NAVIGATION
17. Page
Risalah Isra' dan Mi'raj Nabawi SAW
Peringatan: Peristiwa Isrā' dan Miʿrāj adalah satu natijah yang datang selepas asas rukun-rukun Iman. Ia merupakan satu cahaya yang mendapat bantuan daripada cahaya rukun rukun Iman. Sudah tentu ia tidak boleh diisbatkan secara tuntas di hadapan golongan mulhid tidak beragama yang tidak menerima rukun-rukun Iman. Ini kerana peristiwa Isrā' dan Miʿrāj tidak boleh diceritakan kepada mereka yang tidak meyakini Allah SWT, tidak mengenali Rasul dan tidak menerima malaikat ataupun mengingkari kewujudan (makhluk di) langit. Maka, rukun-rukun itu perlu diisbatkan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian, kami menjadikan seorang mukmin yang melihat Isrā' dan Miʿrāj sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan ragu-ragu dalam masalah ini sebagai pendengar dan kami akan menerangkan kepadanya. Kami juga sekali-sekala akan memberi perhatian dan penjelasan kepada orang mulhid yang turut sama mendengar. Sebahagian kilauan hakikat Isrā' dan Miʿrāj telah disebutkan dalam sesetengah Kalimah.
Atas gesaan para saudara, kami telah memohon inayat (bantuan) Allah SWT untuk menghimpunkan kilauan-kilauan yang berada di tempat yang berbeza-beza itu bersama dengan hakikat asalnya dan sekaligus menjadikannya cermin kepada keindahan kesempurnaan Muhammad SAW.
18. Page
Oleh sebab hanya dua pembayang pada dhomir (kata ganti nama) [اِنَّهُ] yang bersandar kepada dustur balaghah daripada
___________________________
[1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra, 17:1)
[2] Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (An-Najm, 53: 4-18)
19. Page
khazanah agung bagi ayat agung (yang dinyatakan) pada permulaan mempunyai kaitan dengan perbahasan ini, maka kami akan menulisnya sebagaimana yang telah diterangkan dalam perbahasan kemukjizatan al-Quran.
Justeru, selepas menyebut tentang perjalanan al-Habib al- Akram ‘Alaihi Afdhal as-solah wa akmal as-sallam yang bermula daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang merupakan permulaan Isrā' dan Miʿrāj baginda, al-Quran al-Hakim menyatakan اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾ 3﴿
Persoalannya ialah, sama ada dhomir pada اِنَّهُ yang memberi bayangan tentang penghujung Isrā' dan Miʿrāj yang diisyaratkan dalam ayat وَ النَّجْمِ اِذَا هَوَى[1]
[1] Demi bintang semasa ia menjunam, (An-Najm, 53:1)
20. Page
Allah SWT menjemput seorang hamba-Nya menuju hadrat- Nya menerusi suatu perjalanan untuk memerintahkannya satu tugas. Dia menghantar hamba-Nya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang merupakan tempat perhimpunan para nabi; mempertemukan baginda dengan para nabi. Kemudian, selepas memperlihatkan bahawa baginda adalah pewaris mutlak kepada asas-asas agama seluruh anbiya’, Dia telah membawanya menjelajahi (seluruh alam) mulk dan malakut-Nya sehingga ke Sidratul Muntaha dan Qaaba Qausain.
Justeru, secara zahirnya baginda ialah seorang hamba dan perjalanan itu ialah satu Isrā' dan Miʿrāj yang juz’i, tetapi hamba ini membawa bersamanya satu amanah yang berhubung-kait dengan alam semesta. Malah baginda membawa bersamanya cahaya yang akan mengubah warna alam semesta ini. Malah, oleh sebab baginda bersama dengan anak kunci yang akan membuka pintu kebahagiaan abadi, maka Allah SWT menyifatkan diri baginda dengan sifat ‘boleh mendengar dan melihat semua benda’ supaya baginda memperlihatkan hikmah amanah, cahaya dan anak kunci itu yang syumul, meliputi seluruh alam dan umum kepada segenap alam semesta dan merangkumi sekalian makhluk.
Rahsia agung ini mempunyai empat asas.
Pertama: Apakah rahsia keperluan Isrā' dan Miʿrāj?
Kedua: Apakah hakikat Isrā' dan Miʿrāj?
Ketiga: Apakah hikmah Isrā' dan Miʿrāj?
Keempat: Apakah buah dan faedah Isrā' dan Miʿrāj?
21. Page
Rahsia keperluan Isra' dan Mi'raj
Contohnya dikatakan bahawa Allah SWT adalah اَقْرَبُ اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيد) 5 ﴿ِ. Allah SWT adalah lebih hampir kepada setiap benda berbanding dengan setiap benda lain. Allah SWT adalah munazzah (suci) daripada jisim dan tempat. Setiap wali boleh berjumpa dengan-Nya di dalam hati. Namun, mengapakah kewalian Nabi Muhammad SAW memperoleh munajat yang diperoleh setiap wali di dalam hatinya sendiri hanya setelah menamatkan perjalanan yang panjang seperti Isrā' dan Miʿrāj?
Jawapan: Kami mendekatkan kefahaman mengenai rahsia yang terselindung itu melalui dua perumpamaan. Dengarlah kepada dua perumpamaan yang berkenaan dengan rahsia kemukjizatan al-Quran dalam Kalimah Kedua Belas dan rahsia Isrā' dan Miʿrāj.
Perumpamaan Pertama: Seorang sultan mempunyai dua jenis titah, perbualan dan pertemuan. Baginda memiliki dua bentuk khitab (titah ucapan) dan keprihatinan.
Pertama: Baginda berbual melalui telefon khusus untuk satu kerja yang juz’i dan mengenai hajat yang khusus dengan rakyatnya yang biasa.
_________________________
22. Page
Kedua: Baginda bercakap dan berbual menerusi jawatan kesultanan yang agung, atas nama khilafah teragung dan dengan jawatan sebagai pemerintah umum dengan maksud untuk mengumumkan titah perintah baginda ke setiap penjuru melalui seorang dutanya yang ada hubungan dengan kerja-kerja itu ataupun melalui seorang pegawai besarnya yang ada kaitan dengan perintah itu. Juga perbualan melalui titah yang tinggi yang menzahirkan keagungannya.
Justeru, seperti perumpamaan tadi ﴾َلِلَّهِ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰۚ ﴿ al- Khaliq alam semesta, Malikul Mulki wal Malakut dan al-Hakim yang azali dan abadi mempunyai perbualan, percakapan dan keprihatinan dalam dua bentuk. Satunya juz’i dan khas dan satu lagi kulli dan ‘am. Maka, Isrā' dan Miʿrāj adalah satu sifat kulli kewalian Muhammad SAW yang mengatasi semua kewalian dan penzahiran dalam bentuk ketinggian yang merupakan pemuliaan kepada perbualan dan munajat Allah SWT melalui nama Rabb seluruh alam semesta dan melalui gelaran sebagai al-Khaliq semua maujudat.
Perumpamaan Kedua: Seseorang menghalakan cermin di tangannya ke arah matahari. Dia mendapat sinaran dan cahaya yang mengandungi tujuh warna daripada pantulan matahari mengikut kadar cermin itu sendiri. Berdasarkan kadar itu dia mempunyai hubungan dengan matahari dan dapat berbual dengannya. Sekiranya dia menghalakan cermin yang bercahaya di tangannya itu ke arah rumahnya yang gelap atau ke kebun kecil khususnya yang berada di bawah bumbung, maka dia akan mendapat faedah bukan berdasarkan nilai matahari bahkan menurut kadar keupayaan cermin itu.
_____________________
23. Page
Yang seorang lagi meninggalkan cermin (dari tangannya) lalu keluar berhadapan dengan matahari secara langsung. Dia nampak akan kehebatan matahari dan memahami keagungannya. Kemudian dia naik ke sebuah gunung yang sangat tinggi dan nampak kegemilangan kekuasaannya yang sangat luas dan bertemu dengan matahari secara langsung tanpa tirai. Kemudian dia kembali (ke rumahnya) lalu membuka jendela-jendela yang luas dari rumah atau atap kebunnya dan membuat jalan-jalan yang menghadap matahari di langit. Maka dia dapat berbual dan bercakap dengan cahaya matahari hakiki yang berterusan.
Dengan cara itu dia dapat berbual dengan penuh rasa terhutang budi dan boleh berkata: “Wahai matahari indah yang merupakan si rupawan dunia dan si cantik langit yang menyaduri muka bumi, menceriakan wajah dunia dan wajah setiap kuntum bunga dengan cahayanya! Engkau telah menghangatkan dan mencahayakan rumah kecilku dan kebun kecilku sebagaimana engkau telah memanaskan seluruh dunia dan mencahayakan muka bumi.”
Sedangkan pemilik cermin yang mula-mula tadi tidak boleh berkata seperti itu. Pantulan matahari di bawah kaitan cermin itu pula, adalah terbatas kesan-kesannya dan adalah menurut kaitan itu. Justeru, tajalli Dzat al-Ahad as-Samad yang merupakan Mentari Azali dan Sultan Keabadian muncul melalui dua bentuk yang mengandungi martabat tidak terkira kepada perihal keinsanan.
Pertama: Penzahiran-Nya melalui nisbah Rabbani yang mengunjur ke cermin hati. Maka setiap orang, berdasarkan potensi dan perjalanan latihan kerohanian dalam injakan martabat serta menurut tajalli asma’ dan sifat terdapat penzahiran yang juz’i dan kulli kepada cahaya Mentari Keazalian itu, perbualan dengan-
24. Page
Nya dan munajat di hadrat-Nya. Darjat-darjat kewalian yang pergi di bawah bayang-bayang kebanyakan asma’ dan sifat-Nya muncul dari bahagian ini.
Kedua: Penzahiran tajalli teragung Dzat Allah SWT di martabat tertinggi Asmaul Husna kepada peribadi teragung secara maknawi bagi bangsa manusia. Kerana manusia memiliki fitrah yang lengkap dan merupakan buah pohon alam semesta yang paling bercahaya, maka dia boleh memperlihatkan Asmaul Husna yang jelmaannya kelihatan di seluruh alam semesta secara serentak di cermin rohnya.
Sesungguhnya penzahiran dan tajalli ini adalah rahsia Isrā' dan Miʿrāj Muhammad SAW. Maka, kewaliannya menjadi permulaan kepada kerasulannya. Iaitu kewalian yang boleh melintasi bayangan dan menyerupai orang pertama dalam perumpamaan kedua tersebut. Sesungguhnya tiada bayangan dalam kerasulan. Ia memandang kepada keesaan Dzat Dzul Jalal secara langsung dan menyerupai orang kedua dalam perumpamaan kedua.
Isrā' dan Miʿrāj pula, oleh sebab ia adalah karomah terbesar dan martabat tertinggi kewalian Muhammad SAW, maka ia telah berubah kepada martabat kerasulan.
Batin (inti) Isrā' dan Miʿrāj adalah kewalian yang datang daripada makhluk kepada al-Haq.
Zahir (luaran) Isrā' dan Miʿrāj pula adalah kerasulan yang datang daripada al-Haq kepada makhluk.
Kewalian ialah suluk (perjalanan rohani) pada martabatmartabat qurbiyah (kehampiran manusia kepada Tuhan). Ia perlu melangkaui banyak martabat dan perlu kepada sedikit masa.
25. Page
Namun, kerasulan yang merupakan cahaya teragung pula memandang kepada rahsia peningkatan tahap aqrabiyah Ilahi (kehampiran Tuhan kepada manusia), maka sepintas lalu adalah mencukupi. Kerana itu, dalam hadith ada dinyatakan baginda pulang dalam sekelip mata.
Sekarang, kami berkata kepada si mulhid (ateis) yang mendengar. Memandangkan alam semesta ini adalah ibarat sebuah negara yang sangat tersusun, sebuah bandar yang sangat hebat dan sebuah istana yang sangat berhias, sudah tentu ia memiliki Pemerintah, Pemilik dan Tukangnya.
Memandangkan terdapat al-Malik Dzul Jalal, al-Hakim Dzul Kamal dan as-Sani’ Dzul Jamal yang sebegini dan memandangkan terdapat insan yang memperlihatkan kaitan dengan alam, negara, bandar dan istana itu dan ada hubungan dengan semuanya melalui anggota dan derianya serta menyeluruh pandangannya, maka sudah tentu as-Sani’ yang hebat itu akan mempunyai kaitan yang tinggi dan agung dengan insan yang berpandangan menyeluruh dan berperasaan umum itu dan akan ada khitab yang kudus dan tawajjuh (perhatian) yang tinggi kepadanya.
Memandangkan baginda Muhammad al-‘Arabi SAW telah memperlihatkan hubungan baginda di peringkat yang paling tinggi melalui penyaksian kesan-kesan di kalangan mereka yang menerima hubungan itu dari zaman Nabi Adam AS sehingga sekarang ini, yakni sepertimana baginda telah mengambil separuh muka bumi dan seperlima bangsa manusia ke bawah daerah tindakannya dan telah menukar dan menerangi rupa maknawi alam semesta, maka Isrā' dan Miʿrāj yang terdiri daripada martabat tertinggi hubungan itu adalah sesuai dan sangat sepadan dengan baginda.
26. Page
27. Page
Apakah hakikat Isrā' dan Miʿrāj?
Jawapan: Ia adalah tentang sayr wa suluk (perjalanan tarbiah rohaniah) baginda Muhammad SAW pada martabat-martabat kesempurnaan. Iaitu dengan memperlihatkan satu persatu kesan rububiyyah di daerah-daerah pentadbiran dan pewujudan yang telah dibentuk oleh Allah SWT dalam kekuasaan rububiyyah-Nya melalui nama-nama dan gelaran-gelaran berbeza yang telah dijelmakan pada susunan makhluk dan yang telah diperlihatkan- Nya di lapisan langit yang menjadi asas kepada takhta rububiyyah dan pusat pemerintahan-Nya kepada hamba khusus itu (Rasulullah SAW).
Maka, Allah SWT menunggangkan baginda ke atas seekor Buraq, membawanya mengembara di langit seperti kilat, mempertontonkan rububiyyah Ilahi dengan cara melangkaui martabat-martabat dari sebuah kediaman seperti bulan ke sebuah kediaman yang lain dan dari daerah ke satu daerah untuk menjadikan hamba itu sebagai penghimpun segala kesempurnaan insan, menzahirkan semua tajalli Ilahi, pemantau kepada seluruh lapisan alam semesta, juruhebah kesultanan
28. Page
rububiyyah, penyampai perkara-perkara yang diredhai Tuhan dan pembongkar misteri alam semesta.
Serta, Allah SWT menaikkan baginda sampai ke maqam Qaaba Qausain sambil memperlihatkan seorang demi seorang nabi yang merupakan saudara baginda yang mempunyai kedudukan mereka di daerah-daerah langit itu. Allah SWT juga menganugerahkan baginda untuk bercakap dan melihat-Nya melalui tajalli Ahadiyyah.
Hakikat yang tinggi ini dapat dilihat melalui dua teropong perumpamaan.
Perumpamaan Pertama: Sepertimana telah diterangkan dalam Kalimah Kedua Puluh Empat, seorang raja memiliki gelaran-gelaran yang berbeza di daerah pemerintahannya, nama dan sifat yang berlainan dalam lapisan rakyatnya, nama dan pangkat yang bermacam-macam pada martabat kerajaannya.
Sebagai contoh: Dalam bidang kehakiman, baginda ialah seorang hakim yang adil.
Dalam kerajaan, baginda ialah sultan.
Dalam bidang ketenteraan, baginda ialah panglima tertinggi.
Dalam bidang keilmuan, baginda ialah khalifah dan begitulah seterusnya.
Terdapat nama dan gelaran yang lain pada baginda. Di setiap daerah, terdapat maqam dan bangku baginda yang masingmasing ibarat takhta maknawi. Seorang raja itu boleh memiliki seribu nama dan gelaran dalam daerah-daerah kekuasaan dan pada martabat-martabat peringkat pemerintahan baginda.
29. Page
Di dalam satu sama lain, baginda mungkin mempunyai seribu takhta kesultanan. Seolah-olah pemerintah itu wujud dan sentiasa hadir di setiap tempat serta mengetahui (semua tempat) melalui jawatan dan telefon peribadi maknawinya. Baginda dilihat dan melihat di setiap peringkat melalui undang-undang, peraturan dan wakilnya. Baginda mentadbir dan memandang di sebalik tabir di setiap martabat melalui hukuman, ilmu dan kekuatannya. Baginda memiliki sebuah pusat dan kediaman yang berlainan di setiap daerah. Hukuman-hukumannya adalah berbeza antara satu sama lain. Peringkat-peringkatnya adalah
berlainan antara satu sama lain.
Sesungguhnya, sultan yang sebegini membawa seseorang yang dikehendakinya berjalan-jalan di semua daerah itu, memperlihatkan kesultanannya yang penuh kemegahan dan perintah-perintah penuh kebijaksanaannya yang terkhusus kepada setiap daerah. Baginda membawanya berjalan-jalan dari satu daerah ke satu daerah dan dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah sampai ke hadratnya. Kemudian baginda mengamanahkan sesetengah perintah umum dan menyeluruh yang ada kaitan dengan semua daerah itu dan menghantarnya pulang.
Justeru, seperti perumpamaan di atas, sesungguhnya Rabbul ‘Alamin yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian mempunyai urusan dan nama yang berbeza-beza tetapi memandang satu sama lain pada martabat-martabat rububiyyah-Nya. Dia memiliki nama dan gelaran yang kelihatan berlainan tetapi ia berkait antara satu sama lain dalam daerah-daerah uluhiyyah-Nya. Dia memiliki tajalli dan jelmaan yang berasingan tetapi menyerupai satu sama lain pada urusan-Nya yang hebat.
30. Page
Dia mempunyai gelaran yang berlainan tetapi berkait antara satu sama lain pada pengurusan qudrat-Nya. Dia memiliki penzahiran-penzahiran suci yang berbeza-beza tetapi memperlihatkan satu sama lain pada tajalli sifat-sifat-Nya. Terdapat tindakan yang bermacam-macam tetapi masing-masing melengkapi antara satu sama lain pada jelmaan perbuatanperbuatan- Nya. Dia memiliki kehebatan rububiyyah yang beraneka ragam tetapi menyaksikan satu sama lain pada kesenian dan hasil seni-Nya yang berwarna-warni.
Justeru, Dia telah mengatur alam semesta ini dengan satu aturan yang mengagumkan dan menakjubkan menurut rahsia agung ini. Terdapat satu gerak kerja tersusun di atas satu sama lain daripada zarah yang merupakan lapisan makhluk yang paling kecil sehingga langit dan dari lapisan pertama langit sampai ke ‘Arasy yang agung.
Setiap lapisan langit adalah ibarat bumbung alam yang berbeza, takhta untuk rububiyyah dan pusat pemerintahan untuk urusan Ilahi. Sebenarnya semua nama menurut Ahadiyah (keesaan) dapat ditemui di setiap daerah dan lapisan itu. Ia bertajalli menerusi semua gelaran. Tetapi, sebagaimana gelaran hakim yang adil di mahkamah adalah asli dan lebih menonjol, maka di sana, semua gelaran lain merujuk dan mengikut kepada perintah gelaran tersebut. Semua gelaran lain juga berada dalam kandungannya.
Sebagai contoh: Nabi Isa AS yang menzahirkan nama al-Qadeer, sekiranya baginda berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW di mana-mana langit sekalipun maka Allah SWT bertajalli dengan gelaran al-Qadeer di daerah langit itu.
31. Page
Contoh: Nama Allah SWT yang paling menonjol di daerah langit yang menjadi maqam Nabi Musa AS ialah gelaran al-Mutakallim yang dizahirkan oleh baginda SAW. Begitulah seterusnya. Maka Dzat Muhammad SAW adalah penerima Ismul A’zam. Kerana kenabian baginda adalah bersifat umum dan baginda SAW menerima semua nama. Sudah tentu baginda SAW berkait rapat dengan semua daerah rububiyyah. Sudah tentu bertemu dengan para Nabi yang merupakan pemilik maqam di daerah-daerah itu dan melintasi semua lapisan adalah bersesuaian dengan hakikat Isrā' dan Miʿrāj.
Perumpamaan Kedua: Gelaran panglima tertinggi yang merupakan salah satu daripada gelaran seorang sultan muncul dan menjelma di semua daerah, bermula dari daerah yang menyeluruh dan luas seperti daerah komander tertinggi bagi daerah-daerah ketenteraan sehingga di setiap daerah juz’i dan khusus seperti ke daerah koperal.
Contoh: Seorang askar melihat contoh gelaran agung panglima itu pada diri koperal lalu dia merujuk kepadanya dan mendapat arahan daripadanya. Apabila askar itu menjadi koperal, daerah panglima itu dilihatnya pada daerah sarjan lalu dia merujuk kepadanya. Kemudian, sekiranya dia menjadi sarjan, waktu itu dia nampak contoh dan jelmaan panglima itu pada daerah leftenan. Terdapat satu bangku khusus untuknya di maqam itu. Begitulah seterusnya.
Dia nampak gelaran kepanglimaan itu di setiap daerah bermula daripada staf sarjan, leftenan, skuad dan koloni menurut kadar kebesaran dan kekecilan daerah tersebut. Sekarang, sekiranya panglima tertinggi itu mahu menugaskan seorang askar biasa dengan tugas yang akan bersangkut paut dengan seluruh daerah
32. Page
ketenteraan, jika beliau mahu memberikan pangkat yang boleh melihat semua daerah dan dilihat seperti penyiasat, sudah tentu panglima tertinggi itu akan membawa askar itu berjalan bermula dari daerah koperal sehingga ke daerah agungnya satu demi satu, supaya dia nampak dan dilihat.
Kemudian beliau akan menjemputnya ke sisinya lalu di samping memuliakannya melalui perbualan, beliau memberikan lencana dan arahan lalu dengan menyantuninya beliau menghantarnya sehingga ke tempat dia mula datang dalam satu detik.
Dalam perumpamaan tadi, satu noktah yang perlu diperhatikan ialah sekiranya raja tidak lemah dan sekiranya baginda mempunyai kekuatan pada sudut maknawi sebagaimana kekuatan zahirnya, maka waktu itu baginda tidak akan mewakilkan individu seperti prebet, lans koperal dan staf sarjan. Baginda sendiri akan berada di setiap tempat. Cuma baginda memberi arahan secara langsung di sebalik sesetengah tabir dan di belakang individu-individu pemilik maqam.
Diriwayatkan bahawa sesetengah sultan yang merupakan wali yang kamil (sempurna) melakukan urusannya di banyak daerah (pada masa yang sama) sebagai beberapa orang individu (yang sama).
Hakikat yang kita perhatikan melalui perumpamaan ini pula, oleh sebab kelemahan tiada pada baginda, maka perintah dan ketetapan di setiap daerah datang secara langsung daripada panglima tertinggi dan melalui arahan, kehendak dan kekuatannya.
33. Page
Justeru, seperti perumpamaan ini, kelihatan perintah-perintah dan urusan-urusan pemerintahan bagi Penguasa langit dan bumi, Pemilik urusan Kun Fayakun dan Sultan Azali dan Abadi yang merupakan Pemerintah Mutlak yang berlaku di dalam lapisan makhluk-Nya dan dituruti dengan penuh ketaatan dan susunan. Kelihatan juga, satu demi satu daerah rububiyyah dan peringkat Hakimiyyah (kekuasaan) dalam bentuk yang berbeza-beza tetapi berkait dengan satu sama lain pada lapisan makhluk dan kelompok maujudat sama ada yang kecil dan besar serta juz’i dan kulli yang terdiri daripada zarah sehingga planet dan daripada lalat sehingga langit.
Sekarang, sudah pasti akan berlaku satu perjalanan dan pengembaraan ke peringkat dan daerah-daerah itu (oleh seseorang) yang boleh memahami maksud-maksud tertinggi dan natijah-natijah agung di seluruh alam semesta serta untuk memahami apakah perkara yang diredhai oleh Dzat itu dan menjadi juruhebah kepada kekuasaan-Nya dengan melihat tugas ‘ubudiyyah yang berbeza-beza bagi semua peringkat sambil menyaksikan kekuasaan rububiyyah dan kehebatan penguasaan Dzat Teragung. Sehinggalah dia boleh memasuki ‘Arasy teragung yang merupakan lambang daerah teragung-Nya, sehingga ke Qaaba Qausain, yakni dia akan memasuki maqam yang diisyaratkan dengan Qaaba Qausain di tengah kemungkinan dan kewajiban dan dia akan bertemu dengan Dzat Dzul Jamal. Sesungguhnya sayr wa suluk inilah hakikat Isrā' dan Miʿrāj.
Sebagaimana terdapat perjalanan sepantas khayalan menerusi akal bagi setiap manusia, pengembaraan yang secepat kilat menerusi hati bagi setiap wali, ulang-alik sepantas roh bagi setiap malaikat yang memiliki tubuh nurani daripada langit ke bumi
34. Page
dan dari bumi ke langit dan kepantasan selaju Buraq bagi penghuni syurga melintasi padang mahsyar menuju ke syurga yang sejauh lebih lima ratus tahun. Maka, tubuh Muhammad SAW yang merupakan punca kepada tugas tidak terhitung dan gudang kepada peralatan bagi roh Muhammad SAW, (tubuhnya) yang merupakan cahaya dan seperti kemampuan cahaya, lebih halus daripada hati para wali, lebih ringan daripada roh mereka yang telah mati dan tubuh malaikat, lebih anggun daripada jasad bintang dan badan misali (7), sudah tentu (tubuhnya) akan pergi bersama roh tingginya sampai ke ‘Arasy.
Sekarang kami memandang kepada si mulhid yang berada di tempat pendengar. Terlintas di hati bahawa si mulhid itu berkata dalam hati: “Aku tidak mengenal Allah SWT, tidak tahu Rasul maka bagaimanakah aku akan mempercayai Isrā' dan Miʿrāj?”
Maka kami pun menjawab: “Memandangkan alam semesta dan maujudat ini wujud dan terdapat perbuatan dan pewujudan di dalamnya; memandangkan satu perbuatan yang tersusun tidak mungkin tiada pelaku, kitab yang bermakna tidak mungkin tiada penulis dan ukiran yang berseni tidak mungkin tiada pengukir, maka sudah tentu terdapat pelaku bagi perbuatan penuh kebijaksanaan yang memenuhi alam semesta ini dan terdapat penulis dan pengukir bagi tulisan yang bermakna pada ukiran muka bumi yang mengagumkan yang diperbaharui musim demi musim.
Maka kami pun menjawab: “Memandangkan alam semesta dan maujudat ini wujud dan terdapat perbuatan dan pewujudan di dalamnya; memandangkan satu perbuatan yang tersusun tidak mungkin tiada pelaku, kitab yang bermakna tidak mungkin tiada penulis dan ukiran yang berseni tidak mungkin tiada pengukir, maka sudah tentu terdapat pelaku bagi perbuatan penuh kebijaksanaan yang memenuhi alam semesta ini dan terdapat penulis dan pengukir bagi tulisan yang bermakna pada ukiran muka bumi yang mengagumkan yang diperbaharui musim demi musim.
Malah, memandangkan kewujudan dua pemerintah dalam satu kerja merosakkan susunan kerja itu dan memandangkan terdapat susunan yang sempurna daripada sayap lalat sehingga
_________________________
35. Page
pelita langit, maka, pemerintah itu adalah satu. Jika bukan satu, oleh sebab kesenian dan hikmah pada setiap benda adalah sangat menakjubkan, maka perlu terdapat pencipta benda-benda itu yang berkuasa kepada semua benda dan dia perlu menjadi si berkuasa mutlak yang mengetahui semua benda. Justeru, jika tidak satu, maka perlu ada tuhan sebanyak bilangan maujudat. Di samping tuhan-tuhan itu bertentangan antara satu sama lain, pada masa yang sama mereka seharusnya menyerupai satu sama lain. Dalam situasi seperti itu, seribu kali mustahil jika susunan yang menakjubkan ini (alam semesta) tidak akan rosak.
Malah, memandangkan kelihatan dengan jelas bahawa lapisan maujudat itu bergerak dengan satu arahan yang seribu kali ganda lebih tersusun berbanding dengan sebuah pasukan tentera, iaitu bermula dari pergerakan yang tersusun bagi bintang, matahari dan bulan sehingga kepada bunga-bunga badam; yang mana setiap kelompok menzahirkan lencana-lencana, pakaian seragam, baju-baju indah yang diberikan oleh al-Qadeer al-Azali dan pergerakan-pergerakan yang telah ditentukan oleh-Nya dalam bentuk yang sangat tersusun dan sangat sempurna sehingga ia adalah seribu kali ganda lebih tersusun berbanding dengan pasukan tentera. Oleh itu, maujudat alam semesta ini merujuk kepada perintah-Nya, menjunjung-Nya dan terdapat al-Hakim al-Mutlaq-Nya di sebalik tabir ghaib.
Memandangkan al-Hakim itu ialah Sultan Dzul Jalal melalui penyaksian urusan bijaksana yang dilakukan-Nya dan melalui kesan-kesan kehebatan yang diperlihatkan-Nya, maka melalui kurniaan yang diperlihatkan-Nya, Dia ialah Rabb yang Maha Penyayang. Melalui hasil-hasil kesenian-Nya yang indah, Dia ialah as-Sani’ (Maha Pencipta) yang sangat berseni dan sangat mencintai hasil seni-Nya.
36. Page
Melalui perhiasan yang diperlihatkan-Nya dan hasil seni-Nya yang membangkitkan keterujaan, Dia ialah al-Khaliq al- Hakim yang mahu menarik pandangan pujian oleh makhluk yang berakal kepada karya-karya-Nya. Difahami bahawa Dia mahu memberitahu tentang apakah maksud perhiasan yang menghairankan akal yang diperlihatkan-Nya pada penciptaan alam dan dari manakah makhluk datang dan ke manakah ia akan pergi melalui hikmah rububiyyah-Nya. Sudah tentu al-Hakim yang Maha Bijaksana dan as-Sani’ yang Maha Mengetahui ini mahu memperlihatkan rububiyyah-Nya.
Malah, memandangkan Dia juga mahu memperkenalkan dan mempercintakan diri-Nya kepada makhluk yang berkesedaran (8) melalui kesan-kesan kesantunan, belas kasihan dan keajaiban hasil seni yang telah diperlihatkan-Nya setahap ini, sudah tentu Dia akan memberitahu apakah hasrat-hasrat-Nya kepada makhluk yang berkesedaran dan apakah yang diredhai-Nya kepada mereka melalui perantaraan seorang penyampai.
