Kalimah Kesepuluh

1. Page

Penerbitan Hayrat

2. Page

3. Page

Daripada Koleksi Risalah An-Nur


Daripada Neraca Risalah An-Nur

Tentang Hujah-Hujah Beriman Kepada Akhirat


KALIMAH

KESEPULUH


RISALAH HASYIR


Penulis:

Badiuzzaman Said Nursi


Terjemahan ke Bahasa Melayu:

Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altınbaşak

4. Page

Risalah Hasyir

(Haşır Risalesi)


Karangan: Badiuzzaman Said Nursi


Bahasa Asal: Bahasa Turki Usmani


Terjemahan ke Bahasa Melayu:

Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat Kuala Lumpur, Malaysia.

Sadık Özata

Mohd Firdaus Sahiddin

Celal Akar


Semakan dan Suntingan Oleh:

Prof. Md. Sidin Ishak

(Universiti Malaya)


Reka Bentuk Kulit dan Reka letak Dalaman:

Penerbitan Hayrat Graphic


ISBN: 978-605-193-498-3

Cetakan Kedua:

2021 Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. (329540-P)

143, Jalan Kip 8, Taman Perindustrian Kip,

Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.

5. Page

KANDUNGAN


Biodata Imam Badiuzzaman Said Nursi__________________ 7


Perbahasan Hasyir _______________________________________17


Bahagian Pertama bagi Tambahan______________________104


Bahagian Kedua bagi Tambahan________________________124


Bahagian Ketiga bagi Tambahan________________________135


Bahagian Keempat bagi Tambahan_____________________139


Bahagian Kelima bagi Tambahan________________________146


Makna Istilah_____________________________________________148

6. Page

7. Page

BIODATA IMAM BADIUZZAMAN 

SAID NURSI


Ulama Khilafah Islamiah


• Beliau dilahirkan pada tahun 1877 dan wafat pada tahun 1960 pada umur mencecah 85 tahun yang dihabiskan kesemuanya dalam berjihad, menuntut ilmu, mengajar dan mendidik.


• Beliau menghafal seluruh al-Quran dalam tempoh dua minggu sahaja, dan menghafal 90 jilid daripada kitab-kitab ilmu Islam dalam pelbagai bidang dengan kelebihan ingatannya yang amat kuat dan unggul.


• Dengan kecerdasan akalnya yang tajam, beliau menyempurnakan pengajian yang mengambil masa lima belas tahun di madrasah persendirian di bawah kerajaan Uthmaniah. Beliau berjaya mendapatkan sijil akademik yang menyamai pengajian doktor falsafah pada masa kini. Ini kesemuanya berjaya dicapai oleh beliau dalam tempoh umurnya tidak melebihi 14 tahun.

8. Page

  • Belum sampai umur beliau 14 tahun, sebutan dan nama beliau telah masyhur dalam kalangan ulama Turki. Beliau dikenali dengan kekuatan hujah, ilmu yang mendalam dan teguh, melebihi setiap orang yang berdebat dan berhujah dengan beliau.


  • Beliau menguasai bahasa Arab, Parsi, Turki dan Kurdi. Penulisan beliau menggunakan bahasa Turki, namun tiga kitab penting ditulis langsung dengan bahasa Arab yang tinggi nilai sasteranya.


  • Beliau turut belajar tentang falsafah barat secara mendalam dan kritis. Kerap kali beliau menyebut dalam tulisan beliau perbandingan yang terperinci dan mendalam antara falsafah barat dengan hikmat al-Quran serta ketamadunannya.


  • Beliau mahir dalam banyak bidang ilmu moden di samping ilmu-ilmu Islam, kerana beliau yakin bahawa ilmu-ilmu ini amat penting untuk menyampaikan Islam kepada pemahaman zaman moden.


  • Beliau menulis 14 jilid ensiklopedia yang mengandungi 130 artikel tentang isu-isu penting berkaitan Islam dengan gaya bahasa moden yang tersendiri dan menarik.


  • Beliau menghimpunkan antara keaslian ilmu dan pemikiran serta keseriusan dan jenaka yang santai. 

9. Page

  • Beliau menjelaskan dengan terperinci dalam karyanya penyakit yang paling besar pada abad ini iaitu kelemahan iman. Untuk mengubati penyakit ini, beliau cuba menanam rukun dan hakikat iman terutamanya tauhid, hari kebangkitan dan kerasulan, dengan mengemukakan dalil-dalil mantap yang mampu mengalahkan orang kafir yang paling ingkar dan mendiamkan mereka.


  • Beliau menolak falsafah ateisme seperti ideologi kebendaan dan naturalisme dengan hujah-hujah tuntas dan menggunakan seluruh usaha dan tumpuan untuk mengangkat keimanan yang kuat dan teguh dan kesedaran yang berpandukan al-Quran dan Sunnah yang mulia dalam dunia Islam.


  • Tulisan beliau semuanya bertitik tolak daripada al-Quran, dengan ilham dan panduan ayat-ayat suci dan maknanya. Dengan menjalani kehidupan dalam kondisi rohani dan jiwa yang suci, beliau membacakan kepada penulis dan penyalin yang berada disisinya segala curahan ilmu yang dibukakan oleh Allah dengan kadar yang pantas. Hal ini bukanlah terikat pada masa dan tempat tertentu. Kitab-kitab yang ditulis beliau berkaitan dengan tajuk ini ialah tafsiran maknawi bagi hakikat-hakikat al-Quran.


  • Kebanyakan tulisan beliau ditulis sama ada di penjara atau dalam buangan. Tulisan-tulisan tersebut

10. Page

diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa dunia, dan menerima sambutan yang baik disebabkan rahsia keikhlasan dan rabbaniah yang terangkum dalam tulisan tersebut.


  • Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan ribu murid.


  • Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan ribu murid. Selain itu ramai orang termasuk dari Eropah memeluk Islam dengan sebab membaca tulisan beliau. Surat dan kenyataan Vatican telah menyebut bahawa dalam tempoh enam bulan sahaja seramai 18,600 orang Barat telah memeluk Islam disebabkan Risalah al-Nur.


  • Beliau turut menyertai Perang Dunia Pertama sebagai ketua bagi angkatan tentera melawan Rusia. Beliau telah ditawan oleh Rusia selama dua tahun di kota Kosturma di utara Rusia.


  • Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan gerakan Islam di Turki baharu yang

diasaskan setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah selepas Perang Dunia Pertama. Beliau teguh melawan kerajaan sekular yang menghapuskan sistem khilafah Islam, pada ketika sebarang penonjolan keislaman menuntut pengorbanan yang amat tinggi.


  • Perjuangan beliau bukan melalui pintu pertelingkahan politik secara langsung, bahkan

11. Page

beliau mengikut dalam usaha jihadnya panduan Nabawi dan melalui penyebaran tulisan-tulisan ilmiah beliau yang membela hakikat Iman dan al-Quran secara langsung. Pelbagai bentuk kezaliman dan penyeksaan yang dikenakan ke atas beliau tidak mampu mendudukkan beliau daripada jihadnya secara maknawi.


  • Beliau telah menjalani kehidupannya setelah berumur 50 tahun (iaitu selama 34 tahun) dalam keadaan yang tidak dapat dibayangkan dengan pelbagai bentuk cacian, penghinaan, penyeksaan, pengawasan, penjara dan buangan. Beliau pernah diracun 21 kali dengan helah daripada pihak musuh dan lawan disebabkan beliau cuba menghidupkan Iman dalam diri umat Islam dan hati mereka.


  • Beliau tidak terselamat daripada kesukaran dan penyeksaan sehinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir, bahkan juga setelah meninggal dunia. Kubur beliau dibongkar oleh pemerintah negara setelah tiga bulan dikebumikan, lalu dibawa jasad beliau ke tempat yang tidak diketahui.


  • Ramai yang menggolongkan beliau dalam kalangan ulama, pemikir dan pembaharu zaman tersebut. Bahkan ada sebahagian mereka menganggap beliau sebagai mujadid abad ke-20 dan 21.

12. Page

13. Page

رسالة نور كلياتندن


حشر رسالرسى


مؤلفى

بديع الزمان سعيد النورسي


خط

أحمد خسرو أفندي


Hayrat Neşriyat

14. Page

15. Page

MAKLUMAN


Tujuanku menulis risalah ini dalam bentuk perumpamaan, tamsilan dan cerita adalah untuk memudahkan kefahaman dan untuk menunjukkan bahawa hakikat Islam adalah sangat logik, sesuai, kukuh dan saling bersandar antara satu sama lain. Makna bagi semua cerita adalah hakikat-hakikat yang terdapat di penghujungnya; semua cerita itu hanya mengisyaratkan hakikat-hakikat itu dalam bentuk kinayah (kiasan). Maknanya semua ini bukanlah cerita khayalan bahkan adalah hakikat.

16. Page

17. Page

Kalimah Kesepuluh


Perbahasan Hasyir


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

فَانْظُرْ اِلٰٓي اٰثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَٓا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتٰي وَهُوَ

عَلٰي كُلِّ شَئٍ قَد۪يرٌ


Maka perhatikanlah kepada kesan-kesan Rahmat Allah, bagaimanakah Dia menghidupkan bumi selepas kematiannya. Sesungguhnya demikianlah Dia menghidupkan orang yang telah mati dan Dia adalah berkuasa ke atas setiap sesuatu.” (Ar-Rum: 50)


Saudara, jika engkau inginkan penerangan tentang Hasyir dan akhirat dalam bentuk yang mudah dan dengan bahasa awam dan jelas, maka marilah lihat dan dengar cerita perumpamaan yang pendek ini bersama nafsuku:


Pada suatu masa, dua orang pergi ke sebuah negara (perumpamaan kepada dunia ini) yang indah seperti syurga. Mereka melihat bahawa semua orang membiarkan pintu-pintu rumah, kediaman dan kedai terbuka dan mereka tidak mempedulikan penjagaannya. Harta dan duit dibiarkan di tempat lapang tanpa pemilik. Seorang daripada lelaki itu memanjangkan tangannya kepada setiap benda yang


18. Page

diingininya, sama ada untuk mencuri ataupun merampasnya. Dia menuruti hawa nafsunya lalu melakukan segala jenis kezaliman dan keburukan. Para penduduk juga tidak berapa menghiraukannya.


Sahabatnya yang seorang lagi berkata kepadanya: “Apa yang sedang engkau lakukan? Engkau akan dihukum dan akan menyebabkan aku turut terjebak ke dalam musibah. Harta-harta ini ialah harta negara. Penduduk-penduduk ini serta anak pinak mereka telah menjadi tentera atau pegawai. (Khidmat) mereka digunakan dalam tugas-tugas tersebut secara tidak rasmi. Kerana itulah mereka tidak berapa mempedulikanmu. Tetapi peraturan adalah amat ketat. Telefon dan pegawai-pegawai baginda raja berada di

setiap tempat.”


“Cepatlah pergi dan berlindung kepada baginda!” Ujarnya lagi.


Tetapi si bingung itu berdegil dan berkata: “Tidak! Ia bukan harta negara, bahkan ia adalah harta wakaf dan tiada pemiliknya. Semua orang boleh menggunakannya menurut apa yang dia mahu. Aku tidak nampak apa-apa sebab yang boleh menghalangku daripada menggunakan benda-benda yang cantik ini.”


“Aku tidak akan percaya selagimana aku tidak nampak dengan mataku sendiri” katanya lagi.


Malah seperti ahli falsafah, dia menyatakan banyak

kesangsian.


Maka bermulalah perdebatan yang serius antara kedua-duanya.


Mula-mula si bingung itu berkata: “Siapakah raja itu? Aku langsung tidak mengenalinya!”


Kemudian sahabatnya menjawab: “Engkau sedia tahu bahawa tidak mungkin sebuah kampung tiada penghulu. Sebatang jarum tidak mungkin ada tanpa tukangnya dan satu huruf tidak mungkin

19. Page

tanpa tukangnya dan satu huruf tidak mungkin ada tanpa penulisnya. Bolehkah alam ini tiada pemerintah? Tambahan pula, harta yang banyak ini datang daripada alam ghaib dalam setiap jam (1) seperti datangnya sebuah keretapi yang penuh dengan harta yang sangat bernilai dan berseni. Harta itu dituangkan di sini dan keretapi berlalu pergi. Bagaimana ia boleh tidak bertuan? Bagaimanakah papan-papan iklan dan papan-papan kenyataan yang kelihatan di setiap tempat dan setiap simbol, cop dan lambang yang kelihatan di atas setiap harta dan setiap bendera yang berkibaran di semua tempat itu tiada pemiliknya?\


Difahami bahawa engkau telah membaca secebis tulisan orang barat. Engkau tidak boleh membaca tulisan-tulisan Islam ini. Tambahan pula engkau tidak bertanya daripada orang yang tahu. Mari aku bacakan firman yang paling besar kepadamu.


Si bingung itu berpaling dan berkata: “Baiklah, raja ada tapi adakah pemanfaatanku yang amat sedikit ini memberi kemudaratan kepadanya? Apakah yang berkurangan daripada khazanahnya? Tambahan pula, di sini penjara tiada dan hukuman tidak kelihatan.”


Sebagai jawapan, sahabat itu berkata kepadanya: “Wahai sahabatku! Sebenarnya negara yang kelihatan ini ialah sebuah medan latihan. Malah ia merupakan tempat pameran hasil ciptaan-ciptaan seni kesultanan yang menakjubkan. Ia juga merupakan rumah-rumah tamu-Nya yang sementara dan tidak tetap. Tidakkah engkau melihat bahawa setiap hari satu kafilah datang dan satu lagi pergi dan menghilang. Ia sentiasa dipenuhkan dan dikosongkan. Selepas suatu masa, negara ini akan diganti. Penduduk-penduduk ini akan

_______________________________________________

1) Isyarat kepada tahun. Ya, musim bunga ialah sebuah gerabak gudang rezeki dan datang dari alam ghaib.

20. Page

dipindahkan ke sebuah negara yang lain dan berkekalan. Di sana semua orang akan mendapat sama ada balasan atau ganjaran terhadap apa yang telah mereka lakukan.”


Sekali lagi si bingung yang pengkhianat itu berdegil lalu berkata: “Aku tak percaya! Mungkinkah sama sekali bahawa negara ini dimusnahkan lalu berpindah ke negara lain?”


Atas dasar ini sahabatnya yang amanah telah berkata: “Memandangkan engkau berdegil dan berkeras sehingga ke tahap ini, mari aku tunjukkan kepadamu dua belas gambaran daripada bukti-bukti yang tiada sempadan dan tidak terkira bahawa ada sebuah mahkamah tertinggi, tempat ganjaran dan ihsan serta tempat balasan dan penjara. Sebagaimana setiap hari negara ini dikosongkan dari satu sudut, maka pasti datang suatu hari di mana semuanya akan dikosongkan dan dimusnahkan.


Gambaran Pertama: Mungkinkah sama sekali bahawa dalam sebuah kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang hebat begini, tidak terdapat ganjaran kepada orang-orang taat yang memberikan khidmat yang baik dan balasan kepada mereka yang menderhaka. Di sini bagaikan tiada. Maknanya terdapat sebuah mahkamah tertinggi di tempat yang lain.


Gambaran Kedua: Lihatlah kepada perjalanan dan urusan ini! Sebagaimana rezeki-rezeki yang sempurna dan lengkap diberikan bermula daripada yang paling fakir, paling lemah sehingga kepada semua; pesakit-pesakit yang tiada sesiapa, dijaga dengan sangat baik. Malah terdapat makanan-makanan yang amat mahal dan lazat, bekas-bekas, tanda-tanda yang diperindah, pakaian-pakaian yang

berhias dan jamuan-jamuan yang hebat.

TABLE OF CONTENTS