NAVIGATION
130. Page
Surat ke Dua Puluh
بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
Dengan NamaNya, Sesungguhnya setiap sesuatu itu tidaklah kecuali bertasbih dengan memujiNya
بِسْـــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير وإليه المصير
Membaca berulang-ulang ungkapan ini selepas Subuh dan Maghrib banyak kelebihannya. Ia membawa kedudukan nama teragung sebagaimana yang didapati dalam beberapa riwayat yang sahih. Ada sebelas perkataan, setiapnya merupakan satu bentuk berita gembira serta satu kedudukan daripada Tauhid Rububiyyah, di dalamnya juga terdapat makna kebesaran Keesaan serta kesempurnaan KewujudannNya yang Tunggal di samping padanya juga terdapat rahsia makna namaNya yang teragung.
Berdasarkan kepada apa yang dijanjikan sebelum ini kami tuliskan berkenaannya satu ringkasan yang mengandungi dua perkara dan satu muqaddimah manakala perincian selebihnya akan kami muatkan dalam Risalah-risalah yang lain.
Muqaddimah
Wahai manusia ketahuilah dengan yakin bahawa tujuan penciptaan yang paling murni serta maksud tertinggi untuk fitrah kejadian adalah beriman kepada Allah. Setinggi-tinggi tahap insani dan sebesar-besar kedudukan kemanusiaan ialah mengenali Allah yang tersirat dalam kepercayaan kepadaNya. Semanis-manis kebahagiaan serta nikmat untuk manusia dan jin ialah mencintai Allah yang tersirat mengenaliNya. Kegembiraan yang sebenarnya pula buat manusia dan kegirangan hati yang tulen ialah kelazatan rohani yang tersirat di dalam kecintaan kepada Allah.
Benar, sesungguhnya kebahagiaan sebenar itu seluruhnya, kegembiraan yang tulen, nikmat yang manis serta kelazatan yang suci itu adalah di dalam mengenali Allah dan di dalam mencintai Nya tanpa syak lagi. Kebahagiaan, kegembiraan, nikmat dan kelazatan hidup adalah tidak bermakna tanpanya. Sesiapa yang mengenali Allah dan mencintai-Nya akan mengecapi kebahagiaan, nikmat, pancaran hidayah yang tidak terhingga dan rahsia-rahsia lain dengan dalam bentuk kekuatan dan perbuatan. Manakala yang tidak mengenaliNya dan mencintaiNya akan ditimpa dengan kedukaan, kesakitan serta kecelaruan berbentuk moral dan fizikal yang tidak ada batasannya.
Benar, apakah nilai hidup ini – dalam dunia yang menghampakan ini di antara mereka yang juga kecewa yang sesat – kepada seorang yang lemah layak dikasihani yang tidak mempunyai Pemilik dan Pelindung kalaupun dia menjadi Raja kepada dunia dan seluruh isinya?
131. Page
Demikianlah kita semua faham bagaimana kecewa dan sesatnya hidup manusia di dunia yang menghampakan lagi sementara ini dalam kalangan jenis-jenis manusia yang sesat jika dia tidak mengenali Tuannya dan menjumpai Pemiliknya.
Namun sekiranya dia mendapati Tuan dan mengetahui siapakah Pemiliknya maka sewaktu itu dia akan berlindung dengan belas rahmatNya, bergantung kepada kekuasaanNya, dunia yang ganas akan bertukar menjadi taman untuk bersiar-siar serta gedung untuk dia beruntung berniaga.
*Maqam pertama telah disisipkan dalam tajuk “Tongkat Musa” oleh itu ia tidak lagi disertakan di sini.
Maqam Kedua
Isyarat ringkas dalam membuktikan Tauhid dari sudut namaNya yang Agung
Kalimat Pertama: Lāilāha illāllāh (لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ)
Dalam ungkapan Lāilāha illāllāh terdapat pengesaan (Tauhid) Uluhiyyah dan Ma’budiyyah (Perhambaan)[4]. Kami tunjukkan di sini dengan sejelas mungkin kedudukan ini sepertimana berikut:
Kita lihat di alam semesta khususnya pada permukaan bumi ini satu perbuatan yang sangat sistematik, satu penciptaan yang teramat bijaksana, satu bentuk “penyerlahan” yang amat terperinci serta amat tersusun. Kita dapat melihat sendiri dengan mata kepala kita penyerlahan bentuk tertentu ciptaan segala sesuatu serta “pemberiannya” dengan satu reka bentuk tertentu. Kita juga dapat melihat satu bentuk pemberian nilai kebaikan serta penganugerahan dalam keadaan yang penuh belas kasih, kemurahan serta rahmat.
Keadaan serta sistem ini membuktikan secara tidak syak lagi wajibnya ada Dia yang Berkuasa membuat, lagi Maha Pencipta, Maha Pembuka Maha Pemberi serta wajibnya Dia itu keadaanNya Esa.
132. Page
Benar, lenyapnya segala yang wujud dan kemunculannya dalam bentuk yang baharu dalam keadaan sentiasa menunjukkan yang segala yang wujud ini adalah merupakan pernyerlahan (tajalli) Nama-nama suci Pencipta yang Maha Berkuasa itu serta kesan-kesan perbuatanNya, ukiran pena qadar serta kekuasaanNya, cerminan kesempuranan keindahanNya. Dia juga menunjukkan hakikat kebenaran yang agung serta menerangkan betapa tingginya kedudukan Tauhid ini dengan menghantar dan menurunkan kitab serta suhuf-suhuf yang suci. Para ahli hakikat dan sempurna dalam kalangan manusia juga menerangkan kedudukan Tauhid ini dengan seluruh pengalaman dan apa yang diserlahkan kepada mereka dari segi kasyaf. Sertaalam semesta ini adalah juga -bersamaan kelemahan dan kemiskinannya- tanda yang menunjukkan kedudukan Tauhid itu sendiri dengan apa yang menjadi bukti keajaiban ciptaan dan kreativiti serta kekuasaan yang melampaui batasan yang menyimpan segala macam bentuk khazanah dan kekuasaan.
Oleh itu, Dia yang menjadi saksi yang Azali dengan segala Kitab dan suhuf yang diturunkan olehNya serta para ahli hakikat dengan segala kasyaf dan pengalaman batin mereka dan juga segala alam yang tampak ini dengan segala ehwalnya yang tersusun rapi yang berfungsi dengan penuh kebijaksanaan membuktikan kedudukan Tauhid tersebut, maka barangsiapa yang tidak menerima wujudnya Pencipta yang Esa itu maka dia menerima tuhan yang berbilang atau mengingkari kewujudan dirinya dan wujudnya alam semesta ini seperti dakwaan penganut falsafah Sofist yang dungu.
Kalimat kedua: “wahdahū” (وَحْدَهُ)
Perkataan ini menunjukkan kedudukan Tauhid yang jelas, di sini kami tunjukkan sejelas-jelasnya dalam bentuk yang diterangkan dibawah ini:
Perkara pertama yang akan kita perhatikan apabila kita membuka mata dan memandang ke langit ialah cirinya yang amat tersusun, amat berdaya cipta serta amat terperinci yang berada dalam satu keseimbangan yang menyeluruh serta halus. Setiap satu berada dalam satu sistem yang amat terperinci yang dikawal dengan mekanisma yang amat tepat dengan kuantiti yang tepat. Setiap kali kita perhatikan lebih lanjut lagi kita akan dapat melihat susun atur yang sentiasa berubah seperti ada yang sentiasa mengubah sistem tersebut dengan keadaan yang terselia dan sistematik sehinggakan setiap sesuatu itu menjadi satu yang sempurna yang padanya terdapat ciri-ciri ketekunan ciptaan yang amat tersusun dan seimbang.
133. Page
Apabila kita perhatikan lebih dalam lagi, ini akan memperlihatkan satu ciri kebijaksanaan serta keadilan di bawah sistem yang sedemikian kerana ia sebenarnya mengambil kira dalam setiap pergerakannya tujuan dan kebaikan tertentu untuk mencapai faedah serta manfaat tertentu. Apabila kita teliti lebih dalam lagi, perhatian kita tertumpu kepada satu satu tindakan yang amat bijaksana yang menzahirkan satu kekuasaan serta ilmu yang tentunya merangkumi segala sesuatu.
Oleh itu sistem serta keseimbangan ini yang terdapat dalam segala yang dicipta menyerlahkan kepada pandangan mata kita satu bentuk susun atur serta keseimbangan umum yang kedua-duanya menunjukkan satu kebijaksanaan serta keadilan yang umum yang kedua-duanya pula menyingkap satu kekuasaan dan ilmu: bahawa sesungguhnya yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu serta yang amat mengetahui tentang segala sesuatu itu menyerlahkan kepada akal daripada sebalik tabir dan hijab pengetahuan.
Apabila kita melihat pula kepada permulaan setiap sesuatu dan pengakhirannya terutama dalam ciptaan yang bernyawa bahawa permulaannya serta asal-usulnya juga hasilnya dan natijahnya diciptakan dalam keadaan benih asalnya itu mengandungi rencana atau program yang merangkumi seluruh mekanisme yang diperlukan sesuatu itu untuk hidup. Segala persediaan itu termuat pula dalam hasil mahsul yang dikeluarkannya yang turut mengandungi sejarah hidupnya; biji serta benihnya adalah asal usul yang merekodkan segala ciri yang mengupayakan kehidupannya seperti buahnya yang merupakan senarai yang mengandungi segala peraturan yang membolehkannya tumbuh dan hidup.
Apabila kita melihat pada aspek dalaman dan luaran ciptaan tersebut, akan terlihat proses-proses yang mencerminkan kekuasaan yang amat bijaksana, satu keteraturan yang terhasil daripada saru arahan yang disengajakan: bahawa terdapat keupayaan dan kekuatan yang mewujudkan ciptaan tersebut serta terdapat juga perintah serta keinginan yang memberikannya bentuk tertentu.
Demikianlah apabila kita melihat dengan lebih dekat pada permulaan setiap yang wujud itu, kita akan dapat memperhatikan ciri ciri ilmu, apabila kita merenung pengakhirannya pula dapat kita lihat perencanaan Penciptanya dan prosesnya. Apabila kita renung pada luaran zahirnya akan terlihat satu bentuk perhiasan hasil daya cipta yang bersesuaian dan kehalusan PenciptaNya yang berkehendakkan ia menjadi sedemikian. Apabila kita renung pula pada dalamannya kita akan melihat satu mekanisme yang amat teratur lagi teliti yang diselia oleh Pencipta yang Maha Agung.
134. Page
Semua keadaan ini tanpa dapat disangkal lagi menunjukkan bahawa tidak mungkin untuk sesuatu itu atau untuk sesuatu tempoh masa atau tempat itu terlepas daripada seliaanNya yang Esa yang mempunyai Keagungan. Seluruh ciptaan samada secara bersendirian atau kolektif keadannya adalah diurus dan diselia dalam kawalan yang Maha Kuasa lagi Maha Menghendaki. Ia seteruskan disempurnakan serta dihiasi dengan susun atur Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dengan segala kehalusan dan kebaikanNya.
Benar, sesungguhnya segala sistem dan keseimbangan pada perkara yang wujud dalam alam ini menunjukkan kepada yang ada kesedaran dalam fikirannya dan pengamatannya tentang keesaan serta kesatuan serta ketunggalan Pencipta yang Maha Mengetahui, Bijaksana dan Maha Menghendaki yang semuanya tertera dalam ciri KeesaanNya.
Benar, sesunguhnya dalam segala sesuatu terdapat satu bentuk penyatuan, dan segala yang berkongsi ciri itu menunjukkan kepada satu sumber. Contohnya:
Matahari yang menyinari bumi ini adalah satu, jadi pemilik dunia juga adalah satu, udara, api dan air yang merupakan unsur yang menyumbang kepada kehidupan di muka bumi adalah juga satu, oleh itu tentulah yang memudahkan kegunaannya adalah juga satu.
Kalimah ketiga: “Lā sharīka lah” (لَا شَر۪يكَ لَهُ)
Pendapat pertama daripada Kalimah ke 32 telah menghuraikan makna kalimah ini dengan sejelas-jelasnya, oleh itu kami rujukkan penerangan tersebut kepadanya; tidak perlu dijelaskan lagi memandangkan ia telah dihuraikan dengan amat jelas sekali.
Kalimah keempat: “lahū al-mulku” (لَهُ الْمُلْكُ)
Setiap satu yang wujud bermula daripada bumi sehinggalah kepada sebesar-besar ‘Arash, daripada pasir kepada bintang, daripada atom sehinggalah kepada gugusan cakerawala yang bergerak, daripada azali hinggalah ke masa yang kekal abadi, langit serta bumi, dunia dan akhirat, serta segala sesuatu adalah milikNya, Dia yang memiliki kuasa memilik yang paling besar yang menunjukkan ciri keEsaan (tauhid) yang agung.
135. Page
Telah terlintas di benak pemikiran hamba yang lemah ini satu hujah yang besar yang menjelaskan ketinggian kedudukan pemilikan yang besar serta kedudukan keesaanNya pada satu ketika, dalam bentuk lintasan fikiran yang indah, dengan perkataan Arab pada asalnya[5], kita jelaskan di sini kemudian akan diterangkan maksudnya:
لَهُ الْمُلْكُ ِلَانَّ ذَاكَ الْعَالَمَ الْكَب۪يرَهٰذَا الْعَالَمِ الصَّغ۪يرِ مَصْنُوعُ قُدْرَتِه۪ مَكْتُوبُ قَدَرِه۪ اِبْدَاعُهُ لِذَاكَ صَيَّرَهُ مَسْجِدًا ا۪يجَادُهُ لِهٰذَا صَيَّرَهُ سَاجِدًا اِنْشَآئُهُ لِذَاكَ صَيَّرَ ذَاكَ مُلْكًا ا۪يجَادُهُ لِهٰذَا صَيَّرَهُ مَمْلُوكًا صَنْعَتُهُ ف۪ي ذَاكَ تَظَاهَرَتْ كِتَابًاصِبْغَتُهُ ف۪ي هٰذَا تَزَاهَرَتْ خِطَابًا قُدْرَتُهُ ف۪ي ذَاكَ تُظْهِرُ حَشْمَتَهُ رَحْمَتُهُ ف۪ي هٰذَا تُنَظِّمُ نِعْمَتَهُ حَشْمَتُهُف۪ي ذَاكَ تَشْهَدُ هُوَ الْوَاحِدُ نِعْمَتُهُ ف۪ي هٰذَا تُعْلِنُ هُوَالْأَحَدُ سِكَّتُهُ ف۪ي ذَاكَ فِي الْكُلِّ وَ الْأَجْزَآءِ خَاتَمُهُ ف۪يهٰذَا فِي الْجِسْمِ وَ الْأَعْضَآءِ
“Dialah yang memiliki pemilikan sesuatu/kerajaan segala sesuatu,
Kerana itu adalah alam yang besar dan ini adalah alam yang kecil, keupayaannya telah diciptakan dan ketetapannya telah ditulis.
Daya ciptanya untuk alam besar telah menjadikannya itu tempat untuk sujud kepadaNya,
PenciptaanNya untuk alam kecil menjadikannya sujud kepadaNya,
PenjadianNya terhadap perkara itu menjadikanNya Pemiliknya,
PenciptaanNya perkara tersebut menjadikannya dimiliki,
PerbuatanNya dalam perkara itu telah timbul dalam bentuk sebuah Kitab,
PenghiasanNya dalam perkara tersebut telah terhias dalam bentuk sebuah ucapan,
KekuasaaNya dalam perkara itu telah menyerlahkan keagunganNya,
RahmatNya dalam perkara tersebut mengatur segala nikmatNya,
KeagunganNya dalam perkara itu menjadi saksi bahawa Dia adalah yang Esa,
Nikmatnya yang dianugerah dalam perkara tersebut menyatakan keEsaanNya,
Tanda khusus dalam perkara itu terdapat pada keseluruhannya dan pada bahagiannya,
Tandanya dalam perkara tersebut ialah pada jasad dan anggotanya.”
136. Page
Merujuk kepada baris pertama: (ذَاكَ الْعَالَمَ الْكَب۪يرَ... إلخ")“itu adalah alam yang besar…”
Maksudnya inilah alam yang dipanggil alam semesta. Alam kecil pula dinamakan manusia yang merupakan bayangannya yang kecil. Kedua-duanya menzahirkan bukti-bukti keEsaan yang terdapat pada ufuk-ufuk alam semesta serta pada nyawa-nyawa manusia yang telah tertulis dengan pena qudrat dan qadar.
Benar, penciptaan yang amat terperinci pada alam semesta terdapat juga perinciannya pada ciptaan manusia, jika penciptaan semesta itu yang menyaksikan daya cipta yang maha hebat keEsaan Penciptanya begitu jugalah daya cipta yang sama yang amat kecil lagi teliti pada penciptaan manusia yang juga menunjukkan kewujudan Pencipta yang sama, yang mengesakan lagi keEsaanNya.
Sebagaimana manusia ialah rasam penulisan Rabbani yang penuh makna, juga satu qasidah qadar yang disusun dengan begitu indah, demikian jugalah alam semesta yang merupakan satu qasidah qadar yang disusun begitu indah ditulis dengan pena qadar sendiri dengan skala yang lebih besar.
Adakah mungkin terdapat campurtangan selain daripadaNya Yang Esa dalam tanda keEsaan yang terukir pada wajah manusia yang tersirat padanya makna yang tidak terperi bilangannya pada pemahaman manusia. Juga pada ciri keEsaanNya yang terpahat pada alam semesta yang padanya segala yang wujud itu saling menyempurnakan yang lain dalam fungsinya serta saling bergantung kepada satu sama lain; apakah mungkin ada yang selainNya yang mengatur segala ini?
Maksud baris kedua (اِبْدَاعُهُ لِذَاكَ -), “Daya ciptanya itu…”
Pencipta yang Maha Bijaksana itu telah menciptakan alam semesta itu dengan penuh keindahan, mengukir padanya tanda-tanda kebesaranNya yang hebat; ini dengan menjadikan alam itu sebagai sebuah masjid yang besar; demikian juga manusia diciptaNya dengan penuh keindahan. Dianugerahkan kepadanya akal fikiran. Dia menjadikan manusia sujud kekaguman di hadapan kehebatan ciptaanNya dan di hadapan keindahan ciptaanNya dan kepelbagaian kehebatan kekuasaanNya. Dia jugalah menjadikannya dapat membaca tanda-tanda keagungan ZatNya dengan menciptakan manusia dengan sifat hamba yang sujud dalam masjid semesta yang besar itu dengan perasaan menyerah kepadaNya dan tunduk kepada kekuasaanNya.
137. Page
Apakah mungkin sembahan sebenarnya untuk para hamba bersujud dan mengabdikan diri terdapat selain daripadaNya Pencipta yang Satu lagi Maha Esa itu?
Maksud baris ketiga, (اِنْشَٓائُهُ لِذَاكَ)“PenjadianNya…
Dialah Pemilik segala pemilikan yang milikNya segala Kehebatan yang telah menjadikan alam semesta – khasnya muka bumi ini- satu kejadian yang berupa lapangan-lapangan saling bertindih yang tidak ada had bilangannya; setiap lapangan itu umpama satu ladang; padanya ditanam dan dituai hasil yang dihasilkan dari masa ke masa, dari satu musim ke lainnya, dari satu tempoh kepada yang lain. Dialah yang menggunakan kekuasaanNya dengan cara berterusan dan tetap. Dia menjadikan alam atom yang merupakan satu lapangan terbesar yang padanya dia sentiasa menguruskan pergerakannya dengan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya menghasilkan tenaga untuk seluruh alam semesta yang digunakanNya untuk menghasilkan bentuk tenaga lain, menzahirkannya dan pada masa lain melenyapkannya, menghantarnya dari alam nyata ke alam ghaib, dan dari lingkungan kuasa ke lingkungan ilmu.
Dia juga telah menjadikan muka bumi ini – yang merupakan satu lapangan yang sederhana – satu bentuk ladang, padanya Dia meletakkan padanya alam-alam dan menuai hasilnya dari satu musim kepada lainnya dan menghantar hasil-hasil maknawinya kepada alam-alamnya yang ghaib yang tersirat.
Dia juga memenuhkan beribu-ribu kali taman yang kecil – sebuah lapangan yang kecil – dengan kekuasaan dan mengendalikannya dengan penuh kebijaksanaan.
Dia menghasilkan daripada entiti yang hidup seperti pohon atau manusia – yang merupakan lapangan yang paling kecil – hasil kerjanya yang menjangkaui ratusan kali ganda kemampuannya.
138. Page
Maksudnya: Itu lah Dia Pemilik untuk segala macam pemilikan yang baginya setiap keagungan yang menciptakan segala sesuatu – besar atau kecil, seluruh atau sebahagian, sebagai satu sampel yang diserlahkan padanya keindahan ciri ciptaanNya yang terukir dengan ukiran yang sentiasa memperbaharui keadaannya dengan ratusan bentuk dan acuan yang menzahirkan Nama-namaNya serta kehebatan kekuasaanNya. Dia telah menciptakan segala sesuatu dalam pemilikanNya sebagai satu lembaran sambil Dia menulis pada setiap lembaran itu tulisanNya yang mempunyai pelbagai makna dengan bentuk yang bermacam-macam. Padanya dizahirkanNya tanda-tanda kebijaksanaanNya. Mereka yang mempunyai kesedaran memahaminya. Dia juga telah menjadikan alam semesta ini seperti satu kerajaan, serta menjadikan manusia sebagai satu ciptaanNya yang diberikan peralantanNya, indera-indera serta perasaan khususnya nyawa, kehendak, keperluan, keinginan dan keazaman, serta menjadikannya dalam kerajaanNya yang luas milikNya, hamba yang memerlukan kepada semua yang dimilikiNya.
Maka apakah mungkin untuk dia mengendalikan segala yang menjadi milikNya itu lalu menjadi Tuan kepada segala yang menjadi miliknya terdapat selain dariNya yang merupakan Pemilik segala pemilikan yang memiliki segala keagungan Yang menjadikan segala sesuatu bermula daripada alam atom sehinggalah kepada lalat. Dialah yang menjadikan manusia yang kerdil itu penyelia dan pemerhati kerajaan ciptaanNya yang besar itu serta menjadikannya petani dan peniaga padanya; sebagai seorang yang dimiliki padanya sambil menjadikannya tetamu, seorang yang rapat serta dihormati serta kekasihnya?!
Maksud baris keempat, “PerbuatanNya..”
PerbuatanNya yang memiliki segala keagungan di alam semesta itu mempunyai tujuan yang yang tidak terhitung. Ia terserlah dalam bentuk sebuah Kitab yang menjadikan alam semesta itu umpama sebuah Kitab yang besar lantas akal manusia menerima satu pustaka hikmah ilmu pengetahuan sebenarnya darinya seterusnya menghasilkan karya pengetahuan berdasarkan itu. Kitab hikmah ini berkait rapat dengan kebenaran dan bergantung kepadanya. Ia dihebahkan dalam bentuk Al-Quran yang merupakan satu salinan daripada Kitab penerang Agung.
139. Page
Sebagaimana dengan perbuatanNya pada alam semesta itu berbentuk satu Kitab yang sempurna aturan dan mutunya, demikian juga hiasan dan ukirannya itu terserlah dalam upaya manusia tentang kata-kata yang berbunga. Ada beberapa tujuan daripada ciptaanNya itu, Dia menjadikan mekanisma pada alat ciptaanNya itu yang hidup seolah-olah ia adalah peranti yang berbicara, padanya ada ciri Rabbani yang mencerminkan kesempurnaan ciptaanNya. Pada angota kepala ciptaanNya itu keupayaan bicara yang tersirat yang hidup, demikianlah Allah telah menjadikan pada anggota kepala manusia itu potensi-potensi yang menjadikannya berupaya bertutur bicara. Dialah juga yang mengupayakan anggota-anggota tersebut sehingga mampu bertutur dengan bicara kepada Tuhannya yang memiliki kuasa Azali. Ia adalah satu ciri Rabbani yang disertakan pada sifat manusia yang terpancar daripada ciri ucapan Ilahi.
Apakah mungkin selain dariNya Yang Esa yang mampu mencampuri urusan perbuatan sedemikian yang terdapat pada ciri ciptaanNya yang umpama sebuah kitab dan juga pada penciptaan manusia yang mengupayakannya dengan pertuturan? Tentu sekali tidak.
Maksud baris kelima, “kekuasaanNya..” (قُدْرَتُهُ ف۪ي ذَاكَ)
Tanda kekuasaan Ilahi nyata kelihatan keagungan KetuhananNya pada alam semesta manakala Rahmat ketuhanan menyusun atur nikmat dan anugerah pada alam kecil iaitu insan. Kekuasaan Yang Maha Pencipta mewujudkan alam semesta ibarat sebuah istana agam lagi indah yang menyerlahkan kebesaran dan keagunganNya. Lantaran itu dijadikan olehNya matahari umpama sebuah lampu letrik besar, bulan umpama pelita, sinar bintang pula ibarat pancaran api lilin, muka bumi dijadikan olehNya sebagai satu meja hidangan besar dengan ladang dan kebunnya terbentang, gunung ganang sebagai benteng dan pasak…dan demikianlah seterusnya…segala sesuatu yang lainnya dijadikan sebagai keperluan kelengkapan istana agam ini. Semua ini menyerlahkan keagungan ketuhananNya dalam penuh kehebatan. RahmatNya juga diberikan kepada semua yang bernyawa beberapa aspek keindahan yang berupa nikmat serta anugerah sehinggalah kepada sehalus-halus makhluk hidup yang kehidupannya disusun atur dengannya dengan mengindahkannya dari hujung kaki sehinggalah ke hujung rambutnya, menghiasinya dengan penuh kehalusan dan anugerah. Lisan-lisan halus makhluk-makhluk tersebut di hadapan lisan besar menjadikan keindahan rahmatNya menghadap kebesaran keagunganNya. Ketika berucap segala unsur samawi seperti matahari, arasy dengan lisan agungnya: “Wahai yang Maha Agung”, “Wahai Yang Maha Besar” “Wahai yang Maha Hebat”, segala makhluk kecil seperti lalat dan ikan menyertai alunannya dengan ucapan mereka: ‘Wahai yang Maha Indah”, “Wahai Yang Maha Pengasih”, “Wahai Yang Maha Pemurah”; ucapan-ucapan yang menjadikan senario itu semakin menggamit kemanisan dan ketenangan.
140. Page
Apakah mungkin untuk menyelia segala ini selain daripada Dia yang memiliki Keagungan yang memiliki segala keindahan, Yang Maha Indah Yang Memiliki segala Keagungan? Tentu sekali tidak!
Maksud baris keenam, “KeagunganNya” (حَشْمَتُهُ ف۪ي ذَاكَ)
Keagungan Tuhan yang terserlah pada alam semesta secara keseluruhannya menunjukkan wahidiah demikian jugalah nikmat Rabbani yang memberikan rezeki kepada segala bahagian-bahagian kecil segala yang bernyawa menjadi bukti seterusnya ahadiah.
Wahidiah bermaksud bahawa semua makhluk tersebut adalah milik Yang Satu dan kembali kepadaNya. Ia adalah ciptaaan Yang Satu. Maksud ciri ahadiah yang berpadu pula ialah penyerlahan pada setiap segala sesuatu itu makna Nama-nama Pencipta segala sesuatu itu, contohnya:
Sinar matahari dari segi liputan cahayanya ke atas permukaan bumi keseluruhannya menunjukkan keadaan ideal wahidiah ini. Wujudnya sinar matahari yang panas serta tujuh warna pelangi pada cahaya serta bayangannya yang telus biarpun asalnya adalah daripada percikan air-air halus menunjukkan ahadiah-Nya Penyerlahan Nama-nama Pencipta ini pada setiap ciptaanNya khususnya yang bernyawa dan hidup atau lebih khusus lagi manusia, menunjukkan kekusaanNya yang berpunca dari Yang Satu dan bagaimanakah ia diserlahkan.
Baris ini menunjukkan keagungan Tuhan yang menjadikan matahari yang besar itu memainkan peranan menyumbang bakti menerangi, memanaskan tubuh makhluk di permukaan bumi dan menjadikan bumi yang besar ini tempat tinggal dan bekerja bagi manusia, api dijadikan teman memasak dan teman di semua tempat, awan gemawan pula tempat membersihkan kembali air, gunung ganang gudang menyimpan khazanah, udara pula memberi nafas makhluk yang hidup dan menyamankan jiwa, air menjadi pencetus kehidupan baharu, penjamin kehidupan segala haiwan; semua ini menunjukkan dengan jelas wahidiah Tuhan.
141. Page
Benar, siapakah yang selain Pencipta Yang Esa yang menjadikan matahari sebagai khadam yang bermanfaat kepada penduduk bumi? Siapakah selain Tuhan Yang Esa itu yang mengawal udara itu dengan kekuasaanNya, memberikannya fungsi yang pelbagai, menjadikannnya bermanfaat ringan serta mudah bergerak di atas muka bumi? Siapakah selain Yang Maha Esa yang berkuasa menjadikan api sebagai bahan memasak, serta menjadikan seberkas api pada sehalus kepala mancis yang membaham bertan-tan bahan bakar? Demikianlah seterusnya, setiap sesuatu, setiap unsur, setiap jirim samawi ini menunjukkan keEsaan Penciptanya yang memiliki segala keagungan ciri ketuhanan.
Wahidiah itu terserlah dan nampak dengan Keagungan serta kebesaranNya, begitu juga nikmat dan ihsan itu menyerlahkan ahadiah Tuhan dari aspek keindahan dan rahmatNya, kerana pada benda yang bernyawa khususnya manusia, organ dan alat yang mampu merasa dan menyedari nikmat yang tidak ada hadnya sambil ia diciptakan supaya terus memerlukannya; ini adalah ciri penyerlahan kepada seluruh sifat Nama-namaNya SWT yang turut menyerlah di alam semesta, ia adalah ibarat satu satu noktah yang memancarkan seluruh Asmaul-Husna serentak dengan cermin yang memantulkan erti-ertinya serta menjelaskan lagi ahadiah Tuhan.
Maksud baris ketujuh, (سِكَّتُهُ ف۪ي ذَاكَ فِي الْكُلِّ وَالْأَجْزَٓاء ِ خَاتَمُهُ ف۪ي هٰذَا فِي الْجِسْمِ وَالْأَعْضَٓاءِ) “Tanda khusus dalam perkara itu terdapat pada keseluruhannya dan pada bahagiannya…”
Pencipta Yang Maha Agung memiliki satu alamat khusus yang amat jelas pada alam semesta yang luas itu pada umumnya, demikian jugalah Allah telah meletakkan pada setiap bahagian alam yang besar itu dan pada setiap jenis-jenisnya satu alamat keEsaanNya. Sebagaimana Dia telah menjadikan pada setiap tubuh manusia yang merupakan alam yang terkecil serta pada wajahnya tanda keEsaanNya, demikian jugalah Dia telah meletakkan pada setiap anggota tubuhnya tanda keEsaanNya.
Ya benar, sesunguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Yang memiliki Keagungan telah meletakkan pada keseluruhan sesuatu itu dan pada bahagian-bahagian kecilnya. Pada bintang-bintang dan atom-atom terdapat cap mohor yang menyaksikan keEsaanNya, hakikat yang besar ini telahpun diterangkan dengan amat jelas sekali di dalam Surat ke 22 dan dalam kalimat 33 dan di dalam tingkap ke 33 daripada surat ke 33, kita cuma meringkaskannya di sini sahaja.
142. Page
Kalimah ke lima: “Lahū al-Hamdu” (لَهُ الْحَمْدُ )
Segala apa yang wujud yang sempurna menarik puji-pujian semuanya kembali kepadaNya Allah SWT, oleh itu segala puji adalah kembali kepadaNya dan adalah khusus buatNya. Segala pujian dari azali hinggalah ke masa yang kekal abadi dari sesiapa sahaja kepada sesiapa sahaja adalah sebenarnya kembali kepada Allah SWT. Ini adalah kerana nikmat, kesempurnaan, kebaikan dan keindahan serta yang menjadi sebab pujian tersebut adalah milikNya SWT dan kembali kepadaNya.
Benar, apa yang naik kepada hadrat Ilahi sentiasa daripada para makhluk ialah ibadah, tasbih, sujud, doa dan pujian seperti yang ditunjukkan dalam beberapa ayat-ayat Al-Quran.
Kami menunjukkan kepada bukti besar hakikat Tauhid ini adalah seperti berikut:
Apabila kita melihat alam semesta ini, ia kelihatan seolah-olah seperti sebuah taman yang dihiasi bumbungnya dengan bintang-bintang yang tinggi. Permukaan bumi pula dihiasi makhluk yang penuh keindahan. Jirim-jirim samawi yang teratur yang bercahaya di dalam taman ini, di bawahnya pada permukaan bumi makhluk yang terhias indah yang setiap satunya mengucapkan: “Kamilah keajaiban kekuasaan Yang Maha Berkuasa, bersaksi terhadap keEsaan Pencipta yang Maha Bijaksana.”
Kita lihat ke bumi yang berada di taman alam ini, kita melihatnya umpama taman yang telah ditaburkan padanya beratus ribu jenis tumbuhan yang berhias dengan warna-warna yang pelbagai; padanya tersebar beratus ribu spesis haiwan yang pelbagai jenis rupa; semua tanaman dan haiwan yang pelbagai hiasan di permukaan bumi ini semuanya menyatakan:
“Kami adalah keajaiban dan keluarbiasaan ciptaan Yang Maha Bijaksana lagi Esa serta bukti dan saksi kepada KeesaanNya.”
Apabila kita melihat pula kepada pohon-pohon yang terdapat di taman ini, kita lihat buah-buahan serta bunga-bungaan yang pelbagai serta bentuk-bentuk yang dicipta dengan penuh kepakaran, kebijaksanaan, kemurahan, kehalusan dan keindahan, dan kesemuanya bersatu mengalunkan bicara:
143. Page
“Kami adalah hadiah keajaiban dan hasil kerja gemilang yang luarbiasa Yang Maha Pemurah yang memiliki segala keindahan, Yang Pengasih yang memiliki segala kesempurnaan.”
Segala cakerawala dan makhluk di alam taman alam semesta ini, dan tanaman serta haiwan di taman permukaan bumi, buah-buahan serta bunga-bunga di hujung dedahan pokok seluruhnya menyaksikan, mengumumkan dan berkata dengan suara yang tinggi:
“Sesungguhnya Pencipta kami, pembentuk rupa kami, Yang Maha berkuasa Yang memiliki keindahan, Yang Maha Bijaksana Yang tiada tandingan, Yang Maha Pemurah lagi banyak pemberian dan anugerahnya yang telah menghadiahkan kami kepada kamu, Dialah yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu. Tidak ada sesuatu yang tidak mampu ditanggungNya serta tiada sesuatu yang lepas daripada KekuasaanNya yang tidak membezakan di antara kecilnya atom dan besarnya bintang, menguasai keseluruhan sesuatu itu adalah sesenang menguasai bahagian sesuatu, begitu juga bahagian tertentu adalah sama nilai bagiNya seperti keseluruhan sesuatu. KekuasaanNya tidak membezakan di antara besar dan kecil, ciptaanNya yang halus adalah seindah ciptaanNya yang sangat besar. Segala perkara hebat yang telah berlaku pada masa lampau yang menunjukkan kekuasaanNya menyaksikan bahawa Dialah yang mutlak mampu melakukan kehebatan serupa pada masa hadapan. Sebagaimana umpama yang mendatangkan semalam manampu mendatangkan pula esok hari, demikianlah Allah SWT yang mewujudkan masa lampau dan mewujudkan masa hadapan juga, Pencipta yang mencipta dunia adalah Dia yang akan mencipta Akhirat juga.”
Benar, sembahan yang sebenarnya ialah Dia sahaja Yang Maha berkuasa, yang berhak dipuji sebenarnya ialah Dia sahaja. Sebagaimana ibadah adalah khas untuknya, demikian juga pujian; ia adalah hanya untukNya.
144. Page
Apakah mungkin untuk Pencipta Yang Maha Bijaksana yang menciptakan langit dan bumi untuk meninggalkan manusia yang merupakan ciptaan lebih penting daripada langit dan bumi serta merupakan hasil alam semesta ini dalam keadaan tergapai-gapai tanpa tujuan hidup? Apakah mungkin manusia ditinggalkan begitu semata berserah kepada kebetulan dan sebab-sebab serta mensia-siakan kebijaksanaannya begitu sahaja tanpa faedah? Tentu sekali tidak!
Apakah mungkin untuk Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang mencipta pohon dan membentuknya dengan penuh perhatian, menjaganya dengan penuh kebijaksanaan tiba-tiba tidak mahu pula memberikan tumpuan kepada hasil buahnya yang merupakan tujuan dan manfaat sebenarnya dan hanya membiarkannya dicuri oleh segerombolan pencuri dan disia-siakan. Tentulah perkara ini mustahil berlaku kerana memberikan sepenuh perhatian kepada pohon itu sebenarnya demi buahnya kelak.
Yang arif dan sedar tentang alam semesta, hasilnya yang paling sempurna, natijahnya, tujuannya ialah manusia itu sendiri. Apakah mungkin untuk Pencipta alam semesta ini untuk memberikan pujian, ibadah, syukur serta kecintaan yang merupakan hasil manusia ciptaanNya itu yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan kepada yang lain dariNya begitu sahaja. Tentu sekali ini akan menjatuhkan martabat kebijaksanaanNya dan mensia-siakannya serta melemahkan kekuasaanNya atau menukarkan pengetahuanNya kepada kejahilan? Tentu sekali ini mustahil sama sekali.
Apakah mungkin untuk mereka yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan – yang merupakan tujuan Tuhan dalam penciptaan alam semesta yang umpama istana ini terutamanya manusia yang merupakan tuan yang punyai kesedaran dan ilmu – dan ibadah serta syukur yang dipersembahkan olehnya kerana nikmat yang mereka kecapi, untuk memberikan semua itu kepada yang selain daripada Pencipta alam semesta ini? Atau Pencipta Yang Maha Agung tersebut membenarkan agar segala ibadah dan syukur itu yang merupakan tujuan penciptaanNya itu dipersembahkan kepada selain daripadaNya?
Apakah mungkin untuk Allah menjadikanNya dicintai oleh hambaNya dengan anugerahNya kepadanya dengan segala nikmat yang tidak terhingga serta menjadikanNya dikenali melalui pelbagai keajaiban ciptaanNya dan keindahan kejadianNya, kemudian Dia meninggalkan syukur, ibadah, pujian, cinta dan makrifat mereka kepadaNya itu kepada sebab-sebab serta faktor semulajadi selain Dia memperdulikanNya. Bukankah itu membuka pintu penafian kebijaksanaanNya secara keseluruhannya serta menjatuhkan kedudukan kekuasaanNya? Mustahil ini berlaku sama sekali!
145. Page
Apakah mungkin untuk sesiapa yang tidak mampu menciptakan musim, menjadikan buah-buahan, atau menjadikan semua buah-buah epal dengan bentuk yang sama di seluruh muka bumi ini, untuk mencipta sebiji epal seumpamanya dan memberikannya kepada seseorang sebagai satu nikmat untuk dia mendapatkan ucapan syukur orang tersebut dan mendapatkan kedudukan yang sama dengan Pencipta yang Tidak terperi pujian kepadaNya itu? Tentu sekali tidak akan sama! Kerana yang menciptakan sebiji epal itu jugalah yang menjadikan semua buah-buah epal tersebut yang terdapat di muka bumi ini. Oleh kerana cirinya serupa, Dia yang mencipta buah epal itu jugalah yang menciptakan semua jenis benih-benih serta buah-buahan yang merupakan sumber rezki di dunia ini. Oleh itu, yang memberikan sekerdil-kerdil ciptaan bernyawa dengan sekecil-kecil nikmatNya ialah Pencipta alam semesta Yang Maha Pemberi rezeki yang milikNya segala keagungan, oleh sebab itu, sesungguhnya segala syukur dan puji itu adalah untukNya sahaja.
Oleh itu, hakikat alam semesta ini mengucapkan dengan lisan yang benar sentiasa: (لَهُ الْحَمْدُ مِنْ كُلِّ اَحَدٍ مِنَ الْأَزَلِ اِلَي الْأَبَدِ)
Segala puji untukNya dari setiap sesuatu dari azali hingga kekal abadi.
Kalimat keenam: “Yuḥyī” (يُحْي۪ي )
Maksudnya: Sesungguhnya yang menganugerahkan kehidupan ialah Dia Yang Esa Maha Suci Dia, Pencipta segala sesuatu ialah dia satu-satuNya. Oleh kerana ruh alam semesta, nurnya, asasnya, hasilnya dan kesimpulannya ialah kehidupan yang diciptakan ini, oleh itu Dia yang menganugerahkan kehidupan itu maka Dialah jua Pencipta alam semesta seluruhnya, Yang tentunya adalah Pemberi kehidupan yang Maha Hidup dan Yang Maha Berupaya melakukan segalanya tanpa bantuan sesiapa.
146. Page
Kami menunjukkan bukti besar maksud Tauhid ini adalah seperti berikut:
Sebagaimana yang telah diterangkan di dalam kalimat yang lain, kita ibarat melihat makhluk ciptaan Allah itu sebagai satu bala tentera yang besar yang menegakkan khemah kehidupannya di padang pasir permukaan bumi. Pada setiap musim kita melihat bala tentera baru dalam kalangan bala tenteraNya yang tidak dapat dihitung itu yang di dalamnya terdapat kumpulan-kumpulan yang pelbagai; lebih daripada 200 ribu jenis tumbuhan, lebih daripada 100 ribu spesis haiwan. Walaupun setiap satu kumpulan itu kulit luarannya berbeza, makanannya juga berbeza, latihannya berbeza, pergerakannya berbeza, senjatanya juga berbeza, tempoh masa khidmat dalam tentera juga berbeza. Pun begitu, ketua bala tentera yang hebat itu dengan segala keupayaan, kebijaksanaanNya yang tidak terbatas, kehendakNya yang tidak pernah lenyap, belasNya yang tidak pernah luput, kekayaanNya yang tidak pernah kurang; Dia mampu memberikan seluruh kumpulan-kumpulan itu rezekinya, pakaiannya, senjatanya yang pelbagai pada waktu yang sesuai dengan penuh teratur dan saksama tanpa seorang pun yang dilupakan, tanpa kekeliruan, tanpa lewat. Dia melatih setiap satu kumpulan itu dengan latihan yang berbeza dan menggerakkannya dengan tindakan yang berbeza. Ini lah yang dilihat oleh mata yang benar-benar meneliti, serta mereka yang berhati penuh keyakinan.
Apakah mungkin selain dariNya yang boleh mencampuri urusan, pentadbiran dan pengawalan makhluk hidup ini dan boleh berkongsi kuasa denganNya yang mengetahui segalanya perihal bala tentera tersebut serta menguruskan segala keperluannya? Mustahil sama sekali.
Memang diketahui sekiranya dalam satu batalion jika terdapat sepuluh kumpulan manusia yang berbeza, untuk melengkapkan setiap satu kumpulan adalah amat mencabar sama susahnya untuk menyediakan sepuluh batalion. Mungkin bagi mereka yang tidak mampu, hanya satu platun sahaja yang akan berjaya disiapkan. Namun Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendiriNya memberikan setiap satu kumpulan ciptaanNya yang berjumlah beratus ribu jenis dalam kalangan bala tentera ciptaanNya yang begitu banyak, peralatan serta kelengkapan kehidupannya tanpa sebarang kesusahan dan masalah, dengan penuh kesenangan dan kelancaran, dengan penuh kebijaksanaan dan teratur. Seluruh bala tentera ciptaanNya itu seolah-oleh bersatu mengucapkan ( هُوَ الَّذ۪ي يُحْي۪ي ) “Dialah yang menghidupkan”, dan di dalam alam semesta yang ibarat sebuah masjid yang sangat besar itu semuanya mengatakan: (الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَاْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَانَوْمٌ)“Allah tiada sembahan sebenar melainkan Dia Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendiriNya, tidak dipengaruhi kantuk dan tidur”. (Al-Baqarah: 255).
147. Page
Kalimat ketujuh: “wa yumīt” (وَ يُم۪يتُ )
Maksudnya Dialah Yang memberikan kematian sebagaimana Dia memberikan kehidupan; Dia jugalah yang merampas kehidupan dan memberi kematian.
Benar, kematian itu bukanlah kemusnahan, kerosakan dan penamat sehinggalah disandarkan kehidupan yang berupa natijah sebab musabab yang berupa faktor semulajadi sahaja bahkan, sebagaimana ciri sebiji benih akan mati dan hancur pada zahirnya tetapi ia sebenarnya bertukar menjadi pucuk di dalamnya; ia berpindah daripada kehidupan benih yang kecil kepada kehidupan sebatang pucuk yang akan membesar. Demikianlah walaupun kematian itu pada zahirnya kehancuran dan penamat kehidupan, namun bagi manusia ia adalah satu tanda dan permulaan kepada kehidupan yang lebih hakiki. Demikianlah Yang Maha Berkuasa Yang menciptakan kehidupan Dialah juga Yang menjadikan kematian tanpa ada keraguan lagi.
Satu bukti besar untuk Tauhid yang terangkum dalam kalimat ini ialah:
Seperti yang diterangkan dalam tingkap 24 dalam Surat ke 33 bahawa seluruh makhluk ciptaan Ilahi bergerak dengan kehendakNya, demikian juga alam ini yang bergerak dengan izin dan perintahNya, semuanya bergerak bersama arus masa sentiasa dengan IzinNya. Asalnya semuanya adalah daripada alam ghaib, kemudian dicabut daripadanya wujud yang zahir di alam kehidupan kemudian dihantar sekali lagi ke alam ghaib dengan cara teratur, semuanya mengikut ketetapan Ilahi daripada masa hadapan dengan sentiasa, menelurusi masa sekarang dan hidup padanya, kemudian semuanya menjadi sesuatu dalam kenangan masa silam.
Pergerakan ciptaan-ciptaan ini berlaku dengan penuh kebijaksanaan dalam lingkungan ihsan dan rahmatNya, semuanya bergerak dengan pengetahuanNya dalam lingkungan kebijaksanaan dan keteraturan; dalam lingkungan belas dan keseimbangan. Semuanya berlaku dari mula sehingga akhir dengan mengambil kira tujuan, kepentingan dan sebab-sebab tertentu.
Maksudnya, Tuhan Yang Maha Berkuasa Yang memiliki segala Keagungan serta Maha Bijaksana Yang memiliki segala kesempurnaan menganugerahkan kehidupan sentiasa kepada kumpulan-kumpulan ciptaanNya serta bahagian-bahagian kecil seterusnya dalam setiap kumpulan, juga untuk persekitaran yang terbentuk daripada kumpulan-kumpulan hidupan ini. Dia memberikannya peranan dan menggerakkannya dengan penuh kebijaksanaan dan kemudian menjadikannya mati. Dia kemudiannya menghantar mereka semula ke alam ghaib serta menukarkannya daripada lingkungan kekuasaanNya ke lingkungan pengetahuanNya.
148. Page
Apakah mungkin Dia yang memiliki maut dan kuasa mematikan tidak mampu mentadbir alam semesta sekaliannya atau tidak mampu menghidupkan alam-alam dan mematikannya semudah menghidupkan seorang manusia dan mematikannya. Atau tidakkah Dia mampu untuk menghidupkan keceriaan di musim bunga semudah Dia mengembangkan kelopak sekuntum bunga, atau apakah tidak mungkin untukNya meletakkannya di muka bumi untuk kemudian dicabut hidupnya dengan kematian?
Benar, kematian sekecil-kecil hidupan pun mestilah mengikut peraturanNya yang pada kuasaNya segala hakikat kehidupan yang diakhiri pelbagai bentuk kematian yang merupakan natijah ketetapan, izin, pengetahuan dan kuasaNya.
Kalimat ke lapan: “Wa huwā hayyun lā yamūt”. (وَ هُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ)
HidupNya ialah sentiasa, sejak azali dan abadi selamanya tidak akan mati serta binasa, kekal atau lenyap, kerana hidup adalah ZatNya dan tidak akan hilang sesuatu yang merupakan ZatNya.
Benar, pastinya Yang azali adalah abadi, al-Qadim adalah kekal serta yang Wujudnya adalah pasti tidak akan lenyap selamanya.
Benar, Bagaimanakah suatu kehidupan yang segala wujud dengan segala cahayanya menjadi bayangnya boleh lenyap.? Tidak mungkin sekali kemusnahan dan kebinasaan menjadi ciri dan keperluan lazim kepada Hidup yang cirinya adalah wajibul wujud.
Benar, Hidup yang kepadanya bersandarkan segala kehidupan di alam ini tidak akan lenyap dan binasa sama sekali.
Benar, hidup yang menyatukan segala perkara yang pasti binasa, Yang menganugerahkannya kehidupan, Yang menyelamatkannya daripada lenyap, Yang memelihara kewujudannya sambil memberikannya sifat kekal – iaitu ZatNya Yang Hidup yang memberikan ciri kehidupan yang sama kepada banyak, menjadikannya kekal, apabila hilang hidup ini dan habis tempohnya, ia akan lenyap dan hilang- pastilah kebinasaan tidak akan dapat melenyapNya kerana segala yang kehidupan yang terjelma dan tidak terbatas di alam ini juga adalah disebabkan salah satu daripada kesan penyerlahan (tajalli) WujudNya pada ciptaanNya tersebut.
149. Page
Bukti yang jelas untuk mengesahkan hakikat ini ialah lenyapnya kehidupan daripada segala yang hidup itu kelak kerana kehidupan makhluk-makhluk membuktikan kewujudannya HidupNya Pencipta Yang tidak lenyap dan masa yang sama ia membuktikan kelaziman adanya hidup yang berterusan dan manakala matinya dan lenyapnya segala yang hidup di alam ini adalah membuktikan makna kekalnya Pencipta Yang HidupNya itu adalah selama-lamanya. Ini kerana selepas segalanya lenyap ia akan segera diganti oleh hidupan seumpamanya. Ini menunjukkan wujudnya Tuhan yang Hidup yang sentiasa memperbaharui kehidupan. Sepertimana buih-buih kecil di atas permukaan air sungai yang bersinar dengan panahan cahaya mentari ke atasnya lalu hilang namun dengan segera ia digantikan buih-buih lain yang memantul sinar yang sama. Demikianlah sinar yang silih berganti daripada buih-buih yang silih berganti, yang menunjukkan sinar mentari yang kekal. Demikianlah juga dengan kehidupan dan kematian yang silih berganti pada cekerawala ini adalah dalil wujudnya Pencipta Yang Kekal abadi.
Benar, segala hidupan ini adalah umpama cermin, sepertimana kegelapan adalah cerminan kepada cahaya kerana lebih tebal kegelapan itu maka lebih jelaslah sinarnya cahaya, demikian juga hal keadaannya segala hidupan yang mempunyai fungsi yang sama seperti cermin dalam banyak aspek berlawanan. Contohnya:
Segala kehidupan ini dengan segala ciri keterbatasannya dalam hidup adalah ibarat cerminan Kekuasaan Pencipta, keperluan makhluk kepada Penciptanya adalah cerminan kepada KekayaanNya daripada memerlukan sesuatu daripada makhlukNya. Dengan kematian makhlukNya maka itu adalah juga cerminan kepada keabadianNya.
Benar, keadaan hidup di bumi yang memerlukan perlindungan berupa pokok dan tempat tinggal di musim sejuk kepada makhluk, serta ketidakperluannya kepada semua itu di kala keceriaan musim bunga adalah pebandingan nyata kepada cerminan Kekuasaan Yang Maha Pemurah Yang Maha Berkuasa Yang Maha Kaya.
150. Page
Benar, demikianlah segala yang hidup itu bermunajat memohon kepada Penciptanya dengan ucapan Uwais al-Qarni[6] apabila bermunajat kepada Tuhannya:
“Wahai Tuhan kami!
Engkaulah Tuhan kami, sedangkan kami adalah hambaMu yang lemah dalam mendidik diri-diri kami. Engkaulah sebenarnya yang mendidik kami.
Engkaulah Pencipta kami yang dicipta dan dijadikan.
Engkaulah Pemberi rezki kepada kami yang memerlukannya yang tidak akan dapat kami dapatkannya dengan semata usaha kami kerana Engkaulah Yang mencipta kami dan menganugerahkan kami rezki.
Engkaulah Pemilik segala dan kami hanyalah hamba yang dimilikiMu yang diperlakukan oleh yang selain kami kerana Engkau jugalah yang menjadi Pemilik kami.
Engkaulah Yang Maha Agung Yang memiliki Kemuliaan dan Kebesaran sedangkan kami ini hina, yang kami lihat hanyalah penyerlahan keagunganMu ke atas kami, kerana kami adalah cerminan KeagunganMu.
Engkaulah Yang Maha Kaya sedangkan kami adalah fakir. Kami diserahkan kekayaan yang tetap tidak akan tercapai kepadanya tangan kami yang fakir ini kerana Engkaulah jua Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi.
Engkaulah Yang Maha Hidup dan kekal sedangkan kami ini mati yang menyaksikan penyerlahan Pemberi kehidupan yang sentiasa pada hidup dan mati kami.
Engkaulah Yang Maha Kekal, kami melihat pada kebinasaan dan lenyapnya hidup kami keabadian dan kelestarianMu.
Engkaulah Yang Maha Menjawab dan Memberi sedangkan kami ini sentiasa meminta menjerit dengan lisan kami memohon merayu agar Engkau melaksanakan keperluan kami, mengkabulkan permintaan kami kerana Engkau jualah Yang Maha Menjawab.”
Demikianlah setiap hidupan itu samada sekecil-kecil bahagian serta jenisnya sehinggalah kepada yang lebih besar dan keseluruhan jenis-jenisnya adalah ibarat cermin yang menyerlahkan satu munajat tersirat seperti ucapan Uwais al-Qarni Rahimahullāh; dengan setiap satu daripada hidupan itu menyatakan kelemahan, kekurangan serta keperluannya akan menyatakan kekuasaan Allah SWT dan kesempurnaanNya.
151. Page
Kalimat ke Sembilan: “Biyadihī al-khair” (بِيَدِهِ الْخَيْرُ )
Segala kebaikan adalah pada kuasaNya, segala pahala dalam rekodNya dan segala keihsanan ada pada kendaga besarNya. Barangsiapa yang menginginkan kebaikan hendaklah meminta daripadaNya SWT, sesiapa yang inginkan ihsan hendaklah berdoa kepadaNya. Bukti yang lengkap daripada pengetahuan Ilahi yang tidak terbatas ialah dengan terserlahnya maksud perkataan ini seperti berikut:
Pencipta yang mewujudkan ciptaan dengan perbuatanNya di alam semesta ini mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan meliputi yang merupakan satu ciri yang wajib untuk ZatNya yang tidak akan terpisah daripadaNya. Jika matahari tidak akan wujud tanpa cahayanya, demikian juga adalah seribu kali mustahil bagi Pencipta alam semesta yang indah lagi amat terperinci ini untuk tidak bersifat Mengetahui. Oleh kerana sifat mengetahui ini adalah wajib bagi ZatNya maka adalah wajib juga bagi ciptaanNya untuk bergantung kepadaNya. Tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada pengetahuanNya, sepertimana segala sesuatu yang terdedah dan yang tidak terselindung dari matahari di atas muka bumi akan bertemu dengan pancarannya, begitu juga tidak akan dapat bersembunyi sesuatu itu daripada nur ilmu Pencipta Maha Agung itu seribu kali lagi, bahkan adalah mustahil untuk itu berlaku kerana ilmu itu pasti wujud kerana setiap sesuatu itu adalah di dalam pandangan Allah SWT serta dalam pemerhatianNya. Samada sesuatu matahari itu tidak bernyawa, atau seseorang manusia itu lemah, atau sesuatu sinar x itu yang tidak mempunyai perasaan dan kesedaran dan perkara lain yang bercahaya dapat menembusi sesuatu makhluk yang seperti nur walau dalam bagaimana lemah dan kurang keadaan ciptaan yang akan pupus akhirnya, pasti semuanya tidak dapat berselindung daripada IlmuNya yang Azali yang wajib bagi ZatNya dan mustahil terkeluar daripada lingkunganNya.
Terdapat tanda-tanda yang tidak terbatas dalam alam semesta yang menunjukkan perkara ini, di antaranya:
Seluruh keadaan serta ciri yang dilihat dan muncul pada seluruh ciptaan itu menunjukkan ciri Ilmu yang Maha Pencipta itu kerana perbuatanNya adalah dengan penuh teliti, halus dan baik itu menunjukkan semestinya bahawa Dia adalah Maha Mengetahui dan dia melakukan sesuatu itu dengan Ilmu.
Seluruh ciptaanNya yang begitu indah, teratur serta terperinci dalam keadaan yang seimbang, seluruh bentuk-bentuk yang halus yang teratur pergerakannya adalah bukti yang lain tentang IlmuNya yang meliputi segala. Ini adalah kerana melakukan sesuatu dengan teratur dan penuh ketekunan adalah mustahil tanpa Ilmu. Dia Yang Maha Saksama Yang melakukan sesuatu dengan penuh keseimbangan dan keindahan pasti melakukannya dengan bersandarkan kepada Ilmu yang teguh.
152. Page
Ketetapan-ketetapan serta ciri yang teratur pada ciptaan-ciptaan seluruhnya, serta bentuk acuan kejadiannya yang mengikut peraturan serta tujuan tertentu semuanya adalah kerana ia mengikut prinsip qada’ dan ketentuan qadar yang semuanya menunjukkan pengetahuan yang meliputi dan menyerlahkannya.
Benar, memberi rupa yang berlainan kepada semua benda dan memberi setiap benda bentuk yang khusus yang bersesuaian dengan tujuan kehidupan dan kewujudannya adalah kerana IlmuNya Yang meliputi dan ianya tidak boleh berlaku dengan cara yang lain.
Pemberian rezki yang sesuai dengan sifat serta keperluan makhlukNya, pada waktu yang sama, serta dengan cara yang tidak dijangkakan adalah dengan IlmuNya jua kerana Dia Yang menghantar rezeki pasti Mengetahui siapa dan apakah yang memerlukannya, waktu keperluannya, mengetahui hajat-hajatnya untuk Dia mengurniakan rezekiNya itu sesuai dengan kadar yang bersesuaian dengannya.
Kematian seluruh ciptaanNya yang bernyawa serta keteraturannya yang mengikut peraturan tertentu yang terselindung dan samar sebenarnya menunjukkan IlmuNya yang meliputi segala sesuatu. Ini adalah kerana walaupun ajal maut seseorang itu tidak dapat diketahui dengan jelas, namun ajal mati itu tetap mengikuti waktu tertentu dan telah ditetapkan yang terletak di antara dua batasan. Pemeliharaan kesan yang ditinggalkan makhluk selepas ajal yang akan meneruskan tugas mereka selepasnya serta membawa kehidupan baru, yang mana ianya menunjukkan IlmuNya yang meliputi.
Kehalusan dan kelembutan RahmatNya yang dinikmati setiap makhluknya yang bersesuaian dengan keadaan serta keperluannya menunjukkan IlmuNya yang meliputi kerana hanya Dialah Yang Maha Mengetahui keadaan bayi maka menyesuaikan rahmatNya yang luas dengan pemberian susu, menurunkan air kepada tumbuhan dengan hujan kerana Dialah Maha Mengetahui keadaannya.
Demikianlah keadaannya, bentuk penyerlahan RahmatNya tidak terbatas dan menunjukkan kebijaksanaan dan keprihatinan yang mustahil tanpa IlmuNya yang meliputi.
153. Page
Ciri ciptaanNya pada makhluknya yang begitu teliti, indah serta penuh ketekunan menunjukkan IlmuNya yang meliputi, kerana bentuk serta acuan yang begitu halus, teliti dan indah yang terhasil daripada kemungkinan yang tidak terbatas menunjukkan IlmuNya yang meliputi. Demikianlah pilihan serta ketetapanNya bagi ciptaanNya untuk mengikut acuan dan bentuk zahir tertentu merupakan ciri IlmuNya yang meliputi.
Begitu mudahnya Dia Mencipta sesuatu dan kemampuanNya menunjukkan IlmuNya yang sempurna kerana hanya dengan Ilmu sahaja sesuatu perkara itu akan menjadi mudah dan lancar, semakin tinggi pengetahuan tentang sesuatu itu semakin lancar dan mudah pengendaliannya. Apabila kita meneliti kejadian ciptaanNya yang begitu halus dan indah, kita dapati ia dijadikan dengan lancar serta mudah yang amat menakjubkan; tanpa kerumitan dan gangguan, tanpa guruh dan dentum, dalam waktu yang pendek, dengan bentuk yang tidak dapat ditandingi; semua ini tentunya menunjukkan IlmuNya yang tidak terbatas sehinggalah terciptanya semua ini dengan begitu mudah sekali.
Demikianlah terdapat beribu-ribu tanda yang mengesahkan perkara yang sama yang menunjukkan bahawa Dia yang mentadbir alam semesta memiliki Ilmu yang meliputi segala, Dia mengetahui keadaan segala sesuatu untuk Dia mengendalikannya. Oleh kerana Pemilik alam ini Mengetahui segalanya, pastilah Dia juga melihat manusia dan perbuatannya, serta Mengetahui apakah yang layak diberikan kepadanya, untuk dia mengendalikannya dengan penuh kebijaksanaan dan Rahmat.
“Maka oleh itu, wahai manusia, kembalilah kepada kewarasanmu, berilah perhatian kepada Dia Yang Maha Mengetahui keadaanmu dan memerhatikanmu, ketahuilah perkara ini dan sedarlah!”.
Jika dikatakan: Ilmu sahaja tidak mencukupi kerana kehendak juga adalah perlu, oleh itu tidak cukup sahaja Ilmu tanpa kehendak!
Jawapan: Segala yang hidup mengesahkan serta menunjukkan IlmuNya yang meliputi, demikianlah juga semua ciptaanNya itu menunjukkan kehendakNya yang menyeluruh:
154. Page
AnugerahNya yang halus, terperinci dan teratur kepada semua perkara khususnya yang bernyawa adalah hasil daripada kebarangkalian tertentu yang terpilih daripada kebarangkalian yang tidak terbilang. CiptaanNya juga adalah hasil daripada pemilihan cara berhasil dalam kalangan cara-cara yang tidak berhasil yang banyak jumlahnya dan pada masa sama banyak kebarangkalian yang mengelirukan ini menunjukkan wujudnya KehendakNya secara keseluruhan. Ini adalah kerana sesuatu bentuk ciptaan yang dipilih itu adalah mengikut pertimbangan yang amat sensitif dan begitu halus sekali; ia perlu mengikut sistem yang amat tepat serta terperinci. Ini adalah dengan mengambil dengan kadar yang begitu tepat dan terperinci daripada sesuatu bahan yang sifatnya adalah bercampur yang rambang yang berupa cecair daripada segala kemungkinan dan kebarangkalian yang tidak terbatas yang menjadi ciri sesuatu itu. Pilihan ini menunjukkan dengan pasti dan logiknya dan ia boleh dilihat bahawa wujudnya kesan daripada kehendak yang menyeluruh kerana hanya dengan memutuskan sesuatu dan memilihnya di antara pilihan-pilihan yang ada yang tidak terbatas jumlahnya menunjukkan ia adalah hasil pengkhususan, pertimbangan, kehendak dan kemahuan. Oleh kerana mengkhususkan pemilihan ini memerlukan pihak yang memutuskan apakah bentuk pilihan itu, dan pertimbangan memerlukan pihak yang mempertimbangkan, dan maka kedua-duanya pastinya perlu kepada kehendak.
Contohnya:
Sebagaimana untuk menciptakan susuk tubuh manusia yang ibarat sebuah mesin yang dipasang daripada beratus peralatan yang berbeza yang asalnya hanyalah daripada setitik air; penciptaan burung yang mempunyai beratus anggota kecil yang asalnya hanyalah daripada sebiji telur yang ringkas; penciptaan pohon yang bercabang dan berdahan daripada hanya sebutir benih yang ringkas; kesemua ini adalah bukti ilmu dan kekuasaan serta menunjukkan kehendak keseluruhan Penciptanya secara jelas sekali. KehendakNya mengkhususkan ciptaanNya dengan ciri-ciri tertentu, dengan KehendakNya memberikan ciptaanNya bentuk tertentu untuk setiap anggota dan bahagian rupa tertentu dan menjadikannya dalam keadaan yang tertentu.
Ringkasnya: Sepertimana keserupaan, kesinambungan dan pembentukan anggota yang penting bagi hidupan bernyawa itu – seperti haiwan contohnya- menunjukkan tempaan yang serupa dari segi asas dan fungsinya yang seterusnya mengesahkan bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Pencipta Yang Esa, demikian jualah ciri-ciri khusus haiwan-haiwan yang berbeza itu pada rupa dan sifatnya menunjukkan juga bahawa Penciptanya adalah Esa yang Maha Memilih dan Maha Berkehendak, Dia membuat apa yang Dia kehendaki, apa yang tidak dikehendakiNya tidak dibuatNya, dan Dia melakukannya dengan sengaja dan dengan kehendak.
155. Page
Memandangkan terdapat bukti dan penyaksian tentang Ilmu Ilahi dan KehendakNya dengan jumlah ciptaan serta makhlukNya atau dengan jumlah keadaan segala ciptaanNya. Kerana itu tidak disangkal lagi bahawa penafian ahli falsafah tentang kehendak Ilahi serta penolakan sebahagian ahli bid’ah terhadap persoalan qadar, serta dakwaan golongan sesat bahawa Allah tidak melihat pada perkara yang halus dan terperinci, juga sandaran segolongan penyokong aliran naturalis bahawa sebahagian hidupan itu hanya tertakluk kepada faktor semulajadi dan sebab musabab; semua pandangan ini adalah dusta yang tertolak hanya jika dilihat kepada betapa banyaknya jumlah hidupan di alam ini serta jumlah ehwal keadaan hidupan tersebut. Ini adalah kerana mereka yang mendustakan penyaksian yang tidak terbatas jumlahnya ini sebenarnya telah melakukan pendustaan yang tiada hadnya juga.
Fikirkanlah bagaimana hujah mereka yang mengatakan “…ini adalah perkara yang semulajadi..” itu berbeza dan menyalahi kebenaran dengan hujah kehendak Ilahi yang menjadi pencetus ciptaan hidupan yang bersandarkan ungkapan “InsyaAllah”, “InsyaAllah” (Jika diizinkan Allah).
Kalimah ke sepuluh: وَ هُوَ عَلٰي كُلِّ شَئٍ قَد۪يرٌ “Wa huwā ‘alā kulli shai’in qadīr”
Maksudnya tidaklah berat bagiNya melakukan sesuatu kerana setiap yang terangkum di dalam kemampuanNya melaksanakannya maka Dia berkuasa mewujudkannya dengan begitu mudah dan lancar sekali, begitu mudah sekali bagiNya semudah menitahkan اِنَّمَٓا اَمْرُهُٓ اِذَٓا اَرَادَ شَيْئًا “Sesungguhnya perintahNya ialah apabila Dia berkehendak sesuatu” (Yāsīn: 82)
Sebagaimana seorang juru mesin yang pakar mengendalikan alatannya dengan mudah; inilah yang dinamakan kemahiran dan kepakaran: perbuatan dan penciptaan untuk perkara-perkara ini adalah amat mudah baginya dan kerjanya akan terhasil dan tercipta dengan arahan dan suruhan, begitu juga dengan ciptaan Allah yang mematuhi perintahNya serta terlaksana dengan begitu mudah sekali tanpa kesulitan dan kerumitan, sebagaimana dijelaskan ayat اِنَّمَٓا اَمْرُهُٓ اِذَٓا اَرَادَ شَيْئًا اَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ “Sesungguhnya perintahNya ialah apabila Dia berkehendak sesuatu Dia berfirman kepadanya Jadi! Maka terjadilah sesuatu itu.”
156. Page
Kami akan menjelaskan lima perkara tersirat daripada rahsia-rahsia yang tidak terbilang bagi hakikat ini dalam lima perkara:
Pertama: Mengendalikan sebesar-besar perkara dalam Kekuasaan Ilahi adalah semudah mengendalikan sekecil-kecil perkara; menjadikan sekumpulan makhluk semudah menjadikan satu anggota daripada makhluk tersebut; menjadikan syurga adalah semudah mencipta musim bunga, menjadikan musim bunga adalah semudah menciptakan sekuntum bunga. Ini telah diterangkan dalam Kalimat ke Sepuluh yang khas tentang Hari Kebangkitan, dalam “Rahsia ketelusan”,“Rahsia Ciri Bertentangan”, “Rahsia Kesinambungan”, “Rahsia keteraturan”, “Rahsia Ketundukan sesuatu”, “Rahsia Penyerlahan” yang semuanya disebutkan pada penerangan “Asas kedua” dalam persoalan Hari Pembalasan dalam Kalimah ke 29 yang khusus tentang para Malaikat, Hari Kebangkitan dan kekekalan ruh; dengan enam contoh bahawa penciptaan bintang itu adalah semudah bagi Allah SWT menciptakan atom-atom; bahawa makhluk yang ramai itu diciptakan semudah Dia menciptakan satu anggota daripada makhluk tersebut. Memandangkan enam rahsia ini telahpun diterangkan dalam kedua-dua Kalimat tersebut, kami sebutkan dengan ringkas sahaja di sini.
Kedua: Bukti yang jelas dan nyata menunjukkan bahawa segala sesuatu itu adalah sama sahaja pada Kekuasaan Allah ialah:
Kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa kejadian haiwan dan tumbuhan adalah dengan begitu halus, terperinci dan indah dengan ciri-ciri yang tidak terbilang, dan semuanya dijadikan mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakan satu dengan lain. Penciptaannya dalam keindahan dan kehalusan yang teramat serta dalam jumlah yang banyak tidak terbilang. Kita melihat haiwan dan tumbuhan ini muncul dalam kejadian dengan begitu lancar serta mudah dalam keindahan ciptaan yang menakjubkan walaupun rupa bentuknya serta cirinya terdiri daripada pelbagai anggota kecil yang banyak serta tempoh masa yang panjang. Seolah-olah kejadian hidupan yang indah ini adalah begitu mudah kerana dengan sekelip mata daripada tiada, setiap satunya mula muncul dengan sekali gus. Apa yang dilihat pada setiap musim di permukaan bumi ini menunjukkan bahawa sebesar-besar hidupan dan sekecil-kecilnya adalah mudah dalam Kekuasaan Allah SWT yang merupakan sumber segala penciptaan tersebut. Demikian juga dalam mengendalikan seluruh dan menciptakan mereka adalah semudah mengendali dan menciptakan satu makhluk.
157. Page
Ketiga: Penciptaan keseluruhan sesuatu itu adalah semudah penciptaan bahagiannya yang paling halus dalam kekuasaan Allah SWT yang perbuatanNya yang kita lihatmenguasai alam ini; demikian juga dalam menciptakan keseluruhan sesuatu itu dengan banyaknya satu persatu adalah semudah menciptakan satu bahagiannya yang paling kecil. Ciri penciptaan yang paling kompleks dan kreatif dapat dilihat juga dalam penciptaan bahagian terhalus. Kebijaksanaan hakikat ini terbit daripada tiga sumber:
Pertama: Memenuhi Wahidiyyah.
Kedua: Memudahkan al-Wihdah.
Ketiga: Penyerlahan KeEsaan.
Sumber pertama: “Kesan dari yang satu”
Sekiranya segala sesuatu itu adalah memiliki Tuan yang satu, ini akan memudahkannya menggerak dan memerintah segala sesuatu itu dengan mudah dari sudut keesaan; pengurusan sesuatu itu lebih mudah seolah-olah ia adalah satu entiti. Diberikan satu contoh untuk menjelaskan perkara ini: sekiranya hanya ada satu Raja yang memerintah satu negeri, beliau akan dapat menggerakkan keseluruhan bala tenteranya kerana semuanya mengikut satu kuasa dan perintah, bahkan seorang askar mampu menawan seorang raja dan mengatasinya dengan nama rajanya sendiri.
Begitu juga apabila Raja tersebut boleh memerintah seorang tentera atau pegawai dan melaksanakan tugasan dengan perintah kedaulatannya, begitu juga dengan perintah yang sama dia boleh mengerahkan seluruh bala tenteranya. Dengan hanya satu perintah dia juga boleh menggerakkan bala tenteranya semua benda dan setiap orang untuk menolong seorang tenteranya, setiap tentera boleh bergantung kepada kekuatan keseluruhan tentera dan menerima bantuannya. Apabila pusat kuasa ini hilang akan terlerailah tali-talinya dan keadaan akan bertukar menjadi huru-hara, ketika itu keupayaan setiap seorang tentera akan lenyap sama sekali, rebah daripada kegagahan, kemampuan dan pengaruh kepada kedudukan seorang lelaki biasa. Pengendalian setiap individu dengan cara ini juga adalah amat mencabar mengikut jumlah keseluruhan mereka.
158. Page
Demikianlah juga – hanya Allah Yang memiliki perbandingan yang terbaik – dan kerana Pencipta alam semesta ini ada Satu, maka Dialah yang mengarahkan segala perintahNya kepada semua benda serta menciptakan segala sesuatu dengan penuh ketelitian, kehalusan dan keindahan dengan bentuk yang amat menakjubkan. Maka jika ada keperluan, Dia akan memerintahkan akan segala sesuatu itu menuju kepada satu perkara samada untuk menguat dan melengkapkannya. Demikianlah Dia menciptakan segala sesuatu dan mengendalikannya seperti halnya Dia mengendalikan satu perkara dengan sebab kesan dari yang satu itu. Dari kesan limpahan sebegini memenuhi wahidiah alam semesta ini dan segala isinya terlihat dalam keadaan yang begitu menakjubkan dari aspek penciptaan dan keindahan dan nilainya yang banyak dan tidak terhingga.
Sumber kedua: Kemudahan dari satu pemusatan kuasa
Segala perkara terlaksana daripada satu pusat yang sama dengan peraturan yang sama dengan kuasa yang sama, melalui cara yang sama yang disempurnakan dengan penuh kelancaran; sekiranya ia diagih-agihkan kepada pusat-pusat yang berbeza dengan peraturan yang berbeza serta penguasa yang berbeza, akan timbul pelbagai permasalahan contohnya:
Sekiranya untuk memperlengkapkan setiap askar dalam sebuah tentera daripada satu markas pemerintahan dengan peraturan yang sama serta arahan pemerintah yang sama adalah mudah dan lancar seperti memperlengkapkan seorang askar; namun sekiranya kelengkapan itu dibuat di kilang-kilang dan di markas-markas yang berbeza, untuk sekadar memperlengkapkan seorang askar akan memerlukan semua kilang peralatan serta pelbagai markas sama seperti memperlengkapkan sebuah angkatan tentera.
Namun sekiranya semuanya dipusatkan menjadi satu, kerja memperlengkapkan satu angkatan tentera akan menjadi mudah semudah memperlengkapkan seorang askar, tanpa pemusatan arahan serta kuasa sebegini, kerja mudah memperlengkapkan seorang askar akan menghadapai masalah dan cabaran.
159. Page
Demikian juga dalam memberikan keupayaan hidup untuk sebatang pohon, ia adalah mengikut kaedah pemusatan kuasa ini yang menggunakan satu peraturan dan asal yang satu; ini menjadikan penghasilan beribu-ribu buah menjadi mudah seperti menghasilkan sebiji buah. Namun jika setiap buah tersebut dihasilkan dengan sistem yang berbeza, setiap buah akan menghadapi masalah pengeluaran serta cabaran penghasilan buah-buhan untuk keseluruhan pohon kerana keperluan menghasilkan sebiji buah adalah juga keperluan menghasilkan buah-buahan untuk seluruh pohon.
Berdasarkan kepada dua contoh ini – Allah juga yang memiliki perbandingan yang sempurna- oleh kerana Pencipta alam ini adalah satu dan Esa, segala perbuatanNya adalah berdasarkan kepada pemusatan kuasa dan perintah untuk menjadikan seluruh perkara itu mudah dikendalikan semudah mengendalikan satu perkara tertentu, yang turut menjadikan sesuatu itu mudah untuk diwujudkan dengan ciri keindahan, ketelitian dan kehalusan semudah menjadikan segala perkara lain. Demikian juga dengan kaedah yang sama Dia menciptakan manusia dengan ciptaan yang menakjubkan maka terserlahlah keluasan pemberianNya yang tidak ada batasannya serta daya cipta yang tidak terhad seperti yang dilihat dan disaksikan yang banyak dan tidak terhingga.
Sumber ketiga: Penyerlahan KeEsaan
Pencipta Yang Maha Agung bukanlah berjasad dan bercirikan jasad oleh kerana itu Dia tidak terikat dengan masa dan tempat. Alam dan tempat tidak boleh menjadi wadah menyaksikanNya dan menempatkanNya. Demikian juga segala perantara dan jirim tidak dapat menghalang perbuatanNya dan memecah-belahkan kehendaknya. Tidak ada sesuatupun yang boleh menghalangNya. Dia melakukan sesuatu itu tanpa had batasan seperti Dia melakukan apa sahaja perbuatan. Sebagaimana Dia mampu menjadikan keupayaan sebiji benih untuk menghasilkan sebatang pohon yang besar, demikianlah Dia juga mampu menjadikan keseluruhan alam itu pada diri seorang manusia. Dia juga berkuasa menjadikan pengendalian alam semesta itu keseluruhannya umpama mengendalikan seorang manusia. Seperti yang telah kami jelaskan dalam Kalimat-kalimat yang lain tentang rahsia ini namun dengan ungkapan yang berlainan:
160. Page
Sepertimana ciri matahari itu tidak terbatas dari segi sinarannya yang akan dipantul oleh segala yang bersinar, maka apabila cahayanya terpantul oleh beribu bahkan bermilion cermin, pasti setiap satunya akan memantulkan sinaran yang sama tanpa terbahagi-bahagi seolah-oleh semuanya adalah satu cermin yang besar. Sekiranya sesuatu cermin itu berkeupayaan maka matahari akan berupaya untuk menzahirkan kesan kehebatan sinarannya pada permukaannya tanpa ada sesuatupun yang mampu menghalangnya, maka samada cermin itu adalah beribu ataupun satu maka semua itu adalah sama sahaja bagi matahari, cahayanya tetap akan memasuki beribu tempat dengan mudah semudah ia memasuki sesuatu tempat yang tetap juga akan mendapat kesan cahayanya sepertimana beribu-ribu tempat lain yang turut mendapatkan cahaya yang sama.
Allah jualah -yang memiliki perbandingan yang sempurna - Pencipta alam ini Yang Maha Agung. Demikianlah dengan rahsia penyerlahan KeEsaanNya dengan segala SifatNya yang merupakan nur, serta dengan segala Nama-namaNya yang bersifat nurani kerana Dia hadir dan Maha Melihat di setiap tempat walaupun Dia tidak berada di mana-mana tempat, Dia tidak terbahagi-bahagi dan melakukan setiap sesuatu tanpa kesulitan dan keberatan pada setiap tempat pada waktu yang sama.
Maka dengan hikmah “limpahan yang satu”, “Kemudahan pemusatan kuasa” dan “Penyerlahan KeEsaan” ini apabila penciptaan seluruh makhluk disandarkan kepada satu Pencipta, maka penciptaannya adalah mudah semudah menciptakan satu makhluk, demikian jugalah setiap makhluk itu boleh mempunyai nilai seperti nilainya seluruh kejadian dari segi ketinggian ciri ciptaannya seperti yang didapati fakta sebegini pada kewujudan kehalusan serta ketepatan dan ketekunan ciri ciptaanNya yang tidak terhitung pada setiap makhluk masing-masing dalam lingkungan banyaknya ciptaanNya yang tidak terhitung.
Jika penciptaan semua hidupan ini tidak disandarkan kepada satu Pencipta, pengendalian setiap makhluk akan menghadapi cabaran serta masalah sama dalam mengendalikan seluruh makhluk, juga nilai seluruh makhluk akan jatuh seperti nilainya satu makhluk. Maka tidak akan ada yang dapat diciptakan dan sekiranya diciptakanpun nescaya ia tidak akan bernilai dan sama dengan sesuatu apapun.
Kerana hikmah inilah, pengikut aliran Sofist yang merupakan aliran falsafah yang paling melampau. Ini adalah kerana mereka menentang jalan yang benar dan cenderung kepada jalan kesesatan dan kufur tanpa melihat bahawa jalan syirik lebih membawa masalah dan kerumitan beribu kali ganda daripada jalan Tauhid dan kebenaran, bahkan ia juga amat tidak masuk akal, kerana itulah mereka terpaksa mengingkari wujud segala perkara dan menyisihkan akal dalam berhujah.
161. Page
Perkara keempat: Menciptakan syurga itu bagiNya adalah mudah seperti mudahnya Dia mencipta musim bunga atas keupayaan KekuasaanNya yang bertindak dengan perbuatanNya yang dapat disaksikan di alam semesta ini, demikian juga amat mudah bagiNya untuk mewujudkan musim bunga itu adalah semudah mewujudkan sekuntum bunga. Demikianlah juga pada kehalusan indahnya ciptaan sekuntum bunga itu adalah juga sama dengan kehalusan indahnya ciptaan seluruh musim bunga itu.
Ini adalah disebabkan tiga perkara tersirat:
Pertama: Keadaan wajib Pencipta dan KesaksamaanNya.
Kedua: Kepelbagaian keadaanNya dan ketidakterikatanNya
Ketiga: Keadaannya yang tidak cenderung kepada apa-apa tanpa terpecah-pecah.
Pertama: Hasil daripada keadaan yang wajib dan kesaksamaan itu adalah kemudahan yang tidak terbatas yang mengandungi satu makna yang tersirat yang amat mendalam sekali; kita akan cuba mendekatkan maksud ini dengan contoh yang sesuai:
Sesungguhnya tingkatan wujud itu pelbagai dan alam-alam wujud itu juga adalah berbeza-beza. Oleh kerana perbezaan-perbezaan ini maka satu atom di peringkat kewujudan adalah sebesar sebuah gunung di lapisan wujud yang lebih kecil; ia boleh dikandung olehnya, sebagai contoh:
Kuasa mengingat(memori) yang tertumpu pada bahagian yang amat kecil di otak adalah sebesar benih tanaman sahaja namun dari segi apa yang mampu dikandunginya adalah seluas alam yang padanya terdapat perpustakaan makna yang tidak diketahui had pengetahuannya.
162. Page
Cermin yang sebesar kuku dari alam luaran dapat memantulkan imej sebuah kota yang besar dari jauh pada lapisan wujud yang tertentu. Sekiranya memori dan cermin tadi yang dikandung alam fizikal mempunyai kesedaran dan keupayaan untuk mewujudkan sesuatu, maka akan terhasillah satu keadaan yang tidak terbatas pada dunia makna dan perbandingan melalui kewujudann disebabkannya yang halus di dunia fizikal luar. Demikianlah keadaannya apabila kewujudan sesuatu itu semakin teguh maka kekuatannya semakin bertambah, maka sesuatu yang kecil dapat menjadi besar khususnya jika wujud itu bukanlah daripada benda (material), dan ia tidak terikat dengan sesuatu ikatan selepas menjadi begitu teguh. Pada ketika itu, satu jelmaan kecilnya boleh menggerakkan banyak alam-alam pada lapisan kewujudan yang lebih ringan.
Allah jualah yang memiliki contoh bandingan yang paling sempurna. Pencipta alam ini Dialah yang Maha Agung dan memiliki kewujudan yang pasti, iaitu kewujudannya adalah dengan sendiri, semenjak azali, selama-lamanya, mustahil Dia tiada dan hilang. KewujudanNya ialah wujud yang paling mutlak dan abadi serta yang paling kuat yang menjadikan kewujudan lapisan wujud yang lain adalah umpama bayangan lemah jika dibandingkan dengan Wujudnya Allah SWT.
Kewujudan pasti Allah SWT adalah kewujudan yang tidak akan berubah dan tetap yang mempunyai hakikat sedangkan wujudnya ciptaan lain yang mungkin adalah sekadar satu kewujudan yang lemah, bahkan banyak para peneliti jalan hakikat seperti Mahyuddīn Ibn ʽArabī merendahkan lapisan-lapisan kewujudan yang lain kepada sekadar bayangan serta khayalan kerana itu mereka mengatakan “ Tiada yang ada melainkan Dia”; mereka memutuskan untuk tidak menamakan selain daripada WujudNya Dia sebagai satu kewujudan, kerana selain dariNya tidak layak untuk digelar sebagai wujud.
Oleh kerana itu, wujudnya ciptaan-ciptaan yang lain itu adalah hanya bergantung kepadaNya, tiada ciptaan yang dapat kekal teguh dan tetap di hadapan KekuasaanNya yang Abadi. Kerana itulah menghidupkan semua yang mati dan menghisab perbuatan mereka itu adalah mudah bagiNya semudah menghidupkan kembali sehelai daun, sekuntum bunga atau buah yang dihidupkannya di musim bunga atau sekadar di sebuah taman atau sekadar pada sebatang pohon.
163. Page
Perkara tersirat kedua: Hasil daripada kepelbagaian keadaanNya dan ketidakterikatanNya yang menjadikan sesuatu itu amat mudah ialah:
Yang Maha Pencipta tidak syak lagi bahawa Dia bukanlah daripada jenis hidupan yang ada alam semesta dan tidak sama ZatNya dengan yang lain oleh kerana itu Dia tidak boleh terhalang dan dibataskan oleh halangan-halangan serta kekangan pada alam fizikal. Begitu juga segala proses yang berlaku tidak dapat mengikatNya kerana Dia berkuasa untuk bertindak dan menguruskan alam ini sebagaimana yang dikehendakiNya sekali gus dan pada waktu yang sama. Sekiranya pentadbiran dan pengurursan yang dilihat pada alam semesta itu disandarkan kepada alam semesta tentunya ia akan hanya membawa kerosakan dan kecelaruan sehingga tidak akan ada yang akan kekal dan tidak akan ada satu sistem yang akan tinggal sama sekali, bahkan tidak akan mungkin sekali wujud contohnya:
Jika keupayaan membina makam berbumbung melengkung kepada pembina kubah batu atau jika pentadbiran kontijen pegawai tentera diserahkan kepada askar bawahan maka ia adalah samada makam atau kontijen sedemikian tidak akan wujud atau ia akan hanya membawa kepada kacau bilau dan masalah. Namun jika pembinaannya diserahkan kepada pembina sebenar dan kepada tentera yang berpangkat nescaya ini akan memudahkan urusan dan meringankan pentadbiran.
Allah jualah yang memiliki perbandingan yang paling sempurna. Zat yang kewujudanNya adalah pasti yang Maha suci itu bukanlah daripada jenis unsur manusia dan hidupan lain, bahkan seluruh hakikat kehidupan adalah merupakan pancaran-pancaran kepada NamaNya Yang Maha Haq yang merupakan salah satu Asmaul Husna untuk Zat tersebut. Oleh kerana Zat Yang Suci itu wujudnya adalah wajib dan pasti serta tidak tertakluk dengan unsur bahan juga tidak sama cirinya dengan sebarang hidupan; tidak ada bandingan, umpama dan sesuatu yang serupa denganNya mak tidaklah menghairankan bahawa pengurusan alam semesta seluruhnya adalah merupakan perkara yang amat mudah yang dilaksanakan KekuasaanNya seperti mudahnya Dia menguruskan musim bunga atau semudah Dia menguruskan sebatang pohon. Demikianlah juga mudahnya bagiNya dalam menguruskan hari pembalasan dan perhitungan termasuk syurga dan neraka semudah Dia menghidupkan kembali pohon-pohon kering selepas rontoknya dedaun di musim luruh.
164. Page
Perkara tersirat ketiga:
Oleh kerana Pencipta Yang Maha Berkuasa itu tidak tertakluk kepada tempat, Dia hadir di semua tempat dengan KuasaNya; ini adalah satu perkara yang mesti. Oleh kerana dia tidak terpecah-pecah maka tidak syak lagi Dia berkuasa untuk menangani segala sesuatu dengan maksud Nama-namaNya yang Suci (Asmāul Husnā). Oleh kerana Dia hadir di semua tempat dan Berkuasa menangani segala sesuatu, maka segala yang wujud, segala perantara dan jirim tidak dapat menghalang perbuatanNya. Bahkan kalaulah sekiranya diperlukan – sekadar satu andaian – segala sesuatu tersebut adalah umpama talian elektrik dan dahan-dahan pohon serta urat-urat manusia yang merupakan satu cara yang memudahkan dan berhubungnya kehidupan. Segalanya bukanlah penghalang bahkan menjadi sebab cepatnya perlaksanaan sesuatu tindakan itu. Oleh itu ia tidak menghalang, tidak mengikat dan tidak membebankan bahkan menjadi pemudah cara, penggerak dan penghubung. Oleh itu, segala sesuatu itu adalah wadah untuk memudahkan tindakan Ilahi yang Memiliki segala Kemuliaan dari segi keterikatan segala perkara dan ketundukannya, walaupun Dia tidak memerlukan kepada keadaan itu pada asalnya.
Rumusannya ialah: Sesungguhnya Pencipta Yang Maha Berkuasa itu menciptakan segalanya dengan keadaan yang bersesuaian dengannya tanpa jerih payah, tanpa kesusahan. Dia menjadikan ciri kesejagatan sesuatu dengan begitu mudah seperti mudahnya Dia menciptakan bahagian-bahagiannya sebagaimana Dia mampu menciptakan begitu indah perkara halus seindah Dia mampu menjadikan ciri sejagat sesuatu perkara.
Benar, sesungguhnya Dialah yang menjadikan ciri-ciri sejagat serta langit-langit dan bumi daripada segala perkara yang kecil serta halus, manusia dan hidupan lain. Tidak mungkin ada Pencipta selainNya; kerana bahagian yang kecil halus itu adalah merupakan hasil ciri sejagat yang lebih umum itu dan juga intipatinya serta perumpamaannya yang lebih mikro.
Pencipta segala yang kecil dan halus itu adalah Pencipta segala unsur di langit dan bumi yang yang meliputi segala perkara yang kecil dan halus itu. Ini adalah kerana kita melihat sesuatu yang kecil seperti benih jika dibandingkan dengan sesuatu yang lebih besar adalah ibarat satu ‘salinan’ kecil yang menyerupainya. Oleh kerana itu mestilah segala unsur-unsur umum yang lebih meyeluruh dan langit-langit serta bumi tertakluk kepada kuasa Pencipta bahagian-bahagian yang halus itu untuk Dia memasukkan segala ciri yang umum itu kedalamnya dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan PengetahuanNya.
165. Page
Benar, bahagian yang kecil serta mikro itu bukanlah lebih rendah darjatnya daripada bahagian yang umum dari segi keajaiban ciptaan dan strukturnya; bunga tidaklah lebih rendah kedudukannya daripada bintang, benih tidaklah lebih rendah kedudukannya daripada pohon, bahkan pohon abstrak yang memahat KekuasaanNya pada benih adalah lebih menghairankan daripada pohon yang tampak yang merupakan cerminan kepada kekuasaanNya dalam sesuatu taman; demikianlah juga penciptaan manusia itu adalah lebih menghairankan daripada penciptaan alam.
Demikianlah juga jika Al-Quran itu menulis segala hikmah kebijaksanaannya pada nukleus[7] sebutir atom kemungkinan ia akan lebih lebih agung daripada isi maksud Al-Quran itu dari segi nilai dan kepentingannya. Demikianlah juga kedudukan beberapa perkara halus yang kecil yang lebih tinggi daripada kedudukan beberapa perkara yang lebih besar dan umum dari segi keajaiban ciptaan dan strukturnya.
Perkara Kelima:
Kami telah terang dan jelaskan sebelum ini bukti-bukti yang disaksikan bagi rahsia-rahsia dan hikmat kemudahan dan kepantasan yang tidak terbatas dalam penciptaan manusia, juga kemudahan tidak terbatas dan kecepatan yang tidak terbatas dalam mewujudkan segalanya. Dengan segala kemudahan dan kecepatan dalam penciptaan yang tidak terbatas ini ia telah menjadikan mereka yang berada atas petunjuk hidayahNya berasa yakin bahawa menciptakan syurga bagiNya adalah mudah semudah Dia menciptakan segala makhluk dan semudah Dia menciptakan musim bunga dan taman-taman. Begitu juga Dia menciptakan taman-tanaman semudah Dia menciptakan bunga-bunga. Demikianlah mengumpulkan manusia dan menyebarkan mereka adalah semudah mengambil nyawa seseorang atau mengembalikannya kepada kehidupan seperti firmanNya: مَا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ اِلَّا كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ“Tidaklah penciptaan kamu dan membangkitkan kamu itu melainkan seperti satu nyawa”. (Luqman: 28). Menghidupkan seluruh manusia dan mengumpulkan mereka adalah amat mudah semudah mengumpulkan seluruh bala tentera yang bertebaran dengan sekadar membunyikan bunyi tempiakan seperti firmanNya: اِنْ كَانَتْ اِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَاِذَاهُمْ جَم۪يعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ “Sesungguhnya ia adalah satu tempiakan dan tiba-tiba mereka semuanya tampil di sisi Kami”. (Yasin: 53)
166. Page
Kecepatan yang tidak terbatas ini dan kemudahan yang mutlak ini adalah satu bukti yang pasti yang pada asasnya menunjukkan kesempurnaan kuasa Yang Maha Pencipta, dan bahawasanya segala sesuatu itu adalah mudah baginya. Walaupun keupayaan dan kemudahan yang tidak terbatas ini menjadi kemusykilan dalam pandangan golongan yang sesat namun ia adalah beribu kali lebih rasional daripada pendapat yang mengatakan segala sesuatu itu terjadi dengan sendirinya. Mereka itu menyangkakan terwujudnya beberapa perkara biasa itu adalah mudah maka mereka berpendapat bahawa lahirnya ia ke alam wujud adalah juga mudah, iaitu ia tidak diciptakan, bahkan lahir dengan sendiri.
Oleh itu lihatlah, betapa dungunya mereka itu yang menjadikan bukti Kekuasaan Yang tidak terbatas itu sebagai hujah ketiadaan Kuasa itu sendiri yang hanya membawakan kepada perkara mustahil yang tiada batasnya. Ini adalah kerana dengan hujah sedemikian maka tidak ada acara lain lagi melainkan dengan memberikan kekuasaan itu kepada atom-atom benda-benda tersebut yang mampu untuk mewujudkan dirinya sendiri.
Ungkapan ke sebelas “Wa ilayhi maṣīr”
Iaitu kepada kehidupan yang kekal tempat kembali daripada kehidupan yang sementara; kepada tempat Yang Maha Memiliki Yang Abadi lagi Kekal, tempat segalanya pulang, kepada lingkungan kuasa Yang Esa Yang Memiliki Keagungan tempat kembalinya daripada segala sebab, kepada alam akhirat daripada perpindahan dunia, kepada sisiNya tempat kembali kamu semua, kepada RahmatNya tempat kamu semua berlindung.
Terdapat banyak maksud yang tersirat dalam ungkapan ini:
Adapun tentang pulangnya kita ke syurga dan kebahagiaan abadi – di antara maksud-maksud ini – ia telahpun diterangkan dengan dua belas dalil yang meyakinkan dalam “Kalimah ke sepuluh” dan juga dengan enam asas yang mengandungi dalil-dalil kukuh serta dalam “kalimah ke 29” yang tidak memerlukan penerangan lanjut.
Ungkapan ini membawa maksud yang sama pastinya tentang terbitnya matahari yang akan timbul sekali lagi keesokan harinya, bahawa kehidupan yang merupakan umpama simbol matahari di dunia ini ia akan terbit dengan abadi di pagi hari dikumpulkan manusia semuanya selepas tenggelamnya ia dengan kemusnahan dunia. Sekumpulan jin dan manusia akan mengecapi kehidupan yang kekal abadi bahagia manakala sebahagian lain akan merasai kehidupan yang penuh keperitan abadi, oleh kerana perkara ini telah diterangkan dengan panjang lebar dalam Kalimah ke 10 dan 29, kita cuma ingin menegaskan:
167. Page
Bahawasanya Pencipta alam semesta ini yang Maha Bijaksana dan Pencipta manusia yang memiliki Ilmu yang amat meliputi segala Yang memiliki kehendak keseluruhannya yang tidak terbatas serta kekuasaan yang mutlak telah menjanjikan kepada manusia di dalam seluruh kitab dan risalahNya yang diturunkan sepertimana yang telah diperjelaskan sebelum ini. Oleh kerana Dia telah menjanjikan perkara ini maka Dia pasti akan menunaikannya kerana memungkiri janji adalah mustahil bagiNya kerana ia merupakan sifat yang amat menjengkelkan. Yang Maha Sempurna ialah yang terhindar daripada memiliki sifat yang kurang kerana memungkiri janji itu adalah kesan sikap lupa atau lemah yang merupakan sifat-sifat mustahil bagiNya.
Kemudian dari itu seluruh para Nabi terutamanya Baginda Rasulullah SAW, seluruh para wali serta golongan yang suci bersih hati mereka itu, bersama dengan orang yang beriman memanjatkan harapan kepadaNya Yang Maha Pemurah sentiasa dan mendambakan kebahagiaan abadi yang dijanjikannya dengan penuh harapan dan rayuan.
Mereka itu berharap dengan seluruh Nama-namaNya yang mulia, kerana Nama-nama itu kebanyakannya - terutamanya belasNya, rahmatNya, keadilanNya dan kebijaksanaanNya bersama Nama Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Adil, Yang Maha Bijaksana dengan segala kekuasaanNya dan KetuhananNya, juga Nama “Tuhan yang Maha Mentadbir” dan “Allah Yang Maha Suci”; semua ini membawa maksud dalam lingkungan pengertiannya kebahagiaan yang abadi yang akan menyerlahkan maksud Nama-nama tersebut, bahkan seluruh kehidupan itu boleh sahaja menjadi bukti dan hujah tentang wujudnya hari akhirat itu sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Kalimah ke 10.
Selain itu, Al-Quran yang bijaksana itu sendiri yang merupakan perlembagaan melalui semua bukti-bukti nyata di dalam ayat-ayatnya yang jelas tersebut hakikat ini.
Tambahan pula, Baginda Rasulullah SAW sendiri yang merupakan Rasul yang dibanggai kemanusiaan telahpun mengajarkan hakikat ini dengan segala usaha Baginda sewaktu hidupnya dengan bersandarkan kepada ribuan mukjizat yang jelas sambil membuktikan dan menunjukkannya hakikat akan berlakunya hari akhirat itu.
168. Page
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَيْهِ وَ عَلٰٓي اٰلِه۪ وَ صَحْبِه۪ بِعَدَدِ اَنْفَاسِ
اَهْلِ الْجَنَّةِ فِي الْجَنَّةِ وَ احْشُرْنَا وَ وَالِدَيْنَا وَاِخْوَانَنَا وَ اَخَوَاتِنَا
تَحْتَ لِوَٓائِه۪ وَارْزُقْنَا شَفَاعَتَهُ وَ اَدْخِلْنَاالْجَنَّةَ مَعَ اٰلِه۪ وَ اَصْحَابِه۪ بِرَحْمَتِكَ يَٓا اَرْحَمَ الرَّاحِم۪ينَ اٰم۪ينَ
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَٓا اِنْ نَس۪ينَٓا اَوْ اَخْطَاْنَا رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا
بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْر۪ي وَ يَسِّرْ ل۪ٓي اَمْر۪ي وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَان۪ي
يَفْقَهُوا قَوْل۪ي رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّٓا اِنَّكَ اَنْتَ السَّم۪يعُ الْعَل۪يمُ وَ تُبْ عَلَيْنَٓا
اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّح۪يمُ
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ
169. Page
Ya Allah, selawat dan salam serta berkatilah ke atas junjungan Baginda dan juga ke atas ahli kelurga Baginda serta Shabat Baginda sebanyak mana nafasnya penghuni syurga di dalamnya. Himpunlahkami dengan ibu-bapa kami, saudara mara kami dan saudara seugama kami dan kurniakanlah kami syafaatnya. Masukkanlah kami bersama dengannya, ahli keluarga Baginda dan Sahabat Baginda dengan belas RahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih. Ameen. “Tuhan Kami janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah”.
“Wahai Tuhan kami janganlah Engkau pesongkan selepas daripada Engkau memberikan Hidayah kepada kami serta anugerahkan kepada kami belas rahmatMu sesungguhnya engkaulah Yang Maha Pemberi.”
“Tuhanku lapangkan dadaku, mudahkan urusanku, lancarkanlah bicaraku, agar mereka memahamiku”.
“Ya Allah terimalah dari kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
“Anugerahkan kami taubat sesungguhnya Englaulah yang Maha Penerima taubat dan Yang Maha Mengasihani”
“Maha Suci Engkau kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
170. Page
Lampiran
“Kalimah ke Sepuluh”
بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّأ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
بِسْـــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلاً رَجُلاً ف۪يهِ شُرَكَآءُ مُتَشَاكِسُونَ
Dengan NamaNya Yang Maha Suci
“Sesungguhnya tidak ada sesuatupun melainkan ia mensucikan dengan pujian kepadaNya”.
“Tidakkah dengan mengingati Allah itu menenangkan hati-hati” (Al-Ra’du: 28)
“Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).” (Az-Zumar: 29)
Soalan: Tuan telah mengatakan di banyak tempat bahawa di dalam keEsaan Ilahi terdapat satu ciri kemudahan tidak terbatas manakala di dalam ciri berbilang-bilang dan menyekutukan pasangan dengan Allah, terdapat banyak kerumitan; bahawa dalam konsep keEsaan Tuhan itu terdapat ciri kemudahan yang merupakan ciri yang mesti sedangkan perbuatan menyekutukanNya itu hanyalah merumitkan keadaan dan mustahil. Namun, pada yang sama, kerumitan dan kemustahilan yang cuba Tuan tunjukkan itu juga terdapat pada konsep KeEsaan. Contohnya, kamu mengatakan jika segala atom-atom itu bukan benda yang mengikut perintah, maka adalah perlu untuk samada satu pengetahuan yang tidak terbatas atau satu kuasa yang mutlak atau satu bentuk mekanisma tersirat untuk berada pada setiap atom. Ini tentunya adalah mustahil seratus kali. Kalaupun semua atom-atom itu adalah benda yang hanya mengikut perintah tuhan, ia masih perlu untuk memiliki ciri dan keupayaan yang sama untuk mereka melaksanakan tugasan mereka yang tidak pernah selesai. Bolehkan Tuan menjelaskan lagi perkara ini kepada kami?
171. Page
Jawapan: Kami telah menjelaskan dan membuktikan dalam banyak Kalimah-kalimah[8] bahawa semua hidupan itu disandarkan kepada Pencipta yang Tunggal dan Esa, urusan semua kejadian itu akan menjadi semudah mengurus tadbir satu makhluk. Namun jika kejadian mereka itu disebabkan oleh pelbagai sebab semula jadi, urusan seekor lalat akan menjadi serumit mentadbirkan petala langit, sekuntum bunga menjadi serumit musim bunga, sebiji buah menjadi serumit sebuah taman. Memandangkan perkara ini telahpun diterangkan di dalam Kalimah-kalimah lain, kami hanya akan merujukkan anda kepadanya dan hanya akan mengemukakan tiga perbandingan, dengan tiga petunjuk, yang diharap agar dapat menjelaskan minda dan menegakkan kebenaran.
Perbandingan pertama: Contohnya, satu atom halus yang lutsinar dan bersinar tidak boleh dengan tenaga sendiri meletakkan dirinya dalam satu pancaran cahaya walaupun sebesar kepala mancis sekalipun dan ia juga tidak akan dapat dengan sendirinya menjadi sumber cahaya tersebut. Ia hanya dapat mengeluarkan cahaya, dengan sendirinya, sebagai satu atom halus berdasarkan kepada keupayaannya sendiri danketumpatan jirimnya. Namun jika atom ini terhubung dengan matahari, sekiranya ia membuka ‘matanya’ dan melihat ke arahnya, ia akan dapat memahami betapa besarnya saiz matahari itu bersama cahayanya, kehangatannnya dan tujuh warna serta jaraknya; ia akan menunjukkan semacam satu manifestasi yang hebat. Ini adalah serupa dengan mengatakan, sekiranya atom itu kekal sendiri, ia akan hanya dapat berfungsi sebagai atom, namun kalau sekiranya ia bergabung dengan matahari dan memantulkan lagi cahayanya, ia akan dapat menunjukkan contoh fungsi matahari itu sendiri, seumpama matahari itu sendiri.
Oleh itu, “Allah jualah Yang Memiliki Perbandingan Yang Tinggi”, sekiranya semua hidupan, semua atom bercirikan dengan keupayaan menggandakan keadaannya sendiri, serta tertakluk kepada sebab musabab, faktor semula jadi, bergantung kepada dirinya sendiri atau kepada sesuatu selain daripada Allah maka setiap satunya mestilah mempunyai pengetahuan yang tidak terbatas dan kuasa yang mutlak, atau mekanisma tersirat yang tidak terbilang, serta alat penempa bentuk yang mesti berada pada setiap satu darinya untuk ia melaksanakan fungsinya yang hebat. Namun, jika atom-atom tersebut tertakluk kepada Yang Esa, setiap satu darinya adalah berhubung dengannya maka setiap satunya mendapat keupayaan yang sesuai dengannya. Hubungan ini membolehkan atom-atom itu memperlihatkan potensiNya. Melalui hubungan ini dan keadaannya yang berupaya menjadi manifestasi, ia bergantung kepada pengetahuan dan kuasa yang tidak terbatas. Oleh kerana itu, dengan sebab misteri hubungan dan kebergantungannya, ia mampu melaksanakan fungsi dan tugasan di luar batasan kuasanya sendiri, melalui kuasa PenciptaNya.
172. Page
Contoh Kedua: Contohnya, ada dua adik beradik, satu berani serta berdikari, satu lagi amat patriotik dan amat dedikasi kepada negaranya. Namun apabila peperangan meletus, yang banyak berdikari tidak membuat hubungan dengan kerajaan, dia mahu memberi khidmat dengan caranya sendiri. Dia terpaksa mencari sumber kuasanya sendiri, mencari cara mengangkut sekadar yang termampu, segala bekalan peluru dan senjatanya. Berdasarkan kepada kemampuan tenaganya yang terbatas, dia hanya mampu melawan kecuali seorang prebet di pihak lawan, selebihnya dia tidak berkemampuan. Seorang lagi tidak bergantung sendiri, dia tahu keadaan dirinya yang lemah dan tidak berkuasa untuk membuat hubungan dengan pihak istana namun dia telahpun mendaftar dengan pihak tentera. Melalui hubungan ini, tentera yang besar itu menjadi sumber bantuan kepadanya. Oleh kerana sokongan ini, dia memasuki pertempuran dengan penuh kekuatan moral seluruh bala tentera yang diselia oleh Raja. Apabila dia bertembung dengan Raja yang merupakan Pemerintah tempur tentera yang dikalahkan, dia mengucapkan dengan nama Rajanya: “Aku menjadikan kamu tawanan! Cepat bergerak!” Dia menangkapnya dan menyerahkannya. Maksud keadaan ini dan pengajarannya ialah: memandangkan yang pertama itu, sikapnya berdikari namun terpaksa menempuh kepayahan membawa peralatan dan bekalannya sendiri, keupayaannya adalah amat kecil dan terbatas. Namun, kalau itu orang itu pegawai kerajaan, tidak perlu membawa dengan keupayaannya; sesungguhnya, dia seolah-olah dibawa dengan keupayaan dan kuasa seluruh bala tentera dan Rajanya.
Sama seperti menyembung sambungan telefon atau telegraf kepada talian, orang itu, melalui bentuk-bentuk hubungan yang dibentuk olehnya, menyambung dirinya kepada satu kuasa yang tidak terbatas.
173. Page
Kerana itulah, “Allah jualah yang memiliki perbandingan yang sempurna”, sekiranya semua hidupan, semua atom, disandarkan kepada Satu Pencipta Yang Esa, melalui kuasa hubungan tersebut serta melalui hubungannya dengan Tuhannya, melalui perintahnya, dengan PerintahNya seekor semut boleh menghancurkan istana Fira’un, seekor lalat boleh membunuh Namrud dan menjadikan hidupnya seperti nereka. Seekor kuman boleh sahaja menjadikan seorang yang zalim terkubur; benih sebesar biji gandum boleh menjadi satu makmal dan kilang menghasilkan sebatang pohon pine seagam sebuah gunung yang besar; sebuah atom atmosfera mampu berfungsi dengan begitu cekap dan sistematik dalam pelbagai fungsi dan struktur dalam pendebungaan buah dan bunga. Kemudahan sebegini dengan jelasnya timbul daripada hubungan dan keadaan yang menjadikan sesuatu itu berkeupayaan. Sekiranya sesuatu itu tercerai daripada hubungan ini dan merdeka, ia ditinggalkan hanya kepada ketentuannya sendiri, atau kepada sebab musabab dan kepada dirinya sendiri, sekiranya ia menyekutukan Tuhan, maka fungsi yang mampu dilakukannya ialah hanya terbatas kepada upaya entiti fizikalnya dan sehingga ke tahap apa yang boleh dicapai oleh kapasiti dan kemampuannya.
Perbandingan ketiga: Contohnya, terdapat dua kawan yang hendak menulis satu kerja geografi dan statistik berkenaan sebuah negara yang mereka tidak pernah lihat. Salah seorang dari mereka menghubungi Raja dan menggunakan telefon dan telegraf pejabat. Dengan hanya menggunakan talian yang bernilai beberapa sen sahaja, dia menyambungkan penerima telefonnya ke talian negeri dan terus mampu untuk berkomunikasi dengan sesiapa untuk menerima maklumat. Dia menulis kerja geografi dan statistiknya dengan begitu sempurna dan teratur.
Manakala kawan yang satu lagi, samada dia perlu berjalan selama lima puluh tahun dan melihat di mana-mana untuk dia mengetahui maklumat sesuatu kejadian dengan begitu sulit. Jika tidak, dengan membelanjakan berjuta lira, dia boleh sahaja menjadi pemilik seperti Raja tadi, seluruh sistem telefon dan telegraf seluas apa yang yang dimiliki oleh negara semata-mata untuk dia dapat menulis sebuah tugasan seperti kawannya. Demikianlah keadaannya (Allah jugalah yang memiliki perbandingan yang paling sempurna) Jika banyak hidupan dan makhluk semua terhubung kepada Tuhan Yang Maha Esa yang memiliki ciri kesatuan ini, melalui hubungan sedemikian, setiap sesuatu itu akan berkeupayaan menjadi manifestasi. Dengan menunjukkan manifestasi matahari yang abadi ia perlu berhubungan dengan peraturan yang menjadi landasan KebijaksanaanNya, dengan asas pengetahuanNya dan perintahNya. Kemudian, melalui kekuasaan dan kekuatan, ia akan menunjukkan manifestasi ketuhanan yang memerlukan mata yang melihat semua perkara, wajah yang melihat seluruh tempat, serta perkataan yang membawa kepentingan dalam semua perkara. Sekiranya hubungan ini diputuskan, sesuatu itu juga akan terputus daripada segala yang lain, ia akan terkongkong dalam saiznya yang halus. Dalam apa jua keadaannya, ia memerlukan satu kuasa ketuhanan untuk ia berkeupayaan melaksanakan fungsi yang diterangkan di atas.
174. Page
Kesimpulannya: Kemudahan dan kelancaran adalah merupakan natijah yang wajib kepada konsep keEsaan Ilahi sedangkan dalam menyekutukanNya serta kepercayaan semata kepada sebab musabab hanya mendatangkan permasalahan dan kerumitan yang natijahnya adalah kemustahilan. Ini adalah kerana seseorang itu dapat, tanpa sebarang masalah, mengatur pelbagai objek dalam sesuatu situasi dan mendapatkan satu natijah daripadanya. Namun sekiranya, keteraturan dan perencanaan itu dibiarkan kepada objek-objek itu sendiri untuk menghasilkan situasi yang sama, ia hanyalah dapat dilaksanakan dengan penuh kerumitan dan melibatkan aktiviti yang terlalu banyak. Contohnya, seperti yang telah diterangkan di dalam Surat ke tiga, keadaan langit yang amat menakjubkan dan ketepatan pergerakan serta peredaran mega objek-objeknya adalah umpama perbuatan bertasbih dengan pergerakan bala tentera yang terdiri daripada bintang-bintang dan diketuai oleh pergerakan matahari serta bulan di angkasa pada setiap malam, pada setiap tahun, menghasilkan beberapa faedah di bumi dengan terhasilnya musim yang silih berganti. Jika semua pergerakan ini disandarkan kepada Kuasa Azali maka dengan mudah Dia akan menentukan “satu tenteraNya” contohnya, bumi itu sendiri untuk memulakan perubahan yang memberi kesan kepada objek-objek samawi lain untuk menghasilkan natijah yang dikehendakiNya. Selepas bumi menerima arahan lalu patuh serta memahaminya umpama seorang Mevlavi yang menari tarian Darwish kerana gembiranya menerima arahan tersebut. Keadaan yang amat terperinci dan halus ini terhasil serta natijah yang penting ini terlaksana hanya dengan usaha yang tidak seberapa.
Namun, keadaan sebaliknya jika difirmankan kepada bumi: “Jangan bergerak dan jangan masuk campur”, lalu keadaan yang ingin dihasilkan itu disandarkan kepada hanya kepada bintang-bintang di langit dan dilaksanakan dengan bersandarkan kepada kepelbagaian sebab musabab dan selain daripadaNya yang Esa, maka pastinya ia memerlukan pergerakan bermilion-milion bintang yang tentunya lebih besar daripada bumi itu sendiri beribu-ribu kali, yang perlu melalui setiap 24 jam dan setiap tahun jarak yang berbilion-bilion tahun cahaya.
175. Page
Kesimpulannya:
Al-Quran dan mereka yang beriman menyandarkan sebab serta urusan ciptaan yang tidak terbilang itu kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan menghubungkan segala sesuatu itu terus kepadaNya. Mereka berhujah dengan begitu mudah serta memperlihatkan betapa perlunya perkara itu diterangkan sedemikian sambil cuba menjadikan perhatian orang ramai tertumpu kepadanya.
Namun golongan syirik dan sesat mereka cuba menyandarkan satu ciptaan kepada sebab musabab yang tidak ada hadnya, menggunakan hujah yang rumit dan pendekatan yang kompleks sehingga menjadikannya tidak dapat diterima akal. Oleh itu, mereka yang berada atas landasan hujah Al-Quran adalah bersama dengan seluruh hidupan dan ciptaan, manakala mereka yang berhujah dengan hanya terdapat keupayaan satu ciptaan berada di landasan yang sesat. Ini adalah kerana keluarnya segala perkara daripada Yang Esa dan satu adalah jauh lebih mudah daripada keluarnya satu perkara daripada banyak sumber yang tidak terhingga jumlahnya. Sama juga keadaannya adalah lebih mudah bagi seorang pegawai pemerintah tentera memberikan arahan kepada beribu anggotanya adalah semudah memberikan arahan kepada seorang anggota. Namun jika arahan seorang pegawai itu diberikan kepada beribu-ribu orang ia akan menjadi serumit menguruskan beribu anggota dan natijahnya hanyalah kekeliruan dan huru hara.
Ayat-ayat suci ini menyatakan berkenaan perkara ini:❀❀❀
“Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).” (Az-Zumar: 29)
“Maha Suci Engkau! Tidaklah kami mempunyai ilmu melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana” (Al-Baqarah: 32)
Ya Allah! Limpahlanlah selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad dengan sebanyak atom segala hidupan dan ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya kesemuanya. Ameen! Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam.”
“Surat ke 21” telah dilampirkan di dalam Kitab ‘Sirāj al-Nūr’ oleh itu ia tidak dimasukkan disini kembali.