NAVIGATION
521. Page
بِسْـــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Muqaddimah Terjemahan Khutbah Syamiyyah
Wahai saudara-saudaraku yang mulia dan benar!
Hakikat-hakikat di dalam risalah ajaran berbahasa Arab ini yang disampaikan kepada sebuah jemaah besar hampir sepuluh ribu orang dan di dalamnya terdapat seratus ahli ilmu atas desakan para ulamak Syam, di Masjid Jami’ Al-Umawi yang terletak di Syam empat puluh tahun sebelum ini, telah dirasai oleh Said Lama menerusi al-hiss qabla al-wuqu’ (pra-rasa sebelum kejadian). Dia telah memberi khabar gembira dengan sepenuh keyakinan dan telah menyangka bahawa hakikat-hakikat itu akan kelihatan dalam masa yang amat hampir. Sedangkan dua perang dunia dan penindasan mutlak yang berlanjutan selama dua puluh lima tahun telah menjadi sebab tertundanya al-hiss qabla al-wuqu’ itu. Sekarang ini, kelahiran perkhabaran- perkhabaran itu telah bermula di dunia Islam persis yang diberitahu pada masa itu.
Maknanya, pengajaran yang amat penting ini bukanlah satu khutbah lapuk yang zamannya telah berlalu, bahkan ia adalah satu pengajian kemasyarakatan dan keislaman yang amat benar dan segar secara langsung kepada jemaah seramai tiga ratus tujuh puluh juta pada tahun seribu tiga ratus tujuh puluh satu (1371) sebagai ganti kepada tahun seribu tiga ratus dua puluh tujuh (1327) dan di Masjid Alam sebagai ganti kepada Masjid Jami’ Umawi. Kerana itu aku menganggap masa ini adalah masa untuk menyebarkan terjemahannya.
522. Page
Adalah sesuai juga untuk menulis di sini satu jawapan yang amat penting kepada satu persoalan yang amat penting. Ini kerana, empat puluh tahun sebelum ini, Said Lama, melalui al-hiss qabla al-wuqu’, dalam kelasnya itu berbicara seolah-olah dia telah melihat pengajaran-pengajaran dan pengaruh Risalah an-Nur yang luarbiasa. Kerana itu, kami akan menulis soalan dan jawapan tersebut. Ia seperti berikut:
Ramai yang bertanya kepadaku dan kepada sebahagian saudara-saudara Nurku soalan berikut:
Mengapakah Risalah an-Nur tidak tewas walaupun berhadapan dengan para penentang, ahli-ahli falsafah dan golongan sesat yang seramai ini? Walaupun mereka telah meletakkan tembok penghalang kepada kitab-kitab keimanan hakiki yang bernilai jutaan dan menghalang penyebaran agama Islam, walaupun mereka telah membiarkan ramai pemuda dan insan yang kebuntuan terhalang daripada hakikat-hakikat keimanan melalui kelazatan-kelazatan kemungkaran dan kehidupan duniawi, walaupun mereka telah berusaha untuk mematahkan Risalah an-Nur, menakut-nakutkan dan menjauhkan manusia daripadanya melalui serangan yang paling dahsyat, layanan yang paling kejam dan penipuan-penipuan yang paling banyak, maka apakah hikmah penyebaran Risalah an-Nur dalam bentuk yang tidak pernah dilihat pada mana-mana karya, hatta lebih enam ratus ribu risalah yang kebanyakannya melalui tulisan tangan tersebar di sebalik tabir dengan penuh semangat, malah dirinya diperbacakan dengan penuh kerinduan di dalam dan luar negara? Apakah sebabnya?
523. Page
Justeru sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang seperti diatas, kami berkata:
Risalah an-Nur yang merupakan satu tafsir hakiki melalui rahsia kemukjizatan al-Quran al-Hakim, sebagaimana ia memperlihatkan di dunia ini sebuah neraka maknawi ada di dalam kesesatan, ia juga mengisbatkan bahawa di dunia ini lagi, dalam keimanan juga terdapat sebuah syurga maknawi. Ia memperlihatkan kesakitan-kesakitan maknawi yang pedih dalam dosa-dosa dan keburukan-keburukan dan kelazatan-kelazatan yang haram lalu mengisbatkan bahawa dalam kebajikan dan tindak tanduk yang baik dan amalan hakikat-hakikat syariat terdapat kelazatan-kelazatan maknawi bagaikan kelazatan-kelazatan syurga. Ia menyelamatkan mereka yang melakukan kemungkaran, mereka yang jatuh dalam kesesatan dan mereka yang berfikiran dari sudut itu. Ini kerana, pada zaman ini terdapat dua keadaan yang dahsyat:
Keadaan Pertama: Oleh sebab kehendak hawa nafsu manusia yang tidak melihat akibat dan mengutamakan satu dirham kelazatan segera berbanding dengan satu pikul kelazatan di masa hadapan mengalahkan akal dan fikiran, maka satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka yang mungkar daripada kemungkarannya adalah dengan memperlihatkan kesakitan dalam kelazatan itu sendiri lalu mengalahkan kehendaknya. Melalui isyarat ayat [يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا], pada zaman ini, kaca-kaca duniawi yang mudah pecah lebih diutamakan walaupun adalah diketahui bahawa nikmat-nikmat dan kelazatan-kelazatan akhirat adalah bagaikan berlian. Satu-satunya cara untuk terselamat daripada bahaya mengikut golongan sesat dek kerana hubb ad-dunya walaupun seseorang itu dari golongan beriman dan kerana rahsia tadi hanya boleh berlaku dengan memperlihatkan azab dan kesakitan-kesakitan neraka di dunia ini lagi, maka Risalah an-Nur mengikuti jalan ini.
Jika tidak, di hadapan sifat degil keketagihan yang datang daripada kesesatan dan kemungkaran yang datang daripada kekufuran mutlak dan ilmu sains di zaman ini, dengan cara mengisbatkan kewujudan neraka setelah memperkenalkan Al-Haq Subhanahu wa Taala dan usaha menjauhkan manusia daripada keburukan dan kejahatan melalui azab-Nya, kemungkinan yang akan mengambil pengajaran daripada sepuluh bahkan daripada dua puluh hanyalah satu (seorang). Setelah mengambil pengajaran pula, dengan mengatakan bahawa Allah itu al-Ghafur ar-Rahim dan Jahannam itu sangat jauh, maka seseorang itu, mungkin meneruskan kemungkarannya. Hati dan rohnya kalah kepada kehendak hawa nafsunya.
524. Page
Justeru, kebanyakan muwazanah dalam Risalah an-Nur memberikan satu kebencian daripada kelazatan yang keji dan haram serta kemungkaran itu lalu mendorong mereka yang sedar hatta yang paling keras kepala dan mengikut nafsu kepada taubat dengan cara memperlihatkan natijah-natijah kesesatan yang menyakitkan dan menggerunkan di dunia.
Sebahagian daripada muwazanah itu iaitu muwazanah-muwazanah kecil dalam Kalimah Keenam, Ketujuh dan Kelapan, serta muwazanah yang panjang pada Mauqif Ketiga Kalimah Ketiga Puluh Dua menggerunkan hatta orang-orang yang paling mungkar dan berjalan dalam kesesatan dan menyebabkan mereka mengambil pengajarannya. Sebagai contoh:
Kami akan mengisyaratkan secara sangat pendek tentang keadaan-keadaan yang dilihat sebagai hakikat melalui perjalanan khayalan dalam Ayat Nur. Mereka yang mahukan perinciannya, maka hendaklah mereka merujuk kepada muka surat ke-242 sehingga mukasurat ke-245 di penghujung Kitab Sikkah al-Ghaib.
Secara ringkas: Dalam perjalanan khayalan itu, ketika aku melihat alam haiwan yang berhajat kepada rezeki, maka aku telah memandangnya dengan falsafah maddi. Bersama dengan keperluan yang tidak terkira dan kelaparan yang dahsyat, kedaifan dan kelemahan mereka memperlihatkan alam makhluk bernyawa itu kepadaku sebagai sangat meruntun jiwa dan menyakitkan. Oleh sebab aku telah memandang dengan mata golongan yang sesat dan lalai maka aku telah merintih. Tiba-tiba melalui teropong hakikat al-Quran dan keimanan, aku lihat:
Nama ar-Rahman telah menyinsing di menara ar-Razzaq bagaikan mentari yang terang. Ia telah menyadur alam makhluk bernyawa yang kelaparan dan kebuntuan itu dengan sinar rahmat.
525. Page
Kemudian, di dalam alam haiwan itu, di dalam suatu kegelapan yang memilukan dan menyakitkan dan mengundang simpati dan rasa kasihan semua pihak di mana si anak-anak kecil meronta dalam kedaifan, kelemahan dan keberhajatan, aku nampak sebuah alam yang lain. Kerana aku memandangnya melalui pandangan mereka yang sesat, maka aku mengaduh. Tiba-tiba keimanan memberikan kepadaku sepasang kacamata, lalu aku nampak bahawa nama ar-Rahim telah menyinsing di menara syafaqah. Ia telah mengubah alam yang menyakitkan itu kepada alam yang menggembirakan dan menyinarinya dalam bentuk yang sangat indah dan menawan, sehingga ia telah mengubah airmataku yang menitis daripada keluhan, rasa kasihan dan kesedihan kepada titisan yang mengalir daripada kegembiraan dan kesyukuran.
Kemudian, bagaikan layar panggung wayang, kelihatan kepadaku alam manusia. Aku memandang melalui teropong golongan sesat. Aku dapati alam itu sangat gelap dan dahsyat lalu aku merintih daripada hatiku yang paling dalam. Aku mengaduh. Ini kerana, keinginan dan cita-cita manusia yang memanjang pergi sehingga kepada keabadian, gambaran dan pemikiran mereka yang meliputi alam semesta, keazaman dan kesiagaan fitrah mereka yang sangat bersungguh-sungguh mahukan kebaqaan abadi, kebahagiaan abadi dan syurga, quwwah-quwwah (daya) yang tidak diletakkan batasan fitrah dan dibiarkan bebas serta keberhajatan mereka yang menghadap kepada tujuan-tujuan yang tidak terkira, usia yang singkat bersama-sama dengan musibah dan seteru tidak berpenghujung yang manusia bersama dengan kedaifan dan kelemahannya terdedah kepada serangan-serangannya, di bawah kebimbangan kematian setiap hari dan setiap ketika, di dalam kehidupan yang sangat bergelombang dan dalam ruang kehidupan yang amat sengsara untuk meneruskan hidup, dalam keadaan menanggung bencana kelenyapan dan perpisahan berterusan yang merupakan keadaan yang paling menyakitkan dan dahsyat kepada hati dan sanubari, manusia memandang ke arah kubur dan pusara yang bagi mereka yang lalai kelihatan seperti pintu kegelapan abadi. Satu demi satu, kelompok demi kelompok dicampakkan ke dalam telaga kegelapan itu.
526. Page
Justeru, ketika aku dapati bahawa alam insan ini di dalam kegelapan ini, ketika aku bersedia untuk menangis dengan rintihan bersama dengan hati, roh dan akalku, segenap latifah insaniyyah-ku, bahkan semua zarah dan tubuhku, tiba-tiba, nur dan kekuatan yang datang daripada al-Quran telah memecahkan kacamata kesesatan itu dan memberikan mata (yang sebenar) kepada kepalaku. Aku lihat bahawa nama-nama al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala, di mana nama al-‘Adil terbit bagaikan mentari di menara al-Hakim, nama ar-Rahman di menara al-Karim, nama ar-Rahim di menara al-Ghafur yakni pada maknanya, nama al-Ba‘is di menara al-Waris, nama al-Muhyi di menara al-Muhsin, nama Rabb di menara al-Malik.
Nama-nama itu telah menerangi seluruh alam yang terdapat di dalam alam insan yang gelap itu dan memeriahkannya. Nama-nama itu telah merenjiskan cahaya ke dunia manusia yang sengsara itu setelah menyuraikan keadaan-keadaan bagai neraka, lalu membuka jendela-jendela nurani dari alam akhirat. Lalu aku melafazkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ اَلشُّكْرُ لِلّٰهِ sebanyak zarah alam semesta. Secara ‘ainal yaqin aku dapati seyakin-yakinnya bahawa di dunia ini lagi terdapat sebuah syurga maknawi di dalam keimanan dan terdapat sebuah neraka maknawi di dalam kesesatan.
Kemudian, alam bebola bumi kelihatan. Dalam perjalanan khayalanku itu, undang-undang gelap ilmu falsafah yang tidak patuh kepada agama telah memperlihatkan kepada khayalanku sebuah alam yang dahsyat.
Keadaan bani insan yang kebuntuan berjalan di dalam ruang kosong alam semesta yang tidak bertepi di dalam bebola bumi yang berputar menjelajahi jarak dua puluh lima ribu tahun dengan pergerakannya yang tujuh puluh kali ganda lebih pantas daripada peluru meriam, yang sedia bila-bila masa untuk terbelah hancur, yang bergoncang isinya, sangat renta dan amat tua dan di atas bahtera yang dahsyat itu kelihatan kepadaku di dalam kegelapan yang menakutkan. Kepalaku menjadi pening dan mataku menjadi gelap. Lalu aku menghempas kacamata falsafah ke lantai dan memecahkannya.
527. Page
Tiba-tiba, aku memandang dengan sepasang mata yang disinari dengan hikmah al-Quran dan aku lihat bahawa nama-nama al-Qadir, al-‘Alim, Rabb, Allah dan Rabb as-samawati wal-ardhi dan as-Sakhkhar as-syamsi wal-qamari bagi al-Khaliq as-samawati wal-ardhi terbit di menara-menara rahmat, keagungan dan rububiyyah bagaikan mentari. Nama-nama itu telah menerangi alam yang gelap, menakutkan dan dahsyat itu sehingga dalam keadaan itu, pada mataku, aku melihat bebola bumi adalah ibarat sebuah bahtera pelayaran yang sangat tersusun, patuh, sempurna, menawan, selamat dan rezeki semua makhluk ada di dalamnya, telah disiapkan untuk bersiar, berseronok dan berdagang, membawa makhluk yang mempunyai roh berlayar di sekeliling matahari dan di negara Rabbani dan sebuah bahtera, sebuah pesawat, sebuah kereta api untuk membawa datang hasil mahsul musim panas dan musim bunga kepada makhluk yang mahukan rezeki. Lalu aku melafazkan الحمدللّٰه على نعمت الايمان sebanyak bilangan zarah pada bebola bumi.
Justeru, sebagai kiasan kepada perkara ini, menerusi muwazanah-muwazanah yang sangat banyak di dalam Risalah an-Nur, mereka dapat merasai bahawa di dunia ini lagi golongan sesat dan mungkar telah menanggung azab di dalam sebuah neraka maknawi dan di dunia lagi golongan yang beriman dan soleh berada di dalam sebuah syurga maknawi melalui perut Islam dan keinsanan dan melalui tajalli-tajalli dan jilwah-jilwah keimanan. Bahkan mereka boleh beristifadah menurut tahap keimanan mereka. Tetapi, arus-arus yang membatalkan deria rasa zaman yang beribut ini, menyurai dan melemaskan pandangan manusia ke ufuk-ufuk (dunia), telah memberikan suatu kebebalan yang dari jenis menghilangkan deria rasa sehingga golongan yang sesat tidak benar-benar dapat merasakan azab-azab maknawi buat sementara waktu. Hatta di dalam golongan yang beroleh hidayah juga kelalaian dapat memijak lalu tidak dapat menghargai kelazatan-kelazatan hakiki.
Keadaan Kedua Yang Dahsyat Di Kurun Ini:
Pada masa dahulu, kesesatan yang datang daripada kekufuran mutlak dan ilmu sains serta pemberontakan yang lahir daripada kekufuran kerana kedegilan adalah sangat sedikit berbanding dengan zaman ini. Kerana itu, ajaran-ajaran para muhaqqiq Islam yang dahulu dan hujjah-hujah mereka adalah benar-benar cukup pada zaman itu. Mereka boleh melenyapkan kekufuran yang diragui dengan cepat. Oleh sebab keimanan kepada Allah adalah bersifat umum, maka dengan memperkenalkan Allah dan dengan memperingatkan azab neraka adalah mampu untuk mengembalikan ramai orang daripada kemungkaran dan kesesatan.
528. Page
Adapun sekarang ini, boleh ditemui sepuluh kekufuran mutlak dalam sebuah pekan sebagai ganti kepada sebuah negara pada masa dahulu. Berbanding dengan yang masuk ke dalam kesesatan melalui ilmu dan sains lalu menentang hakikat-hakikat keimanan melalui kedegilan dan pemberontakan pada masa dahulu, sekarang ini, ia telah bertambah seratus kali ganda. Oleh sebab para pendegil yang memberontak ini menentang hakikat-hakikat keimanan melalui keangkuhan setahap Firaun dan melalui kesesatan mereka yang dahsyat, maka sudah tentu diperlukan satu hakikat qudsi yang mampu menghancur-leburkan asas-asas mereka di dunia ini bagaikan bom atom supaya kemelampauan mereka dapat dihentikan dan dapat membawa sebahagian mereka (kembali) kepada keimanan.
Justeru, kesyukuran yang tidak terhingga kepada al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala kerana Risalah an-Nur yang merupakan mukjizat maknawi al-Quran Mu’jiz al-bayan dan kilauannya merupakan satu penawar sebenar kepada luka zaman ini, melalui muwazanah-nya yang sangat banyak mematahkan para pendegil yang paling dahsyat dengan pedang berlian al-Quran. Hujah-hujah dan dalil-dalilnya kepada wahdaniyyah Ilahi dan hakikat-hakikat keimanan memperlihatkan bahawa sejak dua puluh lima tahun, ia tidak pernah tewas kepada serangan-serangan yang paling sengit dan telah memenanginya.
Ya, muwazanah-muwazanah iman dan kufur serta perbandingan hidayah dan kesesatan dalam Risalah an-Nur mengisbatkan hakikat yang disebutkan ini secara jelas.
Sebagai contoh: Sekiranya semua muwazanah dibandingkan dengan burhan dan kilauan dua maqam bagi Kalimah Kedua Puluh Dua, Mauqif Pertama Kalimah Ketiga Puluh Dua, Jendela-jendela Surat Ketiga Puluh Tiga, Sebelas Hujah Tongkat Nabi Musa dan jika diperhatikan, difahami bahawa yang akan mematahkan dan menghancurkan kekufuran mutlak dan kedegilan kesesatan yang memberontak di zaman ini ialah hakikat-hakikat al-Quran yang bertajalli di dalam Risalah an-Nur.
Insya-Allah, sebagaimana di dalam Himpunan at-Talasim (Rahsia-rahsia), cebisan-cebisan yang membongkar rahsia-rahsia penting agama dan misteri penciptaan alam telah dihimpunkan di dalam himpunan ini, maka sama seperti itu juga, Insya-Allah sebuah himpunan kecil yang ringkas seperti cebisan-cebisan Nur itu yang memperlihatkan neraka golongan sesat di dunia ini lagi dan kelazatan-kelazatan syurgawi di dunia ini lagi serta memperlihatkan bahawa keimanan adalah sebutir benih maknawi syurga dan kekufuran adalah sebutir benih zaqqum neraka akan ditulis dan disebarkan.
529. Page
Khutbah Syamiyah
Badiuzzaman Sa’id Nursi
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Kita mempersembahkan hadiah-hadiah maknawi yang telah dipersembahkan oleh seluruh makhluk bernyawa melalui lisanul hal kehidupan mereka kepada al-Khaliq mereka serta tahmid dan kesyukuran mereka melalui lisanul hal mereka kepada Dzat Wajibul Wujud yang telah berfirman: لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِyang bermaksud, janganlah kalian berputus asa daripada Rahmat Ilahi!
Seterusnya selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Baginda Rasul kita Saidina Muhammad al-Mustafa ‘Alaihis Solatu wassalam yang telah bersabda: جِئْتُ ِلاُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْاَخْلاَقِ
Yang bermaksud: Salah satu hikmah (tujuan) yang penting di atas pengutusanku serta kedatanganku kepada seluruh manusia oleh al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala ialah untuk menyempurnakan akhlak yang baik dan pekerti yang mulia serta menyelamatkan manusia daripada ketiadaan akhlak.
Setelah tahmid dan selawat,
Wahai saudara-saudaraku berbangsa Arab yang mendengarkan khutbah di Masjid Jami’ Al-Umawi ini!
Aku tidak naik ke atas mimbar dan tempat ini untuk membimbing kalian. Ini kerana, mengajar kalian adalah di luar kemampuanku. Bahkan di hadapan jamaah yang di dalamnya terdapat hampir seratus ulama adalah umpama seorang anak yang pergi ke sekolah. Dia pergi ke sekolah pada waktu pagi lalu belajar. Pada waktu petang, dia datang kepada bapanya lalu menyajikan apa yang telah dipelajarinya kepada bapanya. Supaya dia tahu sama ada dia telah mendapat pelajaran yang betul atau tidak. Dia menantikan bimbingan serta pembetulan daripada bapanya.
Ya, jika dinisbahkan kepada kalian, kami, bangsa Kurdi, adalah ibarat anak-anak dan pelajar kalian. Kalian adalah guru kami dan guru seluruh umat Islam. Justeru, (di sini) aku juga mahu menerangkan sebahagian perkara yang telah aku pelajari kepada kalian -guru-guru kami- seperti berikut:
530. Page
Pada masa ini dan di bumi ini, aku telah pelajari dan aku telah ketahui (fahami) daripada madrasah kehidupan bermasyarakat manusia bahawa perkara yang memundurkan kita dan menyebabkan kita tertinggal jauh di belakang dari sudut maddi di kurun pertengahan tatkala bangsa-bangsa asing dan Eropah terbang dalam sudut itu menuju masa hadapan ialah enam jenis penyakit. Penyakit-penyakit itu ialah perkara-perkara berikut:
Pertama: Hidup dan bangkitnya rasa putus ada dan tiada harapan di kalangan kita.
Kedua: Matinya kebenaran dalam kehidupan politik masyarakat .
Ketiga: Kecintaan pada permusuhan.
Keempat: Tidak mengetahui ikatan-ikatan nurani yang mengikat ahli iman antara satu sama lain.
Kelima: Penindasan yang merebak seperti pelbagai penyakit berjangkit.
Keenam: Membataskan himmah (kesungguhan dan semangat) kepada manfaat peribadi.
Aku akan menerangkan tentang ubat bagi enam penyakit ini melalui enam kalimah yang telah aku pelajari daripada farmasi al-Quran di dalam kehidupan bermasyarakat kita yang ibarat sebuah ‘Fakulti Perubatan’. Aku menganggap enam kalimah itu sebagai asas pengubatannya.
531. Page
Kalimah Pertama
“ الامل Harapan”
Maksudnya menanamkan harapan yang kuat kepada rahmat Ilahi.
Wahai Jemaah Islam! Sesungguhnya - berdasarkan apa yang telah aku pelajari - aku menyampaikan khabar gembira bahawa tanda-tanda Fajar Sadiq kebahagiaan duniawi bagi dunia Islam masakini, terutamanya kebahagiaan Khilafah Uthmaniyyah dan lebih-lebih lagi kebahagiaan bangsa Arab yang kemajuan Islam (akan berlaku) menerusi kesedaran mereka, mula kelihatan, dan detik terbitnya mentari kebahagiaan juga telah semakin hampir.
Walaupun ianya tidak akan disenangi oleh sikap putus asa, aku berkata dengan sepenuh keyakinanku, di tahap mampu diperdengarkan ke seluruh dunia:
“Masa hadapan hanya dan hanya akan menjadi milik Islam!
Yang akan menguasai ialah hakikat-hakikat al-Quran dan keimanan!”
Oleh itu, kita perlu redha dengan Taqdir Ilahi dan nasib kita sekarang ini supaya masa hadapan yang gemilang bagi kita menjadi masa lalu yang celaru kepada orang-orang asing. Dakwaanku ini adalah berdasarkan bukti yang banyak. Sekarang aku akan menyatakan satu setengah bukti bermuqaddimah daripada bukti-bukti itu. Kita mulakan dengan muqaddimah-muqaddimah itu.
532. Page
Sesungguhnya hakikat-hakikat Islam memiliki suatu kemampuan yang sempurna dan dapat menerima kemajuan dari sudut maknawi dan maddi.
Kemajuan Maknawi Yang Merupakan Aspek Pertama:
Ketahuilah oleh kalian! Sejarah yang merakamkan peristiwa-peristiwa sebenar merupakan saksi paling benar kepada sesuatu hakikat. Demikianlah sejarah telah perlihatkan kepada kita. Hatta, terdapat pengakuan dan penyaksian terhadap kebenaran Islam oleh panglima utama Jepun yang mengalahkan Rusia yang seperti berikut:
“Sejarah memperlihatkan bahawa umat Islam menjadi bertamadun dan meningkat maju dalam pergerakan mereka menurut nisbah kekuatan (pegangan) mereka pada hakikat-hakikat Islam dan sejarah turut memperlihatkan bahawa mereka menjadi mundur dan ketinggalan serta ditimpa dengan pelbagai bala dan kekalahan menurut tahap kelemahan (pegangan) mereka pada hakikat Islam. Manakala agama lain pula adalah sebaliknya. Yakni, sejarah memperlihatkan bahawa mereka semakin bertamadun dan maju apabila semakin lemah kekerasan dan ketaksuban mereka (kepada agama) tetapi semakin mundur dan terdedah kepada penjajahan apabila semakin kuat kekerasan dan ketaksuban mereka kepada agama mereka. Demikianlah masa berlalu sampai sekarang.”
Malah tidak ada satupun sejarah sejak ‘Asrus Saadah sampai sekarang memperlihatkan kepada kita bahawa seorang Muslim yang lama atau baharu telah meninggalkan Islam dengan menganut suatu agama lain hasil daripada pertimbangan akal dan dalil yang meyakinkan.
533. Page
Dalam perkara ini, kemasukan orang awam ke dalam agama lain tanpa dalil dan secara ikut-ikutan itu tiada kepentingannya. Menjadi tidak beragama pula suatu permasalahan yang lain. Ini kerana, sejarah memberitahu kita bahawa para pengikut agama yang lain hatta kadang-kadang, kemasukan orang-orang Inggeris dan orang-orang Rusia lama yang paling banyak memperlihatkan ketaksuban terhadap agamanya ke dalam agama Islam secara berbondong-bondong dari sehari ke sehari adalah hasil daripada pertimbangan akal dan berdasarkan burhan yang qat’i.
Sekiranya kita menzahirkan kesempurnaan akhlak Islam dan hakikat-hakikat iman melalui perbuatan kita, nescaya para pengikut agama lain akan masuk Islam secara beramai-ramai, bahkan sebahagian benua di dunia dan negara-negaranya juga akan masuk Islam.
Malah bangsa manusia telah terjaga dan kembali sedar (terutamanya melalui peringatan oleh ilmu-ilmu moden) dan telah memahami perihal kemanusiaan, maka sudah tentu dan pasti (mereka) yang tidak beragama tidak boleh dan tidak akan dapat hidup tanpa tujuan, malah yang paling tidak beragama juga terpaksa berlindung dalam agama.
Ini kerana, bersekali dengan musibah yang tidak terkira dan musuh-musuh dalaman dan luaran yang menyakitkannya, serta bersekali dengan kefakirannya, manusia ditimpa dengan keperluan yang tidak terkira. Noktah persandarannya untuk menghadapi kelemahan manusia dan noktah meminta bantuannya yang mampu memberi bantuan dan pertolongan kepada kehendak-kehendaknya yang terbentang hingga keabadian adalah hanya dan hanya dengan mengenali dan mengimani as-Sani’ alam, mengimani dan membenarkan akhirat. Bagi manusia yang telah sedar, tiada jalan keluar yang selain daripada itu. Sekiranya tiada permata agama yang benar di dalam cangkerang hati, nescaya akan meletuslah qiamat-qiamat maddi dan maknawi ke atas manusia dan manusia itu akan menjadi (makhluk) yang paling malang dan paling menderita di kalangan haiwan.
534. Page
Kesimpulan kata: Melalui peringatan peperangan-peperangan, ilmu-ilmu pengetahuan dan peristiwa-peristiwa yang dahsyat, manusia di kurun ini telah tersedar dan telah merasai jauhar kemanusiaan dan persediaan-persediaannya yang lengkap. Dengan persediaan-persediaan lengkapnya yang ajaib itu, manusia tidak diciptakan hanya untuk kehidupan dunia yang singkat dan bergelombang ini, bahkan diutuskan menuju keabadian. Maka kerana itu dalam perihalnya terdapat kehendak-kehendak yang memanjang kepada keabadian. Malah semua orang telah mula merasai sedikit sebanyak bahawa rumah, dunia yang fana ini adalah tidak cukup untuk cita-cita dan kehendak-kehendak manusia yang tidak berpenghujung itu.
Hatta sekiranya dikatakan kepada khayalan yang merupakan satu quwwah dan khadam bagi kemanusiaan:
“Bersama dengan kesultanan dunia, kamu akan diberikan umur sejuta tahun, tetapi, pada akhirnya satu hukuman mati dalam bentuk yang tiada lagi jalan pulang akan ditimpakan ke atasmu.”
Sudah tentu sebagai ganti kepada keseronokan dan kegembiraan, khayalan manusia yang belum benar-benar kehilangan kemanusiaannya dan waras akan menangisi ketiadaan kebahagiaan abadi dengan kesedihan yang mendalam dan ratapan-ratapan yang hiba.
Justeru, kerana perkara inilah maka telah muncul kecenderungan yang mendalam untuk mencari agama yang benar di hati semua orang. Maka, sebelum semuanya, hati manusia mencari suatu hakikat dalam agama yang benar demi menyelamatkan dirinya di hadapan hukuman mati kematian. Keadaan alam pada masa ini menjadi saksi kepada hakikat ini. Selepas empat puluh lima tahun, dengan kemunculan Atheisme, seluruh benua bebola bumi dan negara-negaranya, masing-masing bagaikan manusia akan mula merasai keperluan yang bersangatan untuk manusia ini.
535. Page
Malah, ayat-ayat al-Quran dari permulaan hingga akhirnya menggalakkan manusia menggunakan akalnya. Ia berkata:
“Gunakanlah akalmu, rujuklah kepada fikiran dan hatimu, berbincanglah dengannya, tanyalah pendapatnya supaya kamu mengetahui hakikat ini.”
Sebagai contoh: Ayat-ayat itu, pada permulaan dan penghujungnya berkata dengan makna: Mengapakah kalian tidak melihat? Mengapakah kalian tidak mengambil pengajaran? Lihatlah supaya kalian memahaminya. Ketahuilah dan perhatikanlah hakikatnya.
Agaknya mengapakah manusia tidak dapat memahami lalu menjadi jahil murakkab? Mengapakah mereka tidak berfikir lalu jatuh ke dalam kegilaan? Mengapakah manusia tidak mengenang dan memikirkan peristiwa-peristiwa alam dalam pengembaraan hidupnya agar dia menemui jalan istiqamah? Mengapakah mereka tidak bertafakkur dan mentadabbur serta menimbangtara dengan akalnya lalu jatuh ke dalam kesesatan?
Wahai manusia! Ambillah pengajaran! Ambillah iktibar daripada kurun-kurun yang telah berlalu dan berusahalah menyelamatkan diri daripada bala musibah maknawi yang mendatang! Demikianlah dalam banyak ayat, dikiaskan supaya manusia berbincang dengan akal dan fikirannya.
Wahai saudara-saudaraku yang berada di dalam masjid besar dunia Islam yang seperti saudara-saudaraku di Masjid Umawi ini!
Kalian juga ambillah pengajaran! Ambillah pengajaran daripada peristiwa-peristiwa dahsyat sepanjang empat puluh lima tahun ini. Gunakanlah akal kalian dengan sebaiknya!
Wahai para pemikir, pemilik akal dan mereka yang menganggap dirinya terpelajar!
536. Page
Kesimpulan kalam: Kita, Umat Islam yang merupakan murid-murid al-Quran, mengikut dalil-dalil. Kita masuk ke dalam hakikat-hakikat keimanan menerusi akal, fikiran dan hati kita. Kita tidak meninggalkan dalil, tidak seperti sebahagian individu agama-agama lain yang meninggalkan dalil demi mengikut rahib-rahib mereka. Kerana itu, pada masa hadapan, di mana akal, ilmu dan sains menguasai, tentunya al-Quran yang bersandar kepada burhan akal dan menetapkan semua hukumnya kepada akal akan menguasai.
Malah tabir-tabir yang menjadi punca gerhana, menghalang pancaran mentari Islam daripada menerangi manusia telah mulai tersingkap. Perkara-perkara yang menghalang mula mengundurkan diri. Tanda-tanda fajar itu telah kelihatan sebelum empat puluh lima tahun. Pada tahun tujuh puluhan, ‘fajar sadiqnya’ telah bermula dan akan bermula. Sekiranya itu adalah ‘fajar kazib’ sekalipun, selepas tiga puluh ke empat puluh tahun, ‘fajar sadiq’ akan tetap terbit.
Ya, lapan penghalang yang dahsyat telah menghalang penguasaan mutlak hakikat keislaman ke atas benua masa lalu.
Penghalang Pertama, Kedua Dan Ketiga: Kejahilan orang-orang asing, keganasan di zaman itu dan ketaksuban mereka kepada agama mereka. Tiga penghalang ini telah dipatahkan dengan kebaikan ilmu pengetahuan dan peradaban dan ia mula berantakan.
Penghalang Keempat Dan Kelima: Kepimpinan para paderi dan pemimpin rohani serta penganiayaan mereka, serta pengikutan secara membuta tuli orang asing kepada mereka. Dua penghalang ini juga mula lenyap dengan bermulanya idea kebebasan dan kecenderungan mencari hakikat pada bangsa manusia.
537. Page
Penghalang Keenam Dan Ketujuh: Penindasan di pihak kita dan akhlak buruk kita angkara membelakangi syariat turut menghalang. Dengan mengisyaratkan kepada lenyapnya sekarang ini kekuatan penindasan pada seorang individu serta akan lenyapnya penindasan dahsyat oleh jemaah dan perkumpulan selepas tiga ke empat puluh tahun dan dengan membaranya semangat yang berkobar untuk membela Islam, serta tampaknya natijah-natijah buruk bagi akhlak yang buruk, maka dua penghalang ini juga akan lenyap dan sudah mula lenyap. InsyaAllah ia akan benar-benar lenyap.
Penghalang Kelapan: Dengan sangkaan bahawa permasalahan-permasalahan sebahagian ilmu-ilmu baharu yang positif bertentangan dengan makna-makna zahir hakikat-hakikat Islam, maka ia sedikit sebanyak telah menghalang penguasaannya di masa lalu.
Sebagai Contoh: Oleh sebab ahli sains dan falsafah tidak memahami hakikat bahawa dua malaikat ruhani (bernama Tsaur dan Hut) yang ditugaskan menjaga bebola bumi dengan perintah Ilahi lalu menyangka keduanya merupakan seekor seladang dan seekor ikan gergasi, maka mereka telah menentang Islam. Terdapat seratus contoh seperti ini yang mana, setelah hakikatnya difahami, maka ahli falsafah yang paling keras kepala juga terpaksa menyerah.
Hatta dalam Risalah Kemukjizatan al-Qurannya, Risalah an-Nur memperlihatkan satu kilau kemukjizatan al-Quran di bawah tiap-tiap ayat yang dikritik oleh sains, lalu memperlihatkan hakikat-hakikat tinggi yang tidak dapat digapai tangan sains pada ayat dan kalimah-kalimah al-Quran al-Karim yang disangkakan mereka sebagai wahana kritikan ahli sains lalu memaksa ahli falsafah yang paling keras kepala juga untuk menyerah. Ia (Risalah an-Nur) ada di medan. Yang mahu boleh melihatnya dan silakan lihat. Lihatlah bagaimana penghalang ini dipatahkan selepas kata-kata yang diucapkan empat puluh lima tahun sebelum ini.
538. Page
Ya, terdapat karya-karya tulisan sebahagian Muhaqqiqin Islam di jalan ini. Kelihatan tanda-tanda bahawa penghalang kelapan yang dahsyat ini akan hancur lebur. Ya, walaupun tidak berlaku sekarang, selepas tiga ke empat puluh tahun kemudian, (karya-karya ini) akan secara sempurna menyiapkan tiga kekuatan ini iaitu sains, makrifat hakiki dan keindahan tamadun lalu memberikan kelengkapan-kelengkapannya lalu untuk menewaskan lapan penghalang itu dan mengkucar kacirkannya, ia telah menghantar kecenderungan mencari hakikat, keinsafan dan mahabbah insaniyyah kepada kedudukan di hadapan kelompok lapan musuh itu. Sekarang ini ia telah mula mengusir mereka. Insya-Allah selepas setengah abad, ia akan menghuru-harakan mereka.
Ya, adalah masyhur bahawa fadhilat yang paling tinggi ialah menjadikan musuh-musuh juga turut mengakui kelebihan itu. Berikut ialah dua contoh daripada ratusan contoh:
Pertama: Mister Carlyle yang merupakan ahli falsafah termasyhur kurun kesembilan belas dan benua Amerika, berteriak dengan suaranya yang paling lantang dan tanpa gentar melalui terbitan-terbitannya kepada ahli-ahli falsafah dan para ilmuan Kristian dan berkata dan menulis dalam karya-karyanya seperti berikut:
“Agama Islam lahir bagaikan api yang terang. Ia menelan semua agama lain yang bagaikan kayu yang kering. Malah perbuatan menelan ini adalah hak Islam. Ini kerana bahagian agama-agama lain yang tidak menepati pembenaran al-Quran hanyalah bagaikan tiada.”
539. Page
Malah Mister Carlyle berkata lagi:
“Kata-kata yang paling layak yang paling awal untuk diberikan telinga (didengari) ialah kata-kata Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.”
Malah sekali lagi beliau berkata:
“Sekiranya kamu sangsi pada (mana-mana) hakikat Islam, maka kamu akan ragu-ragu dalam kejelasan dan kemestian yang pasti. Ini kerana hakikat yang paling jelas dan paling mesti ialah Agama Islam.”
Justeru, ahli falsafah yang yang masyhur ini telah menulis penyaksiannya ini dalam karyanya yang berbeza-beza.
Contoh Kedua: Prince Bismarck yang merupakan ahli falsafah yang paling masyhur Eropah di kurun mutakhir berkata:
“Aku telah mengkaji semua kitab samawi. Oleh sebab kitab-kitab itu telah diseleweng, maka aku tidak menemui hikmah hakiki yang aku cari demi kebahagiaan manusia. Tetapi aku dapati al-Quran Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam mengatasi semua kitab. Pada setiap kalimahnya aku menemui satu hikmah. Tiada karya sepertinya yang akan berkhidmat kepada kebahagiaan manusia. Tidak mungkin karya yang sebegini merupakan kata-kata manusia. Mereka yang mengatakan bahawa ini adalah kata-kata Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sesungguhnya telah mengingkari keperluan ilmu. Yakni adalah jelas bahawa ia adalah Kalam Allah.”
540. Page
Justeru, bersandarkan kepada hasil kajian tokoh-tokoh cendekiawan Amerika dan Eropah serta pengkaji yang bijaksana (seperti Mister Carlyle dan Bismarck), maka aku dengan sepenuh qanaahku berkata:
“Eropah dan Amerika sedang menghamilkan Islam. Pada suatu hari, ia akan melahirkan negara Islam. Pada masa yang sama, Uthmaniyyah sedang menghamilkan Eropah dan telah melahirkan sebuah negara Eropah.”
Wahai saudara-saudaraku di Masjid Umawi dan Ikhwan-ikhwanku di masjid dunia Islam selepas separuh abad!
Agaknya adakah mukadimah-mukadimah daripada permulaan sampai sekarang belum memberi natijah bahawa hanya Islam yang akan menjadi penguasa hakiki dan maknawi di benua-benua masa hadapan dan akan mendorong manusia kepada kebahagiaan duniawi dan ukhrawi ?! Bahkan inilah agama sebenar bagi penganut Kristian yang telah berubah menjadi Islam dan meloloskan diri daripada khurafat dan penyelewengan akan mengikut Islam dan bersepakat dengannya.
Sudut kedua: Yakni sebab-sebab kukuh bagi kemajuan Islam dari sudut maddi memperlihatkan bahawa dari sudut maddi juga Islam akan menguasai masa hadapan. Sudut pertama, sebagaimana ia telah mengisbatkan kemajuan (Islam) dari sudut maknawiyat, sudut kedua ini juga memperlihatkan kemajuan maddiyahnya dan kekuasaannya di masa hadapan dengan jelas. Ini kerana, di dalam hati peribadi maknawi dunia Islam, telah tersemat, terhimpun dan berpadu lima kekuatan yang tidak akan dapat dipatahkan.
Kekuatan Pertama: Hakikat-hakikat Islam yang merupakan guru bagi semua kesempurnaan, mampu mendatangkan tiga ratus tujuh puluh juta jiwa bagaikan hanya satu jiwa, telah dilengkapkan dengan satu peradaban yang hakiki serta ilmu-ilmu sains yang positif dan betul dan berada dalam satu perihal yang tidak ada sebarang kekuatan mampu memecahkannya.
Kekuatan Kedua: Keperluan bersangatan yang merupakan guru hakiki bagi peradaban dan kesenian yang telah dilengkapkan melalui penyempurnaan wasilah dan prinsip, serta kefakiran sempurna yang mematahkan pinggang kita. Kedua-duanya merupakan satu kekuatan yang tidak akan berdiam diri dan tidak akan dapat dipatahkan.
541. Page
Kekuatan Ketiga: Kekuatan ketiga yang memberi pengajaran tentang tujuan-tujuan yang tinggi kepada manusia dalam bentuk perlumbaan menuju benda-benda yang tinggi, memperkerjakannya di jalan itu, menghancurleburkan penindasan, menggelegakkan rasa-rasa yang tinggi, dilengkapi dengan rasa cemburu, hasad, iri hati, persaingan, kesedaran sempurna, semangat berlumba, kecenderungan pembaharuan dan kecenderungan peradaban, tidak lain tidak bukan ialah kebebasan syariat. Yakni, menjadi lengkap dengan kecenderungan dan kehendak menuju kesempurnaan yang paling tinggi yang sesuai dengan kemanusiaan.
Kekuatan Keempat: Keagungan keimanan yang telah dilengkapi dengan syafaqah. Yakni, tidak merendahkan diri, tidak menghinakan diri kepada mereka yang tidak adil dan para penzalim dan tidak menghina para mazlum. Yakni asas-asas kebebasan syariat ialah tidak mengampu para penindas dan tidak menganiaya dan sombong terhadap mereka yang kebuntuan.
Kekuatan Kelima: ‘Izzah keislaman iaitu mengumumkan i’lau kalimatillah. Meninggikan kalimah Allah di zaman ini berdiri di atas kemajuan maddi dan dapat diperoleh dengan masuk ke dalam peradaban sebenar. Tidak dapat diragukan bahawa arahan yang diberikan oleh ‘izzah keislaman melalui keimanan, tentunya akan membawa peribadi maknawi dunia Islam ke tempat sebenarnya di masa hadapan. Ya, sebagaimana kemajuan Islam di masa lalu menghancurkan ketaksuban musuh, mematahkan kedegilannya dan menghalang kemelampauannya, telah berlaku dengan senjata dan pedang, di masa hadapan, sebagai ganti kepada senjata dan pedang, pedang-pedang maknawi peradaban hakiki, kemajuan maddi dan kebenaran akan menewaskan para musuh dan menghancurkannya.
542. Page
Ketahuilah kalian bahawa kemahuan kita ialah kebaikan peradaban dan kebaikan-kebaikan yang memberi manfaat kepada manusia. Bukannya dosa-dosa peradaban dan kejahatan-kejahatannya. Mereka yang bodoh menganggap keburukan-keburukan dan kebodohan-kebodohan itu adalah kebaikan lalu mengikutnya dan telah memusnahkan harta kalian. Mereka menjadikan agama sebagai rasuah namun mereka tidak juga mendapat dunia. Akibat menangnya dosa-dosa ketamadunan ke atas kebaikan-kebaikannya serta akibat pengutamaan keburukan ke atas kebaikan maka manusia telah mendapat dua tamparan yang dahsyat melalui dua perang dunia lalu ia menghuru-harakan peradaban yang berdosa itu dan ia begitu marah sehingga telah melumurkan muka bumi dengan darah. InsyaAllah di masa hadapan, kekuatan Islam dan kebaikan peradaban akan menang, dan ia akan membersihkan wajah dunia daripada kekotoran-kekotoran dan akan merealisasikan perdamaian ke serata alam.
Ya, oleh sebab peradaban Eropah tidak diasaskan di atas fadhilat dan petunjuk, bahkan dibina di atas hawa nafsu, persaingan dan penganiayaan, maka sehingga kini, keburukan-keburukan peradaban menewaskan kebaikan-kebaikannya lalu dari sudut ia bagaikan sebatang pohon berulat (dengan kelompok-kelompok penjajah), maka ia adalah ibarat satu paksi dan dalil yang kuat kepada kemenangan peradaban Asia dan ia akan menang dalam satu masa yang singkat.
Agaknya ketika terdapat sebab kepada kemajuan maddi dan maknawi sebegini untuk ahli iman dan ahli Islam untuk menuju masa hadapan dan terdapat sebab-sebab yang kuat dan tidak goyah dan ketika jalan bagaikan landasan kereta api menuju kebahagiaan masa hadapan telah terbuka, maka bagaimanakah kalian boleh berputus asa dan terjerumus dalam keadaan putus asa dan kalian turut mematahkan deria maknawi dunia Islam? Malah dengan putus asa dan ketiadaan harapan, kalian menyangka bahawa dunia adalah untuk semua orang dan kepada orang-orang asing, ia adalah dunia peradaban, tetapi kepada orang Islam yang kebuntuan, ia telah menjadi dunia kerendahan lalu kalian jatuh dalam kesilapan yang sangat salah.
Memandangkan kecenderungan untuk menyempurnakan di alam semesta telah disematkan dalam fitrah kemanusiaan secara fitrah, maka sudah tentu sekiranya kiamat yang berpunca daripada kezaliman dan kesalahan manusia, kebenaran dan hakikat di dunia Islam (sebagai satu kaffarah kepada kesalahan-kesalahan lampau manusia) akan memperlihatkan satu kebahagiaan duniawi juga Insya-Allah.
543. Page
Ya, kalian lihatlah, masa tidak bergerak di atas garisan yang lurus, maka permulaan dan penghujungnya menjauh. Bahkan ia berputar di atas satu lingkungan seperti pergerakan bebola bumi. Kadang-kadang ia memperlihatkan musim panas dan musim bunga dalam kemajuan. Kadang-kadang ia memperlihatkan musim sejuk dan musim ribut dalam kerendahan. Sebagaimana ada musim bunga selepas musim sejuk dan ada subuh selepas malam, insya-Allah bagi bangsa manusia juga akan ada satu subuh dan musim bunga. Dengan mentari hakikat keislaman, kalian boleh menanti untuk melihat peradaban hakiki dalam daerah perdamaian umum daripada Rahmat Ilahi.
Pada permulaan khutbah, kami telah menyatakan akan memperlihatkan satu setengah bukti ke atas dakwaan kami. Sekarang satu bukti telah selesai secara mujmal. Separuh lagi bukti bagi dakwaan itu pula adalah seperti berikut:
Telah sabit melalui penelitian-penelitian ilmu-ilmu sains yang bagaikan perisik (sangat terperinci) dan melalui percubaan-percubaan yang tidak terkira bahawa pemenang mutlak dalam sistem alam semesta, tujuan sebenar dan tujuan-tujuan hakiki as-Sani’ Dzul Jalal ialah kebaikan, kecantikan, keindahan dan kesempurnaan.
Ini kerana satu penyusunan dan kesempurnaan yang sangat hebat pada jenis dan kelompok yang telah dibahaskan oleh tiap-tiap satu ilmu yang berkaitan dengan alam semesta melalui kaedah-kaedahnya yang menyeluruh memperlihatkan bahawa akal tidak dapat menjumpai apa yang lebih sempurna daripadanya.
Sebagai contoh: Tiap-tiap ilmu seperti ilmu Anatomi tubuh manusia yang merujuk kedoktoran dan ilmu sistem suria yang terkait dengan ilmu Astronomi, dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tumbuhan dan haiwan (biologi) memperlihatkan mukjizat kekuasaan, hikmah dan hakikat [اَحْسَنَ كُلَّ شَيْئٍ خَلَقَهُ] pada aturan as-Sani’ Dzul Jalal pada jenis-jenis itu dalam bahagian yang diperbahaskannya itu melalui kaedah-kaedah menyeluruhnya.
544. Page
Malah kajian yang lengkap dan percubaan yang umum memperlihat dan menatijahkan bahawa dalam penciptaan alam semesta, syar (kejahatan), qubh (kehodohan), kejelikan, kebatilan dan keburukan adalah bersifat juz’i. Itu semua bukanlah tujuan bahkan rentetan dan lanjutan daripadanya. Yakni, sebagai contoh, kejelikan tidak masuk ke dalam alam semesta untuk kejelikan, bahkan untuk mengubah satu hakikat kecantikan kepada banyak hakikat. Kejelikan masuk ke dalam ciptaan sebagai kayu ukur (penanda aras). Syar, hatta syaitan sekalipun telah dicipta sebagai penyerang manusia supaya (melalui persaingan), ia menjadi wasilah kepada peningkatan yang tidak terkira bagi manusia. Kejahatan-kejahatan dan kejelikan-kejelikan yang juz’i seperti semua ini telah dicipta di alam semesta supaya menjadi wasilah kepada kecantikan-kecantikan dan kebaikan-kebaikan yang kulli.
Justeru, maksud hakiki dan natijah penciptaan di alam semesta mengisbatkan dengan kajian yang lengkap bahawa kebaikan, keelokan dan kesempurnaan adalah asas dan itu semua adalah maksud hakiki. Sudah tentu, walaupun manusia telah mencemar dan menghuru-harakan muka bumi dengan kekufuran mereka yang zalim setahap ini, namun mereka tidak dapat lari kepada ‘ketiadaan’ tanpa mendapat hukumannya dan tanpa memperoleh maksud hakiki di alam semesta. Bahkan dia akan masuk ke dalam penjara Jahannam.
Malah dengan kajian yang lengkap dan melalui pembuktian-pembuktian ilmu sains, telah sabit bahawa manusialah yang paling mulia dan paling utama di kalangan makhluk. Ini kerana, manusia menemui anak-anak tangga di antara sebab-sebab zahir dan natijah-natijah serta kaitan-kaitan yang berkesinambungan di antara ‘illah-’illah dan sebab-sebab pada penciptaan alam semesta dengan akal lalu untuk membuat tiruan bagi kesenian Ilahi dan pewujudan-pewujudan Rabbani yang tersusun dan berhikmah melalui kesenian kecil dan memahami perbuatan-perbuatan Ilahi, serta untuk mengetahui kesenian Ilahi dan memahaminya melalui ilmunya yang juz’i dan kesenian-kesenian-Nya, melalui bahan-bahan yang digunakannya melalui juzuk ikhtiarnya sendiri sebagai satu neraca dan satu ukuran, dengan mengetahui perbuatan-perbuatan dan sifat-sifat yang kulli dan merangkumi bagi al-Khaliq Dzul Jalal, kajian itu mengisbatkan bahawa manusia adalah makhluk termulia dan terluhur di alam semesta.
545. Page
Malah melalui penyaksian hakikat-hakikat Islam yang berkaitan dengan alam semesta dan manusia, di kalangan manusia yang dimuliakan, yang paling mulia dan paling tinggi ialah ahli Haq dan umat Islam yang merupakan pembawa kebenaran. Malah melalui kajian yang lengkap, melalui penyaksian sejarah-sejarah, yang paling dimuliakan di kalangan manusia yang paling dihormati dan yang paling afdal dan paling tinggi melalui penyaksian seribu mukjizatnya, dan akhlaknya yang sangat tinggi dan penyaksian hakikat-hakikat al-Quran dan Islam di kalangan ahli haq juga ialah Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Memandangkan tiga hakikat bagi separuh bukti ini memberi khabar sebegini, maka agaknya adakah mungkin sama sekali bahawa melalui pengaduannya, bangsa manusia meremehkan penyaksian ilmu-ilmu sains sebanyak ini lalu mematahkan kajian yang lengkap ini lalu memberontak di hadapan kehendak Ilahi dan hikmah azali yang mengambil alam semesta ke dalamnya lalu berterusan dalam kebuasannya yang penuh kezaliman, kekufurannya yang penuh pemberontakan dan pemusnahannya yang dahsyat itu sebagaimana dia telah lakukan dengan banyak sehingga kini? Adakah mungkin dia meneruskan keadaannya ini ke atas Islam?
Aku dengan seluruh keupayaanku, seandainya aku memiliki lidah yang tidak terkira, maka aku bersumpah dengan lidah yang tidak terkira itu bahawa aku bersumpah melalui lidah yang tidak terkira itu kepada al-Hakim Dzul Jalal dan as-Sani’ Dzul Jamal yang menciptakan alam melalui aturan paling sempurna ini dan alam semesta ini melalui satu hikmah penyusunan yang paling hebat daripada zarah hingga sayyarah (Planet), daripada sayap lalat sehingga kepada pelita-pelita langit bahawa tidak mungkin daripada mana-mana sudut untuk manusia bertentangan dengan semua jenis alam semesta dan berlawanan dengan kelompok-kelompok lain yang merupakan saudara-saudara kecilnya lalu menjadi sebab kepada kemenangan kejahatan ke atas kebaikan dalam bangsa manusia dalam masa ribuan tahun lalu memakan buah-buah zaqqum itu dan tidak menghadamkannya. Kemungkinan bagi perkara ini hanya dan hanya boleh berlaku dengan andaian kemustahilan berikut: Walaupun pada martabat amanah teragung kepada alam ini dan pada kedudukan sebagai khalifah di muka bumi, manusia yang merupakan saudara besar dan dimuliakan kepada jenis-jenis alam semesta yang lain tetapi telah masuk ke alam semesta ini sebagai pencuri yang paling rendah, paling malang, paling sengsara, paling bermudarat, paling tiada faedah lalu mengkucar-kacirkannya. Andaian kemustahilan ini tidak mungkin diterima melalui mana-mana sudut.
546. Page
Demi hakikat ini, sudah tentu bukti separuh kita memberi natijah bahawa sebagaimana kemestian adanya syurga dan neraka, pada masa hadapan, agama yang baik dan benar akan menang secara mutlak. Ini supaya, sebagaimana jenis-jenis lain, kebaikan dan kelebihan akan menjadi pemenang mutlak dalam bangsa manusia juga. Supaya manusia juga dapat menyamai saudara-saudaranya yang lain di alam semesta dan dapat dikatakan bahawa rahsia hikmah Ilahi telah menetap dalam bangsa manusia juga.
Kesimpulan: Memandangkan manusia ialah natijah yang paling terpilih di alam semesta ini, makhluk yang paling utama pada pandangan al-Khaliq menurut hakikat-hakikat qat’i yang dinyatakan, maka sudah tentu dan sudah tentu sebagaimana keadaan-keadaan penuh kezaliman sampai sekarang pada manusia secara jelas melazimkan neraka dan kesediaan sempurna yang kulli, hakikat-hakikat keimanannya yang berkaitan dengan alam semesta dalam fitrahnya secara jelas melazimkan syurga dalam kehidupan abadi, maka sudah pasti, manusia tidak akan dapat menghadam dan memaafkan jenayahnya merudumkan kemanusiaan ke tahap yang paling malang lalu meranapkan kemajuan selama seribu tahunnya angkara tindakannya meletuskan dua perang dunia, melakukan jenayah-jenayah yang telah mengalirkan air mata alam semesta, menelan kejahatan-kejahatan Zaqqum dan menghamburkan muntah kerana tidak dapat dihadamkan lalu mencemarkan seluruh muka bumi. Pastinya, sekiranya satu kiamat tidak meletus di atas kepalanya, kita berdoa, mengharapkan dan menantikan daripada rahmat ar-Rahman ar-Rahim agar hakikat-hakikat Islam menjadi wasilah kepada penyelamatan manusia daripada darjat kerendahan asfala safilin dan membersihkan muka bumi dan merealisasikan kedamaian umum.
547. Page
Kalimah Kedua: Putus Asa
Melalui pengalaman-pengalamanku dalam tempoh hidupku, perkara yang lahir dalam fikiranku ialah perkara berikut:
Putus asa merupakan satu penyakit yang paling dahsyat. Ia telah memasuki jantung dunia Islam. Justeru, putus asa itu seolah-olah telah membunuh kita sehingga sebuah negara kecil barat yang penduduknya seramai dua juta, telah menakluk dua puluh juta Umat Islam di Timur dan menjadikan Umat Islam sebagai khadam mereka dan menjadikan tanah air Umat Islam sebagai milik mereka. Malah putus asa itu jugalah yang telah membunuh akhlak tinggi kita dan telah menyebabkan kita meninggalkan manfaat umum lalu membataskan pandangan kita kepada manfaat peribadi. Malah putus asa itulah yang mematahkan kekuatan maknawi kita.
Walaupun dengan kekuatan yang sedikit, kekuatan maknawi yang lahir daripada keimanan telah menakluki timur hingga ke barat. Namun oleh sebab kekuatan maknawi yang hebat itu telah dipatahkan dengan keputusasaan, maka sejak empat ratus tahun, orang-orang asing yang zalim telah menjadikan tiga ratus juta umat Islam sebagai tawanan mereka. Hatta, melalui keputusasaan ini, umat Islam menganggap ketidakpedulian dan futur (patah semangat) orang lain sebagai alasan kepada kemalasan sendiri, mereka berkata: “Apa kepentingannya? Semua orang teruk sepertiku” lalu meninggalkan kehebatan iman lalu tidak melaksanakan khidmat Islam.
Memandangkan penyakit ini menzalimi kita setahap ini dan membunuh kita (perlahan-lahan), maka kita juga perlu melakukan qisas ke atas pembunuh kita itu dan membunuhnya. Kita akan menghancurkan kepala putus asa itu dengan pedang “لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ” dan mematahkan pinggangnya dengan hakikat hadith “مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لَا يُتْرَكُ كُلُّهُ” insya-Allah.
Putus asa merupakan satu penyakit barah paling dahsyat bagi semua umat dan bangsa. Ia menghalang kesempurnaan-kesempurnaaan dan berlawanan dengan hakikat [اَنَا عِنْدَ حُسْنِ ظَنِّ عَبْدِى بِى]. Ia merupakan sikap serta alasan mereka yang bacul, hina dan lemah. Bukannya sikap kehebatan Islam. Terutamanya kepada satu kaum yang menjadi kebanggaan di kalangan bangsa manusia seperti bangsa Arab yang istimewa dengan pekerti-pekerti yang tinggi, maka putus asa tidak boleh menjadi sikapnya!
548. Page
Bangsa-bangsa dunia Islam telah mengambil pengajaran daripada keteguhan bangsa Arab. Insya-Allah, bangsa Arab akan meninggalkan putus asa lalu sekali lagi bergandingan tangan dengan bangsa Turki yang merupakan tentera dan pahlawan Islam melalui satu persandaran dan kesepakatan yang hakiki lalu mengibarkan panji Al-Quran di setiap penjuru dunia.
Kalimah Ketiga: Kebenaran
Melalui kajian-kajianku untuk mencari kebenaran dalam seluruh hidupku dan berdasarkan gegaran kehidupan bermasyarakat, kesimpulan dan intinya telah memberitahuku secara yakin bahawa kebenaran merupakan asas utama Islam dan pengikat pekerti-pekertinya yang tinggi serta fitrah bagi perasaan-perasaan yang tinggi. Oleh itu, kita perlu menghidupkan kebenaran dan kejujuran yang merupakan asas kehidupan bermasyarakat kita di dalam diri kita lalu merawat penyakit-penyakit maknawi kita dengannya.
Ya, kejujuran dan kebenaran merupakan simpulan kehidupan dalam kehidupan bermasyarakat. Mengamalkan riya’ merupakan sejenis penipuan yang fi’li. Mengampu dan berpura-pura perupakan satu penipuan yang sangat rendah. Nifaq dan kemunafikan merupakan satu penipuan yang memudaratkan. Penipuan pula merupakan satu tohmahan kepada qudrat as-Sani’ Dzul Jalal. Kekufuran ialah pendustaan dan penipuan dengan semua jenisnya. Iman ialah kebenaran dan kejujuran. Berdasarkan kepada rahsia ini, di antara pendustaan dan kebenaran terdapat jarak yang tidak terkira besarnya. Ia sepatutnya jauh daripada satu sama lain sejauh timur dan barat. Seperti api dan cahaya, ia sepatutnya tidak memasuki satu sama lain. Sedangkan siyasah yang kejam dan propaganda yang zalim telah mencampur adukkan kedua-duanya dan turut mencampuradukkan kesempurnaan-kesempurnaan manusia.
549. Page
Kebenaran dan kedustaan ini adalah jauh daripada satu sama lain sejauh kekufuran dan keimanan. Semasa ‘Asr as-Sa’adah, melalui perantaraan kebenaran dan melalui kenaikan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke a’la ‘illiyyin dan dengan rahsia terbukanya khazanah hakikat-hakikat keimanan dan hakikat-hakikat alam semesta dengan anak kunci kebenaran itu, maka di pasar masyarakat manusia, kebenaran adalah ibarat satu harta paling laris dan satu barang dagangan paling mahal yang akan dibeli. Dengan perantaraan kedustaan insan-insan seperti Musailamah al-Kazzab, manusia jatuh ke tahap asfala safilin. Oleh sebab perubahan agung itu memperlihatkan bahawa kedustaan merupakan anak kunci kekufuran dan khurafat di zaman itu, maka dusta menjadi satu harta yang paling teruk, paling kotor di pasar alam semesta lalu dusta dan penipuan bukan sahaja tidak dibeli bahkan ia dibenci semua orang. Sudah tentu para sahabat yang merupakan saf pertama perubahan agung itu dan dalam fitrah mereka terdapat fitrah-fitrah untuk membeli benda-benda yang paling laris dan menjadi kebanggaan serta fitrah mahu menjadi pembeli barang-barang yang paling berharga dan laris, tentunya tanpa keraguan, mereka tidak akan menghulurkan tangan mereka kepada kedustaan dalam keadaan mereka menyedarinya. Mereka tidak akan mencemarkan diri mereka dengan kedustaan. Mereka tidak akan menyamakan diri mereka dengan Musailamah al-kazzab. Bahkan dengan seluruh kekuatan mereka dan melalui kecenderungan fitrah mereka, mereka akan menjadi pembeli kepada kebenaran dan kejujuran yang merupakan barang terlaris dan harta paling bernilai, merupakan anak kunci hakikat-hakikat dan menjadi anak tangga bagi kenaikan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke a’la ‘illiyyin.
Oleh sebab mereka berusaha sedaya upaya untuk tidak memisahkan diri daripada kebenaran, maka menurut ilmu Hadith dan di kalangan ulama syariat terdapat satu kaedah yang diperakui iaitu:
“Para sahabat sentiasa berkata benar. Riwayat pada mereka tidak memerlukan tazkiyah (tapisan). Hadith-hadith yang mereka riwayatkan daripada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke a’la ‘illiyyin semuanya adalah sahih.”
Justeru hakikat yang dinyatakan inilah hujjah yang qat’i kepada kesepakatan ahli syariat dan ahli hadith.
Walaupun kebenaran dan kedustaan jauh di antara satu sama lain sejauh keimanan dan kekufuran semasa perubahan agung yang ada semasa ‘Asr as-Sa‘adah, namun dengan peredaran zaman, lama kelamaan jarak itu telah semakin mendekat. Kadang-kadang, propaganda politik telah melariskan kedustaan. Lalu kebobrokan dan penipuan telah mendapat tempat (dalam masyarakat). Justeru, kerana hakikat inilah maka para sahabat tidak dapat diatasi oleh sesiapa. Kerana mengalihkan perbahasan tentangnya kepada risalah yang berkenaan para sahabat iaitu ‘Tambahan Kalimah Kedua Puluh Tujuh’ maka kami berhenti di sini.
550. Page
Wahai saudara-saudaraku di Masjid Umawi ini! Juga wahai saudara-saudara kami iaitu empat ratus juta ahli Iman di Masjid besar dunia Islam empat puluh lima tahun selepas ini!
Keselamatan hanya berlaku dengan kebenaran dan kejujuran. ‘Urwah al-wusqa itu ialah kebenaran. Yakni rantai paling kukuh dan yang akan mengikat kita dengannya ialah kejujuran. Adapun kedustaan untuk maslahat pula, masa telah memansuhkannya. Ini kerana fatwa sementara sesetengah ulama kerana maslahat dan dharurat tidak boleh digunakan di zaman ini (tidak lagi menjadi fatwa). Ini kerana ia telah disalahgunakan dengan teruk sehingga di dalam seratus keburukannya hanya ada satu kebaikan.
Kerana itu hukum tidak pernah dibina atas maslahat. Sebagai contoh: Sebab solat boleh diqasarkan ialah masyaqqah, tetapi ia tidak boleh menjadi ‘illah. Ini kerana ia tidak mempunyai batasan yang tertentu. Ia boleh jatuh kepada penyalahgunaan.
Bahkan hanya safar (permusafiran) boleh dijadikan ‘illah. Sama seperti itu juga, maslahah tidak boleh menjadi ‘illah untuk menipu. Ini kerana, ia tidak mempunyai batasan tertentu dan merupakan kubang yang sangat mudah untuk disalahgunakan. Hukum dan fatwa tidak boleh dibina kepadanya. Oleh itu, (pilihan hanyalah) sama ada berkata benar atau berdiam [اِمَّا الصِّدْقُ وَاِمَّا السُّكُوتُ]. Yakni jalan hanyalah dua. Bukan tiga. Bukanlah sama ada benar atau tipu atau diam.
Justeru oleh sebab huru haranya keamanan umum dan kedamaian manusia angkara penipuan dan penyelewengan yang dahsyat di atas muka bumi sekarang ini berpunca daripada kedustaan dan penyalahgunaannya, maka sudah tentu ia menyebabkan manusia terpaksa menutup jalan ketiga itu. Jika tidak, perang-perang dunia, revolusi-revolusi, kejatuhan-kejatuhan dan kemusnahan-kemusnahan yang dahsyat akan meletuskan satu qiamat ke atas kepala mereka.
551. Page
Ya, setiap apa yang engkau katakan mestilah betul tetapi menyatakan semua yang betul adalah tidak betul. Kadang-kadang sekiranya ia memberi kemudaratan, maka perlulah berdiam diri. Sekali-kali tidak ada sebarang fatwa untuk menipu. Setiap apa yang kamu nyatakan mestilah benar tetapi kamu tidak berhak untuk menyatakan setiap yang benar. Ini kerana sekiranya ia tidak ikhlas maka ia akan memberikan kesan yang buruk dan kebenaran menjadi sia-sia dalam kebatilan.
Kalimah Keempat: Cinta
Apa yang aku fahami secara pasti daripada kehidupan masyarakat manusia dalam seluruh hidupku serta natijah yang diberikan oleh kajian-kajian kepadaku ialah perkara berikut:
Perkara yang paling layak kepada mahabbah ialah mahabbah dan sifat yang paling layak kepada permusuhan ialah permusuhan. Yakni, mahabbah dan sifat mengasihi yang merealisasikan kehidupan bermasyarakat manusia dan mendorong kepada kebahagiaan adalah yang paling layak disayangi. Permusuhan dan perseteruan yang menghuru-harakan kehidupan bermasyarakat manusia adalah satu sifat paling buruk dan memudaratkan yang paling berhak dibenci, dimusuhi dan dijauhi berbanding dengan yang lain. Oleh sebab hakikat ini telah dijelaskan dalam ‘Surat Kedua Puluh Dua’ Risalah an-Nur, maka di sini kami mengisyaratkannya secara ringkas seperti berikut:
552. Page
Zaman permusuhan dan perseteruan telah berakhir. Dua Perang Dunia telah memperlihatkan betapa permusuhan ialah kezaliman yang sangat teruk, memusnah dan dahsyat. Telah tampak bahawa tiada sebarang faedah padanya. Oleh itu janganlah kejahatan-kejahatan musuh-musuh kita (dengan syarat tidak melampaui batas) mengundang permusuhan kalian. Neraka dan azab Ilahi adalah cukup untuk mereka. Kadang-kadang, kesombongan insan dan sikap memuja dirinya sendiri memusuhi ahli iman dengan cara yang batil tanpa disedarinya dan dia menganggap dirinya adalah benar. Sedangkan akibat permusuhan dan perseteruan ini ialah peremehan sebab-sebab yang kuat kepada keimanan, Islam dan jenis (jinsiyyah) yang merupakan wasilah mahabbah kepada ahli Iman dan perbuatan merendahkan nilai itu semua. Ia merupakan kegilaan seperti mengutamakan sebab-sebab permusuhan yang tidak penting ke atas sebab-sebab mahabbah yang seperti gunung.
Memandangkan mahabbah adalah bertentangan dengan permusuhan, maka kedua-duanya tidak boleh benar-benar berhimpun seperti cahaya dan kegelapan. Sekiranya mana-mana asbab bagi salah satunya lebih banyak, maka ia akan berada dalam hati dengan hakikatnya itu. Ia tidak akan berlaku dengan hakikat lawannya.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat mahabbah dengan hakikatnya, waktu itu permusuhan berubah kepada syafaqah dan belas kasihan. Inilah perlakuan (yang sepatutnya) terhadap ahli Iman. Ataupun sekiranya permusuhan berada di dalam hati dengan hakikatnya, waktu itu mahabbah bertukar menjadi sikap tidak mengganggu, tidak masuk campur dan menjadi sahabat secara luaran. Ini pula boleh berlaku dilakukan terhadap mereka yang tidak melampau di kalangan mereka yang sesat.
Ya, sebab-sebab mahabbah merupakan rantai-rantai dan kubu-kubu maknawi yang teguh dan nurani seperti iman, Islam, kewarganegaraan dan kemanusiaan. Sebab-sebab permusuhan merupakan sebahagian daripada sebab-sebab khusus yang seperti batu-batu kecil terhadap ahli iman. Oleh itu orang yang benar-benar memusuhi ahli iman melakukan kesalahan besar bagaikan meremehkan sebab-sebab mahabbah yang seperti gunung itu.
553. Page
Kesimpulan: Mahabbah, ukhuwwah, kasih sayang merupakan fitrah dan pengikat Islam. Mereka yang suka bermusuh menyerupai seorang kanak-kanak yang telah rosak pekertinya, mahu menangis lalu mencari sesuatu supaya dia menangis. Sesuatu yang tidak penting bagaikan sayap lalat menjadi alasan bagi tangisannya. Malah, dia menyerupai seseorang yang tidak insaf, buruk pandangan yang tidak akan bersangka baik selagi mana dia boleh bersangka buruk. Dia menutup sepuluh kebaikan dengan satu kejahatan. Ini pula, ditolak oleh keinsafan dan husnuz-zan (sangka baik) yang merupakan akhlak Islam.
Kalimah Kelima:
Pengajaran yang aku dapat daripada musyawarah syar‘iyyah adalah seperti berikut:
Di zaman ini. Satu dosa bagi seseorang tidak kekal sebagai satu dosa. Kadang-kadang ia membesar dan menular menjadi seratus. Satu kebaikan kadang-kadang tidak kekal sebagai satu. Bahkan kadang-kadang ia meningkat beribu kali ganda. Rahsia hikmah bagi perkara ini iaitu hurriyyah syar’iyyah serta musyawarah al-masyru’ah telah memperlihatkan penguasaan semangat kebangsaan hakiki kita. Roh asasi bagi kebangsaan hakiki kita ialah Islam. Dari sudut khilafah Uthmaniyyah dan tentera Turki menjulang panji kebangsaan itu, Arab dan Turki (yang ibarat cengkerang dan kubu kebangsaan Islam itu) ialah dua saudara kandung yang bergilir-gilir bertugas menjaga kubu suci itu. Justeru, melalui ikatan kebangsaan yang suci ini, maka semua umat Islam menjadi ibarat satu ‘asyirah (kabilah) sahaja. Bagaikan anggota satu kabilah (‘asyirah), kelompok-kelompok umat Islam juga terikat dan ada hubungan dengan satu sama lain menerusi Ukhuwwah Islamiyyah. Sekiranya perlu, mereka akan membantu satu sama lain dari sudut maddi dan maknawi. Seolah-olah seluruh thoifah umat Islam berkait dengan satu sama lain dengan satu rantai nurani.
Sebagaimana jika salah seorang anggota satu kabilah melakukan jenayah, semua anggota kabilah itu menjadi tertuduh pada pandangan kabilah lain yang menjadi musuh kabilah itu, seolah-olah setiap anggota kabilah itu telah melakukan jenayah yang sama, lalu kabilah musuh itu memusuhi mereka. Jenayah yang hanya satu itu berubah menjadi bagaikan ribuan jenayah. Sekiranya seorang anggota kabilah itu melakukan satu kebaikan yang menjadi kebanggaan yang menyentuh perihal kabilah itu, maka semua anggota kabilah itu berbangga dengannya. Kabilah itu berbangga seolah-olah setiap individu daripada anggota kabilah telah melakukan kebaikan itu.
554. Page
Justeru, kerana hakikat yang telah disebutkan, di zaman ini, terutamanya selepas empat lima puluh tahun, kejahatan dan keburukan tidak akan kekal di atas orang yang melakukannya. Bahkan ia menceroboh hak jutaan jiwa umat Islam. Selepas empat puluh lima tahun, banyak contohnya akan dilihat.
Wahai saudara-saudara di dalam Masjid Umawi dan Ikhwan al-Muslimun di Masjid Dunia Islam selepas empat lima puluh tahun!
Janganlah kalian membuat penjelasan dengan alasan seperti berikut: “Kita tidak memberi mudarat, tetapi kita tiada keupayaan untuk memberi manfaat. Kerana itulah kita keuzuran.” Alasan kalian ini tidak dapat diterima. Kemalasan kalian, ketidakfungsian kalian dengan berkata “apa keperluannya” dan ketidaksemangatan kalian untuk kesatuan umat Islam dan melalui semangat kebangsaan hakiki Islam merupakan satu kerugian dan ketidakadilan yang sangat besar untuk diri kalian. Justeru, sebagaimana kejahatan meningkat beribu kali ganda kerana cara sebegini, pada masa kini, hasanah yakni kebaikan yang menyentuh kesucian Islam juga tidak akan hanya terkhusus pada pelakunya. Bahkan hasanah itu secara maknawi boleh memberi faedah kepada jutaan ahli iman. Ia mampu memberi kekuatan kepada ikatan kehidupan maknawi dan maddinya. Kerana itu, zaman ini bukanlah masanya untuk berkata “apa keperluannya” lalu menghempaskan dirimu ke tilam kemalasan.
Wahai saudara-saudaraku di masjid ini dan para ikhwanku di masjid besar dunia Islam selepas empat lima puluh tahun!
Janganlah kalian menyangka bahawa aku naik ke mimbar ini adalah dengan niat untuk mengajar kalian. Bahkan aku naik (ke sini) untuk kami menyatakan hak-hak kami pada kalian. Yakni, manfaat bagi kelompok yang kecil seperti orang Kurdi, kebahagiaan duniawi dan ukhrawi mereka berkait dengan para guru yang bijak seperti bangsa Arab dan Turki yang merupakan kelompok yang besar dan ramai seperti kalian. Akibat kemalasan dan futur kalian, kami, iaitu kelompok-kelompok Islam yang merupakan saudara-saudara kecil kalian yang amat kebuntuan ini mendapat mudarat.
555. Page
Lebih-lebih lagi, wahai bangsa Arab yang agung dan besar, yang telah dan akan tersedar!
Buat pertama kalinya aku bercakap dengan kalian melalui kata-kata ini. Ini kerana kalian pernah menjadi para guru, imam dan pejuang Islam bagi kami dan bagi seluruh kelompok umat Islam. Kemudian, bangsa Turki yang agung telah benar-benar membantu tugas suci kalian itu. Kerana itu, disebabkan kemalasan, dosa kalian amat besar. Kebaikan dan hasanah kalian juga sangat besar dan tinggi. Terutamanya kelompok Arab selepas empat ke lima puluh tahun. Kami amat menantikan dari rahmat Ilahi akan kejayaan kalian untuk mencapai satu kedudukan tertinggi seperti Amerika Syarikat dan meletakkan batu asas penguasaan Islam yang masih ditawan ke atas separuh muka bumi seperti masa dahulu bahkan di seluruh dunia. Sekiranya suatu kiamat tidak berlaku dengan cepat, InsyaAllah generasi seterusnya akan melihatnya.
Awas saudara-saudaraku!
Janganlah kalian menyangka dan mengkhayalkan bahawa aku membakar semangat kalian dengan kata-kata ini kerana sibuk dengan siyasah. Hasya! Hakikat Islam adalah di atas semua siyasah. Semua siyasah hanya mampu menjadi khadam kepadanya. Siyasah tidak mempunyai sebarang hak untuk menjadikan Islam sebagai alat kepada dirinya sendiri!
Dengan kefahamanku yang tidak seberapa, aku menggambarkan kerangka masyarakat Islam di zaman ini adalah dalam bentuk sebuah kilang yang padanya terdapat roda gendeng dan mesin yang banyak. Sekiranya satu roda gendeng kilang itu terlambat atau ia menganiayai satu roda gendeng lain yang merupakan saudaranya, maka keseimbangan mesin itu akan rosak. Kerana itu masa yang betul-betul tepat untuk kesatuan Umat Islam telah mula datang. Maka sepatutnya kalian tidak lagi melihat kekurangan peribadi pada sesama sendiri.
556. Page
Aku juga akan menjelaskan perkara berikut kepada kalian dengan rasa sedih dan pedih:
Bagaimanakah sebahagian orang asing boleh merampas daripada kita harta dan tanah air kita yang sangat berharga? Sebagai gantiannya, mereka memberikan bayaran yang sangat teruk. Sama seperti itu juga, mereka telah merampas akhlak kita yang tinggi dan juga sebahagian pekerti kita yang yang muncul daripada akhlak kita yang tinggi dan menyentuh kehidupan bermasyarakat daripada kita. Mereka telah menjadikannya asas kepada kemajuan-kemajuan mereka. Dan sebagai bayarannya, mereka telah memberi kita akhlak buruk dan pekerti mereka yang penuh kemungkaran.
Sebagai contoh, melalui sikap kebangsaan yang mereka telah ambil daripada kita, seseorang telah berkata pada mereka:
“Sekiranya aku mati, biarlah bangsaku selamat. Ini kerana dalam bangsaku, aku mempunyai satu kehidupan abadi.”
Demikianlah mereka telah mengambil kata-kata ini daripada kita dan asas yang paling kukuh dalam kemajuan mereka ialah perkara ini. Mereka telah mencurinya daripada kita Kalimah ini pula, muncul daripada agama yang benar dan hakikat-hakikat iman. Ia adalah harta kita dan harta orang beriman.
Sedangkan sesorang yang mementingkan diri yang telah masuk ke dalam kalangan kita dengan pekerti yang kotor dan buruk telah berkata:
“Kalau aku mati kerana kehausan, maka biarlah hujan tidak lagi akan turun ke dunia. Sekiranya akau tidak dapat melihat satu kebahagiaan, biarlah dunia dirosakkan semahunya.”
Justeru kata-kata yang penuh ketidakwarasan ini lahir daripada pemikiran atheisme (kemulhidan) dan tidak meyakini akhirat. Ia telah masuk ke dalam tubuh kita daripada luar dan meracuni kita. Malah melalui semangat kebangsaan yang diambil oleh orang-orang asing itu daripada kita, seorang anggota mendapat nilai seperti satu bangsa. Ini kerana, nilai seorang manusia adalah berdasarkan himmahnya. Sesiapa yang himmahnya adalah bangsanya, maka orang itu, walaupun bersendirian dia ialah satu bangsa yang kecil.
557. Page
Kerana ketidakwaspadaan pada sesetengah daripada kita dan kerana kita mengambil pekerti-pekerti bermudarat orang-orang asing, bersama-sama dengan kebangsaan Islam kita yang kuat dan suci, dan kerana semua orang berkata nafsi-nafsi, tidak memikirkan manfaat bangsanya dan memikirkan manfaat peribadinya, maka seribu orang telah jatuh nilainya sebagai satu orang.
[مَنْ كَانَ هِمَّتُهُ نَفْسُهُ فَلَيْسَ مِنَ الْاِنْسَانِ لِاَنَّهُ مَدَنِى بِالطَّبْع] Yakni, sesiapa yang himmahnya hanyalah dirinya maka dia bukanlah insan. Ini kerana, fitrah insan adalah madani (bertamadun). Dia mesti memerhatikan mereka yang satu jenis dengannya. Dia boleh meneruskan kehidupan peribadinya melalui kehidupan bermasyarakatnya.
Sebagai contoh: Sekiranya dia memakan sekeping roti, kalian kiaskanlah dia berhajat kepada berapa ramai orang dan sebagai balasannya berapa banyakkah tangan yang dia telah cium? Melalui pakaian yang dipakainya, berapa banyakkah kilang yang ada kaitan dengannya? Oleh sebab dia tidak boleh hidup dengan sehelai kulit seperti haiwan dan oleh sebab dia amat berkaitan dengan mereka yang sejenis dengannya, oleh sebab dia terpaksa memberi satu harga secara maknawi kepada itu semua, maka secara fitrahnya dia sukakan ketamadunan. Orang yang membataskan pandangannya kepada manfaat peribadinya keluar daripada fitrah kemanusiaan lalu menjadi seekor haiwan ganas dan buas yang keji. Sekiranya tiada sesuatu datang daripada tangannya maka sekiranya ada keuzuran hakiki, maka itu adalah terkecuali.
558. Page
Kalimah Keenam: Syura
Kunci kebahagiaan kaum Muslimin dalam kehidupan bermasyarakat Islam ialah musyawarah syar’iyyah. Ayat suci وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ memerintahkan syura dijadikan sebagai asas (dalam urusan kemasyarakatan).
Ya, sebagaimana mesyuarat di antara kurun dan masa di bawah tajuk talahuq al-afkar dalam bangsa manusia (melalui perantaraan sejarah) dengan satu sama lain menjadi asas bagi semua kemajuan manusia dan ilmu pengetahuan yang positif, merupakan salah satu sebab mengapa Asia yang merupakan benua terbesar menjadi benua paling mundur juga adalah kerana ia tidak melaksanakan syura yang hakiki. Penyebab bagi peningkatan benua Asia dan anak kunci masa hadapannya ialah Syura. Yakni, sebagaimana individu persendirian boleh bermesyuarat dengan satu sama lain, kelompok kelompok dan benua-benua juga perlu melaksanakan syura. Yang mampu membuka, merungkai dan menghancurkan belenggu dan rantai-rantai pelbagai penindasan yang diletakkan di kaki tiga ratus bahkan empat ratus juta umat Islam ialah hurriyyah syar‘iyyah yang lahir daripada musyawarah syar’iyyah, kegagahan dan syafaqah imaniyyah, di mana hurriyyah syar‘iyyah itu dihias dengan adab-adab syar‘iyyah lalu ia membuang keburukan-keburukan pada peradaban barat yang penuh kemungkaran.
Hurriyyah syar‘iyyah yang datang daripada keimanan memerintahkan dua asas;
[اَنْ لَا يُذَلِّلَ وَ لَا يَتَذَلَّلَ] * [ مَنْ كَانَ عَبْدًا لِلّٰهِ لَا يَكُونُ عَبْدًا لِلْعِبَاد] * [لاَ يَجْعَلْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللّٰهِ] * نَعَمْ [اَلْحُرِّيَّةُ الشَّرْعِيَّةُ عَطِيَّةُ الرَّحْمٰنِ]
Maknanya: Keimanan mewajarkan perkara berikut:
Tidak menghina yang lain melalui penganiayaan dan penindasan dan tidak menjatuhkannya ke dalam kehinaan dan tidak menghina diri di hadapan mereka yang zalim. Mereka yang menjadi Hamba Allah yang hakiki tidak akan menjadi hamba kepada yang selain-Nya. Janganlah kalian menjadikan selain Allah sebagai tuhan kepada sesama kalian! Yakni, sesiapa yang tidak mengenali Allah, dia membayangkan satu rububiyyah pada semua benda dan setiap orang adalah menurut nisbahnya dan perkara itu menghantui kepalanya.
559. Page
Ya, hurriyyah syar‘iyyah melalui tajalli ar-Rahman dan ar-Rahim al-Haq Subhanahu wa Ta‘ala merupakan satu ihsan-Nya dan satu keistimewaan iman.
فَلْيَحْيَا الصِّدْقُ وَلاَ عَاشَ الْيَاْسُ
فَلْتَدُومِ الْمُحَبَّةُ وَلْتَقْوَى الشُّورَى
اَنَّ الْمَلاَمُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهَوَى
وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى
“Hiduplah kebenaran dan matilah putus asa!
Berterusanlah Mahabbah dan kukuhlah syura!
Seluruh celaan, kutukan dan kebencian kepada mereka yang mengikut hawa nafsu!
Keamanan dan keselamatan kepada mereka yang mengikut Huda (petunjuk)!
Amin..”
Sekiranya ditanya: Mengapakah kamu mementingkan Syura di tahap ini? Bagaimanakah kehidupan dan kemajuan manusia,terutamanya benua Asia dan terutamanya Islam boleh berlaku dengan syura itu?
Jawapan: Sebagaimana telah diterangkan dalam ‘Risalah Keikhlasan Kilauan Kedua Puluh Satu’ Risalah an-Nur , bahawa oleh sebab Syura yang benar menatijahkan keikhlasan dan tasanud (persandaran), sebagaimana tiga alif menjadi seratus sebelas, melalui keikhlasan dan tasanud hakiki, tiga orang boleh memberi faedah bagaikan seratus orang kepada bangsa. Dan melalui keikhlasan, tasanud hakiki dan rahsia mesyuarat, banyak peristiwa-peristiwa bersejarah mengkhabarkan kepada kita bahawa sepuluh orang mampu melakukan kerja bagaikan seribu orang.
Memandangkan keperluan manusia tidak terbatas, musuh-musuhnya tidak terkira, kekuatan dan modalnya amat sedikit, terutamanya dengan bertambahnya manusia-manusia yang telah semakin buas, pemusnah dan bermudarat melalui pemikiran ilhad (tidakberagama), maka sudah tentu dan pastinya terhadap musuh-musuh yang tidak terbatas itu dan hajat-hajat yang tidak berpenghujung itu, sebagaimana kehidupan peribadi manusia bersandar kepada noktah persandaran dan noktah meminta bantuan yang datang daripada keimanan, kehidupan bermasyarakatnya juga boleh hidup dengan syura syar’i yang datang daripada hakikat-hakikat keimanan. Ia mampu menghentikan musuh-musuh itu dan membuka jalan kepada usaha merealisasikan hajat-hajat itu.
560. Page
Tambahan
Dalam tambahannya yang berbahasa Arab, Khutbah Syamiyyah memperlihatkan satu sifat kepahlawanan maknawi dan tidak dapat dipatahkan yang datang daripada keimanan melalui satu tamsilan. Kerana bersesuaian dengan perbincangan kita ini, maka kami menerangkan satu khulasahnya.
Aku telah menyertai perjalanan Sultan Rasyad ke Rumeli atas nama negeri-negeri Timur pada masa kerajaan memberi ruang kebebasan kepada rakyat. Dalam kereta api kami, telah berlaku satu perbahasan dengan dua orang sahabat yang belajar di sekolah sains. Mereka telah bertanya kepadaku:
“Yang manakah lebih kuat dan lebih perlu, patriotisme agama atau patriotisme bangsa?”
Waktu itu aku telah menjawab:
“Kita sebagai Umat Islam, di sisi dan di samping kita, agama dan bangsa itu sendiri adalah bersatu. Terdapat perbezaan dari segi iktibar, zahir dan ‘aridhi. Bahkan agama adalah roh dan nyawa bagi bangsa. Patriotisme agama yang memandang kedua-duanya berbeza dan berlainan meliputi golongan awam dan khawas. Patriotisme bangsa, hanya terkhusus kepada satu peratus (yakni yang mengorbankan manfaat-manfaat peribadinya kepada bangsa). Oleh itu, patriotisme agama yang di dalam hak-hak umum perlu menjadi asas. Patriotisme bangsa perlu menjadi khadam, kekuatan dan kubunya. Lebih-lebih lagi, kita orang timur bukanlah seperti orang barat. Yang menguasai semua hati di dalam jiwa raga kita ialah hiss (rasa) agama. Pengutusan para nabi yang kebanyakannya dari Timur oleh Taqdir Azali mengisyaratkan bahawa hanya rasa agama bisa menyedarkan Timur dan mendorongnya kepada kemajuan. ‘Asr as-Sa’addah dan para Tabi’in merupakan bukti yang qat’i kepada perkara ini.
561. Page
Wahai orang yang bertanya tentang yang manakah lebih perlu diberi perhatian di antara patriotisme agama dan bangsa dan sahabat-sahabat pengajianku di dalam madrasah bergerak yang dinamakan kereta api ini! Juga wahai semua pelajar kolej yang pergi bersama-sama kami ke masa hadapan di dalam kereta api masa sekarang! Aku berkata kepada kalian:
“Patriotisme agama dan bangsa Islam telah sebati dalam bangsa Turki dan Arab dan telah sampai ke satu keadaan yang tidak boleh dipisahkan lagi. Patriotisme Islam merupakan satu rantai nurani paling kuat dan kukuh dan telah datang dari ‘arasy. Ia adalah ‘Urwatul Wusqa yang tidak akan terputus dan terurai dan sebuah kubu suci yang tidak boleh dimusnahkan dan tidak akan tewas.”
Apabila aku berkata sedemikian kepada dua orang guru maktab itu, mereka bertanya kepadaku: “Apakah dalilmu? Bagi dakwaan yang besar ini memerlukan hujah yang besar dan dalil yang sangat kuat. Apakah dalil itu?”
Pada masa yang sama, keretapi kami keluar daripada terowong. Kami juga telah menjengukkan kepala kami daripada tingkap keretapi dan melihat daripada tingkap. Kami nampak seorang kanak-kanak yang umurnya belum masuk enam tahun berdiri betul-betul di tepi landasan yang akan dilalui oleh keretapi itu. Lalu aku telah berkata kepada dua orang guru yang merupakan sahabatku itu:
“Sesungguhnya anak itu memberi jawapan yang sempurna kepada soalan kita melalui lisan al-halnya. Sebagai gantiku, biarlah anak yang tidak berdosa itu menjadi ustaz kita di dalam madrasah bergerak ini.”
Justeru, melalui lisan al-halnya anak itu menyatakan hakikat berikut:
“Kalian lihatlah dabbah al-ardh ini. Dengan terkamannya, kebisingannya dan ngaumannya yang dahsyat, dan ketika ia keluar dari lubang terowong lalu menerkam, kalian lihatlah, anak kecil itu berdiri satu meter daripada jalan yang akan dilalui dabbah itu.”
562. Page
Dabbah al-ardh itu mengaum sambil memberi amaran tentang ancaman dan kemampuan terkamannya. Walaupun mereka yang terserempak denganku berkata: “Alamak, habislah!” kepada keadaannya, anak yang tak berdosa itu tetap berdiri di jalannya. Dengan kebebasan yang sempurna, keberanian dan kepahlawanan yang luarbiasa dia langsung tidak mempedulikan ancaman dabbah itu walaupun (sekadar) lima sen. Dia meremehkan terkaman dabbah al-ardh itu dan dengan sifat kepahlawanan kecilnya dia berkata:
“Wahai Kereta api! Kamu dan ngaumannmu yang seperti halilintar dan guruh itu tidak akan dapat menggentarkanku.”
Dengan lisan al-hal ketabahan dan keteguhan dia seolah-olah berkata:
“Wahai kereta api! Kamu ialah tawanan satu undang-undang. Kekangmu dan tali kendalimu adalah di tangan orang yang menjalankanmu. Menyimpang kepadaku, bukanlah kemampuanmu. Kamu tidak boleh menindasku. Ayuh, pergilah di jalanmu. Lintaslah jalanmu dengan keizinan pemandumu.”
Justeru, wahai sahabat-sahabatku di dalam keretapi ini dan saudara-saudaraku yang berusaha untuk sains selepas lima puluh tahun!
Cuba kalian andaikan bahawa di tempat anak kecil yang tidak berdosa itu Rustum Iran dan Herkules Yunani dengan sifat kepahlawanan mereka yang menakjubkan itu merentas masa dan berada di tempat anak kecil itu. Oleh sebab di zaman mereka tiada kereta api, sudah tentu mereka tidak akan mempunyai pengetahuan bahawa kereta api bergerak dengan satu aturan sistem. Betapa dua orang pahlawan itu iaitu Rustum dan Herkules akan terperanjat takut dan melarikan diri apabila melihat terkaman dahsyat ke arah mereka berdua oleh kereta api yang tiba-tiba keluar dari lubang terowong yang di kepalanya api, nafasnya bagaikan guruh di langit dan petir elektrik bagaikan ada di matanya!
Dengan keberanian mereka yang luar biasa itu, mereka akan lari lebih daripada seribu meter. Kalian lihatlah bagaimana kebebasan dan keberanian mereka lenyap di hadapan ancaman dabbah al-ardh itu. Mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada melarikan diri. Ini kerana, oleh sebab mereka tidak mengenali pemandunya dan tidak mempercayai sistemnya, mereka tidak menganggapnya sebagai kenderaan yang patuh. Bahkan mereka menganggapnya sebagai sejenis singa yang dipasang di belakangnya dua puluh ekor singa sebesar gerabak yang ganas dan suka menghancurkan.
563. Page
Wahai saudara-saudaraku dan wahai sahabat-sahabatku yang mendengar kata-kata ini selepasa lima puluh tahun!
Sesungguhnya, yang memberikan keberanian yang mengatasi dua orang pahlawan itu kepada anak yang belum masuk enam tahun ini dan yang memberikan ketenangan dan rasa tidak takut jauh mengatasi keduanya ialah iktiqad (yang menjadi benih hakikat). Ketenangan dan keimanan di hati si kecil yang tidak berdosa itu terhadap aturan kereta api yang mana tali kendalinya berada di tangan seorang pemandu, pergerakannya adalah di bawah satu peraturan dan seseorang menggerakkannya menurut perhitungannya sendiri.
Apa yang amat menakutkan dua pahlawan itu dan menyebabkan sanubari mereka menjadi tawanan waham ialah ketiadaan iktikad penuh kejahilan mereka yang tidak mengetahui pemandunya dan tidak mempercayai aturannya.
Seperti sifat kepahlawanan yang datang daripada keimanan anak kecil yang tidak berdosa dalam tamsilan ini, dengan satu kepahlawanan yang ada di dalam hati beberapa suku kelompok Islam (seperti bangsa Turki dan bangsa yang telah menjadi Turki) selama seribu tahun (yang datang daripada keimanan) terhadap negara-negara dan bangsa-bangsa yang lebih daripada seratus sepertinya di atas muka bumi, terutamanya bangsa Turki dan Arab dan semua kabilah umat Islam, yang mengibarkan panji Islam dan kesempurnaan maknawi di Asia, Afrika dan separuh Eropah dan bukan sahaja berkata: “Jika aku mati, aku Syahid, jika aku berperang, aku pejuang” lalu menghadapi kematian dengan senyum dan tawa. Malah mereka menghadapi peristiwa-peristiwa musuh yang bertali arus di dunia dan ancaman-ancaman kereta api-kereta api dahsyat yang mengambil kedudukan sebagai musuh terhadap persediaan menyeluruh manusia itu, hatta daripada mikrob sehingga kepada bintang-bintang berekor dengan sifat kepahlawanan iman tanpa rasa takut. Lalu sebagai ganti takut dan gerun melalui penyerahan keimanan kepada qadha’ dan qadar Ilahi, mereka memperoleh hikmah dan ‘ibrah dan sejenis kebahagiaan duniawi. Mereka memperlihatkan satu sifat kepahlawanan maknawi yang luar biasa seperti anak kecil yang tidak berdosa itu. Semua itu memperlihatkan bahawa sebagaimana penguasa mutlak di masa hadapan di dunia ialah kebangsaan Islam, begitulah juga di akhirat.
564. Page
Sebagaimana dalam dua perumpamaan itu, sebab kepada ketakutan yang sangat dahsyat bagi dua orang pahlawan itu serta kerisauan dan kesakitan mereka ialah ketiadaan iktiqad dan kejahilan mereka, Risalah An-Nur, melalui ratusan hujjahnya telah mengisbatkan satu hakikat daripada hakikat-hakikatnya. Beberapa misalnya telah disebutkan dalam mukaddimah risalah ini. Perkara itu ialah:
Kekufuran dan kesesatan memperlihatkan seluruh alam semesta kepada ahli dhalalah sebagai kelompok-kelompok dan rantaian-rantaian musuh. Melalui tangan-tangan kekuatan yang buta, tasaduf yang bingung dan alam yang pekak, ribuan kelompok musuh daripada jajaran suria sehingga virus-virus bengkak di dalam hati menyerang manusia yang kebuntuan.
Dengan memberikan ketakutan, kesakitan, kedahsyatan dan kerisauan yang berterusan terhadap perihal lengkap, persediaan menyeluruh, keperluan yang tiada batasan dan kehendak yang tiada penghujung bagi manusia, kekufuran dan kesesatan menjadi sebiji zaqqum jahannam dan di dunia ini lagi ia menyumbat pemiliknya ke dalam jahannam, ribuan ilmu sains dan kemajuan manusia yang menyimpang daripada landasan agama dan keimanan (seperti kepahlawanan Rustum dan Herkules) tidak memberikan faedah walaupun lima sen! Untuk tidak merasakan ketakutan-ketakutan yang menyakitkan yang daripada jenis membatalkan deria rasa itu buat sementara waktu, ia menyuntik kemaksiatan dan kemabukan.
Justeru, sebagaimana muwazanah (perimbangan) iman dan kufur memberikan buah-buah dan natijah-natijah seperti syurga dan neraka di akhirat, di dunia juga keimanan merealisasikan sebuah syurga maknawi dan mengubah kematian kepada surat perlepasan tugas, dan kekufuran di dunia lagi mendatangkan sebuah neraka maknawi, memusnahkan kebahagiaan hakiki manusia dan menjadikan kematian sebagai hukuman mati abadi. Dengan menyerahkannnya kepada ratusan hujah Risalah an-Nur yang bersandar kepada hujah yang qat’i, perasaan dan penyaksian, maka kami berhenti di sini.
565. Page
Jika kalian mahu melihat hakikat tamsilan ini, dongakkan kepala kalian dan pandanglah alam semesta ini. Pandanglah kepada belon udara, kereta, pesawat dan kapal pengangkut darat dan laut, bebola bintang, jirim-jirim alam semesta, rantaian peristiwa dan kejadian-kejadian yang berkesinambungan yang telah dicipta dengan peraturan dan hikmah qudrat azali di daratan, di laut dan di udara yang amat menyerupai kereta api. Malah seperti kewujudan ini, semua di alam syahadah dan di alam semesta jasmani yang besar, mereka yang mempunyai akal mengakui bahawa terdapat bandingan-bandingan berkesinambungan yang lebih menakjubkan bagi qudrat azali di alam rohani dan maknawi dan mereka yang mempunyai mata dapat melihat sebahagian besar daripadanya.
Justeru, semua rantaian maddi dan maknawi di dalam alam semesta ini menyerang, mengancam, menakutkan dan menghuru-harakan kekuatan maknawi golongan sesat yang tiada iman.
Kepada ahli iman, ia tidak mengancam dan menakutkan bahkan memberi keseronokan, kebahagiaan, kemesraan, harapan dan kekuatan. Ini kerana, ahli iman melihat melalui keimanan bahawa satu as-Sani’ al-Hakim yang mendorong rantaian yang tiada batasan dan kereta api maddi dan maknawi dan alam semesta yang bergerak itu kepada tugas masing-masing dalam peraturan dan lingkungan hikmah yang sempurna sedang mempekerjakan mereka. Mereka tidak tersalah walaupun sebesar zarah dalam tugas mereka dan mereka tidak dapat melewati batas antara satu sama lain. Keimanan melihat kesempurnaan-kesempurnaan seni di alam semesta dan melihat bahawa mereka menerima tajalli-tajalli keindahan lalu memberikan kekuatan maknawi secara keseluruhan kepada tangannya lalu memperlihatkan satu contoh kebahagiaan abadi.
Justeru, terhadap kesakitan-kesakitan dan ketakutan-ketakutan dahsyat golongan sesat yang datang daripada ketiadaan iman mereka, tiada sesuatu pun,tiada sebarang ilmu sains, tiada mana-mana kemajuan manusia pun dapat memberi hiburan kepada perkara ini dan tidak dapat merealisasikan kekuatan maknawi. Keberaniannya menjadi huru hara. Tetapi ia menarik tabir kelalaian buat sementara lalu memperdaya.
566. Page
Ahli iman, kerana keimanan mereka, mereka tidak akan takut, dan kekuatan maknawi mereka tidak akan dipatahkan, bahkan seperti anak kecil tidak berdosa dalam tamsilan tadi, mereka memandang kepada itu semua dengan satu kekuatan maknawi, dengan keteguhan yang luar biasa dan dengan hakikat keimanan. Mereka menyaksikan pentadbiran dan pengurusan satu as-Sani’ al-Hakim dalam lingkungan hikmah dan terselamat daripada prasangka-prasangka dan ketakutan-ketakutan. Mereka mengatakan dan memahami bahawa alam semesta yang bergerak ini tidak dapat bergerak dan mengganggu tanpa perintah dan keizinan as-Sani’ al-Hakim. Dengan keamanan yang sempurna, mereka juga mendapat kebahagiaan dalam kehidupan duniawi mereka.
Barangsiapa yang tiada dalam sanubarinya benih hakikat yang datang daripada keimanan dan agama yang benar ini dan tidak mempunyai noktah persandaran, maka secara jelas, sebagaimana keberanian dan kepahlawanan Rustum dan Herkules di dalam tamsilan tadi runtuh, keberanian dan kekuatan maknawinya juga tergugat dan sanubarinya mengecut, dia akan menjadi tawanan kepada peristiwa-peristiwa alam semesta dan jatuh ke tahap seorang pengemis yang takut kepada segala-galanya.
Oleh sebab Risalah an-Nur telah mengisbatkan rahsia hakikat keimanan dan rahsia kesengsaraan duniawi bagi kesesatan yang dahsyat ini melalui ratusan hujah yang qat’i, maka kami memendekkan hakikat yang amat panjang ini.
Agaknya, manusia di kurun ini, terutamanya umat Islam, yang paling merasai keperluan kepada kekuatan maknawi, hiburan dan keteguhan telah sedar dalam satu masa yang sangat dekat bahawa perbuatan meninggalkan hakikat-hakikat keimanan yang merealisasikan kekuatan maknawi, hiburan dan kebahagiaan itu dan yang menjadi noktah persandaran pada agama Islam dan iman pada zaman ini lalu bersandar kepada kesesatan, kemaksiatan, politik dan siasah yang menipu yang mematahkan keseluruhan kekuatan maknawi lalu melenyapkan hiburan dan mematahkan keteguhan sebagai cara untuk menggantikan istifadah (pemanfaatan) daripada semangat kebangsaan Islam atas nama pembaratan merupakan satu perbuatan yang sangat jauh daripada kemaslahatan manusia dan manfaat keinsanan. Mereka akan merasainya dan sekiranya umur dunia masih berbaki, mereka akan berpaut teguh kepada hakikat-hakikat al-Quran.
567. Page
Justeru, seperti tamsilan yang sebelum ini, pada masa dahulu, sesetengah wakil rakyat yang beragama, pada permulaan hurriyyah telah berkata kepada Said Lama:
“Kamu menjadikan politik sebagai alat kepada agama dan syariat pada setiap sudut dan kamu menjadikannya (politik) sebagai khadam kepada agama dan kamu hanya menerima hurriyyah atas nama syariat dan kamu juga menyukai masyrutiyyah dalam bentuk masyru’iyyat. Maknanya hurriyyat dan masyrutiyyat tidak boleh berlaku tanpa syariat. Kerana inilah mereka telah memasukkanmu ke kalangan mereka yang berkata kami mahukan syariat lalu masuk ke penjara 31 Mac.”
Said Lama menjawab kepada mereka:
“Ya, sebab kebahagiaan umat Islam hanya dan hanya boleh berlaku dengan hakikat-hakikat Islam. Kehidupan bermasyarakatnya dan kebahagiaan duniawinya hanya boleh berlaku dengan syariat Islam. Jika tidak keadilan akan lenyap dan keamanan akan huru-hara. Kebiadaban dan perangai-perangai yang keji pula akan menang. Pekerjaan akan tinggal di tangan para penipu dan pengampu.”
Sebagai satu contoh kecil daripada ribuan hujjah yang akan mengisbatkan hakikat ini, aku akan memperlihatkan hikayat ini kepada pandangan perhatian kalian:
Suatu masa, seorang lelaki, menjadi tetamu di rumah seorang tokoh yang ahli hakikat di kalangan badawi di sebuah padang pasir Dia melihat bahawa mereka tidak memberi perhatian kepada penjagaan harta mereka. Hatta duit-duit tuan rumah dibiarkan secara terbuka di penjuru-penjuru rumah.
Tetamu itu bertanya kepada tuan rumah: “Tidak takutkah kalian daripada kecurian sampai kalian membiarkan harta-harta kalian di penjuru-penjuru?”
Tuan rumah telah menjawab: “Di sini tiada kes kecurian.”
Si tetamu berkata: “Kami, walaupun kami menyimpan duit kami dalam peti-peti dan menguncinya, kecurian masih kerap berlaku.”
568. Page
Tuan rumah berkata: “Kami memotong tangan pencuri atas perintah Ilahi dan atas nama keadilan syariat.”
Si tetamu berkata: “Kalau begitu, mesti ramai di kalangan kamu yang kudung satu tangannya.
Tuan rumah berkata: “Aku sudah berumur lima puluh tahun. Sepanjang usiaku, hanya sekali sahaja aku pernah melihat tangan dipotong.”
Si tetamu itu terkesima dan telah berkata: “Di negeri kami, setiap hari kami menyumbat lima puluh orang ke dalam penjara kerana mencuri. Ia tidak berkesan walaupun satu peratus daripada keadilan di sini.”
Tuan rumah telah berkata: “Kalian telah mengabaikan dan meninggalkan satu hakikat yang besar dan satu rahsia yang ajaib dan kuat. Kerana itulah kalian kehilangan hakikat keadilan. Sebagai gantian kemaslahatan manusia, di bawah tabir keadilan, masuk arus-arus berniat jahat, penuh kezaliman dan sikap berpihak lalu mematahkan keberkesanan hukum dan undang-undang.”
Rahsia kepada hakikat itu: Pada kami (di sini) ketika seorang pencuri menghulurkan tangannya kepada harta orang lain, dia teringatkan perlaksanaan hudud (undang-undang syariat). Perintah yang turun daripada ‘Arasy Ilahi terlintas di kepalanya. Melalui kepekaan keimanan dia merasakan ayat [اَلسَّارِقُ وَ السَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا اَيْدِيَهُمَا] yang datang daripada kalam azali dan menjatuhkan hukuman mati ke atas tangan pencuri melalui telinga hatinya lalu bagaikan terdengar, iman dan iktiqadnya mula menggelegak dan rasa maknawinya yang tinggi mula bertindak. Terhasillah satu keadaan rohani bagaikan satu serangan daripada keliling rohnya dan dari lubuk sanubarinya kepada kecenderungan untuk mencurinya. Lalu kecenderungan yang datang daripada hawa nafsu menjadi hancur-lebur dan berundur. Lama-kelamaan kecenderungan itu lenyap sama-sekali. Ini kerana, bukan sahaja sangkaan dan fikiran, bahkan kekuatan-kekuatan maknawi seperti akal, hati dan sanubari secara sekaligus menyerang perasaan dan keinginan itu. Dengan mengingati hudud syariat, tegahan yang tinggi dan satu penghalang dari sanubari muncul di hadapan perasaan itu dan mendiamkannya.”
569. Page
Ya, oleh sebab keimanan meninggalkan satu penghalang berbentuk maknawi yang berterusan dalam hati dan fikiran, maka bila sahaja muncul kecenderungan-kecenderungan yang teruk daripada perasaan dan hawa nafsu, ia akan berkata: “Ini tidak boleh! Ia dilarang!” lalu menghalau dan mengusirnya. Ya, perbuatan-perbuatan manusia lahir daripada kecenderungan-kecenderungan hati dan perasaan. Kecenderungan-kecenderungan itu lahir daripada kepekaan roh dan keperluan-keperluannya. Roh pula bergerak dengan nur keimanan. Sekiranya baik ia akan melakukannya dan sekiranya buruk ia akan berusaha menahan dirinya. Perasaan-perasaan yang buta tidak lagi dapat memandunya ke jalan yang salah dan mengalahkannya.
Kesimpulan: Apabila had dan hukuman dilaksanakan atas nama perintah Ilahi dan keadilan Rabbani, roh, akal, sanubari, latifah-latifah dalam perihal keinsanan menjadi terkesan dan berhubungkait. Justeru, kerana makna inilah, maka sekali hukuman dalam lima puluh tahun jauh lebih banyak memberi faedah kepada kami berbanding dengan hukuman penjara oleh kalian dalam setiap hari.
Hukuman-hukuman atas nama keadilan kalian hanya memberi kesan kepada prasangka kalian. Ini kerana, apabila salah seorang daripada kalian berniat untuk mencuri, datang sangkaan akan dihukum oleh masyarakat atas nama maslahat dan manfaat tanahair dan bangsa. Ataupun sekiranya manusia mengetahuinya mereka akan memandangnya dengan pandangan yang buruk. Sekiranya mereka tabayyun (mendapatkan pencerahan) ke atasnya, ‘kemungkinan kerajaan juga akan menghukumnya masuk penjara’ terlintas di kepalanya.
Waktu itu hanya daya sangkaannya merasai satu keterkesanan yang juz’i. Ini kerana yang lahir daripada nafsu dan perasaannya -terutamanya sekiranya ada keperluannya juga- satu kecenderungan yang kuat akan menang. Untuk mengundurkannya daripada keburukan itu, hukuman kalian itu tidak memberi faedah lagi. Selain itu, oleh sebab ia tidak berlaku dengan perintah Ilahi, hukuman-hukuman itu juga bukanlah keadilan, ia adalah batil dan rosak seperti mana mendirikan solat tanpa wudhuk dan salah qiblat.
570. Page
Ini bermakna keadilan sebenar dan hukuman yang berkesan (efektif) ialah yang di atas nama perintah Allah. Jika tidak kesannya merosot daripada seratus kepada satu.
Justeru, Semua hukum-hukum Ilahi yang menyeluruh dan syumul ini perlu dikiaskan kepada masalah kecurian ini supaya difahami bahawa, kebahagiaan manusia di dunia hanya boleh berlaku dengan adanya keadilan. Keadilan pula hanya boleh terlaksana melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh al-Quran semata-mata.”
Kesimpulan cerita telah tamat.
Sekiranya manusia tidak segera menggunakan akalnya lalu tidak membuka mahkamah-mahkamah atas nama keadilan Ilahi dan dalam daerah hakikat-hakikat Islam, maka kiamat-kiamat madi dan maknawi akan meletus di atas kepala mereka. Mereka akan menyerahkan senjata kepada para anarkis (penghuru-hara) dan Yakjuj dan Makjuj. Demikianlah yang terlintas di dalam hati. Demikianlah Said Lama telah menceritakan kisah ini kepada sesetengah wakil rakyat beragama yang ada pada masa itu. Ia telah ditulis dalam tambahan ‘Khutbah Syamiyyah’ berbahasa Arab yang telah dua kali dicetak empat puluh lima tahun sebelum ini.
Sekarang, kami mencatatkan semula kisah dan tamsilan sebelum ini supaya ia menjadi tempat renungan kepada pandangan para wakil rakyat yang benar-benar beragama sebagai makluman. Ini kerana berbanding zaman itu, kisah tamsilan ini memberi lebih banyak pengajaran kepada zaman ini.
Badiuzzaman Sa’id Nursi
571. Page
Tambahan Bagi Tambahan Khutbah Syamiyyah
Makalah Said Yang Disiarkan Dalam ‘Akhbar Dini’ Empat Puluh Dua Tahun Sebelum Ini.
26 Februari 1324
Mac 1909
Akhbar Dini: 73
Hiduplah Syariat Yang Benderang!
Wahai para wakil rakyat!
Aku akan menyatakan hanya satu ayat yang sangat ringkas walaupun panjang. Perhatikan kerana dalam itnab-nya terdapat ijaz. Ia adalah seperti berikut:
Sekiranya kalian memperlihatkan keadilan, musyawarah dan pengumpulan kekuatan yang dinamakan masyrutiyyah dan undang-undang asas menerusi gelaran Syariat benderang yang:
Agaknya, berserta dengan faedahnya yang banyak sebegini, perkara seperti apakah yang akan hilang daripada kalian sekiranya kalian menjadikannya sebagai rujukan perundangan kalian dan melaksanakan dustur-dusturnya? Wassalam.
Hiduplah Syariat yang benderang!
Said Nursi
572. Page
Hiduplah Syariat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam!
Akhbar Dini
18 Mac 1909
Syariat yang benderang, oleh sebab ia datang daripada Kalam Azali maka ia akan menuju keabadian. Keselamatan kita daripada penindasan hina oleh nafsu amarah adalah melalui persandaran kepada agama Islam. Dengan mengenggam erat habl al-matin (tali yang utuh) itu. (Untuk) benar-benar beristifadah dengan kebebasan yang benar adalah dengan meminta bantuan daripada keimanan. Ini kerana, hamba dan khadam yang sejati kepada as-Sani’ alam ini tidak wajar merendahkan diri dengan menyembah kepada makhluk. Oleh sebab semua orang merupakan seorang panglima dalam alam masing-masing, maka dia ditaklifkan dengan jihad terbesar di alam kecilnya dan dia ditugaskan supaya berakhlak dengan akhlak Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan menghidupkan Sunnah Nabawi baginda.
Wahai para pemimpin dalam pelbagai urusan!
Jika kalian mahukan kejayaan, sesuaikanlah tindakan kalian dengan undang-undang ‘Adatullah. Jika tidak, kalian akan mendapat balasan jawapan melalui ketidakberhasilan. Ini kerana, kemunculan semua para Nabi di negara-negara Islam dan ‘Uthmaniyyah merupakan satu isyarat dan petunjuk qudrat Ilahi bahawa wap bagi jentera kesempurnaan manusia di negara-negara itu ialah agama. Bunga-bunga ladang Asia dan Afrika ini dan taman-taman Rumelia akan berkembang biak dengan cahaya Islam. Agama tidak boleh dikorbankan demi dunia. Demi memelihara penindasan yang telah binasa, persoalan-persoalan syariat diberikan sebagai rasuah dari masa ke semasa. Tiada apa-apa faedah yang dilihat daripada meninggalkan dan mengorbankan permasalahan-permasalahan agama selain daripada kerugian. Penyakit hati bangsa adalah kerana kelemahan (pegangan) agama dan ia akan sihat dengan menguatkan (pegangan) agama.
573. Page
Masyrab jemaah kita ialah mencintai rasa cinta dan memusuhi permusuhan. Iaitu membantu kepada rasa cinta sesama umat Islam dan merosakkan askar permusuhan. Maslak kita pula ialah berakhlak dengan akhlak Ahmad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan menghidupkan sunnah Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Pedoman kita ialah syariat yang benderang. Pedang kita pula burhan-burhan yang qat’i dan tujuan kita ialah meninggikan kalimah Allah.
Setiap mukmin ialah anggota jemaah kita secara maknawi dan penyertaan secara luaran adalah melalui keazaman yang teguh untuk menghidupkan Sunnah Nabi Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam dunianya sendiri. Mula-mula, kami menyeru kepada kesatuan atas nama para ulama’, masyaikh dan para penuntut ilmu syariat yang merupakan mursyid umum.
Peringatan Khusus: Pengkhutbah umum yang dinamakan wartawan telah menjatuhkan bangsa ke dalam lumpur melalui dua qiyas yang fasid:
Qiyas Pertama: Membandingkan negeri-negeri lain dengan Istanbul, ini kerana sekiranya kanak-kanak yang belum pandai membaca ‘alif ba’ diajar dengan falsafah, maka ia menjadi dangkal.
Qiyas Kedua: Mereka telah membandingkan Istanbul dengan Eropah. Ini kerana sekiranya seorang lelaki memakai pakaian wanita, maka dia akan menjadi seperti badut dan hina.
Said Nursi
574. Page
Hakikat!
Akhbar Dini: 70
Mac 1909
Kita, sejak ‘Qaaluu balaa’ lagi ialah seorang ahli dalam Jam’iyyah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Sudut penyatu kesatuan kita ialah tauhid.
Janji dan sumpah kita ialah iman.
Memandangkan kita adalah muwahhid dan muttahid (menyatu dan bersatu) maka setiap mukmin adalah mukallaf untuk meninggikan kalimah Allah. Wasilah terbesarnya di zaman ini ialah maju dari segi material. Ini kerana, orang-orang asing memijak kita di bawah penindasan maknawi menerusi senjata sains dan perindustrian. Kita juga dengan senjata sains dan seni penghasilan akan berjihad menentang kejahilan, kefakiran dan perbezaan pemikiran yang merupakan musuh paling dahsyat terhadap usaha meninggikan Kalimah Allah.
Adapun untuk jihad luaran, kita akan menyerahkan burhan-burhan qat’i bagi syariat yang benderang kepada pedang-pedang berlian. Ini kerana, untuk menewaskan orang-orang yang bertamadun adalah dengan iqna’ (memuaskan akal dan hati mereka), bukannya dengan paksaan seperti ke atas orang-orang kolot yang tidak faham kata-kata. Kita adalah orang yang rela berkorban demi rasa cinta dan kita tidak mempunyai masa untuk bermusuh.
Republik pula adalah terdiri daripada keadilan, musyawarah dan penumpuan kuasa pada undang-undang. Oleh sebab syariat yang terang benderang telah diasaskan tiga belas kurun sebelum ini, maka mengemis daripada Eropah dalam perundangan merupakan satu jenayah yang besar terhadap agama Islam dan bagaikan mendirikan solat menghadap ke utara. Kekuatan perlu ada dalam undang-undang. Jika tidak, penindasan akan tersebar merata-rata.
Ayat [اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الْقَوِىُّ الْمَتِينُ] perlu menjadi penguasa dan pemerintah sanubari. Itu juga perlu berlaku atas nama makrifah yang sempurna, peradaban yang menyeluruh dan agama Islam. Jika tidak, penindasan akan sentiasa berleluasa.
Kesepakatan adalah pada hidayah, bukan pada hawa nafsu dan syahwat. Semua manusia adalah merdeka tetapi mereka tetap ‘Abdullah (hamba Allah). Semua perkara telah merdeka, syariat juga merdeka dan begitu juga masyrutiyyah. Kita tidak akan memberikan persoalan-persoalan agama sebagai rasuah. Kesilapan orang lain tidak boleh menjadi sandaran dan alasan kepada kesilapan manusia. Putus asa merupakan penghalang kepada setiap kesempurnaan. Sikap tidak cakna dan membiarkan yang lain berfikir merupakan pencetus penindasan. Oleh sebab aku tidak mengetahui mukaddimah-mukaddimah yang akan mengaitkan satu ayat kepada ayat yang lain dalam bahasa Turki, maka aku menyerahkannya kepada pemikiran para pembaca.
Said Nursi
575. Page
Makalah Said Nursi Empat Puluh Tiga Tahun Sebelum Ini
29 Mac 1909
Laungan Hakikat!
Oleh sebab Tariqat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah suci daripada syubhah dan muslihat, maka ia adalah mustaghni (berlepas diri) daripada sikap berselindung yang menghidukan bauan syubhah dan muslihat. Malah satu hakikat yang agung, luas dan meliputi setahap itu tidak boleh disembunyikan daripada mana-mana sudut terutamanya kepada mereka yang di zaman ini. Bagaimanakah lautan yang luas boleh disembunyikan di dalam satu bijana air?
Aku berulangkali menyatakan bahawa sudut wahdat kesatuan Umat Muhammad yang ada pada hakikat Kesatuan Umat Islam ialah Tauhid kepada Allah. Janji dan sumpahnya pula ialah keimanan. Pusat pengurusan dan pertubuhannya ialah masjid-masjid, madrasah-madrasah dan zawiyah-zawiyah. Para pengikutnya ialah seluruh mukmin. Perlembagaannya ialah Sunnah Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam. Undang-undangya ialah perintah-perintah dan larangan-larangan syarak. Kesatuan ini bukanlah kerana adat bahkan kerana ibadat.
576. Page
Perbuatan menyembuyikan dan takut adalah berpunca daripada riya’. Tiada riya’ di dalam perkara fardhu. Tugas yang menjadi kefardhuan yang paling besar di zaman ini ialah kesatuan umat Islam. Tujuan dan maksud kesatuan ialah dengan menggoncangkan satu rantaian nurani yang amat panjang, bercabang dan luas yang mengikat markaz-markaz dan ma’bad-ma’bad (rumah-rumah ibadat) Islam kepada satu sama lain, lalu menyedarkan mereka-mereka yang terikat dengannya dan mendorong kepada tariqat kemajuan melalui satu kehendak dan perintah sanubari.
Masyrab bagi kesatuan ini ialah mahabbah (kasih sayang). Musuhnya ialah kejahilan, kemelaratan dan kemunafiqan. Hendaklah mereka yang bukan Islam meyakini bahawa kesatuan kita ini merupakan serangan kepada tiga sifat tadi. Tindakan kita kepada yang bukan Islam ialah iqna’. Ini kerana kami mengira mereka sebagai orang yang bertamadun. Juga dengan mempamerkan bahawa agama Islam adalah mahbub dan tinggi. Ini kerana, kita menganggap mereka adalah orang yang insaf.
Hendaklah mereka yang tidak peduli ketahui baik-baik bahawa mereka tidak akan dapat mempersukakan diri mereka kepada mana-mana orang asing dengan sikap tidak beragama. Ini kerana secara tidak sedar mereka telah memperlihatkan sikap tidak berprinsip mereka sendiri. Sikap tidak berprinsip dan suka memberontak tidak akan disukai. Mereka yang menyertai kesatuan ini melalui pembuktian tidak akan keluar daripadanya kerana meniru mereka itu. Kita mempersembahkan pemikiran-pemikiran, maslak dan hakikat Kesatuan umat Islam yang merupakan Ittihad Muhammadi (kesatuan Umat Muhammad) Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ke segenap penjuru (dunia). Sesiapa yang ada bangkangan sila bangkang dan kami bersedia untuk menjawab.
جُمْلَه شِيرَانِ جِهَانْ بَسْتَهِ اِينْ سِلْسِلَه اَنْد رُوبَه اَزْ حِيلَه چِه سَانْ بِگُسَلَدْ اِينْ سِلْسِلَه رَا
Satu Petikan Yang Aku Biarkan Daripada Faharasat Maqasid Yang Aku Telah Sebarkan.
Ia seperti berikut: Sebahagian ahli madrasah juga perlu menjadi satu aliran bagi ilmu-ilmu baharu yang secara zahirnya mengalir daripada luar. Ini supaya, ia menjadi murni daripada kemelampauan dan penipuan. Ini kerana, berhadapan dengan pemikiran-pemikiran yang telah datang dengan kebusukan daripada aliran lain dengan kekeruhannya dan muncul daripada lumpur ketidakfungsian dan bernafas dengan racun-racun penindasan serta dihenyak di bawah tekanan kezaliman; serta oleh sebab air busuk ini melakukan perbuatan yang sebaliknya, maka menapisnya dengan penapis syariat adalah sangat perlu. Ini pula terserah kepada bahu jerih kesungguhan ahli madrasah.
وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى
Said Nursi
577. Page
Raddul Awham (Menyanggah Prasangka)
31 Mac 1909
Aku akan memberi jawapan balas kepada sembilan prasangka rosak yang telah disandarkan kepada jamaah Ittihad Muhammadi.
Prasangka Pertama: Di masa yang sensitif sebegini, mengenengahkan isu-isu agama adalah tidak munasabah.
Jawapan pertama: Kami cintakan agama dan kami juga cintakan dunia kerana agama. [لاَ خَيْرَ فِى الدُّنْيَا بِلاَ دِينٍ] yang bermaksud: “Tanpa agama maka tiadalah kebaikan di dunia.”
Jawapan kedua: Memandangkan dalam masyrutiyyat, kekuasaan adalah pada rakyat, maka adalah perlu untuk mempamerkan kewujudan bangsa. Bangsa kita juga hanyalah Islam. Ini kerana, ikatan kebangsaan yang paling kukuh dan paling benar bagi bangsa Arab, Turki, Kurdi, Albania, Cerkez dan Laz tidak lain dan tidak bukan ialah Agama Islam. Sebagaimana akibat satu pengabaian yang sedikit, dengan terbinanya asas-asas kelompok raja dan dengan menghidupkan perkauman jahiliyyah yang telah mati selama tiga belas kurun sebelum ini maka fitnah telah dikejutkan. Ia telah berlaku dan kita telah melihatnya.
Prasangka Kedua: Dengan pengkhususan gelaran ini (Ittihad Muhammadi), maka ia menjerumuskan mereka yang tidak menyertainya ke dalam prasangka dan kegelisahan.
Jawapan: Pada permulaan, aku telah menyatakan, sama ada tidak dibaca atau pun, oleh sebab ia telah disalahfahami, maka aku terpaksa mengulanginya semula. Ia seperti berikut:
Apabila kita menyebut Ittihad Muhammadi yang merupakan Kesatuan Umat Islam, yang dimaksudkan ialah, kesatuan yang sabit secara kekuatan atau secara praktikal yang ada di kalangan semua orang beriman. Yang dikehendaki bukanlah jemaah di Istanbul dan Anatolia. Tetapi walaupun setitis air, tidak akan muncul pengkhususan bahawa itulah air. Takrifan hakikinya adalah seperti berikut:
Dasar asasnya berunjur dari timur hingga ke barat, selatan hingga ke utara.
578. Page
Markaznya ialah dua tanah suci dan sudut wahdatnya ialah Tauhid kepada Allah.
Janji dan sumpahnya ialah keimanan.
Perlembagaannya ialah Sunnah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Undang-undangnya ialah perintah-perinah dan larangan-larangan syariat.
Kelab dan pusat pengurusannya ialah semua madrasah, masjid dan zawiyah.
Penyebar pemikiran jemaah itu untuk selama-lamanya dan berkekalan ialah semua kitab Islam.
Penyebar pemikirannya sepanjang masa, yang paling utama ialah al-Quran dan kitab-kitab tafsirnya dan di zaman ini, salah satu tafsirnya ialah Risalah an-Nur dan semua surat khabar berbentuk agama dan mustaqim yang menjadikan peninggian Kalimah Allah sebagai tujuan dan maksud.
Ahli-ahlinya ialah semua orang beriman.
Ketuanya pula ialah Saidina Kebanggaan Alam Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Sekarang, noktah yang kami ingini ialah tawajjuh dan kesedaran mereka yang beriman. Pengaruh tawajjuh umum tidak dapat dinafikan. Matlamat kesatuan dan tujuannya ialah meninggikan kalimah Allah dan maslak-nya ialah ‘jihad al-akbar’ terhadap diri sendiri dan membimbing yang lain. Sembilan puluh sembilan peratus himmah perkumpulan yang diberkati ini bukanlah siyasah. Himmah-nya telah digunakan untuk maqasid-maqasid syarak seperti akhlak mulia, istiqamah dan lainnya yang selain politik. Ini kerana, perkumpulan-perkumpulan yang bertumpu kepada tugas ini adalah sangat sedikit. Nilai dan kepentingannya pula sangat banyak. Hanya satu peratus daripadanya bersangkut paut dengan politik menerusi jalan membimbing ahli politik. Pedang-pedangnya ialah burhan-burhan yang qat’i. Sebagaimana masyrab-nya adalah mahabbah, ia mengembang biakkan mahabbah yang terkandung dalam benih ukhuwwah sesama mukmin bagaikan pohon Tuba.
579. Page
Prasangka Ketiga: Apakah manfaat yang diberikan oleh perkumpulan ini selain daripada perpecahan dan melahirkan putus asa kepada yang lain?
Jawapan: Ini bukanlah pemecah-belahan bahkan penyatuan. Ia bukan memberikan putus asa bahkan memberi harapan.
Hakikat yang agung tersebut merupakan satu nyalaan baharu yang telah menjelmakan satu sudutnya melalui penemuan bagaikan urat-urat emas yang tersembunyi dalam separuh bebola bumi. Sebagaimana sebuah lautan yang luas tidak muat di dalam satu bijana air, Ittihad Muhammadi juga tidak boleh terjerut di pusat pentadbiran Volkan atau Istanbul. Bahkan satu cebisan Ittihad Muhammadi yang telah berubah daripada daya kepada perbuatan adalah terdiri daripada peringatan yang bagaikan satu qar’ul asa (bedah siasat). Malah, dengan menggoncangkan rantaian nurani yang begitu panjang, bersambung dan mengikat pusat-pusat Islam kepada satu sama lain, ia merupakan satu dorongan melalui pemimpin sanubari agar semua mukmin yang terikat dengannya merindukan kemajuan maddi dan maknawi yang merupakan perantara paling besar di zaman ini untuk meninggikan Kalimah Allah. Ini kerana, rasa mahu membebaskan diri daripada penindasan dan penganiayaan dapat didorong melalui gejolak kemahuan dan kerinduan sanubari. Sedangkan hanya seorang daripada seribu orang yang cerah fikirannya menjadi peka secara sanubari. Jika ia berlaku dengan kesedaran agama maka golongan akhas al-khawas dengan yang paling awam adalah setara melalui rasa agama bagaikan golongan yang cerah fikiran di jalan kemajuan. Malahan juga, oleh sebab pengetahuan umum ataupun peradaban yang sempurna tiada pada kita, kita perlu menjadikan agama Islam yang merupakan cahaya bagi cahaya sebagai rumah api. Ini supaya keseimbangan kemajuan tidak rosak.
580. Page
Prasangka Keempat: Golongan bukan Islam di kalangan kita akan rasa gerun ataupun mencari alasan.
Jawapan: Mereka-reka alasan merupakan satu sifat keanak-anakan dan pengkhianatan. Rasa gerun pula sama ada berpunca daripada kejahilan atau sikap sengaja tidak mahu tahu.
Ini kerana, oleh sebab agama dan kaum-kaum yang berlainan yang sebanyak ini kekal suci dalam peradaban Islam melalui firman tiada paksaan dalam agama ketika kurun pertengahan dan ketika orang bukan Islam mundur, maka ketinggian pekerti Islam dan ketiadaan alasan yang orang bukan Islam sangkakan tampak jelas bagaikan matahari. Malah, keselamatan orang bukan Islam adalah menerusi kebahagiaan tanah air. Oleh sebab kelangsungan Masyrutiyyat (sistem raja berpelembagaan), roh, noktah sandaran dan pembimbingnya (mursyidnya) ialah Islam yang merupakan syariat dan bangsa kita, maka orang bukan Islam tidak perlu gerun bahkan perlu mensucikan dan berasa mesra dengannya.
Prasangka Kelima: Terdapat kebarangkalian orang asing akan takut daripada perkara ini.
Jawapan: Mereka yang memberikan kebarangkalian kepada kebarangkalian inilah (sebenarnya) yang penakut. Ini kerana penyucian oleh mereka menerusi persidangan-persidangan yang berkaitan dengan ketinggian Islam di pusat-pusat ketaksuban mereka menyanggah kebarangkalian ini. Malahan pula mereka bukanlah musuh kita, (dan musuh yang sebenarnya ialah) mereka yang menjatuhkan kita ke tahap ini lalu menjadi penghalang kepada usaha meninggikan kalimah Allah dan sikap menentang pelaksanaan syariat yang berpunca daripada kejahilan, kemelaratan dan akhlak serta tindakan buruk yang merupakan buah kemelaratan, ikhtilaf (pertelingkahan) dan niat buruk serta kemunafiqan yang merupakan hasil pertelingkahan. Kesatuan kita menyerang tiga musuh yang tidak insaf itu.
581. Page
Adapun semasa kurun pertengahan, ketika orang-orang asing masih mundur, walaupun Islam memerangi kemunduran dan terpaksa bertaksub, namun Islam telah memelihara keadilan dan keseimbangannya. Tidak pernah sekalipun ia melakukan apa yang seperti ‘Inquisition’. Maka oleh sebab orang-orang asing menjadi bertamadun dan kuat pada zaman kemodenan, permusuhan dan ketaksuban yang bermudarat telah lenyap. Ini kerana, daripada noktah pandangan agama, memenangi mereka yang bertamadun adalah dengan iqna’, bukan dengan paksaan. Juga dengan cara memperlihatkan bahawa Islam adalah pengasih dan tinggi serta menjunjung perintah-perintahnya melalui amal perbuatan dan akhlak. Paksaan dan permusuhan pula menentang kemunduran mereka yang mundur.
Prasangka Keenam: Sebahagian mereka menyatakan bahawa kesatuan Umat Islam yang menjadikan Sunnah Nabawi sebagai maksud dan tujuan akan membataskan kebebasan dan menafikan keperluan-keperluan peradaban.
Jawapan Pertama: Mukmin yang sebenar adalah bebas dengan haknya. Sesiapa yang menjadi hamba dan khadam as-Sani’ alam semesta sewajarnya tidak merendahkan diri dengan menghina diri kepada makhluk. Ini bermakna, sekuat mana iman dikuatkan, maka kemerdekaan juga menjadi sekuat itu. Adapun kebebasan mutlak ialah kemunduran mutlak, bahkan merupakan sifat kebinatangan. Pembatasan kebebasan juga merupakan satu keperluan mendesak dari satu sudut noktah pandangan.
Jawapan Kedua: Dosa yang menipu dan keburukan peradaban dianggap sebagai mahasin akibat daripada sikap keanak-anakan dan kehendak nafsu. Hakikatnya ialah apa sahaja kebaikan yang terdapat pada hadharah, maka ia mesti ada contohnya atau yang lebih baik daripadanya di dalam Islam secara jelas atau terselindung atau dengan rukhsah.
Jawapan Ketiga: Oleh sebab sesetengah orang bodoh dan tidak cakna tidak mahu hidup bebas, maka mereka mahu masuk ke bawah tawanan hina nafsu ammarah.
582. Page
Kesimpulannya: Kebebasan yang di luar lingkungan syariat merupakan satu penindasan, atau tawanan hawa nafsu ataupun kebinatangan yang sangat buas atau kemunduran. Maka hendaklah mereka yang tidak cakna dan golongan zindiq ketahui dengan baik bahawa mereka langsung tidak akan dapat mempersukakan dan menyamakan diri mereka kepada orang asing yang langsung tidak mempunyai sanubari akibat ketiadaan agama dan bodoh. Ini kerana, orang bodoh yang tiada halatuju tidak akan dikasihi. Sekiranya seorang lelaki memakai pakaian yang sesuai dengan wanita dan digemari mereka, maka dia menjadi badut.
Prasangka Ketujuh: Jemaah kesatuan Umat Islam ini berlawanan dengan semua kumpulan-kumpulan agama yang lain. Ia menatijahkan sikap saling bersaing dan membenci.
Jawapan Pertama: Oleh sebab tiada hasad, permusuhan dan pertikaian dalam perkara-perkara Ukhrawi, maka sekiranya mana-mana kumpulan daripada kumpulan-kumpulan ini bangkit dengan sikap saling mempertikai dan saling bersaing, ia adalah seperti melakukan riya’ dan nifaq dalam ibadat.
Jawapan Kedua: Kami mengucapkan tahniah kepada semua jamaah yang terbentuk daripada dorongan kasih sayang kerana agama dan bersatu dengan mereka dengan dua syarat:
Syarat Pertama: Memelihara kebebasan menurut syariat dan keamanan.
Syarat Kedua: Bergerak di atas kasih sayang iaitu tidak berusaha untuk menambah nilai kepada diri sendiri dengan cara memalitka noda kepada kumpulan lain. Sekiranya ditemui kesalahan pada salah satunya, maka diserahkan kepada perkumpulan ulama yang menjadi mufti umat.
583. Page
Syarat Ketiga: Jemaah yang menjadikan peninggian kalimah Allah sebagai matlamat dan tujuan, maka ia tidak akan menjadi alat kepada mana-mana niat yang buruk. Walaupun ia mahu, namun ia tidak akan berjaya. Kerana ia adalah kemunafiqan. Oleh sebab tahap kebenaran adalah tinggi maka ia tidak boleh dikorbankan demi apa jua perkara. Bagaimanakah bintang-bintang Thurayya boleh menjadi penyapu? Ataupun bolehkah ia dimakan seperti gugusan anggur? Sesiapa yang mempertikai dan tidak menyukai mentari hakikat, maka sesungguhnya dia mengumumkan ketidakwarasannya.
Wahai surat-suratkhabar agama! Tujuan kami ialah jemaah-jemaah agama perlu bersatu pada tujuan. Sebagaimana kesatuan tidak mungkin berlaku pada maslak dan masyrab, ia juga adalah tidak wajar. Ini kerana ia membuka jalan kepada taqlid dan ia akan menyebabkan kata-kata seperti “apa aku peduli” dan “biarlah yang lain memikirkannya” diucapkan.
Prasangka Kelapan: Kepada jemaah di sini yang merupakan anggota kesatuan Umat Islam, oleh sebab kebanyakan yang menyertainya secara luaran sama seperti yang secara dalaman adalah orang awam dan sebahagiannya pula adalah tidak diketahui halnya, maka ia boleh membawa kepada fitnah dan ikhtilaf.
Jawapan: Bahkan kerana ia berdasarkan kepada sikap tidak memberi keizinan kepada niat-niat buruk olehnya. Malahan pula memandangkan tujuannya adalah kesatuan dan meninggikan kalimah Allah, maka tindakan dan pergerakannya juga adalah ibadah. Di masjid ibadah, raja dan rakyat adalah sama. Kesamarataan merupakan dustur hakiki. Tiada keistimewaan. Ini kerana, yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Yang paling bertaqwa pula ialah yang paling tawadhuk. Berdasarkan kepadanya, seseorang itu pada hakikatnya menjadi mulia dengan penyertaannya kepada hakikat kesatuan secara maknawi. Penyertaannya secara luaran kepada jemaah ukhrawi dan semata-mata agama ini yang merupakan contoh baginya tidak menambahkan kemuliaan kepadanya. Satu titisan tidak akan dapat menambah (isipadu) lautan yang luas.
584. Page
Malah, sebagaimana seseorang tidak keluar daripada keimanan akibat satu dosa yang besar, maka oleh sebab matahari belum terbit dari barat, maka pintu taubat masih terbuka. Sebagaimana satu bekas air mutanajjis tidak menajiskan sebuah lautan, bahkan ia membersihkan dirinya sendiri, maka sekarang ini, sebahagian yang tidak diketahui keadaannya yang masuk ke dalam kesatuan ini dengan azam yang tinggi sekiranya datang daripada tangan tidak menjejaskan keharmonian. Syarat kami iaitu menghidupkan sunnah Nabi, menjunjung perintahnya dan menjauhi larangannya kepada mereka yang menganggotai contoh kesatuan ini tidak akan menodai hakikat yang tinggi ini. Ini kerana, walaupun dirinya sendiri bernoda sekalipun, keimanannya adalah suci. Pengikatnya pula ialah keimanan. Memalitkan noda dengan alasan seperti ini kepada gelaran yang suci ini adalah akibat tidak mengetahui nilai dan ketinggian Islam dan merupakan pengumuman bahawa dirinya adalah manusia paling bodoh.
Kami menyanggah apa jua usaha memalitkan noda atau menentang jemaah kami yang merupakan contoh kesatuan - jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah duniawi yang lain - dengan segenap kekuatan kami. Sekiranya berlaku penentangan-penentangan dari sudut mahukan huraian, maka kami bersedia untuk menjawab. Medan terbuka luas!
Jemaah yang aku terlibat di dalamnya yang aku telah perincikan di sini ialah Kesatuan Umat Islam. Bukannya jemaah-jemaah khayalan seperti yang disangkakan secara batil oleh para penentang. Anggota-anggota jemaah agama ini, sekiranya mereka berada di Timur atau Barat, atau Selatan atau Utara, maka kami adalah bersama-sama.
585. Page
Prasangka Kesembilan: Walaupun terdapat niat-niat tersembunyi dalam pelbagai jemaah, mengapakah Ittihad Muhammadi menzahirkan rahsia-rahsianya (mengapakah penampakan rahsia-rahsia Ittihad Muhammadi dilihat sebagai perlu?)
Jawapan: Agama Islam adalah amat jelas dan terang. Malah, sekiranya daya peluasannya disempitkan maka ia akan menggegarkan alam. Malah oleh sebab penyembunyian mengundang helah dan syubhah (keraguan), maka hakikat yang suci daripada helah dan syubhah juga tidak memerlukan penyembunyian. Malah helah sebenar ialah meninggalkan helah dan berpaut pada kebenaran. Malah, ia tidak boleh dikiaskan kepada jemaah lain. Ini kerana mereka mula membina, ini pula ketika diasaskan, ia menjelma daripada sebahagian penjuru. Malah ketika permulaan Islam, ketika empat puluh orang (penganutnya) tidak disembunyikan, bagaimana mungkin setelah bilangan penganutnya tiga ratus juta, ia perlu disembunyikan? Sesungguhnya akal melihat sesuatu lalu menerima. Fikiran akan bekerja lalu menyerah. Satu hakikat tidak akan menerima tabir persembunyian.
Melalui lidah seluruh mukmin, kami berkata seratus ribu kali: Hiduplah Syariat yang benderang!
Daripada ahli paling bawah dalam Ittihad Muhammadi
Badiuzzaman Said Nursi
Soalan: Kadang-kadang engkau menuliskan tandatanganmu sebagai Badiuzzaman. Ia menandakan gelaran pujian.
Jawapan: Ia bukanlah untuk pujian. Aku menzahirkan segala kesalahanku, sandaran alasanku dan alasanku menerusi gelaran ini. Ini kerana ‘badi’’ bermaksud ‘gharib’. Akhlakku adalah pelik seperti rupaku dan uslub penjelasanku adalah pelik dan berbeza seperti pakaianku. Aku mengharapkan aku tidak menjadikan uslub-uslub dan penghujahan yang laris secara tradisi tidak menjadi kayu ukur dan penanda aras uslub dan penghujahanku. Malah, maksudku, badi’ adalah dengan makna ‘ajib. Aku menjadi ma sadaq kepada syair:
اِلَىَّ لَعَمْرِى قَصْدُ كُلِّ عَجِيبَةٍ
كَاَنِّى عَجِيبٌ فِى عُيُونِ الْعَجَائِبِ
Salah satu contohnya adalah seperti berikut: Setahun aku datang ke Istanbul, lalu aku telah Nampak perubahan selama seratus tahun. وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى
Menerusi lidah seluruh mukmin, kami berkata sebanyak bilangan manusia: Hiduplah Syariat Muhammad Sollallahu Alaihi wa Sallam!
Badiuzzaman Said Nursi
586. Page
Ke hadapan saudaraku Tuan Ketua Editor,
Mereka yang berpelajaran perlu beradab. Malah mereka perlu beradab dengan adab-adab Islam. Semoga rasa agama dalam sanubari mereka mengatur undang-undang percetakan. Ini kerana perubahan syariat ini memperlihatkan bahawa yang beraja di dalam semua sanubari ialah semangat keislaman yang merupakan cahaya bagi cahaya. Malah difahami juga bahawa Ittihad Islam itu meliputi seluruh tentera dan semua orang beriman. Tiada orang yang tinggal di luarnya!
Said Nursî
Cebisan-cebisan terakhir tambahan bagi tambahan pertama Khutbah Syamiyyah
Dua kelas pengajian (ceramah) yang menjadi sebab lapan batalion (yang telah memberontak) dalam peristiwa 31 Mac kembali patuh lalu menurunkan musibah daripada seratus kepada satu yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar Dini pada tahun 1325 bersamaan 1909 Masihi.
Ke hadapan tentera-tentera wira kita:
Wahai Tentera Penyatu (muwahhid) yang ternama! Wahai pahlawan unggul yang menyelamatkan bangsa yang dizalimi ini dan kesucian Islam daripada malapetaka yang besar sebanyak dua kali!
Keindahan dan kesempurnaan kalian ialah keteraturan dan disiplin. Ini pula kalian telah perlihatkannya dengan benar pada masa yang paling kacau-bilau. Kehidupan (nyawa) dan kekuatan kalian adalah pada ketaatan. Hendaklah kalian perlihatkan keistimewaan suci ini hatta kepada pemimpin kalian yang paling rendah jawatannya. Maruah tiga puluh juta rakyat Uthmaniyyah dan tiga ratus juta umat Islam bergantung kepada ketaatan kalian! Panji dan Tauhid Ilahi adalah pada tangan keberanian kalian. Kekuatan tangan kalian yang diberkati itu juga ialah ketaatan. Pegawai-pegawai kalian ialah bapa-bapa kalian yang penyayang.
587. Page
Adalah telah sabit menurut Al-Quran dan Hadith, hikmah dan pengalaman bahawa mentaati pemimpin yang benar adalah satu kefarduan. Sememangnya kalian telah maklumi bahawa dalam tempoh seratus tahun, tiga puluh tiga juta penduduk tidak dapat melakukan dua revolusi sebegini. Kekuatan sebenar kalian yang tumbuh daripada ketaatan kalian itu telah menyebabkan seluruh umat Islam berhutang rasa terimakasih kepada kalian. Untuk mengukuhkan kehormatan tersebut dengan cara yang benar adalah melalui ketaatan kalian kepada pegawai-pegawai kalian. Maruah agama Islam juga adalah pada ketaatan itu.
Aku tahu bahawa untuk tidak mempertanggungjawabkan para pegawai kalian yang ibarat bapa kalian yang penyayang itu maka kalian tidak mencampuri urusan (mereka). Adapun sekarang ini, urusan telah selesai. Terjunlah ke dalam dakapan kasih sayang para pegawai kalian. Syariat yang benderang memerintahkan begitu. Ini kerana, para pegawai adalah Ulul Amri. Demi manfaat tanahair dan bangsa, terutamanya dalam peraturan ketenteraan maka ketaatan kepada Ulul Amri adalah kefarduan. Memelihara Syariat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam juga adalah melalui ketaatan.
588. Page
Khitab kepada Askar-askar
Akhbar Dini Bilangan: 110
30 April 1909
Wahai para Askar Muwahhidin!
Aku menyampaikan sabda kebanggaan Alam Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam kepada kalian bahawasanya dalam daerah syariat, ketaatan kepada Ulul Amri adalah fardhu. Para Ulul Amri dan guru kalian adalah pegawai kalian.
Kem tentera menyerupai sebuah kilang yang besar dan tersusun. Sekiranya salah satu daripada roda-roda gendengnya berkeras kepala dalam peraturan dan kepatuhan, maka seluruh kilang akan huru-hara. Kilang ketenteraan kalian yang tersusun dan kuat itu merupakan noktah persandaran dan sumber (lubuk) meminta bantuan bagi tiga puluh juta warga Uthmaniyyah dan tiga ratus juta penduduk Islam. Oleh sebab kejayaan kalian membunuh dua penindasan yang dahsyat tanpa pertumpahan darah dan secara sekaligus adalah luar biasa dan oleh sebab kalian telah memperlihatkan dua mukjizat yang terang bagi syariat yang benderang, maka kalian telah menzahirkan kekuatan patriotisme Islam dan kesucian syariat melalui dua burhan kepada mereka yang lemah aqidahnya. Walaupun kami telah mengorbankan ribuan syahid sebagai galang ganti kepada dua inqilab itu, namun kami akan tetap menganggapnya murah. Tetapi, sekiranya satu juzuk daripada seribu ketaatan kalian dikorbankan, maka ia menjadi amat mahal kepada kami. Ini kerana, berkurangnya kepatuhan akan melahirkan kematian sebagaimana berkurangnya ikatan janji kehidupan dan kehangatan naluri.
Sejarah dunia menjadi saksi secara keseluruhan bahawa perbuatan anggota-anggota tentera mencampuri urusan politik telah menghasilkan kerugian-kerugian yang dahsyat kepada negara dan bangsa. Sudah pasti, patriotisme keislaman kalian akan mencegah kalian daripada perkara-perkara yang boleh memberi kemudaratan kepada kehidupan Islam yang berada dalam janji kalian. Mereka yang memikirkan politik merupakan para pegawai dan Ulul Amri kalian yang ibarat daya fikir kalian. Kadang-kadang, sesuatu yang kalian anggap sebagai kemudaratan, namun oleh sebab ia telah menghalang kemudaratan yang lebih besar dari sudut politik dan menjadi kemaslahatan itu sendiri, maka para pegawai kalian melihat atas nama pengalaman mereka dan mereka memberi arahan kepada kalian. Maka kesangsian pada kalian juga adalah tidak wajar.
589. Page
Tindakan-tindakan khusus yang bukan daripada syariat adalah tidak bertentangan dengan kemahiran dan kebolehan dalam penghasilan seni dan tidak menjadikan hasil seninya dibenci. Sebagaimana tindakan-tindakan bukan syariat oleh seorang doktor yang pakar dan seorang jurutera yang mahir tidak akan menjadi penghalang istifadah (pemanfaatan) daripada ilmu perubatan dan kejuruteraan mereka, demikianlah juga, janganlah kerana tindakan-tindakan kecil bukan syariat oleh sebahagian pegawai kalian yang berpengalaman dalam ilmu perperangan, mahir dalam seni itu dan bercahaya akalnya dengan patriotisme keislaman itu, kalian merosakkan kepatuhan kalian. Ini kerana, ilmu perperangan adalah satu seni yang penting. Malah, Syariat benderang yang merupakan jatidiri kalian telah menelan semua perkumpulan lain yang menjadi sebab perpecahan dan kebejatan pemikiran bagaikan mukjizat tangan putih Saidina Musa ‘Alaihis salam. Ia juga telah memaksa para ahli sihir tunduk bersujud. Tindakan-tindakan kalian dalam inqilab ini adalah bagaikan ubat namun sekiranya berlebihan ia akan berubah menjadi racun lalu menjadikan kehidupan Islam sebagai sasaran satu penyakit yang parah. Malah dengan himmah kalian, buat masa ini penindasan terhadap kita telah binasa. Tetapi, demi kemajuan-kemajuan kita adalah di bawah penindasan maknawi Eropah. Maka kita memerlukan kewaspadaan dan keseimbangan yang paling tinggi.
Hiduplah syariat yang benderang! Hiduplah para tentera!
590. Page
Peringatan Penting Kepada Semua Pertubuhan
Sekarang ini pertubuhan kita ialah sebuah kerajaan yang mengikut syariat dan bersyarat. Telah dilihat kemudaratan bagi kewujudan kerajaan dalam kerajaan. Oleh sebab tahap ilmu adalah tidak sama, maka ia menatijahkan perbalahan, ketaksuban dan sikap berpuak-puak dalam kumpulan-kumpulan. Sudah tentu, melalui kekuatan penggunaan itu, ia menjadi tapak yang sesuai kepada mereka yang berniat jahat yang akan campur tangan dalam politik dan melakukan penganiayaan yang menurut semua orang adalah lazat berbanding dengan pentadbiran umum. Lebih-lebih lagi, penerusan kelompok-kelompok perpecahan di kalangan kita dalam keadaan sekarang ini adalah sangat bermudarat. Tetapi, mungkin ada manfaat dalam suatu perkongsian ataupun daripada kritikan-kritikan politik di kalangan mereka yang bercahaya akalnya dan tidak berpihak ataupun daripada nasihat dan bimbingan dari kalangan ahli ilmu. Sekarang, kerajaan kita yang mengikut syariat kita adalah pertubuhan besar yang asli.
Gema Sanubari
Kesatuan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menjadi tinggi. Ia adalah milik semua, tidak boleh dikhususkan. Nama ini tidak menerima gurauan. Melalui tajalli kecil bagi permata yang agung itu, ia telah menggoncang seluruh dunia Islam dan menggemparkan dunia bagaikan arus kilat. Tabiat persediaan alam tidak akan dapat menanggung kesyumulan tajallinya pada masa ini. Maka ia perlu kepada pemeringkatan. Sekarang kita perlu memelihara permata berharga ini di satu tempat yang suci. Sebagai mukadimah bagi perkara ini, kumpulan-kumpulan tertentu boleh membawa gelaran ‘Khadam Syariat’.
Salah seorang anggota Pertubuhan Kesatuan Islam:
Badiuzzaman Said Nursi
591. Page
Naskhah daripada ucapan yang disampaikan oleh beliau secara spontan pada hari ketiga pengisytiharan kemerdekaan yang kemudian diulangi di Medan Kemerdekaan di Selanik dan telah disiarkan dalam akhbar-akhbar pada waktu itu.
“Walau buah gunung itu pahit sekalipun, ia adalah ubat. Tetapi menghadamnya adalah berat.”
Permohonan maaf: Oleh sebab ini adalah pengalaman pertama, karangan pertama dan ucapan pertama, maka, kekurangan dan sukar difahami itu adalah lumrah. Sekiranya kalian maafkan, maka aku mengucapkan terima kasih. Sekiranya tidak, aku maafkan. Ini kerana padanya ada kebebasan.
Sebagaimana pakaianku yang menyerupai kulit harimau, uslub peneranganku juga berlainan dengan gaya semasa. Ini kerana aku tidak pandai menjahit pakaian ala-Turki. Apatah lagi untuk memotong pakaian bagi makna ini dan meletakkan butang padanya. Aku berharap, semoga kalian tidak menghalang ucapanku ini daripada masuk ke dalam rumah khayalan kalian. Maka bukakanlah pintu daripada khayalan sepertiku supaya ia masuk ke dalam hati. Ini kerana terdapat banyak kerja yang berkaitan dengan sifat patriotik, jiwa agama dan semangat kalian dan kerja-kerja ini akan saling bermuzakarah. Mereka akan menyalakan cahaya daripada penjuru-penjuru hati yang gelap.
Khitab Kepada Kemerdekaan
Wahai kemerdekaan yang menurut syarak!
Engkau melaung dengan satu teriakan yang begitu dahsyat tetapi indah, lalu engkau mengejutkan seorang Kurdi sepertiku yang telah berbaring di bawah lapisan gebar kelalaian. Sekiranya engkau tiada, nescaya aku dan seluruh umat akan kekal di dalam penjara perhambaan. Aku memberikan khabar gembira kepadamu dengan umur yang abadi:
“Sekiranya engkau menjadikan mata air kehidupan syariat sebagai sumber kehidupan dan sekiranya engkau tumbuh subur di syurga itu, maka aku memberi khabar gembira bahawa bangsa yang dizalimi ini juga akan maju seribu tahap berbanding dengan masa lampau. Sekiranya ia menjadi pedomanmu dengan sebenar-benarnya dan sekiranya niat-niat buruk individu dan fikir dendam tidak menodai kalian, sesungguhnya ia telah mengeluarkan kami daripada kubur kemunduran dan penindasan lalu mengundang kami ke syurga kesatuan dan cinta sesama umat.
592. Page
[اَلْعَظَمَةُ لِلّٰهِ وَالْمِنَّةُ لَهُ] Sesungguhnya keagungan itu bagi Allah dan rasa terhutang budi adalah kepada-Nya.”
Ya Rabb! Betapa bahagianya kiamat ini dan betapa cantiknya hari kebangkitan bagi hakikat [الْمَوْت الْبَعْثُ بَعْدَ] kebangkitan selepas kematian ini! Zaman ini memperlihatkan satu perumpamaan kecilnya kepada kita seperti berikut:
Peradaban silam yang tertimbus di pelosok-pelosok Asia dan Rumeli mula hidup kembali. Mereka yang mencari manfaatnya dalam kemudaratan umum dan mengharapkan penindasan mula berkata: [يَا لَيْتَنِى كُنْتُ تُرَابًا] “Kalaulah aku hanya pernah menjadi tanah”. Oleh sebab Kerajaan persekutuan kita lahir seperti mukjizat, insya Allah dalam tempoh setahun akan menjadi pembenar kepada ayat: [تَكَلَّمَ فِى الْمَهْدِ صَبِيا] “Dan telah berkata anak kecil di dalam buaian”. Sebagai pahala bagi Ramadhan berdiam diri selama tiga puluh tahun yang telah kita laksanakan dengan penuh tawakkal dan kesabaran, ia telah membuka pintu-pintu syurga kemajuan dan peradabannya yang tiada azab. Undang-undang syariat yang menjadi titik tolak penguasaan Umat mengundang kami masuk bagaikan penjaga pintu syurga.
Wahai saudara-saudara setanahair yang dizalimi! Mari kita pergi dan masuk ke dalamnya!
Pintu pertamanya ialah kesatuan hati dalam lingkungan syariat.
Yang kedua ialah cinta sesama umat.
Yang ketiga ialah ilmu pengetahuan.
Yang keempat ialah usaha manusia.
Yang kelima ialah meninggalkan maksiat.
Yang selainnya aku serahkan kepada minda kalian.
Ini kerana, memenuhi undangan adalah wajib. Oleh sebab ‘Fatihah’ perubahan agung ini bermula bagaikan satu mukjizat, maka ia adalah satu ramalan yang baik bahawa khatimah-nya juga (insya-Allah) akan jadi sangat baik.
593. Page
Begini, ramalan yang baik ini menyampaikan khabar gembira bahawa sebagaimana inqilab ini bukan hanya menghancurkan belenggu-belenggu berat fikiran manusia dan menghuru-harakan halangan-halangan di hadapan kesediaan kemajuan serta membebaskan kerajaan daripada jurang kematian, menzahirkan jauhar keinsanan pada bangsa yang dizalimi ini serta menghantarnya lurus menuju ‘Kaabah’ kesempurnaan sebagai insan merdeka, khatimahnya juga yakni sehingga tiga puluh tahun, oleh sebab perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan seperti keburukan-keburukan peradaban, negara peradaban dan kerajaan penindas seperti kemaksiatan, keinginan hawa nafsu, pembaziran dan kelazatan-lelazatan bukan syariat yang berwarna-warni ini akan merasai kemudaratannya secara fizikal, oleh sebab awan yang mendung dan gelap itu akan tersingkap dengan kehendak umum, maka mentari syariat dan rembulan peradaban yang merupakan pantulannya akan menjadi cerah dan suci dan akan menerangi Asia dan Rumeli pada dasarnya serta benih-benih kesediaan kesempurnaan yang dikandunginya akan berkembang biak dek hujan kemerdekaan lalu akan dihiasi dengan warna-warni keindahan.
Ini merupakan satu mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, satu inayah Ilahi kepada bangsa yang dizalimi ini dan satu karomah bagi niat yang suci bagi pertubuhan umat ini kerana kesatuan hati dan cinta sesama bangsa dalam lingkungan syariat yang merupakan sumber kebahagiaan dan kemerdekaan ini telah masuk ke dalam genggaman tangan kita secara percuma, sedangkan bangsa-bangsa lain memperolehnya dengan mengorbankan jutaan permata jiwa.
Gema kemerdekaan dan keadilan yang berdengung dalam telinga si pelayar yang majzub (asyik bagai maulawi) yang dinamakan bebola bumi dan membawa satu goncangan yang pelik melalui kegembiraannya kepada seluruh bangsa ini telah menghidupkan perasaan, cita-cita, kecenderungan tinggi kebangsaan kita dan akhlak mahmudah Islam kita yang telah mati bagaikan tiupan sangkakala Israfil.
Maka berwaspadalah wahai saudara-saudara setanah air! Janganlah kalian membunuhnya kembali dengan kemaksiatan dan sikap tidak cakna dalam agama. Bagi menghadapi semua pemikiran yang fasid, akhlak yang hina, bisikan-bisikan syaitan serta sikap menunjuk-nunjuk, undang-undang asasi yang dibina di atas syariat yang benderang telah berubah menjadi Izrail, ia telah membunuh itu semua.
594. Page
Wahai saudara-saudara setanah air yang patriotik!
Janganlah hidupkannya semula dengan pembaziran, perkara yang menyalahi syariat dan kelazatan-kelazatan yang tidak halal! Yakni, selama ini kita di dalam kubur dan sedang mereput. Sekarang, melalui kesatuan umat dan masyrutiyyat, kita telah masuk ke dalam rahim ibu. Kita akan tumbuh membesar. Insya Allah, dengan Mukjizat Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, dari jarak kemajuan yang kita ketinggalan di belakang sejauh seratus tahun ini, kita akan menaiki keretapi undang-undang syariat yang asasi secara amali dan menunggangi buraq syura syariat dengan pemikiran. Di samping kita akan merentasi padang pasir luas yang sunyi menakutkan ini dalam masa yang singkat, dari sudut penyempurnaan prinsip, kita juga akan bahu membahu bersaing dengan bangsa-bangsa yang maju. Ini kerana, mereka kadang-kadang menaiki kereta lembu lalu berjalan. Kita akan menunggangi prinsip-prinsip yang seperti keretapi dan belon secara terus dan kita akan memintas mereka. Bahkan dengan bantuan hakikat Islam yang merupakan himpunan akhlak mahmudah dan kesediaan fitrah dan limpahan keimanan serta kelaparan bersangatan yang memudahkan penghadaman, kita akan memintas mereka farsakh demi farsakh sebagaimana kita pernah memintas mereka pada masa lalu. Menerusi tugas yang diberikan oleh pengalaman semasa belajar dan ucapan tamat pengajian kemerdekaan, aku memberi peringatan:
Wahai anak ibu pertiwi!
Janganlah kalian menafsirkan kemerdekaan dengan cara yang salah supaya ia tidak terlepas daripada tangan kita. Juga supaya ia tidak melemaskan kita dengan memberi minum perhambaan lampau yang tengik dalam cawan yang lain. Ini kerana, kemerdekaan akan menjadi nyata dan tumbuh subur melalui pemeliharaan hukum-hakam, adab-adab syariat dan akhlak mahmudah. Kemerdekaan, keadilan dan kesaksamaan mereka yang terdahulu yakni para sahabat Nabi yang mulia, merupakan satu bukti yang jelas kepada dakwaan ini walaupun pada masa itu kemunduran dan paksaan penindasan berleluasa di dunia. Jika tidak, oleh sebab penafsiran kemerdekaan sebagai kebebasan menurut hawa nafsu dalam kemaksiatan, kelazatan-kelazatan yang haram, pembaziran dan pencerobohan memperlihatkan sifat kebudak-budakan umat dan kebodohannya kerana dengan keluar daripada perhambaan kepada raja, namun kemudiannya masuk ke bawah penindasan dan perhambaan hina mereka yang keji, maka ia memperlihatkan kelayakannya kepada perhambaan lampau dan ketidaklayakannya kepada kemerdekaan. Ini kerana, si bodoh itu perlu dikurung.
595. Page
Ketidaklayakan kemerdekaan syariat baharu yang luas dan gemilang (kerana ia tidak menjadi luas kepada kanak-kanak) menjadikan kesatuan umat yang agung sebagai sasaran kepada keadaan-keadaan yang rosak dan busuk serta penyakit yang parah. Ini kerana, tafsiran ahli taqwa dan sanubari bukan begini. Ia juga bertentangan dengan mazhab. Kita adalah para lelaki bangsa Uthmaniyyah. Kemungkaran, hawa nafsu dan pembaziran yang berhias seperti pakaian para wanita tidak cocok dengan jatidiri kewibawaan kesediaan kebangsaan kita. Oleh sebab itu, janganlah kita terpedaya. Marilah kita menjadikan kaedah: [خُذْ مَا صَفَا دَعْ مَا كَدَرَ] sebagai dustur amalan.Ia seperti berikut: Kita dengan senang hati akan mengambil noktah-noktah yang akan membantu kemajuan tamadun (seperti sains dan industri) pada orang asing. Adapun oleh sebab sesetengah adat dan akhlak mazmumah yang merupakan dosa dan keburukan peradaban dikelilingi oleh banyaknya kebaikan peradaban pada orang asing, maka ia tidak memperlihatkan sangat kejelikannya.
Kita pula apabila memperolehnya, oleh sebab kita meninggalkan kebaikan peradaban yang sukar diperoleh akibat tidak bertuah dan salah pilihan lalu mengusahakan dosa peradaban yang sesuai dengan kehendak hawa nafsu seperti kanak, maka kita menjadi seperti mukhannas (lelaki berpewatakan perempuan) ataupun mutarajjilah (wanita berpewatakan lelaki). Apabila wanita berpakaian seperti lelaki, maka dia menjadi badut. Apabila lelaki berhias seperti wanita, maka dia menjadi pondan. Ia tidak akan pernah sesuai dengannya. (Golongan) yang berwibawa dan berhemah tinggi tidak sewajarnya menjadi seperti wanita yang berhias dengan sifat manja dan perhiasan yang palsu.
596. Page
Kesimpulan: Dengan pedang syariat, kita akan melarang dosa-dosa dan keburukan-keburukan peradaban daripada menyusup ke dalam sempadan kemerdekaan dan peradaban kita. Ini supaya keremajaan dan kemudaannya tetap terpelihara dengan kemanisan mata air kehidupan.
Dalam mencapai peradaban, kita perlu meniru orang-orang Jepun kerana, walaupun mereka mengambil kebaikan-kebaikan peradaban daripada Eropah, namun mereka tetap memelihara adat dan budaya bangsa yang merupakan intipati kelangsungan mereka. Oleh sebab adat-adat bangsa kita berkembang subur dalam Islam, maka kita perlu mendakapnya dengan kedua-dua sudut.
Wahai anak-anak pertiwi yang patriotik!
Umat ini telah membuka jalan demi kebahagiaan kita dengan mengorbankan jiwa mereka. Maka kita pula akan membantu mereka dengan meninggalkan sesetengah kelazatan kita. Ini kerana, kita sedang duduk bersama-sama di atas hamparan nikmat itu. Supaya penindasan yang menerima kematian abadi dan telah ditimbus di dalam lubang masa lalu ataupun kezaliman yang telah bergolek di dalam arus deras peredaran masa tidak ditonton sekali lagi oleh mereka yang rosak pemikirannya yakni mereka yang menginginkan penindasan dan kezaliman di bawah kemerdekaan, maka aku ingin meletakkan satu tembok keluli yang tidak dapat ditembusi masa lalu dan masa kini melalui satu penerangan tentang sejarah kehidupan kemerdekaan. Ia seperti berikut:
Sekiranya inqilab ini menyerahkan kemerdekaan yang dilahirkannya kepada tarbiyyah musyawarah syar’iyyah, maka ia akan menghidupkan semula keperkasaan dan kekuatan silam umat ini. Namun sekiranya ia bertembung dengan wabak niat buruk peribadi, maka penindasan mutlak akan kembali dan anak itu akan mati. Kemerdekaan ini lahir tepat pada masanya. Hal ehwal dan tuntutan semasa mahu benar-benar berkhidmat kepada tarbiyyahnya. Ia bukan yang palsu dan boleh dipilih sehingga ia berhajat kepada banyak bebanan.
Patriotisme Islam yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kebinasaan dek pengaruh himpitan sebanyak ini seperti masa lalu telah begitu menggelegak sehingga seolah-olah kemerdekaan itu telah matang umurnya sejak di dalam rahim ibu lagi. Sesungguhnya, sebaik saja telapak kaki kemerdekaan ini berada di atas medan kewujudan, ia akan mengumumkan penguasaannya dan akan tertegak di atas lima hakikat kukuh yang tidak akan bergegar dan berganjak walau dilanda apa jua hentaman dan tidak akan dapat ditembusi bagaikan tembok keluli dan takhta Ratu Balqis.
597. Page
Hakikat Pertama: Terdapat kekuatan di dalam kesepakatan. Tiada sesiapapun boleh memiliki kekuatan itu. Ia seperti kekuatan selembar tali yang tebal dengan seurat tali halus yang merupakan sebahagian tali daripada tebal itu, ataupun seperti kerajaan baharu kita yang mengandungi pemikiran umum dengan kerajaan lama kita. Wahai umat! Sekarang ini, kita adalah tali yang tebal. Barangsiapa melemahkannya dengan perselisihan ataupun dengan sikap ikut kepala sendiri, maka ia adalah satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan kerana membabitkan hak semua orang.
Hakikat Kedua: Yang berkuasa dan berleluasa di dunia ini pada masa silam yakni ketika kemunduran berkuasa ialah kekuatan dan kekuasaan paksaan yang merupakan mahsul kemunduran dan natijah kehinaan dan keruntuhan. Mana-mana negara yang masuk ke dalam era berdarahnya, maka lembaran-lembaran sejarah negara-negara sebegitu adalah seperti ratapan burung-burung hantu dan baris-barisnya menyeru dan melaungkan keruntuhan mereka.
Pada zaman penguasaan peradaban, pemerintah dunia ialah ilmu dan pengetahuan. Oleh sebab hasilnya ialah peradaban, urusannya ialah peningkatan dan usianya adalah abadi, maka sekiranya ia menjadi nyawa dan pentadbir mana-mana negara, ia menyelamatkan negara itu daripada belenggu umur tabii dan ajal kemusnahan dan memberikan kesediaan untuk hidup menurut kadar (usia) bebola bumi. Lembaran-lembaran Kitab Eropah memperlihatkan perkara ini secara jelas.
Jika ditanya: Setakat ini orang-orang biasa masih boleh menguruskan kerajaan-kerajaan yang lemah ini. Tetapi ketika insan-insan luarbiasa dan cendekiawan diperlukan untuk memikul di atas bahunya kerajaan baharu yang sangat kita impikan secara teguh dan bersungguh-sungguh sebegini, agaknya adakah ladang Asia dan Rumeli dapat memberikan hasil yang sebegitu?
598. Page
Jawapan kepadanya: Sekiranya tidak datang inqilab-inqilab yang lain, maka jawannya ialah ya. Perhatikan hakikat ketiga (yang akan datang).
Hakikat Ketiga: Ia seperti berikut: Ketika insan memiliki kesediaan tanpa batasan pada masa lalu itu, dia bergerak dalam lingkungan yang amat sempit dan terbatas, yakni oleh sebab insan seolah-olah hidup seperti haiwan walaupun dia adalah manusia, maka pemikiran dan akhlaknya telah merosot dan terbatas di dalam daerah seluas itu.
Sekarang, jika kemerdekaan penuh keadilan yang menurut syarak ini hidup dan tidak rosak, lalu dengan menghancurkan rantai-rantai berat pemikiran manusia dan sambil menghuru-harakan halangan-halangan di hadapan persediaan kemajuan, maka ia dapat meluaskan lingkungan yang kecil itu seluas dunia. Hatta orang kampung biasa seperti aku ini dapat memerhatikan pengurusan umum yang tinggi sehingga ke bintang Kejora. Tunas cita-cita dan kecenderungan akan terikat di sana. Oleh sebab tiap-tiap perbuatan dan sikap akan mendapat satu pintu masuk akibat satu goncangan di sana, maka himmahnya akan meninggi setinggi Kejora dan akhlaknya akan menjadi sempurna setahap itu serta pemikirannya akan meluas seluas jajahan takluk Uthmaniyyah, maka insya Allah dia akan meninggalkan para Plato, Ibnu Sina, Bismark, Decarte dan Taftazani di belakang.
Oleh sebab ladang Asia dan Rumeli yang kuat ini akan memberikan hasil pemuda anak watan yang ramai, maka kita amat menaruh harapan. Lebih-lebih lagi, oleh sebab tanah-tanah jajahan takluk Uthmaniyyah ini merupakan tempat munculnya semua Nabi, buaian pembentukan negara beragama masa lampau serta tempat terbitnya mentari Islam, maka sekiranya tiga kesediaan kesempurnaan yang ditanam di dalam fitrah manusia ini tumbuh subur dek hujan kemerdekaan kesediaan dan dahan dan ranting pemikiran semua orang akan bercahaya dan merendang ke setiap penjuru seperti pohon Tuba. Ia akan menjadikan nisbah dari Timur ke Baratnya adalah seperti nisbah waktu dinihari sehingga waktu terbenamnya matahari. Itu adalah sekiranya ia tidak dikeringkan dengan baja ketidakfungsian dan racun niat jahat.Hakikat Keempat: Oleh sebab syariat benderang ini datang daripada Kalam Azali maka ia akan menuju keabadian. Ini kerana, menurut nisbah pembesarannya melalui makan dan minum natijah-natijah yang terhasil menerusi pertembungan pemikiran kesediaan yang merupakan hasil dan buah kecenderungan kemajuan pada insan yang sekali lagi merupakan dahan pohon kecenderungan untuk menjadi sempurna, oleh sebab syariat yang benderang menjadi luas dan sesuai sama seperti makhluk bernyawa yang berfizikal, maka ia adalah bukti yang jelas bahawa dia datang daripada keazalian dan menuju keabadian.
599. Page
Kemerdekaan, keadilan dan kesaksamaan mereka yang terdahulu yang merupakan kurun kebahagiaan, terutamanya di zaman itu adalah dalil yang qat’i bahawa kesaksamaan, keadilan dan kemerdekaan hakiki syariat yang benderang adalah syumul dengan setiap ikatan dan keperluannya.
Athar-athar tentang Imam Umar Radhiyallahu ‘Anhu, Imam ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Salahuddin al-Ayyubi al-Kurdi merupakan dalil yang jelas kepada dakwaan ini. Berdasarkan kepada perkara ini, maka aku secara qat’i memutuskan bahawa segala kekurangan, kerendahan dan keterukan keadaan kita lahir daripada empat sebab.
Sebab Pertama: Tidak memelihara hukum-hakam syariat yang benderang.
Sebab Kedua: Tafsiran salah secara semberono oleh golongan penggampu.
Sebab Ketiga: Golongan berilmu yang jahil yang menghukum secara zahir ataupun golongan jahil berilmu yang taksub tidak bertempat.
Sebab Keempat: Akibat sudut penilitian yang salah dan jalan pilihan yang salah, dosa-dosa yang menurut hawa nafsu seperti budak-budak dan perbuatan meniru keburukan peradaban seperti burung Kakak Tua dengan meninggalkan kebaikan Eropah yang sukar diperoleh. Justeru, kerana empat sebab inilah maka natijah yang buruk ini muncul.
Jika para pegawai kerajaan melaksanakan tugasnya dengan betul dan sekiranya mereka yang bukan pegawai berusaha sesuai menurut tuntutan zaman, maka mereka tidak akan mempuyai masa untuk kemaksiatan. Sesiapa jua daripada dua bahagian ini memperlihatkan keketagihannya dalam kemaksiatan, maka dia berubah menjadi mikrob berbahaya dalam kerangka masyarakat ini.
600. Page
Hakikat Kelima: Oleh sebab ikatan-ikatan masyarakat, keperluan-keperluan sara hidup dan faedah-faedah peradaban pada masa lalu adalah tidak berapa banyak dan pelbagai, maka pemikiran sesetengah orang yang minoriti adalah seperti separuh cukup untuk menguruskan negara. Tetapi, pada masa kini, ikatan-ikatan masyarakat telah bercambah dan keperluan kehidupan telah bertambah dan buah-buah peradaban telah menjadi pelbagai bidang sehingga hanya majlis perwakilan yang ibarat jantung masyarakat, musyawarah syar’iyyah yang dalam kedudukan sebagai fikiran umat serta kemerdekaan pemikiran yang berada di tempat pedang dan kekuatan peradaban yang mampu menanggung negara itu dan dapat mengurus dan mentarbiahnya. Contoh bagi hakikat ini ialah kerajaan penindas masa silam dan kerajaan republik yang baharu.
Aku ingin mengingatkan tiga perkara menerusi tugas yang diberikan kepadaku oleh ‘Hakikat Ketiga’ dan menerusi ucapan tamat pengajian kemerdekaan.
Pertama: Oleh sebab satu tubuh adalah mustahil akan bercerai daripada zarah-zarah secara tiba-tiba dan terbentuk daripada zarah-zarah baharu, maka walaupun tidak mustahil tubuh negara memecat para pegawainya yang lama lalu menempatkan pegawai-pegawai baharunya secara tiba-tiba, namun ia mempunyai alasan. Tambahan pula, negara sememangnya akan memecat orang-orangnya yang mempunyai sikap yang keji dan tidak dapat dipulihkan lantaran penolakan fitrah. Tetapi kepada mereka yang boleh dipulihkan, sememangnya pintu taubat adalah terbuka selagi mana matahari tidak terbit dari barat. Pengalaman mereka ini perlu dimanfaatkan. Untuk mengisi tempat mereka ini perlukan empat puluh tahun. Jika tidak, semua pengurusan lidah dan penghinaan ke atasnya akan menjadikan kesatuan umat yang agung ini (berdasarkan kepada sebahagian pemikiran dan akhlak mereka yang telah rosak) sebagai sasaran satu penyakit.
Kedua: Aku pernah membesar di pergunungan Kurdistan. Aku membayangkan Markaz Khilafah adalah sangat indah. Namun, apabila aku sampai ke Dersaaded tujuh atau lapan bulan sebelum ini, aku dapati bahawa Istanbul menyerupai seseorang yang mundur telah memakai busana peradaban kerana kemunduran dan kebencian di dalam hati. Sekarang, hasil daripada kesatuan umat, ia memperlihatkan dirinya kepada kita sebagai orang yang bertamadun di dalam pakaian separuh bertamadun dan separuh mundur.
601. Page
Dahulu aku menyangkakan bahawa sebab keterukan Kurdistan ialah kerana satu anggota tubuhnya telah sakit. Rupa-rupanya aku mendapati, yang sakit ialah Istanbul. Aku memegang nadinya, aku bedah dan aku fahami bahawa puncanya ialah penyakit di dalam hatinya. Ia telah merebak ke seluruh pelosok tubuh. Aku telah berusaha merawatnya lalu aku telah disantuni sebagai si gila. Malah aku juga mendapati bahawa agama Islam yang membina peradaban hakiki telah ketinggalan di belakang peradaban semasa dari segi material. Seolah-olah ia telah berkecil hati dengan akhlak buruk kita lalu pulang menuju masa lalu. Ia mahu mengadu kepada ‘Kurun Kebahagiaan’ tentang kita. Sebab terbesar bagi perkara ini ialah, setelah penindasan ialah perbezaan pemikiran dan perselisihan aliran tiga cawangan besar Mursyid Umum iaitu ahli madrasah, ahli maktab dan ahli takyah yang menepati bait syair: [عِبَارَاتُنَا شَتَّى وَ حُسْنُكَ وَاحِدٌ وَ كُل اِلَى ذَاَ الْجَمَاِ يُشِيرُ] Yang sama maksudnya tetapi riwayatnya berbeza.
Perbezaan pemikiran ini telah menggoncang dasar akhlak Islamiyyah, memecah-belahkan kesatuan ummah dan menyebabkannya ketinggalan daripada kemajuan peradaban. Ini kerana, dengan ifrat salah satunya mengkafir dan menyesatkan yang satu lagi. Manakala yang satu lagi, dengan tafrit ia mengira yang satu lagi sebagai jahil dan tidak boleh dipercayai. Jalan keluar bagi perkara ini ialah mencari persamaan dan perdamaian melalui Tauhid dan sikap saling menguatkan pemikiran sesama mereka. Sehingga ia hendaklah bersatu melalui jabatan salam perdamaian pada noktah keseimbangan supaya mereka tidak meruntuhkan neraca peradaban.
Ketiga: Aku telah mendengar para penceramah. Nasihat mereka tidak memberi kesan kepadaku. Lalu aku berfikir. Selain daripada kekerasan hatiku, aku menjumpai tiga sebab yang lain:
Sebab Pertama: Mereka mengkiaskan zaman sekarang dengan masa lalu, lantas mereka hanya memberi tumpuan secara berlebihan untuk membayangkan apa yang didakwa. Ketika mengisbatkan dakwaan dan memberi jawapan yang memuaskan hati kepada para pencari hakikat yang sebenarnya lebih diperlukan untuk lebih memberi kesan, namun mereka mengabaikannya.
602. Page
Sebab Kedua: Ketika mereka sepatutnya menyampaikan perkara yang lebih penting, mereka lebih gemar memberi galakan (targhib) atau ancaman (tarhib) tentang sesuatu perkara lalu mereka tidak memelihara perimbangan syariat.
Sebab Ketiga: Mereka tidak pernah mengungkapkan kata-kata yang bertepatan dengan keadaan yang merupakan tuntutan balaghah, yakni sesuai dengan peredaran zaman, yakni yang sesuai dengan diagnosis penyakit. Seolah-olah, mereka menarik manusia ke penjuru-penjuru masa lampau, kemudian mereka bercakap.
Kesimpulan Kata: Para penceramah kita yang besar-besar bukan sahaja perlu menjadi seorang ‘alim yang muhaqqiq supaya dia dapat mengisbat dan memuaskan, dia juga perlu menjadi hakim yang teliti supaya dia tidak merosakkan perimbangan syariat. Malah dia perlu menjadi ahli balaghah yang memuaskan supaya dia menuturkan kata-kata yang bertepatan dengan kehendak keadaan dan tuntutan zaman dan menimbang dengan neraca syariat. Mereka perlu menjadi seperti yang dinyatakan (inilah syarat-syarat yang perlu ada).
Hiduplah Syariat yang benderang!
Hiduplah keadilan Ilahi!
Hiduplah kesatuan umat!
Matilah perselisihan!
Hiduplah rasa cinta sesama umat!
Binasalah niat buruk peribadi dan fikiran dendam!
Hiduplah keberanian gergasi para askar!
Hiduplah kewibaawaan ungul para tentera!
Hiduplah akal dan kewaspadaan besar pertubuhan-pertubuhan merdeka yang beragama dan murid-murid Nur!
Said Nursi
603. Page
Tambahan Kedua Khutbah Syamiyyah
Petikan-petikan bermakna daripada risalah bernama
Benih-benih hakikat
yang telah dicetak tiga puluh lima tahun sebelum ini.
بِسْــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ
604. Page
605. Page
606. Page
607. Page
608. Page
Perkataan pertama: Sekiranya aku kenyang dan yang lain mati kebuluran, apa aku peduli?
Perkataan kedua: Bersusah-susahlah kamu demi kerehatanku; kerjalah kamu dan biar aku makan (hasilnya).
Hanya terdapat satu penawar yang boleh memotong urat kalimah pertama, dan ia adalah pewajiban zakat. Penawar bagi kalimah kedua ialah pengharaman riba. Keadilan al-Quran berdiri di hadapan pintu dunia lalu berkata kepada riba: “Dilarang masuk! Kamu tidak berhak untuk masuk!” Manusia tidak mendengar perintah ini. Lalu memakan tamparan yang kuat. Sebelum memakan tamparan yang lebih dahsyat, dia perlu dengar.
609. Page
610. Page
611. Page
Adapun peradaban yang dikandungi dan diarahkan oleh syariat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam:
Janganlah abaikan tanganmu daripada Islam yang merupakan pelindung kewujudan kita, dakaplah ia dengan empat tangan. Jika tidak kamu akan binasa.
612. Page
Sahabat kepada musuh, selagi mana mereka bersahabat maka dia adalah musuh.
Terjemahan: Jemaah yang padanya
tasanud (saling bersandar) dicipta untuk mengerakkan yang diam dan jemaah yang padanya tahasud (saling berdengki) dicipta untuk mendiamkan yang bergerak.)
613. Page
614. Page
615. Page
616. Page
617. Page
618. Page
Yang pertamanya: Syariat yang kita maklumi iaitu yang menyusun perbuatan dan keadaan manusia yang merupakan dunia kecil serta yang datang daripada sifat kalam.
Yang Kedua: Syariat Kubra Fitrah yang menyusun gerak diam alam yang merupakan insan terbesar dan yang datang daripada sifat iradah. Namun, kadang-kadang secara salah, ia dinamakan hukum alam. Para Malaikat merupakan satu umat yang agung kerana mereka adalah pengusung wakil dan mutamassil perintah-perintah takwiniyyah yang datang daripada sifat iradah dan dinamakan sebagai syariat fitrah.
Said Nursi
619. Page
Bahagian Kedua Bagi Tambahan Kedua Khutbah Syamiyyah
Benih-Benih Hakikat
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ
Satu Rumusan Daripada Surah Al-Ikhlas
Itlaq dan taayin [قُلْ هُوَ] merupakan isyarat kepada Tauhid Syuhud iaitu:. [اَىْ لَا مَشْهُودَ بِنَظَرِ الْحَقِيقَةِ اِلاَّ هُوَ]
[اَللّٰهُ اَحَد] adalah tasrih kepada tauhid Uluhiyyah iaitu: [اَىْ لَا مَعْبُودَ اِلاَّ هُو]
[اَللّٰهُ الصَّمَد] merupakan isyarat kepada Tauhid Rububiyyah iaitu: [اى لا خالق ولارب الاهو] dan satu talwih kepada Tauhid Jabarut. [اَىْ لَا قَيُّومَ وَلاَ غَنِىَّ عَلَى الْاِطْلاَقِ اِلاَّ هُوَ]
[لَمْ يَلِد] adalah talmih kepada Tauhid Jalal. Ia menolak jenis-jenis syirik. Yakni, sesuatu yang berubah atau ada bahagian-bahagian atau berketurunan tidak boleh menjadi Tuhan. Ia menolak kesyirikan-kesyirikan yang mendakwa ‘Uqul ‘Asyarah ataupun Malaikat ataupun Isa ataupun Uzair sebagai anak Tuhan..
[وَلَمْ يُولَدْ] ialah tauhid melalui pengisbatan yang azali. Ia menolak perbuatan-perbuatan syirik (seperti) menyembah sebab, menyembah bintang, menyembah berhala dan menyembah alam. Yakni, adalah tidak mungkin sesuatu yang baharu ataupun terpisah daripada sesuatu yang asal ataupun lahir daripada sesuatu bahan menjadi tuhan.
[وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَد] merupakan satu tauhid yang lengkap. Yakni, tiada saingan, sekutu dan yang sama dengan-Nya pada Dzat, Sifat dan Perbuatan-Nya. [لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْئٌ وَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير] Surah ini menolak semua jenis kesyirikan. Enam ayatnya yang mengandungi tujuh peringkat Tauhid ini saling menjadi natijah kepada satu sama lain. Setiap satunya menjadi natijah dan burhan kepada yang lain.
Alam semesta yang merupakan pentauhid terbesar dan burhan agung ketauhidan bukan hanya tiang dan anggotanya, bahkan setiap sel bahkan setiap zarahnya menyertai gema suci burhan agung ini masing-masing sebagai lidah yang menzikirkan tauhid dan semuanya secara serentak berzikir menyebut [لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰه] bagaikan maulawi.
620. Page
Sekiranya engkau melekapkan telingamu ke dada al-Quran yang merupakan dalil bertutur bagi tauhid, engkau akan dengar bahawa daripada lubuk yang paling dalam di dalam hatinya satu gema samawi yang sangat tinggi, sangat serius, sangat sejati, sangat mesra dan memuaskan dan dilengkapkan dengan burhan. Ia berulang-ulang mengalunkan zikir [اَللّٰهُ لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ]
Ya, enam sudut burhan bercahaya ini juga adalah telus. Di atasnya tanda kemukjizatan, di dalamnya nur hidayah, di bawahnya mantiq dan dalil, di kanannya akal istintaq (sesuatu yang menuntut bicara), di kirinya sanubari istisyhad (sesuatu yang menuntut penyaksian), di hadapannya kebaikan, pada tujuannya kebahagiaan di dua dunia, noktah persandarannya adalah wahyu semata-mata. Maka apakah kemampuan waham untuk dapat masuk?
Iradah, minda, perasaan dan latifah rabbaniyyah yang merupakan empat unsur sanubari dan empat perasaan roh, setiap satunya mempunyai tujuan kepada tujuannya. Bagi iradah ialah ‘ibadatullah. Bagi minda ialah makrifatullah, bagi perasaan ialah mahabbatullah dan bagi latifah ialah musyahadatullah (menyaksikan Allah). Ibadah sempurna yang dinamakan taqwa mengandungi kesemuanya. Syariat memandu semua ini kepada tanmiyah, tahzib dan tujuan kepada tujuan ini.
Sekiranya perantara pada pewujudan itu adalah hakiki, dan sekiranya kesan sebenar diberikan, nescaya adalah perlu diberikan satu kesedaran yang kulli malah juga tidak dapat tidak, kekukuhan kesempurnaan ciptaan akan menjadi berlainan. Sedangkan kekukuhan daripada yang paling rendah kepada yang paling tingi, daripada yang paling kecil kepada yang paling besar adalah pada darjat kesempurnaan dan menurut ukuran perihal sesuatu itu.
Ini bermakna, ia bukanlah daripada al-Muassir Haqiqi, yang sebahagiannya hampir, sebahagiannya jauh, sebahagiannya tanpa perantara dan sebahagiannya melalui perantara dan sebahagiaanya bukan dengan perantaraan. Tiadanya kesempurnaan pada kesan pilihan insan menafikan al-jabr dan mengisbatkan ikhtiyar.
621. Page
Adalah amat menarik perhatian, dengan perantaraan satu pilihan yang juz’i, sebuah bandar manusia yang merupakan kesan akal tidak boleh mencapai jemaah di dalam sarang lebah yang merupakan buah wahyu yang tersusun. Satu sarang sel yang merupakan pameran seni lebah adalah lebih terkebelakang berbanding dengan buah delima dan bunga delima. Ini bermakna, tarikan umum pada alam semesta mengalir daripada mana-mana pena sekalipun tarikan-tarikan kecil pada juzuk yang tidak terbahagi adalah titik-titik pena itu.
Agama Islam berkata: [لاَ خَالِقَ اِلاَّ هُوَ]. Malah ia tidak pernah menerima perantara dan asbab sebagai pemberi kesan yang hakiki. Ia memandang kepada perantara dengan pandangan makna harfi. Aqidah tauhid, tugas menyerah dan pembiaran mengehendaki begitu.
Kerana penyelewengan, agama Kristian pada masa kini menganggap sebab dan perantara sebagai pemberi kesan. Mereka melihatnya mengikut pandangan makna ismi. Akidah bahawa Isa anak Tuhan dan fahaman kerahiban (ruhbaniyyah) mahukan begitu dan mendorong begitu. Mereka memandang orang-orang suci mereka menurut makna ismi sebagai sumber limpahan, dan sumber cahaya yang bagaikan cahaya lampu daripada cahaya matahari yang telah berubah menurut satu fikiran.
Kita pula memandang kepada para wali dengan makna harfi. Yakni, kita memandang dengan pandangan bahawa mereka masing-masing ialah pantulan tajalli (sebagaimana cermin menyebarkan cahaya mentari.) Kerana rahsia inilah maka suluk pada kita bermula dengan tawadhuk dan melintasi kerendahan diri. Mereka mencapai maqam fana’ fillah. Mereka memulakan suluk pada maqam-maqam yang tidak berpenghujung. Keakuan dan nafsu ammarah terpadam menerusi kesombongan dan keangkuhannya sendiri.
Keakuan menjadi kuat dengan keperluan-keperluannya bukan dalam agama Kristian yang hakiki bahkan dalam agama Kristian yang telah keliru dengan penyelewengan dan falsafah. Sekiranya seseorang yang keakuannya kuat menjadi Kristian, maka dia akan menjadi kuat pegangannya. Tetapi, jika orang Islam, dia menjadi tidak peduli.
622. Page
Kelazatan yang kuat dan pelbagai pada aktiviti yang melintas daripada quwwah kepada fiil adalah ragi perubahan Alam dan nuwwah undang-undang kesempurnaan. Keluar daripada penjara ke taman dan berubah daripada benih kepada tunas merupakan kelazatan yang sama. Sekiranya aktiviti itu mengandungi istihalah, maka kelazatan membawa dalam keadaan makin bertambah. Yang menyebabkan beban itu dibawa ialah rasa itu.
Sejauh mana menariknya kesempurnaan pada penghujung menurut makhluk berkesedaran, setahap itulah juga aktiviti yang sama menjadi menarik kepada yang tidak boleh berfikir, ia mendorong kepada usaha. Kerana rahsia inilah maka kerehatan adalah kesulitan dan kesulitan adalah rahmat.
Kehalobaan dan kegopohan merupakan sebab kehilangan. Oleh sebab si haloba tidak bertindak menurut tertib dan rantaian pada fitrah yang ibarat anak-anak tangga yang tersusun, maka dia tidak akan berjaya. Kalau ada sekalipun, oleh sebab ia adalah satu anak tangga lebih pendek daripada perjalanan fitrah, maka dia jatuh ke dalam putus asa lalu selepas kelalaian menekan, pintu terbuka.
Allah telah mencipta batin hati untuk iman, makrifah dan mahabbah kepada-Nya. Zahir hati pula telah disiagakan untuk semua perkara lain. Kehalobaan yang berwatak penjenayah melubangi hati dan memasukkan berhala-berhala ke dalamnya. Lalu Allah berkecil hati dan membalas dengan apa yang bertentangan dengan maksud-Nya.
Orang-orang hina yang menyampaikan fikiran-fikiran politik, dari sudut kehalobaan sehingga ke tempat-tempat aqidah Islam tidak memperoleh kehormatan dan kemulian bahkan kecaman dan kutukan. Bencana-bencana dan keruntuhan-keruntuhan pada rasa cinta yang berlandaskan nafsu adalah daripada rahsia ini. Sesungguhnya semua buku puisi bagi cinta yang jenis itu, masing-masing adalah rintihan dan ratapan.
Pada waktu malam, engkau beria-ia dan bersungguh dari hati untuk tidur, lalu engkau kehilangan rasa mengantuk yang tersisa lalu kekal terjaga. (Apabila berhadapan dengan) dua pengemis: Yang satunya pendesak yang tamak dan seorang lagi berpada dan berwaspada, maka rasa lebih mahu memberi kepada yang kedua merupakan satu contoh bagi undang-undang yang luas itu.
623. Page
Penyakit dan musibah kita yang paling dahsyat ialah kritikan yang bersandar kepada muslihat dan kesombongan. Sekiranya keinsafan menangani kritikan, maka ia akan membetulkan hakikat. Sekiranya kesombongan menggunakan kritikan, maka ia memusnah dan menghancurkan. Yang paling dahsyat bagi kedahsyatan itu ialah apabila ia masuk ke dalam aqidah-aqidah iman dan masalah-masalah agama. Ini kerana keimanan ialah pembenaran, keyakinan, iltizam, penyerahan dan kepatuhan secara maknawi.
Kritikan ini meruntuhkan kepatuhan, iltizam dan keyakinan. Tasdiq juga tinggal tanpa berpihak. Di zaman kesangsian dan waham ini, fikiran-fikiran positif yang muncul daripada hati-hati nurani panas yang menguatkan dan menumbuhkan keyakinan dan iltizam serta penjelasan-penjelasannya yang memberi galakan perlu ditatap dengan sangkaan yang baik. Perkara yang mereka namakan sebagai penghujahan tidak berpihak merupakan satu kemulhidan yang sementara. Orang yang baru mendapat hidayah dan menjadi pembelinya mungkin melakukan perkara ini.
Prinsip-prinsip sistem sosialis tidak akan dapat merosakkan asas-asas agama Islam. Peradaban hina inilah yang merosakkan. Malah ia menjadi sangat mahal. Ini kerana, peradaban masakini yang tumbuh subur dengan ragi materialisme dan ‘inquisition’ telah disiagakan dan menarik dengan perantara-perantara yang amat memperdaya dan mengelirukan. Sebagai gantian kepada agama, maruah dan fadhilat, peradaban masakini menjual dirinya sendiri kepada penyihir itu. Oleh sebab ia memperlihatkan dan mempersembahkan satu kehidupan yang gemilang, maka dia mengambil rasuah yang lebih banyak daripada agama berbanding dengan maruah.
Sosialisme pula hanya mempersembahkan satu kehidupan yang ringkas dan biasa. Sebagaimana ia tidak memaksa sesiapa mengorbankan bahagian yang besar daripada agamanya, imannya dan maruahnya untuknya, sesiapa juga tidak merasai keterpaksaan untuk menjadi sebahagian daripadanya. Ia juga mempunyai keperluan kepada keseronokan sebagaimana keperluan manusia kepada makanan. Sekiranya ia tidak dipuaskan dari sudut nafsu dan kehendaknya, maka ia akan mencarinya pada sebelah roh dan petunjuk.
624. Page
Dua orang, salah seorangnya mengundangmu ke satu jamuan yang megah, menarik dan menyeronokkan melalui penghormatan. Yang seorang lagi mengundang kamu menjamu sup di satu tempat yang biasa dan ringkas. Maka kepada yang pertama, engkau bukan sahaja mungkin meninggalkan jemaah dan sunnah, bahkan sanggup meninggalkan solat untuk pergi. Kepada yang keduanya, sunnah juga kamu tidak akan dapat tinggalkan. Justeru, yang pertamanya ialah peradaban dan yang kedua ialah sosialisme yang hormat kepada agama dan mengamalkan agama.
وَالَّذِى عَلَّمَ الْقُرْآنَ الْمُعْجِزَ اِنَّ نَظَرَ الْبَشِيرِ النَّذِيرِ وَبَصِيريَتِهُ النَّقَّادَةَ اَدَّلُ وَاَجَلَّ وَاَجْلَى وَاَنْفَذُ مِنْ اَنْ تَلْتَبِسَ اَوْ تَشْتَبِهَ عَلَيْهِ الْحَقِيقَةُ بِالْخَيَالِ وَاِنَّ مَسْلَكَهُ الْحَقَّ وَاَعْلَى اَغْنَى وَاَنْزَلَهُ وَاَرْفَعُ مِنْ اَنْ يُدَلِّسَ اَوْ يُغَالِطَ عَلَى النَّاسِ
Ini kerana, mata yang nampak hakikat tidak akan terpedaya. Hati yang menyanjung kebenaran tidak akan memperdaya.
Tahap Kecelaan Ghibah: Al-Quran berkata: [اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيهِ مَيْتًا] dengan enam perkataan, ia memburukkan ghibah dengan keras pada enam tahap. Yakni, dengan huruf hamzah ia berkata:
625. Page
Ini bermakna pada pandangan, akal, hati, sanubari, keinsanan, rasa kasih makhluk sejenis dan fitrah dan syariat, ghibah adalah tertolak dan dilarang.
اِنَّ الْاِنْسَانَ الَّذِى لَا يُدْرِكُ سِرَّ التَّعَاوُنِ لَهُوَ اَجْمَدُ مِنَ الْحَجَرِ اِذْ مِنَ الْحَجَرِ مِنْ يَتَقَوَّسُ لِمُعَاوَنَةِ اَخِيهِ اِذِ الْحَجَرُ مَعَ حَجَرِيَّتِهِ اِذَا خَرَجَ مِنْ يَدِ الْمُعَقِّدِ الْبَانِى فِى السَّقْفِ الْمُحَدَّبِ يَمِيلُ وَ يَخْضَعُ رَاْسَهُ لِيُمَاسَّ رَاْسَ اَخِيهِ لِيَتَمَاسَكَا عَنِ السُّقُوطِ
Yakni, batu-batan pada kubah saling mengukuhkan satu sama lain supaya mereka tidak jatuh.
Jauhar terunggul di tengah-tengah rantaian berbentuk kon yang bersambung daripada zarah satu juzuk yang tidak berpecah kepada insan, daripada insan kepada matahari segala matahari ialah insan yang dimuliakan.
Selain daripada anggota yang masyhur bagi manusia, terdapat anggotanya yang lain. Seperti deria rasa, terdapat satu deria pendorong dan deria perindu pada manusia. Malah, pada insan terdapat banyak perasaan yang tidak boleh dirasai.
Kadang-kadang, kehendak memakai bentuk fikiran. Orang yang haloba menganggap kehendak hawa nafsunya sebagai fikiran. Adalah amat pelik sesetengah orang jatuh ke dalam lumpur yang kotor, untuk menipu dirinya sendiri, kononnya itu adalah kasturi dan anbar, dia melumurkan (lumpur itu) ke mata dan wajahnya.
Seorang syahid adalah wali. Ketika jihad adalah fardhu kifayah ia menjadi fardhu ain. Bahkan ia menjadi fardhu ain yang berlipat ganda. Seperti Haji dan Zakat, dalam Jihad juga, peranan niat adalah sedikit. Hatta ketiadaan niat sekalipun, daripada noktah pandangan yang asal, ia adalah ibarat niat. Maknanya, lawan niat, sekiranya sekiranya tidak jelas secara yakin, maka jihad menatijahkan syahadah hakiki. Ini kerana, sekiranya kewajipan berlipat ganda, maka ia menjadi tentu. Kesan niat yang mengandungi pilihan menjadi berkurang. Sekiranya puluhan ribu wali muncul dan terserlah dalam bangsa yang berdosa ini secara tiba-tiba, maka ianya bukanlah ganjaran yang sedikit.
626. Page
Pada kita, sekiranya seseorang menjadi fasiq, dia biasanya menjadi tidak berakhlak dan tiada hati perut. Ini kerana kehendaknya untuk melakukan maksiat menjadi meningkat dengan mendiamkan gema iman dalam sanubari. Maknanya, dia tidak dapat melakukan maksiat dengan sepenuh kehendaknya tanpa menggoncangkan sanubari dan rohaninya dan tanpa memandang remeh kepadanya. Kerana itu, agama Islam menganggap orang fasiq itu sebagai pengkhianat dan menolak penyaksiannya. Islam menganggap si murtad sebagai racun, maka dia perlu dibunuh. Islam membiarkan mereka yang dzimmi dan mu’ahid.
Melaksanakan keadilan, perlu berlaku atas nama agama. Ini supaya akal, hati dan roh menjadi terkesan lalu menjunjungnya. Jika tidak, hanya prasangka yang akan terkesan. Sekiranya berlaku sekalipun, dia hanya takut kepada hukuman kerajaan. Sekiranya menjadi nyata, dia akan takut daripada balasan manusia.
Kerana seorang penjenayah, sebuah bahtera yang membawa ramai mereka yang tidak berdosa tidak boleh dikaramkan. Kerana satu sifat jenayah, seorang mukmin yang memiliki banyak sifat yang mulia tidak boleh dimusuhi. Apatah lagi, iman dan tauhid yang merupakan sebab mahabbah adalah seperti Gunung Uhud. Perkara-perkara yang merupakan sebab permusuhan adalah seperti kerikil-kerikil kecil. Sejauh mana menganggap kerikil-kerikil kecil adalah lebih berat daripada gunung Uhud merupakan ketidakwarasan yang sangat dahsyat, maka permusuhan seorang mukmin terhadap mukmin juga merupakan ketiadaan hati perut yang sedahsyat itu. Memusuhi seorang mukmin hanya boleh berlaku dengan niat berasa kasihan.
Kesimpulan: Keimanan memestikan mahabbah dan keislaman memestikan Ukhuwwah.
اَلْكَلاَمُ كَالْمَالِ لَا يَجُوزُ فِيهِ الْاِسْرَافُ
(kata-kata itu seperti harta, ia tidak boleh dibazirkan)
تمّت
Said Nursî