Hakikat-Hakikat

46. Page

pendustaan kepada dalil-dalil tidak terkira yang menunjukkan hak dan kebenaran Allah Ta‘ala. Maka kekufuran itu adalah jenayah yang tiada taranya. Jenayah yang tiada taranya pula mewajibkan azab yang tidak berkesudahan.


Isyarat Keempat: Kita telah melihat melalui dua belas gambaran dalam cerita di atas bahawa tidak mungkin sama sekali ada sebuah negara seperti rumah tamu sementara bagi seorang raja yang hebat begitu, tetapi tidak ada sebuah negara abadinya yang lain, yang kekal kukuh, menzahirkan kehebatannya dan menjadi sumber kepada kerajaan agungnya?


Begitu juga tidak mungkin sama sekali bahawa al-Khaliqul Baqi bagi alam fana ini mewujudkan alam ini, tetapi tidak mewujudkan alam yang kekal. Serta mustahil bahawa as-Sani’us Sarmadi alam semesta yang sangat indah dan sementara mencipta alam ini tetapi tidak mewujudkan alam lain yang kekal kukuh dan berterusan. Juga tidak mungkin

al-Fatir yang al-Hakim, al-Qadir, ar-Rahim bagi dunia yang diibaratkan seperti tempat pameran, medan ujian dan ladang mencipta alam ini tetapi tidak menjadikan Darul Akhirat yang menzahirkan semuamaksudnya.


Hakikat ini boleh dimasuki melalui dua belas pintu. Pintu-pintu itu boleh dibuka dengan dua belas hakikat. Kami mulakan daripada yang paling pendek dan mudah.


Hakikat Pertama: Bab Rububiyyah dan kerajaan sebagai tajalli nama Rabb


Mungkinkah sama sekali bahawa untuk menunjukkan kesempurnaannya, urusan Rububiyyah dan kerajaan Uluhiyyah, terutamanya mewujudkan alam semesta yang sebegini dengan tujuan-tujuan

47. Page

yang sangat agung dan maksud-maksud yang tinggi tetapi

tidak memberikan ganjaran sebagai balasan kepada orang-orang mukmin yang menyambut tujuan-tujuan dan maksud maksudnya dengan keimanan dan pengabdian; dan tidak memberikan balasan kepada orang-orang sesat yang menyambut maksud-maksud itu dengan penolakan dan penghinaan?


Hakikat Kedua: Bab kepemurahan dan rahmat sebagai tajalli nama al-Karim dan ar-Rahim.


Mungkinkah sama sekali bahawa Rabb alam ini yang memiliki kepemurahan, rahmat, keagungan dan keghairahan yang tidak berpenghujung dengan karya-karya yang telah ditunjukkan-Nya tidak memberikan ganjaran yang layak dengan kepemurahan dan rahmat-Nya dan balasan yang sesuai dengan keagungan dan keghairahan Nya. Ya, jika dilihat kepada perjalanan dunia ini, kelihatan

bahawa rezeki yang sesuai dengan setiap yang bernyawa diberikan bermula daripada yang paling lemah (6), paling daif sehingga yang paling kuat.


Rezeki yang paling baik diberikan kepada yang paling daif dan paling lemah. Kepada setiap yang sakit ubat disampaikannya daripada tempat yang tidak disangka-sangka. Jamuan dan ikram dengan kepemurahan yang hebat sebegitu dilakukan sehingga menunjukkan dengan jelas bahawa ia telah disediakan oleh satu tangan sifat pemurah yang tidak berpenghujung.

______________________

(6) Dalil qat’i bahawa rezeki halal tidak diperoleh dengan iqtidar (keupayaan), bahkan diberi berdasarkan kepada iftiqar (kelemahan) ialah kesenangan hidup anak-anak kecil yang tidak berupaya dan kesempitan hidup binatang-binatang buas yang gagah. Begitu juga kegemukan ikan-ikan yang tidak berakal dan kekurusan tubuh badan musang dan monyet yang bijak dan pandai berhelah. Ini bemakna, rezeki adalah nisbah songsang dengan keupayaan dan kehendak. Sebanyak mana dia bergantung kepada keupayaan dan kehendaknya, sebanyak itulah dia akan ditimpa kesusahan sara hidup.

48. Page

Contohnya, memakaikan semua pohon dengan pakaian seperti sutera ibarat bidadari-bidadari syurga pada musim bunga lalu meriaskan dengan hiasan bunga-bunga dan buah-buahan lalu sambil menjadikannya hamba dan mempersembahkannya kepada kita bermacam-macam buah-buah yang paling manis, paling menarik dengan ranting-rantingnya yang merupakan tangan mereka yang lembut.


Serta menyuapkan kita dengan madu berubat yang paling manis melalui tangan serangga berbisa; serta memakaikan kita pakaian yang paling cantik dan lembut melalui tangan ulat yang tidak bertangan; serta menyembunyikan untuk kita khazanah rahmat yang besar dalam sebutir biji yang kecil.


Melalui semua ini dapat difahami dengan jelas bahawa ia adalah karya kepemurahan yang sangat indah dan rahmat yang sangat latif. Pelaksanaan tugas semua benda bermula daripada matahari, bulan dan bumi sehingga makhluk yang paling kecil, selain daripada manusia dan sebahagian binatang buas, dengan ketelitian yang sempurna, tidak melebihi hadnya walaupun sebesar zarah dan kewujudan

ketaatan umum di bawah kehebatan yang agung menunjukkan bahawa pergerakan mereka adalah dengan perintah pemilik ketinggian dan keagungan yang besar.


Serta dengan kasih sayang yang penuh rahmat bagi semua ibu (7) sama ada pokok, haiwan atau insan itu dan pendidikan anak-anak mereka yang lemah dan daif dengan makanan yang latif seperti

___________________

(7) Ya seekor singa yang lapar tidak memakan seketul daging yang diperolehnya tetapi memberikannya kepada anaknya kerana mengutamakan anaknya yang lemah ke atas dirinya. Ayam yang penakut, menyerang anjing atau singa untuk melindungi anaknya. Pohon tin pula, walaupun ia sendiri memakan lumpur tetapi ia memberikan susu yang bersih kepada buah-buahnya yang merupakan anaknya. Semua ini menunjukkan

49. Page

susu, dapat difahami dengan jelas bahawa tajalli rahmat

yang amat luas telah melakukannya.


Memandangkan terdapat kepemurahan, rahmat, keagungan dan kemuliaan yang tidak berpenghujung sebegitu bagi pentadbir alam, maka keagungan dan kemuliaan yang tidak berpenghujung sentiasa mahu mengajar mereka yang biadab. Kepemurahan yang tidak berpenghujung sentiasa inginkan ikram yang tidak berpenghujung. Rahmat yang tidak berpenghujung sentiasa inginkan ihsan yang sesuai dengan dirinya.


Sedangkan, dalam dunia yang fana dan dalam usia yang pendek ini, ia hanya memuat dan menjelmakan satu juzuk daripada berjuta-juta juzuknya seperti setitis air daripada lautan. Maknanya akan ada sebuah negara kebahagiaan yang sesuai dengan kepemurahan itu dan rahmat tersebut. Jika tidak, mengingkari kewujudan rahmat yang kelihatan

ini adalah perlu seperti mengingkari kewujudan matahari yang mengisi siang dengan cahayanya. Ini kerana kelenyapan tanpa kepulangan sekali lagi menyebabkan terpadamlah hakikat rahmat dengan mengubah rasa kasih kepada musibah, cinta kepada kebencian, nikmat kepada niqmah, akal kepada alat yang tercela dan kelazatan kepada kesakitan.


Malahan akan ada sebuah negara pembalasan yang sesuai dengan keagungan dan kemuliaan itu kerana kebiasaannya orang zalim kekal dalam kesombongannya dan yang dizalimi dalam kerenda-

_____________________

dengan jelas kepada mereka yang tidak buta bahawa makhluk-makhluk ini bertindak atas nama Dzat yang Maha Rahim (penyayang), Maha Karim (pemurah) dan Maha Syafiq (pembelas). Ya, perlakuan yang penuh perasaan dan kebijaksanaan oleh makhluk-makhluk yang tidak berakal seperti tumbuh-tumbuhan dan binatang, menunjukkan dengan nyata bahawa adanya satu Dzat Yang Maha ‘Alim (mengetahui) dan Maha Hakim (bijaksana) kerana Dialah yang mengarah mereka bekerja. Maka mereka bekerja dengan nama-Nya.

50. Page

hannya pergi berlalu dari sini. Maknanya, ia dibiarkan dan

ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi; bukannya

tidak dipandang.


Kadang-kadang di dunia juga Dia memberi hukuman. Azab-azab yang datang kepada kaum-kaum yang ingkar dan menderhaka yang berlaku pada kurun-kurun yang lalu menunjukkan bahawa insan bukannya terbiar sendirian. Setiap masa dia sentiasa terdedah kepada tamparan jalal (kekuasaan) dan kemuliaan.


Ya, mungkinkah sama sekali terdapat tugas dan keupayaan yang penting bagi insan dalam semua maujudat dan jika Rabb insan turut memperkenalkan diri-Nya kepada insan dengan ciptaan-ciptaan-Nya yang teratur begini tetapi sebagai balasannya insan tidak mengenali-Nya dengan iman, serta jika Dia mempersukakan diri-Nya dengan buah-buah berhias bagi rahmat sebegini tetapi sebagai balasannya, insan tidak mempersukakan diri kepada-Nya dengan ibadat, serta jika Dia menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya dengan nikmat-nikmat-Nya yang bermacam-macam begini, tetapi sebagai balasannya, insan tidak menghormati-Nya dengan syukur dan pujian, tetapi tidak dihukum, terbiar tanpa tujuan namun Dzat Dzul Jalal pemilik ‘izzah dan kehormatan itu tidak menyediakan sebuah negara pembalasan?


Serta mungkinkah sama sekali ar-Rahmanur Rahim itu tidak memberikan sebuah negara ganjaran dan sebuah kebahagiaan abadi kepada orang-orang Mukmin yang menyambut dengan mengenali-Nya melalui iman sebagai balasan memperkenalkan diri- Nya, dengan mencintai dan mencintakan-Nya melalui ibadat sebagai balasan pencintaan diri-Nya dan dengan menghormati-Nya melalui kesyukuran sebagai balasan rahmat-Nya?

51. Page

Hakikat Ketiga: Bab hikmah dan keadilan sebagai tajalli nama al-Hakim dan al-‘Adil.


Mungkinkah sama sekali (8) Dzat Dzul Jalal yang menunjukkan kerajaan rububiyyah-Nya dengan hikmah dan aturan, keadilan dan perhitungan yang berlaku pada zarah-zarah sehingga kepada matahari, tidak menyantuni orang-orang Mukmin yang berlindung kepada naungan rububiyyah-Nya dan yang melakukan tindakan yang munasabah dengan hikmah dan keadilan itu melalui iman dan pengabdian, dan tidak mengajar orang-orang biadab

yang menderhaka kepada hikmah dan keadilan itu dengan kekufuran dan tughyan (keingkaran)?


Sedangkan di dunia yang sementara ini satu daripada seribu perkara yang layak kepada hikmah dan keadilan itu tidak dilaksanakan pada manusia bahkan ditangguhkan. Kebanyakan orang sesat berlalu pergi dari sini tanpa mengambil balasan dan ahli hidayah tanpa melihat ganjaran. Maknanya, ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi dan kepada sebuah kebahagiaan agung. Ya, kelihatan bahawa Dzat yang menguruskan alam ini melakukannya dengan hikmah yang tidak berpenghujung. Adakah engkau mahukan bukti tentangnya? Ia adalah pengutamaan-Nya kepada maslahat dan faedah pada semua perkara.

___________________________

(8) Ya, ayat ini: ‘mungkinkah sama sekali bahawa’ diulang banyak kali. Kerana ia menerangkan suatu rahsia yang penting. Begini, secara umumnya kekufuran dan kesesatan datang daripada istib’ad iaitu melihat sesuatu jauh dan mustahil pada akal lalu mengingkarinya. Justeru telah ditunjukkan secara pasti dalam kalimah Hasyir bahawa istib’ad hakiki, kemustahilan hakiki, kejauhan daripada akal dan kesusahan sebenar hatta kesulitan-kesulitan pada peringkat imtina’ (tidak mungkin) adalah pada jalan kekufuran dan pada aliran kesesatan. Sebaliknya kemampuan hakiki, kelojikan sebenar hatta kemudahan pada tahap wajib adalah pada jalan keimanan dan pada jalanraya keislaman. Hasilnya, ahli falsafah mengingkarinya dengan istib’ad. Dengan ungkapan itu, Kalimah Kesepuluh menunjukkan di sebelah manakah letaknya istib’ad. Maka ia telah menutup mulut-mulut mereka.

52. Page

Adakah engkau tidak nampak bahawa kaedah pengutamaan faedah dan hikmah pada semua anggota, tulang dan urat saraf pada manusia, hatta pada sel-sel di setiap tempat dan bahagian dalam badan, hatta pada sesetengah anggotanya, sebanyak mana buah-buahan ada pada sebatang pokok, sebanyak itu pemasangan hikmah dan faedah kepada anggota tersebut, menunjukkan bahawa kerja dilakukan dengan tangan hikmah yang tidak berpenghujung?


Malah kewujudan aturan yang sangat hebat pada setiap penciptaan berseni menunjukkan bahawa itu adalah ukiran pencipta yang bijaksana tanpa batasan.


Ya, penetapan program yang teliti bagi sekuntum bunga yang cantik pada benihnya yang kecil, penulisan muka surat amalan, sejarah kehidupan, senarai peralatan bagi sebatang pohon yang besar pada sebutir benih dengan pena taqdir maknawi menunjukkan bahawa sebatang pena hikmah yang tidak berpenghujung melakukannya.


Wujudnya keindahan seni yang sangat tinggi pada kejadian setiap benda menunjukkan ia adalah ukiran bagi as-Sani' yang sangat bijaksana. Ya, penetapan kandungan seluruh alam semesta dalam badan manusia yang kecil ini, dan anak-anak kunci semua khazanah rahmat dan cermin-cermin semua nama, menunjukkan wujudnya hikmah dalam keindahan seni yang sangat tinggi.


Sekarang mungkinkah sama sekali hikmah yang berkuasa dalam urusan rububiyyah yang sebegitu, tidak mahu menyantuni mereka yang berlindung di bawah naungan rububiyyah itu dan mereka yang taat dengan keimanan serta tidak menyantuni mereka selama-lamanya?


Adakah engkau inginkan dalil bahawa semua perkara telah dilakukan dengan keadilan dan neraca?

53. Page

Memberikan kewujudan dan bentuk serta meletakkan semua benda di tempat yang sesuai dengan neraca yang teliti dan dengan ukuranukuran yang khusus menunjukkan bahawa urusan dilakukan dengan keadilan dan perhitungan yang sangat adil.


Memberikan hak kepada setiap yang berhak berdasarkan kemampuannya iaitu memberikan semua keperluan tubuhnya dan segala peralatan kekalnya dengan cara yang paling munasabah, menunjukkan adanya tangan keadilan yang tidak berpenghujung.


Pemberian jawapan yang berterusan kepada setiap yang diminta dan diinginkan dengan bahasa kemampuan (isti’dad), bahasa keperluan fitrah (ihtiyaj) dan dengan bahasa keterpaksaan (idhtirari) menunjukkan keadilan dan hikmah yang sangat tinggi.


Sekarang, mungkinkah sama sekali bahawa keadilan dan hikmah yang membantu hajat yang paling kecil bagi makhluk yang paling kecil begini mencuaikan hajat yang paling besar seperti kebaqaan bagi makhluk yang paling besar seperti manusia? Mungkinkah Dia meninggalkan permohonan bantuan dan permintaannya yang paling besar tanpa jawapan serta tidak menjaga kehebatan rububiyyah-Nya dengan menjaga hak-hak hamba-Nya? Sedangkan insan yang menjalani kehidupan yang singkat di dunia fana ini, tidak mungkin dan tidak boleh menzahirkan hakikat keadilan yang sebegitu. Tetapi ia ditangguhkan ke sebuah mahkamah tertinggi.


Ini kerana keadilan yang hakiki mahu supaya insan yang kerdil ini mendapat ganjaran dan balasan, bukan pada nisbah kekerdilannya, bahkan pada nisbah besarnya jenayah, kepentingan hakikat keinsanan dan keagungan tugasnya.


Memandangkan dunia yang fana dan sementara ini sangat jauh untuk menzahirkan keadilan dan hikmah yang sebegitu pada diri

54. Page

insan yang diciptakan untuk keabadian, sudah tentu akan ada sebuah neraka yang berterusan dan sebuah syurga yang abadi bagi Dzat al-Jalil Dzul Jamal yang merupakan al-‘Adil dan Dzat al-Jamil Dzul Jalal yang merupakan al-Hakim.


Hakikat Keempat: Bab Jud dan Jamal sebagai tajalli nama al-Jawwad dan al-Jamil.


Mungkinkah sama sekali kepemurahan dan kedermawanan yang tidak berpenghujung, harta yang tidak akan luak, khazanah yang tidak akan habis, keindahan sarmadi yang tiada bandingan, kesempurnaan abadi yang tiada kecacatan tidak mengingini para pensyukur yang berhajat, para pencermin yang merindu dan para penonton yang mengaguminya yang akan berada selama-lamanya dalam sebuah negara kebahagiaan dan tempat pertamuannya?


Ya, menghiaskan muka dunia dengan ciptaanciptaan indah sebegini, menjadikan bulan dan matahari sebagai lampu, menjadikan muka bumi sebagai hamparan nikmat lalu memenuhkannya dengan jenis-jenis makanan yang paling lazat, menjadikan semua pohon berbuah sebagai suatu bekas dan memperbaharuinya banyak kali pada setiap musim menunjukkan kepemurahan dan kedermawanan yang tidak bersempadan.


Kepemurahan dan kedermawanan yang tidak terhitung serta khazanah dan rahmat yang tidak akan luak sebegini, sentiasa menginginkan sebuah negara pertamuan dan tempat kebahagiaan yang kekal serta dalamnya terdapat semua benda yang diingini. Malah ia pasti menginginkan supaya mereka yang menikmati kelazatan daripada pertamuan itu, meneruskannya di tempat kebahagiaan itu dan berkekalan di dalamnya supaya mereka tidak merasai kesakitan

55. Page

akibat kelenyapan dan perpisahan. Ini kerana sebagaimana

kelenyapan kesakitan adalah kelazatan, kelenyapan kelazatan juga adalah kesakitan. Justeru, kedermawanan sebegitu tidak pernah mahu menyakitkan. Maknanya ia sentiasa menginginkan syurga yang abadi dan penghuni abadi yang berhajat di dalamnya.


Ini kerana kepemurahan dan kedermawanan yang tidak berpenghujung sentiasa ingin mengurniakan ihsan yang tidak berkesudahan dan sentiasa ingin memberikan nikmat. Sifat ihsan dan pemberian nikmat yang tidak berkesudahan pula sentiasa mengingini rasa terhutang budi dan penikmatan yang tidak berkesudahan. Ini pula sentiasa mengingini kewujudan berkekalan orang yang mendapat ihsan supaya orang itu menunjukkan kesyukuran dan rasa terhutang budinya terhadap pemberian nikmat yang berpanjangan dengan penikmatan berterusan itu.


Jika tidak, kelazatan juz’i yang dipahitkan dengan kelenyapan, tidak sesuai dengan kehendak kepemurahan dan kedermawanan yang sebegitu dalam suatu tempoh masa yang pendek. Begitu juga lihatlah pameran di seluruh penjuru alam yang merupakan pameran seni Ilahi. Perhatikanlah iklan-iklan Rabbani (9) yang berada di tangan-tangan tumbuhan dan haiwan di muka bumi. Dengarilah para anbiya‘ dan auliya‘ yang menjadi juruhebah bagi keindahan rububiyyah.


Bagaimanakah secara sepakat, mereka menunjukkan, menerangkan dan menarik setiap perhatian kepada kesempurnaan as-Sa

________________________

(9) Ya sudah tentu sekuntum bunga yang penuh ukiran serta hiasan dan sebiji buah yang penuh kesenian serta hiasan berkilau pada sejalur tangkai yang halus seperti wayar di hujung sebatang kayu kering seperti tulang, merupakan satu papan kenyataan yang membolehkan makhluk-makhluk yang berakal membaca keindahan seni bagi satu as-Sani’ yang sangat seniman, memiliki mukjizat dan bijaksana. Maka, kiaskanlah juga haiwan berbanding dengan tumbuh-tumbuhan.

56. Page

ni' Dzul Jalal yang tiada kekurangan dengan mempamerkan ciptaan-ciptaan hebat-Nya.


Maknanya bagi as-Sani’ alam ini terdapat kesempurnaan yang sangat penting, mengkagumkan dan tersembunyi. Dia sentiasa ingin menunjukkan mereka dengan ciptaan-ciptaan luar biasa itu kerana kesempurnaan yang tersembunyi dan tiada kekurangan. Dia sentiasa ingin mempamerkannya ke atas mereka yang menghargai dan mengagumi serta menyaksikannya dengan berkata Masya-Allah.


Kesempurnaan yang berkekalan pula sentiasa ingin pada penzahiran yang berkekalan.


Penzahiran yang berkekalan pula sentiasa inginkan kewujudan mereka yang menghargai dan mengagumi sepanjang masa.


Ini kerana pada pandangan pengkagum yang tidak kekal,(10) nilai kesempurnaan akan menurun.


Maujudat yang sangat indah, berseni, berseri dan berhias yang telah ditaburkan di atas muka bumi ini itu memberitahu tentang kecantikan keindahan maknawi yang tiada bandingan dan memberitahu latifah-latifah bagi kecantikan tersembunyi (11) yang tiada tandingan, seperti cahaya memberitahu tentang matahari. Kecantikan yang munazzah dan keindahan yang muqaddas menandakan kewujudan khazanah-khazanah tersembunyi yang banyak daripada ta-

________________________

(10) Ya, berikut adalah daripada bidalan peribahasa: Suatu masa, seorang perempuan yang jelita telah menghalau dari sisinya seorang lelaki biasa yang telah terpesona dengan dirinya. Maka, untuk memujuk diri sendiri, orang yang dihalau itu berkata: “Isy, alangkah hodohnya dia!” maka dia menafikan kejelitaan perempuan itu.

Contoh yang lain, suatu masa seekor beruang melintas di bawah para-para anggur. Ia mahu memakan anggur-anggur itu. Tangannya tidak sampai untuk memetik. Ia juga tidak boleh memanjatnya. Untuk memujuk dirinya sendiri ia berkata dalam bahasanya sendiri: “Lagipun anggur itu masam”. Maka ia pun kecewa dan berlalu pergi.

(11) Bersama dengan kelenyapan dan kefanaan maujudat yang menyerupai cermin di sebalik

57. Page

jalli keindahan muqaddas itu pada nama-nama bahkan pada setiap nama. Sesungguhnya keindahan yang tinggi, tiada tandingan dan tersembunyi sebegitu, sebagaimana ia ingin melihat kecantikan diri sendiri dalam cermin dan menyaksikan darjat-darjat kecantikan dan kiasan-kiasan keindahan pada cermin yang mempunyai akal dan rasa rindu, maka untuk melihat keindahan yang dikasihinya pada pandangan orang lain ia juga ingin dilihat. Maknanya ia ingin melihat keindahan dirinya sendiri dengan dua cara:


Pertama: Dia sendiri menyaksikan keindahan dirinya pada cermin-cermin yang setiap satunya mempunyai warna-warna yang berlainan.


Kedua: Menyaksikan keindahan dirinya melalui penglihatan para penonton yang merindu dan para pemuja yang mengaguminya.


Maknanya, kecantikan dan keindahan sentiasa ingin melihat dan dilihat. Melihat dan dilihat pula sentiasa inginkan kewujudan penonton yang merindu dan pemuja yang mengkagum. Oleh sebab kecantikan dan keindahan adalah abadi dan sarmadi, ia sentiasa menginginkan kewujudan para perindunya sepanjang masa. Ini kerana keindahan yang berkekalan tidak akan menerima kelenyapan perindunya.


Ini kerana dengan memikirkan kelenyapan, seorang penonton yang terhukum dengan kelenyapan yang tiada jalan kembali, kasih sayangnya akan berubah kepada kebencian dan rasa kagumnya akan beralih kepada peremehan dan penghormatannya kepada penghinaan.

______________________

satu sama lain, kewujudan penjelmaan kecantikan dan keindahan yang sama di atas dan pada wajahwajah mereka yang datang selepas mereka menunjukkan bahawa keindahan bukan milik mereka. Bahkan keindahan keindahan itu adalah bukti dan lambang bagi satu kecantikan yang suci dan keindahan yang kudus.

58. Page

Ini kerana sebagaimana insan yang mementingkan diri sendiri menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya, dia juga menentang perkara yang tidak mampu dicapainya. Malahan dia sentiasa membalas kasih sayang yang tidak berpenghujung, kerinduan yang tidak bersempadan dan keindahan yang layak kepada pemujaan dengan permusuhan, kebencian, dan keingkaran yang tersembunyi. Justeru, daripada ini rahsia mengapa orang kafir menjadi musuh Allah dapat difahami.


Kedermawanan al-Jud, keindahan kecantikan yang tiada bandingan dan kesempurnaan yang tiada kekurangan itu memerlukan para pensyukur, perindu dan pemuja yang abadi sedangkan kita melihat dalam pertamuan dunia ini semua makhluk pergi dengan cepat lalu menghilang. Mereka hanya merasai sedikit ihsan kedermawanan itu. Selera mereka terbuka tetapi berlalu tanpa boleh memakannya. Mereka hanya melihat cahaya, bahkan hanya bayangan yang lemah bagi keindahan dan kesempurnaan itu dalam satu detik, tetapi mereka pergi sebelum kenyang. Memandangkan demikian maka ini bermakna mereka dibawa ke sebuah tempat persiaran yang kekal.


Kesimpulan: Sebagaimana alam ini dengan pasti menunjukkan as-Sani’ Dzul Jalal bersama semua maujudat-Nya, sifat dan nama-nama suci-Nya juga menunjukkan dan mengisyaratkan Darul Akhirat serta mengingininya.


Hakikat Kelima: Bab Syafaqah dan ‘ubudiyyah Muhammad (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) sebagai tajalli nama al-Mujib dan ar-Rahim.


Mungkinkah sama sekali bahawa Rabb Pemilik syafaqah (belas kasihan) dan kasih sayang yang tidak berpenghujung - yang melihat hajat paling kecil daripada makhluk yang paling kecil lalu mem-

59. Page

bantu dari sudut yang tidak disangka-sangka dengan kesempurnaan syafaqah; dan mendengar suara yang paling tersembunyi daripada makhluk yang paling halus lalu membantu dan menjawab semua perkara yang diminta dengan lisanul hal dan maqal - melihat hajat paling besar daripada hamba-Nya yang paling besar (12), daripada makluk-Nya yang paling dikasihi namun tidak melunaskan dan tidak membantu; serta mendengar doa yang paling tinggi namun tidak mengkabulkan?


Ya, contohnya tentang kesantunan dan kesenangan yang kelihatan pada rezeki dan tarbiyah selemahlemah haiwan dan anak-anaknya menunjukkan bahawa al-Malik alam ini melaksanakan rububiyyah dengan rahmat yang tidak berpenghujung.


Mungkinkah sama sekali bahawa satu syafaqah yang amat rahim setinggi ini dalam rububiyyah-Nya tidak mengkabulkan doa yang paling indah bagi makhluknya yang paling utama?


Seperti yang telah saya jelaskan mengenai hakikat ini dalam Kalimah Kesembilan Belas, di sini juga sekali lagi, mari kami terangkannya begini:

________________________

(12) Ya, sekiranya separuh dunia dan seperlima bangsa manusia yang menjadi saksi kepada kesempurnaan baginda yang menerajui dan meneruskan kerajaannya selama seribu tiga ratus lima puluh tahun serta sentiasa memiliki lebih daripada tiga ratus lima puluh juta rakyat dan setiap hari seluruh rakyatnya memperbaharui bai’ah bersamannya dan tunduk patuh kepada perintah perintahnya dengan kesempurnaan ketaatan bersibghah dengan sibghah (celupan)nya, iaitu mewarnakan diri dengan warna maknawi baginda, dan jika baginda menjadi kekasih hati dan pendidik rohani mereka, maka sudah tentu baginda, adalah hamba paling agung bagi Rabb yang mengurus alam ini. Malah, jika kebanyakan jenis makhluk bertepuk tangan mengagumi tugas dan tanggungjawabnya dengan cara mendatangkan sebiji buah bagi mukjizatnya, sudah tentu tokoh itu adalah makhluk yang paling disayangi al Khaliq alam ini. Malah semua manusia mempunyai satu hajat seperti kebaqaan. Mereka menginginkannya melalui segenap keupayaan mereka. Hajat itu pula mengangkat manusia daripada asfala safilin ke a’la ‘illiyyin. Maka sudah tentu hajat itu adalah hajat yang paling besar, dan hamba yang paling besar, akan memintanya daripada al- Qadhiyul Hajat atas nama semua orang.

60. Page

Wahai sahabat yang mendengarkanku bersama dengan nafsuku! Kita pernah menyatakan dalam cerita perumpamaan: Ada satu perhimpunan di sebuah pulau. Seorang utusan mulia sedang membaca satu titah. Hakikat yang telah diisyaratkannya adalah seperti berikut: Mari! Bayangkan kita keluar daripada zaman ini dan pergi ke ‘Asrus Sa’adah di Semenanjung Arab supaya kita boleh melihat dan menziarahi Rasul yang mulia ketika baginda menjalankan tugas dan melaksanakan ubudiyyah.


Perhatikan! Sebagaimana baginda menjadi sebab keberhasilan dan wasilah untuk mencapai kebahagiaan abadi dengan risalah dan hidayah (13) baginda, begitu juga, baginda adalah sebab kewujudan kebahagiaan itu dan pewujudan syurga melalui ubudiyyah dan doa baginda.


Maka lihatlah! Baginda berdoa untuk kebahagiaan abadi dalam solat yang sangat agung dan dalam ibadah yang amat tinggi, seolah-olah semenanjung ini, bahkan seluruh dunia menunaikan solat dan merayu melalui solatnya yang agung. Ini kerana sebagaimana ubudiyahnya mengandungi ‘ubudiyyah umat yang menuruti baginda, dengan rahsia muwafaqah (persamaan dan kesepakatan) risalah dan ibadah ia turut memiliki rahsia ‘ubudiyyah bagi semua anbia.


Baginda mendirikan solat agung itu dalam satu jemaah yang sangat besar dan merayu sehingga seolah-olah kesemua insan nurani dan kamil daripada anak-anak Adam daripada zaman Nabi Adam Alaihis Salam sehingga masa kita sekarang, bahkan sehingga kiamat mencontohi baginda dengan patuh dan mengaminkan doa baginda (14).

_______________________

(13) Hidayah: Jalan kebenaran yang telah ditunjukkan baginda.
(14) Ya, semua doa dan selawat oleh seluruh umat sejak zaman baginda sampai sekarang

61. Page

Lihat, baginda juga berdoa untuk satu hajat yang umum iaitu kehidupan abadi sehingga bukan sahaja penduduk dunia bahkan penghuni langit, hatta semua makhluk menyertai rayuan baginda lalu berkatadengan lisanul hal mereka: “Oh, benar, wahai Tuhan kami! Berilah, perkenankanlah doanya. Kami juga mahukannya.”


Serta lihatlah! Baginda mengingini kebahagiaan abadi bagaikan orang yang bersedih, mencintai, merindui dan merayu dalam keadaan yang menyebabkan seluruh alam semesta menangis lalu mereka menyertai doa baginda.


Perhatikan, baginda meminta kebahagiaan untuk maksud dan tujuan yang tinggi sebegitu, lalu baginda berdoa sehingga baginda menyelamatkan insan dan semua makhluk daripada terjerumus kepada kefanaan mutlak, ketiadaan nilai, ketiadaan faedah, kesia-siaan yang merupakan asfala safilin kepada a’la ‘illiyyin iaitu kebernilaian, kebaqaan, tugas yang tinggi dan darjat menjadi tulisan Samadaniyyah.


Perhatikan, baginda meminta (15) dengan esakan dalam keadaan

________________________

ialah pengaminan berterusan dan penyertaan umum kepada munajat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan doa baginda. Hatta setiap selawat yang disampaikan kepadanya juga, tiap-tiap satunya adalah pengaminan kepada doa baginda itu. Bacaan selawat dan salam oleh setiap umat baginda dalam setiap solatnya dan doa pengikut mazhab Syafii selepas iqamah kepada baginda adalah satu pengaminan yang sangat kuat dan umum kepada doa baginda tentang kebahagiaan abadi. Justeru Dzat Ahmadiyyah meminta kebaqaan dan kebahagiaan abadi yang diminta oleh semua manusia melalui lisanul hal fitrah keinsanannya dengan kekuatannya di atas nama bangsa manusia itu. Manakala golongan nurani manusia melafazkan “amin” di belakang baginda. Agaknya mungkinkah sama sekali bahawa doa ini tidak layak untuk dikabulkan?
(15) Ya, walaupun semua urusan al-Mutasarrif (Pentadbir) alam ini secara jelas dijadikan dengan penuh ketelitian, pengetahuan dan kebijaksanaan, maka adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut pun bahawa al-Mutasarrif itu tidak meneliti dan mengenal pasti tindak-tanduk dan seseorang yang paling istimewa di kalangan makhluk-makhluk-Nya. Malah adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut bahawa al-Mutasarriful

62. Page

memohon bantuan yang sangat tinggi dan merayu dengan rintihan dalam keadaan memohon rahmat yang amat manis sehingga seolaholah baginda mendengarkannya kepada semua maujudat, langit dan ‘Arasy lalu membawa mereka kepada keriangan dan menyebabkan mereka berkata: “Amin, Allahumma Amin” kepada doanya.


Perhatikan, baginda juga sangat mengingini kebahagiaan dan kekekalan daripada al-Qadir yang as-Sami' dan al-Karim, daripada al-‘Alim yang al-Basir dan ar-Rahim yang sentiasa melihat, mendengar, memperkenan dan mengasihi kehendak yang paling tersembunyi dan rayuan yang paling terselindung bagi makhluk bernyawa yang paling tersembunyi seperti yang kita saksikan. Dia akan sentiasa menjawabnya walaupun diminta dengan lisanul hal. Dia sentiasa memberi dan menjawab dengan cara yang sesuai dengan al-Hakim, al-Basir dan ar-Rahim sehingga tidak akan meninggalkan keraguan kerana tarbiah dan tadbir itu adalah terkhusus kepada as-Sami’ dan al-Basir dan khas kepada al-Karim dan ar-Rahim yang hebat begitu.

_________________________

Alim itu, tidak mempeduli dan tidak mementingkan insan istimewa itu padahal Dia memerhatikan tindak-tanduk dan dakwahnya. Malah adalah tidak mungkin dalam mana-mana sudut bahawa al-Mutasarriful Qadir ar-Rahim itu tidak memperkenankan doa-doa baginda walaupun Dia mengambil berat tentang doa-doanya.


Ya, dengan nur Dzat Ahmadiyyah itu, rupa alam ini telah bertukar. Dengan nur dan cahaya itu, fitrah sebenar insan dan seluruh alam tersingkap dan kelihatan bahawa maujudat alam ini masing-masing ialah surat-surat Samadaniyyah yang memperbacakan nama-nama Ilahi, pegawai bertugas dan mereka adalah maujud yang berharga, bermakna dan menjadi tempat zahir kebaqaan. Jika tiada nur itu, maujudat akan berada dalam suatu kegelapan waham yang terhukum dengan kefanaan mutlak, tidak bernilai, tak bermakna, tiada faedah, sia-sia, bercampur aduk dan menjadi mainan tasaduf (pandangan bahawa semua yang berlaku di dunia adalah kebetulan semata-mata). Justeru, kerana inilah semua maujudat langit dan bumi dari bumi sampai ke bintang berbangga dan memperlihatkan hubungan dengan nur Dzat Ahmadiyyah (Nur Muhammad) lalu sepertimana manusia mengaminkan doa baginda,dan sememangnya roh bagi ‘ubudiyyah Ahmadiyyah ialah doa, maka, sudah pasti pergerakan-pergerakan dan khidmat-khidmat alam, adalah sejenis doa. Contoh: Pergerakan sebiji benih adalah sejenis doa kepada al-Khaliq-Nya untuk ia menjadi sebatang pokok.

63. Page

Mari kita dengar, agaknya apakah yang dikehendaki oleh Fakhrul Kainat yang merupakan kemuliaan bangsa manusia dan keunggulan alam dan masa, yang meletakkan semua bani Adam di belakangnya lalu berdiri di atas bumi ini dan mengangkat tangan menghadap ‘Arasy yang agung lalu berdoa dalam hakikat ‘ubudiyyah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang mengandungi intisari ibadat bangsa manusia?


Lihat, baginda memohon kebahagiaan abadi, memohon kebaqaan dan memohon syurga untuk diri dan umatnya. Baginda juga memohon untuk bersama dengan semua nama suci Ilahi yang menunjukkan keindahannya dalam cermin-cermin maujudat. Engkau lihat, baginda memohon syafaat daripada nama-nama itu.


Kalaulah penyebab-penyebab dan dalil-dalil kewujudan yang tidak terhitung bagi Akhirat tiada, nescaya hanya satu doa baginda sahaja sudah cukup untuk menjadi sebab kepada pembinaan syurga yang bagi qudrat al-Khaliqur Rahim adalah semudah mewujudkan musim bunga (16) kita.


Ya, bagaimanakah mewujudkan syurga boleh menjadi berat kepada al-Qadirul Mutlaq yang menjadikan muka bumi sebagai satu mahsyar dan mewujudkan seratus ribu contoh bagi hari kebangkitan pada musim bunga kita? Maknanya sebagaimana risalah baginda menjadi sebab kepada pembukaan negara ujَian ini dan mendapat rahsia لَوْلاكََ لَوْلاكََ لَمَ خَلَقْتُ الَْفْلاَك sama seperti itu, ’ubudiyyah baginda juga menjadi sebab kepada pembukaan negara kebahagiaan yang satu lagi.


Agaknya mungkinkah sama sekali bahawa kecantikan ciptaan yang tiada kekurangan dan keindahan rububiyyah yang tiada ban-

_______________________

(16) Ya, sudah tentu menunjukkan contoh-contoh kehebatan seni dan perumpamaan-perumpamaan hasyir qiamat yang tidak terkira dan terhitung di atas muka bumi

64. Page

dingan dalam peraturan alam dan rahmat yang luas ini yang meninggalkan semua akal dalam kehairanan, menerima keburukan, kekejaman dan kecelaruan sebegini dengan tidak menjawab doa itu?


Yakni, Dia mendengar kehendak dan suara yang paling kecil dan paling tidak penting dengan penuh perhatian lalu menunaikan dan menjadikannya kenyataan tetapi melihat kehendak-kehendak yang paling penting dan perlu sebagai tidak penting lalu tidak mendengar, tidak memahami dan tidak melaksanakannya? Tidak sama sekali tidak, seratus ribu kali tidak! Keindahan yang sebegini, tidak akan menjadi buruk dengan menerima keburukan yang sebegitu.(17)


Maknanya, sebagaimana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah membuka pintu dunia dengan risalahnya, maka dengan ubudiyyahnya pula, baginda akan membuka pintu akhirat.


عَلَيْهِ صَلَوَاتُ الرَّحْمٰنِ مِلْئَ الدُّنْيَا وَ دَارِ الْجِنَانِ اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَ رَسُولِكَ ذٰلِكَ الْحَبِيبُ الَّذِى هُوَ سَيِّدُ الْكَوْنَيْنِ وَ فَخْرُ الْعَالَمَيْنِ وَ حَيَاتُ الدَّارَيْنِ وَ وَسِيلَةُ السَّعَادَتَيْنِ وَ ذُو الْجَنَاحَيْنِ وَ رَسُولُ الثَّقَلَيْنِ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ وَ عَلَى اِخْوَانِهِ مِنَ النَّبِيِّينَ وَ الْمُرْسَلِينَ آمِينَ

_______________________

yang ibarat satu muka surat yang amat sempit berbanding akhirat serta menulis dan mengatur jenisjenis ciptaan yang tersusun dan ibarat tiga ratus ribu buah kitab dengan kesempurnaan susunan pada satu halaman itu; adalah lebih susah berbanding membina dan mewujudkan syurga yang indah dan tersusun bagi alam Akhirat yang luas. Ya, setinggi manapun syurga berbanding musim bunga, boleh dikatakan, menjadikan taman-taman musim bunga setahap itu adalah lebih susah dan menghairankan berbanding syurga itu.

(17) Ya telah disepakati bahawa perubahan hakikat adalah mustahil. Kemustahilan dalam kemustahilan pada perubahan hakikat ialah perubahan sifat yang berlawanan dengan sifat berlawanannya sendiri. Manakala seribu peringkat kemustahilan yang paling jelas dalam perubahan semua sifat berlawanan ini ialah sifat berlawanankekal pada tabiatnya tetapi pada masa yang sama ia menjadi sama seperti sifat berlawanannya sendiri.

65. Page

Hakikat Keenam: Bab kehebatan dan kesarmadian sebagai tajalli nama al-Jalil dan al-Baqi.


Mungkinkah sama sekali bahawa kehebatan rububiyyah yang mengarah dan mentadbir semua maujudat daripada matahari dan pohonan sampai kepada zarah sebagai askar yang menurut perintah, berdiri di atas makhluk-makhluk fana yang sengsara yang melalui kehidupan sementara, tetapi Dia tidak mewujudkan daerah kehebatan yang sarmadi dan baqi dan daerah rububiyyah yang abadi dan tinggi?


Ya, urusan hebat seperti penukaran musim yangkelihatan di alam ini, pergerakan agung seperti perjalanan planet umpama pesawat, kepatuhan yang dahsyat seperti menjadikan bumi sebagai buaian kepada manusia dan matahari sebagai lampu kepada makhluk, dan perubahan yang luas seperti menghidupkan dan menghias bumi yang telah mati dan kering menunjukkan bahawa ada rububiyyah yang agung sebegini di sebalik tabir dan Ia menguasainya dengan kerajaan yang hebat. Kerajaan rububiyyah yang begini sentiasa inginkan rakyat yang layak dan inginkan juga tempat penzahiran yang sesuai bagi diri-Nya.


Walhal engkau melihat bahawa rakyat dan hamba- Nya yang paling syumul dan penting berdasarkan fitrahnya telah berkumpul dalam gambaran yang menyedihkan buat sementara waktu di rumah pertamuan dunia ini. Rumah pertamuan pula sentiasa dipenuhkan dan dikosongkan setiap hari.

_____________________

Contoh: Ketika keindahan yang tidak berpenghujung merupakan keindahan hakiki, ia juga merupakan kehodohan hakiki. Maka keindahan rububiyyah yang telah disaksikan dan pasti wujud dalam contoh kita ini ketika ia kekal dalam tabiat keindahan rububiyyah-nya, ia turut menjadi kehodohan itu sendiri. Inilah contoh-contoh kemustahilan dan kebatilan yang paling pelik di dunia.

66. Page

Semua rakyat berada di medan ujian ini buat sementara waktu untuk latihan khidmat. Medan pula sentiasa berubah setiap saat. Semua rakyat itu berdiri selama beberapa minit di tempat pameran ini menyaksikan contoh-contoh kurniaan as-Sani’ Dzul Jalal yang sangat berharga dan kecantikan ciptaan-Nya yang hebat pada pameran pasar alam, untuk mengamatinya dengan pandangan perniagaan, lalu kemudian mereka menghilang. Tempat pameran ini pula berubah setiap minit. Yang pergi tidak akan kembali, yang datang sentiasa pergi.


Justeru hal dan keadaan ini menunjukkan dengan pasti bahawa di sebalik rumah pertamuan, medan dan tempat pameran ini, terdapat istana-istana kekal, tempat-tempat tinggal yang berterusan, kebun dan khazanah yang penuh dengan asal-usulnya yang paling suci dan tinggi yang telah kita lihat contoh-contoh dan gambarannya di dunia ini, yang akan menjadi tempat berlangsung dan penzahiran kepada kerajaan sarmadi itu.


Maknanya usaha di sini adalah untuk semua itu. Dia menyuruh kita berusaha di sini dan Dia memberi bayaran di sana. Di sana ada kebahagiaan bagi semua menurut persiapan masing-masing. Itu pun jika ia tidak dihilangkan. Ya, adalah mustahil bahawa kerajaan yang sarmadi begitu berdiri di atas mereka yang fana dan hina yang akan lenyap.


Lihatlah hakikat ini dengan teropong perumpamaan ini: Semasa engkau berjalan, engkau melihat di jalan itu ada sebuah rumah tumpangan. Seorang pembesar telah membina rumah tumpangan itu untuk tetamu-tetamu yang datang. Untuk tatapan dan iktibar selama satu malam kepada tetamu-tetamu itu, beliau telah membelanjakan jutaan emas untuk menghias rumah tumpangan tersebut. Tetamu-tetamu itu melihat sebahagian kecil daripada hiasan itu


67. Page

dalam suatu masa yang singkat, lalu merasai sesuatu yang sedikit lantas pergi sebelum puas.


Tetapi setiap tetamu mengambil gambar semua benda yang ada di dalam rumah tumpangan itu dengan kamera mereka sendiri.


Para pembantu pembesar itu juga mengambil dan merakamkan gambar perlakuan para tetamu dengan penuh teliti. Engkau juga melihat bahawa pembesar itu meruntuhkan kebanyakan hiasan yang bernilai itu setiap hari. Beliau mewujudkan hiasan-hiasan baru untuk tetamu-tetamu baru yang akan datang.


Selepas melihat semua ini, masihkah ada keraguanmu bahawa terdapat rumah-rumah yang sangat tinggi, serta khazanah-khazanah yang tidak akanluak dan sangat bernilai dan kedermawanan yang berterusan dan sangat besar bagi pembesar yang membina rumah tumpangan di jalan ini.

Pemberian yang telah beliau tunjukkan dalam rumah tumpangan itu membuka selera tetamu-tetamunya kepada perkara-perkara yang ada di sisinya dan membangkitkan minat mereka kepada hadiahhadiah yang telah beliau sediakan untuk mereka.


Sama seperti itu juga, jika engkau perhatikan keadaan yang ada dalam dewan pertamuan dunia ini tanpa menjadi mabuk, engkau akan memahami sembilan asas:


Asas Pertama: Engkau akan memahami bahawa dunia ini juga bukan untuk dirinya sendiri seperti rumah tumpangan itu. Mustahil juga ia menjadi begini secara sendiri. Bahkan ia adalah sebuah dewan pertamuan-Nya yang dipenuhkan dan dikosongkan dan telah dibina dengan hikmah, untuk kafilah makhluk-makhluk yang datang singgah lalu berpindah.

68. Page

Asas Kedua: Engkau juga akan memahami bahawa orang-orang yang duduk dalam rumah tumpangan ini adalah para tetamu. Rabb al-Karim sentiasa menjemput mereka ke Darus Salam.


Asas Ketiga: Engkau juga akan memahami bahawa perhiasan-perhiasan dalam dunia ini bukan hanya untuk kelazatan dan keseronokan. Ini kerana jika suatu masa ia memberi kelazatan, ia akan memberikan kesakitan yang lama dengan perpisahannya. Ia boleh merasakannya kepadamu dan membuka seleramu tetapi ia tidak akan mengenyangkan kerana sama ada umurnya pendek atau umurmulah yang pendek. Tidak cukup untuk mengenyangkan.


Maknanya perhiasan-perhiasan yang tinggi nilainya dan pendek tempohnya ini adalah untuk iktibar, kesyukuran dan galakan kepada asal-usulnya yang kekal untuk tujuan-tujuan lain yang sangat tinggi. (18)


Asas Keempat: Engkau juga akan memahami bahawa kecantikan-kecantikan di dunia ini pula (19) adalah ibarat contoh dan gam-

_______________________

(18) Ya, walaupun nilai semua benda dan ketelitian seninya sangat tinggi dan cantik, tetapi tempohnya adalah singkat dan umurnya adalah sedikit. Maknanya, perkara-perkara itu adalah contoh dan ibarat gambaran bagi perkara-perkara lain dan terdapat satu keadaan seolah-olah semua itu mengalih pandangan para pembeli kepada yang asal. Maka, sudah tentu boleh dikatakan dan disebut bahawa aneka perhiasan seperti itu yang ada di dunia ini adalah contoh bagi nikmat-nikmat syurga yang telah disediakan oleh ar- Rahmanur Rahim dengan rahmat-Nya untuk hamba-hamba yang disayangi-Nya dan ia memang begitu.

(19) Ya, setiap benda mempunyai tujuan kewujudan yang sangat banyak dan natijah hidup yang bermacam-macam. Ia tidak hanya tertumpu kepada tujuan-tujuan yang memandang kepada dunia dan kepada diri mereka sebagaimana yang telah disangkakan oleh golongan yang sesat. Oleh sebab itu, kesia-siaan dan ketiadaan hikmah tidak boleh masuk ke dalamnya. Bahkan tujuan-tujuan kewujudan dan natijah-natijah kehidupan bagi setiap benda adalah tiga bahagian:

Yang pertama dan yang paling tinggi: Tujuan dan natijahnya memandang kepada as-Sani’-Nya. Maka ia mempamerkan hiasan-hiasan kehebatan penciptaan yang dipasang oleh Allah padanya kepada pandangan as-Syahidul Azali dalam bentuk perbarisan

69. Page

______________________


lintas hormat. Ini kerana hidup sekelip mata untuk pandangan itu adalah memadai. Bahkan keupayaannya yang ibarat niat dari segi kemampuan yang ada sebelum wujud juga adalah mencukupi. Justeru, makhluk-makhluk halus yang cepat lenyap dan biji-biji dan benih-benih yang masing-masing merupakan kehebatan ciptaan yang belum tumbuh, iaitu belum bertunas, memberikan tujuan itu secara keseluruhannya. Ketiadaan faedah dan kesia-siaan tiada pada mereka. Maknanya, tujuan utama semua benda adalah mempamerkan mukjizat qudrat dan kesan-kesan ciptaan as-Sani’-Nya dengan kehidupan dan kewujudannya lalu menunjukkannya kepada pandangan Sultan dzul Jalal-Nya.

Yang Kedua: Tujuan kewujudan dan natijah kehidupan memandang kepada makhluk yang berakal. Yakni semua benda, masing-masing ibarat surat yang menunjukkan hakikat-hakikat, qasidah yang memberi kelatifan dan kalimah yang melaksanakan hikmah bagi as-Sani’ Dzul Jalal. Ia mempamerkannya kepada pandangan malaikat, jin, haiwan dan manusia dan menyeru mereka mengkaji. Maknanya ia adalah satu medan kajian yang memberikan pengajaran kepada setiap makhluk berakal yang melihatnya.

Yang Ketiga: Tujuan kewujudan dan natijah kehidupan memandang kepada diri benda itu iaitu natijah-natijah juz’i seperti talazzuz (keseronokan), tanazzuh (kenyamanan), kebaqaan dan hidup dengan tenang. Sebagai contoh: Dari segi keseluruhan kapal, satu peratus daripada tujuan pengemudian bagi seorang petugas dan bayaran bahagiannya dalam kapal seorang Sultan yang besar adalah untuk dirinya, sembilan puluh sembilannya kembali kepada Sultan. Maka begitulah juga sekiranya tujuan bagi diri dan dunia setiap benda adalah satu, maka milik as-Sani’-Nya ialah sembilan puluh sembilan.

Justeru rahsia kemuafakatan antara hikmah dengan iqtisad (penjimatan) dan kepemurahan dengan kedermawanan, terutamanya kedermawanan yang tidak berpenghujungyang kelihatan berlawanan dan menafikan satu sama lainnya kerana kewujudan tujuan yang bermacam-macam-macam ialah: Dari sudut pandangan setiap tujuan, kepemurahan dan kedermawanan kelihatan berkuasa serta muncullah nama al-Jawwad. Sesungguhnya, dari sudut pandangan bagi tiap-tiap tujuan itu, buah-buahan dan biji-bijian adalah tidak terkira. Ia menunjukkan kepemurahan yang tidak berpenghujung. Namun, dari sudut pandangan tujuan tujuan umum, yang kelihatan berkuasa ialah hikmah dan ia menjelmakan nama al-Hakim. Sebanyak mana buah-buahan ada pada sebatang pokok, sudah tentu sebanyak itulah tujuan yang ada pada tiap sebiji buah. Kerana itulah ia dipecahkan kepada tiga bahagian yang telah kami jelaskan. Tujuan-tujuan umum ini menunjukkan hikmah dan iqtisad (sikap berhemat) yang tidak berpenghujung. Hikmah tidak berpenghujung yang kelihatan seolah-olah bertentangan, terhimpun bersama dengan kepemurahan dan kedermawanan yang tidak berpenghujung. Contoh: Salah satu tujuan bagi pasukan tentera ialah memelihara keamanan. Maka untuk tujuan ini, seramai mana pun askar yang engkau ingini pasti ada, malahan sangat berlebihan. Namun untuk tugas-tugas lain seperti menjaga sempadan dan menentang musuh, bilangan yang ada ini hanyalah sekadar cukup-cukup. Maka ia adalah seimbang dengan kesempurnaan hikmah. Demikianlah berhimpunnya kebijaksanaan kerajaan dengan kehebatannya. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa tiada yang lebih dalam pasukan tentera tersebut.


70. Page

baran nikmat-nikmat yang disimpan dengan rahmat ar-Rahman untuk ahli iman di syurga.


Asas Kelima: Engkau juga akan memahami bahawa ciptaan-ciptaan berseni yang fana ini bukanlah untuk kefanaan. Mereka tidak diciptakan hanya untuk dilihat buat seketika lalu dihapuskan. Bahkan mereka dihimpunkan seketika di alam wujud lalu mengambil kedudukan yang dikehendaki supaya gambar-gambarnya diambil, rupa bentuknya dirakam, makna-maknanya diketahui dan natijah-natijahnya dicatatkan.


Contohnya, pemandangan-pemandangan yang berterusan dihasilkan untuk ahli keabadian. Ia juga menjadi wasilah kepada tujuan-tujuan lain di alam baqa’.


Sesungguhnya, semua perkara telah diciptakan untuk kebaqaan, bukan untuk kefanaan; bahkan walaupun kelihatan fana, ia adalah tamatnya tugas dan perlepasan yang dapat difahami seperti berikut, iaitu: “Sesuatu yang fana akan menjadi fana dari satu sudut, namun akan kekal baqa’ dari banyak sudut”.


Sebagai contoh, lihatlah bunga yang merupakan satu kalimah daripada kalimah-kalimah qudrat kerana bunga tersebut tersenyum lalu memandang kepada kita dalam masa yang singkat, namun secara tiba-tiba berselindung di sebalik tabir kefanaan. Ia pergi seperti satu perkataan yang keluar daripada mulutmu, tetapi meninggalkan ribuan perkataan yang sama pada telinga yang banyak. Ia meninggalkan makna-maknanya yang sebanyak deria akal yang mendengar dalam minda.


Ini kerana, selepas menyelesaikan tugasnya iaitu mengungkapkan makna, ia sendiri akan pergi, tetapi ia pergi setelah meninggal-

71. Page

kan gambaran luarnya pada ingatan semua yang melihatnya dan meninggalkan perihal maknawinya pada setiap benihnya.


Seolah-olah tiap-tiap memori dan benih adalah gambar untuk penjagaan hiasannya dan tempat tinggal untuk kelangsungan kebaqaannya.

Sekiranya ciptaan yang berada di peringkat kehidupan yang paling rendah adalah begini, dapat difahami bahawa insan yang merupakan pemilik tingkatan hidup yang paling tinggi dan roh-roh yang kekal adalah sangat berkaitan dengan kebaqaan.


Dengan mengekalkan dan menjaga undang-undang pembentukan dan rupa gambaran yang hampir menyerupai roh bagi setiap tumbuhan besar yang berbunga dan berbuah dalam benih-benih yang seperti zarah-zarah kecil dengan kesempurnaan peraturan dalam perubahan-perubahan yang tidak menentu, maka dapat difahami bahawa roh manusia yang merupakan peraturan yang berkait dengan perintah Allah yang memiliki fitrah yang sangat syumul dan tinggi dan telah dipakaikan dengan tubuh luaran dan memiliki akal serta nurani adalah sangat terikat dan berkait dengan kebaqaan.


Asas Keenam: Engkau juga akan memahami bahawa bagi insan, lehernya tidak dililit dengan tali lalu dibiarkan berkeliaran meragut di mana sahaja yang diingininya. Bahkan gambaran semua amalannya sentiasa diambil, ditulis dan natijah semua perbuatannya dicatatkan untuk dihitung.


Asas Ketujuh: Engkau juga akan memahami bahawa pemusnahan makhluk-makhluk indah bagi alam musim panas dan musim bunga pada musim luruh bukanlah penghapusan bahkan pelepasan

72. Page

mereka daripada tugas secara keseluruhan (20).


Pemusnahan itu juga merupakan pengosongan untuk melapangkan tempat kepada makhluk yang akan datang pada musim bunga yang baharu, persediaan serta persiapan tempat untuk para petugas baharu yang akan datang dan menginap, juga untuk kedatangan maujudat yang akan berkhidmat.


Malah ia juga merupakan peringatan as-Subhan kepada yang berakal daripada ghaflah yang melupakan tugasnya dan daripada kemabukan yang melupakan kesyukurannya.


Asas Kelapan: Engkau akan memahami juga bahawa terdapat sebuah alam yang lain dan baqa’ bagi as-Sani’ yang sarmadi bagi alam fana ini kerana Dia membawa para hamba-Nya ke sana dan menggalakkan mereka kepadanya.


Asas Kesembilan: Engkau akan memahami juga bahawa ar-Rahman Yang Maha Agung akan memberikan kurniaan kurniaan yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar dan tiada hati pernah terlintas, kepada hamba-hamba-Nya yang amat istimewa di sebuah alam yang amat hebat. Amanna.. (Ya, kami beriman dengannya).


Hakikat Ketujuh: Bab al-Hifzu (penjagaan) dan al-Hafiziyyah (sifat menjaga) sebagai tajalli nama al-Hafiz dan ar-Raqib.

_______________________

(20) Ya, buah-buahan, bunga-bungaan dan dedaunan yang ada di hujung julai dan dahan pohon yang datang dari khazanah-khazanah rezeki rahmat perlu pergi setelah menjadi tua dan setelah tugas mereka selesai. Ini adalah supaya pintu tidak tertutup kepada yang bertali arus datang selepas mereka. Jika tidak, keluasan rahmat dan khidmat saudara-saudara mereka yang lain akan terhalang. Malah, mereka akan menjadi hina dan sengsara akibat kelenyapan masa muda. Justeru, musim bunga juga adalah sebatang pohon berbuah yang mengingatkan padang mahsyar. Alam manusia pada setiap kurun adalah sebatang pohon yang memberikan iktibar. Bumi pula, adalah sebatang pohon qudrat yang merupakan perhimpunan benda-benda yang menakjubkan. Hatta, dunia juga, adalah sebatang pohon menakjubkan yang buah-buahnya dihantar ke pasar akhirat.

73. Page

Mungkinkah sama sekali bahawa sifat penjagaan yang mengawal semua benda basah-kering, kecilbesar, rendah-tinggi dalam aturan dan neraca yang sempurna di langit, di bumi, di darat dan di laut lalu menapis natijah-natijahnya dalam sejenis perhitungan, tidak menjaga, tidak menapis amalan-amalan dan perbuatan-perbuatan manusia yang berhubung kait dengan rububiyyah ‘ammah yang berada dalam fitrah yang besar seperti insan, dalam pangkat seperti khilafah agung dan memiliki tugas yang besar seperti amanah agung melalui penapis perhitungan dan tidak menimbangnya pada neraca keadilan dan tidak memberi balasan dan ganjaran yang sesuai? Tidak, sama sekali tidak!


Ya, Dzat yang mentadbir alam ini, menjaga semua perkara dalam peraturan dan neraca. Peraturan dan neraca pula ialah penzahiran hikmah bersama ilmu dan kehendak bersama takdir.


Ini kerana pada pewujudannya kita melihat setiap hasil seni dijadikan sangat teratur dan seimbang. Sebagaimana setiap bentuk yang telah diubah selama hidupnya adalah teratur, keseluruhannya juga adalah di bawah satu peraturan.


Ini kerana kita nampak bahawa al-Hafiz Dzul Jalal memelihara banyak bentuk bagi setiap perkara yang ditamatkan usianya dengan berakhirnya tugas dan berpindah lalu pergi dari alam syahadah ini dalam ingatan-ingatan yang diibaratkan lauh-lauh mahfuz (21) dan pada sejenis cermin majazi. Lalu Dia mengukir dan menulis kebanyakan sejarah kehidupannya dalam biji benih dan natijahnya serta mengekalkannya pada cermin-cermin zahir dan batin.


Contoh: Ingatan manusia, buah bagi pokok, biji buah dan benih bunga menunjukkan keluasan penguasaan undang-undang sifat menjaga.

_______________________

(21) Sila lihat nota kaki Gambaran Ketujuh.

74. Page

Tidakkah engkau melihat bahawa semua maujudat yang berbunga dan berbuah bagi musim bunga yang besar dan semua sahifah amalannya, undangundangpembentukan dan rupa bentuk gambaran yang khusus kepada diri mereka ini sendiri dijaga dengan menulisnya dalam benih-benih kecil yang terhad jumlahnya.


Dia menunjukkan bahawa penjagaan berlaku dengan kesyumulan yang sangat kuat iaitu dengan cara menyebarkan sahifah-sahifah amalan mereka dalam perhitungan khusus kepada mereka, lalu mewujudkan alam musim bunga yang besar yang lain dengan kesempurnaan peraturan dan hikmah pada musim bunga kedua.


Agaknya, sekiranya perkara-perkara yang sementara, biasa, tidak kekal dan tidak penting dijaga seperti itu, adakah dapat diterima bahawa amalanamalan manusia yang memberi natijah yang penting pada alam ghaib, alam akhirat, alam arwah dalam rububiyyah ‘ammah, tidak dicatatkan dengan penuh perhatian dengan cara mengawasinya dalam penjagaan? Tidak, sama sekali tidak!


Ya, difahami daripada tajalli sifat menjaga yang dengan cara tersebut bahawa terdapat kepedulian yang besar oleh al-Malik maujudat ini terhadap keteraturan semua perkara yang berlaku dalam kerajaan- Nya. Dia sangat teliti dalam tugas hakimiyyah-Nya. Dia sangat prihatin dalam rububiyyah kerajaan-Nya sehingga Dia menulis dan menuliskan sekecil-kecil peristiwa dan seremeh-remeh khidmat. Dia menjaga gambaran semua benda yang berlaku dalam kerajaan-Nya pada benda-benda yang banyak.


Sifat penjagaan ini menunjukkan bahawa sebuah buku perhitungan amal yang penting akan dibuka. Terutamanya amalan-amalan yang besar dan perbuatan-perbuatan yang penting bagi insan yang

75. Page

secara fitrah merupakan makhluk yang paling besar, terhormat dan paling mulia akan memasuki suatu perhitungan dan neraca yang penting dan sahifah amalan-amalannya akan disebarkan.


Agaknya, adakah dapat diterima sama sekali bahawa insan dimuliakan dengan khilafah dan amanah, menjadi saksi kepada keseluruhan urusan rububiyyah lalu menyertai zikir dan ibadat kebanyakan maujudat dengan mengiklankan dirinya sebagai juruhebah wahdaniyyah Ilahiyyah, dalam daerah-daerah kebanyakan, seterusnya naik ke darjat pegawai dan penyaksi kemudian pergi ke kubur lalu tidur dengan senang dan tidak dibangunkan? Kecil besar daripada setiap amalannya tidak ditanya? Tidak pergi ke Mahsyar dan tidak melihat mahkamah tertinggi? Tidak, sama sekali tidak!


Bagaimanakah insan boleh pergi kepada ketiadaan lalu dapat melarikan diri dan masuk ke dalam tanah bersembunyi daripada al-Qadir Dzul Jalal yang semua kejadian yang merupakan mukjizat qudrat- Nya pada masa lalu menyaksikan (22) bahawa Dia berkuasa untuk semua kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan dan secara jelas mewujudkan musim sejuk dan musim bunga yang sangat menyerupai Qiamat dan Hasyir sepanjang masa?


Memandangkan di dunia ini insan tidak dihisab dan dihukum sesuai dengannya, sudah tentulah dia akan pergi ke sebuah mahkamah tertinggi dan sebuah kebahagiaan yang besar.


Hakikat Kelapan: Bab Wa‘ad dan Wa‘id sebagai tajalli nama al-Jamil dan al-Jalil.


Mungkinkah sama sekali bahawa as-Sani’ bagi masnu‘at (ciptaan berseni) ini yang merupakan al-‘Alimul Mutlaq dan al-Qadirul

_______________________

(22) Ya, masa lalu yang bermula daripada zaman kini sehingga kepada permulaan penciptaan

76. Page

Mutlaq tidak menunaikan janji wa‘ad dan wa‘id Ilahi-Nya yang diulang-ulang yang telah dikhabarkan oleh para anbiya’ secara tawatur dan penyaksian yang telah dibuat oleh semua Siddiqin

________________________

alam, secara umumnya adalah wuqu’at (yang telah terjadi). Tiap-tiap hari, tahun dan kurunnya yang telah wujud; masing-masing adalah sebaris ayat, selembar halaman dan sebuah kitab yang telah dilakar dengan pena taqdir. Tangan qudrat telah menulis mukjizat ayat-ayatnya pada mereka dengan kesempurnaan hikmah dan peraturan.

Masa hadapan yang bermula dari zaman ini sehingga kiamat, sehingga syurga, sehingga selama-lamanya; semuanya adalah mumkinat (kemungkinan) iaitu, masa lalu adalah perkara-perkara yang telah berlaku dan masa hadapan ialah perkara-perkara yang mungkin berlaku. Maka, jika dibandingkan dua kesinambungan bagi dua zaman itu antara satu sama lain; tiada keraguan sama sekali bahawa Dzat yang menjadikan hari semalam dan mewujudkan maujudat yang khusus untuk hari itu berkuasa menjadikan hari esok dengan maujudatnya.

Tiada keraguan juga bahawa maujudat dan perkara-perkara yang luar biasa bagi masa lalu yang merupakan medan perkara-perkara yang menakjubkan ini adalah mukjizat al-Qadir Dzul Jalal. Mereka menyaksikan dengan pasti bahawa al-Qadir itu berkuasa untuk mewujudkan semua masa depan dan perkara-perkara yang mungkin berlaku serta menzahirkan semua makhluk-makhluk-Nya yang ajaib.

Ya, sudah tentu sesiapa yang boleh menjadikan sebiji epal perlu berkuasa untuk menjadikan semua epal dan mewujudkan musim bunga yang besar di dunia. Yang tidak boleh mewujudkan musim bunga, tidak akan boleh mewujudkan sebiji epal. Ini kerana epal itu ditenun di makmal musim bunga itu. Dzat yang mewujudkan epal boleh mewujudkan musim bunga. Sebiji epal adalah contoh yang dikecilkan bagi sebatang pokok, bahkan bagi sebuah kebun bahkan bagi alam semesta. Malah, dari sudut penciptaannya yang berseni, dari sudut biji buah epal yang membawa semua sejarah hidup pokok yang besar adalah satu kehebatan seni yang ketara kerana Dzat yang mewujudkannya sebegitu tidak akan lemah daripada apa-apa pun. Sama seperti itu, Dzat yang mewujudkan hari ini boleh menjadikan hari Qiamat dan hanya Dzat yang boleh mewujudkan Hasyir boleh mewujudkan musim bunga. Sudah tentu Dzat yang memasang semua alam masa lalu pada pita masa dengan kesempurnaan hikmah dan aturan dan menunjukkannya turut boleh memasangkan alam lain kepada pita masa depan dan pasti akan menunjukkannya. Dalam beberapa kalimah, khususnya dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, kami telah mengisbatkan dengan sangat jelas bahawa sesuatu yang tidak boleh menjadikan setiap benda tidak akan boleh menjadikan apa-apa dan Dzat yang menjadikan satu benda, boleh menjadikan semua benda. Jika pewujudan benda diserahkan kepada satu Dzat, semua benda akan menjadi senang dan melahirkan kemudahan seperti satu benda. Jika diserahkan kepada asbab yang bermacam-macam dan disandarkan kepada banyak benda, pewujudan satu benda akan menjadi susah seperti mewujudkan semua benda dan akan melahirkan kesusahan setahap imtina’(tidak mungkin).

77. Page

dan para auliya‘ secara ijma’ lalu Dia menunjukkan kelemahan dan kejahilan-Nya? Tidak sama sekali tidak.


Walhal wa‘ad dan wa‘id-Nya, langsung tidak menjadi berat kepada qudrat-Nya. Ia sangat ringan dan sangat mudah, iaitu semudah mengembalikan maujudat musim bunga yang lalu yang tidak terhitung dengan cara sebahagiannya sama (seperti akar-akar pokok dan rerumput) dan sebahagiannya serupa (seperti dedaun dan buah-buahan) pada musim bunga yang akan datang.


Manakala penunaian wa’ad adalah sangat perlu kepada kita, kepada setiap benda, kepada diri-Nya sendiri dan kepada kerajaan rububiyyah-Nya. Memungkiri wa’ad pula adalah berlawanan dengan kemuliaan keupayaan-Nya dan bertentangan dengan keluasan ilmu-Nya. Ini kerana memungkiri janji datang sama ada daripada kejahilan ataupun kelemahan.


Wahai pengingkar! Adakah engkau tahu bahawa engkau sedang melakukan satu jenayah secara bodoh melalui kekufuran dan keingkaranmu? Ini kerana engkau membenarkan wahammu yang menipu, akalmu yang mengarut dan nafsumu yang memperdaya.


Seterusnya engkau mendustakan Dzat yang tidak terpaksa untuk memungkiri dan menyalahi janji dengan apa jua bentuk khilaf. Ini pula adalah tidak sesuai dengan kemuliaan dan kehormatan-Nya dari mana-mana sudut malah kepada semua perkara dan kerja yang kelihatan menjadi saksi kepada hak dan kebenaran-Nya.


Engkau melakukan jenayah besar yang tidak berpenghujung dalam kekerdilan yang tidak berpenghujung! Sudah tentu engkau layak kepada balasan abadi yang besar.


Justeru, membesarnya sebatang gigi sebahagian ahli neraka sebesar bukit telah dikhabarkan sebagai ukuran kebesaran jenayahnya.

78. Page

Perumpamaanmu adalah ibarat pengembara berikut: Dia menutup matanya daripada cahaya matahari dan melihat kepada khayalan dalam kepalanya. Wahamnya mahu menyuluh jalannya yang dahsyat itu dengan cahaya lampu suluh kepalanya yang seperti seekor kelip-kelip.


Memandangkan Allah Ta‘ala yang maujudat ialah kalimah-kalimah benar-Nya yang menyatakan hakikat dan kejadian-kejadian alam ini adalah ayat-ayat-Nya yang bertutur yang menceritakan kebenaran telah berjanji, nescaya Dia akan menunaikannya. Dia akan membuka sebuah mahkamah tertinggi dan akan mengurniakan sebuah kebahagiaan yang besar.


Hakikat Kesembilan: Bab Ihya’ dan Imatah (urusan menghidup dan mematikan) sebagai tajalli nama al-Hayyul Qayyum, al-Muhyi dan al-Mumit.


Mungkinkah sama sekali bahawa al-Qadirur Rahim, al-‘Alimul Hakim menghidupkan sebuah bumi besar yang telah mati dan telah kering; membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis makhluk yang setiap satunya ajaib seperti kebangkitan manusia lalu menunjukkan qudrat-Nya dalam penghidupan tersebut; menunjukkan keluasan keilmuan-Nya dengan pembezaan dan pengasingan yang sangat hebat dalam percampuran dan kebauran yang tidak berpenghujung di dalam pembangkitan dan penyebaran itu; mengalih pandangan semua hamba-Nya kepada kebahagiaan abadi dengan menjanjikan Hasyir manusia melalui semua firman samawi-Nya; menyebabkan semua maujudat bekerjasama, berganding bahu, berpimpin tangan lalu menggerakkannya dalam daerah perintah dan kehendak-Nya, serta menunjukkan keagungan rububiyyah-Nya dengan menjadikan mereka pembantu dan

79. Page

penolong antara satu sama lain, menunjukkan bahawa Dia sangat memberi perhatian kepada manusia dengan menjadikan semua benda berkhidmat kepadanya dengan cara menjadikan manusia sebagai sebiji buah yang paling syumul, paling rapuh, paling halus, paling lembut dan paling manja bagi pohon alam semesta dan mengambilnya sebagai mukhatab kepada diri-Nya sendiri namun Dia tidak mendatangkan Qiamat? Tidak menjadikan dan tidak boleh menjadikan Hasyir? Tidak menghidupkan atau tidak boleh

menghidupkan manusia? Tidak boleh membuka mahkamah tertinggi? Tidak boleh mencipta syurga dan neraka? Tidak, sama sekali tidak!


Ya al-Mutasarrif Zisha’n (Pemilik urusan) bagi alam ini mewujudkan di atas muka bumi yang sempit dan sementara ini misal-misal, contoh-contoh dan tanda-tanda yang amat banyak bagi Hasyrul Akbar (kebangkitan terbesar) dan medan qiamat pada setiap kurun, pada setiap tahun dan pada setiap hari.


Contohnya: Pada Hasyir musim bunga, kita melihat bahawa Dia membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kecil dan besar dalam tempoh lima ke enam hari. Dia menghidupkan lalu mengembalikan semula akar semua pokok dan rumput dan sebahagian binatang sama dengan sebelumnya. Dia mewujudkan yang lainnya dalam satu bentuk keserupaan pada peringkat kesamaan.


Walhal, benih-benih kecil yang perbezaan dari segi maddi (bahan) amat sedikit itu dihidupkan dalam tempoh enam hari atau enam minggu dengan kesempurnaan peraturan dan neraca, dengan kecepatan, keluasan dan kesenangan yang hebat serta dengan kesempurnaan pembezaan dan pengenalpastian walaupun ia sangat bercampur aduk.

80. Page

Maka mungkinkah sama-sekali bahawa sesuatu itu boleh menjadi berat kepada Dzat yang melakukan kerja-kerja ini? Mungkinkah Dia tidak boleh menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan tidak boleh membangkitkan manusia dengan satu laungan? Tidak sama sekali!


Andaikata terdapat seorang penulis yang luar biasa. Dia boleh menulis semula tiga ratus ribu kitab yang huruf-hurufnya sama ada telah rosak atau telah terpadam, dalam satu muka surat tanpa bercampur aduk, tanpa kesalahan, tanpa kesilapan dan tanpa kekurangan. Dia menulis semuanya bersama-sama dalam satu jam secara sangat cantik. Kemudian seseorang berkata kepada engkau bahawa penulis itu akan menulis semula kitab engkau yang telah jatuh ke dalam air yang telah ditulis oleh dirinya sendiri daripada ingatannya dalam tempoh satu minit. Maka

bolehkah engkau berkata bahawa dia tidak akan boleh melakukannya dan aku tidak akan percaya?!


Ataupun, engkau melihat seorang raja yang sangat hebat. Untuk menunjukkan kekuasaannya atau untuk dijadikan iktibar dan tatapan, baginda mampu mengangkat gunung-ganang, menukar ganti (keadaan) negara dan mengubah laut kepada daratan hanya dengan satu isyarat.


Kemudian engkau melihat seketul batu yang besar telah bergolek ke lembah di kaki antara dua bukit, lalu menghalang laluan para tetamu yang telah dijemputnya ke majlis jamuannya sendiri dan mereka tidak boleh melintasinya. Jika seseorang berkata kepadamu: “Raja itu, akan mengangkat atau menghancurkan batu itu tidak kira sebesar manapun ia dengan satu isyarat. Baginda tidak akan membiarkan para tetamunya tersangkut di jalan.” Maka adakah engkau boleh mengatakan bahawa baginda tidak akan atau tidak boleh mengangkatnya?

81. Page

Ataupun, seorang komander boleh membentuk semula satu pasukan tentera yang besar dalam tempoh satu hari. Jika seseorang berkata: “Komander itu boleh menghimpunkan batalion-batalion yang anggotanya telah bersurai untuk berehat dengan satu bunyi semboyan. Maka batalion-batalion tersebut akan masuk ke bawah peraturan dan perintahnya.” Jika engkau berkata: “Aku tidak percaya!” Maka engkau akan memahami betapa gilanya tindakan yang telah engkau lakukan.


Justeru, jika engkau telah memahami tiga perumpamaan ini, lihatlah an-Naqqashul Azali mengubah sahifah putih musim sejuk lalu membuka helaian hijau musim bunga dan musim panas lalu menulis lebih tiga ratus ribu jenis makhluk di atas sahifah muka bumi menggunakan pena qudrat dan taqdir-Nya dalam sebaik-baik bentuk di hadapan mata kita. Dia menulis semuanya bersama-sama, dalam satu sama lain tetapi tidak bercampur aduk, tidak menjadi penghalang kepada satu sama lain. Walaupun dari segi rupa bentuk antara satu sama lain adalah berlainan, tetapi Dia tidak pernah tersilap dan tersalah tulis.


Ya, al-Hakimul Hafiz menetapkan dan menjaga program roh bagi sebatang pokok yang paling besar dalam sebiji benih yang paling kecil seperti satu noktah. Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia boleh menjaga roh-roh bagi mereka yang telah mati? Malah al-Qadir memutar bebola bumi seperti seketul batu tarbil (lastik). Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia akan mengangkat atau menghancurkan dunia ini yang berada di atas jalan para tetamu-Nya yang menuju ke Akhirat?


Dzat Dzul Jalal mendaftar lalu menempatkan semula pasukan tentera bagi semua benda hidup dan zarah-zarah pada batalion-bata-

82. Page

batalion bagi semua tubuh mereka dengan kesempurnaan aturan daripada tiada dengan perintah “ كُنْ فَيَكُونُ ” dan mewujudkan pasukan-pasukan tentera. Adakah boleh dipersoalkan bagaimana Dia boleh menghimpunkan zarah-zarah asasi dan bahagian-bahagian asli bagi tubuh yang seumpama batalion yang mengenali antara satu sama lain dengan masuk ke bawah peraturan tubuh dengan satu laungan?


Malah engkau melihat dengan matamu betapa banyak ukiran yang telah dihasilkan-Nya untuk menjadi contoh, perumpamaan dan tanda kepada Hasyir pada setiap putaran masa dunia, dalam setiap kurunnya, hatta dalam penukaran siang dan malam hatta dalam pewujudan dan penghilangan awan di ruang udara yang menyerupai Hasyir musim bunga.


Hatta, sekiranya engkau mengandaikan secara khayalan bahawa dirimu berada pada masa seribu tahun sebelumnya, kemudian engkau membandingkandi antara masa lalu dengan masa depan yang merupakan dua sayap bagi masa, engkau akan nampak contoh-contoh perumpamaan Hasyir dan Qiamat sebanyak bilangan kurun dan hari. Kemudian jika engkau mengingkari dengan menganggap Hasyir jasmani adalah jauh daripada akal lalu menghindarkan diri daripadanya, padahal engkau telah menyaksikan begitu banyak contoh dan perumpamaannya, nescaya engkau juga akan memahami bahawa itu suatu perkara yang amat gila.


Lihat! Apakah yang dikatakan Firman Agung berhubung tentang hakikat yang telah kita bincangkan:


فَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ ءَاثَٰرِ رَحۡمَتِ ٱللَّهِ كَيۡفَ يُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ 


83. Page

Kesimpulan: Tiada suatu pun yang menjadi halangan kepada Hasyir. Yang mewajarkannya pula adalah semua benda.


Ya, sudah tentu rububiyyah yang hebat dan sarmadi dan hakimiyyah yang agung dan menyeluruh sebegini bagi Dzat yang mematikan dan menghidupkan dunia besar yang merupakan Mahsyar keajaiban seperti seekor haiwan yang biasa ini; menjadikannya sejenis buaian dan sebuah kapal yang mendamaikan kepada manusia dan haiwan; menjadikan matahari lampu yang memberi cahaya serta memanaskan mereka dalam dewan pertamuan ini dan menjadikan planet-planet sebagai pesawat kepada para malaikat-Nya ini tidak dibina dan tidak berdiri di atas urusan-urusan dunia yang sementara, tidak kekal, tidak tetap, tidak penting, berubah-ubah, tidak baqa’, kurang dan tidak sempurna begini.


Maknanya, ada sebuah negara lain yang berterusan, tetap, tidak akan lenyap dan hebat yang sesuai dengannya. Terdapat sebuah negara baqanya yang lain.


Dia memperkerjakan kita untuknya dan menjemput kita ke sana. Semua ashabul arwah an-nayyirah (pemilik roh yang bercahaya), semua aqtabul qulub al-munawwarah (empunya hati yang diterangi) dan semua arbabul ‘uqul an-nuraniyyah (pemilik akal yang nurani) yang menyeberang daripada zahir kepada hakikat dan dimuliakan dengan qurbul hudhur-Nya menyaksikan bahawa Dia akan memindahkan kita ke sana. Mereka juga memberi khabar secara sepakat bahawa Allah telah menyediakan satu ganjaran serta balasan. Secara berulangkali mereka memberitahu bahawa Dia memberi janji yang sangat kuat dan ancaman yang sangat dahsyat.


Memungkiri wa’ad adalah kerendahan dan kehinaan. Ia tidak akan boleh menghampiri maqam tinggi kesucian-Nya dengan apa

84. Page

cara sekalipun. Manakala memungkiri wa‘id pula datang daripada sama ada kemaafan ataupun kelemahan. Sedangkan kekufuran adalah jenayah yang mutlak, (23) tidak layak kepada kemaafan. Manakala al-Qadirul Mutlaq, adalah munazzah dan muqaddas daripada kelemahan. Manakala para penyaksi dan pengkhabar; walaupun mereka berbeza dalam maslak, masyrab dan mazhab mereka sendiri, namun pada dasar masalah ini mereka bersatu dengan kesempurnaan kesepakatan. Berdasarkan bilangan, mereka berada pada darjat Mutawatir. Berdasarkan mutu, mereka berada pada kekuatan Ijma’. Berdasarkan kedudukan, setiap seorang mereka adalah sebutir bintang bagi bangsamanusia, mata bagi sesuatu golongan dan pembesar bagi sesuatu bangsa. Berdasarkan kepentingan, mereka adalah ahli ikhtisas (pakar) dan juga ahli isbat (pembukti). Sedangkan dalam sesuatu bidang ilmu atau kemahiran, dua orang ahli ikhtisas adalah diutamakan ke atas ribuan yang lain. Dalam pemberian khabar, dua pengisbat diutamakan ke atas ribuan para penafi. Contohnya: Dua orang yang mengkhabarkan kewujudan anak bulan Ramadhan, mensiasiakan penafian ribuan pengingkar.


Kesimpulan: Tidak akan ada satu pun berita yang lebih benar, dakwaan yang lebih kukuh dan hakikatyang lebih nyata daripada ini di dunia. Maknanya, tanpa kesangsian dunia adalah ladang. Mahsyar pulaialah tempat pengumpulan dan himpunan hasil. Manakala syurga dan neraka, masing-masing adalah sebuah gudang.

______________________

(23) Ya, kekufuran merosakkan persediaan insan sehingga dia tidak layak untuk menerima kebajikan dan kebaikan. Ini kerana kekufuran merupakan tahqir (penghinaan) kepada seluruh alam. Ia telah menjatuhkan nilai maujudat dan menuduhnya sebagai tidak bermakna. Kekufuran juga merupakan tazyif (peremehan) kepada semua nama Ilahi. Ia mengingkari tajalli nama Ilahi pada cermin-cermin maujudat. Kekufuran juga merupakan takzib (pendustaan) kepada semua makhluk. Ini kerana, ia menolak penyaksian maujudat kepada wahdaniyyat. Malah kekufuran juga merupakan kezaliman yang besar kerana ia melanggar hak semua makhluk dan seluruh nama Ilahi. Justeru, pemeliharaan hak-hak ini dan ketidaklayakan orang kafir kepada kebaikan mewajarkan ketiadaan kemaafan terhadap kekufuran. Sesungguhnya ayat اِنَّ الشِّْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ mengifadahkan makna ini.

85. Page

Hakikat Kesepuluh: Bab hikmah, ‘inayah, rahmat dan keadilan iaitu tajalli nama al-Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim.


Mungkinkah sama sekali bahawa tidak terdapat tempat-tempat tinggal yang kekal, para penghuni yang abadi, kedudukan-kedudukan yang baqa’ dan makhluk-makhluk yang menghuni di daerah negara dan di alam mulk dan malakut bagi al-Malikul Mulki Dzul Jalal yang menunjukkan kesan-kesan hikmah yang jelas, ‘inayah yang terang, keadilan yang nyata dan kasih sayang yang luas setahap ini di dewan pertamuan dunia yang tidak baqa’, di medan ujian yang tidak berterusan dan di tempat pameran dunia yang tidak kekal ini lalu, hakikat-hakikat bagi hikmah, ‘inayah, keadilan dan kasih sayang yang kelihatan ini menjadi sia-sia?


Adakah juga dapat diterima sama sekali bahawa al- Hakim itu memilih manusia antara semua makhluk ciptaan-Nya sebagai mukhatab yang menyeluruh dan sebagai cermin yang syumul kepada diri-Nya lalu merasakan, menimbangkan dan memperkenalkan kepadanya isi kandungan semua khazanah rahmat- Nya, mengenalkan diri-Nya kepada manusia dengan nama-nama-Nya, mencintainya dan menjadikan manusia mencintai-Nya, tetapi kemudian tidak menghantar manusia yang kebuntuan itu ke negaranya yang abadi serta tidak menjemput mereka ke tempat kebahagiaan yang kekal itu dan tidak membahagiakannya?


Adakah maakul sama sekali bahawa walaupun Dia memikulkan bebanan tugas sebesar pokok kepada setiap maujud hatta yang sebesar biji benih; meletakkan contoh contoh hikmah sebanyak bunga-bunganya dan meletakkan maslahat sebanyak buah-buahnya, namun Dia memberi kepada semua tugas, hikmah dan maslahat itu satu tujuan yang hanya sebesar sebiji benih yang menghala kepada dunia?

86. Page

Adakah maakul juga untuk Dia menjadikan kebaqaan duniawi yang tidak penting sebesar biji sawi itu sebagai tujuan, tetapi tidak menjadikan semuaini benih-benih kepada alam maknawi dan sebuah ladang kepada alam akhirat supaya mereka memberikan tujuan-tujuan yang hakiki dan sesuai?


Malah, adakah maakul untuk Dia membiarkan perayaan-perayaan penting sepenting ini tanpa tujuan, kosong dan sia-sia dan tidak mengalihkan wajah mereka kepada alam maknawi dan alam akhirat supaya Dia menunjukkan tujuan-tujuan mereka yang asal dan buah-buah mereka yang sesuai?


Ya, mungkinkah sama sekali bahawa dengan membuat benda-benda ini Dia menyalahi hakikat sebegitu, menunjukkan diri-Nya - tidak sama sekali tidak - bersifat dengan sifat-sifat yang berlawanan bagi al-Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim yang merupakan sifat-sifat hakiki diri-Nya lalu mendustakan semua hakikat alam, menolak semua penyaksian maujudat dan membatalkan semua isyarat makhluk ciptaan Allah yang menunjukkan kepada hikmah dan kepemurahan-Nya, keadilan dan rahmat-Nya?


Begitu juga, adakah akal boleh menerima sama sekali bahawa Allah memikulkan tugas sebanyak bilangan rambut kepada insan dan perasaan-perasaan di dalamnya tetapi memberi kepadanya ganjaran duniawi yang hanya bernilai sekadar sehelai rambut dan Dia melakukan kerja yang tiada makna dalam keadaan yang berlawanan dengan keadilan hikmah hakiki-Nya?


Begitu juga, mungkinkah sama sekali bahawa Allah yang mengisbatkan dan menunjukkan bahawa diri-Nya adalah al-Hakimul Mutlaq dengan meletakkan hikmah dan maslahat yang banyak ke-

87. Page

pada setiap makhluk hidup dan malahan kepada setiap anggotanya seperti lidah, bahkan kepada setiap ciptaan sebanyak hasil-hasil dan buah-buah yang diletakkan-Nya pada sebatang pokok, kemudian Dia menjatuhkan semua kerjanya ke tahap kesia-siaan yang mutlak dengan tidak memberi dan meninggalkan kebaqaan, pertemuan dan kebahagiaan abadi yang paling besar bagi semua hikmah, paling penting bagi semua maslahat, dan yang paling perlu bagi semua natijah yang menjadikan hikmah itu hikmah, nikmat itu nikmat dan rahmat itu rahmat yang merupakan punca dan tujuan bagi semua hikmah, nikmat, rahmat dan maslahat?


Mungkinkah Dia menyamakan diri-Nya dengan orang berikut: Dia membina sebuah istana yang hebat, meletakkan beribu-ribu ukiran pada setiap batunya, ribuan perhiasan pada setiap sudutnya, ribuan alat dan kelengkapan rumah yang berharga dalam setiap biliknya tetapi kemudian tidak menutupnya dengan atap. Maka semua benda punah ranah dan rosak secara sia-sia? Tidak, sama sekali tidak.


Daripada al-Khairul Mutlaq hanya datang kebaikan. Daripada al-Jamilul Mutlaq hanya datang kecantikan. Daripada al-Hakimul Mutlaq tidak pernah datang sesuatu yang sia-sia.


Ya, jika sesiapa menunggang sejarah dengan berfikir dan pergi ke penjuru masa lampau, dia akan melihat rumah, medan, pentas dan alam yang telah mati sebanyak bilangan tahun seperti kediaman di dunia ini, padang ujian dan tempat pameran benda-benda yang kita lihat sekarang ini. Mereka menyerupai satu sama lain dari segi keteraturan, keajaiban dan cara mereka memperlihatkan kudrat dan hikmah as-Sani’. Sedangkan dari segi bentuk dan mutu semuanya berbeza antara satu sama lain.

88. Page

Dia akan nampak aturan-aturan hikmah yang sangat jelas, isyarat-isyarat ‘inayah yang sangat zahir, tanda-tanda keadilan yang sangat tinggi dan buahbuah belas kasihan yang sangat luas di rumah-rumah yang tidak tetap, di medan-medan yang tidak kekal dan di tempat-tempat pameran yang tidak baqa’ itu.


Dengan syarat dia tidak buta basirah, dia akan mengetahui dengan yakin bahawa tidak akan ada hikmah yang lebih sempurna daripada hikmah itu, mustahil terdapat satu 'inayah yang lebih indah daripada 'inayah yang kesan-kesannya kelihatan itu, tidak ada satu keadilan yang lebih tinggi daripada keadilan yang tanda-tandanya kelihatan itu dan tidak boleh dibayangkan satu kasih sayang yang lebih syumul daripada kasih sayang yang dapat dilihat buah-buahnya itu.

Sebagai satu andaian yang mustahil, sekiranya tidak terdapat rumah-rumah yang kekal, tempattempat yang mulia, maqam-maqam yang tetap, kediaman-kediaman yang baqa’, penduduk-penduduk yang bermukim dan hamba-hamba yang bahagia dalam negara pemerintahan Sultanus Sarmadi yang menjalankan urusan-urusan ini dan menukar para tetamu dan dewan-dewan pertamuan ini, maka perbuatan menafikan hakikat-hakikat hikmah, keadilan, 'inayah dan belas kasihan yang merupakan empat unsur maknawi yang kuat dan syumul seperti cahaya, udara, air dan tanah serta mengingkari kewujudan-kewujudan unsur-unsur maknawi yang kelihatan seperti unsur-unsur zahir itu adalah wajar.


Ini kerana adalah dimaklumi bahawa dunia dan seisinya yang tidak baqa’ ini tidak mampu menzahirkan hakikat bagi nama-nama tersebut secara sempurna.


Jika di tempat lain pun tiada tempat yang boleh menzahirkan hakikat-hakikat itu sepenuhnya maka dengan tahap ketidakwarasan

89. Page

yang sama seperti mengingkari kewujudan matahari walaupun kita dapat melihat cahayanya yang memenuhi siang, kita perlu mengingkari hikmah yang ada di hadapan mata kita pada semua benda ini.


Kita juga perlu mengingkari 'inayah yang telah kita saksikan setiap masa dalam diri kita dan pada kebanyakan benda ini. Seterusnya perlu mengingkari keadilan (24) yang tanda tandanya dapat dilihat dengan sangat jelas dan mengingkari kasih sayang yang kita lihat di setiap tempat ini.


Kita juga perlu menerima bahawa pemilik urusan yang penuh kebijaksanaan, perbuatan-perbuatan yang penuh kemuliaan dan ihsan yang penuh kasih sayang sebagai - tidak sama sekali tidak - penipu yang jahat dan zalim yang kejam.


Ini kerana ketiadaan tempat itu adalah pengubahan hakikatyang sangat mustahil.


Sesungguhnya pendokong-pendokong kedunguan skeptisme yang mengingkari kewujudan semua benda dan kewujudan diri sendiri pun tidak akan memikirkan perkarayang sebegini.


Kesimpulan: Oleh sebab tidak ada sebarang kemunasabahan antara pertemuan-pertemuan kehidupan yang luas, perpisahan kematian yang pantas, perhimpunan yang hebat, penyuraian yang cepat, perayaan yang agung dan tajalli yang besar dalam urusan dunia yang kelihatan ini dengan buah-buah kecil serta tujuan-tujuan yang tidak penting dan sementara bagi semua yang berkait dengan alam yang kita maklumi dalam satu masa yang pendek di dunia fana ini, maka ia seolah-olah menyerupai pemberian hikmah dan tujuan

______________________

(24) Ya, keadilan itu ada dua bahagian. Satunya musbat (dengan cara yang sebenar) dan yang satu lagi ialah manfi (melalui cara yang kelihatan tidak baik). Keadilan yang musbat memberikan hak kepada pemiliknya yang sebenar. Keadilan yang sebegini sememangnya berlaku dengan jelas di dunia ini. Ini kerana sebagaimana telah diisbatkan

90. Page

yang sebesar sebuah gunung kepada seketul batu kecil dan pemberian satu tujuan kecil yang sementara seperti seketul batu kecil kepada sebuah gunung yang besar.


Sesungguhnya keadaan ini tidak sesuai dengan mana-mana akal dan hikmah.


Maknanya ketidakmunasabahan sebegini antara maujudat dengan urusan-urusan dan tujuan-tujuannya yang berkait dengan dunia ini secara qat’i menunjukkan bahawa semua wajah maujudat ini tertumpu kepada alam maknawi. Di sanalah mereka memberi buah-buah yang sesuai dan mata-mata mereka memerhati nama-nama Allah yang suci. Tujuan mereka memandang kepada alam itu. Akar-akarnya berkembang di bawah tanah dunia dan tangkai-tangkainya merimbun di alam mithali. Manusia menanam dan ditanam di sini menurut keupayaannya dan dia akan menuai hasilnya di akhirat.


Ya, jika engkau memandang kepada perkara yangmenuju kepada nama-nama Ilahi dan alam akhirat, engkau akan melihat bahawa setiap sebiji benih yang merupakan mukjizat qudrat memiliki tujuan sebesar sebatang pokok. Setiap bunga (25) yang merupakan kalimah

____________________

dalam Hakikat Ketiga, al-Fatir Dzul Jalal sememangnya memberikan semua tuntutan dan semua hak yang perlu untuk kewujudan dan kehidupannya dengan neraca yang khusus dan perhitungan yang tertentu yang telah diminta oleh setiap benda melalui lisan persediaan, lisan keperluan fitrah dan lisan dharuratnya. Maknanya, bahagian keadilan ini pasti wujud sepasti kewujudan dan kehidupan. Bahagian kedua ialah manfi iaitu memberi pengajaran kepada mereka yang zalim iaitu memberikan hak melalui seksaan dan hukuman. Bahagian ini sebenarnya tidak kelihatan di dunia ini secara sempurna. Tetapi terdapat terlalu banyak tanda dan petunjuk dalam satu bentuk yang boleh merasakan kewujudan hakikat itu. Contohnya, tamparan ta’dib (pengajaran) dan cemeti ta’zib (seksaan) yang menyakitkan yang menimpa kaum ‘Ad dan Tsamud sehingga kaum-kaum yang bongkak di zaman ini menunjukkan dengan kefahaman yang yakin tentang berkuasanya satu keadilan yang sangat tinggi.

(25) Soalan: Jika dikatakan: Kenapa engkau kerap mendatangkan banyak contoh daripada bunga, benih dan buah?

Jawapan: Kerana mereka contoh-contoh itu adalah perkara yang unggul, paling luar biasa

91. Page

hikmah memiliki makna sebanyak bungabunga pokok dan setiap buah yang merupakan hasil kehebatan seni dan puisi rahmat yang teratur itu, memiliki hikmah sebanyak buah-buahan bagi sebatang pokok. Kejadian buah-buah itu sebagai rezeki kita pula merupakan satu hikmah daripada ribuan hikmahnya iaitu tugasnya telah selesai. Ia mengungkapkan maknanya, mati dan ditanam dalam perut kita.


Perkara-perkara fana ini akan memberi buah-buahan yang baqa’, meninggalkan gambaran-gambaran yang kekal di tempat lain dan mengifadahkan makna-makna abadi dan melaksanakan zikir yang sarmadi dalam sudut yang lain.


Insan pula akan menjadi insan dengan melihat wajah mereka yang memandang kepada sudut tersebut dan mendapat jalan menuju kebaqaan dalam kefanaan. Maknanya terdapat maksud lain dalam maujudat yang berputar, berhimpun dan kemudian berpisah dalam kehidupan dan kematian ini.


Tiada salah untuk mengumpamakan keadaan tersebut menyerupai keadaan yang dibentuk dan disusun untuk peniruan dan perumpamaan. Perhimpunan dan penyuraian yang singkat dilakukan dengan perbelanjaan yang besar supaya gambar-gambar diambil, digabung dan ditayangkan tanpa henti di panggung wayang. Sama seperti itu juga, salah satu tujuan manusia dalam menempuh kehidupan sendiri dan kehidupan bermasyarakat dalam tempoh yang singkat di dunia ini adalah supaya gambar-gambarnya diambil dan dibentuk serta natijah-natijah amalannya diambil dan dijaga supaya dapat dihitung dalam perhimpunan terbesar, ditayangkan dalam pameran raksasa dan untuk memperoleh kebahagiaan agung.

_____________________

dan paling halus bagi mukjizat qudrat. Ia juga kerana golongan tabiat, golongan sesat dan golongan falsafah telah lemas di dalam perkara-perkara tersebut dan terjerumus kedalam kubang tabiat (falsafah semulajadi). Ini kerana mereka tidak boleh membaca tulisan halus yang telah ditulis oleh pena takdir dan qudrat pada mereka.

92. Page

Hadith Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bermaksud, “dunia merupakan ladang akhirat” menggambarkan hakikat ini.


Memandangkan dunia ini ada dan di dalamnya terdapat hikmah, 'inayah, rahmat serta keadilan bersama kesan-kesannya, sudah tentu akhirat juga pasti wujud sama seperti kewujudan dunia.


Memandangkan setiap benda di dunia memandang ke alam itu dalam satu sudut, maknanya ia ditujukan ke sana. Mengingkari akhirat bermaknamengingkari dunia dan apa yang ada di dalamnya.


Sebagaimana ajal dan kubur menunggu manusia, syurga dan neraka juga menunggu dan menantikan ketibaan manusia.


Hakikat Kesebelas: Bab Keinsanan dan Tajalli Nama al-Haq.


Mungkinkah sama sekali bahawa al-Haq dan al- Ma’bud Bilhaq, menjadikan manusia dalam bentuk dan tabiat seorang hamba yang paling penting kepada rububiyyah mutlaq-Nya dalam alam semesta ini dan rububiyyah ‘ammah-Nya kepada seluruh alam; mukhatab yang paling bertafakur kepada khitab Subhaniyyah-Nya, cermin yang paling syumul bagi penzahiran nama-nama-Nya; mukjizat qudrat yang paling indah pada ‘Ahsani Taqwim’ untuk tajalli Ismul A’zam dan kepada tajalli martabat Ismul A’zam yang terdapat pada setiap nama; peneliti yang memiliki paling banyak neraca dan alat untuk untuk membolehkannya menimbang dan mengenal isi kandungan khazanah-khazanah rahmat; paling berhajat kepada nikmat-nikmat-Nya yang tidak berpenghujung, paling banyak merasai kesakitan daripada kefanaan, paling banyak merindu kepada kebaqaan, paling lembut, paling manja, paling fakir dan paling berhajat di kalangan haiwan; paling sengsara dan paling malang menurut kehidupan duniawi dan paling mulia serta paling tinggi berdasar-

93. Page

kan kemampuan, tetapi Dia tidak menghantarnya ke sebuah negara abadi yang sesuai dan layak dengannya serta dirinduinya?


Mungkinkah Dia melakukan suatu perbuatanyang sama sekali berlawanan dengan kebenaran diri-Nya sendiri dan melakukan ketidakadilan yang buruk pada pandangan mata kebenaran dengan menidakkan hakikat keinsanan?


Sekali lagi, adakah dapat diterima bahawa walaupun al-Hakim Bilhaq, ar-Rahimul Mutlaq; menganugerahkan keupayaan yang hebat kepada manusia, lalu manusia memikul amanah agung yang enggan dipikul oleh bumi, langit dan gunung yakni manusia mengetahui dan mengukur sifat-sifat al-Khaliq-nya yang menyeluruh, urusan-urusan-Nya yang kulli dan tajallinya-Nya yang tidak berpenghujung melalui neraca-neraca kecil dan ciptaan berseni yang kecil; serta menciptakannya sebagai makhluk yang paling rapuh, santun, manja, lemah dan daif di bumi; malah pada masa yang sama Allah menjadikannya sebagai

pegawai pengatur kepada semua makhluk-makhluk-Nya yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan di dunia; menyuruhnya menyertai jenis zikir dan ibadat mereka; menunjukkannya sebagai satu tamsilan kepada urusan-urusan ilahi pada alam semesta dalam satu ukuran yang amat kecil; menyuruhnya mengisytiharkan rububiyyah subhaniyyah melalui perbuatan dan perkataan; mengutamakannya ke atas para malaikat dan memberi kepadanya tugas khilafah, tetapi tidak memberinya kebahagiaan abadi yang merupakan tujuan, natijah dan buah bagi semua tugasnya ini?


Mungkinkah Dia mencampak manusia ke darjat paling malang, paling buntu, paling bermusibah, paling bermasalah dan paling hina bagi semua makhluknya lalu menjadikan akal yang merupakan

94. Page

hadiah hikmah-Nya yang paling berkat, bercahaya dan alat untuk membahagiakan sebagai alat seksaan yang paling tercela dan gelap kepada si buntu itu lalu Dia melakukan kekejaman yang semuanya menyalahi hikmah mutlak-Nya dan keseluruhannya bertentangan dengan belas kasihan mutlak-Nya. Tidak, sama sekali tidak!


Kesimpulan: Kita telah lihat dan perhatikan pada kad pengenalan dan buku maklumat seorang pegawai, dalam cerita perumpamaan bahawa pangkat, tugas, gaji, arahan tindakan dan peralatannya menunjukkan kepada kita bahawa pegawai itu wujud bukanlah untuk medan perjuangan yang sementara, bahkan dia menuju ke sebuah negara yang kekal, maka dengan itu dia pun bekerja menurutnya.


Seperti itu juga; ahli-ahli tahqiq dan kasyaf telah bersepakat bahawa latifah-latifah dalam kad pengenalan hati manusia, sifat-sifat dalam buku maklumat akal dan peralatan dalam keupayaannya secara keseluruhan dan secara sepakat menuju kepada kebahagiaan abadi dan telah diberikan berdasarkannya dan disediakan menurutnya.


Contohnya jika dikatakan kepada ‘daya khayalan’ yang merupakan pembantu dan alat yang memberi gambaran kepada akal bahawa “kamu akan diberi umur dan kuasa untuk memerintah dunia selama sejuta tahun tetapi pada akhirnya kamu pasti akan lenyap,” maka daya khayalan itu akan berkata “alangkah malangnya” menggantikan “alangkah bertuahnya” dan akan bersedih. Itupun sekiranya

waham tidak memperdaya dan nafsu tidak masuk campur.


Maknanya benda fana yang paling besar tidak mampu memuaskan alat dan perkakas keinsanan yang paling kecil. Justeru kerana persediaan inilah cita-cita insan yang telah menjangkau keabadian, fikiran-fikirannya yang telah meliputi alam semesta dan

95. Page

kehendak-kehendaknya yang telah tersebar kepada jenis-jenis kebahagiaan abadinya menunjukkan bahawa manusia ini diciptakan untuk keabadian dan akan pergi kepada keabadian. Dunia ini ialah sebuah dewan pertamuan untuknya dan sebuah ruang menunggu akhiratnya.


Hakikat Kedua Belas: Bab ar-Risalah dan at-Tanzil (26) iaitu tajalli بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ.


Mungkinkah sama sekali bahawa waham-waham mengarut yang tidak memiliki kekuatan walaupunsekadar sayap lalat mampu menutup jalan akhirat yang telah dibuka dan pintu syurga yang telah dirasmikan oleh Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan semua kekuatannya bersandarkan kekuatan seribu mukjizatnya yang telah berlaku dan al-Quranul Hakim yang merupakan mukjizat dengan empat puluh wajah dengan semua keyakinan bersandarkan ribuan ayatnya yang pasti?


Sedangkan semua anbiya‘ telah mengukuhkan kata-kata baginda dengan bersandarkan mukjizatmukjizat mereka. Semua auliya‘ telah membenarkan dakwah baginda dengan bersandarkan kekasyafan dan karamah-karamah mereka. Semua asfiya’ pula telah menjadi saksi kepada kebenaran baginda dengan bersandarkan kajian-kajian mereka.


Berdasarkan hakikat-hakikat yang lalu, difahami bahawa perbahasan Hasyir ialah hakikat yang sangat kukuh sehingga satu kekuatan yang boleh mengangkat, memecah dan melempar bebola bumi daripada tempatnya tidak dapat menggoncang hakikat itu. Ini kerana Allah Taala mengisbatkan hakikat itu dengan pelaziman semua nama dan sifat-Nya. Rasul-Nya yang mulia membenarkan-

_______________________

(26) Penurunan al-Quran

96. Page

nya dengan semua mukjizat dan dalil-dalilnya. Al-Quranul Hakim mengisbatkannya dengan semua hakikat dan ayat-ayatnya. Manakala alam semesta ini mempersaksikannya dengan tanda-tanda penciptaan yang terdapat di dalamnya dan dengan urusan-urusannya yang berhikmah.


Mungkinkah sama sekali bahawa walaupun Dzat Wajibul Wujud dan seluruh maujudat (kecuali orang kafir) telah bersepakat dalam persoalan Hasyir, namun keraguan dan was-was yang jahat yang tidak memiliki kekuatan walaupun sekadar sehelai roma mampu menggoncang dan mengangkat hakikat-hakikat kukuh yang tinggi seperti gunung itu daripada tempatnya? Tidak sama sekali tidak!


Jangan sekali-kali menyangka bahawa dalil-dalil Hasyir hanya terbatas kepada dua belas hakikat yang telah kami bahaskan. Tidak, bahkan al-Quranul Hakim sendiri, sebagaimana ia telah mengajar kita dua belas hakikat yang sebelum ini, ia turut mengisyaratkan ribuan wajah lagi, lalu setiap wajah menjadi satu isyarat yang kuat bahawa al-Khaliq kita akan memindahkan kita dari negara fana ini ke sebuah negara yang baqa’.


Awas! jangan menyangka juga bahawa namanama Ilahi yang melazimkan Hasyir hanya terbatas kepada حَفٖيظٌ، عَادِلٌ، رَحٖيمٌ، كَرٖيمٌ، حَكٖيمٌ yang telah kita bahaskan. Tidak! Bahkan semua nama Ilahi yang ternyata dalam pentadbiran alam, mewajarkan akhirat, bahkan menjadikannya suatu kewajipan.


Serta jangan menyangka bahawa tanda-tanda penciptaan alam yang mengisyaratkan kepada Hasyir hanya terbatas kepada apa yang telah kita bahaskan sebelum ini. Tidak! Bahkan terdapat wajah dan caranya yang boleh dibuka ke kanan dan kiri seperti tirai pada keba-

97. Page

nyakan maujudat kerana sebagaimana satu wajahnya menjadi saksi kepada as-Sani’, wajah lainnya pula mengisyaratkan kepada Hasyir.


Sebagai contoh, sepertimana keindahan penciptaan insan dalam Ahsani taqwim menunjukkan as-Sani’; kelenyapannya dalam masa yang singkat bersama kebolehannya yang menyeluruh pada ahsani taqwim itu pula menunjukkan Hasyir. Kadang-kadang, jika dipandang dari satu wajah melalui dua pandangan; ia menunjukan as-Sani’ dan juga Hasyir.


Contohnya, penyusunan hikmah, penghiasan ’inayah, pengimbangan keadilan dan penyantunan rahmat yang kelihatan pada kebanyakan benda; sekiranya dilihat pada fitrahnya, ia kelihatan telah keluar daripada tangan kekuatan as-Sani’ul Hakim, al-Karim, al-‘Adil dan ar-Rahim. Begitu juga, jika dilihat pada kekuatan dan keabadian nama-nama ini bersama dengan kehidupan yang tidak penting dan sedikit bagi maujadat fana ini yang merupakan tempat zahir mereka, akhirat akan sentiasa dilihat. Maknanya, semua benda membaca dan menyebabkan benda-benda lain membaca أمنت با لله وباليوم الآخر melalui lisanul hal.


Penutup


Dua belas hakikat sebelum ini menyokong, melengkapkan dan menguatkan satu sama lain. Semua itu bersama-sama menunjukkan natijah secara sepakat. Waham manakah yang mempunyai kekuatan untuk melubangi dan menembusi dua belas tembok yang kukuh seperti besi bahkan seperti berlian ini sehingga ia boleh menggoyahkan keimanan Hasyir yang berada pada kubu kebalnya?


Ayat yang mulia مَا خَلْقُكُ وَلا بَعْثُكُْ إِلا كَنَفْسٍ وَاحدَِةٍ menyatakan bahawa penciptaan dan pembangkitan semua manusia, berdasarkan

98. Page

qudrat Ilahi adalah senang seperti mencipta dan membangkitkan seorang insan.


Ya, memang begitu. Dalam satu risalah yang berjudul ‘Noktah’, aku telah menulis hakikat yang telah diterangkan oleh ayat ini secara terperinci. Di sini, kita akan menyebutkan kesimpulannya sahaja dengan hanya beberapa perumpamaan. Jika kalian inginkan butirannya, rujuklah pada Risalah ‘Noktah’ itu.


Contoh: وَلِلّٰهِ الْمَثَلُ الْاَعْلَى - tiada kesalahan dalam tamsilan - sebagaimana dengan rahsia

kenuranian, jika tajalli matahari berlaku dengan kehendaknya sendiri, maka tajalli yang telah ia berikan kepada sebutir zarah dengan senang juga boleh diberikan kepada semua benda lutsinar yang tidak berpenghujung dengan kesenangan yang sama.

Malah dengan rahsia lutsinar, kemuatan pantulan matahari pada anak mata sebutir zarah kecil yang lutsinar adalah sama dengan permukaan laut yang

luas. Serta dengan rahsia aturan, sepertimana seorang kanak-kanak memusingkan sebuah kapal permainan dengan jarinya, dia juga mampu memusingkan sebuah kapal perang yang besar.


Melalui rahsia kepatuhan, sebagaimana seorang panglima menggerakkan seorang tentera dengan satu arahan ‘berkawat!’, dia juga boleh menggerakkan satu pasukan tentera yang besar dengan kata-kata yang sama.


Malah melalui rahsia keseimbangan, kita andaikan sebuah neraca yang hakiki, sensitif dan sangat besar di ruang udara yang mana jika diletakkan dua butir kacang pada dua piringnya ia dapat merasainya dan jika diletakkan dua matahari juga ia boleh muat dan menimbangnya. Dengan kekuatan yang sama, yang mengangkat dan me-

99. Page

nurunkan dua biji kacang yang terdapat dalam dua bekas itu, sebiji ke langit dan sebiji ke bumi, jika terdapat dua matahari ia juga boleh mengangkat satunya ke langit dan menurunkan satunya ke bumi.


Memandangkan benda yang paling besar adalah sama dengan benda yang paling kecil dalam mumkinat yang biasa, kurang dan fana ini dan melalui rahsia-rahsia kenuranian, ketelusan, keteraturan, kepatuhan dan keseimbangan, benda-benda yang tidak terbatas dan tidak terhitung kelihatan sama dengan satu benda.


Sudah tentu, sepertimana dengan rahsia tajalli nurani qudrat al-Qadirul Mutlaq yang dzati (tidak akan berubah), tidak berpenghujung dan sangat sempurna, rahsia ketelusan malakutiyyah semua benda, rahsia penyusunan hikmah dan taqdir, rahsia

kesempurnaan kepatuhan urusan-urusan penciptaan semua benda dan rahsia keseimbangan kemungkinan yang terdiri daripada persamaan antara kewujudan mumkinat (makhluk) dan ketiadaannya; sedikit banyak, besar kecil adalah sama kepadanya, Dia boleh membawa seluruh manusia kepada Hasyir umpama seorang insan dengan satu laungan. Malah peringkat-peringkat kekuatan dan kedaifan bagi berlaku dengan kemasukan lawan benda itu ke dalamnya.


Contohnya tahap kepanasan dirasai dengan masuknya kesejukan. Peringkat-peringkat kecantikan difahami dengan masuknya kehodohan. Tingkat-tingkat cahaya diketahui dengan masuknya kegelapan.


Tetapi, jika sesuatu benda adalah dzati dan bukan ‘aridhi, lawannya tidak akan boleh memasukinya. Ini kerana keadaan ini memerlukan himpunan dua perkara yang berlawanan. Ini pula adalah mustahil. Maknanya, tiada peringkat-peringkat pada satu benda yang asli dan dzati (tidak akan berubah).

100. Page

Memandangkan kuasa al-Qadirul Mutlaq adalah dzati, dan bukan ‘aridhi seperti mumkinat (makhluk) dan berada pada kesempurnaan yang mutlak, maka adalah mustahil untuk kelemahan yang merupakan lawannya mencampurinya.

Maknanya, bagi Dzat Dzul Jalal, menjadikan sebuah musim bunga adalah semudah menjadikan sekuntum bunga. Jika disandarkan kepada asbab, menjadikan sekuntum bunga akan menjadi sesusah satu musim bunga. Menghidupkan dan membangkitkan semua manusia adalah semudah menghidupkan satu nyawa. Penjelasan-penjelasan kami bagi persoalan Hasyir daripada mula sampai sekarang yang berkisar pada gambaran-gambaran perumpamaan dan hakikathakikatnya adalah daripada limpahan al-Quranul Hakim. Ia adalah ibarat daripada penyediaan nafsu kepada penyerahan dan hati kepada penerimaan. Kata-kata sebenar adalah milik al-Quran kerana ia adalah kata-kata dan kata-kata adalah haknya. Mari kita dengar:


فَلِلّٰهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ


﴿فَانظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِي المَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾ الروم:50


﴿قَالَ مَنْ يُحْيِي العِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ﴾ يس:78-79


﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ  يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُم بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ﴾ الحج:1-2



101. Page

﴿اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ حَدِيثاً﴾ النساء:88


﴿إِنَّ الأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ  وَإِنَّ الفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ﴾ الانفطار:13-14


﴿إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا  وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا  وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا  يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا  بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا  يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ  فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ﴾


﴿القَارِعَةُ مَا القَارِعَةُ وَمَا أَدْرَاكَ مَا القَارِعَةُ  يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالفَرَاشِ المَبْثُوثِ  وَتَكُونُ الجِبَالُ كَالعِهْنِ المَنفُوشِ  فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ  فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ  وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ  فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ  وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ  نَارٌ حَامِيَةٌ﴾ القارعة:1- 11


﴿وَلِلّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلاَّ كَلَمْحِ البَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾ النحل:77


Mari kita dengar ayat-ayat keterangan yang lain bagi al-Quran seperti ini lalu katakan amanna wa soddaqna. (Kami percaya dan membenarkannya.)


آمَنْتُ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَبِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ مِنَ اللهِ تَعَالَى وَالْبَعْثُ بَعْدَ المَوتِ حَقٌّ وَأَنَّ الجَنَّةِ حَقَّ وَالنَّارِ حَقَّ وَأَنَّ الشَّفَاعَةَ حَقُّ وَأنَّ مُنكَرًا وَنَكِيرًا حَقٌّ وَأَنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن فِي القُبُورِ، أَشهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا


102. Page

رَسُولُ اللّٰهِ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى اَلْطَفِ وَ اَشْرَفِ وَ اَكْمَلِ وَ اَجْمَلِ ثَمَرَاتِ طُوبَاءِ رَحْمَتِكَ الَّذِى اَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ وَوَسِيلَةً لِوُصُولِنَا اِلَى اَزْيَنِ وَ اَحْسَنِ وَ اَجْلَى وَ اَعْلَى ثَمَرَاتِ تِلْكَ الطُّوبَاءِ الْمُتَدَلِّيَةِ عَلَى دَارِ الْآخِرَةِ اَىِ الْجَنَّةِ اَللّٰهُمَّ اَجِرْنَا وَ اَجِرْ وَالِدَيْنَا مِنَ النَّارِ وَ اَدْخِلْنَا وَ

اَدْخِلْ وَالِدَيْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْاَبْرَارِ بِجَاهِ نَبِيِّكَ الْمُخْتَارِ آمِينَ


Wahai saudara yang membaca risalah ini dengan keinsafan! Jangan berkata, kenapa aku tidak boleh memahami keseluruhan Kalimah Kesepuluh ini sekaligus dan jangan bersusah hati kerana tidak memahami keseluruhannya! Ini kerana seorang cendekiawan hikmah seperti Ibnu Sina telah berkata اَلْحَشْرُ لَيْسَ عَلَى مَقَايِيسَ عَقْلِيَّةٍ. (27)


Beliau telah memutuskan bahawa persoalan Hasyir bukanlah perkara yang boleh difikirkan oleh akal. Malah semua ulama’ Islam juga telah bersepakat memutuskan bahawa Hasyir adalah masalah naqliyyah (berdasarkan nas) maka dalilnya adalah naqal dan akal tidak boleh sampai kepadanya. Oleh sebab itu, tentunya jalan yang sangat dalam dan secara maknawinya amat tinggi ini tidak boleh menjadi jalan raya yang umum bagi akal secara tiba-tiba.


Maka kita perlu mengucapkan seribu kesyukuran kerana dengan limpahan al-Quranul Hakim dan dengan rahmat al-Khaliqur Rahim, pada kurun yang sikap bertaqlid pada insannya telah musnah dan penyerahannya telah rosak ini, Dia telah menganugerahkan jalan yang dalam dan tinggi seperti itu. Ini kerana ia cukup untuk menyelamatkan keimanan kita. Maka kita perlu gembira dengan kadar yang telah kita fahami dan berusaha untuk menambahkan kefahamannya melalui pembacaan yang berulang kali. 

____________________________

(27) Bermaksud “masalah Hasyir tidak boleh diukur dengan akal.”


103. Page

Salah satu rahsia mengapa Hasyir tidak boleh difikirkan dengan akal adalah seperti berikut:

Hasyir yang agung berlaku dengan tajalli Ismul A’zam. Oleh sebab itu, dengan melihat dan menunjukkan perbuatan-perbuatan agung yang zahir melalui tajalli Ismul A’zam Allah Ta‘ala dan melalui tajalli setiap nama pada martabatnya yang tertinggi, maka Hasyir yang agung boleh diisbatkan dengan senang, diakui dengan yakin dan diimani dengan benar seperti musim bunga. Malah melalui limpahan al-Quran, begitulah yang dilihat dan ditunjukkan dalam Kalimah Kesepuluh ini.

Bukannya melalui dustur-dustur akal yang bersendirian, sempit dan kecil. Maka ia kekal lemah dan terpaksa bertaqlid.


TABLE OF CONTENTS