Surat Kedua Puluh Empat

208. Page

Surat Ke-24

Surat ke-24 diceritakan di dalam kitab “Al-Talasim”, bukan dalam kitab ini.


Lampiran pertama

daripada surat ke-24

Dengan nama Allah 

“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya”

Dengarlah lima perkara dalam ayat al-Quran ini.

Perkara pertama:  Sesungguhnya doa ialah rahsia teragung dalam ibadah, bahkan doa ialah ruh ibadah. Doa terdapat tiga jenis seperti yang telah disebutkan:

Jenis pertama: Melalui lidah yang sedia ada. Semua haiwan dan biji benih memohon kepada Al-Fatır Al-Hakim dengan lisan yang sedia ada, mereka berkata: “Wahai pencipta kami, kurniai kami kehidupan supaya kami boleh menzahirkan ukiran nama-nama-Mu dengan jelas dan terperinci, kurniai kami yang kerdil ini ranting-ranting kecil sehingga menjadi pohon yang besar.

Terdapat juga doa lain yang termasuk dalam kategori ini:

Terhimpun sebab-sebab yang menjadi doa untuk mendapatkan hasilnya. Maksudnya sebab-sebab ini berfungsi sebagai lisan yang berdasarkan keadaan. Dan dia berdoa kepada Allah yang Maha Agung meminta sebab musababnya. Contohnya, air, panas, tanah, cahaya diletakkan pada biji benih. Elemen inilah yang menjadi lisan yang berdoa: Wahai pencipta kami, jadikan benih ini sebuah pohon, kerana pohon ini ialah suatu mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah yang ajaib. Tidak mungkin sesuatu yang statik mampu menghasilkannya, bahkan ia mustahil. Jadi, himpunan sebab merupakan salah satu doa.

Jenis kedua: Doa yang dimohon oleh semua benda hidup kepada pencipta mereka yang penyayang dengan lisan berdasarkan kehendak fitrah mereka. Doa yang diperkenankan untuk mereka pada waktu yang sesuai, termasuk hajat dan permintaan mereka yang tidak terhitung dan mereka tidak mampu untuk menunaikannya. Tetapi Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang memenuhi keperluan mereka yang berada diluar kuasa dan kemampuan mereka. Hajat itu akan diberi kepada mereka diluar jangkaan pada masa yang sesuai. Nikmat ini ialah hasil daripada doa fitrah ini. Kesimpulannya, doa ini ialah doa yang dipohon oleh semua makhluk kepada Allah Taala. Mereka semua berdoa kepada Allah dan segala sebab musabab datang dari Allah jua.


209. Page

Jenis ketiga: Doa yang mempunyai unsur kesedaran dalam hajat mereka, terbahagi kepada dua bahagian:

Bahagian pertama ialah mustajab pada kebiasaannya iaitu pada saat sangat diperlukan, atau jika mempunyai kaitan yang kuat dengan hajat fitrah, atau hampir dengan lisan sedia ada. Kebanyakan kemajuan manusia dan ciptaan manusia termasuk dalam bahagian doa ini, yang disebut sebagai ciptaan moden luar biasa yang menjadi kebanggaan dan kemegahan mereka diperolehi dengan doa maknawi. Manusia memohon doa melalui lidah yang sedia ada dan diperkenankan untuk mereka. Doa-doa yang dipohon melalui lidah yang sedia ada atau lisan berdasarkan kehendak fitrah selalunya mustajab jika tidak ada penghalang yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Bahagian kedua ialah doa yang terkenal, ia juga terbahagi kepada dua:

Salah satunya doa dengan perbuatan, dan satu lagi ialah doa dengan perkataan. Membajak tanah ialah contoh doa dengan perbuatan. Para peladang tidak memohon rezeki daripada tanah, tetapi tanah ialah salah satu sumber rahmat yang dibajak oleh para peladang. Kita akan menjelaskan bahagian satu lagi kemudian. Tetapi kita akan menerangkan rahsia-rahsia doa dengan perbuatan dalam perkara berikut.

Perkara kedua: Kesan doa sangat hebat terutamanya apabila doa itu mendapat keseluruhan lalu dilakukan secara berterusan kebanyakannya memberi hasil. Boleh dianggap bahawa doa ialah sebab terciptanya alam, iaitu doa yang hebat daripada manusia yang memimpin dunia Islam yang diketuai oleh Muhammad SAW, ialah salah satu sebab terciptanya alam dan semua makhluk. Pencipta alam ini tahu bahawa Rasulullah SAW akan memohon kepada-Nya kebahagiaan dan kemuliaan yang abadi dengan nama-nama Tuhan, nama manusia dan nama semua yang wujud, lalu Allah perkenankan doa Baginda dan terciptalah alam semesta. Memandangkan doa memainkan peranan yang besar dan penting, adakah mungkin doa daripada tiga ratus juta manusia tidak diterima, termasuklah golongan yang baik dalam yang tidak terkira dalam kalangan jin, manusia, pemimpin dan perkara-perkara kerohanian pada setiap masa sejak seribu tiga ratus tahun yang lalu sejak Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat Tuhan yang besar dan kebahagiaan yang abadi? Adakah mungkin semua doa itu akan ditolak?


210. Page

Apabila doa itu dimohon dengan sempurna berterusan, ia akan mencapai tahap doa melalui lidah yang sedia ada dan lisan berdasarkan kehendak fitrah. Tidak diragui lagi bahawa Muhammad SAW ialah doa yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Tidak mampu dilangkaui semua akal tentang hakikat kedudukan ini dengan menyeluruh walaupun dihimpunkan semua akal itu menjadi satu.

Wahai orang Islam, akan datang kepadamu hari perhimpunan yang akan diberi syafaat oleh Rasulullah SAW. Maka ikutilah sunnah pemberi syafaat ini hingga kamu memperoleh syafaatnya.

Jika kamu bertanya: Dia ialah kekasih Allah, kenapa Baginda perlu bersungguh-sungguh menunaikan solat dan berdoa?

Jawapan: Baginda SAW mempunyai kaitan dengan kebahagiaan umatnya, dan Baginda mempunyai habuan dalam kebahagiaan bagi setiap seorang daripada mereka. Baginda berasa simpati atas setiap musibah yang menimpa mereka. Oleh itu, Baginda SAW bermohon dengan sungguh-sungguh agar tiada had bagi setiap seorang daripada umatnya untuk memperoleh kebahagiaan. Beliau juga berasa sakit atas derita yang dialami oleh umatnya, oleh itu Baginda layak dan perlu kepada selawat, doa dan rahmat yang tiada hadnya.

Jika kamu berkata: Doa itu kadang-kadang dilakukan dengan perbuatan, seperti solat Kusuf dan Khusuf, dan kadang-kadang dengan perkara yang tidak mungkin boleh dibicarakan.

Jawapan: Doa itu ialah ibadah seperti yang telah dijelaskan dalam risalah yang lain. Seorang hamba itu menzahirkan kelemahan dan kefakirannya dengan doa. Tujuan zahir berdoa terletak pada masanya dan ibadahnya dan bukan faedah yang diingininya, kerana manfaat ibadah itu adalah untuk akhirat, bukan untuk dunia. Janganlah berkata doa itu tidak diterima jika tiada hasil tujuan dunyawi tetapi sebaiknya mengucapkan waktunya belum tiba.

Adakah mungkin kebahagiaan abadi yang sentiasa diinginkan oleh semua orang beriman pada setiap masa dengan doa yang sempurna, ikhlas dan bersungguh-sungguh, tidak akan diperkenankan untuk mereka? Mungkinkah doa mereka tidak diterima oleh Allah yang memberi rahmat kepada mereka tanpa henti dengan penyaksian semua makhluk, adakah mereka tidak memperoleh kebahagiaan yang abadi?


211. Page

Perkara ketiga: Doa dengan perkataan diperkenankan dengan dua keadaan:

Sama ada diperkenankan sepertimana yang diminta, atau lebih baik daripadanya.

Contoh: Seseorang memohon supaya Allah mengurniakannya seorang anak lelaki. Tetapi Allah memberinya anak perempuan seperti Maryam alaihassalam. Jangan menganggap keadaan itu dengan berkata: Doanya tidak dimakbulkan, tetapi doa dia dibalas dengan perkara yang lebih baik daripada apa yang dipohon.

Kadang-kadang manusia memohon kebahagiaan di dunia, tetapi Allah memberinya kebahagiaan di akhirat. Jangan berkata doanya ditolak, tetapi katakan bahawa doanya dimakbulkan dengan perkara yang lebih bermanfaat dan sebagainya.

Allah Taala Maha Bijaksana, kita meminta dan memohon kepada-Nya, Dia akan memakbulkannya. Tetapi Dia akan menunaikannya dengan kebijaksanaan-Nya, seperti seorang pesakit yang tidak mencela kemampuan seorang doktor, mungkin pesakit itu meminta doktor memberikan madu kepadanya, tetapi doktor yang bijak akan memberinya sulfat untuk melawan Malaria. Bukan hak seorang pesakit pada ketika itu untuk mengatakan bahawa doktor itu tidak mendengar katanya, bahkan doktor itu mendengar rayuan dan kesakitannya, lalu diberikan kepadanya dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dipohon.

Point keempat: Hasil terbaik, termanis dan terindah dari doa ialah apabila yang berdoa itu tahu bahawa ada yang mendengar suaranya, yang meredakan kesakitannya dan mengasihinya, yang akan memberinya kekuatan dalam setiap perkara. Ketika itu dia akan berasa tiada seorang pun yang berada di khan dunia ini, tetapi ada Yang Maha Mulia yang melihatnya dan mengasihinya. Dia seolah-olah berada di antara tangan yang mampu untuk merealisasikan keinginannya tanpa batasan, mempertahankan dirinya daripada musuh-musuh yang tidak terhitung banyaknya. Maka dia akan berasa gembira dan berlapang dada, dan terangkat segala bebanan yang dipikul seberat bumi lalu berkata: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Perkara kelima: Doa ruh ubudiyyah dan kesan keimanan yang jitu. Hamba yang berkata dalam doanya bahawa, “terdapat tangan yang menguasai seluruh alam semesta, yang mengetahui segala halku yang tersembunyi, yang mampu menjadikan sekecil-kecil impianku menjadi kenyataan, yang melihat semua keadaanku dan mendengar rintihanku, Dia mendengar setiap suara semua yang wujud dan juga suaraku, Dia yang menciptakan setiap sesuatu, aku tidak perlu menunggu sedetik pun dari umurku dan aku tidak meminta kecuali kepada-Nya”. Lihatlah kepada unsur ketuhanan yang teguh dalam doanya, dan kemanisan iman yang digambarkan dalam doanya. Fahamilah rahsia firman Allah taala “Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepada-Nya” (surah Al-Furqan:77). Aku mendengar firman-Nya, Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” (surah Ghafir: 60). Terdapat juga yang mengatakan kalau Dia tidak mahu memberi, dia tidak akan menyuruh orang meminta.

"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Selawat dan salam ke atas penghulu kita, Muhammad sejak azali sehingga selama-selamanya di dalam pengetahuan Allah, ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda. Selamatkanlah kami dan agama kami, segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

212. Page

Lampiran kedua

Daripada surat ke-24

Tentang Kisah Mikraj Nabi❀❀❀❀❀

Dengan nama Allah 

“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”

 “Dan demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah melihat Jibril, dalam bentuknya yang asal sekali lagi * Di sisi Sidratul-Muntaha * Yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa * Semasa Sidratul-Muntaha itu diliputi oleh makhluk dari alam ghaib, yang tidak terhingga * Penglihatan Nabi Muhammad tidak berpaling dan tidak melampaui batas * Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda kekuasaan Tuhannya” (surah Al-Najm: 13-17)


Kami akan menerangkan lima perkara berkaitan Mikraj dalam qasidah Maulid Nabi.

Perkara pertama: Sayyid Sulaiman yang mengarang qasidah dalam Maulid Nabi menceritakan peristiwa yang menyentuh hati tentang Buraq, makhluk yang diturunkan dari syurga. Memandangkan Sayyid seorang wali dan beliau mengarang qasidah berdasarkan beberapa riwayat hadis, pasti beliau menceritakan gambaran peristiwa itu dengan baik, iaitu:

Makhluk alam baqa mempunyai kaitan yang kuat dengan cahaya Rasulullah SAW, kerana cahaya Baginda memakmurkan syurga dan hari akhirat dengan jin dan manusia. Jika Baginda tidak diciptakan, tidak ada kebahagiaan yang abadi dan syurga tidak dihuni oleh jin dan manusia yang memperoleh manfaat daripada setiap makhluk di dalam syurga. Syurga akan kekal seperti tempat yang terbiar. Sebagaimana diceritakan pada baris keempat dalam rangkap ke-24, tentang lagenda Bulbul yang sangat suka akan bunga ros. Bulbul dilantik dalam kalangan semua jenis haiwan, kerana cintanya kepada bunga ros seperti cinta seorang kekasih, untuk memberitahu semua haiwan tentang keinginannya yang mendalam terhadap tumbuhan tersebut yang merupakan sumber kerahmatan dan rezeki baginya. Bulbul mendendangkan cintanya kepada tumbuhan yang paling cantik itu dengan mengibas-ngibaskan sayapnya dan bertasbih memuji Allah.

Begitulah Jibril a.s., salah satu malaikat yang sangat mengasihi Muhammad SAW yang merupakan sebab terciptanya bintang-bintang dan jalan untuk mengecap kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kekasih Allah, tuhan semesta alam. Diceritakan juga kepatuhan malaikat kepada Saidina Adam a.s. dan ketaatan mereka apabila diperintahkan bersujud kepadanya, dan kepatuhan ahli syurga. Malahan haiwan juga mempunyai kaitan dengan Nabi SAW, sebagaimana diceritakan dalam qasidah tentang perasaan rindu Buraq yang mendalam, haiwan yang ditunggang oleh Nabi Muhammad SAW.

Perkara kedua: Salah satu peristiwa dalam qasidah mikraj Nabi ialah cinta Allah yang suci terhadap Rasulullah SAW dengan menggunakan ungkapan, “Aku mencintaimu”. Jika ungkapan ini difahami dengan kefahaman yang biasa, tidak sesuai dengan kesucian Allah yang Maha Wujud dan zat-Nya. Tidak mungkin bagi Sayyid Sulaiman seorang wali mengarang qasidah tersebut cenderung kepada kefahaman itu. Oleh itu, beliau menjelaskan makna yang tepat iaitu:

Allah yang Maha Wujud memiliki keindahan dan kesempurnaan yang tiada tandingnya, dan terbukti apabila setiap keindahan dan kesempurnaan itu dibahagi kepada semua jenis makhluk-Nya. Setiap yang memiliki kecantikan dan kesempurnaan yang terbahagi kepada kesemua makhluk adalah tanda kecantikan dan kesempurnaan Allah

Allah Taala yang Maha Indah dan Sempurna sangat mencintai kecantikan dan kesempurnaan dengan jelas sekali, dan mencintai nama-nama-Nya yang melambangkan keindahan. Jika Allah mencintai nama-Nya, pasti Dia mencintai ciptaan-Nya yang menzahirkan kecantikan kerana ia mencerminkan kesempurnaan sifat-Nya. Dan jika dia cinta untuk menzahirkan kecantikan dan kesempurnaannya maka tidak ragu lagi Dia akan cinta kepada kebaikan makhluk-Nya yang mempamerkan keindahan sifat-Nya. Al-Quran menerangkan lima jenis kecintaan ini dalam ayat-ayatnya.


213. Page

Jesturu Rasulullah SAW makhluk yang paling sempurna dan memiliki sebaik-baik peribadi dalam kalangan makhluk-Nya. Baginda mempamerkannya dalam alunan zikir dan tasbih, menggunakan hujah al-Quran yang menjadi sumber kecantikan dan kesempurnaan yang terletak di langit Allah, menerangkan bukti-bukti tentang kesempurnaan sifat-Nya yang dinyatakan di dalam al-Quran kepada semua makhluk dan sifat kehambaannya yang menjadi cermin sifat ketuhanan sehingga Baginda menjadi semulia-mulia makhluk yang menghimpunkan nama-nama Allah pada peribadinya. Maka tidak ragu lagi untuk dikatakan Allah yang Maha Indah mencintai keindahan-Nya dan mencintai Muhammad SAW yang menjadi gambaran paling cantik kepada Zat kecantikan itu.

Sebagaimana cinta Allah terhadap nama Asma al-Husna-Nya dan Muhammad SAW yang menjadi cermin kesempurnaan itu, Allah juga mencintai mereka yang menyerupai Baginda pada peribadinya mengikut darjat mereka.

Di samping mencintai ciptaan-Nya dan Muhammad SAW yang menyebarkan keindahan-Nya, dan mengalunkannya dalam zikir dan tasbih yang bergema di dada langit dan di daratan serta lautan, Allah juga mencintai sesiapa yang mengikuti Baginda.

Allah mencintai Muhammad SAW yang merupakan sebaik-baik manusia, iaitu sebaik-baik golongan yang memiliki perasaan, sebaik-baik golongan yang memiliki kehidupan dan merupakan sebaik-baik ciptaan Allah Taala.

Allah mencintai Muhammad SAW yang memiliki tahap kemuliaan akhlak yang tinggi, dan mencintai mereka yang mencontohi Baginda dalam setiap perkara. Cinta Allah meliputi seluruh alam semesta sebagaimana rahmat-Nya yang meluas.

Demikianlah lima jenis kecintaan yang tertinggi dan tiada tandingan untuk hamba-Nya, lebih-lebih lagi Muhammad SAW yang digelar kekasih Allah.

Oleh sebab ini Sayyid Sulaiman menjelaskan kedudukan tertinggi ini sebagai kekasih dalam ungkapan “aku mencintaimu”. Ungkapan ini digunakan untuk mengajak kita berfikir dan sebagai panduan untuk memahami maksud sebenar ungkapan ini. Walaupun ungkapan ini boleh membawa dalam imaginasinya makna yang tidak sesuai dengan unsur ketuhanan, tetapi lebih sesuai untuk mengatakan “aku meredhaimu”.


214. Page

Perkara ketiga: Peristiwa yang diceritakan dalam qasidah mikraj tidak mampu menerangkan hakikat kesucian yang sebenar dengan hanya menggunakan maklumat yang kita ketahui. Tetapi perbualan yang digunakan adalah untuk membuat para pembaca berfikir, dan sebagai rujukan untuk memahami maksudnya yang mendalam dengan menyatakan beberapa hakikat keimanan dan menggunakan unsur kinayah untuk makna yang tidak mungkin diluahkan, bukan perbualan yang membawa maksud sedia ada seperti yang kita maklum. Kita tidak mungkin dapat memahami hakikat sebenar dengan menggunakan imaginasi tetapi kita boleh menghayatinya dengan iman dan cahaya kerohanian. Sebagaimana Allah tidak ada sesuatu pun yang menyerupai zat dan sifat-Nya serta begitu juga tiada yang menyerupainya dalam urusan-Nya, juga sebagaimana Dia tidak menyerupai sifat makhluknya, maka tidak ada yang menyamai cinta Allah kepada makhluk-Nya. Ungkapan ini dinamakan perumpamaan, seperti:

Urusan Allah yang Maha Wujud -seperti cintanya- selayaknya bagi Allah dengan kesucian-Nya dan zat-Nya yang sempurna, sepertimana diceritakan dalam qasidah mikraj yang mengingatkan berkaitan dengan cinta tersebut. Dijelaskan pada rangkap ke-31 tentang mikraj Nabi, hakikat mikraj itu yang mengandungi prinsip keimanan. Jadi cukup aku ringkaskan tajuk ini setakat ini sahaja.

Perkara keempat: Ayat “Sesungguhnya kenyataan Baginda melihat Allah taala dari sebalik 7000 hijab”, untuk menggambarkan tentang demensi tempat. Allah tak terikat dengan tempat, dan Allah berada dekat dengan semua perkara, apakah maksud sebenar ayat ini?

Jawapan: Saya telah terangkan hakikat ini dengan terperinci melalui bukti-bukti yang terkandung dalam perenggan 31, dan ia boleh dikatakan seperti berikut:

Allah taala sangat hampir dengan kita tetapi kita sangat jauh dari-Nya. Contohnya matahari yang memancar kepada kita melalui pantulan cermin dan semua benda yang lut sinar di muka bumi ini menjadi seperti tempat tinggalnya. Jika matahari itu mempunyai kesedaran, ia mampu berhubung dengan kita melalui cermin sedangkan kita jauh darinya sejarak 4000 tahun. Tanpa ragu-ragu Matahari Keazalian (Allah) sangat hampir dengan setiap sesuatu. Kerana Allah yang Maha Wujud, tempat bersemayamnya di mana-mana sahaja dan tidak ada yang menghalang-Nya, tetapi semua benda berada sangat jauh daripada-Nya.


215. Page

Demikianlah penjelasan rahsia di sebalik jarak perjalanan yang jauh dalam peristiwa mikraj dan rahsia jarak yang tidak dinyatakan seperti firman-Nya, “sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (surah Qaf: 16). Dijelaskan juga rahsia Rasulullah SAW yang diperjalankan dalam jarak sejauh itu ketika peristiwa mikraj, dan kembalinya Baginda ke tempatnya semula dalam sedetik waktu sahaja. Peristiwa Mikraj Rasulullah SAW dan perjalanannya ini, sebagaimana orang-orang yang berilmu bertambah keyakinan dan keimanan mereka dalam perjalanan dari 40 hari hingga 40 tahun, begitulah Rasulullah selaku pemimpin mereka, diperjalankan dalam tempoh 40 minit sahaja bukan 40 tahun. Setinggi-tinggi keimanan yang Baginda miliki bukan hanya pada hati dan ruhnya, malah dirasai dengan jasad Baginda. Baginda telah membuka satu laluan yang besar melalui peristiwa mikrajnya yang merupakan lambang kemuliaan Baginda yang teragung, sehingga Baginda mampu sampai di arasy dengan tangga mikraj. Baginda menyaksikan dengan matanya sendiri dengan keyakinan yang setinggi-tinggi hakikat keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Baginda masuk ke syurga dan melihat kebahagiaan yang abadi dan meninggalkan laluan yang terbuka luas dalam peristiwa ini untuk mempermudahkan perjalanan kerohanian para wali umat Baginda untuk mengikutinya di bawah lembayung mikraj mengikut darjat mereka.

Perkara Kelima: Membaca qasidah Maulid Nabi dan qasidah Mikraj ialah amalan yang baik dan sangat bermanfaat untuk mengadakan majlis-majlis yang menarik bagi kehidupan masyarakat Islam. Peristiwa ini juga pengajaran yang berhemah untuk memperingati hakikat keimanan dan cara terbaik dan berkesan untuk memancarkan cahaya keimanan dan kasih sayang kepada Allah taala dan kecintaan kepada Nabi SAW dan ajarannya. Kami memohon kepada Allah agar mengekalkan amalan ini selama-lamanya. Semoga Allah merahmati Sayyid Sulaiman dan ulamak seperti beliau yang mengarang qasidah Maulid Nabi dan menempatkan mereka di syurga Firdaus.


216. Page

Penutup

Pencipta alam ini telah menciptakan daripada setiap kelompok makhluknya seorang individu yang sangat hebat, handal dan unggul. Allah menjadikannya sumber kebanggaan dan kesempurnaan bagi kelompok itu. Allah telah menciptakan dia sebagai sebaik-baik kejadian di alam semesta dan istimewa daripada ciptaan yang lain untuk menghiasi nama Asma al-Husna-Nya yang agung. Dia juga merupakan ciptaan yang unik yang menghimpun kesempurnaan yang terdapat di alam ini. Sudah tentu dia ialah makhluk yang hidup kerana sehebat-hebat jenis makhluk adalah yang hidup. Dia memiliki kebijaksaanan kerana sehebat-hebat makhluk yang hidup adalah yang bijak. Dia pastinya manusia kerana manusia yang bijak ialah mereka yang berhak memiliki martabat. Sudah tentu dia ialah Muhammad SAW kerana tidak tercatat di dalam sejarah tentang seseorang yang menyerupai Baginda sejak Adam a.s. sehinggalah kini. Tidak pernah terlihat separuh daripada bumi dan satu perlima manusia tunduk kepada keagungannya. Keagungannya kekal selama 1300 tahun dengan teguh. Baginda ialah lambang kesempurnan bagi semua jenis hakikat. Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda diperakui oleh sahabat dan musuh-musuh Baginda. Baginda mencabar sendirian di seluruh dunia pada permulaan dakwahnyanya. Baginda yang menjadi sebab kemunculan al-Quran yang dibaca oleh lebih daripada 100 juta manusia pada setiap minit adah seorang individu yang unik. Tidak mungkin ada makhluk yang sepertinya, Baginda umpama benih yang menyuburkan alam seluruhnya.

Selawat dan salam ke atas Baginda, para keluarga dan sahabat dengan sebanyak jumlah makhluk yang wujud.

Ketahuilah bahawa penerangan ini sumber daripada qasidah Maulid Nabi dan mikraj yang didendangkan, iaitu dendangan tentang keagungan nabi hingga akhir hayat Baginda iaitu tentang perjalanan hidup Baginda. Bagaimana perbincangan yang berunsurkan nilai agama yang tinggi ini mampu menggetarkan jiwa dan menjadi punca kebanggaan orang yang beriman yang menjadikan Nabi sebagai ketua, pemimpin dan pemberi syafaat kepada mereka.

Wahai tuhan, dengan kehormatan kekasih Baginda SAW, dengan kebenaran nama-Nya yang agung, jadikanlah hati ini dalam kalangan mereka yang menyebarkan risalah ini, hati mereka yang cenderung ke arah cahaya keimanan, jadikan pen-pen ini penyebar rahsia al-Quran, kurniailah kami istiqamah dan jalan yang lurus.


"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Yang kekal hanya yang Maha Kekal

Said Al-Nursi


Surat ke-25 belum dikarang lagi.