NAVIGATION
217. Page
Surat Ke-26
بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
Dengan nama Allah
“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”
Surat ke-26 menceritakan tentang empat bahagian yang saling mempunyai kaitan yang lemah antara satu sama lain.
Bahagian Pertama:
Nota kaki yang menerangkan ayat “sehingga syaitan tidak mampu berkata demikian kepadamu” yang dikatakan oleh seorang lelaki yang berpandukan pendengarannya untuk memahamkan ījaz al-Quran kepada peringkat awam mengikut tahap kefahaman mereka. Terdapat dalam “Tanda ke-18” dalam “surat ke-29”.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ وَاِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّٰهِ اِنَّهُ هُوَ السَّم۪يعُ الْعَل۪يمُ حُجَّةُ الْقُرْاٰنِ عَلَي الشّيْطَانِ وَ حِزْبِه۪
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Dan jika kamu dihasut oleh hasutan dari Syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (surah Fushilat: 36)
Dalil al-Quran terhadap syaitan dan sekutunya.
Bahagian pertama ini bahagian menolak dakwaan iblis, syaitan dan golongan taghut. Kenyataan untuk mematahkan muslihat syaitan yang tidak berasas. Aku menulis satu bahagian ringkas tentang kenyataan itu dalam ‘Lamāat’ sebelum 10 tahun yang lalu. Ketika aku sedang mendengar penghafaz-penghafaz al-Quran iaitu sebelum aku menulis risalah ini pada tempoh antara 11 tahun itu, iaitu pada bulan ramadan di masjid Bayezid di Istanbul, tiba-tiba aku seolah-olah mendengar bisikan suara seseorang tetapi aku tidak melihatnya. Aku merasa hairan, mungkin aku hanya berkhayal. Kemudian aku melihatnya dan dia berbicara kepadaku:
“Sesungguhnya engkau melihat al-Quran yang mulia dan bercahaya. Cuba engkau membacanya dan melihatnya dari sudut yang berbeza. Maksudku ialah jika engkau menganggap al-Quran itu kata-kata manusia, adakah engkau akan mendapati apa-apa keistimewaan atau kebaikan padanya?”
218. Page
Aku hampir terpedaya dengannya dan menganggap al-Quran itu kata-kata manusia. Pada saat itu, lampu masjid Beyazid terpadam dan seluruh masjid menjadi gelap gelita. Aku melihat keadaan itu dan terdetik beginilah keadaannya jika cahaya al-Quran itu lenyap. Kemudian aku menyedari bahawa suara yang berbicara denganku itu ialah syaitan, yang ingin meletakkan aku dalam keraguan. Aku memperoleh pertolongan daripada al-Quran al-Karim yang menyinari hatiku dan memberiku kekuatan untuk mempertahankan diriku. Lalu berlakukan pedebatan antara aku dan syaitan:
Aku berkata: Wahai syaitan, pertimbangan yang neutral ialah berada di tengah-tengah antara dua pihak. Tetapi pertimbangan yang neutral bagi engkau dan sekutu engkau dalam kalangan manusia ialah berpihak kepada pihak yang salah. Ia bukanlah neutral tetapi ini adalah ateisme. Melihat al-Quran sebagai kata-kata manusia dan menggambarkannya seperti ini dengan menjadikan pihak yang salah sebagai panduan dan berpegang kepada kebatilan adalah bukan pertimbangan yang tepat, tetapi berat sebelah kepada kebatilan.
Syaitan menjawab: Jadi, janganlah engkau kata al-Quran itu kata-kata Allah mahupun manusia, tetapi tengah-tengah di antara kedua-duanya. Lihatlah seperti ini.
Aku membalas: Ini juga tidak mungkin kerana jika ada perebutan harta di antara dua pihak, dan kedua-dua pihak berada berdekatan antara satu sama lain, sama ada harta itu tidak diberikan kepada pihak ke-tiga atau ditinggalkan di tempat yang boleh mereka tuju. Sesiapa di antara mereka yang dapat membuktikan dakwaan masing-masing, maka dia berhak untuk mengambilnya. Tetapi, jika kedua-dua pihak berada jauh di antara satu sama lain, seorang di timur, seorang lagi di barat, mengikut kaedah, harta akan diberi kepada pemilik harta kerana mustahil untuk meninggalkan harta tersebut di suatu tempat di antara mereka berdua.
Justeru benarlah al-Quran ialah harta yang bernilai. Jika kedua-dua pihak tersebut berada jauh antara satu sama lain seperti jauhnya kata-kata manusia daripada kata-kata Allah, tidak mungkin harta itu ditinggalkan di antara kedua-dua pihak yang berada jauh di antara satu sama lain sejauh pasir dari gugusan bintang-bintang, yang juga tiada pertengahan antara keduanya kerana kedua-dua itu berlawanan seperti keadaan ada dan tiada, mustahil terdapat tengah-tengah di antaranya.
Kaedah bagi ‘pemilik harta’ berasaskan al-Quran yang merupakan sumber daripada Allah. Oleh itu, wajib kita ketahui al-Quran adalah daripada Allah, kemudian lihatlah pada bukti-bukti yang berasaskan kalam ini. Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju dengan bukti-bukti yang menunjukkan al-Quran itu kata-kata Allah, dia boleh mendakwa al-Quran itu adalah daripadanya, maka luhurlah tangan dan ambil Al-Quran sebagai miliknya yang mana sememangnya dia tidak akan mampu.
219. Page
Tidak sama sekali! Tangan manakah yang mampu untuk menjatuhkan permata hakikat yang telah tertulis di arasy yang agung beribu-ribu bukti yang tergantung kukuh dengan dusur. Bagaimana engkau mampu mencabut paku itu dan memutuskan talinya?
Wahai syaitan, sesungguhnya golongan yang benar takkan mempedulikan engkau dan mereka akan menimbang tara keputusan dengan adil. Keimanan mereka bertambah dengan al-Quran walaupun dengan sekecil-kecil hujah.
Jalan yang engkau dan sekutu engkau pilih, iaitu menganggap al-Quran itu kata-kata manusia, dengan melontarkan permata agung itu yang terikat kukuh di arasy, hendaklah engkau mengemukakan satu bukti yang memiliki kekuatan dan kekukuhan yang mampu mengangkatnya ke arasy sehingga boleh melenyapkan kegelapan kekufuran dan memancarkan cahaya keimanan. Perkara ini mustahil untuk dilakukan. Ramai manusia pada zaman ini tergugat keimanan mereka disebabkan muslihat dan tipu daya engkau atas nama pertimbangan yang neutral ini.
Syaitan membalas: Al-Quran menyerupai kalam manusia dari sudut perbualan yang terdapat di dalamnya. Oleh itu, al-Quran itu ialah kata-kata manusia. Kalau al-Quran itu kata-kata Allah pasti al-Quran itu luar biasa dari setiap sudut kerana ciptaanya tidak sama seperti ciptaan manusia, jadi seharusnya al-Quran itu tidak menyerupai kata-kata manusia.
Lalu aku menjawab: Rasulullah SAW kekal sebagai manusia pada setiap keadaan, perbuatan dan perkembangan Baginda kecuali mukjizatnya yang tersendiri. Baginda seorang manusia yang patuh dan taat seperti mana manusia yang lain kepada tuhannya dan perintah-Nya. Baginda juga merasakan keperitan dan kesakitan. Walaupun Baginda menjalani kehidupan seperti manusia biasa, Baginda tetap menjadi pemimpin kepada umatnya melalui perbuatan Baginda, menjadi petunjuk bagi mereka dalam perkembangan Baginda dan memberi pengajaran dalam setiap pergerakannya. Jika Baginda tidak memiliki keistimewaan yang luar biasa, mana mungkin Baginda mampu menjadi pemimpin dengan zatnya sendiri, mampu penjadi petunjuk bagi semua dan menjadi rahmat buat alam semesta dan seluruh isinya.
220. Page
Begitu juga al-Quran al-hakim yang menjadi pemimpin dan petunjuk bagi jin dan manusia, menjadi bukti kepada kesempurnaan dan guru kepada golongan yang benar. Oleh itu, digunakan gaya bahasa perbualan manusia dan golongan yang seumpamanya kerana jin dan manusia memohon hajat mereka dengan menggunakannya, mereka mengadu masalah mereka dengan bahasanya dan mempelajari cara pergaulan mereka melaluinya. Al-Quran itu dijadikan rujukan bagi mereka. Jika al-Quran itu menggunakan kalam Allah yang didengari oleh Musa a.s. di Tur Sina, mampukah manusia memahaminya dan menjadikannya sebagai panduan. Musa a.s ialah di antara nabi Ulu Al-Āzmi yang tak mampu memahami kecuali sedikit dari kalam Allah. Musa a.s. berkata, اَهٰكَذَا كَلَامُكَ؟ قَالَ اللّٰهُ ل۪ي قُوَّةُ جَم۪يعِ الْأَلْسِنَةِ “Beginikah kalam-Mu?” Allah taala menjawab, “Aku mempunyai kekuatan bagi setiap bahasa”.
Syaitan membalas kembali: Ramai manusia yang menyebut masalah mereka seperti yang terdapat di dalam al-Quran atas nama agama. Adakah mustahil bagi manusia untuk mencipta al-Quran atas nama agama?
Aku menjawab dengan petunjuk al-Quran:
Pertama: Lelaki beragama yang cinta akan agamanya berkata: Ini adalah benar dan Allah telah memerintahkan begini. Tetapi dia tidak boleh membuatkan Allah menggunakan kalam-Nya seperti yang dia inginkan. Dia tidak akan mampu melangkaui batasnya sebagai manusia, untuk meniru kalam Allah atau berkata-kata bagi pihak Allah seperti dalam firman Allah فَمَنْ اَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَبَ عَلَي اللّٰهِ “Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah” (surah Al-Zumar: 32).
Kedua: Tidak mungkin manusia melakukan perkara seperti ini dengan dirinya sendiri, ia sangat mustahil. Mereka yang rapat antara satu sama lain mungkin meniru sesama lain, atau mereka yang sama bangsa boleh menyerupai satu sama lain, atau mereka yang sama kedudukan mampu ikut kedudukan antara sama lain. Mereka boleh menipu manusia secara sementara bukannya selama-lamanya. Kerana sesuatu yang dibuat-buat atau berpura-pura, lambat laun pasti akan terbongkar juga helah dan tipu daya mereka di kalangan orang yang teliti. Tidak akan sambung muslihatnya.
Seseorang yang berusaha untuk meniru dengan menggunakan helah dan tipu daya orang yang terlalu jauh martabatnya tak dapat menipu sesiapa pun dan akan menjadi ejekan dan orang akan menempik pada setiap keaadaanya, contohnya: jika orang awam yang cuba meniru kepintaran Ibnu sina dalam ilmunya, atau seorang pengembala kambing cuba untuk menjadi sultan, maka dia tidak mungkin mampu meniru sesiapa pun, dia hanya memperbodohkan dirinya sendiri dan menjadi bahan ejekan. Penyamarannya akan terbongkar satu demi satu, kerana dia seorang penyamar.
221. Page
Begitulah kalau engkau menganggap al-Quran itu kalam manusia, moga dijauhkan Allah, misalannya bolehkan kelip-kelip dianggap bintang bagi ahli astronomi selama seribu tahun lamanya dengan semulajadi, dan bolehkah lalat pula dilihat sebagai seekor burung merak untuk tempoh setahun, atau bolehkah seorang tentera biasa menyamar menjadi fil marsyal yang terkenal dan memiliki pangkat yang tinggi dan mengambil jawatanya lalu kekal dalam keadaan itu untuk tempoh yang panjang dan menyembunyikan identitinya, atau bolehkah seorang yang zalim yang tidak ada pendirian langsung sepanjang hidupnya, menyamar menjadi seorang yang berkata benar, jujur dan kuat pegangan akidah pada pandangan orang-orang yang paling pemerhati tanpa tunjukkan sebarang kelamkabut. Serta dia mampu tersembunyi helahnya daripada pandangan para cendekiawan.. Semua itu mustahil seratus darjat dan tidak boleh diterima logik akal.
Menganggap al-Quran itu kalam manusia seumpama keadaan ini, ianya sangat mengarut seumpama menganggap perkara mustahil adalah realiti.
Demikian juga jika menganggap al-Quran ialah kalam manusia yang merupakan “Kitab Mubin” (kitab yang nyata) umpama bintang yang sentiasa bersinar di langit bumi Islam, bak sinaran matahari yang sempurna, ia rekaan yang bercampur mitos yang dibuat oleh manusia sebagaimana keadaan kelip-kelip tadi (moga dijauhkan Allah), sehingga mereka yang tahu dan para pengkaji yang melakukan kajian tidak menyedarinya, dan turut menganggap kelip-kelip itu ialah bintang yang menjadi petunjuk kepada kebenaran.
Andaian ini mustahil untuk diterima sama sekali. Wahai syaitan jika engkau berterusan dengan sifatmu itu seratus kali pun tidak mungkin engkau akan menjadikannya kenyataan. Tidak mungkin engkau mampu memperdaya mana-mana akal yang terpelihara, tetapi engkau memperdaya manusia selepas membuatkan mereka melihatnya dari jauh. Sebagaimana engkau hanya mampu memperlihatkan kepada bintang yang kecil sebagai kelip-kelip.
222. Page
Ketiga: Jika al-Quran itu kalam manusia, akan tersembunyilah kebenaran al-Furqan sebagai mukjizat dengan keisitimewaanya sendiri. Al-Quran yang merupakan sebaik-baik kitab yang menghimpunkan kebenaran, yang meniupkan ruh di alam manusia, dan membangkitkan mereka di alam sana yang menemukan kebahagiaan yang abadi, lebih baik daripada mana-mana kitab, yang dapat disaksikan melalui kesan-kesannya. Mungkin kita akan menganggap, (moga dijauhkan Allah) ia hanyalah dongengan yang menyelewengkan manusia bagi orang yang tiada ilmu dan tidak tahu tentangnya. Perlu menganggap juga bahawa golongan bijak pandai tidak akan terpedaya dengannya. Mereka mengkaji dan melihatnya dengan teliti. Mereka takkan nampak -dalam mana-mana zaman dan sudut pun- kesan tipuan dan perkara yang dibuat-buat dalam al-Quran dan mereka sentiasa melihat pada kebenaran dan keikhlasan. Mustahil juga bagi seseorang yang mempamerkan keadaan, kata-kata dan gerak geri sepanjang hidupnya dengan amanah, keimanan, keamanan, keikhlasan, keseungguhan dan istiqamah, yang menyerupai golongan yang benar, yang menganggap dirinya memiliki sebaik-baik sifat. Benar, orang seperti ini tidak boleh dipercayai, tidak ikhlas dan tidak ada pegangan, seperti menerima anggapan yang paling mustahil walaupun ianya benar. Itu sangat memalukan, walaupun bagi syaitan, kerana tidak ada tengah-tengah dalam keadaan ini. Mustahil jika al-Quran ini bukan kalam Allah, gugurlah ia dari arasy ke bumi, tidak akan kekal di tengah-tengah. Ia akan jadi sumber khurafat padahal ia menghimpunkan kebenaran. Orang yang menyatakan firman yang luar biasa itu pula, jika dia bukan Rasulullah (moga dijauhkan Allah sejauh-jauhnya) akan jatuh martabatnya dari tempat yang tinggi ke tempat paling rendah, daripada menjadi sumber kesempurnaan kepada sumber tipu muslihat, tidak berada di tengah-tengah. Kerana sesiapa yang mendustakan Allah akan terjatuh ke serendah-rendah martabat.
Sebagaimana mustahil menganggap lalat sebagai seekor burung merak dan memiliki ciri-ciri keistimewaannya pada setiap masa. Masalah ini mustahil untuk diterima melainkan oleh orang gila, mabuk dan bodoh secara fitrah.
Keempat: Barangsiapa yang mendakwa al-Quran itu ialah kalam manusia yang menjadi pemimpin umat Muhammad yang merupakan tentera yang hebat dalam keturunan Adam dan melihat al-Quran dengan kekuatan undang-undang dan perlembagaan yang sempurna, peraturannya yang menyusun atur tentera itu menjadi tentera yang berdisiplin, mempersiapkan mereka jasmani dan rohani sehingga mereka mampu menawan segala yang berada di dunia, mendidik akal dan hati mereka mengikut tahap mereka, menyucikan roh dan hati mereka dan menggunakan anggota mereka untuk berkhidmat perlu dia menerima (moga dijauhkan Allah sejauh-jauhnya) - bahawa ia (al-Quran) kata-kata bohong, tidak kukuh, tidak ada nilai dan tiada asasnya. Ini adalah penerimaan seratus mustahil.
223. Page
Lebih-lebih lagi jika individu ini mengajar bani Adam peraturan yang betul dengan sifatnya yang baik sepanjang hidupnya, mendidik manusia perlembagaan yang sempurna dengan perbuatannya yang benar, menggariskan asas dan prinsip istiqamah dan kebahagiaan dengan kata-katanya yang logik, mengingatkan manusia dengan seksaan Allah yang menakutkan yang pernah dilihat sepanjang hidupnya, mengenalkan Allah dan mengenali-Nya lebih daripada sesiapa pun, menjadi pemimpin bagi satu perlima penduduk bumi dan separuh daripada bumi selama 1350 tahun dengan kehebatan dan keagungan yang sempurna yang menyinari alam, dan menjadi kebanggaan bagi manusia, bahkan seluruh alam, dengan kesannya yang mendalam. Menganggap dia , (moga dijauhkan Allah sejauh-jauhnya) seorang penipu tidak takut kepada Allah dan tidak mengenali Allah dan kekuatan-Nya. Ini pula penerimaan seratus darjat kemustahilan.. Andai kata al-Quran bukan sebagai kalam Allah jatuh dari arasy dan tidak mungkin juga berada di tengah-tengahnya bahkan kita perlu akui ianya barang seorang pendusta di bumi. Wahai syaitan, jika engkau menjadi syaitan 100 kali ganda, engkau tidak mampu memperdayakan akal yang terpelihara, dan tidak mampu merosakan hati yang tidak rosak.
Syaitan menjawab: Bagaimana aku tidak mampu untuk memperdayakan manusia? Aku dijadikan lebih banyak daripada manusia dan lebih terkenal daripada mereka yang berakal yang kebanyakannya ingkar dengan al-Quran dan Muhammad?
Jawapan:
Pertama: Jika dilihat pada jarak yang jauh, mungkin akan melihat sesuatu yang besar itu sangat kecil. Boleh dikatakan ia bintang yang bersaiz cahaya lilin.
Kedua: Jika lihat sesuatu yang dengan pandangan dangkal, pastinya perkara mustahil boleh jadi benar. Seorang lelaki tua yang melihat langit untuk melihat anak bulan pada bulan Ramadhan, dan terjatuh pada matanya rambut beruban yang disangkanya bulan. Lalu berkata: aku melihat bulan! Mustahil anak bulan itu ialah rambut beruban, tetapi tidak mustahil jika melihat rambut beruban dengan tidak sengaja atau tidak secara langsung sehingga menyangka ianya bulan.
Ketiga: Tidak menerima sesuatu dan mengingkari sesuatu ialah dua perkara yang berlainan. Tidak menerima adalah tidak ambil peduli, tidak melihat kepadanya dan tidak berminat dengan perkara tersebut. Mungkin banyak perkara yang mustahil hilang daripadanya tetapi bagi individu seperti ini, dia tidak sibuk berfikir tentang perkara tersebut.
Manakala ingkar bukan tidak menerima, tetapi ingkar itu menerima ketiadaan. Ingkar itu suatu keputusan yang memaksa akal pemilik sifat ini berfikir tentang perkara itu. Akal dia diambil alih oleh syaitan seperti engkau dan kemudian memperdayakannya dengan berlaku ingkar.
Wahai syaitan, engkau mungkin boleh menipu haiwan yang menyerupai insan untuk menjalankan tipu dayamu dengan menzahirkan kebatilan sebagai kebenaran, benda yang mustahil sebagai benda yang boleh, seumpama kelalaian, kesesatan, kekeliruan, kedegilan, keras kepada, ego, persengketaan dan sifat ikut-ikutan, lalu engkau menyesatkan mereka dengan keingkaran dan kekufuran yang menjadi sumber segala perkara mustahil.
224. Page
Keempat: Jika engkau mengatakan al-Quran itu kalam manusia, hendaklah al-Quran itu berfungsi sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada golongan yang benar, jujur, para syeikh yang laksana bintang di langit yang menyinari manusia, kitab yang mengajar semua peringkat manusia tentang kebenaran, hakikat, persahabatan, keamanan dan kejujuran dan kitab yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat berdasarkan rukun iman dan rukun Islam. Selain itu, al-Quran dengan apa yang terdapat dalam kandungannya juga berperanan sebagai kitab yang benar dan suci melalui ajarannya. Jika al-Quran itu ialah kalam manusia, seolah-olah menyifatkan al-Quran itu dengan sifat yang berlawanan dengan keistimewaan, kesan dan cahayanya, iaitu kitab yang menghimpunkan rekaan, tipu daya dan pendustaan bagi seorang yang penipu (moga dijauhkan Allah).. Ini adalah satu perkara mengarut, kufur, keji dan sangat memalukan sehingga golongan sofis dan syaitan menggigil ketakutan mendengarkannya.
Keadaan tersebut seperti mengandaikan seseorang yang memiliki kekuatan akidah, keimanan, kejujuran, berkata benar berdasarkan agama dan syariah Islam, ketaqwaan yang luar biasa dan kehambaan yang tinggi yang dipamerkan sepanjang hidupnya, kemuliaan akhlak yang ditunjukkan dan diakui oleh golongan benar yang dididik olehnya, sebagai seseorang yang bersifat tiada pendirian, tidak jujur, dan tidak takut kepada Allah. Ini adalah penerimaan dan perbuatan kemustahilan yang paling keji, zalim dan kotor..
Kesimpulan: Sebagaimana disebut dalam ‘Tanda ke-18’ dalam ‘Surat Ke-19’ tentang pendapat para pendengar awam dalam memahami īijaz al-Quran: Jika dibandingkan al-Quran dengan semua perkara yang pernah kudengar daripada buku, tidak ada di dunia ini, mana-mana buku yang menyerupai al-Quran dan tidak sama martabatnya. Jadi, darjat Al-Quran itu sama ada terletak di bawah semua buku atau lebih tinggi kedudukannya daripada buku-buku tersebut. Jika kedudukan al-Quran terletak di bawah semua buku, tidak mungkin diakui dan diterima oleh mana-mana musuh walaupun syaitan sendiri. Maka, al-Quran itu lebih tinggi martabatnya daripada buku-buku itu dan al-Quran ialah mukjizat.
Dengan ini, aku kemukakan bukti yang jelas mengikut ilmu usul dan mantiq yang dinamakan ‘Al-Sabru Wa Al-Taqsim’: Wahai syaitan dan sekutunya, al-Quran itu sama ada kalam Allah yang diturunkan dari arasy yang agung ataupun -moga dijauhkan sertus ribu kali- adalah ciptaan manusia yang penuh tipu daya, tidak takut dan tidak mengenali Allah dan tiada kepercayaannya di bumi.
225. Page
Wahai syaitan, engkau tidak boleh sebut itu dan tidak akan mampu untuk mengatakannya di hadapan hujah-hujah yang telah aku kemukakan. Maka, pasti dan tanpa ragu-ragu al-Quran ialah kalam pencipta alam ini kerana al-Quran itu tidak berada di tengah-tengah, bahkan mustahil, sepertimana hujah yang telah aku kemukakan, yang disaksikan dan didengar sendiri olehmu.
Selain itu, Muhammad SAW, sama ada Baginda ialah Rasulullah SAW yang paling sempurna dalam kalangan rasul dan sekalian makhluk, atau (moga dijauhkan Alla sejauh-jauhnya) menganggap Baginda manusia yang gila, tidak ada pegangan, dan memiliki serendah-rendah martabat kerana mendustakan Allah, tidak mengenali-Nya dan tidak beriman dengan azab-Nya. Perkara ini, bukan sahaja engkau tidak mampu untuk mengakuinya, malah sesiapa sahaja yang engkau percaya dalam kalangan ahli falsafah Eropah dan golongan munafik di Asia. Mereka tidak akan sekali-kali mampu, kerana tidak ada sesiapa di dunia ini yang akan mendengar dan menerima tipu daya ini.
Itu pula wahai Iblis, Ahli falsafah Eropah dan golongan munafik di Asia itu tidak pernah dan tidak mampu mengatakannya kerana tiada sesiapa yang mendengar dan menerima itu di dunia. Oleh kerana itu, para falsafah yang paling jahat dan para munafik yang paling kejam yang kamu percaya itu sendiri mengakui bahawa Muhammad SAW seorang yang cerdik dan mulia akhlaknya.
Kenyataan ini melibatkan dua perkara, perkara kedua diakui mustahil dan tidak ada sesiapa pun yang akan menerimanya kerana telah disangkal dengan hujah-hujah yang kukuh perkara itu tidak berada di tengah-tengah. Maka, pasti, secara nyata dan dengan keyakinan yang mutlak walaupun Engkau dan sekutu engkau tidak mengakui, Muhammad SAW itu pesuruh Allah, sebaik-baik rasul dan makhluk. عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ بِعَدَدِ الْمَلَكِ وَالْأِنْسِ وَالْجَٓانِّ
226. Page
Bantahan Saripada Syaitan:
Ketika aku membaca surah:قٓ وَ الْقُرْاٰنِ الْمَج۪يدِ “Qaaf. Demi Al-Qur'an yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya” (surah Qāf: 1), dan ketika aku membaca ayat:مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ اِلَّا لَدَيْهِ رَق۪يبٌ عَت۪يدٌ❀ وَجَآئَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذٰلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَح۪يدُ
❀وَ نُفِخَ فِي الصُّورِ ذٰلِكَ يَوْمُ الْوَع۪يدِ ❀ وَ جَآئَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَٓائِقٌ وَ شَه۪يدٌ لَقَدْ كُنْتَ ف۪ي غَفْلَةٍ مِنْ هٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَٓاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَد۪يدٌ
❀ وَ قَالَ قَر۪ينُهُ هٰذَا مَا لَدَيَّ عَت۪يدٌ❀ اَلْقِيَا ف۪ي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَن۪يدٍ❀ “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya. Dan datanglah sakratulmaut dengan kebenaran. Inilah perkara yang engkau selalu lari daripadanya! Dan ditiupkan sangkakala, saat itulah hari berlakunya amaran yang telah diberikan Dan datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar, disertai dua malaikat pembawa, dan saksi. Sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam kelalaian tentang hal ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam. Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah catatan amal orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia. Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya”. (surah Qāf: 18-24). Syaitan berkata:
Engkau mendapati bahawa fasahah al-Quran pada kelancaran dan penjelasannya. Tetapi, lihatlah ayat-ayatnya yang berpindah daripada satu ayat ke ayat yang lain, daripada sakaratul maut ke hari kiamat, daripada ditiupkan ruh ke hari perhitungan, kemudian dimasukkan ke jahanam. Di manakah kelancaran al-Quran dalam nukilan-nukilan yang ajaib ini? Kebanyakan ayat al-Quran banyak menggunakan gaya seperti ini. Jadi, di mana terletaknya kelancaran dan fasahah al-Quran dalam keadaan ini?
Jawapan:
Antara faktor al-Quran itu mukjizat selepas balaghah al-Quran ialah dari sudut keringkasannya (Ījaz). Ījaz ialah asas terpenting bagi mukjizat al-Quran. Terdapat banyak ījaz di dalam al-Quran yang mengagumkan para pengkaji al-Quran.
Contoh: Dan difirmankan: وَ ق۪يلَ يَٓا اٰرْضُ ابْلَع۪ي مَٓائَكِ وَيَا سَمَٓاءُ اَقْلِع۪ي وَغ۪يضَ الْمَٓاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَي الْجُودِيِّ وَق۪يلَ بُعْدًالِلْقَوْمِ الظَّالِم۪ينَ “Wahai bumi telanlah airmu, dan langit berhentilah dari hujanmu. Dan surutlah air, serta terlaksanalah perintah Allah. Dan bahtera itu berhenti di atas Gunung Judi, serta dikatakan bahawa kebinasaanlah bagi orang yang zalim”. (surah Hud: 44). Ayat ini menjelaskan peristiwa taufan yang dahsyat dan kesannya, dengan beberapa ayat yang ringkas , yang menyebabkan ulama balaghah tunduk kepada balaghah dalam ayat ini.
Contoh Lain: كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوٰيهَا ❀ اِذِ انْبَعَثَ اَشْقٰيهَا ❀ فَقَالَ لَهُمْ رَسُوُلُ اللّٰهِ نَاقَةَ اللّٰهِ وَسُقْيٰيهَا❀ فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا❀ فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوّٰيهَا ❀ وَلَا يَخَافُ عُقْبٰيهَا❀ Kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas. Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka. Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Salih) kepada mereka: (Janganlah diganggu) unta betina dari Allah itu dan air minumannya!
Lalu mereka mendustakannya serta menyembelihnya maka Tuhan membinasakan mereka disebabkan dosa mereka serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka. Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil)” (surah Al-Syams: 11-15). Ayat ini menceritakan tentang peristiwa kaum Thamud dan azab mereka dengan beberapa ayat yang ringkas dan mudah difahami.
227. Page
Selain itu, ayat: وَ ذَا النُّونِ اِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ اَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادٰي فِي الظُّلُمَاتِ اَنْ لَآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنّ۪ي كُنْتُ مِنَ الظَّالِم۪ينَ
“
Dan Dzun-Nun, ketika ia pergi dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak mampu mengenakannya kesusahan; maka ia pun menyeru dalam kegelapan dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau! Maha Suci Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri”(surah al-Anbiya’: 87), daripada ayat Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau! Maha Suci Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri”, ayat ini terdapat banyak maksud yang tersirat. Maksud itu tidak dinyatakan tetapi masih boleh difahami dan tidak merosakkan susun aturnya. Ayat ini juga menyebut prinsip penting dalam kisah Saidina Yunus yang selebihnya pada memberi kita sandaran pada akal untuk kita fahami.
Begitu juga surah Yusuf, daripada ayat اَرْسِلُونِ hantarkanlah daku pergi kepadanya” (surah Yusuf: 45) hingga يُوسُفُ اَيُّهَا الصِّدّ۪يقُ Yusuf, wahai orang yang benar!” (surah Yusuf: 46). Terdapat ayat di antara kedua-duanya sebanyak tujuh atau lapan ayat yang ringkas. Ījaz ini boleh difahami dan tidak merosakkan kelancaran ayat tersebut.
Dan contoh-contoh dalam laras bahasa yang terdapat dalam Al-Quran banyak dan indah sekali.
Ayat surah Qaaf pula, terdapat ijaz yang hebat kerana menggambarkan masa depan kaum kafir yang menakutkan, mengerikan dan berpanjangan. Sehari pada waktu itu bagaikan lima puluh ribu tahun. Ayat ini juga menceritakan tentang azab pedih yang akan menimpa mereka pada masa akan datang. Gambaran tentang peristiwa ini yang akan menimpa mereka satu persatu menyebabkan fikiran terbayang tentang peristiwa tersebut sepantas kilat. Ia juga menzahirkan zaman yang panjang itu seumpama akhbar yang ada depan mata yang mana ceritanya dengan mudah dan boleh difahami dengan menggunakan imaginasi.
وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْاٰنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَاَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat” (surah Al-Āaraf).
Wahai syaitan, jika engkau ada perkara yang hendak dikatakan sekarang, katakanlah.
