Muqaddimah

1. Page

Daripada Koleksi Risalah An-Nur


RISALAH

ISRA' DAM MI'RAJ


Penulis:

Badiuzzaman Said Nursi


Terjemahan ke Bahasa Melayu:

Pusat Penterjemahan dan Kajian

Ilmiah Penerbitan Hayrat


Penerbitan Hayrat


2. Page

RISALAH ISRA' DAN MI'RAJ

(Mirac Risalesi)


Karangan: Badiuzzaman Said Nursi


Bahasa Asal: Bahasa Turki Usmani


Terjemahan ke Bahasa Melayu:

Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat Kuala Lumpur, Malaysia.

Sadık Özata

Mohd Firdaus Sahiddin

Celal Akar


Semakan dan Suntingan Oleh:

Prof. Md. Sidin Ishak

(Universiti Malaya)


Reka Bentuk Kulit dan Reka letak Dalaman:

Penerbitan Hayrat Graphic


ISBN: 978-605-193-512-6

Cetakan Pertama:

2022 Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. (329540-P)

143, Jalan Kip 8, Taman Perindustrian Kip,

Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.


3. Page

ISI KANDUNGAN


Muqaddimah_________________________________________________5

Sekilah Tentang Risalah an-Nur________________________________6

Tentang Buku Ini____________________________________________10

Nota Terjemahan____________________________________________11

Penutup___________________________________________________13


Kalimah Ketiga Puluh Satu: Risalah Isra' dan Mi'raj,

Pembuktian peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W

dengan dalil qat'i______________________________________________17


Asas Pertama: Apakah rahsia keperluan Isra' dan Mi'raj?____________21

Asas Kedua: Apakah hakikat Isra' dan Mi'raj?_____________________27

Asas Ketiga: Apakah hikmah Isra' dan Mi'raj?_____________________49

Asas Keempat: Apakah buah dan faedah Isra' dan Mi'raj?___________69


Biografi Badiuzzaman Said Nursi________________________________79

Makna Istilah_________________________________________________91

4. Page

5. Page

MUQADDIMAH


بِسْمِ ٱللَِّ ٱلرَّحَْٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Syukur dan pujian sebanyak bilangan zarah alam semesta kepada Rabb yang menurunkan al-Quranul Karim yang berkhitab (memberi mesej) kepada segenap lapisan manusia pada setiap kurun dengan hakikat-hakikatnya yang kekal sehingga kiamat. Selawat dan salam sebanyak huruf yang ditulis oleh pena dan dibahasakan dengan kata-kata kepada kebanggaan seluruh alam ( صلى الله عليه وسلم) yang memberi khabar gembira bahawa: “Sesungguhnya dalam setiap seratus tahun, Allah akan mengutuskan seseorang memperbaharui agama-Nya kepada umat ini” dan memberi pujian nubuwwah kepada ulama-ulama tersebut dengan bersabda bahawa: “Ulama-ulama umat ini adalah seperti para rasul Bani Israil.”


Al-Quran adalah ‘Kalamullah’, ia adalah khazanah yang tidak akan habis dan luak. Oleh sebab Firman Ilahi datang daripada keazalian, ia akan menuju keabadian. Pada setiap kurun, bertepatan dengan asas-asas yang sama, ribuan tafsir yang bermatlamatkan pengistifadahan insan dan mengandungi perincian yang lebih indah daripada satu sama lain ditulis

6. Page

dengan perbahasan tentang kehalusan-kehalusan al-Quran yang memberikan ketenangan kepada akal. Dengan limpahan dan ilham daripada al-Quran, para alim yang muhaqqiq dan mudaqqiq menulis tentang pedoman yang sesuai bagi setiap kurun dan merawat penyakit-penyakit generasi mereka dengan penawar-penawar yang mereka pungut daripada farmasi Kalam Ilahi yang tiada bandingan.


Dengan kemunculan fitnah dahsyat pada akhir zaman dan kesannya yang dikhabarkan melalui hadis-hadis dalam seratus tahun yang kita hidup ini, kemanusiaan diheret kepada bencana dan kehancuran maknawi dalam bentuk yang belum pernah kita lihat dalam sejarahnya.


Badiuzzaman Said Nursi, seorang tokoh ulama’ yang berjuang menghadapi keruntuhan iman telah berjaya menyelamatkan jutaan masyarakat Turki pada zamannya dengan karyanya Risalah an-Nur. Beliau memberitahu melalui khutbah di Syam pada tahun 1910 bahawa jalan keluar kita ialah: “Penawar bagi abad yang sakit, bangsa yang berpenyakit dan anggota yang lumpuh ialah menuruti al-Quran. Penawar bagi benua besar yang malang, negara hebat yang tidak bertuah dan kaum mulia yang tidak bertuan ialah kesatuan Islam.” (Maktubat 2)


Sekilas Tentang Risalah An-Nur

Di kala persepsi materialistik Barat tersebar di seluruh Dunia Islam pada abad kedua puluh, kehancuran politik, ekonomi dan kebudayaan yang mendalam terlihat di kalangan masyarakat orang Islam. Keraguan dan persengketaan muncul di kalangan orang Islam seiring kesetiaan mereka pada Islam kian melonggar.


7. Page

Manusia menjauh dari al-Quran dan Sunnah, akhlak Islamiah merosot dan ateisme tersebar.


Badiuzzaman Said Nursi mengarang Koleksi Risalah An-Nur adalah untuk meneutralisasikan kesan negatif peradaban Barat dalam Dunia Islam, untuk mendiamkan ateis yang mengkritik agama secara agresif, untuk memperbaharui kesetiaan orang Islam terhadap al-Quran dan Sunnah, dan untuk membangkitkan kehidupan beragama manusia.


Risalah an-Nur adalah koleksi atau himpunan 130 risalah yang terhimpun di empat buku utama iaitu al-Kalimat (Kalimah-Kalimah), al-Maktubat (Surat-Surat), al-Lama’at (Kilauan) dan as-Syua’at (Sinaran). al-Kalimah (Surat-Surat) mengandungi 33 risalah, al-Maktubat mengandungi 33 risalah, al-Lama’at (Kilauan) mengandungi 33 risalah dan as-Syua’at (Sinaran) pula mengandungi 15 risalah. Maktub (Surat) ke-28 mengandungi 8 risalah, manakala Maktub (Surat) ke-29 mengandungi 9 risalah. Maka, jumlah semuanya adalah 130 risalah, di mana sebahagian daripada risalah tersebut adalah pendek, mungkin hanya 2 atau 3 muka surat, sedangkan sebahagian yang lain mempunyai 80-90 muka surat.


Selain daripada buku yang disebut di atas, terdapat juga 2 buku utama yang lain yang ditulis asalnya dalam bahasa arab pada era ‘Said Lama’ iaitu Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz dan al-Mathnawi al-Nuriyyah. Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz adalah tafsir surah al-Fatihah dan 31 ayat pertama dari surah al-Baqarah. Mathnawi al-Nuriyyah pula dikenali sebagai ‘anak pokok’ kepada koleksi Risalah an-Nur, kerana ia umpama indeks kepada semua topik yang ada dalam koleksi Risalah an-Nur. Kedua-dua buku ini juga dimasukkan ke dalam himpunan atau koleksi Risalah an-Nur.

8. Page

Bahagian utama yang terakhir yang akhirnya dimasukkan ke dalam koleksi Risalah an-Nur adalah Lahikalar (Lampiran) yang terdiri daripada 3 buku iaitu Lampiran Surat Barla, Lampiran Surat Kastamonu, dan Lampiran Surat Emirdag. Buku-buku ini mengandungi surat-surat antara Badiuzzaman Said Nursi dan pengikutnya dalam menjawab segala persoalan tentang iman dan agama, serta perjalanan Khidmat al-Quran di pelbagai kampung, desa dan kota di seluruh Turki. Surat-surat ini berkhidmat untuk menasihati, membimbing, mengarah dan menguruskan khidmat dakwah kepada pengikutnya dari jauh. Semua lampiran suratsurat ini dinamakan Maktub (surat) ke-27.


Selain dari buku-buku utama di atas, terdapat juga beberapa buku lain seperti Asa-yi Musa (Tongkat Nabi Musa), Siraju’n-Nur (Lampu Cahaya), Sikke-i Tasdik-i Gaybi (Setem Pengesahan dari Ghaib), Tılsımlar (Misteri-Misteri), dan buku-buku kecil seperti Pedoman Masa Muda, Pedoman Para Wanita dan Penawar Rahmat dan Kasih Sayang. Semua topik buku-buku ini adalah kompilasi risalah yang diambil daripada buku-buku utama yang disebutkan tadi.


Mungkin juga ada yang tertanya kenapa semua buku ini diberikan nama Koleksi Risalah an-Nur. Badiuzzaman Said Nursi menjelaskan ini di as-Syua’at (Sinaran) seperti berikut:


“Sebab kenapa Kalimah ketiga puluh tiga dan Surat ketiga puluh tiga diberi nama Risalah an-nur adalah seperti berikut; sepanjang hidupku aku sudah berjumpa dengan kalimah ‘Nur’ (cahaya) dalam banyak bentuk.

9. Page

Ringkasnya:


1. Kampungku adalah Nurs.


2. Nama arwah ibuku adalah Nuriya.


3. Syeikh Naqshiku adalah Sayyid Nur Muhammad.


4. Syeikh Qadiriku adalah Nuraddin.


5. Salah seorang guru al-Quranku adalah Nuri.


6. Pelajar-pelajarku yang paling berminat denganku adalah mereka yang namanya Nur.


7. Metafora yang terbaik menerangkan dan mencerahkan buku-buku aku adalah Nur (cahaya, matahari, dll).


8. Ayat yang pertama terdetik dalam fikiran dan membuatkan mindaku sibuk adalah ayat, “Allah adalah Nur langit dan bumi.”


9. Nama yang paling berguna dalam menyelesaikan kesukaran yang aku hadapi sewaktu berurusan dengan kebenaran Ilahi adalah nama Nur berbanding dengan nama-nama tercantik Allah S.W.T yang lain.


10. Panduan khas aku untuk usahaku yang berkesan terhadap al-Quran dan aku membatasi khidmatku kepada (Sayidina Uthman) Zinnurrayn R.A

Oleh itu, saya telah menamakan semua koleksi risalah sebagai Risalah an-Nur.”

10. Page

Tentang Buku ini


Buku Risālah Isrā' dan Miʿrāj ini merupakan salah satu risalah daripada buku al-Kalimat iaitu kalimah Ketiga Puluh Satu. Risalah ini ditulis di Barla pada tahun 1929. Bahasa asalnya Bahasa Turki dan Tulisan Osmanlica (Tulisan Jawi Turki). Risalah ini menerangkan peristiwa Isrā' dan Miʿrāj Nabi Muhammad S.A.W. Menurut penulis, Imam Badiuzzaman Said Nursi, Peristiwa Isrā' dan Miʿrāj adalah satu natijah yang datang selepas asas rukun-rukun Iman. Maka, peristiwa ini tidak boleh diceritakan kepada mereka yang tidak meyakini Allah S.W.T, tidak mengenali Rasul dan tidak menerima malaikat ataupun mengingkari kewujudan makhluk di langit. Rukun-rukun itu perlu diisbatkan terlebih dahulu.


Oleh itu, mukhatab atau sasaran pembaca Risalah ini bukannya kepada golongan mulhid (ateis), bahkan mukhatabnya adalah golongan mukmin yang ada ragu-ragu dalam hatinya mengenai peristiwa Isrā' dan Miʿrāj dan melihatnya jauh dari akal. Namun, golongan mulhid (ateis) menjadi sebagai pendengar dan kadang-kadang akan ada soalan daripada golongan ini. Kemudian, soalan-soalan yang terlintas di fikiran mereka akan dijawab oleh Imam Said secara logik dan memuaskan.


Dalam Risalah ini, Imam Said Nursi menerangkan rahsia keperluan, hakikat, hikmah, buah dan faedah Isrā' dan Miʿrāj Nabi Muhammad SAW melalui dalil-dalil naqli dan aqli serta melalui perumpamaan-perumpamaan yang mudah difahami oleh para pembaca.

11. Page

Nota Terjemahan


Terjemahan buku yang berada di tangan pembaca yang mulia adalah hasil tuaian pemikiran, petikan kesungguhan, hasil buah kepenatan yang bukan sedikit, dan mengikut metode terjemahan serta kayu ukur yang tepat, yang bukanlah mudah dan tidak pula senang untuk dihasilkan.


Kepada sesiapa yang sudah biasa membaca Risalah an-Nur pasti akan faham tentang kedalaman falsafah, kekayaan bahasanya dan penggunaan terminologi daripada disiplin ilmu yang pelbagai membuatkan ia bukanlah mudah untuk diterjemahkan. Apatah lagi, penulis juga merupakan seorang ulama’ intelektual berkaliber dan juga menghafal banyak buku Turath Islam dan sains pada zamannya. 90 jilid buku yang dihafalnya dalam masa 3 bulan sahaja terdiri daripada pelbagai bidang ilmu seperti balaghah, nahu, mantik, falsafah, bahasa, syair, malah termasuk bidang sains seperti matematik, geometri, geografi, astronomi dan kamus bahasa Arab, Parsi dan Turki. Tambahan pula, penulis sangat mahir di dalam bidang ilmu Islam seperti tafsir, hadis, ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.


Maka dalam jawatankuasa Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat terdiri daripada pakar yang menguasai bahasa Turki-Uthmani, Arab dan Melayu. Di samping itu juga, mereka juga adalah dari bidang agama. Proses terjemahan dibantu juga oleh penyunting yang pakar dalam Risalah an-Nur dari Turki.


Terjemahan ini adalah daripada Bahasa Arab diterjemahkan oleh orang-orang Melayu yang mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ada juga penterjemah orang Melayu yang mahir dalam Bahasa Turki. Mereka juga dibantu dan dikuatkan dengan

12. Page

penterjemah dan penyemak dari orang-orang Turki yang mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Setelah diterjemahkan daripada Bahasa Arab, terjemahan tersebut kemudiannya disemak dan dibandingkan menurut buku-buku asal Risalah an-Nur dalam Bahasa Turki. Sedia dimaklumi bahawa kebanyakan karya Badiuzzaman dikarang dalam Bahasa Turki. Ada beberapa buku yang dikarang dalam Bahasa arab juga seperti Isyaratu’l-I’jaz fi Mazani’l-Ijaz dan al-Mathnawi al-Nuriyyah. Buku-buku Risalah an-Nur yang diterjemahkan kepada Bahasa Arab daripada Bahasa Turki oleh Pusat Terjemahan Dan Kajian Ilmu Altinbasak Turki diambil sebagai rujukan ketika penterjemahan kepada Bahasa Melayu.


Selepas satu buku diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia kemudiannya akan disemak di hadapan para pakar dan ustaz yang sampai 10 atau lebih bilangannya. Mereka terdidik sejak puluhan tahun dengan Risalah an-Nur, maka mereka memahaminya dengan sangat baik. Sesungguhnya mereka berkumpul daripada seluruh pelosok bumi Turki untuk menyemak, dan meneliti teks terjemahan tersebut. Para penterjemah membaca terjemahan bahasa Melayu yang mereka bentangkan itu kalimah demi kalimah dan ayat demi ayat. Kemudian mereka menterjemahkan apa yang mereka tulis dengan bahasa Melayu itu ke bahasa Turki secara langsung tanpa bergantung dengan teks asal bagi risalahrisalah tersebut, kemudian para penyemak melihat kepada teks Turki-Uthmani jika makna terjemahan yang mereka nukilkan itu secara langsung daripada bahasa Melayu ke bahasa Turki adalah bertepatan dengan makna yang wujud dalam teks asal dengan setiap perinciannya. Jika bertepatan mereka menerimanya, jika tidak mereka menolaknya kembali kepada mereka agar dibetulkan semula.

13. Page

Lihatlah sejauh mana para penterjemah begitu penat dan bersungguh-sungguh, dan setinggi mana terjemahan ini sampai kepada ketelitian dan perincian, daripada bahasa Turki atau bahasa Arab kepada bahasa Melayu dan kepada bahasa Turki sekali lagi, dan begitulah pada setiap kalimat dan pada setiap ayat.


Penutup


Semoga buku ini juga memberikan ilmu, semangat, pedoman, dan menjadi penawar kepada sakit-sakit maknawi yang ada kepada pembaca. Semua kebaikan yang ada dalam terjemahan buku ini datang daripada Allah SWT, dan segala kekurangan, kecuaian dan kesalahan adalah datang daripada kami. Semoga Allah SWT memberikan limpahan rahmat kepada penulis Risalah an-Nur, Imam Badiuzzaman Said Nursi, dan kepada semua yang mendedikasi hidupnya untuk menyebarkan risalah-risalah ini.


Penerbitan Hayrat

Jawatankuasa Penterjemahan dan Kajian Ilmiah

27 Rejab 1443 - 1 Mac 2022

14. Page

15. Page

16. Page

TABLE OF CONTENTS