Munazarat (Perdebatan)

463. Page

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bahagian daripada jawapan-jawapan Said yang lama kepada soalan-soalan yang diajukan oleh beberapa kabilah empat puluh lima tahun yang lalu: 

Soalan: 

Biarlah agama selamat, kami tidak peduli dengan apa pun selepas itu!


Jawapan: 

Islam umpama matahari, tidak terpadam dengan tiupan, dan ia seperti waktu siang yang bertukar menjadi malam dengan menutup mata, maka siapa yang menutup matanya dia sendiri yang akan melihat dunia ini gelap!

Tidakkah kau memerhatikan pergantungan kepada sultan yang kalah lagi menyedihkan, pegawai-pegawai kaki bodek, atau anggota-anggota polis bahlol lagi tidak punya akal, dan membiarkan penjagaan agama kepada mereka lebih baik dan utama atau pergantungan kepada keagungan tiang cahaya, ia adalah pedang berlian yang terhasil daripada gabungan kilauan cahaya kemegahan Islam dan kumpulan sinaran cahaya Ilahi yang merupakan belas ihsan iman yang terkandung dalam hati setiap orang, dan ia merupakan galian perasaan-perasaan Islami yang bersandar kepada fikrah-fikrah yang menyeluruh buat umat? Kau bandingkan!

Baiklah; sesungguhnya tiang cahaya akan menanggung pemeliharaan agama di atas maruahnya, dalam pengawasannya dan atas kemegahan, kalian adalah orang yang melihat sinaran-sinaran yang terpecah-pecah bermula dengan kerdipan, lalu ia akan tergabung dengan beransur-ansur, telah termaktub dalam ilmu hikmah bahawa perasaan dan kesedaran agama – lebih-lebih lagi kalimah agama yang benar dan fitrah -lebih berkuat kuasa, hukumnya lebih tinggi dan kesannya lebih kuat. 

Natijah: Sesungguhnya siapa yang tidak bergantung kepada orang lain, dia akan bermula dengan sendirinya. Aku akan berikan kalian contoh: 

Kalian daripada kaum badwi nomad, dan modal bagi badwi nomad adalah kambing mereka, dan kalian tahu akan hal itu. Lalu setiap daripada kamu mengamanahkan sekumpulan kambing untuk dijaga oleh seorang pengembala yang malas, pembantunya yang lalai dan anjing-anjingnya pula tidak berguna. Sekiranya kalian bergantung sepenuhnya dengan mereka kemudian berbaring berehat di rumah, dan kalian mendedahkan kambing-kambing yang kasihan itu kepada serigala-serigala ganas, pencuri dan marabahaya, adakah perkara ini lebih baik? Atau seseorang itu tahu tentang mengetahui ketidakmampuan penggembala tersebut, lalu dia meninggal tidur lenanya dan keluar dari rumah seperti seorang seorang pejuang, menjaga sekeliling kambing-kambing tersebut. Lalu kalian menjadi seribu penjaga baginya berbanding seorang penggembala, lantas tiada seekor serigala mahupun seorang pencuri berani akan mencurinya? Tidakkah ini rahsia-rahsia yang menjadikan pencuri ‘Mama Khoran’ bertaubat dan menjadi ahli sufi? 


464. Page

Ya; jiwa mereka berkehendak menangis, dan salah seorang daripada mereka menjadi sebab untuk mereka menangis, lalu mereka menangis. 

Baiklah, jikalau nyamuk berhenti diam, dan lebah berhenti bersenandung, jangan putus semangat, dan jangan menyesal! Sekiranya musik Ilahi yang menggoncang rahsia-rahsia kebenaran dan membuatkan alam menari dengan iramanya; yang takkan berhenti bahkan ianya sentiasa bersenandung dan ikut sekali menyanyi.

Sultan Yang Azali itu adalah sultan segala sultan-sultan dan raja bagi sekalian kerajaan yang telah mengisi alam ini, mengumpulkan dengan muzik Ilahinya yang dinamakan Al Quran dan ia bergema dia kubah langit, dan ia meresap ke dalam minda, hati dan mulut ulama-ulama, syeikh-syeikh dan khatib-khatib yang menyerupai gua-gua, ia masuk ke dalamnya dan kembali bergema dengan bunyi yang kuat melalui menerusi lidah mereka, ia mengalir keluar dan turun, dan menggoncang dunia dengan gema-gema yang pelbagai, lalu ia semakin kuat meluas dan mengesankan pendengarnya. Ia menjadikan kitab-kitab Islami seluruhnya seperti tali atau dawai gambus atau alat musik bertali, lalu setiap tali mewarwarkan bunyi tertentu daripada muzik Ilahi. Maka mereka yang tidak boleh mendengar dengan telinga hati akan gema samawi dan rohani atau tidak mendengarkannya; lihatlah adakah dia mendengar suara putera seperti seperti bunyi nyamuk, atau senandung pegawai-pegawai pemerintah yang seperti lalat?!

Natijah: Lelaki yang takut pada agamanya terkesan dengan pergolakan politik, bahagiannya dalam agamanya adalah bahagian yang lemah seperti seperti sarang labah-labah, ketakutan yang menggerunkannya, dan tradisi yang membimbangkannya; kerana dia menyangka bahawa kebahagiaannya terletak di tangan pemerintah semata-mata kerana dia tidak bergantung pada diri sendiri, hidupnya dalam kelemahan, dan dia membayangkan bahawa hatinya dan akalnya juga begitu dalam gengaman negara, lantas dia menjadi gerun. 

Soalan: Sebahagian orang tidak berkata apa yang kamu katakan, bahkan mereka mengatakan: Kedatangan Al Mahdi itu adalah pasti; kerana dunia telah menjadi keliru dek ketuaannya, dan Islam bergoncang disebabkan banyaknya hasad dengki dan kebencian yang bertambah? 


465. Page

Jawapan: Sekiranya Al Mahdi bergegas dan hadir, maka hadirlah sekarang, kerana waktu ini sesuai dan keadaan sekeliling menguntungkan, dan ia bukanlah sepertimana yang kamu sangkakan tidak sesuai. Bunga-bunga yang cantik kembang mekar pada musim bunga, dan rahmat Ilahi akan menamatkan kesengsaraan umat ini. 

Sesiapa yang berkata bahawa sesungguhnya zaman ini telah rosak keseluruhannya, dan cenderung kepada masa lalu; maka dia telah menyandarkan dengan kejahilan kesalahan lampau yang berpunca daripada orang yang tidak mengikuti Islam kepada Islam itu sendiri seperti mana yang disangka oleh sebahagian orang Barat. 

Soalan: Siapakah yang mengelirukan pemikiran dan tidak menghargai Hürriyet (prinsip kebebasan) dan Meşrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen)? 

Jawapan: Sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh sekelompok manusia yang diketuai oleh kejahilan, kedegilan, niat buruk, dendam, taklid buta dan kekepohan. Dan ia mencemari Syura yang menjadi asas kebahagian kita.

Mereka itu orang yang tidak akan mengorbankan belanja satu dirham untuk keuntungan seribu lira kepada rakyat, dan mereka melihat manfaat mereka pada kesusahan manusia. Mereka mentakwil dengan bermacam takwilan tanpa timbangan dan timbang tara. Mereka mendakwa sanggup mengorbankan nyawa untuk rakyat, dalam pada yang sama mereka takkan mengorbankan kecenderungan membalas dendam dan hasad dengki peribadi. Mereka mencetuskan idea-idea yang tidak masuk akal seperti kedaulatan mutlak dan kebebasan yang merupakan permulaan bagi dinasti raja serta republik yang membawa makna kuasa dominasi mutlak. Mereka mendakwa mereka dizalimi maka mereka mendengki sehingga mereka tidak dapat menerima ‘Pengampunan dan Perdamaian’ yang merupakan perkara pertama yang digazetkan dalam prinsip kebebasan dan perlembagaan sistem berparlimen Turki kerana mereka berpegang dengan konsep balas dendam, lalu mereka menyentuh sensitiviti orang awam supaya mereka marah dan melawan, sehingga mereka akan hukum dan mendisiplin untuk melepaskan perasaan dendam mereka.

Soalan: Mengapa mereka dianggap korup walaupun pada zahirnya mereka ini mahukan kebaikan buat kita? 

Jawapan: Tidak ada si korup yang mengatakan bahawa aku adalah orang yang korup, bahkan dia akan sentiasa menayangkan dirinya dengan kebaikan dan bahawa dia adalah seorang yang soleh dan yang membawa pembangunan.


466. Page

Baiklah; pekerjaan seseorang itu bukan satu keaiban, maka jangan kalian ambil apa-apa kecuali setelah kalian mengujinya dan menimbangnya; kerana terdapat banyak kata-kata palsu yang berlegar-legar di pasaran, hatta kata-kataku, jangan kalian terima hanya kerana ia adalah kata-kataku dengan sangka baik kalian. Boleh jadi aku korup, atau aku korup disebabkan jahil, jadi jangan benarkan apa-apa perkataan masuk ke dalam hati kalian. Biarkan kata-kata yang aku ujarkan kepada kalian di tangan imaginasi. Maka hendaklah kalian mengujinya dahulu, sekiranya ia tampak sebagai emas, peliharalah ia di dalam hati. Dan sekiranya ia tampak sebagai tembaga, kalian komenlah banyak-banyak dengan teruk, dan kritiklah berdepan atau di belakangku dan hantarlah kata-kata kesat, tolak dan dan hantar semula kepadaku. 

Soalan: Mengapa engkau buruk sangka dengan sangkaan baik kami? Sultan-sultan terdahulu dan kerajaan-kerajaan lampau tidak mampu menggelincirkan kau daripada kebenaran, dan ahli-ahli gerakan ‘Turki Muda’ juga tidak mampu menundukkan engkau supaya kamu mengikuti telunjuk mereka; mereka telah memenjarakan dan mahu menggantung engkau tetapi engkau sesekali tidak pernah tunduk kepada mereka, kau berdiri di depan muka mereka dengan berani. Mereka hendak memberi kau gaji yang besar, kau tolak, jadi kau tidak bercakap dengan kecenderungan kepada mereka, sesungguhnya engkau cenderung kepada kebenaran. 

Jawapan: Baiklah; orang yang mengetahui kebenaran tidak akan mengorbankannya demi apa-apa perkara lain. Kedudukan kebenaran adalah tinggi dan agung, dan ia tidak boleh dikorbankan demi apa sahaja perkara. Akan tetapi aku tidak menerima sangkaan baik kalian terhadap aku; kerana boleh jadi kalian berbaik sangka dengan orang yang korup atau konspirator. Maka hendaklah kalian melihat kepada bukti dan hasil orang yang kamu berbaik sangka itu. 

Soalan: Bagaimana kami boleh mengetahuinya, sedangkan kami adalah orang awam yang jahil, kami meniru alim ulama seperti kamu?

Jawapan: Betul bahawa kalian adalah orang awam dan bukannya ‘ulama, akan tetapi kalian adalah orang berakal. Sekiranya kamu berkongsi kismis dengan salah seorang daripada kamu, dia boleh menipu aku dengan kecerdasannya. Jadi kejahilan kalian bukanlah satu alasan bagi kalian, dan yang membezakan pokok-pokok yang serupa adalah buahnya. Maka lihatlah kepada hasil idea-ideaku dan idea-idea mereka; pada satunya terdapat kelegaan dan ketaatan, dan pada yang lain terdapat perselisihan dan kemudaratan.


467. Page

Aku akan berikan kalian contoh lain: Terlihat api di padang pasir ini, dan aku katakan ia adalah cahaya, jika ia adalah api sekalipun, ia adalah lapisan api yang lemah terhasil dari api yang sudah lama terbakar. Mari kita berkumpul di sekelilingnya dan melihatnya, dan kita selerakkan ia sehingga pecah lapisan api tersebut, lalu kita memperoleh manfaat daripadanya. Sekiranya ia adalah cahaya seperti yang aku katakan, pasti kita akan mendapat manfaat daripadanya, sekiranya ia adalah api seperti yang mereka katakan, maka kita tidak mengalihkan supaya tidak terbakar?! Mereka mengatakan ia adalah api yang sangat panas, kalaupun ianya cahaya, ia membutakan hati dan penglihatan mereka. Di mana sahaja cahaya kebahagiaan bersinar di dunia, yang mereka namakannya api, ia tidak akan padam walaupun disiram dengan darah berjuta-juta manusia seperti air mengalir, sehinggakan mereka berusaha sekali atau dua kali untuk memadamnya sepanjang dua tahun di negara kita, tetapi jiwa-jiwa mereka yang terpadam. 

Soalan: Engkau mengatakan bahawa ia bukan api, tetapi engkau lihat ia sekarang adalah api?

Jawapan: Ya; sesungguhnya cahaya adalah api bagi si malang lagi keji. 

Soalan: Apa yang kita patut katakan kepada orang-orang yang mempunyai kebaikan daripada kumpulan itu kerana mereka adalah golongan orang baik-baik. 

Jawab: Terdapat ramai orang baik-baik melakukan keburukan dan merasakan bahawa mereka melakukan kebaikan. 

Soalan: Bagaimana keburukan boleh datang daripada kebaikan? 

Jawapan: Permintaan perkara yang mustahil adalah satu hinaan kepada diri. Kerajaan yang terdiri daripada orang-orang berdosa, tidak mungkin akan maksum sepenuhnya. Jadi, sudut pandangan perlu terletak kepada perbandingan antara kebaikan dan keburukan kerajaan tetapi satu perkara mustahil jika satu kerajaan tiada keburukan langsung.

Dan aku secara peribadi menganggap mereka yang mahukan kerajaan yang tidak bersalah dan tidak berdosa sebagai anarkis; kerana kalau salah seorang daripada mereka hidup seribu tahun – Moga dijauhkan Allah – dan melihat semua jenis kerajaan-kerajaan yang mungkin memerintah, dia tidak akan puas hati dengan mana-mana pun wawasan idealistik dan cuba merosakkan imej wawasan itu kerosakan yang berlaku padanya. Atas sebab ini, maka sekiranya ahli-ahli ‘Gerakan Turki Muda’ dilihat oleh anarkis tersebut sebagai korup dan jahat; mereka juga akan dianggap malaun-malaun dan anarkis, metod mereka adalah kekacauan dan kerosakan.


468. Page

Soalan: Boleh jadi mereka mahukan keadaan (pemerintahan) yang lama? 

Jawapan: Akan ku katakan pada kalian kalimah ringkas, hendaklah kalian mengingatinya; ‘adalah perkara mustahil untuk sesuatu keadaan berterusan dengan cara ini, baik keadaan baru mahupun kejatuhan keadaan itu’, maka kerajaan Islam dan bangsa yang memerintah di dalamnya adalah orang Islam, dan dibina sebagai asas dan polisinya adalah perlembagaan ini: ‘Islam adalah agama negara’, maka terpeliharalah asas ini dan penjagaan keselamatannya, serta tugas dan tanggungjawab kita; kerana ia adalah asas kehidupan bangsa kita. 

Soalan: Kami faham daripada kata-katamu bahawa kerajaan akan kekal berkhidmat untuk Islam dan agama?

Jawapan: Sudah pasti, matlamat kerajaan sekalipun ia jauh dan tersembunyi – kecuali sebahagian ateis yang bodoh –adalah untuk menguatkan rantaian Islam yang bercahaya yang menjadikan 300 juta manusia sebagai satu jasad dengan rahsia persaudaraan iman dan pemeliharaan rantai tersebut; kerana salah satunya adalah titik sandaran dan titik kelangsungan. Maka titis-titis air hujan dan kerlipan-kerlipan cahaya bila mana ia dalam keadaan percikan berterabur dan merata, ia akan kering dengan cepat dan merosot dengan pantas, akan tetapi Al-quran berbicara kepada kita dari sisi keabadian dengan (jangan kalian berpecah) dan (jangan kalian berputus asa) sehingga kita tidak tidak terpadam, tidak terhapus dan tidak hilang. 

Ya; enam sisi itu bergema dengan firman Allah: (jangan kalian berputus asa).

Ya; keperluan, tarikan, kehuyung-hayangan, percubaan, perihal tindak balas, dan kekerapan membuat titisan-titisan air dan kerlipan-kerlipan cahaya berjabat, lalu terjadi jarak di antaranya , dan terbentuk kolam air yang membangkitkan kehidupan, dan elektrik yang bercahaya menerangi dunia keseluruhannya; kerana sesungguhnya keindahan kesempurnaan adalah agama, dan agama adalah cahaya kebahagiaan, ketinggian perasaan dan kesejahteraan jiwa. 

Soalan: Kami bertanya sekarang tentang persoalan kebebasan, apa itu kebebasan sehingga ia banyak takwilan-takwilan yang berselisih dan bertentangan? Dan apa yang membuat manusia melihatnya sebagai impian yang pelik dan ganjil?

Jawapan: Mereka yang berjuang hinggakan dalam mimpi dan meninggalkan segala-galanya deminya selama dua puluh tahun boleh membri jawapan yang baik. 


469. Page

Soalan: Mereka telah mentafsirkan kebebasan kepada kami dengan tafsiran-tafsiran yang amat buruk, sehingga mereka sanggup mengatakan bahawa manusia, walaupun dia melakukan kefasikan, keburukan dan kejelikan, ia dibenarkan dengan syarat, mudaratnya tidak mengena pada orang lain, adakah ia sedemikian rupa? 

Jawapan: Mereka tidak mentafsirkan kebebasan, sebaliknya mereka mewarwarkan kefasikan, keburukan dan kejelikan mereka, mereka mencantas dengan alasan-alasan kebudak-budakan; sedangkan kebebasan yang halus itu beradab dan terhias dengan adab-adab syariah. Kebebasan dalam kefasikan, keburukan dan kejelikan bukanlah kebebasan, bahkan ia adalah jajahan untuk syaitan dan tawanan nafsu amarah. 

Kebebasan adalah hasil daripada komponen-komponen kebebasan semua individu, dan kebebasan tidak boleh memudaratkan diri kamu atau orang lain. 

‘Kesempurnaan kebebasan tidak boleh terpisah dan menghina kebebasan orang lain…. Sesungguhnya apa yang dikehendaki adalah benar, tetapi perjuangannya tidak berada pada jalannya’

Soalan: Terdapat individu-individu yang tidak mentafsirkannya seperti mana engkau mentafsirkan ia, kemudian kerja-kerja satu lujnah daripada Gerakan Turki Muda dan bahagian-bahagiannya memberi tafsiran-tafsiran yang buruk; kerana sebahagian mereka makan pada waktu siang di bulan Ramadhan, minum arak, dan tidak menunaikan solat. Maka bagaimanakah mereka yang mengkhianati perintah Allah sebegini rupa akan jujur kepada rakyat dan umat? 

Jawapan: Betul; kamu benar, akan tetapi maruah adalah satu perkara dan tindak tanduk perbuatan adalah perkara yang lain, maka sekiranya hati dan perasaan tidak dihiasi dengan kebaikan-kebaikan Islami, ia tidak diharap untuk mempunyai maruah, kesetiaan, dan keadilan sebenar mengikut pandangan aku. Tetapi bila mana tindak-tanduk perlakuan dan perbuatan berbeza dengan maruah dan kebaikan; maka sesungguhnya seorang lelaki yang fasiq mungkin boleh menggembala kambing dengan mahir, dan lelaki kaki botol mungkin boleh membaiki jam dengan baik sekiranya dia tidak mabuk, manakala sekarang orang-orang yang mengumpul kebaikan dan kemahiran, dengan kata lain ialah maruah dan kebajikan, cahaya hati dan cahaya fikiran, mereka tidak mencukupi untuk semua pekerjaan; jadi pilihlah sama ada kemahiran atau kebaikan. Dalam apa-apa perusahaan, kemahiran diutamakan.

Kemudian, orang-orang yang meninggalkan solat, yang mabuk, mereka tidak mewakili persatuan ‘Turki Muda’ tetapi mewakili negara ‘Turki Buruk’, iaitu mereka adalah orang-orang Turki yang korup lagi buruk, dan mereka merupakan penentang ‘Turki Muda’; kerana bagi setiap sesuatu, ada penentangnya. Penentang ‘Prinsip Kebebasan’ adalah orang-orang bodoh. 


470. Page

Wahai orang-orang Turki dan Kurdi, berlaku adillah, adakah patut hadith diingkari jika seorang penentang mentakwil dengan salah, atau dia beramal dengannya dengan cara yang salah, ataupun penentang tersebut disalahkan lalu terpelihara kemuliaan hadith tersebut? 

Kebebasan itu bererti tiada sesiapa yang yang boleh menguasai orang lain kecuali undang-undang, keadilan dan disiplin. Hak-hak semua orang mestilah dijaga dan dipelihara, dan semua orang dalam skop yang dibenarkan bebas bergerak dengan kebebasan yang mutlak, dan mendapat memahami rahsia tegahan dalam firman Allah (dan sebahagian daripada kami tidak akan menjadikan sebahagian yang lain tuhan-tuhan selain Allah) (Surah Ali Imran: 64).

Soalan: Maksudnya kita memiliki kebebasan sejak daripada dulu lagi, dan kebebasan dilahirkan bersama sebagai kembar kita?! Maka biarkan orang lain bergembira dan bersuka ria, kita sudah tidak peduli.

Jawapan: Ya; keghairahan pada kebebasan menjadikan kamu kesulitan yang sukar ditanggung. Cara kamu yang sukar dan asing menjadikan kamu tak peduli keindahan-keindahan tamadun yang indah. Tetapi wahai nomad, yang ada pada kamu adalah separuh daripada kebebasan, dan separuh lagi adalah tidak mengganggu kebebasan orang lain. 

Kebebasan cukup dengan kehidupan ala kadar dan bercampur dengan keliaran, kebabasan yang ada pada adalah sama dengan apa yang ada pada binatang, jiran kamu di gunung. Sekiranya binatang-binatang liar yang kasihan itu mempunyai kenikmatan dan kelazatan, ia kerana kebebasan yang dimilikinya tetapi kebebasan yang terang benderang seperti matahari, dan dirindui oleh segenap jiwa dan setara dengan intipati kemanusiaan adalah kebebasan yang ada tersadai di istana tamadun bahagia, dan dihiasi dengan kalungan makrifat, kebaikan dan Islam. 

Soalan: Apakah katamu? Dikatakan tentang hak kebebasan yang engkau puji: ‘kebebasan sepatutnya dikaitkan dengan neraka; kerana ia khusus bagi orang kafir’?

Jawapan: Penyair malang itu menyangka bahawa pemilik ungkapan kekebabasan itu adalah doktrin Bolshevisme dan mazhab kebebasan mutlak. Tidak sama sekali, ia memutuskan kebebasan itu ke arah manusia, dan pengabdian itu kepada Allah. 


471. Page

Aku melihat ramai individu yang menghentam Sultan Abdul Hamid kebanyakannya adalah dari kumpulan liberal, dan mereka mengatakan bahawa baginda adalah seorang yang jahat; kerana baginda menerima kebebasan dan (Perlembagaan) Kanun Asasi tiga puluh tahun lalu, lalu apa nilai kata-kata orang yang menyangka kezaliman yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid adalah kebebasan, dan siapakah yang takut akan Kanun Asasi yang hanya pada nama?  

Salah seorang dari gerakan Fedayeen Islam telah mengungkapkan sejak dua puluh tahun lalu: ‘kebebasan itu adalah kurniaan Tuhan Ar Rahman; ia adalah sifat iman’, dan ia adalah definisi yang cantik. 

Soalan: Bagaimana kebebasan boleh menjadi sifat iman?

Jawapan: Kerana orang yang menjadi khadam Sultan alam semesta dengan ikatan iman, ketinggian dan kemuliaan imaninya tidak akan membiarkan dia jatuh ke dalam kehinaan, dan masuk dalam penguasaan dan kezaliman orang lain, sebagaimana kebaikan imaninya tidak membenarkan dia mencabul kebebasan dan hak orang lain. 

Ya; khadam yang benar kepada Sultan itu takkan menjatuhkan diri dengan tunduk kepada seorang ketua, seperti mana dia takkan menjatuhkan diri dengan menghina merendahkan orang miskin. Oleh itu, semakin sempurna iman itu semakin menyerlah kebebasan. Itulah zaman kebahagiaan dan sebaik-baik kurun!

Soalan: Bagaimana kami boleh bebas daripada orang-orang besar, wali-wali besar, syaikh-syaikh terhormat dan ulama-ulama agung, mereka ada hak untuk mengawasi kami kerana kelebihan mereka, dan kami adalah tawanan dan kelebihan mereka? 

Jawapan: Perihal pemerintahan, kesyaikhan dan kebesaran sepatutnya adalah kerendahan diri dan tidak mementingkan diri serta bukannya keangkuhan dan mengawal. Jadi, mereka yang angkuh adalah budak kecik yang berlagak dewasa, jangan kamu anggap dia orang yang sudah dewasa. 

Soalan: Sebab apa keangkuhan adalah tanda kekerdilan? 

Jawapan: Setiap manusia ada martabat kemuliaan, kehormatan dan kemasyhuran yang ingin ditonjolkan dan akan melihat orang lain melaluinya. Jika martabat itu lebih tinggi daripada kedudukan sebenarnya, dia akan melanjutkan diri dan membesarkan diri ke situ supaya dia kelihatan berada pada tahap itu. Manakala, jika martabatnya lebih tinggi daripada kedudukan sebenarnya dia akan tunduk merendahkan diri dan bertawaduk.


472. Page

Soalan: Baiklah; Kami menerima bahawa kebebasan itu kebaikan yang indah, tetapi kebebasan orang Armenia dan Rom nampaknya buruk dan merisaukan kami, apa pendapat kamu tentang hal ini? 

Jawapan: Pertama: Sesungguhnya kebebasan mereka adalah dengan kita tidak menzalimi mereka dan membiarkan mereka dengan hal ehwal mereka, dan ini adalah bertepatan dengan syarak. Apa yang boleh dikatakan selepas ini adalah penentangan mereka terhadap kekurangan kalian dan perilaku buruk kalian, dan mereka mengambil kesempatan di atas kejahilan kalian. 

Kedua: Mari kita andaikan bersama bahawa kebebasan orang Armenia membawa mudarat sebagaimana yang kalian anggap, maka kita orang Islam tidak terkena mudaratnya; kerana (bilangan) orang Armenia yang berada antara kita tidak melebihi tiga juta orang, seperti mana bilangan orang bukan Islam diantara kita ialah sepuluh juta orang. Akan tetapi umat dan saudara seislam dibelenggu dengan tiga belenggu kezaliman yang sangat dahsyat. Mereka tersungkur dalam belenggu kezaliman maknawi oleh orang asing yang bilangan mereka melebihi tiga ratus juta orang. Jadi, kebebasan orang bukan Islam sebahagian daripada kebebasan kita yang merupakan rasuah kebebasan umat kita seluruhnya. Ia adalah punca kezaliman yang dahsyat, anak kunci (untuk membuka) belenggu tersebut dan penolak kezaliman maknawi yang sangat teruk yang telah tersemat didada kita oleh orang-orang Barat. 

Baiklah; kebebasan orang-orang Uthmaniyah adalah penyingkap visi Asia Besar, kunci kepada nasib Islam dan asas kepada tembok kesatuan Islam.

Soalan: Apakah tiga belenggu yang mengikat kezaliman maknawi untuk membelenggu dunia Islam? 

Jawapan: Sesungguhnya penindasan kerajaan Rusia sebagai contoh adalah satu belenggu, dan penguasaan bangsa Rusia adalah belenggu kedua, dan adat mereka yang kufur lagi zalim merupakan belenggu ketiga. Sekiranya kerajaan Inggeris tidak menindas pada zahirnya, tetapi rakyatnya menguasai dan adat mereka mendominasi. Cukuplah kita lihat India sebagai satu bukti bagi kalian dan Mesir pula separa bukti.

Berdasarkan ini, maka umat kita dibelenggu, sama ada dengan belenggu (penuh) atau separa belenggu, dan kita tidak ada pilihan melainkan belenggu palsu pada tapak kaki orang bukan Islam. Kita banyak bertahan dengan mereka yang mengada-ngada, di samping mereka semakin bertambah keturunan dan kekayaan mereka. Akan tetapi kita pula semakin berkurang keturunan dan kekayaan disebabkan oleh jawatan kerajaan dan tentera yang dikira sebagai perkhidmatan.

Kemudian, pemikiran nationalisme adalah bapa kebebasan, dan tahanan-tahanan tersebut ialah orang-orang Kurdi dan Turki. Kitalah orang yang akan meleraikan belenggu palsu itu daripada tapak kaki tiga juta (orang Armenia) atau sepuluh juta (orang bukan Islam), sehingga terbuka ruang buat kebebasan tiga ratus juta orang Islam yang terbelenggu dengan tiga belenggu tersebut. Maka, orang yang memberi tiga juta segera dan mendapat tiga ratus juta kemudiannya tidak akan rugi, ‘Islam akan memegang ditangan kanannya hujah sebagai pedang yang keras lagi menyembelih dan tajam, dan di tangan kirinya kebebasan sebagai tali kuda Arab yang terang warnanya, sambil menghambat dengan kapak dan busur panahnya kepala-kepala tirani yang telah menghapuskan taman-taman kita’. 

 


473. Page

Bila mana kebebasan bertambah berat dalam neraca timbangan dunia; penindasan dan keganasan yang wujud atas piring lain (pada neraca itu) akan bertambah ringan dengan serta merta, dan piring tersebut akan bertambah ringan sedikit demi sedikit seiring dengan berlalunya waktu. Jika kalian membaca akhbar ‘Al- Afkar’ dan kalian melihat jalan politik, mendengar akhbar-akhbar yang berbicara dengan benar yang seumpama pemidato-pemidato awam; kalian akan fahami bahawa ledakan fikrah kebebasan di Semenanjung Tanah Arab, India, Jawa, Mesir, Kaukasus, Afrika dan seumpama dengannya telah menghasilkan dalam pemikiran dunia Islam satu perubahan yang besar, revolusi yang menakjubkan, kemajuan pemikiran dan kesedaran sempurna. Jika kita belanjakan nilai seratus tahun baginya, ia terlalu murah; kerana kebebasan telah menzahirkan nasionalisme, lalu intipati Islam yang bercahaya mula menjelma di puncak nasionalisme, dan mengkhabarkan tentang pergerakan entiti Islam; bahawa setiap orang Islam tidak bebas sebagai satu individu, bahkan setiap daripada orang-orang Islam adalah sebahagian daripada kompaun-kompaun yang saling bersambungan lagi rumit, dan ia mempunyai hubungan silaturrahim dengan semua bahagian dari segi daya tarikan Islami yang umum. Perkhabaran ini mewahyukan cita-cita yang kuat iaitu titik sandaran dan titik kelangsungan menjadi sangat kuat dan teguh, dan cita-cita ini telah menghidupkan kekuatan moral kita yang telah diselubungi dengan putus asa. Kehidupan ini akan mengoyakkan tirai-tirai penindasan moral awam yang sedang baring di atas seluruh dunia Islam, datang daripada pemikiran kebebasan yang mengatasi pengaruh kekecewaan.

Keduanya: Orang-orang asing akan mencari alasan untuk menghancurkan umat kita sejak daripada dulu lagi. Tetapi sekarang mereka tidak lagi ada alasan yang membangkitkan perasaan jahat, kecenderungan fanatik mereka. Jika mereka dapat menemuinya pun, mereka tidak dapat menggunakannya, terutama sekali kerana ketamadunan telah melahirkan kecintaan kepada kemanusiaan.

474. Page

Soalan: Jauh sekali, apa yang patut kita katakan tentang ular-ular mengganas yang mengelilingi kita yang terbuka mulutnya untuk meracuni kehidupan kita dan mengoyak-ngoyak negara kita, dan yang merubah cita-cita tinggi ini yang menyelamatkan kita dan memberi kita keputusasaan?

Jawapan: Jangan takut, bila ketamadunan, kebaikan dan kebebasan mula menguasai dunia kemanusiaan, sudah pasti piring lain yang ada pada timbangan itu akan menjadi semakin ringan sedikit demi sedikit. Walaupun mereka mengoyak-ngoyak kita kepingan demi kepingan, dan membunuh kita dengan mengenakan perkara yang mustahil – Moga Allah menjauhkan – lalu mereka yakin bahawa kita akan susah seketika namun akan senang kemudian. Kita akan buang debu-debu kejahatan dan perselisihan daripada kepala kita, dan menjadi ikutan buat kafilah bani manusia yang tercerah dan bersatu dalam realiti.

Kita tidak takut dengan kematian itu yang melahirkan kehidupan yang lebih kuat dan bertahan lebih lama. Walaupun kita sudah mati, Islam tetap akan kekal hidup sejahtera.

Soalan: Bagaimanakah kita boleh menjadi sama taraf dengan orang bukan Islam?

Jawapan: Kesamarataan itu bukan kelebihan dan kemuliaan, akan tetapi pada hak. Di mana hak Sultan dan orang fakir adalah sama rata. Agama yang menyuruh kalian untuk tidak memijak semut dengan sengaja, dan melarang kalian daripada menyeksanya; bagaimana ia boleh mengabaikan hak-hak anak adam?

Tidak sekali-kali, kita tidak pernah mengikuti cara itu!

Baiklah; aku fikir pengadilan Imam Ali radhiallahu anhu dengan orang Yahudi biasa dan perbalahan antara insan kebanggaan kalian iaitu Salahuddin Al Ayyubi dengan seorang Nasrani miskin akan membetulkan kesilapan kamu ini!

Soalan: Kebebasan Rom dan Armenia meresahkan kami, ada masa mereka menyerang kami, ada masa mereka mendakwa mereka memiliki kebebasan dan sistem berparlimen dan mengatakan bahawa kedua-duanya adalah karya mereka, lantas inikah yang menyebabkan kita berputus asa?

Jawapan: Aku fikir bahawa pelampauan mereka adalah tindakan balas dendam terhadap pelampauan kalian pada masa lalu yang terbayang di minda mereka dan revolusi terhadap apa yang mereka fikirkan tentang pelampauan kalian ke atas mereka di masa hadapan. Tetapi jika mereka yakin bahawa pelampauan terhadap hak-hak mereka tidak akan datang daripada kalian, nescaya mereka akan yakin dengan keadilan. Jika mereka tidak yakin dengan keadilan, maka kebenaran dengan kekuatannya akan menundukkan keegoon mereka dan meyakinkan mereka.


475. Page

Kemudian, kata-kata mereka bahawa mereka adalah orang yang menulis sistem berparlimen adalah satu pembohongan; kebebasan dan sistem berparlimen telah muncul dalam helaian kewujudan dengan pedang perajurit kita dan pena masyarakat kebangsaan kita, bahkan ia adalah cita-cita si mulut-mulut murai ‘desentralisasi politik’ yang merupakan sepupu ‘Emiriyah’ dan ‘kemerdekaan semi-autonomi’, tetapi mereka telah tunduk kepada kita dengan nisbah sembilan puluh peratus dan lima daripadanya masih kekal sebagai mulut murai, manakala beberapa individu lain berbunyi-bunyi, dan mereka tidak mahu membuang impian lama mereka.

Soalan: Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat larangan mengasihi orang Yahudi dan Nasrani berdasarkan firman Allah لاَ تَتَّخِذُوا اليَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ (jangan kalian ambil orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai pemimpin), maka bagaimana engkau dapat menasihati kami tentang bersahabat dengan mereka?

Jawapan: Pertama: Wajib ada dalil yang mempunyai makna qat’i sebagaimana wajibnya ada nas yang qat’i. Tetapi di sana terdapat ruang-ruang takwil dan kemungkinan-kemungkinan; kerana larangan Al Quran bukan bersifat umum, tetapi mutlak, dan mutlak terbuka kepada taqyid (keterikatan), dan zaman adalah pentafsir agung. Sekiranya ia menzahirkan ikatannya, maka tidak ada bantahan baginya.

Sesuatu hukum sekiranya ia dibina atas kata terbitan, maka ‘illah (alasan) hukum adalah yang merujuk kepada tempat ambilnya terbitan, jadi larangan mengikut kepada Yahudi dan Kristian adalah kerana cermin mereka ialah Judaisme dan Kristian. 

Selanjutnya, seorang lelaki itu tidak disukai kerana dirinya, tetapi kerana sifatnya atau pekerjaannya. Jadi seperti mana setiap sifat daripada sifat-sifat setiap orang Islam tidak semestinya Islami; begitu juga setiap sifat daripada sifat-sifat setiap orang kafir dan pekerjaannya tidak semestinya kafir.

Berdasarkan perkara ini, kenapa tidak boleh menerima sifat Islami yang ada pada mereka atau pekerjaan mereka dan menirunya?! Sekiranya engkau mempunyai isteri ahli kitab, sudah pasti engkau pun akan mencintainya!

Kedua: Telah terjadi satu revolusi agama yang besar pada zaman kebahagiaan, lalu minda-minda mengalih semuanya kepada titik agama, dan manusia mengumpulkan kasih sayang dan permusuhan semuanya pada titik tersebut. Kemudian mereka mengasihi atau memusuhi; disebabkan itu, ada terhidu bau kemunafikan pada kasih sayang terhadap orang bukan Islam. Tetapi yang berada di dunia pada masa sekarang adalah satu revolusi yang menakjubkan, bertamadun dan keduniaan, menakluki seluruh minda, dan menyibukkan akal seluruhnya. Titik ketamadunan itu adalah kemajuan dunia, dan sebahagian besar daripada mereka sebenarnya bukanlah orang yang beriltizam dengan agama, dan berdasarkan itu persahabatan kita dengan mereka adalah adalah mengambil daripada ketamadunan mereka dan kemajuan dengan istihsan (mengambil apa yang baik), penjagaaan keamanan yang merupakan asas kepada kebahagiaan duniawi, dan persahabatan tidak termasuk dalam tegahan Al Quran yang qat’ie.


476. Page

Soalan: Sebahagian ahli gerakan ‘Turki Muda’ berkata: Jangan kalian memanggil orang-orang Kristian dengan (panggilan) “wahai si kafir”, kerana mereka adalah ahli kitab. Mengapa kita tidak memanggil orang kafir dengan (panggilan) “wahai si kafir”?

