NAVIGATION
19. Page
Kalimah ini mempunyai Dua Fasal
Fasal Pertama:
Kami hanya akan menerangkan lima daripada ribuan keindahan iman di dalam Lima Noktah.
Noktah Pertama: Dengan nur keimanan, manusia dapat naik ke martabat a’ la ‘illiyyin dan mendapat satu nilai yang layak dengan syurga. Gelap kekufuran pula menjatuhkannya ke taraf asfala safilin dan masuk ke dalam kedudukan yang layak kepada neraka. Ini kerana, keimanan menyandarkan insan kepada as-Sani’ Dzul Jalal-nya maka keimanan adalah suatu persandaran. Oleh itu insan mendapat satu nilai dari segi kesenian Ilahi dan ukiran asma’ Rabbani yang terzahir pada manusia melalui keimanan.
Kekufuran pula memutuskan persandaran itu. Daripada pemutusan itu maka kesenian Rabbani akan terselindung. Maka nilainya hanyalah dari segi zahir. Oleh sebab unsur pula adalah sejenis kehidupan kehaiwanan yang fana, akan lenyap dan sementara,
20. Page
maka nilainya bagaikan langsung tiada. Kami akan menerangkan rahsia ini melalui satu perumpamaan.
Contoh: Nilai bahan dalam hasil seni manusia adalah berbeza dengan nilai seni. Kadang-kadang sama. Kadang-kadang bahan adalah lebih bernilai. Kadang-kadang juga terdapat pada unsur seperti besi yang bernilai lima kurusy terdapat hasil seni bernilai lima lira. Bahkan kadang-kadang, hasil seni antik yang bernilai sejuta, bahannya lima kurusy pun tak sampai. Justeru, jika satu hasil seni yang sebegitu antik di bawa ke pasar pengumpul hasil seni antik dan dipamerkan dengan cara menyandarkannya kepada pengkaji seni antik yang hebat, sangat berpengalaman dan berbakat dan menyebut tentang pakar seni antik itu, maka ia akan dapat dijual dengan harga sejuta. Jika ia dibawa kepada pasar tukang besi yang biasa, ia akan dibeli dengan nilai besi berharga lima kurusy.
Justeru, manusia adalah hasil seni Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang antik seperti itu dan mukjizat qudrat-Nya yang paling halus dan lemah. Ini kerana Dia telah mencipta manusia sebagai penerima semua jilwah nama-Nya, asas ukiran-ukiran-Nya dan perumpamaan kecil untuk alam semesta. Jika nur keimanan masuk ke dalamnya, maka semua ukiran yang bermakna di atasnya dibaca dengan cahaya itu. Mukmin itu akan membacanya dengan akal dan memperbacakannya dengan persandaran tersebut. Yakni, kesenian Rabbani pada insan akan terzahir melalui makna-makna seperti “saya adalah ciptaan berseni as-Sani’ Dzul Jalal, makhluk dan penerima rahmat dan kepemurahan-Nya.” Maknanya, keimanan yang lahir daripada persandaran kepada as-Sani’-nya menzahirkan semua karya kesenian pada insan. Nilai insan adalah berdasarkan kesenian Rabbani itu dan dari segi kedudukannya sebagai cermin as-Samad. Dalam keadaan itu, insan yang tidak bernilai ini menjadi mukhatab Ilahi yang mengatasi semua makhluk dan tetamu Rabbani yang layak kepada syurga.
Justeru sekiranya kekufuran yang lahir daripada terputusnya persandaran masuk ke dalam diri manusia, waktu itu semua ukiran nama Ilahi yang bermakna itu akan jatuh ke dalam kegelapan dan
21. Page
tidak boleh dibaca lagi. Ini kerana, jika as-Sani’ dilupakan, maka sudut-sudut maknawi yang menuju kepada as-Sani’ juga tidak akan difahami. Seolah-olah tunggang langgang. Kebanyakan hasil seni tinggi yang bermakna dan ukiran maknawi yang tinggi itu akan tersembunyi. Manakala oleh sebab sebahagian yang tinggal dan yang dilihat dengan mata disandarkan kepada sebab-sebab, alam dan tasaduf yang rendah, maka ia jatuh ke tahap yang paling bawah. Ketika setiap satunya adalah berlian yang bergemerlapan, semuanya menjadi kaca-kaca yang pudar. Kepentingannya hanya memandang kepada unsur kehaiwanan.
Tujuan dan buah unsur pula, hanyalah menempuh kehidupan yang juz’ i atau terpinggir sebagai haiwan yang paling lemah, paling berhajat dan paling malang dalam umur yang pendek seperti yang telah kita nyatakan. Kemudian ia akan mereput dan lenyap. Justeru, beginilah kekufuran meruntuhkan perihal keinsanan dan mengubah berlian kepada arang.
Noktah Kedua: Sebagaimana keimanan adalah nur yang menerangi insan dan menjadikan semua tulisan as-Samad yang ditulis di atas insan dapat dibaca, seperti itu juga ia menerangi alam semesta. Ia menyelamatkan masa lalu dan masa hadapan daripada kegelapan. Kami akan menerangkan rahsia ini melalui satu perumpamaan yang saya telah lihat dalam satu kejadian yang ada kaitan dengan rahsia ayat suci اَللّٰهُ وَلِىُّ الَّذ۪ينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّورِ. Ia seperti berikut:
Dalam satu peristiwa bayangan, aku telah melihat bahawa terdapat dua buah gunung tinggi berada berhadapan dengan satu sama lain. Di atasnya telah terbina satu jambatan yang hebat. Di bawah jambatan itu terdapat jurang yang amat dalam. Aku berada di atas jambatan itu. Kegelapan yang pekat turut menyelubungi segenap penjuru dunia. Aku telah memandang ke sebelah kanan dan nampak yakni terbayangkan sebuah pusara besar di dalam kegelapan yang tiada penghujung. Aku memandang ke kiri; aku
22. Page
seolah-olah nampak bahawa ribut-ribut, gelombang-gelombang dan bencana-bencana yang dahsyat telah bersiap sedia di dalam ombak-ombak kegelapan yang menakutkan itu. Aku memandang ke bawah jambatan; aku menyangka aku telah melihat sebuah jurang yang sangat dalam. Untuk menghadapi kegelapan yang dahsyat ini, aku memiliki sebatang lampu suluh kecil yang malap. Aku telah menggunakannya. Aku telah memandang (sekeliling) melalui cahayanya yang samar-samar. Maka tampaklah satu keadaan yang menakutkan kepadaku. Hatta kelihatan naga-naga, singa-singa dan binatang-binatang buas yang dahsyat berada di hujung jambatan dan di sekelilingnya. Maka aku merungut: “Kalaulah lampu suluh ini tiada nescaya aku tidak akan nampak semua ini.” Ke mana saja aku halakan lampu suluh itu aku berasa takut yang amat sangat sehingga aku berkata, “Alangkah malangnya! Lampu suluh ini adalah malapetaka kepadaku.” Aku berasa marah dengannya lalu menghempasnya ke tanah dan memecahkannya.
Tidak semena-mena, dengan terpecahnya lampu suluh itu seolah-olah aku telah memetik satu suis lampu elektrik besar yang menerangi dunia; tiba-tiba kegelapan itu lenyap. Setiap sudut telah diterangi dengan nur lampu itu. Nur itu telah memperlihatkan hakikat setiap benda kepadaku.
Aku perhatikan bahawa jambatan yang aku nampak itu (rupa-rupanya) adalah sebatang jalan raya di tengah-tengah pelembahan.
Aku dapati bahawa pusara besar yang aku nampak di sebelah kananku (rupa-rupanya) ialah tempat ibadat, khidmat, perbualan dan zikir di bawah pimpinan insan-insan nurani yang dihiasi dengan taman-taman yang indah dan hijau dari hujung ke hujung.
Di sebelah kiriku, aku dapati bahawa jurang-jurang dan gaung-gaung yang aku sangka beribut dan bergelombang pula sayup-sayup kelihatan kepadaku bagaikan tempat pertamuan yang besar, tempat persiaran yang indah dan tempat perlancongan yang tinggi di sebalik gunung-ganang yang cantik, menawan dan menarik.
23. Page
Manakala makhluk-makhluk yang aku sangka adalah binatang-binatang buas dan naga-naga
menakutan itu (rupa-rupanya) adalah binatangbinatang ternakan yang jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Dengan berkata اَلْحَمْدُلِلٰهِ عَلٰى نُورِالْاِيمَانْ aku membaca ayat suci اَللّٰهُ وَلِىُّ الَّذينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّور dan aku terjaga daripada peristiwa itu.
Justeru, dua buah gunung itu ialah permulaan dan akhir kehidupan iaitu alam dunia dan alam barzakh.
Jambatan itu ialah jalan kehidupan.
Bahagian kanan pula ialah masa yang telah berlalu.
Sebelah kiri pula ialah masa hadapan.
Lampu suluh itu pula ialah sifat ananiyyah insan yang pentingkan diri sendiri, bergantung kepada apa yang diketahuinya dan tidak mendengar wahyu samawi.
Benda-benda yang disangka binatang-binatang buas itu pula ialah peristiwa-peristiwa dunia dan makhluk-makhluknya yang menakjubkan.
Maka, orang yang bergantung kepada sifat ananiyyahnya dan yang terjerumus ke dalam kegelapan kelalaian dan ditimpa dengan gelita kesesatan menyerupai keadaan pertamaku dalam kejadian tadi kerana melalui maklumat yang kurang dan bercampur dengan kesesatan yang ibarat lampu suluh itu, dia melihat masa lalu bagaikan satu kawasan pusara yang besar dan di dalam kegelapan yang bercampur dengan ketiadaan. Ia memperlihatkan masa depan ibarat tempat menakutkan yang sangat berkecamuk dan terikat dengan tasaduf (kebetulan). Ia juga memberitahu bahawa segala kejadian dan maujudat yang masing-masing adalah petugas al-Hakimur Rahim yang patuh adalah ibarat binatang-binatang buas
24. Page
yang memudaratkan. Maka ia bersesuaian dengan ayat وَالَّذينَ كَفَرُوا اَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ اِلَى الظُّلُمَاتِ.
Sekiranya hidayah Ilahi sampai, jika keimanan masuk ke dalam hatinya, jika kefiraunan nafsu dipatahkan dan jika dia mendengar Kitabullah, maka ia akan menyerupai keadaan keduaku dalam kejadian itu. Waktu itu, tiba-tiba alam semesta akan mendapat warna siang dan dipenuhi dengan nur Ilahi. Alam akan membaca ayat للّٰهُ نُورُ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ. Waktu itu, melalui mata hatinya dia akan nampak masa lalu bukan sebagai sebuah perkuburan besar bahkan dia nampak akan berterbangannya jamaah roh-roh suci yang menunaikan tugas ubudiyyah di singgahsana kepimpinan seorang nabi setiap kurun atau seorang wali ke maqam-maqam yang tinggi dan perpindahan mَereka ke masa hadapan sambil melafazakan اَللُّٰهُ اَكْبَر setelah menamatkan tugas kehidupan mereka. Apabila dia memandang ke sebelah kiri, dengan nur keimanan itu dari kejauhan dia menyedari akan pertamuan ar-Rahman yang sangat indah yang diadakan di istana-istana kebahagiaan yang berada di taman-taman syurga di sebalik sesetengah perubahan barzah dan ukhrawi yang seumpama gunung-ganang. Dia mengetahui bahawa peristiwaperistiwa seperti ribut, gempa bumi dan taun adalah para pekerja yang telah ditugaskan. Dia mendapati bahawa kejadian-kejadian seperti ribut musim bunga dan hujan-hujannya yang secara zahir adalah kejam tetapi secara maknawinya adalah asas kepada hikmah-hikmah yang sangat lembut. Hatta dia melihat kematian sebagai mukadimah kehidupan abadi dan kubur sebagai pintu kebahagiaan abadi. Maka kamu kiaskanlah sudut-sudut yang lain. Bandingkanlah hakikat dengan perumpamaan tadi.
Noktah Ketiga: Keimanan adalah nur dan kekuatan. Ya, orang yang memperoleh keimanan
yang hakiki dapat mencabar alam semesta dan akan terselamat daripada himpitan kejadian-kejadian menurut tahap kekuatan imannya. Dia berkata توكلت علي اللّٰه lalu dapat berlayar di dalam ombak-ombak peristiwa yang seperti gunung-ganang dengan penuh keamanan di dalam bahtera kehidupan. Dia
25. Page
menyerahkan segala tanggungan beratnya ke tangan qudrat al-Qadirul Mutlaq lalu pergi dari dunia dengan senang dan berehat di barzah. Kemudian dia boleh terbang ke syurga untuk masuk ke dalam kebahagiaan abadi. Sebaliknya, jika dia tidak bertawakkal, beban-beban dunia bukan sahaja tidak melepaskannya bahkan menariknya ke tahap asfala safilin.
Maknanya keimanan membawa kepada tauhid, tauhid membawa kepada taslim (penyerahan), taslim membawa kepada tawakkal dan tawakkal membawa kepada kebahagiaan di dua tempat. Tetapi jangan salah faham. Tawakkal bukanlah menolak terus semua sebab, bahkan memelihara sebab-sebab kerana mengetahui bahawa ia adalah tabir tangan qudrat. Manakala mencampurkannya dengan sebab-sebab pula terdiri daripada perbuatan hanya meminta penyebab-penyebab daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan melakukan sejenis doa menerusi perbuatan dan mengetahui bahawa natijah-natijahnya adalah daripada-Nya serta berasa terhutang budi daripada-Nya.
Perumpamaan mereka yang bertawakkal dan tidak adalah seperti kisah berikut:
Pada suatu masa, dua orang memikul bebananbebanan yang berat di pinggang dan kepala mereka. Kemudian mereka membeli tiket sebuah kapal yang besar lalu menaikinya. Salah seorang daripada mereka berdua, sebaik sahaja masuk ke dalam kapal, dia melepaskan bebanannya kepada kapal lalu duduk di atasnya dan memandang-mandang sekeliling. Seorang lagi, akibat kebodohan dan kesombongannya, dia langsung tidak melepaskan bebanannya kepada kapal.
Kemudian telah dikatakan kepadanya: “Letakkanlah bebananmu yang berat itu kepada kapal dan berehatlah.”
Dia menjawab: “Tidak! Aku tidak akan lepaskan! Mungkin ia akan hilang. Lagipun aku gagah. Aku akan menjaga hartaku di pinggang dan di kepalaku.”
26. Page
Sekali lagi dikatakan kepadanya: “Kapal Sultan yang selamat yang membawa kami dan kalian ini adalah lebih kuat. Ia dapat menjaga dengan lebih baik. Kepalamu mungkin akan pening dan kamu mungkin terjatuh ke laut bersama bebananmu. Lagipun, semakin lama kekuatan kamu akan berkurangan. Pinggangmu yang bengkok dan kepalamu yang tidak berakal itu tidak akan mampu untuk menampung bebanan yang semakin memberat itu. Kapten kapal juga, jika nampak kamu dalam keadaan ini Dia mungkin akan menghalau kamu kerana menyangka “orang itu gila” ataupun dia akan memerintahkan “Penjarakan dia! Dia pengkhianat. Dia memperolok kapal kita dan mengejek kita.”
Malah, kamu juga akan menjadi badut kepada semua orang. Ini kerana kamu telah menjadikan dirimu bahan ketawa kepada orang ramai akibat sifat takabburmu yang memperlihatkan kedaifan, sifat sombongmu yang memperlihatkan kelemahan dan sikap berpura-puramu yang meperlihatkan sifat riya’. Semua orang mentertawakanmu.”
Setelah dikatakan begitu si buntu tadi mula berfikir dengan waras. Dia telah meletakkan bebannya ke lantai kapal dan duduk di atasnya.
Dia berkata “ Semoga Allah meredhaimu. Aku telah terselamat daripada kesusahan, penjara dan kebadutan.”
Justeru, wahai insan yang tidak bertawakkal! Kamu juga berfikirlah seperti orang ini. Bertawakallah! Mudah-mudahan kamu terselamat daripada mengemis dari seluruh alam semesta, daripada menggigil di hadapan semua peristiwa, daripada sikap pentingkan diri, daripada kebadutan, daripada kesusahan ukhrawi dan daripada penjara himpitan duniawi.
Noktah Keempat: Iman menjadikan manusia sebagai manusia (sejati); bahkan menjadikan manusia sebagai Raja. Oleh itu, tugas asal manusia ialah beriman dan berdoa. Kekufuran menjadikan manusia sebagai binatang buas yang sangat lemah. Perbezaan
27. Page
antara haiwan dan manusia pada masa kelahiran mereka ke dunia sahaja pun sudah menjadi dalil yang jelas daripada ribuan dalil bagi masalah ini dan burhan yang muktamad kepada masalah ini.
Ya, perbezaan-perbezaan pada kedatangan insan dan haiwan ke dunia memperlihatkan bahawa keinsanan menjadi keinsanan melalui keimanan. Ini kerana, semasa haiwan lahir ke dunia ia datang yakni dihantar dalam keadaan sempurna berdasarkan persediaannya seolah-olah telah disempurnakan di sebuah alam lain. Ia mempelajari semua syarat kehidupannya, kaitannya dengan alam semesta dan undang-undang kehidupannya lalu menguasainya sama ada dalam dua jam atau dua hari atau dua bulan. Haiwan seperti burung pipit dan lebah mendapat yakni diilhamkan kepadanya kemampuan hidup dan kebolehan bekerja yang diperolehi manusia dalam dua puluh tahun, dalam tempoh dua puluh hari. Maknanya tugas sebenar haiwan bukanlah menjadi sempurna melalui latihan dan tidak meningkat melalui mencari pengetahuan serta bukan juga meminta bantuan dan berdoa dengan memperlihatkan kelemahannya, bahkan tugasnya ialah berusaha dan beramal menurut keupayaannya serta ubudiyyah melalui perbuatan.
Insan pula, perlu mempelajari semua benda dan jahil dengan undang-undang kehidupan ketika datang ke dunia hatta dia tidak mungkin dapat mempelajari syarat-syarat kehidupan dengan sempurna. Bahkan dia perlu belajar sehingga akhir umurnya. Malah insan dihantar ke dunia dalam keadaan yang sangat lemah dan daif. Seterusnya, hanya dapat berdiri dalam tempoh satu ke dua tahun. Semasa berumur lima belas tahun barulah dia dapat membezakan perkara-perkara yang bermudarat dan bermanfaat. Dia hanya dapat menarik manfaat-manfaatnya dan berlindung daripada kemudaratan melalui bantuan kehidupan manusia.
Maknanya, tugas fitrah bagi insan adalah menjadi sempurna melalui pembelajaran serta ubudiyyah melalui doa. Yakni, mengetahui tentang “dengan belas kasihan siapakah aku diuruskan dengan sebegini berhikmah, dengan kepemurahan siapakah tarbiah
28. Page
aku ditarbiah secara penuh kasih-sayang sebegini dan dengan kesantunan yang bagaimanakah aku diberi makan dan diuruskan dalam keadaan yang manja seperti ini?”
Seterusnya merayu, meminta dan berdoa melalui bahasa kelemahan dan kefakiran kepada al-Qadhiyul Hajat tentang hajat yang tangannya hanya mampu mencapai satu daripada seribu. Yakni, terbang ke maqam tinggi ubudiyyah dengan sayap kelemahan dan kefakiran.
Maknanya insan telah datang ke dunia ini untuk menjadi sempurna melalui perantaraan ilmu dan doa. Berdasarkan perihal dan persediaan, setiap benda berkait dengan ilmu. Asas, sumber, nur dan roh semua ilmu hakkiki adalah makrifatullah dan asas utamanya pula adalah beriman kepada Allah.
Malah, oleh sebab insan terdedah kepada balabala yang tidak berkesudahan dan ditimpa dengan serangan musuh-musuh yang tidak terkira dengan kelemahannya yang tidak berpenghujung serta terlibat dengan hajat yang tidak berkesudahan dan berhajat kepada keingingan-keinginan yang tidak berkesudahan bersama dengan kefakirannya yang tidak berpenghujung, maka selepas keimanan tugas asal fitrahnya ialah doa.
Doa adalah asas ubudiyyah. Sebagaimana seorang anak kecil menangis atau meminta untuk mencapai satu tujuan dan kehendak yang tidak dapat dicapai tangannya, yakni dia berdoa dengan lidah kelemahannya sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan, maka dia akan berjaya mencapai maksudnya, lalu seperti itu juga, insan adalah ibarat anak kecil yang manja, comel dan menawan dalam seluruh alam makhluk bernyawa. Dia perlu sama ada menangis dengan kedaifan dan kelemahannya ataupun berdoa dengan kefakiran dan keperluannya di pintu ar-Rahmanur Rahim. Supaya maksudnya disampaikan kepadanya ataupun dia menunaikan kesyukuran kerana penyampaian itu. Sebaliknya, melencong kepada mengkufuri nikmat dengan mengatakan “aku menggerakkan benda-benda ajaib yang tidak menerima taskhir dan seribu kali
29. Page
ganda lebih kuat daripada benda-benda itu dengan kekuatanku dan aku menjadikan mereka taat kepadaku dengan fikiran dan pentadbiranku” seperti anak kecil yang bodoh dan malas yang merengek kerana seekor lalat, maka sepertimana ia berlawanan dengan fitrah asal keinsanan, dirinya juga sangat berhak kepada azab dan hukuman yang dahsyat.
Noktah Kelima: Sebagaimana iman mewajarkan doa sebagai wasilah qat’i dan fitrah manusia sangat menginginkannya, Allah Tُْaala juga berfirman قُلْ مَا يَعْبَؤُ بِكُمْ رَبِّى لَوْلاَ دُعَاؤُكُمْ [1] yang bermakna: “Jika tiada doa kalian apakah kepentingan yang ada pada kalian?” Malah Allah memerintahkan اُدْعُونِى اَسْتَجِبْ لَكُمْ.
Jika kamu berkata: “Kami berdoa banyak kali, kenapa ia tidak diterima? Sedangkan ayat اُدْعُونِى اَسْتَجِبْ لَكُمْ adalah umum yakni ia mengifadahkan bahawa ada jawapan untuk semua doa.”
Jawapan: Memberi jawapan dan menerima adalah berbeza. Terdapat jawapan bagi semua doa namun menerima serta memberikan sesuatu seperti yang diminta adalah mengikut hikmah Allah Ta‘ala. Sebagai contoh:
Seorang kanak-kanak yang sakit memanggil: “Wahai doktor! Tengok saya.”
Doktor berkata: “Ya, silakan” lalu menjawab: “Apa yang kamu mahu?”
Budak itu berkata: “Berikan saya ubat sekian.”
Doktor pula, sama ada beliau memberikan apa yang diminta oleh kanak-kanak itu ataupun memberikan yang lebih baik daripada yang dimintanya berdasarkan maslahat-nya (apa yang baik untuknya). Ataupun beliau tahu bahawa ubat itu berbahaya kepada penyakitnya maka beliau tidak akan memberi sama-sekali.
Justeru, oleh sebab Allah Subhanahu Wa Ta ‘ala al-Hakimul Mutlaq adalah sentiasa hadir dan memerhati, maka Dia sentiasa
___________________
[1] Al-Furqan,77
30. Page
memberi jawaban kepada doa hamba-hamba-Nya. Dia mengubah kedahsyatan kesunyian dan keseorangan kepada ketenangan melalui kehadiran dan jawaban-Nya. Tetapi Dia memberi sama ada apa yang diminta ataupun apa yang lebih aula ataupun langsung tidak memberi menurut kehendak hikmah Rabbani bukan melalui kehendak atau tahakkum insan yang menurut hawa nafsu dankeinginan diri.
Malah doa adalah suatu ibadah. Ibadah pula, buah-buahnya adalah ukhrawi. Maksud-maksud duniawi pula ialah waktu-waktu doa dan ibadah jenis itu. Maksud-maksud itu bukanlah tujuan-tujuannya.
Contoh: Solat Istisqa’ (minta hujan) dan doanya merupakan suatu ibadah. Musim kemarau ialah waktu ibadah itu. Ibadah dan doa itu bukanlah untuk mendatangkan hujan. Sekiranya ia adalah dengan niat itu semata-mata, oleh sebab doa dan ibadah itu tidak ikhlas maka ia langsung tidak layak untuk diperkenankan.
Sepertimana terbenamnya matahari adalah waktu solat Maghrib, kegerhanaan matahari dan bulan ialah waktu dua ibadat khusus yang dinamakan Solat Kusuf dan Khusuf (Solat Gerhana).
Yakni, oleh sebab ia menjadi punca kepada pengumuman satu keagungan Ilahi akibat terselindungnya ayat-ayat nurani malam dan siang, maka Allah menyeru hamba-hamba-Nya menunaikan sejenis ibadah pada waktu itu. Solat itu bukannya untuk menyuraikan gerhana bulan dan matahari yang ditentukan dengan perkiraan ahli falak tentang bila ia akan kembali cerah dan berapa lama akan berlanjutan. Sama seperti itu, musim kemarau juga adalah waktu solat istisqa’ (solat minta hujan). Maka waktu bala-bala melanda dan benda-benda bermudarat menyerang adalah waktuwaktu khusus untuk berdoa supaya pada waktu itu insan memahami kelemahannya lalu berlindung di pintu al-Qadirul Mutlaq dengan doa dan rayuan. Sekiranya bala dan musibah masih belum menghilang walaupun doa telah kerap dipanjatkan, maka tidak boleh dikatakan bahawa doa tidak diterima, bahkan akan dikatakan bahawa waktu berdoa belum tamat.
31. Page
Sekiranya Allah mengangkat bala itu dengan limpahan dan kepemurahan-Nya, maka ia adalah nur ‘ala nur (cahaya di atas cahaya dengan makna ia adalah lebih baik). Waktu itu, masa berdoa telah tamat dan telah ditunaikan. Maknanya doa adalah satu rahsia ibadah.
‘Ubudiyyah pula, perlulah ikhlas hanya kerana Allah. Seseorang itu hanya perlu menzahirkan kelemahanya lalu pergi kepada-Nya dengan doa. Dia tidak patut mencampuri urusan Rububiyyah-Nya. Dia perlu menyerahkan pengurusannya kepada-Nya. Dia perlu yakin dengan hikmah-Nya. Dia tidak boleh menyalahkan rahmat-Nya.
Ya, sebenarnya, sebagaimana semua maujudat setiap satunya melakukan tasbih, ibadat khusus dan sujud khas masing-masing yang adalah sabit menurut ayat-ayat yang jelas ialah suatu doa yang pergi dari seluruh alam semesta ke gerbang Ilahi.
Ya, yang sabit menurut ayat-ayat yang jelas pada sebenarnya ialah: Sebagaimana tiap-tiap maujudat melakukan tasbih, ibadat khusus dan sujud khas, ia semua juga adalah suatu doa yang naik dari seluruh alam semesta ke gerbang Ilahi.
Sama ada melalui lisanul isti’dad (lidah persediaan) yakni seperti doa semua tumbuhan dan haiwan yang meminta suatu bentuk daripada al-Fayyadhul Mutlaq melalui lidah persediaan masing-masing dan menginginkan suatu penerimaan yang jelas kepada nama-nama-Nya.
Ataupun melalui lisanul ihtiyajul fitri (lidah keperluan fitrah) iaitu doa-doa semua makhluk bernyawa untuk keperluan daruri yang di luar batas keupayaan mereka yang setiap satunya meminta sesetengah tuntutan yang ibarat sejenis rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka daripada al-Jawwadul Mutlaq melalui lidah keperluan fitrah tersebut.
Ataupun doa melalui lisanul idhtirari (lidah keterpaksaan) iaitu setiap makhluk yang ada roh yang terdesak berdoa dengan
32. Page
perlindungan yang sebenar, berlindung kepada pelindung majhulnya bahkan menghadap kepada Rabbur Rahim-nya. Tiga jenis doa ini, adalah akan sentiasa makbul jika tiada halangan.
Jenis yang keempat pula dan yang paling masyhurnya adalah doa kita. Ia pula ada dua bahagian. Pertama berbentuk perbuatan dan keadaan dan yang satu lagi adalah berbentuk hati dan perkataan. Sebagai contoh: Membabitkan sebab-sebab adalah doa berbentuk perbuatan. Perhimpunan sebab-sebab bukanlah untuk mewujudkan musabbab bahkan mengambil satu kedudukan yang diredhai untuk meminta musabbab daripada Allah Taala melalui lisanul hal. Hatta membajak ladang juga (merupakan satu cara untuk) mengetuk pintu khazanah rahmat-Nya. Oleh sebab doa berbentuk perbuatan jenis ini bertumpu kepada nama dan gelaran al-Jawwadul Mutlaq, maka ia biasanya dikabulkan.
Bahagian kedua ialah berdoa melalui lidah dan hati iaitu mahukan sebahagian tuntutan yang tidak dapat dicapai oleh tangan. Sudut yang paling penting bagi perkara ini, tujuannya yang paling indah dan buahnya yang paling manis adalah perkara berikut: Orang yang berdoa memahami bahawa ada satu Dzat mendengar lintasan hatinya dan tangan-Nya mampu mencapai semua benda. Dia boleh mendatangkan semua hasrat ke tempatnya. Dia membelasi kelemahan orang itu dan membantu kefakirannya.
Justeru, wahai insan yang lemah dan manusia yang fakir! Janganlah lepaskan anak kunci khazanah rahmat seperti doa dan satu wasilah yang menjadi punca kekuatan yang tidak mungkin luak dari tangan. Peganglah kuat-kuat kepadanya. Naiklah ke a’la ‘illiyyin keinsanan. Seperti seorang Sultan, masukkanlah doa seluruh alam semesta ke dalam doamu. Katakanlah اِيَّاكَ نَسْتَعِينُ bagaikan seorang hamba yang menyeluruh dan seorang wakil yang umum. Jadilah ciptaan terindah alam semesta.
33. Page
Fasal Kedua:
Fasal ini terdiri daripada lima “Nuktah” yang merupakan punca kepada kebahagiaan dan kesengsaraan insan. Oleh kerana insan telah dicipta dalam keadaan ahsanu taqwim dan telah dianugerahi dengan persediaan yang sangat lengkap, maka dia telah dicampakkan ke medan ujian yang boleh memasuki dan jatuh ke maqam, martabat, darjat, tahap yang telah disusun daripada asfala safilin sehingga a’la’ illiyyin, daripada bumi sampai ke langit, daripada zarah sampai kepada matahari.
Manusia juga telah dihantar ke dunia ini sebagai satu mukjizat qudrat, natijah penciptaan dan keajaiban seni yang telah dibuka di hadapannya dua jalan yang menuju ke arah kerendahan dan ketinggian tanpa penghujung. Justeru, kami akan menerangkan rahsia ketinggian dan kerendahan insan yang dahsyat itu dalam lima nuktah.
Nuktah Pertama: Insan adalah berhajat dan ada kaitan dengan kebanyakan jenis makhluk di alam semesta. Keperluannya telah ditebarkan ke setiap penjuru alam. Keinginan-keinginannya memanjang sampai kepada keabadian. Sebagaimana dia mahukan sekuntum bunga, dia juga mahukan musim bunga yang besar. Sebagaimana dia mahukan sebuah taman, dia juga mahukan syurga yang abadi. Sebagaimana dia rindu untuk melihat seorang sahabatnya, dia juga rindu untuk melihat al-Jamil Dzul Jalal. Sebagaimana dia perlu membuka pintu rumah orang yang dikasihinya yang tinggal di rumah lain untuk menziarahinya, maka untuk menziarahi sembilan puluh sembilan peratus para kekasihnya yang telah berpindah ke barzakh dan untuk menyelamatkan dirinya daripada perpisahan abadi, dia perlu pergi berlindung ke pintu al-Qadirul Mutlaq yang akan menutup pintu dunia yang besar dan akan membuka pintu akhirat yang merupakan perhimpunan
34. Page
Perkara yang ajaib serta mengangkat dunia lalu membina dan meletakkan akhirat di tempatnya.
Justeru hanya al-Qadir Dzul Jalal, ar-Rahim Dzul Jamal dan al-Hakim Dzul Kamal yang tali kendali semua benda di tangan-Nya, khazanah semua benda di sisi-Nya, yang sentiasa menanti di samping semua benda, sentiasa hadir di setiap tempat, munazzah daripada tempat, mubarra’ daripada kelemahan, muqaddas daripada kecacatan dan mu‘alla daripada kekurangan sahaja boleh menjadi al-Ma’bud hakiki kepada insan yang dalam keadaan itu. Ini kerana hanya pemilik qudrat yang tiada penghujung dan ilmu yang meliputi segalanya sahaja boleh menunaikan hajat-hajat insan yang tiada akhiran. Jika begitu, hanya Dialah yang layak untuk disembah.
Justeru, wahai insan! Jika kamu menjadi hamba hanya kepada-Nya, kamu akan mendapat satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seluruh makhluk. Sekiranya kamu enggan beribadah, maka kamu akan menjadi hamba yang hina kepada makhluk-makhluk yang lemah. Jika kamu bergantung kepada ananiyyah dan keupayaanmu lalu meninggalkan tawakkal dan doa lantas tersasar kepada takabbur dan dakwaan (mendakwa diri mampu melakukan sendiri), waktu itu kamu akan terjatuh lebih rendah daripada lebah dan semut dan lebih daif daripada labah-labah dan lalat dari sudut kebajikan dan pewujudan. Kamu akan menjadi lebih berat daripada gunung dan lebih bermudarat daripada wabak taun dari sudut keburukan dan pemusnahan. Ya, wahai insan! Padamu terdapat dua sudut.
Pertama: Sudut pewujudan, kewujudan, kebaikan, positif dan fi‘il (perbuatan).
Kedua: Sudut pemusnahan, ketiadaan, keburukan, negatif dan infi‘al (keterkesanan).
35. Page
Berdasarkan sudut pertama, kamu adalah lebih rendah daripada lebah dan burung pipit dan lebih daif daripada lalat dan labah-labah.
Berdasarkan sudut kedua, kamu mengatasi gunung, tanah, bumi dan langit. Kamu memikul satu beban yang ditakuti dan telah diakui tidak mampu oleh mereka. Kamu mendapat sebuah kawasan yang lebih luas dan lebih besar daripada mereka. Ini kerana apabila kamu melakukan kebaikan dan pewujudan, kamu hanya dapat membuat kebaikan dan melakukan pewujudan menurut kadar keluasan dan keupayaanmu, sekadar apa yang boleh dicapai oleh tanganmu dan di tahap apa yang memadai dengan kekuatanmu. Sekiranya kamu melakukan perkara buruk dan memusnah, waktu itu, keburukanmu akan melampaui batas dan pemusnahanmu akan berkembang.
Sebagai contoh: Kekufuran adalah satu keburukan, satu pemusnahan dan ketidakpercayaan. Tetapi, keburukan yang satu itu mengandungi sikap men-tahqir seluruh a lam semesta, men-tazyif semua nama Ilahi dan men-tarzil semua manusia. Ini kerana, maujudat itu mempunyai maqam yang tinggi dan tugas yang penting. Ini kerana, mereka ialah tulisan Rabbani, cermin as-Subhan dan petugas Ilahi. Kekufuran pula, sebagaimana ia menjatuhkan mereka daripada maqam sebagai pencermin, petugas dan pemilik makna serta menurunkan mereka ke tahap sia-sia dan mainan tasaduf (kebetulan) dan kepada benda-benda fana yang cepat rosak dan berubah akibat pemusnahan oleh kelenyapan dan perpisahan dan kepada martabat yang tidak penting, tidak bernilai dan tiada makna, ia juga men-tazyif-kan namanama Ilahi yang ukiran-ukiran, jilwah-jilwah dan keindahan-keindahannya kelihatan di seluruh alam semesta dan pada cermin-cermin maujudat melalui keingkaran.
Dia mencampak pemilik martabat khilafah bumi yang dinamakan keinsanan, qasidah puisi hikmah yang secara indah
36. Page
mengumumkan jilwah-jilwah bagi semua nama kudus Ilahi, mukjizat qudrat yang terang yang seumpama benih yang menghimpunkan semua kelengkapan bagi pohon kebaqaan, mengatasi bumi, langit dan gunung kerana menerima amanah teragung sebagai tanggungjawabnya dan serta memperoleh pengutamaan ke atas malaikat ke suatu tahap yang lebih hina, daif, lemah dan fakir daripada seekor haiwan fana dan tidak kekal yang paling hina. Dia juga menjatuhkannya ke tahap sekeping papan biasa yang tiada makna, serabut dan cepat rosak.
Hasilnya: Pada sudut pemusnahan dan kejahatan, nafsu amarah boleh melakukan jenayah yang tiada penghujung tetapi keupayaannya dalam mewujudkan dan kebaikan adalah sangat sedikit dan juz’i. Ya, ia boleh meruntuhkan sebuah rumah dalam masa sehari tetapi tidak boleh membinanya dalam masa seratus hari. Namun, apabila ia meninggalkan ananiyyah, meminta kebaikan dan kewujudan daripada taufiq Ilahi, menjauhkan diri daripada kejahatan, pemusnahan dan sikap bergantung kepada diri sendiri lalu menjadi hamba yang sempurna dengan beristighfar, waktu itu dia akan menerima rahsia بَدِّلُ اللّٰهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ. Kemampuan kejahatan tanpa batasan yang ada padanya akan bertukar menjadi kemampuan kebaikan yang tiada batasan. Dia akan mendapat nilai Ahsanu Taqwim lalu naik ke a’la illiyyin.
Justeru, wahai insan yang lalai! Renungilah kelebihan dan kepemurahan Allah Ta‘ala! Walaupun menulis kejahatan seribu ketika ia satu tetapi menulis kebaikan satu ataupun langsung tidak menulisnya adalah keadilan; namun Dia menulis satu kejahatan sebagai satu dan satu kebaikan sebagai sepuluh kadang- kadang tujuh puluh, kadang-kadang tujuh ratus dan kadang-kadang tujuh ribu. Malah fahamilah daripada nuktah ini bahawa memasuki neraka merupakan balasan perbuatan dan sebenar-benar keadilan. Tetapi memasuki syurga adalah sebenar-benar kelebihan.
Nuktah Kedua: Terdapat dua wajah pada insan. Satunya memandang kepada kehidupan dunia dari sudut ananiyyah.
37. Page
Manakala yang satu lagi memandang kepada kehidupan abadi dari sudut ubudiyyah. Menurut wajah pertama, dia adalah makhluk yang sangat tidak berdaya kerana modalnya hanyalah satu juzuk ikhtiari yang juz’ i seperti sehelai rambut daripada pilihan, hanyalah satu usaha yang lemah daripada keupayaan, hanyalah nyalaan yang cepat padam daripada kehidupan, hanyalah satu tempoh singkat yang pantas berlalu daripada umur dan hanyalah sekujur tubuh kecil yang cepat reput daripada apa yang ada dan dimilikinya. Bersama dengan keadaannya itu, dia adalah satu diri daripada diri-diri yang halus dan lemah yang tidak terkira bagi jenisjenis makhluk yang tidak terkira yang telah dipamerkan pada lapisan alam semesta.
Menurut wajah kedua dan terutamanya pada sesuatu kelemahan dan kefakiran yang menghala kepada ubudiyyah terdapat keluasan yang sangat besar. Terdapat satu kepentingan yang sangat besar. Ini kerana, al-Fatirul Hakim telah meletakkan kelemahan besar yang tiada kesudahan dan kefakiran besar yang tiada sempadan dalam perihal maknawi insan. Supaya dia menjadi cermin luas yang menghimpunkan tajalli tidak terkira bagi zat al-Qadirur Rahim yang qudrat-Nya tiada penghujung dan al-Ghaniyyul Karim yang kekayaan-Nya tiada akhiran.
Ya, insan menyerupai sebiji benih. Sebagaimana peralatan yang maknawi dan penting daripada qudrat serta program yang halus dan berharga daripada taqdir telah diberikan kepada benih itu supaya ia bekerja di bawah tanah, sehingga keluar daripada alam yang sempit itu, lalu memasuki alam udara yang luas, meminta daripada al-Khaliq-nya supaya ia menjadi sebatang pohon melalui lidah persediaannya dan menemui satu kesempurnaan yang layak kepada dirinya. Jika benih itu menggunakan peralatan maknawi yang diberikan kepadanya untuk menarik sesetengah bahan-bahan bermudarat di bawah tanah akibat keburukan sifatnya, maka ia akan mereput dan hancur sia-sia di tempat yang sempit itu dalam satu masa yang singkat. Sekiranya benih itu menjunjung perintah takwin فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى lalu menggunakan peralatan-peralatan
38. Page
maknawi tersebut dengan baik, maka ia akan keluar daripada alam yang sempit itu, di samping menjadi sebatang pohon besar yang berbuah, juzuk hakikatnya dan roh maknawinya akan mendapat bentuk hakikat menyeluruh yang besar.
Justeru, sama seperti itu, alat-alat penting daripada qudrat dan program-program berharga daripada taqdir telah diletakkan dalam perihal keinsanan. Jika insan menggunakan peralatan maknawinya yang di bawah tanah kehidupan duniawi di alam dunia yang sempit ini untuk kehendak hawa nafsunya dan untuk keseronokan yang juz’i, dia akan mereput dan hancur dalam umur yang singkat seperti benih yang rosak, di tempat yang sempit dan dalam keadaan yang susah lalu tanggungjawab maknawi akan dipikulkan kepada rohnya yang malang lalu dia akan berlalu pergi daripada dunia ini.
Sekiranya dia menjunjung perintah-perintah al- Quran lalu menghalakan peralatan maknawinya ke arah tujuan-tujuan hakikinya dengan cara menyuburkan benih persediaannya itu dengan air keislaman dan dengan cahaya keimanan di bawah tanah ubudiyyah, maka sudah tentu ia akan mencambahkan dahan dan ranting di alam misal dan barzah dan akan menjadi sebiji benih berharga dan jentera gemilang yang menghimpunkan alat-alat sebatang pohon kebaqaan dan hakikat berterusan yang akan menjadi punca kepada kesempurnaan dan nikmat yang tidak berkesudahan di alam akhirat dan syurga dan akan menjadi buah-buah yang berkat dan bercahaya bagi pohon alam semesta ini.
Ya, peningkatan hakiki pula, dengan mengalihkan hati, rahsia, roh, akal hatta daya khayalan dan deria-deria yang lain yang diberikan kepada insan ke arah kehidupan abadi, setiap satunya adalah sibuk dengan tugas ubudiyyah khusus yang sesuai dengan diri masing-masing. Jika tidak, sekiranya dia menundukkan semua latifah, hati dan akalnya kepada nafsu amarah lalu memberi pembantu untuk masuk ke dalam semua perkara remeh-temeh kehidupan duniawi yang disangka kemajuan oleh golongan sesat dan untuk merasai setiap jenis keseronokannya hatta yang paling
39. Page
hina, maka itu bukanlah kemajuan bahkan kemunduran. Aku telah melihat hakikat ini dalam suatu kejadian khayalan dalam perumpamaan yang seperti berikut:
Aku sedang memasuki sebuah bandar yang besar. Aku perhatikan bahawa di bandar itu terdapat istana-istana yang besar. Aku memerhatikan sesetengah pintu istana, padanya terdapat suatu tarikan yang menarik perhatian dan menghiburkan semua orang seperti sebuah panggung pementasan yang sangat meriah dan terang.
Aku mendapati bahawa tuan istana itu telah datang ke pintu, beliau bermain dengan anjing dan membantu anjing itu bermain. Para wanita berbual mesra dengan para pemuda asing. Gadis-gadis remaja juga mengelola permainan kanak-kanak. Penjaga pintu juga memegang watak sebagai seorang pelakon yang seakan-akan mengawal dan mengetuai mereka.Waktu itu aku faham bahawa isi istana yang besar itu kosong dan lengang. Semua tugas yang penting tidak lagi berfungsi. Akhlak mereka telah merosot maka keadaan mereka di pintu adalah seperti ini. Kemudian aku beredar.
Aku sampai ke sebuah istana yang lain. Aku nampak seekor anjing yang setia berbaring, seorang penjaga pintu yang tegap, garang dan tenang di depan pintu serta terdapat suatu keadaan yang malap. Aku tertanya-tanya. Mengapa itu begitu dan ini begini? Aku masuk ke dalam istana itu. Aku perhatikan bahawa dalamannya sangat meriah. Bertingkat-tingkat. Aku nampak bahawa para penghuni istana sibuk dengan tugas-tugas halus yang berbeza-beza. Orang-orang di tingkat pertama melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran istana. Gadis-gadis dan kanak-kanak di tingkat di atasnya, sedang belajar. Para wanita yang di tingkat yang lebih atas sedang sibuk dengan hasil-hasil seni yang sangat latif dan ukiran-ukiran yang sangat cantik. Tuan yang paling di atas sibuk dengan tugas-tugas istimewa dan khasnya sedang berkomunikasi dengan raja untuk memastikan kerehatan para penghuni dan untuk kesempurnaan dan kemajuan. Oleh sebab aku tidak kelihatan
40. Page
kepada mereka, maka mereka tidak berkata: “Jangan!” dan aku boleh meninjau-ninjau.
Kemudian aku keluar dan perhatikan bahawa di seluruh penjuru negara itu terdapat dua jenis istana ini.
Aku bertanya dan mereka menjawab: “Istana-istana yang pintunya meriah tetapi isinya kosong itu adalah milik para pembesar dari kalangan orang-orang kafir dan golongan-golongan sesat. Yang lain-lain adalah milik para pembesar Islam yang bermaruah.”
Kemudian aku terjumpa dengan sebuah istana di suatu penjuru. Di atasnya aku melihat nama Said. Aku tertanya-tanya. Lalu aku perhatikan lagi. Aku seolah-olah ternampak wajahku di atasnya. Kerana sangat terkejut aku menjerit lalu tersedar dan terjaga.
Justeru, aku akan menghuraikan tentang kejadian khayalan itu. Moga Allah jadikannya kebaikan.
Sesungguhnya bandar itu ialah kehidupan bermasyarakat manusia dan bandar ketamadunan insan.
Tiap-tiap istana itu adalah tiap-tiap manusia. Penghuni istana itu ialah latifah-latifah seperti mata, telinga, hati, rahsia, roh dan akal nafsu serta benda-benda seperti hawa nafsu, daya syahwat dan daya kemarahan. Terdapat tugas ubudiyyah yang berbeza-beza bagi setiap latifah dalam setiap manusia. Terdapat kelazatan dan kesakitannya yang berbeza-beza.
Hawa nafsu, daya syahwat dan daya kemarahan adalah ibarat penjaga pintu dan anjing. Justeru, menundukkan latifah-latifah yang tinggi itu kepada hawa nafsu dan melupakan tugas asal mereka tidak lain dan tidak bukan ialah kemerosotan. Bukan peningkatan. Kamu boleh huraikan sudut-sudut yang lain.
Nuktah Ketiga: Dalam sudut perbuatan dan amalan dan dari segi usaha maddi, insan adalah haiwan yang daif dan makhluk yang lemah. Daerah pergerakan dan pemilikannya pada sudut itu adalah sangat sempit sehingga jika dia memanjangkan tangannya
41. Page
dia akan dapat mencapainya. Hatta haiwan-haiwan peliharaan yang menyerahkan tali kendalinya kepada tangan manusia juga telah mendapat habuan daripada kedaifan, kelemahan dan kemalasan manusia maka apabila haiwan-haiwan itu dibandingkan dengan jenisnya yang liar, akan kelihatan perbezaan yang ketara. Seperti kambingdan lembu ternakan dengan kambing dan lembu liar.
Tetapi, pada sudut infi‘al, kabul, doa dan permintaan, insan itu ialah pengembara mulia di
persinggahan dunia ini. Dia telah menjadi tetamu kepada al-Karim yang khazanah-khazanah rahmat yang tidak terkira telah dibuka untuknya. Dia telah menundukkan masnu‘at unggul dan para petugas yang tidak terkira kepadanya. Untuk keriangan, tatapan dan pengistifadahan tetamu itu, Dia telah membuka dan mempersiapkan satu ruang yang begitu besar sehingga separuh keluasannya (radiusnya) yakni jarak daripada titik pusat sehingga ke garisan ufuk yang dapat dilihat oleh mata adalah seluas dan sepanjang ke tempat yang boleh dikhayalkan oleh akal.
Justeru, jika insan bersandar kepada ananiyyahnya lalu dengan menganggap kehidupan dunia adalah tujuan khayalan kemudian dia berusaha untuk mengambil beberapa kelazatan sementara dalam keperluan sara hidup, maka dia akan lemas dan hilang di dalam ruang yang sangat sempit. Semua kelengkapan, peralatan dan latifah yang diberi kepadanya akan menjadi saksi yang akan menentangnya semasa Hasyir dan akan menjadi pendakwa.
Sekiranya dia mengetahui bahawa dirinya adalah tetamu dan membelanjakan modal umurnya dalam daerah keizinan Dzat al-Karim yang mengundangnya, dia akan bekerja dengan baik untuk kehidupan abadi yang panjang lalu bernafas dan beristirehat dalam daerah yang begitu luas.
Kemudian dia boleh pergi sampai ke martabat a’la ‘illiyin. Di samping itu juga semua kelengkapan dan peralatan yang diberi kepada insan ini akan menjadi saksi pembelanya di akhirat kerana senang dengannya. Ya, semua kelengkapan menakjubkan yang diberi
42. Page
kepada insan telah diberikan bukan untuk kehidupan duniawi yang tidak penting ini bahkan untuk satu kehidupan baqa’ yang sangat penting.
Ini kerana, jika kita membandingkan insan dengan haiwan kita akan melihat bahawa dari sudut kelengkapan dan peralatan, insan adalah sangat kaya. Seratus kali ganda lebih banyak berbanding dengan haiwan. Dalam kelazatan kehidupan duniawi dan dalam kehidupan seperti haiwan dia turun seratus darjat lebih bawah. Ini kerana, dalam setiap kelazatan yang dirasainya terdapat ribuan parut kesakitan. Kesakitan-kesakitan masa lalu dan ketakutan-ketakutan masa depan dan hatta kesakitan kelenyapan bagi setiap kelazatan merosakkan kenikmatan-kenikmatannya dan meninggalkan satu parut dalam kelazatannya.
Tetapi haiwan tidak begitu. Ia mendapat kelazatan yang tiada kesakitan. Ia menikmati tanpa kesedihan. Bukan sahaja masa lalu tidak menyakitkannya, ketakutan masa hadapan juga tidak menggerunkannya. Maka ia hidup kemudian berbaring dengan tenang serta bersyukur kepada al-Khaliq-nya.
Maknanya, jika insan yang diciptakan dalam bentuk ahsanu taqwim hanya membataskan fikiran kepada kehidupan duniawi, walaupun dari segi modal dia adalah seratus darjat lebih tinggi daripada haiwan, namun dia boleh jatuh seratus darjat lebih bawah berbanding dengan haiwan seperti burung pipit. Aku telah menerangkan hakikat ini di tempat lain melalui satu perumpamaan. Kerana ada kaitannya dengan perbahasan ini, maka aku menyatakan semula perumpamaan itu. Ia adalah seperti berikut:
Seseorang telah memberikan sepuluh keping wang emas kepada seorang pekerjanya.
Dia memberi arahan: “Tempahlah sepasang baju daripada kain yang istimewa!”
Kepada pekerjanya yang kedua, dia memberikan seribu keping wang emas dan meletakkan ke dalam poket pekerja itu satu
43. Page
senarai yang bertulis beberapa perkara dan menyuruhnya pergi ke pasar. Pekerja yang pertama membeli sepasang pakaian yang sempurna daripada kain yang mahal dengan sepuluh keping wang emas. Pekerja yang kedua melakukan tindakan yang bodoh. Dia memerhatikan pekerja yang pertama lalu tanpa membaca senarai yang ada dalam poketnya, dengan memberikan seribu keping wang emas kepada seorang pekedai dia meminta sepasang pakaian. Maka si pekedai yang jahat itu pun memberikan kepadanya sepasang pakaian daripada kain yang paling murah. Lalu pekerja itu pulang menghadap tuannya dan mendapat hukuman yang keras dan menerima azab yang dahsyat.
Justeru, seseorang yang mempunyai perasaan walaupun sedikit memahami bahawa seribu keping wang emas yang telah diberikan kepada pekerja yang kedua bukanlah untuk membeli sepasang pakaian bahkan untuk satu urusan perniagaan yang penting.
Sama seperti itu, kelengkapan maknawi dan latifah keinsanan pada insan, setiap satunya adalah seratus darjat lebih luas berbanding dengan haiwan. Sebagai contoh: Di manakah kelengkapan dan peralatan yang lain seperti mata insan yang dapat membezakan semua martabat kecantikan, deria rasa lidahnya yang boleh mengasingkan semua rasa-rasa khusus yang bermacam-macam bagi makanan, akal insan yang dapat menyerap semua perincian hakikat dan hati insan yang merindukan semua jenis kesempurnaan?
Di manakah pula alat-alat haiwan yang sangat mudah yang berkembang hanya satu atau dua martabat?
Yang ada hanyalah perbezaan sekadar berikut: Kelengkapan khusus pada haiwan itu yang terbatas kepada satu amalan yang khas untuk dirinya berkembang lebih banyak. Tetapi perkembangan itu adalah khusus.
Kekayaan insan dari sudut kelengkapannya adalah daripada rahsia berikut: Dengan sebab akal dan fikiran, organ dan deria rasa insan telah memunculkan banyak perkembangan dan keluasan.
44. Page
Dengan sebab banyaknya keperluan, maka banyak kehendak yang bermacam-macam telah muncul dan kepekaannya telah menjadi pelbagai. Dengan sebab kesyumulan fitrah, ia telah menjadi punca kepada kehendak-kehendak yang tertumpu kepada maksud-maksud yang sangat banyak. Dengan sebab kewujudan tugas fitrah yang sangat banyak, alat-alat dan kelengkapannya telah memunculkan keluasan yang banyak.
Oleh sebab insan telah dicipta dalam satu fitrah yang siaga untuk semua jenis ibadat, maka kemampuan yang syumul kepada benih-benih semua kesempurnaan telah diberikan. Justeru, sudah tentu kekayaan dari segi kelengkapan dan kebanyakan dari sudut modal setahap itu tidak diberikan untuk memperoleh kehidupan duniawi yang tidak penting dan sementara ini. Bahkan tugas sebenar bagi insan yang sebegitu ialah melaksanakan tugas-tugasnya yang tertumpu kepada maksud-maksud yang tidak terkira, mengumumkan kelemahan, kefakiran dan kekurangannya dalam bentuk ubudiyyah, menjadi saksi dengan menyaksikan tasbihat maujudat melalui pandangannya yang menyeluruh, melihat dan mensyukuri bantuan ar-Rahman dalam nikmatnikmat-Nya dan bertafakur sambil menatap mukjizat qudrat Rabbani pada masnuat melalui renungan iktibar.
Wahai insan yang memuja dunia, cintakan kehidupan dunia dan lalai daripada rahsia ahsanu taqwim! Said Lama telah melihat hakikat kehidupan duniawi ini dalam satu peristiwa khayalan. Dengarlah peristiwa perumpamaan berikut yang telah mengubah Said Lama kepada Said Baru:
Aku dapati bahawa aku adalah seorang pengembara. Aku menuju jalan yang jauh. Yakni aku dihantar. Seseorang yang merupakan tuan kepadaku telah memberikan satu demi satu daripada enam puluh keping wang emas yang telah dikhususkan untukku secara berperingkat.
Maka aku pun membelanjakannya dan sampai ke sebuah rumah persinggahan yang sangat menghiburkan. Dalam satu malam di
45. Page
rumah persinggahan itu aku telah menghabiskan sepuluh keping wang emas untuk berjudi, berhibur dan untuk jalan menyanjung kemasyhuran. Apabila pagi, tiada lagi sebarang wang yang tinggal di tanganku. Aku tidak dapat melakukan sebarang jual beli. Aku tidak dapat membeli harta untuk tempat yang aku tujui. Yang tinggal di tanganku hanyalah kesakitan dan dosa daripada wang itu serta luka, lebam dan kesedihan daripada hiburan-hiburan.
Tiba-tiba, ketika aku dalam keadaan bersedih itu seseorang telah muncul. Dia telah berkata kepadaku: “Engkau telah mensia-siakan semua modalmu. Engkau juga berhak kepada hukuman. Engkau juga akan pergi sebagai seorang yang muflis dan bertangan kosong ke tempat yang ditujui. Tetapi, jika engkau berakal, pintu taubat masih terbuka. Selepas ini, daripada lima belas keping wang emas yang berbaki yang akan diberikan kepadamu, apabila sampai saja ke tanganmu, simpanlah separuhnya sebagai langkah berjaga-jaga. Yakni, belilah sesetengah benda yang engkau perlukan di tempat yang engkau akan pergi nanti.”
Aku menyedari bahawa nafsuku tidak redha. Orang itu berkata “satu pertiganya.” Nafsuku tidak patuh kepadanya (cadangan itu) juga. Kemudian dia berkata “satu perempat”. Aku sedari bahawa nafsuku tidak dapat meninggalkan kebiasaan yang menimpanya. Maka orang itu telah memalingkan wajahnya dalam keadaan marah lantas berlalu pergi.
Tiba-tiba keadaan itu berubah. Aku dapati bahawa aku di dalam sebuah keretapi yang bergerak dengan kelajuan yang bagaikan boleh menjatuhkan berada dalam sebuah terowong. Maka aku mulai risau. Tetapi apakan daya kerana (aku) tidak boleh lari ke mana-mana. Namun apa yang aneh, di kiri dan kanan keretapi itu kelihatan bunga-bungaan yang sangat menawan dan buah-buahan yang sangat lazat. Aku pun seperti orang-orang kolot yang tidak berakal memandang kepada bunga dan buah itu lalu menghulurkan tanganku. Aku telah berusaha untuk memetik bunga-bunga dan mengambil buah-buah itu. Tetapi bunga-bungaan dan buah-
46. Page
buahan itu adalah berduri dan ketika aku menyentuhnya, duri itu menyucuk tanganku dan melukainya. Angkara kelajuan kereta api, bunga dan buah itu menghiris dan menghancurkan tanganku. Bunga-bunga dan buah-buah itu amat menyusahkanku.
Tiba-tiba seorang petugas keretapi itu berkata: Berikan lima sen, aku akan memberikanmu bunga dan buah sebegitu sebanyak yang kamu mahu. Sebagai gantian lima sen, kerana kehancuran tanganmu, kamu kerugian seratus sen. Malah terdapat juga hukuman kerana kamu tidak boleh memetiknya tanpa keizinan.
Lantas kerana tertekan dan kerana ingin mengetahui bilakah terowong akan berakhir, maka aku mengeluarkan kepala dan memandang ke hadapan. Sebagai ganti pintu terowong, kelihatan banyak lubang. Ramai orang dilempar dari keretapi yang panjang itu ke dalam lubang-lubang itu. Aku ternampak satu lubang yang menghadap kepadaku. Di dua sisinya dua batang nisan telah dipacak. Aku memerhatikannya dengan penuh pertanyaan. Aku nampak bahawa di atas batu nisan itu tertulis nama Said dengan huruf-huruf yang besar.
Akibat kekesalan dan kehairanan aku telah berkata: “Alangkah menyesalnya diriku!” Tiba-tiba aku terdengar suara orang yang menasihatiku di pintu rumah persinggahan itu.
Beliau berkata: Adakah kamu sudah memikirkannya dengan baik?
Aku menjawab: “Ya, sudah, tetapi tiada lagi kekuatan.”
Maka beliau berkata: “(Sesungguhnya) tiada jalan keluar. Justeru bertaubat dan bertawakkallah!”
Aku berkata: “Aku sudah lakukan!”
Lantas aku terjaga. Said Lama telah hilang. Aku melihat diriku sebagai Said Baru.
Justeru, aku akan menghuraikan satu atau dua bahagian peristiwa khayalan itu. Mudah-mudahan Allah menjadikannya kebaikan. Kalian huraikanlah sendiri sudut yang lain-lain.
47. Page
Perjalanan itu ialah perjalanan yang melintasi alam roh, rahim ibu, masa muda, masa tua, kubur, alam barzah, Hasyir dan Sirat sehingga selama-lamanya.
Enam puluh keping wang emas itu ialah enam puluh tahun usia yang semasa aku melihat peristiwa tadi. Aku menganggarkan ketika itu aku berumur empat puluh lima tahun. Aku tidak memiliki sebarang surat sokongan, tetapi seorang pelajar al-Quranul Hakim yang ikhlas telah membimbingku untuk membelanjakan separuh daripada lima belas tahun usiaku kepada akhirat.
Bagiku, rumah persinggahan itu ialah Istanbul.
Keretapi itu pula ialah masa.
Setiap satu tahun ialah satu gerabak.
Terowong itu ialah kehidupan duniawi.
Bunga-bungaan dan buah-buahan yang berduri itu pula ialah kelazatan yang ditegah dan keseronokan yang haram. Apabila bertemu, kesakitan menggambarkan kelenyapannya melukakan hatiku. Apabila berpisah, ia menghancurkannya. Ia turut menghukumku.
Petugas kereta api telah berkata: “Berikan lima sen dan aku akan memberikan daripadanya sebanyak mana yang kamu mahu.”
Huraiannya adalah seperti berikut: Kenikmatan dan kelazatan yang dirasai dalam daerah halal melalui usaha yang halal adalah cukup untuk keseronokanmu. Ia tidak meninggalkan keperluan untuk masuk ke dalam perkara haram. Kamu boleh menghuraikan bahagian-bahagian lain.
Nuktah Keempat: Di alam semesta ini, insan menyerupai anak kecil yang sangat manja dan lembut. Dalam kedaifannya terdapat kekuatan yang besar dan dalam kelemahannya terdapat kuasa yang kuat. Ini kerana dengan kekuatan kedaifan dan dengan kuasa kelemahan itulah maka maujudat telah ditundukkan kepadanya.
Sekiranya insan memahami kedaifannya lalu berdoa dengan perkataan, perbuatan, keadaan dan sikap dan jika dia mengetahui
48. Page
kelemahannya lalu meminta bantuan; di samping menunjukkan kesyukuran kerana penundukan itu, dia akan berjaya mencapai kehendaknya dan maksudmaksud ditundukkan kepadanya sedangkan melalui keupayaannya sendiri dia tidak akan dapat mencapai walaupun satu daripada satu persepuluhnya.
Cuma, kadang-kadang dia tersilap menyangka bahawa kehendak yang diperoleh melalui doa lisanul hal-nya adalah kerana upayanya sendiri.
Sebagai contoh: Kekuatan pada kedaifan anakanak ayam menyebabkan si ibu sanggup menyerang singa. Anak singa yang baru lahir ke dunia dapat menundukkan singa yang buas dan lapar itu lalu membiarkan si ibu kelaparan sedangkan dirinya kekenyangan.
Justeru, apa yang wajar diperhatikan ialah kekuatan pada kedaifan dan yang wajar ditonton ialah jilwah rahmat (padanya). Ia adalah sepertimana seorang bayi yang manja sangat mudah mendapat apa yang dikehendakinya melalui tangisan, permintaan ataupun keadaannya yang menyedihkan dan menyebabkan mereka yang kuat ditundukkan kepadanya sedangkan dia tidak mungkin dapat mencapai satu daripada seribu kehendak itu melalui seribu kali ganda kekuatan kecilnya.
Maknanya, oleh sebab kedaifan dan kelemahan menggerakkan kasih sayang dan perlindungan kepadanya, maka melalui jarinya yang kecil dia menundukkan para perwira kepada dirinya.
Sekarang, sekiranya kanak-kanak yang seperti ini berkata: “Saya menundukkan semua ini dengan kekuatan saya” dengan penuh bangga dan secara bodoh dalam bentuk mengingkari kasih sayang itu dan menyalahkan perlindungan itu, nescaya dia akan ditampar.
Justeru, jika insan juga berkata اِنَّمَا اُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ مِنْ عِنْدِي yang bermaksud aku memperoleh semua ini melalui ilmuku sendiri dan keupayaan sendiri dalam bentuk mengkufuri nikmat, mengingkari rahmat dan menyalahkan hikmah al-Khaliq seperti Qarun, sudah tentu dia berhak kepada tamparan azab untuk dirinya.
49. Page
Maknanya, kesultanan insan, kemajuan manusia dan kesempurnaan tamadun yang disaksikan ini bukanlah melalui tarikan, kemenangan dan perdebatan bahkan telah ditundukkan kepadanya kerana kedaifannya. Telah ditolong kerana kelemahannya. Telah dikurniakan kepadanya kerana kefakirannya. Telah diilhamkan kepadanya kerana kejahilannya. Telah dikurniakan kepadanya kerana keperluannya.
Ini kerana kesultanan itu bukanlah kekuatan dan keupayaan ilmu bahkan kasih sayang dan kesantunan Rabbani serta rahmat dan hikmah Ilahi. Maka semua benda telah ditundukkan kepadanya. Ya, yang memakaikan sutera daripada ulat yang kecil dan memberi makan madu daripada serangga berbisa bukanlah keupayaannya, bahkan ia adalah penundukan Rabbani dan ikram ar-Rahman yang merupakan buah kedaifan kepada insan yang kalah kepada binatang berbisa seperti kala jengking yang tidak bermata dan ular yang tidak berkaki.
Wahai insan, memandangkan hakikat adalah begini, tinggalkanlah kesombongan dan ananiyyah. Umumkanlah kelemahan dan kedaifanmu di pintu Uluhiyyah melalui lisanul istimdad (bahasa meminta bantuan) serta umumkanlah kefakiran dan hajatmu melalui lisanut tadharru’ (bahasa rayuan) dan doa dan tunjukkanlah bahawa kamu adalah hamba. Lafazkanlah حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ dan naiklah ke maqam yang tinggi.
Janganlah juga berkata: “Aku bukannya apa-apa. Apakah kepentinganku sehingga alam semesta ini ditundukkan secara sengaja oleh al-Hakimul Mutlaq untukku dan satu kesyukuran menyeluruh diminta daripadaku?”
Ini kerana secara zahirnya, dari sudut diri dan rupamu, kamu bagaikan tiada apa-apa. Tetapi, pada noktah tugas dan martabat kamu adalah ibarat seorang pemerhati yang teliti bagi alam semesta yang hebat ini, lidah pertuturan yang berbalaghah bagi maujudat yang berhikmah ini, pengkaji yang faham bagi kitab alam semesta ini, pemantau yang mengkagumkan bagi makhluk-makhluk yang bertasbih ini dan ketua pakar yang terhormat bagi masnuat yang beribadah itu.
50. Page
Ya, wahai insan! Dari sudut jasmani tumbuhan dan berdasarkan nafsu kehaiwananmu, kamu adalah satu juzuk yang kecil dan satu benda juz’i yang hina, makhluk yang fakir dan haiwan yang daif maka kamu terumbang-ambing dan berlalu dalam gelombang dahsyat semua maujudat yang mengalir deras. Tetapi kamu menjadi sempurna dengan tarbiah Islam yang diterangi dengan nur keimanan yang meliputi cahaya mahabbah Ilahi, maka pada sudut keinsanan dan dalam kehambaan kamu ialah sultan. Dalam perkara-perkara juz’i kamu adalah kulli. Di dalam kekerdilan kamu adalah alam dan di dalam kehinaan kamu adalah pemantau yang memiliki kedudukan yang besar dan daerah pemantauan yang luas sehingga kamu boleh berkata: “Rabbur Rahim-ku telah menjadikan dunia sebagai sebuah rumah untukku. Bulan dan matahari sebagai lampu rumahku itu, musim bunga sebagai sejambak bunga, musim panas sebagai hidangan nikmat dan haiwan-haiwan sebagai khadamku. Dia telah menjadikan tumbuhtumbuhan sebagai keperluan-keperluan berhias bagi rumahku.
Sebagai natijah kata-kata jika kamu mendengar nafsu dan syaitan, kamu akan jatuh ke asfala safilin. Jika kamu mendengar al-Haq dan al-Quran kamu akan naik ke a’la ‘illiyyin dan menjadi taqwim terindah alam semesta.
Nuktah Kelima: Insan telah dihantar ke dunia ini sebagai petugas dan tetamu. Banyak kemampuan yang penting telah diberikan kepadanya. Tugas-tugas yang penting telah diletakkan menurut kemampuan tersebut. Untuk memperkerjakan manusia dengan tujuan dan tugas-tugas itu, dorongan yang kuat dan ancaman yang dahsyat telah diberikan. Di sini kami akan meringkaskan asas-asas tugas keinsanan dan ubudiyyah yang kami telah jelaskan di tempat lain. Supaya rahsia ahsanu taqwim dapat difahami. Justeru, selepas datang ke alam semesta ini, insan mempunyai ubudiyyah melalui dua sudut. Satu sudutnya terdapat ubudiyyah dan tafakkur dalam bentuk yang ghaib. Yang satu lagi terdapat ubudiyyah dan munajat dalam bentuk percakapan secara langsung.
51. Page
Wajah Pertama: Insan mengakui kesultanan Rububiyyah yang kelihatan di alam semesta dengan penuh ketaatan dan memerhatikan kesempurnaan dan keindahan-Nya dengan penuh ketakjuban.
Kemudian memperlihatkan hasil-hasil seni yang unggul yang terdiri daripada ukiran-ukiran nama suci Ilahi kepada pandangan renungan satu sama lain dan menjadi juruhebah dan pengumumnya.
Seterusnya ialah menimbang permata-permata nama Rabbani yang tiap-tiap satunya adalah ibarat khazanah maknawi yang tersembunyi melalui neraca kesedaran dan menilai secara penuh penghargaan melalui sikap mengenali harga bagi hati.
Seterusnya ialah meneliti muka surat maujudat serta lembaran bumi dan langit yang ibarat tulisan pena qudrat lalu bertafakkur dengan penuh ketakjuban. Seterusnya merasa cinta untuk mengenali al-Fatir Dzul Jamal mereka dengan cara menatap perhiasan-perhiasan dan seni-seni halus pada maujudat itu secara penuh kekaguman dan merasa rindu untuk naik ke hadrat as-Sani’ Dzul Kamal mereka dan mendapat tolehan-Nya.
Wajah Kedua: Maqam hadrat dan khitab iaitu insan menyeberang daripada karya kepada pengkarya dan dia nampak bahawa as-Sani’ Dzul Jalal mahu memperkenalkan dan memberitahu tentang diri- Nya melalui mukjizat hasil seni-Nya sendiri. Maka dia pun membalas melalui keimanan dan makrifah.
Kemudian dia nampak bahawa Rabbur Rahim mahu mempercintakan diri-Nya melalui buah-buah indah rahmat-Nya. Maka dia pun memperkasihkandirinya kepada-Nya dengan cara membataskan rasa cinta dan mengkhususkan pengabdian kepada-Nya.
Kemudian dia nampak bahawa al-Mun’ imul Karim menjadikannya terdidik melalui kelazatan nikmat maddi dan maknawi. Maka, sebagai balasan kepada perkara itu dia pun bersyukur dan memujamuji melalui perbuatan, keadaan, perkataan hatta jika dapat melalui seluruh anggotanya dan melalui peralatannya.
52. Page
Kemudian dia nampak bahawa al-Jalilul Jamil menzahirkan kebesaran, kesempurnaan, kehebatan dan keindahan-Nya pada cermin-cermin maujudat ini lalu menarik pandangan perhatian. Maka, sebagai balasannya dia pun melafazkan Allahu Akbar dan Subhanallah lalu bersujud dengan ketakjuban dan mahabbah dalam rasa kefanaan dan kerendahan diri.
Kemudian, dia nampak bahawa al-Ghaniyyul Mutlaq memperlihatkan harta dan khazanah-Nya yang tiada penghujung dalam satu kedermawanan mutlak. Maka, sebagai balasannya dia pun meminta dan menyatakan kemahuan di dalam pengagungan dan pujian melalui kesempurnaan iftiqar.
Kemudian dia nampak bahawa al-Fatir Dzul Jalal itu telah menjadikan muka bumi ibarat satu pameran. Dia mempamerkan semua hasil seni-Nya yang antik di sana. Maka, sebagai balasan dia pun menyambutnya dengan penghargaan sambil berkata Masya-Allah, memuji sambil berkata Barakallah dan mengkagumi sambil berkata Allahu Akbar.
Kemudian dia nampak bahawa al-Wahidul Ahad meletakkan cop keesaan kepada semua maujudat dengan lambang-lambang-Nya yang tidak mungkin ditiru, melalui khatam-khatam yang terkhusus hanya kepada-Nya, melalui simbol-simbol yang terbatas hanya kepadanya dan melalui firman-firman yang khas untuk-Nya di istana alam semesta ini dan mengukir ayat-ayat ketauhidan. Dia memacakkan panji wahdaniyyah-Nya di segenap penjuru ufuk alam dan mengumumkan Rububiyyah-Nya.
Maka sebagai balasannya manusia pun menyambutnya dengan tasdiq, keimanan, tauhid, keyakinan, penyaksian dan ubudiyyah. Maka dia menjadi insan yang hakiki melalui ibadat dan tafakkur seperti ini dan memperlihatkan bahawa dialah ahsanu taqwim. Dengan keberkatan iman dia menjadi khalifah bumi yang layak kepada amanah dan boleh dipercayai.
Wahai insan lalai yang dicipta sebagai ahsanu taqwim dan menuju ke arah asfala safilin dengan pilihannya yang buruk! Dengarilah kata-
53. Page
kataku. Walaupun aku juga telah melihat dunia sebagai menawan dan indah melalui kemabukan masa muda seperti kamu, tetapi ketika aku tersedar pada subuh masa tua daripada kemabukan masa muda, aku telah nampak wajah dunia yang tidak menghadap ke arah akhirat adalah sangat hodoh dan wajahnya yang menghadap akhirat adalah sangat indah.
Kalian juga tengok dan rujuklah kepada dua papan kenyataan hakikat yang tertulis pada muka surat ketujuh puluh lima dan tujuh puluh enam (2) Maqam Kedua Kalimah Ketujuh Belas.
Papan kenyataan pertama menggambarkan hakikat dunia golongan lalai yang saya telah nampak dahulu melalui tabir kelalaian seperti golongan sesat tetapi tanpa menjadi mabuk.
Papan kedua mengisyaratkan kepada hakikat dunia ahli hidayah dan ahli Hudhur (mereka yang merasai kehadiran Allah setiap ketika). Aku telah membiarkannya sebagaimana ia telah ditulis sejak dahulu. Ia menyerupai syair tetapi ia bukan syair.
________________
54. Page
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS