Tambahan Bagi Kilauan Kedua Puluh Lima

57. Page

Tambahan bagi Kilauan Kedua Puluh Lima

serta Merupakan Maktub Ketujuh Belas

Ucapan Takziah untuk Seorang Anak

Kerana kesesuaian maqam, maka ia diambil ke sini.


بِاسْمِهِ وَاِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ


﴾وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذ۪ينَ اِذَا اَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون﴿ 22


Saudara akhiratku yang mulia, Hafiz Khalid Efendi.

Saudaraku, kematian anakmu menyedihkanku. Tetapi 23 [اَلْحُكْمُ لِلّٰهِ] maka, redha kepada qadha’ dan pasrah dengan takdir merupakan salah satu syiar islam. Semoga Allah mengurniakan Sobrun Jamil (kesabaran yang indah) kepada kalian.


Mudah-mudahan Dia menjadikan Allahyarham anak itu sebagai bekalan akhirat dan pemberi syafaat kepada kalian. Kami

_____________________

22 “Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah [2]: 155–156)
23 ketentuan milik Allah

58. Page

akan menerangkan lima noktah yang akan memperlihatkan khabar gembira yang besar dan ketenangan yang hakiki kepada kalian dan kepada orang mukmin yang bertaqwa seperti kalian:


Noktah Pertama: Rahsia khabar gembira bagi ayat 24 وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ dan maknanya dalam al-Quran al-Hakim adalah seperti berikut: Sesungguhnya, melalui ayat suci [وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ] al-Quran mengisyaratkan dan memberi khabar gembira bahawa di syurga: Anak-anak orang mukmin yang meninggal dunia sebelum baligh akan kekal sebagai kanak-kanak yang abadi, comel dan selamanya dalam bentuk yang sesuai dengan syurga. Mereka akan menjadi sumber kegembiraan abadi di dalam dakapan ibu bapa mereka yang masuk ke syurga dan menjadi penyebab kepada jaminan mengecap kelazatan yang paling lembut seperti menyayangi anak dan membelai mereka untuk kedua ibu bapa mereka.


Di dalam syurga terdapat semua benda yang lazat. Dakwaan mereka yang berkata bahawa cinta kepada anak-anak dan pembelaian mereka tidak ada di syurga kerana syurga bukan tempat melahirkan zuriat adalah tidak benar. Malah pemerolehan cinta anak-anak yang abadi dan pembelaiannya selama jutaan tahun dalam keadaan yang suci dan tiada kesakitan sebagai ganti kepada kecintaan dan pembelaian yang bercampur dengan perkara yang menyakitkan dalam masa sepuluh tahun yang singkat di dunia merupakan sumber kebahagiaan paling besar bagi golongan beriman.


Noktah Kedua: Suatu masa seseorang berada di dalam penjara. Seorang anaknya yang comel dihantar untuk tinggal bersamanya. Oleh sebab dia tidak mampu memastikan kerehatan

_____________________

24 “Anak-anak yang kekal.” (Surah al-Insan [76]: 19)

59. Page

anaknya, maka di samping merasai kesakitan diri sendiri, banduan yang kebuntuan itu turut menderita atas kesusahan anaknya. Kemudian seorang penguasa yang pengasih menghantar seorang utusan kepadanya dan menyampaikan titahnya: “secara zahir, kanak-kanak itu adalah anakmu. Tetapi dia juga adalah rakyat dan bangsaku. Beta akan mengambil dan menyaranya di sebuah istana yang indah.” Banduan itu menangis, merungut dan berkata, “Aku tidak akan menyerahkan anakku yang menjadi sumber ketenanganku.”


Maka kawan-kawannya berkata kepadanya: “Sesungguhnya kesedihanmu adalah tidak bermakna. Jika kamu mengasihani anakmu, relakanlah dia pergi ke sebuah istana yang damai dan membahagiakan berbanding penjara yang kotor, hanyir dan menyusahkan ini. Jika kamu bersedih kerana dirimu sendiri dan mencari manfaatmu, sesungguhnya jika anakmu itu tinggal di sini, bersama dengan manfaat yang sementara dan meragukan, terdapat banyak kesusahan dan kesakitan yang akan kamu rasai disebabkan kesusahan anakmu itu. Jika dia pergi ke sana terdapat seribu faedahnya kepadamu.


Kerana dia akan menjadi sebab untuk menarik belas kasihan raja dan anakmu itu ibarat pemberi syafaat kepadamu. Raja akan berhasrat untuk mempertemukannya denganmu. Sudah tentu baginda tidak akan menghantarnya ke penjara untuk mempertemukan kalian bahkan baginda akan mengeluarkan kamu dari penjara dan menjemputmu ke istana itu dan mempertemukanmu dengan anakmu. Itupun dengan syarat jika kamu mempercayai dan meyakini baginda.”


Justeru wahai saudaraku yang mulia! Seperti perumpamaan ini, apabila anak-anak orang mukmin sepertimu meninggal

60. Page

dunia, kita perlu berfikir begini: “Anak itu tidak berdosa.” Al-Khaliq-nya juga adalah ar-Rahim dan al-Karim. Sebagai gantian kepada didikan dan kasih-sayangku yang kurang, Allah mengambilnya kepada inayah dan rahmat-Nya yang sangat sempurna. Dia mengeluarkannya dari penjara dunia yang menyakitkan, bermusibah dan susah lalu menghantarnya ke Jannah al-Firdaus-Nya. Alangkah bahagianya anak itu! Kalaulah dia tinggal di dunia ini tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku padanya. Kerana itu aku tidak berasa kasihan kepadanya kerana aku tahu bahawa dia sangat beruntung.


Mengapa pula aku perlu berasa kasihan kepada diri sendiri, merasa sakit dan sedih kerana manfaat yang khusus bagiku? Ini kerana seandainya anak itu tinggal di dunia, nescaya dia akan melahirkan rasa cinta sementara kepada anak yang bercampur dengan kesakitan selama sepuluh tahun. Sekiranya dia menjadi anak yang soleh dan berupaya melakukan kerja dunia, mungkin dia akan membantuku. Namun melalui kematiannya, dia menjadi punca kecintaan kepada anak-anak, wasilah kepada kebahagiaan abadi dan pemberi syafaat selama sepuluh juta tahun di syurga yang abadi.


Sudah tentu dan semestinya, seseorang yang kehilangan satu manfaat yang diragui namun disegerakan tetapi mendapat seribu manfaat yang pasti namun ditangguhkan tidak akan memperlihatkan kesedihan yang menyakitkan dan tidak akan meratap bagaikan berputus asa.


Noktah Ketiga: Kanak-kanak yang mati itu sebenarnya ialah makhluk, tawanan dan hamba al-Khaliq ar-Rahim. Dia juga merupakan ciptaan berseni-Nya dari segenap sudut dan merupakan teman kepada kedua ibu bapanya walaupun dia

61. Page

dimiliki oleh-Nya. Kerana itulah dia diberikan supaya dijaga oleh kedua ibu bapanya buat sementara waktu.


Allah menjadikan kedua ibu bapanya sebagai khadam kepadanya. Sebagai balasan kepada bakti kedua ibu bapa itu, Dia menganugerahkan kasih sayang yang lazat sebagai balasan yang disegerakan. Sekarang, jika al-Khaliq ar-Rahim yang merupakan pemilik bagi sembilan ratus sembilan puluh sembilan bahagian daripada seribu itu mengambil anak itu daripada tangan kalian dan menamatkan tugas kalian kerana dikehendaki oleh rahmat dan hikmah, maka bersedih dan meratap bagaikan berputus asa dalam bentuk yang boleh melambangkan rungutan terhadap pemilik seribu bahagian yang sebenar dengan satu bahagian yang palsu adalah tidak sesuai dengan golongan yang beriman. Bahkan amat sesuai dengan golongan yang lalai dan sesat.


Noktah Keempat: Seandainya dunia ini abadi, seandainya manusia kekal di dalamnya dan seandainya perpisahan itu selama-lamanya, nescaya kesedihan yang memilukan dan kepedihan dengan putus asa itu mempunyai makna. Namun memandangkan dunia ini adalah rumah tamu, maka ke mana sahaja anak yang meninggal dunia itu pergi, sesungguhnya kalian dan kami juga akan pergi ke sana. Malah, kematian ini bukanlah khusus untuknya sahaja, bahkan merupakan jalan raya besar untuk semua. Malah, memandangkan perpisahan juga bukanlah selama-lamanya; maka pada masa depan kita akan dipertemukan di barzakh dan di syurga. Maka kita patut berkata اَلْحُكْمُ لِلّٰهِ. Dia memberi, Dia mengambil (semula). Kita perlu bersyukur dengan kesabaran sambil berkata: اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ. 25

_________________

25 Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan

62. Page

Noktah Kelima: Kasih sayang yang merupakan tajalli yang paling latif, paling cantik, paling menarik dan paling manis daripada tajalli rahmat Ilahi adalah eliksir nurani. Ia adalah lebih tajam daripada keasyikan. Ia merupakan wasilah yang pantas untuk sampai kepada Allah. Sebagaimana cinta majazi dan cinta duniawi boleh berubah menjadi cinta hakiki dan boleh menemui Allah melalui kesulitan yang sangat banyak, begitulah juga syafaqah mengikat hati kepada Al-Haq - tanpa kesusahan - dengan cara yang lebih pantas dan lebih suci.


Baik ayah mahupun ibu, mereka mencintai anaknya (bagaikan) sepenuh dunia. (Namun) sekiranya mereka bertuah iaitu sekiranya mereka benar-benar beriman, apabila anaknya diambil daripada tangan mereka, mereka akan memalingkan wajah mereka daripada dunia dan menemui al-Mun’im yang hakiki. Mereka akan berkata, memandangkan dunia adalah fana, maka hati tidak patut terikat dengannya. Walau ke mana sekalipun anaknya pergi, muncullah rasa keterikatan dengan tempat itu lalu mengecap keadaan maknawi yang besar.


Golongan lalai dan sesat terhalang daripada kebahagiaan dan khabar gembira yang ada di dalam lima hakikat itu. Kiaskanlah betapa peritnya keadaan mereka dengan perkara berikut: Apabila mereka melihat anak tunggal mereka yang comel dan sangat disayangi berada dalam keadaan nazak, maka sebagai natijah kelalaian dan kesesatan, menurut sangkaan keabadian di dunia, kerana membayangkan kematian sebagai penghapusan dan perpisahan abadi dan kerana berfikir bahawa tanah kubur adalah ganti kepada tilam empuknya, lalu kerana tidak memikirkan syurga rahmat dan Firdaus nikmat Arham ar-Rahimin, maka

63. Page

kamu boleh mengkiaskan betapa dia menanggung kesedihan dan kesakitan yang penuh keputusasaan.


Namun keimanan dan keislaman yang menjadi wasilah kebahagiaan di dua dunia berkata kepada Mukmin: “anak yang berada di dalam sakarat itu akan dikeluarkan oleh al-Khaliq ar-Rahim-nya daripada dunia yang kotor ini dan akan dibawa ke syurga. Dia akan menjadikannya sebagai pemberi syafaat dan anak yang abadi kepadamu. Perpisahan adalah sementara, jangan bimbang. Lafazkanlah [اَلْحُكْمُ لِلّٰهِ] dan [اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّٓا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ] serta bersabarlah.


اَلْبَاقِى هُوَ الْبَاقِى

Said Nursi