Oleh itu, dengan menentukan seseorang daripada kalangan makhluk yang berkesedaran, Dia akan mengumumkan rububiyyah-Nya melalui orang yang terpilih itu. Untuk mempamerkan hasil seni yang disukai-Nya, Dia memuliakan seorang juruhebah ke hadrat-Nya lalu menjadikannya sebagai perantara untuk mempamerkan-Nya. Untuk menzahirkan kesempurnaan-Nya, Dia melantik seorang guru bagi memberitahu tentang maksudmaksud tinggi-Nya kepada semua makhluk berakal.
Untuk tidak membiarkan rahsia yang ditempatkan-Nya di alam semesta ini dan misteri rububiyyah yang disembunyikan-
_____________________
37. Page
Nya pada maujudat itu tidak bermakna, tidak dapat tidak Dia akan memilih seorang pembimbing.
Untuk tidak membiarkan keindahan seni yang telah diperlihatkan-Nya dan telah disebarkan-Nya untuk tontonan mata sebagai sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia, Dia akan menentukan seorang penunjuk jalan yang akan mengajar tentang maksud-maksud kepada semua itu.
Untuk menyampaikan apa yang diredhai-Nya kepada makluk yang berperasaan, Dia akan menaikkan seseorang ke maqam yang mengatasi semua makhluk yang berkesedaran, memberitahu kepadanya apa yang diredhai-Nya dan akan menghantarnya kepada mereka.
Memandangkan hakikat dan hikmah mewajarkan sebegini, dan Sayidina Muhammad SAW adalah yang paling layak untuk tugas tersebut kerana secara jelas, baginda memang benarbenar melaksanakan tugas-tugas itu dalam bentuk yang paling sempurna. Dunia Islam yang dibinanya dan cahaya keislaman yang diperlihatkannya adalah saksi yang adil dan benar. Jika begitu, baginda SAW perlu naik secara langsung ke atas seluruh alam semesta, melintasi semua maujudat dan masuk ke satu maqam supaya baginda berbual secara umum, tinggi dan menyeluruh dengan al-Khaliq seluruh makhluk. Justeru, Isrā' dan Miʿrāj juga menjelaskan hakikat ini.”
Hasilnya: Memandangkan Allah SWT membina, mengatur dan menghias alam semesta yang luas dalam bentuk seperti yang kita lihat sekarang ini, untuk maksud-maksud yang sangat agung dan tujuan-tujuan yang sangat besar seperti maksud-maksud yang telah disebutkan; memandangkan terdapat bangsa manusia yang akan melihat rububiyyah umum ini dengan segala perinciannya
38. Page
dan kekuasaan uluhiyyah ini dengan segala hakikatnya di kalangan maujudat ini, sudah tentu al-Hakim al-Mutlaq itu akan bercakap dengan manusia itu dan akan memberitahu maksud-maksud-Nya.
Memandangkan setiap insan tidak boleh naik ke maqam yang paling tinggi kerana tidak dapat menyucikan diri daripada perkara-perkara yang juz’i dan keji, dan tidak dapat menjadi mukhatab kepada khitab menyeluruh al-Hakim itu, sudah tentu dari kalangan manusia itu akan ada beberapa orang tertentu yang akan ditugaskan dengan tugas tersebut supaya ia terdapat kaitan melalui dua aspek; (1) yang terpilih itu juga sepatutnya dari kalangan manusia, supaya dia menjadi guru kepada manusia. (2) Dia juga sepatutnya sangat tinggi dari sudut kerohaniannya supaya dia dapat menerima khitab secara langsung.
Sekarang, memandangkan di kalangan manusia ini, orang yang memberitahu tentang maksud-maksud as-Sani’ alam semesta ini, mendedahkan rahsia alam semesta ini, membuka misteri penciptaan dalam bentuk paling sempurna dan menjadi juruhebah kepada keindahan kekuasaan rububiyyah dengan cara yang paling sempurna ialah Sayidina Muhammad SAW. Sudah tentu baginda akan menjalani satu perjalanan tarbiah rohaniah di antara para individu bangsa manusia, supaya baginda akan menjalani Isrā' dan Miʿrāj yang bagaikan perjalanan dan penjelajahan di alam jasmani. Baginda akan melangkaui martabat sehingga ke sebalik tirai Asmaul Husna, tajalli sifat dan perbuatan dan lapisan maujudat yang diungkapkan sebagai tujuh puluh ribu tabir. Justeru, inilah Miʿrāj.
Sekali lagi terlintas di hati: Wahai si pendengar! Engkau berkata dari hatimu: “Bagaimana aku mahu percaya? Apakah maknanya
39. Page
bertemu dengan Rabb dengan menempuhi jarak ribuan tahun dan melintasi tujuh puluh ribu tabir, padahal keberadaan-Nya lebih dekat daripada semua benda?”
Maka kami pun berkata: “Allah SWT adalah lebih dekat kepada semua benda daripada semua benda. Tetapi, semua benda adalah sangat jauh daripada-Nya. Sebagai contoh, jika matahari ada perasaan dan suara, ia boleh berbual denganmu melalui perantaraan cermin di tanganmu. Ia boleh bertindak seperti yang ia mahu padamu. Bahkan walaupun ia lebih dekat kepadamu berbanding anak matamu yang seperti cermin, engkau adalah sejauh empat ribu tahun daripadanya. Engkau tidak mungkin dapat menghampirinya pada mana-mana sudut. Sekiranya engkau naik lalu sampai ke maqam bulan, lalu naik ke noktah pertemuan dengannya secara langsung, engkau hanya boleh melakukan sebahagian tugas pemegang cermin.
Seperti itu juga, walaupun Dzat Dzul Jalal yang merupakan Mentari Azali dan Abadi adalah lebih dekat kepada semua benda daripada semua benda, semua benda adalah sangat jauh daripada-Nya. Hanya dengan mengatasi semua maujudat, keluar daripada perkara-perkara juz’i, melintasi ribuan hijab melalui satu demi satu martabat-martabat kulli, barulah nama yang meliputi semua maujudat dapat dihampiri dan dia dapat melangkaui banyak lagi martabat di hadapan. Kemudian dia dimuliakan dengan sejenis taqarrub.
Contohnya lagi: Seorang askar adalah sangat jauh daripada peribadi maknawi (9) panglima tertinggi. Melalui satu contoh kecil yang dilihatnya pada seorang koperal panglima itu, askar tersebut memandang kepada panglima itu di sebalik banyak
__________________________
40. Page
tabir maknawi dalam pada jarak yang sangat jauh. Kedekatannya dengan peribadi maknawi sebenar bagi panglima tertinggi pula perlu melalui banyak martabat menyeluruh seperti staf sarjan, kapten dan mejar. Walhal sebagaimana panglima tertinggi berada di sisi askar itu dan melihatnya melalui perintah, undang-undang, pandangan, ketetapan dan ilmunya secara luaran, begitulah juga secara maknawi. Oleh sebab hakikat ini telah diisbatkan dalam bentuk yang sangat muktamad dalam Kalimah Keenam Belas, dengan berpada kepadanya kami meringkaskannya sampai di sini sahaja.”
Terlintas juga di hati bahawa engkau berkata dari hatimu: “Aku mengingkari langit dan tidak mempercayai malaikat, bagaimanakah aku mahu mempercayai seseorang bersiar di langit dan bertemu dengan para malaikat?”
Ya, sudah tentu susah untuk menerangkan dan memperlihatkan sesuatu kepada orang yang akalnya telah turun ke matanya (10) dan matanya tertutup dengan tirai seperti engkau. Tetapi, oleh sebab kebenaran adalah sangat terang dan turut boleh dilihat oleh mereka yang buta, maka kami pun menjawab: “Secara sepakat ruang angkasa yang tinggi penuh dengan jirim langit. Semua benda berterbangan yang halus seperti cahaya, elektrik dan haba mengisyaratkan kepada kewujudan unsur-unsur yang memenuhi ruang angkasa itu. Sebagaimana buah-buahan menunjukkan pokoknya, bunga-bungaan menunjukkan halaman hijaunya, tunas-tunas menunjukkan ladangnya, ikan-ikan menunjukkan lautannya secara jelas, bintang-bintang itu juga secara pasti menunjukkan kewujudan tempat tumbuh, ladang, laut dan padang rumput (di langit) ke mata akal.
________________________
41. Page
Memandangkan terdapat binaan yang berlainan di alam tinggi, maka kelihatan undang-undang yang berlainan dalam keadaan yang berlainan. Oleh itu, langit yang merupakan sumberkepada undang-undang itu (juga) adalah berlainan. Sebagaimana terdapat juga tubuh maknawi seperti akal, hati, roh, khayalan dan daya ingatan selain daripada tubuh pada insan, sudah tentu terdapat alam-alam lain selain alam jasmani dalam alam yang merupakan manusia terbesar, yakni di alam semesta yang merupakan pohon bagi buah manusia ini. Malah, terdapat langit bagi setiap alam bermula dari alam bumi sehingga alam syurga.”
Kami pun berkata mengenai Malaikat: “Kehidupan dan akal yang paling bernilai dan nurani di antara maujudat dalam bentuk yang tidak terkira berada di dalam bebola bumi yang sederhana di kalangan planet, serta kecil dan legap di antara bintang-bintang. Sudah tentu jika dibandingkan dengan bumi yang ibarat sebuah rumah yang gelap ini, bintang-bintang yang ibarat mahligai-mahligai berhias dan istana-istana sempurna serta langit yang merupakan lautan berbintang adalah kediaman bagi para malaikat dan ruhaniyyin yang berakal, bernyawa, banyak dan berlainan jenis.
Oleh sebab kewujudan dan bilangan langit dalam ayat ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ﴾11 ﴿telah diisbatkan di dalam tafsir aku yang bernama Isyarat al-I’jaz dalam bentuk yang sangat pasti dan oleh sebab kami telah mengisbatkan tentang kewujudan malaikat dalam Kalimah Kedua Puluh Sembilan semuktamad dua kali dua adalah empat, maka dengan cara berpada kepadanya kami meringkaskannya di sini.”
_______________________
TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS