NAVIGATION
85. Page
Maqam ini mengandungi lima ubat untuk lima luka hati
Wahai orang yang ditimpa dengan penyakit waswas! Tahukah kamu perasaan waswasmu menyerupai apa? Ia menyerupai musibah. Semakin kamu mempedulikannya semakin ia mengembang. Jika kamu tidak mempedulikannya ia akan mengempis. Jika kamu menganggapnya besar, ia akan membesar. Jika kamu menganggapnya kecil, ia akan mengecil. Jika kamu takut, ia menjadi semakin parah dan menyebabkan kamu jatuh sakit. Jika kamu tidak takut ia menjadi ringan dan kekal tersembunyi. Jika kamu tidak tahu perihalnya, ia akan berterusan dan menjadi semakin kukuh. Jika kamu tahu perihalnya dan mengenalinya, ia akan menghilang.
Oleh itu, aku akan menerangkan lima wajah waswas daripada banyak bahagian waswas yang bermusibah yang kerap terjadi itu. Mungkin ia boleh menjadi penawar untuk mengubati diriku dan dirimu. Ini kerana waswas itu ialah sesuatu yang seperti berikut: Kejahilan akan mengundangnya dan ilmu akan menghalaunya. Ia datang jika kamu tidak mengenalinya dan hilang jika kamu mengenalinya.
86. Page
Wajah pertama dan luka pertama: Mula-mula syaitan mencampakkan syubhah ke dalam hati. Kalau hati tidak menerimannya, ia akan berubah daripada syubhah kepada cacian. Syaitan menggambarkan sesetengah lintasan jijik yang menyerupai cacian serta keadaan-keadaan keji yang bertentangan dengan adab kepada khayalan. Ia menyebabkan hati akan berkata “aduhai!” dan menjatuhkannya ke dalam rasa putus asa. Orang yang waswas menyangka bahawa hatinya tidak beradab kepada Rabb-nya. Lalu dia merasai kegelisahan dan debaran yang dahsyat. Untuk menyelamatkan diri daripada perkara ini, dia melarikan diri dari hadrat Ilahi dan mahu tenggelam dalam kelalaian.
Penawar bagi luka ini ialah: Dengar sini wahai penghidap waswas yang buntu! Jangan bimbang. Ini kerana, apa yang datang kepada fikiranmu bukan cacian bahkan khayalan. Sepertimana mengkhayalkan kekufuran bukanlah kekufuran; mengkhayalkan cacian juga bukanlah cacian. Ini kerana menurut ilmu mantiq, mengkhayalkan bukanlah hukum. Cacian pula ialah hukum. Di samping itu, kata-kata yang kotor itu bukanlah kata-kata hatimu. Ini kerana hatimu merasa sedih dan menyesal kerananya.
Bahkan ia datang daripada al-lummah asy-syaitaniyyah (tempat bisikan syaitan) yang berada hampir dengan hati. Kemudaratan waswas ialah menyangka kemudaratan. Yakni, dengan menganggap ia adalah bermudarat, maka hatinya mendapat mudarat. Ini kerana dia menganggap suatu khayalan yang tiada hukum sebagai hakikat. Malah dia menyangka pekerjaan syaitan itu sebagai perbuatan hatinya sendiri. Dia menyangka kata-kata syaitan itu adalah daripada dirinya sendiri. Oleh sebab dia merasai kemudaratan maka dia jatuh ke dalam kemudaratan. Sememangnya itulah juga yang dikehendaki oleh syaitan.
Wajah Kedua: Semasa makna-makna keluar dari hati, ia semua masuk ke dalam khayalan tanpa memakai gambaran dan dari situlah mereka memakai gambaran. Khayalan pula, sentiasa menenun
87. Page
gambaran-gambaran di bawah sesuatu sebab. Ia meninggalkan gambaran bagi perkara yang diutamakannya di atas jalan. Apabila mana-mana makna lalu, maka keadaan itu menyebabkan sama ada makna itu memakai gambaran tersebut ataupun menyangkutnya ataupun menerima tempiasnya ataupun menjadi hijab kepada makna itu.
Sekiranya makna-makna adalah suci dan bersih namun gambaran adalah kotor dan keji, maka tiadalah pemakaian antara satu sama lain tetapi tetap ada sentuhan. Orang yang ditimpa waswas kelirudi antara sentuhan dan pemakaian lalu dia berkata: “Aduhai!” dan “Betapa rosaknya hatiku. Kehinaan dan kekejian nafsu ini menjadikanku sebagai hamba yang (layak) dihalau.” Maka syaitan mendapat banyak manfaat daripada perasaan yang sebegini.
Penyembuh bagi luka ini ialah: Dengarlah wahai orang yang buntu! Sebagaimana, najis yang terdapat dalam perutmu tidak memberi kesan dan membatalkan taharah zahir (kesucian luaran) yang merupakan wasilah adab kebersihan bagi solatmu, begitu jugalah kehampiran makna-makna suci dengan gambaran yang kotor tidak akan memberi kemudaratan.
Contohnya kamu sedang bertafakkur tentang ayat-ayat Ilahi. Tiba-tiba suatu penyakit, ataupun suatu keinginan, ataupun sesuatu yang menggelisahkan seperti rasa mahu terkencing menganggu perasaanmu dengan teruk. Sudah tentu khayalanmu, akan memikirkan dan mencari keperluan-keperluan serta penyelesaian untuk mengubati penyakit dan melunaskan hajat. Ia akan menganyam gambarangambaran yang jelik yang sesuai dengan keperluan tersebut dan makna-makna yang datang akan melintas di tengah-tengahnya. Sesungguhnya langsung tiada sebarang kesalahan atau kotoran atau kemudaratan dan ataupun perkara yang berbahaya kepada makna-makna yang akan melintas. Tetapi, yang berbahaya ialah menumpukan perhatian dan menyangka kemudaratan.
88. Page
Wajah Ketiga: Terdapat sesetengah hubungan tersembunyi di antara benda-benda. Hatta terdapat tali-tali kaitan pada benda-benda yang langsung tidak disangka olehmu. Ya, sama ada ia memang ada ataupun khayalanmu telah membuat tali-tali itu berdasarkan kepada bidang yang ia sibuk dengannya dan telah mengikat antara satu sama lain. Daripada rahsia hubungan inilah maka kadang-kadang melihat sesuatu yang suci boleh mengingatkan sesuatu yang kotor. Sepertimana yang dinyatakan dalam Ilmu Bayan: Sifat berlawanan yang menjadi sebab kejauhan di alam nyata ialah, sebab kedekatan di dalam khayalan. Yakni: Perantara kepada perhimpunan bentuk-bentuk bagi dua benda yang berlawanan ialah satu hubungan berbentuk khayalan. Bagi lintasan fikiran yang datang melalui hubungan ini dinamakan sebagai tada’i al-afkar (mendatangkan satu benda atau fikiran lain bagi satu fikiran atau satu benda kepada fikiran).
Contohnya: Semasa kamu sedang solat, bermunajat di hadapan kaabah dan di hadrat Ilahi, walaupun kamu dalam keadaan merenungi ayatayat al-Quran; tada’i al-afkar ini akan memegang dan membawamu kepada perkara-perkara tidak berfaedah yang keji yang paling jauh. Sekiranya kepalamu ditimpa dengan tada’i al-afkar sebegini, janganlah sesekali kamu bimbang! Bahkan ketika kamu sedar, kembalilah. Jangan sesekali kamu berkata: “Alangkah malangnya! Aku telah lakukan kesalahan” dan terus memikirkan tentangnya. Ini supaya hubungan yang lemah itu, tidak menjadi kuat angkara kepedulianmu.
Ini kerana semakin kamu terkesan dan mempedulikannya, lintasan yang lemah itu akan bertukar menjadi suatu kebolehan. Ia menjadi suatu penyakit khayalan.
Jangan takut, ia bukanlah penyakit hati. Lintasan yang sebegini pula biasanya (berlaku) tanpa sengaja. Terutamanya, ia lebih kerap pada insan-insan pemarah yang sensitif. Syaitan, sentiasa memanfaatkan sumber waswas yang sebegini.
89. Page
Penyembuh bagi luka ini ialah: Biasanya tada’i al-afkar adalah tanpa sengaja. Tiada pertanggungjawaban padanya. Pada tada’i juga terdapat kehampiran, tiada sentuhan dan percampuran. Oleh sebab itu sifat fikiran tidak mempengaruhi dan tidak memudaratkan satu sama lain.
Sebagaimana ilham syaitan dan malaikat mempunyai kehampiran di sudut-sudut hati dan kedekatan dan keberadaan abrar (orang baik) dan fujjar (orang jahat) di satu tempat tidak memudaratkan, begitulah juga, sekiranya khayalankhayalan keji yang kamu tidak mahu masuk ke dalam fikiranmu yang suci melalui desakan tada’i al-afkar; ia tidak memudaratkan. Melainkan jika ia dilakukan dengan sengaja ataupun sangat sibuk dengannya melalui sangkaan mudarat.
Malah, kadang-kadang hati menjadi letih. Untuk menghiburkan dirinya sendiri, fikiran menjadi sibuk dengan sesuatu perkara yang rawak. Maka syaitan mendapat peluang, lalu menabur dan menyuburkan perkara-perkara keji di kepadanya.
Wajah Keempat: Sejenis waswas yang berpunca daripada sikap mencari-cari bentuk amalan yang paling bagus iaitu semakin seseorang itu menumpukan perhatian melalui sangkaan taqwa, maka keadaan menjadi semakin teruk kepadanya.
Hatta mencapai satu tahap, di mana semasa orang itu mencari amalan yang lebih aula (utama), dia jatuh kepada perkara yang haram. Kadang-kadang, pencarian satu sunnah olehnya, menyebabkan dia meninggalkan satu kewajiban.
Dia berkata: “Agaknya adakah amalan saya sudah sah?” lalu mengulanginya. Keadaan ini akan berterusan. Maka dia terjatuh ke dalam keadaan terlalu putus asa. Lalu syaitan mengambil kesempatan daripada keadaannya ini dan mencederakannya. Terdapat dua penyembuh bagi luka ini:
90. Page
Penyembuh Pertama: Perasaan waswas sebegini sesuai dengan golongan muktazilah. Ini kerana mereka berkata: Dari sudut akhirat, sekiranya terdapat husun (kebaikan) pada perbuatan dan benda yang ditaklifkan maka ia diperintahkan kerana husun. Namun sekiranya terdapat qubuh (keburukan) pada perbuatan dan benda yang ditaklifkan maka ia dilarang kerana qubuh itu. Ini bermakna husun dan qubuh pada semua benda dan pada noktah pandangan akhirat dan hakikat perkara adalah berbentuk dzati; maka amar (perintah) dan nahi (larangan) Ilahi adalah berdasarkannya. Menurut mazhab ini, waswas seperti berikut muncul pada setiap amalan yang dilakukan oleh insan: “Agaknya adakah amalanku telah dilakukan dalam bentuk yang paling sempurna?”
Tetapi Ahli Sunnah wal Jamaah yang merupakan mazhab yang benar berkata: “Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan satu perkara maka ia menjadi hasan (baik). Dia melarangnya, maka ia menjadi qabih (buruk). Maknanya, kebaikan terjadi melalui perintah manakala keburukan (terjadi) melalui larangan. Husun dan qubuh memandang kepada kefahaman mukallaf dan menjadi tetap menurutnya. Husun dan qubuh ini pula bukanlah pada wajahnya yang zahir dan memandang kepada dunia, bahkan pada wajah yang memandang kepada akhirat.
Contohnya, kamu sudah solat ataupun sudah berwuduk. Sedangkan, satu sebab yang akan membatalkan solat dan wudukmu terdapat padanya. Tetapi kamu langsung tidak sedar tentangnya. Maka, solat dan wudukmu adalah sah dan hasan. Muktazilah berkata: “Ia adalah qabih dan fasid pada hakikat. Tetapi boleh diterima daripadamu. Ini kerana kamu jahil, tidak tahu dan mempunyai keuzuran.” Jadi, berdasarkan kepada mazhab Ahli Sunnah, janganlah merasa was-was terhadap amalan yang telah dilaksanakanmu menurut zahir syariat dengan berkata: “Agaknya adakah ia sudah sah?” Tetapi, katakanlah: “Adakah ia sudah diterima? Janganlah takbur dan merasa ujub.
91. Page
Penyembuh Kedua: Tiada kesulitan dalam agama “لاَ حَرَجَ فِى الدِّينِ”. Memandangkan empat mazhab adalah benar; memandangkan memahami kesalahan yang menyebabkan istighfar pula adalah lebih diutamakan ke atas orang yang waswas sebegini berbanding dengan bersandar kepada amalan soleh yang mengakibatkan kesombongan, yakni daripada orang yang waswas begini menganggap amalannya sebagai baik lalu jatuh ke dalam kesombongan, maka adalah lebih baik sekiranya dia melihat amalannya sebagai kurang lalu beristighfar.
Memandangkan begini, buanglah rasa waswas lalu berkatalah kepada syaitan: “Keadaan ini adalah satu kesusahan. Mengetahui hakikat keadaan (keadaan sebenar) adalah sulit. Ia berlawanan dengan kesenangan yang ada dalam agama. Ia bertentangan dengan prinsip “لاَ حَرَجَ فِى الدِّينِ” dan “اَلدِّينُ يُسْرٌ” Sudah pasti amalanku yang sebegini adalah bertepatan dengan mana-mana mazhab yang benar. Ia adalah mencukupi untukku.
Malahan, sekurang-kurangnya, ia adalah wasilah kepada doa dengan penuh rasa rendah diri agar kesalahanku diampunkan dan amalanku yang cacat diterima dengan cara berlindung di bawah belas kasihan Ilahi menerusi istighfar dan tadharru’ (rayuan) kerana saya tidak dapat menunaikan ibadah dengan cara yang selayaknya sambil mengakui kelemahanku.”
Wajah Kelima: Perasaan waswas yang datang dalam bentuk keraguan pada masalah-masalah keimanan. Kadang-kadang orang yang ditimpa waswas buntu keliru antara mengkhayalkan dan memikirkan. Yakni: Dia bertawahhum (menyangka) bahawa keraguan yang datang kepada khayalan adalah keraguan yang telah masuk ke dalam akal lalu dia menganggap akidahnya telah rosak.
Malah, kadang-kadang dia menganggap bahawa satu keraguan yang disangkakannya adalah satu perasaan syak yang memudaratkan keimanan. Kadang-kadang dia menganggap bahawa satu keraguan
92. Page
yang ditasawwurkannya adalah satu keraguan yang telah masuk ke dalam tasdiq akal (pengakuan akal). Kadang-kadang dia menganggap tafakkurnya pada satu perkara yang kufur sebagai kekufuran. Yakni dengan memahami sebab-sebab kesesatan, dia menganggap bahawa putaran dan kajian daya tafakkur serta penimbang taraannya yang tidak berpihak adalah menyalahi keimanan. Justeru, kerana takut daripada tanggapan-tanggapan tersebut yang merupakan kesan talqinat (bisikan) syaitan, dia berkata: “Aduhai! Hatiku sudah rosak dan akidahku sudah terpesong.” Oleh sebab kebanyakan keadaan itu adalah tanpa niat, lantas oleh sebab dia tidak dapat meperbetulkannya melalui juzuk ikhtiarinya, dia jatuh ke dalam rasa putus asa.
Penawar bagi luka ini ialah: Sepertimana mengkhayalkan kekufuran bukanlah kekufuran; maka mentawahhumkan kekufuran juga bukanlah kekufuran. Sepertimana mentasawwurkan kesesatan bukanlah kesesatan, maka memikirkan kesesatan juga bukanlah kesesatan. Ini kerana takhayyul, tawahhum, tasawwur dan tafakkur adalah berbeza dan berlainan dengan tasdiq (pengakuan) akal dan iz’an (keyakinan) hati. Semua itu adalah sedikit bebas. Perkara-perkara itu tidak mendengar sangat kepada juzuk ikhtiari dan tidak dapat masuk sangat di bawah taklif agama.
Tasdiq dan iz‘an bukan seperti itu. Keduanya adalah mengikut satu neraca. Sebagaimana takhayyul, tawahhum, tasawwur dan tafakkur bukanlah tasdiq dan iz’an, perkara-perkara itu juga tidak dikira sebagai keraguan dan kesangsian. Tetapi sekiranya jika ia sampai ke tahap yang tetap kerana sering diulangulang tanpa keperluan, waktu itu sejenis keraguan yang sebenar boleh lahir daripadanya.
Malah dengan berkata atas nama muhakamah (penghujahan) ataupun atas nama keinsafan, dengan melazimi bahagian yang
93. Page
bertentangan sehingga sampai kepada keadaan yang seperti itu maka ia menyokong pihak bertentangan yang tiada pilihan. Lalukelaziman hak yang wajib ke atasnya terbatal. Ia juga jatuh ke dalam bahaya. Suatu keadaan yang boleh menjadi wakil bagi lebihan musuh atau syaitan akan berulang menjadi kukuh di dalam mindanya. Yang paling perlu diberi perhatian bagi jenis waswas seperti ini adalah seperti berikut:
Orang yang waswas, menjadi keliru di antara imkan dzati (kemungkinan pada benda asal) dengan imkan dzihni (kemungkinan menurut fikiran). Yakni, jika dia melihat sesuatu benda adalah mungkin pada dirinya, dia bertawahhum bahawa benda tersebut adalah mungkin dari segi fikiran juga dan masykuk (diragui) dari segi akal. Sedangkan salah satu kaedah ilmu kalam ialah: Imkan dzati adalah tidak berlawanan dengan keyakinan ilmu dan tidak bertentangan dengan asas-asas fikiran.
Contohnya: Kekeringan Laut Hitam ke dalam bumi pada minit ini adalah mungkin pada dirinya dan itu adalah kebarangkalian melalui imkan dzati. Walhal kita menganggap secara yakin dan mengetahui tanpa keraguan bahawa laut itu ada di tempatnya, dan kebarangkalian imkan itu dan imkan dzati itu tidak memberi syak kepada kita, tidak mendatangkan keraguan dan tidak merosakkan keyakinan kita.
Contohnya lagi: Adalah mungkin pada diri matahari itu untuk tidak terbenam pada hari ini ataupun tidak terbit pada esok hari. Sedangkan kemungkinan ini tidak memudaratkan keyakinan kita dan tidak pernah mendatangkan keraguan.
Justeru, seperti ini juga, contoh waham-waham yang datang pada sudut imkan dzati terhadap terbenamnya kehidupan duniawi dan terbitnya kehidupan ukhrawi yang merupakan hakikat-hakikat keimanan tidak mungkin memudaratkan keyakinan iman.
94. Page
Malah kaedah masyhur iaitu “لاَ عِبْرَةَ لِلْاِحْتِمَالِ الْغَيْرِ النَّاشِئِ عَنْ دَلِيلٍ” yakni suatu kebarangkalian yang tidak lahir daripada satu dalil langsung tiada nilainya adalah kaedah yang kukuh dalam ilmu usuluddin dan usul fiqh.
Jika kamu berkata: Berdasarkan hikmah apakah maka waswas yang memudaratkan dan mengganggu orang mukmin setahap ini menjadi musibah kepada kami?
Jawapan: Dengan syarat tidak sampai kepada ifrat (keterlaluan) serta tidak mendakwa kemenangan, asal perasaan waswas ialah sebab kepada kesedaran, penyeru kepada penelitian dan wasilah kepada keseriusan. Ia membuang sifat tidak peduli dan menghalau sifat sambil lewa. Kerana itulah al-Hakimul Mutlaq, menyerahkan waswas ke tangan syaitan sebagai cemeti semangat kepada kita di negara ujian dan medan musabaqah (perlumbaan) ini. Ia memukul kepala manusia. Sekiranya ia sangat menyakitkan, maka (kita) perlu mengadu kepada al-Hakimur Rahim dan perlu berkata “اَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ”.
95. Page
96. Page
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS