NAVIGATION
38. Page
Mukadimah
Kami telah menyentuh beberapa masalah yang diterangkan melalui beberapa isyarat di tempat-tempat lain iaitu dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, Kesembilan Belas dan Kedua Puluh Enam.
Isyarat Pertama: Ada tiga hakikat tentang orang yang bebal dengan sahabatnya yang amanah dalam cerita sebelum ini. Pertama ialah nafsu amarah dan hatiku. Kedua ialah pendokong-pendokong falsafah dan murid-murid al-Quran. Ketiga ialah umat Islam dan golongan kafir.
Kesesatan yang paling dahsyat bagi pendokong-pendokong
falsafah, golongan kafir dan nafsu amarah adalah kerana tidak mengenali Allah.
Orang yang amanah itu telah berkata dalam cerita sebelum ini: “Tidak mungkin ada suatu huruf tanpa penulis, tidak mungkin ada suatu undang-undang tanpa hakim.”
Kita juga berkata: “Bagaimanakah wujud sebuah kitab, terutamanya kitab yang dalam setiap kalimahnya telah ditulis sebuah kitab dengan pena yang kecil, dan dalam setiap hurufnya telah ditulis sebuah qasidah yang tersusun dengan pena yang halus. Maka adalah terlalu mustahil kitab itu tiada penulis.
39. Page
Begitu juga adalah terlalu mustahil dalam kemustahilan bahawa alam ini tidak berpengukir. Ini kerana alam ini adalah sebuah kitab yang sangat hebat sehinggakan setiap sahifahnya (muka suratnya) mengandungi kitab yang banyak. Hatta dalam setiap kalimahnya ada sebuah kitab. Dalam setiap hurufnya ada sebuah qasidah.
Muka bumi adalah sehelai sahifah; alangkah banyak kitab di dalamnya.
Sebatang pokok ialah sebuah kalimah. Alangkah banyak sahifahnya!
Sebiji buah ialah satu huruf. Sebutir biji ialah setitik noktah. Dalam noktah itu terdapat program dan intisari sebatang pohon yang besar.
Maka, sebuah kitab yang sebegini hanya boleh menjadi ukiran pena qudrat bagi Dzat Dzul Jalal yang memiliki sifat-sifat jalal dan jamal, qudrat dan hikmah yang tidak berpenghujung. Maknanya keimanan ini perlu melalui penyaksian alam, kecuali bagi mereka yang telah mabuk dengan kesesatan.
Malah sebuah rumah tidak terjadi tanpa tukang terutamanya rumah yang dihias dengan hasil seni yang hebat, ukiran yang ajaib dan perhiasan yang menakjubkan. Hatta, terkandung pada setiap seketul batunya kesenian seperti sebuah istana. Mana-mana akal tidak boleh menerima akan ketiadaan tukang bahkan rumah itu memerlukan seniman yang sangat mahir. Terutamanya dalam istana itu, kediamankediaman yang sebenar dibina dalam setiap saat lalu diubah bagaikan layar-layar wayang dengan aturan yang sempurna seperti menukar pakaian. Hatta dalam setiap layar sebenar, diwujudkan
40. Page
bermacam-macam kediaman kecil. Begitu juga alam ini. Ia memerlukan pencipta yang bijak, berilmu dan perkasa yang
tidak terbatas.
Ini kerana alam semesta yang hebat ini adalah sebuah istana yang seperti berikut:
Bulan dan matahari adalah lampu-lampunya, bintang-bintang adalah lilin-lilinnya, masa adalah seutas tali dan selembar pitanya. As-Sani’ Dzul Jalal memasang alam yang lain padanya lalu memperlihatkannya setiap tahun. Dia memperbaharui gambar-gambarnya yang teratur dalam tiga ratus enam puluh cara pada alam yang telah digantungkan-Nya itu. Dia mengubahnya dengan aturan dan hikmah
yang sempurna. Dia menjadikan muka bumi sebidang hamparan nikmat sehingga pada setiap musim bunga, Dia menghias dengan tiga ratus ribu jenis ciptaan-Nya. Dia memenuhkannya dengan jenis-jenis ihsan-Nya yang tidak terhad dan tidak terhitung.
Yakni dengan cara yang walaupun dalam keadaan bercampur dan berbaur, mereka dibezakan antara satu sama lain dengan cara yang sangat istimewa dan berlainan. Kiaskanlah sudut-sudut yang lain dengan perkara ini. Bagaimanakah sebuah istana yang sebegini tidak dipedulikan oleh as-Sani’-nya?
Demikianlah juga mengingkari matahari di tengah hari yang tidak berawan, walaupun tajallinya dapat dilihat dan pantulannya dapat disaksikan di atas permukaan laut dan semua buih, pada semua benda yang berkilat di daratan dan pada setiap butiran salji. Ia merupakan satu kekarutan bagi kegilaan yang sangat pelik.
Ini kerana, dengan mengingkari dan tidak menerima kewujudan satu matahari pada ketika itu, maka kita perlu menerima kewujudan matahari-matahari kecil sebagai benar dan asli mengikut bilangan titisan, kadar buih-buih kecil dan jumlah butir-butir tersebut.
41. Page
Sebagaimana kita perlu menerima hakikat satu matahari yang besar dalam setiap zarah kecil sedangkan ia hanya boleh memuati sebutir zarah, begitulah juga kita melihat alam semesta yang teratur ini yang sentiasa berubah dengan hikmah secara bergilir dan disegarkan setiap waktu dalam susunan.
Sesungguhnya, tidak mengakui al-Khaliq Dzul Jalal dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya adalah perkara gila bagi kesesatan dan perkara karut bagi kegilaan yang lebih teruk daripada itu. Ia bermakna, kita perlu menerima satu uluhiyyah yang mutlak pada setiap benda sehingga pada setiap zarah. Ini kerana setiap butir zarah udara boleh masuk dan berfungsi pada setiap kuntum bunga, setiap biji buah dan setiap helai daun. Justeru, jika zarah itu tidak menjadi petugas, ia perlu mengetahui cara pembentukan,
rupa dan peranan bagi semua ciptaan berseni yang boleh dimasuki dan dikerjakannya, supaya ia boleh bekerja di dalamnya. Ini bermakna, ia perlu memiliki ilmu dan kuasa yang meluas supaya ia boleh melakukan begitu.
Sebagai contoh, setiap butir zarah tanah memiliki kemampuan untuk menjadi sebab dan asas kepada semua benih dan biji yang berlainan. Jika ia tidak menjadi petugas, semestinya ia mengandungi alatalat dan jentera maknawi sebanyak bilangan rumput dan pokok ataupun semestinya diberikan kepadanya suatu seni dan kuasa yang mengetahui dan boleh melakukan semua cara pembentukan mereka, mengenali dan boleh menjahit semua rupa yang dipakaikan kepada mereka. Kiaskanlah juga dengan semua maujudat lain.
Akhirnya, engkau akan memahami bahawa terdapat banyak dalil wahdaniyyah yang jelas pada semua benda. Ya, menjadikan semua benda daripada satu benda dan menjadikan semua benda sebagai
42. Page
satu benda adalah kerja yang khusus kepada al-Khaliq semua benda. Perhatikanlah Firman Allah yang agung وَإِِنْ مِنْ شَيْءٍ إِِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ. Maknanya dengan tidak menerima al-Wahidul Ahad, maka kita perlu menerima tuhan-tuhan sebanyak maujudat.
Isyarat Kedua: Dalam cerita (sebelum ini) telah disebut dan dibincangkan tentang seorang pembantu yang mulia. Dengan melihat tanda-tandanya, semua yang tidak buta memahami bahawa orang itu bertindak dengan perintah raja dan merupakan hamba- Nya yang khusus. Sesungguhnya pembantu mulia itu ialah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Ya, sebagaimana matahari perlu memiliki cahaya begitulah juga as-Sani’ Maha Suci bagi alam semesta yang terhias begini perlu memiliki seorang Rasul yang mulia. Ini kerana sebagaimana mustahil bagi matahari tanpa cahaya, begitulah juga mustahil bagi uluhiyyah untuk tidak memperlihatkan diri-Nya dengan mengutuskan para Rasul.
Serta mungkinkah berlaku sama-sekali bahawa keindahan yang sangat sempurna tidak mahu menunjukkan dirinya melalui perantaraan seorang pakar yang boleh memperlihatkan dan memperkenalkannya?
Malah mungkinkah kesempurnaan ciptaan yang sangat indah tidak mahu mempamerkan dirinya sendiri melalui perantaraan seorang bentara yang menarik semua perhatian ke atas-Nya? Serta mungkinkah sama-sekali bahawa kerajaan yang menyeluruh bagi rububiyyah ‘ammah tidak mahu mengiklankan tentang wahdaniyyah dan samadiyyah-Nya melalui seorang utusan yang dzul janahain (memiliki dua sayap) pada peringkat kathrah (kebanyakan
43. Page
iaitu lawan kepada wahdah) dan juz’iyyat (benda-benda kecil) iaitu sebagaimana peribadi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam itu menjadi utusan bagi peringkat kathrah ke hadrat
Ilahi dari sudut pengabdian menyeluruh, baginda juga adalah petugas hadrat Ilahi kepada peringkat kathrah dari sudut taqarrub dan risalah.
Malah mungkinkah sama-sekali bahawa pemilik kecantikan asli yang tidak terkira, tidak mahu melihat dan memperlihatkan betapa cantik keindahannya dan betapa halus kecantikannya pada cermincermin, yakni melalui perantaraan seorang rasul yang dikasihi? Ini kerana dia ialah kekasih maka dengan pengabdiannya dia mempersukakan dirinya dan menjadi cerminan kepada Nya. Dia juga ialah rasul, maka dia menjadikan semua makhluk cinta kepada-Nya dan memperlihatkan keindahan nama-nama- Nya.
Malah mungkinkah sama-sekali pemilik khazanah yang penuh dengan mukjizat menakjubkan dan perkara-perkara menghairankan dan berharga tidak ingin dan tidak mahu menerangkan kesempurnaan-Nya yang tersembunyi dengan mempamerkannya di hadapan pandangan-pandangan masyarakat dan menzahirkannya kepada mereka melalui perantaraan pentakrif yang pakar mengenal permata dan pemasyhur yang arif menilai?
Serta mungkinkah Dia menghiaskan alam ini dengan ciptaan yang menerangkan kesempurnaan semua nama-Nya sambil menyamakan alam semesta ini seperti sebuah istana yang telah dihiaskan dengan seni-seni yang halus dan ajaib untuk tontonan, tetapi tidak melantik seorang guru yang mursyid?
Serta mungkinkah sama sekali pemilik alam semesta ini tidak merungkai maksud dan matlamat yang akan berlaku pada peru-
44. Page
bahan alam dengan perantaraan utusan yang memberitahu rahsia terkuncinya serta menyelesaikan misteri bagi tiga soalan musykil iaitu: Dari mana? Ke mana? Siapa engkau?
Serta mungkinkah sama-sekali as-Sani’ Dzul Jalal yang memperkenalkan diri-Nya kepada mereka yang berakal melalui ciptaan-ciptan indah ini dan mempersukakan diri-Nya dengan nikmat-nikmat berharga, namun tidak memberitahu melalui perantaran seorang utusan apakah mardhiyyah dan kemahuan- Nya daripada mereka yang berakal?
Serta mungkinkah sama-sekali Dia mencipta manusia dalam keadaan bergantung dengan kathrah dari segi akal dan siaga untuk pengabdian menyeluruh dari segi kemampuan, tetapi tidak mahu mengalih wajah-wajah mereka daripada kathrah (kebanyakan) kepada wahdah (keesaan) melalui perantaraan seorang pembimbing yang muallim?
Ada banyak lagi tugas nubuwwah sebegini sehingga setiap satunya adalah dalil yang qat’i bahawa uluhiyyah tidak boleh berlaku tanpa risalah. Sekarang, agaknya siapakah yang telah muncul di dunia yang lebih ahli dan syumul - dengan sifat-sifat dan tugas-tugas yang diterangkan - daripada Muhammad al-‘Arabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam? Adakah sejarah telah menunjukkan seseorang yang lebih layak dan sesuai kepada jawatan risalah dan tugas tabligh berbanding baginda?
Tidak, sama sekali tidak! Bahkan baginda adalah penghulu sekalian Rasul, imam semua nabi, ketua seluruh asfiya’, orang yang paling dekat bagi semua Muqarrabin, orang yang paling sempurna bagi seluruh makhluk dan raja semua mursyid.
45. Page
Ya dengan ittifaq semua ahli tahqiqat, cukuplah sebuah laut hakikat seperti al-Quran dan mukjizat teragung yang merupakan mukjizat dengan empat puluh wajah untuk menunjukkan risalahnya yang seperti matahari selain daripada dalil-dalil kenabian yang tidak terkira dan terhitung daripada mukjizatmukjizat baginda yang mencapai seribu seperti peristiwa terbelahnya bulan dan mengalirnya air daripadajejari baginda. Oleh sebab kita telah membahaskan sudut-sudut kemukjizatan al-Quran yang mencapai empat puluh sudut dalam risalah-risalah lain dan
khususnya dalam Kalimah Kedua Puluh Lima, maka kita ringkaskannya sekadar ini.
Isyarat Ketiga: Janganlah terlintas di hati soalan seperti ini: Apakah keistimewaan manusia yang kerdil ini sehingga dunia yang besar ditutup dan dibuka satu daerah lain untuk memuhasabah amalannya?
Ini kerana insan yang kerdil ini memiliki keistimewaan yang besar, menjadi ketua maujudat ini dan merupakan bentara kerajaan Ilahi serta menzahirkan pengabdian menyeluruh dari segi kesyumulan fitrahnya.
Juga jangan terfikir tentang bagaimana dalam umur yang pendek manusia berhak kepada azab yang abadi?
Ini kerana kekufuran menjadi penghinaan kepada seluruh alam semesta kerana ia menjatuhkan alam semesta yang berada pada darjat dan nilai maktubat Samadaniyyah ke satu tahap rendah yang tidak bemakna dan tidak bertujuan.
Ini juga kerana kekufuran merupakan penafian serta pengingkaran kepada semua nama suci Ilahi yang tanda-tanda dan ukiran-ukirannya kelihatan pada maujudat ini. Malah kekufuran merupakan
46. Page
pendustaan kepada dalil-dalil tidak terkira yang menunjukkan hak dan kebenaran Allah Ta‘ala. Maka kekufuran itu adalah jenayah yang tiada taranya. Jenayah yang tiada taranya pula mewajibkan azab yang tidak berkesudahan.
Isyarat Keempat: Kita telah melihat melalui dua belas gambaran dalam cerita di atas bahawa tidak mungkin sama sekali ada sebuah negara seperti rumah tamu sementara bagi seorang raja yang hebat begitu, tetapi tidak ada sebuah negara abadinya yang lain, yang kekal kukuh, menzahirkan kehebatannya dan menjadi sumber kepada kerajaan agungnya?
Begitu juga tidak mungkin sama sekali bahawa al-Khaliqul Baqi bagi alam fana ini mewujudkan alam ini, tetapi tidak mewujudkan alam yang kekal. Serta mustahil bahawa as-Sani’us Sarmadi alam semesta yang sangat indah dan sementara mencipta alam ini tetapi tidak mewujudkan alam lain yang kekal kukuh dan berterusan. Juga tidak mungkin
al-Fatir yang al-Hakim, al-Qadir, ar-Rahim bagi dunia yang diibaratkan seperti tempat pameran, medan ujian dan ladang mencipta alam ini tetapi tidak menjadikan Darul Akhirat yang menzahirkan semuamaksudnya.
Hakikat ini boleh dimasuki melalui dua belas pintu. Pintu-pintu itu boleh dibuka dengan dua belas hakikat. Kami mulakan daripada yang paling pendek dan mudah.
Hakikat Pertama: Bab Rububiyyah dan kerajaan sebagai tajalli nama Rabb
Mungkinkah sama sekali bahawa untuk menunjukkan kesempurnaannya, urusan Rububiyyah dan kerajaan Uluhiyyah, terutamanya mewujudkan alam semesta yang sebegini dengan tujuan-tujuan
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS