dengan keadilan dan neraca yang amat hakiki. Walhal hikmah pemerintahan pula sentiasa ingin menyantuni mereka yang berlindung di bawah naungan penjagaan kerajaan. Keadilan pula sentiasa ingin menjaga hak-hak rakyat-Nya supaya kehormatan kerajaan, keagungan pemerintahan dapat dijaga. Sedangkan di tempat-tempat ini, apa yang layak kepada hikmah dan keadilan itu tidak dilaksanakan walaupun satu daripada seribu. Kebanyakan mereka yang bingung seperti engkau, berlalu pergi dari sini tanpa dihukum. Maknanya, ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.

22. Page

Gambaran Keempat: Lihat, batu-batu permata yang tiada bandingan yang berada dalam pameran serta makanan-makanan yang tiada tandingan yang berada dalam hidangan yang tidak terbatas dan terhitung itu menunjukkan bahawa terdapat sifat pemurah yang tidak terhingga dan khazanah-khazanah yang melimpah ruah tidak terkira bagi raja tempattempat ini.


Walhal kepemurahan dan khazanah yang tidak akan luak sebegini sentiasa mengingini sebuah tempat pertamuan kekal dan di dalamnya terdapat semua yang dikehendaki.


Ia juga sentiasa mahukan mereka yang menikmati kelazatan daripada pertamuan itu meneruskannya di sana supaya mereka tidak merasai kesakitan akibat kehilangan dan perpisahan. Ini kerana sebagaimana hilangnya kesakitan ialah kelazatan; begitu jugalah hilangnya kelazatan ialah kesakitan. Lihatlah pameran-pameran ini! Dan perhatikanlah iklan-iklan ini. Dengarilah juruhebah-juruhebah itu kerana mereka membentuk dan memasyhurkan hasil-hasil seni agung bagi seorang raja yang menzahirkan mukjizat. Mereka menunjukkan kesempurnaan-Nya. Mereka menerangkan keindahan maknawi-Nya yang tiada bandingan. Mereka membicarakan kelatifan sifat indah-Nya yang tersembunyi.


Maknanya terdapat kesempurnaan dan keindahan maknawi yang sangat penting dan menakjubkan. Kesempurnaan yang tersembunyi dan tiada kekurangan pula, mahu mempamerkannya di atas mereka yang menghargai, mengagumi dan menyaksikannya lalu mengucapkan Masya-Allah.


Keindahan yang tersembunyi dan tiada tandingan pula, sentiasa mahu melihat dan dilihat iaitu, mahu melihat keindahan-Nya sendiri

23. Page

diri dengan dua cara: Pertama, menyaksikan sendiri cermin-cermin yang berlainan. Kedua, menyaksikan dengan pandangan para penonton yang merindu dan pengkagum yang takjub.


Ia juga sentiasa mahu melihat dan dilihat serta inginkan kesaksian yang kekal dan penyaksian yang abadi. Keindahan yang kekal itu sentiasa mahukan kewujudan berterusan para penonton dan pengkagum yang merindu.


Ini kerana keindahan yang berterusan, tidak akan redha kepada perindu yang sementara. Kerana menggambarkan kelenyapan, rasa cinta si penonton yang terhukum dengan kelenyapan yang abadi akan berubah kepada permusuhan. Rasa takjub dan rasa hormatnya akan cenderung (untuk bertukar) kepada penghinaan.


Ini kerana manusia adalah musuh kepada perkara yang tidak diketahui dan tidak diperolehnya. Sedangkan, semua orang berlalu dengan cepat dari rumah pertamuan ini lalu menghilang. Mereka hanya melihat cahaya bahkan bayangan yang lemah bagi kesempurnaan dan keindahan itu buat seketika lalu pergi sebelum puas. Maknanya mereka dipindahkan ke sebuah tempat persiaran yang kekal.


Gambaran Kelima: Lihat, dalam kerja-kerja ini kelihatan bahawa terdapat rasa kasih yang amat besar bagi raja yang tiada bandingan itu. Ini kerana baginda segera membantu setiap mereka yang ditimpa musibah. Baginda menjawab setiap permintaan dan permohonan. Hatta, lihatlah, jika baginda melihat satu hajat yang paling kecil daripada rakyatnya yang paling bawah, baginda menunaikannya dengan penuh kasih. Sekiranya kaki seekor biri-biri bagi seorang pengembala tercedera, baginda menghantar sama ada ubat atau doktor haiwan.

24. Page

Mari kita pergi; di pulau itu ada satu perhimpunan yang besar. Semua pembesar negara ini telahberkumpul di sana. Lihat! Seorang petugas muliayang membawa satu tanda yang amat besar sedangmembaca perutusan. Beliau meminta beberapa perkaradaripada rajanya yang pengasih itu. Semua pendudukberkata: “Ya, ya, kami juga mahu.” Merekamembenarkan dan menyokong beliau.


Sekarang dengar, kekasih raja ini berkata: “Wahai Raja yang memelihara kami dengan nikmat-nikmat-Nya! Tunjukkanlah kepada kami semua asal dan sumber bagi contoh-contoh dan bayangan-bayangan yang telah Engkau tunjukkan. Ambillah kami ke tempat kekuasaan-Mu. Jangan musnahkan kami di padang-padang pasir ini. Ambillah kami ke hadrat-Mu. Kasihanilah kami. Suapkanlah kami di sana nikmat-nikmat lazat-Mu yang telah Engkau rasakannya kepada kami di sini. Janganlah Engkau menyeksa kami dengan kelenyapan dan pemisahan. Janganlah Engkau hapuskan rakyatmu yang taat, rindu dan bersyukur kepada-Mu ini dengan membiarkan mereka tanpa hala tujuan!” katanya dengan penuh rayuan. Engkau juga mendengar.


Agaknya, mungkinkah sama sekali bahawa seorang raja yang sangat pengasih dan berkuasa dengan qudrat begini melaksanakan kehendak yang paling kecil bagi orang yang paling bawah dengan prihatin, tetapi tidak menunaikan kehendak yang paling tinggi bagi pegawai mulianya yang paling dikasihi? Walhal kehendak kekasih itu juga adalah kehendak semua. Malah, ia adalah apa yang diredhai raja, kelaziman rahmat dan keadilan-Nya. Malah, kehendak itu adalah senang dan tidak berat kepada-Nya. Ia tidak akan menjadi seberat tempat-tempat persiaran sementara yang ada dalam rumah-rumah pertamuan ini.

25. Page

Memandangkan baginda telah membelanjakan begitu banyak untuk tempat bersiar selama lima enam hari untuk menunjukkan misal-misalnya lalu membina negara ini, maka sudah tentu baginda akan menunjukkan semua khazanah, kesempurnaan dan kepakaran hakiki-Nya di pusat pemerintahannya dalam bentuk yang begitu hebat dan akan membuka tempat-tempat persiaran yang sangat mengkagumkan sehingga akan menyebabkan akal-akal berada dalam ketakjuban.


Ini bermakna, orang-orang yang berada di medan ujian ini bukannya tiada hala tujuan. Istana-istana kebahagiaan dan penjara-penjara kesengsaraan menanti mereka.


Gambaran Keenam: Maka marilah lihat. Semua keretapi, kapal terbang, peralatan, pameran, gedung dan urusan yang hebat ini menunjukkan bahawa ada sebuah kerajaan yang sangat hebat2 sedang

________________

2 Sebagai contoh: Sepasukan tentera yang ramai di medan latihanyang menerima arahan “ambil senjata!” dan “pasang benet!” menurut peraturan perang pada zaman ini secara umumnya menyerupai kawasan pohon berduri. Kem bagi pasukan tentera yang mendapat arahan “pakai pakaian seragam kalian!” dan “gantung lencana kalian!” untuk satu lintasan hormat pada setiap hari perayaan pula kesemuanya adalah seumpama kebun yang indah, berwarna-warni, berbunga mekar daripada hujung ke hujung. Begitulah juga di medan muka bumi. Seperti malaikat, jin, manusia dan haiwan yang merupakan jenis-jenis tentera Sultanul Azali yang tidak terhitung, kelompok tumbuhan yang tidak berakal juga, dalam perjuangan memelihara kehidupan, menerusi perintah “ كُنْ فَيَكُونُ ”, apabila menerima perintah Ilahi “gantunglah senjata-senjata dan peralatan kalian untuk pertahanan” dan apabila semua pokok dan tumbuhan berduri di atas muka bumi dari atas ke bawah mengenakan benetbenet kecil mereka, maka keadaannya juga menyerupai kem bagi pasukan tentera yang menakjubkan yang telah memasang benet-benet mereka.

Malahan, oleh sebab tiap-tiap hari dan minggu dalam musim bunga adalah ibarat perayaan bagi tiap-tiap kelompok tumbuhan dan oleh sebab setiap kelompoknya juga telah mempamerkan lencana-lencana indah yang telah disematkan oleh Sultan kepada setiap mereka dalam satu bentuk lintas hormat kepada pandangan penyaksian dan kesaksian Sultanul Azali itu untuk mempamerkan hadiah-hadiah indah yang telah dianugerahkan oleh Sultan itu sendiri kepada mereka dan kerana mereka telah

26. Page

mentadbir dari sebalik tabir. Kerajaan yang begini memerlukan rakyat yang sesuai dengannya.


Walhal engkau sedang melihat bahawa semua rakyat telah berkumpul dalam dewan tamu ini. Dewan tamu pula setiap hari dipenuhkan dan dikosongkan. Semua rakyat berada di medan ujian ini untuk latihan. Medan pula diganti setiap jam dan semua rakyat berhenti untuk menonton selama beberapa minit di tempat pameran ini bagi menyaksikan contoh-contoh keihsanan yang bernilai dan keantikan karya-karya berseni yang hebat bagi baginda raja.


Tempat pameran pula berubah dalam setiap minit. Yang pergi tidak akan kembali dan yang datang sentiasa akan pergi. Justeru, hal ini menunjukkan dengan pasti bahawa selepas dewan tamu, medan dan tempat pameran ini terdapat istana-istana yang kekal, tempat-tempat tinggal yang abadi, kebun dan khazanah-khazanah yang penuh dengan asal-usul yang murni dan tinggi bagi contoh-contoh dan gambaran-gambaran itu. Maknanya mujahadah di sini adalah kerana perkara-perkara tersebut. Di sini baginda mengarahkan kerja. Di sana baginda memberi bayaran. Di sana ada kebahagiaan menurut persediaan masing-masing.


Gambaran Ketujuh: Mari kita bersiar sebentar

dan kita lihat apa yang ada dan tiada dalam penghuni

yang bertamadun ini.

__________________

menunjukkan keadaan yang begitu, maka semua tumbuhan dan pohonan seolah-olah mendengar perintah Rabbani: “Pasangkanlah keindahan kesenian Rabbani serta tanda-tanda fitrah Ilahi yang disebut bunga dan buah dan kembangkanlah bunga-bunga” sehingga muka bumi juga mengingatkan kepada kem tentera yang pakaian seragamnya berceloreng dan lencana-lencana indahnya berkilau pada hari perayaan yang hebat dan dalam lintasan hormat yang gah. Justeru, persediaan dan penghiasan yang sangat berhikmah dan teratur begini menunjukkan kepada orang-orang yang tidak buta bahawa sudah tentu ia berlaku dengan perintah Sultan yang sangat berkuasa dan Penguasa yang sangat bijaksana.

27. Page

Maka lihatlah! Di setiap tempat, di setiap sudut, banyak kamera telah dipasang dan mengambil gambar. Lihat! Ramai penulis telah duduk di setiap tempat, menulis sesuatu dan merakamkan setiap perkara. Mereka mencatatkan khidmat yang paling remeh dan peristiwa paling biasa. Ya, atas bukit itu telah dipasang kamera gergasi (3) khusus untuk raja yang merakamkan gambar semua yang berlaku di seluruh tempat ini. Ini maknanya, baginda telah memerintahkan agar semua perlakuan dan pekerjaan yang berlaku dalam kerajaannya dicatatkan.


Ini bermakna, bahawa baginda mengarahkan setiap peristiwa dicatatkan dan gambarnya dirakamkan. Justeru, pengawasan dan penjagaan yang teliti ini sudah tentu adalah untuk muhasabah. Sekarang, mungkinkah sama sekali bahawa seorang penguasa yang melindungi yang tidak mencuaikan sekecil-kecil amalan rakyatnya yang paling bawah, tidak menjaga, tidak menghisab dan tidak memberi ganjaran dan balasan bagi sebesar-besar amalan rakyatnya yang paling atas. Walhal perlakuan-perlakuan yang akan menyentuh kemuliaan dan keagungan serta langsung tidak akan diterima oleh sifat dan rahmat baginda, lahir daripada orang-orang besar itu.

___________________

(3) Sebahagian makna-makna yang diisyaratkan oleh gambaran ini telah diterangkan dalam Hakikat Ketujuh. Cuma, isyarat dan hakikat satu kamera yang besar khusus kepada Sultan di sini ialah Lauh Mahfuz. Dalam Kalimah Kedua Puluh Enam, pembuktian kewujudan Lauh Mahfuz telah diisbatkan seperti berikut: Setiap data pengenalan yang kecil merasakan kewujudan satu pengkalan data yang besar, setiap dokumen yang kecil mengingatkan terdapatnya satu buku catatan yang besar dan setiap titisan kecil yang banyak mengisyaratkan kepada satu sumber air yang besar. Sama seperti itu juga, sudah tentu daya ingatan manusia, buah-buah pokok, biji-biji buah dan benih-benihnya yang ibarat data-data kecil, masing-masing seperti Lauh Mahfuz yang kecil serta ibarat titis-titis kecil yang menitis daripada pena yang menulis Lauh Mahfuz yang besar akan memberitahu, mengingatkan dan membuktikan satu memori besar, sebuah buku catatan gergasi dan sebuah Lauh Mahfuz agung. Bahkan ia menunjukkannya kepada akal-akal yang tajam.

28. Page

Di sini baginda tidak menghukum mereka. Maknanya ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.


Gambaran Kelapan: Mari, aku bacakan kepadamu titah-titah ini yang datang daripada baginda. Lihat, baginda berkali-kali menjanjikan dan memberi ancaman yang keras seperti berikut: “Beta akan mengambil kalian dari sana lalu membawa kalian ke pusat kerajaan beta dan beta akan menggembirakan orang yang taat dan memenjarakan yang derhaka. Beta akan memusnahkan tempat sementara itu lalu membina sebuah negara lain yang mengandungi istana- istana dan penjara-penjara yang kekal.”


Malah perkara yang dijanjikan baginda adalah sangat mudah baginya serta sangat penting untuk rakyatnya. Memungkiri janjinya pula adalah amat bertentangan dengan kemuliaan kekuasaan baginda.


Maka lihatlah wahai si bingung! Engkau membenarkan wahammu yang menipu, akalmu yang mengarut dan nafsumu yang memperdaya. Engkau mendustai raja yang tidak terpaksa untuk memungkiri dan menyalahi janji dari mana-mana sudut dan memungkiri janji adalah langsung tidak sesuai dengan kehormatannya serta semua urusan

yang kelihatan menjadi saksi kepada kebenarannya. Sudah tentu engkau layak menerima hukuman yang besar.


Perumpamaan engkau menyerupai keadaan berikut:


Seorang pengembara menutup matanya daripada sinaran matahari. Dia memandang kepada khayalannya. Wahamnya mahu menerangi jalannya yang dahsyat dengan cahaya lampu suluh kepala yang seperti seekor kelip-kelip.

29. Page

Memandangkan baginda telah berjanji, sudah tentu baginda akan melaksanakannya. Ini kerana baginya pelaksanaan itu adalah sangat mudah dan amat perlu kepada kita, kepada semua benda, kepada baginda dan kepada kerajaannya. Maknanya, terdapat sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan agung.


Gambaran Kesembilan: Sekarang mari! Kita perhatikan sesetengah ketua daerah dan jamaah yang setiap seorangnya (4) memiliki telefon khusus masing-masing untuk bercakap sendiri dengan raja. Malah sesetengah mereka telah menghadap hadrat baginda. Apa yang dikatakan mereka? Dengan sepakat mereka memberitahu bahawa baginda telah mempersiapkan sebuah tempat yang amat hebat dan dahsyat untuk memberi ganjaran dan balasan. Baginda memberikan janji yang kuat dan ancaman yang keras. Malah, kemuliaan dan ketinggian baginda sekali-kali tidak akan dicemari dengan sifat memungkiri janji lalu menerima kehinaan. Walhal para pengkhabar itu bukan sahaja ramai pada tahap mutawatir malah memiliki kesepakatan pada tahap kekuatan ijma’ mengkhabarkan bahawa pusat dan sumber kerajaan agung yang sebahagian kesannya kelihatan ini berada di sebuah negara lain yang jauh dari sini. Bangunan-bangunan di medan ujian ini adalah sementara. Kemudian ia akan diganti dengan istana-istana yang kekal. Tempat-tempat ini akan berubah.


Kerana sebuah kerajaan yang hebat dan kekal yang keagungannya difahami melalui karya-karyanya ini tidak akan dibina dan berdiri di atas perkara-perkara yang sementara, tidak berterusan, tidak

______________________

4 Makna-makna yang telah diisbatkan oleh gambaran ini akan dilihat pada Hakikat Kelapan. Contohnya dalam perumpamaan ini ketua-ketua daerah ialah isyarat kepada para nabi dan wali. Manakala telefon pula ialah hubungan Rabbani yang disambung daripada hati yang menjadi tempat pantulan wahyu dan tempat zahirnya ilham yang mana hati ialah pembesar suara telefon itu dan ibarat alat pendengarnya (gagangnya).

30. Page

tetap, tidak penting, sentiasa berubah, tidak kekal, kurang dan tidak sempurna sebegini. Maknanya, ia berdiri di atas perkara-perkara kekal, tetap, tidak akan lenyap, berterusan, sempurna dan hebat yang layak baginya. Maknanya ada sebuah negara lain dan sudah pasti ia akan dipindahkan ke tempat itu.


Gambaran Kesepuluh: Ayuh, hari ini adalah Nowruz, perayaan musim bunga Raja (5). Akan berlaku suatu penggantian dan akan muncul perkara-perkara yang mengkagumkan. Pada hari yang indah bagi musim bunga ini, kita boleh pergi bersiar-siar di padang hijau yang berbunga indah itu.

Maka lihatlah! Para penduduk juga datang ke arah ini. Lihat, ada suatu kesaktian! Bangunan-bangunan itu tiba-tiba runtuh lalu berubah menjadi suatu bentuk lain!


Lihat, ada suatu mukjizat. Bangunan-bangunan yang telah runtuh tadi tiba-tiba dibina di sini. Seolah-olah padang pasir yang tandus itu telah menjadi bandar yang maju!


Lihat, seperti tirai-tirai panggung wayang, setiap saat ia menunjukkan suatu alam yang lain, berubah menjadi rupa yang lain!


Perhatikanlah semua ini kerana terdapat aturan yang sangat sempurna dalam tirai yang bercampur-baur, laju, banyak dan hakiki

____________________

5 Engkau akan melihat isyarat gambaran ini dalam Hakikat Kesembilan. Sebagai contoh: Hari Nowruz (perayaan kuno Parsi bagi menyambut kedatangan musim bunga) adalah isyarat kepada musim bunga. Manakala padang hijau berbunga pula ialah muka bumi pada musim bunga. Tabir dan pemandangan yang bergantian pula ialah isyarat kepada peringkat-peringkat maujudat musim bunga, kelompok-kelompok masnu’at musim panas dan makanan-makanan yang menjadi punca rezeki haiwan dan insan yang telah ditukar oleh as-Sani‘ul-Qadir dzul Jalal, al-Fatirul Hakim dzul Jamal dengan kesempurnaan aturan, telah disegarkan oleh-Nya dengan kesempurnaan rahmat dan telah dihantar-Nya dari permulaan musim bunga sehingga ke penghujung musim panas selepas satu sama lain.

31. Page

sebegitu sehingga setiap benda diletakkan di tempatnya. Tirai-tirai panggung wayang khayalan juga tidak boleh teratur sebegini. Berjuta-juta ahli sihir yang mahir juga tidak mampu menghasilkan ciptaan-ciptaan berseni ini. Maknanya, raja yang tidak kelihatan bagi kita itu memiliki

mukjizat-mukjizat yang amat besar.


Wahai si bingung! Engkau bertanya:


“Bagaimanakah negara yang besar ini akan diruntuhkan dan akan dibina di tempat lain?”


Engkau sendiri melihat bahawa setiap jam berlaku banyak perubahan dan pergantian seperti penggantian

negara yang tidak diterima akal engkau itu. Daripada pengumpulan, penyuraian dan hal-hal itu, difahami bahawa ada tujuan lain dalam perhimpunan, penyuraian, pembinaan dan perobohan pantas yang kelihatan ini. Untuk perhimpunan selama sejam perbelanjaan selama sepuluh tahun digunakan. Maknanya, keadaan-keadaan ini bukanlah maksud sebenar bahkan tamsilan dan peniruan. Baginda melakukannya dengan kesaktian supaya gambar-gambarnya diambil dan digabung. Natijah-natijahnya dipelihara dan ditulis.


Sebagaimana setiap yang berlaku di padang latihan telah dirakam dan dicatatkan, maknanya muamalah akan berlangsung dan berkisar di atas perkara-perkara ini di sebuah tempat perhimpunan yang terbesar. Ia juga akan dipertontonkan secara berterusan di sebuah tempat pameran yang agung. Maknanya, keadaan-keadaan sementara dan tidak tetap ini memberikan gambaran-gambaran yang tetap dan hasil-hasil yang kekal. Maknanya, perayaan-perayaan ini adalah untuk kebahagiaan yang agung, sebuah mahkamah yang tertinggi dan tujuan-tujuan mulia yang tidak kita ketahui.


32. Page

Gambaran Kesebelas: Marilah wahai temanku yang keras kepala! Mari kita naiki kapal terbang atau keretapi yang pergi ke timur atau ke barat iaitu masa lalu dan masa akan datang. Mari kita lihat apakah jenis kesaktian-kesaktian yang telah ditunjukkan oleh raja sakti itu di tempat-tempat yang lain.


Maka lihatlah, keajaiban seperti rumah, medan dan tempat pameran yang telah kita lihat terdapat di setiap sudut.


Tetapi, berdasarkan seni dan rupa, semua itu adalah berbeza daripada satu sama lain. Namun perhatikan hal ini baik-baik kerana di kediaman-kediaman yang tidak tetap itu, di padang-padang yang sementara dan di tempat-tempat pameran tidak kekal itu diperlihatkan aturan suatu hikmah yang sangat nyata, isyarat ‘inayah yang sangat jelas, tanda-tanda keadilan yang amat tinggi dan buah-buahan rahmat yang amat luas.


Semua yang mempunyai basirah (mata hati) akan memahami dengan yakin bahawa hikmah yang lebih sempurna daripada hikmah-Nya, ‘inayah yang lebih indah daripada ‘inayah-Nya, rahmat yang lebih syumul daripada rahmat-Nya dan keadilan yang lebih tinggi daripada keadilan-Nya tidak akan adadan tidak boleh digambarkan.


Sekiranya kita bayangkan seperti apa yang telah engkau anggap bahawa rumah-rumah yang kekal, tempat-tempat yang tinggi, kedudukan-kedudukan yang tetap, kediaman-kediaman yang abadi, penduduk-penduduk yang menetap, rakyat-rakyat yang bahagia tiada di daerah negara-Nya, sedangkan dimaklumi bahawa negara yang tidak kekal ini tidak boleh memperlihatkan hakikat-hakikat hikmah, ‘inayah, rahmat dan keadilan tersebut dan sekiranya tem-

33. Page

pat lain yang akan menerima mereka juga tidak ada, pada masa itu kita perlu mengingkari hikmah yang di hadapan mata kita, mengingkari ‘inayah yang telah kita saksikan, mengingkari rahmat yang telah kita lihat dan mengingkari keadilan yang tanda-tanda dan isyarat-isyaratnya yang amat kuat kelihatan ini dengan kebodohan seperti mengingkari matahari. Walhal kita melihat cahaya matahari di pertengahan siang.


Jika tidak, perlu diterima bahawa pemilik urusanurusan yang berhikmah dan perbuatan-perbuatan yang mulia dan anugerah-anugerah yang mengandungi rahmat itu - tidak sama sekali tidak - sebagai pemain yang bodoh, penzalim yang kejam.


Namun ini adalah perubahan hakikat-hakikat kepada sebaliknya. Walhal perubahan hakikat adalah mustahil dan tidak mungkin menurut persetujuan semua ahli pemikir kecuali hanya si bodoh skeptis yang mengingkari kewujudan semua benda.


Maknanya, ada sebuah negara lain selain daripada negara ini. Padanya terdapat sebuah mahkamah tertinggi, sebuah tempat pengadilan tinggi dan sebuah tempat pemuliaan agung supaya belas kasihan, hikmah, ‘inayah dan keadilan terzahir secara sempurna.


Gambaran Kedua Belas: Mari, sekarang kita akan pulang. Kita akan berjumpa dengan para ketua dan pegawai kumpulan-kumpulan itu dan kita akan melihat kepada peralatan-peralatan mereka. Ini supaya kita nampak adakah peralatan-peralatan itu telah diberikan hanya untuk digunakan dalam tempoh yang singkat di medan itu, ataupun telah diberikan untuk memperoleh kehidupan bahagia yang panjang di tempat lain?


Kita tidak mampu melihat semua orang dan setiap peralatan. Tetapi sebagai contoh, kita akan melihat kad pengenalan dan buku

34. Page

data pegawai itu. Dalam kad pengenalan ini terdapat pangkat, gaji, tugas, tuntutan dan peraturan tindakan pegawai itu.


Lihat! Jawatan ini bukan untuk beberapa hari; bahkan diberikan untuk suatu masa yang amat panjang. Ada tertulis: “Engkau akan mengambil gaji itu pada tarikh sekian daripada khazanah perbendaharaan yang khusus”. Walhal tarikh itu akan tiba selepas masa yang panjang dan setelah medan ini ditutup.


Tugas itu pula bukan untuk medan sementara ini. Bahkan ia telah diberi untuk memperoleh kebahagiaan yang berterusan di sisi raja.


Tuntutan-tuntutan itu pula bukan hanya untuk kehidupan beberapa hari di dewan tamu ini. Bahkan boleh jadi untuk kehidupan yang panjang dan penuh bahagia.

Peraturan itu pula, secara bulat-bulat menunjukkan bahawa pemilik kad pengenalan adalah calon untuk tempat lain dan berkerja untuk alam yang lain.


Lihat, dalam buku-buku itu terdapat cara penggunaan alat-alat kelengkapan dan tanggung jawabnya. Walhal jika tidak ada suatu tempat yang tinggi dan kekal selain medan ini buku yang lengkap itu dan kad pengenalan yang qat’ i itu, akan menjadi langsung tidak bermakna. Malah pegawai yang dihormati, panglima yang dimuliakan dan ketua yang

disanjung itu akan jatuh ke suatu darjat yang lebih rendah daripada semua penduduk, lebih teruk, lebih buntu, lebih hina, lebih malang, lebih miskin dan lebih lemah daripada semua.


Maka kiaskanlah dengannya. Jika engkau memerhatikan apa jua perkara, ia akan menjadi saksi bahawa selepas kefanaan ini akan ada kebaqaan.

35. Page

Wahai sahabat! Maknanya negara sementara ini adalah ibarat sebuah ladang, sebuah medan latihan dan sebuah pasar. Sudah tentu akan datang selepasnya sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan agung.


Jika engkau mengingkarinya, engkau terpaksa mengingkari semua data, buku, kelengkapan dan dustur pada para pegawai, bahkan semua peraturan di negara ini, hatta kerajaan ini dan melazimkan pendustaan kewujudan kesemua urusan yang sedang berjalan. Waktu itu engkau tidak boleh dikatakan sebagai manusia dan makhluk yang mempunyai akal. Engkau akan menjadi lebih bodoh daripada para skeptis.


Awas, jangan menyangka bahawa dalil-dalil penggantian negara hanya terbatas kepada dua belas gambaran ini. Bahkan terdapat tanda-tanda dan dalil-dalil yang tidak terhad dan terkira bahawa negara yang tidak tetap dan berubah-ubah ini akan digantikan kepada negara yang tidak akan lenyap dan tetap. Malah terdapat isyarat dan alamat yang tidak terhad dan terhitung bahawa para penduduk ini akan diambil daripada rumah-rumah pertamuan sementara ini dan akan dihantar ke pusat kerajaannya yang berkekalan.


Lebih-lebih lagi, mari aku tunjukkan kepada engkau satu lagi bukti yang lebih kuat daripada kekuatan dua belas gambaran.


Justeru lihatlah! Dalam kumpulan besar yang kelihatan di kejauhan itu terdapat seorang utusan mulia pemilik pangkat yang besar yang telah kita lihat di pulau sebelum ini sedang membuat pengumuman. Mari kita pergi dan dengar.


Lihatlah utusan mulia yang berseri itu. Beliau menyampaikan firman agung yang digantung di tempat yang tinggi itu kepada pen-

36. Page

duduk dan berkata seperti berikut: “Bersiap sedialah kalian! Kalian akan pergi ke sebuah negara lain yang kekal iaitu sebuah negara yang jika dibandingkan dengannya, maka negara ini bagaikan sebuah penjara. Kalian akan pergi ke pusat kerajaan raja kita lalu menerima belas kasihan dan

ihsan-ihsan baginda. Itu pun jika kalian mendengar dan mentaati firman ini dengan baik. Namun, jika kalian membantah dan tidak mematuhinya, kalian akan dicampak ke penjara-penjara yang dahsyat”.


Engkau juga melihat bahawa dalam firman agung itu terdapat lambang bermukjizat yang langsung tidak boleh ditiru. Semua orang selain daripada orang-orang bingung seperti engkau mengetahui dengan yakin bahawa firman itu adalah titah raja dan pada utusan mulia bercahaya itu terdapat lambang-lambang yang hebat sehingga semua orang selain orangorang yang buta seperti engkau memahami dengan yakin bahawa utusan itu merupakan penterjemah perintah raja yang paling benar.


Agaknya bolehkah diterima bahawa masalah penggantian negara yang telah didakwa dan disampaikan oleh utusan mulia itu dengan titah agung tersebut bersama dengan semua kekuatannya dibantah?

Ya, tidak boleh diterima! Melainkan jika engkau mengingkari semua perkara yang telah kita lihat ini. Wahai sahabat, sekarang giliranmu. Katakanlah apa saja yang ingin engkau katakan!


Apa yang akan aku katakan, bolehkah dikatakan lagi sesuatu yang lain terhadap perkara ini? Bolehkah dikatakan apa-apa lagi tentang kewujudan matahari pada waktu tengah hari?


Aku hanya boleh mengatakan Alhamdulillah, seratus ribu kali syukur kerana aku telah terselamat daripada penguasaan waham

37. Page

dan hawa nafsu serta daripada tawanan nafsu dan kehendaknya lalu bebas daripada penjara dan kurungan abadi.


Aku juga percaya bahawa ada tempat kebahagiaan yang lain selain daripada dewan pertamuan yang huru-hara dan tidak tetap ini di sisi raja dan kita juga bakal ke sana.


Demikianlah cerita tamsilan yang merupakan kinayah yang terdiri daripada Hasyir dan akhirat ini telah tamat di sini.


Sekarang dengan taufiq Ilahi kita akan menyeberang ke hakikat-hakikat yang tinggi. Sebagai perbandingan kepada dua belas gambaran yang lalu, kami akan menerangkan dua belas hakikat yang saling bersandaran yang bermula dengan satu mukadimah.

TABLE OF CONTENTS