Jawapan: Sebagaimana kalian tidak memanggil orang buta dengan panggilan “wahai si buta” kerana ia menyakitinya. Justeru di sana terdapat tegahan daripada menyakiti (orang lain):من آذى ذميًّا... الخ “siapa yang menyakiti seorang dzimmi…[1]

Kedua: Orang kafir ada dua makna; salah satunya dan yang lebih tergambar di minda adalah ateis dan pengingkar (kewujudan) Pencipta Yang Maha Suci, maka kita tidak berhak menghukum kekufuran dengan makna ini ke atas ahli kitab. Manakala yang kedua bermakna pengingkar nabi kita dan Islam, maka kita boleh menghukum kekufuran dengan makna ini ke atas mereka, dan mereka redha dengannya.

Tetapi disebabkan gambaran makna pertama di minda menjadi kebiasaan, perkataan itu telah menjadi perkataan yang menghina dan menyakitkan.

Kemudian, tidak perlu untuk mencampurkan lingkungan kepercayaan dengan lingkungan muamalat (pergaulan dan perhubungan), mungkin itu yang dimaksudkan oleh sebahagian ahli ‘Turki Muda’.

Soalan: Kami mendengar banyak perkara-perkara buruk, lebih-lebih lagi di negeri orang bukan Islam, seperti mereka berkahwin dengan anak perempuan muslim, dan ia berlaku di negeri si polan, serta di tempat lain, dan sebagainya?

Jawapan: Ya; malangnya kelihatan dan seolah-olah kejadian perkara-perkara buruk seperti adalah perkara wajib dalam negara baru yang tidak stabil lagi, dan pada umat yang jahil dan sengsara. Pada masa lalu, perkara-perkara yang telah berlaku lebih buruk daripada masa sekarang, tetapi ia baru muncul sekarang, sekiranya dulu penyakit yang kelihatan maka ubatnya mudah lagi senang.

Seterusnya, orang yang melihat kekurangan-kekurangan sahaja pada perkara-perkara besar tertipu dengan penipuan atau menipu. Keadaan penipuan itu mencambahkan keburukan yang satu dan mengatasi kebaikan. Ia adalah hal yang pelik kerana ia mengumpulkan perkara-perkara terpecah pada zaman-zaman dan tempat-tempat menjadi satu, lalu ia melihat sesuatu perkara dengan negatif.


477. Page

Benar bahawasanya penipuan dengan jenis-jenisnya adalah mesin perkara-perkara asing, tidakkah engkau melihat bagaimana makhluk-makhluk seluruhnya tertarik dengan cinta kepada satu sama lain dan menari-nari serta bergelak ketawa pada pandangan kekasih yang tertangkap dengan penipuan, bagaimana seluruh makhluk menangis dengan tangisan kesedihan umpama seorang ibu yang kehilangan anaknya? Yang mana setiap orang memetik apa yang dia suka dan apa yang dia pandang sesuai dengan dirinya, dan aku akan berikan kalian contoh situasi ini: 

Sekiranya salah seorang daripada kalian masuk ke dalam kebun yang luas untuk bersiar-siar selama satu jam dan bukan dengan tujuan lain, dan di sebahagian sisi kebun tersebut terdapat beberapa perkara kotor dan busuk – kerana bebas daripada kekurangan-kekurangan adalah khusus buat kebun-kebun syurga, dan gabungan kekurangan pada setiap kesempurnaan adalah sebahagian daripada pra syarat dunia korupsi ini – maka dengan dorongan kerosakan gabungan tersebut dan isunya, dia menyiasat perkara-perkara kotor itu, dan sentiasa memandang perkara-perkara kotor, seolah-olah kebun itu tidak ada apa-apa melainkan kekotoran. Jika imaginasinya yang rosak lagi pesimis itu berkembang seperti mimpi, maka dia akan membayangkan kebun itu seolah-olah ia adalah rumah sembelihan dan tempat pembuangan sampah, lalu kejijikan menerpa dan dia termuntah, lantas dia berlari keluar dengan perasaan benci, maka adakah kebijaksanaan dan maslahat akan gembira berpuas hati dengan imaginasi seperti ini yang merubah kelazatan hidup manusia kepada kecanggungan dan penderitaan?!

Maka, siapa yang melihat dengan pandangan yang optimistik lagi baik akan memikirkan fikiran yang baik-baik, dan siapa yang berfikir dengan fikiran yang baik akan bermimpi dengan mimpi-mimpi yang baik, dan siapa yang bermimpi dengan mimpi-mimpi yang baik-baik, dia akan menikmati hidupnya.


478. Page

Soalan: Bagaimanakah orang bukan Islam dapat direkrut ke perkhidmatan tentera?

Jawapan: Dengan empat cara:

Pertama: Tentera untuk berjuang dan berperang, ketika mana kalian berperang semalam dengan tentera Rusia dalam Perang Dunia Pertama itu dan orang-orang perempuan, orang-orang gipsi, kanak-kanak dan anjing-anjing menjadi penolongmu. Tidakkah kalian sepatutnya merasa malu?

Kedua: Rasulullah salla Allahu alaihi wa sallam mempunyai orang-orang yang berjanji taat setia dan bersekutu dengan baginda daripada kalangan musyrikin Arab, dan mereka telah keluar bersama di dalam peperangan. Manakala ahli kitab yang berada berpecah-pecah dalam tentera kita dan tidak mampu untuk bergabung, maka kekuatan dan keramaian kita yang akan mendominasi kemudaratan yang diandaikan ada.

Ketiga: Orang bukan Islam telah digunakan di dalam tentera negara-negara Islam walaupun ia adalah perkara yang jarang berlaku, dan tentera Janissari menjadi bukti perkara ini.

Soalan: Orang-orang Islam dulu kaya-raya, dan mereka pula miskin. Manakala sekarang pula, keadaan sudah terbalik sepenuhnya di semua tempat. Apakah sebabnya?

Jawapan: Aku tahu ada dua sebab:

Pertama: Beberapa talqin daripada sebahagian manusia telah memecahkan kecenderungan mengejar manfaat daripada firman Tuhan yang berkata: لَيْسَ لِلْأِنْسَانِ اِلَّا مَا سَعٰي(Dan tidaklah ada bagi manusia melainkan apa yang dia telah kerjakan) sebagaimana kecenderungan berusaha mencari manfaat telah dipecahkan daripada sabda Nabi yang berkata: الكاسب حبيب الله “Orang yang berusaha mencari rezeki adalah kekasih Allah”, lalu terpadam semangat mengejar dan berusaha; kerana orang yang tidak mengetahui bahawa peninggian kalimah Allah pada zaman ini terhenti pada kemajuan kebendaan, dan orang yang tidak menghargai nilai dunia dari segi ianya adalah ladang akhirat, dan tidak mampu untuk membezakan antara dharuriyyat (perkara-perkara penting) dan tuntutan-tuntutan kurun pertengahan dan kurun akhir, dan orang yang tidak membezakan antara qanaah (perasaan cukup dengan apa yang ada) pada pencapaian dan usaha dengan qanaah pada hasil dan ganjaran yang salah satunya adalah amat jauh berbanding yang lain; kerana salah satunya dipuji dan satu lagi dikeji. Orang yang keliru dengan dua tawakkal yang salah satunya amat jauh dengan yang lain, maka salah satunya adalah tanda kemalasan dan yang satu lagi adalah arah keikhlasan hakiki yang mana salah satunya tawakkal pada bermalas-malasan pada susunan keutamaan, dan ia berada dalam pemberontakan terhadap sistem yang wujud antara sebab-sebab yang ianya merupakan pra syarat kehendak Ilahi dan yang lain pula adalah tawakkal pada iman pada ketersusunan hasil-hasil dengan tidak masuk campur pada yang dikhususkan oleh Allah subhanahu wataala daripada ketentuan-ketentuan takdir; dengan redha dan menunggu petunjuk Ilahi yang merupakan pra syarat Islam.


479. Page

Ya; sesiapa yang terkeliru dengan dua perkara ini dan tidak jelas akan hakikat kedua-duanya daripada kalangan lelaki-lelaki dan pemberi-pemberi peringatan yang tidak mengetahui dengan firasat rahsia sabda Nabi 

أمتي، أمتي( 1)"، ولم يفهموا حكمة "خير الناس من ينفع الناس

“umatku, umatku[2]” dan tidak memahami hikmah sabda Nabi “sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain[3]” dan mereka jahil akan keduanya; telah memecahkan kecenderungan tersebut, dan memadamkan semangat itu.

Sebab Kedua: Kita telah terlibat ke dalam jawatan kerajaan yang merupakan kehidupan yang tidak normal dan sesuai dengan kemalasan dan kesombongan, sehinggakan kita terjatuh ke dalam banyak masalah.

Soalan: Bagaimana?

Jawapan: Kehidupan normal dan sah sebagai mata pencarian adalah perusahaan, pertanian, perniagaan, manakala yang tidak normal adalah semua jenis jawatan kerajaan. Pada pendapatku orang-orang yang menjadikan setiap jenis jawatan kerajaan sebagai periuk nasi mereka seperti pengemis dan peminta sedekah berada di jabatan para penipunya. Dan pada pendapat aku orang yang masuk ke dalam jawatan kerajaan atau pentadbiran, hendaklah dia memasukinya dengan tujuan persaudaraan dan perkhidmatan. Jika dia memasukinya dengan tujuan mencari mata pencarian dan manfaat semata-mata, sesungguhnya dia telah menjadi seolah-olah seperti pengemis[4].

Demi mewujudkan jawatan kerajaan dan ketenteraan secara pukal buat kita, kita telah meletakkan diri kita dan kekayaan kita pada tangan-tangan pembaziran. Dan kita telah mencampakkan benih keturunan kita di ufuk yang jauh dan kita telah mencicirkannya. Sekiranya perkara ini berterusan, kita akan menjadi orang-orang yang sesat dan pupus.

Dan berdasarkan ini, tindakan merekrut orang-orang bukan Islam adalah maslahah mursalah[5] yang hampir kepada darurat. Pada pada masa yang sama, kita terpaksa melakukannya, dan maslahah mursalah boleh menjadi ‘illah (sebab) syar’ie mengikut mazhab Imam Malik.


480. Page

Soalan: Orang Armenia kini memegang jawatan-jawatan pemerintah dan gabenor, bagaimanakah pula dengan hal ini?

Jawapan: Sebagaimana mereka menjadi pembuat jam, mekanik, dan tukang sapu; dalam Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen), hakim adalah rakyat dan khadamnya adalah kerajaan. Sekiranya Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen) dilaksanakan dengan betul dan tepat, maka pemerintah-pemerintah dan gabenor-gabenor tidak akan menjadi ketua, bahkan mereka akan menjadi khadam yang digaji. Lalu orang bukan Islam tidak menjadi ketua dengan cara ini, tetapi dia adalah seorang khadam.

Jika kalian menganggap bahawa jawatan pemerintah itu adalah kepimpinan dan kedaulatan, maka kita telah melibatkan tiga ribu orang lelaki bukan Islam dalam kedaulatan dan kepimpinan kita dan ini membuka jalan kepada pemerintahan kita ke atas tiga ratus ribu orang Islam di seluruh dunia. Maka kerugian seorang dan mendapat kembali seribu bukanlah dianggap satu kerugian.

Soalan: Tetapi beberapa hukum syarak berkait dengan jawatan-jawatan pemerintah contohnya.

Jawapan: Sesungguhnya daerah kesyeikhan Islam dan agama yang mewakili khilafah tidak semestinya akan menjadi tinggi, agung, kudus, bebas dan menjadi pemerhati yang menyelia. Maka yang menjadi penguasa itu bukanlah seorang individu, tetapi pendapat umum; jadi entiti sah menuntut (perlantikan) setiausaha fatwa dalam organisasi.

Yang akan menjadi setiausaha fatwa untuk penguasa adalah majlis akademik yang terdiri daripada empat puluh atau lima puluh orang ulama pentahqiq daripada empat mazhab dalam keilmuan, dan entiti sah mereka akan menjadi setiausaha fatwa bagi entiti sah yang lain.

Jika tidak, penguasa dan mufti sekiranya bukan terdiri daripada aliran yang sama, maka salah seorang daripada mereka tidak akan memahami bahasa seorang lagi; kerana seorang individu tidak mungkin akan dapat menipu seluruh entiti sah sebagaimana dia tidak mampu untuk mencerahkannya.


481. Page

Soalan: Kami mendengar sejak daripada dulu bahawa beberapa orang ahli pertubuhan ‘Turki Muda’ adalah ahli Freemason, dan mereka berbahaya kepada agama?

Jawapan: Kezaliman telah membaca talqin-talqin[6] ini untuk menjaga dirinya sendiri, lalu beberapa kecuaian dan kekurangan menguatkan sangkaan ini. Tetapi tidak mengapa, tujuan mereka yang tidak menyertai Freemason bukanlah untuk membahayakan agama, tetapi untuk keselamatan umat, kecuali sebahagian daripada mereka yang menghentam – dengan berlebih-lebihan – ketaksuban dingin yang tidak bertepatan dengan agama.

Oleh itu, kamu memanggil mereka yang telah berkhidmat sebelum wujud Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen) dan Hurriyet, atau mereka yang menerima dengan keduanya nama ‘Turki Muda’, maka ketahuilah bahawa ada daripada kalangan mereka adalah ahli Jaguh Islam dan beberapa orang daripada mereka Jaguh keselamatan umat, sebahagian besar daripada mereka – yang bukan ahli Freemason dan yang membentuk ikatan kehidupan buat mereka – mereka adalah ‘Perpaduan dan Progres[7]’, dan di sana terdapat ulama dan syeikh-syeikh di kalangan ahli-ahli ‘Turki Muda’ dengan jumlah bilangan ahli keluarga kamu ini. Sebenarnya ada di kalangan mereka, sebilangan ahli Freemason yang jahat lagi bebal, tetapi nisbah mereka cuma sepuluh peratus sahaja. Sembilan puluh peratus lagi daripada kalangan mereka adalah orang Islam yang berpegang dengan agama seperti kamu. 

"والحُكْمُ للأَكْثَرِ بقَاعِدَةِ "أَنَّ زَيْنَ عَيْنَ الرِّضَا حُسْنُ النَّظَرِ بِاللُّطْفِ والشَّفَقَة، وأَنَّ نُورَ الفُؤَادِ بالرِّفْقِ والرَّحْمَةِ، وَلَقَدْ سَمَا عَلَى الحقِّ بِأَقْدَامِ التَّوْفِيقِ وَسَعِدَ مَنْ اخْتَارَ الاسْتِضَاءَةَ بِمِصْبَاحِ: أَنَا عِنْدَ حُسْنِ ظَنِّ عَبْدِي بِي"

“Dan hukum berpihak kepada majoriti dengan kaedah “sesungguhnya keindahan mata keredhaan adalah memandang baik dengan kelembutan dan kasih sayang, dan cahaya hati dengan belas kasihan dan rahmat. Ia menjadi tinggi di atas kebenaran dengan tapak-tapak kaki tauhid. Telah berbahagia orang yang memilih pencerahan dengan lampu: Aku berada pada sangkaan baik hambaKu terhadapKu”[8], dan berbaik sangkalah, kerana bersangka buruk memudaratkan kalian dan memudaratkan mereka.


482. Page

Soalan: Sangkaan buruk kita tidak pernah memudaratkan mereka?

Jawapan: Kerana sebahagian daripada mereka mengenali sisi-sisi zahir Islam melalui taqlid tanpa mengkaji seperti kalian. Taqlid dapat dikoyakkan dengan sanggahan-sanggahan. Jika kalian menuduh sebahagian mereka dengan Ateisme terutamanya golongan yang simplistik dalam agama dan golongan yang melampau dalam falsafah, mungkin salah seorang daripada mereka akan jatuh ke dalam keraguan dan menjadi waswas, lalu berkata apa mahu jadi, jadilah. Seolah-olah tingkah lakunya keluar daripada Islam, lalu dia mula berputus asa bahkan menjadi semakin keras kepala dalam perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Wahai orang-orang zalim yang jauh daripada keinsafan, tidakkah kalian melihat bahawa kalian menjadi punca kesesatan sebilangan golongan naif?

Dalam banyak kejadian, orang jahat boleh menjadi soleh apabila dikatakan kepadanya berulang kali: engkau adalah orang soleh, engkau adalah orang baik lagi mulia. Dan banyak juga terjadi orang soleh menjadi jahat apabila dikatakan kepadanya berulang kali: engkau korup, engkau jahat lagi berdosa.

Soalan: Mengapa?

Jawapan: Mereka tidak boleh dikutuk sehinggakan walaupun ada sebahagian daripada mereka andai kata membawa banyak dosa-dosa pada hati mereka; kerana banyak dosa-dosa boleh dianggap terhad boleh dikawal sekiranya ia berada di sebalik tirai pergaulan yang baik dan dipejamkan mata jika tirai tersebut tidak dikoyakkan. Selain itu, pelakunya, di sebalik tirai malu dan segan, dia cuba untuk memperbaiki dirinya. Tetapi sekiranya tirai tersebut dikoyakkan, maka terangkatlah perasaan malu. Jika dia diserang dengan perkara itu maka keburukan akan berleluasa. Sesungguhnya aku telah melihat pada kejadian 31 Mac[9] satu keadaan yang dekat dengan perkara ini; yang mana Jaguh Islam, hamba penyembah Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen) telah melaksanakan sebahagian daripada seruan-seruan mereka, dan melaksanakan perkara-perkara cabang dengan tujuan untuk memberi mereka tunjuk ajar kepada keadilan dengan mengaplikasi nikmat Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen) ke atas syariat. Nikmat tersebut yang mereka anggap berada pada kedudukan intipati kehidupan, dan ia juga demi meninggikan syariat suci dengan kekuatan Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen), serta mengekalkan Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen)dengan kekuatan syariat dan menghukum kejahatan-kejahatan dulu dengan perlanggaran syariat. Kemudian, orang-orang yang tidak mampu membezakan antara kanan mereka dengan kiri mereka menyangkakan bahawa syariat menerima kezaliman, sekali-kali tidak! Lalu mereka mula mengulang-ulang slogan-slogan seperti burung kakak tua bahawa mereka mahukan syariat yang mana tujuan mereka kekal kabur tidak jelas. Hakikatnya garisan-garisan itu telah diletakkan; oleh itu sesetengah orang jahat yang kemudiannya telah meyakinkan secara palsu dengan penuh bangga, menyerang nama suci itu. Berikut adalah titik hitam yang wajar diambil iktibar: keazaman telah duduk dengan titik itu dan ia tidak berdaya untuk bangkit. Senandung matlamat pula telah mengganggu gema muzik kebebasan, dan Mesrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen) telah mengecil menjadi terhad hanya sekadar pada nama pada sebilangan kecil orang, lantas pejuang-pejuang mereka terpisah-pisah”[10].


483. Page

Soalan: Kenapa kita mendapat mudarat daripada sebilangan mereka dan kita memandang mereka sebagai Ateis?

Jawapan: Aku akan ceritakan kepada kalian mudaratnya dengan melakonkan satu lakonan di atas sebuah skrin imaginasi; bayangkan ada sebuah istana di tengah-tengah taman yang sangat luas lagi indah di padang pasir ini, dan di salah satu sudut istana tersebut ada kolam air berisi air bawah tanah seperti yang kamu ada di daerah ‘Rumah Pemuda’. Kamu terpaksa masuk ke dalam istana sama ada kamu suka atau tidak disebabkan kedinginan, tamparan salji dan senandung angin, tetapi kamu terlihat atau terdengar bahawa di pintu itu ada beberapa orang buta dan di kolam itu terdapat beberapa orang lelaki yang sedang berbogel. Lantas kamu menyangka bahawa istana tersebut adalah rumah untuk orang-orang buta atau rumah untuk orang-orang bogel. Bila kamu masuk ke dalamnya, kamu pun menanggalkan pakaian ketaatan supaya kamu menjadi seperti mereka, dan kamu menutup mata kebenaran yang dinamakan aqidah supaya kamu tidak nampak aurat mereka. Walhal sebenarnya mereka bermesyuarat di bilik-bilik dan rumah-rumah besar sambil berfikir. Mata mereka boleh melihat dan aurat mereka tertutup. Di samping itu, mereka cuba untuk menutup sebilangan manusia bogel itu dan menyembuhkan mereka di beberapa sudut lain. Jika kamu masuk ke tempat mereka dan kamu berada dalam keadaan yang liar dan bodoh ini; terbuka aurat, tertutup kedua mata, adakah ada penghinaan yang lebih teruk daripada ini atau mudarat yang lebih besar daripadanya?

Sebenarnya aku percaya bahawa siapa yang datang daripada benih seorang Muslim, tidak akan hilang fitrahnya dan perasaannya daripada Islam selama-lamanya walaupun akal dan fikirannya telah terpisah daripada Islam.

Bahkan yang paling bodoh dan bebal daripada kalangan mereka pun menyokong dengan jiwa raga akan Islam yang merupakan penghadang kukuh buat dokumen warisan kita, lebih-lebih lagi mereka yang arif tentang politik; kerana sejarah tidak mengkhabarkan kepada kita daripada zaman kegemilangan Islam sehingga sekarang, bahawa tak seorang Muslim pun mengatakan dengan fikirannya bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, lalu dia masuk ke dalam agama lain dengan bukti itu.


484. Page

Ya; terdapat orang yang keluar daripada agama, itu adalah masalah lain. Ini kerana taqlid tidak mempunyai sebarang kepentingan. Sementelah, berbondong-bondong dan berkumpulan-kumpulan penganut-penganut seluruh agama lain telah masuk ke dalam Islam dengan berfikir, memerhati dengan bukti, dan mereka masih masuk ke dalamnya. Kalau kita menzahirkan Islam yang betul, bersikap benar dan beristiqamah sesuai dengannya, tentulah mereka akan masuk Islam secara beramai-ramai dan berkumpulan-kumpulan.

Sejarah memberitahu kita bahawa kemajuan dan ketamadunan orang Islam bergantung kepada sejauh mana ikutan mereka pada kebenaran Islam. Manakala ketamadunan orang lain menjadi berlawanan dengan agama mereka.

Kebenaran memberitahu kita bahawa manusia yang sedar tidak mungkin akan menjadi Ateis. Lebih-lebih lagi orang yang sedar, waras dan mengetahui kemanusiaan, serta memilih masa hadapan dan keabadian tidak mungkin akan menjadi Ateis; kerana manusia yang waras tidak dapat bernyawa dan hidup sekiranya dia tidak mendapat titik kekuatan untuk melawan hentaman orang sekelilingnya, dan titik yang menumbuhkan harapan yang tidak terbatas. Titik kekuatan itu merupakan biji kebenaran iaitu agama yang benar.

Daripada rahsia ini, telah sedar dalam kalangan semua orang, kecenderungan untuk mencari agama yang benar. Jadi, terdapat satu persepsi yang indah hebat bahawa agama fitrah pada masa hadapan adalah agama Islam.

 Wahai orang-orang zalim, yang jauh daripada keinsafan!

Bagaimana boleh kebenaran Islam menjadi sempit pada pandangan kamu, yang mana ia merupakan persediaan untuk kamu mengerti akan dunia seluruhnya, menyatukannya dan memberi ia makan, dan memberikan ia cahaya, sehingga kamu mengehadkan ia kepada orang-orang fakir dan pentaksub-pentaksub tua, dan kamu hendak mencampakkan separuh daripada ahlinya ke luar?!

Dengan keberanian mana kamu boleh membayangkan istana cahaya Islam itu yang mengumpul semua kesempurnaan dan mencakupi gizi buat deria aras tinggi untuk seluruh manusia seolah-olah ia adalah khemah hitam perkabungan yang dikhaskan untuk orang-orang miskin, kaum badwi dan puak reaksioner?!

Ya; setiap orang mengikut apa yang diperlihatkan oleh cerminannya kepadanya. Jadi sebab itulah cermin kamu yang hitam dan menipu itu memperlihatkan kepada kamu perkara itu sebegitu rupa.


485. Page

Soalan: Engkau melebih-lebih sebab itu kau nampak khayalan seolah-olah ia benar, dan engkau menghina kami dengan menuduh kami jahil. Sekarang adalah waktu akhir zaman, maka setiap kali zaman berlalu engkau akan mentakwilkan semua perkara dan peristiwa dengan takwilan lebih buruk daripada sekarang[11]?

Jawapan: Mengapa dunia ini adalah medan kemajuan untuk orang lain, sedangkan ia adalah medan kemunduran buat kita satu-satunya?

Di sini aku tidak mahu berbicara dengan kamu, dan aku akan mengalihkan wajahku ke sudut ini dan berbicara dengan mereka di masa hadapan:

Wahai orang-orang yang terselindung di sebalik era keagungan yang berlaku setelah tiga ratus tahun, yang mendengar kata-kataku dalam diam, memberi aku sekilas bayangan jejak yang tersembunyi lagi ghaib, wahai mereka yang dipanggil dengan nama: Said, Hamzah, Umar, Uthman, Yusuf dan Ahmad dan yang seumpama dengannya. Sesungguhnya aku menujukan bicaraku kepada kalian, angkatlah kepalamu, dan katakanlah: engkau benar. Kata-kata ini adalah hutang di tengkuk kalian. Aku tidak peduli sekiranya mereka yang sezaman denganku tidak mendengarkan aku, maka aku akan tinggalkan mereka dan keadaan mereka. Sesungguhnya aku berbicara dengan kalian dengan jaringan tanpa wayar terhampar dari lembah masa lalu yang dinamakan sejarah ke masa hadapan kalian yang tinggi, lalu apa dayaku? Aku telah tergesa-gesa dan menghadiri pada musim sejuk, tetapi kalian akan hadir pada musim bunga seperti syurga. Nukleus-nukleus yang telah ditanam akan mekar di tanah kalian, dan aku berharap agar kalian berjumpa dengan khidmat-khidmat dakwahku ketika kalian lalu halaman masa lalu, kalian singgah ke kuburku dan meletakkan beberapa kuntum bunga tersebut di kepala pagar tanah yang dipanggil batu nisan dan yang menjadi tuan rumah buat tulang-tulangku. Akan ku pesan kepada penjaga kubur, panggillah aku, lantas kalian akan mendengar gema ‘tahniah buat kalian’ ‘meskipun daripada saksi bayangan tetamu itu’[12].

Maka orang-orang yang sezaman denganku yang mata mereka melihat ke belakang dan ke masa lalu, serta pandangan mereka adalah seperti mereka bersifat tidak benar dan berbeza. Biarlah mereka fikir fakta-fakta dalam buku ini adalah khayalan; kerana aku cukup yakin bahawa permasalahan-permasalahan buku ini akan benar-benar menjadi realiti di masa kamu[13].


486. Page

Wahai pendengarku, aku berteriak kuat; kerana aku berdiri di atas puncak mimbar azan kurun ketiga belas. Aku menyeru dan berdakwah kepada masjid mereka yang pada luarannya bertamadun, dalam masa yang sama berada di lembah-lembah masa lalu yang hina pada fikiran.

Wahai orang-orang berputus asa yang merupakan kubur yang bergerak di atas dua tapak kaki, jangan kalian sekat generasi akan datang. Kubur menunggu kalian, maka bersurailah dari jalan supaya datang generasi baru yang akan benar-benar menjulang bendera kebenaran Islam dengan setinggi-tingginya di alam semesta.

Soalan: Orang-orang yang mendahului kita lebih baik daripada kita atau sama seperti kita, manakala adakah orang-orang datang selepas kita akan menjadi lebih teruk daripada kita?

Jawapan[14]: Wahai orang-orang Turki, Kurdi dan gipsi, jika aku membuat sebuah persidangan sekarang dan aku menjemput ke majlis yang riuh-rendah di zaman ini nenek moyang kalian yang mendahului kalian seribu tahun yang lalu, dan anak cucu kalian yang akan menyusul setelah dua zaman, maka nenek moyang kalian yang dahulu akan berkata: wahai anak-anak derhaka yang mencicirkan warisan, adakah kalian hasil kehidupan kami? Alangkah malangnya, kalian telah menjadikan kami contoh yang mandul!

Dan anak-anak kamu yang berbaris di saf paling kiri dan datang dari pameran masa hadapan sambil membenarkan kata-kata mereka yang berdiri di sebelah kanan pula akan berkata: wahai bapa-bapa pemalas, adakah kalian kehidupan kami yang kecil dan yang besar? Adakah kalian garisan tengah yang mengikat kami dengan nenek moyang kami yang mulia? Alangkah malangnya, kalian telah menjadi contoh yang penuh dengan penipuan!

Wahai orang-orang Kurdi badwi, wahai penyembah-penyembah revolusi, kalian telah melihat di skrin khayalan[15] bahawa dua pihak di persidangan besar ini berhujah ke atas kamu dan menolak kamu.


487. Page

Soalan: Sesungguhnya pada saat ini, kami tidak patut dihina dan dilecehkan. Kami akan berjanji dengan diri kami bahawa kami tidak akan ketinggalan daripada inisiatif generasi mendatang, dan kami akan berpegang teguh dengan tali generasi sebelum kami, ففتحنا السمع لكلامك، فمرحبًا به ‘kami telah membuka pendengaran kami kepada kata-katamu, maka selamat datang kepadanya[16]’.

Jawapan: Disebabkan kalian telah menunjukkan penyesalan kalian, maka bolehlah kalian ajukan soalan kalian sekali lagi!

Soalan: Adakah ulama sebelum kita telah bercakap tentang keburukan-keburukan penindasan?[17] 

Jawapan: Ya; seribu kali ya, majoriti penyair di dalam puisi-puisi mereka, dan ramai penulis pada lembaran muka depan buku-buku mereka mengadu tentang zaman, membuat bantahan ke atas masa, dan mengutuk ketentuan, dan meletakkan dunia di bawah tapak kaki mereka, lalu menginjak-injak dan menghancurkannya. Jikalau kalian mendengar kata-kata mereka dengan telinga hati, melihat dengan mata akal, kalian akan dapati bahawa semua panah bantahan-bantahan ditujukan ke dada tirani yang terbalut di sebalik tirai gelap masa lalu. Kalian juga akan mendengar semua aduan dan jeritan terbangkit daripada cengkaman tirani dan kezaliman.

Hakikatnya, kezaliman tirani tidak pernah kelihatan, namanya juga tidak zahir secara jelas, melainkan jiwa semua orang mengenalnya dengan maknanya dan ia mengetahui siapa yang meletakkan racun tersebut. Sebahagian individu-individu cerdik mengeluarkan jeritan daripada lubuk jiwa dengan sepenuh hati mereka, sehingga akal tidak dapat mengerti; kerana ia berada dalam gelap dan tidak berkumpul. Bila mana mereka melihat kezaliman ini adalah bencana langit yang tidak mungkin dapat dielak; mereka pun melancarkan serangan ke atas zaman, memberi tamparan bertalu-talu ke muka masa, dan melepaskan panah-panah ke dada takdir; ia adalah satu kaedah yang diperakui jika sesuatu perkara itu terkeluar daripada lingkungan juzuk elektif dan pengkhususan dan masuk ke dalam lingkungan komprehensif, atau untuk mengatasinya adalah perkara yang kebiasaannya adalah mustahil; maka ia akan disandarkan kepada zaman, celaaan akan dikenakan ke atas masa, dan kubah takdir akan dilontar dengan batu-batu. Jika kamu mengikuti perkara-perkara tersebut dengan teliti dan hati-hati, kamu akan dapati batu-batu yang dilontar menjadi keras dalam hati setelah ia kembali; "انظر كيف أطالوا فيما لا يلزم، كلما أضاءت لهم السعادة أثنوا على من سادهم، وكلما أظلمت عليهم شتموا الزمان“lihatlah bagaimana mereka memanjangkan apa yang tidak perlu. Setiap kali kebahagiaan menyinar buat mereka, mereka akan memuji-muja orang yang memimpin mereka. Bila kebahagiaan menjadi kelam, mereka akan mencela zaman”[18]

488. Page

Soalan: Tidakkah aduan-aduan ke atas masa dan zaman ini juga bererti bantahan kepada ciptaan hebat Pencipta Yang Memiliki Keagungan?

Jawapan[19]: Tidak sama sekali. Bahkan maknanya bererti seolah-olah pengadu tersebut berkata: Perkara yang aku mahukan, benda yang aku inginkan, dan hal yang aku idam-idamkan ialah: Pengertian dunia ini yang ditadbir dengan kebijaksanaan Tuhan, tidak bersedia untuk memetik buah-buahan yang kita tuntut dengan fikiran dan deria hawa nafsu kita daripada Tuhan yang Maha Kuasa. Sesungguhnya undang-undang takdir yang ditulis dan dilakar dengan alat jangka lukis inayah Tuhan tidak membenarkannya, tabiat zaman yang dicetak dalam percetakan kehendak Tuhan tidak bersetuju dengannya, dan hikmah Ilahi yang mengasaskan kepentingan-kepentingan am tidak redha dengannya. Walaupun Tuhan yang Maha Kuasa mengurniakan buah-buahan ini, dunia ini tidak akan dapat menahannya, bahkan jika ia jatuh, dunia tidak mampu mengangkatnya.

Ya: pergerakan penting dalam bulatan orbit[20] tidak berhenti mengikut kehendak manusia.

Soalan: Sesungguhnya ramai penyair dan ulama menyanjung kemelampauan pemimpin-pemimpin dan pemerintah-pemerintah besar zaman mereka. Akan tetapi, engkau lihat kebanyakan mereka itu adalah orang yang zalim, jadi (sebab) itu mereka tidak memperbaiki perangai mereka?

Jawapan: ia adalah berdasarkan kaedah:

"ولولا خِلالٌ سَنَّها الشِّعرُ ما دَرَى بُناةُ العُلا كيف تُبنَى المكارمُ

“Kalau tidak kerana pujian-pujian itu diceritakan oleh puisi, nescaya pembina-pembina ketinggian tidak akan tahu bagaimana kemuliaan itu dibina[21]”

Niat mereka dalam memuji pemimpin-pemimpin tersebut adalah untuk mengelakkan pemimpin daripada kejahatan dengan cara yang halus. Lalu pemimpin-pemimpin itu meletakkan pemberian-pemberian yang pelik-pelik itu di hadapan mata mereka supaya mereka berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Tetapi, pemberian-pemberian tersebut telah dirampas daripada tempat suci umat yang agung dengan melakukan kezaliman. Jadi, penyair-penyair tersebut berniat baik, tetapi tersilap dalam tindakan mereka!

489. Page

Soalan: Mengapa?

Jawapan: Kerana mereka telah merompak – makna – kebaikan-kebaikan kaum-kaum agung dalam bait-bait puisi dan sebahagian penulisan mereka, dan memberikannya kepada penzalim dan menyandarkannya kepada si penzalim itu. Mereka dengan itu bersorak untuk kezaliman dari sudut ini tanpa mereka sedari.

Soalan: Kami orang-orang Turki dan Kurdi, kami memikul isi hati kami. Bahkan, kami juga memikul isi jasad kami yang terdiri daripada keberanian, yang mana jika ia terhampar dan membesar, ia akan menjadi seperti kota batu yang seolah-olah gunung di lembah itu. Kami juga mempunyai akal sebagai isi kepala kami dan kami mempunyai azam dan semangat sebagai isi dada kami. Kami ada ketaatan yang mengisi badan kami dan anggota tubuh kami. Kami juga ada individu-individu[22] yang menghidupkan lembah dan menghiasi gunung. Mengapakah kami menjadi seperti ini, malang, susah, muflis lagi hina; sepertinya kita tinggal di jalan, kita diinjak-injak oleh orang yang menunggang kemajuan dan berjalan ke arah masa depan.


Sesungguhnya bangsa-bangsa yang berjiran dengan kita, walaupun bilangan mereka lebih sedikit daripada kita dan kekuatan mereka amatlah lemah berbanding kekuatan kita, tetapi mereka melangkaui kita, “sesungguhnya Rokes (Vartkes) mereka telah mengalahkan Tahir kita” .

Jawapan: Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka semasa zaman sistem pemirintahan parlemen dan ramai yang telah bertaubat. Aku tidak ada hak untuk memburukkan dan mencela pemimpin-pemimpin zaman sekarang. Tetapi aku melontar batu-batu masa lalu, jika ada yang tercedera, harapnya mereka maafkan aku; biarkan kedudukan kebenaran menjadi selamat dan aman; kerana kedudukan umat lebih tinggi dan mahal daripada kedudukan mereka. Sesungguhnya sebab utama kepada kehinaan ini adalah kerana ada sebilangan pemimpin-pemimpin dan pendakwa-pendakwa kehormatan dan kemuliaan yang mengaku memperjuang kebebasan dan berkorban demi umat secara palsu dan menipu begitu juga ada sebilangan yang mengaku sebagai shaikh-shaikh yang mempunyai kewalian, yang mana perkara-perkara ini adalah hasil kezaliman yang bertentangan dengan sunnah Nabi dan inilah kebobrokan-kebobrokan tirani.

490. Page

Soalan: Bagaimana?

Jawapan: Setiap umat mempunyai takungan moral yang membentuk keberanian kebangsaannya dan mengekalkan pandangan nasionalnya. Terkumpul semua kekuatannya di situ. Ia juga memiliki gudang moral yang merumus kebanggaan nasionalnya, merealisasikan manfaat-manfaat amnya, dan menimbun lebihan dananya. Itulah dua tempat yang mana, ada pemimpin-pemimpin yang melubangkan di sekeliling takungan dan gudang untuk mencerobohinya sama dengan sengaja atau tidak. Mereka membawa keluar segala yang macam benda yang boleh memberi kelangsungan dan kehidupan. Lalu, mereka mengeringkan takungan dan mengosongkan gudang. Jika hal ini berterusan, negara akan berada dalam beban berbilion hutang, dan ia akan runtuh. Seperti mana seorang lelaki jika hilang daripadanya pendorongnya iaitu kuasa marah, dan kuasa penarik pula adalah kuasa nafsu kehendaknya, dia menjadi orang yang mati, atau mayat hidup; seperti mana kerata api wap, jika ia berlubang dan terbakar, ia akan menjadi haus dan rosak, dan tidak dapat beroperasi; seperti mana tasbih, jika talinya terputus, manik-maniknya akan berselerak; begitu jugalah halnya pada umat yang merupakan sebuah entiti maknawi; kerana kepala-kepala yang mengosongkan kolam dan gudang kekuatan dan dana umat yang menyebabkan umat itu menjadi sengsara tanpa punya apa-apa. Ia memotong tali fikiran umat dan menjadikannya bersepah-sepah, ya; “akal fikiran ku tidak mengerti akan kebenaran” Aku tidak akan mencalarkan kedudukan kebenaran demi untuk memuaskan hati orang awam.

Soalan: Kedudukan ini patut dijelaskan sehabis baik. Jangan biarkan ia dalam keadaan umum dan tidak jelas.

Jawapan: Zaman lalu telah menguasai kemunduran dan kejahilan kamu. Ada sebahagian daripada pemimpin-pemimpin dan orang- yang mengaku sebagai shaikh-shaikh yang mempunyai kewalian membocorkan takungan dan tempat tadahan tersebut dengan cara yang keji, helah terancang dan kuasa yang mandatori. Mereka mengalirkan bendalir kehidupan di padang pasir yang gersang dan tandus, sehingga tumbuh golongan pengemis lagi pemalas, sehinggakan mereka telah meletakkan jari-jari mereka untuk mengasingkan kekayaan dunia dari urat-urat lemah yang sensitif golongan miskin yang meletakkan kuku cakar mereka pada buruan yang kecil, dan mereka meluaskan kuku cakar mereka pada buruan itu. Lalu buruan tersebut terlepas daripada tangan mereka.

491. Page

Baiklah; setiap bangsa mempunyai kemuliaan dan maruahnya yang menjadikan ia mengorbankan sebahagian hartanya demi menjaga maslahatnya. Maruah nasional kita telah telah dihambat oleh keburukan, sementara maruah kebangsaan bangsa lain pula kembali kepada mereka – seperti span - tersimpan di dalamnya, dan menyiram bumi dengan ilmu dan pengetahuan.

Begitulah, ada sebahagian daripada orang-orang besar di zaman lalu telah menghambat keberanian nasional dan kebangsaan yang memelihara kemuliaan bangsa dan mendedahkannya kepada kecelakaan. Mereka mencampakkanya ke padang pasir khilaf dan membiarkannya. Setiap daripada mereka memukul tengkuk yang lain yang berada di tepi kekuatan itu, lalu mereka mematahkannya. Sehinggakan kekuatan agung yang terbina daripada kekuatan lima ratus ribu orang perajurit untuk menjaga dan mempamer kemuliaan bangsa, mereka bazirkan ia pada sesama mereka dan membinasakannya di tanah khilaf. Kemudian, mereka menjadikan diri mereka orang yang berhak untuk mendisiplin dan menegur.

Jika kamu mendapat manfaat daripada Mesyrutiyet (perlembagaan sistem berparlimen)dan kebebasan yang sah, dan kamu tutup laluan keluar dan lubang-lubang, atau menukarkannya kepada span, dan kamu letakkan kekuatan penting yang berharga itu di tangan negara kita dengan tujuan untuk mengalihkannya ke luar; kamu akan beroleh ganti yang setimpal dengannya, terdiri daripada rahmat, keadilan dan ketamadunan. Dan sekarang jika kamu mahu, kita ubah tempat kita. Aku bertanya kalian dan kalian jawab soalan aku.

Jawapan: ‘Tanyalah, kau tidak akan mendapati seseorang yang arif pun’

Soalan[23] : Bolehkah bangsa Armenia menjadi lebih berani daripada kalian?

Jawapan: Selama-lamanya tidak sama sekali. Mereka tak pernah, dan tidak mungkin akan menjadi lebih berani. Dunia adalah saksinya.

Soalan: Jadi, mengapa komander mereka tidak membocorkan rahsianya, dan tidak memburuk-burukkan kawan-kawannya walaupun dia dibakar api dan dirobek sedikit demi sedikit? Manakala, jika orang berani daripada kalangan kamu ditikam, dia akan meledak dan mendedahkan semua rahsia-rahsianya bersama dengan darah yang mengalir. Itu adalah satu perbezaan besar pada tahap keberanian mereka, apakah sebabnya?

Jawapan: Kami tak mampu untuk jelaskan apa sebabnya yang sebenar. Tetapi kami maklum bahawa di sana terdapat satu titik yang merubah satu atom menjadi sebuah gunung serta menyebabkan singa menjadi kalah dengan musang. Kami tidak mampu memikul tugas kamu. Kami tahu ia wujud, jadi sila terangkan kepada kami apakah ia?

492. Page

Jawapan: Jadi, kalian dengar baik-baik. Sesungguhnya semangat orang Armenia yang apabila dia bangkit dan waspada dengan semangat kebangsaan dan rasisme maka semangat seluruh anak bangsanya masuk ke dalam dirinya. Seolah-olah bangsanya itu mengecil dan menjadi dirinya sendiri, ataupun mendiami dan berakar di lubuk hatinya. Sekalipun nyawanya mahal, berharga dan amat disayangi olehnya, dia percaya bahawa bangsanya lebih mahal, berharga dan agung daripada nyawanya. Walaupun, dia ada seribu roh sekalipun, dia tetap akan berbangga dengan perjuangan pembebasan dan mengorbankannya demi bangsanya; kerana dia berfikir dengan cara fikir yang tinggi pada fikirannya. Tetapi orang yang berani dalam kalangan kamu dulu – aku tidak maksudkan mereka sekarang – dan orang yang tidak pernah terjaga, tercerah dan tidak pernah tahu akan kemuliaan umat Islam; mereka hanya sibuk memandang manfaat yang boleh diperolehi, kedengkian, kemuliaan orang, atau kemuliaan keluarganya semata-mata. Mereka berfikiran pendek, dan sudah tentu setiap orang tidak akan mengorbankan hidupnya demi perkara-perkara kecil tersebut. Kalau kamu melihat Islam – seperti mereka – dengan pemikiran nasionalisme[24]; nescaya kamu akan menjadikan dunia ini mempercayai keberanian dan keperwiraan kamu, kedudukan kamu akan menjadi tinggi. Sekiranya orang-orang Armenia berfikir dengan cetek dan pendek seperti kamu, mereka itu akan menjadi pengecut lagi terhina pada akhirnya.

Benar kamu ada persediaan untuk menjadi berani yang menakjubkan. Kalaulah terjaga dan sedar orang yang meremehkan hidupnya dengan perkara-perkara kecil seperti manfaat lima qurusy, kemuliaan yang kecil atau kemuliaan atas nama, atau sekadar mendengar kata-kata manusia bahawa dia berani lagi hebat, lalu mengorbankan dirinya kerana membesarkan kemuliaan tuannya; dia tidak mengambil ringan akan hidupnya demi bangsanya yang tidak ternilai harganya, iaitu umat Islam yang memperoleh persaudaraan tiga ratus juta orang dan bantuan maknawi mereka walaupun jika dia ada seribu nyawa? Tidak syak lagi bahawa yang menjual hidupnya dengan nilai sepuluh qurusy menyerahkannya dengan sepuluh lira dengan penuh pengharapan.

Ia seolah-olah orang-orang bukan Islam itu telah memiliki kebaikan-kebaikan kita; mereka juga telah mencuri akhlak baik kita seolah-olah akhlak mulia kita tidak ada nilai pasaran pada kita, lalu ia berkecil hati dengan kita dan mencari perlindungan daripada mereka, sebagaimana kejelekan mereka tidak ada nilai pasaran pada mereka, lalu ia diimport ke pasaran kejahilan kita.

493. Page

Tidakkah kamu semua terkejut melihat mereka mencuri kalimah putih atau pintalan merah yang berbunyi: “jika aku mati, maka bangsaku akan hidup”. Ayat ini adalah asas kemajuan masa sekarang, bahkan ia adalah keperluan agama yang benar; kerana pejuang pembebasan daripada kalangan mereka berkata: “jika aku mati, maka bangsaku akan hidup; kerana didalamnya ada hidupku yang maknawi dan kekal abadi!”, Tidakkah kamu melihat kata-kata yang bodoh dan tidak berguna: “tidak mengapa jika ada banjir besar selepasku, asalkan aku selamat” atau” jika aku mati kehausan, tak perlulah turunnya embun” yang menjadi asas yang hina lagi pentingkan diri; telahpun kita pegang untuk memimpin dan memandu kita.

Perkara-perkara baik adalah ajaran agama kita yang kita katakan dengan penuh semangat ikhlas dan kekuatan dalam fikiran: “jika kita mati, bangsaku akan hidup, cukuplah bagiku pahala akhirat, hayat maknawiku ada dalam kehidupan umat ini, ia menjadikan aku kekal dan wujud selama-lamanya, serta ia juga menjadikanku menikmati dan berlazat-lazat di alam yang tinggi”. Dan “kematian adalah hari raya kita”, dan kita mengambil mengambil guru petunjuk cahaya dan semangat kepahlawanan yang tercerah sebagai guru kita.

Soalan: Bagaimana kita boleh mengumpul kekuatan-kekuatan kita, dan kita dapat menjaga kemuliaan umat Islam?

Jawapan[25] : Buatlah dengan pemikiran agama dalam lubuk umat satu kolam makrifat dan kasih sayang seperti telaga Al Kauthar, dan tahanlah dengan pengetahuan akan laluan-laluan dan lubang-lubang yang membocorkan kolam dan telaga itu, dan bukalah dari atas kolam itu loji-loji saliran air yang berada di dalamnya dengan kebaikan-kebaikan Islam. Di sana terdapat mata air yang besar yang tidak digunakan dengan baik, lalu air itu melimpah ke padang pasir, sehingga menumbuhkan orang-orang yang sentiasa meminta-minta dan orang-orang lemah sehingga sekarang. Buatlah untuk mata air tersebut satu saliran yang yang cantik, dan lalukan ia dengan usaha yang syar’ie pada kolam ini, dan kemudian, siramilah taman kesempurnaan-kesempurnaan kamu. Mata air ini tidak akan habis dan tidak akan berhenti. 

494. Page

Soalan: Apa dia mata air itu?

Jawapan: Ia adalah zakat, dan kamu pula pengikut mazhab Hanafi dan Shafi’e.

Soalan: Alangkah baiknya dan ia sesuatu yang menggembirakan jika ia tidak menghilang, bahkan melimpah ke dalam stor khazanah tersebut[26]?

Jawapan: “Kamu mempunyai kecerdikan, dan ia menjadi menonjol dan bersinar dengan zakat”




Soalan: Bagaimana?

Jawapan: Jika orang-orang bijak membayar zakat kebijakan mereka, dan orang-orang kaya membayar zakat dengan zakat harta mereka demi manfaat dan kepentingan umat ini, nescaya umat kamu ini akan dapat mengikut jejak perjalanan bangsa-bangsa lain.

Soalan: Kemudian apa?

Jawapan: Nazar-nazar dan sedekah-sedekah yang dipanggil bantuan Islami kebangsaan yang merupakan anak saudara kepada zakat, menarik semangat perkauman, dan membantu perkhidmatan.

Soalan[27] : Kenapa Engkau banyak mengeji adat-adat kita yang masih kekal?

Jawapan: Setiap zaman ada undang-undangnya yang tersendiri. Zaman ini berhukum dengan kematian dan pemansuhan sebahagian daripada adat-adat yang telah menua dan berusia; kerana keburukan-keburukannya yang telah mengatasi kebaikan-kebaikannya memfatwakan penghapusannya.

Soalan: Apa yang kami perlukan sebelum apa-apa perkara?

Jawapan: Kejujuran

Soalan: Kemudian?

Jawapan: Tidak berdusta.

Soalan: Kemudian?

Jawapan[28] : Kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, ketekalan, dan bersatu-padu.

Soalan: Itu sahaja?

Jawapan: Ya.

495. Page

Soalan: Untuk apa?

Jawapan: Kufur itu bohong, dan iman itu adalah kebenaran. Tidak cukupkah itu sebagai bukti bahawa kekalnya hidup kita adalah dengan berkekalannya iman, kejujuran, dan bersatu-padu.

Soalan: Pemimpin-pemimpin kita patut diperbaiki dahulu.

Jawapan: Ya; sesungguhnya pemimpin-pemimpin kamu seperti mana mereka meletakkan harta kamu dalam kocek-kocek mereka, mereka juga telah meletakkan akal kamu dalam kocek mereka, atau mengekatnya dalam otak kamu; sebab itu aku akan berbicara dengan akal kamu yang berada dalam tangan mereka; wahai kepala-kepala dan pemimpin-pemimpin sekalian, jauhilah tawakkal yang malas dan jangan kamu serahkan urusan kepada sesama kamu. Berkhidmatlah kepada kami dengan harta kami dan akal kami yang sedang berada di tangan kamu; kerana kamu telah menangkap ganjaran kamu dengan menggunakan orang-orang miskin ini, maka sekarang adalah waktu untuk berkhidmat; “kamu perlu baiki dengan apa yang kamu telah terlepas di zaman silam”.

Soalan: Keinginan keberagamaan dan kecenderungan kepada kebenaran telah dibangkitkan pada diri semua orang dalam masa setahun dua, sehinggakan perompak-perompak “Kodan Mama Khoran” yang ada dengan kita pun telah menjadi ahli sufi dengan nasihat daripada Syeikh Ahmad: “Kecenderungan ini telah menutup jalan kejahatan”.

Jawapan: Ini hasil daripada perlaksaaan Mesyrutiyet, dan penyebaran Rasail An Nur !; kerana Mesyrutiyet Syar’iyyah (parlimen berasaskan shariah) telah meguasai fikiran dan dapat memberi sedaran kepada umat maka bangkitlah Islam sebagai tiang agama. Setiap muslim memahami bahawa dirinya tidak lah lepas bebas, tetapi dia terikat dengan orang lain dengan manfaat-manfaat dan perasaan individu. Maka orang-orang Islam seluruhnya terikat dengan sesama mereka seperti satu puak. Seorang individu daripada puak tersebut, jika melakukan sesuatu perkara terpuji, maka seluruh puaknya akan berbangga dengan kemuliaan ini dan berkongsi kemuliaan ini dengannya. Kemuliaan ini tidaklah kekal kelihatan seperti satu, bahkan menjadi beribu seperti satu sinaran yang terpantul pada beribu-ribu cermin. Ikatan kehidupan itu memberikan puak tersebut cahaya dan kekuatan. Jika salah seorang daripada mereka melakukan jenayah, seluruh ahli puaknya akan menjadi suspek bersamanya pada satu tahap. 

Misalnya, sekiranya lelaki-lelaki yang duduk di dalam majlis ini berkait dengan sesama mereka, dan salah seorang daripada mereka mencampakkan dirinya ke tanah lumpur, sama ada dia akan menarik kawannya bersama, atau melemahkan mereka dengan pergerakannya. Berdasarkan ini, sesungguhnya satu keburukan tidak akan kekal satu pada masa ini, bahkan ia menjadi seribu, dan kebaikan pula menjadi seperti firman Allah (perumpamaannya seperti satu bini benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap satu tangkai ada seratus biji) surah Al Baqarah: 261.

496. Page

Inilah rahsia yang mendorong mereka yang sedar dari segi pemikiran dan rohaninya untuk menangis apabila mereka itu menangis dengan apa-apa sebab dan menjadi mereka yang bertaubat. Namun begitu, akal yang berada di puncak sebuah Menara tidak juga akan mampu untuk melihat sebab yang terdapat di dasar perigi hati dengan jelas dan terang.

Rumusannya[29] ialah, umat Islam mula sedar dan masih terus sedar. Mereka kini telah mengetahui apa yang sebenarnya berperangai buruk dan baik.

Benar, yang menjadikan suku-suku kaum lembah-lembah ini mereka yang bertaubat adalah disebabkan oleh rahsia ini.

Kemudian, umat Islam secara umumnya mula menerima persediaan tersebut dan memperolehinya sedikit demi sedikit. Kalian pula adalah lebih dekat dengan perkauman kerana disebabkan oleh ciri Badwi kamu, fitrah asli kalian tidaklah begitu rosak.

Soalan:[30] Kenapa Tuan menolak menjadi tamu salah seorang daripada kami walaupun Tuan mengetahui memuliakan tetamu adalah satu budaya yang amat kami sanjungi? Dan kenapakah Tuan turut menghalang para murid Tuan untuk makan hidangan kami dan menerima hadiah kami? Sedangkan sebenarnya untuk memuliakan Tuan dan melayan Tuan dengan baik adalah kewajiban kami, demikian juga halnya kami adalah bertanggungjwab terhadap Tuan, oleh itu mengapakah Tuan tidak mengambil kira adat budaya kami ini yang telah berterusan sekian lama sejak dari turun temurun dahulu?”

Jawaban: Pertama, Ilmu pengetahuan itu adalah sesuatu yang amat tinggi nilainya dan aku tidak ingin merendahkan martabatnya. Kemudian aku juga ingin menunjukkan kepada kalian bahawasanya dalam kalangan ahli ilmu ada yang tidak memperdulikan habuan dunia dan tidak bergantung kepada ilmu sebagai punca rezeki, oleh itu para murid tersebut berbeza dengan pengemis dan peminta sedekah.


497. Page

Kedua: Aku ingin berkongsi nasihat yang praktikal kepada beberapa pekerja kerajaan yang tidak menunjukkan penghargaan terhadap jawatan mereka serta tidak berpuas hati dengan gaji mereka serta untuk mendapat tambahan perpindahan daripada kerajaan tidak menetap satu tempat.

Ketiga: Aku menunjukkan kepada beberapa orang besar yang telah terputus pendapatan yang mereka dapati secara zalim agar ditutup perbelanjaan mereka yang sangat besar kerana kecenderungan mereka kepada kezaliman.

Keempat: Untuk aku tunjukkan kepada kamu bagaimana menzahirkan pertimbangan dengan menggunakan ukuran helah dan kebijaksanaan, agar kamu dapat melihat perihal para pengunjung di tempat kamu ini; adakah mereka itu berkunjung disebabkan keperluan masyarakat atau disebabkan untuk bersuka-suka?

Soalan: Engkau menghalang berbuat baik manusia kepadamu, apakah ini bermakna engkau memperkecilkan sifat pemurah?

Jawapan: Kebaikan adalah kebaikan manakala kemurahan adalah satu kemurahan yang sempurna sekiranya ia adalah untuk rakyat atau orang yang memerlukan atau yang fakir. Sekiranya kemurahan itu adalah untuk umat atau individu yang berada dalamnya maka ia juga adalah sesuatu yang baik. Namun jika ia diberi kepada yang tidak memerlukannya maka ia akan hanya menjadikan seseorang itu pemalas dan membiasakannya untuk bersifat merampas hak orang lain.

Ringkasnya: “Umat itu akan tetap kekal bersama segala bantuan yang diterimanya sedangkan manusia itu binasa tidak kira bagaimana”.

Soalan: Apakah pendapat tuan dalam perbuatan baik individu dalam kalangan para Muslimin yang terdahulu, dalam kalangan pemuka yang diberi amanah serta pemimpinnya yang merupakan ‘pedang-pedang’ negara dan pendukungnya, terserlah keburukannya dengan sifat pemurahnya dengan hanya menghadiahkan 10 dinar untuk sebuah syair yang tentunya ia tidak sama nilainya dengan sebeji barli?[31]

Jawapan: Demikianlah memang terdapat perkara sedemikian, walaupun perbuatan sedemikian pada akhirnya telah berubah dari segi jumlah pemberiannya dan menjadi satu ciri perkauman yang dibanggakan kerana penyair adalah ibarat penenun jaringan umat walaupun pada zaman ini dialah yang menyingkap pentingnya satu bentuk pemikiran umat untuk membuka ruang untuk tujuan yang mulia ini.”


498. Page

Soalan: Telah jatuh bergelimpangan kepala-kepala mereka yang menang itu secara tiba-tiba tanpa sebab. Pintu kezaliman telah tertutup kepada wajah mereka.. Apabila rebah mereka tidak lagi disepak terajang. Maka biarkan sahaja mereka yang menderitai sakratul maut itu sehingga nyawa mereka terputus.

Jawapan: Aku ingin mereka itu menjaga kebebasan perundangan agar mereka akur untuk melaksanakannya sekiranya mereka masih hidup. Benar, mereka yang dididik dengan senjata dan kekuatan penindasan, mereka akan jatuh dan layaklah bagi mereka kejatuhan. Namun dalam kalangan mereka ada juga yang menjulang keberanian dengan sedaya mungkin. Benar, di antara mereka itu adalah pelindung pemikiran umat dan kita berterima kasih kepada mereka itu, yang malas tidak bersemangat dalam kalangan mereka kita adukan keadaan mereka, yang tidak tahu arah tujuan, kita bimbing mereka itu, yang telah gugur dalam kalangan mereka kita pelihara pusaka tinggalan mereka agar tiada yang tidak berhak yang akan mengambil kesempatan daripadanya.

Soalan: Apakah maksudnya ini?

Jawapan: Aku risau mereka yang mendakwa sebagai Syeikh serta memiliki kebijaksanaan walaupun sebenarnya mereka itu tidak berkelayakan akan cuba mengambil kesempatan daripada pusaka para pemimpin tersebut dalam kalangan ahli keluarga mereka dengan mendakwa bahawa mereka adalah saudara mara. Ini akan menimbulkan dua bencana kerana ketaatan serta kejahilan yang buta dalam kalangan kamu menyangka bahawa kepimpinan itu boleh diwarisi seolah-olah sesorang itu jika mati dalam keadaan seorang ketua akan hidup semula dan bangkit dalam keadaan tuan atau dengan tubuh seorang yang mendakwa Syeikh atau merupakan seorang anak kepada satu keturunan yang ternama dan lama; tujuanku ialah untuk menghapuskan sifat inginkan jawatan kepimpinan, sifat inginkan ketuanan sehingga ke akar umbinya agar ia terhapus selamanya.


499. Page

Soalan: Sebelum ini engkau amat mencintai para Syeikh secara umumnya, bahkan mereka yang mendakwa sebagai Syeikh tidak juga engkau berburuk sangka terhadap mereka. Kenapa pula baharu sekarang kamu serang kepada segelintir mereka yang mendakwa sebagai Syeikh yang melakukan tindakan bid’ah?

Jawapan: Kadang-kadang permusuhan mungkin tercetus dari perasaan cinta yang teramat. Ya, aku amat mencintai mereka itu kerana diriku sendiri, juga mencintai mereka itu kerana Islam beribu kali ganda lagi. Telah terukir pada tompok hitam hati-hati mereka yang bersih itu lakaran ketuhanan dan pada abadinya nama mereka itu pancaran kebenaran.”[32] “Mereka ibarat peminum yang mabuk minum sehingga kosong balang arak tersebut”.[33] Namun jalan mereka yang asal ialah menyinari hati-hati manusia dan menghubungkannya , perjalanan kerohanian melaluikelebihan tingkah laku Islam, dengan bersikap berani Islam dengan bersederhana dalam kehidupan meninggalkan keselesaan kerana Islam. Ini adalah dengan meninggalkan kepentingan peribadi untuk mendapatkan keikhlasan untuk menuju kecintaan secara umum. Ini adalah dengan berusaha menuju serta memberikan khidmat untuk penyatuan Islam dan membuka jalan kepadanya. 

“Maka alangkah sesal mereka yang telah melakukan kesilapan, hanya duduk bermalasan dalam khidmat mereka, maka ketika itu aku ingin menukarkan semangat mereka itu kepada tujuannya yang lama sebelum itu dan benar.”

Soalan: Engkau selalu bercakap tentang kesatuan Islam, bolehkah kamu mendefinasikannya untuk kami?

Jawapan: Aku telah menjelaskannya dalam bukuku yang bertajuk: “Kesaksian dua sekolah bencana”. Aku akan tunjukkan sekarang satu bongkah batu bata binaan istana kesatuan itu di masa hadapan serta apa yang terpahat padanya. Hajarulaswad kesatuan Islam yang merupakan ka’bah kebahagian kita ialah ka’bah yang mulia itu sendiri, mutiaranya yang putih ialah rawdhahnya yang suci, Mekahnya yang mulia ialah Semenanjung Tanah Arab, kota Madinahnya pula ialah Daulah Uthmaniyyah yang melaksanakan kebebasan undang-undang secara sepenuhnya.


500. Page

Sekiranya engkau inginkan perkauman Islam dan batu bata yang akan membina kesatuan Islam dan lakarannya, maka lihatlah: perasaan santun yang timbul daripada rasa malu dan keberanian, senyuman yang suci yang timbul dari rasa hormat dan rahmat, kemanisan rohani yang timbul daripada kefasihan tutur kata dan pengendaliannya, kebahagian langit yang lahir dari perasaan rindu yang masih muda yang timbul sesegar musim bunga, perasaan nikmat alam malakut yang lahir daripada kesedihan dan gembira yang teramat, dan juga perhiasan suci[34] yang timbul daripada nilai kebaikan yang suci serta keindahan yang terpancar jelas, setiap satu bercampur baur dengan yang lain sehingga ia memancarkan warna biru langit[35] yang merupakan salah satu daripada tujuh warna pelangi yang melengkung dari timur ke barat yang menyerupai gerbang[36] yang ditempat yang tinggi pada ka’bah kebahagiaannya, bahkan ia merupakan satu pemandangan warna tersebut. Ia boleh diperlihatkan namun kesatuan tidak pula boleh dicapai dengan kejahilan kerana ia bergantung kepada pemikiran yang tidak akan terjadi melainkan dengan mengalirkan arus pemikiran yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.

Soalan: Kenapa engkau diam sebelum ini?

Jawapan:[37] Kerana penindasan adalah penghalang kesatuan dan aku sebelum ini senyap dengan memendam rasa.

Soalan: Menyerang para Syeikh yang terjebak dengan bida’h adalah bahaya kerana mungkin juga terdapat dalam kalangan mereka itu para Wali. Tidakkah engkau takut mungkin juga mereka itu dituduh secara salah dan engkau bakal menyesalinya?

Jawapan: Sesungguhnya Allah SWT dengan kekuasaanNya telah mengukir pada dahi-dahi mereka itu kebenaran. Tujuanku hanyalah untuk membetulkan mereka yang tergelincir kefahamannya terhadap kebenaran tersebut.[38]

Benar, seranganku bukanlah kepada mereka, tetapi terhadap mereka yang mempunyai kepentingan dengan mereka. Kedudukan mereka tidak akan goyah semata-mata kerana ada golongan yang berpakaian seperti mereka yang tidak layak sebenarnya. Mereka itu tidak akan dapat menggugatku dengan ugutan-ugutan mereka. Aku akan hancurkan segala halangan yang melintang pada jalanku untuk mencapai tujuanku.


501. Page

Seorang rakyat Armenia yang amat biasa keadaannya boleh berjuang mengorbankan kepentingan dunianya demi bangsanya, kenapa tidak aku berjuang kerananya juga? Hubunganku dengan hidup ini amatlah lemah kerana telah tujuh kali nyawaku sendiri hampir terbang namun ia tetap dikekalkan sebagai amanah kepadaku. Oleh itu bukanlah milikku untuk tidak berkorban diri kerananya. Walaupun ruh ini ingin terbang dari sangkar ke sebatang pohon, akalku pula ingin terbang ke lembah putus asa, namun aku cuba kekalkan semangat dan akal untuk aku berkorban dengannya satu ketika kelak. Ugutan untuk merampas kehidupan ini tidak ada nilai dan kepentingannya. Kalaupun mereka mengugut merampas dariku kehidupan akhiratku tidak akan aku peduli juga, biarkan sahaja ruhku terbakar dengan api penyesalan, biarkan ia di Jahannam kerana doa mereka kepadaku meminta begitu. Apabila api penyesalan telah membakar di dalam jiwa, ia akan menjamin tujuan Firdausi, begitu jualah khayalan yang akan mewujudkan benteng harapan.

Semua hendaklah mengambil maklum aku menggenggam erat kedua-dua kehidupanku dunia dan akhirat dengan kedua tanganku sambil bertungkus lumus menghadapi dua peperangan dengan dua musuh di dua medan perlawanan. Di medan tersebut tidak akan tampil mereka yang mempunyai hanya satu kehidupan.

Soalan: Apakah yang engkau inginkan daripada para Syeikh yang ada pada waktu sekarang?

Jawapan: Aku inginkan keikhlasan seperti yang sentiasa mereka laungkan serta jihad yang hebat yang disertai mereka di kem moral yang dinamakan “takiyyah”[39] serta berek rohani yang dinamakan tarikat. Aku juga inginkan komitmen diri dengan meninggalkan manfaat peribadi yang merupakan makna zuhud yang merupakan syiar mereka. Aku inginkan juga rasa cinta yang sering mereka dakwa merupakan tudung yang menutupi ciri-ciri Islam; oleh kerana mereka mendapat ganjaran kerana menggunakan kami, khidmat kami kepada mereka itu sekarang adalah ibarat hutang mereka kepada kami.


502. Page

Soalan: Bagaimanakah mereka akan memberikan khidmat mereka?

Jawapan: Samada mereka itu meninggalkan kami ataupun menghindarkan kedegilan, umpat mengumpat dan berat sebelah dalam kalangan mereka kerana itu boleh menyebabkan beberapa individu yang menyamar sebagai para Masyaikh yang hanyalah ahli bida’h, menubuhkan beberapa kumpulan sesat dan bid’ah yang baharu.

Soalan: Bagaimana pula mereka itu boleh bersetuju sesama mereka dalam keadaan mereka itu saling mencabar antara satu sama lain serta saling mengkafir antara satu sama lain serta dalam prinsip mereka itu mencintai orang yang tidak bersetuju dengan mereka atau berbaik dengan mereka adalah tidak dibenarkan, kerana itu isu tidak bersetuju ini adalah penting?

Jawapan: Kalau begitu aku mempunyai hak untuk berucap kepada kalian secara berikut:

Wahai puak yang tidak waras dan dungu, tidakkah kalian mengerti dan mendengar firman Allah bahawasanya “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” ialah satu bentuk undang-undang Tuhan, ataupun kalian berpura-pura buta sehinggakan gagal untuk melihat sabda Nabi bahawa “tidak akan beriman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukainya untuk dirinya sendiri”[40] merupakan satu dasar Nabawi? Bagaimanakah isu berulang tentang pengkafiran antara benar dan bohong itu dapat memansuhkan dua asas yang unggul dan hebat ini? Ia bukanlah kalam Allah untuk tidak dimansuhkan, namun inilah keaadaan zaman yang memansuhkannya. Keburukannya yang lebih banyak daripada kebaikannya telah membolehkan asas-asas itu dimansuhkan, maka beramal dengan perkara yang dimansuhkan itu tidak dibolehkan.

Soalan: Barangkali permusuhan sesama mereka adalah disebabkan mereka ditimpa dengan perlakuan yang tidak mengikut syarak?

Jawapan: Tidakkah engkau melihat bagaimana dikalahkan kasih sayang yang terhasil kerana sesuatu yang berat seberat Gunung Subhan[41] atau sebesarnya iaitu kerana iman, Islam, kemanusiaan dan kerakyatan, lalu ia menjadi lemah dan dikalahkan di hadapan permusuhan yang berlaku kesan selepas beberapa tingkah laku yang tidak mengikut Syarak semata-mata dengan hujah-hujah yang kebudak-budakan.

Benar, sesungguhnya Islam dan kemanusiaan yang memerlukan kasih sayang adalah seperti gagahnya Gunung Uhud sedangkan sebab-sebab yang membawa kepada perbalahan adalah seperti batu-batu yang kecil. Namun mereka yang menjadikan kasih sayang itu tersungkur di hadapan sikap permusuhan sebenarnya berkelakuan bodoh kerana menjatuhkan kehebatan Uhud lebih rendah daripada butiran batu-batu yang kecil. Permusuhan dan kasih sayang tidak boleh bersama sepertimana cahaya dan kegelapan tidak mungkin bersama. Apabila permusuhan itu menjadi marak, kasih sayang akan bertukar menjadi sifat bersaing dan berlumba-lumba, namun apabila sifat kasih sayang itu yang dominan, permusuhan akan bertukar menjadi rahmat dan simpati. Oleh itu mazhabku adalah mencintai kasih sayang dan memusuhi permusuhan; yang amat aku cintai di dunia ini adalah kasih sayang, dan yang paling aku benci adalah permusuhan dan pergaduhan.


503. Page

Soalan: Apakah beza di antara Syeikh yang benar-benar Wali dan yang berpura-pura sebagai Syeikh?

Jawapan: Dia boleh menjadi seorang syeikh yang mursyid yang benar sekiranya tujuannya adalah untuk bersatu dengan cahaya yang diberikan Islam untuk hati dan nur yang dikurniakan untuk akal fikiran; dia turut menjadikan kasih sayang sebagai jalannya, syiarnya ialah meninggalkan kehendak nafsu, sumbernya adalah menafikan keegoaan diri, jalannya ialah keberanian Islam. Namun sekiranya jalannya ialah untuk menunjuk-nunjuk kelebihan diri sambil merendahkan orang lain, mendapatkan kasih orang dengan meluap-luapkan kebencian kepada orang lain sambil menunjukkan sikap berat sebelah dan bersikap seolah-olah kasih sayang orang kepadanya bergantung kepada kuatnya permusuhannya dengan orang lain sehingga sanggup dia mengumpat; Jika inilah keadaannya maka dia adalah seorang Syeikh yang hanya kepimpinannya adalah berpura-pura, ibarat serigala yang ingin menerkam gembalaan, keluarnya dia memburu dunia dengan agama, dia senang dan bangga dengan ijtihad yang salah lalu dia menyangkakan dirinya seorang yang soleh dan mula menyebarkan sangkaan buruk terhadap para Masyaikh yang agung dan individu-individu lain yang alim dan warak.

Soalan: Bicaramu baik namun siapakah yang mendengarnya? Ini adalah kerana peganganmu itu tinggi tahapnya sedangkan para pengikut di tahap yang rendah sahaja.

Jawapan: “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat”. “Apa yang tidak didapatkan keseluruhannya tidak ditinggalkan keseluruhannya”. “Cela itu adalah pada yang mengikut nafsu dan sejahtera itu adalah pada yang mengikut petunjuk”.

Soalan: Apakah pandanganmu tentang sengketa dahsyat yang berlaku di antara para Ulama’ di dalam dunia Islam serta apakah pendirianmu dalam hal ini?

Jawapan: Aku melihat dunia Islam umpama sebuah Parlimen atau Majlis Syura yang tidak teratur dan tidak bersistem. Apabila kita mendengar daripada Syariah bahawa pendapat jumhur adalah sekian-sekian dan fatwanya adalah sekian-sekian; ini adalah sama seperti pendapat majoriti dalam Parlimen ini. Pendapat-pendapat yang bukanlah merupakan pendapat Jumhur sekiranya mengandungi kebenaran dan kebijaksanaan tetap ditinggalkan sebagai pendapat awal pencetusnya sehingga dia mampu melihat kesesuaiannya untuk diperbaiki. Namun ada dua perkara penting:[42]


504. Page

Pertama: Pendapat yang dipilih dengan ciri pendapat awal ini yang mengandungi kebenaran pada tahap tertentu dan kekal dipegang oleh golonggan minoriti, ia sendiri mungkin telah tidak lagi dipegang oleh pencetus pendapat tersebut bahkan mungkin dia sendiri telah langsung meninggalkannya walaupun dia masih lagi mempunyai hubungannya dengan pendapat awal itu. Namun yang berlaku ialah ia menjadi pegangan pengikutnya dan orang yang meniru pendapat itu menjadi emosi dan berlebih-lebih sehingga mereka berusaha menjatuhkan pendapat orang yang tidak sealiran dengan pendapat tersebut demi untuk menjaga pendapat tersebut. Kemudian timbullah percakaran dan pertelagahan di medan pertemuan sehinggakan debu yang pada mulanya terbang di kaki-kaki mereka dan asap yang yang terhambur daripada mulut-mulut mereka serta kilat yang menyambar dari tutur kata mereka menjadi kepulan awan yang mencetuskan petir atau mungkin juga dapat menjadi satu rahmat, namun ia tetap boleh menjadi satu halangan timbulnya mentari Islam, akan tetapi gumpalan awan yang mungkin membawa rahmat tadi tidak mendapat sinaran yang secukupnya maka terhalanglah cahaya dan ia berlalu tanpa menurunkan hujan.

Keduanya: Kebenaran yang tersirat dan kebijaksanaan dalam pendapat yang dipegang oleh golongan minoriti sekiranya ia tidak dominan dalam pendapat awal yang asalnya dipilih kerana semata-mata dorongan nafsu dan emosi, pendapat tersebut adalah merbahaya. Kebenaran yang sepatutnya menyaluti pendapat awal tersebut dan menjadikannya berfaedah menjadi bercampur baur dan dimanipulasi. Dengan ini kemungkinan petunjuk boleh bertukar menjadi hawa nafsu, dan mazhab yang telah dirosakkan dengan pendapat yang bersandar kepada perangai dan fiil yang tidak bijak kerana: “Lebah meminum air dan menghasilkan madu, ular juga meminum air namun menghamburkan racun”.[43]


505. Page

Soalan: Tidakkah dapat “Parlimen” Islam Antarabangsa ini kembali kepada satu sistem yang stabil sekali lagi di dunia ini di kota bumi ini yang sedang berpusing kepalanya kepeningan?

Jawapan: Aku percaya bahawa dunia Islam keseluruhannya akan menjadi seperti Parlimen yang dipandang tinggi dalam kalangan bangsa manusia. Orang Islam yang dahulu dan terkemudian akan sama-sama mewujudkan Majlis Syura dalam kalangan mereka untuk sama-sama mengambil faedah daripada satu sama lain dalam beberapa tempoh masa. Mereka yang terdahulu yang telah lanjut usia akan mendengar sambil merasa bangga dengan usaha generasi selepas mereka itu.

Soalan:[44] Sesetengah isu seperti poligami, kekeluargaan dan perhambaan telah dimanipulasi beberapa orang asing untuk menyebarkan kekeliruan dalam Syariat jika dilihat dari aspek tamadun moden.

Jawapan: Aku akan terangkan secara umum satu kaedah pada waktu ini dan aku akan cuba memperincikannya dalam satu Risalah berasingan.

Hukum-hukum Islam itu ada dua kategori:

Pertama: Apa yang di asaskan Syariat. Inilah kebaikan yang sebenarnya yang mengandungi perkara positif semata.

Kedua: Undang-undang yang telah sedia diamalkan oleh manusia yang diperhalusi lagi oleh Syariat dengan mengambil daripada masa dan tempat ia dilaksanakan dan memperbetulkan serta menukarnya daripada bentuknya yang zalim dan ganas kepada satu bentuk undang-undang yang mampu dilaksanakan dan sesuai dengan ragam keperluan manusia. Ia menjadikannya kepada satu perkara termudah antara dua keburukan kepada sesuatu yang sebenar-benarnya baik. Ini adalah kerana sesuatu perkara yang telah sebati dalam tabiat manusia secara umumnya memerlukan perubahan yang drastik untuk ditukarkan 180 darjah. Demikianlah keadaannya, bukanlah Syariat yang meletakkan tahanan, tetapi ia menukarkannya daripada bentuk-bentuk yang primitif kepada satu cara yang bercirikan kebebasan yang sepenuhnya serta memperbaiki keadaannya. Contohnya ia bukanlah menambah jumlah perkahwinan daripada satu kepada empat bahkan menurunkannya daripada lapan atau sembilan kepada empat kerana empat isteri boleh diterima fitrah, akal dan hikmah. Di samping itu, pelbagai syarat yang diletak jika diambil kira tidak akan membawa kepada keburukan, walaupun jika terdapat perkara yang keburukan dari sudut pandangan tertentu namun ia hanyalah satu aspek negatif yang kecil, iaitu perlunya berusaha lebih dengan berlaku lebih adil. Demikianlah dalam setiap keadaan tidak akan terdapat sesuatu yang keadaannya adalah kebaikan semata-mata.


506. Page

Namun malangnya, aku telah menghadapi puak ekstrim yang menentang kerajaan. Sebahagian daripada mereka itu menuduh bangsa Turki yang menjadi tonggak Islam selepas bangsa Arab sebagai sesat. Ada yang hingga berani menuduh kafir para ahli perundangan kerana apa yang mereka umumkan sebelum 30 tahun Undang-undang Asas dan Kebebasan sambil mereka berhujjah dengan ayat: “Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah”, tanpa mereka yang malang itu ketahui bahawa maksud perkataan “hukum” dalam ayat tersebut sebenarnya adalah “barangsiapa yang tidak percaya”.

Jadi bagaimana aku tidak menentang mereka yang menganggap penindasan terdahulu satu kebebasan dan mereka itu menentang Undang-undang Asas tersebut? Mereka itu menentang kerajaan namun sebenarnya mereka inginkan penindasan yang lebih lagi, kerana itu aku menentang dan menolak mereka. Golongan yang menuduh sesat pejuang kebebasan pada waktu ini adalah tergolong dalam kategori ini.

Kemudian apabila aku melihat golongan ekstremis ini yang merupakan kategori kedua, aku dapati mereka ini tidak pula faham apa-apa mengenai agama, oleh itu mereka menentang pula pejuang Islam tanpa objektif dan berhujah dengan begitu taksub sekali. Golongan yang menyeru agar ditinggalkan segala nilai kerajaan Uthmaniyyah dan berkiblatkan Eropah adalah termasuk kategori ini.

Wahai orang awam, aku tinggalkan sementara kalian dan tunggulah kerana terdapat isu yang perlu dibereskan berkenaan dengan gologan tertentu; satu isu berkaitan kerajaan dan orang ternama serta Pertubuhan Perpaduan dan Progres[45] terutamanya yang tidak menjadi pengikut Freemason[46] dalam kalangan mereka.

Wahai golongan elit, kami orang biasa dan pengikut Madrasah menuntut hak kami daripada kamu.


507. Page

Soalan: Apakah yang kalian tuntut?

Jawapan: Biarlah tindakan kalian seperti yang kalian cakapkan, tidak perlu menjadikan kelemahan orang lain sebagai alasan kalian. Tidak perlu juga kamu berlumba-lumba mendapatkan jawatan. Jangan pula kalian separuh hati malas melaksanakan tugasan yang wajib ke atas kalian. Hendaklah kalian menggantikan apa yang luput dan hilang disebabkan kalian, dengarkan juga ehwal kami dengan mengambil kira nasihat kami berkenaan keperluan kami. Kalian juga perlu meninggalkan sedikit keselesaan kalian untuk meninjau dan bertanya hal dan masalah kami.

Ringkasnya, kami ingin menjamin kelestarian masa depan wilayah timur dan para ulamaknya, kerana itu kami menuntut hak kami itu daripada Pertubuhan Perpaduan dan Progres. Kami hanya menuntut sesuatu yang ringan dalam pertimbangan kalian tetapi ia adalah amat bermakna bagi kami.

Soalan: Cuba jelaskan apa maksud yang engkau inginkan jangan tinggalkannya samar, apa yang engkau mahukan sebenarnya?

Jawapan: Kami inginkan di Bitlis[47] yang merupakan pusat Kurdistan dan di Wan serta Diyarbakir yang merupakan dua pekan di dua sayap Bitlis agar ditubuhkan sekolah tinggi dengan nama Sekolah Azzahra’ yang akan menjadi ibarat adik kepada Universiti Al-Azhar, yang akan mengandungi Darul ‘Ulum. Jangan cemas, kami orang Kurdi tidak serupa dengan orang lain, kita faham bahawa kehidupan sosial kami bergantung kepada kesentosaan hidup kaum Turki dan kesenangan mereka.

Soalan: Bagaimana? Seumpama apa? Dan Mengapa?

Jawapan: Ada beberapa syarat, aset dan kelebihan.


508. Page

Soalan: Apakah syarat-syaratnya?

Jawapan: Ada lapan.

Pertama: Menamakan universiti itu dengan nama yang mulia itu yang akan membangkitkan minat dan semangat. Ini adalah kerana “Madrasah” merupakan satu nama yang dikenali, menarik dan membangkitkan semangat di samping ia juga mengandungi satu hakikat yang agung walaupun secara andaiannya sahaja.

Kedua: Menggabungkan ilmu-ilmu moden dengan ilmu yang diajar di sekolah agama persendirian dengan menjadikan Bahasa Arab sebagai wajib, bahasa Kurdi dibolehkan serta bahasa Turki satu keperluan.

Soalan: Apa hikmah gabungan sebegini sehingga engkau sentiasa terus mencanangkan penubuhannya?

Jawapan: Menyelamatkan pemikiran daripada kegelapan pemikiran golongan Sofisme[48] yang terhasil daripada empat analogi yang salah[49], serta menghilangkan kecelaruan upaya berfalsafah semata-mata untuk mengikut secara kebudak-budakan.

Soalan: Seperti apa?

Jawapan: Sinaran jiwa ialah dengan ilmu agama, dan cahaya akal ialah dengan ilmu pengetahuan moden, dengan dua cabang ilmu ini, visi pelajar akan lebih tinggi. jika dipisahkan, akan timbul ketaksuban pada ilmu agama dan akan ada keraguan dan muslihat pada ilmu moden.

Ketiga: Memilih para Ulama Kurdi yang mempunyai kemahiran dalam dua cabang tersebut dan menjadikan mereka sandaran, ataupun mereka yang mengetahui bahasa tempatan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan mereka sebagai guru-guru.

Keempat: Mengambil tahu persediaan bangsa Kurdi keadaan masa kanak-kanak mereka serta perkara yang menggembirakan mereka. Ini adalah kerana di sana terdapat banyak pakaian; apa yang Nampak cantik dan sesuai pada seseorang itu mungkin nampak huduh jika dipakai oleh orang lain. Mengajar kanak-kanak biasanya ialah dengan paksaan atau pujukan serta galakan untuk memberikan mereka semangat.

Kelima: Melaksanakan kaedah pembahagian kerja dengan cara sepenuhnya sehingga setiap cabangan pengetahuan itu benar-benar melahirkan graduan di samping terdapat pengkhususan yang berciri rentas disiplin.

Keenam: Mendapatkan sumber kewangan, dengan menguatkuasakan disiplin moral untuk murid-muridnya supaya sama tarafnya dengan sekolah tinggi rasmi dengan peperiksaan yang mendapat pengiktirafan.

Ketujuh: Menjadikan Dar Mua’llimin (Pusat Latihan Guru) yang sedia ada sebahagian daripada kawasan universiti secara sementara sehingga sistemnya bertukar lebih baik dengan setiap satunya mampu menggabungkan di antara disiplin tradisional dan moden dengan pertukaran pengalaman masing-masing.


509. Page

Soalan: Apakah aset-asetnya?

Jawapan:Keazaman dan kesungguhan.

Soalan: Kemudian lagi?

Jawapan: Sekolah ini ibarat benih sebatang pokok yang gagah sekiranya subur menghijau dengan kesungguhan dan keagungan serta semangat ia akan membangun dan mampu menampung perbelanjaannya sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan kewangan kamu.

Soalan: Dari aspek yang bagaimana?

Jawapan: Dari pelbagai aspek.

Pertama: Apabila urusan waqaf berjalan dengan baik ia akan mendapat faedah daripada sumber ini dengan menyatukan sumber untuk semua sekolah.

Kedua: Zakat. Kita bermazhab Hanafi dan Syafie’. Madrasah Zahra’ ini tidak syak lagi akan dapat menarik sumber zakat yang khusus untuknya kerana khidmatnya kepada Islam dan kemanusiaan dan kalaulah ia hanya bagi zakat sahaja, ia masih lagi mencukupi.

Ketiga: Oleh kerana madrasah ini akan menjadi sekolah pilihan terbaik dalam kalangan bijak pandai kerana bakti yang bakal ditabur muridnya serta jasa yang bakal diberikan kepada Islam maka ia akan menjadi sebuah sekolah pilihan yang terbilang di mata ramai. Oleh kerana ia menggabungkan ilmu agama dengan ilmu moden serta berfungsi juga sebagai “takiyyah” maka pungutan derma nazar dan bantuan kewangan lain yang itu bantuan bangsa Islam akan mengalir kepadanya.

Keempat: Oleh kerana madrasah ini kelak akan bergabung dengan Dar Mua’llimin untuk tujuan pertukaran pengalaman yang disebutkan tadi, tidak menjadi halangan juga untuk meminjam sementara aset Dar Mua’llimin kepada sekolah tersebut yang akan dikembalikan selepasnya.

Soalan: Apakah hasil usaha ini yang menjadikan engkau sentiasa mencanangkannya semenjak sepuluh tahun dahulu atau mungkin semenjak lebih lima puluh tahun dahulu?

Jawapan: Secara ringkasnya ia adalah untuk menjamin masa depan ulama Kurdi dan Turki dengan memasukkan pengetahuan ke Kurdistan melalui pendidikan sekolah serta menzahirkan kesan positif sistem pemirintah parlemen dan Kemerdekaan memanfaatkan rakyat jelata dengannya.[50]


510. Page

Soalan: Mungkin lebih baik engkau menjelaskannya.

Jawapan:

Pertama: Menyatukan sekolah-sekolah dan melakukan penambahbaikan.

Kedua: Menyelamatkan Islam daripada dongengan, cerita, Israeliyyat dan ketaksuban yang terpendam.

Benar, Islam ialah kecekalan agama yang merupakan ketabahan, ketetapan dan komitmen kepada yang benar dan bukannya ketaksuban yang timbul daripada kejahilan tanpa pemikiran yang waras.

Jenis ketaksuban yang paling bahaya mengikut pandanganku ialah seperti yang terdapat pada golongan peniru Eropah yang atheist yang berpegang dengan pendirian mereka dan mendesak dengan degil supaya pemikiran mereka yang penuh kesamaran itu diterima sedangkan perkara itu tidak mungkin bagi para Ulamak yang berpegang dengan dalil.

Ketiga: Membuka pintu menyebarkan kebaikan perlembagaan sistem berparlimen.[51]

Benar, dalam kalangan rakyat jelata tidak ada niat untuk mengkritik Perlembagaan namun jika ia tidak membawa apa-apa faedah maka itu adalah keburukan yang terbesar kerana orang yang sakit sekiranya dia sangka ubat yang cuba disuapkan kepadanya beracun tidak akan cuba memakannya langsung.

Keempat: Membuka ruang memasukkan ilmu pengetahuan moden di sekolah-sekolah. Membuka sumber ilmu tidak akan mendapat tentangan daripada pendukung sekolah walaupun aku telah katakan bahawa fahaman yang salah dan sangkaan yang malang telah lama menjadi penghalang hubungan kedua-duanya. 

Kelima: Aku telah katakan seratus kali dan aku ulangi lagi di sini: Golongan sekolah agama dan sekolah moden perlu bersetuju dan bermuafakat, begitu juga di antara para pengikut “takiyyah” dan “zawiyah”[52] sehingga mereka bersatu pada asasnya dalam objektif dengan bertukar-tukar fikiran. Namun malangnya sepertimana perbezaan pemikiran mereka memisahkan kesatuan, begitu juga percanggahan cara jalan mereka pula menghalangkan kemajuan. Kerana setiap daripada mereka amat taksub dengan pendapat mereka kerana pendapat mereka yang bersifat simplistik terhadap pandangan orang lain, masing-masing saling menuduh pihak yang lain sebagai sesat dan jahil.


511. Page

Ringkasnya: Islam itu sekiranya boleh menjelma nescaya ia akan muncul sebagai satu istana agam yang berseri, salah satu balainya ialah sekolah moden, salah satu kamarnya ialah sekolah agama dan ruang tamunya adalah tempat semuanya berjumpa, umpama sebuah majlis syura yang ahli akan menyempurnakan kelemahan lainnya, maka Madrasah Zahra’ ini adalah ibarat istana ilahi yang ibarat cermin yang memantulkan cahaya mentari.

Wahai pembesar-pembesar, berikanlah khidmat kalian sebagaimana kami memberikan khidmat kami kepada kalian. Atau…wahai anggota kerajaan yang memandang kepada kami seperti seorang budak kecil yang memerlukan penjagaan, wujudkan kebahagiaan untuk kami sebagaimana kami mentaati kalian. Atau..wahai Pertubuhan Perpaduan dan Progres yang lama yang telah bersumpah akan mengambil fungsi Pertubuhan nasionalis bangsa Kurdi dan Turki, apabila kalian saling bergaul, jika kamu berlaku baik, kebaikan kamu itu benar-benar akan dirasakan, namun jika kalian tidak lagi mampu berbuat demikian, maka kembalikanlah tangungjawab itu kepada yang empunyanya.[53]

Soalan: Para ulama dikecam begitu kerap sekali, sehinggakan…?

Jawapan: Ia adalah satu perkara yang amat zalim.

Soalan: Kenapa?

Jawapan: Kerana ia adalah satu kebodohan ibarat menyandar dosa ketidak wujudan kepada wujud.

Soalan: Apakah maknanya ini?

Jawapan: Mengecam sesuatu ilmu kerana kesalahan yang timbul dari sikap terburu-buru pengamalnya bagi seseorang adalah satu kebodohan. Begitu juga menuduh para ulama yang kasihan yang hanya menyampaikan mesej kesucian Islam serta hukum hakamnya dengan kemampuan yang mereka ada yang menjadikan mereka itu layak dihormati dan dicintai lebih daripada sesiapa dalam kalangan masyarakat Islam dengan kesalahan dan maksiat yang muncul akibat ketiadaan ulama yang sesuai masa kini dan menyandar kesalah dan dosa itu kepada mereka jika ini bukan kebodohan maka apa lagi yang boleh dipanggil kebodohan.  


512. Page

Benar, sekiranya kewujudan mereka itu tidak mendatangkan mudarat bahkan ketiadaan ulama yang kita dambakan itu juga tidak akan memberikan kesan. Ini adalah kerana para cendiakawan yang pergi ke sekolah-sekolah moden pada kebiasaannya, serta para hartawan yang tidak memperdulikan keadaan sekolah-sekolah agama dalam keadaan sumber kewangan serta sistem dan aset tiada di sekolah-sekolah agama; kerana itulah tidak dapat dilahirkan para Ulama yang berkebolehan mengikut kehendak zaman, kerana itu berhati-hatilah, jangan sampai dibangkitkan kemarahan para Ulama kerana itu akan mengundang bahaya. [54]

Soalan: Amat sedikit orang yang mempunyai niat yang ikhlas, jika niatmu ikhlas, akan dipermudahkan jalanmu, maka, lihatlah kepada niatmu.

Jawapan: Segala puji bagi Allah dan tiada apa yang perlu dibanggakan.[55]Unsur-unsur permusuhan seperti keturunan serta zuriat, rasa takut dan tamak yang menjadikan niat ikhlas itu ikhlas tidak kenal aku dan aku pun tidak kenal dia. Aku bukanlah dari keturunan yang hebat sehingga aku perlu menjaga sejarahnya begitu sekali, aku juga bukanlah dikenali sebagai bapa kepada si fulan tertentu kerana aku tidak mempunyai zuriat untuk aku berusaha keras demi masa depannya. Aku mengidap ‘kegilaan’ yang tidak dapat ditakutkan oleh mahkamah tentera untuk cuba mengubatnya, pada diriku ada kejahilan yang menjadikan aku tidak dapat membaca ukiran pada dirham dan dinar, yang tinggal ialah perniagaanku untuk hari akhirat. Aku juga telah berikrar tidak akan menukar cara dan perjalananku walaupun segala ‘modal’ yang telahku curahkan dirampas daripadaku, kerana dari sekarang ini pun aku telah mula mengalami kerugian, aku telah mula terjerumus ke dalam lembah dosa, cuma yang tinggal ialah kemasyhuran yang palsu yang aku telah menjadikannya bosan denganku kerana ia sentiasa cuba untuk membebankanku dengan tugasan yang aku tidak mampu menunaikannya.

Soalan: Kenapa engkau berbaik sangka dengan kerajaan era perlembagaan sistem berparlimen dan dengan gerakan ‘Turki Muda’ [56] yang bukanlah berfikiran aethist?

Jawapan: Aku berbaik sangka kerana kamu tidak sedemikian, sekiranya ia tidak berfikiran sedemikian maka itu adalah baik. Jika tidak demikian aku akan cuba membimbingnya agar mereka berubah menurut sangkaan kita.


513. Page

Soalan: Pendapatmu tentang Pertubuhan Perpaduan dan Progres pula bagaimana?

Jawapan: Walaupun aku menghargai mereka namun aku menentang sikap melampau dan ganas pada polisi mereka itu[57]. Pun begitu, aku menghargai dan mengucapkan tahniah kepada cawangan-cawangan ekonomi dan ilmu pengetahuannya khususnya di wilayah timur.

Soalan: Apakah yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam masalah pengangguran penjara kemalasan?

Jawapan: Hidup ini adalah perjuangan, semangat adalah tunggangannya, apabila kita mula menjadikan azam bersama dengan semangat dan minat untuk keluar bertempur satu lawan satu di medan tarung, pertama sekali yang bakal kita ketemukan ialah rasa putus asa yang merupakan musuh paling ketat yang akan melemahkan kekuatan kita, maka hunuskan pedang yang tertulis padanya “janganlah sekali-kali menyerah!”[58].

Kemudian, penindasan akan hanya menggantikan kecemerlangan hasil perjuangan kebenaran yang tidak ada yang sanggup berpusu-pusu melaksanakannya; ia akan mula menyerang semangat dan cuba mencantas kepalanya serta menjatuhkannya dari kudanya, dalam keadaan itu hantarlah maksud “Jadikanlah diri kamu sebagai milik Allah” untuk menghadapi musuh-musuh tersebut.

Selepas itu akan muncul pula sikap terburu-buru yang akan mengelirukan semangat itu dengan meninggalkan keteraturan dalam melaksanakan keutamaan yang akan menggelincirkan jejak langkah semangat tadi, dalam keadaan itu ambillah kamu maksud “sabarlah dan kuatkanlah kesabaran dan bersedialah menghadapi mereka”[59]..sebagai penangkis kamu.

Kemudian apabila muncul pendapat peribadi yang tidak memperdulikan kepentingan orang lain di medan pertempuran itu yang hanya akan menghancurkan harapan manusia yang di antara tanggungjawabnya ialah memelihara hak-hak anak-anak bangsanya atau pun berjuang untuk mewujudkan hak-hak tersebut kerana dorongan sifatnya yang bertamadun, dalam keadaan itu hantarlah pejuang yang semangatnya berkobar-kobar yang bertepatan dengan kata-kata “sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada mereka”[60] untuk melawannya.

Kemudian dia mengambil kesempatan sifat santai dan malas pihak lain dan memulakan serangannya dengan mematahkan semangat mereka; jadikanlah kamu seperti dalam firman Allah “kepada Allah dan bukannya kepada selainNya hendak orang mukmin itu bertawakkal” yang merupakan benteng kuat yang akan mempertahankan semangat.


514. Page

Kemudian apabila satu musuh yang amat ketat ini muncul, iaitu sikap suka meninggalkan kerja untuk dibuat orang lain yang timbul kerana kelemahan dan tidak mempunyai keyakinan diri, hendaklah dia menjadikan dirinya bersemangat kembali dan memupuknya serta jadikanlah aspirasi kalian maksud ayat Al-Quran, “orang yang sesat itu tidak akan memberikan kamu apa-apa kesan apabila kamu mendapat petunjuk” untuk kamu tundukkan sikap tersebut agar ia tidak dapat melemahkan semangat.

Apabila musuh yang bersikap atheist itu yang masuk campur dalam perkara yang diserahkan kepada Allah urusannya lalu ia menampar kuat semangat juang tersebut dan cuba menutup penglihatannya, di waktu itu kalian hantarkanlah kepadanya hakikat makna ayat al-Quran,{ “Tetaplah pada jalanmu sebagaimana kamu diperintahkan”, dan juga “janganlah kamu cuba menjadikan tuanmu di bawah telunjukmu” sehinggalah kalian mampu menghalangnya.

Kemudian timbul pula sikap suka bersantai yang sebenarnya adalah merupakan segala macam kesulitan yang bakal timbul serta sebab segala kegagalan kerana ia akan membantutkan semangat kerja yang akan menukarnya menjadi putus asa, dalam keadaan itu kalian hantarlah pahlawan ayat yang bermaksud “Sesungguhnya tidaklah bagi manusia itu kecuali apa yang mereka usahakan” kepada musuh tersebut; ya benarlah maksud kata “Sesungguhnya dalam kesusahan itu terdapat keselesaan, sesungguhnya manusia yang semangatnya membara fitrah dan keselesaannya ialah dalam terus berusaha dan berhujah”.[61]

Mereka yang tidak mengetahuiku sewaku perjalananku dari satu tempat ke tempat lain mereka itu memandang pakaianku dan menyangkanku pedagang sambil berkata:

Soalan: Apakah engkau seorang pedagang?

Jawapan: Ya, pedagang, dan juga seorang ahli kimia juga.

Soalan: Bagaimana pula begitu?

Jawapan: Ada dua bahan yang aku campurkan, salah satunya melahirkan pati tonik yang dapat menyembuhkan dan keduanya melahirkan lampu yang terang.

Soalan: Di manakah kedua-duanya itu?

Jawapan: Dalam sebuah kotak hitam atau berkilau yang ditulis padanya “hati” yang terdapat di dalam peti yang berjalan dengan dua kaki tertulis pada dahinya “manusia” yang terdapat di pasar tamadun dan budi.

Soalan: Apakah namanya?

Jawapan: Iman, Kecintaan, Kesetian, Keagungan

 

Penulis surat khabar yang berkelana, tuan yang tidak memiliki apa-apa, hamba liku-liku zaman, Saudara Keajabin Said Al-Kurdi, Al-Nursi.


515. Page

[1] Hadith riwayat Abu Daud, no 2654, telah diriwayatkan bahawa daripada beberapa orang anak para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam daripada bapa-bapa mereka, daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: tidakkah orang yang menzalimi orang yang dilindungi oleh perjanjian, mengurangkan haknya, mengenakan ke atasnya beban di luar kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya secara zalim, maka aku adalah pembelanya (orang yang dizalimi) di hari kiamat kelak. No 2654, hadith riwayat Al Baihaqi dalam Sunan Al Sughra, no 2977.

[2] Hadith riwayat Al Bukhari dalam kitab Sahihnya, no 6956.

[3]Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain: disebut juga dengan lafaz: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain. Hadith riwayat Al Qadha’I dalam musnadnya. Hadith no 1140.

[4] Wahai pegawai-pegawai yang diperintah, janganlah kalian berkecil hati dengan kata-kata yang diujarkan oleh Said yang dahulu empat puluh lima tahun yang lalu. (Penulis)

[5] Maslahah mursalah ialah maslahah yang tidak disyari'atkan hukum oleh syari'at untuk menwujudkannya dan tidak ada dalil syara yang mengakuinya atau menolaknya. (Penterjemah)

[6] Mereka yang telah menjalankan despotisme mutlak selama dua puluh lima tahun sekarang menuduh golongan beragama dengan tuduhan reaksionisme. Sedangkan mereka menyembunyikan kemurtadan mereka yang tersirat dengan kezaliman yang melampau.

[7] Perpaduan Dan Progres: ialah nama sebuah parti yang memerintah Kerajaan Uthmaniyyah sejak Mesrutiyet diwartakan pada 1908 sehingga kejatuhannya.

[8] Sila ulang baca, kerana perenggan ini disulitkan dan ada terdapat tanda-tanda di dalamnya. (Penulis)

[9] Peristiwa 31 Mac: Gerakan pemberontakan di Istanbul yang disertai sebilangan tentera dan orang awam. Tetapi ia dilumpuhkan oleh Kerajaan Perpaduan Dan Progres dengan pertumpahan darah.

[10] Berhentilah pada perenggan ini dan pertimbangkan dengan teliti. (Penulis)

[11] Bantahan ini dibuat oleh seorang pendengar yang hadir dalam majlis tersebut. Berkemungkinan dia adalah seorang wali besar; Said yang lama telah mendapat visi ramalan empat puluh lima tahun yang lalu bahawa ruang lingkup sempit permasalahan Rasail An Nur adalah sekitar permasalahan politik yang amat luas sekali. Jadi, jawapan-jawapan yang termaktub dalam buku ini adalah bertitik tolak daripada visi tersebut; maka sebab itulah wali itu membantah pada poin ini sahaja. (Penulis)

[12] Jangan pergi, sesungguhnya dia menyeru kamu. (Penulis)

[13] Ia mengkhabarkan tentang sebuah ramalan bahawa isi-isi Rasail An Nur akan ditulis dan dibukukan pada masa akan datang. (Penulis)

[14] Jawapan ini juga telah ditulis disebabkan oleh keasingannya. (Penulis)

516. Page

[15] Khayalan ini juga seperti alat projektor wayang. (Penulis)

[16] Sebahagian ayat ilmu logik: ia telah digunakan kerana ada penuntut ilmu logik berada di majlis tersebut. (Penulis)

[17] Disebabkan soal jawab ini relevan buat kehidupan sepanjang zaman, maka pengajaran yang disampaikan empat puluh tahun yang lalu masih signifikan di masa sekarang, dan ia akan kekal sebegitu. (Penulis)

[18] Perhatikan, jangan berkata apa-apa, dan fahamilah bahawa sesungguhnya mereka menyandarkan kebaikan kepada pemimpin, dan menempelkan keburukan kepada zaman, lalu mereka mencela dan mengadu-domba. (Penulis)

[19] Jawapan yang amat penting. (Penulis)

[20] Bulatan orbit: Yang dimaksudkan adalah lingkungan peristiwa dan ketentuan umum.

[21] Bait puisi Abu Tammam dalam antologinya.

[22] Jadi hakikat dalaman mereka tidak pernah lemah sekali pun. (Penulis)

[23] Oleh kerana orang Turki dan Kurdi hebat dalam seni keberanian, aku boleh bertanya dan mereka boleh menjawab.

[24] Bangsa yang wujud itu ruhnya Islam, akalnya Uthmani, dan jasadnya Turki dan Kurdi (Penulis)

[25] Hati telah mendapat ilham bahawa pelajaran-pelajaran yang disampaikan kepada keluarga-keluarga Badwi ini pada empat puluh lima tahun yang lalu, pada masa sekarang boleh menjadi satu pelajaran kepada pelajar-pelajar Rasail al-Nur. Maka aku serahkan urusan kepada badan pengurusan mMdrasah Az Zahra’, buanglah Kalimat-kalimat tambahan yang tidak munasabah, dan kekalkan bahagian yang bertepatan dengan zaman sekarang dan anak murid, supaya Said yang lama menjadi mengadaptasi ajaran Rasail al-Nur, tidak kekal berseorangan pada zaman itu. (Penulis)

[26] Jangan marah, kerana kata-kata ini seumpama zakat. (Penulis)

[27] Kelihatannya satu bahagian daripada soalan-soalan tersebut berhampiran dengan satu sama lain, tetapi di antaranya sebenarnya ada satu lembah yang dalam. Imaginasi tidak akan dapat melihat kedudukan soalan-soalan itu melainkan setelah menaiki belon udara panas, dan menggunakan teropong. (Penulis)

517. Page

[28] Disebabkan ahli-ahli Rasail al-Nur adalah orang yang ditujukan pembicaraan ini, maka frasa “keikhlasan, kesetiaan, ketekalan, dan bersatu-padu” patut ditambah kepada perkataan “kejujuran”. (Penulis)

[29] Benar, beberapa suku kaum di Pakistan dan negeri-negeri Arab juga telah mendapat autonomi dan kemerdekaan selepas 45 tahun. Mereka mempercayai Said yang sebelum ini dalam pelajaran ini dan akan terus mempercayainya. (Pengarang)

[30] Mungkin juga bayangan anda seperti melompat-lompat kerana soalan-soalan yang tampak seperti jauh tidak berhubungan ini. Oleh itu berhati-hatilah agar tidak ada yang menjadi penghalang pula sehingga kefahaman anda menjadi rosak; iaitu janganlah mentafsirkankata-kata ini dengan salah seperti golongan Perwakilan Umum. (Pengarang)

[31] Ibarat ini adalah merupakan ungkapan tempatan yang terhasil daripada isu yang aku cuba berikan penjelasan. (Pengarang)

[32] Ini adalah satu ungkapan yang diambil daripada satu bahagian karya tertentu, ia adalah isyarat kepada para Wali seumpama Shah Al-Naqshabandi, Imam Rabbani, Syeikh Khalid Diya’uddin, Sayyid Taha, Sayyid Sibghatullah dan Saida, qaddasa sirrahū.

[33] Mereka itu meminum arak (cinta Allah) dan meninggalkan akhirnya balangnya kosong (cinta dunia).

[34] Ini adalah perenggan-perenggan yang pada acara ungkapan sebegini yang bersambung-sambung, pada setiap satunya adalah isyarat kepada sinar-sinar Islam juga kepada kebaikan, cirinya, hubungannya dan asasnya.

[35] Warna biru langit adalah satu tahap daripada tahap-tahap warna biru gelap yang timbul daripada percampurannya dengan warna merah.

[36] Sesuatu yang melengkung dan berupa busur yang terdapat pada binaan.

[37] Aku mengatakan demikian pada waktu aku berfikiran bahawa bahasa Arab adalah perlu dan wajib. (Pengarang)

[38] Para Mursyid telah berkumpul di sudut ini, iaitu pada perenggan ini, maka janganlah ia dilalui tanpa merujuk mereka, terdapat isyarat padanya tentang golongan Mawlawi, juga kepada golongan Qadiri serta Naqshabandi dan Biqtashi (Pengarang).

518. Page

[39] Takiyyah ialah sebuah tempat berupa binaan tempat tinggal mereka yang ingin terus beribadah tanpa terlibat dengan kerja lain di zaman Uthmaniyyah. (Penterjemah)

[40] Hadis riwayat Anas bin Malik daripada Rasulullah SAW, disahihkan oleh Bukhari dan dikeluarkannya dalam Bab: “Iman itu adalah untuk menyukai seseorang saudaranya seperti yang disukainya untuk dirinya”, Hadis no. 13.

[41] Di Timur Turki

[42] Perhatikan dengan dekat dua perkara ini; sekiranya engkau benar-benar memahaminya engkau akan mendapatkannya. (Pengarang)

[43] Perbidalan Turki.

[44] Soalan yang ditanyakan salah seorang bangsa Albania

[45] Diasaskan pada1889, merupakan parti politik pertama dalam Kerajaan Uthmaniyyah bertujuan untuk mengembalikan Turki sebagai salah satu kuasa besar dunia. Para pemimpin dan pengikutnya terlibat dengan revolusi dan konspirasi menjatuhkan sesetengah pemimpin lalu ada yang dipenjara dan dihukum bunuh samada ketika tempoh terakhir kerajaan Uthmaniyyah atau ketika Atartuk telah memerintah. (Wikipedia)-(Penterjemah)

[46] Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizikyang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu "Supreme Being". (Wikipedia)-(Penterjemah)

[47] Bitlis (Bahasa Kurdi: Bidlîs, Bahasa Armenia: Բաղեշ, Baghesh; Բիթլիս, Bitlis) ialah bandar di timur Turki dan ibu kota Wilayah Bitlis. Orang Kurdish membentuk majoriti penduduk. (Wikipedia)-(Penterjemah)

519. Page

[48] Sofisme ialah suatu aliran pemikiran yang berpendapat bahwa kebenaran itu relatif. Ia dinamakan demikian karena yang mula-mula mempraktikkannya adalah kaum sofis, satu golongancendekiawan yang mahir berpidato pada zaman Yunani kuno. Mereka selalu berusaha memengaruhi khalayak ramai dengan hujah-hujah yang menyesatkan yang disampaikan melalui pidato-pidato mereka. (Wikipedia)- (Penterjemah).

[49] Analogi yang salah itu ialah membuat analogi perkara material dengan moral, berhujah dengan pendapat orang Eropah walaupun dalam perkara nilai dan moral, menolak terus kata para Ulama’ yang tidak mempelajari ilmu moden walaupun dalam pengetahuan keagamaan, mendabik dada dengan pengetahuan moden dan bersandarkan kepada akal serta menjadikannnya asas pengetahuan agama, mengukur amalan golongan terdahulu dengan perspektif golongan terkemudian, zaman semasa dengan zaman lampau. Ia adalah umpama satu bantahan hujah namun tidak mengandungi kebenaran. (Pengarang)

[50] Aku telah menyampaikan isu-isu yang berkaitan dengan Madrasah Zahra’ ini pada tahun ke tiga kemerdekaan sebagai ucapan kepada keluarga-keluarga besar di Bitlis, Wan dan Diyarbakir dan lain-lain tempat. Semuanya berkata ia adalah satu saranan yang baik dan boleh dilaksanakan, seolah-olah dalam isu ini aku menjadi jurucakap bagi kehendak mereka jua. (Pengarang).

[51] Era Perlembagaan Pertama Turki ialah di antara 1876-1878 namun hanya selepas dua tahun Perlembagaan dan Parlimen Turki berlangsung ia digantung oleh Sultan Abdul Hamid sehinggalah ia dilancar kembali dalam era Perlembagaan kedua pada 1908. (Penterjemah)

[52] Takiyyah adalah sebuah asrama yang menempatkan para pelajar dan mereka yang ingin menumpukan pada ilmu dan ibadat di Turki manakala Zawiya adalah institusi pendidikan yang popular di utara benua Afrika di Libya dan Moroko khususnya. Kedua-duanya mempunyai persamaan fungsi tetapi bebeza geografi. (Penterjemah).

[53] Wahai ahli politik dan anggota kerajaan, wahai yang menyangka dirinya dalam kalangan golongan elit, Jangan kalian merasa dengan mengambil buku ini yang merupakan pengajaran dan bicara kepada rakyat awam untuk mengatasi rasa putus asa mereka. Jika kamu salah menggunakannya membawa padah lebih daripda salah faham dalam kalangan rakyat. Aku pernah mengajar kalian perkara ini dahulu namun kalian tidak mahu juga mendengar maka kamu terima satu tamparan hebat.

520. Page

[54] Wahai pejuang sekolah agama janganlah putus asa, yang dominan sekarang ialah ilmu pengetahuan, kita akan tetap maju berkembang dengannya, yang tinggi kedudukan ilmunya akan tetap dijulang tinggi. (Pengarang)

[55] Keramah Syaikh ini diriwayatkan oleh beliau sendiri tetapi berbicara tentang nikmat merupakan kesyukuran juga. (Pengarang)

[56] Salah satu pertubuhan politik Turki. (Penterjemah)

[57] Sekiranya dalam membahagi-bahagikan keadilan itu tidak terdapat keadilan, maka kezaliman itu akan timbul, kita tidak perlu mengecewakan seribu orang untuk memuaskan hati seorang, keganasan adalah berbeza dengan keagungan. Seorang yang sombong dan bangga diri yang berpegang dengan kebenaran akan turun mendorong ramai yang lain kepada kezaliman bahkan mungkin juga dia akan memaksa mereka untuk menerimanya.

[58] Sebahagian daripada ayat 53 Surah Al-Zumar. (Penterjemah)

[59] Sebahagian ayat 200 Ali ‘Imran.

[60] Lihat Musnad Al-Shihab 2/223 no 1234, dan ada contoh-contoh lain seperti hadis “Makhluk adalah tanggungan Allah, dan yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat kepada tanggungannya, lihat Kashf al-Khafa’ 1/472 no. 1254.

[61] Aku sedar sekarang kalian mula tidak faham bicaraku, aku pun kalau di tempat kalian mungkin juga tidak faham, Risalah “resipi” para Ulama yang merupakan kakak sulung Risalah ini juga mengandungi bicara yang lebih samar, kerana itu aku terpaksa berlegar-legar bersama kalian, inilah aku sekarang ini yang cuba menjadikan khayalanku sebagai teman diriku. (Penulis).