Biodata Imam Badiuzzaman Said Nursi
NAVIGATION
1. Page
Penerbitan Hayrat
2. Page
3. Page
Daripada Koleksi Risalah An-Nur
RISALAH
IMAN DAN SOLAT
Penulis:
Badiuzzaman Said Nursi
Terjemahan ke Bahasa Melayu:
Pusat Penterjemahan dan
Kajian Ilmiah Altınbaşak
Penerbitan Hayrat
4. Page
RISALAH IMAN DAN SOLAT
(Iman ve Namaz Risaleleri)
Karangan: Badiuzzaman Said Nursi
Bahasa Asal: Bahasa Turki Usmani
Terjemahan ke Bahasa Melayu:
Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat Kuala Lumpur, Malaysia.
Sadık Özata
Mohd Firdaus Sahiddin
Celal Akar
Semakan dan Suntingan Oleh:
Prof. Md. Sidin Ishak
(Universiti Malaya)
Reka Bentuk Kulit dan Reka letak Dalaman:
Penerbitan Hayrat Graphic
ISBN: 978-605-193-498-3
Cetakan Kedua:
2021 Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. (329540-P)
143, Jalan Kip 8, Taman Perindustrian Kip,
Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
5. Page
KANDUNGAN
BIODATA IMAM BADIUZZAMAN SAID NURSI____________________7
BAHAGIAN PERTAMA (IMAN) ________________________________13
KALIMAH KEDUA __________________________________________15
KALIMAH KEDUA PULUH TIGA _______________________________19
Fasal Pertama:___________________________________________19
Noktah Pertama:________________________________________19
Noktah Kedua:__________________________________________21
Noktah Ketiga:__________________________________________24
Noktah Keempat:________________________________________26
Noktah Kelima:__________________________________________29
Fasal Kedua:______________________________________________33
Nuktah Pertama:_________________________________________33
Nuktah Kedua:___________________________________________36
Nuktah Ketiga:___________________________________________40
Nuktah Keempat:_________________________________________47
Nuktah Kelima:___________________________________________50
BAHAGIAN KEDUA (SOLAT)____________________________________55
KALIMAH KEEMPAT___________________________________________57
KALIMAH KESEMBILAN________________________________________61
KALIMAH KEDUA PULUH SATU__________________________________75
Maqam Pertama Kalimah Kedua Puluh Satu_________________________75
Maqam Kedua Kalimah Kedua Puluh Satu___________________________85
6. Page
7. Page
BIODATA IMAM BADIUZZAMAN
SAID NURSI
Ulama Khilafah Islamiah
• Beliau dilahirkan pada tahun 1877 dan wafat pada tahun 1960 pada umur mencecah 85 tahun yang dihabiskan kesemuanya dalam berjihad, menuntut ilmu, mengajar dan mendidik.
• Beliau menghafal seluruh al-Quran dalam tempoh dua minggu sahaja, dan menghafal 90 jilid daripada kitab-kitab ilmu Islam dalam pelbagai bidang dengan kelebihan ingatannya yang amat kuat dan unggul.
• Dengan kecerdasan akalnya yang tajam, beliau menyempurnakan pengajian yang mengambil masa lima belas tahun di madrasah persendirian di bawah kerajaan Uthmaniah. Beliau berjaya mendapatkan sijil akademik yang menyamai pengajian doktor falsafah pada masa kini. Ini kesemuanya berjaya dicapai oleh beliau dalam tempoh umurnya tidak melebihi 14 tahun.
8. Page
- Belum sampai umur beliau 14 tahun, sebutan dan nama beliau telah masyhur dalam kalangan ulama Turki. Beliau dikenali dengan kekuatan hujah, ilmu yang mendalam dan teguh, melebihi setiap orang yang berdebat dan berhujah dengan beliau.
- Beliau menguasai bahasa Arab, Parsi, Turki dan Kurdi. Penulisan beliau menggunakan bahasa Turki, namun tiga kitab penting ditulis langsung dengan bahasa Arab yang tinggi nilai sasteranya.
- Beliau turut belajar tentang falsafah barat secara mendalam dan kritis. Kerap kali beliau menyebut dalam tulisan beliau perbandingan yang terperinci dan mendalam antara falsafah barat dengan hikmat al-Quran serta ketamadunannya.
- Beliau mahir dalam banyak bidang ilmu moden di samping ilmu-ilmu Islam, kerana beliau yakin bahawa ilmu-ilmu ini amat penting untuk menyampaikan Islam kepada pemahaman zaman moden.
- Beliau menulis 14 jilid ensiklopedia yang mengandungi 130 artikel tentang isu-isu penting berkaitan Islam dengan gaya bahasa moden yang tersendiri dan menarik.
- Beliau menghimpunkan antara keaslian ilmu dan pemikiran serta keseriusan dan jenaka yang santai.
9. Page
- Beliau menjelaskan dengan terperinci dalam karyanya penyakit yang paling besar pada abad ini iaitu kelemahan iman. Untuk mengubati penyakit ini, beliau cuba menanam rukun dan hakikat iman terutamanya tauhid, hari kebangkitan dan kerasulan, dengan mengemukakan dalil-dalil mantap yang mampu mengalahkan orang kafir yang paling ingkar dan mendiamkan mereka.
- Beliau menolak falsafah ateisme seperti ideologi kebendaan dan naturalisme dengan hujah-hujah tuntas dan menggunakan seluruh usaha dan tumpuan untuk mengangkat keimanan yang kuat dan teguh dan kesedaran yang berpandukan al-Quran dan Sunnah yang mulia dalam dunia Islam.
- Tulisan beliau semuanya bertitik tolak daripada al-Quran, dengan ilham dan panduan ayat-ayat suci dan maknanya. Dengan menjalani kehidupan dalam kondisi rohani dan jiwa yang suci, beliau membacakan kepada penulis dan penyalin yang berada disisinya segala curahan ilmu yang dibukakan oleh Allah dengan kadar yang pantas. Hal ini bukanlah terikat pada masa dan tempat tertentu. Kitab-kitab yang ditulis beliau berkaitan dengan tajuk ini ialah tafsiran maknawi bagi hakikat-hakikat al-Quran.
- Kebanyakan tulisan beliau ditulis sama ada di penjara atau dalam buangan. Tulisan-tulisan tersebut
10. Page
diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa dunia, dan menerima sambutan yang baik disebabkan rahsia keikhlasan dan rabbaniah yang terangkum dalam tulisan tersebut.
- Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan ribu murid.
- Beliau telah mendidik dan mentarbiahkan ratusan ribu murid. Selain itu ramai orang termasuk dari Eropah memeluk Islam dengan sebab membaca tulisan beliau. Surat dan kenyataan Vatican telah menyebut bahawa dalam tempoh enam bulan sahaja seramai 18,600 orang Barat telah memeluk Islam disebabkan Risalah al-Nur.
- Beliau turut menyertai Perang Dunia Pertama sebagai ketua bagi angkatan tentera melawan Rusia. Beliau telah ditawan oleh Rusia selama dua tahun di kota Kosturma di utara Rusia.
- Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan gerakan Islam di Turki baharu yang
diasaskan setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah selepas Perang Dunia Pertama. Beliau teguh melawan kerajaan sekular yang menghapuskan sistem khilafah Islam, pada ketika sebarang penonjolan keislaman menuntut pengorbanan yang amat tinggi.
- Perjuangan beliau bukan melalui pintu pertelingkahan politik secara langsung, bahkan
11. Page
beliau mengikut dalam usaha jihadnya panduan Nabawi dan melalui penyebaran tulisan-tulisan ilmiah beliau yang membela hakikat Iman dan al-Quran secara langsung. Pelbagai bentuk kezaliman dan penyeksaan yang dikenakan ke atas beliau tidak mampu mendudukkan beliau daripada jihadnya secara maknawi.
- Beliau telah menjalani kehidupannya setelah berumur 50 tahun (iaitu selama 34 tahun) dalam keadaan yang tidak dapat dibayangkan dengan pelbagai bentuk cacian, penghinaan, penyeksaan, pengawasan, penjara dan buangan. Beliau pernah diracun 21 kali dengan helah daripada pihak musuh dan lawan disebabkan beliau cuba menghidupkan Iman dalam diri umat Islam dan hati mereka.
- Beliau tidak terselamat daripada kesukaran dan penyeksaan sehinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir, bahkan juga setelah meninggal dunia. Kubur beliau dibongkar oleh pemerintah negara setelah tiga bulan dikebumikan, lalu dibawa jasad beliau ke tempat yang tidak diketahui.
- Ramai yang menggolongkan beliau dalam kalangan ulama, pemikir dan pembaharu zaman tersebut. Bahkan ada sebahagian mereka menganggap beliau sebagai mujadid abad ke-20 dan 21.