228. Page
Syaitan menjawab: Aku tidak mampu untuk menyangkal hujah ini dan aku tidak mampu untuk merpertahankan diriku. Tetapi ramai manusia yang dungu yang mendengar kataku, banyak syaitan yang bertopengkan manusia membantuku dan ramai firaun dalam kalangan ahli falsafah yang berguru denganku. Mereka akan berusaha untuk menyekat kebenaran kata-katamu ini. Aku tidak akan menyerahkan senjataku kepadamu.
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَٓا اِلَّأ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ
Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Perbahasan Kedua
Aku menulis kajian ini kerana mereka yang berkhidmat denganku berasa hairan melihat perbezaan yang ketara pada akhlakku. Di samping itu, aku juga ingin membetulkan sangkaan baik yang berlebihan oleh dua orang anak muridku.
Aku melihat beberapa kesempurnaan dan kelebihan yang merujuk kepada kebenaran al-Quran adalah disandarkan kepada perantaran yang hanya membuat pegumuman tentang kebenaran al-Quran. Ini adalah salah kerana kesucian sesuatu sumber menunjukkan kesan seperti bukti yang kukuh. Kesucian ini yang menjadikan semua orang menerima undang-undangnya. Oleh demikian, bila penyampai dan wakil menjadi bayangan iaitu tumpuan diberikan kepada mereka ajaran al-Quran itu, kesucian itu akan lenyap.
Oleh itu, aku akan menerangkan sekarang, hakikat ini kepada mereka yang menghormatiku lebih daripada yang aku layak:
Kadang-kadang, manusia mempunyai peribadi yang berbeza-beza. Peribadi ini menggambarkan akhlak yang berlainan. Contoh:
Seorang pegawai besar perlu menjaga maruahnya sebagai seorang yang berpangkat tinggi, dan perlu mencapai tahap yang boleh memelihara kedudukannya. Contohnya, tawaduk terhadap semua yang menziarahi dia, akan menggugat kedudukannya. Apabila dia berada di kalangan keluarganya, dia memerlukan peribadi yang berlainan. Selagi mana dia rendah diri, ia adalah baik, kerana jika terlalu bermegah dengan maruahnya akan menjadikannya seorang yang sombong dan begitulah seterusnya.
Maknanya, manusia ini memiliki peribadi yang berbeza dengan peribadinya yang sebenar mengikut pangkat dan tugasnya pada kebanyakan keadaan. Jika pemilik pangkat tersebut layak dengan kedudukannya dari sudut kelakuan dan persediaannya, peribadi bagi kedua-dua keadaan itu akan hampir sama. Manakala jika tidak layak seperti seorang tentera biasa dalam kedudukan fil marsyal, peribadinya berbeza dalam kedua-dua keadaan tadi. Tidak akan sama langsung peribadi tentera itu yang biasa, dan keistemewaannya yang kecil dengan akhlak tinggi yang mewajarkan kedudukan itu.
229. Page
Begitu juga saudaramu yang miskin ini memiliki tiga peribadi. Setiap satu daripadanya amat berbeza dengan yang lain:
Peribadi pertama: Peribadiku yang bersifat sementara yang berasaskan al-Quran, sebagai seorang yang menyeru kepada khazanah yang agung itu dan menjadi bukti kepadanya. Banyak akhlak yang terpuji yang perlu dimiliki untuk peranan ini, tetapi bukan aku, aku tidak memilikinya. Tetapi akhlak itu perlu bagi seorang pendakwah. Maka, setiap kali kamu melihatku seperti ini, ia bukan mewakili peribadi diriku. Jangan kamu menganggapku begitu, tetapi anggaplah ia mewakili perananku sebagai pendakwah.
Peribadi kedua: Ketika aku menghadap Allah pada waktu ibadah, aku dikurniakan peribadi untuk berbuat baik kepada Allah dan kurniaan-Nya. Peribadi ini mezahirkan beberapa kesan. Ia merupakan asas bagi makna ubudiyyah yang terbit daripada kesedaran seorang hamba tentang kekurangan dan kelemahannya, lalu dia berserah kepada Allah dengan rasa tawaduk. Jika aku melihat diriku dalam peribadi ini, iaitu berasa sedih, lemah, dan banyak kekurangan daripada orang lain, tidak akan mampu meyakinkanku bahawa aku seorang yang salih dan sempurna walaupun seluruh dunia memujiku.
Peribadi ketiga: Peribadi aku yang sebenar yang aku warisi dari masa lalu, iaitu keturunan yang diwariskan oleh Sayyid Qadim. Kadang-kadang aku cenderung berasa riak dan berakhlak dengan akhlak yang biasa dan bersifat kedekut kerana aku bukan daripada keluarga nenek moyang yang mulia.
Wahai saudaraku, aku tidak pernah memberitahumu keburukanku yang tersembunyi dan betapa banyak kesalahanku tentang peribadiku yang ini supaya kamu semua tidak lari daripadaku.
Wahai saudaraku,aku tidak memiliki kedudukan dan tidak bersedia memilikinya. Peribadiku yang sebenar sangat jauh berbeza daripada akhlak dan kesan yang diperoleh daripada tanggungjawab menyeru kepada al-Quran al-Karim dan sifat kehambaan.
Allah taala telah menzahirkan kekuatan-Nya yang penuh kasih sayang padaku iaitu Maha Suci Allah yang menggunakan peribadiku ini – yang seumpama serendah-rendah tentera - dalam berkhidmat kepada rahsia al-Quran yang memiliki kedudukan tertinggi. Aku mengungkapkan kesyukuran kepada Allah SWT. Diriku rendah daripada semuanya, tugas tertingi daripada segalanya.
Segala puji bagi Allah
230. Page
Kajian Ketiga
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ❀ يَآ اَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَاُنْثٰي
❀وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَٓائِلَ لِتَعَارَفُوا❀ iaitu لِتَعَارَفُوا مُنَاسَبَاتِ الْحَيَاةِ الْأِجْتِمَاعِيَّةِ فَتَعَاوَنُواعَلَيْهَا لَا لِتَنَاكَرُوا فَتَخَاصَمُوا
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. (surah Al-Hujurat: 13)
Maksud: Sesungguhnya Aku menciptakan kamu berbagai-bagai bangsa, suku kaum dan puak supaya kamu saling berkenalan dan mengenali hubungan kemasyarakatan diantara kamu supaya kamu bekerjasama, dan aku tidak mencipta kamu bangsa, suku kaum dan puak supaya bukan untuk tidak peduli dan saling berbalah.
Kajian ini mengandungi tujuh masalah.
Masalah pertama:
Ayat ini menerangkan hakikat yang tinggi iaitu kehidupan bermasyarakat. Aku menulis tentangnya menggunakan bahasa Said lama yang mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat Islam, untuk mempertahankan ajaran al-Quran dan untuk menolak segala tomahan yang tidak berasas, bukan menggunakan Said Baru yang ingin menarik diri dan menjauhkan diri daripada kehidupan masyarakat.
Masalah kedua: Aku menulis untuk menerangkan prinsip kerjasama yang dinyatakan dalam ayat ini:
Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian, batalion, briged, kumpulan dan platun. Setiap tentera mengenali dan mengetahui fungsi masing-masing berdasarkan hubungan itu dan saling bekerjasama. Sehinggakan setiap askar mampu memainkan peranan masing-masing walaupun berbeza kedudukan di bawah prinsip kerjasama. Kehidupan bermasyarakat ini kekal terpelihara daripada serangan musuh, dan pembahagian tersebut bukan untuk saling bersaing, bermusuh, dan menentang antara satu sama lain. Begitulah masyarakat Islam umpama pasukan tentera besar yang dibahagikan kepada kumpulan dan suku bangsa tetapi mereka mempunyai ribuan aspek kesatuan. Pencipta mereka satu, pemberi rezeki mereka juga satu, rasul mereka satu, kiblat mereka satu, kitab mereka satu dan negara mereka satu. Beginilah mereka yang beribu-ribu bilangannya bernaung di bawah satu perpaduan. Maka perpaduan yang terlalu banyak begini memerlukan persaudaraan, kasih sayang dan kesatuan. Oleh itu, hikmah dijadikan manusia berpuak-puak adalah untuk saling mengenali dan saling membantu sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat ini, bukan dengan tujuan berbantah-bantah atau bermusuhan.
231. Page
Masalah ketiga: Pada zaman ini, ideologi nasionalisme semakin berleluasa, lebih-lebih lagi ketika para pemerintah Eropah yang zalim mula mencetuskan ideologi ini dalam kalangan orang Islam secara negatif sehingga mereka berpecah-belah lalu menguasai mereka.
Ideologi ini berasaskan rasa taasub terhadap diri, sifat tidak ambil peduli dan kekuasaan yang zalim. Maka tidak boleh dikatakan sesiapa yang berkerja untuk kehidupan bermasyarakat pada zaman ini, terselamat dengan ideologi nasionalisme ini.
Walaubagaimanapun, ideologi nationalisma ini terbahagi kepada dua. Bahagian pertama berunsur negatif, celaan dan memudaratkan, yang dicapai dengan menguasai kehidupan orang lain, membangkitkan permusuhan, dan bertindak dengan ancaman terhadap orang lain. Semua perkara ini akan menyebabkan perbalahan dan kekacauan. Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud, اَلْأِسْلَامِيَّةُ جَبَّتِ الْعَصَبِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ“Islam melenyapkan asabiyyah jahiliyah”. Disebut juga dalam al-Quran, اِذْ جَعَلَ الَّذ۪ينَ كَفَرُوا ف۪ي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَاَنْزَلَ اللّٰهُ سَك۪ينَتَهُ عَلٰي رَسُولِه۪ وَعَلَي الْمُؤْمِن۪ينَ وَاَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوٰي وَكَانُٓوا اَحَقَّ بِهَا وَاَهْلَهَا وَكَانَ اللّٰهُ بِكُلِّ شَئٍ عَل۪يمًا“Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (surah Al-Fath: 26). Hadis dan ayat al-Quran ini menolak unsur nasionalisme negatif dan pemikiran rasis kerana semangat perpaduan Islam tidak tinggalkan keperluan kepadanya.
Pernahkah kamu melihat bangsa yang merangkumi 350 juta manusia? Adakah wujud mana-mana agama selain Islam yang membentuk persaudaraan seramai ini? Benar, sejarah menyaksikan banyak kesan yang memudaratkan disebabkan oleh sifat perkauman yang negatif. Antaranya berlaku pada zaman Umawiyah apabila unsur rasisme mula menguasai sistem politik mereka dan mereka menimpa terlalu banyak musibah dan ujian.. Mereka sendiri turut berasa sengsara dengan penyebaran fitnah yang sangat berleluasa pada waktu itu.
232. Page
Bangsa Eropah memulakan ideologi rasisme pada zaman ini sehingga mereka mampu mencapai satu tahap yang sangat jauh. Oleh sebab itu terjadinya peristiwa-peristiwa dahsyat yang berlaku ketika perang dunia, kesan daripada ideologi ini yang mencetuskan peperangan antara manusia selain permusuhan yang malang antara negara Perancis dan Jerman.
Kami menganggap bahawa kelompok-kelompok yang berbeza di kalangan pelarian yang diketuai oleh orang Armani dan Rom di awal zaman kebebasan telah terbentuk akibat dari fahaman nasionalisme negatif mereka. Kelompok-kelompok ini yang terbentuk dengan pelbagai nama ini menyebabkan berlakunya perpecahan bangsa dan jiwa. Perpecahan bangsa ini disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “kekalutan konsep bangsa” ketika runtuhnya kubu Babylon. Keadaan, mereka yang sengsaradengan peristiwa ini dan mereka yang menjadi santapan yang ditelan oleh bangsa Eropah menunjukkan kemudaratan fahaman nasionalisme ini.
Kini, bangsa-bangsa Islam dan puak-puak mereka yang didominasi oleh orang asing, terdapat puak yang mengharapkan bantuan puak lain, yang menderita akibat kezalimanan menjadi lebih miskin – disebabkan oleh fahaman nasionalisme ini - mereka tidak dihiraukan dan dipulaukan. Sesetengah mereka menganggap puak yang lain seperti musuh dan malapetaka besar yang tidak dapat dijelaskan. Akan tetapi ia sebenarnya adalah satu kebodohan seperti kebodohan bergelut dengan gigitan seekor nyamuk tanpa menyedari kehadiran ular yang dahsyat.
Oleh demikian, sikap tidak menghiraukan kewujudan Eropah, yang diumpamakan mereka seperti ular besar yang berbahaya yang tidak pernah puas dengan ketamakan mereka dan sentiasa menunjukkan cakarannya. Namun membantu mereka akan mendatangkan derita dan permusuhan di wilayah-wilayah timur, bermusuh dengan mereka disebabkan oleh fahaman nasionalisme tersebut; akan mendatangkan banyak kerosakan dan kemusnahan. Lagi pula, orang-orang selatan tidak berada dalam masyrakat kita sehingga dilakukan pertentangan terhadap mereka.. Sementara itu, cahaya al-Qur’an dan Islam yang tersebar di setiap tempat dan ada dalam kehidupan kita datang dari negara di Selatan. Jadi, bermusuhan dengan orang-orang Islam akan menyakiti Islam dan al-Qur’an , dan musuh Islam dan al-Qur’an adalah musuh terhadap kehudupan dunia dan akhirat orang-orang itu. Kemudian akan meruntuhkan batu asas bagi kedua-dua kehidupan dengan menganggap ia sebagai bantuan kehidupan sosial dengan nama semangat patriotik dan keberanian sedangkan ia bukanlah semangat patriotik dan keberanian tetapi kebodohan!
233. Page
Perkara Keempat: Nasionalisme positif lahir dari keperluan dalaman kepada kehidupan sosial. Ia membawa kepada sifat kerjasama dan perpaduan, mewujudkan kekuatan yang berguna, menguatkan dan mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Fahaman positif dalam nasionalisme ini hendaklah menjadi satu jalan untuk membantu agama Islam selain bertindak sebagai pertahanan dan perlindungan kepadanya, dan tidak boleh ditukar ganti; kerana persaudaraaan Islam menjanjikan seribu persaudaraan. Persaudaraan ini akan kekal selamanya di alam ākhirat dan alam barzakh; Oleh itu, Persaudaraan dalam nasionalisme ini tidak akan mampu bertahan walaupun ia sudah kukuh melainkan ia sekadar menjadi perlindung bagi persaudaraan Islam. Menggantikan persaudaraan Islam dengan persaudaraan nasionalisme ini merupakan perbuatan jenayah yang bodoh seperti meletakkan batu-bata istana di tempat simpanan berlian yang berada di dalam istana tersebut kemudian membuang semua berlian ke luar istana.
Wahai anak-anak negeri ini yang pengamal al-Qur’an ! Kalian telah menentang alam ini dengan membawa panji ajaran Al-Qur’an bukanenam ratus bahkan seribu tahun sejak zaman pemerintahan Abbasiyyah. Kalian telah menyampaikan al-Qur’an dan menjadikan nasionalisme kalian sebagai benteng kepada al-Qur’an dan Islam. Demikian itu, kalian telah mendiamkan seluruh dunia dengan serangan yang dahsyat sehingga kalian menjadi bukti kebenaran ayat al-Qur’an ini: يَاْتِي اللّٰهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُٓ اَذِلَّةٍ عَلَي الْمُؤْمِن۪ينَ اَعِزَّةٍ عَلَي الْكَافِر۪ينَ يُجَاهِدُونَ ف۪ي سَب۪يلِ اللّٰهِ“maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah” (Surah Al-Maidah: 54), Maka janganlah kalian tertipu dengan muslihat orang Eropah dan orang-orang munafik dan hendaklah kalian berwaspada dan merasa takut agar kalian tidak termasuk dalam golongan yang disebut pada sebulum ayatayat ini.
Perkara yang perlu diberikan perhatian:
Bangsa Turki adalah orang Islam di serata tempat di dunia walaupun bilangan mereka lebih dari puak-puak Islam yang lain. Mereka tidak terbahagi kepada dua golongan iaitu; Islam dan bukan Islam seperti bangsa dan kaum lain. Di mana sahaja puak Turki yang ditemui, mereka adalah di kalangan orang-orang Islam. Orang Turki yang murtad atau tidak beragama Islam, mereka tidak lagi dikira sebagai bangsa Turki seperti bangsa Hungary(), manakala bangsa-bangsa lain termasuk golongan-golongan kecil di kalangan mereka masih terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.
234. Page
Wahai saudaraku yang berbangsa Turki! Perhatilah, bangsa kamu telah bersatu dengan agama Islam dan tidak akan berpisah dan dipisahkan darinya. Sekiranya bangsa kamu berpisah dengannya dan dipisahkan darinya, maka bangsa kamu akan musnah; segala kemuliaan yang kamu lakukan di masa lampau telah tercatat di dalam catatan Islam. Tiada sebarang kuasa dapat menghapuskan kemuliaan itu di muka bumi ini. Dan janganlah kamu pula menghapuskannya dari hati kamu dengan mengikut bisikan dan tipu daya syaitan!
Perkara Kelima: Kaum-kaum yang bangkit di Asia yang berpegang kepada fahaman nasionalisme ini, meniru bangsa Eropah dalam setiap perkara dan aspek, malah sanggup berkorban demi perkara-perkara yang dianggap suci dalam fahaman tersebut. Setiap bangsa memerlukan pakaian tersendiri yang berbeza dari bangsa-bangsa lain mengikut ukuran nilai bangsa itu walaupun menggunakan jenis kain yang sama; gaya pakaian itu mestilah yang berbeza. Sebagai contoh, tidak akan disarungkan pakaian seragam polis tentera kepada orang perempuan dan tidak juga disarungkan pakaian penari wanita yang fasik kepada seorang ustaz yang alim. Ikutan yang membuta tuli ini akan menjadi badutkan diridalam pelbagai keadaan kerana:
Pertama: Jika Eropah merupakan sebuah kedai atau tapak kem, maka Asia umpama ladang tanaman atau masjid. Pemilik kedai mungkin boleh pergi ke majlis tarian tetapi tidak bagi petani. Dan tidak akan sama keadaan kem dengan keadaan masjid.
Dengan kemunculan ramai nabi di negara-negara Asia dan kemunculan ramai ahli falsafah di negara-negara Eropah menjadi lambang bahawa ia adalah ketentuan Tuhan sejak dahulu lagi. Dan apa yang ingin ditunjukkan disini ialah agama dan jiwa bangsa-bangsa Asia akan bangkit dan mendorong mereka kepada kemajuan dan pemerintahan. Manakala falsafah dan kebijaksanaan mestilah membantu kepadan agama dan jiwa dan bukan mengganti peranan kedua-duanya.
Kedua: Membandingkan agama Islam dengan Kristian dan sikap tidak pedulikan agama seperti bangsa Eropah adalah satu kesilapan besar; kerana bangsa Eropah pada mulanya berpegang teguh dengan agama mereka; apabila pemimpin-pemimpin Eropah yang diketuai oleh Wilson(), Lloyd George() dan Vinzelos() yang menjadi taksub dengan agama mereka seperti paderi-paderi yang taksub melihat Eropah beramal dengan agama mereka, mempertahankannya dan menjadi taksub pada sebahagian aspek.
235. Page
Ketiga: Membandingkan Islam dengan Kristian adalah perbandingan yang bertentangan dan merupakan satu kesilapan kerana bangsa Eropah menjadi tidak bertamadun ketika mereka taksub dengan agama mereka tetapi tamadun mereka berkembang apabila meninggalkan ketaksuban agama tersebut.
Tambahan, agama boleh menjadi penyebab kepada peperangan dalaman sebagaimana yang pernah berlaku di kalangan mereka yang berterusan selama tiga ratus tahun. Agama digunakan sebagai alat oleh golongan penindas yang zalim untuk menghancurkan orang-orang awam, fakir miskin dan para cendiakawan. Ini telah menimbulkan kemarahan mereka terhadap agama dan menyebabkan mereka meninggalkan agama untuk sementara waktu.
Adapun dalam agama Islam; sejarah membuktikan bahawa agama ini tidak membawa kepada sebarang peperangan dalaman selain daripada satu peristiwa yang pernah berlaku.
Apabila umat Islam berpegang teguh dengan agama mereka, mereka berkembang maju mengikut peredaran masa. Buktinya dapat dilihat pada pemerintahan Islam di negara Andalusia yang menjadi guru dan pengajar terbaik kepada bangsa Eropah. Ketika masyarakat Islam tidak mementingkan agama dan mengabaikannya, mereka ditimpa dengan pelbagai musibah, menjadi mundur dan ketinggalan.
Disamping itu, Islam melindungi fakir miskin dan orang awam dari pelbagai masalah dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan. Contoh seperti perlaksanaan kewajipan membayar zakat dan pengharaman riba’. Islam juga melindungi para ilmuwan dan menjelaskan tentang akal fikiran dan ilmu pengetahuan dalam ungkapan ayat-ayat al-Qur’an seperti: “Tidakkah mereka mahu menggunakan akal mereka”, “Tidakkah kamu mahu memikirkan”, “Tidakkah mereka mahu memahami” Oleh yang demikian, Islam menjadi benteng pertahanan dan perlindung bagi fakir miskin dan para ilmuwan tanpa sebarang alasan untuk meninggalkan Islam.
Perbezaan antara Islam, Kristian dan agama-agama lain ialah:
Asas bagi agama Islam ialah mentauhidkan tuhan dengan hati yang tulus. Islam tidak membenarkan sebarang perantara atau sebab yang memberi kesan yang nyata atau yang boleh diletakkan nilai padanya samada dari segi penciptaan atau binaan.
Manakala agama Kristian pula menerima agama dengan fahaman anak tuhan yang memberi nilai pada perantara dan sebab tanpa menghapuskan sifat mementingkan diri dan sombong, seolah-olah ia membenarkan gambaran manifestasi sifat ketuhanan pada diri pendeta-pendeta dan pemimpin-pemimpin mereka. Ia dijelaskan dalam ayat ini: اِتَّخَذُٓوا اَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ اَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللّٰهِ Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” (Surah At-Taubah: 31). Oleh demikian itu, pemimpin-pemimpin Kristian yang berjawatan tinggi di dunia ini menjadi taksub dengan agama mereka, contohnya bekas presiden Amerika Syarikat() terdahulu iaitu Wilson, dan beliau menjadi sombong dan bangga diri.
236. Page
Sedangkan di dalam agama Islam iaitu agama yang mentauhidkan tuhan dengan hati yang ikhlas; menuntut pemimpin-pemimpin mereka yang berjawatan besar di dunia ini samada membuang segala kesombongan dan kebanggaan dalam diri mereka atau meninggalkan ajaran agama dalam perkara-perkara tertentu. Disebabkan itu, sesetengah daripada mereka tidak peduli tentang agama dan menjadi ateis.
Perkara Keenam: Kepada mereka yang mengamalkan fahaman nasionalisme negatif dan rasisme yang keterlaluan, kami ingin memperkatakan bahawa:
Pertama: Dalam dunia ini terutama di negara ini, kita telah diperlihatkan dengan banyak penghijrahan dan perubahan sejak zaman purba lagi. Tambahan pula, banyak kaum-kaum lain yang datang untuk menetap di negara ini setelah ia menjadi pusat pemerintahan Islam. Hanya dengan terbukanya lauh mahfuz (kitab yang terpilihara), bangsa-bangsa yang asal dapat membezakan antara satu sama lain. Jadi, untuk membina pergerakan dan menanam semangat patriotik ke dalam fikiran bangsa asal ini adalah perkara yang tidak berguna lagi mendatangkan bahaya; oleh sebab itu, salah seorang pemimpin nasionalisme negatif dalam bangsa ini yang juga merupakan seorang yang tidak mementingkan agama telah memberikan kata-kata ini: “Apabila bahasa itu satu dan agama juga satu, akan terbentuklah bangsa yang satu”.
Jika apa yang dinyatakan ini adalah benar, penyatuan ini tidak hanya melihat kepada bangsa asal tetapi juga melihat pada hubungan antara bahasa, agama dan negara. Apabila ketiga-tiga unsur ini dapat disatukan, hubungan sesama bangsa akan kukuh dengan sendirinya. Namun apabila kurang salah satunya, di dalamnya masih terdapat nasionalisme yang menyatukan mereka.
Kedua: Kami akan menjelaskan dua faedah di antara beratus faedah yang boleh diperolehi daripada nasionalisme Islam terhadap kehidupan sosial rakyat negara ini dalam dua gambaran:
Pertama: Ia dapat memelihara kehidupan negara ini dan penduduk di dalamnya yang berjumlah kira-kira dua puluh ke tiga puluh juta orang di hadapan semua negara-negara besar di Eropah. Suatu pemikiran yang terpancar dari cahaya al-Qur’an dipegang teguh oleh tentera-tentera negara ini iaitu: “Jika aku mati, aku akan syahid dan jika aku membunuh, aku adalah seorang pejuang”. Begitulah mereka menerima kematian mereka dengan senyuman dan wajah yang penuh dengan rasa cinta dan kerinduan kepada Tuhan. Inilah kekuatan yang menghancurkan dan menggerunkan bangsa Eropah.
237. Page
Apakah yang mereka lihat pada dunia ini sehingga membuatkan mereka sanggup berkorban sebesar ini dengan tentera yang pemikiran sederhana dan jiwa yang suci? Apakah semangat yang boleh menggantikan pemikiran ini dan menjadikan mereka sanggup berkorban hidup dan dunia mereka untuk cinta dan keredhaan di jalan-Nya?
Kedua: Di saat naga-naga Eropah dan negara-negara besar mereka menampar kepada negara Islam, mereka telah menyebabkan tiga ratus lima puluh juta orang-orang Islam menangis dan sengsara. Tetapi penjajah-penjajah kemudiannya menarik tangan mereka agar tidak membangkitkan perasaan dan kemarahan orang-orang Islam. Masa mereka mengangkat tangannya, kembalikan semula.
Tunjukkan kepadaku satu kekuatan yang boleh menggantikan kekuatan sokongan moral yang tidak dapat diremehkan dengan apa cara sekalipun! Bolehkah mereka menunjukkannya?
Ya; Kekuatan sokongan moral ini tidak boleh dijauhkan dengan nasionalisme negatif dan patriotisme yang sombong.
Perkara Ketujuh: Kepada orang-orang yang mempamerkan patriotisme mereka dan melampaui batas dalam nasionalisme negatif, kami ingin memperkatakan bahawa:
Jika kalian benar-benar menyayangi bangsa ini dan mengasihani mereka, bangkitkanlah rasa maruah patriotisme dalam jiwa kalian yang dikira rasa belas kasihan terhadap kebanyakan mereka. Bantuan kepada kehidupan sosial yang sementara bagi golongan minoriti yang tidak memerlukan belas kasihan – dan berlaku zalim pada golongan majoriti – bukanlah patriotisme, kerana patriotisme menentang pemikiran nasionalisme negatif yang hanya memberikan manfaat sementara kepada dua daripada lapan golongan rakyat. Dua golongan ini mendapat belas kasihan daripada patriotisme itu sedang mereka tidak layak mendapatkannya. Enam daripada lapan golongan pula yang terdiri kalangan orang tua, orang yang sakit, orang yang ditimpa musibah, kanak-kanak, orang miskin atau orang yang bertakwa dan hanya memikirkan kehidupan ākhirat; mereka lebih memerlukan cahaya, kesenangan dan belas kasihan dalam kehidupan alam barzakh dan ukhrawī daripada yang mereka perlukan dalam kehidupan dunyawī. Di samping itu, mereka memerlukan kekuatan semangat yang mendapat keberkatan. Patriotisme manakah mengizinkan untuk memadam cahaya mereka dan memutus harapan mereka?
238. Page
Tidak sama sekali, dimanakah rasa belas kasihan terhadap negara dan dimanakah pengorbanan dalam memperjuangkan bangsa?
Tidak boleh diputus harapan dengan rahmat īlahi; kerana Allah Taālā telah menghantar tentera-tentera yang berwibawa dan kumpulan-kumpulan yang hebat yang memperjuangkan ajaran al-Qur’an kepada rakyat negara dan mereka ini telah membawa panji al-Qur’an sejak seribu tahun dahulu. Allah sesekali tidak akan mengecewakan mereka dengan menghadirkan penentang-penentang kepada mereka bahkan Dialah yang menyalakan kembali cahaya semangat itu agar mereka dapat menjalankan tugas perjuangan mereka.
Perbahasan Empat
Catatan: Empat Perbahasan yang terdapat dalam “Surat Ke Dua Puluh Enam” tidak saling berkait dengan bab-bab yang lain. “Sepuluh Perkara” dalam Perbahasan Empat ini juga tidak saling berkait antara satu sama lain. Jadi, dalam bab ini tidak akan dibahaskan tentang perkaitan perkara-perkara di dalamnya. Ia ditulis sepertimana ia disampaikan.
Perbahasan ini adalah satu bahagian dari surat yang dihantar oleh seorang guru kepada salah seorang pelajarnya. Surat ini mengandungi jawapan bagi beberapa soalan yang ditanyakan oleh pelajar tersebut.
Perkara Pertama
Kedua(): Kamu menyatakan dalam surat kamu ulama’ tafsīr telah menghurai dalam tafsīran ayat رَبُّ الْعَالَم۪ينَ“Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”, terdapat lapan belas ribu alam. Lantas kamu bertanyakan apakah hikmah pada bilangan tersebut?
Saudaraku, aku tidak mengetahui hikmah pada bilangan tersebut tetapi aku hanya boleh memperkatakan ini:
Ayat-ayat dalam al-Qur’an tidak terikat pada satu makna sahaja malah ia bersifat menyeluruh yang terkandung makna -makna tertentu mengikut setiap peringkat disampaikan untuk semua peringkat manusia. Jadi, semua makna di dalamnya menerangkan bahagian-bahagian bagi keseluruhan makna tersebut. Ahli tafsīr dan orang ārif dalam ilmu ini akan menyebut satu bahagian dari keseluruhan makna dan mendatangkan bukti, dalīl atau cara, kemudian memilih makna tertentu yang bersesuaian. Di dalam perkara ini, satu kelompok telah memberikan satu makna yang menyokong makna bagi bilangan tersebut.
Contoh: di dalam ayat ini❀ مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu” (Surah Ar-Rahmān: 19). Para wali menyebut ayat ini dan mengulangi ayat ini dalam doa mereka. Hal ini menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi banyak pembahagian makna. Antaranya, bermula dari laut ketuhanan di daerah kewajipan dan laut kehambaan di daerah penempatan, dan berakhir di laut dunia dan ākhirat, dari laut alam ghaib dan alam shahādah (penyaksian) hingga ke pinggir-pinggir laut yang terletak di timur, barat, utara dan selatan, dari lautan Rom dan Parsi hingga ke Laut Mediterranean, Laut Hitam dan selat yang terletak di antara keduanya, yang dikeluarkan daripadanya ikan yang dinamakan “al-Marjān”, atau ke Laut Mediterranean, Laut Merah dan Terusan Suez, atau ke laut-laut tawar dan masin, atau hingga ke laut-laut tawar yang terpisah kedua-dua bahagian itu di bawah permukaan bumi (bahagian tengah laut) dan laut-laut masin yang bercantum kedua-dua bahagian itu di permukaan bumi, atau ke laut-laut tawar yang dinamakan sebagai sungai-sungai besar seperti Sungai Nil, Sungai Dijlahdan Sungai Furat, atau ke laut-laut masin yang bercampur dengan sungai-sungai tersebut. Semua makna ini boleh menjadi maksud sebenar dan juga kiasan bagi ayat tersebut; begitu juga pada ayat “Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam” yang merangkumi banyak kebenaran di dalamnya. Ahli ilmu kashāf dan ilmu hakīkat telah mengupas pelbagai makna dan keterangannya dari ayat ini berdasarkan ilmu kashāf mereka.
239. Page
Secara peribadi, aku memahami bahawa terdapat ribuan alam di langit dan setiap bintang, segala jenis penciptaan di bumi dan manusia juga boleh dikira sebagai alam pada zāt mereka. Dengan itu, penyataan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَم۪ينَ “Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam” memberi maksud semua alam yang ditadbir, dipelihara dan diperintah oleh Allah dengan sifat ketuhanan-Nya (rubūbiyyah).
Ketiga: Rasulullah ṣallallahu ‘alaihi wassalām pernah bersabda اِذَٓا اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوْمٍ خَيْرًا اَبْصَرَهُمْ بِعُيُوبِ اَنْفُسِهِمْ “Apabila Allah menghendaki bagi suatu kaum itu kebaikan, Dia akan memperlihatkan mereka kekurangan diri mereka()”, dan kalām Nabi Yūsuf ‘alaihis salām di dalam al-Qur’an: وَمَٓا اُبَرِّئُ نَفْس۪ٓي اِنَّ النَّفْسَ لَاَمَّارَةٌ بِالسُّٓوءِ“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan” (Surah Yūsuf: 53).
Benar, orang yang berasa kagum dan terlalu yakin dengan dirinya akan beroleh kesengsaraan, manakala orang yang diperlihatkan kekurangan dirinya adalah orang yang beruntung. Namun begitu, nafsu Amarāh (jiwa yang mendorong kepada kejahatan dan kesenangan dunia) boleh beralih ke nafsu Lawwāmah (jiwa yang tidak tetap dan masih melakukan dosa) atau ke nafsu Mutmainnah (jiwa yang mendapat ketenangan) dan meninggalkan senjata dan kelengkapannya kepada urat sarafnya. Urat saraf itulah yang memikul tugas membentuk jiwa hingga akhir hayatnya. Kesan daripada nafsu amarah itu dapat dilihat pada keadaan kematiannya. Para ahli sufi, para wali dan pemimpin-pemimpin yang hebat sering menetapkan nafsu mereka di kedudukan nafsu Amarāh meskipun hati mereka sudahpun tergolong dalam nafsu Mutmainnah. Mereka juga mengharap agar diberikan penyakit hati sedangkan hati mereka cukup sempurna dan dipenuhi cahaya. Walaupun begitu, bukanlah di dalam hati pemimpin-pemimpin ini nafsu Amarāh tetapi perbuatan nafsu Amarah yang telah berpindah ke saraf mereka, dan penyakit yang dimaksudkan itu juga bukanlah penyakit yang berada di hati mereka tetapi penyakit berbentuk khayalan.. Oleh itu, wahai saudaraku yang aku muliakan, dengan izin Allah, bukanlah nafsu dan penyakit hati yang menyerang diri kamu, tetapi perubahan kamu iaitu keinginan insanī kamu yang sentiasa berjuang untuk mempertingkatkan iman sebagaimana yang kami telah jelaskan sebelum ini.
240. Page
Perkara Kedua
Penjelasan bagi tiga soalan yang diajukan kepada guru lamaterdapat di dalam pembahagian kitab Rasāil An-Nūr, dan kami akan terangkan secara ringkas:
Soalan Pertama: Maḥyī Al-Dīn ibn Arabī telah berkata di dalam surat yang ditulis oleh beliau kepada Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī(): “Mengenal Allah itu bukan mengenal kewujudan-Nya”, Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata ini? Apakah yang ingin disampaikan daripada kata-kata ini?
Jawapan:
Pertama: Contoh dan gambaran perbezaan tauhīd hakīkī (sebenar) dan tauhīd zāhīrī (yang bersifat luaran) yang terdapat di dalam pendahuluan Kata-kata Dua Puluh Dua telah menjelaskan tentang maksud tauhid, manakala contoh dan gambaran yang terdapat dalam Bahagian Dua dan Bahagian Tiga di dalam Kata-kata Tiga Puluh Dua dan tujuan-tujuannya menjelaskan tentang maksud ini.
Kedua:
Maḥyī Al-Dīn ibn Arabī menyampaikan kata-kata ini buat Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī yang merupakan salah seorang imam dalam ilmu Kalām; kerana penjelasan para imam dalam bidang usuluddin dan para ulama’ ilmu Kalam tentang bab akidah, kewujudan dan mentauhidkan tuhan tidak lengkap pada pandangan beliau.
Ya; ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada ilmu Kalām tidak boleh memberi pengetahuan dan kesaksian yang sempurna. Tetapi sekiranya ilmu ketuhanan diperolehi daripada mu’jizat al-Qur’an, ilmu dan kesaksian yang diperolehi lebih kukuh. Dengan izin Allah, semoga semua bahagian di dalam kitab Rasāil An-Nūr ini akan menjadi lampu dalam menerangi jalan kepada ilmu mu’jizat al-Qur’an.
Mahyī Al-Dīn menganggap ilmu ketuhanan yang dikutip oleh Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī daripada ilmu Kalam masih kurang. Sepertimana ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada jalan yang dipegang ahli ilmu Taṣauf yang juga masih belum lengkap dibandingkan dengan ilmu yang boleh didapati daripada al-Qur’an al-Ḥakīm secara langsung melalui warisan kenabian; bagi mendapatkan kesaksian ketuhanan yang teguh dalam ilmu ketuhanan ini, Mahyī Al-Dīn ibn Arabī pernah mengungkap kata “Tiada kewujudan melainkan Dia” dan ia keterlaluan sehingga menafikan kewujudan segala penciptaan dan makhluk, manakala yang lain pula telah berpegang pada ungkapan aneh iaitu “Tiada yang disaksikan melainkan Dia” dengan menganggap segala penciptaan adalah kelupaan yang perlu ditinggalkan secara mutlak.
241. Page
Adapun ilmu ketuhanan yang diperolehi daripada al-Qur’an al-Ḥakīm, ia memberikan kesaksian ketuhanan yang teguh tanpa sebarang penafian ke atas segala penciptaan atau menjadikannya perkara yang perlu dilupakan secara mutlak, bahkan ia akan menunjukkan jalan keluar dari teori dan kekeliruan serta menggunakan ilmu pada jalan Allah Taālā. Maka, setiap sesuatu itu akan menjadi cermin bagi ilmu ketuhanan dan tingkap yang menyingkap setiap sesuatu perkara itu kepada ilmu mengenal Allah Taāla, Seperti apa yang disebut oleh Sa’adi Shirazi dalam syair beliau:
Pemikiran yang mempunyai kesedaran melihat setiap helaian daun-daun umpama buku yang memberi ilmu pengetahuan().
Kami telah menyebut satu contoh dalam beberapa kata-kata tentang perbezaan antara kaedah ulama’ ilmu Kalam dan kaedah sebenar yang diperolehi daripada al-Qur’an, iaitu:
Sesetengah manusia menggali di kaki gunung di tempat terpencil untuk mendapatkan air daripada terusan dan sesetengah yang lain pula menggali di mana sahaja tempat yang akan memancutkan air. Bahagian yang pertama adalah bahagian yang sangat sulit, iaitu sekiranya terusan-terusan itu tersekat, bekalan air akan putus. Manakala bagi mereka yang mengeluarkan air di mana sahaja tempat yang digali, mereka akan sentiasa mendapatkan bekalan air tanpa sebarang kesulitan. Begitulah perumpamaan bagi apa yang akan berlaku pada perjalanan ulama’ ilmu Kalam, sekiranya mereka terputus punca rantaian perjalanan dan mengelilingi hingga ke hujung dunia, dan kemudian membuktikan kewujudan tuhan. Perjalanan mereka ini adalah satu perjalanan yang panjang.
Bagaimanapun kaedah sebenar melalui al-Qur’an al-Ḥakīm dan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya yang boleh mendapatkan dan mengeluarkan air di mana sahaja tempat yang diinginkan, seperti kisah tongkat Nabi Musa yang memancutkan air dan membangkitkan kehidupan di mana sahaja ia diketuk, serta melihat setiap sesuatu dengan frasa ini “Dan di dalam setiap sesuatu itu padanya terdapat satu tanda yang menunjukkan bahawa Dia adalah satu”().
Dan iman bukanlah didapati melalui ilmu pengetahuan semata-mata tetapi terdapat banyak bahagian lain yang membantu ke arah keimanan, seperti makanan apabila dimasukkan ke dalam perut, ia akan dihantar ke saluran yang berbeza dan dalam bentuk yang berbeza. Begitulah juga persoalan keimanan yang menggunakan jalan ilmu pengetahuan. Roh, hati, rahsia, jiwa dan lain-lain bahagian kecil menyedut manfaat daripada ilmu pengetahuan ketika ia memasuki perut akal. Setiap bahagian menerima manfaat mengikut peringkat masing-masing. Jika terdapat bahagian yang tidak menerima manfaat itu, iman akan berkurangan.
Maka, Mahyī Al-Dīn ibn Arabī mengingatkan Fakhr Al-Dīn Al-Razī tentang perkara ini.
242. Page
Perkara Ketiga:
Apakah kaedah penyelarasan antara ayat ini: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنٓي۪ اٰدَمَ “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam” (Sūrah Al-Isrā’:70) dengan ayat: اِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً “(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Sūrah Al-Aḥzāb:72)?
Apakah kesesuaianantara dua ayat tersebut?
Jawapan: Penjelasan bagi soalan ini terdapat di dalam “Kata-kata Sebelas”, “Kata-kata Dua Puluh Tiga” dan di dalam “Buah Kedua” dari “Cabang Kelima” dalam “Kata-kata Dua Puluh Empat”. Ringkasan baginya seperti berikut:
Allah Taālā dengan kesempurnaan Kudrāt-Nya mencipta dari satu ciptaan itu banyak ciptaan yang lain yang menjalankan peranan mereka tersendiri dan mencatat seribu catatan di dalam satu lampiran; Sebagaimana dia mencipta manusia iaitu makhluk yang bersifat menyeluruh sebagai ganti kepada pelbagai jenis makhluk lain. Dia ingin memberikan tugas-tugas kepada manusia yang merupakan makhluk dari jenis yang satu mengikut pelbagai peringkat berbeza bagi semua jenis makhluk ciptaannya. Allah tidak meletakkan sebarang sempadan dan batasan penciptaannya pada kekuatan dan emosi manusia, bahkan menjadikan mereka bebas untuk menggunakannya. Pada masa yang sama, kekuatan dan emosi binatang-binatang yang lain adalah terhad pada batasan penciptaan. Melainkan jika setiap kekuatan manusia digunakan kepada perkara-perkara yang tidak terbatas dan mengembara pada jarak yang luas yang tiada penghujung. Ini kerana manusia adalah seperti cermin bagi segala kewujudan yang tidak terhingga kepada nama-nama pencipta ālam semesta ini (Asmāullah). Oleh yang demikian, Dia telah mengurniakan kekuatan-Nya sebagai persediaan yang tiada penghujung. Contohnya, seseorang manusia itu jika diberikan seluruh dunia kepadanya, dia tetap akan berkata “Adakah lagi untuknya”? Dia tidak akan menghiraukan penderitaan ribuan manusia lain demi kesejahteraan dan manfaat dirinya yang berpunca dari kebanggaan dan kesombongan diri.
Sebagaimana yang terdapat pada gambaran-gambaran bagi akhlāk buruk manusia yang tidak terbatas sehingga mencapai tahap kejahatan Namrūd dan Fira’un dan menjadi satu kezaliman yang melampaui batas. Disamping itu, Dia juga tidak menjadikan sempadan dalam perkembangan akhlāk yang baik dan boleh menaikkan darjat seseorang itu sehingga ke darjat kemuliaan para Anbiyā’ dan Ṣiddīqīn (orang-orang yang benar).
Manusia berbeza daripada binatang kerana dia tidak mengetahui apa yang diperlukan untuk hidup dan terpaksa mempelajari semua perkara. manusia merupakan makhluk yang paling jāhil tentang keperluan hidupnya dan memiliki banyak kekurangan dalam banyak perkara.
243. Page
binatang pula hanya memerlukan keperluan yang sedikit untuk menjalani kehidupannya di dunia dan boleh mempelajari apa yang diperlukan dalam tempoh sebulan ke dua bulan atau dalam masa sehari ke dua hari. Malah, kadang-kadang ia mampu mempelajari semua keadaan hidupnya dalam masa sejam ke dua jam seolah-olah ia dari di alām lain dan datang ke alām ini setelah dilengkapkan dengan pengetahuan tentang hidupnya. Manusia pula tidak mampu untuk berdiri sehingga dia mencecah usia setahun atau dua tahun dan tidak mampu membezakan apa yang mendatangkan bahaya dan memberi manfaat kepada dirinya sehingga usianya lima belas tahun. Pernyataan ini juga menunjukkan kepada makna jāhil yang keterlaluan pada manusia.
Perkara Keempat
Kalian bertanya tentang ḥikmah dalam [Ḥadīth] ini: جَدِّدُٓوا ا۪يمَانَكُمْ بِلَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ “Perbaharuilah iman kamu dengan menyebut “Lā ilāha illallah()”?
Hikmah ucapan ini terdapat banyak Kalimah, antara gambaran yang menjelaskan tentangnya dan hikmah padanya ialah:
Ketika manusia itu sendiri dan ‘ālam yang didiaminya diperbaharui setiap waktu, dia akan memerlukan kepada pembaharuan imannya; Di dalam diri setiap manusia itu terdiri daripada banyak individu. Dia boleh dikira sebagai individu yang lain sebanyak tahun, hari bahkan jam yang berada sepanjang usianya.. Dalam masa yang berlalu itu, individu yang satu itu hanya menjadi model yang memakai gambar individu lain dalam dirinya setiap hari.
Tambahan lagi, sepertimana dalam diri manusia itu terdapat individu yang berbilang dan pembaharuan, alam yang didiami juga bergerak. Alam itu pergi dan ganti alam yang lain. Ia sentiasa mendapat berlainan. Setiap hari ālam lain akan membuka pintunya untuk manusia itu. Iman adalah cahaya kehidupan bagi setiap individu dalam diri manusia itu, dan sinar bagi ālam yang didiaminya.
Dan kalimah “Lā ilāha illallah” adalah kunci yang membuka cahaya tersebut.
Kemudian nafsu, hawa, imaginasi dan syaitan telah menguasai dalam diri manusia yang kebanyakannya membawa kepada kelalaian, mempengaruhi manusia dengan tipu daya dan helah untuk mencacatkan iman dan menutupi cahaya keimanan dengan perkara shubhāt dan waswās. Tambahan, ālam manusia juga tidak lari dari kata-kata, tingkah laku, sikap yang bertentangan dengan peribadi yang dituntut dalam Islam, bahkan pada pandangan sesetengah imam, ia turut memberi kesan kepada iman dan membawa kepada kekufuran. Oleh itu, iman perlu diperbaharui pada setiap waktu, setiap jam dan setiap hari.
244. Page
Soalan:
Ulama’ ilmu Kalām menyusun konsep yang menyeluruh bagi ālam ini yang terdapat pelbagai imkan (kemungkinan) dan hudus di dalamnya. Dan mereka melebihi konsep itu dengan akal fikiran untuk membuktikan keesaan Allah. Sesetengah daripada ahli ilmu Taṣauf telah berkata dalam ucapan mereka: لَا مَشْهُودَ اِلَّا هُوَ “Tiada disaksikan melainkan Dia”, untuk mencapai kehadiran hati yang sempurna dalam ilmu Tauḥīd termasuk melupakan segala penciptaan dan meletakkan tirai baginya sebagai perkara-perkara yang perlu dilupakan, maka setelah itu mereka akan merasai kehadiran hati yang sempurna. Manakala sesetengah yang lain pula telah berkata: لَا مَوْجُودَ اِلَّا هُوَ“Tiada kewujudan melainkan Dia” untuk memperoleh Tauḥīd yang ḥaqīqī dan kehadiran hati yang sempurna. Kemudian, mereka akan meletakkan segala penciptaan di bawah khayalan dan mencampakkannya sebagai perkara yang tidak wujud. Dengan itu, mereka akan memperoleh kehadiran hati yang sempurna.
Akan tetapi, kamu menunjukkan bahawa satu jalan utama yang terdapat di dalam al-Qura’n berbeza dari ketiga-tiga jalan ini. Kamu memberikan frasa bagi jalan itu: ❀لَا مَعْبُودَ اِلَّا هُوَ * لَا مَقْصُودَ اِلَّا هُوَ “Tiada yang disembah melainkan Dia” dan “Tiada dimaksudkan melainkan Dia”. Jadi, tunjukkanlah kepada kami bukti-bukti bagi jalan utama tersebut dari sudut Tauḥīd dan satu cara secara ringkas dan menyeluruh baginya.
Jawapan: Semua “Kalimāt”(Kata-kata) dan “Maktūbāt”(Penulisan) menerangkan tentang perjalanan tersebut. Kami akan terangkan secara ringkas tentang ḥujah-hujah yang hebat dan bukti yang lebih luas dan panjang seperti yang kalian inginkan, iaitu:
Segala sesuatu di dalam ālam ini menyandarkan semua benda lain kepada penciptanya dan setiap karya di dunia ini menunjukkan bahawa semua karyalain adalah karya bagi penciptanya. Malah setiap perbuatan mencipta sesuatu di dalam alām ini mengesahkan semua perbuatan mencipta itu adalah dari perbuatan pelakunya (pencipta) dan setiap nama dari ‘asmāul ḥusnā yang terdapat pada setiap kewujudan (makhluk) menunjukkan bahawa semua nama-nama itu adalah nama-nama bagi sesuatu yang memberi nama padanya (pencipta). Oleh itu setiap sesuatu adalah bukti bagi zat ilahī dan keesaan-Nya dan merupakan tingkap yang membuka ilmu mengenal tuhan.
245. Page
Benar, jika setiap ciptaanadalah umpama hidupan kecil bagi alām semesta – lebih-lebih lagi jika ia adalah benda yang bernyawa – dan merupakan benih bagi alām dan buah bagi bulatan bumi. Maka semestinya yang mewujudkan hidupan kecil, benih dan buah tersebut adalah Dia yang mewujudkan seluruh alām semesta ini; kerana tidak mungkin buah dan pokok dicipta oleh pencipta yang berlainan. Maka setiap ciptaan menyandarkan semua ciptaanyang lain kepada penciptanya. Begitu juga setiap perbuatan menyandarkan semua perbuatan lain kepada pelakunya. Kita dapat lihat setiap perbuatan adalah satu bahagian yang luas dalam peraturan penciptaan yang merangkumi pelbagai kewujudan makhluk yang terdiri daripada zarah hingga ke matahari. Ini bermakna pemilik bagi perbuatan mencipta sebahagian kewujudan ini adalah pelaku bagi segala perbuatan yang berkaitan dengan keseluruhan peraturan penciptaan yang meliputi semua kewujudan dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar matahari.
Dan semestinya pencipta yang memberikan kehidupan kepada lalat adalah pencipta yang memberikan kehidupan kepada seluruh serangga dan binatang-binatang kecil bahkan dialah juga yang memberikan kehidupan kepada bumi. Dan pencipta yang menggerakkan zarah seperti tarian Maulawīyyah adalah pencipta yang mengerakkan seluruh kewujudan ini dalam rangkaiannya, dan yang menjadikan matahari beredar bersama planet-planet yang lain; kerana peraturan penciptaan adalah rantaian dan ia menghubungkan perbuatan-perbuatan ini.
Oleh sebab itu, setiap ciptaan menyandarkan semua ciptaan lain kepada penciptanya dan setiap perbuatan mencipta menjadikan perbuatan-perbuatan lain sebagai kepunyaan pelakunya. Sama seperti setiap nama yang muncul di alām ini menyandarkan segala nama-nama lain kepada penamanya. Dan membuktikan bahawa itu semua adalah gelaran-gelarannya.-; kerana nama-nama yang terdapat di alām semesta ini saling berkait antara satu sama lain seperti lingkaran bulatan-bulatan yang saling terjalin dan tujuh warna dalam cahaya yang saling menyokong, melengkapi dan menghiasi warna lain padanya. Sebagai contoh:
Nama “yang Maha Menghidupkan” ketika menjelma pada sesuatu yang memberikan kehidupan padanya, nama “yang Maha Bijaksana” juga dapat muncul. Nama itu dapat menyusun jasad penciptaan bernyawa itu yang sebagai sarangnya. Dalam pada masa yang sama, menjelma nama-Nya “yang Maha Mulia” dan menghiaskan sarangnya. Serta dapat dilihat jelmaan nama Maha Pemurah dan Dia menyediakan segala keperluan jasad tersebut dengan rasa simpati dan belas kasihan. Pada masa yang sama dapat dilihat manifestasi nama Maha Pemberi Rezeki” dan nama itu menyediakan rezeki material dan rohani bagi ciptaan yang hidup itu daripada tempat yang tidak disangka-sangka. Dan begitulah seterusnta.
246. Page
Maknanya siapa yang memiliki nama “yang Maha Menghidupkan” juga nama “yang Maha Bijaksana” yang menerangi dan memerintah alām semesta ini dia punya. Dia juga pemilik kepada nama “yang Maha Pemurah” yang memelihara seluruh makhlūk dengan rasa simpati dan belas kasihan. Dan nama “yang Maha Pemberi Rezeki” yang digambarkan pada pemberian rezeki dan kemuliaan kepada seluruh kehidupan yang bernyawa dan sebagainya.
Jadi, setiap nama, perbuatan dan ciptaan adalah bukti yang menjelaskan tentang keesaan Tuhan yang mana ia adalah mohor kepada Tauḥid dan meterai pada keesaan-Nya. Bukti ini yang menunjukkan semua kata-kata yang tertulis pada semua halaman alām semesta dan garis-garis zaman yang dinamakan sebagai “maujudat” serta menunjukkan semua katanya adalah ukiran pena penulis.
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰي مَنْ قَالَ (اَفْضَلُ مَا قُلْتُ اَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْل۪ي لَٓا اِلٰهَ اِلَّااللّٰهُ) وَ عَلٰٓي اٰلِه۪ وَصَحْبِه۪ وَسَلِّمْ
Sejahtera dan salam ke atas Nabi Muhammad, yang telah bersabda: Sebaik-baik ucapanku dan ucapan para Nabi sebelumku adalah “Lā ilāha illallah”(), dan sejahtera keatas ahli keluarga dan pada sahabat baginda.
Perkara Kelima
Kedua: Kalian bertanya dalam surat kalian tentang tujuan lain iaitu: Adakah cukup lafaz “Lā ilāha illallah” semata-mata untuk memohon perlindungan diri atau dengan kata lain adakah seseorang itu akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat perlindungan jika dia tidak menyebut “Muḥammadur rasūlullah”?
Jawapan bagi soalan ini panjang dan ketika ini kami hanya akan katakan begini:
Dua kalimah syahādah tidak boleh dipisahkan dari salah satunya bahkan ia menegaskan dan megiakan antara satu dengan yang lain dan mengandungi maksud kepada yang satu lagi. Jadi, tidak dikira syahādah tanpa salah satu daripadanya.
Nabi Muhammad ‘alaihiṣ ṣolātu wassalām adalah penutup para nabi dan pewaris sekalian nabi. Baginda adalah pada permulaan bagi seluruh jalan yang membawa kepada Allah Taāla. Oleh itu, tiada jalan ḥakīkat dan jalan keselamatan selain daripada jalan baginda yang terbesar.. Seluruh ulama’ ahli Ma’rifāt telah mengungkap satu frasa seperti kata-kata Sa’adi Al-Shirāzī:
مُحَالَسْتْ سَعْد۪ي بَرَاهِ نَجَاتْ صَفَا ظَفَرْ بُرْدَنْ جُزْ دَرْ پَيِ مُصْطَفٰي ع ص م serta كُلُّ الطُّرُقِ مَسْدُودَةٌ اِلَّا الْمِنْهَاجَ الْمُحَمَّدِيَّ
Wahai Sa’adī, adalah perkara mustahil untuk mencapai kejayaan di jalan perlindungan bagi orang-orang yang tidak mengikuti Musṭāfā ṣallallahu ‘alaiḥi wasallam (Nabi Muhammad).
Mereka juga berkata:
Setiap jalan telah ditutup melainkan jalan Muḥammad.
Kadang-kadang berlaku di mana sesetengah manusia sudah berada di jalan Aḥmadiyyah (jalan Nabi Muhammad) tetapi mereka tidak mengetahui bahawa itu adalah jalan Aḥmadiyyah termasuk dalam jalan utama Muḥammad.
Dan sesetengah yang lain, mereka tidak mengenali Nabi Muhammad ‘alaihiṣ ṣolātu wassalām sedangkan jalan yang mereka lalui adalah sebahagian daripada jalan Aḥmadiyyah.
Begitulah juga yang terjadi pada mereka yang tidak berfikir tentang jalan Muhammad dalam beberapa keadaan tertentu bagi mereka seperti ketika dalam keadaan majezub(sasar), sedang keasyikan, beruzlah(pengasingan) diri atau keadaan badwi (berpindah-pindah). Bagi mereka ia sudah cukup pada kalimah “Lā ilāha illallah”.
247. Page
Dalam semua perkara ini; aspek yang lebih penting adalah:
Tidak menerima sesuatu perkara dan menerima sesuatu yang tiada adalah perkara yang berbeza. Ini menjelaskan orang-orang “yang dalam majezub(sasar)” atau orang-orang ber‘uzlah (yang mengasingkan diri) atau mereka yang tidak mendengar dan mengenali Nabi ṣallallahu ‘alaihi wasallam bahawa mereka ini tidak mengetahui dan berfikir tentang baginda sehingga mereka menerima dengan baginda. Mereka ini kekal jahil dalam aspek ini. Dan mereka tidak mengetahui ilmu ketuhanan selain daripada “Lā ilāha illallah” dan oleh itu mereka boleh tergolong dalam golongan yang terselamat. Akan tetapi bagi mereka yang mendengar dan mengetahui dakwah Nabi ṣallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian mereka tidak membenarkannya, maka mereka mengenali Allah Taālā sahaja tidak cukup. Maka Kalimah “Lā ilāha illallah” tidak mencukupi untuk Tauḥid yang menjadi punca kepada perlindungan melalui apa yang mereka benarkan kerana bukan disebabkan oleh tidak menerima berpunca dari kejahilan yang yang boleh dimaafkan pada satu tahap itu, tetapi jika disebabkan oleh menerima untuk menolak kewujudannya (menafikan kewujudan), maka ia adalah perkara ingkar (yang dilarang).
Orang yang mengingkari Nabi Muhammad ‘alaihiṣ ṣolātu wassalām yang merupakan satu kekaguman bagi alām semesta, kemuliaan bagi sekalian manusia dengan mu’jizāt dan kesan-kesannya, mereka tidak akan peroleh cahaya dan tidak dapat mengenali Allah melalui apa-apa cara sekalipun. Cukuplah setakat ini tentangnya.
Perkara Keenam
Ketiga: Dalam “Bab Satu” telah didatangkan dengan beberapa ungkapan yang menerangkan jalan syaitan yang dinamakan sebagai “Perbahasan bersama syaitan” dan ia adalah ungkapan sangat kasar. Walaupun beberapa kali mengubahnya dengan perkataan “minta jauh” dan “moga dijauhkan Allah”, termasuk menghadkannya kepada gambaran “andaian-andaian yang mustahil, ia tetap menggetarkan tubuhku. Di dalam potongan ayat yang diberikan kepada kamu terdapat beberapa perubahan. Dan adakah kamu mampu untuk memperbetulkan salinan kamu dan memahaminya? Aku akan menggantikan perkara ini berdasarkan anggapan kamu, dan kamu boleh membuang sebahagian dari ungkapan yang merupakan tambahan dan tidak penting.
248. Page
Wahai saudaraku yang aku muliakan, perbincangan dalam bab itu sangat penting. Ini adalah kerana ketua bagi ahli zindīq (yang berpura-pura beriman) adalah syaitan; kerana jikalau syaitan tidak dikalahkan, ia tidak akan memuaskan hati pengikut-pengikutnya. Apa yang terdapat di dalam al-Qur’an yang menyebut tentang orang kāfir yang jahat telah memberikan aku keberanian untuk menggunakan ungkapan-ungkapan itu untuk menyangkal hujah mereka dan menggetarkan mereka dengan gambaran “andaian-andaian yang mustahil” dan membuatkan mereka lena dalam kebodohan mereka dan memaksa mereka untuk menerima jalan mereka dan mengucapkannya dengan lidah mereka. Aku menggunakan ungkapan-ungkapan itu untuk menjelaskan tentang kesesatan pegangan syaitan dan kerosakan hati mereka. Melalui cara ini, kami seperti mengetatkan tali yang diikat di dasar perigi pada mereka dan menguasai medan peperangan dengan berpandukan al-Quran, kemudian kami memperlihatkan dan mendedahkan pembohongan mereka.
Kemenangan ini boleh dilihat dalam perumpamaan berikut:
Kita bayangkan menara masjid yang tinggi mencakar langit dan dibawahnya terdapat perigi yang digali sehingga ke pusat bumi. Kemudian, seorang mu’adzin telah melaungkan adzan dan suara azdan itu didengari oleh semua penduduk di setiap pelusuk negeri. Dan terdapat dua golongan yang berselisih pendapat dalam menentukan tempat mu’adzin tersebut dan saling mempersoalkan tempat mu’adzin itu berada samada dari puncak menara sehingga ke dasar perigi.
Golongan yang pertama berkata: dia (mu’adzin tersebut) berada di puncak menara dan melaungkan azan bagi alām semesta. Ini kerana kami mendengar suara azannya, dia hidup dan berada di tempat yang tinggi. Semua manusia tidak dapat melihat dia di tempat tinggi itu. Mereka boleh melihat kedudukan dia mengikut tahap kedudukan mereka samada ketika dia naik ke menara atau turun darinya. Dengan itu, mereka mengetahui bahawa mu’adzin itu sedang naik ke tempat yang paling tinggi dan dia sentiasa berada di kedudukan yang tinggi walau di mana sahaja dia dilihat dan berada.
Adapun golongan yang kedua iaitu golongan syaitan yang bodoh berkata: Tidak, tempatnya bukan di puncak menara tetapi di dasar perigi dimana sahaja dia dilihat dan berada. Tiada sesiapa dapat melihat dan tidak mampu melihatnya yang berada di dasar perigi. Jika kita andaikan dia berat seperti batu dan dia berada di dasar perigi, seseorang tetap akan melihatnya di dalam.
Medan peperangan tentang perselisihan antara dua golongan ini mempunyai jarak yang luas bermula dari puncak menara hingga ke dasar perigi. Barisan ahli nūr yang digelar sebagai Hizbullah memberikan pandangan-pandangan yang tinggi dan mulia pada kedudukan mu’adzin yang berada di puncak menara. Mereka menunjukkan bahawa pandangan mereka tidak sampai pada kedudukan mua’dzin tersebut mengikut tahap kedudukan mereka. Tanda kecil ini cukup bagi mereka untuk membuktikan bahawa mua’dzin bukan jasad kaku seperti batu tetapi adalah insān yang sempurna yang boleh naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan adzan.
249. Page
Manakala golongan yang lain yang dinamakan sebagai Hizbussyaitan (parti syaitan) dengan menunjukkan kebodohan diri mereka pula berkata: Kamu perlu membuktikan bahawa dia berada di puncak menara, jika tidak tempatnya adalah di dasar perigi. Mereka membuat pernyataan ini dengan kebodohan mereka dan dengan kebodohan itu, mereka tidak mengetahui bahawa tidak semua orang dapat melihat mua’dzin di puncak menara itu kerana pandangan mereka tidak sampai kepada martabat mua’dzin tersebut. Mereka sebenarnya hanya ingin menguasai seluruh jarak kecuali puncak menara dengan kesilapan mereka.
Kemudian muncul seseorang berhadapan untuk menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua kelompok ini. Dia berkata kepada Hizbussyaitan: Wahai kelompok yang malang, jika tempat mu’adzin yang mulia itu di dasar perigi, semestinya dia adalah benda yang kaku yang tidak bernyawa dan tidak mempunyai kekuatan seperti batu. Dan dia tidak mungkin dilihat berada di tingkat-tingkat perigi atau di tangga-tangga menara. Jadi daripada apa yang kamu lihat itu, dia bukanlah sesuatu yang kaku, tidak mempunyai kekuatan dan tidak nyata, akan tetapi dia akan berada di puncak menara yang menjadi tempat baginya. Oleh sebab itu, samada kamu menyatakan dia berada di dasar perigi tetapi kamu tidak mampu membuktikan pernyataan kamu dan meyakinkan bahawa dia berada di sana atau kamu diam; sekiranya medan pertahanan kamu adalah dasar perigi. Dan medan pertahanan yang lain dan jaraknya yang jauh adalah bagi kelompok yang mulia dan mendapat keberkatan. Di mana sahaja ini mereka memperlihatkan lelaki mulia itu (mu’adzin) selain dari dasar perigi, mereka tetap akan menang dalam perkara ini.
Sebagaimana yang terdapat dalam perumpamaan ini, perbincangan tentang pertikaian bersama syaitan mengambil jarak yang jauh dan lama dari arash hingga ke bumi itu mengambil daripada tapak tangan syaitan. dengan memaksa mereka untuk menyerah diri dan mengetatkan ikatan pada mereka. Dan dibiarkan mereka bersama tempat yang paling jauh dalam akal fikiran mereka yang kebanyakannya terdiri daripada perkara mustahil dan dibenci. Ia menolak mereka ke dalam lubang yang sangat sempit yang tidak boleh dimasuki sesiapa dan menakluk seluruh jarak yang jauh itu dengan nama al-Qur’an.
250. Page
Dikatakan kepada mereka: Bagaimana kamu melihat al-Qur’an? Mereka berkata: Ia adalah kitab indah yang mengajar akhlāk kepada manusia. Dan dikatakankepada mereka lagi: Sudah tentu, ia adalah Kalām Allah dan kamu semua hendaklah menerimanya kerana kamu tidak mampu mengatakan bahawa Quran itu baik menurut jalan kamu itu. Dan apabila ditanya kepada mereka: Apakah pandangan kamu tentang Rasūlullah ṣallallahu ‘alaihi wasallam?
Mereka berkata: Baginda adalah seorang insān yang mempunyai akhlāk yang terpuji dan kecerdikan yang tinggi. Kemudian dikatakan: Jadi, berimanlah kepadanya; kerana jika baginda ialah orang yang berakhlak mulia dan bijaksana, bagaimana sekalipun baginda tetap Rasūlullah (pesuruh Allah). Kamu mengatakan beliau baik tetapi tidak menerima dan tidak mampu mengatakannya menurut kepercayaan kamu.
Gambaran-gambaran lain juga boleh digunakan untuk membuktikan kebenaran pada aspek-aspek di dalam perumpamaaan ini.
Diringkaskan kepada perumpamaan ini, Bab Satu yang mengandungi pertikaian dengan syaitan di dalamnya, menjelaskan bahawa orang-orang yang beriman tidak memerlukan kepada pengetahuan tentang mu’jizāt Nabi Muhammad dan mempelajari dalil-dalil yang jelas untuk memelihara īmān mereka; kerana tanda dan dalil yang kecil sudah cukup untuk menyelamatkan iman mereka. Setiap keadaan, sifat dan peringkat kenabian Nabi Muhammad ṣallallahu ‘alaihi wasallam merupakan mu’zijāt baginda yang membuktikan kedudukan baginda adalah di tempat yang paling tinggi bukan di tempat yang paling rendah seperti di dasar perigi.
Perkara Ketujuh
Perkara ini membawa pengajaran:
Aku terpaksa menerangkan kemuliaan rabbānī dan perlindungan ilāhī yang dikhususkan kedua-duanya dalam berkhidmat pada al-Qur’an dengan tujuh tanda yang menjadi bukti-bukti untuk menjelaskan tentang kekuatan ma’nawī (rohani) di kalangan ahli al-Qur’an yang berhadapan dengan kekeliruan dan putus asa sehingga ia menyelamatkan mereka dari kelemahan diri mereka. Empat daripadanya berkaitan dengan empat orang yang merupakan sahabat-sahabatku tetapi mereka telah mengambil jalan permusuhan atas sebab-sebab dunīawī bukan sebab peribadi. Dan aku adalah orang yang berkhidmat kepada al-Qur’an. Kemudian mereka menerima tamparan hukuman yang berlawanan dari apa yang mereka harapkan. Manakala tiga tanda yang lain dikaitkan dengan sahabat-sahabatku yang baik dan ikhlas denganku. Dan mereka masih sama seperti itu, akan tetapi mereka tidak mempamerkan – pada waktu yang sementara (tidak berterusan) – sifat kejujuran dan keikhlasan yang diperlukan dalam persahabatan sehingga mereka mendapatkan perhatian daripada orang-orang cintakan di dunia, memperoleh matlamat dunīawī dan merasa aman dan selamat di dalamnya. Tetapi sayang, ketiga-tiga sahabatku ini telah mendapat dipersalahkan disebabkan matlamat dan keinginan mereka itu.
251. Page
Orang yang pertama daripada empat orang yang merupakan sahabat pada luarannya kemudian bermusuh denganku itu ialah: salah seorang ketua yang telah meminta dariku satu salinan dari Kalimah Ke-Sepuluh dengan belas kasihan melalui pelbagai cara. Kemudian aku berikan kepadanya, tetapi dia meninggalkan persahabatan dan mengambil keadaan permusuhan dengan aku lalu menyerahkan salinan itu kepada gabenoruntuk mendapat kedudukan yang tinggi. Tetapi beliau tidak dapat naik pangkat malah dipecat tanpa rasa simpati. Ini adalah kesan khidmatku kepada al-Qur’an.
Kedua: Ketua yang lain yang juga merupakan sahabat kepadaku. Dia ingin bersaing dan bermusuh denganku, bukan atas sebab peribadi bahkan dari segi aku berkhidmat kepada al-Quran,untuk mendapatkan perhatian ketua-ketuanya dan untuk mendapat perihatin golongan yang hanya melihat dunia. Oleh sebab aku adalah seorang yang berkhidmat kepada al-Quran. Dia telah dikenakan hukuman yang bertentangan dari apa yang dia inginkan. Dia dihukum penjara selama dua tahun setengah dalam kes yang tidak diduga. Kemudian dia meminta salah seorang dari khaddām al-Qur’an untuk mendoakannya. Insyallah dia akan selamat daripada keaadaan tersebut, kerana telah didoakan untuk dia.
Ketiga: Seorang guru. Dia kelihatan seperti seorang sahabat dan aku juga menganggapnya sebagai sahabat kepadaku. Akan tetapi dia telah memilih untuk bermusuh supaya dapat berpindah ke Barladan menetap di sana. Kemudian dia menerima satu tamparan berlawanan dari apa yang dia inginkan. Dia telah dipisahkan dari kerja mengajar dan diambil menjadi tentera kemudian dihantar jauh dari Barla.
Keempat: Seorang guru. Dia memberikan persahabatan yang sempurna tanpa sebarang kecacatan dengan menjadi sahabatku dalam berkhidmat kepada al-Qur’an. Aku melihat beliau sebagai hāfiẓ al-Qur’an dan menjaga agama. Kemudian dia menjadi takut dan menjauhi kami disebabkan oleh kata-kata salah seorang pegawai supaya dia diterima orang lain. Bagaimanapun dia telah menerima tamparan yang bertentangan dari apa yang dia inginkan. Setelah itu, dia marah teruk oleh ketuanya dan dipecat.
Empat orang ini mendapat hukuman-hukuman seperti ini dengan sebab permusuhan yang mereka bangkitkan. Manakala tiga orang sahabatku yang tiada sifat kejujuran dan keikhlasan yang diperlukan dalam persahabatan yang sebenar telah mendapat amaran dan peringatan tanpa sebarang hukuman yang bertentangan dari apa yang mereka harapkan.
252. Page
Pertama: Seorang pelajar yang dari kalangan pelajar-pelajarku yang merupakan seorang lelaki yang dihormati penting, tekun dan sejati. Dia kerap membuat salinan bagi buku “Kalimāt” dan mengedarkannya. Tetapi apabila seorang pegawai tinggi merasa pelik dengan kejadian yang berlaku, pelajar ini menyembunyikan buku “Kalimāt” yang ditulisnya. Dia berhenti membuat salinan untuk sementara waktu sehingga tiada kesulitan dan kesukaran daripada orang lain keatas dirinya, juga kesakitan dan selamat dari kejahatan mereka. Dan disebabkan kesilapannya membuat keputusan untuk berhenti seketika dari berkhidmat kepada al-Qur’an, dia telah ditimpa kesusahan. Dia dikenakan denda membayar seribu Lira selama setahun sedangkan dia adalah orang miskin. Ketika dia berniat untuk kembali membuat salinan tetapi kembali kepada dirinya yang asal, dia telah dibebaskan dari kes itu. Segala puji bagi Allah dia telah mendapat pembebasan dan terselamat daripada membayar seribu Lira.
Kedua: Seorang sahabat yang sejati, terhormat dan berani dan bersahabat sejak lima tahun. Beliau merupankan jiran aku dan tidak bertemu denganku selama beberapa bulan untuk memperoleh perhatian orang lain dan pegawai penguasa yang baru datang, dan untuk dipandang mulia oleh mereka tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu. Malah dia tidak menziarahiku pada Hari Raya dan bulan Ramadān. Tetapi keadaan di kampung bertentangan dengan apa yang dia inginkan dan dia telah kehilangan pengaruhnya.
Ketiga: Seorang ḥāfiz al-Quran. Dia selalu datang menziarahiku sekali atau dua kali dalam seminggu. Daripada apa yang aku dengari, dia telah menjadi seorang imām. Demi memakai serban, dia telah meninggalkan aku selama dua bulan dan tidak menziarahiku ketika Hari Raya. Bertentangan dari niat dan apa yang diharapkan, dia tidak dibenarkan memakai serban yang bertentangan dengan kebiasaan walaupun dia telah menjadi imam selama tujuh atau lapan bulan.
Terdapat banyak kejadian yang menerangkan tentang perkara ini tetapi aku tidak menyebut kesemuanya kerana bimbang menyinggung perasaan mereka. Bagaimanapun, semua kejadian ini hanyalah tanda-tanda yang lemah. Bahkan bergaul dengan mereka memberikan aku kekuatan dan keyakinan dan ia: menerangkan dan menjelaskan bahawa kita beramal di bawah kemuliaan ilāhī dan perlindungan rabbānī dengan berkhidmat kepada al-Qur’an al-Karīm bukan untuk kepentingan peribadi. Kerana itu aku merasa diriku tidak layak untuk mendapat sebarang kemuliaan (penghormatan).
253. Page
Sahabat-sahabatku ini hendaklah berfikir tentang perkara ini dan tidak obses dan penuh angan-angan. Perkara ini menjelaskan bahawa aku menjadi khādim (orang yang berkhidmat) kepada al-Qur’ān kerana kemuliaan ilāhī dan ia adalah jalan yang membawa kepada kesyukuran dan bukan kebanggaan diri seperti yang dinyatakan dalam ayat ini: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.” (Sūrah Ad-Dhuḥā:11). Sesungguhnya aku ingin menerangkan perkara-perkara ini kepada sahabat-sahabatku yang aku muliakan dan hormati melalui ringkasan dari penjelasanku ini.
Perkara Kelapan
Nota kaki bagi “Contoh Ketiga” daripada “Isi Ketiga” dalam “Sebab Kelima” daripada sebab-sebab yang menghalang kepada Ijtihād yang disebutkan dalam “Kata-Kata Dua Puluh Tujuh”.
Soalan penting: Sebahagian dari ahli pengkaji kebenaran telah berkata: Setiap lafaz dalam al-Qur’ān yang disebut, semua puji-pujian (tasbīh) akan menerangi sifat-sifat rohani manusia dengan pelbagai cara dan memberi makanan rohani. Lafaz-lafaz itu tidak memberikan manfaat kepada sesuatu dan tidak cukup jika disebut tanpa mengetahui makna-maknanya. Seandainya lafaz itu adalah baju, kemudian digantikannya dan dipakaikan oleh setiap manusia makna-makna baginya dan melafazkannya dengan lidah, tidakkah ini lebih bermanfaat?
Jawapan baginya: Lafaz-lafaz al-Qur’an dan lafaz zikir-zikir nabi bukanlah baju yang tidak bernyawa tetapi ia umpama kulit yang hidup pada jasad. Perumpamaan ini harus digantikan kepada kulit, mengikut perubahan zaman yang berlalu. Pakaian boleh ditukar tetapi kulit tidak boleh ditukar ganti kerana ia akan memudaratkan jasad. Dan lafaz-lafaz yang penuh dengan berkat seperti yang digunakan di dalam solāt dan lafaz azan menjadi lambang dan nama bagi makna-makna yang dimaksudkan. Lambang dan nama tidak boleh ditukar ganti.
Aku meneliti satu keadaan yang telah terjadi pada diriku dan aku melihat kebenaran pada keadaan itu iaitu:
254. Page
Ketika aku sedang membaca sūrah Al-Ikhlāṣ berulang kali sebanyak seratus kali pada hari ‘Arafah, aku melihat sebahagian perasaan rohani pada diriku mengambil makanannya. Kemudian dia berhenti dan tidak meneruskannya. Sebahagian perasaan itu seperti kekuatan fikiran telah menuju ke arah maknanya pada tempoh yang tertentu, dan berhenti setelah mengambil bahagiannya. Hati juga mengambil bahagiannya daripada sebahagian kefahaman yang memberikan dzūq (perasaan) rohani kemudian berhenti dan begitulah seterusnya. Pengulangan ini berlaku kepada sebahagian sifat-sifat yang mengambil bahagian mereka dan berterusan sehingga ia merasa jemu atau tidak memerlukan makna atau pemeriksaan dan penelitian dan ia tidak melalaikannya seperti kelalaian pada kekuatan pemikiran. Pengulangan ini memenuhi kekuatan pemikiran dengan seluruh lafaz yang memberikan kepuasan dan makna yang jelas dan membentuk nama dan tanda bagi lafaz-lafaz tersebut. Apabila aku tidak memikirkan makna pada ketika itu, aku memberikannya kebosanan yang menyakitkan; kerana sifat-sifat yang berterusan itu tidak selalu menginginkan pengetahuan dan kefahaman bahkan ia juga memerlukan peringatan, perhatian, galakan dan keinginan. Lafaz-lafaz tersebut umpama kulit yang cukup sifat-sifat padanya dan melaksanakan tugas bagi makna yang disebutkan sebelumnya. Terutamanya melalui lafaz-lafaz Arabi itu dengan mengingati bahawa itu Kalām Allah dan bicara ilaḥī, dia memperoleh limpahan rohani yang berterusan.
Keadaan yang saya alami ini menunjukkan bahawa lafaz azan, zikir-zikir yang dibacakan dalam ibadah solat dan kebenaran yang diulang pada setiap waktu dalam bahasa lain selain dari bahasa arab seperti ṣūrah Al-Fātiḥah dan Al-Ikhlāṣ akan merosakkan penyampaiannya. Ini kerana jika lafaz-lafaz ilahī dan nabawī yang merupakan sumber kekal telah hilang, bahagian-bahagian kekal untuk sifat-sifat yang terdapat padanya juga akan hilang.
Tambahan lagi keadaan ini akan memberi banyak kerugian seperti kehilangan sepuluh kebaikan dari setiap huruf yang tidak disebut dan kelalaian serta kegelisahan kerana tidak dapat marasai kehadiran berterusan() hati dalam setiap ibadah solat yang berpunca dari pernyataan-pernyataan yang diterjemahkan oleh manusia.
Benar sekali, seperti apa yang dikatakan oleh Iman Adzam(): Sesungguhnya “Lā ilāha illallah” adalah lambang dan nama bagi Tauḥīd. Kami berkata: Kebanyakan kalimah-kalimah zikir dan tasbīḥ (puji-pujian) – terutama kalimah-kalimah agung yang terkandung dalam azan dan ibadah solat – yang telah menjadi tanda dan nama. Oleh itu, beliau lebih banyak mengambil makna yang mempunyai maksud berbentuk syar’ie sebagai lambang kepada kalimah itu daripada makna umum dari sudut bahasa.
Makna-makna syar’ie ini tidak boleh diubah.
255. Page
Manakala makna kalimah ini secara umum mestilah diketahui oleh setiap orang yang beriman kerana orang yang tidak berpelajaran pun boleh mempelajarinya dengan cepat.
Bagaimana mungkin orang-orang islām yang menghabiskan usia mereka dengan mengisi di dalam kepala mereka beribu perkara yang tidak bermanfaat dalam kehidupan mereka, tetapi membiarkan diri mereka tidak mempelajari semua makna ringkas bagi kalimah-kalimah yang penuh keberkatan ini dalam masa seminggu atau dua minggu, yang mana kalimah-kalimah ini juga merupakan kunci bagi kehidupan abadi mereka?!
Dan bagaimana mungkin dikatakan mereka itu adalah orang islam?! Bagaimana mungkin mereka digelar sebagai orang-orang yang berakal? Tidak masuk akal bagi untuk memusnahkan sampul sumber cahaya-cahaya itu hanya kerana kenangan orang yang malas seperti mereka yang bodoh itu!
Kemudian jika seseorang itu yang menyebut “Subḥānallah” (Maha Suci Allah) walau dari mana-mana bangsa sekalipun, dia pasti tahu bahawa dia sedang menyifatkan Allah Taālā dengan sifat qudus (suci). Apakah ini masih belum cukup?
Jika dia melihat makna kalimah ini dalam bahasanya, dia hanya akan belajar sekali dengan akalnya dan mengulangi kalimah yang penuh berkat ini beratus kali dalam sehari. Makna menyeluruh yang mengalir dan bercampur di dalam lafaz tersebut menjadi satu jalan kepada cahaya-cahaya dan kelebihan-kelebihan yang diperolehi bahagian akal yang mempelajarinya beratus kali. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kepentingan yang sangat besar untuk penyucian diri, dengan mengambil kalimah-kalimah yang merupakan bicara ilāhī, semua kelebihan dan cahaya yang mengalir dari penyucian itu.
Kesimpulan: Tidak ada sesuatu pun dapat mengganti lafaz-lafaz suci ilāhī yang menjaga keperluan-keperluan asas agama, menggantikan tempatnya, menjalankan tugasnya walau terdapat yang menunaikan tugasnyauntuk seketika sahaja tetapi, tidak akan ada sesuatu mampu untuk mengambil tugasnya yang tetap, agung dan suci secara berterusan.
Adapun lafaz-lafaz yang menjadi pelindung bagi teori-teori yang berkaitan dengan agama tidak memerlukan sebarang perubahan kerana keperluan itu boleh ditunaikan nasihat, pelajaran, peringatan dan pengajaran dan sebagainya.
Konsep bahasa arab yang menyeluruh dan mu’jizāt lafaz-lafaz al-Qur’an tidak boleh diterjemah kerana ia adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bagi sesiapa yang meragui pernyataan ini, dia hendaklah melihat dalam “Kata-kata Dua Puluh Lima” yang menerangkan tentang mu’jizāt. Dan yang dinamakan dengan terjemahan itu adalah makna yang amat ringkas dan pendek. Di manakah makna itu dan di manakah makna ayat-ayat sebenar yang hidup bagi ayat-ayat al-Qur’an dan mengandungi pelbagai aspek?
256. Page
Perkara Kesembilan
(Perkara penting yang mengandungi rahsia dan rahsia kewalian.)
Golongan ahli kebenaran dan berpendirian hebat yang digelar: “Ahli Sunnah wal Jamā’ah” telah memelihara kebenaran-kebenaran al-Quran dan keimanan di dalam dunia Islam dan sentiasa mengikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad secara menyelurah serta istiqamah. Ramai para wali telah muncul dari golongan ini manakala sebahagian yang lain pula muncul dari jalan yang sudah terkeluar dari perjalanan Ahli Sunnah wal Jamā’ah dan bertentangan dengan prinsip-prinsip mereka. Orang yang menyaksikan golongan para wali ini boleh dikategorikan kepada dua kelompok:
Kelompok pertama: Mereka adalah orang-orang menolak kewalian mereka kerana melakukan perkara-perkara yang bertentangan prinsip-prinsip Ahli Sunnah malah sesetengah daripada mereka saling kafir mengkafir.
Kelompok kedua: Mereka adalah orang-orang yang mengikut prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamā’ah. Mereka menerima dan mengakui kewalian mereka. Kemudian mereka berkata: Kebenaran itu tidak terbatas pada jalan Ahli Sunnah wal Jamā’ah sahaja. Kemudian mereka membentuk satu golongan yang terdiri daripada ahli Bid’ah sehingga mereka terdorong ke dalam kesesatan. Mereka tidak mengetahui bahawa tidak semua orang yang dapatpetunjuk itu boleh menjadi sebab petunjuk kepada orang lain. Tambahan, sheikh-sheikh mereka akan dimaafkan atas kesalahan mereka kerana mereka itu gila/, tetapi tidak bagi pengikut-pengikutnya, kesalahan mereka tidak akan dimaafkan.
Disamping itu, terdapat kelompok tengah iaitu mereka yang tidak menolak kewalian para wali tetapi mereka juga tidak bersetuju dengan prinsip dan perjalanan para wali ini. Mereka telah berkata: Kata-kata mereka (para wali) yang bertentangan dengan prinsip-prinsip al-Qur’an samada ia kerana keadaan yang mengatasi mereka dan menyebabkan mereka melakukan kesalahan atau ia adalah kata-kata luar daripada akal dari contoh perumpamaan/ yang mereka sendiri tidak ketahui makna padanya.
Malangnya, demi untuk menjaga prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamā’ah, kelompok pertama – terutamanya golongan literalis – terpaksa menafikan ramai para wali yang mulia dan menuduh mereka sesat. Manakala kelompok kedua iaitu orang-orang yang mengakui golongan para wali ini, mereka meninggalkan jalan kebenaran kerana keinginan mereka yang berlebihan menjadi sheikh-sheikh seumpamanya dan kadangkala mereka terjatuh ke dalam perkara Bid’ah dan kesesatan.
257. Page
Disebabkan oleh rahsia ini, terdapat satu perkara yang sering mengganggu fikiranku iaitu:
Aku telah mendoakan keburukan keatas beberapa golongan yang sesat ini pada waktu yang mustajāb berdoa, kemudian satu kekuatan ma’nawī yang hebat telah melawan doaku keatas mereka dan menolak doaku serta menghalangiku.
Setelah itu, aku melihat golongan yang sesat ini mengheret pengikut-pengikutnya dalam melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan daripada kebenaran dengan mudah melalui kekuatan ma’nawī dan mereka bersetuju. Pelaksanaan ini bukanlah paksaan. Tetapi ia telah digabungkan dengan keinginan yang bangkit dari kekuatan kewalian. Sesetengah orang-orang yang beriman diperdaya dengan keinginan mereka dan membenarkan perilaku ini dan tidak melihat bahawa ia perkara yang sangat buruk.
Ketika aku merasakan dua rahsia ini mengejutkan aku. Aku berkata: ‘Subḥanallah”. Dan aku tertanya-tanya: Adakah terdapat jalan kewalian yang terkeluar daripada jalan kebenaran, atau lebih khusus, apakah mungkin bagi golongan jalan hakikat menyokong aliran kesesatan yang dahsyat?
Kemudian aku membaca sūrah Al-Ikhlās dan mengulanginya seratus kali yang merupakan amalan Islam yang baik pada salah satu hari Arafah yang penuh berkat. Keberkatan mu’jizāt itu benar-benar sampai ke hatiku dengan rahmat ilāhī bersama perkara yang ditulis dengan nama: Jawapan bagi soalan penting. Kebenaran itu ialah:
Sesetengah para wali yang keadaan majezub dalam keasyikan dengan tuhan dan mereka pada luarannya kelihatan seperti orang yang berakal (waras) dari kalangan ahli pemikir. Seperti yang terdapat dalam kisah “Jibali Baba() yang terkenal dan mengagumkan pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebahagian mereka kelihatan waras dan berakal tetapi kadang-kadang mereka berada dalam keadaan di luar kewarasan dan pemikiran yang sedar. Daripada mereka itu, terdapat golongan ahli iltibās (yang samar-samar) kerana keadaan mereka yang sentiasa keliru, tidak mampu untuk membezakan banyak perkara. Jika mereka melihat sesuatu dalam keadaan mabuk, mereka akan melaksanakannya dalam keaadan sedar. Mereka akan melakukan kesilapan tetapi mereka tidak tahu mereka telah tersilap.
258. Page
Dan terdapat golongan para wali yang majezub dalam keasyikan dengan tuhan ini mereka dipelihara Allah Taālā serta tidak terjerumus dalam kesesatan. Manakala satu golongan yang lain bagi para wali yang dalam keasyikan ini tidak dipelihara oleh Allah dan boleh termasuk dalam kelompok yang sesat dan bid’ah, bahkan sebahagian golongan ulama’ melihat golongan ini ada berkemungkinan menjadi kafir.
Oleh yang demikian, mereka akan dianggap seperti keadaan orang gila yang mendapat berkat kerana mereka di dalam keasyikan yang sementara atau kekal. Mereka di dalam keberkatan Allah Taāla dan bebas dari halangan-halangan syariat serta tidak dipertanggungjawabkan syariat ke atas mereka ketika waktu itu. Disebabkan mereka tidak dipertanggungjawabkan dengan syariat maka semua amalan mereka pada waktu itu tidak akan dihisab. Mereka mengakui golongan yang sesat dan bid’ah dengan meneruskan kewalian mereka dalam majezub, mereka menonjolkan jalan sendiri dan mempengaruhi sebahagian orang-orang yang beriman untuk berpegang pada jalan itu.
Perkara Kesepuluh
Prinsip bagi orang yang menziarah
Perkara ini ditulis untuk menjelaskan tajuk ini berdasarkan pemerhatian sebahagian sahabat kami.
Untuk pengetahuan semua, orang-orang yang menziarahi kami; samada dia datang untuk urusan dunīawī dan pintu ini tertutup, atau untuk urusan ukhrāwī dan baginya terdapat dua arah pintu:
Iaitu ketika dia datang dengan menganggap aku sebagai orang yang diberkati Allah dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Dan pintu ini tertutup kerana aku tidak mengagumi diriku dan aku tidak suka orang yang kagumi aku.. Bagi Allah itu segala pujian dan rasa syukur yang tidak menjadikan aku seorang yang mengagumi diri sendiri.
Pintu yang kedua; Dia datang kepadaku kerana aku pendakwah kepada ajaran al-Qur’an al-Karīm. Dan aku menerima dan mengalu-alukan sesiapa yang masuk melalui pintu ini.
Mereka juga terdiri daripada tiga jenis:
Mereka semua ialah “sahabat”, “saudara” dan “pelajar”
Ciri-ciri dan syarat bagi seorang sahabat adalah:
259. Page
Dia sangat cenderung kepada kitab “Al-Kalimāt” dan dakwah kami yang berkaitan dengan cahaya-cahaya al-Qur’an. Hatinya tidak cenderung kepada kezaliman, perkara bid’ah dan kesesatan dan dia mengambil manfaat dari kitab Rasāil an-Nūr.
Ciri-ciri dan syarat bagi seorang saudara adalah:
Dia harus mendirikan sembahyang lima waktu yang difardhukan, menjauhi tujuh dosa-dosa besar dan berusaha menyebarkan kitab “Al-Kalimāt” dengan bersungguh-sungguh.
Ciri-ciri dan syarat bagi seorang pelajar ialah:
Dia menganggap kitab “Al-Kalimāt” sebagai hartanya sendiri, penulisannya, mementingkannya dan memeliharanya. Dia juga harus yakin bahawa menyebarkan kitab “Al-Kalimāt” dan beramal dengannya adalah tugas penting dalam kehidupannya.
Tiga peringkat ini dikaitkan dengan tiga jenis peribadiku.
Sahabat dikaitkan dengan peribadi dan personaliti diriku.
Saudara dikaitkan dengan kedudukanku dengan sebagai seorang hamba dan peribadiku ketika menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.
Manakala pelajar dikaitkan dengan peribadiku yang berdakwah dengan ajaran al-Quran Al-Hakīm dan tugasku sebagai seorang guru dan pendidik.
Pertemuan ini memberikan tiga hasil:
Pertama: Sebagai pendakwah kepada ajaran al-Qur’an, ia menerima permata-permata al-Qur’an sama ada dariku atau dari “Al-Kalimāt walaupun ia cuma satu pengajaran.
Kedua: Dari segi ibadah, ia berkongsi pahala ibadahku di akhirat.
Ketiga: Bersama-sama menuju kepada kehadiran ilāhī dengan menghubungkan hati dengan berkhidmat kepada al-Qur’an al-Hakīm secara langsung dan mengharapkan petunjuk dan hidāyah Allah Taālā.
Jika dia adalah seorang pelajar, dia mestilah sentiasa hadir bersamaku pada setiap pagi, kadangkala dengan khayalan dan berkongsi kelebihan-kelebihan ma’nawi.
Jika dia adalah seorang saudara, dia akan hadir beberapa kali dengan nama dan gambaran khas dalam doa dan ganjaran-ganjaran di akhirat serta mendapat bahagian daripadanya.
260. Page
Kemudian dia termasuk dalam kalangan semua saudara dan menyerahkan kepada rahmat ilāhī. Aku menyebut dalam doaku: “Saudara-saudaraku perempuan dan lelaki” dan mereka termasuk di dalamnya. Jika aku tidak mengenali mereka, rahmat ilāhī mengenali dan melihat mereka.
Jika dia adalah seorang sahabat, dia akan menunaikan amalan fardhunya dan menjauhi dosa-dosa besar. Dan dia sentiasa berada di dalam doaku dengan saudara-saudaraku yang lain.
Bagi ketiga-tiga peringkat ini, mereka memasukkan aku dalam doa dan pahala-pahala ma’nawi mereka.
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰي مَنْ قَالَ (اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ الْمَرْصُوصِ يَشُدُّ بَعْضُهُم بَعْضًا) وَعَلٰٓي اٰلِه۪ وَصَحْبِه۪ وَسَلِّمْسُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَٓا اِلَّأ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ
الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذ۪ي هَدٰينَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلآَ اَنْ هَدٰينَا اللّٰهُ لَقَدْ جَٓائَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ
Sejahtera dan salam Allah ke atas Nabi Muhammad yang bersabda: “Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan yang kukuh, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” Dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran)
Al-Maktūb Dua Puluh Tujuh
Penulisan ini penulisan yang sangat murni. Ia mengandungi surat-surat yang sangat berharga dan merupakan sesuatu yang benar. Ditulis oleh penulis Rasāil An-Nūr kepada pelajar-pelajarnya. Di dalam Rasāil An-Nūr mengandungi surat-surat yang dihantar oleh pelajar-pelajar kepada guru dan pendidik mereka. Kadangkala ia adalah surat yang dihantar sesama mereka. Mereka menyatakan idea-idea bernas ketika mendalami Rasāil An-Nūr. Ia tidak dimasukkan dalam kitab ini kerana himpunan ini tiga atau empat kali ganda lebih besar daripadanya.